Perisai Iman [CB129] - Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB129]
Perisai Iman
(Edisi 1.0 20080731-20080731)
Dalam pelajaran ini kita akan perhatikan konsep-konsep apakah perisai itu, bagaimana ia
digunakan, apakah iman, ke manakah iman memimpin dan kenapa ia begitu penting.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  2008 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, ed. Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Perisai Iman
Perisai Iman
Efesus 6:13-18 Sebab itu ambillah seluruh
perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat
mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan
tetap berdiri, sesudah kamu menyelesaikan segala
sesuatu. Jadi berdirilah tegap, berikatpinggangkan
kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu
berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil
damai
sejahtera;
dalam
segala
keadaan
pergunakanlah perisai iman, sebab dengan perisai itu
kamu akan dapat memadamkan semua panah api
dari si jahat, dan terimalah ketopong keselamatan
dan pedang Roh, yaitu firman Allah, dalam segala
doa dan permohonan. Berdoalah setiap waktu di
dalam Roh dan berjaga-jagalah di dalam doamu itu
dengan permohonan yang tak putus-putusnya untuk
segala orang Kudus. (RSV)
Iman ialah satu lagi ciri perlengkapan senjata
Tuhan. Ia digambarkan sebagai perisai iman.
Perisai dipegang oleh tangan kita dan kita
harus memegangnya dan menggerakkan perisai
itu sementara Iblis melemparkan anak-anak
panah berapinya kepada kita. Kita mesti terus
berwaspada terhadap apa yang kita lakukan dan
apa yang sedang berlaku di sekitar kita.
Iman ialah sesuatu yang kita pada akhirnya
dapat daripada Tuhan. Iman timbul daripada
pendengaran dan pendengaran oleh firman
Tuhan.
Roma 10:17 Jadi, iman timbul dari pendengaran,
dan pendengaran oleh firman Allah. (NKJV)
Iman ialah buah Roh Tuhan dan juga karunia
Roh Kudus. Apabila kita mendengar apa kata
Tuhan, dan mengikut jalanNya, kita
memelihara iman kita.
Memang menarik bahawa perlengkapan senjata
yang dipilih untuk iman ialah perisai. Untuk
terus hidup dalam dunia yang sedang
diperintah oleh Iblis, kita mesti menggunakan
iman kita dalam Tuhan sebagai perlindungan
terhadap anak-anak panah berapi Iblis. Apabila
pencobaan menimpa kita, dan keadaan menjadi
sangat sukar, iman kita dalam Tuhan dan
anaknya
Yesus
Kristus
itulah
yang
mengizinkan kita untuk bertahan. Kita beriman
dalam Rencana Tuhan dan hal-hal indah yang
menunggu kita di masa hadapan. Apabila kita
menggunakan iman kita, kita mampu
menghalang dan mengalahkan seranganserangan Iblis terhadap Jemaat atau kita.
Sementara kita belajar tentang perisai iman,
mula-mula mari kita perhatikan makna
perkataan perisai.
Apakah itu perisai?
Perisai ialah sejenis alat yang melindungi
bahagian tubuh yang ditutupinya. Suatu
definisi
separa
daripada
http://www.yourdictionary.com/shield adalah
berikut:
kata nama
1. sekeping logam, kayu, dsb. yang rata,
lazimnya lebar, dibawa dalam tangan
atau dipakai pada lengan bawah untuk
menangkis serangan atau peluru;
2. orang atau benda yang menjaga,
melindungi, atau mempertahan;
3. perisai berlambang bentara
Kita lihat ia boleh jadi sejenis peralatan tentera
yang digunakan individu untuk melindungi
dirinya atau ia mungkin seseorang, atau Tuhan,
atau seorang daripada bani syurgawi setia yang
melindungi atau membela umat pilihan. Apa
sekalipun, ia sesuatu atau seseorang yang
melindungi kita daripada celaka atau bahaya.
Mari kita perhatikan penggunaan perkataan
perisai (shield) dalam Perjanjian Lama dan
Baru.
Dalam Perjanjian Lama, SHD 3591, 4043, dan
6793 diterjemahkan terutamanya sebagai
perisai.
Perkataan-perkataan
ini
juga
kadangkala diterjemah sebagai buckler (perisai
bulat kecil), gorget (sekeping perisai untuk
kerongkong) dan tombak.
Perisai Iman
Mukasurat 3
Dalam Perjanjian Baru, perkataan perisai
muncul sekali saja. Ia SGD 2375 dan
digunakan dalam Efesus 6:17 – bahagian
kelengkapan senjata Tuhan. Perkataan ini
berasal daripada SGD 2374, yang ertinya pintu.
Dalam Yohanes 10:9, Yesus berkata: “Akulah
pintu; barangsiapa masuk melalui Aku, ia akan
selamat”. Sama seperti Yesus Kristus ialah
pintu, perisai iman yang Tuhan berikan kita
adalah seperti pintu kepada keselamatan. Kita
harus memiliki iman ini untuk memperolehi
hidup kekal.
Perisai kecil dan perisai besar
Kadangkala buckler (perisai kecil) juga
disebutkan sebagai perisai. Sebagai kombinasi
dua-senjata, ia boleh melindung dan
menyerang.
SHD 4043 diterjemahkan 9 kali daripada 63
kali sebagai perisai kecil.
The
International
menyatakan:
Bible
Encyclopedia
buk’-ler: Tuhan dipanggil “perisai” (buckler)
(Revised Version (British dan Amerika) “shield”)
bagi mereka yang mempercayai Dia (Mazmur
18:2,30; 2 Samuel 22:31; Amsal 2:7).
Tuhan ialah perisai atau pelindung terakhir
kita. Ayat lain yang bercakap tentang
perlindungan Tuhan ialah: Ulangan 33:29; 2
Samuel 22:36; Mazmur 5:12; 18:2,35; 33:20;
59:11; 84:9,11; 89:18; 91:4; dan Amsal 30:5.
Juga dalam Kejadian 15:1 kita terus melihat
elemen perlindungan Eloah ditekankan.
Kemudian datanglah firman TUHAN kepada Abram
dalam suatu penglihatan: "Janganlah takut, Abram,
Akulah perisaimu; upahmu akan sangat besar."
Kita diberitahu berulang kali bahawa Eloah
akan melindungi dan memelihara kita selagi
kita taat dan menurut Hukum-hukumNya.
Kemudian nanti kita akan melihat konsep iman
yang membawa kepada ganjaran besar
Keselamatan.
Sekarang kita sudah mempunyai pengertian
baik akan perkataan perisai, jadi marilah kita
lihat bagaimana Alkitab menggambarkan
perkataan iman.
Apakah Iman?
Dalam Ibrani 11:1 Alkitab memberitahu kita:
Iman adalah kepastian (dasar) dari segala sesuatu
yang kita harapkan dan keyakinan (bukti) dari segala
sesuatu yang tidak kita lihat. (RSV)
Penggunaan perkataan kepastian ialah satu lagi
cara untuk mengatakan kita mempunyai
keyakinan atau kepercayaan. Dan apa yang kita
semua yakin atau percaya ialah Tuhan, melalui
iman kita dalam anaknya Yesus Kristus, telah
menjanjikan kita hidup kekal. Keyakinan akan
segala sesuatu yang tidak kita lihat bermakna
bahawa iman adalah seperti keterangan atau
bukti benda-benda yang kita tidak dapat lihat.
Kegunaan lain perkataan perisai
Dalam 2 Samuel 22:1 dst. Daud berkata begini
tentang Eloah:
2 Samuel 22:1-3 Daud mengatakan perkataan
nyanyian ini kepada TUHAN pada waktu TUHAN
telah melepaskan dia dari cengkeraman semua
musuhnya dan dari cengkeraman Saul. 2 Ia berkata:
"Ya, TUHAN, bukit batuku, kubu pertahananku dan
penyelamatku, 3 Allahku, gunung batuku, tempat aku
berlindung, perisaiku, tanduk keselamatanku, kota
bentengku, tempat pelarianku, juruselamatku;
Engkau menyelamatkan aku dari kekerasan.
Di sini kita lihat elemen-elemen perisai dan
perlindungan dipertunjukkan oleh Eloah.
Satu analogi baik ialah angin sebab ia sesuatu
yang kita tidak dapat lihat. Benda-benda yang
berlaku bilamana angin bertiup, seperti daundaun bergerak atau rambut kita ditiup, ialah
bukti bahawa angin itu wujud. Iman seperti itu
juga. Walaupun kita tidak nampak Tuhan,
bukti adanya Tuhan ada di mana saja kita lihat.
Penciptaan alam semesta, planet, manusia, doadoa terjawab; semua ini ialah bukti akan
sesuatu yang kita tidak dapat lihat.
Jadi, iman memberi kita keyakinan dalam
pengharapan kita bagi hidup kekal, dan iman
membolehkan kita melihat petunjuk atau bukti
adanya Tuhan walaupun kita tidak dapat
melihat Dia.
Mukasurat 4
Dalam Perjanjian Lama iman dan kesetiaan
datang daripada SHD 530 dan bererti:
kesungguhan, ketaatan, ketabahan, keteguhan.
Terjemahan paling kerap ialah kesetiaan dan
iman; namun, 13 daripada 49 kali ia
diterjemahkan sebagai kebenaran.
Kita lihat Mazmur 89 menggunakan SHD 530
tujuh kali. Daripada Simbolisme Nombor (No.
7) kita dapati 7 menunjukkan kesempurnaan
rohaniah. Ia mencerminkan pekerjaan Roh
Kudus sebagai kuasa Tuhan. Ia juga waktu
kepulangan kepada Tuhan dalam perhentian
dan kembalinya kepada HukumNya, dan itulah
sebabnya kenapa Hukum dibaca pada tahun
Sabat dalam kitar. Dengan itu, kita nampak
kesetiaan
Eloah
digambarkan
dalam
kesempurnaan
rohaniahNya.
Menarik
diperhatikan bahawa Mazmur 89 merupakan
jilid terakhir kitab Lewi dalam Mazmur dan
banyak tumpuannya pada kesetiaan dan tempat
kudus, dan berakhir dengan dua Amin.
Kenapakah Iman penting?
(Kebanyakan
maklumat
berikut
dalam
bahagian ini diringkaskan daripada Iman dan
Perbuatan (No. 86)).
Roma 1:17 memberitahu kita bahawa orang
benar akan hidup oleh iman. Alkitab
mendefinisikan orang benar sebagai mereka
yang benar, tidak bersalah, dan dipersetujui
atau diperkenan Tuhan. Dari satu segi, ayat ini
menunjukkan kita hubungan antara iman dan
menjalani kehidupan kita dengan cara yang
diperkenan Tuhan. Dengan kata lain, iman
terikat dengan pemeliharaan Hukum-hukum
Tuhan. Ini memerlukan tindakan.
Dalam Matius 23:23, Yesus memberitahu kita
bahawa perkara terpenting dalam hukum
Taurat ialah keadilan, belas kasihan dan iman
(kesetiaan). Iman ialah satu tiang Hukum
Tuhan. Perintah Besar pertama, kasihi Tuhan,
meringkaskan perintah Pertama sampai
Keempat. Tiga Perintah pertama boleh
dipelihara dengan iman, namun perbuatan
diperlukan untuk memelihara Perintah
Keempat, Sabat, yang merangkumi semua
elemennya termasuk Bulan Baru dan Hari
Perisai Iman
Raya. Tambahan lagi, Perintah Besar kedua,
kasihi sesama sendiri, hanya boleh ditunjukkan
dengan perbuatan. Iman dan perbuatan saling
berjalin dan harus sentiasa beriringan.
Yakobus 2:17 Demikian juga halnya dengan iman:
Jika iman itu tidak disertai perbuatan, maka iman itu
pada hakekatnya adalah mati. (RSV)
Tuhan memberi kita iman, namun kita harus
mengekalkannya melalui penurutan kita kepada
cara hidupNya – kalau tidak iman kita akan
mati.
Ibrani 11 dikenali sebagai bab iman. Ia
menunjukkan kita dua konsep penting tentang
iman:
1. Iman ialah elemen asas untuk ketaatan
kepada Hukum Tuhan; dan
2. Walaupun dengan iman ini, mereka
tidak menerima janji itu. Justeru iman
saja bukan kepastian keselamatan.
Kita tidak boleh mewarisi Kerajaan Tuhan
dengan iman saja, sebab iman tanpa perbuatan
adalah mati. Demikian juga, kita tidak boleh
mewarisi Kerajaan Tuhan dengan perbuatan
saja.
Efesus 2:8 Sebab karena kasih karunia kamu
diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu,
tetapi pemberian Allah. (RSV)
Dengan kasih karunia Tuhan kita telah
diselamatkan melalui iman kita. Namun, iman
hanya aktif dengan perbuatan. Oleh sebab iman
merekalah umat pilihan berjalan dengan
ketaatan kepada Tuhan dalam Hukum-hukum
Tuhan.
Dengan itu, sambil kita berfikir tentang perisai
iman, kita boleh menganggap ketaatan kepada
Hukum ialah tali pengikat yang kita pegang
sementara kita menggerakkan perisai kita
untuk menghindari anak-anak panah patah
semangat yang Iblis tembakkan ke arah kita.
Roma 3:21-22 menjelaskan kenapa iman begitu
penting kepada setiap umat Kristian.
Roma 3:21-22 Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat
kebenaran Allah telah dinyatakan, seperti yang
disaksikan dalam Kitab Taurat dan Kitab-kitab para
Perisai Iman
nabi, yaitu kebenaran Allah karena iman dalam
Yesus Kristus bagi semua orang yang percaya.
Sebab tidak ada perbedaan.
Iman adalah penting dan betul-betul perlu
untuk hidup kekal. Ia satu daripada tiga elemen
hidup kekal – iaitu pengetahuan akan Allah
Maha Esa dan anakNya Yesus Kristus; iman
dalam Kristus; dan memakan minum tubuh dan
darah Kristus pada Perjamuan Tuhan (Suci)
tahunan. (Lihat kertas Signifikans Roti dan
Anggur (No. 100)).
Tuhan ialah Juruselamat kita semua (1
Timotius 4:10), bagi manusia dan bani
Syurgawi. Dia memanggil (Yohanes 6:44), Dia
memimpin kita kepada pertaubatan dan Dia
memberi kita kepada Kristus (lihat Yohanes
6:44). Yesus Kristus ialah juruselamat peribadi
kita. Dialah yang dipilih Tuhan untuk
menyelamatkan kita. Allah Bapa ialah
juruselamat Yesus Kristus dan, secara lanjutan,
juruselamat kita semua. Itulah sebabnya kenapa
Yesus Kristus ialah instrumen keselamatan.
Korbannya meliputi semua aspek hukum
berkorban, sehingga sekarang ini tiada lagi
keperluan untuk mengorbankan binatang.
Hukum berkorban itu ditangguhkan atau
dihentikan sejak kematian Mesias.
Ingat, dalam kertas Korban dan Persembahan
Eloah sewaktu Milenium (No. CB121), kita
pelajari bahawa beberapa acara korban akan
diadakan kembali di bawah pimpinan Kristus
dalam Waktu Pemerintahan Adil.
1 Petrus 1:3-5 Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita
Yesus Kristus, yang karena rahmat-Nya yang besar
telah melahirkan kita kembali oleh kebangkitan
Yesus Kristus dari antara orang mati, kepada suatu
hidup yang penuh pengharapan, untuk menerima
suatu bagian yang tidak dapat binasa, yang tidak
dapat cemar dan yang tidak dapat layu, yang
tersimpan di sorga bagi kamu. Yaitu kamu, yang
dipelihara dalam kekuatan Allah karena imanmu
sementara kamu menantikan keselamatan yang telah
tersedia untuk dinyatakan pada zaman akhir. (RSV)
Kesudahan iman kita ialah Keselamatan (1
Petrus 9:10).
Lihat kertas Hubungan antara Keselamatan
melalui Rahmat dan Hukum (No. 82) untuk
perincian lanjut.
Mukasurat 5
Dari manakah datangnya Iman?
Ibrani 12:2 memberitahu kita Yesus ialah
pemimpin kita dalam iman dan instrumen
penyempurnaan iman kita. Iman ialah satu
karunia Roh Kudus daripada 1 Tawarikh 12:9.
Siapakah teladan iman?
Mesias mungkin teladan saksi setia yang paling
dikenali.
Wahyu 1:5-6 … dan dari Yesus Kristus, Saksi yang
setia, yang pertama bangkit dari antara orang mati
dan yang berkuasa atas raja-raja bumi ini. Bagi Dia,
yang mengasihi kita dan yang telah melepaskan kita
dari dosa kita oleh darah-Nya-- 6 dan yang telah
membuat kita menjadi suatu kerajaan, menjadi
imam-imam bagi Allah, Bapa-Nya, --bagi Dialah
kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya. Amin.
Malah Kristus harus hidup dengan iman. Dia
diberikan Abraham untuk dibangunkan. Dia
harus mempunyai iman dalam Bapanya bahawa
Abraham tidak akan gagal. Abraham berdusta
bahawa isterinya ialah saudaranya, gagal
mempercayai Tuhan sebagai pelindungnya.
Hanya selepas Abraham akhirnya sanggup
mempercayai Tuhan berhubungan pengorbanan
anak tunggalnya, Ishak, barulah Kristus tahu
Abraham akan berjaya.
Kejadian 22:12 Lalu Ia berfirman: "Jangan bunuh
anak itu dan jangan kauapa-apakan dia, sebab telah
Kuketahui sekarang, bahwa engkau takut akan Allah,
dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan
anakmu yang tunggal kepada-Ku." (RSV)
Kristus tidak mempersoalkan Tuhan; dia terus
bekerja dengan Abraham tidak kira berapa
banyak kali dia gagal ujian itu. Teladan ini
memberi kita semua pengharapan besar dalam
kesabaran dan ketaatan Kristus. Dia tidak akan
kehilangan sesiapa yang Tuhan telah berikan
kepadanya.
Yohanes 18:9 Demikian hendaknya supaya genaplah
firman yang telah dikatakan-Nya: "Dari mereka yang
Engkau serahkan kepada-Ku, tidak seorangpun yang
Kubiarkan binasa.” (RSV)
Terdapat banyak teladan tiang iman seperti
Nuh, Abraham, Sara, Musa, Ishak, Yakub, dsb.
Apakah ganjarannya kerana setia?
Mukasurat 6
Kesudahan atau ganjaran iman kita ialah
keselamatan.
1 Petrus 1:9 karena kamu telah mencapai tujuan
imanmu, yaitu keselamatan jiwamu. (RSV)
Kita faham bahawa sistem Tuhan dinyatakan
dan diikuti melalui iman. Orang-orang
dahulukala dikenali sebab perbuatan-perbuatan
iman mereka; seperti, Habel, Henokh, Nuh,
Abraham, Ishak, Yakub, Sara dan senarainya
berterusan (Ibrani 11:1-40).
Ada yang disiksa kerana tidak berganjak
daripada Iman ini agar mereka dapat bangkit
sekali lagi kepada kehidupan yang lebih baik.
Semua orang ini menunjukkan iman mereka
tetapi tidak menerima apa yang dijanjikan
sebab Tuhan mempunyai sesuatu yang lebih
baik bagi mereka. Mereka akan bangkit dengan
Mesias pada kedatangan kembalinya dan
menerima ganjaran mereka iaitu Kebangkitan
Pertama (Ibrani 11:39-40).
Untuk keterangan lebih lihat Firman Tuhan
(No. 184).
Sebagai penutupan …
Kita telah lihat bahawa iman datang daripada
mendengar firman Tuhan; iman ialah karunia
daripada Tuhan.
Seperti Mazmur 89 nyatakan, sehari dalam
rumah Tuhan lebih baik daripada 1000 hari di
luarnya.
Mazmur 84:9-12 Lihatlah perisai kami, ya Allah,
pandanglah wajah orang yang Kauurapi! Sebab lebih
Perisai Iman
baik satu hari di pelataran-Mu dari pada seribu hari
di tempat lain; lebih baik berdiri di ambang pintu
rumah Allahku dari pada diam di kemah-kemah
orang fasik. Sebab TUHAN Allah adalah matahari
dan perisai; kasih dan kemuliaan Ia berikan; Ia tidak
menahan kebaikan dari orang yang hidup tidak
bercela. Ya TUHAN semesta alam, berbahagialah
manusia yang percaya kepada-Mu!
Marilah kita semua mempunyai iman dan
percaya dalam Eloah bahawa Dia akan
menyudahi RencanaNya. Marilah setiap kita
melakukan
bahagian
kita
untuk
mempertunjukkan
iman
kepada
dunia
sementara kita membawa Injil kepada semua.
Jangan sekali-kali diperkatakan bahawa kita
mempunyai terlalu sedikit iman; seperti yang
digambarkan ayat-ayat Alkitab (lihat Matius
6:30; 8:26; 14:31; 16:8; Lukas 12:28).
Janganlah kiranya Mesias menggambarkan kita
seperti orang-orang dalam Matius 16:8.
Matius 16:8 Dan ketika Yesus mengetahui apa yang
mereka perbincangkan, Ia berkata: "Mengapa kamu
memperbincangkan soal tidak ada roti? Hai orangorang yang kurang percaya! (KJV)
Sebaliknya, biarlah kiranya kita umat pilihan
yang memelihara segala Perintah Tuhan dan
Kesaksian Iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17;
14:12).
Bagaimana kita tahu bahawa seseorang itu
memiliki iman? Dengan perbuatan yang
mereka tunjukkan melalui kasih akan Tuhan
dan sesama sendiri – iaitu dua Perintah Besar.

Download