Nama Kelas NPM Mata Kuliah : Entia Monica : 3BB : 061930900204 : Mandarin 1 1.1. BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurangkurangnya seawal kurun ke-14 SM dan pci- kembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan "walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic); dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. Dengan ini ia tetap tidak berubah dan seterusnya meninggalkan beberapa kesan terhadap kesusasteraan Cina dan penyebarannya. Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna hurufhurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai 1.2. KEBERAGAMAN GENRE SASTRA CINA KLASIK 1.2.1. Puisi Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Gambar 1.1 Contoh Puisi China 1.2.2. Prosa Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya dalam tiga jenis genre. Bentuk/^, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220) misalnya, menunjukkan sifat puisi bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M diberi label berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic prose), prosa berima (rhyme prose), rapsodi (rhapsody), puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa Inggeris. Genre lain dalam kumpulan ini termasukpianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa berirama iaitu syarat-syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan retorik dikenakan, dan bagu wenzhang (eight-legged essay), yang merupakan kayu pengukur paling utama dalam menggredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam. Prosa jenis bagu ini mensyaratkan penults perlu mematuhi pelbagai syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila menulis. Prosa jenis bagu begitu dominan dalam bidang penulisan Cina selama berabad-abad (1487- 1901). 1.2.3. Drama Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (12791368), prestij tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing, mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan). Gambar 1.2 Contoh Drama Tradisional China 1.2.4. Fiksyen Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. Walau bagaimanapun, pada zaman awal dinasti Song (960-1279) perkembangan cerita dalam bahasa harian telah mulai wujud, selanjutnya mencapai tahap kematangan dan kegemilangan pada zaman dinasti Yuan (1279-1368), dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911). Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak kebanyakannya merupakan naratif yang panjang. dicipta dan Gambar 1.3 Contoh Fiksyen China DAFTAR PUSTAKA