maria, bonda kerahiman

advertisement
LOGO DAN MOTTO RASMI
Motto Maha Rahim Seperti Bapa (dipetik dari
Injil Lukas 6:36) menjadi suatu aluan kepada kita
supaya mengikuti contoh Bapa yang menyeru
kan pada kita supaya tidak mengadili atau mengutuk malah mengampuni dan memberi cintakasih dan berbelas-kasihan tanpa ukuran (lih. Lk
6:37-38). Logo ini merupakan karya Paderi Jesuit
Fr. Marko I. Rupnik - mempersembahkan suatu
summa theologia yang ringkas atas tema kerahiman. Padahalnya, ia menunjukkan suatu imej
yang agak penting bagi Gereja awal: iaitu Putera
mengangkat atas bahu-Nya roh yang sesat
menunjukkan kasih-cinta Kristus yang menbawa kepada pengenapan misteri
penjelmaan-Nya yang memuncak dalam penyelamatan.
Logo ini direka demi menunjukkan secara mendalam di mana Gembala Baik
menyentuhi tubuh kemanusiaan dengan kasih cinta, yang berkuasa mendatangkan perubahan kepada kehidupan seseorang. Satu lagi ciri yang perlu
diberi perhatian ialah Gembala Baik, dalam kerahiman-Nya, menanggung
kemanusiaan, dimana mata-Nya disatukan dengan manusia. Kristus melihat
dengan mata penglihatan Adam, dan Adam melihat dengan mata penglihatan Kristus. Setiap manusia membuat penemuan dalam Kristus, Adam
yang baharu, kemanusiaan sendiri dan masa hadapan yang akan datang,
berbatin, dalam pandangan, kasih-cinta Bapa.
Pandangan ini dirangkumi dalam suata mandorla (bentuk sebiji badam),
satu bentuk yang agak penting dalam ikon zaman awal dan pertengahan, ia
mengingatkan kita akan kedua-dua sifat Kristus, iaitu ilahi dan manusia.
Tiga bentuk bujur yang sepusat, dengan warna yang semakin pudar menuju
ke luar, menunjukkan pergerakan Kristus yang membawa kemanusiaan keluar dari kegelapan dosa dan kematian. Sebaliknya, kedalaman warna yang
lebih gelap juga melambangkan keredapan kasih-cinta Bapa yang mengampuni semua.
Layarilah laman rasmi Jubli ini : http://www.iubilaeummisericordiae.va/
content/gdm/en.html
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA
SEPTEMBER 2016
BERKONGSI KERAHIMAN TUHAN KEPADA
MEREKA YANG MEMERLUKAN
Fokus:
Fokus
Untuk membawa rahmat dan belaskasihan Tuhan kepada
mereka yang memerlukan
Lagu Pembukaan:
Satukanlah Hati Kami
Satukanlah hati kami ‘tuk memuji dan menyembah
O Yesus Tuhan dan Rajaku
Eratkanlah tali kasih, di antara kami semua
O Yesus Tuhan dan Rajaku
Bergandingan tangan dalam satu kasih
Bergandingan tangan dalam satu iman
Saling mengasihi di antara kami
Keluarga kerajaan Allah
Doa Pembukaan
(Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin dalam doa pembukaan atau doa untuk Tahun Jubli Kerahiman.)
Lihat kepada KEHIDUPAN:
Kristus menyerukan kepada kita semua untuk membawa rahmat dan
belas kasihan-Nya kepada mereka yang memerlukan. Berikut adalah
kisah seorang wanita yang membawa belas kasihan Allah dengan melayani para banduan.
Susan baru sahaja menyertai Pelayanan penjara di parokinya dan
menjadi rutin mingguannya berada di dalam penjara dengan mengikuti Misa Kudus. Pada suatu hari, ketika perayaan Misa Kudus sedang
berlangsung, Paderi itu jatuh pengsan di dekat Meja Altar. Semasa
1
Paderi itu sedang menerima rawatan, salah seorang dari banduan itu
melangkah ke mimbar dan membawa semua orang berdoa Kerahiman Ilahi untuk kesembuhan bagi Paderi itu. Apabila pegawai penjara tiba di ruangan itu, dia kagum melihat para banduan sedang
khusyuk dan tertib berdoa Kerahiman Ilahi.
Minggu berikutnya, salah seorang banduan bertanya kepada Susan
bagaimana khabar Paderi itu dan untuk mengetahui "kuasa” apa yang
terjadi dengan koronka doa Kerahiman Ilahi itu. "Kuasa?” kemudian
Susan menjawab. "Itu bukan sihir, tetapi rahmat dan pengampunan!"
Diampuni adalah salah satu kebahagiaan terbesar dalam hidup. Dengan mengajar banduan akan koronka Kerahiman Ilahi dan janji Allah
dari Diari Sta. Faustina, Susan berharap dapat memberi mereka bimbingan untuk mencapai keselamatan dan pertobatan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga berdoa untuk orang lain, terutama yang
nazak atau menjelang kematiannya.
Renungan:
Di manakah dalam cerita di atas, kamu dapat melihat
kerahiman Allah, dikongsikan kepada mereka yang memerlukannya?
Mengapa?
Sabda ALLAH:
Mat 25:31-46
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali.
Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan
kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak
tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap.
Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan.
Kongsikan dalam kumpulan kecil, perkataan atau frasa yang menyentuh kita.
Selepas perkongsian, kita hening seketika dan sama-sama memilih
perkataan atau frasa yang singkat dari teks Alkitab, pesanan atau
mesej Tuhan kepada kita. (“Sabda kehidupan” untuk kumpulan
kecil)
Kita kongsikan “Sabda kehidupan” dalam kumpulan besar.
2
Hidup dalam KERAHIMAN:
(Fasilitator akan merangkumkan
“Lihat pada kehidupan” dan
“Sabda Allah” dan menghubungkannya)
• Dalam Tahun Kerahiman ini ,
apakah cara lain yang KED saya
dapat lakukan untuk membawa
Kerahiman Allah kepada orang
miskin dan yang memerlukan?
Doa Penutup:
(Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup)
Lagu Penutup:
Lakukan Yang Terbaik
Apakah yang dapat kulakukan, dalam jangka masa yang singkat
Apakah yang dapat kuberikan, yang bermakna untuk hidup ini
Inginku berseru pada dunia, akan kasih-Mu yang abadi
Pada semua insan kub'ritakan, Firman-Mu yang memberi harapan
Cho:
Lakukanlah yang terbaik, dan berilah yang terbaik
Sabda Tuhan pada semua insan, Lakukanlah semuanya,
apa yang disabdakan-Nya, pada Yesus Kristus Tuhan kita
Bimbing dan terangi hidup kami, Agar kami mahu melayani-Mu
Semoga kita bersatu dan teguh, Bekerja di ladang-Mu oh Tuhan
3
Santapan Minda :
Rasuah menghalang kita dari melihat ke masa depan dengan harapan, kerana ketamakan menghancurkan masa depan orang lemah dan menginjak-injak orang yang paling
miskin. Rasuah adalah kejahatan yang menjalar masuk
dalam tindakan dan kehidupan sehari-hari dengan meluasnya, mengakibatkan terjadinya skandal awam yang teruk.
Rasuah adalah pengerasan hati yang penuh dosa yang
menggantikan Allah dengan ilusi bahawa wang adalah satu
bentuk kekuasaan. Ia adalah sebuah karya kegelapan, yang
penuh dengan syak wasangka dan tipu daya. Jika kita ingin
keluar dari gejala rasuah ini, kita perlu sikap yang berhemah, kewaspadaan, kesetiaan, ketelusan, dan dengan
penuh keberanian bersama-sama mengutuk sebarang salah
laku gejala ini. Jika ia tidak diperangi secara terbuka, lambat laun semua orang akan menjadi rakan jenayah
kepadanya, dan ia akan memusnahkan kewujudan kita.
- Paus Fransiskus, MV #19
4
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA
OKTOBER 2016
MARIA, BONDA KERAHIMAN
Fokus:
Fokus
Meneladani Maria sebagai model Belas kasihan Tuhan pada
dunia
Lagu Pembukaan:
Ave Maria
Engkau yang dipilih Allah Bapa di Surga
Untuk melahirkan Putera-Nya yang Kudus
Engkaulah Bonda Kristus
Bonda sang penebus s’gala dosa manusia
Bonda Maria perawan, yang tiada ternoda
Hati-Mu bersinar Putih, tiada bercela
Engkau Bonda Almasih
yang diangkat ke Surga penuh kemuliaan
Cho:
Ave Maria 2X
Terpujilah Bonda, Terpuji nama-Mu s’panjang s’gala masa
Ave Maria 2X
Syukur kepada-Nya, Tuhan yang pengasih selama -lamanya
Doa Pembukaan
(Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin dalam doa pembukaan atau doa untuk Tahun Jubli Kerahiman.)
Lihat kepada KEHIDUPAN:
Terdapat dua sebab mengapa Maria dipanggil Bonda Kerahiman
kerana Dia adalah…
1. Seorang wanita unik yang mengalami belaskasihan Tuhan – Dia
telah mengalami rahmat Ilahi, dan melahirkan Yesus Kristus Sang
5
Imanuel dalam rahimnya.
2. Seorang nabi yang memuji kerahiman Tuhan — Dalam kidung
pujiannya, Ucapan Syukur Maria (Magnificat), dia mewartakan
belas kasihan Allah kepada dunia.
Renungan:
Kongsikan dalam kumpulan, bagaimana anda telah mengalami belas kasihan Allah.
Sabda ALLAH:
Luk 1:47-55
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali.
Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan
kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak
tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap.
Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan.
Kongsikan dalam kumpulan kecil, perkataan atau frasa yang menyentuh kita.
Selepas perkongsian, kita hening seketika dan sama-sama memilih
perkataan atau frasa yang singkat dari teks Alkitab, pesanan atau
mesej Tuhan kepada kita. (“Sabda kehidupan” untuk kumpulan
kecil)
Kita kongsikan “Sabda kehidupan” dalam kumpulan besar.
Hidup dalam KERAHIMAN:
Penderitaan berada di sekeliling kita namun janji Tuhan selalu berserta kita bahawa Dia Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Bagaimana kita boleh mendamaikan kedua-dua realiti ini yang seakan-akan
bertentangan antara satu sama lain?
Kunci kepadanya adalah kita mencari Belas Kasihan Tuhan, walaupun
seakan-akan seperti ia tidak dapat hadir bersama-sama dengan penderitaan yang kita hadapi.
Berikut adalah bagaimana kita boleh mencari belas kasihan Tuhan di
tengah-tengah penderitaan:
• Mencari Tuhan di samping anda. Tuhan berjanji untuk berada
dekat dengan orang-orang yang menderita dan hancur.
6
Menyedari bahawa beberapa bahagian iman hanya berkembang
dalam kegelapan. Tuhan menggunakan kegelapan untuk mengajar kita suatu pelajaran rohani yang berharga yang kita tidak
boleh belajar dalam terang.
• Minta Tuhan untuk membantu kita mengatasi dosa. Realitinya
bahawa banyak penderitaan di dunia adalah disebabkan oleh
dosa manusia. Tetapi faktanya, Allah menaruh belas kasihan terhadap semua orang yang berdosa.
• Mendengarkan Tuhan berbicara dalam keheningan.
• Memohon rahmat iman dari Tuhan supaya dapat maju terus kehadapan.
• Mengambil bahagian dalam rancangan Tuhan untuk menamatkan
ketidakadilan di dunia. Mengakui bahawa semua orang Kristian
mempunyai peranan penting dalam rancangan Tuhan untuk
membebaskan orang dari penderitaan yang disebabkan oleh ketidakadilan seperti kecanduan, penindasan, penyakit, kemiskinan,
perkauman, dan hutang.
• Mengampuni, supaya penderitaan tidak akan meracuni jiwa kita
dengan kepahitan.
Pilih beberapa perkara di atas sebagai aktiviti anda untuk bulan yang
akan datang.
•
Doa Penutup:
(Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup)
Lagu Penutup:
Salam Maria
Salam Maria, rahmat Tuhan serta-Mu
Bonda Yesus Kristus, doakanlah kami
Salam Maria , Engkau Bonda Gereja
Lindungilah kami, doakan putraMu
Salam Maria, Ratu surga dan bumi
Terpujilah Engkau di sepanjang masa
7
Santapan Minda :
Di kaki Salib, Maria, bersama-sama dengan Yohanes,
murid terkasih, menyaksikan kata-kata pengampunan
yang diucapkan oleh Yesus. Ungkapan tertinggi belas
kasihan Yesus terhadap orang-orang yang menyalibkan, Dia menunjukkan kepada kita kemuncak belas
KasihanNya. Maria membuktikan bahawa kerahiman
Putera Allah tidak mengenal batas dan terbuka luas
kepada semua orang, tanpa pengecualian. Marilah
kita menunjukkan kepadanya dalam kata-kata Salve
Regina, sebuah doa yang sungguh kuno dan baru, sehingga ia tidak pernah lelah mengubah matanya yang
penuh kerahiman kepada kita, dan membuat kita layak
untuk merenungkan sang wajah kerahiman, PuteraNya Yesus.
- Paus Fransiskus, MV #124
8
KEMURIDAN: MAHA RAHIM SEPERTI BAPA
NOVEMBER 2016
KERAHIMAN ORANG-ORANG KUDUS
Fokus:
Fokus Belajar untuk mengampuni mereka yang telah menyakiti kita.
Lagu Pembukaan:
Bapa yang Kekal
Kasih yang sempurna telah Ku t’rima dari–Mu
Bukan ker’na kebaikanku
Hanya oleh kasih karunia-Mu Kau pulihkan aku
Layakkanku ‘tuk dapat memanggil-Mu, Bapa
Kau b’ri yang ku pinta
Saat ku mencari, ku mendapatkan
Ku ketuk pintu-Mu dan kau bukakan
S’bab Bapaku, Bapa yang kekal
Tak kan Kau biarkan
Aku melangkah hanya sendirian
Kau selalu ada bagiku
S’bab Kau Bapaku, Bapa yang kekal
Doa Pembukaan
(Jemput salah seorang anggota KED untuk memimpin dalam doa pembukaan atau doa untuk Tahun Jubli Kerahiman.).)
Lihat kepada KEHIDUPAN:
Maria Goretti berusia 12 tahun ketika dia meninggal dunia pada
tahun 1902, tetapi cerita tentang budak perempuan berbangsa Italia
ini menyentuh hati para pengikut Katolik di seluruh dunia selama
hampir 100 tahun. Ibu-Bapa Maria adalah petani. Mereka bekerja
kuat kerana hanya menyewa tanah untuk bercucuk tanam. Ketika
Maria berusia 9 tahun, bapanya meninggal dunia. Ibunya membawa
9
keluarga itu berpindah ke sebuah rumah
lain, namun di rumah itu terdapat juga keluarga lain yang tinggal – seorang bapa dan
anak lelakinya. Nama anak lelaki itu adalah
Alessandro.
Maria menjaga rumah dan adik perempuannya ketika ibu, kakak dan abangnya
bekerja di ladang. Dia takut akan Alessandro yang berumur 20 tahun itu. Lelaki itu
selalu berusaha untuk menyentuh dan men
-ciumnya. Dan Maria cuba untuk menghentikannya. Dia faham ajaran Tuhan yang
mahu kita belajar hidup kudus dengan menghormati dan menghargai kurnia seksualiti
kita. Maria berusaha untuk menjaga kesuciannya. Alessandro sangat marah. Alessandro mengancam untuk
membunuhnya. Maria mencuba untuk menghindari daripadanya dan
berusaha untuk tidak pernah bersendirian dengannya.
Suatu hari ketika Maria sedang mendukung adik perempuannya,
Alessandro datang mendapatkan Maria dan memaksa Maria secara
fizikal. Maria menolaknya, dan ini membuatkan Alessandro marah
lalu menusuk Maria sebanyak 14 kali dengan pisau. Maria meninggal
dunia pada keesokan harinya selepas dia mengatakan kepada ibunya
bahawa dia mengampuni Alessandro. Dia menerima Komuni Kudus
sebelum dia meninggal dunia.
Di dalam mahkamah, Alessandro didapati bersalah dan dihukum
penjara selama 30 tahun. Pertama dia marah, namun kemudian dia
mula merasa bersalah dan bersedih atas dosa beratnya. Dia berkata
bahawa dalam mimpinya Maria melawatnya dan memberi dia bunga
lili. Alessandro mula berubah dan mula bersikap baik terhadap orang
lain. Ketika dia dibebaskan dari penjara, hal pertama yang dia lakukan
adalah melawat ibu Maria untuk meminta pengampunan. Kemudian
dia hidup bersama para Biarawan Fransiskus sebagai seorang awam,
yang bekerja sebagai tukang kebun dan melakukan kerja-kerja amal
10
lainnya.
Maria dikanonisasi sebagai seorang Santa pada tahun 1950. Ibu
Maria dan Alessandro menghadiri upacara kanonisasi itu di Roma.
Renungan:
1. Apa yang sangat menyentuh anda dalam cerita kehidupan Santa
Maria Goretti ?
2. Dalam masa hening ini, fikirkan orang-orang yang sukar bagi
kamu untuk mengampuni orang tersebut. Hadirkan orang itu
dalam fikiran anda dan bawa dia dalam doa anda saat ini.
Sabda ALLAH:
Mat 6:9-15
Kita membaca teks tersebut sebanyak dua kali.
Kita memetik frasa pendek dari teks yang menyentuh perasaan
kita dan membacanya dengan suara yang kuat dan jelas sebanyak
tiga kali. Baca setiap frasa diselangi saat-saat senyap.
Kita mengambil masa dua minit untuk mendengar pesanan Tuhan.
Kongsikan dalam kumpulan kecil, perkataan atau frasa yang menyentuh kita.
Selepas perkongsian, kita hening seketika dan sama-sama memilih
perkataan atau frasa yang singkat dari teks Alkitab, pesanan atau
mesej Tuhan kepada kita. (“Sabda kehidupan” untuk kumpulan
kecil)
Kita kongsikan “Sabda kehidupan” dalam kumpulan besar.
Hidup dalam KERAHIMAN:
(Fasilitator akan merangkumkan “Lihat pada kehidupan” dan “Sabda
Allah” dan menghubungkannya)
Ketika St. Maria terkenal di seluruh dunia sebagai Santa
Pelindung Kesucian, nilai agungnya adalah sikap tidak berputus asa,
tidak mudah menyerah dan sikap mengampuni walaupun sangat
menderita kerana kesakitan fizikal. Pengampunan ini mengubah
Alessandro dan membawanya lebih dekat kepada Tuhan dan menjadikannya peribadi yang kudus.
11
Kehidupan Kristianiti kita berpusat dan terarah kepada sikap
mengampuni sebagai pusat kedamaian. Sesungguhnya, Yesus datang
menjadi manusia dan mengalami penderitaan dan kematian untuk
mengongsikan pengampunan Allah Bapa kepada kita. Pengampunan
adalah kemenangan Tuhan, mahkota iman Kristiani kita.
Bagi umum, pengampunan itu nampaknya mustahil. Tetapi
tidak bagi kita umat Kristian, kerana pengampunan itu merupakan
sebuah konfigurasi peribadi yang mendalam kepada seorang yang
kita kasihi, iaitu: Yesus Kristus. Bukan hanya sebagai sebuah syarat
dari Yesus (Mat 6:14), tetapi kita perlu mencontohi-Nya sebagai sumber Kerahiman dan Pengampunan dari Allah Bapa sendiri.
Ampunilah kesalahan kami seperti kami pun mengampuni
yang bersalah kepada kami. Tindakan konkrit apa yang saya dapat
lakukan untuk menanggung dengan sabar mereka yang menganiaya
saya?
Doa Penutup:
(Jemputlah salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup)
Lagu Penutup:
Doa St Fransiskus
Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damai-Mu
Di mana terdapat kebencian, biar cinta kutaburkan.
# Tuhan supaya daku mencari
Lebih menghibur daripada dihibur
Lebih mencintai dari dicintai
Lebih mengerti dari dimengerti
Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damai-Mu
Di mana terdapat penghinaan, biar ampun kutunjukkan (#)
Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damai-Mu
Di mana terdapat keraguan, biar iman kusampaikan (#)
Tuhan jadikanlah daku, alat di dalam karya damai-Mu
Di mana terdapat kegelapan, biar cahaya kupancarkan (#)
12
Santapan Minda:
Kadang-kadang betapa susahnya mengampuni! Namun pengampunan adalah alat yang ditempatkan ke
dalam tangan kita yang lemah untuk mendapatkan
ketenangan hati. Melepaskan amarah, murka, kekerasan, dan balas dendam adalah kondisi-kondisi
yang diperlukan untuk hidup dengan penuh sukacita.
Kerana itu marilah kita mengikuti nasihat Rasul Paulus:
“Janganlah marah sepanjang hari.” (Ef 4:26). Terutama, marilah kita mendengarkan kata-kata Yesus
yang menjadikan kerahiman sebagai sebuah ideal
kehidupan dan sebuah kriteria untuk kredibiliti iman
kita: “Berbahagialah orang yang mengasihani orang
lain, Allah juga akan mengasihani mereka!” (Mat 5:7):
Sabda Bahagia yang kepadanya seharusnya secara
khusus kita cita-citakan di Tahun Kerahiman ini. …
Yesus meminta kita juga untuk mengampuni dan
memberi. Menjadi alat kerahiman kerana kitalah yang
pertama kali menerima kerahiman dari Allah. Bermurah hati dengan orang lain, mengetahui bahawa
Allah menghujani kebaikan-Nya atas kita dengan kemurahan hati-Nya yang besar.
- Paus Fransiskus, MV #9, 14
13
Doa untuk
Tahun Jubli Kerahiman
Tuhan Yesus Kristus,
Engkau telah mengajarkan kami bermurah hati
seperti Bapa syurgawi, dan telah mengatakan
kepada kami bahawa sesiapa melihat Engkau
melihat-Nya. Tunjukkan kepada kami wajah-Mu
dan kami akan diselamatkan.
Tatapan-Mu yang penuh kasih membebaskan
Zakheus dan Matius dari diperbudak oleh wang;
Para penzinah dan Maria Magdalena yang mencari kebahagiaan pada benda-benda ciptaan;
membuat Petrus menangis setelah pengkhianatannya, dan memastikan firdaus kepada penjahat yang bertaubat.
Marilah kita dengar, seolah-olah ditujukan kepada kita masing-masing,
kata-kata yang Engkau katakan kepada wanita Samaria: "Jika kamu tahu
akan pemberian Allah!"
Engkau adalah wajah yang kelihatan dari Bapa yang tak kelihatan, wajah
Allah yang menampakkan kuasa-Nya terutama dengan pengampunan dan
kerahiman: Biarkanlah Gereja menjadi wajah-Mu yang kelihatan di dunia,
wajah Tuhannya yang bangkit dan dimuliakan. Engkau menghendaki agar
pelayan-Mu juga akan mempunyai kelemahan agar mereka dapat merasa
kasihan kepada mereka yang berada dalam ke tidak tahuan dan kesilapan:
Biarkan semua orang yang menjamah mereka merasa dicari, dikasihi, dan
diampuni oleh Allah.
Utuslah Roh-Mu dan kuduskanlah setiap orang dari kami dengan
urapannya, Sehingga Jubli Kerahiman dapat menjadi sebuah tahun rahmat
dari Tuhan, Dan Gereja-Mu, dengan semangat yang diperbaharui, dapat
membawa kabar baik kepada orang miskin, memberitakan kebebasan
untuk para tawanan dan orang yang tertindas, dan memulihkan penglihatan bagi orang buta.
Kami mohon ini melalui perantaraan Maria, Bonda kerahiman, Engkau
yang hidup dan memerintah bersama Bapa dan Roh Kudus untuk selamalamanya. AMIN.
Download