Tiang-tiang Kebangkitan Umat (1)

advertisement
Tiang-tiang Kebangkitan Umat (1)
Prof. Dr Abdul Hamid Al-Ghazali.
Projek Kebangkitan yang sistematik
Mukadimah Prinsip-Prinsip Kebangkitan Yang Sistematik
Kewajipan yang paling mendesak bagi para pendakwah, para pemerhati yang ingin turut aktif dalam
pembangunan dan pelaksanaan projek kebangkitan dan orang-orang yang berusaha memulai kehidupan
islami yang sebenarnya, mengetahui prinsip-prinsip asas persepsi Ustaz Hasan Al-Banna mengenai
kebangkitan, menganalisis jalan yang ditempuh dalam meletakkan dasar- dasar pemikiran dakwah
kontemporari untuk merancang kebangkitan, mengenali kaedah yang efektif yang digunakan dalam
pergerakan untuk memenuhi syarat-syarat tercapainya suatu kebangkitan, lalu melanjutkan jihad yang telah
dimulainya dengan mengubah projek kebangkitan tersebut dari alam teori atau konsep kepada alam realiti.
Pengenalan terhadap prinsip-prinsip tersebut dapat mengenalkan kita kepada:
1 . Pengenalan terhadap corak berfikir yang sangat diperlukan oleh projek kebangkitan.
2. Pengenalan terhadap sejauh mana kekurangan dalam bidang pemikiran yang menimpa upaya-upaya
tarbiyah yang diharapkan dapat mendukung proses kebangkitan.
3. Mengendalikan gerakan dakwah menuju kebangkitan agar sejalan dengan pelajaran-pelajaran yang diisi
oleh Ustadz Hasan Al-Banna.
4. Mengaitkan pemikiran dengan prinsipnya yang paling mendasar, dan melindunginya dari arus pemikiran
Barat.
5. Memastikan keyakinan pada konsep gerakan kebangkitan dan kesihatan manhajnya dalam beramal.
6. Meningkatkan komitmen pada gerakan kebangkitan, dari sekadar komitmen emosi menjadi komitmen
secara akidah dan syariat.
7.
Membangun pelantar bersama untuk para pemerhati seruan kebangkitan yang akan mendasari
keputusan-keputusan mereka dalam berbagai bidang garap.
Secara global dapat dikatakan bahawa marhalah-marhalah yang dilalui secara sistematik oleh Ustadz Hasan
Al-Banna dalam mencanangkan kebangkitan adalah:
Bagian Pertama, Merenungkan tantangan-tantangan yang dihadapi oleh Umat.
Bagian Kedua, menganalisis sejarah dan realiti.
Bagian Ketiga, menyimpulkan berbagai pengajaran.
Bagian Keempat, cara berinteraksi dengan pengajaran-pengajaran tersebut.
BAHAGIAN PERTAMA : MERENUNGKAN TANTANGAN YANG DIHADAPI UMAT
Ustaz Hasan Al-Banna menyedari tantangan hebat yang tengah dihadapi oleh umat Islam. Kesedaran
tersebut mendorongnya untuk berfikir secara mendalam untuk mencari penyelesaian bagi krisis tersebut dan
mencari ubat mujarab untuk mengubati penyakit yang sedang menimpa umat. Hasan Al-Banna mengatakan,
"Kemudian, di Mesir dan negara-negara Islam lainnya terjadi berbagai peristiwa yang menggoncangkan jiwa,
membangkitkan rasa duka dalam hati, dan mengundang perhatianku pada kewajipan untuk bersungguhsungguh dalam beramal, menempuh jalan pembinaan setelah memberikan peringatan, dan membina tapak
(bangunan jemaah) setelah pengajaran ... Saya sering menyampaikan di hadapan para pembesar akan
kewajipan untuk bangkit, beramal, serta menempuh jalan kesungguhan dan pembinaan. Saat itu saya
menemui orang yang memerhati, orang yang memberikan semangat, dan orang yang tidak berminat. Akan
tetapi saya tidak mendapatkan sambutan dari apa yang saya inginkan, iaitu: penataan potensi di medan
kerja operasional. Saya berharap dapat bersama rakan-rakan dan saudara-saudaraku seiman, yang saya
dipersatukan dengan mereka oleh kesamaan kehendak, ketulusan cinta, dan rasa tanggungjawab terhadap
kewajipan. Pada diri mereka saya dapati persediaan yang baik. Kemudian kami berjanji bahawa masingmasing dari kami beramal untuk mencapai tujuan tersebut, sehingga kebiasaan ('urf) umat secara umum
berubah menuju cara-pandang islami yang benar.
"Tidak ada yang tahu kecuali Allah, berapa malam telah kami lalui untuk mengungkap keadaan umat dan
berbagai fenomena yang melekat pada kehidupan mereka, mendiagnosis berbagai cacat-cela dan penyakitpenyakitnya, kemudian mencari ubat untuk membasmi penyakit tersebut. Kami betul-betul prihatin melihat
keadaan umat, sehingga menitiskan air mata. Kami sangat hairan kepada mereka-mereka itu, ternyata
kebanyakan mereka adalah para cendekiawan dan orang-orang yang semestinya lebih layak daripada kami
untuk mendukung amanat ini. Sehingga sebahagian dari kami mengatakan kepada lainnya, 'Bukankah ini
juga salah satu penyakit umat?' bahkan mungkin penyakit yang paling berbahaya adalah bahawa umat tidak
sedar penyakitnya dan tidak berusaha untuk mengubati dirinya. Karena itulah kita beramal dan berusaha
memperbaiki kerosakan tersebut. Dan untuk hal itu, kita mewakafkan diri kita, lalu mengadu kepada Allah
serta memuji-Nya agar Dia menjadikan kita sebagai para pendakwah yang berjuang untuk menegakkan
agama-Nya. " (Risalah "Mu'tamar Khamis")
Keadaan umat seperti yang digambarkan oleh Ustadz Hasan Al-Bann, mewajibkan kita untuk:
1. Tekun dalam memaparkan keadaan umat Islam dari berbagai aspeknya.
2. Mendiagnosis penyakit-penyakitnya.
3. Mencari penyelesaiannya.
BAHAGIAN KEDUA: MENGANALISIS SEJARAH DAN REALITI
Sejarah manusia merupakan terminal kedua bagi para peneliti tentang kebangkitan, baik di masa sekarang
mahupun di masa silam. Hal inilah yang rnenggerakkan pemikiran Ustaz Hasan Al-Banna dan
membimbingnya untuk meneliti perbendaharaan sejarah manusia, sebab sejarah manusia merupakan
gudang pengalaman manusia, baik yang berjaya mahupun yang gagal. Karena itu, orang yang bergerak
untuk mengadakan perubahan sosial di masyarakatnya dan umatnya harus memahami sejarah
kemanusiaan agar terhindar dari kesalahan-kesalahan yang mematikan (fatal). Sebab sejarah merupakan
guru terpenting dalam ilmu--ilmu kemanusiaan; darinya para pemikir membuat teori-teori dan persepsi
mereka tentang perjalanan manusia serta mengambil pelajaran berharga.
Alasan itulah yang menjadikan Ustadz Hasan Al-Banna sangat mengambil berat untuk mengkaji sejarah
secara mendalam. la telah menyatakan hal itu dalam beberapa risalahnya, dan kami akan membincangkan
hal itu dalam noktah-noktah tersendiri, iaitu noktah kedua. Sedang pada kesempatan ini cukup sekadar
memberi isyarat saja.
Kami kutipkan analisis sejarah yang tajam dari Ustadz Hasan Al-Banna, yang dimuat dalam risalah "Ila
Syaiin Nad'un Nas". la berkata,
"Sesungguhnya kebangkitan semua bangsa di dunia ini selalu bermula dari kelemahan yang menjadikan
pemerhati beranggapan bahawa mencapai apa yang dicita-citakan oleh umat itu adalah mustahil. Akan
tetapi di balik anggapan kemustahilan tersebut, sejarah sesungguhnya telah mengajarkan kepada kita
bahawa kesabaran, keteguhan, kearifan, dan kehati-hatian dalam bertindak telah membawa bangsa-bangsa
lemah itu merangkak dari tidak berdaya menuju puncak kejayaan yang dicita-citakan oleh para perancang
kebangkitan tersebut. Siapakah yang percaya, bahawa padang pasir Jazirah Arab yang gersang dan kering
kontang itu akan menjadi mercu suar kegemilangan dan pengetahuan di mana pengaruh pemikiran dan
politik putera-puteranya dapat menguasai negara-negara besar pada itu? Siapakah yong menyangka
sebelumnya, bahawa lelaki yang berhati lembut semacam Abu Bakar ra. yang diprotes oleh beberapa
sahabatnya karena keputusannya terhadap masalah yang membuat para pendukungnya kebingungan itu,
mampu mengirimkan sebelas pasukan tentera dalam sehari, untuk membanteras para pemberontak,
meluruskan yang bengkok, memberi pelajaran kepada para pembangkang, menghancurkan orang-orang
murtad, dan mengembalikan hak Allah dalam zakat dari orang-orang yang tidak mahu mengeluarkannya? "
(Risalah "Ila Ayi Syaiin Nad'un Naas.")
BAHAGIAN KETIGA: MENYIMPULKAN BERBAGAI PELAJARAN
Pembahasan tentang berbagai pelajaran sejarah dalam pemikiran dan tulisan-tulisan Ustadz Hasan AlBanna adalah suatu tema yang seharusnya dibahas pada kajian khusus yang berdiri sendiri. Akan tetapi,
karena kita terikat dengan sistematik pembahasan dalam tulisan ini, maka cukuplah kami katakan bahawa
Ustadz Hasan Al-Banna membaca sejarah dengan pandangan tajam, sebagaimana seorang qaid (panglima)
yang meneliti dan mengkaji sesuatu untuk mendukung kejayaan projek yang dirancangnya. Pada lembarlembar berikutnya akan kami paparkan beberapa kesimpulan dan ramalan Ustaz Hasan Al-Banna dalam
masalah tersebut, sedangkan dalam pembahasan ini kami kutipkan komentarnya terhadap gerakan menuju
kebangkitan yang diucapkan dalam risalah "Hal Nahnu Qaumun 'Amaliyun" setelah meneliti berbagai
pelajaran sejarah, "Wahai saudaraku! saya yakin bahawa setiap revolusi sepanjang sejarah dan setiap
kebangkitan umat selalu berjalan sesuai dengan undang-undang ini, tidak terkecuali kebangkitan agama
yang dipelopori oleh para nabi dan rasul. Saya beranggapan bahawa para pembaca pernyataan ini akan
terbahagi menjadi dua kumpulan. Pertama, Orang yang mengkaji sejarah perjalanan berbagai bangsa dan
marhalah-marhalah kebangkitannya. Orang ini akan meyakini sepenuhnya pernyataan tersebut. Kedua,
kumpulan yang tidak dianugerahi kesempatan untuk itu. Karena itu, jika mahu hendaklah mengkaji agar ia
mengetahui bahawa saya tidak mengatakan kecuali yang benar, dan jika mahu hendaklah percaya bahawa
saya tidak menginginkan kecuali perbaikan semampu saya. Itulah kebangkitan yang gemilang. Sekarang,
apakah kebangkitan kita berjalan sesuai dengan sunnatullah yang berlaku di alam dan dalam kehidupan
sosial? " (Risalah 'Hal Nahnu Qaumun 'Amaliyun.")
Analisis sejarah, idea kebangkitan, dan undang-undang yang bijaksana: adalah unsur-unsur terpenting yang
diisyaratkan oteh Ustadz Hasan Al-Banna pada tahap ini.
BAHAGIAN KEEMPAT: CARA BERINTERAKSI DENGAN BERBAGAI PELAJARAN
YANG DISIMPULKAN
Syarat pertama dalam berinteraksi secara benar dan manhaj dengan sunnatullah yang berlaku pada
individu, masyarakat, dan umat adalah kefahaman. Yakni kita harus memahami sunah-sunah dan pelajaranpelajaran tersebut dengan pemahaman yang benar dan bersepadu. Juga memahami cara beramal sejalan
dengan undang-undang Ilahi. Atau dengan kata lain memahami "Fiqhus Sunnan." Dari situ kita dapat
menyimpulkan beberapa kaedah sosial dan pelajaran-pelajaran tentang peradaban. Ustadz Hasan Al-Banna
menyatakan hal tersebut dalam risalah "Mu'tamar Khamis",
"Janganlah melawan kaedah-kaedah yang berlaku di alam ini, sebab ia akan mengalahkan kamu. Akan
tetapi, tundukkanlah dia, manfaatkanlah dia, alihkan arusnya, dan gunakanlah sebahagiannya untuk
menaklukkan sebahagian yang lain. Setelah itu tunggulah kemenangan yang tidak lama lagi akan datang
kepadamu. " (Risalah "Mu'tamar Khamis")
Dari situ lah lahirnya idea kebangkitan menurut Ustaz Hasan Al-Banna; bermula dari pengkajian terhadap
keadaan umat, sejarahnya, sejarah umat-umat yang sedang bangkit di sekitar kita, analisis sejarah terhadap
kaedah-kaedah pergerakan, serta pembentukan cara berinteraksi dengan kaedah-kaedah atau pelajaranpelajaran yang disimpulkan. Dengan semua itulah kebangkitan kontemporari terwujud.
Dapat disebutkan secara ringkas bahawa cabaran yang terungkap dalam "Kemunduran" dapat menimbulkan
semangat untuk "Menyambut" idea kebangkitan dan beramal untuk melaksanakannya sebagai satu-satunya
jalan keluar dari keadaan keterbelakangan yang dialami oleh umat.
2. ANALISIS SEJARAH
2.1 Pentingnya Analisis Sejarah
Sejarah kemanusiaan merupakan gudang pengalaman manusia sama ada yang berjaya atau yang gagal. Oleh itu setiap
penggerak pergerakan yang ingin melakukan perubahan sosial dalam masyarakatnya dan umatnya mesti memahami
sejarah perjalanan manusia, agar terhindar dari kesalahan-kesalahan besar. Sejarah merupakan guru terpenting dalam
ilmu-ilmu kemanusiaan; daripadanya para pemikir membuat teori-teori dan persepsi mereka tentang perjalanan manusia
serta mengambil pelajaran berharga.
Hujah inilah yang menjadikan Ustaz Hasan Al-Banna sangat mengambil berat kajian sejarah secara mendalam. la telah
menyatakan hal itu dalam beberapa risalahnya, misalnya beliau berkata,
"Jika anda mengkaji kembali sejarah kebangkitan berbagai bangsa, samaada Barat atau Timur, dahulu atau sekarang,
anda akan menjumpai kenyataan bahawa para pelopor kebangkitan dapat menuai kejayaan karena memiliki manhaj
tertentu yang menjadi acuan dalam kerja mereka. Ulang kajilah sejarah berbagai organisasi dan bangsa, anda akan
mengetahui dengan jelas bahawa apa yang saya katakan ini merupakan kunci kejayaan dalam setiap kebangkitan. Jika
anda layangkan ingatan pada sejarah kelompok-kelompok yang menamakan dirinya Islam dan pada masa-masa yang
telah berlalu, lalu anda membuat perbandingan antara tegaknya Daulah Abbasiyah di Timur dan kebangkitan negaranegara moden di Eropah; mulai dari Perancis, Rusia, serta Turki, samaada pada tahap pertama, iaitu masa penyatuan
kelompok- kelompok kecil dan masa pendirian pemerintahan, atau tahap masa kini, iaitu masa pembentukan dasar-dasar
negara dan penyebaran pandangan, niscaya anda akan melihat bahawa semua itu tunduk pada manhaj yang telah jelas
langkah-langkahnya untuk menuju sebuah hasil yang telah diperhitungkan yang menjadi orientasi kerja umat. " (Risalah
"Hal Nahnu Qaumun 'Amaliyun")
2.2 Analisis Sejarah
Memandangkan pentingnya sejarah, bahagian ini akan membahas beberapa persoalan panting, iaitu:
1. Analisis Terhadap Sejarah Islam.
2. Analisis Terhadap Sejarah Umat-Umat yang Telah atau Sedang Bangkit.
3. Analisis Terhadap Sejarah Gerakan Kebangkitan dan Pembaharuan.
2.2.1 ANALISIS SEJARAH ISLAM
Ustaz Hasan Al-Banna telah menjelaskan perkembangan fikrah Islam dan tujuan-tujuannya dalam risalahnya "Di antara
Hari Ini dan Semalam" (Bainal Amsi Wal Yaum). Risalah tersebut ditulis menjelang Perang Dunia II. Di dalam risalah
tersebut terdapat perincian yang terperinci dan cermat mengenai berbagai perkembangan yang dilalui oleh umat Islam
mulai dari terutusnya Rasulullah saw. hingga runtuhnya kekuasaan politik umat Islam setelah hilangnya Daulah
Utsmaniyah.
Analisis terhadap sejarah Islam dan titik temunya dengan kebangkitan Barat serta sebab-sebab keunggulan projek Barat
ini, bukanlah hal yang cukup dilalui dengan sekilas pandang oleh tarbiah Islam yang ada di negara-negara Islam, sebab
orang yang meneliti keadaan ketika risalah tersebut ditulis akan mengetahui bahawa wasiat Ustaz Hasan Al-Banna yang
menggambarkan peristiwa sejarah tersebut merupakan "Seruan kebangkitan" yang ditujukan kepada para pendakwah
secara syumul. Ustaz Hasan Al-Banna melakukan hal itu mengingat pentingnya persepsi yang benar tentang peranan
yang akan dipikul oleh dakwah dan beberapa ancaman bahaya yang mungkin dapat memalingkan dakwah dari
orientasinya, jika tidak memiliki pandangan yang menyeluruh dan syumul ketika menjejak jalan menuju kepada matlamat.
Analisis yang cermat terhadap risalah "Di antara Hari Ini dan Semalam" (Bainal Amsi Wal Yaum) akan menghantar kita
kepada pemahaman yang syumul mengenai prinsip-prinsip dasar kerja besar yang dilontarkan oleh Ustadz Hasan AlBanna untuk membawa kebangkitan kembali umat, dan menghantar kita kepada pemahaman mendalam terhadap
dimensi sejarah yang dapat membentuk fikrah dan pergerakan. Kita dapat menyimpulkan beberapa perkara penting dari
risalah tersebut, antara lain sebagai berikut:
I . Pemaparan yang jelas tentang sejarah umat dan perkembangannya.
2. Cara yang dipergunakan dakwah dalam berinteraksi, bersaing dan berperang dengan projek-projek yang berlawanan
dengannya.
3. Mengutarakan pengajaran-pengajaran penting yang dapat membawa kepada terlaksananya projek Islam.
4. Memaparkan asas-asas negara Islam serta undang-undangnya dalam bidang sosial dan ekonomi.
5. Meletakkan gerakan pada peranan dan tugasnya melalui untaian sejarah.
6. Mengenal titik kekuatan, kelemahan, cabaran, peluang, kejayaan dan kegagalan.
Dakwah atau fikrah Islam telah metalui tujuh marhalah seperti yang telah kami isyaratkan dan seperti yang telah dijelaskan
oteh Ustadz Hasan Al-Banna, iaitu:
Marhalah Pertama: Pengistiharan lahirnya dakwah yang menyeluruh.
Marhalah Kedua: Berdirinya negara Islam yang pertama.
Marhalah Ketiga: Bermula terburainya kewujudan negara Islam.
Marhalah Keempat: Pertarungan politik.
Marhalah Kelima: Pertarungan sosial.
Marhalah Keenam: Kemenangan projek Barat dan penjajahan terhadap peradaban Islam.
Marhalah Ketujuh: Kesedaran dan kebangkitan Islam.
2.2.1.1 Marhalah Pertama: Pengistiharan Kelahiran Dakwah Yang Menyeluruh.
Sejak seribu tiga ratus tujuh puluh enam tahun yang lalu Muhammad bin Abdullah, seorang nabi yang ummi telah berseru
di Mekah, di atas bukit Shafa,
"Hai sekalian manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian. Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan
bumi. Tidak ada Tuhan selain Dia, Yang menghidupkan dan Yang mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan
Rasul-Nya, seorang nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimat-katimat-Nya (kitab-kitab-Nya), ikutilah dia,
supaya kamu mendapat petunjuk. " (Al-Mraf: 158)
Dakwah yang syumul itu merupakan garis pembatas di alam semesta ini, pemisah antara hari semalam yang gelap gulita
dan masa depan yang terang benderang, serta masa kini yang indah sejahtera. Dia juga merupakan pengistiharan
lahimya sebuah sistem baru yang disyariatkan oleh Allah swt. Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat, disampaikan
oleh Muhammad saw, sang pemberi kabar gembira dan ancaman, kitabnya adalah Al-Qur'an yang jelas dan terang, dan
para jundinya adalah generasi pertama dari kalangan sahabat Muhajirin dan Anshar serta orang-orang yang mengikuti
mereka dengan baik. Sistem tersebut bukan produk manusia, melainkan shibghah (celupan) Allah. Dan adakah shibghah
yang lebih baik dari pada shibghah-Nya?
"Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Alkitab (Al-Qur'an) itu, dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi
Kami menjadikan Al- Qur'an itu sebagai cahaya, yang Kami beri petunjuk dengan dia siapa saja yang Kami kehendaki di
antara-hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar menunjukkan kepada jalan yang lurus, (iaitu) jalan Allah yang
kepunyaan-Nya segala apa yang di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, kepada Allahlah kembalinya semua urusan.
" (Asy-Syura: 52- 53)"
Marhalah ini dapat disimpulkan dalam beberapa noktah berikut:
I . Pengistiharan lahimya dakwah yang integral untuk menetapkan garis pemisah di alam semesta ini.
2. Pengistiharan sistem baru yang universal dan memiliki rujukan serta orientasi yang jelas.
3. Penjelasan tentang dasar-dasar pemikiran dan kaedah-kaedah ilmiah bagi pengislahan serta perubahan sosial yang
menyeluruh.
2.2.1.2 Marhalah Kedua: Berdirinya Negara Islam yang Pertama (Daulah)
Di atas tapak sistem sosial qur'ani yang utama inilah tegak daulah Islam pertama yang mengimani sistem tersebut
dengan keimanan yang mendalam, menerapkannya secara cermat, dan menyebarkannya di seluruh alam. Persatuan
dengan segala maknanya dan fenomenanya telah melingkupi umat yang baru tumbuh tersebut. Oleh itu, kesatuan sosial
berlaku menyeluruh sejalan dengan tersebarnya sistem Al-Qur'an dan bahasa Al-Qur'an (bahasa Arab), dan kesatuan
politik yang menyeluruh berada di bawah naungan Amirul Mukminin serta di bawah bendera kekhalifahan yang dikibarkan
di pusat pemerintahan. Kesatuan tersebut tidak dapat dihalangi, meskipun fikrah Islam adalah fikrah yang tidak mengenal
sentralisasi pada ketenteraan, baitulmal dan pemerintahan, sebab semua orang beramal dengan landasan akidah yang
satu dan arahan umum yang terpadu.
Prinsip-prinsip qur'ani tersebut telah mengetepikan berhala dan kepercayaan karut. Ia juga mengetepikan sistem Yahudi
yang licik dan memerangi sistem Nasrani sehingga kekuasaan rohani dan politik terpusat pada negara Islam yang ada di
dua benua besar (Asia-Afrika) dan berusaha untuk membebaskan benua yang ketiga (Eropa) dengan menyerang
Konstatinopel dari arah timur serta mengepungnya sehingga tertakluk. Dalam masa yang sama dari arah barat ia
menyerang Andalusia (Spanyol), hingga pasukan Islam yang perkasa mencapai jantung kekuasaan Perancis, utara dan
selatan Itali. Kemudian ia mendirikan negara yang kukuh dan menjadi mercu suar ilmu pengetahuan di sebelah barat
Eropa.
Umat Islam telah melakukan hubungan dengan umat-umat lain dan mengambil banyak peradaban dari mereka. Akan
tetapi kekuatan imannya dan kepaduan sistemnya membuatnya dapat mengalahkan peradaban-peradaban tersebut,
sehingga dapat menyelaraskannya dengan budaya dan agamanya, bahkan mampu mencorakkan dan menyuguhkan
kembali peradaban tersebut dengan bahasa dan agamanya dalam bentuk yang indah, dinamis dan mengagumkan. Umat
Islam tidak merasa enggan mengambil hal-hal yang bermanfaat dari peradaban-peradaban lain, selama hal itu tidak
mempengaruhi kesatuan sosial atau politiknya." (Risalah Di antara hari ini dan semalam (Bainal Amsi Wal Yaum))
Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa marhalah ini bertumpu pada unsur-unsur berikut:
I . Menegakkan daulah Islam di atas landasan sistem sosial yang qur'ani.
2. Mewujudkan kesatuan sosial yang menyeluruh di bawah naungan sistem Islam.
3. Mewujudkan kesatuan politik yang menyeluruh di bawah bendera khilafah Islam.
4. Mengenepikan kekuatan-kekuatan lain, misalnya berhala, Yahudi, Nasrani yang memusuhi Islam.
5. Bergerak untuk pembebasan islami di timur, barat, utara, dan selatan.
6. Menguasai bidang-bidang yang penting serta mengukuhkan penguasaan terhadap daratan serta laut.
7. Melakukan interaksi peradaban dengan umat-umat lain serta mengambil hal-hal yang bermanfaat dari peradaban
mereka.
2.2.1.3 Marhalah Ketiga: Mulai Terburainya Kewujudan Negara Islam (Kemunduran)
Walaupun telah memiliki kekuatan dan kekuasaan yang luas, namun faktor- faktor kemunduran rupanya telah menyusup
ke dalam tubuh umat qur'ani ini. Faktor-faktor tersebut terus bertambah, menyebar dan bertambah kuat, sehingga
memporak-porandakan kewujudan umat dan menghancurkan pusat pemerintahan negara Islam melalui tangan orangorang Tartar pada abad keenam Hijriah, dan berulang lagi pada abad keempat belas Hijrah. Dua kali penghancuran
tersebut menyebabkan umat Islam menjadi umat yang bercerai-berai dan menjadi negara-negara kecil yang sukar untuk
bersatu dan bangkit.
Faktor-faktor penghancur yang terpenting adalah:
1 . Perselisihan politik, fanatik, berebut kekuasaan dan pengaruh.
"Dan janganlah kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan mu
(Al-Anfal: 46)
2. Pertentangan agama serta.mazhab dan kesalahan dalarn memahami agama.
"Tidaklah suatu kaum tersesat setelah datangnya petunjuk, kecuali jika mereka suka berdebat" (Al Hadits)
3. Tenggelam dalam berbagai kemewahan.
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di
negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu ... "-(Al-Isra': 16)
4. Memberikan kepercayaan dan kekuasaan kepada orang-orang yang tidak berhak memegangnya.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang bukan dari
kalanganmu ... "(Ali Imran: 11 8)
5. Mengabaikan sains dan teknologi.
"Katakanlah, "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. (Yunus:101)
6. Banyak penguasa yang tertipu oleh kekuatannya dan tidak memperhatikan perkembangan yang dicapai oleh bangsa
lain.
"Sesungguhnya Kami masukkan ke dalam neraka Jahanam banyak dari golongan jin dan manusia ... "(Al-Nraf: 179)
7. Tergoda oleh tipu daya para pengampu dari kalangan musuh dan kagum dengan aktiviti mereka.
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi al-kitab, niscaya mereka
akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir setelah kamu beriman. " (Ali Imran: 100)
8. Lemahnya pegangan akidah yang membawa mereka kepada keruntuhan akhlak yang membinasakan.
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang kafir itu niscaya mereka mengembalikan kamu ke
belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. " (Ali Imran: 149)
(Risalah Di antara hari ini dan semalam (Bainal Amsi Wal Yaum))
Sebenarnya setiap faktor di atas memerlukan pembahasan yang terperinci, akan tetapi dalam pembahasan ini kami hanya
memberikan isyarat tentang bahaya yang ditimbulkan oleh faktor-faktor tersebut, berupa kemunduran dan kelemahan
yang hingga sekarang masih menyerang masyarakat awam dan golongan tertentu.
2.2.1.4 Marhalah Keempat: Pertarungan dan Pertentangan Politik.
Pertarungan dan pertentangan ini muncul dalam beberapa gelombang yang berturut-turut selama beberapa kurun, seperti
berikut:
Gelombang Pertama, upaya-upaya untuk menghancurkan Umat Islam:
1. Masuknya pasukan Tartar dan berusaha meruntuhkan Khilafah Abbasiyah di Baghdad pada tahun 656 H.
2. Meluasnya serangan-serangan Salib, hingga dapat mendirikan negara Salib di Baitul Maqdis.
Gelombang Kedua, kemenangan demi kemenangan yang diperoleh kaum muslimin.
1. Kembalinya Baitul Maqdis ke tangan kaum Muslimin dalam perang Hithin.
2. Terusirnya pasukan Tartar dari Mesir dalam perang 'Ainu Jalut.
3. Tertegaknya kembali khilafah Islam yang dipelopori oleh keluarga 'Utsman (Negara Turki Utsmani).
4. Terbebasnya Konstantinopel dan perluasan kekuasaan hingga mencapai jantung Eropa.
Gelombang Ketiga, masa-masa awal kebangkitan di Eropah
1. Eropah mula menyusun kekuatan dan persatuan di bawah bendera Inggeris di negara Galia.
2. Berdirinya negara Sepanyol di atas reruntuhan Andalusia.
3. Perhatian Eropah pada aspek pemikiran, penyelidikan ilmiah, dan kajian geografi hingga menemui Amerika dan jalan
menuju India.
4. Revolusi di Eropah yang membentuk nasionalisme dan tertegaknya negara baru yang kuat.
5. Terbentuknya kesepakatan antara negara-negara Eropah yang baru bangkit untuk memporak-porandakan khilafah
Islam.
Gelombang Keempat, Eropah menyerang kembali negara-negara Islam.
1. Membuat beberapa prancangan untuk memecah belah negara Islam.
2. Memecahkan peninggalan "The Sick Man" (Kekhalifahan Turki yang sedang sakit) dan mengkotak-kotik persoalan
Timur (Islam).
3. Terlepasnya beberapa wilayah dari tubuh kekhalifahan Islam dan masuk dalam kekuasaan Eropah.
4. Kekalahan Turki dan sekutunya dalam Perang Dunia Pertarm (1914-1918 M).
5. Pembahagian warisan Daulah Utsmaniyah atas nama pendudukan, pemakmuran, pemberian mandat, dan
kemaslahatan.
6. Kemenangan Eropah dalam pertarungan politik tersebut dan tecabik-cabiknya khilafah Islam serta tersisih dari kancah
politik dunia.
Gelombang Kelima, kembalinya kekuatan dan meletusnya berbagai revolusi kemerdekaan.
1. Sebahagian negara Islam mendapatkan sebahagian haknya dan memperoleh kemerdekaan.
2. Munculnya kefahaman nasionalisme sempit di negara atau wilayah Islam dengan menganggap dirinya sebagai
sebuah umat yang berdiri sendiri.
3. Kebanyakan aktivis yang mengerakkan kebangkitan sengaja melupakan idea kesatuan.
Gelombang Keenam, Perang Dunia II dan perjanjian yang tidak adil.
1. Meletusnya Perang Dunia Kedua dan pengaruhnya yang mernporak-porandakan.
2. Munculnya benih-benih kedengkian dan dendam pada sebagian negara Eropa terhadap sebahagian yang lain.
3. Munculnya pemikiran-pemikiran baru dan penganut prinsip-prinsip yang fanatik, sehingga menimbulkan perselisihan
dan peperangan sengit.
4. Umat Islam mendapatkan peluang lagi untuk menyatukan barisan serta mengembalikan kedaulatan dan kesatuannya.
Apabila seperti itu perjalanan sejarah yang dipahanii oleh Ugtadz Hasan Al-Banna, maka seharusnya kita rnelanjutkan
perjalanan tersebut hingga mengetahui perkembangan situasi semenjak Perang Dunia Kedua sampai sekarang.
Sebetuinya masalah ini memerlukan pembahasan.terse'ndiri, tetapi cukuplah ldranya kita mengikuti metode yang
dikemukakan oleh Ustadz Hasan Al-Banna untuk kita.
2.2.1.5 Marhalah Kelima: Pertarungan Sosial
Pertarungan tersebut muncul dalam beberapa gelombang yang beruntun sepanjang beberapa abad, iaitu:
Gelombang Pertama, timbulnya peradaban baru
“Bangsa Barat telah berhubungan dengan Islam dan umatnya; di Timur melalui Perang Salib dan di Barat melalui
hampirnya serta interaksi dengan bangsa Arab di Andalusia (Spanyol). Manfaat hubungan ini tidak sekadar perasaan yang
kuat atau persatuan dan kesatuan politik saja, tetapi juga membuahkan kesadaran intelektual dan terbukanya berbagai
ilmu pengetahuan yang tidak sedikit”. (Risalah Bainal Amsi Wal Yaum)
Fenomena yang paling tampak pada gelombang ini seperti yang ditegaskan oleh Ustadz Al-Banna- adalah:
I. Terjadinya kebangkitan yang meluas di bidang sastra dan keilmuan (intelektual) di Eropah.
2. Terjadinya pertempuran sengit antara arus kebangkitan ini dengan pihak Gereia, yang berakhir dengan kemenangan
pihak pertama.
3. Terjadinya revolusi industri (era industrialisasi) sebagai salah satu kesan dari kebangkitan intelektual moden.
4. Meluasnya kekuasaan negara Eropah hingga ke beberapa negara dan wilayah.
5. Tertegaknya kehidupan dan peradaban Eropah di atas prinsip pemisahan agama dari urusan negara, mahkamah dan
sekolah.
6. Berkuasanya faham materialisme dan ia dijadikan sebagai piawai bagi segala sesuatu, serta merebaknya nilai-nilai
baru, seperti ateisme, permisifisme, egoisme, dan sistem riba.
Gelombang Kedua, penyerangan terhadap negara-negara Islam dan penjelmaan kehidupan kebendaan.
"Bangsa-bangsa Eropah telah bekerja sungguh-sungguh dalam upaya menggemakan gelombang kehidupan kebendaan
berserta segenap aspek-aspeknya yang merosak dan virus-virusnya yang mematikan segenap negara Islam yang berada
dalam genggaman mereka. Lalu menjerumuskannya dalam kesialan di bawah bayang-bayang kekuasaan mereka serta
menghalanginya dari unsur-unsur kebaikan dan kekuatan, berupa ilmu pengetahuan, industri-industri dan kaedah-kaedah
yang bermanfaat. Mereka telah menetapkan strategi perang sosial ini dengan sangat rapi, dibantu oleh para pakar politik
dan kekuatan militer mereka, sehingga tercapailah apa yang mereka kehendaki. " (Risalah Bainal Amsi Wal Yaum).
Fenomena yang paling nampak pada gelombang ini - seperti yang ditegaskan oleh Ustadz Al-Banna- adalah:
1. Merayu para penguasa muslim untuk berhutang kepada mereka dan melakukan hubungan bilateral dengan mereka.
2. Mereka mendapatkan hak campur tangan ekonomi dan membanjiri negara-negara Islam dengan modal-modal, bankbank dan perusahaan-perusahaan mereka, serta mengendalikan roda perekonomian sesuka hati mereka.
3. Mereka mengubah asas perundangan, mahkamah dan pendidikan serta mewarnai sistem politik dan perundangundangan dengan corak mereka.
4. Memasukkan wanita-wanita (seronok), minuman-minuman keras, filem, tempat-tempat menari, disko dan sastra serta
gambar-gambar porno.
5. Memperbolehkan berbagai tindakan jenayah dan menggambarkan indah kehidupan dunia yang hiruk pikuk dan penuh
dosa.
6. Mendirikan sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian dan kebudayaan Barat di negara-negara rnuslirn sebagai
infrastruktur untuk menabur keraguan dan pembaratan (westemisasi).
7. Membentuk generasi Islam agar meremehkan agama dan tanah air mereka, serta mengagungkan apa saja yang
datang dari Barat.
8. Memberikan latihan dan sambung belajar di luar negara untuk menyempurnakan penjajahan kebudayaan dan sosial
yang terencana.
Gelombang Ketiga: upaya-upaya untuk menipu kaum intelek muslim
Gelombang kedua itu tersebar bagaikan kilat hingga menyentuh jiwa-jiwa dari berbagai tingkatan dan berbagai keadaan
yang belum tersentuh sebelumnya. Musuh-musuh Islam telah berhasil menipu kaum intelek muslim dan meletakkan tabir
penghalang yang tebal di mata orang-orang yang mempunyai ghairah terhadap Islam dengan cara menggambarkan Islam
secara sempit; iaitu hanya berhubung dengan masalah-masalah akidah, ibadah dan akhlak serta ditambah dengan
beberapa unsur-unsur mistik, khurafat dan formaliti-formaliti keagamaan yang tidak bermakna. Tipu daya tersebut
didukung oleh kebodohan kaum muslimin terhadap hakikat agamanya, sehingga sebahagian besar daripada mereka
menerima dengan sepenuh hati dengan persepsi tersebut. Persepsi tersebut melekat begitu lama pada mereka sehingga
sangat sukar bagi kita untuk memahamkan salah seorang dari mereka bahwa Islam adalah sebuah sistem sosial
sempurna yang mencakup seluruh aspek kehidupan. " (Risalah Bainal Amsi Wal Yaum).
2.2.1.6 Marhalah Keenam: Kemenangan Perancangan Barat dan Penguasaannya terhadap
Peradaban Islam
"Dengan demikian kita boleh mengatakan bahawa peradaban Barat dengan prinsip-prinsip kebendaannya telah berjaya
memenangi pergolakan sosial melawan peradaban Islam dengan rangkaian landasannya yang kukuh, menyeluruh, serta
menyentuh aspek rohani dan material secara bersamaan. Lebih menyedihkan lagi, kemenangan peradaban Barat ini
justru terjadi di bumi Islam dan dalam pertempuran sengit yang medannya adalah jiwa, roh, akidah dan akal fikiran kaum
muslimin, sebagaimana peradaban Barat itu telah menang dalam bidang politik dan militer. Memang tidak perlu hairan
dalam hal ini, karena fenomena-fenomena kehidupan itu utuh tidak terpotong-potong. 'Kekuatan' adalah kekuatan di dalam
fenomena kehidupan itu semuanya, dan 'Kelemahan' juga demikian halnya.
“Dan masa (kemenangan atau kehancuran) itu Kami gilirkan antara manusia (agar mereka mengambil pelajaran)”. (Ali
lmran: 140)
Walaupun demikian, pada hakikatnya prinsip-prinsip dan ajaran Islam itu tetap kuat kewujudannya, kaya dengan sumbersumber kehidupan, tumbuh subur, menarik, dan sangat mengagumkan keindahannya la akan senantiasa demikian karena
ia adalah prinsip yang hak yang kehidupan tidak akan tertegak dengan sempurna tanpa dia, dan karena dia berasal dari
Allah serta selalu dalam pemeliharaan-Nya.
“Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran, dan Kami pula yang akan menjaganya”.(Al-Hijr: 9)
“Dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.” (AtTaubah: 32) (Ris" Bainal Amsi Wal Yaurn)
Dalam risalah tersebut, Ustadz Hasan Al-Banna menegaskan bahawa dalam marhalah itu peradaban Barat telah berhasil
menaklukkan jiwa kaum muslimin, sebagaimana mereka telah melakukan penaklukkan dalam medan politik dan
ketenteraan. Dalam waktu yang bersamaan ia juga menegaskan bahawa prinsip-prinsip dan ajaran Islam tetap kukuh dan
mampu membawa kehidupan manusia pada kesempurnaan dan keutamaan.
2.2.1.7 Marhalah Ketujuh: Masa Kebangkitan Islam
"Sebagaimana halnya penaklukan politik berpengaruh dalam menumbuhkan semangat nasionalisme, begitu pula
ketidakadilan sosial juga akan merangsang bangkitnya fikrah Islamiah, sehingga bergemalah suara-suara dari berbagai
penjuru yang menuntut untuk kembali kepada Islam, memahami hukum-hukumnya dan merealisasikan sistemnya. Sudah
barang tentu akan segera datang suatu hari, pada wakti itu istana peradaban kebendaan akan runtuh menimpa para
pendukungnya. Saat itulah mereka akan merasakan kegersangan rohani yang membakar hati dan jiwa mereka, dan
mereka tidak akan menemukan makanan, ubat, serta kesembuhan kecuali dalam ajaran kitab yang mulia ini (Al-Quranut
Karim):
“Wahai manusia, telah datang kepadamu mau'idhah (nasihat) dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit
dalam dada dan petunjuk bagi orang-orang yang beriman. Katakaniah, "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah
mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan. " (Yunus: 57, 58) "
(Risalah Bainal Ainsi Wal Yaum)
"Demikianlah wahai para aktivis Ikhwan, Allah berkenan mewariskan kepada kita tugas berat yang sarat dengan berbagai
akibat. Allah berkehendak memunculkan cahaya dakwah kamu di tengah-tengah kegelapan ini, dan Dia menyiapkan kamu
sebagai generasi yang akan meninggikan kalimat-Nya, memenangkan syariat-Nya, dan menegakkan daulah-Nya
kembali”.
“Dan sesungguhnya Allah akan menolong orang yang membela (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi
Mahaperkasa”.(Al-Hajj: 40)." (Risalah Bainal Amsi Wal Yaum)
Ustaz Hasan Al-Banna telah mempertegas keharusan kembali pada kebenaran dan berjalan di bawah cahaya. Kembali
secara sadar kepada Islam yang agung dan Kitabullah yang mulia.
Walaupun bingkai sejarah ini diungkapkan oleh Ustadz Hasan Al-Banna secara ringkas, namun bila dibaca secara cermat
dan mendalam, akan dapat menghasilkan titik fokus dari beberapa penyelidikan tentang bidang yang selalu benar ini,
misalnya:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Identiti dan marja'iyah (rujukan).
Prinsip-prinsip perbaikan sosial dalam persepsi Islam.
Gambaran sejarah secara ringkas tentang aktiviti negara Islam yang pertama.
Faktor-faktor penyebab kelemahan dalam sejarah Islam dan bagaimana melihatnya di masa depan.
Membaca strategi pada kurun sejarah dari abad kedua belas sampai abad kelima belas.
Mengkaji keadaan Eropah pada kurun waktu tersebut, dan mendapatkan maklumat dan analisis terhadap faktor-faktor
kekuatannya.
7. Mengkaji era kebangkitan Eropah secara halus dan cermat.
8. Mengkaji strategi pergerakan kemerdekaan.
9. Mengkaji akar pemikiran Barat dan aplikasi politiknya di masa kini.
10. Mengkaji dasar-dasar gerakan penjajahan dan aplikasinya di masa kini.
Para pakar telah menghimpun berbagai-bagai maklumat yang diperlukan itu secara lengkap dalam banyak penulisan dan
buku mereka. Tanpa kajian mendalam terhadap berbagai masalah di atas, maka tiang pengetahuan yang diperlukan bagi
kebangkitan Islam akan tumpul. Hal ini antara lain disebabkan andaian yang menjadi landasan penilaian dalam suatu
tindakan tidak efektif dan bahkan boleh jadi menyimpang dari waki’ sebenarnya.
2.2.2 ANALISIS TERHADAP SEJARAH UMAT-UMAT YANG TELAH ATAU SEDANG
BANGKIT.
Analisis Ustaz Hasan Al-Banna juga menyentuh medan yang sangat luas, iaitu percubaan kebangkitan berbagai umat.
Sebab beliau meyakini sepenuhnya bahawa setiap pergerakan yang betul-betul serius mengadakan perubahan dan
menggerakkan kebangkitan harus berpedoman pada analisis yang mendalam terhadap sejarah berbagai umat yang telah
berlalu. Oleh itu, ia berkata, "Jika kamu layangkan ingatanmu pada sejarah kelompok-kelompok yang menamakan
dirinya Islam pada masa-masa yang telah silam, lalu anda membuat perbandingan antara tegaknya Daulah Abbasiyah di
Timur dan kebangkitan negara-negara moden di Eropah; mulai dari Prancis, Rusia serta Turki; sama ada pada marhalah
pertama, iaitu masa penyatuan kelompok-kelompok kecil dan masa pendirian pemerintahan, atau marhalah ini, iaitu masa
pembentukan dasar-dasar negara dan penyebaran pandangan, niscaya anda akan melihat bahawa semua itu tunduk
pada manhaj yang telah jelas langkah-langkahnya untuk menuju sebuah hasil yang telah diperhitungkan yang menjadi
orientasi kerja umat”. (Risalah "Hat Nahnu Qaumun 'Amaliyun)
Perhatikan dengan cermat kata-katanya: "Kebangkitan negara-negara moden di Eropah. Semua itu tunduk pada manhaj
yang telah jelas langkah-langkahnya."
Analisis terhadap gerakan kebangkitan moden, berserta berbagai perkembangannya secara terperinci dan objektif, yang
dapat melandasi terciptanya kaedah-kaedah kebangkitan dan memperjelas arah pergerakan merupakan tema yang
sangat penting. Akan tetapi, pertanyaan yang perlu diutarakan di sini adalah:
"Sejauh mana perhatian para pelopor kebangkitan Islam dan para intelektual terhadap analisis tersebut? Sebab perhatian
pada masalah tersebut sangat penting dan selalunya merupakan fakta bagi perancangan kebangkitan, di masa sekarang
atau di masa depan.
2.2.3. ANALISIS TERHADAP SEJARAH GERAKAN KEBANGKITAN DAN PEMBAHARUAN.
Sangat bermanfaat apabila gerakan kebangkitan mengkaji, menganalisis dan mencermati pengalaman pergerakanpergerakan kebangkitan lainnya, sama ada yang telah berlalu mahupun yang sedang berlaku, sebab hal itu dapat
memberikan beberapa pengajaran dan nasihat. Oleh kerana itu, dalam beberapa ayat Al-Qur'an al-Karim Allah swt.
memerintahkan kaum muslimin agar selalu memperhatikan dan mencermati keadaan umat-umat Yang telah berlalu; sama
ada dalam keadaan berjaya ataupun lemah. Inilah Yang ditegaskan oleh Ustadz Hasan Al-Banna dalam pernyataannya,
"Kebangunan semua bangsa di dunia selalu bermula dari kelemahan; sesuatu yang sering membuat orang yang
melihatnya beranggapan bahawa tercapainya apa yang mereka cita-citakan adalah mustahil. Tetapi di sebalik anggapan
kemustahilan itu, sejarah telah mengajarkan kepada kita bahawa kesabaran, keteguhan, kearifan dan ketenangan dalam
melangkah, telah membawa bangsa-bangsa yang tumbuh dari kelemahan dan hanya memiliki sedikit bekalan itu
mencapai kejayaan seperti yang dicanangkan oleh para pelopornya. Siapakah yang boleh percaya sebelumnya, bahawa
di tengah gurun pasir Jazirah Arab yang gersang dan kering kontang itu akan memancarkan cahaya, menjadi mercu suar
ilmu pengetahuan, dan pengaruh rohani serta politik dan putera-puteranya mampu menguasai negara terkuat di dunia
pada zamannya? " (Risalah Ila Ayyi Syaiin Nad'Un Naas)
Khilafah Ar-Rasyidah:
"Siapakah yang menyangka sebelumnya, bahawa lelaki yang berhati lembut semacam Abu Bakar ra. yang pernah
dibantah oleh beberapa sahabatnya karana keputusannya terhadap masalah yang membuat para pendukungnya
kebingungan itu, mampu mengirimkan sebelas pasukan perang dalam sehari untuk membanteras para pemberontak,
meluruskan yang bengkok, memberi pelajaran kepada para pembangkang, menghancurkan orang-orang murtad, dan
mengembalikan
hakallah
dalam
zakat
dari
orang-orang
yang
tidak
mahu
mengeluarkannya?"
(Risalah1laAyiSyaiinNad'unNaas.)
Daulah Abbasiyah:
"Siapa yang mengira sebelumnya, bahawa sekelompok kecil yang terdiri dari keturunan Ali dan Abbas itu dalam waktu
singkat berhasil menumbangkan kerajaan yang kuat dan luas kekuasaannya? Padahal sebelumnya, setiap hari kelompok
kecil itu selalu terancam pembunuhan, pengusiran, pengasingan dan tekanan" (Risalah Ila Ayyi Syaiin Nad'un Naas)
Daulah Ayyubiyah:
"Siapa yang menyangka sebelumnya, bahawa Shalahuddin Al-Ayyubi yang bertahun-tahun berjuang itu, akhirnya dapat
menghalau dan mengalahkan raja-raja Eropah, sekalipun peralatan mereka lebih lengkap dan jumlah pasukan mereka
lebih banyak. Bahkan sekalipun dua puluh lima raja terbesar Eropah telah bersatu padu untuk menyerangnya? " (Risalah
Ila Ayyi Syaiin Nad'un Naas)
Daulah Su'udiyah:
"Itu semua terjadi dalam sejarah masa silam. Sedangkan dalam sejarah moden pun banyak fakta. Siapa yang menyangka
sebelumnya, bahawa Raja Abdul Aziz Alu Sa'ud dan pasukannya yang berjumlah di antara dua puluh hingga tiga puluh itu
berjaya mengembalikan kerajaannya? Padahal sebelumnya ia berserta keluarganya terusir dan kerajaannya terampas. "
(Risalah Ila Ayyi Syaiin Nad'un Naas)
Negara Jerman:
"Siapa yang dapat percaya sebelumnya, bahawa seorang buruh Jerman yang bernama Hitler itu dapat memiliki kekuatan
pengaruh dan berhasil mencapai tujuannya ? " (Risalah Ila Ayyi Syaiin Nad'un Naas)
Meskipun analisis mendalam terhadap contoh-contoh sejarah di atas sangat panting, namun ia tidak akan membuahkan
faedah kecuali bila dilakukan diagnosis secara sistematik dan menyeluruh. Tidak cukup dengan pemaparan singkat
tersebut. Contoh-contoh sejarah di masa purba mahupun di masa yang dekat dengan masa sekarang adalah bahan yang
subur untuk dianalisis dan dikaji secara mendalam. Perlu diingat, bahawa faktor terpenting yang dapat mempersempit
ruang berfikir adalah pengabaian terhadap analisis sejarah terhadap sejarah Islam dan tidak mengambil pelajaran dari
pengalaman-pengalaman umat manusia.
Download