Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [242z] Ringkasan: Kematian Anak Domba (Edisi 1.0 19980314-19980314) Ramai umat Kristian tidak mengerti sepenuhnya apa yang terjadi sepanjang waktu Paskah dan pewaktuan dan signifikans kematian Mesias sebagai Anak Domba Tuhan. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1998 Wade Cox) (Ringkasan diedit oleh Wade Cox) Tr 2007 Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Ringkasan: Kematian Anak Domba Ringkasan: Kematian Anak Domba [242z] Banyak karya telah ditulis berkenaan banyak aspek Paskah, pewaktuannya, penyaliban dan kebangkitan serta unsur-unsur Perjamuan Tuhan. Lihat karya No. 159, 98, 99, 100, 103. Paskah ialah ketetapan Tuhan yang diperintahkan dan dipelihara Israel hingga akhir zaman bait pada 70 CE. Setiap aspek aktivitinya dilaksanakan menurut nubuatan, rencana Tuhan, hukum dan pewaktuanNya. Ketetapan Paskah ialah salah satu daripada dua sakramen Jemaat dan baptisan ialah sakramen kedua (lihat karya No. 52 dan 150). Imamat 23:4-14 meliputi ketetapanketetapan dan menunjukkan unsur-unsur Paskah. Waktu untuk korban, 14 Nisan, harihari Perayaan Roti Tidak Beragi, pewaktuan Persembahan Unjukan Berkas, justeru menentukan hari Pentakosta (lihat karya No. 173). Paskah asal ialah jamuan yang dimakan pada malam 15 Nisan dan menyusuli korban anak domba pada petang 14 Nisan, dari jam Kesembilan hingga Kesebelas (iaitu dari 3 pm hingga 5 pm) lihat Josephus (Wars of the Jews, Bk. VI, IX, 3). Darah dipercikkan pada ambang pintu-pintu dalam komuniti Israel dan dengan itu penghuni-penghuninya “dilewati” (passed over) dan tidak dibunuh oleh malaikat maut pada tengah malam, sebagaimana anak sulung manusia dan binatang di Mesir (Keluaran 12:1-14, 29-36). Malam itu harus dirayakan sebagai Malam Berjaga-jaga selamanya, sebagai satu peringatan, dan menunjuk kepada keselamatan dunia oleh darah korban Yesus Kristus (Keluaran 12:42). Setelah meninggalkan Mesir, oleh sebab perlu ketetapan ini diubah seperti yang dapat dilihat dalam Ulangan 16:1-8. Darah Paskah pertama sebagai perlindungan untuk Israel di negeri asing dibawa simbolismenya kepada pendudukan Tanah Perjanjian di bawah Yosua. Tali kirmizi dari jendela Rahab melindunginya dan keluarganya dalam kepungan Yerikho (Lihat Karya No. 142). Sesudah Israel mendapat pusakanya, Paskah perlu disembelih dan dimakan di luas kediaman mereka. Juga, apa saja binatang halal daripada kawanan boleh disembelih, walaupun Paskah telah sentiasa dilambangkan oleh anak domba. Ini menunjuk terus kepada Yesus Kristus, Mesias, Anak Domba Tuhan, penyalibanNya dan darah korbanNya yang menyucikan daripada dosa dan menyelamatkan individu. Mesias dan para rasul tinggal dalam kediaman sementara seperti yang dituntut ketetapan itu dalam Ulangan 16:5-7. Mesias dikenalpasti sebagai Anak Domba Tuhan (Yohanes 1:29-37). Yohanes juga menyatakan di sini, prakewujudan Yesus Kristus, dan meneruskan daripada Yohanes 1:18, di mana Yesus Kristus dinyatakan sebagai satu-satunya Tuhan yang lahir (monogenes theos). Statusnya adalah sebagai Anak Domba Tuhan yang melenyapkan segala dosa dunia. Perubahan arah tujuan anak domba dalam nubuatan datang daripada Yesaya 16:1-5. Teks ini digunakan untuk menunjukkan bahawa pengikut-pengikut anak domba akan tinggal dengan Moab, yang diminta untuk menyembunyikan mereka daripada pembinasa. Tugas di sini adalah untuk menyembunyikan para pengikut Mesias di kalangan bangsa-bangsa, dan diadili kerana ini. Teks ini membentuk dasar bagi Ringkasan: Kematian Anak Domba Mukasurat 3 perumpamaan domba dan kambing dalam Matius 25:31-46. Ujian Petrus berakhir, seperti mana yang Kristus katakan. Yesaya 53:1-12 meliputi banyak nubuatan mengenai Yesus Kristus yang digenapi pada waktu Paskah 30 CE oleh korban dan kelakuan Yesus Kristus, sebab Kitab Suci tidak boleh dibatalkan (diulangi dalam Kisah 8:32-33; lihat Yohanes 1:36). Matius 27:1-2: Kristus dihukum mati secara tidak sah oleh Yehuda dan Sanhedrin bertindak menurut perintah orang Farisi dan golongan pemerintah. Mereka dihakimi di bawah Hukum Tuhan (Keluaran 23:1-9). Mesias ditangkap dengan rencana para imam (Yohanes 18:12-14), dan Sanhedrin digunakan dalam perbicaraan itu, dan ini tidak sah menurut undang-undang dari beberapa segi. Perinciannya diliputi dalam karya-karya 159 dan 217, dan karya-karya Paskah yang lain. Salah seorang murid pergi ke dalam istana imam besar dengan Mesias dan murid itu juga membawa Petrus ke situ, dan ujiannya bermula. Dalam penggenapan Yesaya 53, kita kini melihat penderitaan dan penghinaan mula diberikan sebagaimana ditunjukkan dalam Yohanes 18:19-24. Kristus menjawab dalam ayat 23, dan tidak melanggar hukum Keluaran 22:28, Kisah 23:5, 2 Petrus 2:10, tetapi Dia menyangkal dakwaan itu, dan dakwaan Dia berdosa sebab Dia adalah tanpa dosa. Semua jawapan yang diberinya berkesan dalam menyediakan contoh kelakuan di hadapan pihak berkuasa, dan injil harus memberi teladan menurut hukum alkitabiah. Petrus sekali lagi diuji (Yohanes 18:25-27), dan ini satu pengajaran kepada kita dalam memandang pencubaan-pencubaan Jemaat dan saudara seiman dan bagaimana kita menyokong mereka atau tidak. Matius 26:58 hingga 27:2 meneruskan cerita pengadilan Kristus daripada Yohanes 18:2728. Penyingkapan memalukan dibuat dalam Matius 26:59,60 dalam mana kepala-kepala imam, para penatua dan seluruh sidang telah berkomplot, dan melanggar Hukum, untuk mencapai tujuan mereka – kematian Mesias. Di bawah hukuman kerana menyesatkan hukum, kuasa penghakiman diambil daripada Yehuda dan Sanhedrin dan diberikan kepada Jemaat (Imamat 19:15,16). Akan ada penghakiman dengan keadilan, Ulangan 16:18-20. Penghakiman merupakan hak istimewa Sanhedrin dan keimamatan. Namun ini haruslah penghakiman yang adil atau tawanan terjadi (Ulangan 17:8-13). Yohanes 18:28-40: Dalam urutan ini kita lihat Mesias diserahkan kepada kepala bangsa asing untuk diadili. Dalam ayat 37 Kristus memberitahu Pilatus tujuan penahananNya, dan Pilatus kemudian pergi kepada orang Yahudi dan berkata: Aku tidak mendapati kesalahan apapun pada-Nya. Justeru orang Yahudi diberi peluang untuk menarik balik pengadilan tidak jujur mereka, namun berteriak meminta pembebasan Barabbas seorang pembunuh. Bar Abbas bererti anak bapa. Simbolisme di sini adalah Kristus mati supaya kita dibebaskan sebagai anak Bapa. Yohanes 19:1-7: Pilatus sekali lagi cuba mengubah fikiran mereka, dan menyedari dia berdepan dengan hal agama (ayat 7) dan dia takut. Pemfitnahan orang Yahudi adalah bahawa Yesus menuntut dirinya anak Tuhan, dan ini pernyataan benar Maleakhi 2:10: Bukankah kita sekalian mempunyai satu Bapa? Kristus membela dirinya sebelumpun tuduhan ini dibuat – Yohanes 10:33-38. Semua ini merupakan tuduhan jahat terhadap Yesus Kristus yang dibuat orang Yahudi Mukasurat 4 yang jahil tentang hukum, dan rencana Tuhan. Pilatus sekali lagi cuba melepaskan seorang dalam siapa dia tidak menemui apa-apa kesalahan (Yohanes 19:8-11). Tuhan memberikan kuasa memerintah. Justeru semua kerajaan diizinkan Tuhan atas umat pilihan. Yohanes 19:12-16: Orang Yahudi menolak Yesus Kristus sebagai Raja, dan terus berbuat demikian, dan menyatakan Kaisar-lah raja. Teks penyaliban cukup terkenal (Yohanes 17:17-22). Dalam Mazmur 22:1-8 kita perhatikan semua ucapan Kristus disenaraikan dalam nubuatan. Daripada ayat 1 kita perhatikan seruannya pada pancang itu. Kita lihat Mazmur 22:8 dikutip dalam Matius 27:43. Nubuatan, dalam Mazmur 22:18, terus digenapi sementara penyaliban berlangsung dan jubahnya dibahagi-bahagikan dengan undi. Dalam Mazmur 22:22 kita lihat nubuatan ini dikutip dan disebut dalam Ibrani 2:12. Kita lihat daripada Mazmur ini bahawa Tuhan tidak meninggalkannya, tetapi menyelamatkannya. Ibrani menunjukkan sebab untuk korban itu (Ibrani 2:10-18). Justeru Anak Domba diizinkan dibunuh sebab dengan kematiannya ramai akan diberikan hidup kekal melalui kepercayaan dan iman mereka. Jadi kenapa pula Anak Domba Tuhan perlu menanggalkan sifat rohaniah prawujudnya, menjadi manusia, dan merendahkan dirinya sampai mati? (lihat Filipi 2:5-8 RSV). Adakah Tuhan mengingini korban? Tidak, menurut Hosea 6:4-7, 1 Samuel 15:22, Pengkhotbah 5:1 dan Mikha 6:8. Ketaatanlah yang perlu hidup kekal. Semua telah berdosa dan menerima hukuman mati. Justeru, pendamaian adalah perlu, dan ketaatan Kristus sampai mati itulah, dan melalui darahnya kita dapat didamaikan kepada Ringkasan: Kematian Anak Domba Tuhan. Itulah fungsi kematian Mesias. Korban sukarela Kristus adalah perlu untuk pendamaian ciptaan Tuhan – kedua-dua ciptaan syurgawi dan duniawi. Umat pilihan juga dituntut menyerahkan nyawa mereka untuk orang lain, sebagaimana yang Kristus lakukan. Dalam Ibrani 13:5-16 Paulus membicarakan soal korban dan peranannya dengan umat pilihan. Seluruh sistem korban diadakan untuk menunjuk ke arah umat pilihan dan Mesias sebagai para pemimpin kerajaan Tuhan, yang Tuhan ingini. Tuhan mengkehendaki ketaatan kepada hukum-hukumNya. Hidup kekal tidak akan dianugerahkan pada mereka yang tidak taat. Itulah sebabnya kenapa terdapat dua kebangkitan (lihat Wahyu 2:415). Iman tanpa perbuatan adalah mati (Yakobus 2:20-26) dan kita menunjukkan iman kita melalui perbuatan (Yakobus 2:18). Perbuatan kita ialah ketaatan kepada Tuhan yang hidup sebagaimana yang ditunjukkan Mesias. Pada hari Paskah itu dalam 30 CE seluruh dunia dan takdirnya bersandar pada bahu seorang korban tanpa dosa. Yohanes 19:25-42 menunjukkan urutan aktiviti-aktiviti akhir Kristus sebagai seorang manusia. Dia menyerahkan ibunya untuk dijaga Yohanes, yang mampu menjaganya hingga umur tua. Salah satu nubuatan menuntut Kristus ditikam (Zakharia 12:8-14). Ini digenapi dalam Yohanes 19:28-37, dan dia melepaskan Roh Kudus. Kita perhatikan daripada teks dalam Matius 27:39-54 bahawa apabila ini berlaku tabir terbelah dua, lantas membuka Tempat Mahakudus kepada umat pilihan. Kita sekarang dapat pergi terus ke takhta Tuhan, dan membuat pengantaraan untuk orang lain sebagaimana Kristus telah membuat pengantaraan untuk kita. Sesudah ini, tubuhnya diturunkan dan dikuburkan, sebab Hari-hari Raya sudah hampir bermula (Yohanes 19:38-42). Ringkasan: Kematian Anak Domba Dialah anak domba dan tubuhnya terus berada di dalam kubur selama tiga hari dan tiga malam dari permulaan 15 Nisan pada 6 p.m. hari Rabu dalam tahun 30 CE itu hingga malam Sabtu pada 6 p.m. iaitu akhir 17 Nisan untuk bersedia untuk naik ke syurga Mukasurat 5 pada 9 a.m. pagi hari Minggu sebagai persembahan unjukan berkas.