KERANGKA ELEMEN NAHU BAHASA ARAB BAGI PERINGKAT MENENGAH RENDAH KPM: PENDEKATAN ISM H.Mohammad Seman, Mohd. Zaki Abd. Rahman, Mat Taib Pa, Ahmad Arifin Sapar, dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti elemen nahu bahasa Arab yang sesuai dan diperlukan bagi Peringkat Menengah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan kesepakatan pakar. Juga bertujuan menentukan urutan keutamaan tajuk nahu dalam senarai kelompok elemen yang terpilih. Justeru itu, kajian ini menggunakan perisian Interpretive Structural Modelling (ISM) dalam membangunkan kerangka ini. Bilangan pakar yang terlibat dalam kajian ini adalah 21 orang dimana mereka merupakan pakar dalam bidang pendidikan bahasa Arab dari pelbagai sektor seperti pengajaran, penilaian serta pentaksiran, penggubalan kurikulum, penulisan buku teks, penyelidikan dan industri. Umumnya kepakaran dan pengalaman mereka melebihi sepuluh tahun khidmat rasmi dalam kementerian dan industri khas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 16 elemen tajuk nahu dipilihuntuk membangunkan model pembelajaran nahu Arab yang mempunyai nilai keperluan dan kesesuaian, bermula dengan elemen Aqsaam Kalimah dan diakhiri dengan elemen ‘Ataf.Kelompok elemen utama tersebut digunakan bagi menghasilkan kerangka elemen nahu bahasa Arab bagi semua pelajar di Peringkat Menengah Rendah di bawah pengurusan dan pengawasan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keywords: Kerangka, Elemen, Nahu Bahasa Arab, Peringkat Menengah Rendah (PMR), Interpretive Structural Modelling (ISM). PENGENALAN Berdasarkan pengalaman salah seorang pengkaji yang mengendalikan kelas Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) mendapati, purata pencapaian pelajar dalam nahu bahasa Arab berada di tahap 60% semasa ujian akhir semester pertama pengajian mereka. Meskipun mereka telah melalui proses pembelajaran bahasa Arab sewaktu di alam persekolahan. Tahap kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan para pelajar yang telah menamatkan pengajiannya di sekolah menengah adalah rendah. Mereka masih gagal untuk membaca dengan betul dari segi tatabahasa, sebutan huruf dan tidak mampu membina ayat yang betul mengikut kaedah sebenar bahasa Arab. (Ishak 1992). Sejarah penulisan nahu membuktikan tabiat strukturnya yang berciri kesukaran, bersimpang siur, pengecualian dan berkaitan antara satu sama lain. Proses pembinaan dan analisis sesuatu ayat dalam Bahasa Arab harus melalui beberapa kaedah seperti ketepatan pemilihan perkataan, mengenal pasti fungsi rangka dan makna seterusnya pembunyian vokal akhir setiap kalimah. (Tua’imah.1986: 144). Sekali pun begitu kesukarannya, para pengkaji bahasa tidak 166 | PROCEEDING 1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC STUDIES (ICIS 2017) “Reviving Islamic Values in Response to Human Crisis” menafikan peri pentingnya nahu bagi menguasai sesuatu Bahasa, malah sebagai syarat utama kepada penguasaan sebenar bahasa Arab. (Madkur, Huraidiy.2006: 46). Maka gejala penguasaan nahu itu sangat perlu dikaji dan dikupas tambahan pula perbahasan dan isunya agak merumitkan bagi keperluan generasi era globalisasi. Justeru, pendedahan ilmu nahu Arab hendaklah dijelmakan dalam bentuk yang mudah dan mesra pelajar serta bersesuaian dengan tahap pemikiran dan persediaan mereka. Kebanyakan kajian tentang penguasaan ilmu nahu Arab masih berlegar dalam skop kaedah pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu, buku teks, masalah perguruan, persekitaran dan sebagainya. Namun penelitian tentang pemetaan tajuk nahu dan kesesuaiannya dengan keperluan peringkat pembelajaran tidak banyak dilakukan. PENYATAAN MASALAH Pengajaran nahu Arab semakin pesat berkembang dan mendapat sambutan di Malaysia. Iadiajar di semua peringkat pengajian, ia itu dari sekolah rendah hingga ke universiti.Sebagaimana yang diketahui, peringkatpengajian yang dilaksanakan di Malaysia ialahsekolah rendah, sekolah menengah rendah, sekolah menegah tinggi, diploma dan universiti. Dari sudut sijil yang dianugerahkan pula ialah UPSR, PMR, SPM, STPM/STAM, diploma dan ijazah. Masalah yang berlakuialahtiadapenyelarasan yang khusus dan jitu antara sukatannahu di semuaperingkatkhususnya di peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah tinggi (SPM dan STPM), di samping tiada penentuan tahap standard yang jelas bagi semua peringkat ini. Realiti yang berlaku ialah sukatan nahu disediakan tanpa melihat kesinambungan antara peringkat-peringkat ini dan tanpa menentukan tahap standard yang tertentu untuk setiap peringkat. Dari sudut pentadbiran dan pengurusan pun, didapati sukatan-sukatan ini tidak disediakan oleh satu jabatan, kerana sukatan peringkat sekolah rendah dan menengah rendah serta menengah tinggi SPM disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK KPM), manakala peringkat STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Akibatnya, berlakulah ketidak stabilansukatannahu antara peringkatperingkattadi. Sebagai contohnya, didapati ada tajuk-tajuk yang diajarterlaluawal dan tidak bersesuaian dengan tahap penerimaanpelajar. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan oleh kumpulan ini untuk menetapkan tajuk-tajuk nahu yang sesuai untuk setiap peringkat pembelajaran. Kajian ini melakukan pemetaan semula kepada tajuk nahu mengikut kandungan yang sesuai bagi setiap peringkat pembelajaran. OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dibangunkan adalah untuk membangunkan sebuah kerangka elemen nahu Arab bagi peringkat menengah rendah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian, objektif kajian yang disasarkan adalah seperti berikut: a) Mengenal pasti elemen nahu bahasa Arab yang diperlukan bagi peringkat menengah rendah berdasarkan kesepakatan pakar. Inna Garuda || 22nd February 2017 || Yogyakarta || Indonesia | 167 b) Menentukan keutamaan (kedudukan) elemen nahu bahasa Arab yang diperlukan bagi peringkat menengah rendah berdasarkan kesepakatan pakar. METODOLOGI KAJIAN Bagi merealisasikan objektif kajian, kajian ini menggunakan perisian Interpretive Structural Modelling (ISM) dalam pembangunan kerangka elemen nahu Arab Peringkat Menengah Rendah (PMR). ISM juga merupakan teknik yang direka khusus bagi menyokong otak manusia untuk mengurus maklumat dan ideaidea dengan jelas dan berstruktur terhadap masalah yang disasarkan untuk mencari jalan penyelesaian (Warfield, 1974). ISM melibatkan proses perbincangan dan analisis yang menggalakkan pembangunan sesuatu bidang. Pengintegrasian pengetahuan dalam sesuatu bidang dan pemahaman yang berstruktur terhadap sesuatu masalah, secara asasnya akan mendorong untuk membuat keputusan yang didokong oleh alasan-alasan yang kukuh (Jharkharia and Shankar, 2005). Selain itu juga, ISM juga dapat meleraikan isu-isu kompleks dengan membenarkan kumpulan pakar untuk memberi fokus terhadap dua pandangan pada sesuatu masa (Pfohl, Gallus & Thomas, 2011). Output akhir daripada proses ISM ini merupakan gambaran hubungan peta perhubungan antara idea dan maklumat seterusnya membina satu model struktur yang bertingkat (Siti Farhah & Saedah, 2015; Sohani & Sohani, 2012; Attri, Dev & Sharma, 2013). Dalam konteks kajian ini, ISM digunakan bagi membantu para pakar yang terlibat dalam membuat perhubungan antara elemen nahu Arab PMR dibentangkan dalam membentuk sebuah model berstruktur. Berikut merupakan prosedur utama di dalam penggunaan teknik ISM yang telah digunakan oleh Pfohl, Gallus dan Thomas, (2011) ; Debnath dan Shankar (2012); Sohani & Sohani (2012). Terdapat 7 langkah yang dicadangkan dalam pelaksanaan ISM dan langkah-langkah ini menjadi asas kepada pembentukan kerangka elemen nahu Arab PMR: 1. Mengenalpasti pembolehubah kepada isu dan masalah 2. Membuat keputusan mengenai jenis ISM yang akan dibina 3. Pemilihan kumpulan peserta dan fasilitator 4. Menjana elemen yang ditetapkan 5. Melengkapkan matriks bagi interaksi elemen 6. Paparan Model 7. Perbincangan Struktur dan Pemindaan Jika Perlu LATAR BELAKANG ELEMEN NAHU ARAB PMR Peringkat Menengah Rendah adalah peringkat persekolahan menengah bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Tahap umur pelajar di peringkat ini biasanya ialah antara 13 tahun hingga 15 tahun. Pelajar PMR yang mempelajari bahasa Arab terdiri dari dua golongan. Pertama, golongan yang belum pernah terdedah dengan asas bahasa Arab di peringkat sekolah rendah kebangsaan (SRK) atau mempunyai pencapaian minimun dalam mata pelajaran agama Islam dan bahasa Arab. Mereka ini biasanya akan di tempatkan di sekolah menengah kebangsaan yang mempunyai program pengajian agama khas yang dikenali sebagai kelas aliran agama (KAA). Kedua, golongan 168 | PROCEEDING 1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC STUDIES (ICIS 2017) “Reviving Islamic Values in Response to Human Crisis” yang telah mempunyai asas bahasa Arab dan mendapat pencapaian yang baik di peringkat SRK. Golongan pelajar ini biasanya mendapat tempat pengajian di sekolah menengah agama kebangsaan (SMKA) atau sekolah menengah agama negeri (SMAN) atau sekolah menengah agama rakyat (SMAR). Namun, sukatan standard bahasa Arab antara sekolah-sekolah menengah ini tidak banyak berbeza. Begitu juga dengan elemen nahu yang dipelajari samada melalui buku teks dan proses penilaian serta pentaksirannya adalah sama. Ini kerana, masing-masing perlu melalui proses peperiksaan akhir tahap yang dikenali Penilaian Menengah Rendah (PMR). Maka item serta proses pengujian dan penilaiannya tidak berbeza sama sekali. Kajian mengenai elemen nahu bahasa Arab di peringkat sekolah menengah di Malaysia telah dilakukan ke atas silibus yang diguna pakai dalam pembelajaran BA tahap PMR. Kajian dilaksanakan di bawah geran UMRG RG436-13HNE (Model Tranformasi Kurikulum Bahasa Arab Standard Sekolah Menengah), 2014. Penelitian ini menghasilkan dapatan yang merumuskan kelompok elemen nahu yang terdapat dalam sukatan sedia ada, samada dalam silibus atau dalam buku teks. Kesimpulannya, penelitian ini hanya memberi tumpuan kepada aspek keberadaan elemen semata-mata dan tidak sesekali melihat kepada aspek keutamaan dan kesesuaian. PAKAR PENGGUBALAN KERANGKA ELEMEN NAHU ARAB PMR Memandangkan kepentingan kerangka elemen ini dalam penguasaan nahu bahasa Arab, maka penelitian ini wajar menghimpunkan sekumpulan pakar yang berpengalaman luas dari pelbagai sektor yang berkaitan proses pendidikan BA dari seluruh negara. Kepakaran ini akan membantu kajian untuk memberi komentar dan pandangan khusus dalam perbincangan aspek keutamaan dan kesesuaian elemen untuk diaplikasi secara holistik dan menyeluruh di semua jenis sekolah PMR. Berikut senarai nama pakar yang dipilih untuk menggubal kerangka elemen nahu Arab PMR: Bil Nama Kepakaran 1 Prof Madya Dr. Hj. Mohammad Seman Pakar Bidang Bahasa Arab 2 Dr. Mohd Zaki Abd. Rahman Pakar Bidang Bahasa Arab 3 Dr. Ahmad Arifin Sapar Pakar Bidang Bahasa Arab 4 Dr. Mat Taib Pa Pakar Bidang Bahasa Arab 5 En. Nik Muhammad Rozi Nik Yusoff Pakar Bidang Bahasa Arab 6 Prof. Madya Dr. Zaharah Hussin 7 Dr. Mohd Azhar Zailani 8 En. Mohd Ridhuan Mohd Jamil 9 En. Abdul Muqsith bin Ahmad Pakar Kurikulum Pendidikan Pakar Pendidikan Bahasa Arab Pakar Metodologi Pendidikan / Moderator Perbengkelan Pembantu Moderator Perbengkelan / Urusetia Perbengkelan Bertugas FBL Universiti Malaya FBL Universiti Malaya FBL Universiti Malaya FBL Universiti Malaya FBL Universiti Malaya Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Fakulti pendidikan Universiti Malaya Politeknik Shah Alam Kolej Yayasan Restu Inna Garuda || 22nd February 2017 || Yogyakarta || Indonesia | 169 10 En. Mior Shazril Mohd Sapawi 11 En. Hasmadi Hamdan 12 En. Nik Adnan Nik Mat 13 En. Zaini Sejo 14 En. Abdul Samad Abdoll Aziz 15 En. Amran Abdul Rahman 16 Pn. Suraya Yusuf 17 Pn. Aziyun 18 Pn. Mormazidah Mahmod 19 Pn. Nabilah Mustafa 20 En. Mohd Khairil Hasif Ramli 21 Fairuz Mohamad Pakar Kurikulum Bahasa Arab (Bahagian Pembangunan Kurikulum) Pakar Kurikulum Bahasa Arab (Bahagian Pembangunan Kurikulum) Pakar Penilaian dan Pentaksiran Bahasa Arab (Lembaga Peperiksaan Malayisa) Pakar Pendidikan Bahasa Arab (Guru Pakar Sekolah Menengah) Pakar Pendidikan Bahasa Arab (Guru Pakar Sekolah Kebangsaan) Pakar Perguruan Bahasa Arab (Institut Pendidikan Guru) Pakar Pendidikan Bahasa Arab (Guru Pakar Sekolah Kebangsaan) Pakar Pendidikan Bahasa Arab (Guru Pakar Sekolah Menengah) Pakar Perguruan Bahasa Arab (Institut Pendidikan Guru) Pakar Pendidikan Bahasa Arab (Guru Pakar Sekolah Menengah) Pakar Pendidikan Bahasa Arab (Guru Pakar Sekolah Kebangsaan) Pakar Pendidikan Bahasa Arab (Industri Pemasaran Bahasa Arab) Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Syarikat Faiza Jaya Sdn Bhd. Jadual 1: Senarai Kumpulan Pakar Penggubalan Elemen Nahu Arab PMR Kumpulan ini telah ditemukan dalam satu perbengkelan khas untuk tujuan pemetaan dan penggubalan kerangka elemen nahu Arab di Hotel Concorde3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Pertemuan ini diadakan pada 20-21 Ogos 2016. ANALISIS DAPATAN Dapatan kajian menunjukkan penggubalam kerangka elemen-elemen nahu Arab PMR telah dibangunkan melalui prosedur ISM yang dicadangkan oleh Pfohl, Gallus dan Thomas, (2011); Debnath dan Shankar (2012) ; Sohani & Sohani (2012). 170 | PROCEEDING 1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC STUDIES (ICIS 2017) “Reviving Islamic Values in Response to Human Crisis” 1. Proses pengundian dengan bantuan perisian concept star digunakan bagi pendekatan ISM dijalankan. Elemen akan dipasangkan berasaskan soalan yang dibina menggunakan frasa kontekstual dan frasa hubungan. Keperluan kepada moderator dalam mengendalikan proses pengundiaan berasaskan ISM dilakukan. Selain itu moderator berperanan sebagai pemudah cara serta menerangkan maksud soalan yang dikemukakan oleh perisian ISM. 2. Penetapan elemen wajib berdasarkan dapatan kajian terdahulu. (UMRG RG436-13HNE). Pembentangan dalam bentuk jadual untuk perumusan elemen sebenar yang diperlukan dari sekelompok elemen yang telah dikenal pasti dalam kajian terdahulu. Hasilnya, panel pakar telah bersetuju menetap 16 elemen nahu Arab PMR yang penting berdasarkan kesesuaian dan keperluan tahap pemikiran pelajar yang berada diperingkat ini. Berikut adalah elemen nahu Arab PMR : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. االسم والهعل:مة,أ ام الك والحرف االسم الهعل النكر والمعرفة اسم اإلشار االسم الموصول ية,ة االسمية والهع,الجم المبتدأ والخبر الهاعل والمهعول ظروف الزمان وظروف المكان العدد حروف الجر اإلضافة النعت عطف الن ق الضمير AqsaamKalimah : Isim, Fi’l& Harf Isim Fi’l Nakiirah&Makrifah IsimIsyaarat Isimmausuul Jumlahismiah&fi’liyah Mubtada’ &Khabar Faa’ilMaf’uul Zarf zamaan&makaan ‘Adad Huruufjarr Idhaafat Na’at ‘AtafNasaq Dhomir] Jadual 2 : Elemen Nahu Arab PMR Jadual ini menjelaskan senarai kelompok elemen yang perlu dikuasai oleh pelajar PMR, bermula dari Aqsaam Kalimah dan berakhir dengan Dhomir. Elemen tersebut diagih mengikut urutan seperti senarai tersebut dan diagihkan untuk proses pembelajaran dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tingkatan 1, 2 dan 3. Inna Garuda || 22nd February 2017 || Yogyakarta || Indonesia | 171 3. Pembentangan dapatan dalam bentuk diagraf dijalankan terhadap panel pakar. Paparan diagraf yang telah dihasilkan dapat dilihat pada rajah 1 : Rajah 1: Paparan Diagraf 4. Penerangan terhadap diagraf dijalankan bagi melihat pandangan panel pakar terhadap pengundian yang telah dilakukan sehingga terbangunnya sebuah kerangka.Berdasarkan rajah 1, dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa elemen 1 berada pada kedudukan yang lebih utama berbanding elemen 2,3,4,5,16,6,7,8,9,10,11,12,13,14 dan 15. Hal ini menunjukkan bahawa elemen 1 mempunyai kuasa memandu (driving power) yang lebih tinggi berbanding elemen-elemen yang lain. Kuasa memandu (driving power) adalah kuasa yang memandu elemen atau aktiviti yang lain dalam mencapai matlamat dan juga tujuan dengan sendirinya (Mohd Ridhuan Tony Lim, Saedah & Zaharah, 2014). Mohd Ridhuan Tony Lim , Saedah dan Zaharah (2014) juga menghujahkan bahawabagi kuasa penggantungan (dependence power) pula, ianya adalah kuasa yang bergantung kepada kuasa lain dalam mencapai sesuatu matlamat dan tujuan. Bagi konteks kajian ini, elemen 1 mempengaruhi 2,3,4,5,16,6,7,8,9,10,11,12,13,14 dan 15 dalam mencapai matlamat dan tujuannya. Manakala elemen 15 merupakan elemen ‘Ataf yang mempunyai keutamaan terakhir dan hal ini menunjukkan bahawa elemen ini mempunyai kuasa penggantungan (dependence power) yang tinggi. Jika dilihat kembali pada rajah 1, elemen 5 dan elemen 16 juga elemen 11 dan elemen 12 boleh dijalankan serentak ataupun secara berasingan dalam mencapai matlamat kajian ini. KESIMPULAN Secara kesimpulannya dapatlah dijelaskan bahawa 16 elemen dikenal pasti untuk dijadikan kerangka judul nahu Arab PMR Bagi merealisasikan objektif kajian 1, iaitu mengenal pasti elemen nahu bahasa Arab yang diperlukan bagi peringkat menengah rendah berdasarkan 172 | PROCEEDING 1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC STUDIES (ICIS 2017) “Reviving Islamic Values in Response to Human Crisis” kesepakatan pakar. Dapatan menunjukkan terdapat kelompok 16 elemen nahu Arab dipilih untuk dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran nahu BA PMR seperti yang dinyatakan dalam jadual 2. Keputusan ini dibuat berdasarkan kesesuaian dan keperluan pelajar PMR. Manakala dapatan objektif kajian 2, iaitu menentukan keutamaan (kedudukan) elemen nahu bahasa Arab yang diperlukan bagi peringkat menengah rendah berdasarkan kesepakatan pakar, direalisasikan dengan dapatan bahawa elemen pembelajaran yang berada dalam keutamaan yang paling tinggi adalah elemen Aqsaam Kalimah. Dapatan ini selari dengan hasil kajian terdahulu.(UMRG RG436-13HNE). Namun elemen 15 berada di aras keutamaan terakhir berbanding dengan dapatan kajian terdahulu. Manakala elemen 16 iaitu Dhomir berada di aras ke 5 dan boleh diajar bersama elemen 5 iaitu elemen Isim isyaraat. Terdapat beberapa cadangan yang diusulkan oleh pengkaji untuk masa hadapan. Perlunya dibangunkan satu kerangka elemen nahu bahasa Arab secara holistik merangkumi semua peringkat pengajian, iaitu dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi. Kerangka elemen ini juga wajar meraikan nilai kesesuaian dan keperluan mengikut tahap persediaan pelajar dari segi mental dan fizikal. Kerangka ini boleh membantu banyak pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, termasuk penggubalan silibus, penulisan buku teks dan pemain industri pemasaran bahasa Arab di persada ummah. Selain itu, juga dicadangkan agar kajian seterusnya menambah elemen-elemen sedia ada sekiranya perlu bagi tujuan penambahbaikan. PENGHARGAAN Pengkaji ingin berterima kasih kepada para penilai serta editor dalam proses menilai artikel ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini. Tidak lupa juga kepada Universiti Malaya melalui Geran Kluster Humanities and Ethics (RG47615HNE) dalam memberikan segala bentuk bantuan sepanjang kajian ini dijalankan. RUJUKAN Ali Ahmad Madkur & Iman Ahmad Huraidiy (2006). Ta’liim al-Lughat al‘Arabiyyat li Ghair al-Natiqiin bihaa: al-Nazariyyat wa al-Tatbiiq. Dar. AlFikr al’Arabiy. Kaherah. Attri, R., Dev, N., & Sharma, V. (2013). Interpretive structural modelling (ISM) approach: an overview. Research Journal of Management Sciences,2(2), 38. Australian Bureau of Statistics (1996). Estimating Families: An Examination of Methodological Issues, Data Sources and Provisional Estimates. Demography Working Paper 96/3. ACT. Debnath R. M. & Shankar R., (2012) "Improving service quality in technical education: use of interpretive structural modeling", Quality Assurance in Education, Vol. 20 Iss: 4, pp.387 – 407. Inna Garuda || 22nd February 2017 || Yogyakarta || Indonesia | 173 Ishak M.R. 1992. Suntingan Ismail Ab. Rahman. Masalah yang dihadapi oleh sekolahsekolah menengah kebangsaan agama di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Jharkharia, S. and Shankar, R. (2005), “IT-enablement of supply chains: understanding the barriers”, The Journal of Enterprise Information Management, Vol. 18 No. 1, pp. 11-27. Pfohl, H. C., Gallus, P., & Thomas, D. (2011). Interpretive structural modeling of supply chain risks. International Journal of Physical Distribution & Logistics Management, 41(9), 839-859. Rusdi Ahmad Tu’aimah. (1987). Al-Marji’ fi Ta’liim al-Lughat al-‘Arabiyyat li alNaatiqiin bi Lughaat `Ukhraa. Al-juz` al-`Awwal. Al-Qism al-Thaahi. Jaamiat Umm al-Quraa. Siti Farhah A. A. & Saedah S. (2015). Pembangunan Model Objektif Kurikulum Berasaskan Taman Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Berkhasiat Untuk Sekolah Rendah Orang Asli. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Bil 3 Isu 3. 1-13 Sohani, N., & Sohani, N. (2012). Developing Interpretive Structural Model for quality framework in higher education: Indian context. Journal of Engineering, Science & Management Education, 5(2), 495–501. UMRG RG436-13HNE (MODEL TRANFORMASI KURIKULUM BAHASA ARAB STANDARD SEKOLAH MENENGAH), 2014. Warfield J.W., (1974). Developing interconnected matrices in structural modelling, IEEE Transactions on Systems Men and Cybernetics, 4(1), 51-81 174 | PROCEEDING 1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC STUDIES (ICIS 2017)