Ketuhanan Kristus [147] - Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[147]
Ketuhanan Kristus [147]
(Edisi 20 19951203-19991108)
Karangan yang amat penting ini memeriksa pandangan alkitabiah tentang ketuhanan Kristus.
Karya ini memeriksa dan membincangkan berbagai pandangan dari Unitarianisme Radikal ke
Teologi Proses Trinitarian. Pra-kewujudan Kristus dibuktikan dari Kitab Suci. Karangan Tentang
Keabadian (No. 165) melengkapi karya ini.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  1995, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Ketuhanan Kristus [147]
Ketuhanan Kristus
Kertas ini berbicara tentang soal Ketuhanan
Kristus sebagaimana yang dibangkitkan dalam
karangan Kongres Kependetaan Antarabangsa
dari Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) 5 hingga 10
Disember 1994, yang diterbitkan dalam Bible
Advocate Februari 1995.
Perkara ini amat penting sekali kerana ia
membayangkan satu perubahan dalam arah
tujuan di kalangan para pendeta dari salah satu
Jemaat-jemaat Tuhan dari pendirian Unitarian
tradisional kepada pendirian yang secara
efektifnya mengesahkan struktur Trinitarian
seperti yang ditetapkan dari Sidang Chalcedon.
Pendirian ini dinyatakan dalam apa yang
disalahkenal sebagai Syahadat Nicene atau
Syahadat Sidang Nicea, sedangkan ia bukan
itu. Perkembangan ini penting kerana Jemaat
Tuhan telahpun menjadi Unitarian selama kirakira sembilan belas abad.
Istilah-istilah untuk rujukan: Alkitab dianggap
sebagai sumber bukti yang pasti dalam hal ini.
Di sini kita pentingkan apa yang betul dan
masuk akal dari segi alkitabiah.
Persoalan utamanya adalah: Adakah Kristus
memiliki sifat ilahi dan, jika ya, bagaimana dia
bersifat begitu?
Jawapan pertama yang mungkin adalah
bahawa Kristus bukan ilahi dan dari segi sifat
dasarnya dia hanya seorang manusia.
Kemungkinan pertama ini terbahagi kepada
dua bahagian.
1. Usul pertama adalah bahawa dia
hanyalah
seorang
manusia
tanpa
kewujudan sebelumnya.
Usul ini adalah usul yang mungkin boleh
ditentukan sebagai Unitarianisme Radikal. Ini
menegaskan kedudukan Allah Maha Esa
hingga ia bukan saja menyangkal keilahian
pra-kebangkitan yang disifatkan kepada
Kristus tetapi juga sebarang kedudukan prapenjelmaan.
Maka
Kristus
tidak
mengorbankan apa-apa selain kewujudan
duniawinya untuk teman-teman manusianya.
Bukti alkitabiah bertentangan dengan usul 1.
Yohanes 1:1 menetapkan usul dua makhluk
ilahi dari segi pembezaan nominatif akusatif
antara Allah dengan menggunakan kasus
akusatif dan artikel definit berhubungan Bapa
saja dan kasus nominatif dan tiada artikel
untuk theos berhubungan logos yang
disamakan di sini dengan Mesias. Penggunaan
kasus akusatif dan artikel definit ini adalah
tetap di seluruh Alkitab. Ia digunakan hanya
untuk Bapa. Ini dicatatkan oleh Komentar
Heydock kepada teks 1Yohanes 5:20 (versi
Douay-Rheims tahun 1851 yang cuba
menyifatkan artikel itu kepada Kristus pada
1Yohanes 5:20) dan dari Latin Vulgate.
Yohanes 1:2-3 menegaskan pra-kewujudannya
sebagai makhluk ghaib. Peranannya dalam
penciptaan dinyatakan dari Yohanes 1:10. Dia
datang untuk memberi kesaksian kepada
Terang itu namun dia bukanlah Terang itu
tetapi telah diutus untuk memberi kesaksian
tentang Terang itu yang merupakan Terang
sejati. Terang sejati ini yang menerangi setiap
umat manusia akan datang ke dunia (Yohanes
1:8 Oxford Annotated RSV). Terang sejati itu
adalah kuasa Tuhan yang kita kenali sebagai
Roh Kudus. Semua yang menerima Kristus,
yang percaya pada namanya, diberinya kuasa
untuk menjadi anak-anak Tuhan (Yohanes
1:11). Dia menjadi manusia dan tinggal di
antara kita, penuh kasih karunia dan
kebenaran; kita telah melihat kemuliaannya
sebagai kemuliaan seorang yang satu-satunya
lahir (monogenous para patros) dari seorang
bapa (Yohanes 1:14 Teks Utama Marshall’s
Interlinear).
Allah tiada seorangpun pernah melihatnya.
Satu-satunya tuhan (theos) yang dilahirkan
yang berada dalam pangkuan Bapa [?dia]
telah menyatakan (Yohanes 1:18 Teks Utama
Marshall’s Interlinear).
Ketuhanan Kristus [147]
Mukasurat 3
Tuhan telah membawa prototokos ke dunia
(Ibrani 1:6). Elohim ini telah diurapi dengan
minyak tanda kesukaan melebihi teman-teman
sekutunya (Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9).
Makhluk ini adalah prototokos, atau yang
sulung, dari segala ciptaan Tuhan (Kolose
1:15). Oleh itu dia adalah permulaan dari
ciptaan Tuhan (Wahyu 3:14). Tuhan (atau
kurios) ini adalah suara Tuhan dalam padang
gurun sewaktu Keluaran (Kisah 7:33).
Oleh sebab itu, ianya tidak boleh dipertikaikan
lagi bahawa Alkitab menegaskan kewujudan
ghaib
Kristus
sebelum
penjelmaan
manusianya. Maka Usul 1 ditolak.
2. Usul kedua adalah bahawa Kristus
wujud sebagai makhluk pra-penjelmaan.
Dari ayat-ayat yang menolak usul 1, usul 2
dipastikan.
Maka Kristus mempunyai kewujudan prapenjelmaan.
Mahatinggi. Maka gelaran Yehovah juga
dipakai oleh Tuhan subordinat (bawahan).
2.3 Adakah semua anak-anak Tuhan itu dapat
menghampiri takhta Tuhan?
Jawapannya adalah ya. Anak-anak Tuhan
menghadirkan diri mereka di hadapan Tuhan
dengan tetap (Ayub 1:6; 2:1). Ini termasuk
Iblis yang juga adalah seorang anak Tuhan
(Ayub 2:1) dan theos atau tuhan dunia ini (2
Korintus 4:4).
2:4 Adakah semua anak-anak itu setia?
Jawapannya tidak. Anak-anak Tuhant telah
meninggalkan kedudukan-kedudukan mereka
yang diberikan kepada mereka dan kerana itu
menghadapi penghakiman (Yudas 6; Kejadian
6:4). Iblis telah mengambil satu pertiga dari
anak-anak Tuhan dan memberontak terhadap
Allah Mahatinggi (Wahyu 12:3-6).
3. Adakah Kristus mempunyai sifat tuhan
dan, jika ya, bagaimana?
2.1 Adakah Kristus satu-satunya anak Tuhan?
Alkitab cukup jelas bahawa Kristus bukanlah
satu-satunya anak Tuhan. Apabila bumi mula
dibentuk anak-anak Tuhan telah berkumpul
dan semua Bintang Fajar atau Pembawa
Terang bernyanyi bersama-sama dan semua
anak-anak Tuhan bersorak sukacita (Ayub
38:4-7).
2.2 Adakah Kristus satu-satunya
diberikan kuasa atas dunia?
yang
Jawapan jelasnya adalah tidak. Semua bangsa
diberikan pusaka mereka oleh Sang
Mahatinggi menurut bilangan anak-anak
Tuhan (Ulangan 32:8, lihat Oxford Annotated
RSV; MT telah diubah sesudah zaman Kristus
dan sebab itu begitulah terjemahan dalam
KJV; lihat LXX aggelon theou; dan Skrolskrol Laut Mati (DSS, Dead Sea Scrolls),
Beny Eliym).
Bagian Yehovah adalah Israel. Yakub adalah
pusaka bagiannya (Ulangan 32:9). Yehovah di
sini telah diberikan bagiannya oleh Sang
3.1 Kristus dipercayai mempunyai sifat Tuhan
melalui Roh Kudus. Maka dia dalam rupa
Tuhan. Dia tidak cuba mencapai kesetaraan
dengan Tuhan (Filipi 2:6, Marshall’s
Interlinear RSV dan seterusnya, bukan KJV).
Dia telah mengosongkan dirinya dan
mengambil rupa seorang hamba dan dilahirkan
sama seperti manusia. Dan dalam rupa
manusia dia merendahkan dirinya dan taat
sampai mati, malah mati atas stauros, pancang
yang dipanggil salib (Filipi 2:7-8). Begitu juga,
umat pilihan sama-sama berkongsi dalam sifat
atau kodrat ilahi ini (2Petrus 1:4).
Jadi kita lihat bahawa sebagaimana anak-anak
mengambil bagian dari daging dan darah, dia
juga mengambil bagian dalam sifat yang sama,
supaya
melalui
kematian
dia
dapat
memusnahkan Iblis yang mempunyai kuasa
maut.
Oleh itu dia perlu dijadikan sama seperti
saudara-saudaranya, dalam segala hal (Ibrani
2:17 RSV), agar dia menjadi Imam Besar yang
berbelas kasihan dan yang setia kepada Allah
untuk mendamaikan dosa seluruh bangsa.
Mukasurat 4
Kerana dia juga telah menderita dan dicuba,
dia dapat membantu mereka yang dicuba (lihat
Ibrani 2:10, 11, 14-18). Maka Imam Besar
yang kita punya, bukanlah imam besar yang
tidak dapat turut merasakan kelemahankelemahan kita, namun sama seperti kita telah
dicuba dalam segala hal, hanya tidak berbuat
dosa (Ibrani 4:15).
Ketuhanan Kristus [147]
bukan Yunani namun semuanya milik Kristus
kerana dia ada dalam semuanya (Kolose 3:11).
Dia menguatkan orang-orang melalui kuasa
Roh Kudus, demi untuk menjadikan Tuhan
semua dalam semua pada akhirnya (1Korintus
15:28 KJV; lihat juga Marshall’s Interlinear
RSV; tidak seperti dalam NIV).
4. Adakah seorang atau dua Allah?
Oleh kerana itu, bila menjelma sebagai
manusia, Kristus sama seperti manusia dalam
segala hal. Bagaimanapun, Kristus tetap
dipenuhi ketuhanan (theotetos) iaitu intisari
Tuhan (Kolose 2:9) kerana kualiti berbeza dari
sifat (lihat Kamus The New Thayers GreekEnglish Lexicon dan di bawah). Keilahian atau
kodrat ilahi ini juga tersedia untuk umat
manusia supaya kita boleh memiliki sifat
Tuhan (Kolose 2:10).
Maka kita mensahkan sifat tuhan Kristus.
3.2 Adakah sifat tuhan yang dikongsi bersama
Kristus sebagai seorang manusia berbeza dari
yang lain?
Jawapannya adalah tidak. Dia dijadikan sama
seperti kita dalam segala hal (Ibrani 2:17 RSV)
supaya kita menjadi waris-waris bersama
dengannya (Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus
3:7; Ibrani 1:14; Ibrani 6:17; 11:9; Yakobus
2:5; 1 Petrus 3:7).
3.3 Adakah kenyataan bahawa Kristus
memiliki sifat atau kodrat ilahi (divine nature)
bererti benda yang sama seperti memiliki
ketuhanan (deity)?
Nampaknya jawapannya adalah tidak. Thayer
mengatakan bahawa ketuhanan (theot)
berlainan dari sifat tuhan (theiot) kerana
intisari berlainan dari kualiti atau sifat
(Thayers,
halaman
288).
Kepenuhan
Ketuhanan berdiam secara jasmaniah dalam
Kristus (Kolose 2:9). Maka ayat ini sepatutnya
ditulis ketuhanan atau keadaan menjadi
Tuhan. Maka ertinya adalah kepenuhan intisari
Tuhan berdiam secara jasmaniah dalam
Kristus. Kepenuhan atau intisari inilah yang
diberikan kepada kita agar semua umat
manusia dapat mengenakan sifat Tuhan yang
baru (Kolose 3:10). Mereka bukan Yahudi dan
Ini mungkin pertanyaan yang salah. Alkitab
jelas bahawa Allah Maha Esa hanya seorang
saja (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20) dan
bahawa Dia seorang saja yang abadi (1
Timotius 6:16). Yohanes 17:3 juga
menyatakan bahawa Yesus Kristus adalah
anaknya. Maka Kristus berbeza dari Allah
Maha Esa yang satu-satunya abadi.
Oleh itu Alkitab mensahkan Ketunggalan
Tuhan dan bahawa Allah Maha Esa adalah
Bapa. Bapa ini dinamakan sebagai Eloah dari
Perjanjian Lama (Amsal 30:4-5). Dia juga
dipanggil Allah Mahatinggi (Kejadian 14:18;
Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7).
Dia berbeza daripada Kristus sebagai anak.
Ulangan 6:4 berkata Shema Yishrael Jehovah
Elohenu Jehovah Ehad.
Ianya diandaikan, hanya oleh umat Kristian,
bahawa teks ini, yang maknanya Dengarlah,
hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita,
TUHAN itu esa merujuk kepada dua makhluk
dan bahawa Elohenu merupakan terbitan dari
perkataan plural Elohim. Elohim sendirinya
adalah terbitan plural dari Eloah yang singular.
Istilah Elohenu di sini adalah singular dan
berhubungan hanya kepada Allah Mahatinggi,
Eloah, iaitu Allah Bapa (lihat Amsal 30:4-5).
Tuntutan-tuntutan Trinitarian untuk teks ini
tidak mempunyai dasar. Pembagian istilah
Yehovah mempunyai dua penerapan seperti
yang akan kita lihat kemudian. Komentarkomentar Soncino berkata tentang teks ini:
TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu Esa. TUHAN,
yang sekarang adalah Allah kita dan bukan bangsabangsa lain, satu masa nanti akan diakui sebagai
satu-satunya Allah [Rashi]. Esa menandakan ‘Dia
seorang’ adalah TUHAN [Ibn Ezra]. Teks itu
mempunyai Allah kita kerana Dia melakukan
Ketuhanan Kristus [147]
keajaiban-keajaibanNya
dengan
Musa
[Nachmanides]. Huruf-huruf akhir ayin dan daleth
dalam perkataan Ibrani untuk dengar dan Esa
ditulis dengan besar untuk menumpukan perhatian
pada idea yang terkandung di dalamnya [Sforno].
Segala keajaiban yang dilaksanakan dengan
Musa telah dilakukan oleh Malaikat Hadirat di
bawah perintah Tuhan. Tiada seorangpun
termasuk Musa pernah melihat Tuhan atau
mendengar suaraNya (lihat Malaikat YHVH
(No. 24) CCG, 1994). Penggunaan nama
Yehovah adalah dengan delegasi. Terdapat dua
bentuk Yehovah. Bentuk-bentuknya adalah
SHD 3068 Jehovah (Yehovah) dan SHD 3069
Jehovih (Yehovih). Yehovah merupakan nama
nasional Yahudi untuk Tuhan dan dituliskan
sebagai TUHAN (the Lord). SHD 3069
digunakan selepas SHD 136 Adonai dan
disebut oleh orang Yahudi sebagai Elohim
demi untuk menghalang pengulangan bunyi
yang sama seperti 3068 yang ditulis sebagai
Adonai. Nama yang ditulis sebagai elohim ini
adalah nama untuk Tuhan. Maka Adonai
Yehovah adalah makhluk bawahan dan Tuhan
nasional Israel. Yehovih Elohim adalah Allah
dan Allah kepada Adonai Yehovah. Ini adalah
pengertian Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9.
Yehovah muncul kepada para nabi dan
menyampaikan perintah-perintah dari Yehovih
Elohim atau Yehovah Elohim. Mesias berdiri
dalam nama Yehovah Elohim (Mikha 5:4). Ini
adalah Tuhan Allah, Allah atau Allah Semesta
Alam (Amos 3:13; 4:13; 5:14; dan seterusnya).
TUHAN Semesta Alam telah mengutus
Yehovah kepada semua bangsa. Ini jelas dari
Zakharia 2:8-9.
Zakharia 2:8-9 Sebab beginilah firman TUHAN
semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah
mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah
menjarah kamu--sebab siapa yang menjamah kamu,
berarti menjamah biji mata-Nya--: 9 "Sesungguhnya
Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap
mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi
orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka.
Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN
semesta alam yang mengutus aku.
Ianya jelas di sini bahawa Yehovah berbeza
dari TUHAN semesta alam. Maka Yehovah
Israel bertindak mengikut perintah Tuhan yang
lebih tinggi.
Mukasurat 5
Entiti di sini yang merupakan elohim Israel
dijelaskan kemudiannya dalam Zakharia
sebagai Malaikat Yehovah yang mengepalai
keluarga Daud. Keluarga ini juga akan menjadi
seperti Elohim.
Zakharia 12:8 Pada waktu itu TUHAN akan
melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang
tersandung di antara mereka pada waktu itu akan
menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan
menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN,
yang mengepalai mereka.
Perkataan untuk Tuhan di sini adalah elohim.
Maka keluarga Daud akan menjadi seperti
Tuhan seperti Malaikat Yehovah yang
mengepalai mereka. Makhluk yang mengepalai
keluarga raja ini, iaitu umat pilihan, adalah
Mesias. Sesungguhnya Mesias dikenalpasti
sebagai elohim dari Mazmur 45:6-7 dan Ibrani
1:8-9.
5. Adakah elohim-elohim ini
kepada dua elohim atau entiti?
terbatas
Jawapannya
adalah
tidak.
Mazmur
menunjukkan sepenuhnya bahawa elohim
adalah suatu sidang.
Elohim ini menghakimi di antara para elohim
(Mazmur 82:1). Pangkat ini diluaskan kepada
umat manusia (Mazmur 82:6; Zakharia 12:8).
Dia lebih besar dari elohim yang lain (Mazmur
86:8). Tuhan adalah raja agung di atas semua
elohim (Mazmur 95:3) dan lebih dahsyat
daripada semua elohim (Mazmur 96:4). Tuhan
patut disembah oleh elohim (Mazmur 97:7)
dan dia dimuliakan atas mereka (Mazmur
97:9). Yehovah Israel, adon (singular) atau
Tuhan Israel adalah melebihi segala elohim
(Mazmur 135:5). Yehovah Elohim Sabaoth
adalah Jah atau Tuhan yang kuat (Mazmur
89:8-9).
Maka entiti-entiti ini adalah berlainan dan
lebih dari dua. Adanya seorang Elohim segala
Elohim yang merupakan tumpuan pujian dan
kesyukuran (Mazmur 136:2). Elohim ini telah
mengurapi Mesias dengan minyak tanda
kesukaan melebihi teman-teman sekutunya.
Teman-teman ini adalah elohim yang
semuanya adalah anak-anak Tuhan. Kristus
mencapai statusnya sebagai anak Tuhan yang
Mukasurat 6
berkuasa dari kebangkitannya dari mati (Roma
1:4). Dia telah melepaskan kedudukan yang
dipegangnya untuk ditinggikan melebihinya
dan sebagai Imam Besar (Ibrani 1:3-14; 2:510). Dia yang menguduskan dan mereka yang
dikuduskan semuanya mempunyai satu asal.
Itulah sebabnya kenapa dia tidak malu
memanggil mereka saudara (Ibrani 2:11).
Semua akan menjadi elohim sebagai anakanak Tuhan.
Sebagai waris-waris bersama kita juga akan
mencapai status ini. Sejak permulaan Jemaat
kita telah memegang doktrin ini. Irenaeus
berpendapat bahawa Mazmur 82:1 merujuk
kepada theoi atau tuhan-tuhan (elohim) yang
termasuk umat pilihan, iaitu mereka yang
diangkat menjadi anak (Against Heresies, Bk.
3, Ch. 6, Ante-Nicene Fathers, Vol. 1, halaman
419).
6. Jadi bagaimana pula adanya berbagai
elohim?
Elohim dikenalpasti sebagai Bene Elyon atau
anak-anak Yang Mahatinggi. Kenyataan ini
telah dikomentar oleh ramai sarjana. Sabourin
SJ, The Psalms Their Origin and Meaning
Alba
House,
NY,
halaman
72-74
memperhatikan penggunaan-penggunaan ini
dan mengakui bahawa kewujudan elohim
sebagai satu sidang telahpun menjadi
sebahagian dari susunan agama Yahudi selama
beribu tahun. Ia bukan satu konsep baru. Apa
yang baru adalah tuntutan bahawa istilah
elohim terbatas kepada dua makhluk. Tuntutan
tersebut telah dibuat oleh orang bukan Ibrani
yang merupakan orang Trinitarian atau
Binitarian yang mendahuluinya.
Pengertian ini dijelaskan dengan lebih lengkap
dalam Wahyu 4:1 hingga 5:14. Sidang tua-tua
adalah sidang dalaman Angkatan Syurgawi.
Keimamatan bait menggambarkan Imam
Besar, iaitu Kristus (Ibrani 8:1-2), dan dua
puluh empat tua-tua di sekeliling takhta Tuhan
yang mendengar segala doa orang-orang kudus
(Wahyu 5:8).
Maka ada banyak elohim. Ada kira-kira tiga
puluh dalam sidang dalaman dan orang-orang
Kudus atau qadosim atau orang-orang kudus
Ketuhanan Kristus [147]
berupa malaikat difahamkan berada dalam
struktur dalaman dan luaran. Orang-orang
kudus atau qadosim SHD 6918 dilihat dari
Mazmur 89:1-8, Ayub 5:1 dan Zakharia 14:5
dan adalah manusia juga.
Sidang dalaman dan luaran difahamkan
mempunyai bilangan tujuh puluh [dua] yang
digambarkan oleh Sanhedrin atau para penatua
dan kemudian oleh kumpulan tujuh puluh yang
ditahbiskan oleh Kristus (Lukas 10:1,17).
Ayatnya menuliskan hebdomekonta [duo]
(lihat Marshall’s Interlinear) atau tujuh puluh
[dua] namun ditulis tujuh puluh kerana
bilangan Sanhedrin juga bukan sekadar tujuh
puluh. Bangsa-bangsa juga difahami adalah
sebanyak tujuh puluh kerana bilangan sidangsidang seperti yang dibahagikan dari Ulangan
32:8.
Bilangan Angkatan Syurgawi beralih dari
sidang tiga puluh ini dan kemudian tujuh
puluh kepada struktur pemerintah Angkatan
Syurgawi yang dikenali sebagai seribu. Ianya
difahamkan dari Ayub bahawa satu di antara
seribu itu harus mendamaikan dosa-dosa
manusia sebagai penengah (Ayub 33:19-24;
khasnya ayat 23).
Anak-anak Tuhan ini dikenali sebagai utusan
atau wakil (lihat atas) atau malak yang
diterjemah sebagai aggelos dalam bahasa
Yunani dan dengan itu angel dalam bahasa
Inggeris. Mereka juga dikenali sebagai
penjaga (Daniel 4:13,17,23). Anak-anak
Tuhan ini juga dikenali sebagai elahhin,
perkataan yang sepadan dengan elohim, dalam
bahasa Kasdim. Kediaman mereka bukan di
antara manusia (Daniel 2:11).
Maka elohim atau elahhin iaitu bentuk plural
Eloah atau Elahh (Kasdim) atau Allahh (Arab)
adalah anak-anak Eloah. Anak khusus yang
ditentukanNya untuk menebus umat manusia
dinamakan dalam Amsal 30:4-5 sebagai
anakNya. Makhluk itu adalah Elohim Kaum
Bapa (Patriak) yang juga adalah Malaikat
Pelepasan dari Kejadian 48:15-16. Elohim
yang telah memberi makan kepada Yakub
seumur hidupnya juga adalah malaikat yang
telah melepaskannya. Malaikat Pelepasan ini
adalah dari Ayub 33:23, seorang dari anak-
Ketuhanan Kristus [147]
anak Tuhan. Dia dilantik untuk menjadi Imam
Besar Rumah Tuhan dan menjadi El Bethel
atau El Rumah Tuhan (Kejadian 28:10-22).
Maka terdapat banyak anak-anak Tuhan yang
sama-sama mengambil bahagian dalam sifat
tuhan dengan Bapa. Cara dengan apa mereka
sama-sama mempunyai sifat tuhan ini
hanyalah dengan Terang yang datang ke dalam
dunia untuk mendamaikan manusia kepada
Tuhan, dan itu adalah Roh Kudus (Yohanes
1:9).
7. Pernyataan kemudian dibuat oleh
kumpulan Trinitarian dari premis-premis
yang berdasarkan Falsafah Yunani.
Mereka menyerang idea pendamaian
Ibrani. Mereka menegaskan bahawa anak
yang bergantung pada Bapa untuk
kekekalan dan kewujudannya adalah
“lebih rendah” dan “berlainan intinya dari
Bapa” dan “oleh itu, anak tidak seperti
Bapa”.
Semua pernyataan ini adalah tuntutan-tuntutan
palsu bukan alkitabiah yang berdasar pada
premis-premis falsafah Yunani tentang
kapasitas bagi mereka yang sama jenis untuk
berkawan atau mendamaikan untuk yang sama
jenis. Konsep ini tidak berdasarkan apa-apa
dalam seluruh struktur pemikiran Ibrani yang
berunsurkan
perintah-perintah
Tuhan.
Tuntutan-tuntutan palsu ini adalah serangan
terhadap seluruh konsep korban yang
merupakan bayangan pengorbanan Kristus
yang mendamaikan.
Kristus memasuki Tempat Mahakudus dengan
darahnya sendiri dan bukannya darah lembu.
Dia menyerahkan dirinya (Ibrani 7:26-28). Dia
berterusan dalam keimamatan yang tidak
berubah (Ibrani 7:24). Setiap Imam Besar
ditetapkan untuk mempersembahkan korban
dan persembahan (Ibrani 8:3). Imam Besar
masuk ke dalam Tempat Mahakudus sekali
setiap tahun dan harus dengan darah yang
dipersembahkan untuk dirinya sendiri dan
untuk pelanggaran-pelanggaran umat (Ibrani
9:7). Roh Kudus menandakan dengan ini
bahawa jalan ke dalam tempat yang kudus itu
belum lagi terbuka selagi khemah pertama itu
masih ada (Ibrani 9:8).
Mukasurat 7
Maka korban yang tidak bersalah untuk
mendamaikan yang rendah kepada yang tinggi
adalah suatu proses pemikiran yang integral
kepada kebaktian Ibrani dan susunan yang
ditetapkan ilahi. Penolakan kecukupan korban
ini merupakan satu serangan terhadap
kecukupan rencana pendamaian Tuhan.
Demi untuk menyerang dasar teologi Ibrani
serta janji-janji kepada Israel, orang Yunani
terpaksa
melemahkan
konsep-konsep
keunggulan Tuhan atas elohim atau anak-anak
Tuhan. Untuk itu mereka harus meninggikan
Kristus hingga setara dengan Tuhan supaya
mereka boleh menyatakan bahawa hukumhukum yang diberikan oleh Tuhan melalui
Torah (Taurat) dapat diubah. Konsep elohim
yang diluaskan hanya dapat disangkal dengan
membataskan cara untuk memasukkan sifat
tuhan itu dan meminggirnya sebagai satu
entiti. Dengan itu Roh Kudus akhirnya
dinyatakan sebagai satu oknum dari Sidang
Chalcedon pada tahun 451 yang mensahkan
pernyataan yang separuh terbentuk dari Sidang
Constantinople pada 381. Sidang Nicea tahun
325 tidak membicarakan isu ini. Syahadat ini,
yang dipanggil Syahadat Nicene sempena
sidang ini, merupakan rekaan kemudian.
Untuk menyokong serangan-serangan atas
hukum ini, ketuhanan Kristus telah ditegaskan
dalam usul-usul Modalisme. Ini hanya
menyangkal bahawa Kristus adalah entiti yang
berbeza dari Bapa. Ini jelas sekali tidak cukup
dan nyata sekali suatu bidaah hinggakan ia
hanya diterima di Rom dan Alexandria.
Trinitarianisme ingin menyerang subordinasi
Kristus serta pergantungan Kristus pada Bapa
untuk hidup sebagai korban yang tidak
mencukupi. Ini dilakukan dari premis bahawa
hanya yang sama jenis saja boleh berkawan
dengan jenisnya. Ini merupakan idea yang
khusus kepada Yunani dan menyangkal
seluruh tujuan Kitab Suci. Perkataan Yunani
agape yang digunakan untuk merujuk kepada
kasih Tuhan adalah pinjaman dari perkatan
Ibrani SHD 160 ‘ahabah. Perkataan agape ini
tidak muncul di kalangan orang Yunani dan
falsafah mereka sehinggalah Septuagint (LXX)
ditulis. Oleh itu konsep-konsep kasih sayang
anak beranak dan cinta erotik telah
Mukasurat 8
Ketuhanan Kristus [147]
menyebabkan kemunculan proses pemikiran
Yunani yang salah ini yang kemudiannya
digunakan untuk menyerang Kitab Suci dan
menghapuskan hukum. Trinitas adalah, pada
dasar falsafahnya, satu serangan terhadap
perintah-perintah Tuhan. Kristus harus
dijadikan sama taraf dan sama abadi dengan
Tuhan untuk membenarkan satu perubahan
dalam hukum. Hakikat bahawa ini tidak dapat
dipertahankan secara alkitabiah telah diabaikan
dan ayat-ayat yang menyangkal tuntutan ini
telah diabaikan, diserang, disalahgambar atau
disalahterjemah.
Proses pertimbangan sirkular (tidak berujung
pangkal) kemudiannya dipakaikan kepada
konsep itu bahawa, jika anak itu tidak sama
dengan Bapa, kenapa pula dia diberikan
kemuliaan,
penghormatan
dan,
dalam
pengertian yang disalahpakai, penyembahan?
8. Pertimbangannnya adalah salah. Hal
berkenaan adalah perkembangan yang
perlu bagi Monoteisme.
Definisi: Suatu Makhluk adalah apa yang ada
atau wujud.
Aksioma: Apa yang dipercayai
semestinya adalah suatu Makhluk.
wujud
Alkitab mengandungi premis-premis berikut:
1. Hanya ada satu Allah Maha Esa
(Ulangan 6:4; Yohanes 17:3; 1
Yohanes 5:20).
2. Dia mempunyai anak-anak (Kejadian
6:4; Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7); di mana
salah satunya adalah Yesus Kristus
(Yohanes 17:3).
3. Dia seorang saja yang abadi (1
Timotius 6:16). Dia hidup sampai
selama-lamanya (Wahyu 4:9).
4. Mengikut kehendakNya segala sesuatu
wujud dan telah dicipta (Wahyu 4:11).
Kesimpulan: Maka segala sesuatu, sama ada
entiti atau Makhluk, adalah hasil kehendak
Bapa.
Alkitab berpendapat bahawa anak-anak Tuhan
wujud. Secara definisi suatu Makhluk adalah
sesuatu yang wujud. Oleh itu Tuhan dan anakanak Tuhan adalah Makhluk-makhluk. Dari
kesimpulan itu, anak-anak Tuhan adalah hasil
dari Bapa. Kristus adalah anak Tuhan, jadi
Kristus adalah suatu hasil Bapa. Dia telah
disalib dalam kelemahan namun hidup oleh
kuasa Tuhan dan kita hidup di dalam dia dan
terpelihara oleh kuasa Tuhan (2Korintus 13:4;
1Petrus 1:5).
Susunan siapa yang mendahului tidak
menentukan pangkat. Pangkat diberikan oleh
kuasa dan boleh menentukan susunan
keutamaan. Allah seorang saja yang telah
wujud sebelum mula dalam kekekalan
berterusan, sebab Dia abadi (1Timotius 6:16).
Maka Tuhan adalah sumber segala kekuatan
yang dianugerahkan pada anak (1Petrus 3:2).
Segala pemerintah yang ada telah ditetapkan
oleh Tuhan (Roma 13:1).
Oleh kerana Kristus dan anak-anak adalah
hasil-hasil Bapa, mereka lebih rendah dalam
pangkat. Lebih rendah dalam pangkat tidak
bererti bahawa mereka kekurangan dalam
intipati mereka. Anak-anak Tuhan telah
diberikan kuasa dari Tuhan sebab mereka
dijadikan gambar-gambar Tuhan dan satu
intipati dengan Tuhan. Intipati yang sama tidak
memberikan keabadian bersama. Bapa secara
logiknya adalah lebih dahulu dari anak atau
jika tidak tiada apa-apa yang dapat didasarkan
pada hubungan seperti itu yang mempunyai
erti dalam bahasa. Ciptaan fizikal ditakdirkan
akan rosak dan mati. Maka anak-anak fizikal
mempunyai intipati yang berlainan. Maka itu
ciptaan fizikal harus dilahirkan semula untuk
memasuki Kerajaan Tuhan (Yohanes 3:3).
Setiap satu yang begitu lahir dari Tuhan
(1Yohanes 4:7) dan sesiapa yang lahir dari
Tuhan tidak berdosa kerana dia lahir dari
Tuhan (1Yohanes 3:9; 5:18). Anak-anak ini
ditakdirkan untuk menjadi elohim seperti
Malaikat Yehovah yang mengepalai mereka
(Zakharia 12:8) dan memiliki hidup kekal
(1Yohanes 5:11; 2:25) atas ketaatan seperti
mana yang Kristus berikan kepada Bapa. Oleh
kerana kehidupan Kristus yang taat dan tanpa
cela, kematiannya dan kebangkitannya menjadi
Ketuhanan Kristus [147]
roh sebagai seorang anak Tuhan yang berkuasa
(Roma 1:4) kini dia abadi. (Ibrani 5:6,8,9) dan
berada di sebelah kanan Tuhannya dengan
kuasa (Efesus 1:17-23). Ini adalah melalui Roh
Kudus.
Mukasurat 9
sama. Dengan itu wujudnya doktrin
Monarchia and the Circumincession. Dari
kemustahilan-kemustahilan logik ini Kristus
dianggap berbeza namun tidak terpisah.
9. Doktrin Antikristus.
Apa yang Tuhan cipta, Dia dapat musnahkan.
Jadi mereka yang tidak taat juga dapat
dimusnahkan untuk selamanya (Wahyu 20:15).
Maka Kristus abadi sebagai elohim yang
duduk di sebelah kanan Bapa sebagai Imam
BesarNya namun dia tidak sama pangkat
dengan Bapa. Dia juga tidak setaraf atau sama
abadi melainkan oleh delegasi Bapa yang
menganugerahkan segala sesuatu padanya
(rujuk 1Korintus 15:24; Wahyu 12:5; 19:15).
Dari segi rohani dan biologi kita semua adalah
anak-anak Tuhan namun kita dicipta untuk
mengerjakan kuasaNya melalui delegasi
sebagai elohim (Zakharia 12:8; rujuk
1Yohanes 5:11; 2:25).
Kristus tidak memiliki hidup dalam dirinya
sendiri. Ini adalah tuntutan palsu trinitarian
yang bertentangan dengan Yohanes 5:26.
Yohanes 5:26 Sebab sama seperti Bapa mempunyai
hidup dalam diri-Nya sendiri, demikian juga
diberikan-Nya Anak mempunyai hidup dalam diriNya sendiri.
Anak mempunyai hidup dalam dirinya oleh
pemberian Bapa dan begitu juga kita semua.
Maka Kristus wujud oleh pemberian Bapa.
Menuntut bahawa Kristus telah sentiasa wujud
dan sentiasa akan wujud menyangkal karunia
Tuhan
dari
ketaatan
Kristus.
Ianya
bertentangan dengan ayat-ayat Kitab di atas
dan menyangkal 1Timotius 6:13 di mana Allah
memberi hidup kepada segala sesuatu.
1Timotius 6:16 jelas mengatakan bahawa
hanya Allah saja yang abadi (tidak takluk
kepada maut) dan bahawa tiada seorangpun
manusia yang pernah melihatNya atau dapat
melihatNya. Dia bersemayam dalam terang
yang tak terhampiri dan dilihat hanya oleh
makhluk-makhluk rohani. Kerana inilah orang
Trinitarian cuba mengisytiharkan bahawa Bapa
dan Anak adalah aspek-aspek Tuhan yang
Ianya berguna dari takat ini untuk
memerhatikan Doktrin Antikristus pada
1Yohanes 4:1-2.
1Yohanes 4:1-2 Saudara-saudaraku yang kekasih,
janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah rohroh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab
banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi
ke seluruh dunia. 2 Demikianlah kita mengenal Roh
Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus
Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari
Allah,
Pengertian ayat ini telah diubah. Tuntutantuntutan dari kumpulan Modalist, yang
kemudiannya
membuka
jalan
kepada
keturunan mereka iaitu kumpulan Trinitarian,
berusaha menegaskan bahawa Kristus tidak
betul-betul mati dan bahawa sebahagian
dirinya tertinggal di langit sebagai Tuhan. Ini
merupakan bidaah yang dihadapi Yohanes dan
yang dirujuknya. Ayat ini telah diubah pada
tarikh terawal oleh kumpulan Modalist dan
Trinitarian kerana ia menyamakan mereka
dengan doktrin Antikristus. Ayat purba yang
betul boleh dikenali dari Irenaeus (Bab 16:8,
Ante-Nicene Fathers, Vol. 1, nota kaki
halaman 443).
Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh
yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang
sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh,
yang memisahkan Yesus Kristus, tidak berasal dari
Allah tapi berasal dari roh Antikristus.
Socrates tokoh Sejarah berkata (VII, 32,
halaman 381) bahawa bahagian ini telah
dirosakkan oleh mereka yang ingin
memisahkan kemanusiaan Yesus Kristus dari
ketuhanannya.
10. Beberapa masalah trinitarian yang
biasa dan penyelesaiannya.
10.1 Istilah-istilah mencipta, permulaan,
melahirkan dan satu-satunya lahir dikelirukan
dan disalahgunakan untuk mengaburkan ayat-
Mukasurat 10
ayatnya. Dalam Wahyu 3:14, Kristus dianggap
sebagai permulaan (arche) ciptaan Tuhan.
Terjemahan ini dituliskan sebagai pemerintah
dalam NIV untuk mengatasi implikasi bahawa
Kristus telah dicipta. Penggunaan istilah arche
yang bermakna permulaan adalah penting
memandangkan teologi awal kumpulan
Gnostik. Perkataan arche digunakan dengan
tepat dan bererti permulaan (lihat Roh Kudus
(No. 117) CCG, 1995).
Perkataan yang juga berhubungan dengan
penciptaan adalah prototokos di mana dalam
Kolose 1:15, Kristus dinyatakan sebagai
gambar Tuhan yang tidak kelihatan dan
prototokos segala ciptaan. Di sini ia dituliskan
sebagai yang sulung. Prototokos digunakan
sebagai satu dari satu siri. Kristus adalah yang
sulung dari ciptaan dari alam rohani. Dia
adalah yang sulung atau prototokos Maria
(Lukas 2:7). Matius 1:25 merujuk kepada
Kristus sebagai sulungnya atau prototokos
dalam Receptus.
Matius 1:25 tetapi tidak bersetubuh dengan dia
sampai ia melahirkan anak laki-laki sulungnya dan
Yusuf menamakan Dia Yesus.
Receptus mengatakan bahawa dia melahirkan
anaknya laki-laki, anak sulungnya. Dan dia
menamakannya Yesus (Yosua). Ini telah
dihilangkan dari teks-teks moden berdasarkan
bukti yang sangat lemah. Alkitab Companion
berkata tentang teks ini berkenaan anak
sulungnya:
Kata-kata ini telah dipetik dari Tatian (A.D. 172)
dan dua belas dari para bapa sebelum abad 4, dan
terkandung dalam hampir semua MSS, kecuali yang
dari Vatican dan Sinai (Sinaitic) (abad 4). Semua
teks [moden] tidak memasukkan “anak sulungnya”
berdasarkan bukti lemah dan mencurigakan ini.
Ia memang bukti lemah dan mencurigakan.
Mariolatry (Pemujaan Maria) berasal dari
Syria dan khususnya di Rom dari abad-abad
kemudiannya. Ianya perlu juga untuk
menyangkal bahawa Maria mempunyai anakanak lain demi untuk mengukuhkan
ketuhannya. Lukas tidak dapat diubah namun
ia tidak jelas bahayanya seperti ayat dalam
Matius. Hakikat bahawa Kristus mempunyai
saudara lelaki dan perempuan tidak dapat
Ketuhanan Kristus [147]
dinafikan secara alkitabiah berdasarkan Matius
13:55 dan Markus 6:3.
Saudara-saudara Kristus adalah Yakobus dan
Yusuf (Yoses) dan Simon dan Yudas (bukan
Iscariot). Saudara-saudara perempuannya
disebut dalam Matius 13:56 dan Markus 6:3
namun tidak dengan nama (lihat juga Matius
27:56). Yakobus disebut juga dalam Markus
16:1 dan Yudas disebut dalam Lukas 6:16. Dia
dan Iscariot dibezakan dengan teliti. Dia
disebutkan sebagai saudara Yakobus kerana
teks-teks itu adalah selepas kebangkitan.
Tidak syak lagi bahawa Kristus dipandang,
dari penggunaan prototokos, sebagai yang
pertama dari satu siri dalam tiga segi. Dia
adalah yang sulung dari segala yang diciptakan
(Kolose 1:15). Dia adalah yang sulung dari
anak-anak Maria (dari atas) dan dia juga
adalah yang sulung dari antara orang mati
(Kolose 1:18). Kita juga disesuaikan dengan
gambar Kristus yang merupakan gambar
Tuhan dan dengan itu dia menjadi prototokos
atau yang sulung dari antara banyak saudara
(Roma 8:29).
Penggunaan prototokos adalah sebagai yang
pertama dari satu siri. Penggunaannya tidak
tetap kerana orang Trinitarian menjauhi akibatakibat tek-teks itu di mana mungkin. Istilah
prototokos juga adalah istilah yang digunakan
dalam Ibrani 1:6 apabila Tuhan membawa
anak yang sulung ke dalam dunia. Ibrani 1:5
memetik Mazmur 2:7 yang menunjukkan
bahawa Daud mengerti keanakan Mesias.
Pengenalan ini penting. Kristus adalah yang
sulung dari ciptaan rohani. Dia juga adalah
salah satu dari banyak anak-anak Tuhan
namun dia adalah satu-satunya anak atau
elohim yang dilahirkan. Maka dia disebutkan
sebagai monogenes theos atau satu-satunya
tuhan yang lahir dalam Yohanes 1:18.
Receptus menulisnya monogenes uion atau
satu-satunya anak (anak tunggal) untuk
menjauhi implikasi monogenes theos namun
istilah ini diketahui dahulukalanya sebagai
monogenes theos. Maka dia adalah yang
sulung dari segala yang diciptakan namun
adalah satu-satunya yang dilahirkan dari anakanak Tuhan. Kita semua dilahirkan semula
Ketuhanan Kristus [147]
kepada kedudukan anak-anak Tuhan namun
prototokos hanya digunakan bagi Kristus
berhubung orang mati.
Maka Kristus adalah tuhan tunggal yang
dilahirkan namun adalah yang sulung dari
ciptaan elohim atau theoi. Paulus berkata
bahawa terdapat banyak theoi dan banyak
kurioi namun untuk kita hanya ada seorang
Allah Bapa, dari mana datangnya segala
sesuatu dan satu Tuan Yesus Kristus
(1Korintus 8:5-6).
Oleh itu hanya ada seorang Allah Maha Esa
yang merupakan Bapa (Yohanes 17:3).
10.2 Kumpulan Trinitarian berpendapat
adanya perbezaan antara Kristus dan anakanak Tuhan yang lain yang merupakan
malaikat-malaikat. Ini adalah pertimbangan
anterior klasik. Kristus ditinggikan melebihi
Angkatan malaikat oleh kebangkitannya dari
antara orang mati. Seluruh teks dalam Ibrani
menuliskan tentang penurunan pangkat di
bawah para malaikat dan kenaikannya
mengatasi mereka. Dia bukan selalu begitu
seperti yang dilihat dari Ibrani 1:3-4.
Ibrani 1:3-4 Ia adalah cahaya kemuliaan Allah dan
gambar wujud Allah dan menopang segala yang ada
dengan firman-Nya yang penuh kekuasaan. Dan
setelah Ia selesai mengadakan penyucian dosa, Ia
duduk di sebelah kanan Yang Mahabesar, di tempat
yang tinggi, 4 jauh lebih tinggi dari pada malaikatmalaikat, sama seperti nama yang dikaruniakan
kepada-Nya jauh lebih indah dari pada nama
mereka.
Ibrani 1:5 merujuk kepada hakikat bahawa
hanya dia seorang saja yang pernah dilahirkan
(gegenneka) dari Tuhan. Namun dia adalah
prototokos yang dibawa ke dalam dunia. Dia
telah diurapi dengan minyak tanda kesukaan
melebihi teman-teman sekutunya (metoxous)
(Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Malaikatmalaikat adalah roh-roh yang melayani yang
diutus untuk melayani mereka yang harus
memperoleh keselamatan (Ibrani 1:14). Teks
ini telah dianggap memburukkan kedudukan
Angkatan Syurgawi dan menjadikannya
mustahil untuk Kristus pernah menjadi salah
seorang dari mereka dan bagi mereka menjadi
setaraf dengan umat pilihan. Ini betul-betul
Mukasurat 11
menyalahfaham teks Ibrani. Ibrani dilayakkan
oleh kesaksian Kristus yang menyatakan
bahawa takdir umat manusia adalah untuk
menjadi sama seperti malaikat (isaggelos;
Lukas 20:36). Kristus akan mengakui kita di
hadapan para malaikat Tuhan (Lukas 12:8-9)
yang merupakan saudara-saudara kita (Wahyu
12:10).
Maka ianya jelas bahawa Mesias perlu
menebus dosa pada dua tingkat dan telah
dijadikan imam besar dan raja atas kedua-dua
alam rohani dan fizikal.
Hakikat bahawa para malaikat adalah bawahan
kepada Kristus tidak bermakna bahawa Kristus
setara dengan Tuhan dan ini juga tidak
bermakna bahawa kita akan berada pada taraf
yang berlainan atau intipati yang berlainan
dengan Tuhan atau Kristus atau para malaikat.
Kita semua akan menjadi anak-anak Tuhan
kerana mereka masih adalah anak-anak Tuhan.
Mereka sama intipati dengan Bapa seperti
Kristus dan sama seperti kita satu intipati
dengan Bapa (lihat Satu Bersama Dengan
Bapa (No. 81), CCG, 1994)
Kita miliki Roh Kudus dan atas sebab itu kita
adalah satu intipati. Tuhan menggandakan
diriNya dan hakikatnya adalah Dia bermaksud
untuk menjadi semua dalam semua (Efesus
4:6; 1Korintus 15:28 KJV; lihat juga Teks
Utama Marshall’s Interlinear). Kerana
diciptakan kita satu intipati dengan Bapa
melalui perluasan seperti juga semua anakanak Tuhan. Secara definisi, kepenuhan
ketuhanan yang berdiam dalam individu
membolehkan kemampuan untuk menjadi
Tuhan dalam anak-anak. Oleh itu mereka,
secara definisi, adalah dari intipati yang sama.
Hakikat penjanaan atau penciptaan tidak
mengharuskan pembezaan intipati. Ianya juga
tidak dinyatakan begitu di mana-mana dalam
Alkitab.
Kita semua mengambil bagian dalam sifat atau
kodrat ilahi (2 Petrus 1:4). Hakikat itu
bagaimanapun
tidak
menganugerahkan
kekekalan dan kekuasaan secara automatik.
Lebihan pula, kekekalan yang dianugerahkan
tidak bermaksud bahawa kekekalan sama itu
wujud selamanya. Ianya diberikan oleh Tuhan
Mukasurat 12
Ketuhanan Kristus [147]
namun tidak wujud dalam Kristus ataupun
Angkatan Syurgawi ab-origine atau dari mula.
Maka sifat-sifat kekekalan bersama dan
kesetaraan bersama tidak dianugerahkan
kepada sebarang makhluk dengan mengambil
bagian dalam kodrat ilahi dan intipati Bapa.
Jadi hanya Allah saja yang abadi (1 Timotius
6:16).
kerana waktu adalah hubungan antara dua atau
lebih objek.
Menuntut bahawa Kristus adalah Tuhan sejati
adalah satu bidaah yang melanggar perintah
pertama. Hanya ada seorang Allah Maha Esa
(Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20) dan Yesus
Kristus adalah anakNya. Kristus bukanlah
Tuhan sebenar. Jika benar maka, secara
definisinya, akan ada dua Allah benar dan
kalau begitu maka Kitab Perjanjian Baru
adalah palsu. Menuntut kewujudan dua Allah
benar disangkal oleh kumpulan Trinitarian.
Satu-satunya pihak yang menuntut kepalsuan
bukan alkitabiah sebegitu adalah kumpulankumpulan yang dikenali sebagai Binitarian
yang terjerumus ke dalam perangkap logik
yang dipasang oleh kumpulan Trinitarian.
Binitarianisme merupakan satu penyimpangan
lewat. Ia biasanya ditemui dalam orang-orang
dengan latar belakang trinitarian yang melihat
kesalahan Trinitarianisme dari Alkitab namun
tidak mahu kelihatan seperti tidak beriman
dalam
pengertian
trinitarian
dengan
mengurangkan kedudukan Kristus. Kedudukan
ini sememangnya karut dan mengabaikan
Kitab Suci. Binitarianisme secara logiknya
adalah politeis dan itulah sebabnya kenapa
Trinitarianisme terdorong untuk menyangkal
pemisahan Tuhan dan Kristus dalam
Ketuhanan. Maka mereka dianggap sebagai
berbeza namun tidak terpisah. Ini adalah karut
dari segi pengertian alkitabiah. Alkitab cukup
jelas bahawa hanya terdapat seorang Tuhan
yang benar dan bahawa dia adalah Allah dan
Bapa Yesus Kristus dan Allah dan Bapa kita
semua (Yohanes 20:17).
Kewujudan sebagai alfa dan omega adalah
sebagai seorang yang sekarang ada dan yang
dulu ada dan yang akan datang ada. Dialah
Yang Mahatinggi. Allah Bapalah yang
berfirman di sini. Tuhan inilah yang
memberikan kitab Wahyu kepada Kristus
supaya ia dapat dinyatakan kepada hambahambanya.
Kristus tidak sama dengan Bapa (Matius
19:17; 20:23; Markus 13:32; Yohanes 12:29;
14:28; 1Korintus 3:23; 11:3; 15:28).
Kristus tidak sama-sama abadi dengan Bapa
(1Timotius 6:16). Hanya Tuhan wujud di luar
batasan waktu iaitu sebelum permulaan,
Hanya Tuhan yang merupakan alfa dan omega,
yang awal dan yang akhir. Aku adalah Alfa
dan Omega, firman Tuhan Allah [itu] (Wahyu
1:8). Artikel definit itu tidak diterjemahkan
sesudah “Allah” dalam ayat-ayat.
Maka Kristus tidak mahatahu sama ada
sebagai seorang manusia (Markus 13:32)
ataupun sebagai makhluk ilahi (Wahyu 1:1).
Dengan itu sifat-sifat Tuhan adalah melalui
delegasi. Namun kita semua adalah elohim,
anak-anak Yang Mahatinggi kita sekalian
(memetik Mazmur 82:6) dan Kitab Suci tidak
boleh dibatalkan (Yohanes 10:34-35).
Kristus dan semua elohim adalah bawahan
kepada Tuhan yang bertindak di bawah
delegasi. Kekurangan yang diandaikan dari
kedudukan ini oleh pihak Trinitarian adalah
seperti yang telah kita lihat berkaitan dengan
keperluan untuk meninggikan Kristus untuk
menghapuskan keperluan memelihara hukumhukum Tuhan. Namun dosa adalah
pelanggaran hukum (1Yohanes 3:4) iaitu
hukum yang sempurna yang memerdekakan
orang (Yakobus 1:25) dan melaluinya kita
dihakimi (Yakobus 2:12).
Ianya juga pertimbangan paling tidak masuk
akal untuk mencadangkan, seperti yang
diperlukan secara logik oleh Trinitarianisme,
bahawa suatu makhluk boleh menjadi Imam
Besarnya sendiri. Pertimbangan sia-sia dan
bermasalah seperti itu akan menghindari
makhluk sebegitu dari gelaran Tuhan.
Dari kedudukan di atas, berhubungan Tuhan,
Kristus dan Angkatan Syurgawi sebagai anakanak Tuhan, ianya tidak sukar untuk melihat
Ketuhanan Kristus [147]
aspek-aspek ciptaan melalui delegasi di bawah
kehendak dan rencana Bapa. Dari kuasa yang
dianugerahkan ini Kristus mencipta seperti
yang kita perhatikan dari Kolose 1:16-18.
Dengan ini Kristus juga menjadi waris kepada
sifat-sifat yang disediakan untuk pusakanya,
seperti yang kita lihat dari Yesaya 9:6. Kristus
juga boleh menjadi bapa kekal kerana terdapat
banyak kebapaan di syurga dan di bumi
(Efesus 3:14). Perkataan yang diterjemahkan
sebagai turunan (family) di sini adalah patria
atau kebapaan. Maka gelaran bapa sama ada
untuk keluarga atau Keluarga Tuhan adalah
gelaran yang didelegasi yang menandakan
tanggungjawab terbesar pemegang gelaran ini.
Kristus adalah yang sulung dari setiap
makhluk. Menegaskan dari ini bahawa ini
tidak bererti dia adalah makhluk mengarutkan
falsafah bahasa yang diterima. Ini merupakan
ketidaktetapan trinitarian yang klasik.
Kristus adalah Mesias keturunan Yehuda dan
waris kepada janji-janji Tuhan. Dia adalah
waris kepada takhta Daud. Daud tidak
mewarisi apa-apa dari Kristus. Daud adalah
sebahagian dari keturunan Mesias dan dengan
siapa dia menjadi waris bersama seperti juga
semua anak-anak Tuhan dari kebangkitan dari
antara orang mati. Seorang waris hanya
menjadi prototokos atau yang sulung dari satu
siri jika dia adalah yang sulung, dan
kedudukan itu adalah milik Kristus dari
kebangkitannya sebagai anak Tuhan yang
berkuasa dari antara orang mati (Roma 1:4).
Semua dalam siri ini adalah waris-waris dari
segi alkitabiah seperti yang kita lihat di atas.
Tuhan berfirman kepada kita melalui anakNya
yang ditentukanNya sebagai waris segala
sesuatu namun kita adalah waris-waris
bersama seperti yang kita lihat dari berbagai
ayat di atas (contohnya Roma 8:16-17 dan
sebagainya).
Sifat-sifat Tuhan dianugerahkan oleh Tuhan
mengikut kehendakNya. Kristus mengambil
bagian dalam sifat ilahi seperti juga kita
semua. Maka kita semua menjadi elohim atau
theoi atau tuhan-tuhan namun kita tidak sama
kesetaraan atau sama abadi walaupun kita
diberikan hidup kekal kerana kita mengenal
Allah Maha Esa dan anakNya Yesus Kristus
Mukasurat 13
(Yohanes 17:3). Kita ditentukan untuk
mencapai hidup kekal (1Timotius 6:19)
sebagai
waris-waris
sesuai
dengan
pengharapan kita (Titus 3:7).
Kristus, belajar ketaatan dengan apa yang
dideritainya, disempurnakan, dan kepada
semua yang patuh kepadanya, menjadi
pembawa (Teks Utama Marshall’s Interlinear)
keselamatan kekal, dijadikan Tuhan sebagai
Imam Besar menurut mazhab Melkisedek
(Ibrani
5:8-10). Dengan itu Kristus
disempurnakan dan kerana ketaatannya,
membolehkan kita semua untuk memperolehi
hidup kekal dan keselamatan namun dia
sendiri bukanlah sumber hidup kekal itu.
Hidup kekal telah dijanjikan kepada kita oleh
Tuhan (1Yohanes 2:25). Hanya Tuhan saja
yang abadi. Tuhan telah memberi kita karunia
hidup kekal (1Yohanes 5:11-13). Inilah Allah
yang benar dan hidup yang kekal (1Yohanes
5:20).
Semua kita dijadikan menurut gambar Tuhan;
makhluk-makhluk fizikal dan rohani (Kejadian
1:26-27). Roh Kudus merupakan dimensi yang
tidak ada yang dibawa masuk ke dalam dunia
seperti yang kita saksikan dari Yohanes 1:9.
Kristus bukanlah terang itu dan dia juga bukan
pengeluar terang itu. Tuhan adalah sumber
terang itu dan terang ituu adalah kuasa Tuhan
yang kita kenali sebagai Roh Kudus. Kristus,
sebagai alat keselamatan kekal Tuhan, telah
dinubuatkan oleh para nabi (Yeremia 23:5,6;
Yesaya 43:11, rujuk Lukas 2:11; Yesaya
45:15-24). Seperti yang kita lihat Tuhan telah
memuliakan Kristus dari ketaatannya, yang
merendahkan dirinya hingga mati, dan
melimpahkan nama dan kekuasaan padanya
yang mengatasi segala nama (Filipi 2:5-11).
Maka hak Bapa untuk menganugerahkan
kekuasaan tidak dapat disangkal lagi.
Menyimpulkan kesetaraan dari teks ini adalah
cukup salah. Kristus tidak pernah pada bilabila masa dalam hidupnya mengatakan bahawa
dia adalah Tuhan dan sesungguhnya hanya
merujuk kepada Bapa sebagai Tuhan. Yohanes
dan Paulus berkeras bahawa tiada seorangpun
yang pernah melihat Tuhan walaupun Kristus
dilihat dan didengari beribu-ribu orang.
Mukasurat 14
Dia datang dalam nama Bapanya dan mereka
tidak menerimanya (Yohanes 5:43). Dialah
nabi yang dinubuatkan melalui Musa (Ulangan
18:18-19).
Ulangan 18:18-19 seorang nabi akan Kubangkitkan
bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti
engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam
mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka
segala yang Kuperintahkan kepadanya. 19 Orang
yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang
akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari
padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban.
Mesias berfirman dalam nama Tuhan namun
dia bukan Tuhan. Dia seorang elohim, salah
satu dari anak-anak Tuhan, namun dia bukan
Eloah yang merupakan Allah (ton theon) iaitu
Allah Bapa Perjanjian Baru. Kristus taat
kepada Dia yang menjadikannya (lit: kepada
[dia] yang membuatnya Ibrani 3:2; Marshall’s
Interlinear; poiesanti diterjemah sebagai
ditetapkan oleh kumpulan Trinitarian). Poieo
atau dibuat adalah pengertian yang difahami
dan diperdebatkan pada Sidang Nicea.
Kepercayaan
trinitarian
seperti
yang
dinyatakan dalam syahadat-syahadat seperti
syahadat Nicene adalah bertentangan dengan
ajaran-ajaran iman yang jelas seperti yang
disampaikan dalam Alkitab.
Sejarah Sidang-sidang Nicea, Constantinople
dan Chalcedon dan syahadat-syahadat
seterusnya akan menjadi subjek karangankarangan lanjutan.
Syahadat Nicene cuba menegaskan satu siri
premis palsu yang disangkal oleh Alkitab.
Secara ringkasnya ia cuba memberi bayangan
bahawa Kristus adalah anak tunggal Tuhan
Ketuhanan Kristus [147]
sedangkan ini palsu seperti yang telah kita
lihat. Tuntutan-tuntutan tentang bagaimana
Kristus adalah satu intipati dengan Bapa sekali
lagi cuba menjadikan Kristus berlainan dari
semua makhluk lain. Ia juga cuba menuntut
bahawa dia adalah Tuhan benar dan ini adalah
penghujatan yang nyata dari berbagai teks yang
dikutip di atas. Kristus adalah batu sandungan.
Umat Trinitarian tidak memahami nubuatan
dan korban. Kristus adalah
batu yang akan membuat orang tersandung padanya,
karena mereka tidak taat kepada Firman Allah; dan
untuk itu mereka juga telah disediakan. Tetapi
kamulah bangsa yang terpilih, imamat yang rajani,
bangsa yang kudus, umat kepunyaan Allah sendiri,
supaya kamu memberitakan perbuatan-perbuatan
yang besar dari Dia, yang telah memanggil kamu
keluar dari kegelapan kepada terang-Nya yang
ajaib: kamu, yang dahulu bukan umat Allah, tetapi
yang sekarang telah menjadi umat-Nya, yang dahulu
tidak dikasihani tetapi yang sekarang telah beroleh
belas kasihan. (1 Petrus 2:8-10).
Hanya ada seorang Allah Maha Esa (Yohanes
17:3; 1 Yohanes 5:20) yang merupakan Allah
dan Bapa Yesus Kristus dan Allah dan bapa
kita semua (Yohanes 20:17). Tiada seorangpun
yang pernah melihat Tuhan ini, ataupun
mendengar suaraNya dan memang tidak akan
melihatNya. Dia bersemayam dalam terang
yang tidak dapat dihampiri dan hanya Tuhan
ini saja yang abadi (1 Timotius 6:16). Dia
menganugerahkan
pada
semua
yang
mentaatiNya kapasitas untuk menjadi anakanak Tuhan (Roma 8:14; Galatia 4:5-6; Ibrani
2:10; 1 Yohanes 3:1-2; rujuk Ibrani 5:9) dan
dengan demikian elohim (Zakharia 12:8) atau
theoi. Jadi Allah adalah Esa.
q
Download