Hari Doa Sedunia untuk Kanak-kanak Berisiko PANDUAN BAHAN SUMBER Hari doa ini dijadualkan setiap tahun pada Sabat terakhir bulan Mei. Pada tahun ini, Hari Doa ini jatuh pada 28 Mei 2016. Beribu-ribu kanak-kanak di seluruh dunia berhadapan dengan penderaan, pengabaian, penyeludupan ke negara-negara lain, kesakitan dan banyak lagi. Kanak-kanak berisiko perlu dilindungi dan dibantu agar mereka boleh menggunakan secara maksimum talenta yang Tuhan kurniakan kepada mereka. Mereka memerlukan doa-doa kita. Anda boleh menjalankan doa-doa secara berkelompok atau mengadakan satu program istimewa untuk melibatkan anggota-anggota gereja anda, samada tua atau muda, dalam mewujudkan satu kesedaran mengenai keperluan untuk mendoakan kanak-kanak ini. Menggerakkan Kanak-kanak Untuk Mendoakan Kanak-kanak Pada tahun 2015, 6,826 gereja di lima benua dan 28 buah negara telah turut serta dalam Hari Doa untuk Kanak-Kanak Berisiko. Lebih 824,000 kanak-kanak telah mengambil bahagian. Sudah tentu Tuhan senang. Mari kita menggoncangkan syurga sekali lagi. Bantu kanak-kanak mendoakan kanak-kanak: daripada orang-orang yang kecil namun membuat impak yang besar. 5 HARI BERDOA untuk Melengkapi dan Mempersiapkan Kita Visi, impian, tujuan, pernyataan, Hari Pertama: kreativiti, Rancangan Tuhan bagi Kehidupan Anda pengertian, bimbingan, hikmat Keberanian, kelemahlembutan, ketekunan, Minta Tuhan untuk Melengkapi Anda proklamasi, semangat Kasih, sukacita, damai sejahtera, kebaikan, Hari Ketiga: Minta Tuhan Untuk Memberikan Kita Kasih kerendahan hati, penurutan, rasa bersyukur Terhadap Orang Lain Keselamatan, kepimpinan, kesatuan, pertaubatan, Hari Keempat: Orang yang Tepat dalam Kehidupan Anda kesetiaan, bimbingan, kemenangan Berkenan, keyakinan diri secara Alkitabiah, Hari Kelima: Melangkah dengan Iman untuk kebebasan daripada rasa takut, rasa selamat, Melaksanakan Kehendak-Nya pertolongan Tuhan, penghiburan dari Tuhan, jiwa untuk melayani. Hari Kedua: PERINGATAN DARIPADA ALKITAB Diciptakan dengan Ajaib sekali Sebab Engkaulah yang membentuk buah pinggangku, menenun aku dalam kandungan ibuku. Mazmur 139:13 Terbesar di dalam Kerajaan “"Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.” Matius 18:3 Tuhan Melihat Pada Hati - Daud diurapi Tetapi berfirmanlah TUHAN kepada Samuel: "Janganlah pandang parasnya atau perawakan yang tinggi, sebab Aku telah menolaknya. Bukan yang dilihat manusia yang dilihat Allah; manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi TUHAN melihat hati." 1 Samuel 16:7 Saya Di Sini – Samuel yang Kecil Dipilih oleh Tuhan Lalu datanglah TUHAN, berdiri di sana dan memanggil seperti yang sudah-sudah: "Samuel! Samuel!" Dan Samuel menjawab: "Berbicaralah, sebab hamba-Mu ini mendengar." 1 Samuel 3:10 Bangsa Terkecil yang Perkasa Yang paling kecil akan menjadi kaum yang besar, dan yang paling lemah akan menjadi bangsa yang kuat; Aku, TUHAN, akan melaksanakannya dengan segera pada waktunya. Yesaya 60:22 KESAKSIAN DARIPADA TAHUN 2015 Saya telah belajar bagaimana untuk berdoa dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana memimpin sepanjang kehidupan saya. Saya juga belajar untuk menjadi anak Tuhan yang penurut. Saya belajar bahawa saya harus mendoakan kanak-kanak yang berisiko, para pastor, presiden dan dunia ini. John, 12 tahun Martin berusia tujuh tahun dan tinggal bersama datuknya oleh sebab kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia. Martin terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membeli baju seragam sekolah. Gantinya pergi ke sekolah, Martin terpaksa menangkap ikan bersama datuknya di Tasik Viktoria. Dia seringkali berasa lapar dan tidak berpeluang bermain bersama kanak-kanak lain. Kemudian sesuatu telah membawa perubahan... “Teman saya memberitahu saya mengenai Minggu Doa Sedunia dan saya berasa sangat istimewa semasa menyertai kanak-kanak lain dalam doa dan makan bersama. Saya telah menyerahkan kehidupan saya kepada Yesus: inilah permulaan kehidupan baru saya!” Kanak-kanak yang Berdoa Membuat Perubahan di Venezuela Seorang budak lelaki berusia sepuluh tahun mengongsikan kesaksiannya di depan gereja. Dia menceritakan bagaimana dia telah bertemu dengan seorang wanita yang tidak mempunyai cukup wang untuk membeli makanan bagi dirinya dan keluarganya. Dia memutuskan untuk menggunakan wang tabungannya untuk membantu wanita itu. Dia berkata, “Saat itu telah mengajar saya untuk tidak mengeluh oleh kerana orang lain tidak mempunyai makanan yang cukup untuk dimakan. Saya berterima kasih kepada Tuhan untuk ibu bapa saya. Saya juga bersyukur kerana memiliki rumah, makanan, pakaian dan mainan.” HAL-HAL YANG DIDOAKAN Kasih Doakan kanak-kanak yang berasa diabaikan dan dilupakan dapat mengalami perubahan yang berkekalan dalam kehidupan mereka, menerima kasih yang sejati. Perlindungan Doakan perlindungan terhadap keganasan dan penderaan yang menghancurkan kehidupan kanakkanak, yang mengakibatkan kesakitan dan penderitaan. Berdoa dalam nama Yesus. Sikap Mohon dalam doa agar Tuhan mengubah pemikiran orang-orang dewasa yang meremehkan, mengabaikan dan malah menghina kanak-kanak. Teladan Doakan agar Tuhan memanggil dan mengurapi pemimpin kanak-kanak untuk menjadi duta bagi Kristus – kanak-kanak yang komited dalam doa, tidak mementingkan diri sendiri dan bersikap rohani dalam keputusan mereka. Keluarga-Keluarga Tuhan mahukan keluarga-keluarga yang mengambil berat, menyokong dan suka berdamai. Ini menjadi contoh terbaik bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Minta dalam doa untuk kuasa kebangkitan Yesus mengubah keluarga-keluarga yang hancur, pincang dan dipenuhi dengan keganasan.