Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[159]
Penentuan Masa Penyaliban
dan Kebangkitan [159]
(Edisi 4.0 19960413-20040321-20070511)
Kekristianan konvensional mengajarkan penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu
bagi Yesus dari Nazaret. Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa doktrin ini tidak diajar oleh
para rasul ataupun jemaat Perjanjian Baru yang mula-mula. Karya ini mengkaji Kitab Suci,
sejarah, data kalendar lunar, serta bukti penyelidikan terkini dan memberikan mereka
menunjukkan kebenaran pewaktuan itu. Bukti dikemukakan bahawa pelayanan Kristus adalah
selama dua dan setengah tahun, bukannya tiga dan setengah tahun seperti yang kadangkala
dibayangkan oleh beberapa terjemahan Daniel 9. Analisa terperinci peristiwa-peristiwa sewaktu
tempoh enam hari sebelum Paskah diberikan. Karya ini memuatkan karya baru yang menunjukkan
bahawa tahun penyaliban itu adalah 30 TM dan bukannya 31 TM atau 33 TM seperti yang
dipercayai ramai orang.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  1996, 1999, 2004, 2007 Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
Penyaliban serta kebangkitan Kristus mungkin
merupakan peristiwa tunggal paling penting
dalam sejarah manusia dan yang paling
disalahfaham sekali.
Tradisi-tradisi
berkaitan
penyaliban
menyatakan bahawa Kristus telah disalibkan di
atas satu salib. Ini diterjemahkan dari perkataan
Latin crux. Asal-usul serta kemaknaan salib
telah dibincangkan dalam karya Salib - AsalUsul dan Maksudnya (No. 39). Companion
Bible pada Apendiks 162 membincangkan
tentang dua perkataan yang diterjemahkan
sebagai salib dari kitab Perjanjian Baru
Yunani. Kata-katanya adalah stauros dan
xulon. Companion Bible mencatatkan bahawa
perkataan Yunani stauros bermaksud tiang
menegak atau palang, pada mana para
penjenayah dipakukan untuk hukuman bunuh.
Perkataan xulon bermaksud sekeping batang
kayu atau kayu mati, atau kayu untuk dibakar
atau apa-apa tujuan lain. Ia tidak seperti
dendron yang digunakan untuk menunjukkan
pohon hidup atau yang hijau (seperti dalam
Matius 21:8; Wahyu 7:1,3; 8:7; 9:4 dan
sebagainya). Apendiks menyatakan bahawa:
Oleh sebab perkataan xulon ini digunakan bagi
perkataan stauros, ia menunjukkan kita bahawa
maksud keduanya adalah betul-betul sama.
Perkataan bahasa Inggeris “salib” (cross) adalah
terjemahan dari perkataan Latin crux; namun
perkataan Yunani stauros langsung tiada
pengertiannya sebagai salib, seperti mana perkataan
“batang kayu” tidak bererti “topang.” Homer
menggunakan perkataan stauros untuk mengertikan
tiang atau palang yang biasa, atau sebatang kayu.
Dan ini adalah pengertian serta penggunaan
perkataan ini dalam karya-karya klasik Yunani. Ia
tidak pernah bermakna dua batang kayu yang
diletakkan melintang antara satu sama lain mengikut
sudut tertentu, tetapi telah
sentiasa bermakna
sebatang kayu sahaja. Oleh sebab itu perkataan
xulon (no 2 di atas) ada digunakan berkaitan cara
kematian Tuhan kita, dan dituliskan sebagai tree
(pohon/kayu salib) dalam Kisah 5:30; 10:39; 13:29;
Galatia 3:13; 1 Petrus 2:24. Ini dikekalkan dalam
nama lama bahasa Inggeris iaitu rood atau rod
(batang). Lihat Encycl. Brit., 11th (Camb.) ed., vol.
7, halaman 505d.
Tiada apa-apapun dalam bahasa Yunani Perjanjian
Baru yang membayangkan dua batang kayu.
Huruf chi, X, iaitu parap/huruf awal perkataan
Kristus [Christos] pada mulanya digunakan untuk
namaNya; atau Xp. Ini telah diambil-alih oleh
simbol-simbol dan yang mula-mula daripada ini juga
mempunyai empat tangan setara. Salib-salib ini
digunakan sebagai simbol-simbol dewa matahari
Babilon, dan mula-mula sekali dilihat pada syiling
Julius Caesar, 100-44 BC dan kemudiannya pada
syiling yang dihasilkan pewaris Caesar (Augustus),
20 BC … (App. 162, halaman 186).
Kekeliruan pertama tentang hal penyaliban ini
mungkin lebih jelas lagi. Kristus telah
disalibkan pada stauros atau pancang, bukan
salib. Dia telah disalibkan pada 14 Nisan
sewaktu pemerintahan Tiberius Caesar.
Pengenalpastian harinya dalam minggu akan
bergantung pada tahun dalam mana dia
dibunuh serta turutan peristiwa minggu itu.
Paskah berubah-ubah bergantung pada Bulan
Baru dan bukan hari di dalam minggu.
Terdapat beberapa ayat Alkitab yang
menentukan waktu tepatnya dan terdapat
beberapa nubuatan yang perlu digenapi untuk
Yesus, atau lebih tepat lagi Jehoshua, menjadi
Mesias.
Cara untuk menentukan tahun dalam mana
penyaliban itu jatuh adalah dengan bermula
dengan tarikh-tarikh Alkitab yang diketahui.
Satu-satunya tarikh pasti yang kita ada adalah
dari pelayanan Yohanes Pembaptis.
Lukas 3:1-6 Dalam tahun kelima belas dari
pemerintahan Kaisar Tiberius, ketika Pontius Pilatus
menjadi wali negeri Yudea, dan Herodes raja
wilayah Galilea, Filipus, saudaranya, raja wilayah
Iturea dan Trakhonitis, dan Lisanias raja wilayah
Abilene, 2 pada waktu Hanas dan Kayafas menjadi
Imam Besar, datanglah firman Allah kepada
Yohanes, anak Zakharia, di padang gurun. 3 Maka
datanglah Yohanes ke seluruh daerah Yordan dan
menyerukan: "Bertobatlah dan berilah dirimu
dibaptis dan Allah akan mengampuni dosamu, 4
seperti ada tertulis dalam kitab nubuat-nubuat
Yesaya: Ada suara yang berseru-seru di padang
gurun: Persiapkanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah
jalan bagi-Nya. 5 Setiap lembah akan ditimbun dan
setiap gunung dan bukit akan menjadi rata, yang
berliku-liku akan diluruskan, yang berlekuk-lekuk
akan diratakan, 6 dan semua orang akan melihat
keselamatan yang dari Tuhan."
Kata-kata permulaan Lukas 3:1 di sini
memberikan tarikh tepat bagi permulaan
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
pelayanan Yohanes Pembaptis. Dengan
menetapkan masa pelayanannya itu, Alkitab
kemudiannya memberikan petunjuk-petunjuk
yang membolehkan kita menentukan dengan
pasti permulaan dan tempoh pelayanan Yesus
Kristus.
Tiberius Claudius Caesar Augustus, pewaris
kepada Maharaja Rom Augustus, lahir pada
tahun 42 SM kepada ibubapa kaum bangsawan
yang telah bercerai agar Livia, iaitu ibunya,
dapat berkahwin dengan Ocatavian (Augustus).
Augustus telah memaksa dia menceraikan
isterinya agar dia dapat berkahwin dengan anak
perempuan maharaja, Julia, untuk melahirkan
waris kepada takhta. Julia telah dibuang pada
tahun 2 SM kerana perbuatan curang, dan,
disebabkan kematian kedua-dua anak lelakinya
dari perkahwinan sebelumnya, Tiberius
terpaksa diambil sebagai anak angkat oleh
Augustus untuk dijadikan warisnya pada tahun
4 TM. Senat telah memberikannya kuasa
Tribunicia dan hak kuasa prokonsular. Apabila
Augustus mangkat, Senat telah menamakan
Tiberius sebagai maharaja pada tahun 17
September tahun 14 TM (Interpreters Dict. of
the Bible, Abingdon, 1962, Vol. 3, halaman
640).
Augustus memerintah sehingga 19 Ogos 14
TM. Ini dicatatkan oleh Schurer (The History
of the Jewish People in the Age of Jesus Christ,
T & T Clark, 1987, Vol. 1, halaman 203).
Schurer mencatatkan permulaan pemerintahan
Tiberius dari tarikh ini. Oleh sebab itu, terdapat
dua tarikh di sini: tarikh berkesan dan tarikh
yang diisytiharkan.
Tahun kudus Israel bermula pada bulan Nisan,
namun tahun sivil di timur bermula kira-kira
bulan Oktober, Bulan Permulaan atau Tishri.
Bulan-bulan Baru tahun 14 TM bermula di
Yerusalem pada hari Khamis 13 September 14
TM pada jam 04:31 dan hari Jumaat 12
Oktober 14 TM pada jam 19:47 (dipastikan
dari karya H. H. Goldstine New and Full
Moons 1001 BC to 1651 CE, American
Philosophical Society, 1973). Oleh sebab itu,
Tishri mungkin bermula pada 13 Oktober atau
tahun kelima belas Tiberius adalah pada tahun
28 TM. Bergantung pada cara perkiraan, ianya
mustahil untuk 1 Tishri berada lebih daripada
Mukasurat 3
177 hari dari 1 Nisan mengikut sistem
penangguhan yang ada atau mungkin kurang
(hingga 173 hari) dengan bulan-bulan yang
dipelihara. Dari 13 Oktober, 1 Nisan akan jatuh
pada kira-kira 26 April. Ini adalah lebih
daripada 30 hari dari ekuinoks, yang
berlangsung dalam tarikh-tarikh Julian ini pada
20-21 Mac. Maka tarikh ini adalah tidak
mungkin. Dengan itu, boleh disimpulkan
bahawa 1 Tishri jatuh pada 13 September 14
TM. Tahun kedua Tiberius perlu bermula pada
Oktober 14 TM untuk tahun kelima belas
Tiberius dianggap bermula pada bulan Tishri
27 TM jika tarikh pengisytiharan itu yang
diambil kira.
Pontius Pilatus telah memegang jabatannya
selama 10 tahun (A of J, xviii, 4, 2) dari tahun
26 TM hingga 36 TM apabila dia diberhentikan
tidak lama sebelum lawatan Vitellius ke
Yerusalem, tidak lama sebelum Paskah tahun
36 TM. Josephus menentukan tarikh
penjawatan Pilatus pada tahun kedua belas
Tiberius, yang dianggap sebagai 25-26 TM
(Schurer, halaman 382, nota samping 130). Ini
hanya bersandar pada pernyataan Josephus.
Maka 27-28 TM adalah tahun keempat belas
mengikut Josephus. Perkara ini, seolah-olah
memperkenalkan satu kontradiksi kepada teks
alkitabiah itu, yang boleh disesuaikan jika
diandaikan bahawa Josephus menghitung dari
tarikh perlantikannya oleh Senat, dan Lukas
menghitung dari kematian Augustus.
Satu lagi aspek perlu dipertimbangkan. Namanama Macedonia bagi semua bulan telah
diambil di Syria dari pemerintahan Seleucid,
dan kekeliruan dengan Kalendar Julian telah
membuatkan tahun bermula pada hari-hari
yang berlainan dalam beberapa kota besar. Di
Tirus, tahun bermula pada 18 November, di
Gaza dan Ascalon pada 29 Ogos (Bickerman
Chronology)
dan
bulan-bulan
Julian
kemudiannya hanya dipanggil dengan namanama Macedonianya (Ideler I, halaman 429 dan
seterusnya). Dengan itu wujudnya sedikit
pertikaian tentang sama ada Josephus merujuk
kepada bulan Yahudi mengikut nama
Macedonianya
atau,
Macedonia/Julian.
Persoalan ini serta Kalendar Yahudi yang
digunakan dikaji oleh Schurer (ibid., Vol. I,
halaman 595-599). Schurer menafikan
Mukasurat 4
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
tanggapan bahawa Kalendar Tyrian (Tirus)
telah digunakan orang Yahudi (ibid., halaman
599).
Pelayanan Yohanes Pembaptis juga pastinya
telah berkebetulan dengan bulan peniupan
Jubli, kerana tahun 27 TM merupakan tahun
Jubli dan Pendamaian pada 10 Tishri adalah
waktu ia ditiupkan. Yohanes tidak mungkin
telah memulakan pelayanannya sebelum Tishri
27 TM kerana tahun kelima belas Tiberius
bermula pada bulan itu, seawal-awalnya,
dengan menghitung dari kematian Augustus.
Satu pemerhatian bermakna dari pembinaan
kalendar itu dalam Buku Jubli-jubli, yang
berdasarkan tahun 364 hari yang mempunyai
tepat-tepat 52 minggu, menempatkan Paskah
pada hari Rabu setiap tahun dengan hari
Pendamaian pada hari Jumaat dan Pondok
Daun bermula pada hari Rabu. Terdapat
persetujuan umum di kalangan pihak-pihak
berpengetahuan bahawa masyarakat Qumran
mengutuk penggunaan kalendar luni-solar dan
mengikut kalendar yang serupa atau seperti apa
yang digunakan dalam Buku Jubli-jubli
(Schurer, ibid., halaman 600-601). Maka boleh
diandaikan bahawa Qumran mengadakan
Paskah pada hari Rabu, yang berlaku pada
masa yang sama dengan masyarakat umum
hanya dalam beberapa tahun sepanjang tempoh
itu.
Penempatan Paskah pada hari Rabu dalam
tahun 31 TM telah diterima secara umumnya
oleh Jemaat-jemaat Allah pada abad kedua
puluh. Karya Fred Coulter Harmony of the
Gospels, nampaknya menempatkannya pada
hari Rabu pada tahun 30 TM dan juga pada
tahun 31 TM. Namun begitu, karya DanielRops Jesus and His Times, yang diterjemahkan
Ruby Millar, Dutton & Co, New York, 1954,
menempatkan penyaliban itu pada 7 April 30
TM yang didakwa adalah hari Jumaat (halaman
432).
Fred Coulter memang banyak kesilapannya dan
mungkin
juga
mereka-reka
dalam
pemahamannya
serta
huraian-huraiannya
tentang Paskah dalam karyanya, The Christian
Passover, York Publishing Co, CA, 1993.
Bagaimanapun,
nampaknya
Daniel-Rops
membina hujah hari Jumaatnya ini dari
keinginannya untuk mengadakan penyaliban itu
pada hari Jumaat dan turutan peristiwa disusun
semula supaya berpadanan. Palma hari Minggu
tanpa penjelasan wajar dijauhkan dan komenkomen bersejarah serta perbandingan antara
jalan-jalan yang digunakan Kristus dan kota
moden itu adalah bayang-bayangan. Seluruh
hujah itu dibina sekitar premis bahawa hari
Jumaat merupakan hari penyaliban dan
bukannya dengan membina satu jadual
peristiwa, yang menunjukkan turutan aktiviti
bermula dari kemasukan ke Betania sekitar hari
Sabat sebelumnya. Tiada penjelasan diberikan
untuk Hari Suci itu. Malah, Paskah ditentukan
dari Bulan Baru, yang seperti yang akan kita
lihat pada tahun 30 TM, betul-betul menolak
berlakunya penyaliban hari Jumaat.
Ianya penting untuk Jemaat Ortodoks
menetapkan 30 TM sebagai Paskah hari Jumaat
kerana kita akan lihat bahawa turutan Paskahpaskah dalam Yohanes dari tahun kelima belas
Tiberius menunjukkan penyaliban berlaku pada
tahun 30 TM, berdasarkan cerita Paskah dalam
Yohanes 11:55 dan Yohanes 12:1. Pewaktuan
Paskah dalam 30 TM atau 31 TM mempunyai
signifikans besar bagi Tanda Yunus. DanielRops memahami hal ini secara intuitif apabila
dia memerhatikan bahawa:
Empat puluh tahun kemudiannya, pada awal bulan
Nisan, pada tahun 70, sekumpulan tentera Rom telah
menyerang Kota Suci itu. Empat pasukan askar
bantuan Syria dan Numidia, enam puluh ribu orang
dengan peralatan perkakas terbaik, telah dipimpin
oleh Maharaja Titus, anak kepada Vespasian, yang
baru diisytiharkan enam bulan sebelumnya oleh satu
pemberontakan tentera di Mesir (ibid., halaman
452).
Oleh itu, jika injil Yohanes merujuk kepada
hanya satu Paskah dalam bab-bab 11 dan 12,
dan ini hampir pasti, dan permulaan cerita ini
adalah pada Paskah 28 TM, maka apa yang kita
dapati adalah Paskah 30 TM. Oleh itu, Jemaat
Ortodoks terpaksa mereka penyaliban hari
Jumaat, dan Tanda Yunus bermula pada tahun
30 TM dan berakhir pada 1 Nisan 70 TM.
Kemusnahan Bait Suci kemudiannya serta
penutupan Bait Leontopolis di Mesir, adalah
hanya penceritaan dari permulaan penutupan
itu. Jika ia berlaku pada tahun 31 TM maka
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
penutupan Tanda itu adalah dengan
penghentian persembahan korban. Mari kita
periksa kemungkinan-kemungkinannya.
Satu langkah perlu adalah untuk memastikan
tarikh-tarikh Bulan Baru di Yerusalem
sepanjang tempoh 28-33 TM untuk mengkaji
bila masanya tarikh-tarikh 1 Nisan dan, dari
situ, Paskah jatuh pada tahun-tahun itu. Dari
situ boleh dipastikan dengan agak tepat bilakah
penyaliban hari Rabu atau Jumaat mungkin
berlaku, dan sama ada pandangan sebegitu
berpadanan dengan teks-teks alkitabiah.
Mukasurat 5
Dari pewaktuan-pewaktuan Bulan Baru itu,
permulaan tahun suci, atau 1 Nisan, jatuh
seperti berikut dengan penggunaan panduanpanduan standard, Bulan Baru paling dekat
ekuinoks dan Paskah, pada 15 Abib, jatuh
selepas ekuinoks, dan dengan menggunakan
hari standard Yahudi yang bermula dari waktu
gelap suatu hari hingga matahari terbenam
waktu EENT (End Evening Nautical Twilight)
pada hari esoknya.
Isnin 15 Mac 28 TM
Ahad/Minggu 3 April 29 TM
Jabatan Almanak Nautika Diraja telah
membekalkan tarikh-tarikh pada mana Bulanbulan Baru jatuh dalam tahun-tahun 28-33 TM
berdasarkan hasil kerja H. H. Goldstine (ibid.).
Waktu-waktunya dibekalkan dari pemerhatian
di Babilon (Baghdad) dan dengan itu 37 minit
perlu ditolak dari waktu-waktu ini untuk
mendapatkan
waktu
sivil
Yerusalem.
Ketidaktentuan
dalam
pusingan
bumi
menimbulkan ketidaktetapan kecil pada masamasa tertentu. Ekuinoks juga adalah lebih awal
dari tarikh-tarikh Julian, iaitu 20-21 Mac.
Ekuinoks juga mungkin seawal 20 Mac dalam
sistem Gregorian. Tarikh-tarikh dan waktuwaktu juga boleh didapati dari observatori
Tentera Laut AS dan disesuaikan kepada waktu
Yerusalem.
Khamis 23 Mac 30 TM
Isnin 12 Mac 31 TM
Ahad 30 Mac 32 TM
Khamis 19 Mac 33 TM
Maka Penyaliban itu mungkin jatuh pada harihari berikut:
Ahad 28 Mac 28 TM
Sabtu 16 April 29 TM
Rabu 5 April 30 TM
Ahad 25 March 31 CE
Sabtu 12 April 32 TM
Khamis 2 April 33 TM
Waktu-waktu
berikut:
Bulan
Baru
adalah
Isnin 15 Mac 28 TM @ 03:38
Selasa 13 April 28 TM @ 17:21
Jumaat 4 Mac 29 TM @ 04:13
Sabtu 2 April 29 TM @ 20:43
Rabu 22 Mac 30 TM @ 20:59
Jumaat 21 April 30 TM @ 12:48
Isnin 12 Mac 31 TM @ 01:29
Selasa 10 April 31 TM @ 14:45
Sabtu 29 Mac 32 TM @ 23:08
Isnin 28 April 32 TM @ 10:09
Khamis 19 Mac 33 TM @ 13:41
Jumaat 17 April 33 TM @ 22:12
seperti
Adalah mustahil bagi penyaliban itu berlaku
pada hari Jumaat. Tarikh dalam tahun 30 TM
jelas adalah hari Rabu. Tarikh dalam tahun 31
TM adalah hari Minggu. Oleh itu, 31 TM
nampaknya terkecuali oleh mereka yang
menyokong
penyaliban
hari
Rabu.
Bagaimanakah mungkin tahun 31 TM boleh
dipadankan? Huraian dibuat bahawa tahun suci
pada tahun 31 TM tidak bermula sehinggalah
hari Rabu 11 April 31 TM menurut peraturanperaturan penangguhan yang kini diguna
meluas. Bagaimanapun, itu masih hanya
meletakkan penyaliban itu pada hari Selasa,
iaitu 24 April. Selain dari hakikat ini, terdapat
beberapa masalah lain dengan tarikh ini. Dari
sistem perhitungan purba mengikut konjunksi,
yang digunakan oleh kedua-dua Kristian
Ortodoks dan orang Yahudi sebelum
Mukasurat 6
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
pengenalan kalendar Hillel pada tahun 344-358
TM, tarikh terakhir yang mungkin bagi 1 Nisan
adalah tarikh Gregorian 7 April (atau lebih
awal dengan tarikh Julian).
Bulan Baru paling dekat kepada ekuinoks dan
Paskah selepas ekuinoks, memperuntukkan
tarikh terakhir yang mungkin sebagai 7 April
(Gregorian). Penangguhan-penangguhan telah
menyaksikan tarikh-tarikh selewat 8 April
untuk 1 Nisan (contohnya Kalendar Yahudi
tahun 1997), namun ini bukanlah berdasarkan
ajaran alkitab dan tidak berlaku begitu sebelum
tahun 344 TM. Paskah tidak boleh jatuh lebih
lewat dari 22-23 April dalam sebarang tahun.
Di bawah sistem Julian, tarikh-tarikh itu adalah
lebih awal. Maka 25 April 31 TM nampaknya
adalah fiksyen sepenuhnya.
Kenapakah dongeng ini diperkenalkan?
Jawapannya nampaknya terletak dalam
andaian-andaian palsu di sebalik spekulasi
teologi mengenai tempoh tujuh puluh minggutahun (tujuh puluh kali tujuh masa) yang
berakhir dengan Mesias. Ini berdasarkan pada
salahtafsir Daniel 9:25 dalam KJV. Tarikh
permulaan untuk nubuatan itu diambil dari
waktu pemerintahan Artahsasta I dan tempoh
enam puluh sembilan minggu itu kemudiannya
berakhir pada tahun 27 TM, yang kemudiannya
didakwa sebagai permulaan pelayanan Kristus.
Dia kemudiannya dikatakan telah berkhotbah
selama tiga setengah tahun. Minggu tersebut
kemudiannya diperduakan dan satu tempoh
lain dituntut untuk zaman akhir yang disifatkan
dengan kehadiran saksi-saksi itu serta lain-lain
hal berkaitan. Huraian ini merupakan rekaan
semata-mata dan tidak berdasarkan sebarang
bukti alkitab. H. Hoeh menggunakan teologi
bermasalah ini sebagai asas dalam karyanya
The Crucifixion Was Not on Friday
(Ambassador College Press, 1959, 1961,
1968). Walaupun tajuk ini adalah pernyataan
yang betul, hujah-hujah yang dikemukakan
oleh Hoeh dan yang lain contohnya Coulter,
untuk menyokong pandangan ini adalah tidak
betul. Tanda Yunus merupakan isu yang rumit
dan dijelaskan dalam karya Tanda Yunus dan
Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No.
13).
Dengan itu, alternatifnya adalah hari Rabu 5
April 30 TM, Ahad 25 Mac 31 TM, Ahad 13
April 32 TM, dan Khamis 2 April 33 TM. Kini
kita dapat menguji apa yang kelihatannya
seperti Paskah tahun penyaliban, berdasarkan
bukti alkitabiah dan bukti sejarah. Kita tahu
bahawa Kristus tidak memulakan pelayanannya
sehingga sesudah Yohanes dimasukkan ke
dalam penjara (Matius 4:12-17; Markus 1:14).
Matius 4:12-17 Tetapi waktu Yesus mendengar,
bahwa Yohanes telah ditangkap, menyingkirlah Ia ke
Galilea. 13 Ia meninggalkan Nazaret dan diam di
Kapernaum, di tepi danau, di daerah Zebulon dan
Naftali, 14 supaya genaplah firman yang disampaikan
oleh nabi Yesaya: 15 "Tanah Zebulon dan tanah
Naftali, jalan ke laut, daerah seberang sungai
Yordan, Galilea, wilayah bangsa-bangsa lain, -- 16
bangsa yang diam dalam kegelapan, telah melihat
Terang yang besar dan bagi mereka yang diam di
negeri yang dinaungi maut, telah terbit Terang." 17
Sejak waktu itulah Yesus memberitakan:
"Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga sudah dekat!"
Kita tahu dari injil Yohanes bahawa Yohanes
tidak dipenjarakan sehingga selepas Paskah
yang nampaknya adalah Paskah tahun 28 TM,
memandangkan ia yang mula-mula disebutkan
dan berikutan permulaan pelayanan Yohanes
seperti yang digariskan. Paskah disebutkan di
Yohanes 2:13,23.
Yohanes Pembaptis membaptis di Ainon
berdekatan Salim. Yesus telah datang ke
Galilea bersama murid-muridnya yang sedang
membaptis, walaupun dia sendirinya tidak
membaptis (Yohanes 4:2). Yohanes belum lagi
dibuang ke dalam penjara.
Yohanes 3:22-24 Sesudah itu Yesus pergi dengan
murid-murid-Nya ke tanah Yudea dan Ia diam di
sana bersama-sama mereka dan membaptis. 23 Akan
tetapi Yohanespun membaptis juga di Ainon, dekat
Salim, sebab di situ banyak air, dan orang-orang
datang ke situ untuk dibaptis, 24 sebab pada waktu
itu Yohanes belum dimasukkan ke dalam penjara.
Kita tahu bahawa Kristus memang sedar
bahawa masa pelayanannya belum lagi tiba
kerana dia menyatakannya begitu kepada
ibunya di perkahwinan di Kana (Yohanes 2:4).
Dari binaan semula pewaktuan-pewaktuan
peristiwa-peristiwa itu, kita dapat simpulkan
dengan agak pasti bahawa Kristus telah
dibaptiskan sekitar Februari kira-kira 50 hari
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
sebelum Paskah. Injil-injil Synoptic tidak
memberi sebarang petunjuk tentang bilangan
penuh Paskah yang terbabit. Namun begitu,
Yohanes menyenaraikan bilangan yang lebih
besar. Paskah pertama yang nampaknya
merupakan Paskah tahun 28 TM disebutkan
dalam Yohanes 2:13,23.
Perayaan selanjutnya disebutkan dalam
Yohanes 5:1. Perayaan ini tidak dipastikan,
namun ia difikirkan mungkin adalah Purim
oleh orang-orang tertentu (lihat Comp. Bible,
nota samping kepada ayat 1). Bagaimanapun,
Kristus dicatatkan oleh Yohanes sebagai
berada di Samaria pada waktu tuaian (dan
mungkin empat bulan dari Pengumpulan) iaitu
kira-kira pada Pentakosta tahun 28 TM
(Yohanes 4:35).
Hari raya Paskah seterusnya, yang sepatutnya
pada tahun 29 TM, disebutkan dalam Yohanes
6:4.
Yohanes 6:1-4 Sesudah itu Yesus berangkat ke
seberang danau Galilea, yaitu danau Tiberias. 2
Orang banyak berbondong-bondong mengikuti Dia,
karena
mereka
melihat
mujizat-mujizat
penyembuhan, yang diadakan-Nya terhadap orangorang sakit. 3 Dan Yesus naik ke atas gunung dan
duduk di situ dengan murid-murid-Nya. 4 Dan
Paskah, hari raya orang Yahudi, sudah dekat.
Dia mengajar di Kapernaum selepas tempoh ini
(Yohanes 6:59).
Ada hari raya yang disebutkan dalam Lukas 6:1
di mana istilah Sabat kedua selepas yang
pertama digunakan untuk menterjemahkan
deuteroprotos atau Sabat pertama yang kedua.
Ini merujuk kepada Sabat kedua suatu hari raya
dari Yom Tov atau Hari Suci pertama. Oleh itu,
ia sama ada hari Sabat mingguan (lihat nota
samping kepada Companion Bible) atau Hari
Suci kedua (Friedrich Westburg Die Biblische
Chronologie, halaman 122 – lihat karya H.
Hoeh The Crucifixion Was Not on Friday,
cetakan 1968, halaman 32). Companion Bible
mengaitkan teks ini kepada Matius 12:1
sebagai Sabat mingguan. Hari raya ini
dirujukkan sebagai Paskah oleh mereka yang
ingin mewujudkan Paskah keempat, dan yang
berlainan dari apa yang disebutkan dalam
Mukasurat 7
Yohanes, demi membuktikan tahun 31 TM
sebagai tahun kematian Kristus.
Perayaan Lukas 6:1 ini pada pandangan
pertama nampaknya seperti Pondok Daun dan
bukannya Paskah kerana gandum telahpun
masak. Bagaimanapun, istilah gandum boleh
merujuk kepada jelai atau gandum dan oleh itu
merujuk kepada tempoh antara Mac dan Jun
dan, dengan itu, Paskah atau Pentakosta. RSV
Baru menterjemahkan Lukas 6:1 sebagai
ladang bijirin dan bukannya ladang gandum.
Jika itu adalah Paskah dan ia adalah Sabat
mingguan, maka Unjukan Berkas belum lagi
dipersembahkan, kerana ia dipersembahkan
selepas Sabat (bukan Shabbatown atau Hari
Suci). Ingat, Sivan 6 adalah sebahagian dari
penangguhan-penangguhan yang ditetapkan di
bawah sistem Hillel. Kristus pastinya tidak
akan melanggar perintah-perintahnya sendiri
dengan memakan bijirin sebelum unjukan
berkas dipersembahkan (Imamat 23:14).
Jelai (dan gandum) harus digirik (dibanting).
Rujukan dalam Lukas 6:1 menunjukkan
bahawa bulir-bulir gandum itu dikisar dalam
tangan-tangan mereka sebelum dimakan.
Jagung (gandum) tidak memerlukan tindakan
ini tetapi sebaliknya dikupas. Oleh itu,
nampaknya hari ini adalah Hari Suci kedua
Paskah, seawal-awalnya. Kemungkinan yang
satu lagi adalah ia adalah hari Minggu
Pentakosta pada waktu tuaian gandum. Kristus
berhak mengumpul sisa gandum. Aktiviti ini
mendahului perlantikan dua belas rasul itu
(Lukas 6:13) dan dengan itu adalah sangat
awal. Dalam keadaan ini, nampaknya ia adalah
Paskah tahun 28 TM (atau 29 TM selewatlewatnya). Aktiviti-aktiviti ini berlaku di
kawasan lembah (pinggir pantai) sebelum
kemasukan Kristus ke dalam Kapernaum.
Hari Raya Pondok Daun disebutkan dalam
Yohanes 7:2. Yesus telah pergi dengan diamdiam ke perayaan itu namun kemudiannya telah
mengajar di Bait Suci (Yohanes 7:10,14,37;
8:1-2,20).
Hari Raya Pentahbisan atau Hanukkah
disebutkan dari Yohanes 10:22. Perayaan ini
adalah selama lapan hari bermula dari hari
kedua puluh lima bulan Chislev. Ia juga
Mukasurat 8
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
dipanggil Hari Raya Cahaya oleh Yehuda. Ini
adalah musim dingin, dua bulan selepas Hari
Raya Pondok Daun. Pihak penguasa Yahudi
cuba
membunuhnya,
namun
Kristus
melepaskan dirinya dan pergi ke seberang
Yordan ke tempat di mana Yohanes membaptis
dahulu (Yohanes 10:39-42). Tidak disebutkan
berapa lamakah tempohnya di seberang Yordan
ini.
Dia kembali untuk membangkitkan Lazarus
dari mati dan telah berlepas sekali lagi ke kota
Efraim di mana dia tinggal untuk beberapa
lama.
Paskah seterusnya disebutkan di Yohanes
11:55
empat puluh tahun untuk Yehuda bermula dari
pelayanan Mesias. Pelayanan Mesias, mengikut
tafsiran literal injil Yohanes, adalah kurang
dari dua tahun dengan pelayanan Yohanes
Pembaptis mendahuluinya sebanyak enam
bulan, iaitu perbezaan umur mereka (lihat
Lukas 1). Maka tempoh gabungan pelayanan
mereka adalah kurang dari tiga tahun kerana
pelayanan Yunus adalah kurang dari tiga hari.
Maka, Yunus berjalan sehari (yang berpadanan
dengan pelayanan Yohanes) dan bernubuat
selama dua hari (yang berpadanan dengan
pelayanan Kristus selama dua tahun). Perkaitan
setahun untuk sehari masih lagi dikekalkan.
Maka dari binaan semula peristiwa, nampaknya
kita berhadapan dengan tarikh 30 TM untuk
penyaliban itu.
Yohanes 11:55-57 Pada waktu itu hari raya Paskah
orang Yahudi sudah dekat dan banyak orang dari
negeri itu berangkat ke Yerusalem untuk
menyucikan diri sebelum Paskah itu. 56 Mereka
mencari Yesus dan sambil berdiri di dalam Bait
Allah, mereka berkata seorang kepada yang lain:
"Bagaimana pendapatmu? Akan datang jugakah Ia
ke pesta?" 57 Sementara itu imam-imam kepala dan
orang-orang Farisi telah memberikan perintah
supaya setiap orang yang tahu di mana Dia berada
memberitahukannya, agar mereka dapat menangkap
Dia.
Walaupun sukar untuk membincangkan semua
aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh itu dalam
karya tunggal ini, ianya tetap berguna untuk
membuat satu jadual peristiwa. Ini perlu
dilakukan untuk menguji kronologi alkitabiah
berbanding tarikh-tarikh ini.
Dari teks ini kita teruskan ke Yohanes 12:1
yang menceritakan kemasukan ke Betania.
Lazarus telah dibangkitkan dari mati dan
berada di meja bersama mereka. Yesus telah
meninggalkan orang-orang Yahudi dan telah
pergi ke kawasan lain di dalam kota Efraim
selepas pembangkitan Lazarus dari mati dan
terus di situ bersama murid-muridnya
(Yohanes 11:54).
Hukum Taurat mensyaratkan beberapa aspek
untuk dipelihara untuk Paskah. Tindakantindakan
Kristus
sebelum
Paskah
melambangkan
syarat-syarat
ketetapanketetapan Perayaan Paskah serta Roti Tidak
Beragi.
Diandaikan bahawa Paskah Yohanes 11:55
adalah sama dengan Paskah Yohanes 12:1 dst
dan ini nampaknya mungkin sekali dari teks
ini. Oleh sebab itu, terdapatnya dua Paskah
disebutkan dalam Lukas dan tiga di dalam
Yohanes. Nampaknya tiada bukti bagi Paskah
keempat, melainkan dapat dibuktikan bahawa
hari raya Lukas 6:1 adalah Paskah dan
berlainan daripada apa yang ditemui dalam
Yohanes.
Masalah sebenarnya adalah bahawa tempoh
empat puluh hari untuk Yunus telah diberikan
Kerja seterusnya adalah untuk terus kepada
harmoni hari-hari akhir tempoh Paskah dari
kemasukan ke Betania itu.
Syarat-syarat utama adalah:
1. Bait Suci disucikan dari hari pertama
Nisan;
2. mereka yang tidak sengaja berdosa ditebus
pada hari ketujuh Nisan;
3. keimamatan
dikuduskan
tanggungjawab mereka sendiri;
mengikut
4. anak domba dikhususkan (diasingkan) pada
hari kesepuluh Nisan;
5. tempat kediaman sementara disediakan
pada hari ketiga belas Nisan dan didiami
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
bermula dari malam yang memulakan hari
keempat belas Nisan. Jamuan chegigoh,
atau jamuan persediaan, dimakan pada hari
keempat belas Nisan. Ini adalah Perjamuan
Suci (Perjamuan Tuhan). Ini adalah jamuan
waktu Paskah namun ia bukanlah jamuan
Paskah itu sendiri (lihat karya Hari Paskah
(No. 98)).
6. Anak domba Paskah disembelih pada
waktu petang hari keempat belas. Paskah
kemudiannya dimakan sambil berdiri
sehinggalah waktu malam yang memulakan
hari kelima belas Nisan.
7. Pada sebelah pagi waktu siang hari kelima
belas,
semua
orang
kemudiannya
dibenarkan untuk pulang ke tempat-tempat
kediaman mereka (Ulangan 16:6). Perayaan
ini kemudiannya berlanjutan selama tujuh
hari, di mana hari terakhirnya adalah suatu
Hari Suci.
Turutan ini membantu kita memahami apa
yang terjadi sewaktu Paskah penyaliban itu.
Tempoh Perayaan Roti Tidak Beragi adalah
tempoh yang diperluaskan, yang meliputi harihari persediaan, hari Paskah sebenar serta
Perayaan Roti Tidak Beragi. Hari pertama Roti
Tidak Beragi adalah sebenarnya hari
persediaan yang memulakan hari keempat belas
Nisan. Tempoh berkenaan dalam Matius 26:17
adalah dalam tempoh persediaan hari ketiga
belas Nisan sebelum tinggal di kediaman
sementara untuk tempoh tiga puluh enam jam
dari malam hari keempat belas Nisan hingga
pagi Hari Suci pertama (Ulangan 16:6).
Aktiviti pertama yang dilakukan oleh Kristus
pada Paskah terakhir ini adalah penyucian Bait
Mukasurat 9
Suci. Proses ini dilakukan dari hari pertama
Nisan. Dia telahpun menyucikan Bait itu
sebelumnya pada permulaan pelayanannya
seperti yang kita perhatikan dari Yohanes 2:1321.
Pada hakikatnya terdapat dua kemasukan
Mesias ke Yerusalem dalam fasa akhir ini dan
bukan sekali saja. Kemasukan pertama yang
disebutkan dalam Matius 21:1-7 adalah tidak
dijangka dan merupakan pendahulu kepada
kemasukan keduanya yang dijangka.
Turutan ini diperlihatkan untuk menjelaskan
keharmonian peristiwa-peristiwa yang dilalui
Kristus demi mentaati syarat-syarat yang telah
dikeluarkannya kepada Musa di Sinai sebagai
Malaikat Hadirat dan elohim Israel, di mana
dia telah telah diurapi kepada pangkat iut oleh
Allah yang Mahatinggi iaitu Yahovah Semesta
Alam, Eloah (Ulangan 32:8 (LXX; RSV);
Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9).
Empat belas hari sebelum Paskah
Keimamatan menyediakan diri mereka
mengikut perintah hukum. Yehezkiel 45:18-20
menunjukkan proses pentahiran itu. Khemah
Suci ditahirkan pada hari pertama Nisan.
Mereka yang berdosa tanpa sengaja dan tidak
sedar ditahirkan pada hari ketujuh (Yehezkiel
45:18-20). Keimamatan mentahirkan diri
mereka untuk Paskah. Ia telah dihentikan oleh
Hizkia kerana kegagalan para imam untuk
menguduskan diri mereka (2 Tawarikh 30:3).
Kini kita dapat menangani peristiwa-peristiwa
enam hari sebelum Paskah, bermula dari 9
Nisan.
Hari Keenam Sebelum Paskah 9 Nisan (matahari terbenam Khamis hingga matahari terbenam
Jumaat)
Peristiwa
Matius
Markus
Lukas
Kristus menghampiri Yerusalem dari Yerikho.
19:1-10
Kristus melalui malam Khamis di rumah Zakheus.
19:6
dan memberi perumpamaan tentang mina.
19:11-27
Dia meneruskan perjalanannya ke Yerusalem.
19:28
Yohanes
Mukasurat 10
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
Dia mengutus dua muridnya untuk mengambil “keldai
betina” dan “anaknya”. Perhatikan ada dua binatang.
21:1-7
Dia melalui kemasukan pertamanya dari Betfage (bukan
Betania).
21: 8-9
Dia tidak dijangka, dan mereka bertanya “Siapakah
orang ini”
21:10-11
Dia menyucikan Bait Suci mengikut hukum.
21:12-16
Dia pergi ke Betania.
21:17
Kita perhatikan bahawa tujuan kemasukan
pertama ke Yerusalem adalah untuk
menyucikan Bait Suci, iaitu apa yang perlu
dilakukan untuk upacara Paskah di mana
Kristus akan menjadi Anak Domba Paskah itu.
Dia menggenapi apa yang telah dituliskan
tentangnya oleh nabi Zakharia 9:9 dan Matius
mencatatkan bahawa pada kali ini orang ramai
juga menghamparkan pakaian mereka di
depannya (Matius 21:1-17). Imam-imam
kepala justeru sedar mereka harus melakukan
sesuatu tentang dia (Matius 21:15). Dia
kemudiannya bertolak ke Betania ke Rumah
Lazarus di mana Maria meminyaki kakinya
dengan setengah kati minyak narwastu murni.
Yudas Iskariot menegur perbuatan ini dan
Kristus khusus menyatakan bahawa minyak ini
telah
disimpan
untuk
kematian
dan
penguburannya dan ia memang digunakan
untuk tujuan khusus itu. Peminyakan ini
menandakan pengorbanan Kristus sebagai
Anak Domba Tuhan. Ini secara efektifnya
mengkhususkannya untuk tujuan itu. Semua
aktiviti ini terjadi pada malam tanggal sepuluh
Nisan iaitu pengasingan anak domba untuk
korban Paskah menurut Keluaran 12:3. Ini
berlaku pada waktu matahari terbenam hari
Jumaat hingga matahari terbenam hari Sabtu.
Kristus mentahbiskan dirinya dan telah
diminyaki pada Sabat ini.
Hari Kelima Sebelum Paskah 10 Nisan (matahari terbenam Jumaat hingga matahari terbenam
Sabtu)
Peristiwa
Matius
Markus
Lukas
Yohanes
Tuhan melalui Sabat di Betania.
Dari waktu matahari terbenam pada hari Sabat (Sabtu)
jamuan pertama dari tiga jamuan diadakan (mungkin di
rumah Lazarus)
12:2
Semasa jamuan ini, pengurapan pertama dari dua
pengurapan berlaku.
12:3-11
Lazarus dicatatkan duduk bersamanya di
perjamuan
(Yohanes
12:2).
Yohanes
memberitahu kita bahawa ramai orang Yahudi
tahu dia ada di situ dan mereka datang untuk
melihatnya pada Sabat itu dan juga untuk
melihat Lazarus yang dibangkitkannya dari
antara orang mati (Yohanes 12:9). Oleh sebab
inilah Imam-imam Kepala (termasuk Imam
Besar divisi) bermuafakat untuk membunuh
Lazarus juga kerana ramai mempercayai
Kristus oleh sebab Lazarus (Yohanes 12:1011). Perkataan yang digunakan ialah apokteino
membunuh yang menyatakan maksud kematian
kejam dan bukan mati kerana proses
pengadilan.
Teks dalam Yohanes meneruskan dalam 12:12:
“Keesokan harinya ketika orang banyak yang
datang merayakan pesta mendengar, bahwa
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
Yesus sedang di tengah jalan menuju
Yerusalem, mereka mengambil daun-daun
palem, dan pergi menyongsong Dia dan
menggenapi apa yang ditulis dalam Mazmur
118:25-26
dan
berseru-seru
Hosana!
Diberkatilah Dia yang datang dalam nama
Tuhan, Raja Israel!’”. Lukas 19:38 berbeza
seruannya namun maksudnya sama dan teks
dalam Yohanes mengecualikan Anak Daud
yang ada dalam Matius 21:9.
Kesilapan yang dibuat ialah andaian bahawa
istilah keesokan harinya merujuk kepada Sabat
pada hari esoknya selepas jamuan malam dan
bukan Tanggal Sebelas Abib. Bagaimanapun,
istilah ini memang merujuk kepada hari berikut
Mukasurat 11
dan bukan pagi atau hari esok Sabat. Bullinger
juga berpendapat bahawa istilah ini merujuk
kepada Tanggal Sebelas Abib, iaitu hari
Minggu itu. Pandangan ini juga disokong oleh
fakta bahawa ramai orang telah datang pada
hari Sabat itu untuk melihat Kristus dan hampir
tidak mungkin mereka bertemu dalam rumah
pada waktu malam. Muafakat Imam-imam
Besar itu juga patutnya terjadi pada Sabat itu.
Justeru Kristus dikhususkan sebagai korban
dengan peminyakan itu dan dengan muafakat
Imam-imam Besar atau Kepala itu pada hari
Sabat, Tanggal Sepuluh Abib, bila mereka
berada di situ pada satu tempat kerana Hari
Raya itu. Kristus justeru bersedia untuk
memasuki Yerusalem dalam kemenangan.
Hari Keempat Sebelum Paskah 11 Nisan (matahari terbenam Sabtu hingga matahari terbenam
Ahad)
Peristiwa
Matius
Markus
Lukas
Yohanes
Kristus mengutus dua murid untuk mengambil seekor
binatang, iaitu keldai muda.
11:1-7
19:29-35
12:12
Tuhan kemudiannya bermula dari Betania (bukan
Betfage) dan disambut oleh ramai orang dari Yerusalem.
11:8-10
19:36-40
12:12-19
Kemasukan kedua atau kemenangan ke Yerusalem.
Dia menangisi kota itu.
19:41-44
Dia memasuki Bait Suci dan melihat sekelilingnya.
11:11
Dia kemudiannya kembali ke Betania.
11:11
Hari Ketiga Sebelum Paskah 12 Nisan (matahari terbenam Ahad hingga matahari terbenam
Isnin)
Peristiwa
Matius
Markus
Kristus kembali ke Yerusalem pada waktu pagi.
21:18
11:12
Pohon ara dikutuk.
21:19-22
11:13-14
Dia muncul semula di Bait Suci dan menyucikannya
semula.
11:15-17
Mengajar di dalam Bait Suci.
Lukas
19:45-46
19:47
Dia menghadapi tentangan para pemimpin.
11:18
Dia meninggalkan kota itu (mungkin untuk pergi ke
Betania; lihat Lukas 21:37-38).
11:19
Yohanes
19:47-48
12:20-50
Mukasurat 12
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
Hari Kedua Sebelum Paskah 13 Nisan (matahari terbenam Isnin hingga matahari terbenam
Selasa)
Peristiwa
Matius
Persoalan murid-murid tentang pohon ara itu timbul
sewaktu perjalanan ke Yerusalem.
Markus
Lukas
11:20-26
Kristus sekali lagi berada di Yerusalem dan di dalam
Bait Suci.
21:23-27
11:27-33
20:1-8
Kristus mengajar melalui soalan dan perumpamaan.
21:2823:39
12:1-44
20:9-21:4
Nubuatan besar pertama dalam Bait diberikan.
21:5-36
Pernyataan tentang tabiat Tuhan sepanjang minggu
terakhir ini.
21:37-38
Nubuatan besar kedua di atas Bukit Zaitun.
24:1-51
Nubuatan kedua diteruskan.
25:1-46
Perkara ini nampaknya berterusan di dalam
dialog itu namun ia kemungkinan satu
pengunduran
kepada
peristiwa-peristiwa
malam sebelumnya di mana aktiviti-aktiviti di
rumah Simon, pesakit kusta itu, telah berlaku.
Pernyataan dua hari lagi akan dirayakan
Paskah adalah petunjuk masanya. Cerita ini
merangkumi aktiviti-aktiviti yang berlaku pada
masa yang sama, yang dimulakan untuk
aktiviti-aktiviti di rumah Simon. Yudas Iskariot
telah pergi untuk mengkhianati Kristus
sepanjang aktiviti-aktiviti hari ini. Murid-murid
lain telah diutus pada waktu petang untuk
menyediakan tempat kediaman sementara. Jika
cerita ini sebenarnya adalah terus-menerus,
maka jamuan di rumah Simon itu hanya
mungkin adalah jamuan tengah hari, dan
aktiviti-aktiviti ini bermula dari peristiwa itu.
Rangka waktu yang ketat dan komen
Yohanes
13:1-37
menunjukkan bahawa cerita ini mungkin telah
mengundur kepada malam sebelumnya.
Gaya cerita dalam Markus nampaknya
meneruskan kejadian tersebut dalam satu
senarai aktiviti-aktiviti hari yang sama.
Nampaknya banyak aktiviti yang dilakukan
untuk hari persediaan dan, selewat-lewatnya,
jamuan di rumah Simon sepatutnya adalah
jamuan tengah hari pada 13 Nisan. Oleh itu,
Apendiks dalam Companion Bible mengenai
Tiga Jamuan (Apendiks 157, halaman 182)
adalah bergantung pada pengunduran kepada
malam sebelumnya atau terbatas kepada hanya
tiga jamuan, iaitu dua jamuan malam dan satu
jamuan tengah hari. Bagaimana sekalipun,
murid-murid itu serta Kristus telahpun tinggal
di kediaman sementara mereka setibanya
malam hari keempat belas Nisan untuk jamuan
terakhir
itu.
Peristiwa
Matius
Markus
Lukas
Pernyataan “dua hari lagi akan dirayakan Paskah”.
26:1-5
14:1-2
Dia kembali ke Betania dan hadir di rumah Simon si
pesakit kusta. Pengurapan kedua berlaku.
26:6-13
14:3-9
Yudas Iskariot merancang untuk mengkhianati Kristus.
26:14-16
14:10-11
22:1-6
Persediaan untuk perjamuan akhir.
26:17-19
14:12-16
22:7-13
Yohanes
Di sini, murid-murid itu bersedia untuk
mengambil Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan)
dalam kediaman sementara.
Ulangan 16:5-7 5 Engkau tidak boleh mempersembahkan
korban Paskah di salah satu tempat yang diberikan
kepadamu oleh TUHAN, Allahmu. 6 Tetapi di tempat
yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat
nama-Nya
diam
di
sana,
engkau
harus
mempersembahkan korban Paskah itu pada waktu senja,
ketika matahari terbenam, bertepatan dengan saat engkau
keluar dari Mesir. 7 Engkau harus memasaknya dan
memakannya di tempat yang akan dipilih TUHAN,
Allahmu; kemudian paginya engkau harus pulang
kembali ke kemahmu.
Ini kemudiannya
penutupan
hari
membawa kita
ketiga
belas
kepada
Nisan.
Hari Sebelum Paskah
Hari persediaan keempat belas Nisan. Hari penyaliban 14 Nisan (matahari terbenam Selasa hingga
matahari terbenam Rabu).
Peristiwa
Matius
Markus
“Setelah hari malam” muslihat terhadap Kristus
dilaksanakan.
26:20
14:17
Lukas
Jamuan Akhir bermula dengan pembasuhan kaki.
13:1-20
Pengumuman tentang penkhianatan itu.
26:21-25
14:18-21
Jamuan itu dimakan dan Perjanjian Baru Yeremia 31:31
diisytiharkan. Roti dan anggur diasaskan.
26:26-29
14:22-25
13:21-30
22:14-23
Nubuatan pertama tentang penyangkalan Petrus dibuat.
13:31-38
Pertengkaran tentang siapa yang akan jadi terbesar.
22:24-30
Nubuatan kedua tentang penyangkalan Petrus.
22:31-34
Rayuan akhir dibuat terhadap pekerjaan pertamanya
(Lukas 9:3)
22:35-38
Ucapan terakhir kepada sebelas murid itu diikuti dengan
doa Kristus.
Kumpulan ini pergi ke Getsemane.
Yohanes
14:1-17:26
26:30-35
Nubuatan ketiga tentang penyangkalan Petrus.
14:26-29
22:39
18:1
14:30-31
Penderitaan dalam taman.
26:36-46
14:32-42
22:40-46
Penangkapan Tuhan.
26:47-56
14:43-50
22:47-54
18:2-11
22:5423:25
18:1219:13
Pelepasan diri Lazarus (lihat nota samping kepada
Markus 14:51-52, Companion Bible).
Perbicaraan-perbicaraan Kristus berterusan sepanjang
malam Selasa.
14:51-52
26:5727:31
14:5315:19
Pada tengah malam Selasa, kira-kira jam dua belas,
Pilatus mengatakan “Inilah rajamu”.
Kristus dibawa pergi untuk disalibkan.
Bersamanya adalah dua orang penjenayah (kakourgoi).
Perbincangan dengan Pilatus mengenai tulisan pada
19:14-15
27:31-34
15:20-23
23:26-31
19:16-17
23:32-33
19:18
19:19-22
Mukasurat 14
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
kayu itu.
Pembahagian pakaian berlaku.
27:35-37
Dia telah disalibkan pada jam 9 pagi hari Rabu.
15:24
23:34
19:23-24
15:25-26
Kemudian dua pencuri itu disalib bersamanya.
27:38
15:27-28
Penghujatan oleh para pemimpin, kedua pencuri dan
seorang lagi.
27:39:44
15:29-32
23:35-43
Tuhan menyerahkan ibunya kepada Yohanes.
19:25-27
Kegelapan meliputi seluruh daerah itu pada jam dua
belas (tengah hari)
27:45-49
15:33
23:44-45
Kristus membuat seruan akhirnya pada jam 3 pm hari
Rabu dan mati.
27:50
15:34-37
23:46
19:28-30
Aktiviti serta peristiwa kemudiannya.
27:51-56
15:38-41
23:47-49
19:31-37
Kristus dikuburkan dengan cepat sebelum matahari
terbenam pada hari Rabu kira-kira 6 pm sebelum Hari
Suci Pertama bermula pada waktu matahari terbenam.
27:57-66
15:42-47
23:50-56
19:38-42
(lihat juga Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge, art. Fasting untuk Penyaliban
hari Rabu).
Kristus kemudiannya berada di dalam kubur
selama tiga hari dan tiga malam untuk
menggenapi tanda Yunus (Matius 12:39-41).
1. Hari pertama adalah Hari Tinggi (Yom
Tov) hari kelima belas Nisan, dari matahari
terbenam ke matahari terbenam.
2. Hari kedua adalah dari waktu matahari
terbenam hari Khamis hingga matahari
terbenam hari Jumaat, yang bukan suatu
Hari Suci dan kerana itu Maria dan yang
lain-lain boleh mendapatkan rempah untuk
menyediakan tubuh Kristus (Markus 16:1).
Mereka kemudiannya pergi ke kubur itu
sebelum fajar hari Minggu untuk
menyediakan tubuhnya (Markus 16:2).
3. Hari ketiga adalah dari waktu matahari
terbenam hari Jumaat hingga matahari
terbenam hari Sabtu iaitu hari Sabat
mingguan.
Ini mengakhiri malam ketiga dan hari ketiga di
dalam kubur. Ini telahpun diramalkan dalam
Matius 12:40 dan dihubungkan kepada Matius
27:63 dan Markus 8:31. Kristus bangkit pada
malam hari keempat, iaitu permulaan hari
kelapan belas Nisan. Dia terus semalaman
dalam keadaannya yang sudah bangkit ini
disertai malaikat-malaikat sehingga pagi. Maria
Magdalena berbicara dengannya apabila dia
pergi ke kubur itu pada pagi hari Minggu
ketika masih gelap. Dengan kata lain, ketika
ianya masih lagi malam sebelumnya mengikut
perhitungan Yahudi.
Peristiwa
Matius
Markus
Lukas
Yohanes
Kebangkitan
28:1-10
16:1-18
24:1-49
20:1-23
Matius 28:1-10 Setelah hari Sabat lewat, menjelang
menyingsingnya fajar pada hari pertama minggu itu,
pergilah Maria Magdalena dan Maria yang lain,
menengok kubur itu. 2 Maka terjadilah gempa bumi
yang hebat sebab seorang malaikat Tuhan turun dari
langit dan datang ke batu itu dan menggulingkannya
lalu duduk di atasnya. 3 Wajahnya bagaikan kilat dan
pakaiannya putih bagaikan salju. 4 Dan penjaga-
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
penjaga itu gentar ketakutan dan menjadi seperti
orang-orang mati. 5 Akan tetapi malaikat itu berkata
kepada perempuan-perempuan itu: "Janganlah kamu
takut; sebab aku tahu kamu mencari Yesus yang
disalibkan itu. 6 Ia tidak ada di sini, sebab Ia telah
bangkit, sama seperti yang telah dikatakan-Nya.
Mari, lihatlah tempat Ia berbaring. 7 Dan segeralah
pergi dan katakanlah kepada murid-murid-Nya
bahwa Ia telah bangkit dari antara orang mati. Ia
mendahului kamu ke Galilea; di sana kamu akan
melihat
Dia.
Sesungguhnya
aku
telah
mengatakannya kepadamu." 8 Mereka segera pergi
dari kubur itu, dengan takut dan dengan sukacita
yang besar dan berlari cepat-cepat untuk
memberitahukannya kepada murid-murid Yesus. 9
Tiba-tiba Yesus berjumpa dengan mereka dan
berkata: "Salam bagimu." Mereka mendekati-Nya
dan memeluk kaki-Nya serta menyembah-Nya. 10
Maka kata Yesus kepada mereka: "Jangan takut.
Pergi dan katakanlah kepada saudara-saudara-Ku,
supaya mereka pergi ke Galilea, dan di sanalah
mereka akan melihat Aku."
Matius 28:1 diterjemahkan sebagai: Setelah
hari Sabat lewat, menjelang menyingsingnya
fajar pada hari pertama minggu itu, pergilah
Maria Magdalena dan Maria yang lain,
menengok kubur itu dst. Teks ini
mengelirukan. Green menuliskan teks ini dari
bahasa Yunani, Setelah Sabat-sabat itu, bila
fajar mula menyingsing, ke dalam hari
pertama Sabat-sabat. Bentuk plural Sabatsabat digunakan kedua-dua kali. Maksudnya
lebih jelas difahami sebagai merujuk kepada
bentuk plural yang digunakan dalam ertikata
Sabat yang sempurna atau minggu dengan
tujuh hari. Tiada konflik antara Matius, Markus
dan Yohanes. Injil-injil ini harus dibaca secara
bergabung. Mungkin lebih tepat lagi ia harus
berbunyi: Pada hujung minggu, bila fajar mula
menyingsing ke dalam hari pertama minggu.
Teks dalam Matius 28:1 menunjukkan bahawa
Kristus
telah
bangkit
sebelum
fajar
menyingsing. Oleh sebab itu, dia tidak bangkit
pada hari Minggu itu. Teks dalam Matius
menunjukkan bahawa Malaikat itu telah
mengguling batu itu. Kristus telahpun bangkit.
Maria melihat bahawa dia sudah tiada. Dia
kemudiannya pergi kepada murid-murid itu dan
kembali pada waktu subuh. Matius nampaknya
mempercayai bahawa kedua perempuan itu
sujud menyembahnya dan memeluk kakinya.
Yohanes menyatakan bahawa dia tidak ingin
dirinya disentuh.
Mukasurat 15
Yohanes 20:1-17 Pada hari pertama minggu itu,
pagi-pagi benar ketika hari masih gelap, pergilah
Maria Magdalena ke kubur itu dan ia melihat bahwa
batu telah diambil dari kubur. 2 Ia berlari-lari
mendapatkan Simon Petrus dan murid yang lain
yang dikasihi Yesus, dan berkata kepada mereka:
"Tuhan telah diambil orang dari kuburnya dan kami
tidak tahu di mana Ia diletakkan." 3 Maka
berangkatlah Petrus dan murid yang lain itu ke
kubur. 4 Keduanya berlari bersama-sama, tetapi
murid yang lain itu berlari lebih cepat dari pada
Petrus sehingga lebih dahulu sampai di kubur. 5 Ia
menjenguk ke dalam, dan melihat kain kapan
terletak di tanah; akan tetapi ia tidak masuk ke
dalam. 6 Maka datanglah Simon Petrus juga
menyusul dia dan masuk ke dalam kubur itu. Ia
melihat kain kapan terletak di tanah, 7 sedang kain
peluh yang tadinya ada di kepala Yesus tidak
terletak dekat kain kapan itu, tetapi agak di samping
di tempat yang lain dan sudah tergulung. 8 Maka
masuklah juga murid yang lain, yang lebih dahulu
sampai di kubur itu dan ia melihatnya dan percaya. 9
Sebab selama itu mereka belum mengerti isi Kitab
Suci yang mengatakan, bahwa Ia harus bangkit dari
antara orang mati. 10 Lalu pulanglah kedua murid itu
ke rumah. 11 Tetapi Maria berdiri dekat kubur itu
dan menangis. Sambil menangis ia menjenguk ke
dalam kubur itu, 12 dan tampaklah olehnya dua orang
malaikat berpakaian putih, yang seorang duduk di
sebelah kepala dan yang lain di sebelah kaki di
tempat mayat Yesus terbaring. 13 Kata malaikatmalaikat itu kepadanya: "Ibu, mengapa engkau
menangis?" Jawab Maria kepada mereka: "Tuhanku
telah diambil orang dan aku tidak tahu di mana Ia
diletakkan." 14 Sesudah berkata demikian ia menoleh
ke belakang dan melihat Yesus berdiri di situ, tetapi
ia tidak tahu, bahwa itu adalah Yesus. 15 Kata Yesus
kepadanya: "Ibu, mengapa engkau menangis?
Siapakah yang engkau cari?" Maria menyangka
orang itu adalah penunggu taman, lalu berkata
kepada-Nya: "Tuan, jikalau tuan yang mengambil
Dia, katakanlah kepadaku, di mana tuan meletakkan
Dia, supaya aku dapat mengambil-Nya." 16 Kata
Yesus kepadanya: "Maria!" Maria berpaling dan
berkata kepada-Nya dalam bahasa Ibrani: "Rabuni!",
artinya Guru. 17 Kata Yesus kepadanya: "Janganlah
engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi
kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudarasaudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa
sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan
Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu."
Penyatupaduan teks-teks ini adalah sukar.
Pemahaman tentang kebangkitan itu telah
diberikan kepada perempuan-perempuan itu
tetapi nampaknya tidak disampaikan kepada
para rasul. Ada dua perempuan di situ namun
hanya Maria saja yang disebutkan dalam
Yohanes. Jawapannya mungkin adalah bahawa
Maria-lah yang cuba memegangnya dan telah
dihalang berbuat begitu. Maklumat ini telah
Mukasurat 16
Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]
disampaikan kepada para rasul namun mereka
tidak memahami bahagian Kitab Suci yang
sedang digenapi. Perkara-perkara berbeza
ditekankan dalam setiap teks. Apa yang pasti
dan masih tetap adalah bahawa Kristus telah
dibangkitkan lama sebelum fajar.
Kemunculan Kristus di jalan yang menuju ke
Emaus berlaku tiga hari selepas penyaliban dan
penguburan itu (Lukas 24:21). Ini hanya dapat
disejajarkan dengan mengira dari hari Khamis
sebagai hari pertama dalam ertikata hari-hari
penuh. Ia diterjemahkan untuk memasukkan
hari Minggu sebagai hari ketiga dan dengan itu
bermula pada hari Jumaat. Markus 16:12 tidak
memberikan jangka waktunya. Teks Yunani
adalah ketiga hari ini ia berlalu yang bermakna
bahawa tiga hari penuh telahpun berlalu – dan
ini adalah hari yang lain (lihat teks utama
Marshall’s RSV).
Ianya mustahil secara fizikal untuk Kristus
disalibkan pada hari Jumaat dan dibangkitkan
pada hari Minggu untuk memenuhi tanda
Yunus dan nubuatan-nubuatan tentang Mesias.
Dia tidak mungkin dimasukkan ke dalam kubur
itu sehinggalah waktu gelap Jumaat dan kerana
itu dia akan hanya menghabiskan dua malam
(satu daripadanya sebahagian saja) dan sehari
dalam kubur itu. Syaratnya adalah untuk
tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam
tanah. Ini hanya mungkin terjadi dengan
penyaliban hari Rabu. Dari tarikh-tarikh yang
ada, ini hanya mungkin terjadi pada tahun 30
TM. 31 TM memberikan penyaliban hari
Minggu. 32 TM menghendaki hari persediaan
dan penyaliban hari Sabtu, dan dengan itu
penyaliban hari Minggu (ditangguh dari hari
Sabat). Hanya tahun 33 TM saja yang
memberikan hari persediaan dan penyaliban
pada hari Khamis (ditunda dari hari Rabu).
Namun begitu, 33 TM adalah terlalu lewat
untuk disejajarkan dengan injil-injil dan betulbetul tidak berpadanan dengan turutan
peristiwa-peristiwa dalam injil-injil itu. Hanya
tahun 30 TM saja yang sesuai dengan semua
aspek-aspek itu. Maka kesimpulan dapat dibuat
bahawa penyaliban itu berlaku pada hari Rabu
5 April 30 TM.
Kristus naik kepada Bapanya dan Bapa kita
serta Tuhannya dan Tuhan kita (Yohanes
20:17), pada waktu Persembahan Unjukan
Berkas dibuat (Imamat 23:11) sebagai yang
sulung dari Israel, yang memang dirinya. Dia
adalah yang pertama dari antara orang mati.
Dia menjadi anak Tuhan yang berkuasa melalui
Roh Kudus melalui kebangkitannya dari antara
orang mati (Roma 1:4). Unjukan Berkas
diunjukkan pada pagi selepas Sabat mingguan
dan bukannya Hari Tinggi atau Shabbathown
(lihat karya Persembahan Unjukan Berkas (No.
106b)). Aktiviti-aktiviti berkenaan, sebelum
dan selepas penyaliban dan kebangkitan serta
tempohnya yang dinubuatkan, semuanya
menumpu kepada satu tempoh yang tidak boleh
diubah dan membuatkan turutan Easter itu satu
dongeng keberhalaan pagan.
Kristus telah disalibkan pada hari Rabu dan
dibangkitkan pada malam hari Sabtu, dari
waktu gelap. Cerita Alkitab tidak dapat
disesuaikan dengan apa-apa lagi cara lain dan
berpadanan dengan, serta menggenapi semua
nubuatan dan teks.
Download