UNDANG-UNDANG GANGGUAN SEKSUAL DI MALAYSIA

advertisement
TAJUK BUKU
PENGULAS BUKU
BIODATA PENULIS
UNDANG-UNDANG GANGGUAN SEKSUAL DI
MALAYSIA
ROSMAWATY BINTI BAHARUDIN
Ahmad Shamsul Abd Aziz adalah pensyarah kanan di Fakulti
Pengurusan Awam dan Undang-undang daripada Universiti Utara
Malaysia. Mendapat pendidikan Master of Laws dari Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001 dan LL.B(Hons). Beliau aktif
dalam penulisan buku-buku berbentuk perundangan seperti Pemilikan
Harta Intelek Dalam Hubungan Pekerja dan Majikan (2008), Menangani
Masalah Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Salah Siapa? (2003),
Jenayah Rogol Mengikut Kanun Keseksaan (2007), Perundangan dalam
Pembangunan Masyarakat dan beberapa lagi buku lain.
Penerbit
Tahun
Halaman
Harga
Lain-Lain
PERIHAL BUKU
ULASAN BUKU
PTS Publishing Sdn Bhd
2008
207 Halaman
RM 21.00
Mempunyai 8 Bab
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Konsep Gangguan Seksual
Bab 3: Gangguan Seksual di Tempat Awam
Bab 4: Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Bab 5: Gangguan Seksual di Lapangan Akademik
Bab 6: Gangguan Seksual Menerusi Internet
Bab 7: Undang-undang Gangguan Seksual di Luar Negara
Bab 8: Mencegah Gangguan Seksual
PENGENALAN
Gangguan seksual boleh berlaku dalam 4 persekitaran
1)
2)
3)
4)
Tempat kerja
Tempat awam
Pusat-pusat akademik
Melalui internet/ telefon/ gajet
Apakah gangguan seksual?
-
-
Gangguan seksual adalah gangguan / perlakuan yang tidak boleh
diterima atau tidak direlakan oleh mangsa secara berulang di
mana gangguan /perlakuan tersebut boleh mendatangkan malu,
menjatuhkan maruah mangsa dan meletakkan mangsa dalam
keadaan tidak selesa.
Antara gangguan /perlakuan tersebut ialah :
a) Teguran seksual
b) Perbuatan – dilakukan secara fizikal spt menyentuh
c) Verbal (dengan kata) – ucapan lucah
d) Non verbal (bukan dengan kata-kata) – gerak isyarat
e) Perilaku seksual – meraba, memeluk dsbg.
Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira
jantina, para rupa, usia, agama, bangsa atau warna kulit.
Gangguan seksual menurut perspektif Islam berkait rapat dengan
hubungan dalam pergaulan, terutamanya yang berlainan jantina.
Untuk mencegah ganguan seksual, etika utama pergaulan dalam Islam
yang perlu diamalkan seperti berikut:
1)
2)
3)
4)
Menahan pandangan mata;
Pertemuan antara lelaki dan perempuan mestilah atas tujuan
tertentu yang positif sahaja;
Menghindari berdua-duaan dengan bukan mahram;
Elakkan jangka masa pertemuan yang lama antara bukan
mahram.
KONSEP GANGGUAN SEKSUAL
Terdapat 3 konsep utama berhubung kesalahan gangguan seksual iaitu:
1. Gangguan seksual sebagai satu cabang keganasan
-
Gangguan seksual tidak mengira jantina.
Namun wanita sering dikaitkan sebagai mangsa.
Kebanyakkan mangsa mengambil sikap berdiam diri dan tidak
membuat laporan.
Gangguan seksual ini kebanyakkan terjadi di tempat kerja.
2. Pendekatan hak sama rata sebagai suatu penyelesaian
-
Pemilikan kuasa yang tidak sekata menyumbang kepada
penindasan terhadap kaum yang lemah.
Malaysia sering memfokuskan isu hak-hak wanita.
Tujuannya bagi mengelakkan berlaku penindasan dan
memberikan hak sama rata dalam pekerjaan serta
perlindungan dengan suasana lebih selesa bagi wanita yang
bekerja.
3. Peranan undang-undang bagi membangkitkan kesedaran
-
Tujuan undang-undang digubal adalah untuk memberi dan
menentukan hukuman kepada pesalah.
Tahap pengetahuan atau kurangnya pendidikan berkaitan isu
ini menjadi punca kurangnya kesedaran berkenaan masalah
gangguan seksual.
Terdapat 5 perlakuan gangguan seksual yang biasanya berlaku:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
Gangguan perlakuan
Tindakan menggoda
Rasuah seksual
Paksaan seksual.
Desakan seksual
Gangguan berasaskan jantina
Punca Gangguan Seksual Berlaku
1)
2)
3)
Pemakaian seseorang yang terlalu seksi / menjolok mata
Pemilikan Kuasa
Pendatang asing yang bekerja di Malaysia
Teori Mengapa Seseorang Melakukan Jenayah Gangguan Seksual
1. Teori pendorong
i)
Teori menurut akal yang logik / deductive
- Cth pemilikan kuasa :- kuasa majikan ke atas pekerja
ii)
Teori dorongan atas apa yang berlaku / inductive
Sifat semulajadi / faktor hormon
Disebabkan perbezaan hormon antara lelaki & wanita.
Hormon lelaki mempunyai rangsangan seks yang lebig
tinggi berbanding kaum wanita.
Berlaku di luar kawalan penganggu
2. Teori Penyebab (m/s 40)
a) Teori klasik
b) Teori biological
c) Teori disebabkan bahan kimia
d) Teori cuaca
e) Teori psikologi
f) Teori kelemahan mental
Golongan Sasaran Gangguan Seksual
Mangsa kesalahan ini terdiri daripada:
i)
ii)
iii)
Mangsa / pihak yang mengganggu mungkin lelaki atau wanita
dan mangsa tidak semestinya daripada kalangan jantina yang
berlawanan.
Di tempat kerja : - golongan yang mengganggu mungkin
ketua, rakan sekerja atau pekerja atau lain-lain.
Mangsa tidak semestinya mangsa yang diganggu secara terus
tetapi orang yang turut terasa akibat gangguan tersebut (cth:
saksi kpd mangsa)
Tindakan pencegahan sendiri yang boleh diambil:
i)
Elakkan berkomunikasi dengan pelaku atau elakkan
terserempak sedaya mungkin.
ii)
Berterus terang dengan pelaku yang anda tidak suka dengan
perlakuannya secara tegas.
iii)
Bercakap kuat bagi mendapat perhatian orang sekeliling.
Pelaku akan menjadi malu sendiri.
Kesan Gangguan Seksual
1. Kesan psikologi seperti rasa rendah diri dan sering menyalahkan
diri sendiri. Berisiko mengalami penyakit neurosis termasuk fobia
2. Pening dan muntah-muntah serta sindrom tiada selera makan dan
tidak boleh tidur akibat terlalu memikirkan masalah gangguan
seksual. Jika mangsa terus berdiam diri, kemungkinan mangsa
boleh mengalami sakit mental jika tidak dirawat.
3. Gangguan seksual di tempat kerja memberikan kesan ke atas
produktiviti dan ekonomi Negara. Ini kerana:
a) Imej sesebuah organisasi akan tercemar jika diketahui
umum.
b) Pekerja yang berpengalaman berhenti kerana menjadi
mangsa gangguan seksual
c) Pengurusan syarikat kucar kacir kerana terpaksa
menanggung perbelanjaan untuk bayaran pampasan
kepada mangsa
GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
Ciri-ciri gangguan seksual di tempat kerja:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
Dilakukan oleh mereka yang memiliki kuasa/kawalan terhadap
pekerja.
Jarang dilaporkan.
Apabila dilaporkan, kesalahan sukar dibawa ke perbicaraan dan
disabitkan kesalahan atas faktor-faktor tertentu.
Tidak dipandang serius.
Bukan perlakuan seksual sebenar.
Sangat sukar untuk dibuktikan.
Perbuatan tingkah laku yang dikatakan penyebab gangguan seksual
di tempat kerja adalah:
1. Tingkah laku mengganggu
- Perbuatan yang tidak sopan dan mengancam hak dan
kebebasan mangsa.
- Perbuatan mengusik dengan menunjukkan kelakuan dan
tingkah laku yang mengganggu.
- Memalukan dan menjatuhkan maruah mangsa disebabkan
tingkah laku yang mengganggu.
2. Tingkah laku destruktif
- Tindakan ganas dan memberikan kesan buruk kepada
mangsa sama ada daripada segi gangguan fizikal, emosi,
psikologi, sikap, hubungan mahupun layanan moral.
- Mendorong kepada gangguan seksual yang serius seperti
kekasaran, memfitnah, paksaan, tindakan dan pelbagai
tingkah laku yang boleh memusnahkan imej, harga diri,
keselamatan dan kehormatan.
3. Tingkah laku agresif
- Tindakan agresif pelaku menyebabkan mangsa mengalami
tekanan emosi psikologi dan sosial.
4. Tingkah laku membuli
- Mangsa dipaksa membuat pelbagai perkara dengan niat untuk
membuli.
-
Perbuatan ini termasuklah mangsa dikehendaki mencium pipi
pelaku serta mangsa diraba tanpa rela.
Perbuatan ini adalah suatu perbuatan diskriminasi, menghina
dan merendah-rendahkan diri mangsa.
5. Tingkah laku jenayah
- Perbuatan seperti mengugut, memperdagangkan wanita,
memaksa wanita melakukan perbuatan seksual dan
sebagainya.
Gangguan seksual di tempat kerja boleh dibahagikan kepada 2
keadaan:
1. Quid Pro Quo (balas budi)
-
-
Berlaku kepada seseorang yang memiliki “kuasa untuk
mengawal” ke atas pekerja dengan melakukan perbuatan
tidak senonoh.
Mereka yang tidak patuh akan merasa tertekan sehingga
diberhentikan kerja.
Hakikatnya, ianya sudah menjadi lumrah dalam kes-kes
gangguan seksual di tempat kerja kerana ianya melibatkan
pengaruh kuasa.
2. Suasana yang menimbulkan ancaman
-
-
Gangguan ini boleh berlaku di antara sesama pekerja.
Ini termasuklah perbincangan mengenai aktiviti seksual,
sentuhan yang tidak sepatutnya, mengeluarkan komen ke
atas sifat fizikal seseorang, menggunakan isyarat serta
bahasa lucah.
Suasana di tempat kerja tidak lari daripada aktiviti bergurau
senda. Kita semua harus tahu membezakan antara sifat
gurauan dan perbuatan yang menimbulkan ancaman seksual.
Undang-undang Berhubung Gangguan Seksual di Tempat Kerja.
Tidak undang-undang tersedia khusus bagi menangani masalah
gangguan seksual.
Akta-akta khusus berhubung pekerja dan pekerjaan adalah seperti
1) Akta Pekerjaan 1955;
2) Akta Perhubungan Perindustrian 1957;
3) Akta Keselamatan Pekerja dan Kesihatan 1994
Akta Pekerjaan 1955
- Seksyen 14(1), Akta Pekerjaan 1955 menyebut:
“Seorang majikan boleh, atas alasan-alasan pengurusan yang
tidak cekap, tidak selaras dengan pematuhan syarat-syarat nyata
atau tersirat perkhidmatannya selepasa pertanyaan yang patut:
a) Menyingkirkan pekerja itu tanpa notis;
b) Menurunkan pangkat pekerja itu; atau
c) Menggunakan mana-mana hukuman laian yang kurang
hebat sebagaimana ia anggap patut atau adil”.
Akta Perhubungan Perindustrian 1957
-
Terpakai untuk pekerja sektor awam dan swasta
Melalui Seksyen 20, melibatkan kes apabila mangsa dipecat
dengan pemecatan konstruktif iaitu dengan cara majika tidak
memecat pekerja secara terus tetapi majikan meletakkan
tekanan kepada pekerja sehingga pekerja itu berhenti dengan
sendiri kerana tidak tahan dengan tekanan melampau yang
diberikan.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994
-
Akta ini berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja
supaya sentiasa terjamin di tempat kerja.
Gangguan seksual tidak dimasukkan secara khusus dalam
akta ini.
Terdapat buku panduan Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi
Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh
Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999.
Kod Amalan ini ada 34 perkara.
Perkara 9 Kod Amalan:
i.
Kenyataan dasar melarang gangguan seksual dalam organisasi
ii.
Difinisi gangguan seksual yang jelas
iii.
Prosedur membuat aduan
iv.
Peraturan, disiplin dan hukuman ke atas pesalah / membuat
aduan palsu
v.
Langkah-langkah perlindungan dan pemulihan kepada mangsa
vi.
Program promosi dan pendidikan bagi memberi penerangan
tentang dasar organisasi mengenai gangguan seksual.
Walau bagaimanapun, kod amalan ini tidak memberikan impak dalam
perundangan (hanya sebagai panduan sahaja).
GANGGUAN SEKSUAL SEBAGAI BENTUK KESALAHAN JENAYAH.
Gangguan seksual juga boleh diletakkan di bawah kesalahan jenayah di
bawah Kanun Keseksaan.
Di bawah kanun ini terdapat beberapa seksyen yang boleh mendakwa
seesorang atas kesalahan kesalahan seksual walaupun tidak meletakkan
terma “gangguan seksual” iaitu :.
a) Seksyen 509 – melibatkan kesalahan mengaibkan kehormatan
seseorang termasuklah mengucapkan apa jua benda (perkataan,
bunyi atau isyarat) dan menceroboh ketenteraman peribadi
seseorang atau mempamerkan objek yang boleh menjatuhkan
kehormatannya.
b) Seksyen 354 – kesalahan yang melibatkan kekerasan jenayah ke
atas mangsa bagi tujuan dan dengan niat mencabul kehormatan
mangsa.
c) Seksyen 355 – memperuntukkan kesalahan yang melibatkan
kekerasan jenayah ke atas mangsa bagi tujuan menjatuhkan
maruah mangsa.
Kesemua kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara, denda dan
sebatan jika sabit kesalahan.
Tindakan yang boleh diambil oleh Mangsa Gangguan Seksual
1) Jika anda diberhentikan kerja kerana bantahan terhadap
gangguan seksual ke atas diri, mangsa boleh mengemukakan
aduan bertulis kepada Ketua Pengarah Perhubungan
Perindustrian.
2) Aduan perlu dibuat dalam tempoh 60 hari daripada tarikh
pemberhentian.
3) Jika tiada penyelesaian, aduan boleh dipanjangkan kepada
Menteri Sumber Manusia dan dilanjutkan kepada Mahkamah
Perindustrian.
MENCEGAH GANGGUAN SEKSUAL
Saranan Umum bagi Mengatasi Kesalahan Gangguan Seksual
1. Jangan ketepikan masalah ini
- Seolah-olah mangsa bersetuju dengan tindakan ini
2. Jangan berdiam diri
- Dapatkan sokongan moral dengan bercerita/ berbincang
dengan orang lain atau ahli keluarga.
3. Menyimpan rekod
- Simpan rekod masa, tempat, tarikh kejadian, kekerapan
kejadian dan rekod lain yg dirasakan perlu.
4. Mendapatkan bantuan orang ramai atau pertubuhan.
- Cth: JPM ada rakan AKRAB, Kelab Kebajikan - berbincang
dan minta bantuan pertubuhan.
KOMENTAR
KESIMPULANNYA hak kita sebagai individu/pekerja untuk mendapat
ketenangan terutamanya waktu bekerja adalah hak semua orang.
Sekiranya anda diperlakukan dalam keadaan yang anda tidak suka
terutamanya berkaitan gangguan seksual anda mempunyai hak untuk
melaporkan perkara itu kepada pihak yang bertanggungjawab kerana
negara kita ada undang-undang dan undang-undang telah menggariskan
kesalahan-kesalahan tersebut jika sabit kesalahan.
Download