Hanya untuk anggota gereja sahaja. EPISKOPAL Rumah Perayaan Lukisan artis bangunan baru Rumah Perayaan di Katedral All Saints. Kita telah mula melancarkan projek ini dua tahun lalu sempena ulang tahun ke-50 Diosis kita. Ramai yang telahpun memberi dan terus-menerus memberi kepada projek ini. Kami telah mengemukakan pelan projek untuk kelulusan daripada pihak berkuasa bandar dan kami menjangkakan kelulusan akan diberikan tidak lama lagi supaya pembinaan bangunan boleh dimulakan. Dua tahun yang lalu, Jawatankuasa Tetap Diosis dan PCC Katedral All Saints telah memberikan sokongan agar projek tersebut diteruskan. Setakat ini kita telah mengumpulkan dan memperuntukkan lebih RM14 juta untuk projek ini. Pada akhirnya, projek ini mungkin menelan kos sebanyak RM50 juta iaitu untuk membina dan memperlengkapinya. Walau bagaimanapun kita boleh memulakan bangunan fasa satu sekarang, dan sementara kita membina, kita percaya bahawa Tuhan pasti menyediakan apa yang kita perlukan. Kami memohon kepada setiap orang untuk terus memberikan sokongan. Projek ini akan merangkumi: suatu ruang untuk ibadah dan persidangan dengan tempat duduk sebanyak 2500 kerusi, kemudahan untuk seminar dan latihan, pejabat dan bilik-bilik bagi Institut Pelatihan Anglikan, ruang pejabat, tempat letak kereta bertingkat, kemudahan sukan di ruangan atas bumbung bagi Akademi dan anak-anak muda kita. Sementara kita membina, semoga Tuhan juga menggunakan pembinaan kemudahan fizikal ini untuk menyemarakkan kebangunan rohani di seluruh Diosis kita terutamanya di dalam Katedral All Saints. Mesej daripada Bisyop The Rt Rev Datuk Albert Vun Pemberian untuk projek ini boleh terus diserahkan kepada Diosis. Pemberi yang menggunakan cek kepada “Diocese of Sabah”, sila tulis “House of Celebration” pada bahagian belakang cek. Penanaman Gereja Diosis kita terus menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk menanam gereja-gereja baru dan pembangunan. Bagi 2014, Badan Pembangunan Diosis sedang menumpukan perhatian kepada penanaman gereja-gereja baru di kawasan-kawasan berikut: Kota Belud, Sipitang, Apas, Kg Namukon, Kg Maliau, Mandamai Bai (Pitas), Kota Marudu, Menggatal, Telupid and Upak. Gereja Mandamai Bai, Pitas. Pelan gereja di Kota Belud. Pelan bangunan gereja di Maliau dan Namukon. No Isu 44 April 2014 “Membina gereja-gereja tempatan di seluruh Sabah dan luar sempadan dalam penyembahan yang bersemangat, khutbah yang penuh kuasa dan memperlengkapkan diri untuk misi dan penginjilan yang efektif.” Dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus, semoga kasih kurnia dan damai sejahtera Allah melimpah di dalam kamu. Sementara kita merayakan dan mengingati kematian Yesus di kayu salib untuk kita, dan kebangkitan-Nya dari antara orang mati, biarlah kita juga mengalami kuasa kebangkitan-Nya. Allah mengutus Anak-Nya yang tunggal untuk mati di kayu salib bagi kita. Ketika Dia mati, Dia berkata, “Sudah selesai!” Itu bererti Dia telah membayar harga penuh. Dia telah benar-benar memenuhi tuntutan penghakiman atas segala dosa dan pelanggaran kita. Kitab Yesaya mengatakan: “Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dipikulnya, padahal kita mengira dia kena tulah, dipukul dan ditindas Allah. Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh.” Yes 53:4-5. Dia bukan hanya tertikam dan diremukkan kerana pemberontakan dan kejahatan kita, malah Dia juga menanggung segala penyakit dan kesakitan kita. Ayat-ayat firman Tuhan ini sangat berkaitan dengan saya dan ramai anggota jemaah kita yang men- ANGLIKAN DIOSIS derita kelemahan atau kesakitan. Yesus telah menanggung segala penyakit kita dalam diri-Nya di kayu salib. Dia telah membayar lunas semua pelanggaran kita. Jika Dia telah membayar lunas, maka kita tidak perlu membayar lagi! Kita tidak perlu lagi menanggung hal itu ke atas diri kita. Kita dapat meletakkan semua penyakit dan dosa kita di kaki salib dan membiarkan Yesus menanggung semuanya untuk kita. Dengan iman, kita menerima keuntungan dari pekerjaan-Nya di kayu salib atas tubuh, jiwa dan roh kita. Semuanya kerana Allah Bapa sangat mengasihi kita. Dia bersedia untuk memberikan Anak-Nya bagi mengambil tempat kita di kayu salib. Oleh kerana itu, pada hari Jumaat Agung ini, sementara kita mengingati pekerjaan Yesus di kayu salib - marilah kita membuka hati untuk menerima kekuatan penuh dari salib atas kehidupan kita. Semoga semua penyakit disembuhkan dan semua dosa diampuni. Semuanya telah dibayar dengan lunas di kayu salib. Pada hari yang ketiga setelah kematian Yesus, Allah membangkitkan Dia dari antara orang mati. Oleh sebab kita hidup dalam tubuh yang berdosa, maka kita semua akan tetap mati - meskipun bagi orang percaya, itu adalah seperti “tidur”. Orang percaya tidak akan menderita kesakitan penuh dan takut mati. Alkitab mengatakan, “Maut telah ditelan dalam kemenangan.” 1 Kor 15:54. Ramai orang memiliki perasaan takut akan kematian kerana kematian adalah seperti ‘sengat’, dan “musuh yang terakhir”. Secara manusia, terdapat ketidakpastian ke mana kita akan pergi setelah kita mati. Walau bagaimanapun, semua ini telah dikalahkan ketika Allah membangkitkan Yesus dari antara orang mati. Kematian tidak dapat memisah- SABAH kan kita dari kasih Allah dalam Kristus Yesus - Roma 8:38. Bahkan, ketika Kristus bangkit dari kematian dan naik ke surga, lalu duduk di sebelah kanan Bapa, Dia sekarang “...jauh lebih tinggi dari segala pemerintah dan penguasa dan kekuasaan dan kerajaan dan tiaptiap nama yang dapat disebut, bukan hanya di dunia ini saja, melainkan juga di dunia yang akan datang. Dan segala sesuatu telah diletakkan-Nya di bawah kaki Kristus dan Dia telah diberikanNya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada. Jemaat yang adalah tubuh-Nya, yaitu kepenuhan Dia, yang memenuhi semua dan segala sesuatu” Ef 1:21-23. Oleh kebangkitan Yesus, Allah telah menempatkan Dia di atas segala kekuasaan baik yang kelihatan mahupun yang tidak kelihatan, secara alamiah dan kuasa ghaib. Tidak ada kekuasaan yang tidak berada di bawah kekuasaan Kristus. Dia jauh melebihi segala kekuatan dan kekuasaan; dan ini adalah “untuk gereja”; iaitu demi kebaikan gereja. Yesus bangkit dari kematian untuk kepentingan semua orang yang percaya iaitu gereja. Itulah sebabnya pada hari Paskah ini, sangat penting bagi kita mempertahankan kemenangan Yesus ke atas maut. Kita harus melihat “kepenuhan-Nya” di dalam gereja. Biarlah kuasa kebangkitan Kristus nyata di dalam kamu dan kuasa-Nya membebaskan kamu dari segala ketakutan. Tuhan Yesus jauh melebihi segala kekuatan dan kekuasaan dan kita tidak lagi berada di bawah salah satu daripada pemerintah-pemerintah dan penguasapenguasa yang cuba membelenggu kita. Kita bebas di bawah kekuasaan yang mutlak dan kuasa kebangkitanNya. Oleh itu, di dalam gereja, kita memiliki kemerdekaan dari pada kuasa kegelapan, perhambaan dan sebarang (sambung pada mukasurat 2) NO ISU 44, April 2014 Program Akan Datang perasaan ketakutan. Sesiapa yang percaya pada masa sekarang harus hidup di bawah kemerdekaan itu. Jangan lagi membiarkan si jahat membawa kita kembali kepada ketakutan dan perhambaan. Ulang Tahun Gereja Good Shepherd, Sandakan yang ke-30 30 April Kesaksian Bisyop Khemah Vokesyen BM Pusat Lembah Berkat 12 - 15 Mei ATI Minggu Peperiksaan Belajar Sendiri Penggal 2 (DCM) 19 - 23 Mei Khemah Muda-mudi Diosis (Ing) Kota Kinabalu 2 - 5 Jun Khemah Muda-mudi Diosis (Cina) Tawau 9 - 12 Jun Khemah Muda-mudi Diosis (BM) Telupid 9 - 12 Jun EDITORIAL TEAM Advisor Rev Herbert Tong Kepada semua anggota yang dikasihi, Saya ingin berterima kasih kepada anda semua untuk kesetiaan anda mendoakan saya. Selama 5 bulan rawatan yang terakhir, tumor itu telah banyak dikurangkan. Dalam pemeriksaan terakhir beberapa tanda-tanda itu telah pun hilang. Meskipun tisu-tisu yang mati masih lagi ada, aktiviti tumor telah menurun dengan sangat ketara. Masih ada titik-titik di hati saya yang perlu ditangani. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan tenaga kepada saya untuk melalui waktu yang sukar ini. Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana ramai dari pada anda yang telah mendoakan saya dengan setia. Tanpa doa-doa anda, saya tidak akan mampu melewati saat-saat seperti ini. Beberapa dari pada anda juga telah memberi untuk membantu dalam hal dana peru- Marilah kita masuk ke dalam kemenangan Yesus, kerana segala sesuatu telah diletakkan di bawah kaki-Nya dan di dalam Kristus juga segala sesuatu berada di bawah kaki kita. Haleluya! batan saya. Begitu ramai dari pada anda juga telah menunjukkan kasih yang luar biasa dan sokongan kepada saya dan keluarga saya. Hanya Tuhan yang mengetahui dan dapat menghargai anda semua. Dengan cara yang sangat tidak terduga, Tuhan telah memakai orangorang percaya untuk melayani saya. Saya memohon agar anda terus berdoa untuk penyembuhan yang sepenuhnya dan keajaiban terjadi. Berdoalah supaya cirit birit dan sakit usus disembuhkan. Berdoa untuk rawatan yang efektif ke atas titik-titik yang masih ada pada hati saya. Berdoalah untuk semua tumor supaya pulih sepenuhnya. Berdoa untuk kekuatan supaya saya dapat terus melayani dan memimpin Diosis. Berdoalah untuk Diosis kita agar bertumbuh dan semakin berbuah banyak. Segala pujian dan kemuliaan bagi Tuhan. Latihan Pemimpin Pelayanan Kanak-Kanak 1 (BM) 24 - 27 Mac Pusat Lembah Berkat, Telupid Kem Perubatan di Kampung Monopod 14 - 15 Mac Kampung Monopod terletak di Sugut, kira-kira 40 Kilometer dari Nangoh. Perjalanan darat dengan menggunakan pacuan 4 roda ke Kg Monopod dari Nangoh memakan masa lebih kurang 2 jam. Kg Monopod mempunyai penduduk seramai lebih kurang 200 orang dan tiada sebarang kemudahan kesihatan dibekalkan di kampung tersebut. Terdapat sebuah jemaah anggota Anglikan di Kg Monopod yang menyembah di Gereja St Philip. Kem Perubatan dan Rawatan Gigi ini telah dianjurkan oleh pihak Gereja Holy Nativity, Nangoh, dengan sokongan daripada anggota-anggota gereja dari Beluran, Kota Kinabalu dan Lahad Datu. 14 Mac 2014 – Hari Keberangkatan Anggota Kem Perubatan dari Kota Kinabalu, Beluran dan Lahad Datu berkumpul di Gereja Holy Nativity Nangoh. Salah seorang daripada anggota pasukan ialah seorang Doktor dari Kuala Lumpur yang datang khusus untuk acara ini. Disebabkan kesesakkan lalu lintas, kami hanya dapat berkumpul pada jam 6.00 petang dan berangkat ke Kg Monopod selepas menerima taklimat ringkas. Pasukan perubatan ini diketuai oleh Paderi Penguasa Gereja Holy Nativity, Nangoh, iaitu Rev Sammamadin Uloi. Sejurus kami berangkat, malam pun menjelang tiba dan perjalanan kami nampaknya mencabar kerana keadaan jalan yang berbatu dan berlumpur. Pasukan perubatan telah tiba di Kg Monopod dengan selamat sebelum jam 9.00 malam. Anggota-anggota perubatan telah menginap di rumah Paderi yang besar. 15 Mac 2014 – Hari perkhidmatan Kem Perubatan bermula Persiapan bermula pada jam 8.00 pagi. Pendaftaran dan pengagihan barang-barang dilakukan di dewan, perkhidmatan perubatan diberikan di gereja dan perkhidmatan rawatan gigi dilakukan di rumah Paderi. Beberapa pemuda-pemudi dari Nangoh juga hadir untuk menolong semasa kem perubatan dijalankan. Seramai 130 orang dari penduduk kampung telah datang untuk menerima rawatan. 45 orang telah menerima rawatan gigi dan sebanyak 30 batang gigi telah dicabut. Kehadiran penduduk kampung untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan daripada kami amatlah menggalakkan. Kami juga dapat menjangkau kepada beberapa penduduk kampung yang mengamalkan kepercayaan pagan yang mana mereka biasanya tidak percaya kepada rawatan perubatan. Badan Kebajikan Diosis telah mempersembahkan sebanyak 50 naskah Alkitab kepada Pa- deri Penguasa yang mana ianya akan diagihkan kemudian. Barangan lain yang turut diagihkan kepada penduduk kampung ialah berus gigi, pakaian, serbuk susu dan pen warna. Penghargaan diberikan kepada Rev Sammamadin Uloi, Paderi Penguasa bagi Gereja Holy Nativity Nangoh yang telah menganjurkan kem ini dan penghargaan juga kepada beberapa anggota dari Nangoh yang banyak menyokong semasa persiapan, semasa kem berjalan dan memasak untuk pasukan perubatan. Terima kasih untuk semua anggota dari Kota Kinabalu, Beluran dan Lahad Datu yang membentuk pasukan perubatan ini, para pembantu dan pemandu yang membawa pasukan ke tempat kem perubatan dijalankan. Terima kasih juga kepada individu-individu yang menghantar pasukan dengan doa dan menyediakan bantuan untuk lojistik, penginapan dan mengedarkan barangbarang kepada penduduk kampung. - Dr Peter Thien (Pengerusi Badan Kebajikan & Bencana Diosis) Editors Ms Michelle Lo KOMITI PENYUNTING Datin Mary Vun Penasihat Rev Jemmie Pitah Bisyop Albert Ps Stella Lo Vun Ps Susan Tan Penyunting Ps Lydia Chang Beatrice Goh Datin Mary Vun Rev Jemmie Pitah Ps Stella Lo Address Ps Susan Tan Wisma AnglicanJalan Lee Tet Phui, 88000 Ps Lydia Chang Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia P O Box 10811, 88809 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Alamat ContactSurat-menyurat Wisma Jalan/ Lee Tet Phui, 88000 Kota Tel: +6Anglican 0 88 249296 245846 / 264025 Kinabalu, Malaysia Fax: +6 0Sabah, 88 261422 Email: P O Box [email protected] 10811, 88809 Kota Kinabalu, Sabah, Website: Malaysia www.anglicansabah.org Talian Tel: +6 0 88 249296 / 245846 / 264025 Fax: +6 0 88 261422 Emel: [email protected] Website: www.anglicansabah.org Dicetak oleh Mirajin Sdn. Berhad Lot 49 & 50, Hiong Tiopng Industrial Centre, Lorong Buah Salak 5, 11.2km, Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu, Sabah Latihan Pemimpin Pelayanan KanakKanak telah diadakan pada 24-27 Mac 2014, di Lembah Berkat, Telupid. Seramai 301 orang telah hadir dalam latihan ini. Tema bagi tahun ini ialah “Menjangkau Keluar Secara Efektif”. Semua pengajaran dalam latihan ini difokuskan kepada penginjilan. Bishop Melter telah memberikan ucapan pembukaan yang bertemakan “Pelayanan Berpusat Kepada Kristus”. Cik Khoo Siew Ean telah melatih para pemimpin kanak-kanak kita mengenai cara menginjil kepada kanakkanak secara efektif dengan menggunakan peralatan visual. Pada malam penutupan, Ps Freda mengakhiri latihan ini dengan perkongsian singkat mengenai cara tambahan dalam menjangkau kepada kanak-kanak secara efektif iaitu melalui “5 bahasa kasih”. Persekutuan Penginjilan Kanak-kanak di bawah kepimpinan Cik Khoo Siew Ean telah memberkati setiap wakil gereja yang datang dalam latihan ini dengan satu set peralatan penginjilan kanakkanak yang bernilai lebih kurang RM100 bagi setiap set. Kita berharap agar semua paderi akan menggerakkan pelayanan kanakkanak di gereja masing-masing supaya melakukan penginjilan secara lebih efektif dengan menggunakan peralatan yang telah diberikan kepada mereka. Kita berdoa supaya lebih ramai kanak-kanak akan mengenal Kristus di seluruh Sabah. KEBAJIKAN Perkhidmatan Rawatan Gigi di rumah paderi. Gambar berkumpulan bersama dengan pasukan kem perubatan. Seminar Emotionally Healthy 12 - 14 Ogos 2014 Katedral All Saints Penceramah: Pete Scazerro, Geri Scazerro Emotionally Healthy Marriage Emotionally Healthy Spirituality Emotionally Healthy Woman Train the Trainers : RM120 : RM180 : RM180 : RM50 *dengan penterjemahan serentak ke Bahasa Malaysia 7 KEBAJIKAN Bantuan Mangsa Banjir Beaufort 6 NO ISU 44, April 2014 Kebaktian Perlantikan Canon PERISTIWA 19 Januari Katedral All Saints 20 Februari Puji Tuhan untuk Rev Lin Khee Vun yang telah dilantik sebagai Canon di Katedral All Saints bagi gereja St Patrick; dan Rev Jon Shuler dari New Anglican Missionary Society sebagai salah seorang Canon Misi dalam Diosis kita pada 19 Januari 2014. Rev Thien Vun Fui mengedarkan barangan bantuan. Pada 13 Februari 2014, hujan lebat telah menyebabkan banjir melanda di bahagian Barat Daya Sabah iaitu di daerah Tenom, Beaufort dan Keningau. Menurut laporan berita, banjir yang telah berlaku dikatakan sebagai yang terburuk sejak 1981. Terdapat lebih 4000 pemindahan dilakukan di ketigatiga daerah dan bagi daerah Beaufort, lebih dari 2000 mangsa telah dipindahkan. Gereja St Paul Beaufort telah mengenalpasti sebanyak 33 keluarga yang terjejas akibat banjir ialah anggota gerejanya. Badan Kebajikan & Bantuan Diosis telah bekerjasama dengan Rev Thien Vun Fui dan anggota-anggota gereja St Paul Beaufort untuk melancarkan satu operasi bantuan pada 20 Februari. Operasi tersebut adalah untuk mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada anggota-anggota keluarga dan jiran-jiran mereka. Gereja St. Paul yang terletak di atas bukit tidak terjejas oleh banjir yang melanda pekan Beaufort. Kawasan di sekitar gereja telah dipenuhi air dengan ketinggian lebih dari pada 3 meter tinggi. Operasi bantuan mensasarkan penyediaan bekalan barangan bantuan kepada 100 keluarga termasuklah ke- Persiapan bekalan barangan bantuan. luarga-keluarga anggota gereja yang terjejas kerana banjir, jiran-jiran mereka dan perumahan di sekeliling gereja. Sebanyak RM10,000 telah disumbangkan oleh Badan Kebajikan Diosis kepada gereja St Paul Beaufort dalam operasi yang melibatkan pembelian barangan bantuan. 33 keluarga yang adalah anggota gereja bagi St Paul, telah masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM100. Setiap keluarga telah menerima barangan seperti 10kg beras, 5 jenis makanan dalam tin, sebungkus gula, mi segera, sebungkus biskut dan sebuah baldi. Kebanyakkan barangan tersebut telah dibeli dari pekan Papar. Pemudapemudi dari gereja juga terlibat dalam membantu mengagihkan pakej-pakej bantuan kepada mangsa banjir. Pasukan bantuan yang terdiri daripada 11 anggota, mulai mengagihkan barangan bantuan pada jam 9.00 pagi ke kawasan perumahan di sekitar gereja. Kawasan yang masih dilimpahi air pada hari sebelumnya, nampaknya sudah boleh dilalui pada hari operasi dilancarkan. Rev Thien telah mengetuai pengagihan barangan tersebut dari rumah ke rumah. Semua keluarga telah menyambut kehadiran pasukan bantuan dan menerima dengan baik barangan yang diagihkan. Sementara itu, hubungan ramah mesra dapat dibina dengan hampir semua keluarga yang telah dilawat melalui perbualan ringkas bersama mereka mengenai pengalaman yang dialami. Kebanyakkannya mengaitkan pengalaman yang menakutkan ketika paras air telah mencecah tingkat pertama rumah kediaman mereka. Hal ini merupakan satu peluang yang besar untuk menjangkau kepada komuniti dan untuk bimbingan lanjutan bagi mengongsikan berita baik mengenai Injil. Hari pertama pengagihan barangan bantuan berakhir pada awal petang. Masa selanjutnya pada hari itu telah digunakan untuk meninjau kawasan yang terjejas oleh banjir dan didapati bahawa paras air telah menurun di hampir semua kawasan. Pada harihari berikutnya, pengagihan barangbarang bantuan telah selesai dilakukan kepada 100 rumah. - Dr Peter Thien (Pengerusi Badan Kebajikan & Bencana Diosis) PROGRAM AKAN DATANG Konferensi Prayer Breakthrough 11 - 13 Mei 2014 Katedral All Saints Penceramah: Pastor Julius Suubi, Dr Paul Ang, Dr Christina Ang Yuran Pendaftaran: RM40 (sebelum atau pada 15 April) RM70 (selepas 15 April) Kebaktian Perlantikan Rektor Rev Chin Pit Vun (gambar kanan) telah dilantik sebagai Rektor bagi Christ Church Likas, Kota Kinabalu pada 16 Januari 2014, manakala Rev Philip Lo pula (gambar kiri), telah dilantik sebagai Rektor bagi Faith Christian Centre, Petaling Jaya pada 22 Februari 2014. Kesaksian Ps Dr Judy Berinai Tahniah diucapkan kepada Ps Dr Judy Berinai yang telah diberikan anugerah PhD daripada Universiti Middlesex, London pada 20 Februari 2014. Majlis Konvokesyen di Oxford akan diadakan pada 17 Jun 2014. Setiap impian bermula dengan seorang yang bermimpi namun impian tanpa pimpinan dan penyertaan Tuhan seringkali tidak kesampaian. Impian untuk belajar teologi hingga ke peringkat ijazah kedoktoran sudah tersemat di sanubari saya setelah menamatkan ijazah Sarjana Teologi di Universiti Toronto, Kanada pada 1997. Sungguhpun impian itu tertangguh lama, saya bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya telah diberikan kesempatan oleh Diosis Anglikan Sabah dan Seminari Teologi Sabah untuk meneruskan pengajian di Oxford Centre for Mission Studies, Oxford/Middlesex University, London, England. Sebagaimana Pengkhotbah mengatakan, “Untuk segala sesuatu ada masanya...” (Pengkhotbah 3:1). Tatkala Tuhan membuka pintu, Dia menyediakan segala keperluan termasuklah biasiswa untuk pembiayaan pengajian. Puji Tuhan! Menjalani kehidupan sebagai penuntut memerlukan ihltizam yang sungguhsungguh dan keghairahan untuk menelaah bidang yang dikaji. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana menyediakan dua penyelia tesis, Dr Adrian Chatfield (Universiti Cambridge, England) dan Prof Lorna Bowman (Universiti Brescia, London, Ontario, Kanada) yang prihatin, bertanggungjawab dan berkelibar dalam bidang masing-masing dan seorang tutor, Dr Julie Ma (Oxford Centre for Mission Studies, Oxford, England) yang sentiasa mendorong dan mendoakan sepanjang berada di Oxford selama empat tahun. Hidup bersama-sama dengan penuntutpenuntut di asrama antarabangsa Uni- versiti Oxford bukan sahaja membuat saya berjiwa “muda” tetapi juga telah memberikan kesempatan demi kesempatan untuk menyaksikan Injil dan kasih Allah kepada penuntut-penuntut dari setiap benua. Ternyata ladang pelayanan Tuhan ada di mana-mana. Tambahan Tuhan telah memberikan banyak kesempatan untuk menghadiri persidangan dan perundingan teologi di negara-negara di Eropah dan Latin Amerika. Dengan pertolongan dan kebaikan Tuhan dalam pelbagai cara dan melalui ramai orang, saya berjaya menamatkan pengajian. Kembali ke Sabah untuk meneruskan pelayanan dalam pendidikan teologi menghangatkan hati saya. Beban, keghairahan dan ihltizam saya untuk melatih dan melengkapi pelayan-pelayan Tuhan semakin berkobar-kobar. Saya berdoa dan berharap agar Tuhan terus memimpin, menyertai dan memberkati pelayanan saya. Doakan saya agar terus setia kepada Tuhan dan panggilan-Nya. 3 PERISTIWA / LATIHAN 4 NO ISU 44, April 2014 LATIHAN Institut Pelatihan Anglikan – Pemberkatan Pejabat, Sijil Pelayanan Diosis – Kebaktian Penyampaian Sijil dan Sambutan Pelajar Baru Pengajian Tempatan Penggal 1, 2014 16 Februari Katedral All Saints Doa pemberkatan untuk merasmikan ruang pejabat Institut Pelatihan Anglikan (ATI) yang baru telah disempurnakan oleh Bisyop Albert Vun. Upacara tersebut dimulakan dengan lagu-lagu pujian, pembacaan Alkitab, perkongsian pendek dan akhir sekali acara makan malam bersama anggota Jawatankuasa Tetap, kakitangan Akademi Anglikan All Saints dan para pelajar ATI. Pada 16 Februari yang lalu, ATI telah meraikan Penyampaian Sijil dan Sambutan Pelajar Baru yang kedua. Para anggota keluarga dan para sahabat turut hadir memeriahkan suasana dan mengucapkan tahniah kepada 3 orang lulusan Diploma Pelayanan Diosis (DDM), 9 orang lulusan Sijil Pelayanan Diosis (DCM) dan 8 orang peserta Program Duta. Kira-kira 50 orang pelajar yang memulakan pengajian tempatan Penggal Pertama mereka juga telah menyertai kebaktian tersebut. Pada masa ini, ATI yang mempunyai 18 orang lulusan DCM dan 3 17 Februari - 6 Mac Puncak Doa Kokol Para pelajar dari seluruh diosis berkumpul sekali lagi untuk pengajian tempatan, Sijil Pelayanan Diosis (DCM). Pengajian tempatan pada kali ini telah dijalankan di Puncak Doa Kokol (KPS) untuk pertama kalinya. Selama tiga minggu, para pelajar benar-benar mengalami pengalaman biarawan ─ berjauhan dari kesibukan kehidupan harian, pekerjaan mahupun penggunaan alat elektronik. Selain daripada Modul Pelayanan Praktikal dan subjek Moore Theological College Memberkati pejabat, perpustakaan dan bilik kelas Institut Pelatihan Anglikan. orang lulusan DDM berbangga dengan kandungan kurikulum yang kukuh dan penekanannya terhadap pelayanan praktikal. ATI bertujuan untuk melahirkan para pekerja yang telah dilatih dan dilengkapi yang bersedia untuk melayani sebaik sahaja mereka diutus ke ladang tuaian. Antara sukatan pelajaran yang terdapat dalam ATI, terutamanya pada tahap DDM adalah homiletik, penyembahan, penyembuhan dan pem- bebasan, teologi pastoral, kerohanian Kristian dan seterusnya. Pengetua ATI menyeru kepada semua pelajar yang menamatkan pengajian dan para pelajar yang ada sekarang supaya bersikap proaktif dan mengambil inisiatif untuk mengembangkan semangat pembelajaran sepanjang hayat. Sementara itu, Bisyop Albert Vun mencabar mereka untuk menjalani kehidupan yang beriman. Setiap yang hadir juga turut dicabar untuk memberi persembahan untuk Rumah Perayaan dengan segenap hati. Antara hadirin yang turut hadir dalam kebaktian ini ialah anggota Lembaga ATI, anggota Jawatankuasa Tetap, para pelawat dari luar negara dan para pemimpin tempatan. AKAN DATANG: ATI Pengajian Tempatan Penggal 3 (DCM) Pusat Lembah Berkat, Telupid 21 July - 10 August 2014 yang biasa, para pelajar juga menjalani sesi-sesi seperti berpuasa, berdoa pada waktu malam dan renungan. Membina jiwa dan roh; belajar untuk berdiam dan berdoa secara individu dan bersama. Para pelajar juga mengambil giliran untuk membersihkan ruang komunal, menghidangkan makanan dan mencuci pinggan. Pengetua Institut Pelatihan Anglikan dengan penglibatan para pelajar Diploma Pelayanan Diosis turut menjalankan Kebaktian Ahad di KPS. Canon Lin Khee Vun memimpin para penuntut dalam doa dan renungan. Diploma Pelayanan Diosis – Pengajian Tempatan Penggal 1, 2014 17 Februari - 6 Mac Bilik kelas ATI, Tingkat 4, Wisma Anglikan Enam daripada sembilan orang lulusan Sijil Pelayanan Diosis (DCM) telah mendaftar dalam Diploma Pelayanan Diosis (DDM). Pusingan DDM yang kedua ini dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan dijalankan secara bermodul. Kursus ini bermula dengan Hermeneutik oleh tutor pelawat Rev Nelly Van Kampen dari Seminari Alkitab Malaysia dan Kerohanian Kristian oleh Ps Dr Judy Berinai. Sesi tutorial dan praktikal dikendalikan oleh Rev Canon Lin Khee Vun. Para pelajar DDM juga menyertai bengkel khutbah dan kebaktian Perjamuan Kudus mingguan para paderi dan pastor-pastor di Kota Kinabalu. Pada peringkat DDM, para pelajar didedahkan kepada pendekatan berbagai-bagai aspeknya di mana mereka perlu berfikir secara kritis, membuat pertimbangan, membuat kajian, dan mengaplikasikan latihan dalam kelas kepada dunia sebenar. Pengajian tempatan yang intensif selama 3 minggu telah berjaya kerana para pelajar telah diilhamkan untuk berfikir dari segi teologi dan memiliki kehidupan yang berdoa. Para pelajar kini kembali melayani di paroki masing-masing dengan tugasan-tugasan dan melakukan pembelajaran kendiri. Penggal pengajian tempatan yang seterusnya akan bermula pada bulan Jun. Kanan Atas: Bisyop Albert Vun sedang memberi cabaran kepada para penuntut dan para graduan. Kiri Atas: Canon Lin Khee Vun bersama pasukan penyembahan Bawah: Gambar berkumpulan bersama peserta program Ambassador, DCM dan para graduan. Ps Dr Judy Berinai memimpin sesi pengajaran bersama dengan para penuntut DDM di perpustakaan ATI. 5