Karya Agung - Wawasan Penabur

advertisement
Karya Agung
Penulis
Penterjemah
Penyunting
Kulit buku
: Vaughan Roberts
: Steffisley Mosingki
: Randy Singkee
: Erika Lee Pik Kay
Cetakan Pertama: April 2012
Hakcipta © 2002 Vaughan Roberts
God’s Big Picture
Hakcipta © 2009 Edisi Bahasa Inggeris
Inter-Varsity Press
Hakcipta © 2012 Edisi Bahasa Malaysia
Wawasan Penabur Sdn. Bhd.
Petikan Alkitab diambil dari:
Alkitab Terjemahan Baru © 1974, Lembaga Alkitab Indonesia
Diterbitkan oleh:
Wawasan Penabur Sdn. Bhd.
P.O.Box: 8327, Kelana Jaya
46787 Petaling Jaya, Selangor
[email protected]
Wawasan Penabur bekerja rapat dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia untuk
mengembang, menerbit dan menyebarkan bahan-bahan sumber Kristian dalam Bahasa
Malaysia yang berasaskan Alkitabiah bagi kegunaan gereja dan umat Tuhan.
Diilhamkan oleh pemimpin-pemimpin Kristian lintas-denominasi, Wawasan Penabur adalah satu organisasi bukan untuk keuntungan yang komited untuk melayani umat Kristian berbahasa Malaysia di Malaysia.
Hak Cipta terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Penerbit.
Daftar Isi
Prakata
3
Pengenalan
7
Alkitab ialah satu kitab
Kerajaan Allah
7
15
1.
Pola Kerajaan
Pembelajaran Alkitab: Kejadian 1:1 – 2:25
21
29
2.
Kerajaan Yang Telah Musnah
Pembelajaran Alkitab: Kejadian 3
31
39
3.
Kerajaan Yang Dijanjikan
Pembelajaran Alkitab 17:1-8; Galatia 3:6-1
41
51
4.
Kerajaan Separa
Umat Allah : Kejadian 12 – Keluaran 18
Pemerintahan dan berkat Allah
Pembelajaran Alkitab: Keluaran 19:1–13; 20:1–17
Tempat Allah
Raja dari Allah
Pembelajaran Alkitab: 2 Samuel 7:1–17
53
54
63
69
71
75
85
5.
Kerajaan Yang Dinubuatkan
Pembelajaran Alkitab: Hosea 1 – 3
87
103
6.
Kerajaan Masa Kini
Pembelajaran Alkitab: Lukas 1:39–80; 2:25–32
105
118
7.
Kerajaan Yang Diumumkan
Pembelajaran Alkitab: 2 Korintus 4
121
135
8.
Kerajaan Yang Disempurnakan
Pembelajaran Alkitab: Wahyu 21:1–8; 21:22 – 22:5
137
150
Epilog
153
Nota-Nota
160
Jika anda berminat untuk membuat satu siri pelajaran
berdasarkan bahan-bahan di dalam buku ini, sumber-sumber
dalam Bahasa Inggeris untuk dimuat turun boleh didapati di
www.ivpbooks.com/resources
Prakata
‘Petikan manakah yang akan anda pilih jika anda ingin
merancangkan satu siri pembelajaran Alkitab yang bertemakan
Bait Suci Allah?’
Itulah pertanyaan seorang pemuda yang baru saya kenali di satu
seminar untuk para pelayan baru. Saya bakal memulai pengajian
saya di kolej pada masa itu. Dalam masa dua tahun saya akan
dilepaskan untuk bekerja di sebuah gereja dan saya masih belum
bersedia untuk semua itu. Saya sudah menjadi seorang Kristian
yang sangat bersungguh-sungguh selama enam tahun. Namun
begitu pengetahuan saya mengenai Alkitab, terutamanya
Perjanjian Lama sungguh cetek. Sebab itulah soalan daripada
rakan baru saya tadi membuat saya hampir lemah semangat.
Saya pernah mendengar mengenai Bait Suci Allah tetapi saya
tidak berapa faham akan maknanya. Dan saya tidak mempunyai
idea bagaimana untuk mencari petikan di dalam Alkitab untuk
mengkajinya dengan lebih lanjut. Lalu saya tergamam: ‘Petikan
manakah yang akan anda pilih?’
Sepuluh minit berikutnya, saya dibawa untuk melalui satu
pengembaraan menelusuri keseluruhan Alkitab sehingga kepala
saya pening. Kami bermula di Taman Eden, di mana Adam dan
Hawa tidak memerlukan bait suci Allah kerana hadirat Allah
memenuhi semua tempat; lalu kami meneruskan perjalanan
sehinggalah ke ciptaan yang baru, Syurga, di mana sekali lagi
Bait Suci tidak diperlukan kerana ‘Allah, Tuhan Yang Mahakuasa,
adalah Bait Sucinya, demikian juga Anak Domba itu’ (Wahyu
21:22). Di sepanjang perjalanan kami berhenti seketika di
Khemah Suci di tengah-tengah padang gurun; Bait Suci di
4
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Yerusalem; nubuat mengenai Bait Suci yang baru daripada
Yeheziel; Tuhan Yesus Kristus, yang ‘dikhemahkan’ di antara kita
(Yohanes 1:14, secara harafiah); dan juga gereja (‘bait Allah
yang kudus, di dalam Tuhan’, Efesus 2:21).
Saya sangat kagum. Saya sudah tamat pengajian Ijazah Teologi
saya di universiti, tetapi saya masih tidak dapat mencari jalan
saya di dalam Alkitab. Terdapat banyak analisis yang sangat
terperinci berdasarkan buku-buku dan ayat-ayat di dalam
Alkitab. Tetapi tidak ada satu pun yang menerangkan
bagaimana mereka semua melengkapi satu sama yang lain.
Bagaimanapun, rakan saya mampu untuk mengembara Alkitab
tanpa sebarang rintangan. Dia kelihatan seperti menggunakan
peta manakala saya pula seorang yang tanpa arah tujuan.
Lalu saya bertanya bagaimana dia melakukannya. Dia kemudian
memberitahu saya mengenai sebuah buku yang memberikan
rangka kepada elemen utama jalan cerita Alkitab dari mula
hingga akhir. Buku tersebut adalah Gospel and Kingdom, karya
Graeme Goldsworthy. Keesokan harinya saya pergi
mendapatkan buku tersebut dan menghabiskannya dalam
seminggu. Akhirnya saya memiliki sebuah peta yang saya
perlukan. Saya masih lagi tidak mengetahui Alkitab secara
menyeluruh tetapi rangka yang saya perlukan sudah pun ada.
Sesiapa sahaja yang telah membaca Gospel and Kingdom akan
dapat melihat pengaruh buku tersebut di dalam buku ini. Ini
bukanlah percubaan untuk memperbaiki buku tersebut. Saya
menggunakan pendekatan yang hampir serupa dengan buku
tersebut, tetapi dengan cara yang lebih mudah untuk difahami.
Tujuan saya ialah untuk membekalkan semua orang Kristian, dari
yang baru mengenali Kristus sehinggalah Kristian yang lebih
matang, satu gambaran keseluruhan mengenai Alkitab bagi
membantu mereka melihat bagaimana bahagian yang berbeza
mempunyai kesinambungan di antara satu sama yang lain.
Saya berharap agar buku ini akan menjadi sebuah buku yang
ringkas tetapi tidak meremehkan. Saya ingin memberikan sebuah
peta kepada para pembaca yang saya dapati sungguh
Prakata
membantu. Sebuah rangka Pembelajaran Alkitab disediakan di
akhir setiap bab (dan beberapa tambahan bagi bab 4). Semua
ini direka untuk pembelajaran secara sendiri mahupun
berkumpulan. Anda akan memperoleh lebih banyak faedah
daripada siri pembelajaran ini jika anda ataupun kumpulan anda
membaca (ataupun beberapa bahagian yang bersangkutan di
bab 4) terlebih dahulu.
Saya sangat berterima-kasih kepada Richard Coekin, kerana
terlebih dahulu membimbing saya ke jalan yang sepatutnya, dan
kepada Graeme Goldsworthy, hasil bukunya memberikan saya
sebuah peta yang saya perlukan. Bahan ini secara asalnya
disediakan untuk ceramah bagi St Ebbe’s Church, Oxford, Titus
Trust Holidays, Spring Harvest Word Alive dan Seminar FIEC
Caister. Saya sudah diberkati hasil daripada tunjuk ajar ramai
penulis dan penceramah di kawasan ini, termasuklah Shaun Atkins,
F. F. Bruce, Edmund P. Clowney, Jonathan Fletcher, Ian Garrett,
Phillip Jensen, Walter J. Kaiser, Simon Manchester, Mark Meynell,
Alec Motyer, Mike Neville, Alan Purser dan Simon Scott. Tidak
banyak buah fikiran yang baru dan saya tidak segan-silu berdiri
di atas bahu orang lain di sepanjang buku ini. Saya telah terlupa
di mana saya mendapatkan idea-idea tersebut. Jika anda
mengenali bahu anda, terima kasih banyak-banyak!
Vaughan Roberts
5
6
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Pengenalan
Pengenalan
Alkitab ialah satu kitab
Kejahilan akan Alkitab
Seorang pegawai polis mengunjungi sebuah sekolah rendah di
mana dia telah diminta untuk mengajar di sebuah kelas Alkitab.
Dia memulakan kelasnya dengan bertanya, ‘siapa yang telah
meruntuhkan dinding Yeriko?’ Kelas menjadi sunyi dan para
pelajar duduk resah. Tidak lama kemudian, seorang budak lelaki
mengangkat tangannya lalu menjawab, ‘Tuan, nama saya Bruce
Jones. Saya tak tahu siapa yang lakukannya, tetapi itu bukan
angkara saya.’
Polis tersebut berfikir bahawa jawapan budak tersebut sangat
nakal. Lalu dia melaporkan kejadian tersebut kepada guru besar
sekolah. Selepas terdiam seketika, guru besar tersebut menjawab,
‘Saya kenal dengan Bruce Jones; dia seorang budak yang jujur.
Jika dia berkata itu bukan angkaranya, dia berkata benar.’
Pegawai polis itu menjadi geram. Dia berfikir sama ada guru
besar tersebut biadab ataupun sangat jahil. Lalu dia menulis
laporan kepada Kementerian Pendidikan untuk membuat aduan.
Dan dia menerima balasan yang berbunyi demikian: ‘Tuan, kami
berasa sangat kesal mendengar musibah yang telah menimpa
dinding Yeriko dan juga tidak ada pihak yang mengaku bersalah
di dalam melakukan jenayah tersebut. Jika pihak tuan memberikan kami anggaran pembaikpulihan, kami akan mencuba untuk melakukan sesuatu bagi menanggung kos tersebut.’
Cerita ini sangat kebudak-budakan dan kemungkinan besar ianya
7
8
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
hanya rekaan, tetapi ia mempunyai mesej yang sangat penting.
Beberapa dekad dahulu, semua orang mengetahui cerita
mengenai Yosua dan dinding Yeriko. Bilangan kanak-kanak yang
menghadiri sekolah minggu sangat besar dan yang selebihnya
masih menerima pelajaran mengenai cerita-cerita utama Alkitab
di sekolah. Tetapi hari-hari tersebut sudah lama berlalu. Saya
menceritakan kisah anak yang hilang kepada seorang pelajar
Universiti Oxford baru-baru ini. Dia memandang saya dengan
penuh kebingungan. Secara umumnya, orang bukan Kristian
langsung tidak mengetahui isi kandungan Alkitab. Buku tersebut
masih merupakan buku terlaris di dunia. Sebanyak 1.25 juta
naskah dijual di UK setiap tahun. Bahkan ramai orang yang memiliki sekurang-kurangnya senaskah dan tersusun rapi di rak buku
mereka. Tetapi bilangan mereka yang pernah membaca buku
tersebut amat sedikit sekali.
Pengetahuan orang Kristian mengenai Alkitab juga lebih kurang
sama. Kita semua mempunyai petikan kegemaran masing-masing
tetapi kebanyakan muka surat di dalam Alkitab masih lagi kekal
sebagai ruang yang belum diterokai, terutamanya Perjanjian Lama. Jika kita bersikap jujur, kadang-kala kita merasakan
Perjanjian Lama sudah ketinggalan zaman. Malah ia terlalu asing
bagi agama Kristian. Apa kena-mengena hukum makanan, korban
haiwan dan Bait Suci dengan Yesus Kristus? Dan bagaimana pula
dengan peristiwa keluaran daripada Mesir, Daud dan Goliat,
dan Daniel di dalam gua singa? Semua cerita tersebut hebat dan
menarik. Tetapi apakah hubungannya dengan kita hari ini? Saya
berharap agar buku ini dapat memberikan jawapan kepada
semua soalan ini, setidak-tidaknya untuk memberikan satu rangka
yang akan membolehkan anda untuk mencari jawapan sendiri.
Tujuan buku ini ditulis ialah untuk membantu orang Kristian mencari
jalan mereka menerokai Alkitab dan melihat bagaimana setiap
bahagian melengkapi satu sama yang lain dan menghalakan kita
kepada Yesus.
Satu koleksi pelbagai hasil tulisan
Alkitab ialah satu koleksi pelbagai hasil tulisan. Ia mengandungi
66 buku yang ditulis oleh lebih kurang 40 orang penulis dalam
satu jangka masa 2,000 tahun. Ia mempunyai dua bahagian uta-
Pengenalan
ma (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) yang ditulis di dalam
dua bahasa utama (Ibrani dan Yunani), dan mengandungi pelbagai jenis kesusasteraan yang berbeza.
Alkitab kita hari ini mempunyai 39 kitab (buku) di dalam
Perjanjian Lama yang disusun seperti yang terdapat di dalam
Jadual 1. Ini adalah mengikut susunan terjemahan Alkitab Ibrani
ke dalam bahasa Yunani, Septuagint, yang dihasilkan pada kurun
ketiga Sebelum Masihi.
Sejarah
Puisi
Nubuatan
Kejadian hingga
Ester
Ayub hingga
Kidung Agung
Yesaya hingga
Maleakhi
Jadual 1: Perjanjian Lama (Alkitab Moden)
Alkitab Ibrani (Perjanjian Lama) mempunyai susunan yang agak
berbeza, seperti yang tertera di Jadual 2.
Hukum Taurat
Nabi-Nabi
Hasil Tulisan
Kejadian hingga
Ulangan
Nabi Awal
(kitab-kitab sejarah
Yosua ke 2 Raja-Raja)
Nabi Akhir
(Yesaya-Maleakhi)
Mazmur, sastera
hikmat, sejarah
pembuangan dan
seterusnya.
Jadual 2: Perjanjian Lama (Alkitab Ibrani)
Perjanjian Baru terdiri daripada 27 kitab, kesemuanya ditulis di
abad pertama tahun Masihi. Kitab Injil adalah empat tulisan
mengenai kelahiran, kehidupan, ajaran, kematian dan
kebangkitan Yesus. Kisah Para Rasul pula ditulis oleh Lukas
sebagai kesinambungan Injil yang ditulis olehnya. Ia adalah
tentang sejarah penyebaran berita baik tentang Yesus Kristus
selepas Dia diangkat ke Syurga. Surat-surat gereja (Episels) pula
adalah surat-surat yang kebanyakannya ditulis oleh para rasul
yang dipilih oleh Yesus Kristus sendiri. Roh Kudus menyatakan
kebenaran Yesus Kristus kepada para penulis ini supaya mereka
9
10
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
mampu untuk mengajar kepentingan sepenuhnya tentang
penyelamatan Kristus dan kesan-kesannya. Paulus merupakan
penulis utama surat-surat ini (dari Roma hingga ke Filemon), tetapi
Perjanjian Baru juga mengandungi hasil tulisan Petrus, Yohanes,
Yakobus (saudara Yesus) dan Yudas. Tidak ada seorangpun yang
mengetahui siapakah penulis surat Ibrani. Kitab yang terakhir di
dalam Alkitab ialah Wahyu. Ia menerangkan sebuah penglihatan
yang diterima oleh Yohanes mengenai realiti kerohanian yang
biasanya tersembunyi dari pandangan. (Rujuk Jadual 3).
Kitab Injil
Matius, Markus, Lukas, Yohanes
Kisah Para Rasul Sejarah penyebaran Injil di abad pertama yang
ditulis oleh Lukas.
Surat-Surat
Roma hingga Yudas (sebahagian besar adalah
ditulis oleh Paulus)
Wahyu
Penglihatan daripada Allah kepada Yohanes
Jadual 3: Perjanjian Baru
Hanya seorang penulis
Walaupun Alkitab terdiri daripada pelbagai bahan, dan ditulis
oleh ramai pengarang di dalam satu jangka masa yang panjang,
ia tetap bersatu sebagai satu kitab. Secara harafiahnya, Alkitab
ialah sebuah buku yang dikarang oleh seorang penulis dengan
satu tema utama. Oleh kerana semua kebenaran ini ialah asas
kepada gambaran besar bagi rancangan Allah, adalah sangat
penting untuk kita memahaminya sebelum kita melanjuti pelajaran
kita.
Rasul Paulus menulis bahawa, ‘Segala yang tertulis di dalam
Alkitab dilihami oleh Allah’ (2 Timotius 3:16). Sebahagian besar
Perjanjian Baru masih belum ditulis ketika itu. Ini bermaksud dia
merujuk kepada apa yang kita kenali sebagai Perjanjian Lama.
Walau bagaimanapun, para penulis Perjanjian Baru
mengisytiharkan perkara yang sama kepada karya mereka.
Mereka yakin bahawa ajaran mereka ialah Firman Tuhan sendiri
(contohnya 1 Korintus 14:37; 1 Tesalonika 2:13; 2 Petrus 3:16).
Pengenalan
Orang-orang Muslim diajar bahawa Muhammad tidak
menyumbang secara kreatif kepada pengeluaran buku suci
mereka. Dia hanyalah seorang setiausaha yang merekodkan
semua yang diturunkan kepadanya daripada Allah melalui
malaikat Jibril. Mereka akan menjadi marah kepada tanggapan
Al-Quran adalah hasil buatan manusia. Tetapi orang Krisitian
tidak seharusnya mempunyai sebarang rasa sangsi untuk
menerima hakikat yang Alkitab adalah karya tangan manusia. Ia
ialah sebuah buku yang dihasilkan oleh ramai penulis, dalam satu
jangka masa dan sejarah yang berbeza, dan hasil tulisan mereka
menandakan personaliti serta era penghasilan mereka. Tetapi
Allah berjanji bahawa melalui Roh Kudus-Nya, para penulis
tersebut akan berkarya selaras dengan kehendak-Nya. Sama
seperti Tuhan Yesus yang sepenuhnya Ilahi dan sepenuhnya
manusia biasa, Alkitab juga sepenuhnya hasil tulisan manusia dan
Ilahi. Ia ialah Firman Allah: Allah sendirilah penulisnya.
Hanya satu subjek
Jelas sekali Alkitab merangkumi pelbagai aspek. Tetapi ia diikat
oleh satu subjek utama: Yesus Kristus dan keselamatan yang Allah
tawarkan melalui-Nya. Subjek ini bukan sahaja terdapat di
Perjanjian Baru, tetapi juga di Perjanjian Lama. Yesus merujuk
kepada Perjanjian Lama dan mengatakan bahawa ‘Kitab-kitab
Suci itu memberi kesaksian tentang Aku’ (Yohanes 5:39). Selepas
kebangkitan-Nya, Dia berjumpa dengan dua orang percaya
yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Emmaus lalu membawa mereka untuk mempelajari Alkitab. Betapa beruntungnya
mereka! ‘Dia menjelaskan kepada mereka apa yang tertulis
tentang Dia dalam seluruh Kitab Suci, mulai dari kitab-kitab Musa
dan segala kitab nabi-nabi’ (Lukas 24:27). Tidak lama selepas itu,
Dia berjumpa dengan murid-murid-Nya dan berkata ‘Inilah
perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih
bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua
yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab
nabi-nabi dan kitab Mazmur’(Lukas 24:44). Dia merujuk kepada
tiga bahagian utama yang terdapat di dalam Kitab Suci Ibrani.
Rasul Paulus juga mempercayai bahawa Perjanjian Lama menghala kepada Yesus. Dia berkata bahawa ‘Kitab Suci [Perjanjian Lama] yang dapat memberi hikmat kepadamu dan menuntun
11
12
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
engkau kepada keselamatan oleh iman kepada Kristus Yesus’ (2
Timotius 3:15).
Ramai orang Kristian beranggapan bahawa Allah memutuskan
untuk menghantar Yesus ke bumi selepas rancangan pertama-Nya
gagal. Rancangan asal Allah (Rancangan A) adalah untuk memberikan manusia peluang untuk menjadi umat-Nya dengan mentaati hukum Taurat. Tetapi mereka telah gagal, lalu Dia menggaru kepala-Nya kemudian merumuskan rancangan yang baru
(Rancangan B): untuk menyelamatkan manusia dengan Kasih
Kurnia-Nya melalui kematian Yesus. Tanggapan ini sudah jauh
tersimpang daripada kebenaran. Allah sudah lama merancang
untuk menghantar Yesus. Keseluruhan Alkitab menghala kepadaNya dan menjanjikan kedatangan-Nya di masa akan datang. Di
dalam Perjanjian Baru, Allah mengisytiharkan bahawa Dialah
yang akan menggenapi semua janji-janji tersebut (Rajah 1).
JANJI-JANJI
Perjanjian Lama
PENGGENAPAN
Perjanjian Baru
Rajah 1: Rancangan Allah
Bukan sebuah buku nukilan
Fakta bahawa Alkitab ialah satu buku (kitab) harus memberikan
impak yang besar kepada cara kita membacanya. Cara anda
membaca sebuah buku bergantung kepada jenis buku yang anda
baca. Contohnya, kita tidak akan membaca cereka Shakespeare
seperti membaca buku telefon, ataupun sebuah novel seperti buku
nukilan. Saya baru sahaja menyelak halaman sebuah buku nukilan
politik dengan rambang lalu terbaca komen Winston Churchill
terhadap Field Marshall Montgomery: ‘di dalam kekalahan tidak
mampu ditumbangkan; di dalam kemenangan tidak mampu dilalui.’ Penyunting buku tersebut tidak mengharapkan saya untuk
membaca kata-kata tersebut menurut konteksnya. Saya tidak
perluh membaca petikan yang ada sebelum dan selepas nukilan
tersebut. Setiap ayat yang ada di dalam buku tersebut tidak
mempunyai kaitan di antara satu sama yang lain.
Pengenalan
Sebuah novel harus dibaca dengan cara yang berbeza. Setiap
ayat haruslah difahami selaras dengan ayat-ayat yang lain. Jika
saya menyelak halaman buku karya Agatha Christie yang
bertajuk The Body in the Library, lalu saya terbaca ‘pertaruhkan
semuanya – itu pegangan saya! Ya, saya sangat bertuah kerana
budak itu dicekik oleh orang lain.’ Pasti saya akan menjadi
bingung. Siapa yang sedang berkata-kata? Siapa yang dicekik?
Jika saya mahu memahami cerita tersebut, saya harus mengetahui
apa yang berlaku sebelum dan selepas peristiwa tersebut.
Begitu juga dengan Alkitab. Dengan pengecualian kepada kitab
Amsal, Alkitab tidak mengandungi bahan yang tidak berkenaan
dengan bahagian yang lain. Saya tidak seharusnya membaca
secara rawak lalu mengambil ayat-ayat di luar konteks mereka.
Saya pasti akan tersalah-faham akan Alkitab jika saya
membacanya sedemikian. Setiap ayat harus difahami selaras
dengan konteks bab tersebut, dan bab-bab lain dalam
keseluruhan kitab itu. Bukan itu sahaja, kita juga harus
mempertimbangkan konteks yang lebih luas lagi: Alkitab secara
keseluruhannya.
Bukan satu koleksi buku-buku
Saya mempunyai sebuah koleksi novel karya Hermann Hesse.
Setiap buku boleh difahami tanpa mengambil kira buku-buku
yang lain; mereka hanya diikat oleh kulit yang sama. Ramai
orang membaca Alkitab sedemikian: sebagai satu koleksi bukubuku yang boleh dibaca tanpa mengambil kira buku yang lain.
Universiti mengajar saya untuk mendekati Alkitab seperti itu. Kami
mencari mesej yang terdapat di dalam Yehezkiel, Yunus mahupun
Yohanes tanpa mempertimbangkan bagaimana buku-buku
tersebut bersesuaian serta menyumbang kepada mesej Alkitab
secara menyeluruh. Dan ada satu persempadanan di antara
Perjanjian Lama dan Baru. Saya dikritik ketika saya menjawab
‘Yesus’ kepada soalan, ‘siapakah hamba yang dinubuatkan oleh
nabi Yesaya?’ Kami tidak didorong untuk membaca Alkitab
sebagaimana ia seharusnya dibaca: sebagai satu buku yang
menerangkan kisah rancangan Allah untuk menyelamatkan bumi
melalui Anak-Nya Yesus Kristus. Jika kita ingin untuk memahami
mana-mana bahagian di dalam Alkitab dengan tepat, kita harus
13
14
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
mempertimbangkan bagaimana ia bersesuian dan apakah
sumbangannya terhadap rancangan Allah.
Sebuah buku
Anak-anak Andy gemar untuk membaca. Dia baharu saja membelikan Matt anak lelakinya sebuah buku keluaran baru berjudul
WHODUNNIT (Angkara Siapa). Anak perempuannya Lizzie juga
ingin membaca buku tersebut. Kedai buku sudah kehabisan stok
dan Lizzie pula berkeras tidak mahu membaca buku yang lain
mahupun menunggu sehingga abangnya selesai membaca. Oleh
kerana terdesak, Andy mengambil buku tersebut lalu mengoyakkannya kepada dua bahagian kemudian memberikannya kepada
Lizzie dan Matt. Mereka berdua menjadi tidak puas hati. Matt
mendapati bahawa Kolonel Bufton-Tufton dibunuh dengan
pemegang lilin di dalam bilik biliard, dan bahagian buku yang
dimilikinya terhenti di situ tanpa sebarang jawapan siapakah
pembunuhnya. Lizzie pula membaca ‘ini angkara si pembantu
rumah,’ tetapi dia langsung tidak mengetahui apa yang terjadi.
Tidak ada seorangpun yang sangat jahil untuk memisahkan buku
tersebut seperti itu. Kedua-dua bahagian harus dibaca bersamasama. Jika tidak, mereka pasti tidak masuk akal. Begitu juga
dengan Alkitab. Perjanjian Lama sahaja akan membuat ceritanya
tergantung, satu janji tanpa penunaian. Kita perlu membaca
Perjanjian Baru jika kita ingin memahami isinya. Perjanjian Baru
juga kerap memandang ke belakang bagi janji-janji yang ia
penuhi. Sukar bagi kita untuk memahaminya jika kita tidak
mengetahui perkara-perkara yang telah terjadi di masa lampau.
Apakah maksud bagi Yesus sebagai Kristus, Domba Paskah, Anak
Abraham dan Anak Daud, pokok anggur yang benar dan
Gembala yang baik?1 Jawapan bagi kesemua soalan ini boleh
didapati di dalam Perjanjian Lama. Alkitab haruslah difahami
dan dibaca sebagai satu buku dengan seorang penulis utama,
Allah; dan satu subjek utama, rancangan Allah untuk keselamatan
melalui Anak-Nya Yesus Kristus.
Saya diberitahu bahawa apabila tentera SAS mendarat dengan
payung terjun ke suatu tempat yang asing, mereka dilatih untuk
berhenti sebelum bergerak. Mereka perlu mendapatkan
Pengenalan
kedudukan terlebih dahulu sebelum bergerak ke destinasi yang
ingin mereka tujui. Ini merupakan satu nasihat yang bernas untuk
kita semua ketika kita membaca Alkitab. Tujuan utama saya di
dalam penulisan buku ini ialah untuk memberikan anda satu
pandangan keseluruhan mengenai jalan cerita di dalam Alkitab.
Ia tidak akan menjadikan anda seorang pakar terhadap semua
perincian di dalam Alkitab, tetapi saya berharap agar ia dapat
membolehkan anda untuk mendapatkan kedudukan ketika anda
mendarat di mana-mana bahagian di dalam Alkitab. Di akhir
buku ini anda seharusnya sudah mendapatkan garis panduan
Alkitab di dalam fikiran anda, supaya bahagian mana pun yang
anda akan baca, anda sepatutnya tahu asal dan destinasi anda.
Ia juga akan membantu anda untuk mengkaji bagaimana setiap
bahagian menghala kepada Yesus Kristus dan keselamatan yang
Dia laksanakan.
Kerajaan Allah
Sudah sekian lama para ahli teologi berdebat adakah kemungkinan terdapat satu tema yang dapat menyatupadukan Alkitab.
Ramai yang mengatakan bahawa usaha sedemikian nyata tidak
membuahkan hasil. Adalah lebih baik untuk menerima kenyataan
bahawa Alkitab mengandungi beberapa rangkaian yang berbeza, kemudian mengkaji mereka secara berasingan daripada
mencuba untuk menyatukan mereka. Mereka memberikan amaran
akan bahaya menghimpitkan semua bahagian di dalam satu
gumpalan daripada membiarkan mereka untuk berkata-kata
secara sendiri di dalam variasi mereka yang kaya. Ini adalah
amaran yang penting dan harus didengar. Apa sahaja tema
yang digunakan untuk menyatupadukan Alkitab dalam membantu
kita untuk melihat bagaimana ia mempunyai kesinambungan di
antara satu sama yang lain haruslah datang daripada Alkitab
sendiri, bukan cuba mendesak untuk disesuaikan kepadanya. Ia
juga haruslah mempunyai ruang bagi membenarkan setiap
bahagian di dalam Alkitab untuk memberikan sumbangannya
yang tersendiri. Tema Kerajaan Allah memenuhi kedua-dua syarat
tersebut.
Kerajaan Allah merupakan satu tema yang berpengaruh di dalam
ajaran Yesus. Dia memulakan pelayanan umum-Nya dengan
15
16
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
mengisytiharkan bahawa, ‘Waktunya telah genap; Kerajaan
Allah sudah dekat...’ (Markus 1:15). Dia mengajar mereka
bahawa misi-Nya ialah untuk memperkenalkan Kerajaan Allah
sebagai pengabulan bagi nubuat-nubuat yang terdapat di dalam
Perjanjian Lama. Walaupun frasa ‘Kerajaan Allah’ tidak terdapat
di dalam Perjanjian Lama, konsep yang dibawanya tetap ada.
Dalam buku Gospel and Kingdom, Graeme Goldsworthy
membentangkan Kerajaan Allah sebagai tema utama yang
menyatukan keseluruh Alkitab. Saya akan mengikut jejak beliau di
dalam buku ini. ‘Pendekatan melalui Kerajaan Allah’ bukanlah
satu-satunya cara untuk melihat isi kandungan Alkitab. Ada pihak
yang lebih suka menggunakan ‘pendekatan melalui perjanjian’
dan menggunakan janji Allah sebagai titik tengah untuk kesemua
elemen lain yang terdapat di dalam Alkitab. Saya berharap
agar ia akan menjadi jelas bahawa kedua-dua pendekatan ini
tidak bercanggah. Janji-janji Allah adalah janji-janji kerajaanNya.
Kerajaan Allah:
Umat Allah di dalam tempat Allah
di bawah pemerintahan dan berkat Allah
Rajah 2: Kerajaan Allah
Goldsworthy mendefinasikan Kerajaan Allah sebagai ‘Umat Allah
di dalam tempat Allah di bawah pemerintahan Allah’ (Rajah 2).2
Ia mungkin kedengaran seperti satu definisi yang terlalu ringkas
bagi tema yang sangat penting, tetapi walaupun ayat tersebut
ringkas, ia mempunyai maksud yang cukup dalam. Allah
merindukan manusia untuk menikmati hubungan yang intim
dengan-Nya di dalam hadirat-Nya. Oleh kerana Dia ialah Allah
yang sempurna dan suci, ini hanya dapat dilaksanakan jika kita
tunduk kepada semua perintah-Nya dan tidak berbuat dosa.
Demikianlah hidup yang paling sempurna; kehidupan sebagaimana ia diciptakan untuk kita lalui.
Hidup di bawah pemerintahan Allah bermaksud menikmati semua
berkat Allah. Kedua-dua perkara ini adalah satu. Inilah yang
Pengenalan
dapat kita lihat di Taman Eden sebelum kejatuhan manusia. Tetapi
manusia menderhakai Allah dan menyisihkan berkat-berkat-Nya.
Kesan-kesan yang timbul adalah cukup parah, bukan kepada
manusia sahaja tetapi kepada seluruh alam semesta. Semuanya
sudah diseleweng. Walaupun demikian, dengan kasih Allah
berjanji untuk membetulkan segalanya dan sekali lagi Dia akan
melaksanakan kerajaan-Nya di muka bumi. Bahagian seterusnya
di dalam Alkitab menceritakan pengabulan bagi janji tersebut:
separuhnya adalah sejarah Israel di zaman Perjanjian Lama, dan
selanjutnya disempurnakan melalui Yesus Kristus. Oleh yang
demikian, Alkitab ialah buku mengenai rancangan Allah untuk
keselamatan: janji-Nya untuk mengembalikan kerajaan-Nya,
kemudian janji tersebut dipenuhi melalui Anak-Nya Yesus Kristus.
Sebuah tinjauan Alkitab
Ketika saya mempelajari kesusasteraan Inggeris di sekolah, saya
mendapati bahawa membeli sebuah buku panduan sangat membantu untuk mana-mana buku yang saya sedang baca. Ia sentiasa
memberikan sinopsis bagi setiap bahagian, di mana sebuah buku
yang tebal akan diringkaskan kepada satu atau dua mukasurat
(Rujuk Jadual 4). Saya membahagikan Alkitab kepada lapan
bahagian, ia merangkumi zaman-zaman utama bagi rancangan
Allah untuk mengembalikan kerajaan-Nya. Tajuk bagi setiap
bahagian tersebut saya jadikan sebagai judul bagi setiap bab.
Perjanjian Lama
1.
2.
3.
4.
5.
Pola kerajaan
Kerajaan yang telah musnah
Kerajaan yang dijanjikan
Kerajaan separa
Kerajaan yang dinubuatkan
Perjanjian Baru
6. Kerajaan masa kini
7. Kerajaan yang diumumkan
8. Kerajaan yang disempurnakan Jadual 4: Satu tinjauan umum Alkitab
17
18
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Perjanjian Lama
1. Pola Kerajaan
Di Taman Eden, kita melihat dunia sebagaimana yang diinginkan
oleh Allah. Sebagai umat Allah, Adam dan Hawa tinggal di Taman
Eden iaitu tempat Allah, di bawah pemerintahan-Nya ketika mereka taat kepada firman-Nya. Menurut Alkitab, berada di bawah
pemerintahan Allah bermaksud untuk sentiasa menikmati berkatNya. Ia adalah cara yang paling sempurna untuk hidup. Ciptaan
asal Allah memperlihatkan kita pola kerajaan-Nya, seperti mana ia
seharusnya terjadi.
2. Kerajaan yang telah musnah
Sayang sekali, Adam dan Hawa berfikir bahawa hidup akan menjadi lebih baik jika mereka berdikari tanpa TUHAN. Akibatnya
adalah sangat parah. Mereka bukan lagi umat Allah. Mereka berpaling daripada-Nya dan TUHAN juga meninggalkan mereka.
Mereka tidak lagi berada di tempat Allah. Mereka dihalau keluar
daripada taman tersebut. Mereka juga bukan berada di bawah
pemerintahan Allah lagi. Akibatnya mereka tidak dapat menikmati
berkat-berkat-Nya. Malah mereka berhadapan dengan kutukan
dan penghakiman-Nya. Situasi menjadi semakin kusam. Tetapi
dengan kasih-Nya yang besar, TUHAN bertekad untuk mengembalikan kerajaan-Nya.
3. Kerajaan yang dijanjikan
Allah memanggil Abraham dan memberikan janji tanpa sebarang
syarat kepadanya: Allah akan mengembalikan kerajaan-Nya
melalui keturunan Abraham. Mereka akan menjadi umat-Nya, hidup
di tanah-Nya serta menikmati berkat-Nya. Kemudian melalui mereka semua manusia di muka bumi akan diberkati. Janji inilah yang
dimaksudkan sebagai Injil. Ia dipenuhi secara separa di dalam sejarah Israel, tetapi ia dikotakan sepenuhnya di dalam Yesus Kristus.
4. Kerajaan separa
Alkitab merakam bagaimana janji Allah kepada Abraham digenapi secara separa di dalam sejarah Israel. Melalui pelepasan
mereka daripada Mesir, Allah menjadikan keturunan Abraham
umat milik-Nya sendiri. Di atas Gunung Sinai TUHAN memberikan
mereka semua perintah-Nya agar mereka dapat hidup di bawah
pemerintahan serta menikmati semua berkat-Nya, sama seperti Ad-
Pengenalan
am dan Hawa sebelum mereka jatuh di dalam dosa. Berkat tersebut dinyatakan dengan jelas melalui hadirat TUHAN yang beserta
umat-Nya di dalam Khemah Suci. Mereka memasuki tanah
perjanjian dengan pimpinan Yosua. Mereka menikmati keamanan
serta kekayaan semasa pemerintahan Raja Daud dan Salomo. Masa itu ialah zaman kegemilangan sejarah bangsa Israel. Mereka
merupakan umat Allah, menetap di dalam tempat Allah di tanah
Kanaan, berada di bawah pemerintahan sekaligus menikmati
berkat-berkat Allah. Tetapi janji yang diberikan kepada Abraham
masih belum digenapi sepenuhnya. Masalahnya ialah dosa. Orang
Israel secara terus-menerus mengingkari perintah TUHAN. Perkara
tersebut membawa kepada kehancuran bagi kerajaan separa ketika Israel jatuh.
5. Kerajaan yang dinubuatkan
Selepas kematian Raja Salomo, perang saudara terjadi dan
kerajaan Israel terbahagi kepada dua: Israel di utara dan Yehuda di
selatan. Kedua-duanya tidak teguh. Setelah 200 tahun
berpecah, Kerajaan Israel di utara dihancurkan oleh orang Asyur. Kerajaan di selatan bergelut untuk satu kurun berikutnya, tetapi ia
juga turut dijajah dan rakyatnya ditawan dan dibuang ke Babel.
Ketika era yang sangat menyeksakan inilah Allah berfirman kepada orang Israel dan Yehuda melalui nabi-nabi-Nya. Dia menjelaskan bahawa mereka sebenarnya sedang dihukum kerana dosa
mereka tetapi harapan masih lagi ditawarkan bagi mereka di masa hadapan. Kesemua nabi menubuatkan suatu masa di mana TUHAN akan melaksanakan rancangan-Nya melalui seorang Raja,
Mesias, untuk menggenapi semua janji-Nya. Orang-orang Yehuda
pasti beranggapan masanya telah tiba apabila mereka kembali
daripada pembuangan. Tetapi Allah menjelaskan bahawa masa
bagi penyelamatan belum lagi tiba. Perjanjian Lama terhenti di situ:
mereka menanti ketibaan seorang Raja dari Allah untuk memperkenalkan kerajaan-Nya.
Perjanjian Baru
6. Kerajaan masa kini
Empat ratus tahun selepas Perjanjian Lama, Yesus memulakan
pelayanan umum-Nya dengan berkata, ‘Waktunya telah genap;
Kerajaan Allah sudah dekat...’ (Markus 1:15). Penantian sudah
berakhir. Raja dari Allah kini sudah datang untuk mendirikan ke-
19
20
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
rajaan Allah. Kehidupan, ajaran, dan mukjizat-Nya membuktikan
bahawa Yesus ialah seperti yang Dia isytiharkan tentang Diri-Nya:
Allah yang menjelma menjadi manusia. Dia memiliki kuasa untuk
membetulkan segalanya. Dan Dia memilih cara yang paling memeranjatkan untuk melakukannya: dengan mati di dalam kelemahan di
atas kayu salib. Dengan kematian-Nya Yesus menguruskan masalah
dosa dan membolehkan manusia kembali untuk mempunyai
hubungan dengan Bapa. Kebangkitan Yesus telah membuktikan kemenangan-Nya di atas kayu salib dan mewartakan bahawa masih
ada harapan bagi dunia kita. Mereka yang mempercayai Kristus
boleh berharap untuk hidup selama-lamanya bersama dengan Dia.
7. Kerajaan yang diumumkan
Yesus melakukan semuanya yang patut untuk membetulkan kembali
dunia dan mendirikan kerajaan Allah melalui kematian dan
kebangkitan-Nya. Walau bagaimanapun, Dia tidak menghabiskan
segala tugas semasa kedatangan-Nya yang pertama kali. Dia diangkat ke Syurga dan menyatakan dengan jelas bahawa akan
ada penangguhan sebelum kedatangan-Nya yang kedua kali. Penangguhan tersebut bertujuan untuk membolehkan lebih ramai
orang mendengar berita baik tentang Yesus Kristus supaya mereka
boleh mempercayai dan bersedia untuk kedatangan-Nya kembali.
Kita sedang hidup di dalam jangka masa ini. Alkitab memanggilnya
sebagai ‘akhir zaman’. Ia bermula dari hari Pentakosta ketika Allah
menghantar Roh-Nya untuk melengkapkan gereja-Nya bagi mewartakan Yesus Kristus kepada seluruh dunia.
8. Kerajaan yang disempurnakan
Kristus akan kembali satu hari nanti. Satu pembahagian besarbesaran akan terjadi di mana musuh-musuh Tuhan akan diasingkan
daripada hadirat-Nya ke neraka. Tetapi umat-Nya akan beserta
Tuhan di dalam satu ciptaan baru yang sempurna. Janji-janji Injil
akan digenapi. Kitab Wahyu menjelaskan tentang kerajaan yang
sudah dipulihkan. Umat Allah iaitu orang-orang Kristian dari pelbagai suku dan bangsa, akan berada di tempat Allah, satu ciptaan
yang baru (Syurga), di bawah naungan pemerintahan Allah dan
menikmati berkat-berkat-Nya. Tidak ada perkara yang mampu
untuk menghancurkan penamat ini. Ia bukanlah sebuah cerita
dongeng, semua pasti berakhir dengan gembira.
Pola Kerajaan
1
Pola Kerajaan
Kejadian 1-2 merupakan dua bab terawal di dalam Alkitab yang
memperlihatkan kepada kita rancangan asal Allah, suatu ciptaan
yang sempurna. Mereka memperlihatkan kita bagaimana dunia
sepatutnya terjadi. Saya mahu kita untuk mempelajari empat
kebenaran penting mengenai ciptaan Allah.
1. Allah ialah pengarang bagi ciptaan
Alkitab dimulakan dengan mengisytiharkan, ‘Pada mulanya Allah
menciptakan langit dan bumi’ (Kejadian 1:1). Hanya Dia yang
abadi. Tidak pernah ada masa ketika Allah Tritunggal tidak wujud.
Yesus dijelmakan sebagai manusia ketika Dia dilahirkan di dalam
palungan di Kota Betlehem. Tetapi itu bukanlah permulaan bagi
kewujudan-Nya. Tuhan sentiasa adalah Tritunggal: Allah, Anak dan
Roh Kudus. Dia wujud sebelum apa-apa pun menjadi kenyataan.
Kemudian hanya dengan berfirman, alam semesta wujud begitu
sahaja. Samada Dia menyelesaikan semuanya di dalam 24 jam
atau pun lebih tidaklah penting (ramai orang Kristian mempunyai
pendapat yang berbeza mengenai Kejadian 1). Apa yang penting
ialah Tuhan Allah ialah pencipta bagi segalanya.
Allah Bapa memulakannya. Kejadian memberitahu kita bahawa Roh
Allah turut terlibat: ‘Roh Allah melayang-layang di atas permukaan
air’ (1:2). Manakala Perjanjian Baru mengajar yang Yesus, Anak
Allah merupakan agen Bapa-Nya di dalam penciptaan: ‘Segala
sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatu pun yang
21
22
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
telah jadi dari segala yang telah dijadikan’ (Yohanes
‘kerana di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu,
ada di syurga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan
tidak kelihatan...segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan
Dia’ (Kolose 1:16).
1:3);
yang
yang
untuk
Alkitab menekankan bahawa Allah senang dengan apa yang
telah diciptakan-Nya. Setiap kali Dia selesai kerja kreatif-Nya,
dengan pengecualian dua hari pertama, kita diberitahu, ‘Allah
melihat semua itu baik’. Apabila Dia sudah melengkapkan
ciptaan-Nya (penulis kitab Kejadian menulis), ‘Maka Allah melihat
segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik’ (1:31).
Sikap Allah terhadap dunia fana ini sangat berbeza dengan
pegangan falsafah dan agama yang hanya mengambil berat
akan jiwa dan kerohanian. Semua yang lain dianggap sebagai
perkara kedua, malahan dikeji. Pemahaman mereka mengenai
keselamatan sering-kali menekankan pembebasan jiwa daripada
penjara tubuh kepada kesatuan bersama dengan alam baka,
tempat kediaman Tuhan. Tetapi Alkitab tidak memberikan
sebarang ruang untuk pandangan sedemikian. Ia tidak pernah
membenarkan kita untuk mengambil ringan jasmani dan
mementingkan kerohanian. Dunia jasmani penting kerana Allah
yang menciptanya; ia ialah ‘baik’. Dia bukan sahaja berminat
terhadap jiwa roh kita, malah tubuh serta dunia yang kita sedang
duduki, jasmani dan rohani.
Dengan kasih kurnia-Nya, Allah memutuskan untuk membetulkan
segalanya sekali lagi, dan Dia bertekad untuk melaksanakan
dengan sepenuhnya. Rancangan bagi keselamatan merangkumi
semuanya, rohani dan jasmani. Pendekatan kita kepada
gambaran besar bagi Alkitab akan membawa kita dalam
perjalanan daripada penciptaan kepada ciptaan baru. Alkitab
menuju kepada Syurga sebagai penamat kerana ia ialah
kemuncak kepada rancangan Allah bagi ciptaan-Nya. Ia akan
sering membawa kita kepada titik permulaan, kepada keadaan
bagaimana semuanya diciptakan pertama kali; Taman Eden yang
baru.
Pola Kerajaan
2. Allah sebagai Raja kepada ciptaan
Sebagai pencipta segala yang ada, Allah ialah Tuhan bagi
semuanya. Dia ialah raja yang berhak untuk bernaung di atas
semua yang diciptanya. Satu-satunya respon yang berpatutan
terhadap kebenaran ini ialah dengan mengakui naungan-Nya
serta menyembah Dia. Pemazmur menulis:
... Sebab TUHAN adalah Allah yang besar,
dan Raja yang besar mengatasi segala allah.
Bagian-bagian bumi yang paling dalam ada di tangan-Nya,
puncak gunung-gunungpun kepunyaan-Nya.
Kepunyaan-Nya laut,
Dialah yang menjadikannya, dan darat,
tangan-Nyalah yang membentuknya.
Masuklah, marilah kita sujud menyembah,
berlutut di hadapan TUHAN yang menjadikan kita.
Sebab Dialah Allah kita,
dan kitalah umat gembalaan-Nya
dan kawanan domba tuntunan tangan-Nya.
(Mazmur 95:3–7)
Kebanyakan agama-agama dari Timur mempercayai dunia
fizikal datang daripada Tuhan. Ini bermaksud segalanya adalah
sebahagian daripada Tuhan. Jangan berani untuk membunuh
semut mahupun lalat: mereka adalah ilahi, begitu juga dengan
tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, manusia malahan apa sahaja
yang boleh anda fikirkan. Walau bagaimanapun, Alkitab tidak
membenarkan pemahaman sedemikian. Tuhan berada di atas dan
melebihi segala ciptaan-Nya sekaligus berbeza daripada
mereka. Kebenaran menjelaskan bahawa Alkitab memurkai
berhala (rujuk hukum kedua, Keluaran 20:4-6). Jika segalanya
diciptakan oleh Tuhan, tindakan untuk menyembah apa sahaja
dan menganggap ia adalah Tuhan bermaksud untuk
merendahkan Allah. Dalam erti kata yang lain, berhala bukanlah
Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang layak untuk disembah. Tugas
kita sebagai ciptaan-Nya ialah tunduk kepada-Nya sebagai raja
kita dan memberikan Dia kemuliaan yang patut diterima-Nya.
23
24
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
‘Ya Tuhan dan Allah kami,
Engkau layak menerima puji-pujian
dan hormat dan kuasa;
sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu;
dan oleh kerana kehendak-Mu
semuanya itu ada dan diciptakan’
(Wahyu 4:11)
3. Manusia adalah kemuncak bagi ciptaan
Seorang ahli antropologi yang bernama Desmond Morris pernah
menulis: ‘Manusia adalah haiwan. Ada masa mereka menjadi
raksasa, kadang-kadang makhuk yang indah, tetapi mereka
tetap haiwan.’1 Kenyataan tersebut ada kebenarannya. Kita
adalah ciptaan, diciptakan dengan cara yang sama seperti
haiwan dan binatang serta berkongsi banyak persamaan dengan
mereka. Tetapi kita bukanlah cuma sekadar haiwan, ‘beruk tanpa
bulu’. Daripada semua ciptaan Tuhan yang lain, hanya kita
sahaja yang diciptakan menurut gambaran Allah:
. . . Maka Allah menciptakan manusia
menurut gambar-Nya,
menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia;
lelaki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.
(Kejadian 1:27)
Kenyataan ini benar untuk semua orang: lelaki dan perempuan,
kulit cerah mahupun gelap, muda dan tua, yang hidup dan yang
belum dilahirkan, sihat dan kurang upaya, samada secara mental
ataupun fizikal.
Pepatah ada menyebut, ‘Bapa borek anak rintik; ke mana
tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.’ Ini bukan bermaksud
mereka seratus peratus sama, tetapi dia tetap mewarisi ciri-ciri
ayahnya. Begitu juga dengan kita dan Tuhan. Seorang penulis
meluahkan dengan baik sekali: ‘manusia ialah ciptaan kerana
mereka diciptakan oleh Allah. Tetapi manusia ialah ciptaan yang
unik, mereka diciptakan melalui gambaran Allah.’2
Kita
mencerminkan ciri-ciri Allah dengan cara yang tidak dapat
dilakukan oleh ciptaan yang lain.
Pola Kerajaan
Sebagai manusia yang telah diciptakan secara unik dengan
menyerupai gambaran Tuhan, manusia mempunyai martabat
yang tinggi sekaligus berada di atas semua ciptaan yang lain
dengan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Tuhan
berfirman, ‘...biarlah mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan
burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi
dan atas segala binatang melata yang merayap di
bumi’ (Kejadian 1:26). Ini bukanlah kata izin untuk bertindak
sewenang-wenangnya. Tuhan ialah pemerintah yang penuh
dengan kasih sayang. Sebagai pemikul gambaran-Nya, kita
dipanggil untuk memerintah di dalam kasih. Kita adalah pekerja
Tuhan, dipercayakan dengan ciptaan-Nya yang penuh berharga.
4. ‘Rehat’ ialah tujuan bagi ciptaan
Bab-bab pemisah di dalam Alkitab bukan hasil tulisan asal penulis
tetapi ia diselitkan oleh para penyunting beberapa tahun
kemudian. Tindakan mereka dalam menghentikan bab 1 Kejadian
selepas penciptaan manusia memberikan gambaran bahawa
manusia ialah puncak bagi ciptaan Allah. Puncak sebenar ada di
awal bab 2, kisah yang terjadi di hari yang ketujuh.
Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya.
Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan
yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari
segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. Lalu Allah
memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, kerana pada
hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang
telah dibuat-Nya itu. (Kejadian 2:1–3)
Penulis kitab Kejadian mengakhiri setiap hari penciptaan dengan
berkata, ‘jadilah petang dan jadilah pagi – hari pertama [dan
seterusnya].’ Tetapi pengakhiran sedemikian tidak dicatatkan di
hari yang ketujuh: ia berlanjutan. Dalam erti kata yang lain, Allah
berehat sejak hari tersebut. Dia hidup di dalam Sabat yang
berterusan, hari yang ketujuh. Ini bukan bermaksud yang Dia
langsung tidak bekerja. Dia terus-menerus untuk menampung
ciptaan-Nya. Tanpa Dia semuanya akan musnah. Tetapi Dia telah
berehat daripada karya-Nya untuk mencipta. Apabila satu tugas
disempurnakan dengan baik, tidak ada tugas lain lagi yang perlu
25
26
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
dilakukan. Dia menginginkan manusia untuk hidup bersama
dengan-Nya pada hari yang ketujuh tersebut sambil berkongsi
‘rehat’ dan menikmati ciptaan-Nya yang sempurna. Inilah yang
dapat kita lihat di dalam ayat-ayat berikut.
Kejadian 2:4-25 memberikan satu lagi catatan bagi penciptaan.
Ia tidak bercanggah tetapi menyokong rekod pertama. Di dalam
rekod yang pertama, manusia merupakan salah satu daripada
ciptaan Allah yang lain. Tetapi rekod yang kedua memberikan
tumpuan kepada manusia. Ia memberikan kita satu gambaran
tujuan bagi semua yang diciptakan. Inilah hidup seperti yang
Tuhan inginkan. Ia ditandakan dengan beberapa siri hubungan
yang sempurna.
Tuhan dan manusia
Tuhan dengan penuh kasih sayang mengambil berat akan hasil
ciptaan-Nya. Dia meletakkan Adam di dalam taman yang sangat
indah, menyediakan segala keperluannya, serta memberikan dia
seorang perempuan sebagai pembantu dan teman hidup. Adam
dan Hawa diberikan satu tanggungjawab yang sangat besar.
Namun begitu, adalah jelas bahawa Allah masih berkuasa atas
segalanya. Dia yang mencipta segala peraturan dan hukum,
tetapi hukum itu tidak bersifat mendesak. Ia adalah untuk
kebaikan mereka sendiri. Dia cuma memberikan satu larangan
sahaja. Larangan tersebut berfungsi untuk melindungi mereka: ‘...
tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu,
janganlah kau makan buahnya, sebab pada hari engkau
memakannya, pastilah engkau mati’ (Kejadian 2:17).
Lelaki dan perempuan
Lelaki diciptakan terlebih dahulu, kemudian perempuan sebagai
pembantunya. Lelaki ialah ketua bagi hubungan tersebut,3 tetapi
kuasanya tidak disalah-gunakan dan tidak ditentang oleh si
perempuan. Mereka menikmati kebahagiaan rumahtangga:
‘Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi
mereka tidak merasa malu’ (2:25). Mereka mempunyai keintiman
yang sempurna tanpa sebarang perasaan takut mahupun
bersalah.
Pola Kerajaan
Manusia dan ciptaan yang lain
Adam dan Hawa menggunakan kuasa yang Allah berikan
kepada mereka ke atas ciptaan yang lain, dan sekali lagi, kuasa
tersebut tidak disalah gunakan. Mereka mematuhi perintah Allah
untuk ‘mengusahakan’ tanah dan ‘menjaganya’ (2:15). Manusia
serta ciptaan yang lain hidup di dalam keharmonian, oleh yang
demikian bumi menghasilkan buahnya.
Kerajaan Allah
Ia merupakan sebuah gambaran bagi hidup yang sempurna:
hidup sebagaimana ia sepatutnya dilalui. Kita dapat melihat pola
kerajaan Allah di Taman Eden. Umat Allah, iaitu Adam dan Hawa,
menetap di tempat Allah di Taman Eden, serta berada di bawah
pemerintahan Allah yang sekaligus membolehkan mereka
menikmati berkat-berkat-Nya. Sedih sekali kerana tidak lama
kemudian semua itu dimusnahkan oleh dosa manusia.
Sejak daripada itu, Allah bekerja untuk mendirikan kembali
kerajaan-Nya serta memanggil satu umat-Nya untuk kembali
bersama-sama dengan dia. Dia menginginkan kita untuk
menikmati tujuan dunia diciptakan dan memasuki penyempurnaan
hari ketujuh, hari rehat bagi Allah. Sebahagian daripada tujuan
pembentukan hukum Sabat (Keluaran 10:8-11) adalah untuk
mengingatkan orang-orang Israel bahawa tujuan utama
kehidupan ialah bukan jerih-payah dunia tetapi memasuki Sabat
Allah. Jika kita mempercayai Yesus, kita juga boleh merasakan
rehat tersebut di dunia yang telah jatuh ini. Dia berkata, ‘Marilah
kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan
memberi kelegaan kepadamu’ (Matius 11:28). Sebagai orang
Kristian, kita mampu untuk melihat ke hadapan serta menikmati
rehat tersebut dengan sepenuhnya apabila dunia yang baru tiba
bersama dengan Yesus.
Penulis surat Ibrani di dalam Perjanjian Baru memberikan kita
kata-kata semangat untuk memandang ke masa hadapan: ‘Jadi
masih tersedia suatu hari perhentian, hari ketujuh, bagi umat
Allah. Sebab barangsiapa telah masuk ke tempat perhentianNya, ia sendiri telah berhenti dari segala pekerjaannya, sama
seperti Allah berhenti dari pekerjaan-Nya’ (Ibrani 4:9–10).
27
28
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Kerajaan
Allah
Pola
kerajaan
Umat
Allah
Adam &
Hawa
Tempat
Allah
Taman
Eden
Pemerintahan
Allah
Firman
Allah
Berkat
Allah
Hubungan
yang
sempurna
Rajah 3: Pola Kerajaan
Pola Kerajaan
Pembelajaran Alkitab
Kejadian 1:1 – 2:25
1:1–25
Apakah perkataan dan frasa yang diulang berkali-kali?
Apakah yang dapat kita pelajari mengenai:
 bagaimana Allah menciptakan dunia

apa yang Allah ciptakan?

Allah Pencipta?
1:26–31
Apakah yang dimaksudkan dengan gambaran serupa Allah?
29
30
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Putera Charles Pernah berkata mengenai ayat 28: ‘Ia merupakan
sebuah lesen untuk mengeksploitasikan alam sekitar. Ia telah
menyumbang kepada tanggapan bahawa alam sekitar adalah
hak milik manusia untuk menjana kewangan, dan bukan sebuah
aset utama untuk dijaga.’
Bagaimanakah anda boleh memberi respon kepadanya?
2:1–25
Apakah yang membuatkan hari ketujuh berbeza daripada enam
hari sebelumnya?
Apakah yang kita dapat pelajari mengenai hubungan di antara:
 Allah dan manusia?
 Lelaki dan perempuan?
 Manusia dan ciptaan yang lain?
Ibrani 4:9–11 mengatakan bahawa kita mampu untuk memasuki
rehat Allah. Apakah maksudnya?
Rujuk Wahyu 22:1–5. Apakah persamaan dengan Taman Eden
yang dapat anda lihat?
Kerajaan Yang Telah Musnah
2
Kerajaan Yang Telah Musnah
Ular yang boleh bercakap
Kejadian 3 menceritakan cerita sedih bagaimana ciptaan Allah
yang sempurna telah dirosakkan. Semuanya bermula dengan
seekor ular yang boleh becakap: ‘Adapun ular ialah yang paling
cerdik dari segala binatang di darat yang dijadikan oleh TUHAN
Allah. Ular itu berkata kepada perempuan itu: “Tentulah Allah
berfirman: Semua pohon dalam taman ini jangan kamu makan
buahnya, bukan?”’ (Kejadian 3:1).
Kemudian segala persoalan timbul dengan serta merta. Siapakah
ular ini dan dari manakah ia datang? Adakah kita perlu
mempercayai semua ini benar-benar terjadi? Siapa yang pernah
mendengar ular boleh berkata-kata?
Perjanjian Baru memperkenalkan ular sebagai Iblis (Wahyu 12:9;
20:2), tetapi kita langsung tidak diberitahu dari mana asalnya. Ia
sememangnya tidak bersifat abadi. Alkitab tidak menyokong
pandangan secara dualistik seperti yang terdapat di dalam filem
sains fiksyen di mana pergelutan kosmik di antara dua kuasa, kuasa
baik dan kuasa jahat yang sama kuat berlaku secara berterusan.
Iblis memang berkuasa tetapi ia tidak setaraf dengan Allah. Hanya
Allah sahaja yang abadi. Ini bermaksud Iblis ialah sebahagian
daripada ciptaan juga. Ia merupakan sebahagian daripada
ciptaan asal yang sempurna, kemudian ia mesti telah mengkhianati
Allah.
31
26
32
Lakukan
Karya Agung
Apa Yang Benar
Satu
Menelusuri
PanduanRancangan
Perundangan
Penebusan
yang Praktikal
dan Penyelamatan
untuk Gereja-gereja
Allah Dalam
di Malaysia
Alkitab
Terdapat dua kejadian di dalam Perjanjian Baru di mana
pemberontakan di alam malaikat terjadi (2 Petrus 2:4; Yudas 6).
Tetapi rekod sedemikian tidak tercatat di Kejadian 3. Penulisnya
tidak berniat untuk memberikan jawapan kepada semua soalan
kita. Dia hanya memberitahu kita perkara yang harus kita tahu.
Tidak penting bagi kita untuk memahami asal kejahatan, tetapi
adalah penting bagi kita untuk mengetahui ia wujud.
Bagaimanakah kita harus memahami Kejadian 3? Adakah
kejatuhan manusia benar-benar terjadi ataupun sekadar mitos
yang tidak berasas? Alkitab menganggap peristiwa tersebut
adalah benar. Paulus membezakan Adam dengan Tuhan Yesus
(Roma 5:12–19; 1 Korintus 15:20–22). Sama seperti Yesus yang
benar-benar seorang manusia, di mana kematian-Nya membawa
keselamatan kekal, demikian juga dengan Adam. Dia merupakan
seorang manusia nyata, di mana dosanya membawa kepada
kejatuhan yang sebenar: ‘ . . . Sebab sama seperti maut datang
kerana seorang manusia, demikian juga kebangkitan orang mati
datang melalui seorang manusia’ (1 Korintus 15:21). Kini hanya
tinggal persoalan mengenai ular yang boleh berkata-kata tadi.
Adakah kita harus mengambilnya secara harafiah? Ia bergantung
dengan jenis tulisan yang kita fikir dihasilkan oleh penulisnya.
Pada pandangan saya, Kejadian 3 menggambarkan sebuah
peristiwa nyata tetapi ia ditulis dengan menggunakan simbolsimbol.1
Pemberontakan
Allah melaksanakan pemerintahan-Nya di Taman Eden dengan
menggunakan firman-Nya dan dari situlah Iblis melancarkan
serangannya. Ia bermula dengan memutar-belitkannya lalu
menjadikannya kedengaran kasar: ‘Apakah Allah benar-benar
melarang kamu memakan buah-buahan dari segala pohon di
taman?’ (ayat 1).
Hawa lantas membetulkan kata-kata ular tersebut. Mereka hanya
dilarang untuk makan buah daripada sejenis pokok sahaja.
‘Tetapi tentang buah pohon yang ada di tengah-tengah taman,
Allah berfirman: Jangan kamu makan ataupun menyentuh buah
itu, nanti kamu mati.’ (ayat 3) Iblis masih tidak berputus asa. Ia
Kerajaan Yang Telah Musnah
mula mempersoalkan firman Tuhan: ‘Kamu pasti tidak akan
mati’ (ayat 4). Dia juga membuatkan Tuhan kelihatan seperti
perosak rancangan alam semesta: ‘Allah mengetahui, bahawa
pada waktu kamu memakannya matamu akan terbuka, dan kamu
akan menjadi seperti Allah, tahu tentang yang baik dan yang
jahat’ (ayat 5).
Taktik tersebut berjaya: ‘Perempuan itu melihat bahawa buah
pohon itu baik untuk dimakan dan sedap kelihatannya, lagi pula
pohon itu menarik hati kerana memberi pengertian. Lalu ia
mengambil dari buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga
kepada suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan
suaminya pun memakannya’ (ayat 6).
Mengapakah perkara tersebut sangat dahsyat? Apa salahnya
dengan menjamah sebiji buah? Ia salah kerana Allah telah
melarang mereka daripada berbuat demikian. Ia merupakan
sebuah tindakan memberontak yang tidak terselindung. Tetapi
mengapakah Allah tidak menginginkan mereka untuk makan buah
pengetahuan di antara baik dan buruk? Kebolehan untuk
membezakan baik dan buruk pastinya sesuatu yang sangat baik.
Ya, memang betul! Tetapi ‘pengetahuan di antara baik dan
buruk’ merujuk bukan hanya kepada kebolehan untuk mengetahui
perkara yang baik dan buruk, tetapi untuk menentukan apa yang
betul dan salah. Dosa mereka bukan sekadar melanggar
peraturan tetapi mereka telah mencipta peraturan mereka
sendiri. Mereka berkata, ‘Tuhan, mulai daripada sekarang kami
ingin menjadi pencipta peraturan bagi dunia, menentukan piawai
kehidupan kami sendiri.’ Ia merupakan pertaruhan untuk menjadi
seperti Tuhan, tetapi bukan dengan cara yang boleh dipuji.
Mereka menolak kekuasaan Allah lalu mendirikan kemerdekaan
mereka. Inilah sifat dosa sejak daripada kejadian itu.
Hubungan yang musnah
Kesannya amat buruk dan dahsyat. Allah bertindak di dalam
penghakiman untuk merosakkan segala hubungan sempurna yang
dijalinkan ketika penciptaan dunia.
33
34
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Hubungan di antara lelaki dan perempuan
Kepercayaan dan keintiman yang sempurna telah hilang. Mereka
membuat penutup bagi menyembunyikan keterlanjangan tubuh
mereka (ayat 7). Dan tidak lama kemudian mereka mula untuk
bertelagah, kerana tidak ada pihak yang ingin bertanggungjawab bagi tindakan mereka. Pertarungan di antara jantina kini
terjadi. Allah berfirman kepada Hawa, ‘engkau akan bernafsu
berahi kepada suamimu dan dia akan berkuasa ke atasmu’ (ayat
16). Perempuan tersebut akan ‘bernafsu’ kepada suaminya.
Perkataan tersebut merujuk bukan sahaja kepada keinginan
seksual, tetapi ia juga mencadangkan sebuah keinginan untuk
berkuasa ke atas suaminya (perkataan tersebut digunakan
sedemikian di dalam Kejadian 4:7). Jika begitu, ini bermaksud
perempuan sudah tidak lagi akan tunduk dengan rela kepada
suaminya manakala para lelaki tidak lagi akan menggunakan
kuasa mereka dengan kasih sayang dan pengorbanan seperti
yang dicorakkan oleh Allah. Keutamaan kasih di dalam Kejadian
2 kini digantikan dengan pemerintahan yang kasar.
Hubungan di antara manusia dan ciptaan yang lain
Keharmonian di antara manusia dan alam sekitar telah dihentikan.
Mulai sekarang manusia akan bersusah-payah untuk mengawalnya. Tuhan berfirman,
‘terkutuklah tanah kerana engkau;
dengan bersusah payah engkau
akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu:
semak duri dan rumput duri yang akan dihasilkannya bagimu,
dan tumbuh-tumbuhan di padang
akan menjadi makananmu’
(3:17–18)
Mengusahakan tanah kini akan melibatkan jerih-payah dan kerja
keras. Alam sekitar harus dialami bukan sahaja sebagai rakan
dan juga sebagai musuh.
Hubungan di antara manusia dan Allah
Hukuman tersebut berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan.
Manusia berpaling daripada Allah di dalam pemberontakan dan
Kerajaan Yang Telah Musnah
Dia turut berpaling daripada mereka di dalam penghakiman.
Persahabatan yang mereka nikmati bersama Allah kini musnah.
Ketika Dia mendekati mereka, manusia bersembunyi daripada
Tuhan. Allah masih datang untuk mencari mereka: ‘ . . . Tetapi
TUHAN Allah memanggil manusia itu dan berfirman kepadanya:
“Di manakah engkau?”’ (ayat 9).
Di dalam kasih, Allah masih mencari manusia yang berdosa,
memanggil kita untuk kembali bersama-sama dengan Dia; tetapi
secara semulajadi kita akan melarikan diri. Adam takut dan malu,
mengetahui yang dia bertelanjang di hadapan Allah. Sifat tidak
bersalah dulu tidak ada lagi. Dan Allah menghakimi mereka yang
bersalah, seperti mana yang Dia firmankan. Iblis salah. Amaran
Allah kepada Adam dan Hawa bahawa mereka akan mati
bukanlah ugutan semata-mata; ia benar-benar dilaksanakan.
Mereka dihalau daripada taman tersebut dan pengawal
diperintahkan untuk menghalang mereka daripada kembali untuk
mendapatkan pohon kehidupan (ayat 24). Mereka tetap wujud
secara fizikal tetapi kerohanian mereka telah mati, dihalau
daripada hadirat Allah. Mereka hanya menunggu masa untuk
menemui ajal mereka secara fizikal tiba.
Penularan dosa dan kematian
Sejak daripada kejatuhan tersebut terjadi, semua manusia lahir
dengan kesukaran yang sama dengan Adam dan Hawa:
kematian secara rohani dan fizikal hasil pemberontakan nenek
moyang kita. Kita turut berdosa, memberontak terhadap
pemerintahan Allah. Dan kita turut berhadapan dengan hukuman
kematian, yang dipisahkan selama-lamanya daripada Dia. Bab 4
hingga 11 kitab Kejadian mencartakan penularan dosa dan
kematian, penghakiman Tuhan terhadap dosa, di dalam jangka
masa pertama bagi sejarah manusia.
Kain dan Habel (bab 4)
Tidak menghairankan bahawa kisah dosa Adam dan Hawa di
bab yang ke 3 diikuti dengan kisah pembunuhan pertama di
dalam bab yang seterusnya. Salah seorang anak mereka
membunuh adiknya. Apabila hubungan dengan TUHAN Allah
musnah, hubungan di antara satu sama lain pasti akan turut
35
36
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
musnah. Ia tidak dapat dielakkan. Kain cemburu kepada adiknya
kerana Habel disenangi Tuhan lantas membunuhnya. Hukuman
daripada Allah tiba dengan serta-merta. Kain dihalau jauh
daripada rumah dan dikutuk untuk menjalani kehidupan yang
tidak tentu arah.
Kadar kematian (bab 5)
Kejadian 5 mengandungi salasilah keluarga yang pertama di
dalam Alkitab. Manusia telah menurut perintah Allah untuk
‘beranak-pinak dan bertambah banyak’ (1:28). Walaupun
selepas kejatuhan terjadi, keturunan mereka masih mempunyai
gambaran Allah. Penulis kitab Kejadian menekankan bahawa
sama seperti Adam diciptakan menurut ‘gambaran Tuhan’,
demikian juga anaknya Set ‘menyerupai’ bapanya (ayat 1-3).
Tetapi ia merupakan satu imej yang dicemari. Manusia juga
membawa tanda-tanda dosa. Hasilnya, sama seperti bab 4 di
mana dosa diturunkan kepada generasi seterusnya, kita
mendapati di dalam bab 5 bahawa akibat daripada dosa
kematian juga turut diturunkan. Mereka mungkin hidup dalam
jangka masa yang agak panjang, tetapi pengulangan yang
terdapat di seluruh bab tersebut mengingatkan kita yang mereka
juga akan mati: ‘. . . lalu dia meninggal dunia. . . lalu dia
meninggal dunia. . . lalu dia meninggal dunia . . .’ (ayat 5, 8, 11,
dll.). Kita melakukan semua yang kita mampu untuk mengurangkan betapa kejamnya realiti kematian. Kita juga mengelakkan
untuk menyebut perkataan tersebut. Baru-baru ini saya
mendengar sebuah hospital di Amerika memanggil kematian
sebagai ‘hasil negatif kepada penjagaan pesakit’. Walau
bagaimanapun, tidak kira betapa indahnya kiasan bahasa kita,
kita tidak mampu mengelak maut. Ia datang kepada kita semua.
Air bah (Bab 6 – 9)
Beberapa generasi telah berlalu, tetapi dosa masih kekal. Penulis
kitab Kejadian memberikan sebuah komen yang menghampakan:
‘Ketika dilihat TUHAN, bahawa kejahatan manusia besar di bumi
dan bahawa segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan
kejahatan semata-mata, maka menyesallah TUHAN, bahawa Dia
telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hatiNya’ (ayat 5–6). Kemudian Tuhan memutuskan untuk bertindak di
Kerajaan Yang Telah Musnah
dalam penghakiman: ‘Berfirmanlah TUHAN: “Aku akan
menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi,
baik manusia mahupun haiwan dan binatang-binatang melata
dan burung-burung di udara, sebab Aku menyesal, bahwa Aku
telah menjadikan mereka”’ (ayat 7). Air bah yang melanda
menyebabkan kemusnahan yang benar-benar dahsyat. Ia adalah
kebalikan kepada penciptaan dunia. Pemisah bagi darat dan air
yang Allah ciptakan di hari yang pertama dimusnahkan. Kekucarkaciran yang wujud sebelum dunia diciptakan kini kembali. Dan
sekali lagi, air menutupi bumi (rujuk Kejadian 1:2)
Menara Babel (Bab 11)
TUHAN menyelamatkan sebuah keluarga daripada banjir
tersebut. Dan melalui keluarga ini sejarah manusia bersambung.
Sedih sekali, dosa turut menyertai dan kebenaran Allah bertindak
balas kepadanya melalui penghakiman. Bab 11 membawa kita
kepada titik paling rendah di dalam Alkitab setakat ini. Manusia
dengan bangganya berkata, ‘Marilah kita dirikan bagi kita
sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke
langit, dan marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke
seluruh bumi’ (ayat 4). Menara Babel merupakan simbol yang
jelas bagi keinginan kita yang penuh dosa untuk mengagungkan
serta mendirikan kerajaan kita yang merdeka daripada Allah.
Tetapi TUHAN tidak akan mengendahkan sifat sedemikian. Dia
membantutkan impian tersebut dengan menyelerakkan manusia di
serata dunia dan memberikan mereka bahasa yang berbeza.
Manusia kini berpecah-belah bukan hanya dengan Allah tetapi
dengan satu sama yang lain.
Kerajaan yang telah musnah
Ciptaan sempurna yang Allah dirikan kini hanya tinggal impian.
Pola bagi kerajaan tersebut telah dimusnahkan oleh dosa.
Manusia sudah bukan lagi umat Allah secara semulajadi. Kita
telah berpaling daripada-Nya. Kita sudah tidak lagi menetap di
tempatNya. Kita telah dihalau daripada Taman Eden. Kita
menolak pemerintahan-Nya dan hidup seperti kitalah pemerintah
dunia. Allah tetap berkuasa, tetapi Dia berkuasa di dalam
penghakiman. Hasilnya, kita tidak lagi menikmati berkat tetapi
berhadapan dengan kutukan-Nya. Semua ini sedih sekali. Dunia
37
38
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
yang sempurna telah dimusnahkan oleh pemberontakan manusia
(Rajah 4).
Kerajaan
Allah
Pola
kerajaan
Kerajaan
yang telah
musnah
Umat
Allah
Adam &
Hawa
Tidak ada
Tempat
Allah
Taman
Eden
Dihalau
Pemerintahan
Allah
Firman
Allah
Pemberontakan
Berkat
Allah
Hubungan
yang
sempurna
Kutukan
Rajah 4: Kerajaan yang telah musnah
Kisah berlanjutan
Alkitab boleh dihentikan di situ. Tidak ada sebab untuk Allah
membantu kita. Tetapi Dia ialah Tuhan yang penuh kasih. Dia
memutuskan untuk membetulkan keadaan dan mengembalikan
kerajaan-Nya di bumi. Dia masih memerintah, tidak ada apa
yang mampu untuk mengubah fakta tersebut. Dia ialah Tuhan
yang berdaulat. Dia masih menaungi mereka yang memberontak
ke atas-Nya. Tetapi Dia mahu membawa mereka yang sanggup
untuk tunduk kepada pemerintahan-Nya kembali bersama
dengan Dia. Inilah maksud ‘kerajaan Allah’. Ia bukan bermaksud
satu kawasan pemerintahan-Nya (kerana Dia memerintah di
mana-mana) tetapi sfera di mana kuasa-Nya dituruti dengan
kerelaan. Seperti yang akan kita pelajari di bab berikutnya,
Allah bekerja ke arah sebuah penamat yang indah sejak
daripada awal lagi.
Kerajaan Yang Telah Musnah
Rajah 5: Cerita setakat ini: kejatuhan manusia
Pembelajaran Alkitab
Kejadian 3
Ular (ayat 1–5)
Apakah taktik yang digunakan oleh sang ular untuk menggoda
Hawa?
Dengan cara apakah dapat kita lihat taktik tersebut digunakan
olehnya hari ini?
Dosa (ayat 6)
Apakah kesalahan Adam dan Hawa?
39
40
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Dengan cara apakah kita bersalah dengan dosa yang sama?
Aib (ayat 7–13)
Apakah kesan/akibat dosa Adam dan Hawa kepada:
 Hubungan mereka kepada Tuhan?
 Hubungan mereka dengan yang lain (rujuk 2:22–25)?
Hukuman (ayat 14–24)
Apakah maksud hukuman Allah bagi:
 Sang ular?
 Perempuan?
 Lelaki?
 Seluruh manusia?
Penyelamat
Apakah tanda-tanda harapan yang dapat kita lihat di dalam
petikan tersebut?
Kerajaan Yang Dijanjikan
3
Kerajaan Yang Dijanjikan
Rancangan Allah yang kekal
Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, yang dalam
Kristus telah mengurniakan kepada kita segala berkat rohani di
dalam syurga. Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum
dunia dijadikan, supaya kita kudus dan tidak bercela di hadapanNya. Dalam kasih Dia telah menentukan kita dari awal oleh Yesus
Kristus untuk menjadi anak-anak-Nya, sesuai dengan kerelaan
kehendak-Nya, supaya terpujilah kasih kurnia-Nya yang mulia,
yang dikurniakan-Nya kepada kita di dalam Dia, yang dikasihiNya. (Efesus1:3–6)
Efesus 1 mengandungi skop yang sangat luar biasa. Ia membawa
kita dari pangkal keabadian sehingga pengakhirannya, dari saat
dunia diciptakan sehingga pengakhiran zaman. Rasul Paulus
memberikan kita sebuah pengetahuan kepada rancangan Allah
yang kekal. Sudah pasti Dia tidak dikalahkan oleh kejatuhan
manusia. Sebelum pemberontakan Adam dan Hawa, sebelum
mereka mahupun apapun diciptakan, Allah telahpun
merancanghan sebuah operasi penyelamatan. Dia bertekad sejak
dari awal untuk memanggil manusia kepada diri-Nya melalui
Yesus Kristus dan memulihkan segalanya di bawah-Nya: ‘sebagai
persiapan penggenapan waktu untuk menyatukan di dalam
Kristus sebagai Kepala kepada segalanya, baik yang di syurga
mahupun di bumi’ (ayat 10).
Kita berhadapan dengan sebuah misteri di sini. Jika Allah sudah
41
42
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
mengetahui perkara tersebut sejak dari awal, mengapakah Dia
membiarkannya untuk berlaku? Alkitab tidak memberikan
jawapan yang jelas. Ia hanya memberikan kita fakta yang perlu
kita tahu: TUHAN menguasai segalanya. Ia memberikan kita
harapan teguh yang satu hari nanti, kesan dahsyat hasil
pemberontakan kita kepada-Nya akan dibetulkan semula.
Sebagai hasilnya, Dia akan ditinggikan dan dimuliakan. Paulus
menekankan inilah sebab mengapa Allah memutuskan untuk
menyelamatkan dunia: ‘terpujilah kasih kurnia-Nya yang
mulia’ (ayat 6); ‘puji-pujian bagi kemuliaan Tuhan’ (ayat 12,14).
Motivasi utama-Nya bukanlah untuk membahagiakan kita,
walaupun kebahagian ialah hasil akhirnya. Dia mementingkan
nama-Nya lebih daripada segalanya. Ini mungkin kedengaran
sangat ego, tetapi ia langsung tidak mempunyai sifat
mementingkan diri-sendiri. Allah tidak mencari peningkatan ego.
Dia mahukan dunia untuk kembali kepada keadaan yang
sepatutnya.
Pada suatu hari di musim panas, dua orang budak lelaki menjadi
bosan kerana hari hujan, mereka kemudian bermain permainan
susun suai gambar (Mereka pasti sangat bosan). Permainan
mereka terbantut sehinggalah salah seorang daripada mereka
menerbalikan penutup kotak untuk melihat gambar yang harus
mereka siapkan. Ia merupakan sebuah gambar singgahsana raja
zaman dahulu kala di mana sang raja sedang bersemayam di
tengah-tengah para hulubalangnya. Salah seorang daripada
mereka berteriak dengan gembira, ‘baru saya tahu – raja ada di
tengah-tengah!’ Ketika mereka mendapati perkara tersebut,
permainan itu lantas menjadi mudah dan tidak lama kemudian
mereka mampu untuk menyiapkannya.
Sama seperti raja yang berada di tengah-tengah permainan
tersebut, Tuhan juga berada di tengah-tengah dunia yang Dia
ciptatkan. Walau bagaimanapun, oleh disebabkan manusia telah
menolak untuk menerima haknya untuk berada di sana serta
memberontak terhadap-Nya, kita mengalami kesan yang sangat
dahsyat: segalanya telah rosak. Tetapi kita tidak harus putus
harapan. Sejak sebelum alam semesta diciptakan, Allah telah
merancang untuk membetulkan dunia kembali dengan mendirikan
Kerajaan Yang Dijanjikan
kerajaan-Nya kembali melalui Anak-Nya, Yesus Kristus, supaya
Dia akan dimuliakan sekali lagi. Dan jika Sang Raja berada di
tengah-tengah, semua yang lain akan menemui tempat masingmasing.
Oleh kerana rancangan penyelamatan Allah bersifat abadi,
adalah tidak mengejutkan untuk melihat tanda-tanda walaupun
ketika manusia jatuh dengan segala kesan-kesan kejatuhan
manusia yang kusam. Bahkan pada waktu itu cahaya terang Injil
masih boleh dilihat. Ia memberikan harapan di tengah-tengah
kesusahan dan mula untuk berjanji bahawa perkara yang lebih
baik akan tiba.
Kasih Kurnia yang luar biasa
Pada bab sebelum ini, kita mendapati tema dosa dan
penghakiman (kematian) menaungi bab-bab awal kitab Kejadian.
Namun demikian, masih ada sebuah tema lagi: kasih kurnia
(rahmat). Dosa manusia dihadapkan dengan hukuman Allah,
tetapi Dia turut menunjukkan belas kasihan yang berkelimpahan
(Rajah 6).
Dosa
Penghakiman
Kasih Karunia
Rajah 6: Kasih Kurnia
Peremuk Kepala Sang Ular (3:15)
Ketidaktaatan Adam dan Hawa menyebabkan mereka dihalau
daripada Taman Eden. Tetapi Kejadian 3 tidak dipenuhi dengan
kesedihan dan kekusaman. Walaupun mereka berdosa, TUHAN
Allah tetap menyayangi mereka. Dia datang untuk mencari
mereka kemudian memberikan mereka pakaian untuk menutup
tubuh mereka (ayat 21). Kasih-Nya dapat dilihat dengan lebih
jelas di dalam janji-Nya ketika Dia menghukum ular tersebut:
‘Aku akan mengadakan permusuhan
antara engkau dan perempuan ini,
antara keturunanmu dan keturunannya;
43
44
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
keturunannya akan meremukkan kepalamu,
dan engkau akan meremukkan tumitnya’
(3:15)
Ia hanya sekadar satu petunjuk, tetapi ia amat menggalakkan.
TUHAN Allah seperti sedang menunjukkan satu masa di masa
hadapan apabila seorang anak kepada Hawa, seorang manusia
biasa akan menghancurkan si Jahat. Ia merupakan sebuah nubuat
yang samar-samar kepada pekerjaan Tuhan Yesus. Dia
mengalahkan Iblis melalui kematian-Nya di atas kayu salib dan
akan kembali untuk menyelesaikan tugas-Nya. Paulus
menggemakan Kejadian 3:15 apabila dia berkata: ‘Semoga
Allah, sumber damai sejahtera, segera akan menghancurkan Iblis
di bawah kakimu’ (Roma 16:20).
Tanda bagi Kain (4:15)
Selepas membunuh Habel, Kain dihalau daripada kediamannya.
Tetapi Allah tidak meninggalkan dia dengan sepenuhnya. Dia
memberikan tanda yang bertujuan untuk menjaga Kain dan
memberikan dia janji bahawa sesiapa yang membunuhnya akan
dihukum.
‘Henokh berjalan dengan Tuhan’ (5:24)
Salasilah yang terdapat di bab kelima menggariskan bagaimana
hukuman maut menimpa setiap generasi. Tetapi pengulangan
yang menyedihkan, ‘lalu dia meninggal dunia . . . lalu dia
meninggal dunia . . .’, hilang di ayat yang ke 24. Semua rekod
yang lain berakhir dengan kata-kata tersebut, tetapi kisah
Henokh tampak berbeza: ‘Dan Henokh hidup bergaul dengan
Allah, lalu dia tidak ada lagi, sebab dia telah diangkat oleh
Allah.’ Kita diberikan harapan bahawa walaupun kita berada di
dunia yang telah jatuh, kita masih boleh mengenal Tuhan dan
meyelamatkan diri daripada hukuman maut.
Perjanjian Allah dengan Nuh (6:18; 9:1–17)
Terjemahan yang paling tepat bagi Kejadian 6:8 ialah, ‘Nuh
mendapat kasih kurnia di mata TUHAN.’ Kita baru sahaja
diberitahu bahawa kita adalah manusia yang penuh dosa (ayat
5). Ini bermaksud Nuh juga berdosa. Tetapi Allah memilih dia dan
Kerajaan Yang Dijanjikan
Perjanjian merupakan sebuah konsep yang sangat penting di dalam
Alkitab. Dua bahagian utama di dalam Alkitab dinamakan dengan
perkataan tersebut: Perjanjian Lama dan Perjanjian baru. Ia kerap kali
muncul di dalam Alkitab (285 kali di Perjanjian Lama dan 33 kali di
Perjanjian Baru). Ia merujuk kepada sebuah komitmen yang serius. TUHAN
memberikan diri-Nya kepada umat-Nya dengan mengikat diri-Nya
dengan sebuah perjanjian. Kadang-kadang mereka adalah perjanjian
satu hala (Tuhan berjanji untuk bertindak tanpa syarat). Tetapi selalunya
ia melibatkan dua pihak serta bersyarat: Allah menjangkakan umat-Nya
untuk berjanji bagi mentaati-Nya dengan rela. Janji-janji-Nya
dimateraikan dengan darah dan tanda diberikan sebagai peringatan
kepada mereka. Alkitab mengandungi sejumlah perjanjian:
Perjanjian dengan Nuh
Allah membuat sebuah perjanjian satu hala untuk melindungi ciptaan-Nya.
Dia tidak akan memusnahkannya lagi dengan banjir besar.
Tanda: pelangi
Perjanjian dengan Abraham
Allah berjanji untuk membangunkan sebuah bangsa yang agung daripada
keturunan Abraham dan memberikan mereka tanah sebagai kawasan
tempat tinggal mereka. Dia akan memberkati mereka dan melalui mereka
seluruh dunia akan diberkati.
Tanda: Sunat
Perjanjian dengan Musa
TUHAN Allah menjanjikan orang-orang Israel bahawa mereka akan
menjadi umat-Nya yang istimewa. Sebagai balasan, mereka dikehendaki
untuk mematuhi Taurat-Nya.
Tanda: Sabat
Perjanjian yang Baru
Orang Israel melanggar perjanjian mereka dan Tuhan harus menghukum
mereka. Tetapi Dia menjanjikan sebuah perjanjian yang baru malah lebih
baik melalui Nabi Yeremia. Perjanjian tersebut membawa kepada
pembaharuan hati, pengetahuan umum mengenai Allah serta
pengampunan yang sempurna. Kematian Yesus di atas kayu salib
memulakan perjanjian tersebut.
Tanda: Pembaptisan
Kesemua perjanjian di atas adalah berbeza tetapi mereka mempunyai
kaitan di antara satu sama yang lain. Mereka merupakan bahagianbahagian di dalam rancangan Allah untuk menyelamatkan dunia melalui
Yesus.
Rajah 7: Perjanjian
45
46
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
keluarganya sebagai penerima kasih kurnia-Nya. Dia berkata,
‘Tetapi dengan engkau Aku akan membuat perjanjian-Ku, dan
engkau akan masuk ke dalam bahtera itu: engkau bersama-sama
dengan anak-anakmu dan isterimu dan isteri anak-anakmu’(6:18).
‘Perjanjian’ ialah sebuah perkataan yang sangat penting di
dalam Alkitab (lihat Rajah 7). Ia menyingkapkan sebuah
perjanjian yang terikat. TUHAN Allah berjanji kepada Nuh untuk
menyelamatkan dia serta keluarganya daripada banjir besar di
dalam bahtera. Nuh percaya bahawa TUHAN akan mengotakan
kata-kata-Nya, dan diselamatkan ketika air mula naik. Kemudian
setelah air bah surut, TUHAN berjanji sekali lagi: ‘Maka Aku akan
membuat perjanjian dengan kamu, bahawa mulai sekarang
benda hidup tidak akan dilenyapkan oleh air bah lagi, dan tidak
akan ada lagi air bah untuk memusnahkan bumi’ (9:11).
Walaupun manusia terus melakukan dosa, Allah mengisytiharkan
komitmen-Nya kepada dunia. Allah masih belum selesai dengan
ciptaan-Nya. Dia bertekad untuk melaksanakan rancangan-Nya.
Banjir tersebut merupakan sebuah tindakan untuk menghancurkan
dunia, tetapi ia diikuti dengan pengembalian yang penuh dengan
kasih; satu permulaan yang baru. Fakta tersebut digariskan
dengan pengulangan frasa penciptaan dunia di dalam kata-kata
TUHAN selepas banjir berakhir (Jadual 5).
Kejadian 1
Kejadian 9
‘Beranak-cuculah dan
bertambah banyak;
penuhilah bumi’ (ayat 28) ‘takluklah [bumi],
berkuasalah . . . atas segala
binatang yang merayap di
bumi’ (ayat 28) ‘Aku memberikan kepadamu
segala tumbuh-tumbuhan
yang berbiji di seluruh bumi.
. . itulah akan menjadi
makananmu’ (ayat 29) ‘Beranak-cuculah dan bertambah banyaklah
serta penuhilah bumi’ (ayat 1) ‘segala binatang di bumi akan takut dan
akan gentar kepadamu’ (ayat 2) ‘Segala yang bergerak, yang hidup, akan
menjadi makananmu’ (ayat 3) Jadual 5: Air Bah: satu permulaan yang baru
Kerajaan Yang Dijanjikan
Setelah membuat janji-Nya, TUHAN memberikan tanda di langit:
sebuah pelangi. Apabila Dia melihatnya di masa akan datang,
Dia akan mengingati komitmen-Nya kepada dunia (9:14-15). Dan
setiap kali kita memandangnya, kita akan dilegakan.
Perjanjian dengan Abraham
Selepas setiap episod kejatuhan manusia di dalam bab-bab awal
Kejadian, kita mendapati ketiga-tiga elemen mengenai dosa,
penghakiman dan kasih kurnia. Tetapi kisah mengenai menara
Babel kelihatan seperti satu pengecualian. Dosa dan
penghakiman terjadi ketika mereka sedang membina menara
tersebut lalu berpecah-belah dan diserakkan di serata dunia.
Tetapi tidak ada tanda bagi kasih kurnia Allah di dalam
Kejadian 11. Kita terpaksa menunggu sehingga bab yang
seterusnya, di dalam kisah satu generasi selepas perkara tersebut
terjadi.
TUHAN Allah menampakkan diri-Nya kepada Abraham dan
berjanji kepadanya untuk menerbalikkan kesan hukumannya
selepas Babel. Dia mengisytiharkan tujuan-Nya untuk membawa
mereka yang tersebar ke serata dunia kembali serta memberkati
mereka sekali lagi. Firman-Nya kepada Abraham merupakan
penyataan jelas yang pertama mengenai janji Allah, iaitu Injil
yang akan mendominasi bahagian Alkitab yang selanjutnya. John
Stott menulis: ‘Ia mungkin benar untuk mengatakan tanpa dibesarbesarkan bahawa bukan sahaja Perjanjian Lama, tetapi seluruh
Perjanjian Baru merupakan perlaksanaan bagi janji-janji Allah.’1
Kejadian 12:1-3 ialah petikan yang dijelaskan oleh seluruh
Alkitab.
Berfirmanlah TUHAN kepada Abram:
"Pergilah dari negerimu dan dari sanak saudaramu
dan dari rumah bapamu ini ke negeri
yang akan Kutunjukkan kepadamu;
Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar,
dan memberkati engkau serta membuat namamu masyhur;
dan engkau akan menjadi berkat.
Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati engkau,
dan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau,
dan olehmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat.’
47
48
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Tidak ada apa-apa yang istimewa dengan Abraham. Dia dipilih
bukan kerana kebaikannya tetapi kerana kasih kurnia Allah.
Terdapat tiga elemen utama di dalam janji yang diterimanya:
bangsa, tanah dan berkat.
Bangsa
Keturunan Abraham akan menjadi bangsa yang agung, serta
umat Allah sendiri. Ini digariskan kemudian ketika Allah berkata,
‘Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau serta
keturunanmu turun-temurun menjadi perjanjian yang kekal, supaya
Aku menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu’ (Kejadian 17:7).
Janji tersebut diulang berkali-kali di seluruh Perjanjian Lama
melalui sebuah ungkapan perjanjian yang lazim, ‘Aku akan
menjadi Allahmu dan kamu akan menjadi umat-Ku.’
Tanah
Abraham diperintahkan untuk meninggalkan kampung
halamannya dan pergi ke tempat yang akan TUHAN tunjukkan
kepadanya. Inilah Kanaan, tanah yang telah dijanjikan. Firman
Allah kepada Abraham, ‘Kepadamu dan kepada keturunanmu
akan Kuberikan negeri ini yang engkau diami sebagai orang
asing, yakni seluruh tanah Kanaan akan Kuberikan menjadi
milikmu untuk selama-lamanya’ (17:8).
Berkat
Keturunan Abraham akan diberkati, dan melalui mereka ‘semua
manusia di muka bumi akan diberkati’. Kutuk kejatuhan manusia
akan digantikan dengan berkat keselamatan. Sejak dari awal
lagi, rancangan Allah untuk keselamatan adalah bersifat sejagat.
Ia merangkumi seluruh bangsa. Fakta ini digariskan ketika Allah
menukar nama Abram (yang bermaksud bapa yang ditinggikan)
kepada Abraham (bapa kepada ramai bangsa) (17:5). Janji
yang besar ini disertai dengan sebuah tanda. Setiap anak lelaki
bangsa Israel harus disunat (17:10–11). Mereka membawa tanda
yang menandakan hubungan istimewa di antara TUHAN dengan
umat-Nya di tubuh mereka.
Kerajaan yang dijanjikan
Perjanjian dengan Abraham merupakan sebuah janji bagi
Kerajaan Yang Dijanjikan
kerajaan Allah: umat Allah (keturunan Abraham) berada di
tempat Allah (tanah perjanjian) di bawah pemerintahan Allah
sekaligus menikmati berkat-Nya. Ia merupakan sebuah janji untuk
menerbalikkan kesan kejatuhan manusia. Ia pasti amat sukar bagi
Abraham untuk mempercayai kesemua ini akan menjadi
kenyataan. Tetapi dia berjaya: ‘lalu percayalah Abram kepada
TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya
sebagai kebenaran’ (15:6). Dia diterima oleh TUHAN, bukan di
atas kebaikannya, tetapi kerana imannya kepada janji TUHAN.
Sekian lama begitulah corak keselamatan bagi manusia yang
penuh dosa. Kita tidak akan pernah mendapat kelayakan untuk
mempunyai tempat di dalam keluarga TUHAN. Harapan kita
hanyalah untuk mempercayai Injil-Nya. Seperti Abraham, ia juga
sama bagi kita. Seperti yang akan kita lihat di bab yang
berikutnya, Injil yang diberitakan kepada Abraham digenapi
dengan separa sahaja - di dalam sejarah Israel, dan tanah
perjanjian Kanaan. Walau bagaimanapun, kini Injil yang sama
telahpun digenapi sepenuhnya di dalam Yesus Kristus. Abraham
dan semua orang dari segenap bangsa yang mempercayai Yesus
adalah umat Allah. Dan kita boleh memandang ke hadapan untuk
menikmati berkat Allah sepenuhnya: bukan di bumi, bukan di
syurga, tetapi di Yerusalem yang baru (Rajah 8).
Kerajaan
Allah
Pola
kerajaan
Kerajaan Kerajaan
yang telah yang dimusnah janjikan
Umat
Allah
Adam &
Hawa
Tidak ada
Keturunan
Abraham
Tempat
Allah
Taman
Eden
Dihalau
Kanaan
Pemerintahan
Allah
Firman
Allah
Berkat
Allah
Hubungan
yang
sempurna
Pemberon- Berkat
takan
kepada
Israel &
bangsaKutukan
bangsa
Rajah 8: Kerajaan yang dijanjikan
49
50
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Rajah 9: Cerita setakat ini: janji-janji
Kerajaan Yang Dijanjikan
Pembelajaran Alkitab
Kejadian 17:1–8; Galatia 3:6–14
Kejadian 17:1–8
TUHAN mengesahkan perjanjian-Nya dengan mengulangi janjijanji-Nya. Senaraikan mereka menurut tajuk-tajuk berikut:
Bangsa
Tanah
Berkat
Galatia 3:6–14
Orang-orang Kristian di Galatia telah tersimpang ke arah ajaran
sesat yang mengajar adalah tidak cukup bagi mereka untuk
hanya mempercayai Kristus tetapi mereka harus mentaati segala
hukum adat Yahudi jika mereka mahu berdiri secara benar di
hadapan Tuhan. Paulus melawan balas ajaran tersebut dengan
menunjukkan mereka kepada Abraham.
Mengapakah mereka yang mempunyai iman di dalam Kristus
dikatakan keturunan Abraham?
51
52
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Apakah maksud ‘bergantung kepada mengerjakan taurat’ (ayat
10)? Bagaimanakah kita boleh melakukannya hari ini?
Mengapakah ia tidak bermanafaat?
Bagaimanakah kita boleh mendapatkan berkat Allah dan bukan
kutuk penghakiman?
Bagaimanakah anda menjelaskan kebenaran ini kepada orang
bukan Kristian?
Kerajaan Separa
4
Kerajaan Separa
Anda mungkin tertanya-tanya jika kita akan tiba ke penghujung
Alkitab. Tiga bab yang pertama hanya membawa kita kepada
satu per empat kitab Kejadian. Ini bermakna perjalanan masih
panjang: terdapat enam puluh lima dan tiga per empat kitab
yang masih perlu diterokai. Walau bagaimanapun, ia amat
penting bagi kita untuk meneliti permulaan Alkitab. Ia
memberikan kita asas yang penting untuk memahami semua
bahagian yang lain. Tetapi jangan risau, kita akan bergerak
dengan kadar yang lebih pantas mulai dari sekarang. Beberapa
kitab di dalam Alkitab tidak akan disentuh. Tujuannya adalah
untuk menghindari perincian yang terlalu padat, tetapi cukup
melihat satu gambaran besar jalan cerita Alkitab secara
menyeluruh.
Saya harus mengingatkan bahawa bab ini adalah satu bab yang
panjang. Ini tidaklah mengejutkan kerana kita akan mencuba
untuk mempelajari sejarah Israel sejak daripada Abraham
sehingga kegemilangan kerajaan di bawah pemerintahan
Salomo: satu jangka masa 1,000 tahun. Terdapat empat elemen
utama di dalam janji TUHAN bagi Kerajaan Allah. Setakat ini
kita telah melihat tiga daripadanya: bangsa, tanah dan berkat.
Elemen yang keempat adalah: raja yang dijanjikan. Tujuan utama
bab ini ialah untuk melihat bagaimana janji Allah bagi kerajaanNya digenapi secara separa di dalam sejarah Israel.
Bab ini akan dibahagikan kepada empat bahagian utama dan
53
54
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kita akan melihat bagaimana setiap janji itu digenapi. Terdapat
beberapa bahagian di dalam seksyen Alkitab di sini yang
mengisahkan penggenapan lebih daripada satu janji. Tetapi
secara umumnya, adalah adil untuk mengatakan bahawa
tumpuan bagi Kejadian 12 hingga Keluaran 18 ialah janji
kepada suatu ‘bangsa’; Keluaran 19 hingga bab terakhir Imamat
adalah tentang janji ‘pemerintahan dan berkat’; dari Bilangan
hingga Yosua ialah janji untuk ‘tanah’; dan dari Hakim-Hakim
sehingga 2 Tawarikh adalah janji untuk ‘raja’ (Jadual 6).
Umat Allah
Kejadian 12 – Keluaran 18
Pemerintahan serta
berkat Allah
Keluaran19 – Imamat
Tempat Allah/tanah
Bilangan – Yosua
Raja dari Allah
Hakim-Hakim – 2 Tawarikh
Jadual 6: Janji-janji dan sejarah Israel
Umat Allah: Kejadian 12 – Keluaran 18
Janji
‘Aku akan menjadikan engkau menjadi bangsa yang besar.’
(Kejadian 12:2)
‘Aku akan mengangkat kamu menjadi umat-Ku dan Aku akan
menjadi Allahmu.’ (Keluaran 6:7)
Penggenapan Separa
Abraham dan Ishak
Fokus bagi Kejadian bab 12 hingga Keluaran bab 18 ialah
mengenai bagaimana Allah menunaikan janji-Nya kepada
Abraham, bahawa keturunannya akan menjadi satu bangsa yang
besar, dan membawa bangsa Israel menjadi umat-Nya sendiri
(Lihat Rajah 10).
Kerajaan Separa
Abraham
Sarah
Ishak
Esau
Ribka
Yakub
12 orang anak lelaki
Yusuf - Kejadian 50:20
Rajah 10: Keturunan Abraham
Walau bagaimanapun, ia tidak berjalan dengan lancar. Masalah
serta kesulitan menimpa dari setiap penjuru. Masalah pertama
ialah masalah yang paling berat: isteri Abraham, Sarah mandul
dan mereka tidak mampu untuk mempunyai anak. Janji bagi Injil
kini di ambang bahaya untuk menemui kegagalan sejurus sahaja
ia dibuat. Abraham memutuskan untuk menangani masalah
tersebut dengan tangannya sendiri. Lalu dia tidur dengan Hagar,
orang suruhan Sarah. Hagar melahirkan seorang anak lelaki yang
dinamakan Ismael. Namun demikian, Allah menyatakan dengan
jelas bahawa umat-Nya tidak akan datang daripada Ismael.
Abraham harus mempelajari bahawa jika Injil akan digenapi,
hanya TUHAN yang mampu untuk melaksanakannya. Abraham
harus tunduk dan percaya kepada janji Allah. Pada hari ini, kita
juga harus memahami kebenaran yang sama: ‘Sebab kerana
kasih kurnia kamu diselamatkan melalui iman; itu bukan hasil
usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu:
supaya tidak ada orang yang memegahkan diri’ (Efesus 2:8–9).
Tahun demi tahun berlalu dan Sarah masih tidak mengandung.
Tetapi pada satu hari Allah berfirman kepada Abraham dan
memberikannya kepastian bahawa walaupun Sarah sudah
berumur, dia masih akan melahirkan seoarng anak. Dan sesuai
dengan janji Allah, itu menjadi satu kenyataan. Saya pernah
mendengar seorang rakan mengajak kami untuk membayangkan
peristiwa tersebut berlaku di salah sebuah hospital tempatan.
55
56
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Sarah, wanita yang berumur 90, terhincut-hincut memasuki pintu
dengan tongkatnya. Seorang jururawat dengan sopan melayaninya: “Selamat sejahtera, adakah puan mencari Jabatan Geriatrik
(jabatan untuk merawat orang-orang tua)?”
“Tidak,” jawab Sarah, “Saya mahu ke wad bersalin.”
“Wah, bagusnya!” kata jururawat itu. “Puan datang untuk
menjenguk cucu?”
“Tidak,” balas Sarah, “saya datang untuk melahirkan anak.”
Anda mungkin boleh menjangkakan gelak ketawa para jururawat
di masa rehat mereka nanti. Mereka bukanlah orang yang
pertama untuk mentertawakan idea tersebut. Abraham turut
mengetawakannya ketika Allah memberitahu kepadanya Sarah
akan mengandung dan melahirkan seorang anak. Inilah sebab
mengapa anak tersebut diberikan nama Ishak, yang bermaksud
‘dia tertawa’. Ia memang merupakan sebuah idea yang lucu.
Mustahil bagi seorang wanita yang berumur sembilan puluh tahun
untuk melahirkan anak. Tetapi ia menjadi kenyataan. Sejak dari
awal lagi, kita diajar bahawa mukjizat diperlukan untuk Injil
menjadi kenyataan.
Akhirnya kereta api Injil kini mula bergerak. Perjalanan menuju ke
destinasi Yesus masih panjang, tetapi pengembaraan telah
bermula. Walau bagaimanapun, sejurus selepas ia meninggalkan
stesen, ia kelihatan seperti ia mulai tersimpang daripada
landasannya. Allah berfirman kepada Abraham untuk
mengorbankan Ishak (Kejadian 22). Ini adalah satu perintah yang
luar biasa. Apakah harapan yang tinggal jika Ishak meninggal
dunia? Abraham tidak memahami tujuan perintah Allah tersebut.
Dia dipenuhi dengan rasa sedih tetapi dia tetap bersedia untuk
mentaatinya. Kita tidak seharusnya memahami peristiwa ini hanya
sekadar sebuah demonstarasi ketaatan yang dimiliki oleh
Abraham. Di atas segala hal, perkara tersebut menunjukkan
imannya kepada janji Allah. Dia tahu bahawa masa hadapan
bergantung kepada nyawa Ishak. Oleh yang demikian dia
mempercayai Allah untuk melindungi anaknya, mahupun untuk
membangkitkan dia daripada kematian (rujuk Ibrani 11:17-19).
Imannya amat teguh. Di saat-saat akhir, Allah memberikan seekor
kambing biri-biri jantan untuk disembelih di tempat Ishak. Kita
Kerajaan Separa
harus meneladani contoh Abraham serta mempercayai janji-janji
Injil walaupun kita tidak dapat memahami apakah yang Allah
sedang lakukan di dalam hidup kita.
Yakub dan Esau
Abraham meninggal dunia dan masa depan bagi janji tersebut
kini ditumpukan kepada Ishak. Dia memperisterikan Ribka dan
mereka mempunyai dua orang anak lelaki, Yakub dan Esau. Esau
adalah anak yang sulung tetapi berkat ayah mereka diberikan
kepada Yakub. Keturunan Yakub akan memiliki janji tersebut
serta menjadi umat pilihan Allah. Mengapakah Allah memilih
Yakub? Dia sememangnya bukanlah calon yang sempurna. Dia
adalah anak bongsu bahkan dia mempunyai sikap yang kurang
terpuji. Namanya mencerminkan keperibadiannya, ‘pendusta’. Dia
mendapat berkat Ishak melalui tipu helah (Kejadian 27). Sekali
lagi kita mempelajari sebuah tema yang bermain diseluruh
pelusuk Alkitab: TUHAN tidak memilih manusia berdasarkan
kebaikan mereka. Tidak ada manusia yang berhak untuk menjadi
milik Allah. Paulus menulis di dalam surat kepada jemaat di Roma:
‘Anak-anak Ribka mempunyai seorang ayah, bapa leluhur kita
Ishak. Sewaktu anak-anak kembar itu masih belum dilahirkan dan
belum melakukan apa-apa yang baik atau yang jahat -- supaya
rancangan pemilihan Allah diteguhkan, bukan berdasarkan
perbuatan, tetapi berdasarkan panggilan-Nya -- Ribka
diberitahu: “Anak yang tua akan menjadi hamba anak yang
muda”’ (9:10-13). Jika kita adalah orang Kritian hari ini, ia bukan
disebabkan kita adalah lebih baik daripada orang lain. Ia
adalah pilihan Allah yang maha kuasa.
Yusuf
Yakub mempunyai 12 orang anak lelaki. Mereka masih jauh
daripada menjadi sebuah bangsa yang besar, tetapi janji
tersebut mulai menjadi kenyataan. Mereka bukanlah adik-beradik
yang menarik. Yusuf ialah anak emas bagi ayah mereka. Ini
membuatkan adik-beradiknya yang lain menjadi cemburu
kepadanya. Mereka menjual dia sebagai hamba kemudian
memberitahu Yakub bahawa Yusuf telah mati. Yusuf dibawa ke
Mesir dan tidak lama kemudian dia dimasukkan ke dalam
penjara tanpa kesalahan.
57
58
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Dia pasti kerap bertanya ketika dia sedang dipenjarakan,
‘Adakah Tuhan tetap mengawal segalanya?’ Tidak ada bukti
kukuh untuk menyokong perkara tersebut. Tetapi Allah tahu apa
yang sedang dilakukan-Nya. Jika Yusuf tidak dipenjarakan dia
tidak mungkin akan berjumpa dengan pemegang cawan Firaun,
yang selepas dibebaskan, telah memberitahu Firaun mengenai
kebolehan Yusuf untuk menafsir mimpi. Yusuf dipanggil untuk
menghadap Firaun serta menafsirkan mimpi baginda dengan
tepat. Dia juga memberikan amaran kepada Firaun mengenai
kebuluran yang akan melanda. Yusuf dibebaskan, dilantik untuk
menjadi Perdana Menteri Mesir dan bertugas untuk melindungi
negara tersebut daripada kebuluran.
Di Kanaan di mana Yakub dan anak-anaknya sedang menetap,
tidaklah bernasib baik. Kebuluran mengancam akan membunuh
mereka. Ini bermaksud harapan bagi Injil untuk dilaksanakan
akan terhalang. Mereka pergi ke Mesir untuk membeli bekalan
makanan lalu berdepan dengan darah-daging yang telah
mereka jual sebelum ini. Tidak mengejutkan bahawa mereka
menjadi sangat takut ketika Yusuf membongkarkan identitinya
yang sebenar. Apakah yang akan dilakukannya kepada mereka?
Namun begitu, Yusuf berkata kepada mereka: ‘Janganlah takut,
adakah aku berada di tempat TUHAN? Memang kamu telah
melakukan perkara yang jahat kepadaku, tetapi Allah telah
menggunakannya untuk kebaikan, dengan maksud melakukan
seperti yang terjadi sekarang ini, yakni memelihara hidup suatu
bangsa yang besar’ (Kejadian 50:19-20).
Tuhan mengawal segalanya sejak dari awal. Dia telah melihat
bahawa Yusuf akan berada di Mesir dan dilantik sebagai
pegawai besar supaya dia mampu untuk membantu ketika adikberadiknya datang. Dan sebagai hasilnya, umat Allah tetap
dilindungi. Tuhan sentiasa mengawal segalanya untuk memastikan
janji-janji Injil-Nya terpelihara. Kita tidak akan sentiasa
memahami bagaimana Dia melakukannya. Kita mungkin berfikir
bahawa ada cara yang lebih mudah bagi Allah untuk memelihara
umat-Nya pada masa itu. Mengapa Dia tidak menghalang
kebuluran daripada berlaku di Kanaan, daripada membiarkan
Yusuf dijadikan hamba dan dipenjarakan? Tetapi walaupun
Kerajaan Separa
ketika kita tidak memahami rancangan Allah, kita boleh menjadi
pasti bahawa ia adalah suatu rancangan yang penuh dengan
kasih dan sentiasa terjamin kehendak Allah akan dilaksanakan
dengan sempurna. Tidak ada sesuatupun, samada kejahatan
manusia, kebuluran yang dahsyat, ataupun apa-apa sahaja yang
mampu untuk menghalang Tuhan daripada menunaikan janji InjilNya.
‘Aku adalah Aku’
Yakub dan keluarganya berpindah ke Mesir untuk bersama-sama
dengan Yusuf kemudian menetap di sana. Tetapi kitab Keluaran
bermula dengan orang-orang Mesir menjadikan keturunanketurunan Israel (Yakub) sebagai hamba dan mereka dilayan
dengan teruk. TUHAN harus membebaskan mereka jika mereka
akan menjadi umat pilihan-Nya. Setelah bertahun-tahun dalam
perhambaan berlalu, mereka pasti tertanya-tanya adakah
TUHAN telah melupakan janji-Nya? Tetapi Allah tidak akan
melakukan sedemikian. ‘Orang-orang Israel masih mengeluh
kerana dijadikan hamba, dan mereka berseru-seru, sehingga
teriak mereka meminta pertolongan kerana diperhambakan
sampai kepada Allah. Allah mendengar mereka mengerang, lalu
Dia mengingati perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak dan
Yakub. Maka Allah melihat kepada orang-orang Israel, dan Allah
memperhatikan mereka’ (Keluaran 2:23-25).
Allah memulakan operasi-Nya untuk menyelamatkan mereka
dengan menampakkan diri-Nya kepada Musa di dalam sebuah
semak yang terbakar di gunung Horeb (nama lain bagi Sinai). Dia
mengarahkan Musa untuk kembali kepada Firaun bagi menuntut
pembebasan bagi orang-orangnya. Lalu Dia memperkenalkan
sebuah nama yang baru kepada Musa: ‘AKU ADALAH AKU’ atau
‘AKU AKAN MENJADI APA YANG AKU AKAN JADI’ (Keluaran
3:14).
Tidak adak huruf vokal di dalam bahasa Ibrani bagi nama itu
(YHWH), dan ini menjadikannya amat sukar untuk mengetahui
apakah bunyinya. Beberapa terjemahan lama mengatakan
‘Jehovah’. Para pengkaji moden memanggilnya ‘Yahweh’.
Apabila perkataan tersebut muncul di dalam terjemahan Alkitab
59
60
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kita, ia sering muncul sebagai ‘TUHAN’ dengan huruf besar. Allah
memberikan Diri-Nya sebuah nama yang pelik. Dia kelihatan
seperti sedang mengatakan tidak ada satupun nama yang
mampu memikul sifat-sifat-Nya. Jika kita ingin mengetahui siapa
Dia yang sebenarnya, kita harus melihat-Nya beraksi di dalam
sejarah sebagai wakil kepada umat-Nya. ‘Aku akan menjadi apa
yang Aku akan jadi. Adakah engkau ingin mengetahui siapakah
Aku, wahai Musa? Lihatlah Aku; lihat apa yang Aku akan lakukan
di masa hadapan. Kemudian engkau akan mengetahui Aku
adalah Tuhan Allah.’
Alkitab tidak hanya sekadar menceritakan pekerjaan Allah bagi
keselamatan, ia juga memperlihatkan sifat-sifat Allah pada masa
yang sama. Dia ialah hero sejak dari awal hingga penghujungannya. Ada kalanya kita akan terlepas pandang dengan bertanya
terlalu pantas, ‘Apa yang sedang ia katakan kepada saya?’
Soalan pertama yang terbaik untuk diajukan setiap kali kita
membaca mana-mana ayat ialah, ‘Apakah perkara mengenai
Tuhan yang dapat saya pelajari daripada petikan ini?’ Selalunya
aplikasi untuk kita akan menjadi jelas selepas itu. Ini kerana
Alkitab ialah kitab mengenai Allah.
Penyelamatan melalui penggantian (Paskah)
Musa pergi menghadap Firaun lalu menyampaikan perintah
TUHAN supaya dia membebaskan umat-Nya. Firaun menjawab
sambil menghina: ‘Siapakah TUHAN [Yahweh] itu yang harus
kudengarkan firman-Nya untuk membiarkan orang Israel
pergi?’ (Keluaran 5:2). Dia akan mengetahuinya tidak lama lagi.
TUHAN menghantar sepuluh jenis tulah kepada Mesir. Mereka
menunjukkan kuasa TUHAN yang luar biasa. Setiap kali, Firaun
akan berdegil untuk membebaskan orang-orang Israel pergi.
Tetapi tulah yang kesepuluh, yang terakhir mematahkan
kekerasannya.
Pada satu malam yang dahsyat, TUHAN melawat tanah tersebut
di dalam penghakiman dan setiap anak lelaki pertama orang
Mesir dibunuh. Semua anak lelaki pertama orang-orang Israel
juga berhak untuk dibunuh; mereka juga berdosa. Tetapi TUHAN
dengan kasih kurnia-Nya memberikan mereka jalan keluar.
Kerajaan Separa
Setiap keluarga harus menyembelih seekor kambing biri-biri
kemudian menyapukan darahnya ke atas ambang dan tiang pintu
mereka. Musa memberitahu mereka ‘Apabila TUHAN akan
menjelajahi Mesir untuk menulahinya; Dia akan melihat darah
pada ambang atas dan pada kedua sisi pintu, lalu TUHAN akan
melalui pintu itu dan tidak membiarkan pemusnah masuk ke dalam
rumah kamu untuk manjatuhkan tulah ke atas kamu’ (Keluaran
12:23).
Melalui ini, pekerjaan besar TUHAN untuk memberikan
keselamatan di era Perjanjian Lama telah mengajar orang Israel
satu prinsip yang penting: Allah menyelamat melalui satu
penggantian. Umat-Nya berhak untuk dihukum disebabkan dosa
mereka. Tetapi pengganti pula yang mati. Kita sedang
dipersiapkan untuk satu karya penyelamatan yang lebih luar
biasa, di mana Paskah hanyalah bayang-bayang baginya
sahaja. Sama seperti domba paskah yang mati demi dosa orang
lain, demikian juga Yesus mati sebagai pengganti. Ketika Yohanes
Pembaptis melihat-Nya, dia berkata, ‘Lihatlah Anak domba Allah,
yang menghapuskan dosa dunia!’ (Yohanes 1:29). Ia bukanlah
suatu kebetulan bahawa Yesus mati ketika hari Paskah (Matius
26:19; Yohanes 19:31). Pembebasan bagi orang Israel daripada
Mesir menunjuk kepada sebuah pembebasan yang lebih besar
milik Yesus di atas kayu salib. Paulus dengan jelas berkata,
‘Kristus, anak domba Paskah kita juga telah disembelih’ (1
Korintus 5:7)
Keselamatan melalui penaklukan (Menyeberangi Laut Merah)
Firaun mengubah fikirannya seketika dia membebaskan hambahambanya pergi. Dia menghantar askar-askarnya untuk mengejar
mereka dan tidak lama kemudian mereka mengekori mereka dari
belakang. Situasi menjadi sangat genting. Orang-orang Israel
berhadapan dengan ‘Laut Merah’ (berkemungkinan laut yang
berdekatan dengan barat Terusan Suez) manakala tenteratentera Mesir berada di belakang mereka. Mereka tidak
berupaya untuk menyelamatkan diri mereka sendiri, tetapi
TUHAN menolong mereka. Dia membelah laut kepada dua
supaya orang-orang Israel boleh menyeberanginya. Tetapi
apabila angkatan tentera Mesir mengejar mereka, lautan bersatu
61
62
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kembali lalu menenggelamkan mereka.
Kini Firaun sudah kenal siapa TUHAN yang sebenarnya. Dia telah
menyelamatkan umat-Nya dengan mengalahkan penindas
mereka dan menunjukkan Diri-Nya sebagai Allah Yang
Mahakuasa, lebih berkuasa daripada manusia dan alam sekitar.
Sekali lagi, penyelamatan tersebut merupakan bayang-bayang
kepada apa yang dapat TUHAN capai melalui kematian Yesus.
Kita dijadikan hamba kepada kuasa dosa dan Iblis, tetapi Allah
mengalahkan mereka melalui kayu salib yang sekaligus
membebaskan kita. Paulus menulis: ‘. . . Dia telah melucutkan
pemerintah-pemerintah serta penguasa-penguasa lalu
menjadikan mereka tontonan umum dalam kemenangan-Nya atas
ke mereka’ (Kolose 2:15)
Umat Allah
Orang-orang Israel tidak berjalan terus ke tanah yang telah
dijanjikan. Sebaliknya, mereka pergi bertemu dengan TUHAN di
Gunung Sinai, di mana TUHAN telah menunjukkan Diri-Nya
kepada Musa di dalam semak yang terbakar dahulu. Allah
berkata kepada mereka, ‘Kamu sendiri telah melihat apa yang
Kulakukan kepada orang Mesir, dan bagaimana Aku telah
mendukung kamu di atas sayap rajawali dan membawa kamu
kepada-Ku’ (Keluaran 19:4). Dia telah membebaskan mereka
daripada cengkaman orang-orang Mesir melalui karya
penyelamatan-Nya, dan kini Dia menjadikan mereka sebagai
umat-Nya yang istimewa. ‘Perjanjian umat’ telah pun dipenuhi.
Tetapi masih banyak lagi yang akan datang. Keluaran daripada
Mesir bukanlah kemuncak kepada kitab tersebut walaupun ia
dinamakan sempena peristiwa itu. Ia cuma memenuhi 18 bab
pertama sahaja. Bab-bab seterusnya menumpukan kepada
pemberian hukum-hukum dan pembinaan khemah suci. TUHAN
bukan sahaja Allah yang membebaskan, Dia juga adalah Tuhan
yang menuntut serta mendekati. Dia ingin memberkati umat-Nya.
Kerajaan Separa
Khemah Suci
Sinai (Taurat)
Keluaran
Allah yang
membebaskan
(1-18)
Allah yang
menuntut
(19-24)
Allah yang
mendekati
(25-40)
Rajah 11: Selayang pandang kitab Keluaran
Pemerintahan dan berkat Allah
Janji
‘Aku akan memberkati engkau’
(Kejadian 12:2)
Penggenapan secara separa
Kita cenderung memiliki sikap yang negatif terhadap pemerintah
dan sering menganggapnya sebagai satu penindasan. Tetapi
tidak ada apa-apa yang negatif dengan berada di bawah
pemerintahan Tuhan. Di dalam Alkitab, berada di bawah
pemerintahan Tuhan bermaksud menikmati berkat-berkat-Nya.
Ketika Adam dan Hawa mentaati perintah Allah untuk tidak
makan buah daripada pohon pengetahuan tentang yang baik
dan jahat, mereka hidup dengan sempurna. Mereka menikmati
hubungan bersama dengan Pencipta mereka di dalam hadiratNya di Taman Eden. Hukum-hukum Allah adalah demi kebaikan
mereka sendiri. Mereka berhadapan dengan kutukan Tuhan serta
dihalau daripada hadirat-Nya hanya ketika mereka mengingkari
Allah. Dia tidak boleh terus hidup bersama mereka yang telah
memberontak terhadap-Nya.
Oleh yang demikian, jika orang-orang Israel ingin menikmati
berkat-berkat TUHAN, mereka harus dibawa kembali di dalam
pemerintahan-Nya. Hanya demikian baharulah mereka mampu
untuk menikmati hubungan dengan-Nya serta mengetahui bahawa
63
64
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Dia bersama-sama dengan mereka. Jika penolakan bagi hukumhukum Allah membawa kematian serta kutukan (dipisahkan
daripada TUHAN), pemulihan bagi hukum-hukum tersebut akan
membawa kehidupan serta berkat (hubungan dengan TUHAN
ketika Dia mendekati mereka sekali lagi). ‘Janji berkat’ digenapi
di dalam jangka masa tersebut di dalam sejarah Israel dengan
dua cara: pemberian Hukum Taurat di atas Gunung Sinai serta
hadirat-Nya bersama dengan mereka di dalam Khemah Suci.
Hukum-hukum Allah
Hukum Taurat diberikan oleh TUHAN di atas Gunung Sinai. Ia
bukan diberikan dengan maksud bagi sesiapapun menjadi benar
di hadapan Allah. Orang-orang Israel sudahpun menjadi umat
Allah melalui kasih kurnia-Nya. TUHAN mengingatkan mereka
kepada kebenaran tersebut dengan memperkenalkan Sepuluh
Hukum. Sebelum Dia mengumumkan hukum-hukum-Nya, Dia
bermula dengan mengatakan, ‘Akulah TUHAN, Allahmu, yang
telah membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat
perhambaan’ (Keluaran 20:2). Dia menebus mereka sebelum
mereka menerima hukum-hukum tersebut. Ketaatan mereka
bukanlah satu cubaan yang terdesak untuk mendapatkan
keselamatan. Ia merupakan sebuah respon kepada keselamatan
yang TUHAN sudah berikan bagi mereka. Walau bagaimanapun,
jika ketaatan kepada hukum-hukum bukanlah jalan kepada
keahlian bagi umat perjanjian Allah, ia diperlukan bagi mereka
untuk menikmati berkat-berkat di dalam perjanjian tersebut. Allah
berjanji untuk memberkati umat-Nya. Sebagai balasan, mereka
harus mentaati Dia: ‘ . . . jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firman-Ku dan berpegang pada perjanjian-Ku, maka kamu
akan menjadi harta kesayangan-Ku sendiri dari antara semua
bangsa’ (Keluaran 19:5).
Sebagai umat Allah, mereka harus hidup dengan cara-cara
tertentu. Ketika George VI belum ditabalkan menjadi raja,
ibunya, Permaisuri Mary sering mengingatkan dia di hadapan
keramaian umum, ‘Bertie, jangan lupa diri.’ Dia merupakan
seorang putera diraja dan dia seharusnya bersikap sedemikian.
Dengan cara yang sama, ‘bangsa yang kudus’ milik Allah,
dipisahkan daripada yang lain untuk menjadi milik-Nya Sendiri,
Kerajaan Separa
harus mencerminkan sifat-sifat TUHAN yang maha kudus. Dia
berfirman kepada umat Israel, ‘...jadilah kudus, kerana Aku
kudus’ (Imamat 11:44). Hukum Taurat dicipta untuk mengajar
mereka apakah maksud firman tersebut secara praktikal. Yesus
berkata bahawa semua hukum bersandar kepada dua prinsip:
‘Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan
segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu’ dan ‘Kasihilah
sesamamu manusia seperti dirimu sendiri’ (Matius 22:37-39).
Hukum Taurat mendedahkan dosa kita. ‘ . . . tidak seorangpun yang dapat
dibenarkan di hadapan Allah oleh kerana melakukan hukum Taurat,
kerana oleh kerana hukum Tauratlah orang mengenal dosa’ (Roma
3:20).
Hukum Taurat mendedahkan Penyelamat kita. ‘ . . . kita berada di bawah
kawalan hukum Taurat, dan dikurung sehingga iman itu telah dinyatakan.
Ini menjadikan hukum Taurat sebagai penuntun bagi kita sehingga Kristus
datang’ (Galatia 3:23-24). Tugas Hukum Taurat ialah untuk
mempersiapkan kita bagi Yesus. Ia menyedarkan kita akan dosa serta
membantu untuk melihat keperluan bagi Yesus, Sang Penyelamat.
Walaupun Dia sentiasa mentaati Hukum Taurat, Dia berhadapan
dengan hukuman kerana melanggar hukum-hukum tersebut di pihak yang
lain: ‘Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan menjadi
kutuk bagi kita’ (Galatia 3:13).
Hukum Taurat mendedahkan piawai-piawai Allah. Hukum Taurat bukan
sahaja menunjukkan kita kepada dosa dan Penyelamat kita, ia juga
memberitahu kita bagaimana cara hidup yang TUHAN inginkan. Yesus
memerintahkan pengikut-pengikut-Nya untuk taat kepada suruhan-Nya
(Matius 5:17-20). Jika boleh, kita juga harus berusaha untuk
mengaplikasikan piawai-piawai TUHAN di tempat-tempat awam juga:
di tempat kerja, kolej mahupun masyarakat di sekeliling kita.1
Rajah 12: Hukum TUHAN di dalam Alkitab
Hadirat Tuhan
Kini umat Allah berada di bawah pemerintahan-Nya sekali lagi.
Dan sekali lagi mereka boleh menikmati hadirat-Nya. Tujuan bagi
penebusan ialah perhubungan. TUHAN mengarahkan Musa
bagaimana Khemah Suci harus didirikan. Khemah tersebut
merupakan tempat di mana hadirat-Nya akan ditumpukan ketika
65
66
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
mereka berjalan ke arah tanah yang dijanjikan (Rajah 13).
Tabut
Perjanjian
Ruang
Maha
Kudus
Tirai
Mazbah
pembakaran
kemenyan
Ruang
Kudus
Kaki pelita
Meja untuk
roti sajian
Pagar
khemah
Halaman
Besen
Mazbah untuk
korban bakaran
Rajah 13: Khemah Suci
Khemah suci terdiri daripada satu ruangan luar dan khemah
dalaman, yang dipisahkan kepada dua bahagian: ‘Ruang Kudus’
dan ‘Ruang Maha Kudus’. Terdapat sebuah meja yang
mempunyai ‘roti sajian’, 12 buku roti. Ia mengingatkan mereka
bahawa TUHAN akan sentiasa mencukupkan keperluan mereka.
Kerajaan Separa
Di sampingnya ialah sebuah kaki pelita emas yang
melambangkan perlindungan TUHAN secara berterusan,
melindungi mereka daripada sebarang bahaya. Kemudian
terdapat sebuah mazbah pembakaran kemenyan yang
memberikan sensasi berada dekat dengan Tuhan. Sehelai tirai
atau ‘tabir’ menutupi ruangan masuk ke dalam Ruang Maha
Kudus. Hanya ada sebuah perabot di dalamnya: Tabut
Perjanjian.
Jika meja tadi melambangkan berkat dari Tuhan dan kaki pelita
sebagai perlindungan-Nya, Tabut Perjanjian melambangkan
hadirat Tuhan. Ia adalah sebuah peti dengan ukuran lebih kurang
130 sentimeter panjang dan 60 sentimeter lebar dan tinggi. Di
dalam peti tersebut tersimpan kepingan-kepingan batu di mana
Allah menuliskan Sepuluh Hukum-Nya. Ia ditutupi dengan sebuah
penutup yang dipanggil ‘Tutup Pendamaian’. Di setiap hujung
penutup tersebut terdapat Kerub (makhluk syurgawi). Sayap
Kerub di atas tabut tersebut ditebar luas secara mengufuk di atas
penutup untuk membentuk sebuah takhta Allah yang halimunan.
Allah berfirman kepada Musa, ‘Dan di sanalah Aku akan bertemu
dengan engkau’ (Keluaran 25:22). ‘Kemuliaan-Nya memenuhi
tempat tersebut dan kekal bersama mereka’ (Keluaran 40:3438). TUHAN bersama-sama dengan umat-Nya sekali lagi.
Korban-korban
Hadirat Allah bersama dengan umat-Nya adalah sangat indah.
Tetapi ia juga membawa sebuah masalah. Bagaimanakah Tuhan
yang kudus boleh hidup bersama-sama dengan manusia yang
penuh dosa tanpa menghapuskan mereka? Sejak dari awal lagi
orang Israel tidak mampu untuk mematuhi hukum-hukum Allah.
Oleh yang demikian mereka layak untuk berhadapan dengan
hukumannya. Sistem korban direka untuk mengendalikan masalah
ini. Korban dipersembahkan di dalam khemah suci setiap hari
untuk dosa-dosa mereka. Terdapat juga Hari Perdamaian
(Imamat 16), di mana imam besar akan mengambil dua ekor
kambing. Kambing pertama akan dibunuh sebagai korban dosa
bagi mereka kemudian darahnya akan direnjis ke atas Penutup
Pendamaian di dalam Ruang Maha Kudus. Orang-orang Israel
layak untuk mati bagi dosa mereka, tetapi Allah menyediakan
67
68
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kambing sebagai pengganti untuk mati di pihak mereka. Darah
tersebut melambangkan hidup yang telahpun dikorbankan demi
dosa: ‘kerana nyawa setiap makhluk ada di dalam darahnya dan
Aku telah memberikan darah itu kepadamu di atas mazbah untuk
mengadakan pendamaian bagi nyawamu, kerana darah
mengadakan pendamaian dengan perantaraan nyawa’ (Imamat
17:11). Mereka boleh hidup kerana binatang tersebut telah mati.
Hasil bagi pendamaian (rekonsiliasi, atau ‘didamaikan semula’
dengan Allah) dapat dilihat kepada apa yang akan dilakukan
kepada kambing yang kedua. Dosa-dosa mereka akan diakukan
ke atasnya dan ia akan dihalau keluar jauh. Allah telah berurusan
dengan dosa dan Dia boleh terus menetap bersama-sama
dengan bangsa Israel.
Korban yang lebih baik
Allah sememangnya tinggal bersama-sama dengan umat-Nya di
dalam Khemah Suci. Tetapi mereka tidak berani untuk mendekati
khemah tersebut. Hanya seorang lelaki sahaja yang boleh
memasuki Ruang Maha Kudus sekali dalam setahun: Iman besar di
Hari Pendamaian. Korban-korban tersebut membolehkan mereka
mempunyai sebuah hubungan dengan Allah, tetapi ia bukanlah
satu hubungan yang rapat. Korban-korban tersebut hanya
mengurus sebahagian daripada dosa mereka. Korban-korban
tersebut menghadapkan mereka kepada satu korban sempurna
yang akan dipersembahkan oleh Kristus melalui kematian-Nya di
atas kayu salib. Kematian-Nya menghapuskan dosa sekali untuk
selamanya. Ia tidak perlu untuk diulang lagi. Ia membuka jalan
kepada hadirat Allah ‘di sebalik tabir’ bagi semua yang
mempercayai-Nya. Apabila Dia mati, tabir yang terdapat di
dalam Bait Suci (sebuah bangunan di Yerusalam yang dibina
untuk menggantikan Khemah Suci) terbelah menjadi dua oleh
Allah (Markus 15:58). Simbol tersebut sangat berkuasa. Pintu
kepada hadirat Allah kini dibuka luas kepada semua yang ingin
memasukinya: ‘. . . kita sekarang penuh keberanian dapat masuk
ke dalam Ruang Maha Kudus, kerana Dia telah membuka jalan
yang baru dan yang hidup bagi kita melalui tabir’ (Ibrani 10:19–
20).
Kerajaan Separa
Alkitab mengajar bahawa Allah menyelamatkan dengan memberikan
pengganti untuk mati di pihak yang lain. Korban-korban yang terdapat
di dalam Perjanjian Lama menunjuk kepada korban sempurna yang
dipersembahkan oleh Yesus ketika Dia mati di atas kayu salib.
 Korban bagi seorang manusia: Abraham dan Ishak (Kejadian 22)
 Korban bagi sebuah keluarga: Paskah (Keluaran 12)
 Korban bagi satu bangsa: Hari Perdamaian (Imamat 22)
 Korban bagi seluruh dunia: kematian Yesus (Yohanes 1:29; 1
Yohanes 2:2)
Rajah 14: Korban-korban di dalam Alkitab
Pembelajaran Alkitab
Keluaran 19:1–13; 20:1–17
19:1–13
Apa yang dapat kita pelajari tentang Tuhan di dalam bab ini?
Bagaimanakah ia mencabar cara kita berfikir mengenai Dia?
Bagaimanakah kita harus mendekati Tuhan seperti ini?
Apakah yang telah dilakukan oleh TUHAN bagi orang-orang
Israel (Rujuk 20:2 juga)?
69
70
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Dia berjanji akan melakukan sesuatu di masa hadapan, apakah
janji tersebut?
Bagaimanakah janji-janji tersebut bersangkut-paut dengan janji
yang telah dilakukan-Nya kepada Abraham (Kejadian 12:1-3)?
Apakah yang harus dilakukan oleh orang Israel? Adakah ia boleh
dilakukan?
Bagaimanakah janji TUHAN dapat digenapi?
20:1–17
Berapa banyak hukum di antara Sepuluh Hukum yang telah anda
patuhi?
Sebagai seorang Kristian, mengapakah kita harus mematuhi
hukum-hukum tersebut?
Hukum yang manakah sangat sukar untuk anda patuhi?
Apakah tindakan praktikal yang dapat anda ambil untuk
memastikan anda lebih patuh kepada hukum-hukum tersebut?
Kerajaan Separa
Tempat Allah
Janji
‘Aku akan memberikan tanah ini kepada keturunanmu.’
(Kejadian 12:7)
Penggenapan secara separa
Setelah hukum Taurat diberikan dan Khemah Suci didirikan, orang
Israel merupakan umat Allah di bawah pemerintahan Allah. Pada
masa yang sama, mereka juga menikmati berkat Allah yang
datang daripada hadirat-Nya bersama mereka. Walau
bagaimanapun, mereka merupakan bangsa tanpa tanah (negeri).
Bahagian seterusnya di dalam sejarah Alkitab memberikan
tumpuan kepada kemasukan mereka di dalam tanah yang
dijanjikan.
Bilangan: ketidaktaatan dan penangguhan
Selepas perlencongan jalan mereka untuk bertemu dengan
TUHAN di Gunung Sinai, kita mendapati orang Israel bersedia
untuk mengembara ke Kanaan di awal kitab Bilangan. Rakyat
yang kucar-kacir daripada Mesir kini sudah mula teratur dan
mereka mula kelihatan seperti angkatan tentera yang hebat.
Apabila mereka memulakan perjalanan mereka, TUHAN berarak
di hadapan mereka di dalam tiang awan (Bilangan 10:11-12).
Sudah pasti semuanya akan baik-baik sahaja mulai dari
sekarang. Kita menjangkakan mereka akan tiba ke destinasi
mereka dalam masa beberapa bulan. Tetapi ia mengambil masa
selama 40 tahun!
Beberapa jam selepas memulakan perjalanan, mereka mula
merungut akan kualiti makanan serta kepemimpinan Musa.
Kemuncak rungutan mereka adalah apabila para pengintip
kembali daripada Kanaan. Mereka melaporkan bahawa tanah
tersebut dilimpahi ‘dengan susu dan madu’ serta ‘bangsa yang
menetap di negeri itu kuat-kuat belaka dan kota-kotanya
berkubu dan sangat besar’ (Bilangan 13:27-18). Orang-orang
Israel menjadi takut lalu menolak untuk memasuki tanah tersebut.
Mereka pasti bahawa mereka akan dihapuskan. ‘Lebih baik kita
71
72
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kembali ke Mesir,’ kata mereka (lihat 14:3). Respon mereka bukan
sahaja menunjukkan mereka tidak tahu bersyukur tetapi juga tidak
percaya. Dua daripada pengintip tersebut, Yosua dan Kaleb,
merayu kepada mereka untuk mempercayai TUHAN: ‘ . . .
janganlah takut kepada bangsa negeri itu, sebab kita akan
menelan mereka semua. Yang melindungi mereka telah
meninggalkan mereka, tetapi TUHAN menyertai kita’ (14:9).
Namun begitu, walaupun semua bukti kekuasaan TUHAN telah
mereka lihat ketika Dia membebaskan mereka daripada Mesir,
mereka tetap tidak mempercayai TUHAN. Allah membalas dengan
menghukum mereka. Semua orang dari generasi mereka, kecuali
Kaleb dan Yosua, akan mati sebelum mereka masuk ke tanah
perjanjian.
Rasul Paulus memberitahu kita bahawa nasib mereka merupakan
amaran kepada kita: ‘semua ini telah terjadi sebagai contoh untuk
memperingatkan kita, supaya kita tidak menginginkan hal-hal
jahat seperti yang telah mereka lakukan’ (1 Korintus 10:6). Jika
kita beriman kepada Kristus, kita juga telah dibebaskan daripada
perhambaan (kepada dosa, bukan kepada Mesir) melalui korban
Paskah (Yesus, bukan seekor kambing), serta berada di dalam
perjalanan ke tanah yang dijanjikan (Syurga, bukan Kanaan). Kita
harus memastikan supaya kita tidak jatuh ke dalam dosa dan
ketidakpercayaan, tetapi tetap mempercayai Tuhan sehingga kita
tiba ke destinasi.
Ulangan: Berkat dan kutukan
Kitab Ulangan membawa kita ke di pinggir tanah tersebut, di atas
dataran Moab berdekatan dengan sungai Yordan. Musa berucap
kepada orang-orang Israel untuk kali yang terakhir sebelum
kematiannya. Berhadapan dengan generasi yang baru, dia
merayu kepada mereka, ‘Jangan merosakkannya seperti apa
yang telah kami lakukan.’ Dia mengingatkan mereka tentang
firman Allah serta apa yang telah TUHAN lakukan di masa lampau
serta menggesa mereka, ‘Kini terpulang kepada kamu untuk
percaya dan taat; untuk hidup menurut Injil apabila kamu
memasuki tanah tersebut.’ ‘Sebab engkaulah umat yang kudus
bagi TUHAN, Allahmu; engkau telah dipilih oleh TUHAN, Allahmu,
dari segala bangsa di atas muka bumi untuk menjadi umat
Kerajaan Separa
kesayangan-Nya. . . Maka sekarang, hai orang Israel, apakah
yang diminta daripadamu oleh TUHAN, Allahmu, selain daripada
takut kepada TUHAN, Allahmu, hidup menurut segala jalan yang
ditunjukkan-Nya, mengasihi Dia, beribadah kepada TUHAN,
Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu,
berpegang pada perintah dan ketetapan TUHAN. . .?’ (Ulangan
7:6; 10:12–13).
Pertaruhan mereka sangat tinggi. Jika mereka taat, mereka akan
diberkati: ‘Jika engkau benar-benar mentaati TUHAN, Allahmu,
dan dengan setia melakukan segala perintah-Nya yang
kusampaikan kepadamu hari ini, maka TUHAN, Allahmu, akan
meninggikan engkau di atas segala bangsa di bumi’ (28:1).
Kemudian Musa memberikan mereka satu senarai berkat yang
boleh mereka jangkakan. Walau bagaimanapun, ‘ . . . tetapi jika
engkau tidak taat kepada TUHAN, Allahmu, dan dengan tidak
setia melakukan segala perintah dan ketetapan-Nya, yang
kusampaikan kepadamu hari ini, maka segala kutuk ini akan
datang kepadamu dan mencapai engkau . . . ’ (28:15). Senarai
yang menyusul adalah sangat menggentarkan dan puncaknya
ialah janji bahawa Allah akan mengusir mereka dari tanah yang
telah dijanjikan tersebut: ‘kamu akan dicabut dari tanah, ke mana
engkau pergi untuk mendudukinya. TUHAN akan menyerakkan
engkau ke antara segala bangsa dari hujung bumi ke hujung
bumi’ (Ulangan 28:63-64).
Satu pertanyaan muncul ketika orang-orang Israel bersedia untuk
memasuki tanah tersebut. Bagaimanakah gaya hidup mereka
apabila mereka tiba di sana nanti? Adakah mereka akan
mengikuti perjanjian dan diberkati? Ataupun mereka akan
menjadi tidak taat kemudian dihalau daripada tanah tersebut?
Yosua: Penaklukan
Apabila Musa meninggal dunia, dia digantikan oleh Yosua. Di
bawah pimpinannyalah orang-orang Israel akhirnya mampu
memasuki Kanaan. Mereka mengalahkan penduduk-penduduk
asal dan mengambil alih tanah tersebut untuk diri mereka sendiri.
Apabila mereka melakukan semua itu, mereka tidak mempunyai
rasa ragu-ragu bahawa kejayaan mereka bukanlah hasil
73
74
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kekuatan mereka sendiri. Mereka tidak berkuasa, tetapi TUHAN
maha besar. Ini dapat dilihat dengan jelas ketika Yerikho
ditawan, apabila TUHAN meruntuhkan dinding kota tersebut di
hadapan mereka.
Telinga moden kita merasa terganggu dengan perintah TUHAN
kepada orang Israel untuk memusnahkan penduduk asal tanah
tersebut. Ia kedengaran seperti penghapusan kaum. Tetapi
TUHAN tidak didorong dengan tohmahan perkauman. Musa
mengatakan bahawa ‘Kerana kefasikan bangsa-bangsa itulah
TUHAN menghalau mereka dari hadapanmu’ (Ulangan 9:4-5). Di
dalam kebenaran-Nya yang sempurna, Allah diapikan dengan
kejahatan orang-orang Kanaan. Ini termasuklah berhala,
perzinaan dan korban kanak-kanak. Dia mengetahui bahawa
umat-Nya yang kudus akan diseleweng oleh kejahatan seperti
demikian jika ia tetap dibenarkan untuk tinggal di tanah tersebut.
Perkara tersebut akhirnya terjadi juga. Orang-orang Israel gagal
untuk mematuhi perintah TUHAN untuk menghapuskan orangorang Kanaan sepenuhnya, dan mereka menjadi pengaruhpengaruh buruk kepada mereka bertahun-tahun lamanya.
Kitab Yosua berakhir dengan nada yang tinggi: ‘ . . . kesemua
negeri-negeri tersebut diberikan TUHAN kepada orang Israel,
yakni negeri yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang mereka.
Mereka menduduki negeri itu dan menetap di sana. Dan TUHAN
mengurniakan mereka keamanan dari setiap penjuru, tepat
seperti yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang mereka. . .
Semua perkara baik yang dijanjikan TUHAN kepada kaum Israel,
tidak ada yang tidak dipenuhi; semuanya digenapi’ (Yosua
21:43-45). Ia merupakan masa bagi penggenapan. Umat Allah
berada di tempat Allah, di bawah pemerintahan-Nya sekaligus
menikmati berkat-Nya (‘rehat’).
Tetapi sebuah nota amaran menyentak di penghujung kitab
tersebut. Yosua memberikan khotbah selamat jalan kepada
bangsa Israel, sama seperti yang dilakukan oleh Musa di kitab
Ulangan. Dia menggesa mereka untuk tunduk takut kepada Tuhan
serta mentaati perintah-Nya. Dan dia memberikan mereka
amaran bahawa, jika mereka tidak taat, mereka akan dihalau
Kerajaan Separa
daripada tanah tersebut: ‘ . . . Sebab jika kamu berbalik dan
berpaut kepada sisa bangsa-bangsa yang masih tinggal di
antara kamu . . . maka ketahuilah dengan sesungguhnya, bahawa
TUHAN, Allahmu, tidak akan menghalau lagi bangsa-bangsa itu
dari depanmu. Tetapi mereka akan menjadi perangkap dan jerat
bagimu . . . sampai kamu binasa dari tanah yang baik ini, tanah
yang telah diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu’ (Yosua
23:12-13). Persoalannya tetap kekal. Adakan mereka akan
mentaati TUHAN? Berapa lamakah mereka akan dapat menetap
di tanah tersebut?
Raja dari Allah
Janji
Abraham tidak diberitahu dengan jelas bahawa umat-umat Allah
akan dinaungi oleh seorang raja, tetapi tanda-tandanya jelas
dinyatakan di tempat-tempat lain.
‘ . . . keturunannya akan meremukkan kepalamu’
(Kejadian 3:15)
Tuhan berfirman kepada ular tersebut bahawa dia akan
dikalahkan oleh salah seorang keturunan Hawa. Bahagian lain di
dalam Alkitab boleh dilihat sebagai ‘pencarian bagi si peremuk
kepala ular’. Siapakah penakluk yang hebat ini?
Tongkat kerajaan tidak akan berganjak daripada Yehuda
ataupun lambang pemerintahan dari antara kakinya,
sampai dia yang berhak ke atasnya datang,
maka kepadanya akan takluk bangsa-bangsa.
(Kejadian 49:10)
Yakub memberkati anaknya Yehuda sebelum dia meninggal dan
berkata kepadanya bahawa salah seorang keturunannya akan
menaungi semua kerajaan buat selama-lamanya.
‘Apabila engkau telah masuk ke negeri yang diberikan
kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, dan telah mendudukinya
75
76
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
dan diam di sana, kemudian engkau berkata: Aku mahu
mengangkat raja atasku, seperti segala bangsa yang di
sekelilingku, maka hanya raja yang dipilih TUHAN, Allahmu,
yang harus kau angkat atasmu . . . Apabila dia duduk di atas
takhta kerajaan, maka haruslah dia menyuruh menulis baginya
salinan hukum ini . . . Itulah yang harus ada di sampingnya
dan dia harus membacanya seumur hidup untuk belajar takut
kepada TUHAN, Allahnya, dengan berpegang kepada segala
isi hukum dan ketetapan ini untuk dilakukannya . . .’ (Ulangan
17:14–20)
Sebelum orang-orang Israel memasuki tanah tersebut, Allah
merancangkan bahawa mereka harus berada di bawah
pemerintahan seorang raja. Raja tersebut tidak akan menjadi
penguasa terpisah daripada Tuhan, tetapi dia akan memerintah
di bawah Tuhan, tunduk kepada Dia serta hukum-hukum-Nya.
TUHAN memerintah kerajaan-Nya dengan perantaraan seorang
raja.
Penggenapan secara separa
Hakim-Hakim: kitaran dosa dan kasih kurnia
Kitab Hakim-Hakim menceritakan kisah bangsa Israel di tanah
perjanjian bertahun-tahun selepas kematian Yosua. Ia sebuah
kisah yang sangat menyedihkan untuk dibaca. Orang-orang Israel
tidak mendengar amaran Musa dan Yosua malahan memberontak
melawan pemerintahan Allah. Kitaran tersebut berulang berkalikali di dalam kitab tersebut. Orang-orang Israel akan
membelakangi Allah dan menyembah tuhan-tuhan lain. Allah
membalas dengan menghukum mereka dan membenarkan mereka
untuk dikalahkan oleh musuh-musuh. Kemudian mereka akan
meminta pertolongan daripada TUHAN, lalu Dia akan
menghantar seorang ‘hakim’ ataupun ‘pemerintah’. Hakim-hakim
tersebut akan mengalahkan para musuh dengan menggunakan
kekuatan Roh Allah. Kemudian keamanan akan dikembalikan ke
tanah tersebut, tetapi ia tidak kekal lama. Tidak lama kemudian
orang-orang Israel berpaling daripada Allah sekali lagi, lalu
kitaran tersebut akan berulang lagi (lihat 3:7-12).
Kerajaan Separa
Mengapakah Allah peduli untuk menyelamatkan orang Israel
walaupun mereka kekal dengan ketidaktaatan mereka? Para
hakim-hakim merupakan tanda yang besar bagi kasih kurnia
Allah. Walau bagaimanapun, mereka bukanlah penyelesaian
yang sempurna bagi masalah orang-orang Israel. Mereka adalah
sekumpulan orang yang berbagai ragam dengan gaya hidup
yang tidak memberikan satu contoh yang baik untuk hidup penuh
kekudusan. Yefta membunuh anak perempuannya sendiri,
manakala Simson ialah seorang kaki perempuan. Kita akan
terlepas pandang jika kita menjadikan mereka sebagai hero-hero
bagi kelas Sekolah Minggu. Sewaktu kita memuji Tuhan kerana
pembebasan yang diperolehi melalui mereka, kita seharusnya
menantikan seorang pemimpin yang lebih baik, seseorang yang
akan memberikan penyelesaian muktamad bagi masalah dosadosa bangsa Israel. Kita seharusnya menantikan seorang raja.
Hakim-hakim memberikan tanda-tanda bahawa segalanya akan
menjadi lebih baik jika seorang raja dilantik. Kitab tersebut
diakhiri dengan sebuah ayat yang diulang sebanyak empat kali
di serata kitab tersebut: ‘Pada zaman itu tidak ada raja di
antara orang Israel; setiap orang berbuat apa yang benar
menurut pandangan mereka sendiri’ (21:25).
1 Samuel: permulaan yang palsu
Samuel merupakan seorang hakim yang paling hebat di dalam
sejarah pemerintahan Israel. Dia melayani Tuhan di sepanjang
hidupnya. Tetapi apabila dia semakin berumur, dia melantik anak
-anak lelakinya yang jahat untuk menggantikan dia. Para
pemimpin Israel datang kepadanya dan meminta dia untuk
melantik seorang raja bagi menaungi mereka, ‘sama seperti
bangsa-bangsa yang lain’ (1 Samuel 8:5). Allah menjadi murka
kepada mereka kerana permintaan mereka, bukan kerana
mereka menginginkan seorang raja, tetapi kerana niat mereka
untuk mendapatkannya. Mereka menginginkan seorang raja selain
daripada TUHAN dan bukan seorang raja yang bernaung di
bawah pemerintahan Tuhan. Keinginan mereka untuk menjadi
sama seperti bangsa-bangsa yang lain telah menolak Tuhan
sebagai raja mereka, faktor yang menjadikan mereka sebuah
bangsa yang unik. Mereka mahukan sebuah kerajaan beraja dan
bukan kerajaan di bawah naungan Allah.
77
78
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Walaupun permintaan mereka penuh dosa, TUHAN memberikan
mereka apa yang mereka inginkan dan Saul dilantik menjadi
raja. Bagaimanapun, orang-orang Israel tidak diberkati semasa
pemerintahannya. Ini disebabkan dia kerap kali menjadi tidak
taat kepada Tuhan. Akibatnya Tuhan memberikan keputusan-Nya
kepada Saul melalui Samuel: ‘Oleh disebabkan engkau telah
menolak firman TUHAN, maka Dia telah menolak engkau sebagai
raja’ (1 Samuel 15:23).
Kini tumpuan diberikan kepada Daud. Dia telah diurapi untuk
menjadi pengganti Saul. Hadirat Tuhan bersamanya ditunjukkan
sejak dari awal ketika dengan sendirian dia mengalahkan Goliat,
gergasi hebat orang Filistin (1 Samuel 17). Tetapi sama seperti
Yesus, (keturunan Daud) beberapa tahun kemudian, menjadi
pilihan TUHAN tidak menjamin satu perjalanan yang lancar bagi
kehidupan Daud. Saul cemburu kepada Daud dan mencuba untuk
membunuhnya. Daud terpaksa hidup di dalam pelarian sehingga
Saul mati di dalam perperangan menentang Filistin. Daud
kemudian ditabalkan menjadi raja menggantikan Saul.
2 Samuel: pemerintahan Daud
Akhirnya, orang-orang Israel mempunyai seorang raja seperti
yang diinginkan oleh TUHAN: ‘seorang yang berkenan di hatiNya’ (1 Samuel 13:14). Daud bukanlah seorang yang sempurna:
nafsunya mendorong dia untuk melakukan zina dengan Batsyeba
kemudian dia mengarahkan agar suaminya dibunuh. Walau
bagaimanapun, sepanjang hidupnya dia berusaha untuk menjadi
taat kepada Tuhan. Kerana itulah Tuhan memberkati dia serta
bangsa Israel melaluinya. Pada mulanya, dia hanya dikenali
sebagai raja di kalangan kaumnya sendiri iaitu kaum Yehuda.
Beberapa tahun kemudian barulah dia menjadi raja bagi seluruh
bangsa Israel. Dia menjadikan Yerusalem sebagai ibu kotanya
dan menjamin keamanan di tanah tersebut. Tabut Perjanjian yang
merupakan lambang bagi hadirat dan pemerintahan Allah
dibawa masuk ke dalam kota tersebut.
Pemerintahan Daud bukanlah sebuah pemerintahan di luar
kekuasaan Allah tetapi di bawah naungan-Nya. Yerusalem bukan
sekadar Kota Daud tetapi juga Kota Allah. Sepanjang sejarah
Kerajaan Separa
Israel belum pernah menikmati keamanan serta kekayaan seperti
itu. Namum begitu, masa bagi penggenapan masih belum tiba.
Daud bukanlah penghancur kepala ular yang dijanjikan di
Kejadian 3:15, ataupun pemerintah hebat daripada kaum
Yehuda yang dijanjikan di Kejadian 19:10. Seorang yang lebih
hebat masih belum tiba, seperti yang dijelaskan oleh Tuhan
melalui nabi Natan.
Allah menggariskan perjanjian-Nya dengan Abraham di dalam
Kejadian 12 (2 Samuel 7:9-11) kemudian menubuatkan seorang
raja yang akan datang yang lebih agung daripada Daud sendiri
(ayat 11-16). Sudah jelas bahawa masa depan bagi perjanjian
tersebut bergantung kepada raja yang dijanjikan ini. Allah akan
memenuhi segala janjinya melalui anak Daud, yang juga
merupakan anak Allah sendiri:
Apabila umurmu sudah genap dan engkau telah
mendapat perhentian bersama-sama dengan nenek
moyangmu, maka Aku akan membangkitkan
keturunanmu yang kemudian, anak kandungmu . . . Aku
akan menjadi Bapanya, dan dia akan menjadi anak-Ku.
Apabila dia melakukan kesalahan, maka Aku akan
menghukum dia dengan rotan yang dipakai orang dan
dengan pukulan yang diberikan anak-anak manusia.
Tetapi kasih setia-Ku tidak akan hilang dari padanya,
seperti yang Kuhilangkan daripada Saul, yang telah
Kujauhkan dari hadapanmu. Keluarga dan kerajaanmu
akan kokoh untuk selama-lamanya di hadapan-Ku,
takhtamu akan kukuh untuk selama-lamanya’ (2 Samuel
7:12–16).
Salah satu janji tidak sejajar dengan yang lain ialah: ‘Apabila dia
melakukan kesalahan, maka Aku akan menghukum dia.’ Ini
mencadangkan seorang manusia biasa, manakala janji-janji yang
lain mencadangkan seorang yang lebih luar biasa.
Bagaimanakah kita boleh memegang kedua-dua sisi ini bersamasama? Jawapannya ialah: sama seperti kebanyakkan nubuat di
dalam Perjanjian Lama, ia digenapi lebih daripada satu tahap.
Seperti yang akan kita lihat selepas ini, ia digenapi secara
79
80
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
separa oleh Raja Salomo, raja yang membina Bait Suci Allah.
Tetapi akhirnya ia hanya digenapi sepenuhnya oleh Tuhan Yesus,
‘anak Daud yang lebih agung’, pemerintahan-Nya meletakkan
Salomo ke dalam bayang-bayang (lihat Lukas 11:31).
Bermula dengan 2 Samuel 7 dan seterusnya, kita menantikan
kedatangan raja dari Allah, anak Daud. Kerajaan Allah haruslah
didirikan oleh ‘Mesias’ ataupun ‘Kristus’ itu. ‘Mesias’ ialah
perkataan Ibrani yang bermaksud ‘yang diurapi’. ‘Kristus’ datang
daripada bahasa Yunani, Christos.
1 Raja-Raja 1 – 11: Salomo dan zaman kegemilangan
Salomo menggantikan Daud sebagai raja dan dia memerintah
dengan penuh bijaksana. Dia membawa keamanan serta
kekayaan kepada rakyatnya. Bait suci Allah dibina ketika
pemerintahannya. Negara mereka tidak pernah mengalami
perkara seperti ini. Kita telah tiba di kemuncak Perjanjian Lama.
Ia kelihatan seperti semua janji-janji Allah telah dipenuhi dan
kerajaan Allah telah tiba. Ketika pentahbisan Bait Suci Allah,
Salomo berdoa, ‘Terpujilah TUHAN yang memberikan tempat
perhentian kepada umat-Nya Israel tepat seperti yang
difirmankan-Nya; dari segala yang baik, yang telah dijanjikanNya dengan perantaraan Musa, hamba-Nya, tidak ada satupun
yang tidak dipenuhi’ (1 Raja-raja 8:56).
Kerajaan
Allah
Pola
kerajaan
Kerajaan Kerajaan
yang telah yang dimusnah janjikan
Kerajaan
separa
Umat
Allah
Adam &
Hawa
Tidak ada
Keturunan
Abraham
Bangsa
Israel
Tempat
Allah
Taman
Eden
Dihalau
Kanaan
Kanaan +
Yerusalem
& Bait Suci
Pemerintahan &
Berkat
Allah
Firman
Allah;
Hubungan
yang
sempurna
Pemberontakan;
Kutukan
Berkat
kepada
Israel &
bangsabangsa
Hukum
Taurat &
Raja
Rajah 15: Kerajaan separa
Kerajaan Separa
Mereka merupakan umat Allah: ‘Jumlah orang Yehuda dan Israel
seperti pasir di tepi laut’ (4:20), sama seperti yang Allah telah
janjikan (Kejadian 32:12).
Mereka berada di tempat Allah: ‘Salomo berkuasa di atas segala
kerajaan bermula dari sungai Efrat sehingga ke negeri orang
Filistin dan sampai ke perbatasan Mesir’ (4:21). Keseluruhan
tanah tersebut berada di bawah Pemerintahannya, sama seperti
yang difirmankan Allah kepada Musa (Keluaran 23:31).
Mereka menikmati pemerintahan serta berkat Tuhan: Tabut
Perjanjian yang menjadi simbol bagi pemerintahan TUHAN
berada di dalam bait suci (8:21). Mereka diberkati: ‘sehingga
orang Yehuda dan orang Israel diam dengan tenteram, masingmasing di bawah pohon anggur dan pohon aranya, dari Dan
sampai Bersyeba seumur hidup Salomo’ (4:25). Mereka juga
menjadi berkat kepada bangsa-bangsa yang lain. Sudah menjadi
rancangan Allah sejak dari awal supaya semua bangsa akan
diberkati melalui umat pilihan-Nya. Terdapat tanda-tanda
bahawa semua ini berlaku ketika pemerintahan Salomo.
Contohnya ketika Permaisuri Syeba datang untuk mengunjungi
Salomo, dia memuji TUHAN kerana kebijaksanaan Salomo dan
keuntungan daripada kekayaannya (10:1-13).
Rajah 16: Cerita setakat ini: pemerintahan beraja
81
82
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Semuanya tampak baik, tetapi ia tidak kekal lama. Salomo
berkahwin dengan ramai wanita asing dan mula menyembah
tuhan-tuhan mereka (1 Raja-Raja 11). Demi Daud, TUHAN
menangguhkan penghakiman-Nya sehingga Salomo meninggal
dunia. Kemudian Dia menbenarkan perang saudara untuk berlaku
lalu kerajaan tersebut mula huru-hara.
1 Raja-Raja 12 – 2 Raja-Raja 25: ketidaktaatan, perpecahan
dan kehancuran
Tidak lama selepas anak Salomo, Rehabeam ditabalkan menjadi
raja, kesemua sepuluh kaum Israel yang berada di utara dan
timur memberontak terhadapnya, lalu mereka menabal Yerobeam
sebagai raja mereka sendiri. Israel berdiri bersatu selama 120
tahun di bawah pemerintahan Saul, Daud dan Salomo. Tetapi kini
ia telah berpecah-belah. Kerajaan Utara kini dipanggil Israel
dengan ibu kotanya terletak di Sikhem sebelum dipindahkan di
Samaria. Kerajaan Selatan, Yehuda mempunyai Yerusalem
sebagai ibu kotanya. Terdapat beberapa raja yang baik di
Yehuda, tetapi arah sejarah kedua-dua kerajaan tersebut secara
umumnya merosot menurun ke bawah.
Kemerosotan yang terjadi menjadi sangat ketara di Kerajaan
Utara sejak dari awal. Yerobeam bimbang kerana rakyatnya
ingin untuk kembali ke Yerusalem di Kerajaan Selatan untuk
bertemu dengan Allah di Bait Suci. Dia kemudian mendirikan dua
tempat pemujaan sebagai ganti, satu di Betel dan satu lagi di
Dan. Lalu dia meletakkan sebuah patung lembu emas dengan
ukiran, ‘Hai Israel, lihatlah sekarang allah-allahmu, yang telah
membawa engkau keluar dari tanah Mesir’ (1 Raja-Raja 12:28).
Harun telah mengatakan perkara yang sama selepas dia dan
orang-orang Israel membuat sebuah patung lembu emas ketika
Musa berada di Gunung Sinai menerima Hukum Taurat daripada
TUHAN (Keluaran 32:4). Penyembahan berhala seperti ini
merupakan dosa yang kerap berlaku kepada Israel di sepanjang
kewujudan mereka. Ia hanya menunggu masa sebelum TUHAN
menjatuhkan hukuman-Nya.
Kehancuran tiba pada tahun 722 Sebelum Masihi, 200 tahun
selepas perpecahan kerajaan terjadi. Orang Asyur menyerang
Kerajaan Separa
Samaria dan memusnahkannya. Tidak ada keraguan mengapa ini
semua terjadi: ‘Hal itu terjadi, kerana orang Israel telah berdosa
kepada TUHAN, Allah mereka, yang telah menuntun mereka dari
tanah Mesir dari kekuasaan Firaun raja Mesir’ (2 Raja-Raja 17:7).
Semua kesepuluh kaum tidak akan mempunyai kewujudan secara
berasingan lagi kerana keturunan mereka adalah orang Samaria,
bangsa yang sangat dikeji oleh orang Yahudi di zaman Yesus.
Kerajaan Yehuda di selatan juga mengalami nasib yang serupa.
Kisah sedih kejatuhannya diceritakan di separuh bahagian kedua
di dalam 2 Raja-Raja dan juga di dalam 2 Tawarikh. Walaupun
mereka memiliki Bait Suci di tengah-tengah mereka, rakyat
Yehuda tetap menyembah allah-allah yang lain. Ada masa-masa
mereka menjadi taat kepada TUHAN, terutamanya ketika
pemerintahan Raja Yosia. Dia menggalakkan pembaharuan
keagamaan selepas dia mendapati satu salinan Hukum Taurat di
dalam Bait Suci. Walau bagaimanapun, perubahan yang terjadi
tidak berjalan jauh, mahupun lebih dalam untuk menepis
kemurkaan Allah. Mereka telah melanggar perjanjian Allah dan
mereka harus dihukum. Tuhan telah memberikan mereka amaran
sebelum mereka memasuki tanah tersebut bahawa mereka tidak
dibenarkan untuk menetap di sana jika mereka melanggar
perjanjian tersebut. Allah berpegang kepada janji-Nya ketika
orang Babel menakluki Yehuda pada tahun 597 Sebelum Masihi.
Kota serta Bait Suci dihancurkan dan ramai di antara mereka
yang dibawa ke pembuangan di Babel.
Tidak hairanlah mereka bernyanyi, ‘di tepi sungai-sungai Babel,
di sanalah kita duduk sambil menangis, apabila kita mengingat
Sion’ (Mazmur 137:1). Mereka telah kehilangan segalanya.
Zaman kegemilangan yang mereka nikmati di bawah
pemerintahan Salomo kini hanya tinggal kenangan. Kerajaan
separa telah dihancurkan. Bukti-bukti bahawa mereka adalah
umat Allah sangat sedikit kerana mereka sekarang tidak berada
di tempat Allah. Mereka telah dihalau keluar. Mereka kini
berhadapan dengan kutuk hukuman Tuhan dan bukannya berkatNya. Ia kelihatan seperti kejatuhan manusia berulang sekali lagi.
TUHAN telah memberikan mereka amaran sebelum mereka
memasuki tanah perjanjian bahawa mereka akan dihalau keluar
83
84
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
jika mereka melanggar perjanjian mereka (Ulangan 28:25, 6364; Yosua 23:12-13). Tetapi mereka telah menolak pemerintahan
TUHAN. Akibatnya kini mereka dihalau daripada hadirat-Nya.
Terdapat tiga buah kitab hikmat di dalam Perjanjian Lama: Amsal,
Pengkhotbah dan Ayub. Oleh kerana dua kitab yang pertama dikatakan
hasil karya Salomo, adalah berpatutan untuk kita menyebutkannya di sini:
 Amsal adalah sebuah koleksi kata-kata nasihat bagi cara bijak
untuk hidup.
 Pengkhotbah memeriksa bagaimana rupa kehidupan tanpa Tuhan:
‘Semuanya sia-sia belaka’ (1:2).
 Ayub menceritakan kisah penderitaan seorang lelaki yang tidak
bersalah. Kadang-kala hikmat menerima kenyataan bahawa tidak
ada jawapan yang mudah (seperti jawapan yang diberikan oleh
rakan-rakan Ayub), tetapi hanya terus mempercayai Tuhan.
Buku-buku hikmat tidak termasuk di dalam mana-mana bahagian
kronologi sejarah rancangan penyelamatan Allah. Mereka berbicara
kepada semua peringkat umur bagaimana hidup seharusnya dijalani di
dalam kerajaan Allah.
 Takut kepada TUHAN adalah permulaan bagi pengetahuan
(Amsal 1:7; Ayub 28:28)
 Yesus merupakan penggenapan bagi hikmat. Sebagai anak Daud
yang lebih agung, Dia lebih bijak daripada Salomo (1 Raja-Raja
3; Matius 12:42). Dia ialah ‘kebijaksanaan Allah’ (1 Korintus 1:24),
dan kita boleh menjadi bijaksana di dalam Dia (1 Korintus 1:30).
Orang yang bijak ialah orang yang mendengar dan mematuhi
firman-Nya (Matius 7:24).
Rajah 17: kitab-kitab hikmat: kehidupan di dalam kerajaan
Kerajaan Separa dihancurkan
Ia sangat menyedihkan, tetapi itu bukanlah pengakhiran bagi
cerita di Alkitab. Pekerjaan Allah di kalangan orang Israel
bukanlah penggenapan sepenuhnya bagi janji-janji Injil Allah.
Sejarah Israel berfungsi sebagai contoh di dalam konteks
Alkitabiah secara keseluruhannya. Model kapal terbang
Concorde yang anda bina ketika anda masih kecil mungkin
kelihatan hebat. Tetapi ia bukanlah Concorde yang sebenar. Ia
menunjukkan kepada satu perkara yang lebih besar malah lebih
baik: kapal terbang itu sendiri. Dengan cara yang serupa,
Kerajaan Separa
kerajaan separa hanya sekadar bayang-bayang kepada
kerajaan sempurna yang akan didirikan oleh Allah melalui Yesus
Kristus. Ia menghala kepada sesuatu yang lebih daripada dirinya
sendiri, iaitu kepada Yesus.
Ya, memang hebat bagi orang Israel untuk dibebaskan daripada
perhambaan orang Mesir. Tetapi penyelamatan tersebut
hanyalah bayang-bayang kepada pembebasan sempurna yang
akan dilakukan oleh Yesus di atas kayu salib (Yohanes 1:29; 1
Korintus 5:7). Ya, memang indah bagi orang Israel untuk memiliki
hadirat Allah di tengah-tengah mereka di dalam Khemah dan
Bait Suci. Tetapi bangunan tersebut hanyalah bayang-bayang
kepada hadirat Allah yang akan ditunjukkan sepenuhnya: ‘Firman
itu telah menjadi manusia, dan tinggal [atau “dikhemahkan”] di
antara kita’ (Yohanes 1:14). Dan ya, Daud dan Salomo
merupakan raja-raja yang agung. Tetapi Yesus jauh lebih agung
(Markus 12:35-37; Lukas 11:31). TUHAN mungkin telah menolak
model-Nya, tetapi Dia tidak melupakan janji-janji-Nya. Seperti
yang akan kita lihat di bab yang seterusnya, ia menjadi tugas
bagi para nabi untuk menjelaskan kebenaran. Mereka
menekankan bahawa kejatuhan Israel dan Yehuda bukanlah di
luar kawalan Tuhan. Dia tetap bekerja di dalam kehancuran
model tersebut kerana dosa umat pilihan-Nya. Tetapi ini bukanlah
penghujungnya. Allah tidak akan membangunkan model-Nya
semula, tetapi Dia akan melakukan perkara yang sebenar di
dalam dan melalui Yesus.
Pembelajaran Alkitab
2 Samuel 7:1–17
Apakah yang ingin dibina oleh Daud (ayat 1–2)?
Tetapi apakah yang ingin dibangunkan oleh Allah (ayat 11)?
85
86
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Apakah yang telah dilakukan oleh TUHAN bagi Daud (ayat 8)?
Apakah yang dijanjikan-Nya untuk dilakukan di masa depan
(ayat 9–11)?
Bagaimanakah janji-janji tersebut menyuarakan janji yang
diberikan kepada Abraham di Kejadian 12:1–3?
Apakah yang Allah janjikan mengenai Raja yang akan datang
(ayat 12–16)?
Bagaimanakah Yesus memenuhi semua janji-janji tersebut? (lihat
Marius 1:1; Markus 12:35–37; Yohanes 2:18–22; Kisah Para
Rasul 2:24–36; Roma 1:1–4.)
Apakah implikasi semua ini kepada:
 Pemahaman kita mengenai Yesus?
 Hubungan kita dengan Yesus?
Kerajaan Yang Dinubautkan
5
Kerajaan Yang Dinubuatkan
Lidah Allah
Musa menjadi sangat takut ketika TUHAN mengarahkannya untuk
berkata-kata kepada orang Israel di dalam nama-Nya. Oleh
yang demikian dia dibenarkan untuk membawa Harun sebagai
jurucakapnya. TUHAN berfirman, ‘dia harus berbicara bagimu
kepada bangsa itu, dengan demikian ia akan menjadi
penyambung lidahmu dan engkau akan menjadi seperti Allah
kepadanya . . . Aku mengangkat engkau sebagai Allah bagi
Firaun, dan Harun, abangmu, akan menjadi nabimu. Engkau harus
mengatakan segala yang Kuperintahkan kepadamu, dan Harun,
abangmu, harus berbicara kepada Firaun, supaya dibiarkannya
orang Israel itu pergi dari negerinya’ (Keluaran 4:16; 7:1–2).
Kata-kata tersebut memberikan kita definisi dan fungsi seorang
nabi. Harun merupakan ‘nabi’ bagi Musa. Dia memberitahu orang
-orang Israel kata-kata yang Musa berikan kepadanya. Oleh
yang demikian, nabi-nabi Allah adalah penyambung lidah bagiNya, yang mengisytiharkan firman-Nya kepada orang lain. Petrus
menulis di dalam Perjanjian Baru, ‘sebab tidak pernah nubuat
dihasilkan oleh kehendak manusia, tetapi oleh dorongan Roh
Kudus orang-orang berkata-kata di atas nama Allah’ (2 Petrus
1:21). Itulah yang mereka katakan mengenai diri mereka sendiri.
Sebagai contoh, kata-kata nabi Yeremia bermula dengan
pendahuluan: ‘Firman TUHAN datang kepadaku . . .’ (Yeremia
1:4).
87
88
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Penguatkuasa Perjanjian
Musa ialah seorang nabi yang pasti di mana TUHAN menyatakan
Hukum Taurat-Nya kepada dia di Gunung Sinai. Semua generasigenerasi yang akan menyusul dijangkakan untuk hidup menurut
perjanjian tersebut. Jika mereka ingin untuk terus hidup di tanah
perjanjian dan menikmati berkat Allah, mereka harus mematuhi
hukum-Nya. Jika tidak, mereka akan berhadapan dengan
hukuman dan akan dihalau daripada tanah tersebut. Tugas bagi
para nabi selepas Musa adalah untuk menguatkuasakan
perjanjian tersebut, menggesa orang-orang Israel untuk
mentaatinya, mengingatkan mereka tentang berkat yang akan
tiba melalui ketaatan dan kutuk jika mereka melanggar
perjanjian mereka.
Nabi-nabi agung selepas Musa adalah Elia dan Elisa. Mereka
sangat aktif melayani di Kerajaan Utara Israel di kurun ke
sembilan Sebelum Masihi. Kebanyakan pelayanan mereka
melibatkan pertentangan umum kepada raja-raja Israel. Mereka
mendesak para raja untuk hidup seturut dengan hukum Allah,
bertaubat daripada penyembahan berhala serta
ketidakpercayaan mereka kepada-Nya. Kerohanian Israel sangat
rendah ketika pelayanan mereka. Kemurtadan menjadi-jadi
terutama sekali di bawah pemerintahan Raja Ahab. Ramai nabinabi TUHAN dibunuh dan Baal disembah di seluruh kawasan
pemerintahannya. Elia mencabar nabi-nabi Baal di dalam satu
pertandingan umum di Gunung Karmel. Pertandingan ini
menyaksikan kemenangan Tuhan Esa yang benar. Walaupun
demikian, ramai daripada mereka yang masih tidak menyembah
Dia. Elia yang hampir berputus asa berkata kepada Tuhan:
‘orang Israel meninggalkan perjanjian-Mu, meruntuhkan mazbahmazbah-Mu dan membunuh nabi-nabi-Mu dengan pedang; hanya
tinggal aku seorang yang masih hidup’ (1 Raja-Raja 19:10).
Tuhan meyakinkan Elia: ‘Aku akan meninggalkan tujuh ribu orang
di Israel, yakni semua orang yang tidak sujud menyembah
Baal’ (19:18). Tujuh ribu adalah lebih baik daripada seorang diri,
tetapi ia masih bilangan yang sedikit bagi negara tersebut.
Walaupun kejahatan sangat membuak-buak di Israel, Elia dan
Elisa masih berfikir bahawa masih ada masa bagi bangsa Israel
untuk kembali kepada TUHAN Allah sebelum hukuman-Nya tiba.
Kerajaan Yang Dinubautkan
Hari demi hari berlalu, para nabi melihat hukuman memang tidak
dapat dielakkan lagi.
Nabi-nabi yang menulis
Bermula dari kurun kelapan Sebelum Masihi, para nabi mulai
menulis nubuatan-nubuatan mereka, dan kebanyakan
daripadanya disimpan bagi kita di dalam Alkitab. Beberapa di
antara mereka, seperti Amos dan Hosea, sangat aktif di Kerajaan
Utara beberapa dekad sebelum kehancuran Kerajaan Isarel di
tangan orang Asyur pada tahun 722 Sebelum Masihi. Nubuatannubuatan selebihnya berlaku di Yehuda: seperti Yesaya, Mikha
dan Yeremia, di jangka masa sehingga pembuangan di tahun
597/586 Sebelum Masihi. Manakala yang lain, seperti Yehezkiel
dan Daniel, melayani semasa dalam pembuangan. Sementara
Hagai, Zakharia dan Maleakhi, melayani selepas umat Allah
kembali dari pembuangan (Jadual 7).
Kerajaan Utara
Kurun ke-8 Sebelum Masihi
Amos, Hosea
Kerajaan Selatan
Kurun ke-8 Sebelum Masihi
Yesaya, Mikha
Kurun ke-7 Sebelum Masihi
(termasuk pembuangan)
Yeremia, Yehezkiel,
Daniel
Kurun ke-6 Sebelum Masihi
Hagai, Zakharia,
Maleakhi
Jadual 7: Masa pelayanan beberapa orang nabi
Ada 17 buah kitab nabi-nabi di dalam Alkitab. Mereka sering
dirujuk sebagai ‘nabi-nabi besar’ (Yesaya, Yeremia, Yehezkiel
dan Daniel) dan ‘nabi-nabi kecil’ (nabi-nabi yang lain). Nabi-nabi
kecil bukanlah kurang penting daripada yang lain. Mereka
dipanggil sedemikian kerana hasil tulisan mereka jauh lebih
pendek. Setiap kumpulan mempunyai dua tema yang dominan:
penghakiman dan harapan, di mana kedua-duanya adalah
berdasarkan kepada perjanjian Allah.
89
90
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Penghakiman
Penghakiman Tuhan jarang diperkatakan di kebanykan gereja.
Para pengkhotbah dengan jelas tidak berkothbah berdasarkan
kitab nabi-nabi. Sebaliknya, bahagian-bahagian panjang di
dalam kitab-kitab nubuatan ditumpukan untuk membongkarkan
dosa-dosa umat Tuhan dan mengisytiharkan penghakiman Tuhan
ke atasnya. Kita tidak seharusnya beranggapan bahawa para
nabi hanya meramalkan apa yang akan dilakukan oleh Yesus di
masa hadapan. Mereka berbicara sesuai dengan zaman mereka.
Mereka merupakan ‘pembicara’ dan bukan sekadar ‘peramal’
sahaja. Pesanan utama mereka adalah penghakiman (Rajah 18).
Umat Israel dan Yehuda menjadi leka dan mengambil ringan
akan amaran-amaran tersebut. Tetapi kelekaan mereka hancur
ketika orang Asyur mengalahkan Israel pada tahun 722 Sebelum
Masihi, dan orang-orang Babel menghancurkan Yerusalem lalu
membuang orang-orang Yehuda pada tahun 597 dan 586
Sebelum Masihi. Para nabi menekankan bahawa kejadiankejadian ini bukanlah satu tragedi sejarah, tetapi adalah
penghakiman Tuhan untuk memenuhi firman-Nya apabila Dia
memulakan perjanjian-Nya dengan Musa.
Seorang rakan saya menjelaskannya seperti ini. Jamie ialah
seorang kanak-kanak lelaki yang baru sahaja diberikan
sepasang kasut baru. Hujan turun dengan lebat, dan ibunya tahu
yang dia akan memijak-mijak takungan-takungan air. Lalu ibunya
memberikan dia amaran, ‘jika kamu memijak takungan air itu,
kamu akan dikurung di dalam bilik kamu bila kita balik nanti.’
Tetapi dia dengan cepat memijak takungan air pertama yang
dilihatnya. Ibunya berkata: ‘Jika kamu tetap berdegil, kamu akan
dikurung di dalam bilik kamu bila kita balik nanti.’ Pun begitu,
Jamie tetap memijak semua takungan air yang dilihatnya. Oleh
yang demikian, apabila mereka kembali ke rumah mereka, dia
dihantar ke biliknya. Dan dia mulai menangis di situ. Ibunya
berkata dari luar bilik “Jamie, itu salah kamu sendiri. Saya sudah
jelaskan dari awal lagi jika kamu bermain dengan takungan air,
kamu akan dikurung di bilik kamu. Kamu berdegil sebab itu kamu
didenda sekarang.”
Kerajaan Yang Dinubautkan
Penghakiman ke atas bangsa-bangsa (1:3 – 2:3)
Sebagai Pencipta dunia, Allah bukan sahaja mengambil berat akan
perilaku umat-Nya, Dia juga akan menjadikan setiap orang
bertanggungjawab akan perbuatan mereka sendiri.
Penghakiman ke atas Yehuda (2:4–5)
Umat Allah akan lebih bersalah lagi kerana mereka telah melanggar
perjanjian-Nya:
‘Oleh kerana mereka telah menolak hukum TUHAN,
dan tidak berpegang pada ketetapan-ketetapan-Nya,
malahan disesatkan oleh allah-allah palsu,
yang diikuti oleh nenek moyangnya,
Aku akan menghantar api ke atas Yehuda,
sehingga puri Yerusalem dijilat habis’
Penghakiman ke atas Israel (2:6 dan seterusnya)
Selepas mengutuk negara jirannya, firman Allah melalui Amos kini
dialihkan kepada bangsanya sendiri. Orang-orang Israel beranggapan
bahawa mereka kebal daripada hukuman kerana mereka adalah umat
pilihan Allah. Kenyataannya itu menjadikan dosa mereka lebih besar.
TUHAN sudah melakukan banyak perkara bagi mereka sejak dari awal:
‘Aku telah membebaskan kamu keluar dari tanah Mesir . . . Aku juga
telah membangkitkan sebahagian dari anak-anakmu menjadi nabi’
tetapi ‘kamu memerintahkan para nabi untuk tidak bernubuat’ (2:10–12).
Amos mendedahkan semua dosa di dalam hidup mereka. Dia bimbang
akan sikap sosial mereka (tamak serta tidak adil) sama berat dengan
kerohanian mereka. Sebagai Pencipta, Allah ialah TUHAN di atas semua
bahagian hidup mereka dan Dia menuntut untuk dipatuhi di dalam
segala perkara. ‘Hari TUHAN’ akan tiba di mana mereka harus
bertanggungjawab akan tindakan mereka. Ia bukanlah suatu hari seperti
yang mereka jangkakan, hari di mana musuh mereka dikalahkan. Tidak,
mereka sendiri akan berhadapan dengan murka Allah (5:18).
Rajah 18: Penghakiman di dalam kitab Amos
Persamaannya dengan orang Israel sangat ketara. Mereka
sudah diberikan amaran dengan jelas melalui Musa dan Yosua
sebelum mereka memasuki tanah perjanjian:
‘jika kamu
berpaling daripada TUHAN Allah kamu, kamu akan dihukum dan
dihalau keluar.’ Mereka melanggar perjanjian. Maka Allah
mengingatkan mereka melalui nabi-nabi-Nya, ‘jika kamu terus
91
92
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
hidup seperti ini, TUHAN akan menghukum kamu.’
Tuhan bersabar dengan mereka sekian lama, tetapi mereka masih
tidak ingin bertaubat. Oleh yang demikian, akhirnya hukuman pun
tiba. Selepas itu Allah berfirman sekali lagi melalui nabi seperti
Yehezkiel ketika mereka dalam pembuangan untuk menjelaskan
kepada mereka apa yang sedang terjadi kepada mereka:
‘TUHAN Allah sedang menghukum kamu, seperti yang Dia
janjikan.’ Mereka tidak seharusnya berfikir bahawa Yerusalem
telah dikalahkan kerana TUHAN tidak sekuat allah-allah orang
Babel. Dia masih berkuasa atas segalanya. Dia telah
menggunakan orang Babel untuk menjalankan hukuman yang
telah dijanjikan-Nya.
TUHAN Allah tidak berubah. Dia masih lagi Tuhan yang penuh
dengan kasih. Tetapi Dia adalah Tuhan yang kudus, membenci
kejahatan dan menjadi marah apabila Dia melihatnya.
Penghakiman-Nya ke atas orang-orang Israel di dalam Perjanjian
Lama harus menjadi amaran kepada kita supaya kita tidak leka
seperti mereka. Ia adalah pembuka selera bagi hukuman yang
jauh lebih dahsyat di akhir zaman. Pada hari tersebut kita akan
berdiri di hadapan Tuhan serta dipertanggungjawabkan ke atas
segala perbuatan kita ketika kita hidup di muka bumi (Wahyu
20:11-15). Harapan kita hanyalah untuk mempercayai Kristus dan
kematian-Nya untuk kita semua.
Harapan
Untuk menjadi setia kepada firman-Nya, Allah harus menghakimi
umat-Nya. Tetapi perkataan yang sama menuntut bahawa
penghakiman itu tidak akan menjadi perhitungan-Nya dengan
mereka. Terdapat elemen-elemen bersyarat di dalam janji-janji
Tuhan. Dia telah menjelaskannya melalui Musa bahawa mereka
tidak akan mendapat berkat-Nya jika mereka tidak taat. Tetapi
elemen tanpa syarat juga didapati. Janji-Nya kepada Abraham
merupakan sebuah komitmen yang pasti:
‘Aku akan membuat engkau menjadi bangsa yang besar,
dan memberkati engkau
serta membuat namamu masyhur;
Kerajaan Yang Dinubautkan
dan engkau akan menjadi berkat.
Aku akan memberkati orang-orang yang memberkati
engkau,
dan mengutuk orang-orang yang mengutuk engkau,
dan melalui engkau
semua kaum di muka bumi akan diberkati’
(Kejadian 12:1–3)
Jadi perjanjian Allah yang menjadi dasar bagi semua pesanan
penghakiman para nabi turut menjadi asas bagi sebuah lagi tema
utama di dalam kitab mereka: harapan.
Ketika sejarah mereka mengisytiharkan kegagalan Israel, para
nabi mengisytiharkan masa depan Israel. Mereka bernubuat akan
masa-masa hadapan yang baik dalam bentuk ulang tayang:
‘Ingatkah kamu bagaimana indah rasanya ketika Musa, Daud dan
Salomo masih ada?’ tanya mereka. ‘Semuanya akan kembali
seperti itu di masa hadapan, malahan lebih baik.’ Akan terjadi
sebuah keluaran yang baru, satu perjanjian yang baru, satu
bangsa yang baru, satu Yerusalem yang baru, satu bait suci yang
baru, satu raja yang baru, malahan satu dunia yang baru. TUHAN
Allah tidak akan membina kembali model-Nya, iaitu kerajaan
yang separa. Tetapi Dia akan mendirikan perkara yang sebenar,
iaitu satu kerajaan yang sempurna: umat Allah berada di tempat
Allah, di bawah pemerintahan serta menikmati semua berkatNya. Para nabi mengatakan mengenai penggenapan muktamad
bagi ketiga-tiga janji dalam kerajaan Allah.
Umat Allah
Sisa-sisa
Walaupun Allah telah menghukum umat-Nya dengan dahsyat, Dia
tidak akan menghapuskan mereka sepenuhnya. Sekumpulan sisasisa umat-Nya akan dilindungi, dan melalui mereka Tuhan akan
mendirikan satu bangsa yang baru:
Tetapi pada waktu itu sisa orang Israel
dan orang yang terluput di antara kaum keturunan
Yakub,
93
94
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
tidak akan bersandar lagi kepada yang mengalahkannya,
tetapi akan bersandar kepada TUHAN, Yang Mahakudus,
Allah Israel, dan tetap setia.
Suatu sisa akan kembali,
sisa Yakub akan bertobat di hadapan Allah yang perkasa.
(Yesaya 10:20–21)
Bahkan Yesaya turut diarah untuk menamakan salah seorang
anaknya ‘Syear Yasyub’ (yang bermaksud ‘sekumpulan sisa akan
kembali’) untuk menggariskan pesanan tersebut.
Satu keluaran yang baru
Kesusahan yang dialami oleh orang Yehuda semasa pembuangan
di Babel adalah sama seperti keadaan ketika orang Israel
menjadi hamba di Mesir. Sama seperti Allah telah
menyelamatkan mereka dahulu, Dia akan melakukanya sekali
lagi. Sebuah keluaran (pembebasan) yang baru akan dilakukan:
‘Waktunya akan datang, bahawa tidak dikatakan orang lagi:
Demi TUHAN yang hidup yang menuntun orang Israel keluar dari
tanah Mesir, melainkan: Demi TUHAN yang hidup yang menuntun
orang Israel keluar dari tanah utara dan dari segala negeri ke
mana Ia telah mencerai-beraikan mereka! Sebab Aku akan
membawa mereka pulang ke tanah yang telah Kuberikan kepada
nenek moyang mereka’ (Yeremia 16:14–15).
Hamba
Yesaya menekankan bahawa pembebasan yang baru akan
dilakukan oleh seorang individu misteri yang dia sebutkan
sebagai ‘seorang hamba’. Ada kalanya hamba tersebut dirujuk
sebagai bangsa Israel (contohnya Yesaya 44:1-2). Tetapi di
petikan-petikan yang lain, ia adalah jelas bahawa dia ialah
seorang individu yang akan digunakan oleh TUHAN untuk
menyelamatkan sisa-sisa orang Israel (49:5-6; 52:13-53:12). Dia
akan melakukan penyelamatan ini melalui kematiannya. Tuhan
menggunakan apa yang dikenali sebagai kata kerja ‘waktu
ramalan’, yang merujuk kepada kejadian di masa hadapan
seperti ia telah berlaku, kerana ia sudah dipastikan untuk menjadi
kenyataan:
Kerajaan Yang Dinubautkan
. . . dia ditikam oleh kerana pemberontakan kita,
dia diremukkan oleh kerana kejahatan kita;
hukuman yang mendatangkan keselamatan bagi kita
ditimpakan kepadanya,
dan oleh bekas lukanya kita menjadi sembuh.
Kita sekalian sesat seperti domba,
masing-masing kita memilih jalan kita sendiri,
tetapi TUHAN telah menimpakan segala kejahatan
kita ke atasnya.
(Yesaya 53:5–6)
Individu tersebut adalah orang Israel yang sebenar dan yang
akan mati demi sisa-sisa Israel, supaya umat Allah boleh
diselamatkan daripada dosa mereka. Dia akan mengambil
hukuman mereka, dihalau daripada Tuhan bagi pihak mereka,
supaya mereka dapat diampuni dan Israel yang baru dapat
dibina. Nubuat ini digenapi apabila Yesus mati di atas kayu salib.
Dia pernah berkata mengenai Diri-Nya sendiri: ‘ . . . sedangkan
Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk
melayani malahan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi
sebagai tebusan bagi orang ramai’ (Markus 10:45)
Penyertaan segala bangsa
Tugas hamba tersebut menjangkau lebih daripada Israel. Sama
seperti Israel harus menjadi kerajaan imamat, menyalurkan berkat
pemerintahan-Nya kepada bangsa-bangsa yang lain (Keluaran
19:6), Allah berfirman kepada hamba tersebut,
‘Terlalu sedikit bagimu hanya untuk menjadi hamba-Ku,
untuk menegakkan suku-suku Yakub
dan untuk mengembalikan orang-orang Israel
yang masih terpelihara.
Tetapi Aku akan membuat engkau menjadi terang
kepada bangsa-bangsa bagi keselamatan yang datang
daripada-Ku hingga ke hujung bumi’
(Yesaya 49:6)
Janji kepada Abraham mengenai berkat kepada semua bangsa
akan dipenuhi. Lelaki dan perempuan dari semua bangsa akan
95
96
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
diberkati apabila Tuhan beraksi untuk menyelamatkan Israel
(Yesaya 60:1–3).
Kitab Mazmur ialah sebuah koleksi lagu dan doa yang digunakan oleh
orang-orang Israel di dalam penyembahan mereka. Ia tidak tergolong
di dalam mana-mana jangka masa di dalam sejarah Israel. Mazmurmazmur telah ditulis dalam jangka masa yang sangat panjang,
kebanyakan ditulis oleh Raja Daud. Kitab tersebut sering dipanggil
‘Alkitab kecil’ kerana tema-tema Alkitab boleh didapati di dalamnya.
Mari kita mengkaji tiga jenis tema.
Puji-pujian
Sama seperti bahagian-bahagian lain di dalam Alkitab, tumpuan bagi
Mazmur ialah Tuhan. Dia ialah raja agung bagi seluruh dunia dan umatNya Israel. Umat-Nya memuji Dia bagi kuasa, kekudusan, keadilan
pemerintahan serta kasih-Nya di dalam menyelamatkan mereka.
Marilah kita bersorak-sorai untuk TUHAN,
bersorak-sorak bagi gunung batu keselamatan kita.
Biarlah kita menghadap wajah-Nya dengan nyanyian syukur,
bersorak-sorak bagi-Nya dengan nyanyian mazmur.
Sebab TUHAN adalah Allah yang besar,
dan Raja yang besar mengatasi segala allah.
(Mazmur 95:1-3)
Lihat juga Mazmur 100; 121; 145.
Nubuat
Kitab Mazmur dipetik di dalam Perjanjian Baru lebih kerap daripada
kitab-kitab lain dari Perjanjian Lama. Beberapa Mazmur dengan jelas
berbicara tentang Tuhan Yesus. Dia akan ditinggikan di atas seluruh
alam semesta sebagai raja yang abadi dari Allah:
Takhtamu kepunyaan Allah,
tetap untuk seterusnya dan selamanya,
dan tongkat kerajaanmu adalah tongkat kebenaran.
Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan;
sebab itu Allah, Allahmu,
telah mengurapi engkau dengan minyak
sebagai tanda kesukaan,
melebihi teman-teman sekutumu.
(Mazmur 45:6–7)
Kerajaan Yang Dinubautkan
Tetapi pemerintahan-Nya akan didirikan hanya melalui penderitaan.
Dia akan menderita dengan dashyat sehingga Dia akan berseru,
‘Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?’ (Mazmur 22:1).
Lihat juga Mazmur 2; 89:19–29; 110.
Pengalaman peribadi
Di dalam kitab Mazmur, kita bukan sahaja mendapati Allah berfirman
kepada umat-Nya, tetapi umat-Nya berkata-kata kepada-Nya. Kita
diberikan pengetahuan mengenai hati mereka. Pengalaman iman di
dalam Tuhan sebagai Raja dinyatakan di hadapan kita dalam pelbagai
variasi. Emosinya berubah-ubah daripada kepastian yang utuh dan
kegembiraan kepada rasa ragu-ragu dan tertekan. Orang-orang
Kristian boleh menjangkakan pengalaman yang sama: Raja tersebut
tidak berubah. Kata-kata seorang pemazmur boleh menjadi milik kita
sendiri:
Kaulupakan aku terus-menerus?
Berapa lama lagi Kausembunyikan wajah-Mu terhadap aku?
(13:1)
TUHAN adalah terang dan keselamatanku,
kepada siapakah aku harus takut?
(27:1)
Betapa ku senangi tempat kediaman-Mu,
ya TUHAN semesta alam!
Jiwaku hancur kerana merindukan pelataran-pelataran TUHAN
(84:1)
Lihat juga Mazmur 23; 42; 73.
Rajah 19: Mazmur ‘TUHAN adalah raja’ (Mazmur 10:16)
Tempat Allah
Bait Suci yang baru
Buku Yehezkiel bermula dengan sebuah penglihatan kemuliaan
Allah meninggalkan bait suci di Yerusalem. Dia bertindak di
dalam penghakiman serta menjauhkan Diri-Nya daripada orang
Israel. Bangungan tersebut kini tinggal sekadar sebuah bangunan
kosong dan hanya menunggu masa untuk dimusnahkan oleh orang
97
98
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Babel. Tetapi kitab tersebut berakhir dengan sebuah harapan
yang gemilang. Yehezkiel mendapat sebuah lagi penglihatan
mengenai bait suci yang baru, jauh lebih megah daripada yang
pertama (Bab 40-48), dan dia melihat Allah memasukinya.
Sebatang sungai mengalir keluar daripada bait suci tersebut,
memberikan kehidupan kepada dunia.
Dunia yang baru
Penglihatan Yehezkiel mengenai sebuah bait suci yang baru
adalah sangat gemilang sehinggakan ia tidak mungkin merujuk
kepada hanya sebuah bangunan di muka bumi. Ia merupakan
sebuah simbol bagi ciptaan, dunia yang baru. Rancangan Allah
untuk menyelamatkan dunia tidak terhad hanya kepada orang
Israel, ataupun kepada manusia di serata dunia. Pencipta bagi
segalanya bertekad untuk membetulkan sepenuhnya kesan
kejatuhan manusia serta memperbaharui seluruh dunia. Yerusalem
yang baru, di mana seluruh umat-Nya akan menetap bukanlah
sebuah kota yang terletak di suatu kawasan di atas permukaan
bumi. Ia ialah dunia yang baru. Tuhan berfirman,
‘Sebab sesungguhnya,
Aku menciptakan langit yang baru dan bumi yang baru;
hal-hal yang dahulu tidak akan diingat lagi,
dan tidak akan timbul lagi dalam hati.
Tetapi bergiranglah dan bersorak-sorak
untuk selama-lamanya atas apa yang Kuciptakan,
sebab sesungguhnya,
Aku menciptakan Yerusalem penuh sorak-sorak
dan penduduknya penuh kegirangan’
(Yesaya 65:17–18)
Pemerintahan dan berkat Tuhan
Perjanjian yang baru
‘Sesungguhnya, akan datang waktunya,
demikianlah firman TUHAN,
Aku akan mengadakan perjanjian baru
Kerajaan Yang Dinubautkan
dengan kaum Israel dan kaum Yehuda’
(Yeremia 31:31).
Perjanjian ini bukanlah sebuah permulaan yang benar-benar
baru. Allah bukanlah melupakan janji-janji yang telah dikatakanNya di masa yang lampau. Tetapi bagaimanakah Dia akan
memenuhi janji-janji tersebut untuk memberkati umat-Nya? Di
dalam kasih setia-Nya, Dia harus berbuat demikian jika Dia ingin
mengotakan janji-Nya. Dan pada masa yang sama Dia harus
menghukum orang-orang Israel jika mereka tidak mentaati-Nya.
Oleh yang demikian, bagaimanakah Dia akan memberkati
mereka di dalam dosa mereka yang berterusan? Perjanjian yang
baru menjadikan perkara ini mampu dilakukan. Ia akan menjadi
kukuh. Allah akan mencari jalan untuk berurusan dengan dosa,
supaya umat-Nya akan diampuni malah mengenali Allah dengan
lebih intim. Dia akan mengubah mereka dari dalam: ‘Aku akan
meletakkan Taurat-Ku di dalam batin mereka dan menulisnya di
dalam hati mereka’ (31:33). Yehezkiel dan Yoel menjelaskkan
bahawa janji ini ialah hadirat Roh Kudus Allah di dalam hidup
semua umat Allah (Yehezkiel 36:26–27; Yoel 2:28–32). Perjanjian
yang baru ini akan dimulakan dengan kematian Yesus. Apabila
Dia mengambil cawan dan berkata, ‘Cawan ini adalah perjanjian
baru oleh darah-Ku, yang ditumpahkan bagi kamu’ (Lukas 22:20).
Raja yang baru
Sama seperti Tuhan memerintah melalui seorang raja ketika
zaman perjanjian yang lama, Dia akan melakukannya sekali lagi
di era perjanjian yang baru. Para nabi menguatkan janji yang
diberikan kepada Daud (2 Samuel 7:12-16) bahawa seorang
raja yang abadi dan sejagat akan muncul dari keturunannya.
Keselamatan bagi umat Allah dan penggenapan bagi semua janji
Allah bergantung kepada kedatangan orang yang diurapi ini
(atau ‘Kristus’, ‘Mesias’), anak Daud:
‘Sebab seorang anak telah lahir untuk kita . . .
Besar kekuasaannya,
dan damai sejahtera tidak akan berkesudahan
di atas takhta Daud dan di dalam kerajaannya,
kerana dia mendasarkan dan mengukuhkannya
99
100
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
dengan keadilan dan kebenaran
dari sekarang sampai selama-lamanya’
(Yesaya 9:6-7).
Daniel berkata bahawa Dia kelihatan seperti ‘anak manusia’. Di
dalam penglihatannya, anak manusia ini ‘diberikan kekuasaan,
kemuliaan dan kekuasaan sebagai raja, maka semua orang dari
segala bangsa, suku bangsa dan bahasa menyembahnya’ (Daniel
7:13-14). Petikan sedemikian membuatkannya lebih jelas bahawa
Dia bukanlah seorang raja biasa. Hanya ketika kedatangan
Kristus barulah orang-orang percaya mula melihat implikasiimplikasi kepada nubuat-nubuat mengenai-Nya. Kekuasaan-Nya
ialah kekuasaan Allah kerana Dia ialah Tuhan. Yesus sendiri
menunjukkan implikasi bagi Mazmur 110:1 :
TUHAN telah berfirman kepada Tuhanku:
‘duduklah di sebelah kanan-Ku,
sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu’
Daud si pemazmur tersebut merujuk kepada seorang lagi
pemerintah sebagai ‘Tuhanku’. Ini bermaksud Dia bukan sekadar
anak kepada Daud; Dia juga ialah Anak Allah (Markus 12:3537).
Berkat yang besar
Masa bagi penggenapan akan ditandakan dengan berkat yang
besar bagi seluruh dunia. Dengan penubuhan pemerintahan
Tuhan, segala kembali ke tempat masing-masing sekali lagi.
Berkat di Taman Eden kini kembali, di mana keamanan dan
kekayaan melimpah.
. . . pembajak akan tepat menyusul penuai dan pengirik
buah anggur penabur benih; gunung-gunung akan
meniriskan anggur baru dan segala bukit akan kebanjiran.
(Amos 9:13-14)
Serigala akan tinggal bersama domba dan harimau
bintang akan berbaring di samping kambing. Anak lembu
dan anak singa akan makan rumput bersama-sama, dan
Kerajaan Yang Dinubautkan
seorang anak kecil akan menggiringnya.
(Yesaya 11:6)
Kerajaan
Allah
Pola
kerajaan
Kerajaan Kerajaan
yang telah yang dimusnah janjikan
Kerajaan Kerajaan
separa
yang dinubuatkan
Umat
Allah
Adam &
Hawa
Tidak ada
Keturunan
Abraham
Bangsa
Israel
Tempat
Allah
Taman
Eden
Dihalau
Kanaan
Kanaan + Bait Suci
Yerusalem yang baru;
& Bait Suci dunia yang
baru
Pemerintahan &
Berkat
Allah
Firman
Allah;
Hubungan
yang
sempurna
Pemberontakan;
Kutukan
Berkat
kepada
Israel &
bangsabangsa
Hukum
Taurat &
Raja
Sisa-sisa
Israel dan
penyertaan
bangsa2
Perjanjian
yang baru;
raja yang
baru;
berkat yang
melimpah
Rajah 20: Kerajaan yang dinubuatkan
Kembali dari pembuangan
Pada tahun 538 Sebelum Masihi, enam dekad selepas
pembuangan terjadi, nubuat mengenai harapan kelihatan seperti
hampir digenapi. Koresh, raja negeri Persia mengalahkan Babel
dan mengeluarkan titah yang membenarkan orang-orang yang
dibuang untuk kembali serta mendirikan kembali bait suci mereka.
Walau bagaimanapun, pemulihan semula negara Israel bukanlah
sebuah kejayaan yang boleh diraih seperti yang dijanjikan oleh
para nabi. Hanya segelintir sahaja yang kembali ke tanah air
mereka. Mereka berhadapan dengan tentangan yang kuat ketika
mereka berbuat demikian. Namun begitu bait suci yang baru
berjaya dibina semula. Di bawah pimpinan Ezra, hukum Tuhan
menjadi titik tengah bagi memimpin hidup mereka sekali lagi.
Tidak lama kemudian, Nehemia mengetuai satu lagi kumpulan
untuk mendirikan semua dinding Yerusalem. Beberapa daripada
janji-janji telahpun dikotakan, sekurang-kurangnya secara separa,
101
102
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
tetapi ia adalah jelas bahawa ini bukanlah masa untuk
penggenapan yang muktamad. Mereka yang mampu untuk
mengingati zaman-zaman kegemilangan sebelum pembuangan
terjadi, ataupun mendengar kisah-kisah lama daripada orang tua
mereka, sedar bahawa Yerusalem yang baru tidaklah sehebat
Yerusalem yang lama. Walaupun demikian, para nabi telah
menubuatkan sesuatu yang jauh lebih baik. Apabila asas bagi
bait suci yang baru telah dibina, generasi-generasi yang baru
akan melonjat gembira tetapi mereka yang lebih tua akan
menangis (Ezra 3:11-13). Ini kerana mereka tahu bangunan ini
tidak mungkin akan menjadi bait suci yang Yehezkiel nubuatkan:
ia jauh lebih kecil daripada hasil binaan Salomo. Dan mereka
juga dengan jelas tidak mempunyai hati yang baru. Kitab
Nehemia berakhir dengan kekecewaan apabila dia merungut
disebabkan hukum Allah tidak dipatuhi, walaupun Ezra telah
bekerja keras (Nehemia 13).
Tiga orang nabi iaitu Hagai, Zakharia dan Maleakhi, bernubuat
pada masa yang sama ketika ini (nabi selepas zaman
pembuangan). Pesanan mereka lebih kurang sama dengan nabinabi sebelum mereka. Mereka juga mengutuk para pendengar
mereka kerana melanggar perjanjian serta memberikan mereka
amaran akan hukuman yang akan menimpa. Tetapi mereka juga
turut menunjuk kepada satu masa di hari yang akan datang
ketika Tuhan akan bekerja untuk menggenapi semua janji-janjiNya supaya umat-Nya boleh menikmati semua berkat perjanjian
tersebut.
Susunan Alkitab Ibrani bagi Perjanjian Lama berakhir dengan
kitab 2 Tawarikh. Kitab tersebut berakhir dengan janji bahawa
pembuangan umat Allah akan berakhir tidak lama lagi. Ia telah
berlaku pada tahun 538 Sebelum Masihi, tetapi ia bukanlah
keluaran baru yang diperkatakan oleh para nabi. Secara rohani,
umat Allah masih dalam pembuangan. Mereka masih menunggu
kedatangan TUHAN kepada mereka untuk menggenapkan semua
janji keselamatan-Nya. Kerajaan Allah masih belum tiba, kerana
raja dari Allah masih belum datang. Tetapi nabi terakhir bertegas
bahawa Dia akan muncul, didahului oleh seorang utusan: ‘Lihat,
Aku menyuruh utusan-Ku, supaya ia mempersiapkan jalan di
Kerajaan Yang Dinubautkan
hadapan-Ku! Dengan mendadak Tuhan yang kamu cari itu akan
masuk ke bait-Nya! Malaikat Perjanjian yang kamu kehendaki itu,
sesungguhnya, Ia datang, firman TUHAN semesta alam’ (Maleakhi
3:1).
Rajah 21: Berakhirnya Perjanjian Lama
Pembelajaran Alkitab
Hosea 1 – 3
Apakah fasa-fasa di dalam hubungan di antara Hosea dan
Gomer, isterinya (lihat bab 1 dan 3)?
Bagaimanakah perkahwinan mereka mencerminkan
hubungan di antara TUHAN dengan umat-Nya?
103
104
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Apakah yang dapat kita pelajari mengenai dosa-dosa mereka?
Bagaimanakah TUHAN menghakimi mereka?
Apakah harapan yang ada pada mereka?
Apakah penyuaraan yang ada di sana, di dalam harapan ini,
mengenai janji-janji kepada Abraham dan Daud?
Apakah yang dapat kita pelajari mengenai TUHAN daripada
petikan ini?
Apakah yang dapat kita pelajari mengenai diri kita?
Bagaimanakah hidup kita harus diubah menurut apa yang telah
kita pelajari?
Kerajaan Masa Kini
105
6
Kerajaan Masa Kini
Masanya telah tiba
Pada pandangan pertama, kita mungkin merasakan bahawa
salasilah keluarga ialah satu cara yang begitu membosankan bagi
memulakan Perjanjian Baru. Tetapi jika kita masih ingat janji-janji
Allah, kita pasti menjadi teruja sebaik sahaja kita membaca ayat
yang mengatakan: ‘Inilah salasilah Yesus Kristus, anak Daud, anak
Abraham’ (Matius 1:1). Dia ialah orang yang akan memenuhi semua
janji-janji yang diberikan kepada Abraham di Kejadian 12 dan
kepada Daud di 2 Samuel 7. Rasul Paulus menyatakannya dengan
jelas: ‘Sebab Kristus adalah “ya” bagi semua janji Allah’ (2 Korintus
1:20).
Markus memulakan Injilnya dengan memetik Maleakhi dan Yesaya:
‘Lihatlah, Aku menyuruh utusan-Ku mendahului Engkau,
dia akan mempersiapkan jalan bagi-Mu;
ada suara orang yang berseru-seru di padang gurun:
Persiapkanlah jalan untuk Tuhan,
luruskanlah jalan bagi-Nya’
(Markus 1:2–3)
Kedua-dua orang nabi tersebut telah menubuatkan bahawa
seorang utusan akan muncul mendahului raja dari Allah, untuk
mengumumkan kedatangannya serta menggesa umat-Nya bersedia
bagi Dia. Markus memperkenalkan utusan tersebut sebagai
Yohanes Pembaptis: ‘Demikianlah Yohanes Pembaptis tampil di
106
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
padang gurun dan berseru: “Bertobatlah dan berilah dirimu
dibaptis dan Allah akan mengampuni dosamu”’ (1:4). Pesanannya
sangat jelas: penantian telahpun berakhir; pengakhiran bagi
pembuangan dan masa penggenapan akan tiba tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian Yesus pun muncul, ‘dengan memberitakan
Injil Allah, kata-Nya: “waktunya telah genap; Kerajaan Allah
sudah dekat. Bertaubat dan percayalah kepada Injil”’ (1:14-15).
‘Kerajaan Allah’ bukanlah sebuah frasa yang digunakan dalam
Perjanjian Lama, tetapi ia disebut oleh Yesus dengan kerap di
dalam ajaran-Nya. Ia merumuskan harapan yang dinubuatkan
bagi kita. Dia faham bahawa Dia harus datang untuk
menggenapi semua perkara yang ditunjukkan oleh Perjanjian
Lama. Dia memberitahu para murid-Nya, ‘Tetapi berbahagialah
matamu kerana melihat dan telingamu kerana mendengar. Sebab
Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya banyak nabi dan orang
benar ingin melihat apa yang kamu lihat, tetapi tidak melihatnya,
dan ingin mendengar apa yang kamu dengar, tetapi tidak
mendengarnya.’ (Matius 13:16-17). Berkenaan Perjanjian Lama
Dia berkata, ‘Kitab-kitab Suci itu memberi kesaksian tentang
Aku’ (Yohanes 5:39).
Penggenapan di dalam Kristus
Perjanjian Baru tidak pernah memimpin kita untuk menjangkakan
bahawa ada penggenapan bagi janji-janji Perjanjian Lama selain
daripada penggenapan di dalam Kristus (Rajah 22). Kita tidak
digalakkan, sebagai contoh, untuk mencari penggenapan mereka
di dalam pembentukan Negara Israel dan menjangkakan bait suci
yang baru akan dibina di sana. Itu bermaksud untuk
menjangkakan sebuah pembaharuan bagi satu model yang telah
dihancurkan. Realiti yang kekal hanya boleh didapati di dalam
Kristus. Graeme Goldsworthy menulisnya seperti ini: ‘bagi
Perjanjian Baru, tafsiran bagi Perjanjian Lama bukanlah secara
‘‘harafiah’’ tetapi “melalui Kristus”. Ini bermaksud kedatangan
Kristus mengubah semua syarat-syarat kerajaan Perjanjian Lama
kepada realiti Injil.’1
Seorang lagi penulis menggunakan perumpamaan seorang ayah
beberapa kurun dahulu, yang berjanji untuk memberikan anaknya
Kerajaan Masa Kini
seekor kuda pada hari jadinya yang ke 21. Beberapa tahun
selepas itu, kereta dan kenderaan mula dicipta. Oleh yang
demikian, apabila hari jadinya tiba, anaknya mendapat sebuah
kereta sebagai hadiah menggantikan seekor kuda. Janji tersebut
masih lagi dikotakan, tetapi bukan secara harafiah. Si ayah tidak
berjanji untuk memberikan anaknya kereta kerana mereka
berdua tidak tahu-menahu mengenai kereta. Dengan cara yang
sama, Allah memberikan janji-Nya kepada Israel dengan cara
yang boleh difahami mereka. Dia menggunakan kategorikategori yang tidak asing bagi mereka, seperti bangsa, bait suci
dan kekayaan harta benda di tanah mereka. Tetapi
penggenapan bagi janji-janji tersebut melebihi had-had kategori
tersebut. Kita akan terlepas pandang sekiranya kita
menjangkakan penggenapan secara harafiah. Sebagai contoh,
untuk mencari penggenapan secara harafiah bagi Yehezkiel di
kurun yang ke-20 di Timur Tengah bermaksud memintas realiti
dan muktamad yang telah kita miliki di dalam Kristus sebagai
penggenapan bagi jaminan-jaminan tersebut. Ia seperti
menantikan seekor kuda setelah memesan sebuah kereta.’2 Semua
janji-janji Kerajaan Allah telah digenapi di dalam Kristus. Dia
adalah umat Allah, tempat Allah serta pemerintahan Allah.
JANJI-JANJI
PENGGENAPAN (KRISTUS)
Rajah 22: Penggenapan di dalam Kristus
Umat Allah
Sebagai manusia yang pertama, Adam telah gagal untuk
menunaikan tugasnya sebagai gambaran Tuhan lantas dia
dihalau keluar dari Taman Eden. Kemudian Allah membuat sebuah
permulaan yang baru dengan bangsa Israel yang telah Dia
panggil untuk menjadi umat pilihan-Nya yang kudus,
mencerminkan sifat-sifat-Nya ketika mereka mentaati hukum-Nya.
Sama seperti Adam, mereka juga gagal lalu dihalau keluar dari
tanah mereka. Tetapi kegagalan Adam dan bangsa Israel justeru
dijayakan oleh Yesus. Umat Allah sepatutnya menjadi seperti Dia:
Adam dan Israel yang sebenar.
107
108
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Yesus ialah Adam yang sebenar
Kitab-kitab Injil menekankan bahawa Yesus benar-benar ialah
manusia sebenar. Dia dilahirkan sebagai bayi; dia tidur,
menangis, menjadi penat, bahkan mati. Dia datang daripada
keturunan Adam (Lukas 3:23-38) dan disamakan dengan kaum
Adam di dalam pembaptisan-Nya (Lukas 3:21-22). Tetapi tidak
seperti Adam, Dia tidak membuat dosa ketika Dia digoda. Dialah
satu-satunya manusia yang mematuhi perintah Allah Bapa-Nya
dengan sempurna. Oleh yang demikian, Dialah satu-satunya
manusia yang layak untuk tidak dihalau daripada hadirat Allah.
Tetapi Dia dengan rela berhadapan dengan hukuman yang
sepatutnya milik kita di atas kayu salib, sebagai orang berdosa
yang terikat dengan Adam yang pertama. Hasilnya ialah jika kita
mempercayai Dia, kita memasuki sebuah kemanusiaan yang baru,
yang dipimpin bukan oleh Adam yang berdosa, tetapi Yesus,
Adam baru yang benar. Paulus menulis, ‘. . . sama seperti oleh
ketidaktaatan seorang manusia [Adam] semua orang telah
menjadi orang berdosa, demikian pula oleh ketaatan seorang
manusia [Kristus] semua orang menjadi orang benar’ (Roma 5:19.
Lihat Rajah 23).
Adam
Dosa
Kutukan/Maut
Seorang
Adam
Ramai
Bangsa
Manusia
Pembenaran/
Hidup
Tindakan
benar
Kristus
Seorang
Kristus
Ramai
Orang
Kristian
Rajah 23: Roma 5:19
Kerajaan Masa Kini
Yesus ialah Israel yang sebenar
Ketika Yesus masih seorang kanak-kanak, Yusuf dan Maria
membawa-Nya ke Mesir untuk melindungi Dia daripada
penganiayaan oleh Herodes. Matius mengulas: ‘Hal itu terjadi
supaya genaplah yang difirmankan oleh Tuhan melalui nabi:
“Dari Mesir Kupanggil Anak-Ku” ’ (Matius 2:15). Beberapa orang
pengulas mengatakan bahawa ini ialah sebuah nubuat Perjanjian
Lama yang tidak mengikut prinsip. Petikan tersebut dipetik
daripada Hosea 11:1. Ia bukanlah sebuah janji Mesias yang
merujuk kepada seorang individu. Tetapi konteks asalnya dengan
jelas merujuk kepada pembebasan (keluaran) bangsa Israel.
Namun begitu, Matius bukanlah seorang yang naif mahupun tidak
berprinsip. Dia tahu apa yang dilakukannya. Dia dengan sengaja
menyamakan Yesus dengan Israel. Tetapi Yesus berbeza. Dia
juga turut digoda, sama seperti orang-orang Israel di padang
gurun. Tetapi tidak seperti mereka, Dia tidak jatuh ke dalam dosa
(Matius 4:1–11).
Kemudian Yesus memanggil murid-murid-Nya yang pertama.
Tindakan-Nya untuk memilih 12 orang murid bukanlah satu
kebetulan. Ia merupakan satu kenyataan yang disengajakan. Dia
sedang memanggil satu Israel yang baru, dengan 12 orang murid
sebagai asasnya, dan bukan 12 kaum (4:18–22). Israel yang
lama menolak Yesus, dan sebagai balasannya mereka akan
ditolak oleh Allah. Yesus berkata, ‘. . . Kerajaan Allah akan
diambil daripadamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa
yang akan menghasilkan buah-buahnya’ (Matius 21:43). Dia
meramalkan kejatuhan Israel sebagai sebuah ungkapan dahsyat
bagi hukuman tersebut (Lukas 19:43-44). Ini dilaksanakan oleh
tentera Roma pada tahun Masihi 70. Mulai dari sekarang identiti
Israel yang sebenar tidak lagi ditumpukan kepada tanah Palestin
mahupun mereka yang secara fizikalnya berasal daripada
keturunan Abraham. Ia lebih kepada keturunan-Nya secara
rohani: orang Yahudi dan bukan Yahudi, yang mengikuti jejakNya serta mempercayai bahawa semua janji-janji Allah dipenuhi
di dalam Yesus: ‘ . . . janji tersebut datang melalui iman, supaya ia
datang melalui iman dan akan dijamin kepada semua keturunan
Abraham – bukan hanya bagi mereka yang hidup berdasarkan
hukum taurat [orang Yahudi] tetapi juga bagi mereka yang hidup
109
110
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
dari iman Abraham. Sebab Abraham adalah bapa kita
semua’ (Romans 4:16).
Tempat Allah
Adam dan Hawa menikmati hadirat Allah bersama mereka di
Taman Eden sebelum kejatuhan mereka. Allah juga mendekati
orang Israel, menetap bersama-sama mereka di dalam khemah
suci kemudian di dalam bait suci. Walau bagaimanapun, Bait Suci
yang terdapat di Yerusalem hanyalah sekadar bayang-bayang
kepada apa yang kita akan terima di dalam Kristus. Dia ialah
bait suci yang sebenar, tempat di mana kita boleh memasuki
hadirat Allah dengan sepenuhnya. Dia bukan sahaja benar-benar
seorang manusia; Dia juga benar-benar Tuhan. Di dalam Kristus,
Tuhan sendiri telah mendekati kita.
Yesus ialah khemah suci yang sebenar
‘Firman itu telah menjadi manusia, dan diam [atau “dikhemahkan”]
di antara kita’ (Yohanes 1:14).
Yesus ialah bait suci yang sebenar
Selepas membersihkan bait suci daripada mereka yang berniaga
di sana, beberapa orang Yahudi mencabar Yesus untuk
membuktikan kuasa-Nya untuk berbuat demikian. Dia berkata
kepada mereka, ‘Rombak Bait Allah ini, dan dalam tiga hari Aku
akan mendirikannya kembali’ (Yohanes 2:19). Mereka
beranggapan Yesus merujuk kepada bangunan tersebut, tetapi
Yohanes memberitahu kita bahawa ‘Bait Allah yang dimaksudkanNya ialah tubuh-Nya sendiri’ (2:21). Bait suci di Yerusalem akan
dimusnahkan tidak lama lagi. Jika kita mahu untuk bertemu
dengan Allah, kita harus pergi kepada Yesus dan bukan kepada
sebuah bangunan (lihat Yohanes 4:21-24). Dia berdiri di ruang
Bait Suci sambil berkata, ‘Barangsiapa yang haus, baiklah dia
datang kepada-Ku dan minum! Barangsiapa percaya kepada-Ku,
seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci: Dari dalam hatinya akan
mengalir aliran-aliran air hidup’ (Yohanes 7:37-38). Sudah pasti
bahawa Dia sedang berfikir akan janji Yehezkiel mengenai bait
suci yang baru, di mana sebatang sungai akan mengalir,
membawa kehidupan kepada semua orang (Yehezkiel 47). Dialah
bait suci tersebut, dan airnya ialah Roh yang Dia berikan kepada
Kerajaan Masa Kini
semua orang yang mempercayai-Nya.
Pemerintahan serta berkat Allah
Yesus memperkenalkan perjanjian yang baru
Dia telah datang, bukan untuk meniadakan hukum Taurat, tetapi
untuk menggenapinya (Matius 5:17). Dia mematuhinya dengan
sempurna seperti yang dikehendaki. Oleh yang demikian, dengan
uniknya, Dia tidak perlu berhadapan dengan kutuk penghakiman
yang harus dihadapi oleh semua yang telah melanggar hukum
tersebut. Tetapi di atas kayu salib ‘Kristus telah menebus kita dari
kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk bagi kita’. Dia
mati untuk mengambil hukuman yang sepatutnya menjadi milik
kita supaya kita akan menerima berkat perjanjian melalui iman
kepada-Nya (Galatia 3:13-14). Dia menjalani satu kehidupan
yang sempurna bagi kita kemudian mati di pihak kita. Hasilnya
‘tuntutan hukum Taurat’ telah ‘digenapi di dalam kita’ (Roma 8:4).
Pertukaran yang indah terjadi. Jika kita telah mempercayai
Kristus, kita dijamin bahawa Yesus telah mengambil dosa serta
hukuman kita, supaya Dia boleh memberikan kita kebenaran-Nya
yang sempurna: ‘Dia yang tidak mengenal dosa telah dibuat-Nya
menjadi dosa kerana kita, supaya dalam Dia kita dibenarkan
oleh Allah’ (2 Korintus 5:21). Kematian Yesus memperkenalkan
satu perjanjian yang baru: ‘Kristus adalah Pengantara bagi
sebuah perjanjian yang baru, supaya mereka yang telah
dipanggil dapat menerima bahagian kekal yang dijanjikan,
sebab Dia telah mati untuk menebus pelanggaran-pelanggaran
yang telah dilakukan selama perjanjian yang pertama’ (Ibrani
9:15)
Yesus ialah raja yang baru
Para nabi menyatakan dengan jelas bahawa janji Allah akan
digenapi oleh seorang raja yang baru, seorang yang datang
daripada keturunan Daud. Dia akan menubuhkan pemerintahan
Allah dan memperkenalkan satu zaman yang baru di mana semua
kesan-kesan buruk kejatuhan manusia telah dibetulkan semula.
Mukjizat-mukjizat Yesus menunjukkan bahawa Dialah raja itu.
Mereka adalah tanda-tanda bagi dunia baru yang akan
dibangun. Apabila Yesus menyembuhkan seorang lelaki pekak
111
112
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
dan buta yang dirasuk iblis, orang ramai yang kagum bertanya,
‘mungkinkah Dia anak Daud?’ Orang-orang Farisi menjawab
mereka: ‘Dengan Beelzebul, penghulu Iblis, Dia mengusir iblis.’
Yesus menuding percanggahan logik di dalam penjelasan mereka:
mengapakah Iblis akan mengusir iblis? ‘Tetapi jika Aku mengusir
iblis dengan kuasa Roh Allah, maka sesungguhnya Kerajaan Allah
sudah datang kepadamu’ (Matius 12:22-28). Kerajaan Allah
telah datang kerana raja dari Allah sudah tiba. Ada kalanya Dia
tidak kelihatan seperti seorang raja, apa lagi ketika Dia mati
dalam kelemahan di atas kayu salib. Tetapi itulah saat
kemenangan terbesar bagi-Nya apabila Dia mengalahkan musuh
-Nya serta membebaskan umat-Nya (Kolose 2:13-15). Kemudian
pada hari yang ketiga, Dia dibangkitkan kembali bahkan
dinaikkan untuk duduk di sebelah kanan Bapa. Kebangkitan-Nya
mengisytiharkan bahawa Dia bukan sekadar anak Daud, Dia juga
ialah Anak Allah (Roma 1:4).
Yesus ialah sumber bagi berkat Allah
Dia berkata kepada mereka ‘Marilah kepada-Ku, semua yang
letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan
kepadamu’ (Matius 11:28). ‘Rehat’ merupakan salah satu
matlamat Allah bagi ciptaan-Nya. Ini bukan bermaksud bahawa
kita dicipta untuk tidak membuat apa-apa. TUHAN Allah
menginginkan kita semua untuk mengongsikan rehat-Nya, hari
sabat, yang adalah simbol kesempurnaan bagi ciptaan. Adam
dan Hawa menikmati rehat tersebut sebelum kejatuhan mereka,
seperti yang digambarkan di dalam Kejadian bab 2. Namun
demikian, segalanya musnah disebabkan dosa mereka. Orangorang Israel kemudian mengetahui serba sedikit mengenai rehat
tersebut ketika mereka berada di tanah perjanjian sewaktu
kerajaan separa. Bagaimanapun, ia sekadar sebuah gambaran
kabur kepada apa yang ingin Allah berikan kepada kita di
dalam Yesus Kristus.
Melalui kebangkitan-Nya, Dia memperkenalkan sebuah zaman
yang baru. Dia berhadapan dengan hukuman maut kemudian
mengalahkannya. Kebangkitan-Nya menandakan permulaan
bagi satu zaman yang baru. Jika kita mempercayai Dia, kita juga
Kerajaan Masa Kini
113
turut melalui kematian kepada kehidupan. Kita boleh menikmati
kehidupan seperti yang Allah inginkan: ‘ . . . sesiapa yang ada di
dalam Kristus, mereka adalah ciptaan baru: yang lama sudah
berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang’ (2 Korintus 5:17).
Kerajaan
Allah
Pola
kerajaan
Kerajaan Kerajaan
yang telah yang dimusnah janjikan
Kerajaan Kerajaan
separa
yang dinubuat-
Umat
Allah
Adam &
Hawa
Tidak ada
Keturunan
Abraham
Bangsa
Israel
Tempat
Allah
Taman
Eden
Dihalau
Kanaan
Yesus Kristus:
Kanaan + Bait Suci
Yerusalem yang baru; Khemah &
& Bait Suci dunia yang Bait Suci
baru
yang benar
Pemerint
ahan &
Berkat
Allah
Firman
Allah;
Hubungan
yang
sempurna
Pemberontakan;
Kutukan
Berkat
kepada
Israel &
bangsabangsa
Hukum
Taurat &
Raja
Kerajaan
masa kini
Sisa-sisa
Yesus Kristus:
Israel dan Adam baru;
penyertaan Israel baru
bangsa2
Perjanjian
yang baru;
raja yang
baru;
berkat yg
melimpah
Yesus Kristus:
Perjanjian
yang baru;
rehat/sabat
Rajah 24: Kerajaan masa kini
Kayu Salib: keselamatan melalui penggantian
Tidak ada sebarang tanda-tanda keaiban di antara orang-orang
Kristian terawal mengenai hukuman bunuh Tuhan mereka sebagai
seorang penjenayah melalui hukuman yang paling hina. Paulus
malah berkata, ‘Tetapi aku sekali-kali tidak mau bermegah, selain
dalam salib Tuhan kita Yesus Kristus, sebab olehnya dunia telah
disalibkan bagiku dan aku bagi dunia’ (Galatia 6:14). Dia tahu
bahawa salib bukanlah sebuah kegagalan yang menyedihkan,
tetapi adalah sebuah kejayaan yang luar biasa. Kerajaan Allah
boleh datang dengan cara yang lain. Sesuatu perlu dilakukan
mengenai dosa dan murka Allah terhadap dosa. Allah tidak boleh
dengan begitu saja melupakan murka-Nya. Jika Dia melakukan
perkara tersebut, Dia bukanlah Tuhan. Keadilan Tuhan menuntutNya untuk tidak membiarkan kejahatan. Ia harus dihukum. Di
dalam kasih-Nya, Allah menghantar Anak-Nya untuk mengambil
114
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
hukuman tersebut di pihak kita. Dia mati sebagai pengganti kita
untuk berhadapan dengan murka Allah terhadap dosa manusia.
Dia ialah individu yang ditunjukkan oleh domba hari Paskah dan
semua korban yang terdapat di dalam Perjanjian Lama. Sebagai
hasilnya, murka Allah dipuaskan ataupun ‘didamaikan’. Malah
jika kita mempercayai Yesus, kita tidak perlu untuk berhadapan
dengannya lagi. ‘Sebab Kristus telah mati sekali untuk segala
dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar,
supaya Ia membawa kita kepada Allah’ (1 Petrus 3:18; lihat juga
Roma 3:21; 1 Yohanes 2:2).
Keselamatan yang dimenangkan oleh Kristus bagi kita adalah sangat
indah sehinggakan tidak ada kata-kata yang mampu untuk mengungkapkannya. Perjanjian Baru menggunakan beberapa gambaran, semuanya
datang daripada fakta bahawa Kristus mati untuk menerima hukuman bagi
pihak kita.
Penebusan
Kita telah ditebus dengan satu bayaran: ‘ . . . bukan dengan barang yang
fana, bukan pula dengan perak atau emas, melainkan dengan darah yang
mahal, yaitu darah Kristus yang sama seperti darah anak domba yang tak
bernoda dan tak bercacat (1Petrus 1:18-19).
Pendamaian
Sebelum ini kita adalah musuh Allah, tetapi kini kita telah menjadi sahabatNya: ‘Dan semuanya ini dari Allah, yang dengan perantaraan Kristus telah
mendamaikan kita dengan diri-Nya dan yang telah mempercayakan
pelayanan pendamaian itu kepada kami’ (2 Korintus 5:18).
Pembenaran
Sebelum ini kita berada di bawah kutukan Allah tetapi kini kita telah
dibenarkan di hadapan-Nya: ‘semua orang telah berbuat dosa dan telah
kehilangan kemuliaan Allah, dan oleh kasih karunia telah dibenarkan
dengan cuma-cuma kerana penebusan dalam Kristus Yesus’ (Rom 3:23-24).
Penaklukan
Kita tidak berupaya berhadapan dengan kuasa jahat yang telah
menawan kita di bawah kaki mereka. Tetapi kematian Yesus melepaskan
kita daripada ikatan kematian kemudian membebaskan kita daripada
kuasa Iblis: ‘Dia telah melucutkan pemerintah-pemerintah dan penguasapenguasa dan menjadikan mereka tontonan umum melalui kemenanganNya ke atas mereka’ (Kolose 2:15).
Rajah 25: Karya agung Yesus di kayu salib
Kerajaan Masa Kini
Empat jilid Injil
Terdapat banyak persamaan dalam Injil-Injil ‘sinoptik’ (Matius,
Markus dan Lukas). Ia kelihatan seperti ada hubungan secara
kesusasteraan di antara para penulisnya, walaupun tidak ada
siapa yang tahu hasil tulisan siapakah yang disalin ataupun
adakah mereka mendapat informasi daripada sumber yang
sama. Sementara Injil Yohanes pula ditulis dengan gaya yang
berbeza. Ia mengandungi bahan-bahan yang unik baginya.
Keempat-empat Injil ini tidak bercanggah di antara satu sama
yang lain. Mereka memberikan kita sebuah rekod mengenai apa
yang dikatakan dan dilakukan oleh Yesus. Walaupun mereka
mempunyai banyak persamaan, mereka masing-masing
memberikan sumbangan yang berlainan kepada pemahaman kita
mengenai Yesus.
Matius: Yesus ialah Kristus dari Perjanjian Lama
Matius menulis Injilnya kepada orang-orang Yahudi. Oleh yang
demikian dia menekankan bahawa Yesus datang untuk
menggenapi Perjanjian Lama. Terdapat lebih daripada seratus
rujukan bagi Perjanjian Lama di dalam Injil Matius. Dua belas kali
Matius memperkenalkan petikan dari Perjanjian Lama dengan
berkata, ‘Hal itu terjadi supaya genaplah yang difirmankan oleh
Tuhan melalui para nabi . . . ’ (contohnya 1:22; 2:15, 17).
Markus:Yesus ialah Hamba yang menderita memanggil kita untuk
mengikuti jejak-Nya
Injil Markus boleh dibahagi kepada dua. Bahagian pertama
diakhiri apabila Petrus mengenali Yesus sebagai Kristus (8:29).
Manakala bahagian kedua tertumpu kepada kayu salib:
‘Kemudian mulailah Yesus mengajar mereka, bahawa Anak
Manusia harus menanggung banyak penderitaan . . . lalu
dibunuh’ (8:31). Para murid-Nya harus berjalan di atas laluan
yang Dia sediakan: ‘Setiap orang yang mau mengikut Aku, dia
harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut
Aku’ (8:34).
Lukas: Yesus ialah Penyelamat dunia
Bagi Lukas, keselamatan terdiri daripada dua berkat yang besar:
pengampunan bagi dosa serta pemberian Roh Kudus.
115
116
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Keselamatan ini tidak terhad kepada orang-orang yang alim
atau orang Yahudi sahaja. Ia adalah untuk semua orang. Kita
melihat lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa,
kaya dan miskin, Yahudi dan bukan Yahudi semuanya menerima
kasih kurnia daripada Yesus. Buku kedua Lukas, Kisah Para Rasul
menceritakan bagaimana berita baik mengenai Yesus tersebar ke
seluruh dunia.
Yohanes: Yesus ialah Anak Allah yang memberikan hidup kekal
Yohanes menggambarkan Yesus sebagai Anak Allah Bapa yang
unik serta abadi. Oleh yang demikian, dia memberikan
penyataan-penyataan yang mengejutkan mengenai diri Yesus
dengan kata-kata ‘Akulah’, seperti ‘Akulah terang dunia’ dan
‘Akulah jalan, kebenaran dan hidup’ (8:12; 14:6). Semua
penyataan-penyataan ini disertai dengan beberapa siri mukjizat
ataupun ‘tanda-tanda’. Mereka dicipta untuk menggalakkan iman
kepada Yesus: ‘tetapi semua [tanda-tanda] yang tercantum di sini
telah dicatat, supaya kamu percaya, bahawa Yesuslah Mesias,
Anak Allah, dan supaya kamu oleh imanmu memperoleh hidup
dalam nama-Nya’ (Yohanes 20:31).
Kembalinya Sang Konduktor
Setiap kali saya pergi ke konsert muzik klasik, saya sering
menjadi kagum melihat sebuah orkestra yang terdiri daripada
pelbagai individu dengan alat muzik masing-masing. Dan mereka
boleh dicantumkan untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang
sungguh merdu. Mereka bergantung kepada dua bahan yang
penting: sehelai skor muzik untuk memberitahu mereka nota apa
yang harus dimainkan, dan seorang konduktor untuk memimpin
mereka ketika mereka sedang memainkan muzik tersebut. Jika
orkestra tersebut ingin berdikari daripada konduktor tersebut,
kesannya adalah amat parah: mereka tidak akan bermain
dengan baik kerana mereka tidak akan bermula dengan serentak
malah tempo mereka juga akan berlainan. Ia akan menjadi lebih
buruk jika mereka tidak ingin menggunakan skor muzik.
Inilah perkara yang telah dilakukan oleh manusia. Allah ialah
komposer yang mencipta dunia ini, dan Dia telah memberikan kita
arahan-arahan bagaimana kita harus hidup di dalamnya: skor
Kerajaan Masa Kini
muzik yang Dia mahu kita mainkan. Walau bagaimanapun, kita
tidak memperdulikan mereka. Kita lebih rela untuk bermain
mengikuti gerak hati kita sendiri. Oleh yang demikian kita mula
berjalan sendiri daripada Tuhan, malah mengoyakkan skor muzikNya. Tidaklah mengejutkan mengapa keharmonian tidak wujud di
dunia ini. Bagaimanakah keharmonian akan wujud jika kita
masing-masing bermain muzik kita sendiri? Hasilnya ialah bunyibunyian yang sangat sumbang. Jika kita mahu bermula untuk
bermain nota-nota yang betul sekali lagi, kita memerlukan
seorang konduktor. Jika tidak, dunia ini sudah tidak mempunyai
harapan lagi.
Yesus ialah komposer serta konduktor yang kita perlukan. Dia
telah datang untuk mengembalikan ketertiban. Dia ingin
mengubah hidup kita yang berbunyi sumbang kepada sebuah
musik indah seperti yang sepatutnya: sebuah simfoni puji-pujian
kepada Sang Pencipta. Dia sendiri telah memainkan musik
tersebut dengan sempurna ketika Dia hidup dengan penuh
ketaatan kepada Allah Bapa-Nya. Dia membolehkan kita
kembali kepada orkestra Allah melalui kematian-Nya tanpa
mengambil kira cara kita melayani-Nya.
Dan melalui
kebangkitan-Nya, Dia dijadikan konduktor yang abadi. Jika kita
mengikuti pimpinan-Nya, kita akan mendapati tempat kita yang
sepatutnya di dalam dunia Tuhan sekali lagi. Hidup kita akan
mempunyai maksud dan kita akan memainkan muzik yang indah
sekali lagi untuk memuji Tuhan.
Namun demikian, kita tidak perlu menjadi sangat rendah diri
untuk mengakui bahawa kini kita masih lagi menghasilkan bunyibunyian yang sumbang. Malah kita masih hidup di dalam dunia
yang dipenuhi bunyi-bunyi yang sumbang. Sang konduktor telah
datang, tetapi kita masih tidak mematuhi Dia. Kita bahkan
menolak untuk mengakui-Nya. Alkitab mengatakan Kerajaan
Allah telah tiba walaupun ia masih belum tiba sepenuhnya. Yesus
mengajar para murid-Nya yang Dia akan meninggalkan bumi
dan kedatangan-Nya sekali lagi akan mengalami penundaan.
Semuanya akan dibetulkan dan bunyi-bunyi sumbang akan
dihapuskan untuk selamanya apabila Dia kembali ke dunia ini
untuk kedua kalinya. Bab yang seterusnya akan mengkaji
117
118
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
mengenai apa yang diajarkan oleh Alkitab tentang perkara yang
boleh kita jangkakan sebelum Yesus kembali untuk kedua kalinya.
Rajah 26: Cerita setakat ini: Kelahiran Kristus
Pembelajaran Alkitab
Lukas 1:39–80; 2:25–32
Apakah yang dapat kita pelajari daripada nyanyian Maria,
Zakharia dan Simeon mengenai keselamatan yang dibawa oleh
Yesus?
Bagaimanakah mereka menunjukkan penggenapan bagi petikanpetikan Perjanjian Lama berikut?
 Kejadian 12:1–3
Kerajaan Masa Kini

2 Samuel 7:11–16

Yesaya 9:2–7

Yesaya 42:5–7

Yesaya 49:5–7

Yeremia 31:31–34

Maleakhi 3:1
Bagaimana kita harus memberi respon?
119
120
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Kerajaan Yang Diumumkan
7
Kerajaan Yang Diumumkan
Kita telah melihat bagaimana Yesus memenuhi semua janji-janji
Allah. Dia ialah individu yang ditunjukkan oleh Perjanjian Lama:
raja dari Allah, Mesias. Sejurus selepas murid-murid-Nya
mengetahui kebenaran tersebut, mereka menjangkakan bahawa
Kerajaan Allah telah tiba sepenuhnya. Para nabi telah bernubuat
bahawa ketika masa bagi penggenapan tiba, Mesias akan
membawa sebuah pemisahan yang besar: musuh-musuh Allah
akan dihukum dan umat-Nya akan diperbenarkan. Semuanya
akan diperbaharui untuk selama-lamanya. Tetapi perkara
tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Yesus mengajar
mereka bahawa Dia harus mati. Daripada Dia mengalahkan
musuh-musuh Allah, Dia pula yang akan dikalahkan! Itulah yang
dilihat oleh murid-murid-Nya pada masa itu.
Tidaklah menghairankan apabila murid-murid-Nya menjadi patah
semangat apabila Yesus mati. Mereka masih belum memahami
kebenaran bahawa Yesus harus mati supaya Kerajaan Allah
dapat datang. Harapan mereka kembali sekali lagi apabila
Yesus bangkit semula di hari yang ketiga. Dia telah
diperbenarkan: Dia ialah Mesias yang sebenar seperti yang
dikatakan-Nya. Tetapi pemisahan besar yang dinanti-nantikan
masih belum berlaku. Mereka tidak seharusnya terkejut. Yesus
sering memberitahu mereka bahawa Dia harus meninggalkan
bumi dan kembali selepas satu masa yang panjang (contohnya,
Matius 24:36-25:46). Janji-janji Kerajaan Allah tidak akan
digenapi sepenuhnya sehingga kedatangan-Nya yang kedua
121
122
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kali. Yesus mengarahkan kita untuk bersedia menghadapi hari
tersebut: ‘berwaspadalah, sebab kamu tidak tahu akan hari
mahupun saatnya’ (Matius 25:13).
Akhir Zaman
Alkitab memanggil jangka masa bagi kedatangan Yesus kali
yang pertama sehingga yang kedua kali sebagai ‘akhir
zaman’ (contohnya 2 Timotius 3:1; Yakobus 5:3). Akhir zaman
bermula ketika surat-surat dalam Perjanjian Baru ditulis
sehinggalah hingga hari ini. Ia adalah sebuah persilangan bagi
dua zaman: ‘zaman masa kini’ dan ‘zaman yang akan
datang’ (contohnya Matius 12:31; lihat Rajah 34). Kerajaan Allah
adalah kedua-duanya: ‘sudah tiba sekarang’ dan ‘belum tiba’. Ia
telah datang melalui kemunculan Yesus di muka bumi serta melalui
kematian dan kebangkitan-Nya. Dia telah menyatakan Kerajaan
Allah sebagai sebuah realiti masa kini. Ini telah dibuktikan melalui
pelayanan-Nya di bumi dan kini ia dibuka kepada semua orang
(contohnya Matius 12:28; 19:14). Pada masa yang sama, kita
masih menunggu Kerajaan Allah untuk tiba di masa hadapan. Ia
hanya akan diperkenalkan sepenuhnya apabila Yesus kembali
dan berkata kepada umat-Nya, ‘Mari, hai kamu yang diberkati
oleh Bapa-Ku, terimalah Kerajaan yang telah disediakan bagimu
sejak dunia dijadikan’ (Matius 25:34). Jika kita mempercayai
Kristus, kita adalah milik ciptaan yang baru, tetapi kita masih
belum menerima kesemua berkat-berkat-Nya. Sementara itu, kita
masih harus melalui dunia yang telah jatuh ini, yang membawa
tanda dosa serta hukuman Tuhan ke atasnya
Kedatangan kali pertama
Kedatangn kali kedua
Zaman
masa
kini
Rajah 27: Kerajaan Allah—kini dan akan datang
Zaman
yang akan
datang
Kerajaan Yang Diumumkan
Sebab bagi penundaan
Petrus meramalkan orang-orang yang skeptikal akan tertanyatanya apakah Yesus benar-benar akan kembali semula: ‘ . . .
apabila akhir zaman tiba pengejek-pengejek akan tampil
dengan ejekan mereka, mereka adalah orang-orang yang hidup
mengikuti hawa nafsu mereka. Kata mereka: “Di manakah janji
tentang kedatangan-Nya itu?”’(2 Petrus 3:3-4). Dia mendorong
orang-orang Kristian: ‘ . . . Akan tetapi, saudara-saudaraku yang
kukasihi, perkara ini tidak boleh kamu lupakan, bahawa di
hadapan Tuhan, satu hari sama seperti seribu tahun dan seribu
tahun sama seperti satu hari. Tuhan tidak lalai menepati janji-Nya,
walaupun ada orang yang menganggapnya sebagai kelalaian,
tetapi Dia bersabar kepada kamu, kerana Dia menghendaki
supaya tidak ada yang akan binasa, melainkan supaya semua
orang berbalik dan bertaubat’ (ayat 8-9). Jangka masa selama
2000 tahun adalah singkat pada pandangan Tuhan. Dia sengaja
menunda pengembalian Tuhan Yesus supaya lebih ramai yang
dapat diberikan peluang untuk mendengar Injil serta bertaubat
sebelum ianya terlambat. Oleh sebab inilah saya memanggil
jangka masa ini sebagai ‘Kerajaan yang diumumkan’. Ia adalah
satu zaman bagi Injil untuk diumumkan kepada semua bangsa,
seperti yang diperintahkan oleh Yesus.
Sebelum Yesus diangkat ke syurga, Dia berkata kepada para
murid-Nya, ‘Ada tertulis demikian: Mesias harus menderita dan
bangkit dari antara orang mati pada hari yang ketiga, dan lagi:
dalam nama-Nya berita tentang pertaubatan dan pengampunan
dosa harus disampaikan kepada segala bangsa, bermula dari
Yerusalem. Kamu adalah saksi kepada semua ini. Dan Aku akan
mengirim kepadamu apa yang dijanjikan Bapa-Ku. Tetapi kamu
harus tinggal di dalam kota ini sehingga kamu dilengkapkan
dengan kuasa dari tempat tinggi’ (Lukas 24:46-49). Ada satu
perintah dan satu janji dalam ungkapan Yesus ini. Perintah-Nya
ialah supaya Injil disampaikan kepada seluruh dunia. Ia ialah
suatu tugas yang sangat besar bagi sekumpulan kecil orangorang yang gementar. Tetapi mereka tidak dibiarkan begitu
sahaja. Allah berjanji untuk memberikan mereka kuasa: hadirat
Roh Kudus di dalam hidup mereka.
123
124
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Perintah dan janji yang sama boleh didapati di bahagian awal
kitab Kisah Para Rasul, kitab Lukas yang kedua. Ia menyambung
kisah sejak daripada pengangkatan Yesus sehingga hari-hari
awal Gereja Kristian. Murid-murid Yesus bertanya kepada-Nya,
‘Tuhan, adakah Engkau akan memulihkan kerajaan Israel
sekarang?’ (1:6). Soalan mereka menunjukkan betapa ceteknya
pemahaman mereka mengenai segala ajaran yang telah Yesus
berikan kepada mereka. Mereka masih belum memahami
bahawa keprihatinan Yesus tidak terhad kepada Israel sahaja; ia
adalah bagi semua orang di dunia ini. Malah mereka masih
belum sedar bahawa ada penundaan sebelum Yesus kembali
kedua kalinya, iaitu satu jangka masa di mana Injil akan
diberitakan ke seluruh dunia melalui kuasa Roh Kudus.
Yesus menjawab, ‘Engkau tidak perlu mengetahui masa dan
waktu, yang ditetapkan oleh Bapa sendiri menurut kuasa-Nya.
Tetapi kamu akan menerima kuasa, apabila Roh Kudus turun ke
atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, seluruh
Yudea dan Samaria dan sampai ke hujung bumi’ (1:7–8).
Selepas berkata demikian, Yesus pun diangkat ke Syurga.
Seorang Malaikat datang untuk meyakinkan mereka, ‘Yesus yang
diangkat ke syurga meninggalkan kamu, akan datang kembali
dengan cara yang sama kamu melihat Dia naik ke syurga’ (1:11).
Tetapi sebelum perkara tersebut terjadi, mereka harus
menyelesaikan tugas mereka. Yesus pernah berkata, ‘Injil
Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia serta menjadi
kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah kesudahannya
akan tiba’ (Matius 24:14).
Penghantaran Roh Kudus
Orang-orang Kristian terawal tidak menunggu lama sebelum
mereka menerima kurniaan Roh Kudus. Mereka sedang berkumpul
bersama-sama di sebuah tempat pada hari Pentakosta apabila
Roh Kudus datang ke atas mereka. Dengan segera mereka mula
memberitakan Injil menggunakan ‘lidah’ (atau ‘bahasa’) lain. Ini
merupakan satu tanda yang sangat jelas bahawa Roh Kudus telah
diberikan untuk satu tujuan yang khusus: untuk membantu mereka
menyebarkan berita baik tentang Yesus Kristus ke seluruh dunia.
Kerajaan Yang Diumumkan
1
Penghantaran
Roh Kudus
2
Injil diberitakan
di seluruh dunia
3
Yesus kembali
Jadual 8: Satu kronologi akhir zaman
Tuhan sedang berkerja untuk menerbalikkan kesan-kesan bagi
kekeliruan bahasa, yang terjadi disebabkan hukuman-Nya
selepas menara Babel dibina (Kejadian 11). Pada masa dahulu
bangsa-bangsa berpecah-belah. Tetapi kini, melalui Injil, Allah
sedang memanggil sebuah keluarga yang berbilang bangsa,
yang disatukan di dalam Tuhan Yesus Kristus. Orang-orang yang
berada di sekeliling mereka tidak memahami perkara yang
sedang berlaku. Petrus menjelaskan kepada mereka bahawa
Allah sedang menggenapi janji-Nya melalui Nabi Yoel: ‘Aku akan
mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia di akhir
zaman’ (Kisah Para Rasul 2:17).
Kita boleh memanggil akhir zaman sebagai ‘Zaman Roh’. Sudah
pastilah bahawa Dia sudah sekian lama aktif: Roh Kudus ialah
Tuhan yang abadi. Tetapi di dalam Perjanjian Lama, Dia tinggal
di dalam individu-individu tertentu sahaja seperti raja dan nabi,
bagi melengkapkan mereka untuk tugas-tugas khusus. Tetapi kini
Dia akan memenuhi semua umat Allah. Setiap orang akan
menerima kuasa untuk bernubuat di dalam nama-Nya, dan
memberitakan Yesus Kristus kepada orang lain. Bahagian
seterusnya di dalam Kisah Para Rasul menceritakan bagaimana
itu berlaku. Injil disebarkan bermula dari Yerusalem ke Yudea,
Samaria hingga ke hujung bumi sebagai penggenapan kepada
firman Yesus [1:8]. Kitab ini berakhir dengan Paulus berada di
Roma, pusat bagi dunia di zaman mereka.
Dua ribu tahun kemudian, Allah masih bersabar dan menundakan
penghakiman-Nya. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
menyampaikan berita baik Yesus Kritus di dalam kuasa Roh Kudus
kepada sebanyak orang yang mungkin.
125
126
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Pekerjaan Roh Kudus
Allah bekerja melalui Roh Kudus-Nya untuk meluaskan kerajaanNya di akhir zaman ini. Pekerjaan-Nya merangkumi pelayananpelayanan berikut:
Dia membawa kelahiran baru
Yesus memberitahu Nikodemus bahawa ‘orang yang tidak
dilahirkan kembali, tidak dapat melihat Kerajaan Allah’ (Yohanes
3:3). Kita semua dengan semula jadi memberontak kepada Allah,
dan dengan sendirinya tidak akan bertaubat serta mempercayai
Kristus. Mukjizat harus mengambil tempat supaya itu terjadi.
Pekerjaan Roh Kudus ialah untuk melakukan keajaiban tersebut.
Yesus mengajar bahawa dilahirkan semula bermaksud ‘dilahirkan
oleh Roh’ (Yohanes 3:5). Roh Kudus menyedarkan kita akan dosa
kita (Yohanes 16:7-11), kemudian membawa kita kepada Yesus
untuk menguruskannya. Keinginan-Nya ialah untuk mengalihkan
tumpuan kita kepada Yesus dan bukan diri-Nya. Yesus berkata,
‘Dia akan memuliakan Aku, sebab Dia akan memberitakan apa
yang diterimanya daripada-Ku kepadamu’(Yohanes 16:14).
Apabila Dia membawa kita kepada Yesus, Dia membuka mata
kita untuk memahami kebenaran mengenai diri-Nya (1 Tesalonika
1:4–5) serta membolehkan kita untuk mempercayai-Nya. Pada
waktu itu, kita dilahirkan kembali dan Dia memasuki hidup kita.
Semua orang yang mempercayai Kristus mempunyai Roh Kudus di
dalam mereka. Jika tidak, kita tidak dapat menjadi orang
Kristian: ‘ . . . orang yang tidak memiliki Roh Kristus, bukanlah milik
Kristus’ (Roma 8:9).
Keajaiban bagi kelahiran semula dihasilkan oleh Roh Kudus Allah
melalui Firman Allah. Kita tidak boleh memisahkan Firman Allah
dengan Roh Kudus seperti mereka beroperasi di dalam sfera
yang berbeza. Paulus memberitahu kita bahawa Firman Allah
adalah seperti ‘pedang Roh’ (Efesus 6:17). Petrus mengingatkan
para pembacanya bahawa mereka ‘telah dilahirkan kembali
bukan dari benih yang fana, tetapi dari benih yang tidak fana,
oleh firman Allah, yang hidup dan yang kekal’ (1 Petrus 1:23).
Ajarannya tidak bercanggah dengan Yesus bahawa kita
dilahirkan semula melalui Roh. Ia seperti Firman Allah (Injil yang
Kerajaan Yang Diumumkan
terdapat di dalam Alkitab) diumumkan dan Roh Kudus bekerja
untuk memanggil manusia kepada Kristus.
Sebagai Pencipta kepada semua manusia, Allah sentiasa prihatin
kepada manusia sejagat, bukan hanya Israel semata-mata.
 Kerajaan yang telah dijanjikan. Allah berjanji kepada
Abraham, ‘ . . . semua bangsa di muka bumi akan diberkati
melalui kamu’ (Kejadian 12:3). Dia akan menjadi ‘Bapa
kepada banyak bangsa’ (17:5).
 Kerajaan separa. Israel sepatutnya menjadi sebuah ‘kerajaan
imamat’ (Keluaran 19), bertindak sebagai pengantara bagi
Tuhan dan manusia sejagat. Berkat-berkat Allah dikongsikan
kepada beberapa orang asing: sebagai contoh, Rahab
(Yosua 6), Permaisuri dari Seba (1 Raja-raja 10) dan
Naaman (2 Raja-raja 5).
 Kerajaan yang dinubuatkan. Hamba Allah akan menjadi
‘terang bagi orang bukan Yahudi’ dan ‘segala hujung bumi
akan melihat keselamatan dari Allah kita’ (Yesaya 42:6;
52:10).
 Kerajaan masa kini. Pelayanan Yesus di muka bumi hanya
tertumpu kepada orang Yahudi (Matius 15:24), tetapi Dia
membawa keselamatan kepada orang bukan Yahudi juga
(Matius 8:5–13; 15:21–28). Dia mengajar bahawa orang
Israel akan dihukum kerana menolak-Nya. Kemudian Injil
akan diisytiharkan ke seluruh dunia (Matius 21:43; 24:14).
 Kerajaan yang diumumkan. Orang-orang Kristian telah
diberikan Roh Kudus sebagai perlengkapan untuk membawa
Injil kepada semua orang. Misi bukanlah satu pilihan kepada
mereka yang berminat sahaja. Ia adalah tanggungjawab
bagi kita semua. Yesus memerintahkan kita untuk ‘pergi dan
menjadikan semua bangsa murid-Nya’ (Matius 28:19).
 Kerajaan yang disempurnakan. Keluarga Tuhan di syurga
akan merangkumi wakil-wakil daripada semua bangsa,
kaum dan bahasa’ (Wahyu 7:9).
Rajah 28: Allah dan bangsa-bangsa
127
128
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Dia melengkapkan kita untuk melayani Kristus
Kita telah melihat bahawa Roh Kudus diberikan untuk
membolehkan kita melaksanakan Amanat Agung Yesus Kritus
untuk membawa Injil kepada semua bangsa. Tanpa Dia kita
menjadi lemah dan gementar. Tetapi dengan pertolongan-Nya
kita mempunyai keberanian untuk berdiri bagi Kristus di dalam
dunia yang penuh dengan seteru ini.
Tidak lama selepas Hari Pentakosta, Petrus dan Yohanes
dipenjarakan kerana berkothbah menyebarkan Injil. Mereka
dipanggil untuk tampil di hadapan Sanhedrin, majlis keagamaan
Yahudi. Mereka pasti gementar; nyawa mereka berada di dalam
bahaya. Beberapa minggu sebelum hari tersebut, mereka melihat
Yesus disalibkan, dan mereka tahu bahawa mereka boleh
berhadapan dengan nasib yang sama. Sudah pasti bahawa
mereka tergoda untuk berkompromi. Namun Petrus dengan
beraninya berkata-kata mengenai Kristus. Lukas menjelaskan
rahsia bagi keberaniannya itu: dia ‘dipenuhi dengan Roh
Kudus’ (Kisah Para Rasul 4:8). Kita harus berdoa supaya Roh
yang sama akan memberikan kita kekuatan untuk menjadi saksi
Kristus yang berani pada hari ini. Kita tidak boleh mengatakan
bahawa kita mahupun gereja kita dipenuhi Roh Kudus jika kita
tidak terlibat secara aktif di dalam penginjilan. Hasrat terbesar
Roh Kudus ialah untuk membawa orang kepada Kristus.
Roh Kudus turut memperlengkapkan kita di dalam pelayanan
kepada satu sama yang lain. Setiap orang telah menerima
pemberian rohani daripada Tuhan. Dia menginginkan kita
menggunakannya untuk kepentingan orang Kristian yang lain. Kita
adalah ahli kepada satu badan, dicorakkan oleh Tuhan untuk
bekerja bersama-sama bagi kemuliaan nama-Nya (1 Korintus
12:12-31). Sama seperti setiap bahagian tubuh badan
mempunyai sumbangan penting untuk diberikan, demikian juga
setiap orang Kristian telah diberikan kurnia daripada Allah untuk
kebaikan seluruh tubuh: ‘setiap orang diberikan penyataan Roh
untuk kepentingan bersama’(1 Korintus 12:7).
Kerajaan Yang Diumumkan
Dia membuahkan kekudusan
Alkitab menggunakan tiga jenis kata kerja waktu untuk merujuk
keselamatan kita (Rajah 29). Jika kita mempercayai Kristus, kita
sudah diselamatkan daripada masa lampau, dari hukuman dosa
melalui kematian Kristus: ‘melalui kasih kurnia kamu telah
diselamatkan’ (Efesus 2:8). Kita tidak harus berasa takut akan hari
penghakiman kerana Kristus telah menerima hukuman di pihak
kita. Namun sedih sekali, dosa masih lagi merupakan satu realiti
di dalam hidup kita. Kita hanya akan diselamatkan daripada
kehadiran dosa apabila Yesus kembali satu hari nanti. Oleh yang
demikian, Alkitab kadang-kala merujuk keselamatan kita seperti
sesuatu yang masih belum tiba. Kita hanya akan menerima berkat
tersebut dengan sepenuhnya di masa hadapan (lihat 1 Korintus
3:15; 1 Timotius 2:15). Kini hanya tinggal kata kerja masa kini
(lihat 1 Korintus 1:18; 15:2). Kita sedang diselamatkan, pada
masa kini, daripada kuasa dosa. Walaupun kita akan sentiasa
berdosa pada waktu ini, Tuhan sedang bekerja di dalam kita
melalui Roh-Nya untuk membantu kita melawan dosa dan menjadi
lebih seperti Kristus. Kita harus memainkan peranan kita dan
bekerja keras untuk menentang kejahatan, tetapi kita tidak
dibiarkan untuk melakukannya sendirian. ‘Melalui Rohlah’ kita
akan ‘mematikan perbuatan-perbuatan tubuh’ kita (Roma 8:13).
Keselamatan
dari
Zaman yang
akan datang
Yesus
Zaman
masa kini
… hukuman
… kuasa dosa
… kehadiran
Rajah 29: Tiga jenis kata kerja waktu bagi keselamatan
Kerajaan Allah
Di akhir zaman ini Kerajaan Allah disebarkan apabila Roh Kudus
bekerja melalui pengisytiharan Injil. Janji-janji Kerajaan Allah
sedang digenapi melalui pelbagai cara yang luar biasa.
129
130
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Umat Allah
Gereja adalah Israel yang baru, iaitu semua orang yang
mempercayai Kristus. Petrus menulis kepada orang-orang Kristian
yang terdiri daripada orang bukan Yahudi, dan dengan berani
dia menggunakan gelaran-gelaran yang sebelum ini menjadi milik
khusus bagi Israel : ‘kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang
rajani, bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah’ (1 Petrus 2:9).
Paulus menekankan di dalam surat-suratnya bahawa orang bukan
Yahudi tidak harus disunat, atau mengamalkan tuntutan-tuntutan
ritual adat Yahudi (seperti peraturan-peraturan penyembelihan
haiwan) untuk menjadi ahli keluarga Tuhan. Kita dibenarkan
melalui iman dan bukan melalui apa yang kita lakukan. Orang
Israel yang sebenar, atau ahli bagi umat Allah, bukan sekadar
mereka yang secara fizikalnya datang daripada keturunan
Abraham dan mematuhi hukum Yahudi secara luaran, tetapi
mereka yang percaya kepada Yesus Kristus: ‘Sebab yang disebut
Yahudi bukanlah orang yang berketurunan Yahudi, dan yang
disebut sunat, bukanlah sunat yang dilangsungkan secara fizikal.
Tetapi orang Yahudi sejati ialah dia yang tidak nampak
keyahudiannya dan sunat ialah sunat di dalam hati, secara
rohani, bukan secara harafiah. Maka pujian baginya datang
bukan dari manusia, melainkan dari Allah’ (Roma 2:28–29).
Tempat Allah
Tuhan Yesus Kristus, Bait Suci Allah yang sebenar telah naik ke
Syurga, tetapi Allah masih tinggal di dalam dunia yang telah
jatuh ini. Bait suci-Nya kini bukanlah sebuah bangunan suci tetapi
bangsa yang suci. Paulus mengingatkan kita bahawa Roh Kudus
hidup di dalam kita: ‘ . . . tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang
diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah.’
Aplikasinya adalah jelas: ‘muliakanlah Allah dengan tubuhmu’ (1
Korintus 6:19-20). Tuhan turut hidup di dalam kita sebagai satu
komuniti Kristian. Paulus menggambarkan gereja sebagai sebuah
bangunan yang ‘dibina di atas dasar para rasul dan para nabi,
dengan Kristus Yesus sebagai batu penjuru. Di dalam Dia tumbuh
seluruh bangunan, rapih tersusun, menjadi bait Allah yang kudus,
di dalam Tuhan’ (Efesus 2:20–21; lihat juga 1 Petrus 2:4–5).
Kerajaan Yang Diumumkan
Pemerintahan dan berkat Allah
Hukum-hukum Allah mencerminkan sifat-sifat abadi-Nya dan
mereka adalah ‘kudus, benar dan baik’ (Roma 7:12 ). Tetapi dosa
kita menjadikannya sukar malah ia mengikat kita. Kita tidak
mampu untuk mematuhinya. Oleh yang demikian, kita juga tidak
mampu untuk mengelakkan kutukannya: ‘Sebab tidak seorangpun
yang dapat dibenarkan di hadapan Allah oleh kerana melakukan
hukum Taurat, kerana orang mengenal dosa melalui hukum
Taurat’ (Roma 3:20). Tetapi Kristus telah membebaskan kita
daripada ikatan dosa, hukum Taurat dan kematian (hukuman bagi
pelanggar hukum) dengan berhadapan dengan hukuman di pihak
kita. Dengan demikian, kita boleh menikmati berkat perjanjian
yang baru. Kita mempunyai hadirat Roh Kudus di dalam kita untuk
membantu kita hidup selaras dengan piawai-piawai Tuhan:
‘Tetapi sekarang kita telah dibebaskan dari hukum Taurat, sebab
kita telah mati bagi dia, yang mengurung kita, sehingga kita
sekarang melayani dalam keadaan baru menurut Roh dan bukan
dalam keadaan lama menurut hukum Taurat’ (Roma 7:6).
Pengalaman orang-orang Kristian di akhir zaman
Sebagai orang Kristian kita harus berterima kasih kepada Tuhan.
Dia telah memberikan kita pemberian yang indah dengan
mengampuni semua dosa kita, menjadikan kita ahli keluarga-Nya,
persekutuan dengan Roh Kudus serta jaminan bagi Syurga. Kita
seharusnya dipenuhi dengan sukacita. Petrus menulis: ‘Walaupun
kamu belum pernah melihat Dia [Yesus], namun kamu mengasihiNya. Kamu percaya kepada Dia, walaupun kamu belum melihatNya sekarang. Kamu bergembira kerana kamu dipenuhi sukacita
yang tidak dapat diluahkan, kerana kamu telah mencapai tujuan
imanmu; keselamatan jiwamu’ (1Petrus 1:8-9). Walau
bagaimanapun, orang Kristian tidak akan sentiasa mengalami
kegembiraan di akhir zaman. Kita juga harus mengharungi
‘pelbagai pencubaan’ (1 Petrus 1:6). Kita masih belum berada di
syurga.
Pengalaman orang-orang Kristian terdiri daripada kehampaan
dan kegembiraan. Paulus menulis bahawa ‘kita yang telah
menerima kurnia sulung Roh, juga mengeluh dalam hati kita sambil
menantikan pengangkatan sebagai anak; pembebasan tubuh
131
132
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kita.’ (Roma 8:23). Kita telah menerima banyak perkara, ‘kurnia
sulung Roh’. Kita masih hidup di dunia yang telah jatuh. Namun
Allah telah memberikan kita Roh Kudus, yang adalah milik zaman
yang akan datang. Kita telah merasakan syurga di bumi. Kini kita
telah mengetahui serba-sedikit berkat-Nya. Tetapi keselamatan
kita masih belum sempurna. Sebagai contoh, tubuh kita masih
belum ditebuskan lagi. Orang Kristian akan turut reput dan mati
sama seperti semua orang yang lain. Iman kita terhadap Kristus
tidak menjamin kekebalan kita daripada kekedutan, rambut
beruban, tulang yang patah mahupun penyakit barah. Dunia
yang kita diami masih belum ditebuskan lagi. Kita akan terus
bersusah-payah melawan dosa dan berhadapan dengan
penentangan terhadap iman kita. Hidup sebagai orang Kristian
adalah sebuah kerja keras. Ia ialah satu perlawanan dan
perlumbaan (2 Timotius 4:7). Janganlah terkejut jika anda
mendapati anda bergelut untuk hidup bagi Kristus. Ia adalah
hidup yang normal bagi orang Kristian di dalam dunia ini.
Hadirat Roh Kudus sememangnya membantu, tetapi ia juga
menyumbang kepada kehampaan yang kita rasakan.
Pernahkan anda berada di dalam sebuah dapur ketika
seseorang sedang memasak sesuatu hidangan yang enak? Tukang
masak tersebut membenarkan anda merasakan masakannya
sebelum memberikan perintah yang tegas bahawa anda tidak
boleh menyentuhnya sehingga ia dihidangkan di atas meja nanti.
Penungguan yang terpaksa dilalui pastinya menyeksakan. Ia pasti
akan menjadi lebih mudah jika anda masih belum merasakan
masakan tersebut. Tetapi kini anda sudah tahu betapa enaknya
makanan itu, anda pasti berasa sangat sukar untuk menunggu
menyantap selera anda. Dua jam sebelum masa hidangan
kelihatan seperti selama-lamanya.
Ia serupa dengan kehidupan orang Kristian. Kita telah memiliki
kurnia sulung Roh: suatu rasa bagi berkat di Syurga. Kita serbasedikit mengetahui bagaimana rasanya untuk menjadi kudus, dan
kita rindu untuk menjadi lebih kudus. Kita juga mengetahui serba
sedikit apakah maksudnya untuk mengenal Allah melalui Kristus
serta untuk dikasihi-Nya. Kita tidak dapat menunggu lebih lama
lagi untuk merasakannya dengan lebih lagi. Oleh sebab itulah
Dihalau
Pemberontakan;
Kutukan
Taman
Eden
Firman
Allah;
Hubungan
Tempat
Allah
Pemerint
ahan &
Berkat
Rajah 30: Kerajaan yang diumumkan
Tidak ada
Adam &
Hawa
Umat
Allah
Berkat
kepada
Israel &
Kanaan
Keturunan
Abraham
Kerajaan Kerajaan
yang telah yang dimusnah janjikan
Pola
kerajaan
Kerajaan
Allah
Sisa-sisa
Yesus Kristus:
Israel dan Adam baru;
penyertaan Israel baru
bangsa2
Hukum
Taurat &
Raja
Individu
orang
percaya;
Gereja
Israel yang
baru: orang
percaya
(Yahudi &
bukan
Yahudi)
beriman
kepada
Yesus
Perjanjian Yesus Kristus: Perjanjian
yang baru; Perjanjian
yang baru;
raja yang yang baru;
Roh Kudus
baru;
berkat yg
melimpah
Yesus Kristus:
Kanaan + Bait Suci
Yerusalem yang baru; Khemah &
& Bait Suci dunia yang Bait Suci
baru
yang benar
Bangsa
Israel
Kerajaan Kerajaan Kerajaan Kerajaan
yang
masa kini yang disepara
dinubuatumumkan
kan
Kerajaan Yang Diumumkan
133
134
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kita ‘mengeluh di dalam hati’. Ia mengungkapkan kehampaan kita
kepada dosa yang begitu lumrah di dalam dunia yang kita
diami. Ia memberikan isyarat bagi keinginan kita terhadap
keajaiban di dunia yang akan datang. Kehampaan tersebut tidak
akan meninggalkan kita di zaman ini. Ia merupakan satu akibat
yang tidak boleh dielakkan kerana kita hidup di dalam jangka
masa ‘perantaraan’, persilangan bagi dua zaman.
Kita tidak boleh menjangkakan hidup untuk menjadi lebih mudah.
Kita dipanggil untuk memberitakan Injil kepada satu dunia yang
tidak ingin untuk mendengarnya. Tambahan lagi, kita harus hidup
sebagai seorang Kristian bersama-sama dengan mereka yang
mempunyai gaya hidup yang berbeza dengan kita. Kita adalah
rakyat Syurga, yang pada masa ini harus menetap sebagai
‘orang asing’ di dalam dunia (Filipi 3:20; 1 Petrus 1:1). Namun
kita tidak perlu hidup jauh daripada rumah kita untuk selamanya.
Satu hari nanti Tuhan Yesus akan kembali untuk mengambil kita
mengikuti Dia di dalam kerajaan yang telah disempurnakan.
Rajah 30: Cerita setakat ini: Pentakosta
Kerajaan Yang Diumumkan
Pembelajaran Alkitab
2 Korintus 4
Rasul Paulus telah menyatakan di dalam 2 Korintus 3 mengenai
pelayanan perjanjian baru yang telah diberikan oleh Allah
kepadanya. Ia adalah pengisytiharan Injil yang akan membawa
kepada kebenaran serta kehidupan, yang bertentangan dengan
hukum Taurat membawa kutukan dan kematian. Semua orang
Kristian mempunyai hak istimewa untuk terlibat di dalam
pelayanan yang indah ini, iaitu penginjilan.
4:1–6
Apakah yang dapat kita pelajari daripada contoh-contoh
penginjilan yang dilakukan oleh Paulus?
Apakah yang menjadikan tugas tersebut sukar?
Apakah dorongan yang diberikan kepada kita?
4:7–12
Apakah ‘harta’ yang dimaksudkan oleh Paulus?
Dengan cara apakah kita adalah ‘bejana tanah liat’?
135
136
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Bagaimanakah ayat 8-9 mencerminkan pengalaman anda di
dalam penginjilan?
Mengapakah Allah membenarkan kita untuk menjadi lemah?
Apakah dorongan yang diberikan kepada kita mengenai
kelemahan kita?
4:13–18
Apakah harapan kita?
Apakah perbezaan yang harus terjadi kepada kita sekarang?
Rumusan
Bagaimanakah Allah mencabar anda melalui petikan tersebut?
Apakah yang boleh anda lakukan untuk menjadikannya sebagai
amalan?
Kerajaan Yang Disempurnakan
137
8
Kerajaan Yang Disempurnakan
Kita telah menunggu lebih daripada 2,000 tahun untuk kedatangan
Yesus, tetapi penundaan yang terjadi tidak akan berlansung untuk
selamanya. Dunia ini sedang menuju kepada pengakhirannya. Allah
akan menepati janji-Nya untuk menghantar Yesus bagi kali yang
kedua sama seperti Dia telah mengotakan janji-Nya untuk
menghantar Yesus buat kali yang pertama. Yesus akan datang
kembali dan menyempurnakan rancangan keselamatan Allah. Dia
akan memperkenalkan kerajaan yang telah disempurnakan.
Kitab Wahyu
Wahyu ialah kitab yang terakhir di dalam Alkitab. Kemungkinan
besar ia ditulis oleh Rasul Yohanes ketika dia dibuang ke Pulau
Patmos. Kita tidak dapat memastikan tarikh surat tersebut ditulis,
tetapi kandungannya mencadangakan ia ditulis ketika
penganiayaan hebat sedang berlangsung. Tarikh yang hampir
tepat ialah ketika pemerintahan Maharaja Domitian (Tahun Masihi
81-96). Ia ditulis menggunakan gaya penulisan yang dikenali
sebagai ‘apokaliptik’. Dia menggunakan simbol-simbol untuk
menyampaikan pesanannya (antara contoh apokaliptik lain yang
terdapat di dalam Alkitab adalah Daniel 7-12 dan Zakharia 1-6).
‘Apokaliptik’ bermaksud ‘wahyu’ ataupun ‘pendedahan’. Allah
memberikan Yohanes satu siri penglihatan di mana Dia seolah-olah
membuka langsir untuk memperlihatkan kepadanya apa yang
sedang berlaku di sebalik sejarah manusia.
Penglihatan-penglihatan ini diberikan sebagai dorongan kepada
138
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
orang-orang Kristian untuk menjadi tabah, meskipun mereka
sedang teraniaya. Kita dipelawa untuk mendongak serta
melupakan seksaan hidup demi Kristus di dunia ini dan melihat
kepada kerajaan-Nya, sekarang dan di masa hadapan.
1:1–20
2:1 — 3:20
4:1 — 5:14
6:1 — 8:5
8:6 — 11:19
12:1 — 15:4
15:5 — 16:21
17:1 — 20:15
21:1 — 22:5
22:6 — 21
Pengenalan
Surat kepada tujuh gereja
Satu penglihatan tentang Syurga
Tujuh buah materai takdir
Tujuh buah terompet amaran
Konflik di antara gereja dan kuasa kejahatan
Tujuh buah cawan hukuman
Kemenangan Allah dan kejatuhan Babel
Syurga dan bumi yang baru
Epilog
Rajah 32: Garis besar kitab Wahyu
Sebuah takhta di Syurga
Kitab Wahyu bermula dengan surat-surat daripada Tuhan Yesus
kepada tujuh gereja-Nya di Asia Kecil, menggesa mereka untuk
kekal setia. Kemudian Yohanes diberikan seatu penglihatan: ‘Aku
lantas dikuasai oleh Roh dan aku melihat sebuah takhta di sorga,
dan seseorang sedang duduk di atasnya’ (4:2). Penglihatan
tersebut pasti telah memberikan kelegaan kepada orang-orang
Kristian yang sedang dianiaya di kurun yang pertama. Tidak
ada tanda-tanda bagi Kerajaan Allah di muka bumi ketika
mereka sedang mengalami penganiayaan. Namun apapun yang
mereka fikir dan rasakan, Allah masih mengawal segalanya.
Terdapat sebuah takhta di Syurga, dan ia tidak kosong.
Bayangkan anda sedang berjalan di persisiran pantai sambil
melihat ke laut. Anda ternampak seorang perempuan sedang
berenang tidak jauh dari pantai, dan anda terkejut melihat
seekor ikan jerung sedang mendekatinya. Anda berteriak
meminta pertolongan tetapi tidak ada orang yang mendengar.
Orang-orang di sekeliling anda mengetahui apa yang sedang
terjadi tetapi mereka tidak ambil peduli. Anda berlari ke hulu
Kerajaan Yang Disempurnakan
dan ke hilir untuk mendapatkan bantuan, dan anda ternampak
sebuah kerusi hitam yang besar bertulis: PENGARAH. Seorang
lelaki duduk di atasnya sambil menghisap sebatang cerut besar,
dengan suara yang lantang dia memekikan arahan melalui
pembesar suara. Anda menghembus nafas tanda berasa lega:
anda telah memasuki satu set pengambaran filem. Pengarahnya
mempunyai kawalan di atas segala yang berlaku.
Itulah kesan dari penglihatan yang terdapat di dalam Wahyu 4.
Tidak kira bagaimana keadaan kelihatan, Allah masih mengawal
segalanya. Dia ialah pengarah bagi alam semesta yang duduk di
atas takhta-Nya. Tidak lama kemudian kita akan mendapati
bahawa Tuhan Yesus juga turut berada di sana. Yohanes menulis:
‘Kemudian aku melihat seekor domba, ia kelihatan seperti telah
disembelih, berdiri ditengah-tengah takhta tersebut’ (5:6). Yesus
ialah raja ilahi bagi alam semesta. Dia telah menderita tetapi
Dia keluar sebagai pemenang. Kematian-Nya menjamin semua
orang yang turut menderita kerana Dia di bumi akan menang jua.
Kita mungkin tidak akan memahami apa yang sedang dilakukanNya di dunia ini, tetapi kita boleh seratus peratus yakin bahawa
Dia mengawal segalanya. Tuhan adalah raja. Orang tua-tua
yang terdapat di dalam penglihatan Yohanes memberi respon
kepada kebenaran tersebut dengan selayaknya: mereka
meletakkan mahkota mereka di hadapan takhta tersebut
kemudian menyembah:
‘Bagi Dia yang duduk di atas takhta
dan bagi Anak Domba,
adalah puji-pujian dan hormat dan kemuliaan dan kuasa
sampai selama-lamanya’
(5:13)
Jika kita bijaksana, kita juga akan mengikuti jejak mereka dan
menyembah Tuhan di bumi ini. Mungkin ada suatu ketika nanti ia
menjadi sukar dan mungkin akan menyebabkan kita menderita,
namun semuanya berbaloi. Apapun keadaannya, kawalan masih
berada di tangan Allah. Dia adalah raja, walaupun ramai yang
tidak mengenali kerajaan-Nya.
139
140
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Menafsirkan Wahyu
Bab-bab yang seterusnya di dalam kitab Wahyu didominasikan
dengan susunan hukuman-hukuman ilahi: tujuh materai, tujuh
terompet dan tujuh cawan. Mereka diiringi oleh beberapa watak
yang terkenal di dalam kitab tersebut, antaranya adalah empat
orang penunggang kuda malapetaka dahsyat dan binatang itu.
Ramai orang telah mencuba untuk menafsirkan siapa ataupun apa
yang mereka wakilkan. Beberapa orang telah mencadangkan
bahawa semua simbol tersebut merujuk kepada individu ataupun
institusi-institusi tertentu sewaktu Yohanes menulisnya (pandangan
‘preterist’). Ada pula yang memandang kitab tersebut sebagai
sebuah rekod kronologi mengenai era-era yang berbeza
merentasi sejarah sejak kurun yang pertama hinggalah
kedatangan Yesus yang kedua kali (pandangan ‘historicist’).
Manakala ada pula yang berpendapat bahawa bermula dengan
bab empat sehinggalah ke akhir kitab tersebut, Wahyu
menggambarkan kejadian-kejadian yang akan mengambil
tempat apabila dunia akan berakhir, dalam satu jangka masa
yang pendek sebelum kedatangan Kristus (pandangan ‘futurist’).
Bagaimanapun, semua pandangan tersebut mempunyai masalah
mereka sendiri. Adalah lebih mudah untuk melihat kitab tersebut
sebagai penjelasan kepada apa yang akan berlaku di ‘akhir
zaman’ bermula daripada pengangkatan Kristus kepada
kedatangan-Nya yang kedua kali. Wahyu tidak ditulis untuk
memberikan kita carta waktu. Terdapat beberapa susunan yang
diaturkan secara selari di dalam kitab tersebut. Materai-materai,
terompet dan cawan tidak disusun menyusuli satu dengan yang
lain. Mereka semua menggambarkan jangka masa yang sama
merentasi akhir zaman. Contohnya, empat penunggang kuda itu
telah aktif, dan akan terus aktif sepanjang akhir zaman ini.
Mereka melambangkan pencerobohan imperialistik, pertumpahan
darah, ketidak-stabilan ekonomi dan kematian yang akan terjadi
di sepanjang zaman sehingga Yesus kembali.
Orang-orang Kristian harus berpegang teguh kepada
penglihatan takhta di Syurga jika mereka terpaksa melalui
kesengsaraan sedemikian. Dan kita harus memperingatkan diri
kita bahawa ia tidak akan berlanjutan untuk selama-lamanya.
Kerajaan Yang Disempurnakan
Beberapa bab terakhir di dalam kitab Wahyu membawa kita ke
pengakhiran dunia ketika Yesus akan memusnahkan kejahatan
dan mendirikan ciptaan baru yang sempurna.
Buangkan yang lama
Ada satu rancangan televisyen yang terkenal di mana satu
kumpulan orang akan datang mengunjungi sebuah rumah untuk
mengubah-barunya. Kita melihat bagaimana sebuah bilik diubah
di hadapan mata kita. Bahagian pertama operasi mereka
selalunya melibatkan penghancuran. Kertas dinding yang
berwarna coklat dan kuning yang sangat bergaya 30 tahun yang
lepas harus dibuang. Tikar getah yang berwarna hijaukekuningan itu harus dikikis bersama dengan almari yang
dipakukan di dinding yang menghiasi pendiang api zaman
Victoria. Semuanya harus pergi. Bahan-bahan baru akan hanya
dapat diperkenalkan apabila yang lama telah dibuang.
‘Buangkan yang lama’ dan ‘baru akan datang’. Jika ia benar
bagi sebuah bilik, ia juga benar bagi seluruh dunia. Tuhan tidak
boleh memperkenalkan dunia baru yang telah di janjikan
sehingga yang lama telah pergi.
Sepanjang sejarah, ramai orang yang merindukan sebuah dunia
yang baru. Orang-orang Marxists (komunis) berfikir bahawa
segalanya akan menjadi baik jika mereka boleh menghapuskan
kapitalisme dan ketamakan. Penganut fahaman kemanusiaan
sekular berpendapat kunci pembaharuan ialah penghapusan
kejahilan dan kemiskinan. Ahli-ahli revolusi pula meletakkan
harapan mereka di atas kejatuhan bagi sesebuah kerajaan.
Walau bagaimanapun, kesemuanya gagal untuk menghasilkan
perubahan yang berkekalan. Utopia kekal sukar menjadi
kenyataan. Ini adalah kerana mereka tidak berurusan dengan
akar bagi masalah tersebut. Akhirnya, bukan kapitalisme,
kejahilan atau kezaliman sesebuah pemerintah yang merosakkan
kehidupan di bumi ini; tetapi kuasa kejahatan yang datang
daripada Iblis sendiri. Wahyu 17-20 menggunakan gambar
bahasa untuk menjelaskan bagaimana Allah akan mengakhiri
kuasa tersebut di hari kiamat, sekaligus membolehkan Dia
mencipta satu dunia yang baru, yang bebas daripada kejahatan.
141
142
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Kejatuhan Babel
Wahyu bab 17 memperkenalkan kita kepada seorang
perempuan yang dikenali sebagai ‘Babel besar, ibu dari wanitawanita pelacur dan dari kekejian bumi’ (ayat 5). Babel sudah
sekian lama menjadi gambaran yang sangat penting di dalam
Alkitab. Ia merupakan kawasan bagi pembinaan menara Babel,
simbol bagi keangkuhan dan kesombongan manusia (Kejadian
11). Ia juga merupakan ibu kota bagi negara yang telah
menjajah kerajaan Yehuda, memusnahkan bait suci di Yerusalem
serta membuang penduduknya ke negara Babel. Berdasarkakn
sejarah tersebut, adalah tidak mengejutkan mengapa Yohanes
menamakan wanita tersebut ‘Babel’. Ia melambangkan
masyarakat bukan-Kristian yang dikelola tanpa sebarang rujukan
kepada Tuhan: ‘dunia ini’. Ia dipanggil sebagai seorang ‘pelacur’
kerana ‘Dengan dia raja-raja di bumi telah berbuat cabul, dan
penghuni-penghuni bumi telah mabuk oleh anggur
percabulannya’ (ayat 2). Percabulan yang dilakukan adalah
secara kerohanian dan bukan seksual. Ia menggoda ramai orang
untuk hidup baginya, dan bukan TUHAN Allah. Tetapi orang
Kristian harus melawan godaannya. Seperti orang-orang Yehuda
di kurun keenam Sebelum Masihi, kita masih berada di dalam
pembuangan. Kita adalah milik Syurga, tetapi kita harus menetap
di tanah yang asing: Babel, dunia ini. Ia sering berseteru kepada
kita dan menggoda kita untuk berkompromi serta mengikuti roh
masa kini (duniawi). Tetapi kita harus melawan godaan untuk tidur
bersama dengan pelacur tersebut kerana dia membawa
kehancuran kepada kita.
Kejatuhan Babel digambarkan di dalam Wahyu 18. Seorang
Malaikat mengumumkan dengan suara yang lantang, ‘Sudah
roboh, sudah roboh Babel, kota yang besar itu’ (ayat 2). Seorang
lagi Malaikat melontarkan sebiji batu yang besar ke dalam laut
dan berkata,
Demikianlah Babel, kota besar itu,
akan dilemparkan dengan keras ke bawah,
dan ia tidak akan ditemukan lagi.
(ayat 21)
Kerajaan Yang Disempurnakan
Banyak buku telah ditulis untuk membincang tentang persoalan
milenium tersebut. Bahkan gereja-gereja juga berpecah disebabkan
isu tersebut. Perdebatan yang terjadi adalah berkaitan dengan
kronologi kejadian-kejadian yang dijelaskan di dalam Wahyu 20:110. Yohanes memandang seorang malaikat menawan serta
mengikat Iblis untuk seribu tahun. Jangka masa ini tidak seharusnya
difahami secara harafiah. Ia bermaksud ‘sebuah jangka masa yang
panjang’. Pada masa yang sama, orang-orang Kristian yang telah
mati dibangkitkan dan memerintah bersama dengan Kristus.
Kemudian Iblis akan dibebaskan apabila milenium berakhir dan dia
akan mengumpulkan kuasa-kuasa dunia untuk membuat satu
perlawanan terakhir menentang Allah. Tetapi ia akan dikalahkan
juga akhirnya. Bilakah jangka masa seribu tahun ini berlaku?
Terdapat banyak pandangan yang berbeza-beza.
Postmillennialism
Milenium tersebut adalah masa sejurus sebelum kedatangan Yesus:
Dia akan kembali selepas ia terjadi (‘post’). ‘Zaman millennial’ akan
menjadi satu jangka masa bagi keamanan dan kebenaran di mana
lebih ramai orang akan menjadi Kristian dan dunia akan menjadi
lebih saleh.
Premillennialism
Kristus akan kembali sebelum (‘pre’) milenium tersebut. Dia akan
membangkitkan orang-orang Kristian yang telah mati dan mereka
akan memerintah bumi bersama dengan-Nya. Iblis tidak akan
mempunyai sebarang kuasa sehingga jangka masa tersebut
berakhir, apabila ia akan mengumpulkan semua orang yang masih
menolak pemerintahan Kristus. Mereka akan dihancurkan di dalam
pertarungan yang terakhir, kemudian hari kiamat akan tiba.
Amillennialism
Milenium tersebut mewakili keseluruhan akhir zaman. Kita kini
berada di jangka masa tersebut. Inilah pandangan saya.1 Iblis
telah dikalahkan dan diikat oleh kematian dan kebangkitan Yesus
Kristus. Ia masih lagi aktif tetapi ia tidak mampu berbuat apa-apa
untuk menggagalkan rancangan Allah. Orang-orang Kristian yang
telah mati sudahpun memerintah bersama Kristus di Syurga.
Rajah 33: Pandangan tentang Milenium
143
144
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Ia adalah satu penghakiman yang komprehensif dan muktamad.
Kota institusi kemanusiaan yang angkuh yang dibina atas dasar
kedegilan dan ingin berdikari daripada Allah itu akan musnah
dengan sekelip mata. Semua orang yang telah melabur semua
milik mereka kepada dia akan menangis dan bersedih:
‘Celaka, celaka engkau,
hai kota yang besar,
Babel, hai kota yang kuat,
sebab dalam satu jam sajasudah berlangsung!’
(ayat 10)
‘Binatang’ (yang mewakili kuasa duniawi yang anti-Kristian), ‘nabi
-nabi palsu’ (ideologi duniawi yang anti-Kristian) dan Iblis turut
dihakimi bersama-sama dengan Babel. Mereka dibuang ke
lautan api, di mana mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa
lagi (20:10). Manusia sejagat juga harus berhadapan dengan
penghakiman Allah. Semua nama yang tidak didapati di dalam
buku kehidupan akan dibuang ke dalam lautan api. Ia adalah
lambang kematian secara abadi yang dipisahkan daripada
Tuhan (20:15). Semua orang yang tidak tunduk kepada
pemerintahan Kristus harus disingkirkan. Tuhan bertekad bahawa
tidak ada apapun yang akan dibenarkan untuk menghancurkan
kerajaan-Nya yang sempurna. Penghakiman adalah sesuatu yang
buruk. Tetapi ia juga merupakan satu berita baik. Keadilan dapat
dilaksanakan dan kejahatan dimusnahkan. Karya keselamatan
terakhir Allah kini disempurnakan.
Datang yang baru
Kita telah melihat bagaimana Allah akan menghancurkan Babel
pada hari kiamat. Penghakiman tersebut mempunyai tujuan untuk
membina semula. Apabila Allah telah menghancurkan dunia ini,
Dia mampu untuk mencipta satu dunia baru yang Dia janjikan
melalui para nabi-nabi-Nya. Dua bab terakhir kitab Wahyu
menggunakan pelbagai imej daripada Perjanjian Lama untuk
menjelaskan dunia baru tersebut. Ia ialah sebuah ciptaan yang
baru, Yerusalem yang baru dan Bait Suci yang baru.
Kerajaan Yang Disempurnakan
Ciptaan yang baru
Lalu aku melihat langit yang baru dan bumi yang baru,
sebab langit dan bumi yang pertama telah berlalu’
(21:1)
Allah sedang mencipta satu ciptaan yang baru: satu bumi dan
alam semesta (‘syurga’ di sini adalah merujuk kepada langit)
yang baru. Dia telah mencipta segalanya dan Dia mengambil
berat akan semua hasil ciptaan-Nya. Kejatuhan manusia
menjejaskan keseluruhan ciptaan Tuhan dan keselamatan. Jika ia
hendak disempurnakan, ia harus melalui proses yang sama juga.
Allah bertekad untuk memperbaharui bukan sahaja jiwa tetapi
juga tubuh kita dan persekitaran yang kita hidup. Kita akan
menjadi manusia secara fizikal di tempat yang nyata (lihat 1
Korintus 15:35-49). Perkara ini menjelaskan mengapa Paulus
berkata bahawa seluruh dunia menunggu ‘dengan sangat rindu’
akan ketibaan hari kiamat, supaya akhirnya ia akan ‘dibebaskan
daripada perhambaan kebinasaan’ (Roma 8:19-21). Kitaran
hidup yang menghampakan, diikuti dengan kematian yang
dimasukkan ke dalam dunia akan dihapuskan. Tidak akan ada
kematian serta pereputan, gempa bumi dan letupan gunung
berapi di dalam dunia yang baru. Sebaliknya semua perkara
yang merosakkan kehidupan di atas muka bumi tidak akan wujud
lagi: ‘tidak akan ada lagi perkabungan, ratap tangis, atau
dukacita, sebab semua yang lama telah berlalu’ (Wahyu 21:4).
Alkitab bermula dengan sebuah gambaran dunia seperti yang
dicipta oleh Allah yang maha kasih. Manusia iaitu Adam dan
Hawa, berada di tempat yang nyata di Taman Eden, menikmati
keharmonian yang sempurna bersama dengan seluruh alam.
Keharmonian tersebut dimusnahkan oleh kejatuhan manusia, tetapi
Allah akan mengembalikannya. Nabi Yesaya bernubuat bahawa
suatu hari nanti anak-anak kecil akan bermain dengan gembira di
samping lubang ular dan akan memasukkan tangannya ke dalam
sarang ular tedung; serigala dan singa akan makan bersamasama (11:8; 65:25). Janji-janji tersebut akan digenapi. Eden akan
dipulihkan. Wahyu 22 melukiskan satu gambaran mengenai
ciptaan yang baru dengan menggunakan bahasa-bahasa yang
145
146
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
serupa dengan Kejadian bab 2. Sama seperti di Taman Eden,
sebatang sungai akan mengalir melalui taman tersebut dan pohon
kehidupan berada berdekatan dengannya (ayat 1-3).
Seorang perempuan tua yang berjalan terhicut-hincut masuk ke
gereja baru-baru ini dan berkata kepada saya, ‘adakah kamu
mengetahui di mana saya boleh mendapatkan sepasang kaki
yang baru?’ Saya menjawab, ‘tidak di dunia ini; tetapi kamu
akan mendapatkan mereka di dunia yang akan datang.
Sanggupkah kamu menunggu buat beberapa ketika lagi?’ Dia
berkata, ‘Sudah pasti, ia sangat berbaloi untuk ditunggu!’ Apa
yang dikatakannya adalah benar. Ciptaan yang baru masih
belum tiba, tetapi ia sangat berbaloi untuk dinantikan.
Yerusalem yang baru
Aku melihat kota yang kudus,
Yerusalem yang baru, turun dari sorga, dari Allah.
(21:2)
Ini bukanlah sebuah penglihatan yang baru. Ia menjelaskan
penglihatan ciptaan baru yang baru Yohanes terima: dunia yang
baru ialah sebuah kota. Menara Babel merupakan satu simbol
bagi cubaan manusia untuk mencipta sebuah dunia yang
sempurna melalui kekuatan kita sendiri. Ia bermula di muka bumi
dan mencuba untuk menggapai langit. Tetapi ia dikutuk untuk
menemui satu kegagalan. Manakala kota milik Allah, Yerusalem
yang baru mempunyai label di atasnya yang bertulis, ‘Dibuat di
Syurga’. Ia datang daripada Dia. Dia sahajalah Penciptanya.
Mungkin ia agak mengejutkan bahawa Syurga digambarkan
sebagai sebuah kota. Ramai orang menggambarkan
kesempurnaan seperti sebuah tempat indah di kawasan
perkampungan, beribu batu daripada orang lain. Tetapi tujuan
Allah yang terbesar bagi kita ialah supaya kita tidak lagi
dipisahkan daripada satu sama yang lain. Tetapi kita menjadi
satu masyarakat yang sempurna yang disatukan di dalam Kristus.
Semua orang yang percaya, daripada semua peringkat umur dan
bangsa akan berada di sana: semuanya berjumlah 144,000
Kerajaan Yang Disempurnakan
orang. Nombor tersebut adalah simbol bagi keseluruhan jumlah
umat Allah; tidak ada yang akan disisihkan. Yohanes
memberitahu kita bahawa mereka adalah ‘sekumpulan bilangan
orang yang ramai sehinggakan ia tidak mampu dikira oleh
sesiapapun’. Ini sepatutnya menjadi amaran bagi kita untuk tidak
mengambil nombor 144,000 secara harafiah; kerana dengan
kesabaran yang mencukupi, seorang kanak-kanak pun boleh
mengira bilangan tersebut.
Akan ada wakil ‘dari segala bangsa dan suku dan kaum dan
bahasa’ (7:4-9). Allah menghakimi manusia sejagat selepas
menara Babel lalu menyerakkan kita semua kepada bangsabangsa serta bahasa yang berbeza. Namun suatu hari nanti
kutukan tersebut akan dihapuskan. Masyarakat Allah yang baru
akan terdiri daripada pelbagai suku kaum dan bangsa yang
menyatukan kulit gelap dan cerah, lelaki dan wanita, Serbia dan
Croatia, Arab and Yahudi. Gereja di muka bumi seharusnya
sudah mencerminkan penglihatan penuh kemulian tersebut.
Bait Suci yang baru
‘Lalu aku mendengar suara yang nyaring dari takhta itu
berkata: "Lihatlah, khemah Allah ada di tengah-tengah
manusia dan Dia akan diam bersama-sama dengan mereka.
Mereka akan menjadi umat-Nya dan Dia akan menjadi
Allah mereka.’
(21:3)
Pada masa dahulu, Allah menetap bersama umat-Nya di dalam
bait suci di Yerusalem. Selepas bangunan tersebut dimusnahkan
oleh tentera Babel, Allah bernubuat melalui Nabi Yehezkiel
bahawa Dia akan membina sebuah bait suci yang baru. Janji
tersebut telahpun digenapi melalui kehidupan, kematian dan
kebangkitan Yesus. Sebagai orang Kristian, kita tahu bahawa
hadirat-Nya ada bersama kita melalui Roh Kudus, dan gereja
Tuhan ialah bait suci di bumi ini. Namun begitu, walaupun kita
mengenali Allah melalui Roh-Nya, pengetahuan tersebut terhad
kepada pengalaman kita, dan kita rindu untuk mengenal-Nya
dengan lebih dalam lagi. Suatu hari nanti kita akan
mendapatkannya.
147
Tidak ada
Dihalau
Pemberontakan;
Kutukan
Adam &
Hawa
Taman
Eden
Firman
Allah;
Hubungan
yang
sempurna
Umat
Allah
Tempat
Allah
Pemerint
ahan &
Berkat
Allah
Rajah 34: Kerajaan yang disempurnakan
Berkat
kepada
Israel &
bangsabangsa
Kanaan
Keturunan
Abraham
Kerajaan Kerajaan
yang telah yang dimusnah janjikan
Pola
kerajaan
Kerajaan
Allah
Hukum
Taurat &
Raja
Perjanjian
baru; raja
yang baru;
berkat yg
melimpah
Individu
orang
percaya;
Gereja
Yesus Kristus: Perjanjian
Perjanjian
yang baru;
yang baru;
Roh Kudus
rehat/sabat
Yesus Kristus:
Khemah &
Bait Suci
yang benar
Israel yang
baru: orang
percaya
(Yahudi &
bukan
Yahudi)
beriman
kepada
Yesus
Takhta Allah
& Domba
Allah; Berkat
sempurna
Ciptaan baru,
Yerusalem
baru, Bait
Suci baru
Keluarga
Allah dari
pelbagai
suku, bangsa
dan bahasa
Kerajaan Kerajaan Kerajaan
yang dimasa kini yang diumumkan sempurnakan
Yesus Kristus:
Sisa-sisa
Adam baru;
Israel dan Israel baru
penyertaan
bangsa2
Kanaan +
Yerusalem Bait Suci
& Bait Suci yang baru;
dunia yang
baru
Bangsa
Israel
Kerajaan Kerajaan
separa
yang
dinubuatkan
148
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Kerajaan Yang Disempurnakan
Adalah mengejutkan bahawa Kota yang dilihat oleh Yohanes
berbentuk seperti sebuah kiub, sama seperti Ruang Maha Kudus
di dalam Bait Suci, di mana hadirat Allah ditumpukan. Ruang
Maha Kudus adalah sebuah tempat yang kecil. Hanya seorang
sahaja yang mampu memasukinya, iaitu imam besar. Dia
melakukan perkara tersebut hanya sekali setahun. Tetapi kini,
seluruh kota tersebut ialah Ruang Maha Kudus. Ia ialah sebuah
kiub berukuran 12,000 stadia (21:16). Ini bermaksud ia adalah
seluas 1,500 batu persegi. Sebuah keluasan yang sama besar
dengan dunia yang diketahui oleh Yohanes ketika dia menulis
suratnya. Maksudnya jelas: di dalam ciptaan baru itu nanti,
hadirat Allah tidak akan dihadkan kepada sebuah tempat
istimewa dan kita tidak perlu pergi ke sesebuah bangunan jika
kita ingin bertemu dengan Allah. Keseluruhan tempat tersebut
ialah Bait Suci. Sebab itulah kita membaca, ‘aku tidak melihat Bait
Suci di dalamnya; sebab Allah, Tuhan Yang Mahakuasa, adalah
Bait Sucinya, demikian juga Anak Domba itu’ (21:22). Tidak ada
jarak yang akan memisahkan kita daripada Tuhan. Kita akan
mengenali Dia sepenuhnya.
Kerajaan Allah
Janji-janji Kerajaan Allah akan digenapi sepenuhnya di hari
kiamat. Umat Allah akan terdiri daripada semua orang dari
pelbagi suku, bangsa dan bahasa yang mempercayai Kristus.
Mereka akan disatukan di dalam tempat Allah, sebuah ciptaan
baru, Yerusalem yang baru dan Bait Suci yang baru. Dan mereka
semua akan tunduk kepada pemerintahan Allah dan menikmati
berkat-Nya dengan sepenuhnya. Takhta Allah dan Domba Allah
adalah pusat bagi segalanya. Sebatang sungai akan mengalir
keluar daripadanya, membawa kehidupan dan kekayaan
kepada semua orang (22:1-2).
Tetapi semua perkara ini masih belum tiba. Perjanjian Baru
berakhir di mana Perjanjian Lama berakhir: memandang ke
hadapan, sabar menantikan penggenapan muktamad bagi janjijanji Allah. Yesus memberikan jaminan kepada semua umat-Nya,
‘Ya, Aku akan datang segera!’ Dan, jika kita memahami
keajaiban yang menanti kita, kita boleh berkata, ‘Amin,
datanglah, Tuhan Yesus’ (22:20).
149
150
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Rajah 35: Cerita setakat ini: ciptaan baru
Pembelajaran Alkitab
Wahyu 21:1–8; 21:22 – 22:5
21:1–8
Apakah gambaran/imej yang digunakan untuk menjelaskan
kerajaan yang telah disempurnakan?
Bagaimanakah mereka berdiri di atas petikan-petikan awal di
dalam Alkitab?
Kerajaan Yang Disempurnakan
Apakah ciri-ciri kehidupan di dalam ciptaan yang baru?
Siapakah yang akan menikmati keuntungannya?
 Apakah maksud menjadi ‘dahaga’?
 Apakah maksud ‘mengalahkan’?
21:22 – 22:5
Bagaimanakah Kerajaan yang sempurna digambarkan?
Bagaimanakah gambaran tersebut berdiri di atas petikan-petikan
awal di dalam Alkitab?
Bagaimanakah ia mencerminkan Taman Eden?
151
152
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Siapakah yang akan menikmati ciptaan yang baru ini?
Apakah implikasi kebenaran-kebenaran ini kepada kehidupan
kita di masa hadapan?
Epilog
Epilog
Apabila Yesus berjalan bersama beberapa orang murid-Nya ke
Emaus, Dia ‘menjelaskan kepada mereka apa yang tertulis
tentang Dia dalam seluruh Kitab Suci’ (Lukas 24:27). Saya cuba
membayangkan apa yang diberitahu-Nya kepada mereka di
dalam pembelajaran Alkitab tersebut. Tujuan saya menulis buku
ini adalah untuk menunjukkan bagaimana seluruh Alkitab menunjuk
kepada Tuhan Yesus. Dan doa saya ialah supaya sebagai
hasilnya kita akan dapat mengalami tiga perkara:



Mengenali Yesus di seluruh bahagian di dalam Alkitab. Saya
berharap agar bahagian-bahagian di dalam Alkitab
yang dahulunya kelihatan tertutup kepada anda kini telah
dibuka dan anda sudah mampu untuk melihat bagaimana
mereka menyumbang kepada subjek keseluruhan
mengenai Yesus Kristus dan rancangan Allah untuk
mendirikan kerajaan-Nya melalui Dia.
Mengajar mengenai Yesus Kristus melalui semua bahagian di
dalam Alkitab. Anda mungkin berkesempatan untuk
mengajar orang lain di dalam kumpulan-kumpulan kecil,
sekolah minggu, bahkan di gereja. Kini anda telah melihat
gambaran besar Allah di dalam Alkitab. Anda seharusnya
sudah dilengkapkan untuk memimpin mereka kepada
Kristus dari mana-mana bahagian di dalamnya dan bukan
sekadar bergantung kepada beberapa ayat kegemaran
anda sahaja.
Mengasihi Kristus melalui semua bahagian di dalam Alkitab.
Amat menyedihkan sekiranya pengetahuan yang
mendalam mengenai Alkitab hanya tersimpan di dalam
153
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
kepala dan bukan hati kita. Alkitab ialah sebuah kitab
yang berunsurkan perhubungan. Roh Kudus
menggunakannya untuk membantu kita bertumbuh di
dalam pengatahuan dan kasih kepada Allah melalui Yesus
Kristus.
Dua dimensi
Disempurnakan
Masa Kini
Kembali dari
Pembuangan
Pembuangan
Dinubuatkan
Pemerintahn Beraja
Penaklukan
Keluaran
Separa
Dimusnahkan
Setiap kali anda membaca Alkitab, cuba membacanya dengan
pandangan dua dimensi: sejarah dan hubungan (lihat Rajah 36
dan 37). Ajukan pertanyaan, ‘di manakah kita kini berada
berdasarkan carta cerita Alkitab? Dari manakah kita datang dan
ke manakah tujuan kita? Kita berada di bahagian yang mana:
separa, dinubuatkan, masa kini ataupun diumumkan?’ Jika anda
membaca petikan yang terdapat di dalam Perjanjian Lama, anda
harus mempertimbangkan, ‘Bagaimanakah ia digenapi di dalam
Kristus?’ Sebagai contoh, kita tidak boleh melihat kepada Raja
Daud di dalam 2 Samuel tanpa mengambil kira bagaimana
kerajaannya menuding kepada seorang raja yang sempurna,
iaitu Yesus Krisrus. Dan jika anda berada di Perjanjian Baru, anda
harus mempertimbangkan, ‘bagaimanakah perkara ini
menggenapi apa yang telah dijanjikan dahulu?’
Pola
154
Rajah 36: Dimensi sejarah bagi janji dan penggenapan
Buku ini telah ditulis untuk membantu anda bagi menjawab soalan
-soalan tersebut. Saya berharap agar kini anda merasakan
bahawa anda mempunyai sebuah peta di dalam fikiran anda
untuk memberikan anda satu gambaran yang besar. Sebagai
hasilnya, di mana sahaja anda berada di dalam Alkitab, anda
mampu untuk mencari jalan serta mengetahui di manakah anda
berada di dalam jalan cerita rancangan Allah untuk menyelamat-
Epilog
kan dunia melalui Kristus.
Tetapi dimensi sejarah bukanlah satu-satunya dimensi yang harus
kita pertimbangkan apabila kita membaca Alkitab.
Allah
Manusia
Rajah 37: Dimensi hubungan: Tuhan dan manusia
Dalam keghairahan kita mengambil berat elemen mendatar dan
kronologi di dalam Alkitab, kita tidak seharusnya melupakan
elemen menegak (lihat Rajah 37). Sebagai contoh, pesanan yang
terdapat di dalam petikan yang diambil dari Perjanjian Lama
bukan sekadar mengandungi penggenapan di dalam Kristus, ia
juga mempunyai sesuatu untuk dikatakan mengenai sifat Allah
serta hubungan kita dengan-Nya. Tuhan Allah ialah watak utama
di dalam Alkitab sejak dari awal hingga ke akhirnya. Dia tidak
pernah berubah. Oleh yang demikian, kita harus sentiasa
bertanya, ‘Apa yang dapat saya pelajari mengenai Tuhan melalui
petikan ini?’
Dia adalah Tuhan yang sama di Perjanjian Lama dan Baru: kudus,
adil, penuh dengan kasih sayang dan berdaulat. Sebagai contoh,
pembebasan orang Israel daripada Mesir bukan sahaja
membayangi penebusan yang dilakukan oleh Kristus, ia juga
menyatakan tentang kasih kurnia dan kuasa Allah. Kita harus
membenarkan petikan-petikan daripada Perjanjian Lama untuk
155
156
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
berkata-kata sendiri sebelum kita mempertimbangkan
bagaimana ia membawa kita kepada Kristus. Ia akan mengajar
kita perkara mengenai Tuhan serta hubungan kita dengan-Nya.
Peranan Abraham di dalam Alkitab bukan sekadar menerima
janji-janji yang digenapi oleh Kristus; dia juga memberikan
sebuah contoh iman bagi orang Kristian (Roma 4). Dan Daud
bukan sekadar satu model untuk Kristus (yang juga dipanggil
sebagai Anak Daud), dia juga menyediakan satu model bagi kita
sebagai orang yang percaya di dalam hubungannya dengan
Tuhan. Kitab Mazmur sudah pasti mengundang kita terus
berharap dalam Kristus. Ia juga mengajak kita untuk pandang
pada Tuhan dan mempertimbangkan perhubungan kita denganNya. Pengalaman Daud akan Allah yang hidup mencabar kita
untuk memeriksa diri kita sendiri. Adakah kita mengasihi Tuhan
dan menyembah-Nya sama seperti yang dilakukan oleh Daud?
Oleh yang demikian, ini ialah sebuah cabaran yang berpatutan
untuk menutup buku ini. Buku ini pasti telah gagal jika ia
meninggalkan penulis serta pembacanya hanya dengan
pengetahuan ilmiah. Kita harus memastikan agar kita tidak
mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang Farisi.
Mereka sangat tekun untuk mempelajari kitab suci tetapi menolak
untuk datang kepada Yesus bagi kehidupan (Yohanes 5:39-40).
Ketika kita mempelajari mengenai Kristus daripada seluruh
Alkitab, marilah kita bertekad untuk mengasihi, memuliakan,
menyembah dan mematuhi Dia.
Epilog
Rajah 38: Gambar besar rancangan Allah
157
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Rajah 39: Sepintas lalu sejarah Alkitab
158
Tahun-Tahun Penting Dalam Sejarah Alkitab
159
Tahun-Tahun Penting Dalam Sejarah Alkitab
SM
± 1720
± 1700
± 1250
± 1200 –1020
± 1020
± 1000
± 962
± 924
± 880
865
853
842
754/3
734
727-699
722
701
698
639
597
586
586-538
538-520
490
445
332-3
175
167
164
142-63
63
37-4
20
±4
Pemerintahan Hamurabi pada Kerajaan Babel pertama
Abraham
Keluaran dari perhambaan di Mesir
Zaman Hakim-hakim
Saul menyatukan suku-suku Israel dan menjadi raja pertama
Daud diurapi sebagai raja, dan menakluki Yerusalem
Penobatan Salomo; pembangunan Bait Allah dimulai
Rehabeam menjadi raja; kerajaan terbahagi dua. Yerobeam menjadi raja di Utara.
Omri menetapkan Samaria sebagai ibu kota Israel
Pelayanan Nabi Elia
Salmaneser III dari Asyur berperang melawan Ahab, raja Israel
Pemberontakan Yehu
Pendirian Kota Roma
Konspirasi Siro-Efraim
Hizkia menjadi raja Yehuda
Kota samaria musnah. Berakhirnya Kerajaan di Utara. Sebahagian penduduk dibuang
Yerusalem dikepung oleh Asyur
Manasye menjadi raja Yehuda
Yosia menjadi raja Yehuda; terbunuh pada 609
Yoyakin jadi raja; Nebukadnezar menyerang Yerusalem. Sebahagian penduduk dibuang
Yerusalem ditaklukkan; ramai penduduk dibuang
Pembuangan ke Babilonia
Kembali dari Pembuangan dan membangun kembali Bait Allah kedua
Persia dikalahkan oleh orang-orang Atena di Maraton
Nehemia di Yerusalem
Alexander Agung menakluk Palestin. Kerajaan dibahagi dua oleh para jeneral Alexander
Antiokhus Pifanes IV berkuasa
Penajisan Bait Allah dan Perang Makabe
Yudas Makabeus mengalahkan Lisias, memasuki Yerusalem dan menahbiskan Bait Allah
Yudea merdeka
Pengepungan Yerusalem oleh Pompeyus
Herodes Agung
Pembangunan kembali Bait Allah dimulai
Kelahiran Yesus
TM
6
14
± 25
25-36
± 30
± 34
49
51
54
± 60
64
66-73
70
73
81
93
98
132-5
± 135
Yudea ditempatkan di bawah pemerintahan daerah (prefek) Roma oleh Kaisar Agustus
Kaisar Tiberius menggantikan Agustus
Philo dari Aleksander memberi penjelasan mengenai Yudaisme
Pontius Pilatus memerintah Yudea
Penyaliban Yesus
‘Pertaubatan’ Paulus
Pengusiran orang Yahudi dari kota Roma oleh Kaisar Klaudius
Paulus di hadapan Galio di Korintus
Nero menjadi penguasa kekaisaran
Paulus dipenjara
Kebakaran besar di Roma
Perang Yahudi
Yerusalem direbut oleh Titus; Bait Allah dimusnahkan
Pemberontak Yahudi bunuh diri setelah pertahanan akhir di Masada
Domitianus menjadi penguasa kekaisaran
Josephus menulis bukunya, Antiquities of the Jewish People
Trayanus menjadi penguasa kekaisaran
Pemberontakan Yahudi pimpinan Simon Bar-Kokhba; dikalahkan oleh tentera Rom
Aelia Capitolina dibangun di lokasi kota Yerusalem oleh Kaisar Adrianus
160
 Karya Agung
Menelusuri Rancangan Penebusan dan Penyelamatan Allah Dalam Alkitab
Nota-Nota
Prakata
Graeme Goldsworthy, Gospel and Kingdom (Exeter:
Paternoster,1981).
1
1
2
1
2
3
1
Pengenalan
Markus 1:1; 1 Korintus 5:7; Matius 1:1; Yohanes 15:1; 10:11.
Gospel and Kingdom, hal. 47.
1. Pola Kerajaan
Dipetik dari John Blanchard, Does God Believe in Atheists?
(Darlington: Evangelical Press, 2000), hal. 319.
Edmund P. Clowney, The Unfolding Mystery (Leicester: IVP,
1988), hal. 19.
Rujuk kesimpulan yang diberikan oleh Paulus mengenai
susunan ciptaan di dalam 1 Korintus 11:1–10 (terutamanya
ayat 8) dan 1 Timotius 2:11–14 (terutamanya ayat 13).
2. Kerajaan yang telah musnah
Untuk kajian yang lebih lanjut mengenai Kejadian 3 sila lihat
buku karya Henri Blocher, In the Beginning (Leicester: IVP,
1984), hal. 154–170.
1
3. Kerajaan yang dijanjikan
John R. W. Stott, Understanding the Bible (revised edition;
London: Scripture Union, 1984), hal. 51.
1
4. Kerajaan Separa
Lihat C. J. H. Wright, Living as the People of God (Leicester:
IVP, 1984).
Nota-Nota
1
2
1
6. Kerajaan masa kini
Graeme Goldsworthy, Gospel and Kingdom (Exeter:
Paternoster, 1981), hal. 91.
Chris Wright, Knowing Jesus through the Old Testament
(London: Marshall Pickering, 1992), hal. 77.
8. Kerajaan yang disempurnakan
Wahyu 20:2-3 menjelaskan kejadian di mana Iblis diikat
kemudian dilemparkan ke dalam jurang sebelum bermulanya
jangka masa seribu tahun. Terdapat banyak sebab yang
munasabah untuk mempercayai bahawa kejadian tersebut
telahpun berlaku di masa lampau. Wahyu 12:10 menjelaskan
bahawa Iblis telah dicampak keluar dari Syurga. Ia telah
dikalahkan oleh kematian dan kebangkitan Yesus. Ia diikat
dan dikurung sejak daripada itu. Ia tidak mempunyai kuasa
untuk menghalang Tuhan daripada memanggil umat-Nya ke
dalam Kerajaan-Nya, namun ia masih tidak mengaku kalah
malah tetap menyerang umat-umat Allah. Wahyu 11:7
menggambarkan ia sedang keluar daripada jurang tersebut
untuk menyerang gereja-gereja yang sedang bersaksi. Ia
tidak mungkin akan keluar daripada jurang tersebut jika ia
belum dilemparkkan ke dalamnya. Saya percaya bahawa
perkara tersebut terjadi ketika Yesus mati dan bangkit.
Milenium bermula ketika itu. Ia akan berterusan sehingga
kedatangan Yesus untuk kali yang kedua.
161
Download