Bible APAKAH MESEJNYA? Penerbitan Agama Kristian Bible APAKAH MESEJNYA? KANDUNGAN Bahagian 1 Pencipta Memberi Manusia Sebuah Firdaus [muka 4] 2 Firdaus Hilang [muka 5] 3 Manusia Terselamat daripada Banjir Besar [muka 6] 4 Perjanjian Tuhan dengan Abraham [muka 7] 5 Tuhan Memberkati Abraham dan Keluarganya [muka 8] 6 Ayub Berpegang pada Integritinya [muka 9] 7 Tuhan Menyelamatkan Umat Israel [muka 10] 8 Umat Israel Memasuki Negeri Kanaan [muka 11] 9 Orang Israel Menuntut Seorang Raja [muka 12] 10 Salomo—Pemerintah yang Bijaksana [muka 13] 11 Lagu-Lagu yang Mengajar dan Menghiburkan Hati [muka 14] 12 Hidup Berpandukan Kebijaksanaan Tuhan [muka 15] 13 Raja-Raja Baik dan Raja-Raja Jahat [muka 16] Bahagian 14 Tuhan Berfirman melalui Nabi-Nya [muka 17] 15 Nabi dalam Pembuangan Mendapat Penglihatan Masa Hadapan [muka 18] 16 Ketibaan Mesias [muka 19] 17 Yesus Mengajar tentang Kerajaan Tuhan [muka 20] 18 Yesus Melakukan Mukjizat-Mukjizat [muka 21] 19 Nubuat Yesus Memberi Kesan kepada Seluruh Dunia [muka 22] 21 Yesus Hidup Semula! [muka 24] 22 Para Rasul Menyebarkan Berita Baik Tanpa Rasa Gentar [muka 25] 26] [muka 27] [muka 30] Kecuali apabila dinyatakan, semua ayat Bible dipetik daripada Alkitab Berita Baik dalam bahasa Melayu (ABB), Hakcipta ˘ The Bible Society of Malaysia 2001. Singkatan NW merujuk kepada ayat Bible yang diterjemahkan daripada New World Translation of the Holy Scriptures —With References dalam bahasa Inggeris. Malay (bm-ML) [muka 23] 25 Nasihat tentang Iman, Kelakuan, dan Kasih [muka 26 Firdaus Dipulihkan! Untuk memberikan sumbangan, sila layari www.jw.org/ms. The Bible—What Is Its Message? Cetakan Oktober 2016 20 Yesus Kristus Dibunuh 23 Berita Baik Tersebar [muka 24 Paulus Menulis kepada Sidang-Sidang Kristian Bahan bacaan ini bukan untuk dijual. Bahan bacaan ini ialah sebahagian daripada kerja pendidikan Bible sedunia yang mendapat sokongan melalui derma sukarela. 29] ˘ 2009 WATCH TOWER BIBLE AND TRACT SOCIETY OF PENNSYLVANIA Penerbit Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc., Wallkill, New York, U.S.A. Made in Japan Dicetak di Jepun Mengapakah Anda Patut Menyelidiki Bible? Adakah anda tahu apa yang terkandung dalam Bible? Bible merupakan karya unik yang terlaris dalam sejarah manusia. Orang daripada pelbagai bangsa dan kebudayaan mendapati bahawa mesej yang terkandung dalam Bible merupakan sumber harapan dan penawar hati. Mereka juga mendapati nasihat dalam Bible sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian. Namun, kini banyak orang kurang berpengetahuan tentang Bible. Tidak kira sama ada anda mempunyai agama sendiri atau tidak, anda mungkin ingin tahu apa yang terkandung dalam Bible. Brosur ini disediakan khas untuk membantu anda mendapat pengetahuan dasar tentang apa yang terkandung dalam Bible. FAKTA MENARIK TENTANG BIBLE S EBELUM anda mula membaca Bible, adalah baik jika anda tahu serba sedikit tentang bagaimana buku ini disusun. Bible juga dikenali sebagai Kitab Suci, dan terdiri daripada 66 buah buku atau bahagian. Buku yang pertama ialah Kejadian, dan buku yang terakhir ialah Wahyu. Siapakah pengarang Bible? Soalan ini telah menarik minat ramai orang. Pada hakikatnya, Bible ditulis oleh kira-kira 40 orang lelaki, dan usaha ini memakan masa lebih daripada 1,600 tahun. Walau bagaimanapun, penulis-penulis ini tidak mendakwa bahawa mereka merupakan pengarang Bible. Salah seorang penulis Bible menyatakan, “Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh [Tuhan].” (2 Timotius 3:16) Seorang lagi penulis telah menyatakan, ‘Roh Yehuwa berfirman melalui aku; firman-Nya ada pada bibirku.’ (2 Samuel 23:2) Maka, penulis-penulis ini menunjukkan bahawa Pengarang Bible ialah Tuhan Yehuwa, iaitu Pemerintah Alam Semesta Yang Tertinggi. Mereka menyatakan bahawa Tuhan ingin manusia menghampiriNya. Untuk memahami Bible, terdapat satu lagi perkara penting yang anda perlu ketahui. Seluruh Bible dikaitkan oleh satu tema, iaitu pembuktian hak Yehuwa untuk memerintah manusia melalui Kerajaan-Nya di syurga. Dalam muka-muka surat yang berikut, anda akan melihat bagaimana tema ini dikaitkan dari buku Kejadian hingga buku Wahyu. Berdasarkan apa yang disebut di atas, marilah kita menyelidiki mesej yang terkandung dalam Bible, buku yang paling popular di dunia. ˛ Usaha untuk menulis Bible memakan masa 1,610 tahun, bermula dari tahun 1513 SM hingga tahun 98 M.1 ˛ Sebahagian besar daripada 39 buku pertama Bible ditulis dalam bahasa Ibrani, tetapi bahasa Aram juga digunakan. Buku-buku ini dikenali sebagai Kitab Ibrani, atau “Perjanjian Lama.” ˛ Kitab Yunani Kristian, atau “Perjanjian Baru” terdiri daripada 27 buku terakhir dalam Bible yang ditulis dalam bahasa Yunani. ˛ Bible dibahagikan kepada “bab” dan “ayat.” Contohnya, Matius 6:9, 10 merujuk kepada bab 6 dalam buku Matius, ayat 9 dan 10. 1 Dalam brosur ini, singkatan M merujuk kepada tahun “Masihi,” manakala singkatan SM merujuk kepada tahun “Sebelum Masihi.” Anda akan melihat singkatan ini dalam carta aliran masa di bawah setiap muka surat. 3 ˘ Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 1 Pencipta Memberi Manusia Sebuah Firdaus Tuhan menciptakan alam semesta dan semua benda hidup di bumi. Dia menciptakan seorang lelaki dan seorang perempuan yang sempurna, lalu menempatkan mereka di sebuah taman yang indah. Dia memberikan perintah-perintah-Nya kepada mereka K ATA-KATA berikut dianggap sebagai kata-kata pembukaan yang paling masyhur, ‘Pada mulanya, Tuhan menciptakan alam semesta.’ (Kejadian 1:1, nota kaki) Dengan kata-kata ini yang indah lagi mudah, Bible memperkenalkan Individu yang memegang watak utama di dalam Kitab Suci. Individu yang dimaksudkan ialah Tuhan Yang Maha Kuasa, iaitu Yehuwa. Ayat pertama di dalam Bible menunjukkan bahawa Tuhan merupakan Pencipta alam semesta yang luas termasuklah planet bumi. Ayat-ayat Bible yang seterusnya menunjukkan bahawa dalam masa beberapa “hari,” Tuhan telah menciptakan segala sesuatu di bumi dan menyediakan bumi sebagai tempat kediaman kita. Perkataan “hari” digunakan secara kiasan, dan merujuk kepada suatu jangka masa yang panjang. Di bumi, ciptaanTuhan yang paling agung ialah manusia. Manusia diciptakan dalam imej Tuhan. Oleh itu manusia mampu mencerminkan sifat-sifat Yehuwa seperti kasih dan kebijaksanaan. Tuhan telah menciptakan seorang lelaki daripada tanah dan menamakannya Adam. Dia menempatkan Adam di dalam firdaus yang dipanggil Taman Eden. Tuhan sendiri memenuhi taman itu dengan pokok-pokok yang cantik dan subur. Tuhan tahu bahawa lelaki itu memerlukan seorang teman. Maka Tuhan menciptakan seorang perempuan dengan menggunakan salah satu tulang rusuk Adam dan memberikan perempuan itu kepada Adam sebagai isterinya. Perempuan itu dipanggil Hawa. Adam, yang sungguh gembira pada masa itu, telah menzahirkan perasaannya dengan kata-kata ini, “Inilah dia, orang yang sama dengan aku—tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku.” Tuhan menjelaskan, “Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.” —Kejadian 2:22-24; 3:20. Tuhan telah memberikan dua perintah kepada Adam dan Hawa. Dalam perintahNya yang pertama, Tuhan menyuruh mereka mengusahakan dan memelihara Taman Eden serta memenuhi bumi dengan anak cucu mereka. Dalam perintah-Nya yang ke- dua, Dia melarang mereka makan buah daripada hanya sebatang pokok di dalam taman yang luas itu. Pokok itu dipanggil “pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.” (Kejadian 2:17) Jika mereka tidak taat kepada Tuhan, mereka akan mati. Dengan memberikan perintahperintah tersebut, Tuhan memberi mereka peluang untuk menunjukkan bahawa mereka menerima-Nya sebagai Pemerintah mereka. Ketaatan mereka juga akan menunjukkan kasih dan rasa syukur mereka kepada Tuhan. Mereka tidak mempunyai apa-apa alasan untuk menolak pemerintahan-Nya yang baik. Mereka sempurna, iaitu mereka diciptakan tanpa sebarang cacat cela. Bible memberitahu kita, “[Tuhan] memandang semua yang sudah dijadikan-Nya dan Dia sangat berpuas hati.”—Kejadian 1:31. —Berdasarkan Kejadian bab 1 dan bab 2. ˛ Bagaimanakah Bible menggambarkan penciptaan manusia dan tempat kediaman mereka? ˛ Pasangan lelaki dan perempuan yang pertama berpeluang untuk menikmati kehidupan yang bagaimana? ˛ Apakah perintah yang diberikan oleh Tuhan kepada pasangan manusia yang pertama? NAMA TUHAN Di dalam Kitab Suci, Tuhan mempunyai pelbagai gelaran. Antara gelaran-gelaran Tuhan ialah Yang Maha Kuasa dan Pencipta. Sesetengah gelaran-Nya menonjolkan sifat-sifat-Nya sebagai Tuhan yang suci, berkuasa, adil, bijaksana, dan pengasih. Walau bagaimanapun, Tuhan telah memberi diri-Nya nama yang unik —Yehuwa. Apabila Bible mula-mula ditulis, nama Tuhan muncul kira-kira 7,000 kali. Nama ini pertama kali digunakan di Kejadian 2:4. Nama Yehuwa bererti “Dia Yang Menyebabkan Menjadi.” Hal ini bermaksud Tuhan dapat melaksanakan apa jua yang dikehendaki-Nya dan menepati semua janji yang dibuat-Nya. Tidakkah hakikat ini menyebabkan anda berasa senang hati? 4 “Pada mulanya . . .” Adam diciptakan 4026 SM 2 Firdaus Hilang Kejadian ˘ Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Satu malaikat pemberontak mempengaruhi pasangan manusia yang pertama, iaitu Adam dan Hawa untuk menolak pemerintahan Tuhan. Inilah permulaan dosa dan kematian L AMA sebelum manusia diciptakan, Tuhan telah menciptakan makhluk-makhluk roh yang tidak dapat dilihat. Mereka dipanggil malaikat. Salah satu malaikat telah memberontak, dan dia kemudiannya dikenali sebagai Syaitan Si Iblis. Di Taman Eden, malaikat yang licik ini telah menggoda Hawa untuk memakan buah yang dilarang oleh Tuhan. Dengan menggunakan seekor ular untuk bercakap kepada Hawa, Syaitan menyusupkan idea bahawa Tuhan enggan memberikan sesuatu yang amat berharga kepada Hawa dan suaminya. Malaikat ini memberitahu Hawa bahawa dia dan suaminya tidak akan mati jika mereka makan buah yang dilarang oleh Tuhan. Maka, Syaitan melontarkan tuduhan bahawa Tuhan telah membohongi anak-anak-Nya di bumi. Penipu ini menggoda mereka untuk mempercayai bahawa keingkaran kepada Tuhan adalah sesuatu yang manis dijamah dan akan membawa kebebasan serta memberi mereka ilmu yang istimewa. Tetapi, hal ini adalah suatu dusta, iaitu dusta pertama di bumi. Isu sebenar yang diungkit melibatkan kedaulatan Yehuwa, atau kedudukan-Nya sebagai pemerintah yang tertinggi. Hal ini bermaksud bahawa Syaitan telah mempertikaikan sama ada Tuhan berhak memerintah manusia, dan sama ada pemerintahan-Nya adalah adil dan mengutamakan kepentingan rakyat-Nya. Hawa mempercayai tipu muslihat Syaitan. Hawa mula memasang hasrat untuk memakan buah itu, dan akhirnya dia telah makan KETIDAKSEMPURNAAN DAN KEMATIAN Tuhan telah menciptakan Adam dan Hawa sebagai makhluk yang sempurna yang mempunyai harapan untuk hidup di Firdaus untuk selama-lamanya. Apabila mereka memberontak menentang Tuhan, mereka telah berdosa. Akibatnya, Adam dan Hawa hilang kesempurnaan mereka dan telah memutuskan pertalian mereka dengan Sumber kehidupan, iaitu Yehuwa. Sejak itu, mereka dan semua anak cucu mereka yang tidak sempurna tidak dapat mengelakkan dosa dan kematian. —Roma 5:12. buah itu. Kemudian, dia memberikan buah itu kepada suaminya, dan dia juga makan buah itu. Maka, mereka menjadi pendosa. Walaupun apa yang dilakukan oleh mereka nampaknya remeh, perbuatan mereka menunjukkan keingkaran mereka. Oleh sebab Adam dan Hawa telah sengaja memilih untuk mengingkari perintah Tuhan, mereka menunjukkan bahawa mereka menolak pemerintahan Pencipta yang telah mengurniakan mereka dengan segala-galanya, termasuklah kehidupan mereka yang sempurna. Tuhan menjatuhkan hukuman mati atas pemberontak-pemberontak itu. Dia menubuatkan kedatangan seorang Penyelamat, atau Benih yang akan membinasakan Syaitan, iaitu individu di sebalik ular itu. Tuhan menangguhkan hukuman itu untuk suatu jangka Benih itu “akan masa. Dengan berbuat de- meremukkan kepalamu mikian, Tuhan memperlihatkan belas kasihan-Nya dan engkau akan kepada anak-anak Adam dan mematuk tumitnya.” Hawa yang masih belum di- —Kejadian 3:15, NW lahirkan. Maka, anak cucu mereka mempunyai harapan Maleakhi kerana Penyelamat yang bakal diutus Tuhan Matius akan membatalkan kesan-kesan buruk akibat Markus pemberontakan yang berlaku di Taman Eden. Lukas Bagaimanakah hal ini boleh menjadi kenyataYohanes an? Siapakah Penyelamat ini? Perkara-perkara Kisah ini disingkapkan secara beransur-ansur seraya Roma 1 Korintus Bible ditulis. 2 Korintus Tuhan menghalau Adam dan Hawa keluar Galatia dari Firdaus. Oleh itu, mereka terpaksa berEfesus jerih lelah untuk mengusahakan tanah bagi Filipi mencari rezeki di luar Taman Eden. Hawa keKolose 1 Tesalonika mudiannya menjadi hamil dan melahirkan 2 Tesalonika Kain, anak sulung mereka. Mereka juga mem1 Timotius punyai anak lelaki dan anak perempuan yang 2 Timotius lain, termasuk Habel dan Set, iaitu nenek moTitus yang kepada Nuh. Filemon —Berdasarkan Kejadian bab 3 hingga bab 5; Wahyu 12:9. ˛ Siapakah yang mengeluarkan dusta pertama, dan apakah dusta itu? ˛ Bagaimanakah Adam dan Hawa kehilangan Firdaus? ˛ Semasa menghukum para pemberontak atas kesalahan mereka, apakah harapan yang telah diberikan oleh Tuhan? Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 5 Kematian Adam 3096 2500 SM ˘ Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 3 Manusia Terselamat daripada Banjir Besar Tuhan membinasakan orang jahat tetapi menyelamatkan Nuh dan keluarganya S ERAYA bilangan manusia bertambah, dosa dan kejahatan semakin berleluasa. Satu-satunya nabi Tuhan pada masa itu yang bernama Henokh bernubuat bahawa pada suatu hari nanti, Tuhan akan membinasakan orang yang jahat. Walau bagaimanapun, kejahatan bermaharajalela dan menjadi semakin teruk. Sesetengah malaikat telah memberontak menentang Yehuwa dengan meninggalkan tempat tinggal mereka di syurga. Mereka telah turun ke bumi, membuat tubuh manusia untuk diri sendiri, dan menjadikan perempuan di bumi isteri mereka. Penyatuan yang tidak semula jadi ini menghasilkan keturunan gergasi yang mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka dipanggil Nefilim. Mereka turut menyebabkan keganasan dan penumpahan darah di bumi menjadi semakin teruk. Hati Tuhan terluka seraya melihat ciptaan-ciptaan-Nya rosak binasa. Selepas kematian Henokh, terdapat seorang lelaki yang berbeza daripada orang jahat di sekelilingnya. Namanya Nuh. Dia dan keluarganya berusaha untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan. Tuhan membuat keputusan untuk membinasakan orang jahat pada masa itu, tetapi Dia ingin menyelamatkan Nuh dan haiwanhaiwan di bumi. Maka, Tuhan menyuruh Nuh membina sebuah bahtera, iaitu sebuah kapal besar yang berbentuk segi empat tepat. Dalam bahtera ini, Nuh, keluarganya, dan haiwan-haiwan akan terselamat apabila Banjir Besar berlaku. Nuh mentaati Tuhan. Nuh menghabiskan kira-kira 40 atau 50 tahun untuk membina bahtera ini. Pada masa yang sama, dia telah mengisytiharkan perkhabaran daripada Tuhan juga. (2 Petrus 2:5) Dia memberikan amaran kepada orang yang hi- HIDUP AKRAB DENGAN TUHAN Kebanyakan anak cucu Adam dan Hawa menolak pemerintahan Yehuwa. Walau bagaimanapun, bermula dengan Habel, terdapat beberapa orang anak cucu Adam dan Hawa yang menerima pemerintahan Yehuwa. Henokh dan Nuh telah hidup akrab dengan Tuhan. Hal ini bermaksud mereka menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Yehuwa. (Kejadian 5:22; 6:9) Sebahagian besar daripada apa yang terkandung di dalam Bible memberi tumpuan kepada lelaki dan wanita yang telah memilih Tuhan sebagai Pemerintah mereka. dup pada masa itu tentang Banjir Besar yang bakal berlaku. Tetapi mereka tidak mempedulikannya. Akhirnya, tiba masanya untuk Nuh, keluarganya, dan haiwan-haiwan untuk masuk ke dalam bahtera itu. Tuhan menutup pintu bahtera, dan hujan pun mula turun. Hujan turun mencurah-curah selama 40 hari dan 40 malam sehingga seluruh bumi ditenggelami air. Semua orang yang jahat lenyap. Beberapa bulan kemudian, apabila air semakin surut, bahtera itu mendarat di atas sebuah gunung. Sekurang-kurangnya satu tahun berlalu sebelum mereka dapat keluar dari bahtera itu. Nuh mempersembahkan sebuah pemberian kepada Yehuwa untuk menunjukkan rasa syukurnya. Tuhan menyambut baik pemberian Nuh dan memberitahu Nuh dan keluarganya bahawa Dia tidak akan membawa banjir untuk membinasakan kehidupan di bumi lagi. Yehuwa memberikan pelangi sebagai jaminan nyata, atau peringatan akan janji-Nya. Selepas Banjir Besar, Tuhan memberi manusia beberapa perintah yang baru. Dia membenarkan mereka makan daging haiwan. Tetapi, Dia melarang mereka makan darah. Dia juga memerintahkan anak cucu Nuh supaya tersebar ke seluruh pelosok bumi. Tetapi, ada dalam kalangan mereka yang mengingkari perintah ini. Di bawah pimpinan Nimrod, mereka mula membina sebuah menara yang tinggi di kota Babel. Kota ini kemudiannya dipanggil kota Babilon. Niat mereka adalah untuk menentang perintah Tuhan yang menyatakan bahawa mereka harus tersebar ke seluruh dunia. Namun, Tuhan menggagalkan usaha mereka. Dia mengelirukan mereka dengan menyebabkan mereka bertutur dalam bahasa-bahasa yang berlainan. Oleh sebab mereka tidak dapat memahami satu sama lain, mereka meninggalkan projek pembinaan mereka lalu berpindah ke tempat-tempat yang berlainan. —Berdasarkan Kejadian bab 6 hingga bab 11; Yudas 14, 15. ˛ Bagaimanakah kejahatan merebak di bumi? ˛ Bagaimanakah Nuh membuktikan bahawa dia seorang lelaki yang setia? ˛ Selepas Banjir Besar, apakah larangan Tuhan? 2500 SM Banjir Besar 2370 4 Perjanjian Tuhan dengan Abraham Abraham mentaati dan menaruh kepercayaan pada Tuhan. Yehuwa berjanji bahawa Dia akan memberkatinya dan melipatgandakan bilangan anak cucunya K IRA-KIRA 350 tahun sudah berlalu sejak Banjir berlaku pada zaman Nuh. Abraham hidup di sebuah kota makmur yang dipanggil kota Ur; kini kota ini terletak di Iraq. Abraham ialah seorang lelaki yang mempunyai kepercayaan yang sangat kuat. Tetapi, sekarang imannya diuji. Yehuwa menyuruh Abraham meninggalkan tanah airnya dan pergi ke sebuah negeri asing. Abraham tidak teragak-agak untuk mentaati kata-kata Tuhan. Dia membawa isterinya Sara, anak saudaranya Lot, dan hambahambanya bersamanya. Akhirnya, selepas perjalanan mereka yang jauh, mereka sampai di Kanaan. Di Kanaan, mereka tinggal di dalam khemah-khemah. Dalam perjanjian yang dibuat oleh Yehuwa kepada Abraham, Yehuwa berjanji bahawa Dia akan menjadikan keturunan Abraham sebuah bangsa yang besar, keturunannya akan memiliki negeri Kanaan, dan semua keluarga di bumi akan diberkati melaluinya. Abraham dan Lot hidup makmur. Kawanan bebiri dan lembu mereka makin hari makin banyak. Dengan murah hati, Abraham mengizinkan Lot untuk memilih mana-mana kawasan yang diingininya. Lot memilih tanah yang subur di daerah Sungai Yordan dan dia tinggal berdekatan kota Sodom. Tetapi, penduduk Sodom tidak bermoral—mereka menentang Yehuwa dengan melakukan dosadosa yang menjijikkan. Sekali lagi, Tuhan Yehuwa memberi kepastian kepada Abraham dengan menyatakan bahawa bilangan anak cucu Abraham akan menjadi banyak bagaikan bilangan bintangbintang yang memenuhi langit. Abraham mempercayai janji Yehuwa. Namun begitu, isteri kesayangan Abraham, Sara masih tidak mempunyai anak. Kemudian, apabila Abraham berumur 99 tahun, dan Sara berumur hampir 90 tahun, Tuhan memberitahu Abraham bahawa dia dan isterinya akan dikurniakan seorang anak. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Tuhan, Sara telah melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Ishak. Abraham mempunyai anak-anak yang lain juga, tetapi Penyelamat yang telah dijanjikan di Taman Eden akan datang daripada keturunan Ishak. Sementara itu, Lot dan keluarganya tinggal di kota Sodom. Lot tidak berubah menjadi seperti penduduk di situ yang tidak bermoral; dia setia kepada Tuhan. Apabila Yehuwa membuat keputusan untuk membinasakan Sodom, Dia mengutus malaikat-Nya awal-awal lagi untuk memberi amaran kepada Lot tentang pembinasaan yang bakal menempuh. Malaikat itu menggesa Lot dan keluarganya untuk melarikan diri dari Sodom; mereka diarahkan supaya tidak menoleh ke belakang. Kemudian, Yehuwa menurunkan hujan belerang yang berapi ke atas Sodom dan satu lagi kota berdekatan yang penuh kejahatan, Gomora. Semua penduduk di situ telah dibinasakan. Lot dan kedua-dua anak perempuannya berjaya melarikan diri. Tetapi isteri Lot menoleh ke belakang, mungkin dengan rasa rindu akan harta benda yang ditinggalkannya. Akibat daripada keingkarannya, dia mati. —Berdasarkan Kejadian 11:10–19:38. ˛ Mengapakah Abraham berpindah ke Kanaan? ˛ Apakah perjanjian yang dibuat oleh Yehuwa dengan Abraham? ˛ Mengapakah Yehuwa membinasakan Sodom dan Gomora? PERJANJIAN-PERJANJIAN TUHAN Pada zaman Bible, sebuah perjanjian ialah sebuah kontrak atau persetujuan formal. Melalui rangkaian perjanjian, Yehuwa secara beransur-ansur menyingkapkan bagaimana tujuan-Nya untuk membawa Penyelamat yang dinubuatkan di Taman Eden akan menjadi kenyataan. Perjanjian yang dibuat dengan Abraham menunjukkan bahawa Penyelamat ini akan datang daripada jurai keturunannya. Perjanjian-perjanjian lain yang dibuat di kemudian hari akan memberikan butiran lanjut tentang identiti Penyelamat ini. Kejadian ˘ Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 7 Abraham dilahirkan 2018 1943 Perjanjian Abraham 1800 SM ˘ Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 5 Tuhan Memberkati Abraham dan Keluarganya Keturunan Abraham hidup makmur. Tuhan melindungi Yusuf di Mesir Y EHUWA tahu bahawa Anak-Nya yang tersayang akan menderita dan mati pada suatu hari nanti. Nubuat yang tercatat di Kejadian 3: 15 memberitahu kita sedikit sebanyak tentang kebenaran ini. Dapatkah Tuhan tunjukkan kepada umat manusia betapa besarnya pengorbanan yang perlu ditanggung-Nya apabila Anak-Nya mati? Bible menggambarkan hal ini dengan menceritakan kisah tentang seorang bapa dan anaknya. Tuhan telah menyuruh Abraham untuk mengorbankan Ishak, anaknya yang dikasihi. Abraham mempunyai iman yang kukuh. Jika anda masih ingat, Tuhan telah berjanji kepada Abraham bahawa Penyelamat, atau Benih yang telah dinubuatkan akan datang melalui keturunan Ishak. Dengan keyakinan bahawa Tuhan dapat membangkitkan anaknya jika perlu, Abraham mentaati Tuhan dan bersedia untuk mengorbankan anaknya. Tepat sebelum Abraham mengorbankan anaknya, malaikat yang dihantar Tuhan menghentikan Abraham. Tuhan memuji Abraham kerana kesanggupannya untuk mengorbankan anaknya yang dikasihi. Selepas itu, Tuhan mengulangi janji-janjiNya kepada lelaki yang setia ini. Kemudian, Ishak menjadi bapa kepada dua orang anak lelaki, Esau dan Yakub. Tidak seperti Esau, Yakub menghargai perkara-perkara rohani. Oleh itu, dia telah diberkati Yehuwa. Tuhan telah menukarkan nama Yakub kepada Israel. Kesemua 12 orang anak lelaki Israel menjadi ketua kepada suku-suku kaum di Israel. Tetapi, bagaimanakah keluarga Israel menjadi sebuah bangsa yang besar? Suatu rangkaian peristiwa bermula apabila kebanyakan anak lelaki Israel menjadi cemburu akan Yusuf, adik mereka. Mereka telah menjual Yusuf sebagai seorang hamba, dan dia dibawa ke Mesir. Tetapi Tuhan telah memberkati pemuda yang setia dan berani ini. Walaupun Yusuf menghadapi banyak kesukaran, dia kemudiannya dipilih oleh Firaun, iaitu pemerintah di Mesir, dan diberikan kuasa dan tanggungjawab yang besar. Hal ini adalah suatu perkembangan yang baik kerana kebuluran yang berlaku pada masa itu memaksa Yakub untuk menghantar anak-anaknya ke Mesir bagi membeli bahan makanan. Dan sekarang, Yusuflah yang ditugaskan untuk menjaga semua bekalan makanan! Selepas pertemuan 8 1800 SM Yusuf dijual sebagai hamba 1750 yang penuh emosi dengan abang-abangnya yang telah bertaubat, Yusuf mengampuni mereka dan mengaturkan supaya semua ahli keluarganya dibawa ke Mesir. Mereka diberi tanah yang terbaik di Mesir. Di situ bilangan mereka bertambah banyak dan mereka berkembang maju. Sekarang, Yusuf faham bahawa Tuhan telah campur tangan dalam hal-hal yang telah berlaku agar janji-janji-Nya ditunaikan. Yakub menghabiskan baki kehidupannya di Mesir, di samping keluarganya yang makin lama makin membesar. Sebelum dia mati, dia telah bernubuat bahawa Penyelamat umat manusia, atau Benih yang telah dijanjikan, akan menjadi seorang pemerintah yang berkuasa, dan dia akan datang daripada keturunan Yehuda. Bertahun-tahun kemudian, sebelum Yusuf mati, dia telah bernubuat bahawa Tuhan akan membawa keluarga Yakub keluar dari Mesir. —Berdasarkan Kejadian bab 20 hingga bab 50; Ibrani 11:17-22. ˛ Tuhan menyuruh Abraham melakukan apa? Dengan demikian, apakah yang ditunjukkan oleh-Nya kepada umat manusia? ˛ Mengapakah Yusuf berada di Mesir, dan apakah yang telah berlaku kepadanya di situ? ˛ Apakah yang dinubuatkan oleh Yakub sebelum dia mati? 6 Ayub Berpegang pada Integritinya Syaitan mencabar integriti Ayub kepada Tuhan, tetapi Ayub tetap setia kepada Yehuwa A DAKAH manusia akan tetap setia kepada Tuhan jika mereka diuji hingga ke batasnya dan jika ketaatan mereka kepada Tuhan tidak membawa apa-apa faedah dari segi kebendaan? Inilah persoalan yang telah dibangkitkan—dan dijawab—dalam kisah seorang lelaki yang bernama Ayub. Apabila orang Israel masih berada di Mesir, Ayub, salah seorang saudara Abraham, tinggal di sebuah tempat yang sekarang dikenali sebagai tanah Arab. Di syurga, malaikatmalaikat Tuhan berkumpul di hadirat-Nya, dan Syaitan, malaikat yang memberontak menentang Tuhan, berada di situ juga. Pada masa itu, Yehuwa meluahkan keyakinan-Nya terhadap hamba-Nya yang setia, iaitu Ayub. Malah, Yehuwa berkata bahawa tidak ada manusia lain yang mempunyai integriti seperti Ayub. Tetapi Syaitan mendakwa bahawa Ayub berkhidmat kepada Tuhan hanya kerana Tuhan memberkati dan melindunginya. Syaitan mendakwa bahawa jika segala-gala yang dipunyai Ayub dirampas daripadanya, Ayub akan mengutuk Tuhan. Tuhan mengizinkan Syaitan untuk merampas segala harta benda Ayub, meragut nyawa anak-anaknya, dan menjejaskan kesihatannya. Ayub tidak menyedari bahawa Syaitanlah dalang di sebalik apa yang telah berlaku. Maka, dia tidak dapat memahami mengapa Tuhan mengizinkannya untuk mengalami semua cubaan ini. Biarpun begitu, Ayub tidak mengutuk Tuhan. Tiga orang sahabat palsu Ayub melawatnya. Mereka menyampaikan “ceramah-ceramah” mereka, seperti yang dimuatkan dalam lembaran-lembaran buku Ayub. Walaupun dakwaan mereka tidak berasas, mereka mencuba meyakinkan Ayub bahawa Tuhan sedang menghukumnya atas dosa yang telah dilakukannya secara tersembunyi. Mereka juga mendakwa bahawa Tuhan tidak berkenan dan tidak mempercayai hamba-hamba-Nya. Tetapi, Ayub menolak dakwaan-dakwaan palsu mereka. Dengan yakin, Ayub mengatakan bahawa dia akan mengekalkan integritinya kepada Yehuwa sehingga ke akhir hayatnya! Tetapi Ayub telah melakukan satu kesalahan; dia terlalu mementingkan pembelaan Cubaan Ayub sebelum 1613 1600 SM dirinya. Seorang lelaki yang lebih muda yang bernama Elihu, telah mengikuti seluruh perdebatan mereka. Elihu menegur Ayub kerana Ayub gagal untuk memahami bahawa pembuktian kewajaran Yehuwa untuk memerintah sebagai Pemerintah Yang Berdaulat adalah lebih penting daripada pembelaan dirinya. Dengan kerasnya, Elihu menegur sahabat-sahabat palsu Ayub juga. Kemudian, Tuhan Yehuwa membetulkan pemikiran Ayub. Dengan merujuk kepada ciptaan-ciptaan-Nya yang menakjubkan, Yehuwa menggalakkan Ayub untuk merenungkan betapa kecilnya manusia jika dibandingkan dengan keagungan Tuhan. Ayub menerima teguran Tuhan dengan rendah hati. Oleh sebab Yehuwa merupakan Tuhan yang sangat “berbelas kasihan dan baik hati,” Dia telah memulihkan kesihatan Ayub, memberkatinya dengan dua kali lebih banyak harta benda yang dimilikinya, dan mengurniakannya dengan sepuluh orang anak. (Yakobus 5:11) Dengan mengekalkan integritinya kepada Yehuwa semasa menghadapi cubaan, Ayub berjaya menyangkal tuduhan Syaitan bahawa manusia tidak akan kekal setia kepada Tuhan jika mereka menghadapi cubaan. —Berdasarkan buku Ayub. ˛ Berkenaan Ayub, apakah persoalan yang dibangkit- kan oleh Syaitan? ˛ Ayub berjaya melakukan apa dengan mengekalkan integritinya kepada Yehuwa? ISU-ISU MUSTAHAK Ayub ialah seorang lelaki yang tidak bercela dan yang benar-benar takut akan Tuhan. Dengan mengatakan bahawa Ayub berkhidmat kepada Tuhan Yehuwa hanya untuk menjaga kepentingan dirinya, Syaitan secara tidak langsung membabitkan semua makhluk yang berakal. Syaitan telah mempersoalkan integriti manusia kepada Yehuwa. Hal ini adalah sebahagian daripada isu utama yang diungkit oleh Syaitan di Taman Eden. Dia mencabar hak Yehuwa untuk memerintah, dan sama ada Yehuwa merupakan Pemerintah yang adil atau tidak. Buku Ayub menunjukkan bahawa makhluk ciptaan Tuhan boleh membantu menegakkan kedaulatan Yehuwa dengan mengekalkan integriti mereka kepada-Nya. Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub ˘ Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 9 Kejadian Keluaran ˘ Imamat ˘ Bilangan ˘ Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 7 ˘ Tuhan Menyelamatkan Umat Israel Yehuwa mendatangkan tulah-tulah ke atas Mesir, dan Musa memimpin umat Israel keluar dari negeri itu. Tuhan memberikan Hukum-Hukum-Nya kepada orang Israel melalui Musa S ELAMA bertahun-tahun, orang Israel tinggal di Mesir. Mereka hidup makmur dan anak cucu mereka semakin bertambah. Tetapi, seorang Firaun yang baru mula memerintah di Mesir. Pemerintah ini tidak mengenali Yusuf. Pemerintah yang zalim dan kejam ini berasa terancam kerana bilangan orang Israel semakin bertambah. Maka, dia menjadikan orang Israel hamba-hambanya dan mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki yang baru lahir dilemaskan di Sungai Nil. Tetapi, seorang ibu yang berani telah melindungi bayi lelakinya dengan menyembunyikannya di antara rumput-rumput yang tinggi di Sungai Nil. Anak perempuan Firaun menjumpai bayi ini, menamakannya Musa, dan membesarkannya antara kerabat diraja Mesir. Apabila Musa berumur 40 tahun, dia mencuba mempertahankan seorang hamba Israel daripada seorang tukang kerah Mesir, tetapi dia sendiri ditimpa masalah. Musa melarikan diri ke sebuah tempat yang jauh, dan di situ dia hidup dalam pembuangan. Apabila Musa berumur 80 tahun, Yehuwa menghantar Musa balik ke Mesir untuk menghadap Firaun dan menuntut pembebasan umat Tuhan. Firaun menolak permintaannya bulatbulat. Maka Tuhan mendatangkan sepuluh tulah ke atas Mesir. Setiap kali Musa menghadap Firaun untuk memberinya peluang untuk menghindarkan tulah yang seterusnya, Firaun tetap berdegil. Dia enggan tunduk kepada tuntutan Musa dan Tuhan Yehuwa. Akhirnya, tulah yang kesepuluh membawa kematian kepada semua anak sulung di negeri Mesir kecuali anak sulung dalam keluarga yang mentaati perintah Yehuwa dengan menyapu darah anak bebiri yang telah dikorban- HUKUM TERAGUNG Sepuluh Hukum, seperti yang tercatat di Keluaran 20:1-17, boleh dikatakan merupakan hukum-hukum yang paling dikenali orang jika dibandingkan dengan lebih kurang 600 hukum lain yang diberikan oleh Tuhan melalui Musa. Walau bagaimanapun, apabila Yesus Kristus ditanya hukum yang mana merupakan hukum yang teragung, dia memilih hukum yang berikut, ‘Kasihilah Tuhan Yehuwa dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’—Markus 12:28-30; Ulangan 6:5. kan pada tiang pintu rumah. Malaikat Tuhan melalui rumah-rumah itu dan membiarkan anak sulung mereka hidup. Sejak masa itu, orang Israel memperingati kejadian ini dengan menyambut perayaan tahunan yang dipanggil Perayaan Paska. Setelah anak sulung Firaun mati, dia mengarahkan Musa dan semua orang Israel untuk meninggalkan Mesir. Tanpa berlengah-lengah, mereka membuat aturan untuk meninggalkan Mesir. Tetapi, Firaun mengubah fikirannya. Dia mengejar mereka dengan banyak pahlawan dan kereta kuda. Orang Israel nampaknya terperangkap di persisiran pantai Laut Merah. Tetapi Yehuwa menyebabkan air Laut Merah terbelah menjadi dua. Maka orang Israel dapat berjalan di atas tanah kering melalui laut itu, di antara tembok air di sebelah kiri dan kanan mereka! Apabila orang Mesir meluru ke dalam laut, Tuhan menyebabkan tembok air itu jatuh dan melemaskan Firaun dan tenteranya. Kemudian, semasa orang Israel berkhemah di kaki Gunung Sinai, Yehuwa membuat sebuah perjanjian dengan mereka. Dengan menggunakan Musa sebagai seorang pengantara, Tuhan memberi umat Israel hukumhukum untuk dijadikan panduan dan perlindungan dalam hampir semua aspek kehidupan mereka. Asalkan orang Israel menerima pemerintahan Tuhan dengan setia, Yehuwa akan menyertai mereka dan bangsa lain akan diberkati menerusi mereka. Malangnya, kebanyakan orang Israel memperlihatkan iman yang tipis terhadap Tuhan. Maka, Yehuwa menyebabkan generasi itu merayau-rayau di padang belantara selama 40 tahun. Kemudian, Musa memilih Yosua, seorang lelaki yang baik, untuk menggantikannya. Akhirnya, orang Israel bersedia untuk memasuki negeri yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada Abraham. —Berdasarkan Keluaran; Imamat; Bilangan; Ulangan; Mazmur 136:10-15; Kisah 7:17-36. ˛ Bagaimanakah Musa digunakan oleh Tuhan untuk membebaskan orang Israel? ˛ Mengapakah orang Israel memperingati Perayaan Paska? ˛ Bagaimanakah Yehuwa membebaskan orang Israel daripada perhambaan di Mesir? 1600 SM Orang Israel keluar dari Mesir 1513 8 Umat Israel Memasuki Negeri Kanaan Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua ˘ Hakim-Hakim ˘ Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yosua memimpin orang Israel untuk menakluki negeri Kanaan. Yehuwa memberi kuasa kepada hakim-hakim untuk membebaskan umat-Nya daripada belenggu penindasan F E N I S I A bah tuhan-tuhan palsu. Selama kira-kira 300 tahun, ketaatan mereka kepada Yehuwa dan hukum-hukum-Nya sering berubahubah. Pada masa itu, Yehuwa mengizinkan musuh-musuh Israel, contohnya orang Filistin, untuk menindas mereka. Tetapi apabila orang Israel berdoa kepada Yehuwa untuk memohon bantuan-Nya, Dia melantik hakim-hakim untuk menyelamatkan mereka. Secara keseluruhannya, 12 orang hakim telah dilantik Tuhan untuk membantu mereka. Zaman para hakim, seperti yang tercatat dalam buku Hakim-Hakim bermula dengan Otniel dan berakhir dengan Simson, lelaki terkuat yang pernah hidup di muka bumi. Kebenaran asas yang ditonjolkan berulang kali di dalam buku Hakim-Hakim adalah ini: Ketaatan kepada Yehuwa membawa berkat, manakala keingkaran mengundang malapetaka. —Berdasarkan Yosua; Hakim-Hakim; Imamat 18:24, 25. N ˛ Mengapakah Yehuwa membiarkan Yerikho A I L I S T E A N A Rahab dan keluarganya hidup? ˛ Selepas kematian Yosua, apakah yang dilakukan oleh orang Israel? ˛ Apakah kebenaran asas yang ditonjolkan di dalam buku HakimHakim? Yerusalem A F ERABAD-ABAD sebelum orang Israel memasuki negeri Kanaan, Yehuwa telah menjanjikan tanah itu kepada keturunan Abraham. Kini, di bawah pimpinan Yosua, umat Israel sudah bersedia untuk memiliki Tanah yang Dijanjikan itu. Tuhan telah menghakimi orang Kanaan dan mendapati bahawa mereka patut dibinasakan. Negeri mereka bukan sahaja sarat dengan perbuatan-perbuatan seks yang sangat hina malah penuh dengan pertumpahan darah yang dahsyat. Maka, kota-kota di Kanaan yang ditakluki oleh orang Israel harus dimusnahkan sama sekali. Sebelum Yosua menakluki negeri itu, dia mengutus dua orang pengintip ke kota Yerikho. Di sana, mereka tinggal dengan seorang wanita yang bernama Rahab. Walaupun Rahab tahu bahawa mereka berbangsa Israel, dia menyambut pengintip-pengintip itu ke dalam rumahnya dan melindungi mereka. Rahab menaruh iman kepada Tuhan yang disembah oleh orang Israel kerana dia telah mendengar tentang cara-cara Yehuwa menyelamatkan umat-Nya. Rahab meminta pengintip-pengintip itu bersumpah supaya dia dan keluarganya tidak dibunuh. Selepas itu, semasa orang Israel memasuki negeri Kanaan dan menyerang kota Yerikho, Yehuwa telah menyebabkan tembok Yerikho roboh secara mukjizat. Angkatan tentera Yosua menyerbu ke dalam kota itu dan memusnahkannya. Tetapi, mereka tidak membunuh Rahab dan keluarganya. Yosua telah menakluki sebahagian besar Tanah yang Dijanjikan dalam masa enam tahun sahaja. Kemudian, tanah tersebut dibahagikan antara suku-suku bangsa Israel. Pada penghujung kerjayanya yang panjang, Yosua mengumpulkan orang Israel dan mengingatkan mereka tentang apa yang telah dilakukan oleh Yehuwa untuk nenek moyang mereka. Dia menggalakkan mereka menyembah Yehuwa. Namun, selepas kematian Yosua dan orang tua-tua yang hidup sezaman dengannya, orang Israel meninggalkan Yehuwa untuk menyem- K B Jalan masuk ke Kanaan Sempadan kawasan yang ditakluki orang Israel 1473 Israel memasuki negeri Kanaan di bawah pimpinan Yosua 1467 Penaklukan utama negeri Kanaan selesai 11 1200 SM Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut ˘ 1 Samuel ˘ 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja ˘ 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia 9 Orang Israel Menuntut Seorang Raja Saul, raja Israel yang pertama, tidak mentaati Yehuwa. Dia digantikan oleh Daud, dan Tuhan membuat sebuah perjanjian dengan Daud untuk memberinya sebuah kerajaan yang akan kekal untuk selama-lamanya S ELEPAS zaman Simson, Samuel berkhidmat sebagai seorang nabi dan hakim di Israel. Orang Israel berulang kali memberitahu Samuel bahawa mereka mahu menjadi seperti bangsa-bangsa lain yang mempunyai seorang pemerintah manusia. Walaupun permintaan ini menghina Yehuwa, Dia tetap menyuruh Samuel untuk menurut kemahuan mereka. Tuhan melantik Saul, seorang lelaki yang rendah hati, untuk menjadi raja. Tetapi, lama-kelamaan, Saul menjadi angkuh dan tidak taat kepada Yehuwa. Yehuwa menolaknya sebagai raja, dan “Aku akan memastikan menyuruh Samuel mesupaya untuk selamalantik seorang pemuda lamanya seorang yang bernama Daud unketurunannya akan tuk menggantikan Saul. memerintah sebagai Walau bagaimanapun, raja.”—2 Samuel 7:13 bertahun-tahun akan berlalu sebelum Daud memerintah sebagai raja. Hagai Mungkin semasa Daud masih seorang Zakharia remaja, dia telah melawat abang-abangnya Maleakhi yang berkhidmat dalam tentera Saul. SeMatius orang askar gergasi yang bernama Goliat Markus menggerunkan seluruh angkatan tentera Lukas Yohanes Saul. Tanpa henti-henti, Goliat bukan saKisah haja mencemuh mereka malah mencemuh Roma Tuhan mereka. Hal ini menimbulkan ke1 Korintus marahan Daud. Maka, dia menyahut caba2 Korintus ran gergasi itu untuk bertarung. Dengan Galatia hanya bersenjatakan seutas ali-ali dan beEfesus Filipi berapa biji batu, pemuda ini menghadap Kolose lawannya, Goliat, yang tingginya hampir 1 Tesalonika tiga meter. Apabila Goliat mentertawakan2 Tesalonika nya, Daud menjawab bahawa dia dilengka1 Timotius pi dengan “senjata” yang lebih baik kerana 2 Timotius Titus dia datang demi nama Tuhannya, YehuFilemon wa! Daud membunuh Goliat dengan haIbrani nya menggunakan sebiji batu. Kemudian, Yakobus dia memenggal kepala gergasi itu dengan 1 Petrus menggunakan pedang Goliat. Askar-askar 2 Petrus Filistin lari bertempiaran kerana takut. 1 Yohanes 2 Yohanes Pada mulanya, Saul mengagumi kebera3 Yohanes nian Daud lalu melantik pemuda tersebut Yudas untuk memimpin angkatan tenteranya. TeWahyu tapi, kejayaan-kejayaan yang diraih oleh Daud menyebabkan Saul berdengki terhadapnya. Daud terpaksa melarikan diri dan hidup sebagai seorang pelarian selama bertahun-tahun. Biarpun Raja Saul mencuba membunuh Daud, Daud tetap setia kepada Saul kerana dia sedar bahawa Raja Saul telah dilantik oleh Tuhan Yehuwa. Akhirnya, Saul mati dalam pertempuran. Tidak lama kemudian, seperti yang telah dijanjikan oleh Yehuwa, Daud menjadi raja. Sebagai raja, Daud berhasrat untuk membina Rumah Yehuwa. Tetapi, Yehuwa memberitahu Daud bahawa salah seorang keturunannya akan berbuat demikian. Orang yang dimaksudkan itu merupakan anak Daud, iaitu Salomo. Namun, Tuhan telah memberkati Daud dengan membuat sebuah perjanjian dengannya: Jurai keturunannya akan menghasilkan dinasti diraja yang unik yang akhirnya akan menghasilkan seorang Penyelamat, atau Benih, seperti yang telah dijanjikan di Taman Eden. Individu ini akan menjadi Mesias yang dilantik Tuhan. Mesias membawa maksud “Dia Yang Terurap.” Yehuwa berjanji bahawa Mesias akan menjadi Pemerintah Kerajaan yang akan kekal untuk selamalamanya. Kesyukuran Daud kepada Tuhan mendorongnya untuk mengumpulkan bahan binaan dan logam yang mahal dalam kuantiti yang besar untuk projek pembinaan Rumah Tuhan. Dia juga mendapat ilham untuk menggubah banyak mazmur. Pada penghujung hayatnya, Daud mengaku, “Roh [Yehuwa] berfirman melalui aku; firman-Nya ada pada bibirku.”—2 Samuel 23:2. —Berdasarkan 1 dan 2 Samuel; 1 Tawarikh; Yesaya 9:6; Matius 21:9; Lukas 1:32; Yohanes 7:42. ˛ Mengapakah Yehuwa menggantikan Raja Saul de- ngan Daud? ˛ Apakah sifat-sifat yang diperlihatkan oleh Daud se- belum dia menjadi raja? ˛ Siapakah Penyelamat, atau Benih yang dijanjikan yang akan datang melalui keturunan Daud? 12 1200 SM Saul dipilih sebagai raja 1117 10 Salomo—Pemerintah yang Bijaksana Yehuwa mengurniakan kebijaksanaan kepada Raja Salomo; semasa pemerintahan Salomo, umat Israel menikmati kedamaian dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya D APATKAH anda bayangkan kehidupan di sebuah negara yang mana raja dan semua rakyatnya mengakui Yehuwa sebagai Pemerintah Yang Berdaulat dan mentaati hukum-hukum-Nya? Hidup sebegini digambarkan melalui pemerintahan Raja Salomo yang menjangkau masa 40 tahun. Sebelum Daud meninggal, dia melantik anaknya, Salomo sebagai pewaris takhtanya. Melalui sebuah mimpi, Tuhan menjemput Salomo untuk membuat satu permintaan. Salomo memohon kebijaksanaan dan pengetahuan agar dia dapat mengadili rakyatnya dengan bijak dan saksama. Yehuwa senang hati dengan permintaan Salomo lalu mengurniakan kebijaksanaan dan pengertian kepadanya. Yehuwa juga berjanji untuk memberi Salomo kekayaan, kemuliaan, dan umur yang panjang jika dia terus mentaati-Nya. Salomo menjadi terkenal kerana dia mengadili orang dengan bijak. Pernah sekali, dua orang wanita bertengkar kerana masing-masing mendakwa bahawa mereka merupakan ibu kepada bayi lelaki yang sama. Salomo mengarahkan bayi itu dibelah dua, dan satu bahagian diberikan kepada setiap wanita. Wanita yang pertama bersetuju, tetapi ibu sebenar bayi itu merayu supaya bayi itu diberikan kepada wanita yang pertama. Maka, Salomo tahu bahawa wanita yang berbelas kasihan itu merupakan ibu sebenar bayi tersebut. Salomo menyerahkan bayi itu kepadanya. Tidak lama selepas itu, berita tentang cara Salomo mengadili kes ini tersebar ke seluruh Israel. Mereka sedar bahawa Salomo memiliki kebijaksanaan daripada Tuhan. Salah satu pencapaian Salomo yang terunggul ialah pembinaan Rumah Yehuwa—sebuah bangunan indah di Yerusalem yang menjadi pusat penyembahan umat Israel. Semasa upacara pentahbisan Rumah Tuhan, Salomo berdoa, “Bahkan seluruh langit pun tidak cukup luas bagi-Mu, apalagi Rumah yang telah kubina!”—1 Raja-Raja 8:27. 1070 Tuhan membuat Perjanjian Kerajaan dengan Daud Salomo menjadi raja 1037 Nama baik Salomo tersebar ke negeri-negeri lain termasuklah negeri Syeba, sebuah negeri yang terletak di tanah Arab. Ratu negeri Syeba telah mengembara dari jauh untuk melihat kemuliaan dan kekayaan Salomo serta menguji kebijaksanaannya. Kebijaksanaan Salomo dan kemakmuran rakyat Israel mempesonakan ratu Syeba. Maka, dia terdorong untuk memuji Yehuwa kerana menabalkan seorang raja yang begitu bijaksana. Sememangnya, dengan berkat Yehuwa, pemerintahan Salomo merupakan pemerintahan yang paling makmur dan aman dalam sejarah orang Israel kuno. Malangnya, Salomo gagal untuk terus hidup berpandukan kebijaksanaan Yehuwa. Dia tidak menghiraukan perintah Tuhan dan berkahwin dengan ratusan wanita, termasuk mereka yang menyembah tuhantuhan palsu. Lama-kelamaan, isteri-isteri Salomo berjaya mempengaruhinya untuk meninggalkan Yehuwa dan menyembah berhala. Yehuwa memberitahu Salomo bahawa sebahagian besar daripada kerajaannya akan dirampas daripadanya. Hanya sebahagian kecil daripada kerajaan tersebut akan menjadi warisan keluarganya kerana Tuhan telah membuat perjanjian dengan Daud, bapa Salomo. Walaupun Salomo telah meninggalkan Yehuwa, Yehuwa masih tetap setia kepada Perjanjian Kerajaan yang telah dibuatNya dengan Daud. —Berdasarkan 1 Raja-Raja bab 1 hingga bab 11; 2 Tawarikh bab 1 hingga bab 9; Ulangan 17:17. ˛ Apakah yang dilakukan Tuhan selepas Dia mengetahui permintaan Salomo? ˛ Bagaimanakah Salomo memperlihatkan kebijaksanaannya? ˛ Mengapakah Salomo meninggalkan Yehuwa, dan apakah hasilnya? kira-kira 1020 Buku Kidung Agung siap ditulis 1027 Rumah Tuhan di Yerusalem siap dibina 1000 SM Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja ˘ 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh ˘ Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub ˘ Mazmur Amsal Pengkhutbah ˘ Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 11 Lagu-Lagu yang Mengajar dan Menghiburkan Hati Daud dan beberapa orang yang lain telah menggubah lagu-lagu untuk digunakan dalam penyembahan. Buku Mazmur telah memelihara seni kata 150 mazmur B UKU yang tertebal di dalam Bible merupakan penyusunan lagu-lagu suci. Lagulagu suci ini digubah menjangkau masa kira-kira 1,000 tahun. Buku Mazmur mengandungi beberapa ungkapan yang paling menyentuh hati tentang Tuhan. Berbagai-bagai emosi manusia telah dibentangkan di dalam buku ini. Contohnya, sukacita, pemberian pujian, kesyukuran, kesedihan, kepiluan, dan rasa sesal. Memang nyatalah hakikat bahawa pemazmur-pemazmur ini menaruh kepercayaan pada Tuhan dan mempunyai hubungan yang intim dan akrab dengan-Nya. Mari kita membincangkan beberapa tema yang telah dikembangkan di dalam lagu-lagu ini. Yehuwa merupakan Pemerintah Berdaulat yang sah; Dia layak disembah dan diberi pujian. Mazmur 83:19 menyatakan, ‘Biarlah mereka tahu bahawa hanya Engkaulah Yehuwa,1 Yang Maha Tinggi di seluruh bumi!’ Beberapa buah mazmur memuji Yehuwa atas ciptaan-ciptaan-Nya seperti langit yang penuh dengan bintang, kehidupan yang menakjubkan di bumi, dan tubuh manusia yang mengagumkan. (Mazmur 8, 19, 139, 148) Ada mazmur yang memuliakan Tuhan Yehuwa sebagai pelindung 1 Untuk penjelasan bagi mengapa perkataan “TUtelah digantikan dengan “Yehuwa,” sila rujuk kepada nota kaki di Kejadian 2:4 dalam Alkitab Berita Baik yang menyatakan: “TUHAN: Dalam terjemahan ini ‘TUHAN’ adalah padanan nama Ibrani YHWH yang diduga sebutannya Yahweh, dan ada juga yang menyebutnya Yehowa.” HAN” KIDUNG AGUNG Dalam buku Kidung Agung, seorang raja menyingkapkan hakikat bahawa kekayaan yang melambak tidak menjamin cinta yang diidamkan. Dia menceritakan tentang percubaannya untuk memikat hati seorang perawan yang jelita, yang sedang dilamun cinta dengan seorang penggembala yang muda. Lagu-lagu yang diilhami Tuhan ini menunjukkan bahawa apabila orang mengalami tarikan fizikal yang kuat, mereka tidak patut melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Pasangan yang muda ini memperlihatkan kawalan diri yang terpuji, kesucian, dan kesetiaan. 14 1000 SM 997 Israel berpecah belah menjadi dua kerajaan dan penyelamat hamba-hamba-Nya yang setia. (Mazmur 18, 97, 138) Mazmur yang lain pula menyanjung-Nya sebagai Tuhan yang adil, yang membawa kelegaan hati kepada mereka yang ditindas, dan yang menjatuhkan hukuman atas orang yang jahat.—Mazmur 11, 68, 146. Yehuwa memberikan bantuan dan pen awar h ati kepad a mer ek a yan g mengasihi-Nya. Mungkin mazmur yang pa- ling terkenal ialah mazmur yang ke-23. Dalam mazmur ini, Daud menggambarkan Yehuwa sebagai seorang Penggembala penyayang yang membimbing, melindungi, dan menjaga biri-biri-Nya. Mazmur 65:3 mengingatkan para penyembah Tuhan bahawa Yehuwa mendengar dan mengabulkan doa mereka. Banyak orang yang terjerat dalam kancah dosa mendapat penawar hati dengan membaca kata-kata Daud di Mazmur 39 dan 51. Daud menzahirkan kata-kata tulus untuk menunjukkan bahawa dia telah bertaubat atas dosa-dosa besar yang telah dilakukannya, dan dia yakin bahawa Yehuwa akan mengampunkannya. Mazmur 55:23 menggalakkan kita untuk menaruh keyakinan pada Yehuwa dan menyerahkan segala kekhuatiran peribadi kita kepada-Nya. Yehuwa akan mengubah dunia ini melalui Kerajaan Mesias. Beberapa buah Maz- mur dengan jelasnya dikaitkan dengan Mesias, iaitu Raja yang telah dinubuatkan. Mazmur 2 menubuatkan bahawa Pemerintah ini akan melenyapkan bangsa-bangsa jahat yang menentangnya. Mazmur 72 menyingkapkan bahawa Raja ini akan membanteras kelaparan, ketidakadilan, dan penindasan. Mazmur 46:10 menyatakan bahawa Tuhan akan mengakhiri peperangan dan akan memusnahkan semua perlengkapan perang melalui Kerajaan Mesias. Mazmur 37 menyatakan bahawa orang yang jahat akan dibinasakan. Mereka yang melakukan apa yang benar akan hidup di bumi untuk selama-lamanya dan mereka akan menikmati keamanan dan keharmonian sejagat. —Berdasarkan buku Mazmur. ˛ Bagaimanakah buku Mazmur mendukung kewajaran pemerintahan Yehuwa? ˛ Mazmur yang manakah menunjukkan bagaimana Tuhan memberikan penawar hati dan bantuan kepada mereka yang mengasihi-Nya? ˛ Menurut buku Mazmur, bagaimanakah Yehuwa akan mengubah dunia ini? 12 Hidup Berpandukan Kebijaksanaan Tuhan Buku Amsal merupakan penyusunan nasihat yang diilhami Tuhan dan yang memberi panduan untuk kehidupan seharian. Kebanyakan amsal ditulis oleh Salomo A DAKAH Yehuwa Pemerintah yang bijaksana? Satu cara kita dapat menjawab soalan ini adalah dengan mempertimbangkan nasihat-nasihat yang diberikan olehNya. Adakah nasihat-nasihat-Nya berkesan? Adakah penerapan nasihat-nasihat-Nya menjadikan kualiti kehidupan kita lebih baik dan lebih bermakna? Raja Salomo yang bijak telah merakamkan ratusan amsal atau pepatah yang menyentuh hampir setiap aspek kehidupan kita. Mari kita lihat beberapa contoh. Mempercayai Tuhan. Kepercayaan merupakan kunci kepada perhubungan yang baik dengan Yehuwa. Salomo telah menulis, “Percayalah kepada [Yehuwa] dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.” (Amsal 3:5, 6) Jika kita mempercayai Tuhan, mentaati-Nya, dan bergantung pada panduan-Nya, kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna. Dengan berbuat demikian, seorang manusia boleh menggembirakan hati Tuhan dan membantu Yehuwa untuk menyangkal dakwaan musuh-Nya, Syaitan.—Amsal 27:11. Memperlakukan orang lain dengan bijak. Nasihat Tuhan untuk suami, isteri, dan anak-anak sangat sesuai untuk diamalkan, lebih-lebih lagi pada masa kini. Tuhan menasihati para suami, “Bersukacitalah dengan gadis yang kamu kahwini.” Hal ini bermaksud seorang suami harus kekal setia kepada isterinya. (Amsal 5:18-20) Bagi isteri-isteri, buku Amsal mengandungi sebuah gambaran menarik tentang seorang isteri cekap yang dikagumi oleh suami dan anaknya. (Amsal, bab 31) Anak-anak pula digalakkan untuk mentaati ibu bapa mereka. (Amsal 6:20) Buku ini juga menunjukkan kepentingan persahabatan kerana seseorang yang mengasingkan diri akan menyemarakkan sifat mementingkan diri. (Amsal 18:1) Sahabatsahabat kita dapat mempengaruhi kita untuk melakukan apa yang baik atau apa yang buruk. Maka, kita harus memilih sahabat kita dengan bijak.—Amsal 13:20; 17:17. Menjaga diri dengan bijak. Buku Amsal mengandungi nasihat yang tidak ternilai tentang cara untuk menghindari penyalahgunaan alkohol, memupuk emosi yang positif dan melawan emosi yang negatif, serta cara untuk menjadi seorang pekerja yang rajin. (Amsal 6:6; 14:30; 20:1) Kita juga diingatkan bahawa jika kita menaruh keyakinan pada nasihat manusia yang tidak selaras dengan nasihat yang diberikan oleh Tuhan, kita akan mengundang masalah. (Amsal 14:12) Kita digesa untuk melindungi batin, atau pemikiran kita yang paling dalam, daripada pengaruhpengaruh yang boleh menjejaskan akhlak. Hal ini adalah ‘kerana pemikiran kita menentukan hidup kita.’—Amsal 4:23. Jutaan orang dari semua pelosok dunia mendapati bahawa pengamalan nasihatnasihat ini membawa kehidupan yang lebih baik. Maka, mereka mempunyai banyak sebab untuk menerima Yehuwa sebagai Pemerintah mereka. —Berdasarkan buku Amsal. ˛ Apakah yang boleh kita pelajari daripada buku Am- sal? ˛ Apakah panduan yang diberikan dalam buku Amsal tentang pentingnya mempercayai Tuhan, dan cara untuk memperlakukan orang lain serta menjaga diri? Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal ˘ Pengkhutbah ˘ Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus PENGKHUTBAH Bagaimanakah anda dapat mencari kepuasan hati dan makna hidup? Salomo yang memiliki kekayaan, kebijaksanaan, dan kuasa dapat mencari jawapan bagi soalan ini. Dia dapat mengetahui sama ada semua ini membawa kebahagiaan sejati kepadanya atau tidak. Dia memburu keseronokan yang dibawa oleh kebendaan, mengahwini banyak wanita yang jelita, dan menikmati rekreasi yang terbaik. Dia telah melibatkan diri dalam kerja-kerja pembinaan yang besar. Dia juga meneliti dan mengkaji hasil kerja para cendekiawan. Apakah kesimpulannya? “Semua itu sia-sia.” Namun, dia telah menyatakan pemerhatian yang berikut, “Inilah kesimpulan daripada semuanya: Hormatilah [Tuhan], dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan.”—Pengkhutbah 12:8, 13. Penyusunan buku Amsal siap kira-kira 717 700 SM Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel ˘ 1 Raja-Raja ˘ 2 Raja-Raja 1 Tawarikh ˘ 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja ˘ Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi 13 Raja-Raja Baik dan Raja-Raja Jahat Kerajaan Israel berpecah belah. Banyak raja memerintah orang Israel dan kebanyakan daripada mereka tidak setia kepada Yehuwa. Yerusalem dimusnahkan oleh orang Babilon S EPERTI yang telah dinubuatkan oleh Yehuwa, kerajaan Israel berpecah belah selepas Salomo mengabaikan penyembahan sejati. Penggantinya ialah anak lelakinya yang bernama Rehabeam. Dia merupakan seorang raja yang zalim. Oleh itu, 10 suku bangsa Israel memberontak dan membentuk kerajaan Israel di utara. Baki dua suku bangsa Israel tetap setia kepada keturunan diraja Daud di Yerusalem. Mereka membentuk kerajaan Yehuda di selatan. Kedua-dua kerajaan ini mengalami banyak kesulitan dan sering berada dalam keadaan yang tidak tenteram. Penyumbang utama kepada keadaan ini ialah raja-raja mereka yang tidak setia dan tidak taat kepada Tuhan. Kerajaan Israel mengalami lebih banyak kesulitan daripada kerajaan Yehuda kerana raja-raja kerajaan Israel menggalakkan penyembahan palsu dari mula-mula lagi. Nabi Elia dan Elisa melakukan banyak mukjizat yang menakjubkan. Malah, kedua-dua nabi itu telah menghidupkan semula orang yang telah mati. Namun begitu, penduduk kerajaan Israel tetap berbalik semula kepada kehidupan mereka yang jahat. Akhirnya, Tuhan mengizinkan YUNUS Pada masa kerajaan Israel berpecah belah, Tuhan menugaskan Yunus untuk memberikan amaran kepada penduduk di sebuah kota yang jauh. Kota tersebut ialah kota Niniwe dan penduduknya sangat ganas. Tetapi Yunus tidak pergi ke Niniwe. Sebaliknya, dia menaiki sebuah kapal lalu berlayar ke arah yang bertentangan dengan kota Niniwe. Oleh itu, Tuhan melakukan satu mukjizat. Tuhan menyebabkan seekor ikan besar menelan Yunus. Di dalam ikan itu, Yunus berdoa kepada Yehuwa. Yehuwa kemudiannya menyebabkan ikan itu memuntahkan Yunus di atas tanah yang kering. Akhirnya, Yunus menjalankan tugas yang diberikan Tuhan. Selepas Tuhan memberi pengajaran kepada Yunus tentang pentingnya mentaati-Nya, masalah yang kedua timbul: Yunus telah mengkhabarkan amaran Tuhan kepada penduduk Niniwe, tetapi dia berasa sangat susah hati kerana Tuhan telah menunjukkan sikap belas kasihan terhadap penduduk Niniwe yang telah bertaubat lalu tidak menghukum mereka. Bacalah buku yang menarik ini untuk mengetahui bagaimana Yehuwa menggunakan mukjizat yang kedua untuk mengajar Yunus supaya menjadi lebih berbelas kasihan. 700 SM orang Asyur untuk membinasakan kerajaan utara. Kerajaan Yehuda bertahan lebih lama daripada kerajaan Israel. Lebih daripada 100 tahun selepas kerajaan Israel dibinasakan, kerajaan Yehuda juga dihukum oleh Tuhan. Hanya beberapa orang raja Yehuda yang menyambut baik amaran yang diberikan oleh nabi-nabi Tuhan dan mencuba membimbing penduduk di negeri mereka untuk kembali kepada penyembahan Yehuwa. Misalnya, Raja Yosia mula membersihkan penyembahan palsu di kerajaan Yehuda dan memulihkan Rumah Yehuwa. Apabila naskhah asli Hukum Tuhan yang diberikan melalui Musa telah dijumpai, hati Yosia amat tersentuh; dia melipatgandakan usahanya untuk membawa perubahan di kerajaannya. Malangnya, pengganti-pengganti Yosia tidak mengikut teladan baiknya. Maka, Yehuwa telah mengizinkan bangsa Babilon menawan Yehuda, dan memusnahkan Yerusalem dan Rumah Tuhan. Mereka yang tidak dibunuh dibuang negeri dan dibawa ke Babilon. Tuhan telah menubuatkan bahawa mereka akan dibuang negeri selama 70 tahun. Yehuda berada dalam keadaan terbiar sepanjang 70 tahun itu sehingga orang Israel diizinkan pulang ke tanah air mereka seperti yang telah dijanjikan oleh Tuhan. Walau bagaimanapun, tidak ada raja lagi daripada jurai keturunan Daud yang akan memerintah sebagai raja sehingga kedatangan Penyelamat yang dijanjikan, iaitu Mesias. Kebanyakan raja yang telah memerintah di Yerusalem telah menunjukkan bahawa manusia yang tidak sempurna tidak layak untuk memerintah. Hanya Mesias sahaja yang benar-benar layak. Oleh itu, Yehuwa telah berkata tentang Mesias, “Dia akan memerintah sebagai raja keturunan Yakub untuk selama-lamanya. Kerajaannya tidak akan berakhir.”—Lukas 1:33. —Berdasarkan 1 dan 2 Raja-Raja; 2 Tawarikh bab 10 hingga bab 36; Yeremia 25:8-11. ˛ Bagaimanakah kerajaan Israel berpecah belah, dan apakah yang berlaku kepada kedua-dua kerajaan itu? ˛ Apakah yang berlaku kepada raja-raja daripada jurai keturunan Daud, dan mengapa? ˛ Apakah yang boleh kita belajar tentang Yehuwa daripada kisah Yunus? (Lihat kotak.) Yerusalem dibinasakan; pembuangan di Babilon bermula 607 14 Tuhan Berfirman melalui Nabi-Nya Nabi-nabi dilantik oleh Yehuwa untuk menyampaikan pesanan berhubung dengan penghakiman Tuhan, penyembahan sejati, dan harapan yang dibawa oleh Mesias S EPANJANG zaman pemerintahan raja-raja Israel dan Yehuda, terdapat sekumpulan lelaki istimewa yang ditugaskan untuk menyampaikan pesanan Tuhan—para nabi. Mereka mempunyai iman dan keberanian yang luar biasa dan mereka ditugaskan untuk mengisytiharkan perkhabaran Tuhan. Mari kita bincangkan empat tema utama yang dikembangkan oleh nabi-nabi Tuhan. 1. P e m u s n a h a n Ye r u s a l e m . J a u h sebelum pemusnahan Yerusalem, nabi Tuhan—terutamanya Yesaya dan Yeremia— mula memberi amaran bahawa Yerusalem akan dimusnahkan dan akan menjadi kawasan terbiar. Dengan jelas, mereka menyingkapkan mengapa kota ini telah menimbulkan kemurkaan Tuhan. Penduduk kota ini mendakwa bahawa mereka mewakili Yehuwa tetapi tindak-tanduk mereka menunjukkan sebaliknya. Mereka melibatkan diri dalam amalan agama palsu, amalan merasuah, perbuatan yang merosakkan akhlak, dan keganasan.—2 Raja-Raja 21:10-15; Yesaya 3:1-8, 16-26; Yeremia 2:1–3:13. 2. Pemulihan penyembahan sejati. Selepas dibuang negeri selama 70 tahun, umat Tuhan akan dibebaskan dari Babilon. Mereka akan pulang ke tanah air mereka, yang berada dalam keadaan terbiar, dan akan membina semula Rumah Yehuwa yang terletak di Yerusalem. (Yeremia 46:27; Amos 9: 13-15) Kira-kira 200 tahun sebelum itu, Yesaya telah menubuatkan nama orang yang akan menawan kota Babilon, iaitu Kores. Kores akan mengizinkan umat Tuhan me- mulihkan penyembahan sejati. Yesaya juga menjelaskan secara terperinci strategi unik yang akan digunakan oleh Kores untuk menawan kota Babilon.—Yesaya 44:24–45:3. 3. Ketibaan Mesias dan pengalamanpengalamannya. Mesias akan dilahirkan di kota Betlehem. (Mikha 5:1) Dia bersifat rendah hati, dan dia tiba di Yerusalem dengan menunggang seekor keldai. (Zakharia 9:9) Walaupun dia prihatin dan baik hati, dia tidak akan disukai ramai, dan ramai tidak akan menerimanya. (Yesaya 42:1-3; 53: 1, 3) Dia akan mengalami kematian yang penuh sengsara. Adakah kehidupannya akan berakhir dengan begitu sahaja untuk selamalamanya? Tidak, kerana pengorbanan nyawanya bertujuan untuk membawa pengampunan bagi dosa-dosa manusia. (Yesaya 53: 4, 5, 9-12) Hanya pembangkitan Yesus dapat melaksanakan hal ini. 4. Pemerintahan Mesias ke atas bumi. Manusia yang tidak sempurna langsung tidak berupaya untuk memerintah secara damai. Tetapi, Raja Mesias ini akan dipanggil Raja Damai. (Yesaya 9:5, 6; Yeremia 10:23) Di bawah pemerintahannya, semua manusia akan hidup aman damai dengan satu sama lain, termasuk dengan haiwan-haiwan ciptaan Tuhan. (Yesaya 11:3-7) Semua penyakit akan dibasmi. (Yesaya 33:24) Kematian pun akan lenyap untuk selama-lamanya. (Yesaya 25:8) Semasa Mesias memerintah, orang yang telah meninggal akan dibangkitkan untuk hidup di bumi.—Daniel 12:13. —Berdasarkan buku Yesaya, Yeremia, Daniel, Amos, Mikha, dan Zakharia. ˛ Apakah pesanan yang disampai- kan oleh nabi-nabi Tuhan? ˛ Bagaimanakah para nabi bernubuat tentang pembinasaan dan pemulihan Yerusalem? ˛ Apakah yang dikatakan oleh para nabi Yehuwa tentang Mesias dan perkara-perkara yang akan dialaminya? ˛ Apakah gambaran yang diberikan oleh para nabi tentang pemerintahan Kerajaan Mesias ke atas bumi? Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya ˘ Yeremia ˘ Ratapan ˘ Yehezkiel ˘ Daniel ˘ Hosea ˘ Yoel ˘ Amos ˘ Obaja ˘ Yunus ˘ Mikha ˘ Nahum ˘ Habakuk ˘ Zefanya ˘ Hagai ˘ Zakharia ˘ Maleakhi ˘ Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 539 Babilon jatuh di bawah penaklukan Kores 537 Buangan Yahudi kembali ke Yerusalem 17 Tembok Yerusalem siap dibina 455 SM semula; 7 kali 69 tahun bermula Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh ˘ Ezra ˘ Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel ˘ Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 18 15 Nabi dalam Pembuangan Mendapat Penglihatan Masa Hadapan Daniel bernubuat tentang Kerajaan Tuhan dan kedatangan Mesias. Babilon ditawan D ANIEL, seorang pemuda yang mempunyai integriti yang menakjubkan, telah dibuang negeri ke Babilon sebelum Yerusalem dibinasakan. Dia dan beberapa orang Yahudi lain, yang merupakan orang buangan dari kerajaan Yehuda yang telah dibinasakan, diberikan banyak kelonggaran oleh penawan mereka. Sepanjang hayatnya yang panjang di Babilon, Daniel dicucuri berkat Tuhan; dia terselamat daripada maut apabila dicampakkan ke dalam lubang singa dan dia diberi penglihatan-penglihatan yang membolehkannya melihat apa yang bakal berlaku jauh di masa hadapan. Nubuat-nubuat Daniel yang terpenting berpusatkan Mesias dan pemerintahannya. Daniel mendapat tahu bila Mesias akan datang. Daniel diberitahu bila umat Tuhan akan dapat melihat ketibaan Mesias atau “pemimpin yang dipilih oleh [Tuhan]” —7 kali 69 tahun selepas perintah dikeluarkan untuk memulihkan dan membina semula tembok Yerusalem. Perintah itu dikeluarkan lama selepas Daniel telah meninggal, iaitu pada tahun 455 SM. Bermula dari tahun itu, 7 kali 69 tahun, atau 483 tahun, akan berlalu. Jangka masa ini berakhir pada tahun 29 M. Di dalam bab seterusnya, kita akan belajar tentang apa yang telah berlaku pada tahun itu. Daniel juga diberitahu bahawa Mesias “akan dibunuh,” untuk menebus dosa-dosa manusia.—Daniel 9:24-26. Mesias akan menjadi Raja di syurga. Dalam suatu penglihatan luar biasa yang menunjukkan syurga, Daniel nampak Mesias, yang dipanggil seseorang “seperti manusia,” mendekati takhta Yehuwa. Yehuwa menganugerahkannya “kuasa, kehormatan, dan kedaulatan.” Kedaulatan ini akan dipamerkan oleh Yesus yang memerintah sebagai Raja Kerajaan Tuhan. Kerajaan yang diperintahnya akan wujud selamalamanya. Daniel mengetahui satu lagi butiran yang menarik tentang Kerajaan Mesias —Pemerintahan Kerajaan tersebut akan dikongsi oleh Raja Kerajaan tersebut dengan orang lain, iaitu sekumpulan orang yang dipanggil “umat [Tuhan] Yang Maha Tinggi.” —Daniel 7:13, 14, 27. Selepas 443 SM Buku Maleakhi siap ditulis 455 SM 7 kali 69 tahun bermula Kerajaan Mesias akan menghapuskan semua kerajaan di bumi. Tuhan me- ngurniai Daniel kebolehan untuk mentafsir mimpi yang telah membingungkan Raja Nebukadnezar, iaitu raja Babilon. Raja itu telah bermimpi tentang sebuah patung yang sangat besar. Kepala patung itu dibuat daripada emas tulen; dada dan lengannya daripada perak; pinggang dan pinggulnya daripada gangsa; paha dan betisnya daripada besi, sedangkan kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi daripada tanah liat. Kemudian sebuah batu yang dipahat keluar daripada sebuah gunung menimpa kaki patung tersebut lalu menghancurkan patung itu sehingga dijadikan serbuk. Daniel menjelaskan bahawa bahagian-bahagian yang berlainan pada patung ini mewakili turutan kuasa dunia, bermula dengan kuasa Babilon sebagai kepala patung yang dibuat daripada emas. Tuhan memberitahu Daniel bahawa Kerajaan-Nya akan mengambil tindakan semasa pemerintahan kuasa dunia yang terakhir. Kerajaan Tuhan akan menghancurkan semua kerajaan lain di bumi. Selepas itu, Kerajaan Tuhan akan memerintah untuk selama-lamanya. —Daniel, bab 2. Apabila Daniel sudah sangat tua, dia menjadi saksi kepada kejatuhan kuasa Babilon. Seperti yang dinubuatkan, Raja Kores telah menawan kota itu. Tidak lama selepas itu, orang Yahudi dibebaskan daripada menjadi orang buangan di Babilon. Hal ini berlaku tepat pada waktunya, seperti yang dinubuatkan, iaitu 70 tahun selepas kemusnahan tanah air mereka. Di bawah bimbingan gabenor, imam, dan nabi yang setia, orang Yahudi akhirnya membina semula Yerusalem dan memulihkan Rumah Yehuwa. Tetapi, apakah yang akan berlaku selepas tamatnya tempoh 483 tahun itu? —Berdasarkan buku Daniel. ˛ Apakah yang dipelajari oleh Daniel tentang Mesias dan Kerajaan Tuhan? ˛ Apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Tuhan kepada kerajaan-kerajaan yang lain di bumi? 16 Ketibaan Mesias Yehuwa mengenal pasti Yesus dari Nasaret sebagai Mesias yang telah dijanjikan A DAKAH Yehuwa akan membantu orang untuk mengenal pasti identiti Mesias? Ya. Mari kita lihat apa yang telah dilakukan oleh Tuhan. Kira-kira empat abad selepas Kitab Ibrani siap ditulis, seorang wanita muda yang bernama Maria menerima kunjungan yang amat mengejutkan. Maria tinggal di kota Nasaret, iaitu bahagian utara kawasan Galilea. Satu malaikat yang bernama Gabriel telah mengunjungi Maria lalu memberitahunya bahawa Tuhan akan menggunakan daya aktif-Nya, atau roh suci-Nya, untuk menyebabkan Maria melahirkan seorang anak lelaki, walaupun Maria masih seorang perawan. Anak ini akan menjadi Raja yang telah lama dijanjikan, iaitu Raja yang akan memerintah untuk selama-selamanya! Anak ini sebenarnya merupakan Anak Tuhan, yang nyawanya telah dipindahkan dari syurga ke dalam rahim Maria. Maria menerima tugas yang menakjubkan itu dengan rendah hati. Tunangnya, seorang tukang kayu yang bernama Yusuf, mengahwini Maria selepas malaikat Tuhan menerangkan kepadanya sebab Maria hamil. Bagaimana pula dengan nubuat yang menyatakan bahawa Mesias akan dilahirkan di Betlehem? (Mikha 5:1) Jarak kota yang kecil itu ialah kira-kira 140 km dari kota Nasaret! Seorang pemerintah Roma telah mengeluarkan arahan agar satu banci diambil. Semua orang dikehendaki mendaftar diri di kota kelahiran masing-masing. Nampaknya Yusuf dan Maria berasal dari Betlehem. Maka Yusuf membawa isterinya yang hamil ke sana. (Lukas 2:3) Maria melahirkan anaknya di dalam sebuah kandang, dan dia meletakkan anaknya dalam sebuah palung. Kemudian, Tuhan menghantar banyak malaikat untuk memberitahu penggembala-penggembala di lereng sebuah bukit bahawa anak yang baru dilahirkan itu merupakan Mesias yang telah dijanjikan, atau Kristus. Selepas itu, orang lain juga akan memberi kesaksian bahawa Yesus merupakan Mesias yang telah dijanjikan. Nabi Yesaya telah menubuatkan bahawa seorang lelaki akan Kelahiran Yesus kira-kira 2 SM 1 SM 1M perhatian: Tidak ada tahun sifar 29 M Yesus dibaptiskan muncul untuk membuka jalan kepada kerja penting yang akan dilakukan oleh Mesias. (Yesaya 40:3) Pembuka jalan yang dimaksudkan itu ialah Yohanes Pembaptis. Apabila dia nampak Yesus, dia berseru, ‘Lihatlah Anak Bebiri Tuhan yang menghapus dosa dunia!’ Beberapa orang pengikut Yohanes mengikut Yesus dengan serta-merta. Salah seorang daripada mereka berkata, “Kami sudah berjumpa dengan Mesias!”—Yohanes 1:29, 36, 41. Kita mempunyai bukti lanjut. Apabila Yohanes membaptiskan Yesus, Yehuwa sendiri telah bercakap dari syurga. Melalui daya aktif-Nya, Dia melantik Yesus sebagai Mesias, lalu berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku.” (Matius 3:16, 17) Mesias yang dijanjikan itu akhirnya telah tiba! Bilakah hal ini berlaku? Pada tahun 29 M, sebaik sahaja 483 tahun yang telah dinubuatkan oleh Daniel berakhir. Ya, ini merupakan sebahagian daripada bukti yang nyata yang menunjukkan bahawa Yesus ialah Mesias, atau Kristus. Tetapi, apakah mesej yang akan dihebahkannya semasa di bumi? —Berdasarkan Matius bab 1 hingga bab 3; Markus bab 1; Lukas bab 2; Yohanes bab 1. ˛ Bagaimanakah Yehuwa menggunakan malaikat- malaikat untuk menunjukkan identiti Yesus sebagai Mesias? ˛ Bagaimanakah Tuhan menggunakan Yohanes Pembaptis untuk menunjukkan bahawa Yesus merupakan Mesias? ˛ Bagaimanakah Yehuwa sendiri mengenal pasti identiti Anak-Nya sebagai Mesias? Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius ˘ Markus ˘ Lukas ˘ Yohanes ˘ Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika MENGAPAKAH YESUS BOLEH DIPANGGIL ANAK TUHAN? Yehuwa ialah Bapa Yesus, tetapi bukan dalam cara yang sama seperti seorang bapa di bumi. Kewujudan Yesus bukan disebabkan oleh pernikahan dua insan di bumi. Yesus diciptakan oleh Tuhan, dan merupakan ciptaan Yehuwa yang pertama. (Kolose 1:15-17) Oleh sebab Yehuwa telah memberikan nyawa kepada Yesus, Yehuwa boleh dipanggil Bapa Yesus. Selepas Dia menciptakan Anak yang bertubuh roh ini, Yehuwa menggunakannya sebagai “seorang jurubina” untuk membuat segala sesuatu, termasuklah alam semesta kita.—Amsal 8:30. Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur 17 Yesus Mengajar tentang Kerajaan Tuhan Yesus mengajar murid-muridnya banyak perkara, tetapi dia menumpukan perhatiannya pada satu tema sahaja—Kerajaan Tuhan A PAKAH kerja khas yang dilakukan oleh Yesus di bumi? Yesus sendiri berkata, ‘Berita baik tentang bagaimana Tuhan memerintah [‘Kerajaan Tuhan,’ nota kaki] harus aku khabarkan kerana Tuhan mengutus aku untuk melakukan tugas itu.’ (Lukas 4:43) Kerajaan Tuhan merupakan tema utama kerja penyebaran Yesus. Mari kita bincangkan empat perkara yang diajarkan olehnya tentang Kerajaan itu. “Yesus menjelajah kota dan pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik.”—Lukas 8:1 Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi ˘ Matius ˘ Markus ˘ Lukas ˘ Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 1. Yesus akan menjadi Raja. Secara terus terang, Yesus telah mengatakan bahawa dialah Mesias yang telah dijanjikan. (Yohanes 4: 25, 26) Dia juga menunjukkan bahawa dialah Raja yang dilihat oleh Nabi Daniel dalam penglihatannya. Yesus memberitahu rasul-rasulnya bahawa pada suatu hari nanti, dia akan duduk di atas “takhtanya yang mulia,” dan mereka akan duduk di atas takhta-takhta juga. (Matius 19:28) Dia memanggil kumpulan pemerintah yang ‘kecil bilangannya’ sebagai “kawanan kecil,” dan mengatakan bahawa dia mempunyai ‘biri-biri lain,’ yang bukan sebahagian daripada kumpulan ini.—Lukas 12:32; Yohanes 10:16. 2. Kerajaan Tuhan akan membawa keadilan yang sejati. Semenjak pemberontakan yang berlaku di Taman Eden, nama Yehuwa telah diaibkan dengan teruknya oleh Syaitan. Yesus menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan akan melenyapkan ketidakadilan yang paling besar ini dengan menyucikan nama Tuhan Yehuwa, dan membersihkan segala penghinaan yang telah dilemparkan oleh Syaitan ke atas nama Tuhan. (Matius 6:9, 10) Yesus juga menunjukkan keadilan tiap-tiap hari dengan mengajar semua orang, tanpa mengira lelaki atau wanita, tua atau muda. Walaupun kerja utama Yesus adalah untuk mengajar orang Israel, dia juga menghulurkan bantuan kepada orang Samaria dan orang bukan Yahudi. Tidak seperti pemimpin agama yang hidup sezaman dengannya, dia langsung tidak menunjukkan sifat berat sebelah atau pilih kasih. 3. Kerajaan Tuhan tidak akan menja- di sebahagian daripada dunia ini. Yesus hidup semasa pergolakan politik yang teruk berlaku di tanah airnya. Tanah airnya berada di bawah cengkaman kuasa asing. Namun, apabila orang cuba melibatkannya dalam halehwal politik, dia mengundur diri. (Yohanes 6:14, 15) Dia memberitahu seorang ahli politik, “Pemerintahanku bukan dari dunia ini.” (Yohanes 18:36) Dia memberitahu pengikutpengikutnya, “Kamu sekarang bukan lagi milik dunia.” (Yohanes 15:19) Dia tidak membenarkan mereka untuk menggunakan senjata api, walaupun untuk mempertahankannya. —Matius 26:51, 52. 4. Pemerintahan Kristus akan berasaskan kasih. Yesus telah berjanji bahawa dia akan menyegarkan orang dan meringankan beban mereka. (Matius 11:28-30) Dia mengotakan janjinya dengan memberikan nasihat yang praktikal, sesuai untuk diamalkan, dan didasarkan pada kasih. Dia membantu orang menangani kekhuatiran hidup, memperbaik hubungan sesama manusia, melawan sikap mementingkan kebendaan, dan mencari kebahagiaan. (Matius, bab 5-7) Oleh sebab Yesus menunjukkan kasih, orang daripada semua latar belakang mendapati bahawa dia mudah dihampiri. Bahkan mereka yang paling tertindas pun datang secara berduyunduyun kepada Yesus dengan keyakinan bahawa dia akan menjaga maruah mereka dan melayan mereka dengan baik. Alangkah baiknya jika Yesus menjadi Pemerintah kita! Terdapat satu lagi cara yang sangat berkesan yang digunakan oleh Yesus untuk mengajar orang tentang Kerajaan Tuhan. Dia melakukan banyak mukjizat. Mengapakah Yesus telah berbuat demikian? Marilah kita lihat jawapannya. —Berdasarkan buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. ˛ Bagaimanakah Yesus mengajarkan bahawa dialah Raja Mesias? ˛ Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia akan memerintah dengan adil? ˛ Bagaimanakah Yesus menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaannya tidak akan menjadi sebahagian daripada dunia ini? ˛ Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa pemerintahannya akan didasarkan pada kasih? 20 29 M Yesus mula menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan Yesus memilih 12 orang rasulnya; menyampaikan Ceramah Di Atas Bukit 31 18 Yesus Melakukan Mukjizat-Mukjizat Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut Melalui mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus, dia menunjukkan bagaimana dia akan menggunakan kuasanya apabila dia memerintah sebagai Raja T UHAN memberikan kuasa kepada Yesus untuk melakukan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Yesus melakukan banyak mukjizat dan kebanyakan mukjizat yang dilakukannya disaksikan oleh orang ramai. Mukjizat-mukjizat yang dilakukannya menunjukkan bahawa Yesus mempunyai kuasa ke atas musuh-musuh dan rintangan-rintangan yang tidak dapat dilenyapkan oleh manusia yang tidak sempurna. Mari kita lihat beberapa contoh. Kelaparan. Bagi mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus, dia menukarkan air menjadi wain yang berkualiti tinggi. Pada dua kesempatan yang lain, dia memberikan makanan kepada ribuan orang yang lapar dengan hanya berbekalkan beberapa buku roti dan beberapa ekor ikan. Semua orang mendapat makanan yang berlimpah-limpah. Penyakit. Yesus menyembuhkan “orang sakit yang menderita berbagai-bagai penyakit.” (Matius 4:23) Dia menyembuhkan orang yang buta, pekak, berpenyakit kusta, dan berpenyakit sawan. Dia juga menyembuhkan mereka yang tempang, lumpuh, dan cacat. Tidak ada sebarang penyakit yang mustahil disembuhkannya. Cuaca yang berbahaya. Semasa Yesus dan pengikut-pengikutnya berlayar melintasi Tasik Galilea, sebuah ribut yang kencang melanda. Murid-murid Yesus berasa sangat takut. Tetapi, Yesus hanya memandang ke arah ribut itu dan berkata, “Diam! Tenanglah!” Dengan itu, keadaan cuaca menjadi sangat tenang. (Markus 4:37-39) Pada suatu peristiwa yang lain, dia berjalan di atas air semasa sebuah ribut yang mengerikan melanda.—Matius 14:24-33. Roh-roh jahat. Roh-roh jahat jauh lebih berkuasa daripada manusia. Kebanyakan manusia terbukti tidak terdaya untuk membebaskan diri daripada belenggu musuhmusuh yang ganas ini. Namun, berkali-kali apabila Yesus mengarahkan roh-roh sebegini untuk meninggalkan mangsa mereka, rohroh ini tidak dapat menguasai mereka lagi. Yesus tidak takut akan roh-roh jahat itu. Sebaliknya, mereka tahu akan kewibawaannya dan hal itu menggerunkan mereka. Kematian. Dengan tepatnya, kematian dipanggil “musuh yang terakhir” kerana kematian merupakan musuh yang tidak dapat ditewaskan oleh manusia. (1 Korintus 15:26) Namun, Yesus telah membangkitkan orang yang telah mati. Contohnya, dia mengembalikan seorang pemuda kepada ibunya yang merupakan seorang balu, dan seorang gadis kepada ibu bapanya yang bersedih atas kematian anak mereka. Dalam suatu peristiwa yang sangat menakjubkan, Yesus telah membangkitkan kawan baiknya, iaitu Lazarus, walaupun Lazarus sudah meninggal selama hampir empat hari! Dia melakukan mukjizat ini di hadapan sekumpulan orang yang sedang bersedih. Musuh-musuh Yesus yang paling ketat pun terpaksa mengaku bahawa Yesus telah melakukan mukjizat ini.—Yohanes 11:38-48; 12:9-11. Mengapakah Yesus melakukan mukjizatmukjizat ini? Bukankah mereka yang dibantu oleh Yesus akhirnya mati juga? Ya. Tetapi mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus membawa kebaikan yang berkekalan. Mukjizat-mukjizat ini menyediakan bukti yang tidak tergoyah tentang kebenaran semua nubuat berkenaan pemerintahan Raja Mesias. Kita tidak perlu sangsi jika Raja yang dilantik oleh Tuhan dapat membanteras kelaparan, penyakit, cuaca yang berbahaya, roh-roh jahat, mahupun kematian. Dia memperlihatkan bahawa Tuhan telah mengurniainya dengan kuasa-kuasa tersebut. —Berdasarkan buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. ˛ Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa ke atas kelaparan? penyakit? cuaca yang berbahaya? roh-roh jahat? kematian? ˛ Mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus menunjukkan apa tentang pemerintahannya di bumi pada masa hadapan? Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius ˘ Markus ˘ Lukas ˘ Yohanes ˘ Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 21 32 Yesus membangkitkan Lazarus 1 Nisan 33 M Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi ˘ Matius ˘ Markus ˘ Lukas Yohanes 19 Nubuat Yesus Memberi Kesan kepada Seluruh Dunia Yesus menggariskan ciri-ciri yang menandakan kehadirannya sebagai raja dan ciri-ciri yang menandakan penghujung sistem dunia ini A TAS Bukit Zaitun, iaitu dengan menjamu mata pada pemandangan Yerusalem yang indah permai dan Rumah Tuhan di sana, empat orang rasul Yesus menanyakannya secara peribadi tentang apa yang telah dikatakannya sebelum ini. Yesus baru memberitahu mereka bahawa Rumah Tuhan di Yerusalem akan dimusnahkan. Sebelum itu, dia telah memberitahu mereka tentang penghujung sistem ini. (Matius 13:40, 49) Sekarang, rasul-rasul Yesus bertanya, “Apakah tanda bagi kehadiranmu dan penghujung sistem ini?”—Matius 24:3, NW. Dalam jawapan Yesus, dia memberitahu mereka apa yang akan berlaku sebelum Yerusalem dimusnahkan. Tetapi, kata-kata Yesus membawa maksud yang lebih mendalam. Nubuatnya akan menjadi kenyataan dalam cara yang lebih luas yang mencakup seluruh dunia. Yesus telah bernubuat tentang pergabungan peristiwa dan keadaan dunia yang akan membentuk satu tanda. Tanda ini akan menunjukkan kepada mereka di bumi bahawa kehadiran Yesus sebagai Raja di syurga telah bermula. Dalam erti kata lain, tanda ini akan menunjukkan bahawa Tuhan Yehuwa telah menjadikan Yesus Raja Kerajaan Mesias yang telah TANDA KEHADIRAN KRISTUS Yesus telah bernubuat tentang satu tanda yang akan menunjukkan bahawa tidak lama lagi, Tuhan akan memusnahkan sistem dunia yang jahat ini. Bermula dengan Perang Dunia Pertama, manusia sendiri telah menyaksikan bahawa apa yang telah dinubuatkan oleh Yesus memang benar. Perkembangan keagamaan, politik, dan sosial di seluruh dunia semuanya menunjukkan dengan jelas bahawa sistem dunia ini sedang menjunam tanpa terkawal ke arah kemusnahan. Yesus mengajar pengikut-pengikutnya bahawa jika mereka ingin diselamatkan, mereka mesti ‘berjaga-jaga’ dan menunjukkan melalui tindak-tanduk mereka bahawa mereka menyebelahi pihak Tuhan dalam isu kedaulatan.1—Lukas 21:36; Matius 24:3-14. 1 Untuk perbincangan lanjut tentang nubuat Yesus, lihat muka surat 98-109 dalam buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. lama dijanjikan. Tanda ini menunjukkan bahawa, tidak lama lagi, Kerajaan Mesias akan membasmi kejahatan dan membawa keamanan sejati kepada umat manusia. Perkara-perkara yang telah dinubuatkan oleh Yesus akan menandakan hari-hari terakhir bagi sistem dunia yang lama ini. Sistem keagamaan, politik, dan sosial yang wujud sekarang akan berakhir dan sistem dunia yang baru akan bermula! Yesus menjelaskan apa yang akan berlaku di bumi semasa kehadirannya sebagai Raja di syurga. Dia berkata bahawa peperangan peringkat antarabangsa akan berlaku, makanan tidak akan mencukupi, gempa-gempa bumi akan berlaku, dan penyakit-penyakit akan menular. Kejahatan akan berleluasa. Murid-murid sejati Yesus akan menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan di seluruh dunia. Semua perkara di atas akan mencapai puncaknya pada ‘kesengsaraan besar’ yang tidak pernah berlaku sebelum ini.—Matius 24:21. Bagaimanakah pengikut-pengikut Yesus akan tahu bahawa ‘kesengsaraan besar’ sudah dekat? “Biarlah pokok ara memberikan pelajaran kepada kamu,” kata Yesus. (Matius 24:32) Percambahan daun pada pokok ara jelas menunjukkan bahawa musim panas sudah dekat. Dalam cara yang sama, kejadian semua perkara yang telah dinubuatkan oleh Yesus, dalam suatu tempoh yang tertentu, jelas membuktikan bahawa akhir sistem dunia ini sudah dekat. Selain daripada Tuhan, tidak ada sesiapa pun mengetahui secara tepat bila kesengsaraan besar akan bermula. Oleh itu, Yesus menggalakkan murid-muridnya, “Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya.”—Markus 13:33. —Berdasarkan Matius bab 24 dan bab 25; Markus bab 13; Lukas bab 21. ˛ Para rasul Yesus menginginkan maklumat lanjut me- ngenai apa? ˛ Apakah erti tanda yang diberikan oleh Yesus, dan apakah ciri-ciri tanda ini? ˛ Apakah nasihat yang diberikan oleh Yesus kepada murid-muridnya? 22 1 Nisan 33 M (Bulan Nisan, iaitu sebahagian daripada bulan Mac dan April) Yesus dipakukan pada sebatang tiang 14 Nisan 16 Nisan Yesus dibangkitkan 20 Yesus Kristus Dibunuh Yesus memulakan sambutan baru; dia dikhianati dan digantung mati pada sebatang tiang S ELEPAS menghabiskan tiga tahun setengah untuk menjalankan kerja penyebaran dan pengajaran, Yesus tahu bahawa tidak lama lagi, kehidupannya di bumi akan berakhir. Para pemimpin agama telah berkomplot untuk membunuhnya, tetapi mereka takut akan kekecohan yang mungkin ditimbulkan oleh orang ramai yang menyanjung Yesus sebagai seorang nabi. Sementara itu, Syaitan berjaya mempengaruhi salah seorang daripada 12 orang rasul Yesus, iaitu Yudas Iskariot, untuk mengkhianati Yesus. Para pemimpin agama telah menawarkan 30 keping wang perak kepada Yudas untuk mengkhianati Yesus. Pada malam terakhir, Yesus mengumpulkan rasul-rasulnya untuk menyambut Perayaan Paska. Selepas Yudas meninggalkan mereka, Yesus memperkenalkan sambutan baru yang dikenali sebagai Perjamuan Malam Tuan. Dia mengambil roti, berdoa, lalu mengedarkan roti itu kepada baki 11 orang rasulnya. “Inilah tubuhku, yang diberikan untuk kamu,” kata Yesus. “Berbuatlah demikian untuk mengenang aku.” Dalam cara yang sama, dia juga mengambil secawan wain lalu berkata, “Cawan wain ini perjanjian [Tuhan] yang baru, yang disahkan dengan darahku.”—Lukas 22:19, 20. Banyak perkara yang ingin disampaikan oleh Yesus kepada para rasulnya pada malam itu. Dia memberi mereka satu hukum yang baru—mereka perlu memperlihatkan kasih tanpa mementingkan diri sendiri. Dia berkata, “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikutpengikutku.” (Yohanes 13:34, 35) Memandangkan peristiwa-peristiwa tragik yang bakal berlaku, dia menggalakkan pengikutpengikutnya untuk menguatkan semangat mereka. Yesus berdoa bagi pihak mereka dengan bersungguh-sungguh. Mereka menyanyikan lagu untuk memuji Tuhan dan kemudian menuju ke Taman Getsemani. Pada masa itu, hari sudah gelap. Di Taman Getsemani, Yesus berlutut lalu berdoa kepada Tuhan dengan bersungguhsungguh. Beberapa lama kemudian, sekumpulan askar yang bersenjata, imam-imam, 30 Nisan 33 M dan beberapa orang yang lain sampai di sana untuk menahannya. Untuk menunjukkan Yesus kepada mereka, Yudas menghampiri Yesus lalu menciumnya. Semasa askar-askar itu menahan Yesus, rasul-rasulnya telah melarikan diri. Di depan seluruh Majlis Agama Yahudi, Yesus menyatakan bahawa dia merupakan Anak Tuhan. Majlis Agama ini menganggap Yesus telah mengkufuri Tuhan dan patut dihukum mati. Yesus kemudiannya dibawa untuk berjumpa dengan seorang gabenor Roma yang bernama Pontius Pilatus. Walaupun dia mendapati Yesus tidak bersalah, dia masih menyerahkan Yesus kepada segerombolan orang yang memekik-mekik sambil menuntut supaya Yesus dibunuh. Yesus dibawa ke Golgota dan dipakukan pada sebatang tiang. Secara mukjizat, siang hari menjadi gelap seperti malam. Lewat tengah hari itu, Yesus meninggal dan sebuah gempa bumi yang dahsyat berlaku. Tubuh Yesus diletakkan di dalam sebuah makam yang digali daripada batu besar. Adakah Yesus akan terus berada di dalam makam tersebut? Tidak. Mukjizat yang paling menakjubkan bakal berlaku! —Berdasarkan Matius bab 26 dan bab 27; Markus bab 14 dan bab 15; Lukas bab 22 dan bab 23; Yohanes bab 12 hingga bab 19. ˛ Apakah sambutan baru yang dimulakan oleh Yesus? ˛ Apakah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sebelum kematian Yesus? Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius ˘ Markus ˘ Lukas ˘ Yohanes ˘ Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus PERANAN PENTING YESUS Kematian Yesus memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan tujuan Yehuwa. Oleh sebab nyawa Yesus telah dipindahkan oleh daya aktif Tuhan ke dalam rahim Maria, Yesus dilahirkan sempurna. Maka, Yesus tidak perlu mati. Namun begitu, Yesus telah mengorbankan nyawanya agar umat manusia berpeluang hidup selama-lamanya dan menikmati kehidupan yang telah dihilangkan oleh Adam.1—Matius 20:28; Lukas 1:34, 35; Yohanes 3:16, 36; 2 Petrus 3:13. 1 Untuk perbincangan lanjut tentang nilai korban tebusan Yesus, lihat muka surat 52-63 dalam buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi ˘ Matius ˘ Markus ˘ Lukas ˘ Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 21 Yesus Hidup Semula! Yesus menampakkan diri kepada pengikut-pengikutnya untuk memberi mereka arahan dan galakan P ADA hari ketiga selepas kematian Yesus, beberapa orang wanita yang merupakan pengikutnya mendapati bahawa batu penutup pintu makam Yesus telah digulingkan ke tepi. Malah, makam Yesus didapati kosong! Dua malaikat muncul. “Kamu mencari Yesus orang Nasaret,” kata satu malaikat. “Dia sudah dibangkitkan!” (Markus 16:6) Tanpa membuang masa, wanita-wanita itu berlari untuk memberitahu rasul-rasul Yesus apa yang telah berlaku. Dalam perjalanan mereka, mereka menemui Yesus. “Janganlah takut,” kata Yesus. “Pergilah beritahu saudara-saudaraku supaya pergi ke Galilea; di sana mereka akan melihat aku.”—Matius 28:10. Kemudian, pada hari itu juga, semasa dua orang pengikut Yesus berada dalam perjalanan dari Yerusalem ke kampung Emaus, seorang lelaki yang tidak dikenali mereka menyertai mereka dan bertanya tentang perbualan mereka. Sebenarnya, lelaki itu ialah Yesus yang telah dibangkitkan, dan dia menampakkan diri kepada mereka dengan menggunakan tubuh yang tidak dikenali mereka. Dengan pilu, mereka menjawab bahawa mereka sedang berbual tentang Yesus. Lelaki itu mula menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan Mesias seperti yang terkandung dalam Bible. Sememangnya, nubuat-nubuat tentang Mesias menjadi kenyataan dalam diri Yesus sehingga ke butir yang terkecil.1 Apabila pengikut-pengikut itu sedar bahawa lelaki itu 1 Bagi contoh-contoh nubuat Mesias yang menjadi kenyataan dalam diri Yesus, lihat muka surat 17-19 dalam brosur ini serta muka surat 230-231 dalam buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? DAYA AKTIF TUHAN Daya aktif Tuhan, yang juga dipanggil roh suci, merupakan daya yang paling berkuasa di dalam seluruh alam semesta. Tuhan Yehuwa telah menggunakan daya aktif-Nya untuk menciptakan syurga dan bumi serta membimbing penulisan Bible. Daya ini merupakan daya di sebalik mukjizat-mukjizat yang telah berlaku, termasuklah mukjizat yang paling menakjubkan, iaitu pembangkitan Yesus Kristus. Dia dihidupkan semula sebagai makhluk roh yang berkuasa.—Kejadian 1:2; 2 Samuel 23:2; Kisah 10:38; 1 Petrus 3:18. ialah Yesus yang telah dibangkitkan sebagai makhluk roh, Yesus menghilangkan diri. Dengan serta-merta, kedua-dua orang pengikut itu berpatah balik ke Yerusalem. Di sana, mereka menjumpai rasul-rasul Yesus yang sedang berkumpul di dalam sebuah bilik terkunci. Semasa kedua-dua orang pengikut itu sedang menceritakan pengalaman mereka, Yesus muncul di hadapan mereka. Pengikut-pengikutnya terpegun! Mereka tidak mempercayai apa yang dilihat. “Mengapa hati kamu ragu-ragu?” tanya Yesus. “Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh [Tuhan] mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga.”—Lukas 24:38, 46. Selama 40 hari selepas pembangkitannya, Yesus menampakkan diri kepada pengikutnya pada kesempatan-kesempatan yang berlainan. Pernah sekali, dia menampakkan diri kepada lebih daripada 500 orang pengikutnya! Mungkin pada kesempatan itu, dia telah memberi mereka tugas yang penting ini: “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku. . . . Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah aku perintahkan. Ingatlah, aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman.”—Matius 28:19, 20. Pada perjumpaan Yesus yang terakhir dengan 11 orang rasulnya yang setia, Yesus berjanji, “Kamu akan menerima kuasa, apabila roh [Tuhan] datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksiku . . . sampai ke hujung bumi.” (Kisah 1:8) Selepas itu, seraya mereka sedang menyaksikan kenaikan Yesus ke syurga, kepulan awan menyembunyikan Yesus daripada pandangan mereka. —Berdasarkan Matius bab 28; Markus bab 16; Lukas bab 24; Yohanes bab 20 dan bab 21; 1 Korintus 15: 5, 6. ˛ Bagaimanakah murid-murid Yesus tahu bahawa Tu- han telah membangkitkan Yesus? ˛ Apakah yang dijelaskan oleh Yesus kepada dua orang pengikutnya dalam perjalanan ke Emaus? ˛ Apakah arahan-arahan yang diberikan oleh Yesus kepada murid-muridnya sebelum dia naik ke syurga? 36 Kornelius menjadi seorang penganut Kristian 30 Nisan 33 M 6 Siwan 33 Pentakosta; daya aktif Tuhan dicurahkan (Bulan Siwan, iaitu sebahagian daripada bulan Mei dan Jun) 22 Para Rasul Menyebarkan Berita Baik Tanpa Rasa Gentar Sidang Kristian mengalami pertambahan yang pesat meskipun menghadapi penganiayaan S EPULUH hari selepas Yesus naik ke syurga, kira-kira 120 orang pengikutnya telah berkumpul dalam sebuah rumah di Yerusalem. Pada masa itu, orang Yahudi sedang menyambut Perayaan Pentakosta, 33 M. Tiba-tiba, rumah itu dipenuhi dengan bunyi seperti tiupan angin yang kencang. Secara mukjizat, pengikut-pengikut Yesus mula bertutur dalam bahasa-bahasa yang tidak diketahui oleh mereka. Mengapakah kejadiankejadian yang aneh ini berlaku? Tuhan telah memberikan daya aktif-Nya kepada muridmurid Yesus. Terdapat ramai orang di luar rumah itu kerana mereka merupakan pelawat yang datang dari negeri-negeri lain untuk menyambut Perayaan Pentakosta. Mereka kagum mendengar bahasa-bahasa mereka dituturkan dengan fasih oleh pengikut Yesus. Petrus menjelaskan apa yang sedang berlaku. Dia merujuk kepada nubuat Yoel yang telah menyatakan bahawa Tuhan “akan mencurahkan” daya aktif-Nya. Penerima daya aktif ini akan diberikan kurnia-kurnia mukjizat. (Yoel 2:28, 29) Pencurahan daya ini jelas menunjukkan bahawa perubahan yang penting telah berlaku: Perkenan Tuhan telah dipindahkan daripada umat Israel kepada sidang Kristian yang baru ditubuhkan. Sekarang, mereka yang ingin menjadi penyembah sejati Tuhan harus menjadi pengikut Kristus. Sementara itu, penentangan daripada musuh-musuh bertambah hebat, dan murid-murid Yesus dipenjarakan. Tetapi, pada waktu malam, malaikat Tuhan telah membuka pintu penjara dan mengarahkan murid-murid Yesus untuk terus menjalankan kerja penyebaran. Apabila fajar menyingsing, mereka telah berbuat seperti yang disuruh. Mereka memasuki Rumah Tuhan dan mula mengajar orang mengenai berita baik tentang Yesus. Penentangpenentang mereka menjadi sangat marah dan mengarahkan mereka untuk menghentikan kerja penyebaran mereka. Tanpa rasa gentar, rasul-rasul Yesus menjawab, “Kami harus taat kepada [Tuhan] dan bukan kepada manusia.”—Kisah 5:28, 29. Penganiayaan terhadap sidang Kristian bertambah teruk. Beberapa orang Yahu- di membuat tuduhan bahawa Stefanus telah menghina Tuhan. Oleh itu, dia direjam dengan batu sehingga mati. Seorang pemuda yang bernama Saulus dari kota Tarsus telah menyaksikan pembunuhan Stefanus dengan rasa puas hati. Selepas itu, Saulus telah pergi ke Damsyik untuk menangkap sesiapa sahaja yang mengikut Kristus. Dalam perjalanannya, cahaya dari syurga telah memancar di sekelilingnya dan suatu suara berkata, “Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya aku?” Disebabkan cahaya yang terang itu, Saulus tidak dapat melihat. Maka, Saulus bertanya, “Siapakah tuan?” Suara itu menjawab, “Aku Yesus.”—Kisah 9:3-5. Tiga hari kemudian, Yesus menghantar seorang murid yang bernama Ananias untuk memulihkan penglihatan Saulus. Saulus dibaptiskan dan mula menyebarkan berita baik tentang Yesus dengan berani. Saulus mula dikenali sebagai Rasul Paulus dan dia menjadi seorang anggota sidang Kristian yang mempunyai semangat yang membara. Setakat ini, murid-murid Yesus menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan kepada orang Yahudi dan orang Samaria sahaja. Sekarang, satu malaikat menampakkan diri kepada Kornelius, seorang pegawai tentera Roma yang takut akan Tuhan, dan mengarahkannya untuk menjemput Rasul Petrus ke rumahnya. Petrus bersama beberapa orang kawannya menyebarkan berita baik kepada Kornelius dan seisi rumah tangganya. Semasa Petrus sedang bercakap, daya aktif Tuhan telah dicurahkan ke atas mereka walaupun mereka bukan orang Yahudi. Rasul Petrus mengarahkan supaya mereka dibaptiskan demi nama Yesus. Kini, jalan kepada kehidupan abadi terbuka kepada semua bangsa. Inilah titik permulaan bagi penyebaran berita baik tentang Kerajaan Tuhan ke merata-rata oleh sidang Kristian. —Berdasarkan Kisah 1:1–11:21. ˛ Apakah yang berlaku semasa Perayaan Pentakosta se- dang berlangsung? ˛ Apakah reaksi musuh-musuh murid Yesus terhadap kerja penyebaran yang dijalankan oleh mereka? ˛ Bagaimanakah jalan kepada kehidupan abadi dibuka kepada orang daripada semua bangsa? Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah ˘ Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu 25 kira-kira 47- 48 Pengembaraan Paulus yang pertama kira-kira 49-52 Pengembaraan Paulus yang kedua kira-kira 52-56 Pengembaraan Paulus yang ketiga 60 M Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Hosea Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes ˘ Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius 23 Berita Baik Tersebar Paulus mengembara mengharungi darat dan laut untuk menjalankan kerja penyebaran S ELEPAS memeluk agama Kristian, Paulus menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dengan bersungguh-sungguh. Walaupun dahulu dia merupakan seorang penentang kebenaran, sekarang, dia sendiri terpaksa menghadapi tentangan yang hebat. Tanpa mengenal penat lelah, Paulus mengadakan beberapa pengembaraan ke merata-rata untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan kerana Kerajaan Tuhanlah yang akan melaksanakan tujuan asal Tuhan untuk umat manusia. Di Listra, iaitu semasa pengembaraannya yang pertama, Paulus menyembuhkan seorang lelaki yang lumpuh sejak lahir. Orang ramai mula menjerit dalam suara yang lantang bahawa Paulus dan teman seperjalanannya, Barnabas merupakan tuhan. Paulus dan Barnabas hampir gagal untuk menghalang orang ramai daripada mempersembahkan korban kepada mereka. Tetapi kemudiannya, kumpulan orang ramai ini dipengaruhi oleh musuh-musuh Paulus dan mula merejam Paulus dengan batu sehingga mereka sangka Paulus telah mati. Paulus terselamat daripada serangan tersebut dan kemudiannya dia telah kembali semula ke kota ini untuk menyemarakkan semangat murid-murid Yesus dan menggalakkan mereka. Sesetengah orang Kristian Yahudi mendakwa bahawa orang Kristian bukan Yahudi mesti taat kepada Hukum Musa. Paulus membawa masalah ini kepada rasul-rasul dan orang tuatua yang berada di Yerusalem. Selepas mereka mengamati apa yang terkandung dalam Bible, dan dengan bimbingan daya aktif Tuhan, mereka menulis kepada sidang-sidang Kristian dan menasihati mereka untuk menjauhkan diri daripada penyembahan berhala, daripada memakan darah dan daging yang darahnya tidak dicurahkan, dan daripada perbuatan seks yang haram. Perintah-perintah ini “mustahak,” atau wajib diikuti, tetapi hal ini tidak bermaksud mereka mesti mengikut Hukum Musa.—Kisah 15:28, 29. Semasa pengembaraan Paulus yang kedua, Paulus melawat kota Berea, yang sekarang terletak di negara Greece. Orang Yahudi yang tinggal di sana menyambut baik apa yang dikhabarkan olehnya. Mereka malah menyelidiki Bible setiap hari untuk memastikan apa yang diajarkan oleh Paulus adalah benar. Sekali lagi, tentangan daripada orang memaksa dia untuk meneruskan perjalanannya, dan kali ini dia pergi ke Atena. Di hadapan sekumpulan orang Atena yang berpelajaran tinggi, Paulus memberi sebuah ceramah yang sangat berkesan. Ceramahnya itu menjadi teladan yang baik dalam penggunaan bahasa secara mahir dan bijaksana serta penggunaan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang. Selepas pengembaraan Paulus yang ketiga, dia pergi ke Yerusalem. Apabila Paulus melawat Rumah Tuhan, sesetengah orang Yahudi memulakan rusuhan kerana mereka ingin membunuhnya. Askar Roma telah campur tangan dan membawanya untuk disoal siasat. Oleh sebab dia merupakan warganegara Roma, dia kemudiannya mempertahankan dirinya di hadapan gabenor Roma yang bernama Feliks. Orang Yahudi tidak mempunyai bukti-bukti bagi tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Paulus. Untuk menghalang Festus, seorang lagi gabenor Roma, daripada menyerahkannya kepada orang Yahudi, Paulus berkata, “Saya minta diadili oleh Kaisar Roma!” Festus menjawab, “Kerana kamu minta diadili oleh Kaisar Roma, kamu harus pergi menghadap Kaisar.”—Kisah 25:11, 12. Paulus kemudian dihantar ke Italia dengan kapal untuk dibicarakan. Oleh sebab kapal yang dinaikinya terkandas, dia terpaksa tinggal di Pulau Malta sepanjang musim sejuk. Akhirnya, apabila dia tiba di Roma, dia tinggal di sebuah rumah sewa selama dua tahun. Walaupun dia dikawal oleh askar, Rasul Paulus terus menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan kepada semua orang yang datang untuk melawatnya dengan semangat membara. —Berdasarkan Kisah 11:22–28:31. ˛ Apakah yang berlaku selepas Paulus menyembuhkan seorang lelaki yang lumpuh di Listra? ˛ Bagaimanakah masalah tentang ketaatan terhadap Hukum Musa diselesaikan? ˛ Mengapakah Paulus akhirnya dihantar ke Roma, dan apakah yang dilakukan olehnya di sana? 60 M 24 Paulus Menulis kepada Sidang-Sidang Kristian Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut Surat-surat yang ditulis oleh Paulus menguatkan iman orang Kristian abad pertama IDANG Kristian yang baru ditubuhkan akan teS rus memainkan peranan MAKEDONIA 2 Korintus 1 Timotius Titus (?) Surat-Surat yang Ditulis oleh Paulus Kira-Kira Tahun 50-65 M ROMA yang penting dalam pelakITALIA Filipi Efesus sanaan tujuan Yehuwa. NaKolose Tesalonika mun, tidak lama selepas diFilemon GAL ATIA Filipi tubuhkan, sidang Kristian YUNANI Ibrani pada abad pertama mengEFESUS 2 Timotius 1 Korintus hadapi serangan daripada ANTIOKHIA Sisilia penentang-penentang keKORINTUS Kolose Galatia (?) 1 Tesalonika benaran. Adakah mereka 2 Tesalonika akan berpegang teguh pada Roma integriti mereka apabila Kreta Siprus berdepan dengan penganiayaan daripada luar sidang L A U T T E mahupun bahaya-bahaya N G A H yang datang daripada dalam sidang? Kitab Yunani Yerusalem Tempat Paulus menulis suratnya Kristian mempunyai 21 puMESIR (?) Tempat penulisan tidak dapat dipastikan cuk surat yang menawarkan nasihat dan galakan yang diperlukan. Zefanya Empat belas pucuk surat, iaitu buku Apakah yang dapat membantu keluarHagai Roma hingga buku Ibrani, ditulis oleh Raga untuk menikmati kehidupan yang baZakharia sul Paulus. Surat-surat ini dinamakan sem- hagia? Para suami mesti mengasihi isteri Maleakhi pena penerimanya, sama ada seorang in- mereka seperti mengasihi tubuh sendiri. Matius dividu atau sebuah sidang. Marilah kita Kaum isteri mesti mempunyai rasa horMarkus Lukas membaca tentang sesetengah subjek yang mat yang mendalam terhadap suami mereYohanes dibincangkan dalam surat-surat Paulus. ka. Anak-anak perlu taat kepada ibu bapa Kisah mereka kerana hal ini menyenangkan hati Nasihat tentang moral dan kelakuan. Roma ˘ Tuhan. Ibu bapa harus membimbing dan Mereka yang mengamalkan perbuatan seks 1 Korintus ˘ 2 Korintus ˘ yang haram, mengadakan hubungan seks melatih anak-anak mereka dengan penuh Galatia ˘ sebelum bernikah, dan melakukan dosa- kasih dan dengan menggunakan prinsipEfesus ˘ dosa lain yang menjijikkan “tidak akan prinsip di dalam Bible.—Efesus 5:22–6:4; Filipi ˘ Kolose 3:18-21. menikmati Pemerintahan [Tuhan].” (GalaKolose ˘ Memahami tujuan Tuhan. Banyak astia 5:19-21; 1 Korintus 6:9-11) Penyembah1 Tesalonika ˘ penyembah Tuhan mestilah bersatu padu pek Hukum Musa bertindak sebagai pelin2 Tesalonika ˘ 1 Timotius ˘ tanpa mengira bangsa. (Roma 2:11; Efe- dung dan pembimbing kepada orang Is2 Timotius ˘ sus 4:1-6) Mereka harus menghulurkan rael sehingga ketibaan Kristus. (Galatia Titus ˘ bantuan dengan murah hati kepada rakan 3:24) Namun begitu, orang Kristian tiFilemon ˘ seiman mereka yang memerlukan perto- dak perlu mematuhi Hukum itu untuk Ibrani ˘ longan. (2 Korintus 9:7) “Berdoalah sentia- menyembah Tuhan. Apabila Paulus meYakobus sa,” kata Paulus. Penyembah Tuhan diga- nulis kepada orang Ibrani, iaitu orang Kris1 Petrus 2 Petrus lakkan untuk meluahkan isi hati mereka tian yang mempunyai latar belakang Yahu1 Yohanes kepada Yehuwa melalui doa. (1 Tesaloni- di, dia menjelaskan kepada mereka erti di 2 Yohanes ka 5:17; 2 Tesalonika 3:1; Filipi 4:6, 7) Ha- sebalik Hukum Musa dan bagaimana tu3 Yohanes nya doa-doa yang diucapkan dengan iman juan Tuhan dilaksanakan melalui Kristus. Yudas kepada Tuhan akan didengari-Nya.—Ibrani Paulus menjelaskan bahawa pelbagai atuWahyu ran di bawah Hukum itu membawa makna 11:6. 27 Paulus menulis surat-surat semasa dipenjarakan di Roma 61 M SIAPAKAH BENIH YANG DIJANJIKAN? Selepas Adam dan Hawa berdosa, Tuhan menggunakan bahasa kiasan apabila Dia berkata kepada si ular, “Aku akan menyebabkan engkau dan wanita itu saling bermusuhan, dan benihmu dan benihnya akan saling bermusuhan. Benih wanita akan meremukkan kepalamu dan engkau akan mematuk tumitnya.” (Kejadian 3:15, NW) Bible mengenal pasti Iblis sebagai “ular tua.” (Wahyu 12:9) Rahsia identiti Benih, atau Penyelamat manusia disingkapkan di dalam Bible secara beransur-ansur dan menjangkau masa berabad-abad. Kira-kira 2,000 tahun selepas Adam dan Hawa berdosa, Yehuwa menunjukkan bahawa Benih yang dijanjikan akan berasal daripada keturunan Abraham. (Kejadian 22:17, 18) Berabad-abad kemudian, Rasul Paulus menunjukkan bahawa bahagian utama Benih itu merupakan Mesias, Yesus Kristus. (Galatia 3:16) Selaras dengan apa yang tercatat di Kejadian 3:15, Yesus secara simbolik, telah dipatuk Yoel Amos Obaja Yunus Mikha Nahum Habakuk Zefanya Hagai Zakharia Maleakhi Matius Markus Lukas Yohanes Kisah ˘ Roma ˘ 1 Korintus ˘ 2 Korintus ˘ Galatia ˘ Efesus ˘ Filipi ˘ Kolose ˘ 1 Tesalonika ˘ 2 Tesalonika ˘ 1 Timotius ˘ 2 Timotius ˘ Titus ˘ Filemon ˘ Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas Wahyu di tumit apabila dia dibunuh. Walau bagaimanapun Tuhan telah membangkitkan Yesus. Dia “dihidupkan semula dalam keadaan rohani.”—1 Petrus 3:18. Tuhan juga bertujuan supaya 144,000 manusia membentuk bahagian kedua benih itu. (Galatia 3: 29; Wahyu 14:1) Mereka dibangkitkan dalam tubuh roh sebagai pemerintah-pemerintah yang akan memerintah bersama Kristus di Kerajaan di syurga.—Roma 8:16, 17. Sebagai Raja di syurga yang berkuasa, tidak lama lagi Yesus akan membasmi Iblis dan benihnya, iaitu manusia-manusia jahat dan roh-roh jahat yang merupakan pengikut Syaitan. (Yohanes 8:44; Efesus 6:12) Pemerintahan Yesus akan membawa keamanan dan sukacita kepada semua manusia yang taat kepada Tuhan. Maka akhirnya, dia akan “meremukkan kepala” si ular, yakni menghancurkannya supaya tidak wujud lagi.—Ibrani 2:14. yang istimewa bagi masa hadapan. Misalnya, persembahan binatang-binatang sebagai korban melambangkan kematian Yesus yang akan membawa pengampunan dosa yang sebenar. (Ibrani 10:1-4) Melalui kematian Yesus, Tuhan membatalkan Perjanjian Hukum Musa kerana perjanjian itu tidak lagi diperlukan.—Kolose 2:13-17; Ibrani 8:13. Arahan tentang cara yang betul untuk mengaturkan hal ehwal sidang. Semua lelaki yang ingin memikul tanggungjawab di dalam sidang mesti mempunyai piawaian moral yang tinggi dan harus memenuhi kelayakan seperti yang tercatat di dalam Bible. (1 Timotius 3:1-10, 12, 13; Titus 1:5-9) Penyembah Tuhan harus berkumpul dengan rakan-rakan seiman mereka secara tetap untuk saling memberikan dorongan. (Ibrani 10:24, 25) Perjumpaan untuk penyembahan harus bersifat membina dan dapat mengajar para hadirin.—1 Korintus 14:26, 31. Apabila Paulus menulis surat keduanya kepada Timotius, dia berada di Roma; dia berada dalam tahanan dan sedang menunggu keputusan penghakimannya. Hanya beberapa orang sahaja yang sanggup mem- bahayakan nyawa mereka untuk melawatnya. Paulus tahu bahawa tidak lama lagi, dia akan mati. Paulus berkata, “Aku sudah berusaha dengan sebaik-baiknya dalam perlumbaan dan aku sudah sampai di garis akhir. Aku tetap setia . . . sampai akhir.” (2 Timotius 4:7) Mungkin tidak lama selepas itu, Paulus telah dibunuh kerana mempertahankan kepercayaannya. Namun, surat-surat rasul ini membimbing penyembah sejati hingga ke hari ini. —Berdasarkan Roma; 1 dan 2 Korintus; Galatia; Efesus; Filipi; Kolose; 1 dan 2 Tesalonika; 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon; Ibrani. ˛ Apakah nasihat yang terkandung dalam surat-surat Paulus tentang moral dan kelakuan? ˛ Bagaimanakah Paulus menolong orang Kristian memahami pelaksanaan tujuan Tuhan melalui Kristus? ˛ Apakah arahan yang diberikan oleh Paulus tentang cara yang betul untuk mengaturkan hal ehwal sidang? 28 61 M sebelum 62 Yakobus menulis suratnya 25 Nasihat tentang Iman, Kelakuan, dan Kasih Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung Yesaya Yeremia Ratapan Yehezkiel Daniel Yakobus, Petrus, Yohanes, dan Yudas telah menulis surat-surat untuk menggalakkan rakan seiman mereka Y AKOBUS dan Yudas mempunyai ibu yang sama dengan Yesus, iaitu Maria. Petrus dan Yohanes adalah antara 12 rasul Yesus. Keempat-empat lelaki ini telah menulis tujuh pucuk surat yang terkandung dalam Kitab Yunani Kristian. Setiap surat dinamakan sempena penulis surat. Nasihat yang terkandung dalam surat-surat yang diilhamkan Tuhan bertujuan untuk membantu orang Kristian untuk mengekalkan integriti mereka kepada Yehuwa dan mengekalkan kesetiaan mereka kepada Kerajaan-Nya. Perlihatkan iman. Pengakuan bahawa seseorang memiliki iman tidak mencukupi. Iman yang sebenar mesti disertai perbuatan. “Oleh itu,” tulis Yakobus, “iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia!” (Yakobus 2:26) Perbuatan yang berteraskan iman semasa menghadapi cubaan membantu seseorang untuk memupuk ketabahan. Jika seseorang Kristian ingin menghadapi cubaan dengan jayanya, dia harus memohon kebijaksanaan daripada Tuhan dan dia perlu yakin bahawa Tuhan akan memberikan kebijaksanaan kepadanya. Ketabahan membawa perkenan Tuhan. (Yakobus 1:2-6, 12) Jika penyembah Tuhan mengekalkan integriti dan kepercayaannya, Tuhan Yehuwa akan membalas baik usahanya. “Hampirilah [Tuhan],” kata Yakobus, “dan [Tuhan] pun akan menghampiri kamu.”—Yakobus 4:8. Iman seorang Kristian mestilah cukup teguh untuk membantunya melawan godaan dan pengaruh-pengaruh buruk. Persekitaran Yudas yang diselubungi dengan akhlak yang buruk mendorongnya untuk menggesa orang Kristian yang lain supaya “terus berjuang untuk iman.”—Yudas 3. Kekalkan kelakuan yang murni. Yehuwa menuntut supaya penyembah-Nya menjadi suci, iaitu bersih dari semua aspek. Petrus menulis, “Hendaklah kamu suci dalam segala sesuatu yang kamu lakukan . . . Di dalam Alkitab tertulis, ‘Hendaklah kamu suci, kerana Aku [Yehuwa] suci.’ ” (1 Petrus 1:15, 16) Orang Kristian diberi suri teladan yang baik. Petrus berkata, “Kristus sendiri sudah menanggung penderitaan untuk kamu, dan memberi kamu satu teladan, su- paya kamu mengikut jejaknya.” (1 Petrus 2: 21) Mungkin orang Kristian akan menderita kerana berpegang teguh pada piawaian Tuhan. Namun, mereka akan mempunyai hati nurani yang murni. (1 Petrus 3:16, 17) Petrus menggalakkan orang Kristian supaya melimpah-limpah dalam kelakuan suci dan perbuatan yang mencerminkan kasih mereka terhadap Tuhan seraya menunggu hari penghakiman Tuhan dan dunia baru yang “terdapat keadilan.”—2 Petrus 3:11-13. Perlihatkan kasih. “[Tuhan] itu kasih,” tulis Yohanes. Rasul ini menunjukkan bahawa Tuhan memperlihatkan kasih-Nya yang agung dengan “mengutus Anak-Nya supaya melalui dia dosa kita diampunkan.” ’Hampirilah Tuhan, Orang Kristian harus digerak- dan Tuhan pun akan kan untuk melakukan apa? menghampiri kamu.’ Yohanes menjelaskan, “Sahabat-sahabat yang aku kasihi, —Yakobus 4:8 jika [Tuhan] sangat mengasihi kita, kita pun harus saling Zakharia mengasihi.” (1 Yohanes 4:8-11) Salah satu Maleakhi cara orang Kristian boleh menunjukkan kaMatius sih sedemikian adalah dengan bersikap raMarkus mah dan suka menyambut rakan seiman ke Lukas Yohanes rumah.—3 Yohanes 5-8. Kisah Tetapi, bagaimanakah penyembah YehuRoma wa boleh memperlihatkan kasih mereka 1 Korintus kepada-Nya? Yohanes menjawab soalan itu 2 Korintus Galatia dengan menyatakan, “Apabila kita mentaEfesus ati perintah [Tuhan], maka kita mengasiFilipi hi [Tuhan]. Perintah-Nya pun tidak terlalu Kolose susah bagi kita.” (1 Yohanes 5:3; 2 Yoha1 Tesalonika nes 6) Mereka yang mentaati Tuhan diberi 2 Tesalonika 1 Timotius kepastian bahawa mereka akan terus dikasi2 Timotius hi oleh-Nya dan diberi harapan untuk “hiTitus dup sejati dan kekal.”—Yudas 21. Filemon —Berdasarkan Yakobus; 1 dan 2 Petrus; 1, 2, dan 3 Yohanes; Yudas. ˛ Bagaimanakah seorang Kristian dapat memperlihat- kan iman? ˛ Apakah tuntutan Tuhan berhubung kelakuan penyembah-penyembah-Nya? ˛ Bagaimanakah seseorang boleh memperlihatkan bahawa dia benar-benar mengasihi Tuhan? Ibrani Yakobus ˘ 1 Petrus ˘ 2 Petrus ˘ 1 Yohanes ˘ 2 Yohanes ˘ 3 Yohanes ˘ Yudas ˘ Wahyu 29 66 Pemberontakan orang Yahudi terhadap orang Roma Yerusalem dan Rumah Tuhan dimusnahkan oleh orang Roma 70 71 M Kejadian Keluaran Imamat Bilangan Ulangan Yosua Hakim-Hakim Rut 1 Samuel 2 Samuel 1 Raja-Raja 2 Raja-Raja 1 Tawarikh 2 Tawarikh Ezra Nehemia Ester Ayub Mazmur Amsal Pengkhutbah Kidung Agung 26 Firdaus Dipulihkan! Yehuwa menyucikan nama-Nya, menegakkan kedaulatan-Nya, dan membasmi segala kejahatan melalui Kerajaan yang diperintah oleh Kristus B UKU yang terakhir di dalam Bible dipanggil buku Wahyu dan ditulis oleh Rasul Yohanes. Buku ini memberikan harapan kepada semua manusia dan mengandungi penglihatan-penglihatan yang memuncak dengan pelaksanaan tujuan Yehuwa. Dalam penglihatan pertama, Yesus yang telah dibangkitkan memberi pujian dan menegur beberapa buah sidang Kristian. Dalam penglihatan yang seterusnya, kita dibawa BABILON BESAR Dalam buku Wahyu, semua agama palsu yang menentang Tuhan yang benar dipanggil “Babel yang besar,” atau Babilon Besar. Sebagai satu kumpulan, semua agama palsu ini juga dipanggil “pelacur yang termasyhur” kerana dia menjualkan diri, atau melacurkan diri kepada kuasa-kuasa politik dunia ini. Buku Wahyu menunjukkan bahawa pada waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhan Yehuwa, kuasakuasa ini akan berpaling tadah dan membinasakannya. —Wahyu 17:1-5, 16, 17. Matius Markus Lukas Yohanes Kisah Roma 1 Korintus 2 Korintus Galatia Efesus Filipi Kolose 1 Tesalonika 2 Tesalonika 1 Timotius 2 Timotius Titus Filemon Ibrani Yakobus 1 Petrus 2 Petrus 1 Yohanes 2 Yohanes 3 Yohanes Yudas ˘ Wahyu ke hadirat Tuhan, iaitu di hadapan takhtaNya. Di situ, makhluk-makhluk roh sedang memberi-Nya pujian. Seraya tujuan Tuhan terus berkembang maju, Anak Bebiri, iaitu Yesus Kristus menerima gulungan naskhah dengan tujuh buah meterai. Empat meterai yang pertama dibuka dan penunggang-penunggang kuda simbolik meluru ke pentas dunia. Penunggang pertama ialah Yesus Kristus. Dia ditabalkan sebagai Raja dan sedang menunggang seekor kuda putih. Seterusnya, penunggang-penunggang dengan kuda yang berlainan warna muncul. Hal ini melambangkan peperangan, kebuluran, dan wabak penyakit yang akan berlaku pada hari-hari terakhir sistem dunia ini. Pembukaan meterai yang ketujuh disusuli tiupan tujuh trompet simbolik yang melambangkan penghebahan berita penghakiman Tuhan. Peristiwa-peristiwa ini pula membawa kepada tujuh tulah simbolik yang menandakan kemurkaan Tuhan. Kerajaan Tuhan, yang digambarkan oleh seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan, ditubuhkan di syurga. Peperangan meletus di syurga dan Syaitan dengan malaikatmalaikatnya yang jahat dibuang ke bumi. “Malanglah bumi,” suara lantang dari syurga berkata. Iblis sangat marah kerana dia tahu bahawa masanya tinggal sedikit.—Wahyu 12:12. Yohanes nampak Yesus dilambangkan sebagai seekor anak bebiri di syurga. Bersamasama Yesus ialah 144,000 orang yang dipilih daripada kalangan umat manusia. Mereka “akan memerintah bersama-sama” Yesus. Maka, buku Wahyu menyingkapkan bahawa bahagian kedua benih akan berjumlah 144,000 orang.—Wahyu 14:1; 20:6. Pemerintah-pemerintah bumi berkumpul ke Armagedon, iaitu ‘perang pada hari Tuhan Yang Maha Kuasa.’ Mereka melancarkan perang ke atas Yesus, iaitu penunggang kuda putih yang memimpin pasukan tentera di syurga. Semua pemerintah di bumi dibinasakan. Syaitan dirantai, dan Yesus dan 144,000 orang yang dipilih dari bumi akan memerintah bumi “selama seribu tahun.” Pada akhir 1,000 tahun itu, Syaitan akan dibinasakan. —Wahyu 16:14; 20:4. Apakah yang akan berlaku semasa Pemerintahan Seribu Tahun Kristus dan 144,000 orang yang memerintah dengannya? Yohanes memberitahu kita apa yang akan dinikmati oleh manusia yang taat kepada Tuhan. Dia menulis, “[Yehuwa] akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.” (Wahyu 21:4) Bumi akan menjadi sebuah firdaus! Maka, buku Wahyu menyempurnakan mesej Bible. Melalui Kerajaan Mesias, nama Yehuwa disucikan dan kedaulatan-Nya ditegakkan secara sempurna untuk selamalamanya! —Berdasarkan buku Wahyu. ˛ Apakah yang dilambangkan oleh penunggang- penunggang kuda? ˛ Apakah perkara dramatik yang berlaku seraya tujuan Tuhan berkembang maju? ˛ Apakah Armagedon, dan apakah yang akan berlaku selepas terjadinya Armagedon? Yohanes menulis buku Wahyu kira-kira 96 30 71 M Kematian Yohanes, rasul yang terakhir kira-kira 100 M RINGKASAN Mesej Bible 1 Yehuwa menciptakan Adam dan Hawa dengan harapan untuk hidup selamalamanya di Firdaus di bumi. Syaitan memfitnah nama baik Tuhan dan mempersoalkan hak-Nya untuk memerintah. Adam dan Hawa menyertai Syaitan dalam pemberontakannya. Maka, mereka membawa dosa dan kematian kepada diri mereka dan anak cucu mereka 2 Yehuwa menjatuhkan hukuman atas pemberontak-pemberontak itu dan menjanjikan kedatangan seorang Penyelamat, atau Benih, yang akan meremukkan Syaitan dan membatalkan semua kesan yang dibawa oleh dosa akibat pemberontakan di Eden 7 Yehuwa mengarahkan Anak-Nya untuk memerintah bumi. Kerajaan Tuhan menghancurkan semua kerajaan yang jahat, menjadikan bumi ini sebuah Firdaus, dan membantu manusia yang setia kepada Tuhan untuk menjadi sempurna. Kedaulatan Yehuwa ditegakkan dan namaNya disucikan untuk selama-lamanya 3 Yehuwa berjanji kepada Abraham dan Daud bahawa mereka akan menjadi nenek moyang kepada Benih, atau Mesias, yang akan memerintah sebagai Raja untuk selamalamanya 6 Yehuwa menabalkan AnakNya sebagai Raja di syurga. Hal ini menandakan permulaan hari-hari terakhir sistem dunia ini. Yesus membimbing pengikutpengikutnya di bumi seraya mereka menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan ke seluruh pelosok dunia 4 Yehuwa mengilhami nabi-nabi-Nya untuk menubuatkan bahawa Mesias akan membawakan penawar bagi dosa dan kematian. Sebagai Raja Kerajaan Tuhan, Yesus dan pemerintah-pemerintah yang akan memerintah bersamanya akan membasmi peperangan, penyakit, mahupun kematian 5 Yehuwa mengutus Anak-Nya, iaitu Yesus, ke bumi dan menunjukkan bahawa dia ialah Mesias. Yesus menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dan mengorbankan nyawanya. Kemudian, Yehuwa membangkitkannya sebagai makhluk roh INGINKAH ANDA MENDAPAT MAKLUMAT L ANJUT? Brosur ini menjelaskan mesej yang terkandung di dalam Bible dalam cara yang ringkas dan menarik. Walau bagaimanapun, brosur ini tidak disediakan untuk memberikan maklumat terperinci tentang apa yang diajarkan di dalam Bible. Misalnya, anda mungkin ingin mengetahui jawapan Bible kepada soalan-soalan berikut: Adakah Tuhan benar-benar mengambil berat tentang saya? Apakah yang akan berlaku kepada kita selepas kita mati? Bagaimanakah saya dapat menikmati kebahagiaan hidup? Jawapan kepada soalan-soalan ini dan soalan lain boleh didapati dalam buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa. Buku ini membantu kita mempelajari Bible mengikut topik. Baca atau muat turun buku ini dan/atau dapatkan pembelajaran Bible secara percuma di www.jw.org/ms. Atau isi borang ini dan kirim ke alamat yang sesuai. Untuk melihat senarai alamat, sila lihat www.jw.org/ms/hubungi. APAKAH Sebenarnya AJARAN BIBLE? Penerbitan Agama Kristian Sila hantar kepada saya buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? Saya ingin belajar Bible secara percuma. Sila hubungi saya. Bahasa Nama Alamat bm-ML 170123 s Untuk maklumat lanjut, layari www.jw.org/ms atau hubungi Saksi-Saksi Yehuwa.