Hari Besar Terakhir dan Penyerahan kepada Bapa [CB142]

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB142]
Hari Besar Terakhir dan
Penyerahan kepada Bapa
(Edisi 1.0 20090922-20090922)
Dalam naskah ini kita akan meninjau kembali erti Hari Besar Terakhir, simbolisme berkaitan
dengannya, dan bagaimana Hari Besar ke 7 tahunan ini menantikan penyelesaian Rencana
Keselamatan Eloah.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta © 2009 Diane Flanagan, ed. Wade Cox)
(tr. 2011)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Hari Besar Terakhir dan Penyerahan kepada Bapa
Hari Besar Terakhir dan Penyerahan kepada Bapa
Pengenalan
Daripada Alkitab kita lihat bahawa Tuhan
memberi kita instruksi bila untuk merayakan
perayaan-perayaan tahunan dalam Imamat dan
Bilangan. Perayaan Pondok Daun dirayakan
dalam bulan tujuh dan diikuti serta-merta oleh
hari kelapan, atau apa yang kita sekarang
panggil Hari Besar Terakhir. Ini ialah Hari
Raya ketujuh dan terakhir dalam tiap siklus
tahunan.
Imamat 23:34-36 "Katakanlah kepada orang Israel,
begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh
itu ada hari raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari
lamanya. 35 Pada hari yang pertama haruslah ada
pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu
pekerjaan berat. 36 Tujuh hari lamanya kamu harus
mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN,
dan pada hari yang kedelapan kamu harus mengadakan
pertemuan kudus dan mempersembahkan korban apiapian kepada TUHAN. Itulah hari raya perkumpulan,
janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat.
Imamat 23:39 Akan tetapi pada hari yang kelima belas
bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil
tanahmu, kamu harus mengadakan perayaan bagi
TUHAN tujuh hari lamanya; pada hari yang pertama
haruslah ada perhentian penuh dan juga pada hari yang
kedelapan harus ada perhentian penuh.
Bilangan 29:35 Pada hari yang kedelapan haruslah
kamu mengadakan perkumpulan raya, maka tidak boleh
kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat.
Dalam zaman Ezra dan Nehemia kita sekali
lagi melihat pemulihan bait dan pemeliharaan
Perayaan-perayaan Eloah.
Nehemia 8:18 Bagian-bagian kitab Taurat Allah itu
dibacakan tiap hari, dari hari pertama sampai hari
terakhir. Tujuh hari lamanya mereka merayakan hari
raya itu dan pada hari yang kedelapan ada pertemuan
raya sesuai dengan peraturan.
Kita lihat hari kelapan merupakan hari raya
berlainan daripada Perayaan Pondok Daun,
yang selama tujuh hari. Kita merujuk kepada
hari kelapan ini sebagai Hari Besar Terakhir.
Ini berlangsung dalam bulan Tujuh (Tishri)
pada tanggal 22. Kita tidak mengambil
persembahan pada Hari Besar Terakhir. Semua
benda yang dipersembahkan pada hari Paskah,
Pentakosta dan Pengumpulan
Pondok Daun) telah diselesaikan.
(Perayaan
Yohanes 7 ialah tempat di mana kita mendapat
istilah Hari Besar Terakhir. Ini juga bukti lebih
lanjut bahawa Yesus Kristus dan para rasul
memelihara Hari-hari Raya Tuhan.
Yohanes 7:37 Dan pada hari terakhir, yaitu pada
puncak perayaan itu, Yesus berdiri dan berseru:
"Barangsiapa haus, baiklah ia datang kepada-Ku dan
minum! (KJV)
Kita juga melihat konsep yang sama dijelaskan
dengan cara berlainan sedikit dalam versi-versi
berikut:
Yohanes 7:37 Pada hari terakhir dan terbesar perayaan
itu Yesus berdiri dan berseru: "Barangsiapa haus,
baiklah ia datang kepada-Ku dan minum! (NEB)
Yohanes 7:37 Pada hari terakhir dan paling penting
perayaan itu, Yesus berdiri dan berseru: "Barangsiapa
haus, baiklah ia datang kepada-Ku dan minum! (Ber)
Di sini kita lihat konsep Hari Besar Terakhir
ditekankan sebagai hari terbesar Perayaan itu
dan hari paling penting Perayaan itu.
Sementara kita meninjau lalu naskah ini kita
akan lihat kenapa Hari Besar Terakhir itu
merupakan bahagian yang begitu penting
dalam rencana Eloah. Tiada lagi Hari Puncak
disebut sebagai besar, atau terbesar.
Ikhtisar ringkas erti Hari Besar
Terakhir Perayaan
Sementara kita mempelajari tiap Hari Raya
tahunan Tuhan secara mendalam, kita lihat tiap
Hari Raya menunjuk ke arah satu peristiwa
penting dalam Rencana Keselamatan Tuhan.
Hari Besar Terakhir menunjuk kepada waktu
selepas saja Milenium bilamana kebangkitan
kedua semua umat manusia akan terjadi. Ini
dipanggil “Penghakiman Takhta Putih Besar”
(Wahyu 20:11-13). Kebangkitan pertama
terbatas kepada umat pilihan, dan terjadi pada
kedatangan
kembali
Yesus
Kristus.
Kebangkitan kedua adalah untuk semua
manusia. Simbolisme Hari Besar Terakhir juga
termasuk Kerajaan Tuhan didirikan di sini di
Hari Besar Terakhir dan Penyerahan kepada Bapa
bumi. Ini ialah
Keselamatan.
fasa
terakhir
Rencana
Dalam hikmah dan belas kasihan Eloah, suatu
kebangkitan untuk pembetulan atau pengajaran
ada tersedia (Yoh. 5:19). Manusia tidak boleh
berbuat apa-apa untuk mengubah bahagian ini
dalam rencana Eloah. Selepas Milenium, Iblis
akan dijadikan manusia agar dia dapat
mengalami kasih karunia Tuhan; Tuhan tidak
memandang bulu. Iblis dan Angkatan derhaka
akan diberikan peluang untuk bertaubat
sementara hidup dalam tubuh manusia. (Untuk
informasi lebih lanjut lihat Domba dan Anak
yang Hilang (No. 199) dan Penghakiman Iblis
Setan (No. 80).)
Sejak zaman Adam, semua orang yang telah
mati sepanjang perjalanan penciptaan dan tidak
mengenali Eloah atau HukumNya akan
dibangkitkan atau dihidupkan pada umur 20
tahun. Malah mereka yang mati sebagai bayi,
atau orang tua, akan berumur 20 tahun apabila
mereka dibangkitkan. Mereka akan mempunyai
dua waktu Yobel, atau 100 tahun, untuk
mempelajari jalan Tuhan dan hidup
menurutnya (Yesaya 65:20). Untuk informasi
lebih lanjut lihat Lembah Tulang-tulang Kering
(No. 234).
Eloah maha mengasihani. Dia tidak
menghendaki sesiapapun binasa (2Pet. 3:9; 1
Tim. 2:4; Titus 2:11) atau mati kematian
kedua. Oleh itu, nampaknya semua manusia
dan Angkatan derhaka dipulihkan kepada
Bapa. Tiada kebangkitan daripada kematian
kedua.
Sebab Tuhan mencipta segala sesuatu,
nampaknya semua manusia dari Adam dan
Hawa seterusnya serta Angkatan derhaka akan
layak untuk kedudukan tertentu dalam
Kerajaan Tuhan. Iblis dan Angkatan derhaka
tidak akan dikembalikan kepada kedudukan
asal mereka; bagaimanapun, mereka akan
mempunyai peluang untuk melayani Tuhan
dengan pertaubatan dan ketaatan.
Bila dosa tidak lagi wujud, Tuhan berpindah ke
bumi. Apa masa depannya mulai saat itu tidak
dinyatakan dalam firman Tuhan.
Mukasurat 3
Makna bilangan
Seperti disebutkan, Hari Besar Terakhir ialah
perayaan Sabat/Hari Raya Ketujuh dan
berlangsung pada tanggal 22 bulan Tujuh. Ini
juga dipanggil sebagai hari Kelapan perayaan
(Yoh. 7:37). Kita sekarang akan meninjau
makna bilangan 7, 8, dan 22.
Tujuh (7) menunjukkan kesempurnaan
rohani. Ia menggambarkan pekerjaan Roh
Kudus sebagai kuasa Tuhan. Ia bilangan
perhentian dan siklus perhentian dalam Yobel.
Ia juga waktu kembalinya kepada Tuhan
dalam perhentian dan kembali kepada
HukumNya, dan itulah sebab kenapa Hukum
dibaca dalam tahun Sabat siklus.
Kita lihat Hari Besar Terakhir dilengkapi pada
bulan tujuh, dan kesempurnaan rohani
melengkapi rencana Keselamatan Eloah.
Dua puluh dua (22) ialah bilangan lengkap
abjad
Ibrani
dalam
konsonan,
dan
menunjukkan kelengkapan. Hari Besar
Terakhir, jatuh pada tanggal 22 bulan 7,
menunjukkan kita kelengkapan rencana Eloah,
melalui kesempurnaan rohani.
Lapan (8) menunjukkan pembaharuan. Ia
bilangan Kristus dan tanda penciptaan dan
dengan itu juga tanda kebangkitan. Jadi kita
juga melihat simbolisme permulaan dan asal
baru.
Seperti yang kita tinjau ringkas sebelumnya,
Hari Besar Terakhir adalah kebangkitan semua
yang pernah hidup dan sebelumnya tidak layak
untuk keluarga Eloah. Manusia dan Angkatan
derhaka akan dibangkitkan kepada satu
permulaan baru dalam kebangkitan untuk
pembetulan ini.
Melalui penyelesaian aktiviti-aktiviti Hari
Besar Terakhir kita semua dibawa masuk ke
dalam hidup kekal (jika kita bukan dalam
kebangkitan pertama, iaitu kebangkitan yang
lebih baik).
Hidup kekal
Memang penting untuk kita mengerti makna
hidup kekal dan juga keabadian. Alkitab
Mukasurat 4
Hari Besar Terakhir dan Penyerahan kepada Bapa
memberitahu kita bahawa Anak-anak Tuhan
akan mewarisi hidup kekal.
1 Yohanes 5:11 Dan inilah kesaksian itu: Allah telah
mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup
itu ada di dalam Anak-Nya.
Perkataan untuk kekal ialah aionios (SGD 166)
dan mempunyai dua erti. Ini boleh bererti
tanpa permulaan dan akhir, bila merujuk
kepada Allah Bapa, atau ini juga boleh bererti
tanpa akhir atau kekal. Ini ialah jenis hidup
kekal yang Tuhan berikan kepada manusia dan
Angkatan syurgawi. Inilah hidup kekal yang
Tuhan berikan kepada Kristus. Hidup kekal
kita ada permulaannya, tetapi hidup kekal
Tuhan adalah tanpa permulaan.
Kadangkala kita perlu berjaga-jaga apabila kita
menggunakan istilah hidup kekal sebab
sesetengah orang percaya hal-hal berlainan.
Umat Binitarian dan Trinitarian sering
menggunakan istilah ini untuk membuktikan
bahawa kedua-dua Kristus dan Tuhan telah
hadir sebelum adanya waktu. Mereka percaya
kedua-dua Allah Bapa dan Kristus memiliki
hidup kekal yang sama. Selain itu, sesetengah
agama mengajar bahawa hidup kekal akan
diberikan kepada manusia jasmaniah, dan
bukan hanya makhluk roh. Untuk informasi
lebih lanjut lihat Cara-cara Orang cuba
meniadakan atau Membataskan Pengorbanan
Mesias (No. CB122).
Bagaimanapun, umat Unitarian Alkitabiah
percaya bahawa hanya Eloah wujud selamanya
dan tidak mempunyai permulaan. Ciptaan
Eloah, termasuk Angkatan syurgawi dan umat
manusia, mempunyai permulaan; kita semua
dicipta. Kita mungkin akan mewarisi hidup
kekal (1 Yoh. 5:11), jika kita mentaati Hukumhukum Eloah dan layak untuk menjadi
makhluk rohani. Hanya dalam keadaan
rohaniah barulah kita boleh diberikan hidup
kekal dan mewarisi Kerajaan Tuhan. (Untuk
informasi lebih lanjut lihat Hidup Kekal (No.
133) dan Kerajaan Kekal Tuhan (No. 144).)
Sifat-sifat hidup kekal adalah sebahagian
daripada intisari Bapa dan Dia memberikannya
kepada Anak-anak Tuhan (Kej. 6:2.4; Ayub
1:6; 2:1; 39:4-7; Hos. 1:10; Rom. 8:14, 19,
Gal. 4:5-6; Fil. 2:15; Ibr. 12:7; 1Yoh. 3:1-20).
Eloah memberi hidup kekal kepada mereka
yang layak (1Yoh. 5:11), dan yang Dia janjikan
(1Yoh. 2:25).
Terdapat tiga asas untuk hidup kekal:
1. Percaya dan tahu adanya Allah Maha Esa
dan Yesus Kristus yang diutusNya.
2. Kepercayaan dalam Yesus Kristus melalui
pengenalan Allah Maha Esa. Ini menuntun
kepada pertaubatan, baptisan dan karunia
Roh Kudus daripada kepercayaan kita yang
Tuhan membangkitkan Kristus dari antara
orang mati.
3. Mengambil bahagian dalam Perjamuan
Tuhan,
termasuk
membasuh
kaki,
memakan roti dan meminum anggur, dan
mentaati semua Perintah. Semua ini ialah
syarat-syarat perlu untuk kita memelihara
Roh Kudus dan berada dalam kebangkitan
pertama.
Semua umat manusia dan Angkatan derhaka
akan
mempunyai
peluang ini
untuk
mempelajari tiga aspek hidup kekal dalam
tempoh waktu yang dilambangkan oleh Hari
Besar Terakhir.
Hasil akhir hukum itu adalah kita dapat
menunjukkan kasih kita untuk Tuhan dan kasih
untuk manusia. Sesiapa yang tidak memelihara
perintah-perintah besar pertama dan kedua
akan melepaskan hidup kekal (1Yoh. 3:14-15).
Keabadian
Ada satu lagi perkataan yang digunakan dalam
Alkitab yang kadangkala dikelirukan dengan
hidup kekal. Ini ialah abadi atau keabadian.
Abadi (SGD 862, aphthartos) bermakna tidak
terbinasa atau tidak fana. Ini secara dasarnya
bermakna sesuatu yang tidak boleh mati.
Keabadian (SGD 110, athanasia) demikian
juga bererti tidak takluk kepada maut atau
kekal senantiasa.
Sebagaimana Tuhan satu-satunya yang kekal
(tanpa permulaan atau akhir), Tuhan satusatunya abadi (tidak takluk kepada maut). Dan,
sebagaimana Tuhan telah memberi orang-orang
kudus janji hidup kekal, Dia juga memberi
janji keabadian. Allah Bapa tidak boleh mati
sebab kuasaNya itulah yang menopang alam
Hari Besar Terakhir dan Penyerahan kepada Bapa
semesta. Jika Tuhan mati, alam semesta akan
runtuh.
Sebab Allah Bapa wujud sebelum waktu, dan
Dia satu-satunya abadi (1Tim. 6:16), waktu
bermula dengan penciptaan.
1Timotius 6:16 … satu-satunya yang tidak takluk
kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak
terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan
memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah
hormat dan kuasa yang kekal! Amin. (RSV)
Yosua Mesias ialah makhluk ciptaan pertama
(Wahyu 3:14; Kol. 1:15). Untuk informasi
lebih lanjut lihat Penciptaan Keluarga Tuhan
(No. CB4) dan Pada Mulanya (No. CB5).
Mesias diberikan keabadian melalui iman dan
ketaatannya kepada Bapa. Kita juga harus
mengenakan janji keabadian itu (1Kor. 15:5354) sesudah saja kita dibaptiskan. Kita akan
hanya memelihara keabadian itu melalui
kepercayaan kita dalam Yesus Kristus dan
ketaatan kita kepada Allah Maha Esa dan
hukum-hukumNya.
Kerajaan Eloah, yang ditawarkan kepada anakanak manusia, adalah kekal. Sesudah saja kita
menjadi roh pemerintahan kita bersama Mesias
adalah kekal.
Mazmur 145:11-13 Mereka akan mengumumkan
kemuliaan kerajaan-Mu, dan akan membicarakan
12
keperkasaan-Mu,
untuk
memberitahukan
keperkasaan-Mu kepada anak-anak manusia, dan
kemuliaan semarak kerajaan-Mu. 13 Kerajaan-Mu ialah
kerajaan segala abad, dan pemerintahan-Mu tetap
melalui segala keturunan. TUHAN setia dalam segala
perkataan-Nya dan penuh kasih setia dalam segala
perbuatan-Nya. (RSV)
Mesias adalah gambar Bapa (Efe. 4:13). Kita
harus menjadi keadilan, kudus, kebaikan,
sempurna dan kebenaran seperti Eloah dan
HukumNya. Kita menjadi waris-waris bersama
dengan Mesias dalam Kerajaan Tuhan (Rom.
8:17; Yak. 2:5) dan akan memerintah
bersamanya. Kitab Suci memberitahu tentang
kedatangan kembali Mesias yang akan
membawa mereka yang menantikannya kepada
hidup kekal dalam kebangkitan pertama untuk
membantu mendirikan Kerajaan itu di bumi,
dan memerintah bersamanya di bumi.
Mukasurat 5
Ini ialah peluang menggembirakan yang
menanti umat manusia, dan harapan yang harus
ada dalam kita semua. Itulah sebabnya kenapa
Hari Besar Terakhir membawakan begitu
banyak signifikans. Ini menunjuk kita ke arah
masa depan kita yang mengagumkan sebagai
makhluk-makhluk roh yang diberi hidup kekal
bersama Allah Bapa kita.
Penyerahan kepada Bapa
Setelah semua musuh, termasuk konsep-konsep
dosa dan semua fikiran dan perbuatan negatif
atau menyakitkan, dibinasakan Mesias akan
menyerahkan Kerajaan itu kepada Bapa, Allah
Mahatinggi.
1 Korintus 15:24 Kemudian tiba kesudahannya, yaitu
bilamana Ia menyerahkan Kerajaan kepada Allah
Bapa, sesudah Ia membinasakan segala pemerintahan,
kekuasaan dan kekuatan. (RSV)
Untuk informasi lebih lanjut lihat Peranan
Mesias (No. 227).
Sungguh mengagumkan konsepnya. Alkitab
memberitahu kita bahawa Tuhan yang
Mahakuasa, Bapa kita, akan membawa
Kerajaan Nya ke bumi, dan Dia akan
memerintah sebagai yang tertinggi di sini di
bumi. Menjelang waktu itu, semua manusia
tentu sudah bertaubat dan mengikut jalan hidup
Tuhan. Semuanya tentu sudah diubah kepada
makhluk-makhluk roh dan diberi keabadian
dan hidup kekal. Sungguh mengagumkan janji
yang kita ada untuk dinantikan!
Kota Tuhan
Fasa terakhir aktiviti-aktiviti bumi bermula
dengan Penghakiman Takhta Putih Besar
Wahyu 20. Kebangkitan orang mati
kemudiannya terjadi (Wahyu 20:11-15), seperti
mana kita sudah teliti. Selepas waktu
penghakiman seratus tahun itu, semua manusia
akan diubah menjadi makhluk-makhluk roh
dan mewarisi Kerajaan Tuhan.
Fasa terakhir juga membabitkan penciptaan
langit baru dan bumi baru yang mana hal-hal
dahulu tidak lagi diingati (Yes. 65:17). Ibrani
8:5 menunjukkan bahawa kemah duniawi
hanyalah model atau bayangan kemah syurgawi
rohani, atau Kota Tuhan. Kota Tuhan tidak
akan ada bait jasmani; makhluk-makhluk roh
Mukasurat 6
Hari Besar Terakhir dan Penyerahan kepada Bapa
merupakan tembok-tembok dan strukturnya.
Kota Tuhan ialah bangunan rohani makhlukmakhluk abadi.
Tuhan ialah pembangun Kota itu (Ibr. 11:9,10).
Kota itu dibangunkan atas dasar para rasul dan
nabi, Kristus sebagai batu penjuru (Efe. 2:1922). Kota Suci itu ialah satu bangunan rohani.
Ia diperbuat daripada anak-anak Tuhan. Ia
berada dalam empat divisi-divisi tiga, dua belas
semuanya, yang mewakili dua belas suku
Israel. Semua orang lain daripada setiap bangsa
dibagi-bagikan kepada dua belas kumpulan ini.
Dua belas rasul ialah hakim-hakim yang
mengepalai dua belas suku (Mat. 19:28); dua
belas dasar Kota itu dan dua belas batu Israel
dirujukkan dalam sejarah dan nubuatan (Yosua
4:5). 144,000 dibagikan 12,000 untuk tiap suku
(Wahyu 7:5-8). Lihat juga Wahyu 21:15-16.
Kota Suci itu juga umpama pengantin
perempuan yang dihiasi untuk suaminya. Umat
pilihan sudahpun mengadakan jamuan
perkahwinan mereka dengan Kristus jadi
perkahwinan terakhir ini merujuk kepada
penyatuan terakhir seluruh Angkatan angkasa
di bawah Yesus Kristus (Wahyu 21:3-4). Roh
Kudus ialah tanah liat atau semen yang
mendirikan dan mengikat Kota Tuhan bersama
sebagai satu bangunan (Wahyu 21:5-8).
Umat pilihan daripada sistem Filadelfia
dijadikan sokoguru dalam Bait Tuhan (Wahyu
3:12). Mereka memainkan fungsi penting untuk
Milenium dan dengan itu menjadi pusat kepada
Kota Tuhan.
Pintu gerbang kepada Kota itu didirikan atas
hukum dan kesaksian (Yesaya 8:20). Ini
didirikan harus ini harus itu, mesti begini mesti
begitu, tambah ini, tambah itu (Yesaya 28:10).
Ini membentuk pengetahuan akan rahsia-rahsia
Tuhan (Mat. 13:11-17, 18-23; Wahyu 21:2226).
Tuhan akan datang ke bumi dan memindahkan
pentadbiran alam semesta ke sini. Dunia waktu
itu penuh dengan kemuliaanNya (Yesaya 6:3).
Tuhan dan Anak Domba menjadi terang-terang
sistem ini (Wahyu 21:1-2). Tuhan sendiri akan
bersama dengan manusia. Tiada Bait
diperlukan sebab Tuhan dan Kristus diam
dalam seluruh struktur itu.
Untuk informasi lebih lanjut tentang Kota
Tuhan lihat Kota Tuhan (No. 180) dan
Kerajaan Kekal Tuhan (No. 144).
Rangkuman
Hari Besar Terakhir dipelihara sebagai satu
Sabat (Imamat 23:36; Bilangan 29:35). Ini
berlangsung selepas 1,000 tahun waktu
Pemerintahan Adil selesai (Wahyu 20:5). Satu
lagi cara untuk mengatakannya ialah: selepas
7000 tahun sejak dosa memasuki dunia melalui
Adam dan Hawa. Ia menggambarkan
kebangkitan kedua dan proses yang membawa
kepada penyerahan kepada Bapa.
Langit baru dan bumi baru akan ada, tetapi
tiada lagi laut (Wahyu 21:1). Yerusalem Baru
turun dari syurga dari Tuhan (Wahyu 21:10).
Tiada lagi matahari atau bulan, sebab
kemuliaan Tuhan akan memberi kita terang dan
Anak Domba (Kristus) akan menjadi lampu
kota itu. Bait mempunyai 12 pintu gerbang dan
semua manusia bumi ini masuk ke dalam Bait
melalui satu daripada gerbang-gerbang bagi
tiap 12 suku dan 12 rasul. Tuhan akan menjadi
semua dalam semua (1 Kor. 15:28; Efe. 4:6);
manusia dan Angkatan syurgawi akan
bekerjasama dalam Rencana Tuhan. Alkitab
tidak jelas berkenaan fasa berikut Rencana itu;
bagaimanapun, Tuhan akan menjelaskannya
bila tiba waktunya untuk kita tahu.
Tiap Perayaan mewakili satu bahagian Rencana
Tuhan yang masih berlangsung, jadi kita harus
memelihara kesemuanya. Tuhan memberi
Perayaan-perayaan itu kepada Kristus dan
Kristus memberikannya kepada kita. Kristus
dan para rasul telah memelihara semua Sabat,
Bulan Baru dan Perayaan (Kol. 2:16). Jemaat
telah memelihara hari-hari Sabat, Bulan Baru
dan Perayaan selama lebih dua ribu tahun.
Dalam
Milenium
bangsa-bangsa
akan
memelihara semua Sabat, Bulan Baru dan
Perayaan ini juga (Yesaya 66:23; Zakharia
14:16-19).
Perayaan-perayaan itu adalah waktu untuk
bersukacita. Kita menanti-nantikan waktu
bilamana Kristus kembali dan planet ini akan
Hari Besar Terakhir dan Penyerahan kepada Bapa
Mukasurat 7
dipulihkan kepada Allah Maha Esa. Waktu itu
semua akan memelihara Perayaan-perayaan
dan Hari-hari Raya yang sama seperti yang
diperintah Bapa kita.
Kita ialah Kota Tuhan, dibangunkan atas
dasarnya rasul-rasul dalam Yesus Kristus.
Marilah kita semua bekerja dengan tekun untuk
membawa injil itu kepada dunia sebelum
Saksi-saksi itu tiba.

Download