RUKUN AGAMA

advertisement
RUKUN AGAMA
(PERTAMA/2017/FEB/001)
Kebelakangan ini telah wujud kekeliruan di dalam masyarakat berkaitan rukun
agama. Islam sebagai agama yang syumul telah sedia ada jawapan dan penerangan tentang
kesyumulan kaedah beragama. Penerangan ini dapat diambil dengan apa yang mahsyur
dipanggil sebagai Hadis Jibril a.s.
Dari Umar bin Al-Khatthab r.a berkata: Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di
sisi Rasululah s.a.w. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang
sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas
perjalanan, dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di
hadapan Nabi s.a.w., lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi s.a.w dan meletakkan kedua
tangannya di atas kedua paha Nabi s.a.w, kemudian ia berkata:
Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.
Rasulullah s.a.w menjawab, Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah,
jika engkau telah mampu melakukannya. Ia berkata,”Engkau benar! Maka kami hairan, ia
yang bertanya dan ia pula yang membenarkannya.
Kemudian ia bertanya lagi: Beritahukan kepadaku tentang Iman.
Rasulullah s.a.w menjawab,”Iman adalah engkau beriman kepada Allah, malaikatNya,
kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kemudian, dan engkau beriman kepada takdir Allah yang
baik dan yang buruk. Ia berkata: Engkau benar!
Dia bertanya lagi: Beritahukan kepadaku tentang ihsan.
Rasulullah s.a.w menjawab: Hendaklah engkau beribadah kepada Allah s.w.t seakanakan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat
engkau.
Lelaki itu berkata lagi: Beritahukan kepadaku tentang Kiamat?
Rasulullah s.a.w menjawab: Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih tahu dari
orang yang bertanya.
1 |PERTAMA/2017/FEB/001
Kalau begitu khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya.
Rasulullah s.a.w menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah
melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin,
pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.
Kemudian ia pun pergi, lalu aku pun terdiam beberapa lama. Setelah itu Rasulullah
s.a.w bertanya: Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?
Kataku: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Rasulullah s.a.w berkata:
Sesungguhnya dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian. [HR Muslim,
no. 8]1
Menerusi hadis kedua daripada “Hadith 40’’ karangan Imam Nawawi Rahimahullah ini
jelaslah bahawa tiga rukun penting yang diterapkan dalam rukun agama.
Pertama, berkenaan Islam di mana ketika Baginda Nabi Muhammad s.a.w ditanya oleh
Jibril a.s. Baginda Nabi s.a.w telah menghuraikan lima rukun Islam iaitu mengucapkan dua
kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan
mengerjakan haji di Baitullah sekiranya mampu. Maka, ia dipanggil sebagai Rukun Islam.
Kedua, Jibril a.s telah bertanyakan berkenaan Iman. Baginda Nabi Muhammad s.a.w
telah menghuraikan makna iman dengan enam rukunnya iaitu, Beriman kepada Allah, para
MalaikatNya, KitabNya, para RasulNya, hari Kiamat dan Qada’ Qadar. Maka, ia dipanggil
sebagai Rukun Iman.
Selanjutnya Baginda Nabi s.a.w ditanya perihal Ihsan, maka Baginda Nabi Muhammad
s.a.w menerangkan bahawa ihsan itu ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau
melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya Ia melihat engkau. Maka,
ia dipanggil sebagai Rukun Ihsan.
Melalui tiga pertanyaan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa 3 rukun penting yang
ada iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan. Rukun Islam adalah berkaitan dengan
hal-hal praktikal melaksanakan perintah-perintah agama. Ia bersangkut paut dengan kaedah
ibadah, muamalah, munakahah, jenayah dan seterusnya sekali gus membezakan antara muslim
dan kafir seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Muslim yang sebenar sentiasa berusaha
melaksanakan segala perintah dan laranganNya. Maka, ilmu pada rukun ini adalah feqah.
1
Matan Al-Arba’in Al-Nawawiyyah, Imam Nawawi Rahimahullah.
2 |PERTAMA/2017/FEB/001
Seterusnya Rukun Iman adalah berkaitan dengan hal-hal ketauhidan. Di dalam rukun
ini menerapkan soal kepercayaan yang wajib kita Imani. Ia bermula daripada Kepercayaan
kepada Allah, para MalaikatNya, KitabNya, RasulNya, Hari Kiamat dan Qada’ Qadar. Dengan
rasa percaya dan yakin, maka lahirlah sifat taat kepada segala perintah dan laranganNya. Maka,
ilmu pada rukun ini adalah tauhid.
Selanjutnya adalah berkaitan Rukun Ihsan. Rukun ini menerangkan perihal
muraqabatullah iaitu kebersamaan kita dengan Allah s.w.t. Bilamana seorang hamba yang
melakukan solat, maka perasaan yang hadir akan menjadikan solat yang didirikan benar-benar
ikhlas dan hanya kerana Allah s.w.t semata-mata. Begitulah yang ingin diterapkan di dalam
rukun ihsan iaitu engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya (muraqabah),
tetapi jika engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya Dia melihat engkau (musyahadah).
Maka, ilmu pada rukun ini adalah tasawwuf.
Adapun kesinambungan yang dapat diambil daripada pertanyaan Jibril a.s kepada
Baginda Nabi Muhammad s.a.w adalah rukun agama yang terbahagi kepada Rukun Islam
(feqah), Rukun Iman (tauhid) dan Rukun Ihsan (tasawwuf). Islam merangkumi ilmu feqah dan
perlaksanaannya dengan mengambil keberkatan imam empat mazhab iaitu Syafie, Maliki,
Hanafi dan Hanbali. Setiap mazhab dipelopori oleh setiap imamnya dan ijtihad mereka dalam
setiap perlaksanaan hukum. Sebagai contoh perbezaaan pandangan dalam hal-hal yang
membatalkan wuduk, kadar pemberian zakat kepada asnaf zakat, penentuan awal puasa dan
sebagainya.
Iman merangkumi ilmu tauhid dan terpecah kepada beberapa aliran antaranya mazhab
Asy’ariyah dan Maturidiyah. Pendiri aliran Asy’ariyah adalah Abdul Hasan Ali bin Ismail AlAsy’ary. Al-Asy’ary lahir tahun 260 H/ 873M dan wafat tahun 324H/ 935M. Aliran ini
mengakui adanya sifat-sifat Tuhan, yang mana sifat-sifat tersebut sesuai dengan zat Tuhan
sendiri dan sama sekali tidak menyerupai sifat-sifat makhluk. Manakala, aliran Maturidiyah
masih tergolong Ahli Sunnah seperti halnya aliran Asy’ariyah. Pendirinya adalah Muhammad
bin Muhammad Abu Mansur. Ia dilahirkan di Maturid, daerah kecil di Samarkand kurang lebih
pada pertengahan abad ketiga Hijrah dan meninggal di Samarkand juga pada tahun 332 H.
Menurut Al-Maturidi, mengetahui Tuhan dan kewajiban mengetahui Tuhan dapat diketahui
dengan akal. Kemampuan akal dalam mengetahui dua hal tersebut sesuai dengan ayat-ayat AlQuran yang memerintahkan agar manusia menggunakan akal dalam usaha memperoleh
pengetahuan dan keimanannya terhadap Allah s.w.t melalui pengamatan dan pemikiran yang
3 |PERTAMA/2017/FEB/001
mendalam tentang makhluk ciptaannya. Kalau akal tidak mempunyai kemampuan memperoleh
pengetahuan tersebut, tentunya Allah s.w.t tidak akan menyuruh manusia untuk melakukannya.
Dan orang yang tidak mahu menggunakan akal untuk memperoleh iman dan pengetahuan
mengenai Allah s.w.t bererti meninggalkan kewajiban yang diperintah ayat-ayat tersebut.
Namun akal menurut Al-Maturidi, tidak mampu mengetahui kewajiban-kewajiban lainnya.
Kedua mazhab ini adalah mazhab tauhid yang diakui menjadi teras Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Seterusnya Ihsan yang merangkumi bidang ilmu tasawuf. Tasawuf bemaksud
memperbaiki hati, ketekunan ‘ubudiyyah, menyucikan akhlak, dan menguatkan rohani untuk
memperoleh kebahagiaan abadi; atau terpaut hati kepada dunia bertumpu kepada akhirat,
bersungguh-sungguh dalam taat kepada Allah s.w.t. Tasawuf juga adalah ilmu untuk
mentarbiyah diri dalam mencapai tingkat ihsan yang didefinisikan Baginda Nabi Muhammad
s.a.w “Engkau beribadah seolah-olah melihatNya. Maka, jika tidak dapat melihatNya, maka
Allah s.w.t melihatmu’’, atau dengan istilah kaum sufi adalah musyahadah dan muraqabah
seperti yang dihuraikan sebelum ini.
Sehubungan itu, memahami ketiga-tiga rukun ini memainkan peranan penting dan
lengkap melengkapi dalam kehidupan seorang muslim. Seorang muslim bukan sahaja wajib
memahami ilmu feqah, bukan sahaja ilmu tauhid, bukan sahaja ilmu tasawwuf, tetapi ketigatiga ilmu tersebut.
Jika pada ilmu feqah itu pelaksanaannya perlu kepada mengikuti salah satu mazhab
empat yang muktabar. Ilmu tauhid pula perlu berpegang kepada mazhab Asy’ariah dan
Maturidiah. Begitu juga pada ilmu tasawwuf. Untuk mengamalkan ilmu ini wajiblah bagi
seorang mukmin agar menimba ilmu ini dari sumbernya, berguru kepada tokoh-tokohnya,
meminum dari tempat minuman mereka (masyrab), serta menempuh tingkat-tingkat yang
mereka telah lalui, sehingga ia mencapai apa yang telah mereka capai, memperoleh wusul dan
sampai kepada tujuan. Hal ini kerana ilmu ini tidak diambil dari atas kertas (kitab), namun
hanya diambil dari ahlul azwaq (tokoh sufi), tidak diperoleh dengan perkataan namun hanya
dapat diambil dari khidmat kepada tokoh sufi dan bersuhbah kepada golongan (Syeikh) yang
sempurna (mencapai wusul).2
Imam Ibnu ‘Athoillah as-Sakandari r.a berkata: “Seharusnya bagi mereka yang
berminat untuk mendapatkan bimbingan dan menempuh jalan petunjuk agar mencari Syeikh
2
Inilah Tasawuf, Sheikh Rohimuddin Bin Nawawi.
4 |PERTAMA/2017/FEB/001
dari golongan tahqiq (yang merealisasikan jalan ini), yang telah menempuh jalan menuju Allah
s.w.t, meninggalkan hawa nafsunya dan yang langkahnya telah mantap dalam berkhidmat
kepada Tuhannya. Maka jika ia menjumpainya, laksanakanlah perintahnya dan jauhilah segala
larangannya”.
Setelah kita mendalami erti tasawuf, perlulah diketahui jalan-jalan yang membawa
kepada hakikat tasawuf yang sebenar secara praktikal iaitu dengan bertarekat. Tarekat adalah
asal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu thariq yang bermakna jalan. Jalan yang dimaksudkan
di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t.
Secara praktikalnya tarekat adalah himpunan amalan-amalan takwa (lahir dan batin) yang
bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertakwa oleh gurunya yang digelar
sebagai Syeikh.
Kesimpulannya, melalui hadis ini Jibril a.s telah menerangkan berkenaan rukun agama
yang terbahagi kepada tiga iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Ihsan. Rukun Islam
perlulah mendalami ilmu feqah, Rukun Iman perlulah mendalami ilmu tauhid dan Rukun Ihsan
perlulah mendalami ilmu tasawuf. Untuk melaksanakan Rukun Islam kita perlu mengikuti
mazhab feqah sama ada Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki. Untuk melaksanakan ilmu tauhid
adalah dengan beriktikad Asy’ariah dan Maturidiah. Manakala, ilmu tasawwuf untuk
melaksanakannya adalah dengan mengikut tarekat yang muktabar.
Inilah rukun agama secara syumul dan saling lengkap-melengkapi bagi mukmin yang
mahu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Imam Malik Rahimahullah berkata:
“Barangsiapa mempelajari/mengamalkan Tasawuf tanpa Fekah maka dia telah Zindik, dan
barangsiapa mempelajari/mengamalkan Fekah tanpa Tasawuf dia Fasik , dan siapa yang
menghimpunkan keduanya ( dengan mempelajari/mempelajari tasawwuf disertai fekah)
maka dia mendapat tahqiq ( kebenaran).”3
.‫وهللا تعالى أعلم بالصواب‬
Disediakan oleh:
Tuan Guru Abdul Raof bin Nurin,
Lajnah Dakwah PERTAMA
3
Kitab Siyarus Saalikin Juzuk 1, Mukaddimah kitab - Sheikh Abdul Shomad al Falembani.
5 |PERTAMA/2017/FEB/001
Download