Situasi Bahasa Urak Lawoi di Pulau Adang, Thailand

advertisement
SITUASI BAHASA URAK LAWOI DI PULAU ADANG, THAILAND1
Profesor Madya Dr. Rohani Mohd Yusof
Jabatan Linguistik Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
e-mail: [email protected]
1.0
Pengenalan
Sesuatu bahasa boleh menetap atau berubah mengikut keadaan masyarakat yang menuturkannya.
Perubahan ini boleh berlaku di kawasan asal dan juga di kawasan pindahan (Asmah Haji Omar,
2008: 10), iaitu kawasan baru bagi sesuatu bahasa atau dialek yang terhasil melalui penghijrahan
penuturnya. Bahasa di kawasan asal juga boleh berubah akibat daripada pengaruh persekitaran
dan juga dasar politik atau pentadbiran yang diamalkan oleh sesebuah negara. Keadaan seperti ini
akan mewujudkan gejala-gejala tertentu bahasa seperti pemeliharaan bahasa (language
maintenance), penganjakan bahasa (language shift), penyesaran bahasa (language displacement),
penghakisan bahasa (language attrition), bahasa mati (language death) dan sebagainya. Setiap
bahasa yang mengalami gejala seperti ini, pada akhirnya akan menggunakan satu bahasa lain
yang dominan sebagai pengganti.
Kertas kerja ini akan cuba meninjau faktor-faktor yang mengarah kepada situasi bahasa yang
berlaku di Kepulauan Andaman yang berada di bawah kuasa pentadbiran kerajaan Thailand.
Walaupun negara Thai secara linguistiknya semacam mengamalkan ekabahasa, namun jika
diteliti secara keseluruhan negara ini mempunyai penutur yang boleh bertutur lebih daripada satu
bahasa. Oleh yang demikian, dalam masyarakat seperti ini, fenomena pemeliharaan bahasa
(language maintainance) dan penganjakan bahasa (language shift) di kalangan anggotanya
merupakan hal yang lazim. Namun dalam keadaan tertentu, penganjakan bahasa ini cuma bersifat
sementara sahaja dan kehadiran kepelbagaian bahasa akan mewujudkan kumpulan minoriti serta
majoriti.
1
Kertas kerja yang akan dibentangkan dalam Konferensi Internasional Masyarakat Linguistik Indonesia (KIMLI) 2009, bertempat di
Indonesia, pada 5-7 November 2009.
2
1.1
Bahan Kajian
Kajian ini akan memberi tumpuan kepada masyarakat Urak Lawoi yang berada di Kepulauan
Andaman2, khususnya di Pulau Adang dan Pulau Lipe (sila lihat Peta 1 di Lampiran 1). Secara
umum, rata-rata masyarakat Urak Lawoi bekerja sebagai nelayan. Namun pada musim-musim
tertentu, khususnya pada bulan Disember hingga Mei setiap tahun, mereka mengambil upah
membawa pelancong untuk aktiviti pelancongan. Sebaliknya bagi yang tinggal di Pulau Adang
akan berpindah secara sementara ke Pulau Lipe di sepanjang musim pelancongan. Manakala
pada bulan Januari hingga November, mereka akan kembali ke tempat asal dan seterusnya
melakukan kerja-kerja sebagai nelayan.
1.2
Latar Belakang Masyarakat Urak Lawoi
Wilayah Satun yang berada di bawah pentadbiran kerajaan Thailand, mempunyai sebanyak 60
buah pulau. Masyarakat di kepulauan ini menuturkan bahasa yang dikenali sebagai Urak Lawoi
atau Orang Laut (Sea People) (Maneerat Chotikamtorn, 1981: 2). Berdasarkan penempatan,
masyarakat Orang Laut berada di bahagian pantai barat Thailand. Rata-rata kumpulan Orang
Laut ini tinggal di serata pulau yang terdapat di Laut Andaman, Thailand. Mereka terbahagi
kepada tiga kelompok, iaitu Mogan, Moklen dan Urak Lawoi (Sorat Makboon, 1981). Namun
masyarakat Urak Lawoi merupakan kumpulan yang terbesar dan mereka tinggal di pulau-pulau
ini dengan jumlah yang berbeza (sila rujuk Jadual I).
BIL.
WILAYAH
JUMLAH
1.
Wilayah Phuket
1200
2.
Wilayah Krabi
600
3.
Wilayah Satun
700
Jadual I: Bilangan Penduduk Urak Lawoi Menurut Wilayah
(disesuaikan dari Chantas Thongchuy, 1976)
Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada masyarakat Urak Lawoi kerana bahasa yang
dituturkan oleh mereka adalah paling hampir dengan Bahasa Melayu. Terdapat beberapa kajian
tentang masyarakat Urak Lawoi, di antaranya adalah kajian yang dilakukan oleh Asmah Haji
Omar (1993 dan 2008) . Dalam kajian ini, Asmah telah memperlihatkan banyak persamaan di
antara Bahasa Melayu dan bahasa Urak Lawoi, khususnya dari segi fonologi dan leksikal.
2
Penyelidikan terhadap bahasa Urak Lawoi merupakan projek yang dibiayai melalui peruntukan Vote F, Universiti Malaya. Ahli-ahli
penyelidik termasuklah Profesor Emeritus Dato Dr. Asmah Haji Omar dan Puan Noor Hasnoor Mohamad Nor.
3
1.3
Faktor Yang Mempengaruhi Pemeliharaan Dan Penganjakan Bahasa Urak Lawoi
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada gejala pemeliharaan dan penganjakan bahasa
Urak Lawoi di Kepulauan Andaman. Faktor-faktor ini boleh bersifat formal dan tak formal. Di
antara faktor-faktor tersebut adalah faktor sosial, demografi, sosioekonomi dan sosiopolitik.
1.4
Faktor Sosial
Faktor sosial boleh ditinjau dari aspek-aspek seperti penghijrahan, perkahwinan,
pendidikan, nilai dan sikap. Perpindahan atau penghijrahan juga merupakan faktor yang
mempengaruhi gejala berbahasa. Dalam usaha menyesuaikan diri di tempat baru, unsurunsur setempat akan mudah menyerap masuk. Misalnya di Pulau Adang, apabila
berlakunya penghijrahan dari kalangan kaum Melayu dari Semenanjung Malaysia3 ke
penempatan baru kerana faktor-faktor ekonomi menyebabkan bahasa ini tersesar dengan
bahasa masyarakat tempatan. Menurut Fase Willem et. al (1992: 4):
a group that migrated to an area in which another language is dominant,
and that stops using its own language in a period of three generations.
Namun yang menarik di Pulau Lipe dan Pulau Adang, terdapat dua (2) perubahan bahasa, iaitu
dari:
i. Dialek asal (dialek Melayu Semenanjung) kepada Bahasa Urak Lawoi.
ii. Bahasa Urak Lawoi kepada Bahasa Thai.
Situasi bahasa yang kedua, iaitu daripada bahasa Urak Lawoi kepada bahasa Thai adalah
disebabkan oleh dasar kerajaan Thai yang tidak menggalakkan penggunaan bahasa lain (sila lihat
Suthasinee Suwanyuha, 2006: 6). Keadaan ini menjadi bertambah ketara apabila berlaku
perkahwinan campur antara pendatang dengan masyarakat setempat. Malah dari kajian,
mendapati sebahagian besar daripada anak-anak dari keturunan ini lebih fasih berbahasa Thai
3
Maklumat diperolehi melalui perbualan dengan informan yang menyatakan datuknya dari sebelah bapa berasal dari Singapura dan
sebelah ibu berasal dari Melaka. Mereka berhijrah ke Pulau Lipe disebabkan oleh faktor ekonomi. Di samping itu dari perbualan
dengan informan, terdapat juga keturunan mereka yang datang dari negeri Kedah.
4
daripada bahasa ibunda atau bahasa Urak Lawoi. Namun dalam pertuturan atau komunikasi,
adakalanya berlaku gejala percampuran kod (code mixing). Perhatikan contoh-contoh berikut:4
1.
=
/ can juan koy /
saya jual kuih
=
/ kira
kira
=
/ bokhoy
napas /
keluarkan napas (bernafas)
2.
3.
4.
ta /
duit/wang
/ koh ada /
= Pulau Adang
Perkataan gantinama / can / di atas adalah dari bahasa Thai yang bermakna saya dan / ta / pula
bermaksud wang.5 Begitu juga daripada contoh yang diperolehi melalui pemerhatian, didapati
dalam pengiraan, seseorang dari kaum Urak Lawoi lebih senang menggunakan kata bilangan dari
bahasa Thai.
Seterusnya dari aspek perkahwinan dalam masyarakat Urak Lawoi didapati boleh berlaku dalam
suku kaum yang sama atau suku kaum yang berbeza. Misalnya di sebuah perkampungan di Pulau
Adang, iaitu Teluk Puyak, pasangan yang berbeza kaum tersebut menggunakan bahasa Thai
dalam interaksi mereka. Begitu juga halnya bagi perkahwinan di antara orang Urak Lawoi
dengan pendatang dari luar, mereka menggunakan bahasa yang dominan untuk komunikasi dalam
keluarga mereka.
Faktor pendidikan juga turut mempengaruhi pemeliharaan dan penganjakan bahasa di sesebuah
negara. Di negara Thailand, bahasa pengantar pendidikan yang utama ialah bahasa Thai.
Penggunaan bahasa Thai dalam pendidikan akan menyebabkan penutur di kalangan kaum
minoriti menggunakan bahasa tersebut secara meluas di institusi pendidikan seperti sekolah,
maktab dan universiti. Hal ini pastinya menjadikan bahasa Thai diberikan nilai ekonomi dan nilai
kelulusan akademik. Berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan, didapati penggunaan bahasa
Thai lebih kerap digunakan di kalangan golongan muda, khususnya kanak-kanak. Malah dari
pemerhatian, interaksi sesama mereka dan dengan ibu bapa adalah dalam bahasa Thai.
Penguasaan bahasa Urak Lawoi mereka didapati lebih terhad.
4
Contoh yang bertulis condong adalah kata yang diambil dari bahasa Thai.
Dari perbualan dengan informan, sebelum ini perkataan / duit / digunakan sebelum diganti dengan kata / ta / yang diambil dari
bahasa Thai.
5
5
Begitu juga dari segi keagamaan, walaupun kaum Urak Lawoi berpegang kepada kepercayaan
anamisme, namun ada di antara mereka yang menganut agama Buddha yang sama ada secara
formal dan tidak formal, akan dijalankan dalam bahasa Thai. Jadi, jika ditinjau dari sudut
pendidikan formal dan tidak formal, kecenderungan mengalih atau mempertahankan bahasa
adalah lebih besar di kalangan masyarakat ini demi memenuhi tuntutan kehidupan persekitaran
mereka.
Pertembungan antara satu budaya dengan yang lain merancakkan proses peminjaman. Biasanya
bahasa yang berprestij lebih tinggi akan memberi pinjaman kepada bahasa yang lebih rendah
prestijnya, iaitu bahasa golongan majoriti akan meminjamkan kepada golongan minoriti. Ini amat
berkaitan dengan diglosia seperti yang dihuraikan oleh Ferguson (1966:112) dan keadaan ini akan
menimbulkan variasi bahasa tinggi dan rendah. Bagi hubungan yang lebih formal seperti di
sekolah, institusi, urusan pentadbiran, pengalihan kepada bahasa Thai di kalangan masyarakat
Urak Lawoi didapati ketara berlaku. Dari pemerhatian yang dilakukan, secara tidak langsung
didapati masyarakat Urak Lawoi bertutur menggunakan bahasa ibunda dan dicampur dengan
bahasa Thai semasa berbual sesama mereka.. Ikatan rangkaian sosial ini wujud berasaskan
kepada latar kehidupan dan keperluan yang sama, iaitu membicarakan kehidupan nelayan,
keluarga dan sebagainya. Dari pemerhatian, penganjakan ini bukan disebabkan oleh rasa rendah
diri, tetapi lebih kepada dasar kerajaan atau politik yang memerlukan penduduknya menggunakan
bahasa Thai yang merupakan bahasa rasmi negara berkenaan.
1.5
Demografi
Demografi merujuk kepada kajian tentang ciri-ciri perkembangan
penduduk dari segi saiz,
kepadatan, taburan dan sebagainya (sila rujuk Asmah Haji Omar, 2008: 134). Bagi masyarakat
Urak Lawoi, faktor lokasi turut memainkan peranan dalam pemeliharaan dan penganjakan
bahasa. Dalam hal ini, keadaan Kepulauan Andaman yang merupakan pulau-pulau peranginan
dan menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia. Kehadiran pelancong dari luar telah
menjadikan masyarakat ini turut beralih kepada bahasa lain selain bahasa Thai, khususnya bahasa
Inggeris. Walau bagaimanapun bahasa Inggeris yang mereka gunakan hanyalah sekadar untuk
tujuan memudahkan kegiatan pelancongan sahaja. Meskipun begitu, faktor demografi ini lebih
jelas berlaku beriringan dengan faktor lain seperti pendidikan, perkahwinan dan sebagainya.
1.6
Sosioekonomi
6
Rangkaian sosial adalah satu aspek penting dalam komunikasi antara masyarakat. Salah satu
aspek penting berkaitan dengan rangkaian ini ialah sosioekonomi. Bagi masyarakat Urak Lawoi,
mata pencarian mereka bergantung kepada hasil laut dan pelancongan. Secara sepenuh masa,
kaum Urak Lawoi merupakan nelayan. Manakala sumber dari kegiatan pelancongan adalah
bermusim yang hanya berlangsung di antara bulan Disember hingga Mei sahaja pada setiap
tahun. Dalam konteks komunikasi sesama mereka, secara umum mereka menggunakan bahasa
ibunda yang bercampur dengan bahasa Thai. Kebanyakan daripada mereka ini kurang
berpendidikan atau hanya mendapat pendidikan secara asas sahaja. Namun dalam konteks
pelancongan, mereka menggunakan bahasa Inggeris. Di samping itu, ada juga di kalangan
masyarakat ini terutamanya generasi muda yang bekerja di tanah besar, tetapi jumlahnya agak
sedikit. Bagi golongan ini penganjakan berlaku dari bahasa ibunda kepada bahasa Thai atau
bahasa Inggeris, bergantung kepada keperluan komunikasi tersebut
1.7
Sosiopolitik
Faktor politik juga berupaya menyebabkan berlakunya penganjakan bahasa. Dalam hal ini, dasar
kerajaan Thai telah menjadikan bahasa mereka sebagai bahasa komunikasi. Bahasa Thai juga
menjadi bahasa pengantar pendidikan di sekolah-sekolah, di samping peranannya sebagai bahasa
rasmi. Oleh itu, semua fungsi yang dimainkan oleh bahasa Thai ini memperlihatkan
kedudukannya yang mantap dari segi politik serta undang-undang. Dengan demikian rakyatnya
terpaksa menerima hakikat ini. Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan bahasa Urak Lawoi
yang pernah menjadi bahasa ibunda semakin terhakis.
1.8
Kesimpulan
Proses pengekalan dan penganjakan bahasa adalah proses yang saling bertumpang-tindih. Proses
penganjakan bahasa bermula daripada proses pemeliharaan bahasa yang tergugat kedudukannya
oleh faktor yang pelbagai. Melalui contoh yang dikemukakan, jelas bahawa masyarakat Urak
Lawoi merupakan kaum minoriti yang jika berterusan akan mengarah kepada gejala penganjakan
bahasa. Dalam erti kata lain, terdapat bahasa yang lebih dominan, iaitu bahasa Thai yang berjaya
mengambil alih peranan bahasa ibunda. Namun secara keseluruhan dalam masyarakat Urak
Lawoi, didapati proses penganjakan belum berlaku sepenuhnya kerana pada tahap tertentu masih
memperlihatkan wujudnya pemeliharaan bahasa. Di samping itu dalam komunikasi mereka juga
didapati gejala percampuran kod kerap berlaku. Pada tahap ini ternyata bahawa gejala
penghakisan bahasa sedang mengambil tempatnya. Jika gejala ini berterusan, ditambah dengan
7
faktor politik, pendidikan serta sikap penutur, berkemungkinan besar bahasa Urak Lawoi akan
pupus. Untuk itu kaum minoriti perlu memikirkan soal perancangan bahasa mereka untuk
memungkinkan bahasa mereka terus bertahan.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan, 1989. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Appel R. and Musyken P. 1987. Language Contact and Bilingulism, London: Edward Arnold.
Asmah Haji Omar, 1975. Essays on Malaysian linguistics, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
_____________, 1982. Language and Society in Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
_____________, 1992. The Linguistic Scenery in Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
_____________, 2003. Language and Language Situation in South East Asia: With a Focus on
Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
_____________, 2004. Muafakat Bahasa: Sejarah MBIM/MBBIM sebagai Pembina Bangsa (Siri
Monograf Sejarah Bahasa Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
_____________, 2005. Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
_____________, 2008. Susur Galur Bahasa Melayu (Edisi Kedua), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Carey, Iskandar, 1976. Orang Asli: The Oboriginal Tribes of Peninsular Malaysia, London:
Oxford University Press.
Chantas Thongchuy, 1976. Phonology of the Urak Lawoi Language: Sire Island A. Muang
Ch. Phuket , Tesis M.A, Srinakarinwiroj Prasanmit University, Songkhla, Thailand.
Darnell, R. (ed.), 1973. Canadian Languages in Their Social Context, Edmonton, Canada:
Linguistic Research.
Eastman, Carol M. (Ed.), 1990. Codeswitching, Great Britain: Short Run Press, Exeter.
Face, Willem et. al (Eds.), 1992. Maintenance and Loss of Minority Languages: Studies in
Bilingualism I, Amsterdam/Philadelphia: John Benjamin Publishing Company.
Fasold, R. 1984, The Sociolinguistics of Society. Oxford: Basil Blakcwell.
8
Ferguson, C.A. 1966. Diglossia dlm Dell Hymes (ed) Language in Culture and Society: A
Reader in Linguistics and Anthropology, hal. 98-132, New York: Harper International.
Grimes, B.F. (ed.), Pittman, R.S. & Grimes, J.E. (consulting editors), 1996. Ethnologue:
languages of the world, SIL International, 13th Edition 1996-1999. Versi internet di alamat
http://www.sil.org/ethnologue/ethnologue.html.
Holmes, Janet, 2001. An Introduction to Sociolinguistics (Second Edition), United Kingdom:
Pearson Education Limited.
Maneerat Chotikamtorn, 1981. A Comparative Study od Phonology in Satun Malay and Pattani
Malay, Tesis M.A. Mahidol Uniersity : Bangkok.
Marasingan, Elizabeth M. (Ed.), 1983. Code-Switching and Code-Mixing In Multilingual
Soceities, Singapore: SEAMEO Regional Language Center.
Nicolas, Colin, 2000. The Orang Asli and the Contest for Resources: Indigenous, Politics,
Development Identity in Peninsular Malaysia, Conpenhagen: International Work Group of
Indigenous Affairs.
Paitoon Masmintra Chaiyanara, 1996. Pemantapan Dialek-Dialek Austronesia di Myanmar dan
Selatan Thai , Seminar Antarabangsa Dialek-Dialek Austronesia di Nusantara, bertempat
di Universiti Brunei Darussalam, pada 26-29 Ogos 1996.
Sorat Makboon, 1981. A Survey of Sea People s Dialects Along the West Coast of Thailand , A
Tesis Submitted in Partial Fullfilment of the Requirements for the Degree of Master of
Arts, Faculty of Graduates Studies of Mahidol University, Thailand.
Suthasinee Suwanyuha, 2006. Perbandingan Kosa Kata Dialek Melayu Patani Dengan Bahasa
Melayu , Tesis Untuk Memenuhi Keperluan Ijazah Sarjana Pengajian Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
LAMPIRAN 1
9
Peta 1: Kedudukan Pulau-Pulau Penempatan Urak Lawoi
(sumber dari www.satun.go.th)
Download