MINGGU 13

advertisement
1
HASIL PEMELAJARAN
• Pelajar dapat:
>
merumuskan makna semantik
>
mengenal pasti jenis makna, iaitu makna
rujukan dan bukan rujukan, denotatif dan
konotatif, konseptual, asosiatif, stilistik, afektif,
kolokatif, kata, istilah, idiom, peribahasa, dan
relasi makna
2
SEMANTIK
• Ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada secara langsung atau
secara tidak langsung
• Secara mudah, semantik dianggap sebagai kajian tentang makna
• Mengikut tafsiran luas, semantik ialah kajian sintaksis, proposisi dan
pragmatik (kajian lakuan linguistik)
• Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian tentang teori referensi
(denotatif, ekstensi), dan teori makna (konotasi, intensi)
3
RUJUKAN
•
•
Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk
Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan
fonem: / k /, / b /, / c /, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /,
/ r /, / t /, / s /, / w /, / y /, / i /, / a /, / e /, / o /, / u / akan menerbitkan
bunyi yang bermakna.
[ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak ]
•
•
•
•
•
•
kertas:
bangku:
wanita:
rumah:
Bangunan:
cahaya:
•
budak:
bahan tipis yang diperbuat daripada kayu
papan panjang yang berkaki (tempat duduk)
perempuan dewasa
binaan untuk tempat tinggal
sesuatu yang didirikan, seperti rumah, gedung, menara…
benda terang yang memancar daripada matahari,
bulan…
anak, kanak-kanak
4
LAMBANG
Merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan.
Kata rumah diberi lambang:
5
LAMBANG
• Kata wanita diberi
lambang
6
LAMBANG
• Kata burung diberi
lambang
7
LAMBANG
• Berikut ialah hubungan antara rujukan, kata, makna dan lambang
rujukan
(benda / konsep)
kata
(ujaran)
Lambang
(tulisan)
makna
(tafsiran)
8
LAMBANG
• Rajah itu merumuskan:
rujukan
benda / konsep sesuatu yang dirujuk
kata
unsur bahasa yang merujuk bentuk
ujaran
makna
tafsiran bagi benda atau konsep (citra mental)
• Hubungan antara benda dengan makna secara langsung
• Hubungan antara benda dengan kata, kata dengan makna, makna
dengan lambang, dan lambang dengan benda secara tidak langsung
9
JENIS MAKNA
• Secara umum, jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu
makna leksikal, makna ketatabahasaan, makna konteks, makna lugas
dan kias, dan makna umum dan khusus
• Makna leksikal ialah makna yang dimiliki atau yang ada pada
perkataan dengan tidak mengambil kira konteks, iaitu makna sebenar
Contoh:
perdu
=
kelompok pokok, rumpun
percik
=
titik air yang berserak-serak di sana-sini
malakut
=
alam atau tempat malaikat atau roh
jerat
=
tali pencerut untuk menangkap satwa
lugas
=
tentang yang perlu sahaja
batis
=
kain yang putih dan halus
10
JENIS MAKNA
• Makna ketatabahasaan wujud melalui proses gramatis seperti
pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan atau satuan bahasa
(frasa, ayat). Contoh:
maksud
=
tujuan, hajat, kehendak, niat
bermaksud =
bertujuan, berhajat, berniat, berkehendak
=
mengandung erti
• Kata padi ayam makan dirangkaikan menjadi ayam makan padi.
Rangkaian ini mewujudkan makna baharu, iaitu yang melakukan
perbuatan: ayam, yang dilakukan: makan, dan yang dikenai
perbuatan: padi
ayam:
makan:
padi:
binatang yang termasuk unggas, dan biasa diternak orang
memasukkan sesuatu ke dalam mulut, mengunyah dan menelan
tumbuhan yang menghasilkan beras
11
JENIS MAKNA
• Makna konteks ialah makna kata yang wujud dalam suatu
konteks, dengan mengambil kira tempat, waktu, dan
lingkungan peristiwa. Contoh:
*
*
*
*
*
Rambut di kepalanya sudah putih
Sultan ialah kepala negeri
Kepala surat itu sudah pudar
Kepala lututnya masih kuat
Kepala kainnya sudah tidak kemas
12
MAKNA LUGAS DAN MAKNA KIAS
• Makna lugas ialah makna yang sebenarnya, dan makna
kias ialah bukan makna sebenarnya. Contoh:
>
orang itu membeli sampul surat di kedai 1Malaysia
(makna lugas)
>
Dia enggan menerima sampul surat daripada orang
yang dibantunya (makna kias)
13
MAKNA UMUM DAN MAKNA KHUSUS
• Makna umum ialah makna kata yang lebih luas, merangkumi makna
kata lain yang menjadi ‘bawahannya’. Contohnya kata bunga yang
merangkumi melati., mawar, tanjung… Bunga ialah kata umum, dan
melati, mawar, tanjung…ialah kata khusus
• Kata umum dan kata khusus juga bergantung pada pembandingnya.
Kata burung menjadi kata khusus jika dibandingkan dengan kata
unggas, kerana kerana kata unggas merangkumi burung, ayam, itik,
angsa… Jika dibandingkan dengan kata merpati, puyuh, bangau,
kenari…, kata burung menjadi kata umum
14
MAKNA RUJUKAN DAN MAKNA BUKAN RUJUKAN
• Makna rujukan ialah makna yang ada rujukan atau acuannya.
Misalnya kata rumah, hujan dan lukisan ialah kata yang bermakna
rujukan kerana wujud acuannya di dunia nyata
• Makna bukan rujukan ialah makna yang tidak mempunyai rujukan
seperti dan, atau, di samping, kerana…
• Terdapat sejumlah kata yang dinamakan deiktik, iaitu acuannya
tidak menetap pada satu maujud, tetapi bergantung pada konteks.
Contohnya:
•
•
•
•
Kata ganti nama: dia, saya, kami, kita, beliau…
Kata menyatakan ruang: di sini, di sana…
Kata menyatakan waktu: kini, dini, esok, nanti…
Kata tunjuk: ini, itu
15
MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF
•
Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu,
makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh:
babi
=
satwa menyusui yang bermuncung panjang,
berkulit tebal, dan berbulu kasar, serta
diharamkan bagi orang Islam
gerombolan =
kumpulan, kelompok atau kawanan
perempuan
=
orang yang dapat hamil, melahirkan anak
dan menyusui
kerusi
=
tempat duduk bersandar
kerusi/kursi
=
kedudukan atau jabatan
hujan
=
titik-titik air yang jatuh dari langit
hujan
=
rahmat atau rezerki kerana dengan hujan tanaman
menjadi subur
16
MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF
• Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna
denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang
menggunakan kata itu. Contoh:
babi
=
jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah
gerombolan =
kawanan perusuh atau penjahat
perempuan =
unsur negatif
• makna konotatif boleh berupa positif atau negatif. Misalnya hujan bagi
petani positif, tetapi hujan bagi penjual air, negatif. Babi bagi orang
Cina positif, bagi orang Melayu negatif. Perempuan dalam ayat
perempuan itu ibu saya, positif, tetapi dalam ayat memang dasar
perempuan!, negatif
17
MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF
• Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada konteks. Kata babi,
jijik bagi orang Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Begitu
juga dengan kata perempuan, mengancam, kurus, rombongan, dan
wanita. Contoh:
>
>
>
>
>
Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan!
Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai, mengancam
nampak!
Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus kering
Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan alternatif akan
menyerahkan…
Wanita korporat / Wanita penggoda
18
MAKNA KONSEPTUAL
• Makna konseptual ialah makna yang dimiliki oleh leksikon yang
terlepas daripada apa-apa konteks atau asosiasi. Contoh:
inayat:
pertolongan, bantuan, pemberian Tuhan
kukuh:
kuat terpancang pada tempatnya
logika:
pengetahuan tentang kaedah berfikir
nafsu:
keinginan hati yang kuat
gelombang: ombak panjang yang bergulung-gulung
andal:
dapat dipercayai
andika:
kehormatan tertinggi yang diberikan atau dimiliki
oleh raja atau penguasa yang tidak beragama Islam
• Oleh itu, makna konseptual samalah juga dengan makna leksikal,
makna denotatif atau makna rujukan
19
MAKNA ASOSIATIF
• Makna asosiatif ialah makna yang dimiliki oleh leksikon akibat
wujudnya hubungan leksikon itu dengan sesuatu yang berada di luar
bahasa. Contoh:
melati:
putih:
merah:
-
tumbuhan perdu suku rubiaceace, sering ditanam di
halaman rumah, warna bunganya putih berbentuk
bintang, terletak pada tandan kecil, berbau sangat
harum, sering digunakan dalam pelbagai upacara adat
seperti perkahwinan, juga pada waktu kematian
Sesuatu yang suci / kesucian
warna dasar yang serupa dengan warna kapas
bersih, suci dan murni
warna dasar yang serupa dengan warna darah
berani atau faham komunis
20
MAKNA ASOSIATIF
•
buaya:
•
Kerbau:
•
•
binatang berdarah dingin yang merangkak (reptilia),
bertubuh besar dan berkaki keras, bernafas dengan
paru-paru, dan hidup dalam air (sungai atau muara sungai).
Jahat atau kejahatan
binatang memamah rumput, yang biasanya diternak
untuk diambil dagingnya, atau digunakan untuk
membajak, rupanya seperti lembu, tanduknya panjang,
suka berkubang, umumnya berbulu kelabu kehitaman
bebal, bodoh dan dungu
Makna asosiatif juga merangkumi makna konotatif, makna stilistik, makna afektif,
dan makna kolokatif
Makna konotatif bermaksud kata tertentu berasosiasi dengan nilai rasa terhadap
kata itu, seperti kata babi, anjing, ramping…
21
MAKNA STILISTIK, AFEKTIF DAN KOLOKATIF
•
Makna stilistik bermaksud penggunaan kata berasaskan perbedaan sosial atau bidang
kegiatan, seperti kata rumah, kediaman, tempat tinggal, pondok, istana, banglo, teratak,
panti, gedung, pejabat, wisma, balai, dewan, bangunan, asrama, pangsapuri, iglu,
dangau, cungkup, bumbung, khemah, reban, sarang, sangkar…
•
Makna afektif bermaksud perasaan penutur terhadap pendengar atau objek yang
dibicarakan. Contoh:
>
Tutup mulut kamu!
>
Harap diam sebentar!
•
Makna kolokatif bermaksud ciri makna tertentu yang dimilki oleh kata daripada
sejumlah kata yang bersinonim sehingga kata itu sesuai dengan pasangan tertentu
sahaja. Contoh:
>
Tampan untuk lelaki
>
Cantik untuk wanita
22
MAKNA KATA
•
Setiap kata mempunyai makna, iaitu makna leksikal, denotatif atau
konseptual. Semua makna ini masih bersifat umum, kasar dan kurang tepat.
Makna yang lebih tepat terjelma apabila kata itu berada dalam konteks
situasinya. Misalnya kata membawa
membawa: memegang atau mengangkat sesuatu sambil berjalan atau
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
•
Apabila digunakan kata membawa dalam konteksnya barulah jelas, apakah
kata yang lebih tepat:
membawa, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung, menjinjing,
membimbit, menggendong, menggalas, menanggung, mengangkat,
mengusung, menatang, memimpin, mengiringi, menemani, mengakibatkan,
mendatangkan, menyebabkan, menghasilkan, melibatkan, memasukkan,
menarik, menyeret…
23
MAKNA ISTILAH
• Makna istilah ialah makna yang pasti, jelas, tidak meragukan walau
dalam konteks apa pun. Istilah bersifat bebas konteks, dan digunakan
dalam disiplin ilmu khusus. Misalnya makna kata khayal dalam bidang
perubatan berbeda dengan makna khayal (leka, sangat asyik) dalam
penggunaan biasa. Contoh lain:
gagap:
Kecacatan pertuturan, lazimnya disebabkan gangguan
psikofisiologi. Bunyi konsonan diulang secara
spasmodik, khusunya pada ujaran dini
ergatif:
Nama kasus tatabahasa untuk menandakan subjek
KKJT
epigram:
Ungkapan atau kata ringkas, bernas dan tajam
maksudnya, serta mengandung unsur bertentangan
• Dalam perkembangan bahasa, terdapat istilah khusus yang digunakan
sebagai kata umum, seperti kata teknologi, psikologi, virus, kalimat,
gatra…
24
MAKNA IDIOM
• Makna idiom ialah satuan ujaran yang maknanya tidak dapat diramal
daripada makna unsurnya, sama ada secara ketatabahasaan atau
leksikal
• Secara ketatabahasaan, menjual kereta bermaksud penjual
menerima wang, dan pembeli menerima kereta. Namun, bentuk
menjual suara tidaklah bermakna penjual menerima wang, dan
pembeli menerima suara, tetapi bermaksud orang yang
menggunakan suaranya secara total untuk mendapatkan wang
pembiayaan hidupnya sehari-hari
• Contoh lain: membanting tulang, meja hijau (keadilan), sudah senja,
masih dini, menanak nasi…
25
MAKNA IDIOM
•
Bentuk idiom dapat dibahagikan kepada dua, iaitu idiom penuh dan idiom
sebahagian. Idiom penuh ialah idiom yang semua unsurnya terserap menjadi
satu kesatuan makna
•
Idiom sebahagian ialah idiom yang salah satu unsurnya masih memiliki makna
leksikalnya. Contoh:
•
Kertas putih:
•
Daftar hitam:
•
Filem biru:
•
Rumah panas:
Kertas yang memuatkan keterangan rasmi
secara jelas dan benar tentang sesuatu
perkara / peristiwa
Daftar yang di dalamnya tersenarai nama
orang yang disyaki melakukan kejahatan
Filem yang mengandung adegan lucah
yang keterlaluan
Rumah yang kerap berlaku bencana
26
MAKNA PERIBAHASA
• Kelompok kata atau kalimat yang tetap susunannya
dan biasanya mengiaskan maksud tertentu
(pepatah, bidalan, perbilangan, perumpamaan)
• Ungkapan atau kalimat ringkas, padat, yang berisi
perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup
atau aturan tingkah laku
• Intisari kebijaksanaan bangsa pengguna bahasa
• Warisan budaya leluhur yang wajib dilestarikan
27
PEPATAH
• Setiap pepatah mempunyai dua kerat atau dua patah. Kerat atau patah
kedua merupakan gema bagi kerat atau patah pertama, iaitu wujud
kesinambungan
• Dari segi makna, pepatah ialah kiasan yang mencandrakan gejala atau
kejadian untuk maksud pengajaran. Contoh:
>
Ada air, ada ikan
>
Angin berputar, ombak bersambung
>
Bagaimana rentak, begitulah tarinya
>
Hangus tiada berapi, karam tiada berair
>
Alah bisa, tegal biasa
>
Ada batang mati, ada cendawan tumbuh
28
BIDALAN
• Bidalan lebih memberatkan teladan dan pengajaran. Bentuknya ada
pendek dan ada panjang. Kerat dan patah dalam bidalan tidak
seringkas pepatah, dan ada kalanya membawa kesan gema atau
rentak
• Oleh sebab bidalan lebih pada makna harfiahnya, maka bidalan lebih
mudah difahami berbanding dengan pepatah. Contoh:
>
Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakit
>
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
>
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengardengar
>
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
>
Sayang emak sayang sahaja, sayang bapa menurut kata, sayang
saudara sama berada
29
PERBILANGAN
• Dari segi bentuk, perbilangan mempunyai dua baris, dan disebut
seperti orang membilang, dan isinya seolah-olah menjadi pegangan
hidup. Bahasanya berbentuk harfiah dan kiasan
• Perbilangan banyak digunakan dalam adat perpatih. Contoh:
>
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
>
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
>
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
>
Merajuk kepada yang kasih, bermanja kepada yang sayang,
meminta kepada yang ada, berkaul kepada yang keramat
>
Siapa menjala siapa terjun, siapa terhutang siapa membayar,
siapa salah siapa bertimbang, siapa membunuh siapa kena
bunuh
30
MAKNA PERIBAHASA
•
Peribahasa memiliki makna yang masih dapat dilacak daripada makna unsurnya
kerana kewujudan asosiasi antara yang tersurat dengan yang tersirat. Contoh
perumpamaan:
>
Seperti ilmu padi, kian berisi, kian merunduk
>
Seperti kacang lupa akan kulit
>
Seperti mentimun dengan durian
>
Seperti merak mengigal di hutan
>
Seperti penyapu diikat dengan benang sutera
>
Seperti tikus membaiki labu
>
Seperti golok kayu, ditetak tak lut, dijual tak laku
•
Idiom dan peribahasa terdapat pada semua bahasa, terutama pada bahasa yang
mempunyai tahap peradaban yang tinggi. Kedua-dua makna ini dapat ditelesuri
dengan tuntas melalui kamus
31
RELASI MAKNA
•
Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang terdapat antara satuan
bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin
berupa kata, frasa, dan ayat
•
Relasi makna dapat menyatakan:
>
kesamaan makna
>
pertentangan makna
>
jangkauan makna
>
kegandaan makna
>
kelebihan makna
•
Relasi makna dapat dilihat dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim,
hiponim, ambiguiti dan pertindanan makna
32
SINONIM
• Dua kata atau lebih yang mempunyai makna kognitif atau
makna konsep yang sama atau hampir sama, yang juga
merupakan implikasi dua hala. Contoh:
pandai
:
pintar
sudah
:
telah
betul
:
benar
mati
:
korban
fall
:
autumn freedom :
liberty
wide
:
broad
mati
korban
33
SINONIM
•
Semua kata yang bersinonim tidak persis sama. Ini disebabkan oleh pelbagai
faktor. Antaranya:
waktu:
tempat:
formal:
sosial:
laras :
•
laksamana (dini)
saya (di mana-mana)
wang (rasmi)
isteri (rasmi)
saya (sesiapa sahaja)
matahari (umum)
–
-
komandan (kini)
beta (istana)
duit (tidak rasmi)
bini (tidak rasmi)
aku (sebaya)
surya (sastera)
Perbedaannya jelas jika dilihat dari aspek makna dasar dan makna tambahan,
nilai rasanya, kelaziman penggunaan dan penyebarannya
34
SINONIM
• nilai rasa: Kata mati bersinonim dengan kata meninggal dunia,
mangkat, gugur, wafat, mampus, tewas, korban…
mangkat
=
mati untuk raja
korban
=
orang, haiwan dsb yang menderita (mati)
akibat sesuatu kejadian
mampus
=
mati bahasa kasar
gugur
==
mati dalam pertempuran
• kelaziman penggunaan: kata besar bersinonim dengan kata raya,
perdana, agung, raksasa… Kelaziman penggunaannya berbeda-beda.
Contoh: jalan raya, alam raya, hari raya, hantu raya, purnama raya,
rimba raya, bukannya jalan agung, hari perdana, hantu raksasa…
35
SINONIM
• Penyebarannya: posisi yang mungkin sesuai dengan kata yang
bersinonim itu. Misalnya kata menunggu dengan menanti, drebar
dengan pemandu, penjara dengan jel. Contoh:
>
>
>
>
>
>
>
Ibu menunggu ayah di pasar (sesuai)
Ibu menanti ayah di pasar (sesuai)
Siapa yang akan menunggu barang ini (sesuai)
Siapa yang akan menanti barang ini (tidak sesuai)
pemandu bas / drebar bas (sesuai)
pemandu pelancong / drebar pelancong (tidak sesuai)
hatinya terpenjara / hatinya terjel (tidak sesuai)
36
SINONIM
• Setiap kata mempunyai nuansa makna yang berbeda. Contoh:
Kata melihat bersinonim dengan kata menonton, nampak, melirik,
pandang, tengok, jenguk, tenung, renung, tilik, jegil, imbas, belek,
perhati, tumpu, tatap, awasi, tinjau, intai, amati, teliti, kenyit, intip,
jeling, kerling, teropong, menziarahi, melawat, menjenguk,
mengunjungi, menghendap…
* Setiap kata yang bersinonim dengan kata melihat itu mempunyai
makna tambahan. Kata menghendap misalnya, bermakna
merendahkan diri (membongkok dsb) atau menyembunyikan diri
(menyorok) supaya tidak kelihatan (dengan maksud hendah mengintai,
menangkap dsb)
37
SINONIM
• Jarang ditemukan dua kata yang bersinonim mutlak. Kata
yang bersinonim mungkin berasal daripada bahasa daerah,
bahasa kebangsaan dan bahasa asing. Contohnya kukul
(bahasa Jawa) bersinonim dengan jerawat (bahasa Melayu
baku), diabetes bersinonim dengan penyakit kencing manis,
telefon gengam bersinonim dengan handphone
• Sinonim juga wujud dalam bentuk antara kata (frasa atau
ayat) yang berbeda ragam bahasanya, dan antara kata yang
berbeda nilai rasanya
38
ANTONIM
•
•
•
Kata yang menyatakan pertentangan makna atau kontras makna antara satu
kata dengan satu kata yang lain
Lawan kata itu mestilah berupa kata. Misalnya kata teruna lawannya memang
bukan teruna, tetapi bukan antonim kerana bukan teruna termasuk frasa.
Antonim teruna ialah dara
Hubungan antara kata itu juga bersifat dua hala. Contoh:
amanah
-
curang
asli
bantah
pasang
teruna
lelaki
jantan
-
tiruan
setuju
surut
dara
perempuan
betina
tekun
malas
39
ANTONIM
•
Antonim dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berasaskan sifat tertentu
>
bersifat mutlak: batas antara satu dengan lain dapat ditentukan
dengan jelas. hidup – mati, diam – bergerak, putera – puteri …
>
bersifat relatif: batas antara satu dengan lain tidak dapat ditentukan
dengan jelas. besar – kecil, jauh – dekat, tebal – nipis, panjang –
pendek, tua – muda, berat – ringan …
>
bersifat relasional: kewujudan yang satu perlu disertai oleh yang lain.
suami – isteri, membeli – menjual, guru – murid, ibu – anak
>
bersifat hierarki: kedua-dua satuan ujaran yang bertentangan itu
berada dalam satu garis hierarki. gram – kilogram
•
Dalam sesetengah bahasa, terdapat ujaran yang memiliki pasangan antonim
lebih daripada satu. Keadaan ini dinamakan antonim majmuk. Contoh:
jauh: dekat, hampir, rapat, sebelah, akrab, karib, samping,
sanding, intim, damping…
putih: hitam, merah, kuning, jingga…
40
ANTONIM
• Antonim digunakan juga untuk oposisi makna dalam pasangan leksikal
bertaraf, seperti panas dengan dingin. Dikatakan bertaraf kerana
antara panas dengan dingin masih ada kata lain seperti hangat dan
suam-suam kuku. Ayat saya tidak ingin mandi dengan air dingin tidak
bermakna saya ingin mandi dengan air panas, mungkin saya ingin
mandi dengan air hangat
• Oposisi makna dalam pasangan leksikal yang tidak bertaraf, yang
maknanya bertentangan dinamakan oposisi komplemen, seperti
jantan dengan betina dan suami dengan isteri. Dalam ayat Gen seekor
kucing jantan bermakna Gen bukan kucing betina, dan juga ayat Minah
isteri Mamat bermakna Mamat suami Minah
41
POLISEM
• Kata atau satuan ujaran yang mempunyai makna lebih daripada satu.
Polisem bersumber daripada satu kata, dan maknanya masih
berhubungan. Contoh:
kepala:
kepala:
kepala:
kepala:
kepala:
bahagian tubuh (manusia / binatang) dari leher ke atas
atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut,
telinga…)
bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu)
ketua (pejabat, perkumpulan, tertubuhan), pemimpin
negara, penghulu…
otak, fikiran, akal
orang (digunakan dalam perhitungan / perkiraan)
• Makna pertama ialah makna sebenar. Makna lain ialah makna yang
dikembangkan berasaskan salah satu komponen makna yang dimiliki oleh
kata atau satuan ujaran itu
42
POLISEM
• Contoh lain:
>
Orang itu jatuh dari pokok (terpelanting)
>
Mahasiswa itu jatuh dalam peperiksaan akhir (gagal)
>
Harga cili api jatuh merudung (merosot)
>
setelah kehujanan, ia jatuh sakit (menjadi)
>
hariu raya jatuh pada hari Jumaat (bertepatan)
• Makna pertama ialah makna sebenar. Makna lain ialah makna yang
dikembangkan berasaskan salah satu komponen makna yang dimiliki
oleh kata atau satuan ujaran itu
43
POLISEM
•
Kata seniman bermaksud orang yang menciptakan karya seni. Namun
demikian, kata seniman ini dapat disempitkan lagi maknanya bergantung pada
konteks. Contoh:
(1) A Samad Said seorang seniman besar, pengunjung pameran terpana
dengan karya seninya
(2) Karya seniman itu dapat dilihat pada setiap pameran lukisan
(3) Seniman ulung ikut ambil bahagian dalam persembahan orkestra di
Istana Budaya
kata seniman dalam ujaran (1) bermaksud sasterawan, seniman dalam ujaran
(2) bermaksud pelukis, dan seniman dalam ujaran (3) bermaksud pemuzik.
Kata seniman dalam (1), (2), dan (3) berbeda dalam hal makna rujukan. Oleh
sebab acuan atau objek berada di luar bahasa, dan terikat dengan konteks,
maka makna ini dinamakan juga makna konseptual
44
HIPONIM
• Hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian
daripada makna suatu ungkapan lain, iaitu makna spesifik dalam
makna generik
• Umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana
mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi
bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari,
tahi ayam, cempaka, melur, raya, kasturi, ros, anggerik, tulip, melati,
dahlia, kenanga…
• Contoh lain:
Ikan ialah hiponim bagi tenggiri, tongkol, bawal, kembung, kelah,
bilis, belanak, buntal, parang, tambang, merah, emas, kelisa, kelisi,
gelama, paus, duri…
45
HOMONIM
•
Homonim bermaksud ungkapan yang bentuknya sama dengan ungkapan
lain, tetapi maknanya berbeda
•
Kata yang ditulis sama tetapi maknanya berbeda dinamakan homograf, dan
kata yang dilafazkan sama tetapi maknanya berbeda dinamakan homofon
•
Dalam kamus, kata berhomonim (homograf) wujud sebagai lema (entri) yang
terpisah. Contohnya kata lawa, wujud sebagai tiga lema, iaitu:
(1) lawa: cantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak
(2) lawa: galang atau palang (pada perahu dll)
(3) lawa: sombong
46
HOMONIM
•
Contoh lain:
pacar : inai
raga : bakul yang diperbuat daripada bilah
pacar : kekasih
raga: badan
bisa : racun
raga: berlagak, sombong
bisa : sanggup, dapat
bandar : pelabuhan
bandar : kota perdagangan
bandar : parit
bandar : pemegang wang dalam perjudian
bang : azan
bang : singkatan kata abang
nya : Yang di sana itu kekasihnya (KGND)
ingin berkahwin, tetapi kekasihnya belum
ada (orang tertentu)
47
HOMONIM
• Contoh homofon:
>
masa : waktu
massa : jumlah besar yang menjadi satu kesatuan
>
sangsi : ragu-ragu, bimbang
sanksi : tindakan hukum
>
bank : lembaga kewangan
bang : abang
bang : azan
>
tang : alat untuk menyepit
tank : kenderaan tempur
48
AMBIGUITI
• Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau
mendua makna. Kegandaan makna ini berlaku pada satuan
ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan
terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeda.
Contoh:
• Buku sejarah baru
(Buku sejarah itu baru / Buku itu berisi sejarah zaman baru)
• Orang malas lalu di sana
(Jarang ada orang yang mahu lalu di sana / Orang malas sahaja lalu di
sana)
• Menteri baru kahwin
(Menteri yang baru dilantik itu kahwin / Menteri yang sudah lama
jadi menteri, tetapi kahwinnya baru)
49
PERTINDANAN MAKNA
• Pertindanan makna bermaksud berlebih-lebihan penggunaan unsur
segmental dalam suatu bentuk ujaran
• Contoh:
>
Burung ditembak oleh Halim
>
Burung ditembak Halim
• Kata oleh dalam ayat di atas dianggap yang berlebih-lebihan dan
mubazir, kerana kata oleh itu sebenarnya tidak perlu
• Contoh lain:
>
Perawan ini memakai baju berwarna merah
>
Perawan ini berbaju merah
>
Dia membelah kayu dengan menggunakan kapak
>
Dia membelah kayu dengan kapak
50
KESIMPULAN
• Semantik ialah kajian tentang teori referensi dan teori makna
• Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk dan lambang
merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan
• Jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal,
makna ketatabahasaan dan makna konteks
• Bidang makna yang lain termasuklah makna rujukan dan makna bukan
rujukan, makna denotatif dan makna konotatif, makna kontekstual,
makna asosiatif, makna stilistik, afektif dan kolokatif, makna istilah,
makna idiom, dan makna peribahasa
• Relasi makna dapat dirincikan dari aspek sinonim, antonim, polisem,
hiponim, homonim, ambiguiti dan pertindanan makna
51
MADAH PUJANGGA
52
Download