Protokol Kyoto : Negara Membangun Mesti Ada Kepakaran PERUBAHAN iklim bumi semakin difahami masyarakat antarabangsa berikutan pelbagai bencana alam sejak kebelakangan ini, seperti tsunami pada 2004 dan Taufan Katrina pada 2005. Sebelum 1998, masih banyak pihak tidak yakin mengenai gagasan perubahan iklim termasuk di kalangan pemimpin politik di Amerika Syarikat dan Britain. Selain itu, saintis juga menjangkakan bahawa tragedi alam lebih parah akan melanda jika tiada usaha dilakukan untuk mengawal punca perubahan suhu bumi, iaitu peningkatan suhu menerusi pelepasan gas karbon ke ruang atmosfera. Antaranya termasuk perubahan arus ombak dan hujan tidak menentu yang boleh menjejaskan pelbagai sektor terutama pertanian dan pembangunan pantai. Sehubungan itu, banyak dasar baru di negara maju dirangka dan dilaksanakan agar impak perubahan iklim tidak menjadi lebih serius selaras dengan ketetapan Protokol Kyoto berhubung penurunan tahap pelepasan gas rumah kaca. Protokol Kyoto 1988 dirangka secara optimis selepas kejayaan Protokol Montreal mengenai pengawalan pelepasan gas kolofolorokarbon (CFC) dan bahan kimia lain. Namun demikian, impak dan skop Protokol Kyoto jauh lebih besar dan signifikan. Menerusi Prokotol Kyoto, dua mekanisme dibentuk, iaitu insentif kewangan dan inisiatif teknologi mesra alam. Mekanisme insentif kewangan diasaskan kepada perdagangan karbon yang mana negara maju yang menandatangani Protokol Kyoto bersetuju mengurangkan jumlah pelepasan karbon bermula pada 2008 hingga 2012 ke satu tahap karbon yang lebih rendah daripada tahap 1990. Jika ia tidak dapat dilaksanakan dalam konteks tempatan, maka negara itu boleh ‘membeli’ jumlah pengurangan karbon yang di negara membangun yang juga menandatangani Protokol Kyoto, termasuk Malaysia. Model perdagangan karbon ini dimajukan berasaskan kepada perdagangan pelepasan sebatian sulfur di Amerika Syarikat yang berjaya mengatasi masalah hujan asid menerusi penguatkuasaan Akta Udara Bersih 1990. Sementara itu, instrumen teknologi mesra alam pula dijadikan teras menjayakan pengurangan pelepasan karbon. Dalam mekanisme ini, negara membangun menjadi penerima teknologi mesra alam yang dibiayai sepenuhnya negara maju untuk mengurangkan kesan pencemaran pada peringkat lokal dan global. Kos teknologi berkenaan dibiayai menerusi Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM) dan Pelaksanaan Bersama (JI). CDM berfungsi memudah cara perdagangan karbon dengan negara membangun, sementara JI pula membenarkan negara ‘penderma’ melabur wang untuk membekalkan teknologi mesra alam dalam usaha pengurangan pencemaran di negara membangun yang membolehkan ‘kredit’ diberikan kepada negara penderma jika sesuatu sasaran pengurangan karbon tercapai. Antara aktiviti yang terangkum dalam mekanisme ini ialah penghasilan tenaga mesra alam menerusi proses anaerobik biojisim, penguraian enap cemar kumbahan dan sisa industri, pelupusan sisa pepejal menerusi tapak pelupusan sanitari dan rawatan air sisa industri termasuk air sisa kelapa sawit dan tekstil. Dengan mekanisme ini, negara membangun dapat memanfaatkan teknologi canggih untuk mengawal pencemaran alam sekitar dengan ‘percuma’. Sementara negara maju pula, mendapat kredit setimpal dari segi pengurangan karbon pada peringkat global yang membantu mengurangkan kesan peningkatan suhu bumi. Banyak pihak masih sangsi sama ada Protokol Kyoto dapat mencapai matlamatnya dalam waktu singkat. Ada pula mempersoalkan kejujuran negara maju sebagai ‘penderma’ dan kewibawaan negara membangun sebagai ‘penerima’ habuan. Hal ini penting kerana kos teknologi dibiayai menerusi mekanisme ini hanyalah kos kapital, bukannya kos operasi dan penyelenggaraan. Banyak juga pihak sangsi, apakah jentera dan teknologi canggih yang akan digunakan itu nanti boleh diserahkan sepenuhnya kepada pakar di negara membangun? Teras kepada kejayaan Protokol Kyoto bukan saja kesediaan pihak terbabit menjayakan visi menurunkan suhu bumi, sebaliknya ia banyak bergantung kepada pemantauan dan modal insan di kalangan ahli profesional di negara membangun. Dalam hal ini, banyak negara maju melihat Malaysia sebagai negara membangun paling ideal untuk melaksanakan mekanisme ini. Secara relatif, Malaysia mempunyai prasarana perundangan alam sekitar yang lengkap, biarpun masih ada ruang dan sudut tertentu untuk dibaiki. Malaysia juga sudah mempunyai kepakaran tinggi berbanding negara membangun lain dalam kejuruteraan alam sekitar. Ketika ini, tidak kurang 500 jurutera profesional berdaftar di Malaysia yang menjadi pemangkin kepada pelestarian alam sekitar. Dalam hal ini, saya berpendapat pihak industri khususnya sektor pembuatan dan komoditi perlu tampil menggunakan peluang tersedia menerusi mekanisme Protokol Kyoto. Objektifnya jelas iaitu menyediakan kemudahan untuk membolehkan industri tempatan menyediakan prasarana pengurusan sisa yang mesra alam, sekali gus membantu mengurangkan impak peningkatan suhu bumi. Sementara itu, pihak kerajaan juga perlu mempromosi gagasan tersirat menerusi Protokol Kyoto agar semua pihak dapat tampil memberi sumbangan membantu mengurangkan penghasilan karbon dalam semua sektor, termasuklah pengangkutan, pembuatan, pertanian dan perdagangan. Kita tidak mahu dipersalahkan generasi akan datang kerana tidak menggunakan kesempatan ini untuk bertindak secara glokal ‘menyejukkan’ suhu bumi yang kini semakin panas dan membahang. Lapisan Ozon Menipis Akibat Pemakaian CFC Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah kloroflorokarbon (CFC) yang mengakibatkan menipisnya lapisan ozon. CFC digunakan oleh masyarakat modern dengan cara yang tidak terkira banyaknya, 1. 2. 3. 4. 5. AC kulkas bahan dorong dalam penyembur (aerosol), penyembur rambut atau perfum. pembuatan busa bahan pelarut terutama bagi kilang-kilang elektronik Satu buah molekul CFC memiliki jangka hayat 50 hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan. MEKANISME PEROSAKAN LAPISAN OZON Dalam waktu kira-kira 5 tahun, CFC bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50 km). Molekul CFC terurai setelah bercampur dengan sinar UV, dan membebaskan atom KLORIN. Atom klorin ini berupaya memusnahkan ozon dan menghasilkan LUBANG OZON. Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan lebih banyak sinar UV memasuki bumi. Lubang ozon di Antartika disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara ketinggian tertentu seluruh Antartika pada musim semi. Pembentukan ‘lubang’ tersebut terjadi setiap bulan September dan pulih ke keadaan normal pada lewat musin semi atau awal musim panas. Dalam bulan Oktober 1987, 1989, 1990 dan 1991, lubang ozon yang luas telah dilacak di seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan permukaan lubang pra-ozon. Pada bulan Oktober 1991, permukaan terendah atmosfer ozon yang pernah dicatat telah terjadi di seluruh Antartika. REGULASI 1975, dikhuatiri aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas permintaan “United Nations Environment Programme” (UNEP), WMO memulai Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi pemantauan dan penyelidikan ozon dalam jangka panjang. Semua data dari tapak pemantauan di seluruh dunia dihantarkan ke Pusat Data Ozon Dunia di Toronto, Kanada, yang tersedia kepada masyarakat ilmiah internasional. 1977, pertemuan pakar UNEP mengambil tindakan Rencana Dunia terhadap lapisan ozon; 1987, ditandatangani Protokol Montreal, suatu perjanjian untuk perlindungan terhadap lapisan ozon. Protokol ini kemudian diratifikasi oleh 36 negara termasuk Amerika Syarikat. 1990 Pelarangan total terhadap penggunaan CFC sejak diusulkan oleh Komuniti Eropah (sekarang Uni Eropah) pada tahun 1989, yang juga disetujui oleh Presiden AS George Bush. 1991 Untuk memonitor berkurangnya ozon secara global, National Aeronautics and Space Administration (NASA) melancarkan Satelit Peneliti Atmosfera. Satelit dengan berat 7 ton ini mengorbit pada ketinggian 600 km (372 mil) untuk mengukur variasi ozon pada berbagai ketinggian dan menyediakan gambaran jelas pertama tentang bahan kimia atmosfera di atas. 1995, lebih dari 100 negara setuju untuk secara bertahap menghentikan produksi pestisid metil bromida di negara-negara maju. Bahan ini diperkirakan dapat menyebabkan pengurangan lapisan ozon hingga 15 persen pada tahun 2000. 1995 CFC tidak diproduksi lagi di negara maju pada akhir tahun dan dihentikan secara bertahap di negara berkembang hingga tahun 2010. Hidrofluorokarbon atau HCFC, yang lebih sedikit menyebabkan kerosakan lapisan ozon bila dibandingkan CFC, digunakan sementara sebagai pengganti CFC hingga 2020 pada negara maju dan hingga 2016 di negara berkembang. Pemanasan Global Bumi kini umpama sedang mengalami "demam panas" akibat pemanasan global yang mengakibatkan iklim dunia dan kehidupan penghuninya kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding kesihatan dunia itu sendiri. Sebenarnya sesiapa saja boleh membantu mengurangkan pelepasan gas tersebut. Malah banyak perkara yang mudah dilakukan dalam kehidupan harian seperti mengurangkan penggunaan atau mematikan terus peralatan elektrik yang tidak diperlukan dan menggunakan mentol jenis jimat tenaga atau bertindak tidak membakar sampah di kawasan terbuka. Daripada ilmuwan hinggalah orang kebanyakan bagaikan sepakat bahawa gejala pemanasan global boleh mengundang kemudaratan. Hakikatnya pemanasan global adalah kesan daripada aktiviti manusia. Lebih menjelikkan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) adalah penyumbang utama kepada pemanasan global. Meningkatnya emisi gas rumah kaca adalah punca terjadinya pemanasan global. Namun kita sendiri tertanya-tanya bagaimana gejala pemanasan global terjadi. Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon (wap air, karbon dioksida, karbon monoksida) yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi makin meningkat. Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan beratus atau mungkin beribu kematian sejak tahun 2000. Gelombang 'kepanasan' ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaan. Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini sementara negara seperti AS dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada 2005. Para pengkaji telah menjalankan kajian mengenai pengaruh pemanasan global terhadap lautan beku di sekitar kutub. Hasil kajian menunjukkan sekiranya tingkat pelepasan emisi gas rumah kaca berterusan, besar kemungkinan kita tidak akan menemui ais di wilayah Kutub Utara pada tahun 2040. Disebabkan pemanasan global, pengurangan ais pada dekad akan datang akan menjadi lebih dramatik. Apabila ais mencair, samudera akan mengirim lebih banyak haba kepada Kutub Utara dan air yang luas terbuka itu akan menyerap lebih sinaran matahari yang seterusnya mempercepatkan proses pencairan ais. Bagaimanapun kecairan ais laut tidak meningkatkan paras air laut kerana air pepejal berada dalam air cecair. Tetapi jika ais dan salji pada negeri Greenland mencair, paras air laut dijangka meningkat sebanyak tujuh meter. Sesungguhnya kajian terbaru ini memberi ramalan bahawa dalam tempoh 30 tahun saja fenomena itu akan berlaku gara-gara pemanasan global yang tidak terkawal. Lebih membimbangkan fenomena pemanasan global ini akan mengakibatkan krisis makanan dunia yang telah berlaku sekarang akan memburuk pada masa akan datang. Kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia tidak kira di mana mereka berada. Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai malang. Sama ada kita suka atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000, sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun. Perbandingan dengan bencana pada 1950 oleh beberapa pertubuhan antarabangsa menunjukkan peningkatan dua kali ganda kejadian ribut taufan sementara kejadian banjir, gelombang haba dan kemarau pula telah meningkat sebanyak empat kali ganda. Kesimpulannya, setiap agama di dunia tidak menolak pembangunan hatta kemodenan bahkan ia dituntut demi kesejahteraan manusia itu sendiri. Tidak mungkin manusia mampu untuk memenuhi keperluan prasarana segenap populasi manusia yang semakin berkembang tanpa digerakkan pembangunan itu sendiri. Hari ini kita sudah dapat melihat kesan tersebut seperti masalah kesihatan, perubahan cuaca dunia dan pencemaran alam. Kesemuanya berkait rapat antara satu sama lain dan pada dasarnya berpunca daripada perbuatan tangan manusia sendiri. Hakikatnya isu pemanasan global berpotensi mencetuskan kesan kemusnahan yang mengancam kelangsungan hidup manusia di muka bumi jika kita tidak bertindak dari sekarang. Mungkin hari ini fenomena sedemikian masih belum jelas kelihatan dan memerlukan kajian mendalam di peringkat global bagi mengesahkan kesan pada skala besar terhadap segala macam pencemaran alam yang berlaku. Namun ia seharusnya mampu membuka mata kita betapa pentingnya usaha memelihara dan memulihara alam sekitar agar bumi ini sentiasa selamat dan sejahtera untuk didiami oleh manusia pada zaman ini mahupun generasi seterusnya. Selasa, 15 September 2009 Montreal, Kyoto, dan AS Oleh : Fatkurrohman, M.Si[1] Bencana kebakaran yang telah melanda negara bagian California beberapa minggu yang lalu merupakan potret adanya ketidakseimbangan alam. Fenomena ini akhirnya membawa bencana demi bencana yang datang silih berganti. Di Amerika Serikat tidak hanya dihantam dengan bencana kebakaran, tetapi juga angina topan mulai dari Alicia, Katrina, Rita, Gustav, Hanna, dan Ike. Topan Ike merupakan topan berkekuatan besar pertama yang menghantam kota metropolitan Amerika Serikat sejak topan Katrina menghancurkan New Orleans, Louisiana pada tahun 2005. Kemudian yang menjadi pertanyaanya adalah apa yang menyebabkan munculnya bencana kebakaran hingga topan yang terjadi di dunia saat ini khususnya yang terjadi di Amerika Serikat?. Pertanyaan ini sangat menarik di tengah masyarakat dunia saat ini yang sangat mengharapkan AS bisa berperan lebih besar dalam perjanjian internasional mengenai lingkungan seperti Protokol Montreal dan Protokol Kyoto. Pada tanggal 16 September 2009 adalah hari ulang tahun Protokol Montreal yang ke-22. Munculnya Protokol Montreal dilatarbelakangi oleh adanya persolan lubang ozon (ozon hole) di benua Antartika yang sangat membahayakan bagi kehidupan mahluk hidup di dunia. Untuk itu dibentuklah Konvensi Wina pada tahun 1985 yang kemudian diimplementasikan dalam bentuk Protokol Montreal pada tanggal 16 September 1987. Protokol Montreal mengatur zat-zat yang dapat menipiskan lapisan ozon (ozon depletion) seperti CFC (Chloroflurocarbon), Bromoflurocarbon, Methyl chloroform, Carbon tetrachloride, Methyl bromide, dan Hydrochloroflurocarbon (HCFC). Zat-zat tersebut memiliki kontribusi besar dalam menipiskan lapisan ozon yang sangat berpotensi menyebabkan kanker, katarak, dan bahkan bisa merusak biota laut. Protokol Kyoto merupakan tindak lanjut dari UNFCCC (United Nations Framework Convention on Climate Change) di Kyoto, Jepang pada tahun 1997. Protokol Kyoto ini mengatur tentang pengurangan gas rumah kaca Karbondioksida (CO2) yang terkait dengan pemanasan global (global warming) dan perubahan iklim (climate change). Sikap Amerika Serikat Amerika Serikat memiliki sikap yang berbeda dalam menyikapi Protokol Montreal dan Protokol Kyoto. Dalam Protokol Montreal, melalui perjalanan proses politik yang panjang, Amerika Serikat akhirnya menandatangani dan meratifikasi Protokol Montreal pada 21 April 1988. Sikap AS yang telah meratifikasi Protokol Montreal telah membawa keuntungan yang besar bagi penghematan anggaran 2,8 milyar dolar AS dalam penanganan kanker, katarak, dan imunitas tubuh. Sikap yang berbeda telah diperlihatkan oleh AS terhadap Protokol Kyoto. Jika dalam Protokol Montreal, AS mau meratifikasi Protokol Montreal, dalam Protokol Kyoto, AS masih belum melakukan ratifikasi. Pada tanggal 12 November 1998, AS telah menandatangani Protokol Kyoto, tetapi pada tahun 2001, Amerika Serikat yang waktu itu di bawah pemerintahan George W. Bush mengundurkan diri (pull out) dari Protokol Kyoto. Alasan-alasan yang dikemukakan oleh pemerintah Amerika Serikat pada saat itu ada tiga hal. Pertama, pelaksanaan Protokol Kyoto akan menghabiskan dana yang sangat besar yang mencapai 300 miliar dolar AS. Kedua, implementasi Protokol Kyoto akan menghancurkan sendi-sendi perekonomian AS khusunya di bidang transportasi yang menjadi primadona di Amerika Serikat. Ketiga adalah pelaksanaan Protokol Kyoto akan melemahkan kompetisi perusahaan-perusahaan di Amerika Serikat. Peduli Lingkugan Sikap Amerika Serikat yang tidak meratifikasi Protokol Kyoto sedikit banyak telah menyebabkan percepatan terjadinya pemanasan global dan perubahan iklim dunia saat ini. Hal ini terjadi karena AS merupakan penyumbang terbesar gas Karbondioksida (CO2) dunia. Munculnya bencana alam baik topan, banjir, kebakaran hutan yang melanda negaranegara dunia seperti Inggris, China, India, Bangladesh, Indonesia, dan bahkan Amerika Serikat adalah dampak dari lemahnya masyarakat dunia dalam hal ketaatan (compliance) terhadap perjanjian internasional khususnya Protokol Kyoto. Ketika kepedulian terhadap persoalan lingkungan telah memudar, maka bencana-bencana alam akan terus mengancam mahluk hidup yang ada di muka bumi. Kerugian-kerugian akibat bencana yang ditimbulkan oleh pemanasan global dan perubahan iklim tentunya akan memiliki dampak yang luar biasa baik finansial maupun psikis (traumatis). Amerika Serikat sebagai negara yang menjadi korban bagi dampak pemanasan global dan perubahan iklim dunia saat ini adalah bukti konkret besarnya biaya (cost) yang harus ditanggung oleh pemerintah AS untuk pemulihan (recovery) dan terapi warga negaranya yang mengalami cacat mental akibat banjir, kebakaran hutan, dan topan yang berkali-kali melanda AS sejak tahun 1983. Fakta rusaknya sendi-sendi perekonomian dan beban traumatis warga negara AS akibat pemanasan global dan perubahan iklim mestinya bisa menjadi pijakan bagi pemerintah Amerika Serikat untuk lebih peduli dengan lingkungan internasional. Sikap ini sangat dibutuhkan karena AS selain sebagai negara penghasil Karbondioksida terbesar dunia, AS juga sebagai negara yang diikuti oleh negara-negara lain di dunia karena posisinya sebagai negara adi daya dunia saat ini. Berpijak dari refleksi 22 tahun Protokol Montreal, setidak-tidaknya Amerika Serikat di bawah pemerintahan Barack Obama bisa bersikap lebih arif dan bijaksana untuk lebih peduli dengan lingkungan. Spirit ratifikasi AS terhadap Protokol Montreal 1988 mestinya bisa memberikan efek limpahan (spill over) terhadap sikapnya untuk segera meratifikasi Protokol Kyoto. Walluhu alam bishawab. [1] Dosen Prodi Ilmu Hubungan Internasional, UGM Yogyakarta. Sekaligus penulis buku ”Pemanasan Global dan Lubang Ozon: Bencana Masa Depan”. PROTOKOL KYOTO Nama rasmi protokol ini ialah '"Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on Climate Change (Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim). Protokol ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997, dibuka untuk penandatanganan pada 16 Mac 1998 dan ditutup pada 15 Mac 1999. Persetujuan ini mula berkuat kuasa pada 16 Februari 2005 setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18 November 2004. Protokol Kyoto bermatlamat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang mengancam dunia Protokol Kyoto ialah persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global. Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02°C dan 0.28°C setahun sehingga tahun 2050. (sumber: Nature, Oktober 2003) KENYATAAN MEDIA PROGRAM ALAM SEKITAR PBB: Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990 (tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan pembebasan gas rumah hijau jika tidak wujud protokol ini, pada tahun 2010, ialah kirakira 29%). 6 gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon/CFC, dan perfluorokarbon/PFC. Tahap pengurangan pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula diperkirakan 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk Jepun, 0% untuk Rusia, dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia dan 10% untuk Britain. Protokol Kyoto ialah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Hanya pihak yang bersekutu dalam UNFCCC berpeluang menandatangani atau mengesahkan Protokol Kyoto. Sebahagian besar ketetapan Protokol Kyoto terlebih dahulu dikuatkuasakan oleh negara-negara maju yang disenaraikan dalam Annex I oleh UNFCCC (kerana negara-negara maju yang paling banyak membebaskan gas-gas rumah kaca). STATUS PERSETUJUAN Februari 2005, iaitu ketika protokol ini mula berkuat kuasa, protokol ini telah disahkan dan diterima pakai oleh 141 buah negara, yang mewakili 61% dari seluruh jumlah pembebasan gas rumah kaca. Sebenarnya, negara-negara berkenaan tidak perlu menandatangani apaapa persetujuan untuk mengesahkannya: penandatanganan hanyalah suatu acara simbolik/rasmi (ceremonial). Menurut syarat-syarat persetujuan protokol: o o o protokol mula berkuat kuasa "pada hari ke-90 selepas tercapainya persetujuan 50 buah negara peserta UNFCCC, termasuklah pihak yang disenaraikan dalam Annex 1 yang bertanggungjawab membebaskan tidak kurang daripada 55% daripada jumlah gas rumah kaca global pada 1990, yang telah menyatakan persetujuan, pengesahan, penerimaan, atau penyertaan" Persetujuan 50 buah negara telah berjaya dicapai pada 23 Mei 2002 ketika Britain menerima pakai protokol ini. o Penyertaan Rusia pada 18 November 2004 memenuhi syarat "55%" tadi sekali gus menetapkan tarikh berkuatkuasanya protokol ini, iaitu pada 16 Februari 2005. Kadar pembebasan gas karbon dioksida sedunia antara tahun 1800-2000 STATUS TERKINI PERJANJIAN Hingga Februari 2005, 141 buah negara telah mengguna pakai protokol tersebut, termasuk Kanada, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia dan 25 negara anggota Kesatuan Eropah, serta Romania dan Bulgaria. Ada enam negara yang telah menandatangani protokol ini namun belum mengguna pakai protokol itu. Tiga antaranya ialah negara-negara Annex I: Australia (dikatakan tidak berminat untuk turut serta) Monaco Amerika Syarikat -- AS, pengeluar terbesar gas rumah kaca, juga tidak berminat menerima protokol ini. Negara-negara berikut masih belum menyatakan persetujuan: Croatia, Kazakhstan, dan Zambia. Sikap Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan protokol ini dikatakan akan menjejaskan pelaksanaan dan matlamat protokol ini, dalam jangka masa panjang, dan seterusnya menyebabkan usaha-usaha mengurangkan kehadiran gas rumah kaca dalam atmosfera menemui jalan buntu. http://fatkurrohman.blogspot.com/2009/09/montreal-kyoto-dan-as-oleh-fatkurrohman.html http://debatalamsekitar2009.blogspot.com/2009/05/protokol-kyoto-negara-membangun-mesti.html http://stag3072.bravehost.com/globalwarming/file/montreal.html