PENDAHULUAN Sosiolinguistik, berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistik plus. Kita mudah dapat menyemak bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok,sektor sosiol, perhubungan dan perbezaan- perbezaan dari segi bahasanya. Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik. Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan,termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi penger- tian-pengertian umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982:50). Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-bentuk lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang – kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik). Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati, dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968:6). Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. Selain daripada itu kita juga sering kali tanpa disadari, merubah cara berbicara tergantung pada siapa lawan bicara. Ini pun tergantung pula pada keakraban orang yang dilawan berbicara, dan suasana sekelilingnya sewaktu proses percakapan berlangsung. Cara kita berbicara dengan anak, isteri, suami di rumah tetulah berbeza daripada cara berbicara di tempat umum. Lebih penting lagi, kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang diujarkan oleh seseorang, tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan, terutama pada pertemuan pertama. Hal-hal seperti ini dulu dianggap kurang penting bagi kajian linguistik. Ini terjadi demikian kerana kajian bahasa secara tradisional pada masa lalu adalah terlampau memberi tumpuan kepada bentuk bahasa tulisan. Akibatnya linguistik dan sosiologi menjadi terpisah dari yang lainya. Linguistik khususnya di Amerika, menurut, Fishman (1968: 7), sehingga pertengahan pertama abad kedua puluh adalah "disiplin normal" yang hampir sejajar dengan matematik yang abstrak. Ia memberi tumpuan keanalisis struktur bahasa, dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan menyesatkan. Pada pertengahan tahun 1960-an pula, ada penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuwan Amerika akan hubungan-hubungan yang tidak boleh dipisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial (Loveday 1982: 2). Khusunya, istilah sociolinguistics baru muncul pada tahun 1952 dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya diselidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat (dalam Dittmar1976:127). Ada juga sejak dahulu pendekatan yang meminati linguistik antropologi, namun ia masih menganggap bahasa dan kebudayaan sebagai keseluruhan yang sifatnya monolitik, walaupun ada perhubungan antara satu sama lain (Fishman 1968: 7). Maka dapatlah disimpulkan bahawa sosiolinguistik adalah satu pendekatan yang akan membuat bidang ssiolinguistik ini sebagai satu bidang mikrolinguistik yang menjadi manusiawi dan sosiologikal. Tentu sekali kita dapat mmerasakan bahawa hakikat bahawa bahasa itu bermakna dan berfungsi hanyalah wujud dan terasa pada pemasyarakatannya dalam perjalanan hidup sehari-hari? Istilah sosiolinguistik sering kali dikelirukan dengan istilahh sosiologi bahasa. Ada beberapa orang sarjana yang menganggapnya sama saja. Ada juga yang membezakannya, dan perbezaan tersebut hanyalah pada penumpuan kajian saja. Fishman melihat bahwa masyarakat lebih luas daripada bahasa, dan dengan demikian maka masyarakat yang menyajikan konteks, di sana segala perilaku bahasa akan dikaji. Yang lebih sejalan dengan pendekatan ini adalah sosiologi bahasa bukan sosiolinguistik, yang memberikan penekanan kepada sebaliknya. Dengan begitu sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial dalam skala besar yang saling bertimbal balik dengan bahasa dan dialek-dialek. Sebagai contoh dapatlah dikemukakan, misalnya: masalah menurunnya dan asimilasi bahasabahasa minoriti, perkembangan bilingualisme, perkembangan pembakuan bahasa dan perancangan bahasa negara-negara membangun. Sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa. Sosiologi bahasa pula mengkaji kesan bahasa terhadap masyarakatnya. Aspek-aspek ini boleh terdiri daripada norma dan nilai dalam masyarakat, harapan masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat. Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etngrafi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya: pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman1970:6 dan Labov 1977:183-184). Hal-hal di atas dapat disebut sebagai indikator-indikator sosiolinguistik, dan secara umumnya inilah yang diselidiki oleh sarjana sosiolinguistik. Ini dapat disimpulkan dalam lima perkara berikut: 1. Ada beberapa jenis kebiasaan atau konvensyen yang digunakan bagi menguruskan ujaran kita yang diorientasikan kepada tujuan-tujuan sosial. Dalam kenyataannya di sini terdapat struktur-struktur pembicaraan dan interaksi seperti misalnya dalam pembicaraan melalui telefon, bergurau, berbual kosong dan sebagainya. Mereka yang meminati bidang ini disebut ethnomethodologis, iaitu mereka yang mempelajari metod-metod dan alat-alat yang digunakan oleh kelompok-kelompok sosial untuk mencapai tujuannya. Mereka percaya bahwa kenyataan-kenyataan sosial tidaklah boleh diselesaikan melalui jadual-jadual statistik, tetapi pada kenyataannya dibangunkan dalam proses interaksi. Penyelidikan lain dalam bidang ini dan lebih berorientasi pada bidang linguistik, adalah bidang yang disebut sebagai analisis wacana. Kelompok lain yang berdekatan dengan analisis ini adalah ahli antropologi yang menganalisis pola-pola penyusunan pengajaran lisan atau oral message yang terkandung dalam ceritacerita dongeng, cerita-cerita rakyat, teka-teki dan upacara-upacara keagamaan dengan acuan pada masyarakat tempat semua itu berada. 2. Kajian bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh Bernstein mengenai perbezaan gaya ujaran kelas pertengahan dan kelas atasan masyarakat Inggeris. Tentulah penyelidikan mengenai alasan-alasan masyarakat yang menwujudkan perilaku bahasa begitu tidak terbatas pada perbezaan stail antara kelompok dalam suatu masyarakat, tetapi juga berkaitan dengan variasi komunikasi antara kelompokkelompok masyarakat bahasa' dan kelompok-kelompok etnik yang berbeza. Dalam hal ini Dell Hymes sosiolinguistik,iaitu: mengutarakan kecekapan konsep yangtermaktun berkomunikasi (communicative dalam istilah competence). 3. Variasi dan neka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya. Inilah yang merupakan gagasan inti bidang sosiolinguistik. Ini kelihatan seperti sama dengan perkara 2 di atas. Perbezaannya adalah pada tujuan-tujuannya yang lebih sosiologikal. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial, bermula daripada aksen (pelat) membawa kepada pemilihan kosa kata dan sistem gramatikal. Dalam masyarakat multilingual apa yang diucapkan mungkin menyajikan indikator status sosial si pembicara. Kenekaan linguistik ini merupakan satu topik penting dalam kajian sosiolinguistik. Perkara inilah yang dikaji oleh Trudgil (1974) bagi menunjukkan perbezaan-perbezaan sosial orang-orang Inggeris yang berasal dari Norway. 4. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah juga menjadi sasaran kajian sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise, secara rasmi menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Perancis. Begitu juga juga pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah dillakukan sebagai satu eksploitasi bahasa demi kepentingan politik. Malah, pemilihan bahasa, misalnya untuk menjadi bahasa nasional adalah persoalan yang menyangkut hal-hal politik, seperti menentukan bahasa asing untuk diajarkan di satu negara. Sebagai contoh keputusan bagi mengajarkan bahasa Maori kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand, pengajaran bahasa Rusia di negara-negara blok timur dan usaha memasukkan bahasa-bahasa peribumi ke dalam kurikulum sekolah di negaranegara Afrikal. Lebih rapat dengan kita adalah keputusan memilih bahasa Melayu menjadi bahasa Nasional Indonesia sebagai yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda yang mempunyai bilangan penutur yang jauh lebih ramai. Contoh di atas erat kaitannya terutama dengan kebijaksanaan dalam pendidikan; dan ini semua dalam sosiolinguistik lazim disebut sebagai perancangan taraf bahasa. Menurut Fishman yang mengkaji masyarakat multilingual, hal ini sering dihubungkan dengan tokoh atau pelopor sesebuah masyarakat multilingual. 5. Aspek-aspek sosial dalam bilingualisme dan multilingualisme adalah juga penting dalam kajian sosiolinguistik. Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di berbagai negara, biasanya melibatkan nada-nada politik yang berkaitan dengan pengakuan atau penerimaan bahasa oleh kelompok tersebut. Penyelidikan lainnya adalah mengkaji cara bukan penutur asli bergantiganti menggunakan bahasa tertentu untuk satu kegiatan dan yang satu lagi untuk kegiatan lain. Fenomena ini disebut sebagai code switching. Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalam meminjam perkataan-pekataan asing. Ada pula yang menyelidiki sejauh mana seseorang bilingual atau multilingual taat kepada bahasa yang dikuasainya, ditinjau dari segi sosiologi mahupun psikologi. Dalam kelima-lima perkara di atas, ahli sosiolinguistik sudah tentu mempunyai pendekatan dan teori yang berbeza antara satu dengan yang lain. Mungkin ada yang memberi penekanan kajiannya kepada linguistiknya, sosiologinya atau psikologinya. Akan tetapi semuanya relatif, bermula daripada andaian yang sama bahawa sosiolinguistik mengkaji cara-cara atau bagaimana bahasa berinteraksi dengan masyarakat. Ia adalah satu kajian cara bagaimana struktur bahasa berubah sebagai respons terhadap fungsi-fungsi sosial yang beraneka ragam, dan batasan dari fungsi-fungsi ini (Crystal 1971: 252) .Akhirnya perlu juga dicatat bahawa konferens pertarna dalam sosiolinguistik berlangsung di University of California di Los Angeles pada tahun 1964. Salah satu hasil daripada konferens itu dirumuskan oleh Dittmar (1976 :128) dalam tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik, iaitu:1. Identiti sosial penutur,2. Identitas sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi,3. Lingkungan sosial termpat peristiwa ujaran terjadi,4. Analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek-dialek sosial,5. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk-bentuk perilaku ujaran,6. Tingkatan neka atau ragam linguistik, dan7. Penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik. ISU PERBINCANGAN Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan bersifat multilingual. Tiga golongan kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini dapat menuturkan pelbagai bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin, Kantonis, Hokkien, dan Hainan. Menurut Asmah (1992:1), jumlah bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia dianggarkan sebanyak 80 jenis. Jumlah ini merangkumi bahasa orang Asli di Semenanjung Malaysia, bahasa golongan bumiputra di Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab, bahasa Thai, bahasa Kreol Baba-Nyonya dan bahasa Kreol Portugis. Situasi kepelbagaian bahasa ini disebabkan oleh faktor agama, penjajahan dan perpindahan. Faktor agama misalnya telah memperkenalkan kepada orang-orang Melayu kepada bahasa Arab melalui sekolah-sekolah agama pondok atau madrasah. Faktor penjajahan pula telah memprekenalkan bahasa Thai, bahasa Inggeris dan bahasa Portugis kepada rakyat di negara ini, manakala faktor perpindahan kaum pula, khususnya kaum Cina dan India, secara tidak lansung telah memperkenalkan pelbagai dialek bahasa Cina dan bahasa Tamil termasuk bahasa Sinhalese (Sri Lanka) (Asmah 1992:2-6). Kepelbagaian bahasa yang terdapat di Malaysia telah mewujudkan rakyat negara ini yang menuturkan dwibahasa (bilingual) atau lebih. Masyarakat Malaysia biasanya akan menguasai bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pertama sebelum mempelajari bahasa Inggeris di sekolah. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda masyarakat Melayu manakala bahasa kedua dan seterusnya yang dikuasai oleh masyarakat Melayu ialah bahasa Arab dan bahasa Inggeris melalui pembelajaran di sekolah. Golongan bukan Melayu pula akan menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris selepas menguasai bahasa ibunda masing-masing. Kewujudan kelompok dwibahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia telah menggalakkan fenomena campur kod dan alih kod. Fenomena ini berlaku disebabkan penguasaan bahasa kedua yang berbeza-beza. Menurut Platt & Platt (1980:14):- terdapat tiga tahap penguasaan bahasa kedua, iaitu basilek, mesolek dan akrolek. Basilek merupakan tahap penguasaan bahasa kedua yang paling rendah dan biasanya dituturkan oleh golongan berpendidikan rendah, mesolek merujuk kepada penguasaan bahasa kedua pada tahap sederhanayang dituturkan oleh golongan yang berpendidikan sederhana manakala akrolek pula ialah pada tahap penguasaan bahasa kedua yang tinggi dan dituturkan oleh golongan yang berpendidikan tinggi. DEFINISI OPERASIONAL Konsep yang didefinisikan di bahagian ini ialah kod, campur kod, alih kod, dan campur kod dalam pembelajaran bahasa Melayu, alih kod dalam pembelajaran bahasa Melayu, kesan campur kod dalam pembelajaran bahasa Melayu dan kesan alih kod dalam pembelajaran bahasa Melayu. KOD Fano (1950: 8) dan Jakobson (1952: 2) mendefinisikan kod sebagai gaya sebutan yang berbeza untuk sesuatu bahasa yang sama. Menurut Richards et.al (1985:42) pula, kod ialah istilah lain untuk bahasa atau dialek. Definisi yang diberikan ini seiring dengan definisi oleh Gibbons (1987:1), Faltis (1989:2) dan Meeunis (1988:76) yang menyatakan bahawa kod ialah bahasa atau dialek yang dituturkan oleh seseorang. Walau bagaimanapun, Caccamo (1998:27), mengkritik definisi kod yang diberikan oleh Fano dan Jakobson, kerana definisi yang diberikan oleh kedua-dua pengkaji tersebut menurutnya bukanlah bahasa atau kod tetapi melibatkan gaya sebutan. Menurut Caccamo lagi sesuatu kod ketika berlakunya campur kod dan alih kod adalah penggunaan bahasa atau dialek yang berbeza dalam pertuturan. Dalam kajian ini kod didefinisikan sebagai penggunaan bahasa dan dialek yang berbeza dalam pertuturan. Sehubungan dengan itu, jika disebut campur kod dan alih kod, ini bermakna percampuran dan pengalihan bahasa serta dialek yang berbeza yakni penggunaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan dialek yang dituturkan oleh pelajar ketika pembelajaran bahasa Melayu. DEFINISI CAMPUR KOD Definisi yang diberikan tentang campur kod sangat terhad dan kerap kali tidak dibezakan daripada alih kod dan pinjaman. Walaupun begitu, terdapat juga sebilangan pengkaji yang telah dapat memberikan definisi yang jelas dan tepat. Appel dan Muysken (1987:118), menyatakan campur kod berlaku apabila sesuatu perkataan atau frasa atau klausa bahasa atau dialek lain dicampurkan ke dalam ayat sesuatu bahasa lain yang dituturkan oleh penutur dwibahasa yang fasih dalam kedua-dua bahasa tersebut. P. Balasubramaniam (1988:197) mendefinisikan campur kod sebagai “satu proses pemindahan unit-unit linguistik seperti imbuhan dan perkataan dari satu kod bahasa ke kod bahasa yang lain.” Bokamba (1988:44) pula mendefinisikan campur kod sebagai penggunaan pelbagai unit linguistik seperti frasa dan perkataan daripada dua sistem tatabahasa yang berlainan dalam satu ayat. Yimidhirr (1988:4) turut mendefinisikan campur kod sebagai pencampuran sesuatu perkataan daripada bahasa lain ke dalam ayat sesuatu bahasa yang dituturkan oleh penutur dwibahasa. Cozen P. (1996:1) juga, turut menyatakan bahawa campur kod melibatkan percampuran unsur bahasa seperti perkataan satu bahasa yang lain daripada bahasa yang sedang dituturkan. Noor Aina Dani (1998:1) juga, turut mendefinisikan campur kod sebagai percampuran unsur-unsur bahasa seperti klausa, frasa, perkataan, imbuhan dan kata penegas daripada kod bahasa lain ke dalam ayat sesuatu bahasa yang sedang dituturkan. Untuk kajian ini pengkaji mendefinisikan campur kod sebagai pencampuran unit linguistik seperti klausa, frasa, perkataan, imbuhan atau kata penegas susuatu bahasa atau dialek dalam ayat sesuatu bahasa yang lain, secara bercampur aduk. DEFINISI ALIH KOD Definisi alih kod yang dikemukakan dalam bahagian ini ialah definisi yang diberikan oleh beberapa orang pengkaji tempatan dan asing. Semua pengkaji ini telah dapt membezakan antara campur kod dengan alih kod dan pinjaman. Pengkaji-pengkaji tempatan seperti Wong Khek Seng (1978), Asmah Haji Omar (1982), Maimon (1985), Ong Kin Suan (1990), Zailah (1994) dan Mohamad Ghazali (1998) mendefinisikan alih kod sebagai pengalihan bahasa yang dilakukan oleh seseorang penutur daripada satu bahasa yang sedang dituturkan kepada bahasa lain secara berurutan. Richards et.al (1985:43) mendefinisikan alih kod sebagai pengalihan yang dilakukan oleh penutur daripada satu bahasa kepada bahasa lain dalam pertuturan. Seseorang penutur dikatakan memulakan pertuturan dengan frasa atau ayat sesuatu bahasa dan kemudian beralih kepada frasa atau ayat bahasa lain sama ada dalam perbualan atau dalam ayat yang digunakan ketika berbual. Crystal (1987:2) menyatakan bahawa alih kod berlaku apabila penutur dwibahasa menggunakan dua bahasa atau dialek yang berlainan secara bergantiganti dalam perbualan dengan golongan dwibahasa yang lain. Berthold, Mangubai dan Bartorowicz (1997:2-13) pila menyatakan bahawa alih kod berlaku apabila penutur menukar daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dalam pertuturan. Auer (1998:1) pula, mendefinisikan alih kod sebagai penggunaan secara silih berganti antara dua atau lebih kod bahasa atau dialek dalam sesuatu perbualan. Definisi alih kod yang sama turut dikemukakan oleh Brice (1999:2) dan Hammink (2000:1). Pada pendapat pengkaji, alih kod berlaku apabila seseorang penutur beralih kepada sesuatu bahasa atau dialek lain sama ada dalam ayat atau dalam perbualan. Fenomena ini lazimnya berlaku dalam kalangan mereka yang mengetahui dua atau lebih daripada dua bahasa yang berlainan. Fenomena alih kod ini boleh berlaku sama ada pada peringkat klausa atau frasa dalam ayat secara berurutan atau pada peringkat ayat dalam sesuatu perbualan. Berikut adalah contoh alih kod antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris yang kerap ditemui seperti yang dikemukakan oleh Jacobson (Ozog, 1995:26). i. Alih kod dalam ayat a. Apa Li cakap dengan emak, flight on Sunday? b. Women are able to balance their duties, in the office, at home, as a mother, as wife, tapi berapa ramai yang pandai menyeimbangkan? ii. Alih kod dalam perbualan : Well, if you want to be an engineer, you ‘ve to be good at your Sham Maths and your..... Hisyam : Physics Sham : How about your Chemistry? Hisyam : Chemistry okay. I’m quite good at Chemistry. Sham : Engineer itu banyak bidang, civil engineering, mechanical engineering, computer engineering and all sort of engineering. Jadi, Hisham nak jadi jurutera jenis apa? Pada pendapat pengkaji alih kod pada peringkat leksikal (kata) seperti alih kod kata tempelan atau tag mixing, yakni penambahan perkataan bahasa lain dalam pertuturan yang tiada kena mengena dengan kata tempelan tersebut seperti yang dikemukakan oleh Romaine (1989), sebenarnya ialah campur kod kerana fenomena ini tidak menepati definisi alih kod yang dikemukakan oleh kebanyakan pengkaji. Menurut Romaine (1989:112), kata tempelan biasanya mematuhi rumus ayat sesuatu bahasa, oleh itu penambahannya dilakukan dengan mudah di tempat tertentu dalam pertuturan. Contoh kata tempelan dalam bahasa Inggeris, ialah you know, I mean dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pendapat Poplack (1980:58) tentang alih kod antara ayat (intersentential) dan alih kod intra ayat (intrasentential) menepati definisi alih kod yang telah dikemukakan. Alih kod intra ayat (intrasentential) misalnya ialah alih kod yang berlaku dalam frasa atau ayat. Contoh yang dikemukakan oleh Romaine (1989:113) ialah alih kod Tok Pisin ke bahasa Inggeris, iaitu, What’s so funny? Come, be good, otherwise, yu bai go long kot. Maksudnya “apa yang sangat lucu, mari, bersikap baiklah atau awak akan pergi ke mahkamah”. Alih kod dalam ayat juga boleh menyebabkan campur kod dalam suku kata perkataan, misalnya suku kata ‘pa’ di dalam perkataan ‘shoppa’ dalam bahasa Punjabi bermaksud shops atau kedai-kedai, (Romaine 1985:31). Alih kod antara ayat (intersentential) pula, melibatkan alih kod antara sempadan klausa atau ayat. Alih kod bentuk ini memerlukan kefasihan dalam kedua-dua bahasa yang dituturkan. Romaine (1985:38) memberi contoh, alih kod antara bahasa Inggeris dan Punjabi, iaitu I’m guilty in the sense / kɛ ziada ῶsi English I bolde fer ode nal eda hῶnde kɛ tῶhadi jeri zaban ɛna ?. penandaan ? menunjukkan sempadan ayat antara bahasa Inggeris dan bahasa Punjabi. Dalam kajian ini, pengkaji mendefinisikan alih kod sebagai pengalihan bahasa atau dialek yang berlaku pada peringkat klausa dan frasa dalam ayat serta pengalihan yang berlaku dalam perbualan, iaitu antara sempadan ayat. ALIH KOD DAN CAMPUR KOD ALIH KOD : Untuk memahami pengertian alih kod dengan lebih baik, kita boleh lihat gambaran dalam paparan berikut: Nanang dan Ujang, keduanya berasal dari Priangan, lima belas minit sebelum kuliah mereka telah hadir di dewan kuliah. Keduanya terlibat dalam percakapan yang topiknya tidak menentu dengan menggunakan bahasa Sunda, bahasa ibu keduanya. Sekali- sekali bercampur dengan bahasa Indonesia jika topik pembicaraan berkaitan dengan pelajaran. Ketika mereka sedang leka bercakap-cakap masuklah Togar, iaitu teman kuliahnya yang berasal dari Tapanuli, yang tentu sahaja tidak dapat berbahasa Sunda. Togar menyapa mereka dalam bahasa Indonesia. Lalu, segera mereka terlibat percakapan dengan menggunakan bahasa Indonesia. Tidak lama kemudian masuk pula teman-teman lainya, sehingga suasana menjadi riuh, dengan percakapan yang tidak tentu arah dan topiknya dengan menggunakan bahasa Indonesia ragam santai. Ketika Ibu Dosen masuk kelas, mereka diam, tenang, dan bersiap sedia mengikuti perkuliahan. Selanjutnya, kuliah pun berlansung dengan tertib dalam bahasa Indonesia ragam rasmi. Ibu Dosen menjelaskan materi kuliah dalam bahasa Indonesia ragam rasmi, mahasiswa bertanya dalam ragam rasmi, dan seluruh percakapan berlansung dalam ragam rasmi hingga kuliah berakhir. Setelah kuliah selesai, dan ibu Dosen meniggalkan bilik kuliah, para mahasisiwa itu menjadi ramai kembali, dengan pelbagai ragam santai dan ada pula yang bercakap-cakap dalam bahasa daerah. Dari gambaran tersebut kita dapat lihat, pada mulanya Nanang dan Ujang, yang berbahasa ibu sama, bercakap-cakap dalam bahasa Sunda,kecuali sesekali jika topik pembicaraanya mengenai bahan pelajaran, mereka menggunakan bahasa Indonesia. Sewaktu Togar yang berasal dari Tapanuli iyu masuk, maka Nanang dan Ujang mengubah bahasa mereka dari bahasa Sunda ke bahasa Indonesia, walaupun hanya bahasa ragam santai. Demikian juga bahasa yang digunakan oleh teman-teman mereka yang datang kemudian. Tetapi apabila ibu Dosen masuk dan kuliah bermula, maka percakapan hanya dilakukan dalam bahasa Indonesia ragam formal. Penggunaan ragam formal ini baru berhenti bersamaan dengan berakhirnya masa kuliah apabila ibu Dosen keluar dari kelas. Keadaan pengantian bahasa yang digunakan dalam ilustrasi di atas dari bahasa Sunda ke bahasa Indonesia, atau berubahnya dari ragam santai ke ragam rasmi, atau ragam rasmi ke ragam santai, inilah yang dimaksudkan tentang alih kode di dalam sosiolinguistik. Terdapat pelbagai pendapat dari para sarjana tetapi ilustrasi si atas telah memberi gambaran tentang ape yang dikatakan alih kode. Apple(1979:79) mendefinisikan alih kode itu sebagai, “gejala peralihan pemakaian bahasa kerana berubahnya situasi”. Pada ilustrasi di atas kita dapat lihat peralihan penggunaan bahasa Indonesia yang dilakukan Nanag dan Ujang adalah kerana berubahnya situasi iaitu dengan datangnya Togar. Situasi “kesundaan” yang tadinya menyelimuti Nanag dan Ujang berubah menjadi situasi “keindonesiaan” dengan adanya Togar yang tidak mengerti bahasa Sunda, sedangkan ketiganya mengerti bahasa Indonesia. Secara sosiol perubahan pemakaian bahasa itu memang harus dilakukan, sabab adalah sangat tidak sesuai dan tidak etis secara sosiol, untuk terus menggunakan bahasa yang tidak dimengerti oleh orang ketiga. Tambahan pula, Togar telah terlebih dahulu menyapa mereka menggunakan bahasa Indonesia. Oleh hal demikian, alih kode ini dapat dikatakan mempunyai fungsi sosial. Berbeza engan Apple yang mengatakan alih kode itu terjadi antarbahasa, maka Hymes (1875:103) menyatakan alih kode itu bukan hanya terjadi antarbahasa, tetapi juga terjadi antara ragam-ragam atau gaya-gaya yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Dalam ilustrasi di atas antara ragam santai dan ragam rasmi bahasa Indonesia. Lengkapnya Hymes mengatakan “code switching has become a common term for alternate us of two or more language, varieties of language, or even speech styles”. Dari pendapat Apple dan Hymes di atas jelas bagi kita bahawa pengalihan dari bahasa Sunda ke bahasa Indonesia yang dilakukan oleh Nanang dan Ujang berkenaan dengan hadirnya Togar, dan pengalihan dari ragam santai ke ragam rasmi berkenaan dengan berubahnya situasi dari situasi tidak formal ke situasi formal (ketika kuliah berlansung), adalah tercakup dalam peristiwa yang disebut dengan alih kode. Dari ilustrasi dapatlah kita lihat bahawa pengalihan kode itu berlaku diatas sebab-sebab tertentu. Jika kita menelusuri penyebab terjadinya alih kod itu, maka harus kita kembalikan kepada pokok persoalan sosiolinguistik seperti yang dikemukakan Fishman (1976:15), iaitu “siapa berbicara dengan bahasa apa, kepada siapa, bila masanya dan tujuan apa”. Dalam berbagai kepustakaan linguistik secara umum menyebabkan alih kod itu disebutkan antara lain adalah (1) penutur, (2) pendengar, (3) perubahan situasi dengan hadirnya orang ketiga, (4) perubahan dari formal ke informal atau sebaliknya, dan (5) perubahan topik perbicaraan. Seorang penutur sering kali melakukan alih kod untuk mendapatkan “keuntungan” atau “manfaat” dari tindaknya itu. Contohnya, Kamal setelah beberapa saat berbicara dengan Ehsan mengenai usul kenaikan pangkatnya dan baru tahu Ehsan berasal dari daerah yang sama dengannya dan juga mempunyai bahasa ibunda yang sama. Maka, dengan maksud agar urusan cepat diselesaikan beliau melakukan alih kod dari bahasa Indonesia ke bahasa daerahnya. Andaikata Ehsan ikut menggunakan bahasa daerah, maka urusan akan menjadi lancar. Tetapi jika Ehsan engan menggunakan bahasa daerah dan tetap menggunakan bahasa Indonesia, bahasa rasmi untuk urusan pejabat, maka urusan mungkin menjadi tidak lancar. Hal ini kerana, rasa kesamaan satu masyarakat tutur yang ingin dikondisikanya tidak berhasil, yang menyebabkan tiadanya rasa keakraban. Dalam kehidupan nyata sering kita menjumpai banyak tetamu pejabat pemerintahan yang sengaja menggunakan bahasa daerah dengan pejabat yang ditemuinya untuk memperoleh manfaat dari adanya rasa kesamaan satu masyarakat tutur. Dengan berbahasa daerah keakraban pun lebih mudah terjalin daripada menggunakan bahasa Indonesia. Alih kod untuk memperoleh ” keuntungan” ini biasanya dilakukan oleh penutur yang dalam peristiwa tutur itu mengharapkan bantuan lawan tuturnya. Lawan tutur akan menyebabkan terjadinya alih kod, misalnya kerana penutur ingin mengimbangi kemampuan berbahasa si lawan penutur itu. Dalam hal ini biasanya kemampuan berbahasa si lawan tutur kurang kerana mungkin bahasa pertamanya. Jika si lawan tutur itu berlatar belakang bahasa yang sama dengan penutur, maka alih kod yang terjadi hanya berupa peralihan varian (sama ada regional ataupun sosial), ragam, gaya, atau register. Jika si lawan tutur berlatar belakang bahasa yang tidak sama dengan penutur, maka yang terjadi ialah alih bahasa. Umpamanya, Ani, peniaga di sebuah kedai menjual cenderamata, kedatangan seorang pelancong asing, yang mengajak bercakap dalam bahasa Indonesia, maka Ani cepat-cepat beralih kod untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, sehingga kemudian perbualan menjadi lancar kembali. Kehadiran orang ketiga atau orang lain yang tidak berlatar belakang bahasa yang sama dengan bahasa yang sedang digunakan oleh penutur dan lawan tutur dapat menyebabkan terjadinya alih kod. Pada ilustrasi di atas, sewaktu Nanang dan Ujang bercakap dalam bahasa Sunda, masuklah Togar yang tidak menguasai bahasa Sunda. Maka, Nanang dan Ujang segera beralih kod dari bahasa Sunda ke bahasa Indonesia. Andai kata Togar mengerti bahasa Sunda mungkin alih kod tidak dilakukan oleh Nanang dan Ujang. Sebagai contoh lain, ilustrasi berikut merupakan alih kod dari bahasa Sunda ke bahasa Indonesia (Widjajakusumah 1981). Latar belakang: Kompleks perumahan guru di Bandung Para pembicara: Suri rumah tangga (kaum ibu). Ibu S dan ibu H orang Sunda, dan ibu N orang Minang yang tidak boleh berbahasa Sunda. Topik : air ledeng tidak keluar Sebab alih kod : Kehadiran Ibu N dalam perbualan Peristiwa tutur: Ibu S : Bu H, kumaha cai tadi wengi? Di abdi mah tabuh sapuluh nembe ngocor, kitu ge alit (Bu H, bagaimana air ledeng tadi malam? Di rumah saya sih sepuluh baru keluar, itu pun kecil) Ibu H : Sami atuh. Kumaha Ibu N yeuh, ‘kan biasanya baik (Samalah. Bagaimana Bu N ni, kan biasanya baik). Terlihat di situ, begitu pembicaraan ditukan kepada Ibu N alih kod pun lansung dilakukan dari bahasa Sunda ke bahasa Indonesia. Status orang ketiga dalam alih kod juga menentukan bahas atau varian yang harus digunakan. Pada contoh di atas Ibu N adalah orang Minang yang tidak menguasai bahasa Sunda, maka pilihan satu-satunya untuk beralih kod adalah bahasa Indonesia, kerana bahasa Indonesia itulah yang difahami oleh mereka bertiga. Contoh lain, misalnya beberapa orang mahasiswa sedang duduk-duduk di pintu dewan kuliah sambil bercakap-cakap dalm bahasa santai. Tiba-tiba datang seorang guru iaitu Ibu dosen dan turut berbicara, turut bercakap maka para mahsiswa itu mengalih kod dengan menggunakan bahasa Indonesia ragam formal. Mengapa mereka tidak terus saja dengan ragam santai? . hal ini kerana kehadiran orang ketiga yang berstatus ibu Dosen ini, mengharuskan mereka menggunakan ragam formal itu. Kecuali, jika ibu Dosen sendiri yang memulakan pembicaraan dalam ragam santai. Semua gambaran ini telah cukup menerangkan ae itu alih kod yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. CAMPUR KOD : Perbicaraan mengenai alih kode biasanya diikuti dengan pembicaraan mengenai campur kode. Kedua peristiwa yang lazim terjadi dalam masyarakat yang bilingual ini mempunyai kesamaan yang besar, sehingga seringkali sukar dibezakan. Malah Hill dan Hill (1980:122) dalam penelitian mereka mengenai masyarakat bilingual bahasa Sepanyol dan Nahuatl di kelompok Indian Meksiko, mengatakan bahawa tidak ada harapan untuk membezakan antara alih kode dan campur kode. Kesamaan antara alih kod dan campur kod adalah digunakannya dua bahasa atau lebih, iaitu dua varian dari sebuah bahasa dalam satu masyarakat tutur. Banyak ragam pendapat mengenai beza keduanya. Namun, yang jelas, jika dalam alih kod setiap bahasa atau ragam bahasa yang digunakan itu masih memiliki fungsi otonomi masing-masing, dilakukan dengan sedar, dan sengaja atas sebab-sebab tertentu seperti yang telah diterangkan di atas. Sedangkan di dalam campur kod ada sebuah ada sebuah kod utama atau kod dasar yang digunakan dan memiliki fungsi dan keotonominya, sedangkan kod-kod lain yang terlibat dalam peristiwa tutur itu hanyalah berupa serpihan-sepihan (pieces) saja, tanpa fungsi atau keotonomi sebagai sebuah kod. Seorang penutur misalnya, yang dalam bahasa berbahasa Indonesia banyak menyelipkan sepihan-serpihan bahasa daerahnya, boleh dikatakan telah melakukan campur kod. Akibatnya, kan muncul satu ragam bahasa Indonesia yang kejawa-jawaan (jika bahasa daerahnya adalah bahasa Jawa) atau bahasa Indonesia yang kesunda-sundaan (jika bahasa daerahnya adalah bahsa Sunda). Thelander (1976:103) cuba menjelaskan perbezaan alih kod dan campur kod. Katanya, apabila dalam satu peristiwa tutur terjadi peralihan dari satu klausa suatu bahasa ke klausa bahasa lain maka peristiwa yang terjadi adalah alih kod. Tetapi apabila di dalam suatu peristiwa tutur, klausa-klausa mahupun frasa-frasa yang digunakan terdiri dari klausa dan frasa campuran (hybrid clauses, hybrid phrases), dan masing-masing kalusa atau frasa itu tidak lagi mendukung fungsi sendiri, maka peristiwa yang terjadi adalah campur kod bukan alih kod. Perkembangan ini, misalnya dapat dilihat kalau ada usaha untuk mengurangi kehibridan klausa-klausa atau frasa-frasa yang digunakan, serta memberi fungsi-fungsi tertentu sesuai dengan keotonomian bahasanya masing-masing. Fasold (1984) menawarkan kriteria gramatika untuk membezakan campur kod dan alih kod. Jika seseorang menggunakan satu kata atau frasa dari satu bahasa, dia telah melakukan campur kod. Tetapi apabila satu klausa jelas-jelas memiliki struktur gramatika satu bahasa, maka peristiwa berikut disusun menurut struktur gramatika bahasa lain, maka peristiwa yang terjadi adalah alih kod. Untuk menjelaskan keterangannya itu Fasold memberikan contoh campuran bahasa Spanyol dan bahasa Inggeris yang diangkat dari Labov (1971:457). - Y cuando estoy con gonte me borrocha porque me siento (dan ketika saya dengan orang saya mabuk sebab saya merasa) - Mas happy, mas free, you know, pero si yo estoy con mucha (lebih bahagia, lebih bebas, tahu kan, tetapi saya dengan banyak) - Gente yo no estoy, you know, high, more or less (orang saya tidak, tahu kan, tinggi, kira-kira) - I couldn’t get along with anybody (saya tidak boleh bergaul dengan siapa pun) Berdasarkan kriteria kegramatikalan, maka dari awal sampai kata pero merupakan serpihan bahasa Spanyol . Kata-kata happy, free, dan you know dipinjam dari bahasa Inggeris. Lalu pertanyaan high dan more or less adalah bahasa Inggeris.Klausa berikutnya sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, baik dalam kosakata mahupun gramatika. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa bahagian awal teks di atas sampai dengan ungkapan more or less yang berupa if-clause adalah bahasa Spanyol yang bercampur bahasa Inggeris. Alih kod ke dalam bahasa Inggeris baru dimulai dengan kata I, meskipun di depannya ada empat buah kata bahasa Inggeris. Contoh kedua yang dikemukakan Fasold diangkat dari Velma (1976:158) yang melibatkan hubungan bahasa Hindi dan bahasa Inggeris. Teksnya berupa: Vinod : mai to kuhungaa ki yah one of the (saya akan mengatakan bahawa ini adalah salah Best novels of the year is Satu novel terbaik tahun ini) Mira : That’s right. It is decidedly one of (benar. Diputuskan novel itu Memang The best novel of the year Novel terbaik tahun ini) Perkataan Vinod terdiri dari dua buah klausa. Yang satu bererti “saya akan mengatakan” : dan yang kedua bererti “ini adalah salah satu novel terbaik tahun ini”. Meskipun kata-kata dalam klausa kedua ini hampir semuanya kata-kata bahasa Inggeris, tetapi secara gramatikal klausa itu adalah klausa bahasa Hindi, sebab klausa tersebut yang dimulai dengan pronomina yah dan memiliki kata mai dalam posisi akhir klausa (yang meskipun terletak di depan tetapi secara gramatikal bahasa Hindi berfungsi sebagai akhir klausa. Meskipun ucapan Vinod itu mengandungi frasa yang panjang dalam bahasa Inggeris, tetapi jika terjadinya alih kod itu harus memenuhi persyaratan gramatikal “seluruh klausa dialihkan”, namun kita lihat ucapan Vinod di atas seluruhnya (secara gramatikal) dilakukan dalam bahasa Hindi, dengan frasa pinjaman bahasa Inggeris. Kerana itu, sebenarnya alih kod baru terjadi dengan ucapan Mira, orang lain. Dalam hal ini dapat dikatakan alih kod yang terjadi dalam satu kesatuan wacana, meskipun penuturnya berbeza. Analisis peerbezaan alih kod dan campur kod seperti ini secara teknis memang memuaskan, tetapi menurut Fasold melanggar pengertian umum. Usul Fasold, sejalan dengan pendapat Thelander di atas (tentang adanya perkembangan perubahan dari campur kod ke alih kod), lebih baik jika dikatakan kedua fenomena itu (campur kod dan alih kod) merupakan titik-titik dalam satu kontinum dari sudut pandang sosiolinguistik. Jadi tidak salah jika banyak orang yang berpendapat bahawa campur kod itu dapat berupa pencampuran serpihan kata, frasa, dan klausa suatu bahasa di dalam bahasa lain yang digunakan. Intinya, ada satu bahasa yang digunakan, tetapi di dalamnya terdapat serpihan-serpihan dari bahasa lain. PENUKARAN KOD DALAM PERBUALAN : Penukaran kod merupakan fenomena linguistik yang lazimnya wujud dalam kalangan penutur dwibahasa atau dalam kalangan penutur multilingual. Minat terhadap fenomena ini semakin bertambah tetapi malangnya usaha membina model formal untuk menjelaskan prinsip-prinsip sejagat dalam proses penukaran kod masih belum tercapai (Becky Brown, 1986:399). Beberapa definisi telah dikemukakan untuk menjelaskan konsep penukaran kod. Menurut Carol Myers Scotton dan W. Ury (1977:5), penukaran kod bererti: “penggunaan dua ragam linguistik atau lebih dalam perbualan atau interaksi yang sama. Penukaran itu mungkin hanya melibatkan sepatah kata atau pertuturan yang beberapa minit sahaja. Ragam itu mungkin terdiri daripada dua bahasa yang tidak berhubung secara genetik ataupun daripada dua gaya dalam bahasa yang sama.” TEORI PENUKARAN KOD: Lazimnya, penukaran kod dikatakan muncul sebagai akibat pertembungan bahasa. Misalnya, menurut C.W Proff (1976:248), “ Pertembungan- menghasilkan perubahan bahasa, seperti pijinisasi, kreolisasi dan pemelajaran bahasa kedua... Satu lagi hasil pertembungan bahasa yang keterlaluan dan tidak banyak disentuh ialah penukaran kod yang merupakan suatu tahap diakronik pertengahan dalam pemindahan bahasa.” Kajian G. Valdes dan Fallis (1978:4), Di Pietro pada tahun 1976 dan Nils Hasselmo pada tahun 1970 di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa kebanyakan komuniti imigran (berbangsa Itali) yang berdwibahasa secara perlahan-lahan memperbanyak penggunaan bahasa Inggeris dalam semua aktiviti dan fungsi hingga menjelang generasi keempat, komuniti itu akan berubah daripada penutur yang dwibahasa kepada masyarakat ekabahasa. Sebenarnya, tulisan mereka memperlihat suatu teori penukaran kod. Kelakuan penukaran kod dikatakan berkembang daripada tahap pemulaan yang dicirikan oleh ungkapan yang bergaya atau kata-kata yang mungkin diambil atau dipinjam daripada bahasa asalnya. Kemudian melalui tahap yang berikut, penukaran kepada bahasa kedua menjadi lebih fungsional sehingga kepada tahap akhir. Pada tahap itu, bahasa kedua itu membekalkan suatu matriks, dan penukaran kembali kepada kod bahasa pertama beku dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, keadaan di Malaysia berbeza disebabkan oleh faktor politik dan dasar pendidikan. Dalam zaman peralihan ini, bahasa Inggeris masih digunakan dan keadaan ini mungkin dilanjutkan hingga pada satu tahap nanti apabila hanya bahasa Melayu sahaja digunakan. Akan tetapi, masa yang dilalui itu mungkin mengambil satu jangka masa yang panjang. JENIS PENUKARAN KOD : Pada umumnya, penukaran kod dapat dibahagikan kepada tiga jenis (Hudson, 1980:56), iaitu: I. Penukaran Kod Metafora II. Penukaran Kod Situasi III. Penukaran Kod Wacana Penukaran kod metafora adalah suatu ragam yang biasanya hanya digunakan untuk satu jenis situasi tetapi kemudiannya digunakan juga dalam situasi yang berbeza kerana topiknya adalah yang lazim muncul pada jenis situasi yang pertama (Blom dan Gumperz, 1972:425). Sementara itu, penukaran kod situasi disebut juga sebagai diglosia dalam erti kata umum. Di sini, setiap titik penukaran berpadanan dengan suatu perubahan situasi. Ragam-ragam yang khusus digunakan berdasarkan jenis situasi atau latar tertentu (seperti di rumah, di sekolah, di pejabat) dan jenis aktiviti yang berbeza (seperti perundingan formal, dan upacara khas). Scotton dan Ceri, 19775).) Penukaran kod situasi ini dapat digambarkan melalui gambar rajah seperti yang berikut (Fishman, 1972:48-49). Suatu Penukaran Situasi (1) Suatu penukaran Ragam (2) Suatu Penukaran dalam Perhubungan antara Ahli dalam Suatu Jaringan Sosial (3) Pendek kata, penukaran kod situasi ini dipengaruhi oleh faktor atau fungsi sosial, seperti latar, topik perbincangan, pendengar dan sebagainya, dalam suatu perbualan wacana. Penukaran Kod Wacana pula melibatkan lekatan petikan pertuturan yang berbeza dalam perbualan yang sama (Gumperz, 1977:1). Penukaran kod jenis ini mungkin berlaku beberapa kali dalam ayat yang satu-satu itu. Gumperz (1982:60-1) dan Becky Brown (1986:402) mengistilahkan penukaran kod ini sebagai Penukaran Perbualan. Di bawah merupakan contoh perbualan yang berlakunya “penukaran kod wacana”. Penukaran kod yang bersifat perbualan/wacana ini berlaku semasa pemaklum menjawab soalan-soalan penyelidik. Banyak sekali kata, frasa atau ayat bahasa Inggeris yang diselitkan dalam pertuturan bahasa Melayu dalam kalangan penutur itu, misalnya: 1. Raya balik around one week. (BM-BI) 2. As a teacher, puas hatilah. (BI-BM) 3. You mean masalah in what way? (BI-BM-BI) 4. Soalan: Adakah Cik puas hati terhadap pekerjaan sekarang? Jawapan: Ah, Gaji itu tak puas hatilah kan. Tapi kerja itu quite Ok-lah, compared to the situation nowlah. Daripada contoh-contoh yang dikemukakan di atas, penukaran kod yang berlaku bukan sahaja bersifat intra-ayat tetapi antara-ayat. Fenomena penukaran kod ini memang ketara sekali,hampir semua pemaklum melakukan penukaran kod. Peranan yang dimainkan oleh bahsa Inggeris bukan dari segi penggunaan kata sahaja malah meliputi frasa dan ayat. FAKTOR-FAKTOR PENUKARAN KOD : Pertama, penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan kita mungkin disebabkan oleh faktor sejarah atau kolonialisme. Sebelum merdeka, bahasa Inggeris telah digunakan dengan meluas dalam semua sektor pentadbiran di sektor awam. Di sektor swasta pula, kebanyakkan pegawai dan kakitangan atau pekerja terdiri daripada berbagai-bagai golongan dan keturunan dan kebanyakannya tidak menerima pendidikan dalam bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan dalam perniagaan mereka. Di samping itu, bahasa Inggeris merupakan bahsa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka. Kedua, mungkin bahasa penyelidik itu sendiri yang menyebabkan berlakunay penukaran kod. Pengaruh etnik dalam usaha menjalankan penyelidikan tidak harus diketepikan. Misalnya, Anshen (Wolfram dan Fasold, 1974:47) dalam kajian sosiolinguistik di suatu komuniti kecil di North Carolina ( Amerika Syarikat) pada tahun 1969 telah menunjukkan bahawa bangsa penyelidik mungkin mempengaruhi atau menyebabkan variasi pertuturan. Selain itu, adakalanya penukaran kod muncul mungkin kerana penutur bertujuan untuk memberi penekanan serta penerangan satu-satu perkara dengan lebih jelas. Supaya maksud yang sebenarnya yang ingin disampaikan kepada pendengar itu tercapai, maka kata-kata bahasa Inggeris diselitkan oleh penutur, seakan-akan bahasa Inggeris lebih jelas. Keadaan ini mungkin dapat disebut sebagai “kemampuan berkomunikasi”. KESIMPULAN Oleh hal demikian, dapatlah disimpulkan bahawa faktor-faktor penentu alih kode pada penelitian pemilihan bahasa pada masyarakat ini ditentukan berdasarkan jenis alih kode sesuai dengan pendapat Hudson (1996), yaitu Situational codeswitching dan Metaphorical code-switching. Pada situational code-switching perubahan bahasa terjadi karena adanya (1) perubahan situasi tutur, (2) kehadiran orang ketiga, (3) peralihan pokok pembicaraan. Di lain pihak, Metaphorical codeswitching perubahan bahasa terjadi karena penutur ingin menekankan apa yang diinginkannya sehingga akan mendapat perhatian dari pendengarnya. Sedangkan penentu campur kode pada penelitian ini terjadi karena dua faktor utama, yaitu (1) keterbatasan penggunaan kode, dan (2) penggunaan istilah yang lebih popular. Penelitian ini merupakan penelitian eksploratif yang berhubungan dengan masalah pemilihan kode pada masyarakat tutur yang jangkauannya masih sangat luas. Oleh karena itu, penelitian pemilihan bahasa ini masih perlu ditindaklanjuti dengan penelitian lain yang serupa namun memiliki ruang lingkup yang lebih sempit. Dengan penelitian yang memiliki ruang lingkup lebih sempit tersebut dimaksudkan agar analisis yang dilakukan dapat mencapai hal yang lebih mendasar pada masalah pemilihan bahasa. Dipandang dari perspektif sosiolinguistik, dimungkinkan adanya fenomena diglosia pada masyarakat dwibahasa, terutama pada masyarakat tutur yang belum diungkap pada penelitian ini. Untuk itu, diperlukan penelitian lanjut agar dapat diteliti lebih mendalam. Penelitian seperti ini sangat bermakna dalam upaya pembinaan dan pengembangan bahasa Daerah. Mengingat adanya kebimbangan tentang adanya pergeseran dan kerosakkan bahasa, maka perlu kiranya untuk diteliti lebih jauh tentang pemertahanan bahasa pertama iaitu bahasa ibunda. Kod yang kita pilih untuk digunakan pada keadaan tertentu menunjukkan bagaimana kita mahukan orang lain tanggap diri kita. Jika kita dapat mengawal beberapa kod, kita mungkin berada di pihak yang menguntungkan ke atas mereka yang tidak mempunyai kawalan seperti itu. Finalyson (1998) menyediakan contoh yang menarik tentang ini. Mereka membuktikan bahawa dengan membuat pemindahan atau pertukaran kod dalam sesuatu perbualan, seorang penutur dapat menikmati kedua-dua identiti dan menyesuaikannya dengan orang lain. Pemindahan-kod membenarkan penutur menemukan seseorang yang separuh jalan, membentuk asas yang sama serta menunjukkan ketelusan dan keterbukaan. Multilingualisme merupakan fakta kehidupan yang diterima oleh penduduk Tembisa di Afrika Selatan yang menuturkan beberapa bahasa. Pemindahan-kod menunjukkan seseorang dapat menjadi ‘orang yang bekerjasama,sesorang yang dapat mengenalpasti bahawa setiap orang tidak mempunyai latar belakang yang sama’. Ia juga dapat mengurangi kemungkinan berlakunya pertentangan dalam situasi yang juga boleh berlaku sebaliknya. Tuntasnya, pertukaran kod merupakan kemahiran sosial yang sangat berguna. Berlawanan dengan ini ialah bahawa kita akan dinilai oleh kod yang kita pilih untuk digunakan dalam keadaan tertentu. Manusia mempunyai perasaan yang berbeza tentang beberapa kod: ada yang mengatakan sesetengah aksen ‘tidak disenangi’, yang lain-lain ‘indah’; setengah register dikatakan ‘kolot’; sesetengah gaya ‘terlalu berperaturan’; sesetengah bahasa ;tidak dapat diterima’ atau penuturnya ‘tidak berkemahuan’; dan berbagai-bagai lagi. Prejudis linguistik, sama ada menyebelahi atau menentang dialek atau bahasa tertentu, merupakan fakta alam kehidupan sosiolinguistik, fakta yang harus juga ahli sosiolinguistik kenal pasti. BIBLIOGRAFI Joshua A. Fishman.1991. Sosiologi bahasa, satu Pendekatan Sains Kemasyarakatan antara Disiplin terhadap Bahasa dalam Masyarakat. Penterjemah Alias Mohamad Yatim (ph. D) (wales). Kuala Lumpur: USM dan Dewan Bahasa dan Pustaka . Abdul Chaer dan Leonic Agustina. 1995. Sosiolinguistik Suatu Pengantar. Jakarta. PT RLNEKA. Fishman, J.A. 1991. Sosiologi Bahasa. (Trj. Alias Muhammad Yatim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. 1981. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. 1988. Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Rudgill, P. 1984. Sosiolinguistik. (Trj. Nik Safiah Karim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.