1 PENGARUH PEMIKIRAN HUMANISME DALAM PENDIDIKAN PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI Norsaleha Mohd. Salleh, Ahmad Munawar Ismail, Noor Hafizah Mohd. Haridi & Zainora Daud Abstrak Penulisan ini membincangkan tentang pengaruh humanisme dalam pendidikan psikologi dan sosiologi. Humanisme adalah satu agenda Barat yang bertujuan meletakkan manusia sebagai paksi pembuat keputusan. Malah pemikiran humanism ini merupakan satu ancaman kepada agama kerana ia menolak agama dan Tuhan sebagai rujukan kehidupan. Walaupun kefahaman ini berkembang di Barat, ia telah mempengaruhi cara berfikir umat Islam melalui penyebaran berbagai-bagai teori pendidikan psikologi dan sosiologi. Metodologi kajian menggunakan analisis kepustakaan dengan berpandukan sumber daripada perpustakaan dan capaian maya. Hasil kajian menunjukkan wujudnya pengaruh humanisme dalam teori pendidikan psikologi dan sosiologi. Kajian juga mendapati wujudnya pengaruh pemikiran Yahudi terhadap humanisme apabila kebanyakan tokoh yang mempelopori humanisme adalah berbangsa Yahudi. Katakunci : agenda Barat, humanisme, pendidikan psikologi, sosiologi, Yahudi 1.0 PENGENALAN Humanisme adalah satu agenda yang berasal dari Eropah. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance pada abad ke-15 dan 16 Masihi (Abdul Hadi 2009). Humanisme adalah satu agenda yang berpusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Malah Malik Badri (2012) mensifatkan humanisme merupakan agama anutan baru bagi masyarakat Barat. Menurut Harun Yahya dalam bukunya Ancaman Global Freemasonary, humanisme merupakan satu ancaman dan serangan ke atas agama. Ini berikutan fahaman ini yang menolak agama dan Tuhan yang mencipta mereka. Fahaman humanisme ini bukanlah satu fahaman yang baru muncul. Fahaman humanisme ini berasal daripada doktrin Kabbalah yang berasal daripada Mesir Kuno. Fahaman ini telah muncul lebih awal daripada falsafah Yunani yang dibawa oleh Socrates, Plato dan Aristoteles (Abdul Hadi 2009). Humanisme memasuki Eropah melalui sumber Kabbalah. Menurut Harun Yahya (2009) keyakinan masyarakat Kristian berdasarkan kepada kewujudan Tuhan. Manusia pula adalah hamba ciptaan Tuhan yang bergantung kepada-Nya. Bagaimanapun, pengaruh pemikiran Kabbalah mula menguasai masyarakat Barat di mana pada abad ke-15, arus humanisme mula bertapak dalam pemikiran Barat dan Eropah. 2 2.0 HUMANISME AGENDA TOLAK AGAMA Perkataan humanisme mula diperkenalkan secara ilmiah oleh Friedrich Immanuel Niethammer (1766-1848) dalam buku beliau yang bertajuk Der Streit des Philanthropinismus und Humanismus in der Theories des Erziehungs-Unterrrichts unserer Zeit yang ditulis pada tahun 1808. Dalam buku tersebut Friedrich memperkenalkan istilah Humanismus sebagai mata pelajaran bagi sekolah peringkat menengah (Blum, P. R 2003). Ini menunjukkan semenjak abad ke 16 lagi masyarakat eropah sudah pun diperkenalkan dengan hak-hak kemanusiaan yang perlu dipegang dan diperjuangkan. Walaupun humanisme pada awalnya diperkenalkan sebagai satu aliran pemikiran, falsafah dan etika, namun begitu pemikiran ini telah bertukar menjadi satu ajaran agama baru yang dianuti ramai. Perkara ini diakui oleh Fred Adword (2008); Humanism is a philosophical and ethical stance that emphasizes the value and agency of human beings, individually and collectively, and generally prefers critical thinking and evidence (rationalism, empiricism) over established doctrine or faith (fideism). Pemikiran yang membawa satu gerakan berpaksikan nilai kemanusian bertentangan dengan ajaran dalam agama Islam. Ini berikutan fahaman ini secara terang menolak agama dan Tuhan yang mencipta mereka. Pada awalnya pemikiran humanisme ini mahu merosakkan kepercayaan masyarakat Kristian yang masih lagi percaya kepada kewujudan Tuhan. Bagaimanapun pemikiran ini mula menguasai masyarakat serta sarjana Barat dan Eropah sehingga mereka menjadi pejuang humanisme dalam segenap bidang. Perkara ini boleh dilihat daripada pandangan seorang sarjana Barat yang memberi definisi humanisme berdasarkan realiti yang dipegang oleh ramai humanis. Menurut Corliss Lamont (1997); Humanisme meyakini bahawa alam merupakan himpunan keseluruhan daripada realiti. Material-energi dan buah pikiran merupakan bahan pembentuk alam semesta. Entiti supernatural sama sekali tidak ada. Ketidaknyataan supernatural ini pada peringkat manusia menunjukkan manusia tidak memiliki jiwa supernatural dan abadi. Manakala pada peringkat alam semesta secara keseluruhannya, kosmos kita tidak memiliki Tuhan yang supernatural dan abadi. Definisi Corliss Lamont ini menunjukkan pemikiran humanisme meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan. Kebebasan kehendak dijadikan sembahan. Menurut Anis Malik Taha (2005) negara, kerajaan dan ritual agama hanya timbul setelah berlaku pertembungan dalam kehendak-kehendak tersebut. Tetapi dengan kemajuan teknologi, mereka mempromosikan globalisasi dan ianya menuju ke arah mengecilkan kembali kuasa kerajaan dan fungsi agama untuk memberi ruang kembali kepada kehendak manusia. Humanisme meletakkan manusia sebagai paksi keputusan telah mewujudkan isme lain yang seumpamanya. Walaupun istilahnya berbeza tetapi semua isme ini berpaksikan manusia dalam membuat keputusan. Pemikiran materialisme, sekularisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme, liberalisme, demokrasi, pluralisasi dan globalisasi semuanya lahir dari kefahaman humanisme. Nampak berbeza, tetapi sebenarnya mempunyai persamaan di satu noktah. Semuanya lahir dari revolusi 3 hasil tindakan kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal Eropah. Penolakan yang amat ekstrem terhadap agama membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan yang membawa kepada satu bentuk penyembahan kehendak diri atau apa yang diistilahkan oleh sebahagian pengkaji sebagai humanisme (Norsaleha 2015). Kapitalisme amat jelas dalam memberikan ruang kepada kehendak manusia. Persaingan tanpa rahmat membawa kepada jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat. Riba dan monopoli menjadi asas yang tidak boleh ditolak oleh dunia. Komunisme mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada semua manusia. Nampak jauh berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya sama dari sudut penyembahan kepada kehendak manusia; cuma dengan cara yang berbeza, iaitu dengan menyamakan kehendak agar semua kehendak dipenuhi. Penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk dirinya sendiri. Melebihi had itu baru dikira salah. Boleh menagih di mana-mana sahaja kerana itu kehendak mereka yang perlu disembah. Apa yang kerajaan mampu lakukan hanyalah menyediakan tong sampah khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu rakyat yang tidak minat dengan dadah. Arak bukan suatu yang baik untuk manusia. Ia adalah kepala kepada segala kejahatan seperti yang pernah diungkapkan. Tetapi apa yang Barat boleh lakukan untuk mengelakkan rakyatnya dari dicemari dengan najis arak? Kehendak manusia mengatasi segala kebaikan dan maslahah. Seks dianggap sebagai kehendak manusia yang boleh dipenuhi dengan apa-apa juga cara, juga mengikut kehendak manusia. Berdirinya kedai-kedai ‘adult shop’ di celah-celah deretan kedai lain di Barat diterima oleh masyarakat dengan begitu baik. Tidak menjadi kesalahan kerana ianya tidak lebih dari ’serve’ kehendak sebahagian anggota masyarakat (Anis Malik Taha 2005). 3.0 TOKOH HUMANISME DALAM TEORI PENDIDIKAN PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI Kajian yang dilakukan terhadap kemunculan tokoh-tokoh di Barat mendapati pemikiran humanisme telah tersebar di Barat semenjak tahun 1700. Kebanyakan tokoh Barat yang mempromosi humanisme ini berketurunan Yahudi walaupun dilahirkan di negara sebelah Eropah dan Barat. Penyebaran pemikiran ini berlaku melalui penulisan buku-buku yang mempromosikan humanisme sebagai kuasa dalam membuat keputusan. Buku-buku seperti The Dispute between Philanthropinism and Humanism in the Theory of Educational Instruction of Our Time tulisan Niethammer F. I. (1808) dan Utopia tulisan More, T. (1551) adalah contoh buku yang awal membicarakan pemusatan manusia sebagai pembuat keputusan. Kemudian pemikiran ini berkembang secara ilmiah melalui penulisan dan teori yang tersebar dalam pendidikan psikologi, sosiologi, ekonomi dan politik. Pengaruh ini mula dikesan tersebar sekitar tahun 1700 melalui berbagai-bagai pendekatan dan model yang diperkenalkan. Nama-nama seperti Sigmund Freud (1856-19390) Lawrence Kohlberg (1927-1987), Albert Bandura (1925 – sekarang), Carl Rogers (1902-1987), Abraham Maslow (1908-1970) adalah antara nama yang dikenali ramai melalui teori-teori pendidikan psikologi dan sosiologi yang diperkenalkan. 4 Bil Nama 1 John Stuart Mill 2 John Locke Masa 1806-1873 Bangsa Yahudi Teori / Model Teori Utilitarianisme Pemikiran On Liberty 1632-1704 Puritan Teori Kontrak Sosial 1 Sigmund Freud 1856-1939 Konsep Psikoanalisis 2 Lawrence Kohlberg 1927-1987 Yahudi Austria Yahudi New York Bapa Pemikiran Liberal Klasik Pendidikan seksual 3 Albert Bandura 1925 Yahudi Canada 4 Carl Rogers 1902-1987 5 Abraham Maslow 1908 -1970 Yahudi New York Yahudi New York Teori Behavior Teori Pembelajaran Sosial. Psikologi Humanisme 6 Charles Darwin Auguste Comte Yahudi England Perancis Teori Evolusi 7 (18091882) 1798-1857 8 Karl Marx 1818-1883 Yahudi Sosiologist kehendak manusia adalah segalanya Humanisme – memenuhi kebutuhan fizikal manusia Pencetus agama ateis Pengasas religious humanisme dan sekular humanist agama itu candu 9 Max Waber Sosiologist Founder Rasionalist 10 Emile Durkheim Edward Bernays 1864-1920) Yahudi Amerika 1857-1917 Yahudi Sosiologist Sosiologis 9 1891-1995 10 John Hick 1922-2012 11 Mary Wollstonecraft 1759-1797 Teori Perkembangan Pertimbangan Moral Teori Keperluan Manusia Sosiologist Yahudi Austria Pelopor Pluralisme Yahudi London Pelopor feminisme Agama tidak penting, yang penting jaga tingkahlaku Don’t say no to children Bapak hubungan humanis antarabangsa Wanita – Kontingen Obor Kebebasan – kempen rokok utk wanita Three faiths-one God Pejuang kebebasan wanita dari ikatan kekeluargaan 5 12 Betty Friedan 1921-2006 Yahudi Illinois 1st Presiden National Organization for Woman Pejuang LGBT Pelopor Gerakan Androgini / Kesamaratan Gender Kebebasan wanita dari ikatan kekeluargaan Buku The Feminine Mystique menjadi rujukan aktivis feminisme Jadual 1 Senarai Nama Tokoh Dan Teori Psikologi Dan Sosiologi Jadual 1 di atas menunjukkan sejumlah tokoh yang mengeluarkan teori pendidikan psikologi dan sosiologi berasaskan norma humanisme. John Stuart Mill (1806-1873) seorang berketurunan Yahudi memperkenalkan Teori Utilitarianisme yang merupakan suatu kefahaman ethis. Kefahaman ini berpendapat bahawa yang baik adalah yang berguna, berfaedah, dan menguntungkan. Sebaliknya, yang jahat atau buruk adalah yang tidak bermanfaat, tidak berfaedah, dan merugikan. Oleh sebab itu, baik buruknya perilaku dan perbuatan seseorang dinilai dari segi berguna, berfaedah dan menguntungkan atau tidak (Mangunhardjana 1997). John Locke (1632-1704) seorang berbangsa Puritan memperkenalkan Teori Kontrak Sosial yang berpendapat manusia pada dasarnya memiliki kebebasan serta kemerdekaan dan hidup bersama tanpa adanya otoritas politik. Manusia bebas dari segala macam otoritas dan kekuatan prioritas di muka bumi (M. Isnan Affandi 2011). Manakala Sigmund Freud (1856-1939) seorang yang berbangsa Yahudi memperkenalkan Konsep Psikoanalisis yang menekankan tentang perasaan seksualiti dalam kalangan manusia bermula seawal bayi lagi. Terapi ala Freud menekankan kepada prinsip kesenangan dan prinsip realiti tanpa mengambilkira norma-norma ketuhanan. Freud beranggapan bahawa agama terlalu banyak mengadakan larangan-larangan kepada manusia dan dianggap sebagai penghalang tersalurnya tekanan-tekanan psikologis (Septi Gumiandari 2014). Menurut Malik Badri (2012) teori yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud ini membawa kepada pemikiran menghalalkan perzinaan bagi memenuhi kebutuhan seksualiti seseorang. Begitu juga teori yang diperkenalkan oleh Lawrence Kohlberg (1927-1987) berkaitan Teori Perkembangan Pertimbangan Moral menegaskan tentang pentingnya menjaga tingkahlaku moral tanpa perlu menekankan kepada agama (Ahmad Nawawi 2010). Ini menunjukkan Lawrence sendiri lebih mementingkan soal tingkah laku dan moral berbanding soal agama. Begitu juga tokoh seperti Abraham Maslow, Albert Bandura, Carl Rogers dan lain-lain dalam jadual 1 di atas menunjukkan kecenderungan mereka mengeluarkan teori yang meletakkan manusia sebagai paksi keutamaan dan pembuat keputusan. Kebaikan dinilai dari kacamata mata manusia dan pengalaman mereka semata-mata. 4.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada kajian di atas jelas menunjukkan pengaruh humanisme dalam teori pendidikan psikologi dan sosiologi yang banyak digunakan di pusat pengajian tinggi dan dalam 6 sistem pendidikan negara. Kajian ini juga menunjukkan 10 daripada 12 tokoh yang diperkenalkan adalah berketurunan Yahudi. Pengaruh humanisme ini memberi implikasi kepada pendidikan negara apabila teori-teori seumpama ini dijadikan sebagai rujukan utama dalam pembelajaran dan pengajian sama ada di university atau pun di sekolah-sekolah. Malik Badri (1979) berpendapat teori Albert Bandura tentang Teori Pembelajaran Sosial yang melahirkan ungkapan Don’t say no to your children memberi implikasi negatif kepada pembentukan peribadi kanak-kanak. Ungkapan tersebut merosakkan jiwa anak-anak sehingga mereka tidak boleh membezakan antara yang halal dengan haram. Ungkapan itu juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk melakukan apa sahaja. Keadaan ini berbeza dengan sistem pendidikan Islam yang menekankan aspek halal dan haram sebagai sebahagian daripada proses pendidikan (Ulwan 2003). Allah SWT dalam surah Luqman (31: 13, 15, 18) menekankan aspek larangan kepada anak-anak agar mereka tidak mensyirikkan Allah SWT dan tidak berlaku sombong di muka bumi ini dengan menggunakan perkataan ( (الyang bermaksud jangan kamu melakukan demikian. Islam adalah agama yang menekankan aspek suruhan dan larangan dalam proses pendidikan, sesuai dengan situasi dan keadaan seseorang kanak-kanak. Mengabaikan uslub larangan boleh menjejaskan proses pendidikan akhlak seseorang anak-anak. Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara disarankan agar menyemak semula penggunaan teoriteori yang boleh merosakkan akidah dan akhlak generasi hari ini. Begitu juga para pendidik disarankan agar mengambilkira kewujudan Tauhid dalam apa juga teori yang diperkenalkan dalam pendidikan psikologi dan sosiologi. Teori yang digunapakai hendaklah mempunyai paksi Tauhid sesuai dengan tuntutan agama Islam dan selari dengan fitrah pembentukan peribadi seseorang kanak-kanak. 5.0 RUJUKAN Abdul Hadi Mustaqim. 2010. Humanisme dalam pemikiran AbdurRahman Wahid. Tesis Sarjana. Universiti Islam Sunan Kalijaga. Jogjakarta. Ahmad Nawawi. 2010. Pentingnya pendidikan nilai moral bagi generasi penerus. Fakultas Ilmu Pendidikan Universitas Pendidikan Indonesia Bandung. https://www. academia. edu/ 3374284/pentingnya_pendidikan_nilai_moral_bagi_generasi_penerus. Anis Malik Taha. 2005. al-Ta’adudiyah al-diniyah ru’yah Islamiyah. Gombak: UIAM Ariesa Pandanwangi. 2009. Humanisme dan sains dalam strategi kebudayaan . Jurnal Imaji. Vol. 5- No. 2/Agustus 2009. Hal. 1-13. Blum, Paul Richard. 2003. Jacques Maritain against modern pseudo-humanism. Congresso Tomista Internazionale, L’umanesimo Cristiano Nel III Millenio, Roma, 21-25 September 2003. Corliss Lamont. 1997. Philosophy of Humanisme. Half-Moon Foundation, Inc. 7 M. Isnan Affandi. 2011. Perbandingan Teori Kontrak Sosialantara Pemikiran Thomas Hobbes dan John Locke. Makalah Kuliah Pemikiran Politik Barat. Departemen Ilmu Hubungan Internasional Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu politik Universitas Airlangga. Malik Badri. 2012. Seminar Homoseksual dan Gender dalam Perspektif Islam dan Psikologi. Selasa 29/5/2012. Universitas Ibnu Khaldun. Malik Badri. 1979. The dilemma of muslim psychologist. London: MWH London Nicholas P. Wolterstorff. 1999. John Locke In Cambridge Dictionary of Philosophy. Robert Audi, ed. 506-509.London: Cambridge University Press. Norsaleha Mohd. Salleh. 2015. Melawan tentangan feminisme dan liberalisme di Malaysia. Prosiding Seminar Internasional Muslimah dan Peradaban Islam, Hotel Menteng, Jakarta. 8 Jun 2015. Septi Gumiandari. 2014. Dimensi spiritual dalam psikologi modern. 21 - 24 November 2014. Grand Senyiur Hotels & Resorts. Balikpapan.