Pendidikan Bahasa Arab diMalaysia

advertisement
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia: Tinjauan Literatur Mengenai Tahap
Penguasaan Bahasa
Karnarul Shukri Mat Teh
Mohd Hazli Yah @ Alias
Pendahuluan
Bahasa Arab sering kali dilihat sebagai suatu bahasa yang tidak dapat dipisahkan daripada
masyarakat Melayu umumnya dan umat Islam di Malaysia khususnya. Perbendaharaan kata
bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab. Tulisan Jawi pula dilahir dan digunakan
di Nusantara hasil daripada proses asimilasi karakter tulisan bahasa Arab. Paling kurang, umat
Islam dianggap menggunakan bahasa Arab sarna ada di dalam solat atau ketika membaca alQur'an. Kesemua ini dilihat sebagai antara faktor yang menjadikan pendidikan bahasa Arab di
Malaysia begitu penting dan suatu perkara yang perlu dipertahankan.
Lintasan Sejarah
Bahasa Arab telah sampai ke Malaysia sejak kurun ke-13 Masihi bersama dengan kedatangan
Islam (al-Attas, 1984). Penemuan Batu Bersurat di Hulu Terengganu yang ditulis pada tahun
22 Februari 1303 Masihi (4 Rejab 702 Hijrah) merupakan petunjuk penting tentang permulaan
kedatangan Islam ke rantau ini. Dengan kata lain, kedatangan Islam ke Malaysia adalah lebih
awal daripada tarikh tersebut. Meskipun tiada sebarang catatan yang menunjukkan pengajaran
bahasa Arab di Tanah Melayu berlaku secara formal pada era tersebut, tetapi pembelajaran
bahasa Arab secara tidak formal diyakini telah berlaku. Hal ini merujuk kepada kewujudan
banyak perkataan Arab yang digunakan oleh masyarakat Melayu ketika itu, seperti: sultan
(pemerintahan), wazan (ekonomi dan perdagangan), nikah (sosial) dan sebagainya (Hassan
Basri,2003).
Dalam konteks pendidikan bahasa Arab yang boleh didokumentasikan, ia bermula sebelum
merdeka melalui institusi pondok. Sistem ini dipercayai berasal daripada sistem pendidikan di
Mekah. Ini memandangkan sukatan pelajarannya mirip kepada perkara yang dipraktikkan di
Mekah dan kebanyakan gurunya mendapat pendidikan di sana. Kewujudan pengajian pondok
ini boleh digalurkan sejak zaman Kerajaan Pasai, Melaka, dan Acheh terutamanya pada abad
ke 17 Masihi (Shafie, 1984). Kemudian ia menjadi sistem pengajian yang popular dalam
masyarakat tradisi terutamanya pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi. Bahasa
Arab merupakan salah satu mata pelajaran teras di institusi tersebut. Cumanya, pengajaran
adalah lebih tertumpu kepada Nahu dan Sarf, manakala komponen lain, iaitu Balaghah,
Sastera dan Insya' tidak diberi perhatian. Kaedah nahu dan terjemahan merupakan kaedah
pengajaran yang digunakan secara meluas. Penyampaian pelajaran dilakukan secara lisan
berdasarkan teks kitab tanpa sebarang alat bantu mengajar yang boleh menyegerakan
kefahaman. Penghafalan merupakan orientasi pembelajaran yang sang at dititikberatkan.
91
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, kedudukan dan kepentingan bahasa Arab
mula terancam dan terabai. Pendidikan Islam turut mengalami nasib yang serupa. Hal ini
disebabkan daripada kesan politik peninggalan penjajah British. Lebih malang lagi, pondokpondok mula berkurangan dengan matinya "tok guru" tanpa pengganti yang berkaliber. Pada
tahun 1970-an timbul satu gelombang besar yang dikenali sebagai era kebangkitan Islam.
Masyarakat Islam ketika itu ingin melihat ajaran Islam didaulatkan semula. Justeru, mata
pelajaran Pengetahuan Agama Islam telah diperkenalkan di sekolah-sekolah dan seterusnya ia
membawa kepada penubuhan institusi pengajian Islam tinggi. Serentak dengan itu, bahasa
Arab mula diberi perhatian kerana ia merupakan "medium" penguasaan ilmu agama.
Bahasa Arab dalam Sistem Pendidikan Kerajaan
Akta Pendidikan 1996 telah menjelaskan status bahasa Arab di Malaysia sebagai salah satu
bahasa asing bersama dengan bahasa Jepun, Jerman, atau Perancis yang boleh ditawarkan di
sekolah-sekolah jika didapati munasabah dan praktik untuk berbuat sedemikian (JAPIM,
2002). Oleh itu, mana-mana sekolah yang mempunyai kemampuan dari segi personel dan
prasana pengajaran dan pembelajaran adalah layak untuk menawarkan kursus bahasa Arab. Di
samping itu, menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, mata
pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dikategorikan sebagai Mata Pelajaran Tambahan,
dan Bahasa Arab Tinggi (BAT) pula diletakkan sebagai Mata Pelajaran Elektif dalam
Kumpulan Kemanusiaan
(JAPIM 2002). Ini bererti para pelajar tidak diwajibkan
mengambilnya dan tidak diwajibkan lulus dalam peperiksaan. Melalui sistem pendidikan
kerajaan, kursus bahasa Arab telah ditawarkan di empatjenis institusi:
I.
Kementerian
Pelajaran
menawarkan
kursus terse but di sekolah-sekolah
menengah yang meliputi sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA - mulai 1977), beberapa sekolah menengah biasa
melalui Kelas Aliran Agama (KAA - mulai 1988) dan kini di sekolah-sekolah
rendah.
2.
Pentadbiran Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam atau Majlis Agama
Islam menawarkan kursus Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama
egeri
(SMAN) dan Sekolah Rendah Arab Bersepadu (SRAB).
3.
Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menerima bantuan dari Yayasan, Pejabat
Zakat dan Majlis Agama Islam.
4.
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sarna ada universiti atau kolej yang mendapat
kuasa "autonorni" dari Kementerian Pengajian Tinggi.
Sesetengah Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat telah pun
didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK). Ia merupakan satu usaha kerajaan untuk membantu dan memperkasakan
sekolah-sekolah agama di Malaysia. Rancangan ini pernah dicadangkan pad a tahun 2002 oleh
YB Menteri Pelajaran, dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada
Ogos 2004. SABK diwujudkan dengan tujuan untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan
92
Pendidikan
DP. Jifid 8, Bil. 2/2008
Bahasa
pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sumber manusia, serta prasarana dan
kemudahan. Sekolah-sekolah tersebut ditadbir oleh KPM dan menerima pelbagai kemudahan.
Manakala pemilikan tanah dan bangunan serta kurikulum agama negeri masih dikekalkan
(JAPIM,2007a).
Selain itu, terdapat beberapa institusi lain yang menawarkan kursus bahasa Arab. Institusi
tersebut seperti Maktab Rendah Sains Mara, sekolah-sekolah swasta, madrasah dan pondok.
Pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti Taman Asuhan Kanak-kanak Islam dan
Pusat Asuhan Tunas Islam juga mula menawarkan kursus bahasa Arab di peringkat
prasekolah (Dangiran, 2004). Di samping itu, pertubuhan, masjid dan seumpamanya turut
menganjurkan kursus bahasa Arab untuk orang ramai.
Kurikulum Bahasa Arab telah digubal secara rasmi mulai I Januari 1977 dengan pengambilan
sebelas buah sekolah menengah agama kerajaan negeri daripada pentadbiran Majlis atau
Jabatan Agama Islam Negeri (JAPIM, 2002). Selain itu, Kementerian Pelajaran juga turut
membina sekolah-sekolah menengah agama yang baru dan diberi nama Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA). Sehingga kini terdapat lebih 56 buah SMKA di seluruh negara.
Ini diikuti dengan pembukaan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah-sekolah menengah
kebangsaan harian pada tahun 1988. Kini terdapat lebih 400 buah sekolah menengah
kebangsaan harian yang menawarkan KAA.
Pada tahun 1981, Bahagian Pendidikan Islam (dulunya JAPIM) telah menyediakan dua
Sukatan Pelajaran (SP) Bahasa Arab; satu SP telah digunakan di semua SMKA dan satu lagi
digunakan di SBP terpilih. Kandungan SP tersebut lebih mengutamakan
penguasaan
morfologi dan sintaksis dengan harapan utama untuk membolehkan murid-rnurid memahami
teks asas al-Qur'an dan al-Sunnah,
Usaha memantapkan buku teks bahasa Arab dengan menggunakan pendekatan komunikatif
telah dimulakan pad a tahun 1986. Manakala buku panduan guru untuk buku teks tersebut pula
mula ditulis pada tahun 1988. Proses penulisan buku-buku tersebut telah dilakukan di bawah
pengawasan pakar-pakar bahasa Arab dari The Islamic Educational, Scientific and Cultural
Organization (ISESCO).
Dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM), maka Kurikulum Bahasa Arab turut digubal semula. Mulai tahun 1991, SP ini
dilaksanakan di semua SMKA, KAA, dan SBP. Pada 12 Jun 1991, Jawatankuasa Kurikulum
Pusat (JKP) telah mengubah nama mata pelajaran Bahasa Arab kepada Bahasa Arab
Komunikasi (BAK). Selain itu, JKP juga telah meluluskan mata pelajaran baru iaitu Bahasa
Arab Tinggi (BAT) untuk dilaksanakan mulai 1992.
Pada tahun 1999, SP dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Komunikasi dan
Bahasa Arab Tinggi disemak semula untuk dilaksanakan mulai tahun 2003. Penyemakan
semula yang berbentuk penyesuaian dan bukan rombakan kurikulum ini telah mengambil kira
pemberatan kandungan kurikulum; keseimbangan antara akademik dan bukan akademik;
keperluan peperiksaan setara dengan kurikulum; tidak terlalu ideologikal; penekanan kepada
kreativiti, estetik, sains dan teknologi. Seterusnya pada tahun 2000, SP dan HSP Bahasa Arab
93
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Komunikasi (gubalan tahun 1989) dan SP Bahasa Arab Tinggi (gubalan tahun 1990) telah
disemak dan digubal semula oleh Unit Bahasa Arab, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam
dan Moral.
BAK yang ditawarkan di sekolah menengah bermatlamat kepada membolehkan murid
menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mend engar, bertutur, membaca, dan menulis
dengan memberi perhatian kepada kemah iran bertutur, menguasai perbendaharaan kata, dan
meningkatkan kepekaan mereka bagi menggunakannya dengan tepat, serta meningkatkan
penghayatan akhlak mulia dan nilai-nilai mumi. Manakala BAT pula ditawarkan di peringkat
menengah atas dengan matlamat memberi ruang untuk menghargai dan memartabatkan bahasa
Arab sebagai bahasa al-Qur'an aI-Karim dan bahasa ilmu untuk menguasai maklumat, dan
kemahiran berbahasa supaya dapat memahami teks dan bahan-bahan rujukan Arab dalam
pelbagai situasi serta mampu menggunakannya dengan tepat di samping memperluaskan
pengetahuan dan menikmati keindahan berbahasa.
Pelaksanaan kurikulum BAK untuk sekolah rendah di Malaysia adalah baru diperkenaIkan
berbanding dengan peringkat sekolah menengah. Pada tahun 1997 kurikulum BAKSK
dilaksanakan secara projek rintis dengan melibatkan 97 buah sekolah terpilih di seluruh
negara. Kemudian ia dilaksanakan secara rasmi pada tahun 1998. Sehingga 31 Disember 2002,
sebanyak 910 buah sekolah telah mempunyai kelas bahasa Arab yang merangkumi 5,828 kelas
dengan seramai 172,941 orang murid dan 779 orang guru (JAPIM 2003a, 2003b). Seterusnya
pada tahun 2003, BAK telah dilaksanakan sepenuhnya di sekolah kebangsaan.
Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia mempunyai mas a depan yang cerah. Sebelum ini,
status Bahasa Arab di sekolah rendah adalah sebagai mata pelajaran bahasa tambahan yang
diajar secara terpilih dan terhad. Melalui Program Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardu
Ain (j-QAF) kesemua pelajar Islam berpeluang untuk mempelajari Bahasa al-Qur'an.
Program j-QAF yang diilharnkan oleh YAB Perdana Menteri pada akhir tahun 2003 ini telah
dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2005 yang melibatkan sebanyak 1221 buah (dari
keseluruhan 7634 buah) sekolah dengan 4861 buah kelas dan seramai 141 725 orang murid.
Pada tahun 2010 program tersebut akan melibatkan 100 peratus (7835 buah) sekolah dan
melibatkan kesemua tahun persekolahan. Namun begitu, terdapat sebahagian negeri akan
melaksanakan keseluruhan program j-QAF sebelum tarikh tersebut, iaitu antara tahun 2008
dan 2009 (JAPIM 2004, 2007b, 2007c). Meskipun bahasa Arab dilihat sebagai salah satu dari
empat komponen j-QAF, namun ketiga-tiga komponen lain amat menyumbang ke arah
pemerolehan bahasa. AI-Qur'an diajar dalam bahasa Arab, manakala pelajaran Jawi pula
berkaitan dengan penulisan huruf Arab. Hal ini amat membantu pelajar dalam meningkatkan
kemahiran-kemahiran
bahasa. Fardhu Ain pula sedikit sebanyak dapat meningkatkan
perbendaharaan kata bahasa Arab pelajar.
Senario di atas menunjukkan bahawa pendidikan bahasa Arab di Malaysia bukan sahaja
mempunyai sejarah yang panjang dan kukuh berakar umbi di bumi Malaysia, malah ia
mempunyai masa depan yang amat cerah dan menyakinkan. Kerajaan telah memainkan
peranan yang sangat efektif dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran
94
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
bahasa Arab. Manakala masyarakat Islam pula mempunyai minat dan kesedaran yang tinggi
tentang kepentingan pembelajaran bahasa tersebut (Ernie Suliana Md Sharif & Zahiyah Abu
Bakar 2005; Hassan Basri Awang Mat Dahan 2006; Norshidah Mobd Mobamad Salleh &
Sbamsina Sbamsuddin 2006; Azhar Hj. Ahmad et al. 2008).
Pencapaian
Pelajar
Meskipun bahasa Arab telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan semenjak
dua dekad lalu, namun tahap kemahiran dan penguasaan bahasa ini masih menjadi
perbincangan dan persoalan pelbagai pihak sarna ada mereka yang terlibat di peringkat
persekolahan mahupun di peringkat pengajian tinggi (Kamarulzaman Abdul Ghani & Nik
Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2005; Zainur Rijal Abdul Razak & Rosni Samah, 2006). Malah
beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab di Malaysia masih lagi tidak mencapai matlamat dan objektif sebenar (Kamarulzaman
Abdul Ghani et al., 2002). Ini adalah sesuatu yang begitu mengecewakan kita kerana
pembelajaran bahasa Arab kini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan
moden yang boleh membantu melicinkan proses pembelajaran
di samping kaedah
pengajarannya yang semakin tersusun
Analisis keputusan Babasa Arab Komunikasi PMR bagi tahun 1997, 1998, dan 1999
menunjukkan peratus pelajar yang memperoleh pencapaian lemah dan gagal adalah besar.
Pada tahun 1997, peratus pelajar yang mendapat gred D dan E adalah sebanyak 36.3 peratus
(2031 orang). Kemudian pad a tahun 1998, peratus terse but menurun sedikit kepada 32.3
peratus (2100 orang). Pada tahun 1999, peratus tersebut meningkat kepada 33.6 peratus (2498
orang) (JAPIM 2000). Peratus pelajar yang berpencapaian lemah dan gaga I agak tinggi jika
diukur dengan tahap pencapaian mereka semasa dipilih memasuki SMKA iaitu 5A atau
sekurang-kurangnya 4A IB dalam UPSR. Kajian Misnan Jemali (1999) mendapati pencapaian
BAK pelajar dalam PMR adalah tidak memberangsangkan. Profit responden yang diperoleh
menunjukkan 66 peratus pelajar memperoleh pencapaian sederhana, lemah, dan gaga!.
Keputusan SPM untuk tahun 2000 mencatatkan penurunan prestasi pada peringkat lulus
sebanyak lima peratus dalam subjek BAK (88.1 peratus) berbanding pencapaian pada tahun
1999 sebanyak 93.1 peratus. Manakala pada tahun 2002, subjek BAT pula mengalami
penurunan sebanyak tiga peratus dalam prestasi kelulusan berbanding tahun 200 I (96.1
peratus). Keputusan-keputusan
ini membayangkan kelemahan pelajar secara amnya dalam
penguasaan bahasa Arab (Kamarulzaman Abdul Ghani & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
2005).
Hasil kajian yang dijalankan ke atas beberapa buah sekolah Arab di peringkat menengah atas
menunjukkan majoriti pelajar adalah lemah dalam kemah iran bertutur atau berkomunikasi
dalam bahasa Arab. Walaupun di sana terdapat sebahagian kecil pelajar sekolah Arab di
seluruh Malaysia yang mempunyai
kecekapan bertutur serta kecekapan
lain yang
membanggakan. Namun begitu, bilangan yang berjaya am at kecil berbanding denganjumlah
95
DP. Jifid 8, Bil. 2/2008
Pendidikan Bahasa
keseluruhan pelajar yang mengambil jurusan bahasa Arab atau yang berkaitan dengannya.
Kejayaan kecil ini tidak boleh menjadi ukuran bagi membuktikan kejayaan kurikulum yang
dipakai, kecekapan guru yang mengajar, dan kesesuaian teknik pengajaran atau perkara lain
yang berkaitan dengan ilmu pedagogi. Faktor individu serta suasana keluarga yang boleh
berbahasa Arab atau inisiatif keluarga adalah penggerak utama ke arah kejayaan mereka
(Saupi Man 2003).
Kajian Abdul Ghani Jalil (1993) yang meninjau tentang masalah Pengajaran dan Pembelajaran
bahasa Arab di Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak mendapati minat pelajar terhadap
bahasa tersebut adalah sederhana. Mereka kurang menggunakan bahasa Arab di luar kelas,
kurang membuat rujukan bahasa Arab, dan kurang berkebolehan bertutur dalam bahasa
tersebut. Dapatan ini bertepatan dengan hasil kajian Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff(1999) dan
Nasimah Haji Abdullah (2006) yang menunjukkan penggunaan bahasa Arab tidak berada pada
tahap yang membanggakan dan ia menjadi salah satu faktor yang menyumbang ke arah
kemerosotan penguasaan bahasa.
Che' Pee Che' Hanafi (1991) mendapati antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah
kekurangan perbendaharaan kata dan tidak dapat membina struktur ayat dengan baik.
Menurut Wan Abrisam Wan Ahmad (2002) dan Salma Endut (2003) kemerosotan yang ketara
berIaku pad a soalan karangan. Laporan prestasi BAK PMR 2002 menunjukkan tahap
penulisan karangan calon adalah di tahap sederhana. Kajian Ishak (1994) mendapati pelajar
kurang menggunakan
kamus. Selepas sepuluh tahun, kajian Syakirah (2004) masih
menunjukkan tahap penggunaan kamus dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa
Arab adalah sederhana.
Tahap kemah iran berbahasa dalam kalangan para pelajar yang telah menamatkan pelajarannya
di sekolah menengah adalah rendah. Mereka masih gaga I membaca dengan betul dari segi
tatabahasa, dan sebutan huruf, serta tidak mampu membina ayat yang betul mengikut kaedah
sebenar bahasa Arab (Ishak Rejab 1992). Raja Mohd Fauzi Raja Musa et al. (1999) mendapati
tahap kebolehan dan kefahaman membaca dalam kalangan para pelajar sekolah agama di
Negeri Sembilan berada di tahap lemah. Hasmidar (2000) dalam kajian mengenai kemah iran
membaca di SMAP Kajang mendapati para pelajar berada di tahap yang lemah. Nik Mohd
Rahimi Nik Yusoff dan Kamarulzaman Abdul Ghani (2002) pula mendapati tahap kefahaman
bacaan dalam kalangan pelajar di Kelantan adalah sederhana.
Masalah kelemahan bahasa Arab ini tidak terhenti di peringkat persekolahan sahaja. Malah ia
memberi kesan kepada pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Sedangkan pembelajaran
yang melibatkan Pengajian Islam dan bahasa Arab di peringkat ini memerlukan tahap
kemah iran dan penguasaan yang tinggi. Tambahan pula, seperti yang dinyatakan oleh Anwar
Zainal Abidin (1993: 197): Bahasa Arab dapatlah dianggap sebagai "nyawa" kepada pengajian
Islam, terutama pada peringkat tinggi. Seorang pelajar sepatutnya tidak layak dikumiakan
ijazah sarjana muda dalam pengajian Islam, lebih-lebih lagi ijazah yang lebih tinggi, tanpa
membuktikan kebolehan dan penguasaannya dalam bahasa Arab, sekurang-kurangnya
dari
segi membaca dan memahami sumber-sumber pengajiannya dalam bahasa tersebut.
96
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Faisal Othman (1993) menyatakan masalah besar yang dihadapi oleh Fakulti Pengajian Islam,
UKM ialah kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajarnya. Akibatnya,
objektif ideal fakulti tidak dapat dicapai kerana adanya hambatan penguasaan bahasa tersebut.
Padahal, bahasa Arab adalah syarat mutlak bagi kesarjanaan pengajian Islam. Pemantapan
pelbagai cabang ilmu dalam pengajian Islam sangat bergantung kepada penguasaan bahasa
Arab. Sekiranya bahasa Arab dapat dikuasai dengan baik maka adalah mudah untuk
mencorakkan pengajian, mengembangkan pengetahuan,
membentuk pemikiran pelajar dan
mempercepatkan proses pembudayaan ilmu. Pendapat ini disokong oleh kajian Abdul Hamid
Abdullah dan Embong Mohamad (1993) ke atas para pelajar Diploma Pengaj ian Islam di
Universiti Darul Iman Malaysia kampus KUSZA. Meskipun pelajar mendapat kepujian dalam
bahasa Arab SPM tetapi mereka masih menghadapi kesukaran untuk mengikuti pengajian
diploma dan memerlukan kemah iran berbahasa yang lebih tinggi.
Berdasarkan pengalaman lama sebagai pensyarah dan pemeriksa kertas subjek bahasa Arab
STPM, Osman (1990) berpendapat fenomena kemerosotan keupayaan bahasa dalam kalangan
para pelajar telah berlaku sehingga kemampuan bahasa dalam kalangan pelajar IPT menuju
kearah kejatuhan dari setahun ke setahun. Anwar Zainal Abidin (1993) melihat mereka tidak
mampu menulis dan bertutur dalam bahasa Arab dengan baik serta kebolehan membaca dan
memahaminya juga menjadi tanda tanya.
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Fakulti Pengajian Islam, UKM telah
menjalankan kajian untuk mengetahui jumlah perbendaharaan kata bahasa Arab yang dimiliki
oleh pelajar-pelajar yang diterima masuk ke Fakulti Pengajian Islam. Kajian menunjukkan
bahawa bilangan perbendaharaan kata yang ada pad a mereka adalah di sekitar antara 500
hingga 1000 perkataan. Padahal mengikut sukatan pelajaran bahasa Arab, para pelajar
sepatutnya telah dapat menguasai sejumlah 2000 perbendaharaan kata di peringkat menengah
rendah dan 3000 perkataan di peringkat menengah atas. Oleh itu, para pelajar yang lulus SPM
sepatutnya mempunyai perbendaharaan kata bahasa Arab antara 3000 hingga 5000 perkataan.
Memandangkan mutu pencapaian bahasa Arab dalam kalangan sebahagian besar pelajar yang
diterima masuk ke universiti berada di bawah tahap yang dijangkakan, maka timbullah
kerumitan dalam kalangan para pelajar untuk mengikuti kursus yang disampaikan dalam
bahasa Arab sehingga kadang-kadang
menyebabkan
pensyarah terpaksa memberikan
huraiannya dalam bahasa Melayu (Osman Haji Khalid 1993).
Kajian Nasimah Hj. Abdullah (2006) ke atas 74.3 peratus pelajar Diploma Pengajian Islam
(Bahasa Arab) Kolej Universiti Islam Selangor mendapati majoriti pelajar berminat dengan
pengajian bahasa Arab, tetapi minat tersebut tidak seiring dengan usaha mereka. Kebanyakan
mereka kurang berinteraksi dengan rakan dan pensyarah, dan kurang membaca bahan bacaan
dalam bahasa Arab. Kajian Ab. Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2006) ke
atas para pelajar Sarjana Muda bahasa Arab di UPM, UKM, USIM, UIAM, dan UM
mendapati kurang daripada separuh responden (n = 130 orang) suka membaca bahan bercetak
atau mengakses maklumat internet berbahasa Arab. Budaya penggunaan bahasa Arab dalam
aktiviti harian mereka adalah terlalu kurang. Masalah ini boleh dikaitkan dengan perasaan
malu, rendah diri, tidak yakin, takut melakukan kesalahan, dan takut ditertawakan ketika
mempraktikkan bahasa Arab.
97
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Pendidikan Bahasa
Guru bahasa Arab turut dikenal pasti sebagai penyebab kelemahan penguasaan bahasa
meskipun tempoh pembelajaran adalah mencukupi. Mereka berkecenderungan menggunakan
kaedah pengajaran yang berpusatkan guru serta kurangnya penglibatan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam aktiviti kemah iran bahasa dalam kelas (Ab.
Halim Mohamad 2005; Azhar Hj. Ahmad et al. 2008; Kamarulzaman Abdul Ghani et al.
2002). Mereka tidak dapat memahami dengan baiknya pendekatan pengajaran Bahasa Arab
Komunikasi dan kemahiran-kemahiran berkaitan (Jefridin Pilus 2002).
Kesimpulan
Kajian ini menunjukkan bahawa pendidikan bahasa Arab di Malaysia adalah semakin
berkembang dan usaha memperkukuhkan
bidang tersebut telah dilakukan dengan gigih.
Namun begitu, tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan para pelajar sarna ada di
peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi sering kali mengundang kegelisahan
dan kegusaran dalam kalangan mereka yang terlibat dengan pendidikan bahasa Arab. Ini tidak
termasuk tahap pencapaian bahasa Arab para pelajar di institusi pendidikan bukan kerajaan
yang sesetengahnya tidak mempunyai sistem pentaksiran yang sistematik. Masalah kelemahan
penguasaan bahasa ini dilihat terus berlaku dan ia memerlukan penyelesaian yang konkrit.
Justeru, usaha-usaha bagi mempermudahkan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
hendaklah diberi perhatian. Tindakan proaktif serta inovatif dan barangkali sedikit agresif
amat ditagih agar pendidikan bahasa Arab di Malaysia bersifat dinamik dalam mencapai
matlamat pembelajaran. Tambahan pula, tujuan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak
lagi statik dengan hanya berorientasikan pengajian Islam atau linguistik tulen. Malah, ia telah
mengorak langkah untuk memenuhi keperluan politik, sosial dan ekonomi.
Teknik pengajaran kini melihat pelajar adalah sebagai penggerak utama bagi setiap program
pembelajaran yang dirancang. Setiap gerak kerja pembelajaran di dalam atau luar waktu
persekolahan akan dilakukan oleh pelajar. Guru hanya bertindak sebagai pengurus atau
pemudah cara yang berusaha menyediakan ruang dan peluang sebanyak mungkin untuk
pelajar menggunakan bahasa sarna ada ketika pembelajaran di dalam atau di luar kelas.
Justeru, pelajar merupakan unsur yang penting di samping kurikulum dan guru. Mereka adalah
peserta yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil pengajaran turut
bergantung kepada pelajar dari segi maklumat yang dimiliki, bentuk fikiran semasa
pembelajaran, dan tahap keaktifan proses kognitif mereka (Dansereau D.F. 1985). Oleh itu,
"pelajar" adalah merupakan domain yang harus diterokai dan dieksploitasi dengan sebaik
mungkin oleh mereka yang terlibat dalam pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Sudah sekian
lama tumpuan diberi terhadap kurikulum, metodologi pengajaran dan guru. Kini telah sampai
masanya perkara-perkara yang berkaitan dengan diri pelajar bahasa Arab diberi keutamaan.
Elemen-elemen seperti gaya, strategi, dan motivasi pembelajaran bahasa pelajar perlu diberi
perhatian (Kamarul Shukri Mat Teh et al. 2008). Kajian yang berkaitan dengannya hendaklah
dilakukan supaya ia dapat membantu dan mengoptimumkan kemahiran belajar dan tahap
penguasaan pelajar bahasa. Melalui cara ini, masalah kemerosotan pencapaian bahasa Arab
akan dapat dibendung.
98
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Rujukan
Ab. Halim Mohamad. (2005). Kelayakan guru bahasa Arab dalam pengajaran
Arab: satu kajian kes. Prosiding Wacana Pendidikan Islam, 323-333 siri 4.
bahasa
Ab. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. (2006). Antara minat dan sikap pelajar
terhadap bahasa Arab: satu kajian ke atas pelajar sarjana muda bahasa Arab di IPT A
Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam. 9-18.
Abdul
Ghani Jalil (1993). Masalah pengajaran
Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
dan pembelajaran
bahasa
Arab.
Tesis
Abdul
Hamid Abdullah & Embong Mohamad. (1993). Pendidikan Islam di KUSZA:
masalah dan prospek. Dim. Ismail Ab. Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd &
Mohd Yasin Muda (pnyt.). Isu-isu pendidikan Islam di Malaysia: cabaran dan
harapan, him. 210-217. Kuala Terengganu: Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.
Anwar Zainal Abidin. (1993). Pengajian Islam: satu pandangan lain. Dim. Ismail Ab.
Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd & Mohd Yasin Muda (pnyt.).Isu-isu
pendidikan Islam di Malaysia: cabaran dan harapan, him. 191-200. Kuala
Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.
Azhar Hj Ahmad, Hossen Marip & Morsalin Pawi. (2008). Kajian tinjauan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah di negeri Sarawak.
Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 6, him. 635-645.
Che' Pee Che' Hanafi. (1991). Pelajar sekolah menengah agama: cabaran dan mas a hadapan.
Jurnal Pendidikan Islam 3: 13-16.
Dangiran Hj Mustapa (2004). Memperkasakan Pendidikan Islam. Kertas kerja Seminar Jawi,
al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu Ain- j-QAF Peringkat Kebangsaan. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur, 3- 5 Mac.
Dansereau, D. F. (1985). Learning strategy research. Dim. J.W. Segal, S. F. Chipman & R. C.
Glacer (pnyt.). Thinking and learning skills: relating learning to basic research, him.
209-240. Hillsdale: Erlbaum.
Ernie Suliana bt. Md Sharif, & Zahiyah bt. Abu Bakar, (2005). Permasalahan pengajaran
Bahasa Arab di sekolah menengah agama kerajaan di Terengganu: tinjauan terhadap
persepsi guru pelatih program Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan KUSZA sesi
Mei 2004. Kertas Projek Diploma. Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.
99
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Faisal Othman. (1993). Pengajian Islam di pusat pengajian tinggi: pengalaman Fakulti
Pengajian Islam, UKM. Dim. Ismail Ab. Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd &
Mohd Yasin Muda (pnyt.). Isu-isu pendidikan Islam di Malaysia: cabaran dan
harapan, him. 210-217. Kuala Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.
Hasmidar Abdul Saltar. (2000). Kemahiran membaca teks autentik bahasa Arab: kajian
khusus di SMAP Kajang. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan Basri A wang Mat Dahan. (2006). Peranan bahasa Arab sebagai pemangkin peradaban
ummah. Kertas kerja Wacana Pendidikan Islam Siri 5. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, 5-6 Ogos.
Hassan Basri Awang Mat Dahan. (2003). Perkaedahan pengajaran bahasa Arab di Malaysia:
antara tradisi dan inovasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, him. 164 - 175.
Ishak Rejab. (1992). Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia.
Dim. Ismail Ab. Rahman (pnyt.). Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit
UKM.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2000). Laporan perangkaan sebenar bilangan kelas dan
murid-murid kelas aliran agama sekolah menengah tahun 2000. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Kertas dasar kurikulum semakan bahasa Arab
komunikasi & bahasa Arab tinggi di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral. (2004). Al-manhaj al-mutakamil lil madaris al'ibtida'iyyah al-manhaj al-dirasi al-lughah al-iarabiyyah al-ittisaliyyah 2004 KBSR.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2007a). Status terkini dan penyelarasan tugas mengurus
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Kertas kerja Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Antara Kementerian Pelajaran Malaysia Dan
Pihak Berkuasa Agama Negeri. Hotel Quality, Kuala Lumpur. 15 Mei 2007.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2007b). Buku panduan dasar, pelaksanaan dan pengurusan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2007c). Buku panduan perlaksanaan model-model pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulumj-QAF
tahun 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
100
Pendidikan Bahasa
Jefridin
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Pilus. (2002). Penggunaan pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa
Arab Komunikasi: Satu kajian di SMAP Labu. Kertas Projek Sarjana. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kamarul Shukri Mat Teh, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi & Zarnri
Mahamod (2008). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa berdasarkan tahap
pencapaian Bahasa Arab Komunikasi. Proceedings of 3rd International Language
Learning Conference, him. 209-222.
Kamarulzaman
Abdul Ghani & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff.
(2005). Menilai
kebolehbacaan
buku teks bahasa Arab Tinggi: ke arah meningkatkan kemah iran
membaca pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 4, him. 345-354.
Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak & Mohd Amin Embi. (2002). Tahap
profesionalisme guru pendidikan Islam dan bahasa Arab di sekolah menengah agama
negeri (SMAN) di Kelantan. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan,
hlm. 497-509.
Misnan Jemali. (1999). Hubungan an tara gaya pembelajaran dengan pencapaian BAK sekolah
menengah di Perak. Kertas projek sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nasimah Hj Abdullah (2006). Permasalahan dalam pembelajaran bagi pelajar diploma pengajian Islam (bahasa Arab) di KUIS dan cara mengatasinya. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 5, him. 199-208.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (1999). Bahasa Arab untuk kemah iran komunikasi: satu kajian
tentang periaksanaannya dan cabaran pengajaran dan pembelajaran di abad ke 21.
Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara, him. 226-236.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman Abdul Ghani. (2002). Faktor-faktor yang
mempengaruhi
keberkesanan penguasaan kemah iran kefahaman bacaan bahasa
Arab di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah agama: kajian di
negeri
Kelantan. Laporan penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norshidah Mohamad Salleh & Shamsina Shamsuddin.
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Prosiding
him. 231-239.
(2006). Pengajaran
Wacana Pendidikan
bahasa Arab
Islam Siri 5,
Osman Khalid. (1990). Ta'lim al-lughah al-farabiyyah fi jamiah al-mahalliyah: qadiyah aljamiah al-qataniyyah. Kertas kerja Seminar Peningkatan Pengajaran Bahasa Arab.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, 25-28 Ogos.
101
Pendidikan Bahasa
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008
Osman Hj Khalid. (1993). Pengajian bahasa Arab di sekolah-sekolah dan pus at pengajian
tinggi di Malaysia. DIm. Ismail Ab. Rahman, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd & Mohd
Yasin Muda (pnyt.). Isu-isu pendidikan Islam di Malaysia: cabaran dan harapan,
hLm. 210-217. Kuala Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.
Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Mowafak Abdullah Ahmad & Mohamed Amin Embi.
(1999). The acquisition of Arabic reading skills among religious secondary school
students. Laporan akhir penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Salma Endut. (2003). Faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan kemah iran menulis
karangan bahasa Arab di kalangan pelajar di dua buah sekolah menengah agama.
Kertas Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saupi Man. (2003). Tuntutan-tuntutan as as pengajaran bahasa Arab Komunikasi
Negara Arab. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 3, hIm. 263-275.
Shafie Abu Bakar. (1984). Kearah pembaikan dan pengembangan
Jurnal Pendidikan Islam 2: 24-44.
di luar
sistem pondok di Malaysia.
Syakirah Mohd Razman. (2004). Penggunaan kamus dalam pembelajaran BAK: satu tinjauan
di kalangan pelajar tingkatan tiga di empat buah SMKA. Kertas Projek Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Abrisam Wan Ahmad. (2002). Tinjauan sikap pelajar terhadap BAK di sekolah-sekolah
daerah Machang, Kelantan. Kertas Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainur Rijal Abdul Razak & Rosni Samah. (2006). Cabaran dan halangan penguasaan bahasa
Arab di kalangan pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 5, him. 357-362.
102
Download