KURSUS LATIHAN MENGAJAR TAHUNAN NOV/DIS 2006 BAHASA MELAYU Huruf konsonan Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan (termasuk beberapa bunyi konsonan sekunder) iaitu: Contoh Penggunaan Huruf Fonem di di tengah di depan belakang b /b/ bahasa sebut adab c /c/ cakap kaca Mac d /d/ dua ada abad f /f/ fakir tafsir maaf g /g/ guna tiga beg gh /gh/ ghaib maghrib mubaligh h /h/ hari saham tuah j /j/ jalan manja kolej k /k/ kami paksa katak - /q/ kadi - - kh /kh/ khusus akhir tarikh l /l/ lekas alas kesal m /m/ maka kami diam n /n/ nama anak daun ng /ng/ ngilu angin pening ny /ny/ nyata hanya - p /p/ pasang apa siap q /q/ Quran wuquf buraq r /r/ raih bara putar s /s/ sampai asli lemas sy /sy/ syarat asytihar Quraisy t /t/ tali mata rapat v /v/ vitamin universiti - w /w/ wanita hawa - x /z/ xenon - - y /y/ yang payung - z /z/ zaman lazat lafaz Persukuan Terdapat sebelas pola suku kata yang berrikut: Pola Contoh (1) V i-bu, gu-a (2) VK er-ti, ma-in (3) KV ra-kit, ban-tu (4) KVK pin-tu, hi-lang (5) KKV dra-ma, indus-tri (6) KKVK trak-tor, elek-trik (7) VKK eks-port (8) KVKK bank-rap, kon-teks (9) KKVKK kom-pleks (10) KKKV stra-tegi, skru (11) KKKVK struk-tur, spring Pemisahan suku kata pada kata dasar: Pola Contoh (1) V i-a (2) V-VK a-ur (3) V-KV u-bi, i-su (4) V-KVK u-lar, u-nit a-din-da, e-lek-trik (5) VK-KV un-ta, in-ci um-pa-ma, ar-ki-tek (6) VK-KVK un-tuk, or-gan al-mar-hum (7) KV-V di-a, pi-a-no se-mu-a, ma-la-ri-a (8) KV-VK ma-ut, ta-ip bi-du-an, kal-si-um (9) KV-KV ha-wa, bi-ro se-la-sih, dip-lo-ma (10) KV-KVK da-pur, me-sin (11) KVK-KV tam-pi, del-ta teng-ku-juh, ma-ni-fes-to (12) KVK-KVK sum-pit, mag-net se-me-nan-jung, struk-tur Pemisahan suku kata pada kata terbitan: Perkataan Pemisahan Suku Kata belajar be-la-jar berasa be-ra-sa berinai ber-i-nai diperkatakan di-per-ka-ta-kan katakanlah ka-ta-kan-lah keberangkatan ke-ber-ang-kat-an kesembilan ke-sem-bi-lan ketakutan ke-ta-kut-an memenuhi me-me-nuh-i mengklasifikasikan meng-kla-si-fi-ka-si-kan mengetumakan meng-u-ta-ma-kan pemprosesan pem-pro-ses-an pertunjukan per-tun-juk-an seseorang se-se-o-rang terangkat ter-ang-kat terjemahannya ter-je-mah-an-nya Sebutan kata terbitan tidak dipenggalkan mengikut suku kata dan imbuhan, tetapi lebih kepada pemisahan sebutan. 1. Kata awalan di-, ke-, seAwalan-awalan ini diucapkan sebagai satu suku kata yang utuh, misalnya: a. diambil /di.am.bil/ b. kekasih /ke.ka.sih/ 2. Kata awalan meN- dan peNa. mengambil /me.ngam.bil/ bukan /meng.am.bil/ b. pengawas /pe.nga.was/ bukan /peng.a.was/ 3. Kata awalan beR-, peR-, teRa. berada /be.ra.da/ b. perenam /pe.re.nam/ c. terikat /te.ri.kat/ 4. Kata berakhiran –an, -i, dan –kan a. awalan /a.wa.lan/ b. galakan /ga.la.kan/ c. tindakan /tin.da.kan/ d. masuki /ma.su.ki/ Rujukan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004). “Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu.” http://www.karyanet.com.my 2. Awang Sariyan (1995). “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi.” Selangor: Synergymate Sdn. Bhd.