Uploaded by User19118

Etika Profesion Keguruan

advertisement
Etika Profesion Keguruan.(2011).(Atas Talian).
http://pismpgemilang.blogspot.com/2011/07/etika-profesion-keguruan.html. 1 Mac 2017.
Friday, July 8,
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap
penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. –
Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama
ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. –
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan
rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat
mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip
berikut:-
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang
guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap
profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,
dan profesion keguruan amnya.
Anis Binti Abd Rahim. (2008).Tingkah Laku Guru Pengaruhi Sikap Pelajar – Pendidik. (Atas Talian).
http://gurucoolbainun.blogspot.com/2012/09/isu-etika-guru-kepedulian-guru.html
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya. Keprofesionalisme guru amat penting dalam bidang pendidikan. Pendidikan merupakan
institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan masa hadapan. Sistem pendidikan harus
dirancang dengan teliti supaya sesuai dengan kemungkinan cabaran yang bakal timbul kelak.
Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar,
mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak
tahu memngira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang
berjaya (Shuib & Johari, 2001).
Download