Pengumpulan [139] - Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi
[139]
Pengumpulan [139]
(Edisi 2.0 19940908-19990904)
Persembahan ini yang memulakan Perayaan Pondok Daun dikawal atur dengan undang-undang
dan mempunyai suatu siri tuntutan yang harus diketahui umat Kristian. Tiga urutan persembahan
itu dikawal atur. Karya ini meliputi Perayaan Pengumpulan, banci serta cukai Pendamaian, bulanbulan penuh, Pentakosta, Sangkakala-sangkakala, penghakiman Iblis, tugas-tugas bagi mereka
yang dibangkitkan, latihan di dalam tentera Tuhan.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  1994, 1995, 1996, 1998, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Pengumpulan [139]
Pengumpulan [139]
Terdapat tiga musim perayaan. Perayaan
Pengumpulan merupakan kali ketiga untuk
datang ke hadapan Tuhan, yang disebutkan
sebagai Perayaan Pondok Daun (Keluaran
23:14-16; 34:22-23; Imamat 23:33-44).
Imamat 23:33-44 TUHAN berfirman kepada Musa:
34
"Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada
hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu ada
hari raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari
lamanya. 35 Pada hari yang pertama haruslah ada
pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan
sesuatu pekerjaan berat. 36 Tujuh hari lamanya kamu
harus mempersembahkan korban api-apian kepada
TUHAN, dan pada hari yang kedelapan kamu harus
mengadakan
pertemuan
kudus
dan
mempersembahkan korban api-apian kepada
TUHAN. Itulah hari raya perkumpulan, janganlah
kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. 37 Itulah
hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN, yang harus
kamu maklumkan sebagai hari pertemuan kudus
untuk mempersembahkan korban api-apian kepada
TUHAN, yaitu korban bakaran dan korban sajian,
korban sembelihan dan korban-korban curahan,
setiap hari sebanyak yang ditetapkan untuk hari itu,
38
belum termasuk hari-hari Sabat TUHAN dan
belum termasuk persembahan-persembahan atau
segala korban nazarmu atau segala korban
sukarelamu, yang kamu hendak persembahkan
kepada TUHAN. 39 Akan tetapi pada hari yang
kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu
mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus
mengadakan perayaan bagi TUHAN tujuh hari
lamanya; pada hari yang pertama haruslah ada
perhentian penuh dan juga pada hari yang kedelapan
harus ada perhentian penuh. 40 Pada hari yang
pertama kamu harus mengambil buah-buah dari
pohon-pohon yang elok, pelepah-pelepah pohonpohon korma, ranting-ranting dari pohon-pohon
yang rimbun dan dari pohon-pohon gandarusa dan
kamu harus bersukaria di hadapan TUHAN,
Allahmu, tujuh hari lamanya. 41 Kamu harus
merayakannya sebagai perayaan bagi TUHAN tujuh
hari lamanya dalam setahun; itulah suatu ketetapan
untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun.
Dalam bulan yang ketujuh kamu harus
merayakannya. 42 Di dalam pondok-pondok daun
kamu harus tinggal tujuh hari lamanya, setiap orang
asli di Israel haruslah tinggal di dalam pondokpondok daun, 43 supaya diketahui oleh keturunanmu,
bahwa Aku telah menyuruh orang Israel tinggal di
dalam pondok-pondok selama Aku menuntun
mereka sesudah keluar dari tanah Mesir, Akulah
TUHAN, Allahmu." 44 Demikianlah Musa
menyampaikan kepada orang Israel firman tentang
hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN.
Harus diperhatikan di sini bahawa Israel
diperintahkan untuk tinggal di dalam pondokpondok sepanjang masa perayaan itu. Ini
mulanya diperbuat daripada dahan berdaun,
tetapi kemudiannya diatur semula sebagai
perkhemahan, mungkin sekali kerana sebabsebab alam sekitaran dan keluasan. Hosea
(Hosea 12:9) menyebut bahawa Israel tinggal
di dalam khemah-khemah sewaktu zaman ini
dan diminta tinggal di dalam khemah-khemah
atau pondok-pondok seperti mana sewaktu
hari-hari perayaan. Kebiasaan tinggal di dalam
pondok-pondok ini diperkukuhkan lagi di
dalam pemulihan di bawah Nehemia (Nehemia
8:14-17).
Konsep tinggal di dalam pondok-pondok itu
adalah untuk meneguhkan pergantungan Israel
ke atas Tuhan, sementara mereka mengembara
di padang gurun. Pemulihan melibatkan satu
lagi keluaran seperti mana yang dialami Israel
apabila keluar dari Mesir. Kali ini ia akan
seperti yang digambarkan di dalam Yesaya
66:18-24. Keluaran ini akan lebih besar lagi
daripada keluaran pertama itu dan akan
mengambil tempat keluaran pertama. Itulah
sebabnya kenapa pondok-pondok digunakan
sewaktu Perayaan Pondok Daun. Perayaan ini
mewakili fasa terakhir tersebut di bawah
Mesias bagi pemerintahan Milenium dari
Yerusalem. Hanya pada Hari Besar Terakhir
sahaja barulah pondok-pondok itu tidak lagi
diwajibkan oleh hukum Tuhan. Ini adalah
kerana Hari Besar Terakhir melambangkan
pemulihan serta pendamaian muktamad kepada
Tuhan. Tinggal di dalam pondok-pondok
adalah mandatori bagi perayaan itu.
Seluruh bab Imamat 23 mengisahkan setiap
perayaan-perayaan
tersebut
mengikut
urutannya, sehinggalah Perayaan Pondok Daun
dan Hari Besar Terakhir, sambil menerangkan
urutan
tuaian-tuaian itu. Pengumpulan
merupakan tuaian terakhir. Kita akan lihat, di
dalam urutan ini, kenapa hanya tiga pungutan
saja yang diperintahkan setiap tahun. Adalah
satu kesilapan untuk mempunyai lebih dari tiga
pungutan.
Pengumpulan [139]
Banci yang diambil pada Hari Pendamaian
adalah suatu cukai. Karya Pendamaian [138]
menyentuh tentang seluruh banci tersebut serta
cukai yang dipungut, dan kenapa ianya salah
untuk membuat sebarang pungutan pada Hari
Pendamaian. Ini sebenarnya suatu penghinaan
kepada Yesus Kristus dan suatu kritikan
terhadap pengorbanan Yesus Kristus. Kristus
akan memperkenalkan semula cukai bait
apabila dia berdiri semula di Sion. Namun, dia
tidak akan memulakannya sehinggalah dia
berdiri di dalam Sion.
Mempunyai tujuh pungutan persembahan
setahun pada setiap Hari Suci atau, lebih teruk
lagi, setiap minggu adalah bertentangan dengan
Alkitab. Ianya bercanggah sepenuhnya dengan
arahan Yesus Kristus selaku Malaikat
Perjanjian itu.
Hari kelima belas bulan ketujuh adalah hari
bulan penuh. Biasanya perayaan-perayaan di
dalam kalendar Yahudi berlangsung apabila
bulan sehari atau dua jauhnya dari menjadi
penuh.
Peraturan
mengenai
penentuan
perayaan-perayaan itu terikat jelas kepada
Bulan Baru, dan bukannya kepada sistem
Yahudi yang menghitung molad bagi Tishri.
Imamat 23:33-35 mengatakan:
Imamat 23:33-35 TUHAN berfirman kepada Musa:
34
"Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada
hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu ada
hari raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari
lamanya. 35 Pada hari yang pertama haruslah ada
pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan
sesuatu pekerjaan berat.
Perayaan ini adalah satu simbol keluaran kita
dari sistem-sistem dunia. Kristus telah
membawa kita keluar dari Mesir ke dalam
Israel. Ini merupakan tanda fizikal kepada
suatu penebusan masa hadapan. Dia pernah
membawa kita keluar sekali, dan dia akan
memimpin kita keluar sekali lagi, secara rohani
dan secara fizikal. Yang pertama daripada
hasil-hasil sulung itu adalah Yesus Kristus.
Persembahan Unjukan Berkas, yang dibuat
sewaktu Paskah, mewakili Yesus Kristus
sebagai yang pertama daripada hasil-hasil
sulung.
Mukasurat 3
Pentakosta merupakan penuaian KITA sendiri
– bukannya Pondok Daun. Penuaian kita
adalah pada Pentakosta dan sedang berjalan
masa kini. Sebabnya kenapa ia harus pada
Pentakosta adalah kerana kesemua umat kita,
iaitu umat pilihan, telah dituai sejak dari tahun
30 TM; dari masanya Yesus Kristus mati
sehinggalah pada hari ini. Pada Pentakosta
tahun 30 TM kita telah diberikan Roh Kudus
itu. Ini merupakan ganjaran awal untuk hasilhasil sulung yang memiliki panggilan kita serta
iman kita. Mereka yang tidur di dalam tanah
adalah juga dari kumpulan hasil-hasil sulung
ini. Oleh itu, tidak sesuai untuk kita
menganggap Perayaan Pondok Daun itu
sebagai tuaian kita. Kita telahpun dituai dari
Pentakosta. Kita akan menyertai Kristus pada
kedatangannya
nanti.
Namun
terdapat
pekerjaan yang besar untuk kita lakukan dan
kita mengambil bahagian di dalam penuaian
pada masa ini.
Sebabnya kenapa tidak ada pengumpulan
persembahan semasa Sangkakala-sangkakala
atau Pendamaian adalah kerana ia tiada kenamengena dengan kita. Apa sekalipun tindakan
di
dalam
Sangkakala-sangkakala
atau
Pendamaian, semuanya adalah melalui rahmat
Yesus Kristus yang menyelamatkan di bawah
arahan Tuhan. Kita tiada kena-mengenai
dengannya. Dia datang untuk menyelamatkan
kita. Ia bukannya sesuatu yang kita tuai atau
kerjakan dengan sendiri. Ianya dilakukan untuk
menyelamatkan serta melindungi kita. Oleh itu,
tiada apa yang boleh kita persembahkan selain
daripada diri kita sendiri. Itulah sebabnya
kenapa
Sangkakala-sangkakala
tidak
disenaraikan sebagai satu pengumpulan
[persembahan]dan
kenapa
tiada
ada
pengumpulan pada Pendamaian. Malah, ianya
khususnya dilarang untuk memungut pungutan
persembahan pada Pendamaian di mana
seseorang itu mungkin memberi lebih dari
orang lain. Umat pilihan sepatutnya telah
faham tentang hal ini di dalam jemaat-jemaat
lain, dan memandangnya sebagai satu konsep
dan bertanya: Kenapakah kami melakukan ini,
kenapakah ia khususnya dilarang? Tiada
seorangpun yang patut memberi lebih atau
kurang dari yang lain. Ia merupakan cukai
khas. Kepalsuan telah memasuki umat pilihan
Mukasurat 4
Pengumpulan [139]
kerana mereka tidak mengikuti kebenaran itu.
Sebaliknya, mereka menurut ajaran manusia.
ke dalam rumah TUHAN, Allahmu. Janganlah
kaumasak (rebus) anak kambing dalam susu
induknya. (KJV)
Konsep tuaian ini, sebagai Pengumpulan,
adalah penubuhan era struktur kebenaran
milenium. Kita akan dapat mengawal planet ini
dan membawa kebenaran serta keadilan kepada
planet ini. Kita akan menjadikan penuaian itu
sesuatu yang pasti, yang mungkin telah
digenapi jika hanya Yehuda mengambil
tempatnya lebih awal. Anggapan sebegitu
adalah bermasalah kerana segala sesuatu
dilakukan menurut pengetahuan serta pimpinan
Tuhan. Umat dipanggil pada masa-masa
tertentu untuk melakukan tugas-tugas khusus.
Siapakah yang boleh mengatakan dengan pasti
kenapa terdapat bilangan terhad umat pilihan
pada mana-mana satu masa? Siapa dapat
pastikan kenapa terdapat umat khusus pada
suatu tempat tertentu yang memahami serta
bertindak, sementara kebanyakan orang tidak
memahami? Kenapakah bilangannya begitu
sedikit? Siapakah yang tahu apa yang Tuhan
lakukan?
Keluaran 23:17-19 Tiga kali setahun semua
orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat
Tuhanmu TUHAN. 18 Janganlah kaupersembahkan
darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta
sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak perayaan
hari raya-Ku bermalam sampai pagi. 19 Yang terbaik
dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa
ke dalam rumah TUHAN, Allahmu. Janganlah
kaumasak (rebus) anak kambing dalam susu
induknya. (RSV)
Kita harus melakukan tugas kita dan kita perlu
mengikut hukum itu dengan setia serta
memahami
aplikasi
rohaninya.
Tuhan
memanggil setiap kita pada masa paling sesuai
untuk melakukan bahagian kita di dalam
rencana keselamatan itu. Itulah sebabnya
kenapa
Kristus
berbicara
di
dalam
perumpamaan dan kenapa rahsia-rahsia Tuhan
dinyatakan secara terkawal (lihat karya Rahsiarahsia Tuhan [131]). Umat Yahudi menurut
hukum itu, begitulah kata mereka, namun
mereka tidak memahami aplikasi rohaninya.
Itulah sebabnya mereka membebaninya dengan
tradisi-tradisi.
Sekarang kita akan mengkaji kenapa
persembahan ini harus diberikan pada malam
pertama Perayaan Pondok Daun. Ia mewakili
tuaian besar ketiga. Di dalam Keluaran 23:1719, ia menyatakan:
Keluaran 23:17-19 Tiga kali setahun semua
orangmu yang laki-laki harus menghadap ke hadirat
Tuhanmu TUHAN. 18 Janganlah kaupersembahkan
darah korban sembelihan yang kepada-Ku beserta
sesuatu yang beragi, dan janganlah lemak korban
hari raya-Ku bermalam sampai pagi. 19 Yang terbaik
dari buah bungaran hasil tanahmu haruslah kaubawa
Seluruh ayat itu dipetik kerana ungkapan
Janganlah kaumasak anak kambing dalam
susu induknya terikat kepada ayat 19 dan ia
berada di situ atas sebab tertentu. Jamuan yang
dimaksudkan adalah suatu adat keagamaan
timur yang berkait dengan misteri-misteri
Babilon. Ia tiada kena-mengena mencampurkan
susu dengan daging. Korban-korban itu juga
dimasak (rebus). Oleh itu, memasak anak
kambing di dalam susu induknya (ibunya) pada
waktu persembahan-persembahan ini adalah
seumpama membuat korban persembahan di
dalam suatu upacara misteri-misteri itu, dan
dengan itu merupakan suatu penyembahan
berhala. Kerana itulah ia dilarang, dan
disebutkan di sini di dalam teks ini untuk
menyampaikan maksud tersebut.
Terdapat satu lagi konsep di dalam teks ini.
Satu terjemahan mengatakan korban (KJV) dan
satu lagi perayaan (RSV). Alkitab Interlinear
membereskan hal ini. Ia juga menyebutkan
korban.
Janganlah
kaupersembahkan
darah
korban
sembelihan yang kepada-Ku beserta sesuatu yang
beragi, dan janganlah lemak korban hari raya-Ku
bermalam sampai pagi.
Konsepnya terikat kepada persoalan apakah itu
perayaan dan apakah korban. Istilah bagi
perayaan di sini di dalam kamus Ibrani Strong
(SHD 2282) adalah khawg yang bermakna
sama ada satu perayaan atau satu mangsa.
Young menggolongkannya di bawah korban,
mengikut maksud KJV. Teks Masoretik,
menurut Alkitab Interlinear, mengertikan
perkataan tersebut mengikut Konkordans
Strong. Oleh itu, maksudnya terselindung.
Komentar-komentar Soncino ada menyentuh
Pengumpulan [139]
Mukasurat 5
tentang pemahamannya. Teks tersebut merujuk
kepada lemak anak domba Paskah (Rashbam)
dan kepada persembahan-persembahan para
penziarah
pada
perayaan-perayaan
itu
(Abraham ibn Ezra). Rashi berpendapat
bahawa korban-korban itu haruslah tidak
sepanjang malam berjauhan daripada mezbah
itu (Soncino).
dengan kami? Aku belum dibaptiskan, aku
belum cukup umur lagi. Anak-anak muda
jarang diberitahu bahawa mereka akan menjadi
raja-raja serta para imam. Anak-anak akan
menjadi para pemimpin bumi fizikal ini, di
dalam tuaian besar itu, iaitu Pengumpulan yang
besar. Mereka adalah sebahagian daripada
korban Pengumpulan itu.
Memahami teks ini maknanya memahami
bilakah Pengumpulan harus terjadi dan apakah
tujuannya. Maksudnya jelas dari teks itu. Ia
haruslah dikumpulkan pada malam pertama
dan harus tidak dibiarkan hingga pagi. Terdapat
maksud rohani dan fizikal kepada hal ini.
Seluruh urutan peristiwa ini berlaku pada
permulaan Milenium itu, jadi semua orang ada
di situ dan penuaiannya besar sekali. Sebabnya
kenapa kita harus melakukannya pada malam
pertama adalah supaya keimamatan atau para
pentadbir dapat mengaturkannya. Ia diberikan
pada waktu malam agar umat serta kumpulankumpulan imam itu dapat makan. Ini adalah
berkenaan distribusi. Kita tidak akan meminta
bendahari pergi ke bank pada hari esoknya, dan
mengambil keluar wang tahun sebelumnya.
Kita tidak mengambil dari tuaian tahun
sebelumnya kecualilah pada tahun-tahun Sabat.
Pengumpulan juga merupakan suatu tuaian
fizikal dan kita harus belajar untuk bersedia.
Kita harus mula berfikiran begitu kerana kita
perlu memastikan bahawa orang-orang terbabit
adalah teratur dan mereka mengetahui apa yang
terjadi. Ini dilakukan kerana jika bangsabangsa tidak merayakan perayaan ini, kita
selaku umat pilihan rohani akan terpaksa
memastikan bahawa tiada hujan akan turun
pada musimnya. Ini adalah janji dari Zakharia
14:16-19.
Pada perayaan itulah hasil pertama atau hasil
terbaik hasil-hasil sulung itu dibawa masuk.
Persediaan harus dibuat untuk perayaan ini.
Kita mestilah dapat mengadakan suatu
perayaan agar satu pengumpulan atau pungutan
dapat dibawa masuk. Haruslah ada, daripada
simbolisme tuaian-tuaian itu, sesuatu untuk
menubuhkan struktur milenium itu.
Juga, konsepnya adalah bahawa di dalam
tempoh seperti suatu perayaan lapan hari, jika
kamu membawanya masuk lewat maka kerjakerja pengurusan yang tidak diperlukan akan
dibuat pada hari suci itu. Ini adalah jika kamu
melakukannya dengan betul mengikut syaratsyarat tuaian. Apabila kita memperkenalkan
semula hukum ini, apabila Tuan kita datang
dan kita mendirikan sistem ini, kita bukannya
akan mengambil wang dari bank dan
memasukkannya ke dalam satu bakul. Kita
akan membawa karung-karung gandum serta
binatang-binatang dan kita akan membawa
hasil-hasil sulung kita sebagai keluarga kepada
perayaan yang ditetapkan itu dan kita akan
membawa mereka masuk dan memberi kepada
keimamatan itu, iaitu kumpulan Lewi yang
baru.
Ada antara kita yang akan menjadi raja-raja
secara fizikal, suatu keimamatan, jadi bagi
anak-anak muda terdapat khabar yang besar
dan rahmat di dalam hal ini. Sering kali kita
mendengar bahawa jemaat akan dibawa pergi
secara ghaib, ke Petra atau tempat lain, dan kita
semua akan menjadi makhluk-makhluk roh.
Anak-anak kecil akan terfikir: bagaimana
Jika bangsa-bangsa tidak mengutus perwakilan
mereka ke Yerusalem untuk merayakan
perayaan itu, kita akan perlu menahan hujan
bagi bangsa-bangsa itu. Ada antara kita yang
akan bertanggungjawab ke atas para bangsa.
Kita akan melakukan tugas yang sama yang
sepatutnya telah dilakukan oleh para iblis. Kita
akan perlu memastikan bahawa segala perkara
tersebut berlaku. Kita akan mengawal susunan
aktiviti itu dalam waktu seribu tahun dan kita
diadili menurut betapa baiknya kita
melakukannya. Kita akan diuruskan Yesus
Kristus berdasarkan bagaimana baiknya kita
melakukan
tugas
kita.
Kita
akan
dipertanggungjawabkan oleh Mesias tetapi
lebih khusus lagi, para iblis akan dihakimi
menurut betapa baiknya kita melakukan tugas
kita.
Mukasurat 6
Kita akan menetapkan standard dengan mana
mereka diukur; sama seperti Yesus Kristus
telah menetapkan standard dengan mana Iblis
diukur di dalam pertentangan mereka di padang
gurun. Melalui apa yang Kristus telah lakukan
di dalam hidupnya, di dalam pelayanannya, dia
kemudiannya menetapkan standardnya. Itulah
sebabnya kenapa dia berkata Iblis diadili. Iblis
seorang saja yang telah diadili. Para iblis yang
lain diadili berdasarkan umat yang setara
dengan mereka: iaitu kita sendiri. Kita adalah
rakan-rakan sedarjat para iblis dan mereka
diadili di dalam cara yang sama. Iblis telah
diadili menurut perbandingan standard dengan
Yesus Kristus. Para iblis diadili menurut
perbandingan standard dengan kita. Jika kita
tidak dapat memelihara perintah-perintah
Tuhan maka kita tidak sesuai untuk mengadili
di dalam sistem Milenium itu.
1Yohanes 2:1-5 Anak-anakku, hal-hal ini kutuliskan
kepada kamu, supaya kamu jangan berbuat dosa,
namun jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai
seorang pengantara pada Bapa, yaitu Yesus Kristus,
yang adil. 2 Dan Ia adalah pendamaian untuk segala
dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga
untuk dosa seluruh dunia. 3 Dan inilah tandanya,
bahwa kita mengenal Allah, yaitu jikalau kita
menuruti perintah-perintah-Nya. 4 Barangsiapa
berkata: Aku mengenal Dia, tetapi ia tidak menuruti
perintah-Nya, ia adalah seorang pendusta dan di
dalamnya tidak ada kebenaran. 5 Tetapi barangsiapa
menuruti firman-Nya, di dalam orang itu sungguh
sudah sempurna kasih Allah; dengan itulah kita
ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia.
Jika kita tidak memelihara perintah-perintah
Tuhan tetapi mengatakan kita mengenal Tuhan,
kita adalah pendusta. Hidup kekal adalah
mengenali satu-satunya Allah yang benar serta
Yesus Kristus yang telah diutusNya (Yohanes
17:3). Jika kita mengatakan kita mengenal
Tuhan dan tidak menurut perintah-perintahNya
maka kita adalah pendusta.
Tuaian Pengumpulan menggambarkan tugas
kita. Itulah sebabnya kenapa kita harus
menumpukan perhatian kita kepadanya. Pada
waktu malam Pengumpulan kita harus berfokus
kepada penuaian itu. Tidak ada penuaian pada
Hari Besar Terakhir kerana tugas kita bermula
dari Pengumpulan sehinggalah Hari Besar
Terakhir. Hari Besar Terakhir adalah
Pengumpulan [139]
kebangkitan itu. Hal-hal kebangkitan serta
penghakiman dibincangkan di dalam karyakarya lain. Tidak ada tuaian yang bermula dari
pengadilan. Pengadilan merupakan penamatan
proses tersebut. Kita akan kemudiannya
mengagihkan dan menyusun. Ini adalah fungsi
penuaian dan ia mempunyai maksud penting
rohaninya.
Itulah erti di sebalik tiga kali setahun itu.
Konsep ini ditekankan kerana kita tidak boleh
bertumbuh kecualilah kita melakukan hal-hal
menurut apa yang dikatakan Alkitab. Kita tidak
dapat pergi kepada langkah seterusnya secara
fizikal ataupun rohani.
Tanpa mengira apa yang Alkitab katakan,
beberapa jemaat membuat suatu peraturan
pentadbiran dan mengatakan mereka akan
mengadakan tujuh pungutan persembahan
kerana ini akan menambahkan wang simpanan.
Namun ini bukanlah keputusan pentadbiran.
Ianya suatu perintah Tuhan yang diberikan
kepada kita melalui Yesus Kristus. Kita tidak
boleh
membuat
keputusan-keputusan
pentadbiran berkenaan hukum itu. Satu titik
atau iota tidak akan hilang dari hukum itu
sehinggalah semuanya telah digenapi. Apa
yang perlu kita buat adalah menurut dengan
setia. Sebaik saja kita telah memastikan
semuanya tepat pada tempatnya, kita akan
bertumbuh di dalam pengetahuan dan
pemahaman di dalam fikiran kita serta di dalam
fikiran teman-teman kita.
Apabila kita memelihara Paskah dengan betul,
untuk pertama kalinya, kita mula bertumbuh
dengan pesat di dalam pengetahuan. Jika
tindakan kita tidak berdasarkan kebenaran, roh
meninggalkan kita. Pembelajaran yang
berterusan menghasilkan ilham yang baru. Jika
kita mengerjakan apa yang kita tahu, maka kita
akan diberikan langkah seterusnya kepada
pemahaman. Tuaian-tuaian ini adalah hal-hal
penting untuk memahami aktiviti rohani yang
berlaku di dalam Milenium itu. Sebaik saja kita
telah memastikan semuanya, kita akan
memahami maksud serta tujuan semuanya itu.
Perayaan ini melambangkan keadilan serta
kebenaran sistem Mesias. Kita akan
melaksanakan seluruh hukum itu. Segala yang
telah diberikan Mesias, sebagai Malaikat
Pengumpulan [139]
Yahovah di Sinai, kepada Musa akan
ditubuhkan semula dalam iman mutlak dan kita
akan melakukannya.
Kristus bukannya telah memberikan keadaan
yang mustahil kepada Musa. Kekristianan
moden mengatakan bahawa ianya sesuai bagi
Israel dan bahawa hukum itu adalah untuk
umat Yahudi. Dengan mengatakan bahawa
hukum itu boleh diubah, aliran utama
Kekristianan sebenarnya mengatakan bahawa
umat Yahudi telah diberikan tugas yang
mustahil. Mereka telah memiliki rangkaian
hukum itu serta suatu sistem yang tidak cukup
sempurna dan sekarang kononnya kita lebih
mengetahui lagi. Hakikat sebenarnya adalah
bahawa Kristus telah memberikan suatu sistem
yang sempurna kepada Musa yang mampu
mengawal atur planet ini serta menghasilkan
suatu sistem milenium pada masa itu.
Pengajarannya adalah bahawa kita memerlukan
Roh Kudus Tuhan untuk memelihara Hukum
itu. Jika seluruh dunia telah diinsafkan oleh
Israel; jika ia tetap memelihara imannya dan
tidak mengikuti tuhan-tuhan asing, dan tidak
gagal, kesan mereka terhadap dunia sudah pasti
begitu menakjubkan. Pastinya kita tidak akan
melihat peperangan di seluruh planet ini
sekarang. Planet ini tidak akan mati seperti
yang sedang berlaku sekarang. Namun mereka
tidak tetap setia. Mereka tidak melakukan tugas
mereka. Mereka terus mengabaikan hukum itu
dan telah kehilangan pemahaman mereka
mengenai konsep maksud tuaian-tuaian ini.
Mereka tidakpun merayakan Perayaan Pondok
Daun selama berabad lamanya. Perayaanperayaan itu telah diperkenalkan semula oleh
Nehemia. Perayaan-perayaan ini dinubuatkan
akan diperkenalkan semula oleh Yehezkiel.
Nabi Yehezkiel berbicara secara milenium.
Nehemia dan Ezra telah mengaturkan semula
Bait Suci itu serta mengukuhkan semula kota
di Yerusalem. Mereka telah menemui kitab
hukum itu dan mereka membacanya setelah
membuat persediaan serta mengumpulkan umat
itu. Umat itu menangis. Seluruh bangsa itu
berdiri di hadapan para imam dan mereka
Mukasurat 7
mendengar pembacaan hukum itu (rujuk
Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia
[250]).
Ianya
satu
keperluan
untuk
membacakan hukum itu pada setiap tahun
Sabat.
Jemaat-jemaat
Tuhan
umumnya
tidak
melakukan itu. Tiada hukum yang dibacakan
pada tahun-tahun Sabat di dalam sebarang
jemaat di planet ini selama berabad-abad. Ianya
telah dibacakan pada tahun Sabat 1998-99
untuk pertama kalinya selepas banyak abad
pada Perayaan Pondok Daun. Ia telah
dilakukan dengan penuh taat dan kini
diterbitkan di dalam banyak bahasa.
Seperti yang dinyatakan sebelumnya, kita
sedang dicantumkan sebagai satu kumpulan.
Tuhan akan tetap bekerja dengan kita
sehinggalah kita bersedia. Jika kita tidak benar
secara
rohani,
maka
Tuhan
akan
menyingkirkan kita. Kita tidak akan
ditambahkan dalam bilangan yang banyak
sehinggalah kita bersedia. Tuhan akan
menambah menurut rencanaNya. Apa yang
boleh kita lakukan hanyalah membicarakan
kebenaran. Ianya tugas kita untuk berkembang
secara rohani dan bertumbuh agar kita dapat
bersedia untuk penuaian ini. Kita adalah tentera
di dalam bala tentera Tuhan, yang sedang
berlatih sehingga sampai pada tahap di mana
kita berguna dan akan berdiri bersama Yesus
Kristus. Seperti yang kita lihat daripada
kandungan serta struktur perayaan itu, ianya
tidak akan berlaku hanya dengan duduk sambil
lewa.
Milenium tidak akan dimulakan dari keadaan
aman damai. Kita harus memahami itu dan
bersedia baginya. Maksud rohani Pengumpulan
ini adalah penting bagi pemahaman masa-masa
ini. Ianya Perintah Tuhan untuk kita berada
pada perayaan itu dan mengambil bahagian di
dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Download