HAMID.qxd (Page 7)

advertisement
Contents
Menerusi sidang tiga hari, tentera Islam
berjanji bahawa Jeneral Rustam berhak
mentadbir negara mereka dengan aman jika
mereka tidak memusuhi negara Islam.
Ramai yang ternyata tersentuh dengan
diplomasi Islam dan telah memeluk agama
Islam.
TASAMUH ATAU TOLERANSI
Islam mengajarkan umatnya supaya
bersikap tasamuh atau toleransi, malah terhadap musuh yang sudah menjadi orang
tawanan. Contoh paling baik ditunjukkan
oleh Rasulullah ketika kota Makkah jatuh
ke tangan orang Islam tanpa pertumpahan
darah pada 8 Hijrah.
Kaum kafir Quraisy gementar ketika
Nabi Muhammad saw memasuki kota
Mekkah. Pata pemimpin Quraisy yakin
nyawa mereka kini terancam. Mereka khuatir Nabi akan membalas dendam terhadap
kekejaman mereka selama 13 tahun ke atas
baginda dan umat Islam. Ternyata Nabi
Muhammad mengumpulkan mereka di
sebuah tanah lapang yang luas, kemudian
Nabi memberi pidato ringkas yang antara
lain menukil firman Allah yang bermaksud:
“Dia (Nabi Yusuf) berkata: Pada hari
ini tidak ada cercaan terhadap kamu.
Mudah-mudahan Allah mengampuni
(kamu) dan Dia adalah yang Maha Yang
Lebih Penyayang di antara para
penyayang.” (Yusuf:92)
Nabi saw kemudian berseru: “Sekarang
kalian semua bebas dan silakan pergi memulai hidup yang baru.”
Satu contoh lain sikap toleransi Islam
ialah semasa Sepanyol diperintah oleh
Islam pada abad ke-9, menurut Profesor
Gustave le Bon, sejarawan dan ilmiawan
Eropah yang disegani.
Menurut le Bon, semasa Sepanyol diperintah orang Islam, persidangan umat
Kristian diadakan di Seville (872 Masihi)
dan Cordova (852 Masihi). Tidak ada
jawatan pemerintah atau sebarang pekerjaan
yang dilarang buat orang Yahudi atau
Nasrani.
Tetapi sewaktu tentera Salib menawan
152
Baitulmakdis, kekejaman yang mereka
lakukan tiada bandingannya. Seramai 1,000
orang Islam yang mencari perlindungan di
masjid telah dibunuh. Sejarawan Kenneth
Clark menulis bahawa dalam sejarah manusia, tidak ada peperangan yang lebih kejam
daripada Perang Salib.
Tentera Salib menduduki Baitulmakdis
selama 88 tahun. Kebencian orang Nasrani
yang asal telah mendorong mereka meminta
bantuan tentera Islam pimpinan panglima
Kurdi yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi
(dipanggil orang Kristian sebagai Saladin).
Ini berlaku pada Oktober 187 (Rejab 583
Hijrah). Jauh daripada membalas dendam di
atas kekejaman orang Eropah Kristian,
Sultan Salahuddin melarang orang Kristian
daripada dibunuh, disamun atau diseksa.
Malah diceritakan bahawa Salahuddin
telah menyamar diri untuk merawat Richard
the Lion Heart. Beliau telah memberi perlindungan kepada setiap lelaki dan wanita
Kristian dan Yahudi serta membenarkan
mereka terus tinggal di sana.
KESIMPULAN
Umat Islam, khususnya para pemimpin
dan pemerintah, perlu mengadakan usaha
seranta (publicity blitz) untuk membuktikan
kesucian Islam sebagai agama damai yang
mengutamakan diplomasi dan mengambil
jalan perang sebagai langkah akhir bela diri.
Ini merupakan langkah hikmah.
Namun kemajuan ummah perlu dipertingkat menerusi ilmu dan pembinaan keadilan di negara majoriti Islam. Inilah contoh
terbaik yang perlu sedia ada. Umat Islam
yang maju dari segi taraf hidup dan hak
asasi akan lebih meyakinkan daripada sebaliknya.
Selanjutnya, umat Islam harus terbuka
dan berani mengajak dialog dengan apa jua
penganut agama di forum antarabangsa atau
perbincangan kecil. Umat Islam perlu keluar untuk berdakwah dengan ilmu tinggi dan
bahasa yang fasih demi meyakinkan seluruh
kemanusiaan.
Contents
Download