Gangguan Seksual

advertisement
Gangguan Seksual: Peramal Ke Atas Kepuasan Kerja Dan Tekanan Kerja di
kalangan Pekerja Wanita
Fonny Hutagalung dan Zahari Ishak
Jabatan Psikologi Pendidikan Dan Kaunseling
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Abstract
This research examined the influences of sexual harassment experience towards job
satisfaction and work stress among female employees at three universities in the
Klang Valley in Malaysia. A questionnaire consisting of four sections has been
used for this research. The four sections measured sexual harassment experience,
job satisfaction, and works stress and participant information. The sample involved
1423 participants selected by simple random sampling technique. Results show that
more than half of respondent have sexual harassment experience. Moreover, this
research found a significant positive correlation between sexual harassment
experiences with work stress. Results also show a significant negative correlation
between sexual harassment experiences with job satisfaction. Female employees
aged between 26 to 39 years, having a diploma academic qualification, married,
and having length of service less than 5 years have more sexual harassment
experiences. Another finding was that sexual harassment experience can be
predictor of job satisfaction and work stress.
Keywords: Sexual harassment, job satisfaction, work stress, and marital status
Pengantar
Gangguan seksual merupakan satu fenomena yang boleh berlaku tanpa mengira jantina
dan dapatan menunjukkan terdapat lebih ramai pekerja wanita menjadi mangsa gangguan
seksual berbanding dengan pekerja lelaki. Ini dibuktikan dengan dapatan yang
menunjukkan bahawa 40 sehingga 70 peratus wanita telah menjadi mangsa gangguan
seksual (Silverman, 1976; Renzetti dan Curan, 1999; Beauvais, 1986; Fain dan Anderton,
2
1987; Persekutuan Majikan Malaysia, 1999). Di samping itu, kajian juga mendapati
gangguan seksual di tempat kerja telah memberi kesan negatif terhadap diri mangsa,
kerjaya, keluarga bahkan organisasi. Antara kesan negatif utama yang dialami oleh
pekerja wanita akibat gangguan seksual ialah peluang wanita untuk kenaikan pangkat,
persekitaran kerja yang tidak selesa, mengganggu ketenteraman dan mempengaruhi
prestasi kerja individu yang terlibat (Crocker dan Kalemba, 1999; European Commision,
1988; U.S. Merit Systems Promotion Board, 1988). Keadaan sedemikian menyebabkan
pekerja meletakkan jawatan, menunjukkan produktiviti kerja yang rendah, kehilangan
motivasi, komitmen kerja yang menurun, kepuasan kerja rendah, tekanan kerja
meningkat, perubahan dalam personaliti dan mengakibatkan beberapa penyakit fizikal
serta boleh menjejaskan keupayaan seseorang pekerja (Fitzgerald et al., 1997; Dansky &
Kilpatrick, 1997; Ragins & Scandura, 1995; Gutek & Koss, 1993; Fitzgerald &
Shullman, 1993; Munson et al., 2000). Kesan psikologikal pula mereka yang menjadi
mangsa gangguan seksual terpaksa menanggung beban tekanan perasaan dalam bentuk
kebimbangan, perasaan tertekan, kemurungan, kegugupan, rasa bersalah, marah, , merasa
malu dan merasa jijik kepada diri sendiri,
Definisi Gangguan Seksual
Gangguan seksual ditakrifkan sebagai diskriminasi berasaskan gender yang melibatkan
tingkah laku berunsurkan seksual yang tidak diingini oleh mangsa wanita di tempat kerja
(Brewer dan Berk, 1982). Kementeriam Sumber Manusia Malaysia (1999) menyatakan
bahawa gangguan seksual didefinisikan sebagai sebarang tingkah laku berunsur seksual
yang tidak dingini dan memberi kesan sebagai gangguan sama ada berbentuk lisan,
isyarat, visual, psikologi, atau fizikal. Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua
kategori, pertamanya gangguan seksual berbentuk ugutan ( sexual coercion ), dan
gangguan seksual yang berbentuk ancaman terhadap ketentraman peribadi (sexual
annoyance). Seterusnya, gangguan seksual juga dapat ditakrifkan sebagai permintaan
seksual dari majikan atau penyelia terhadap pekerja wanita dengan melakukan ugutan
untuk memecat atau tidak memberi kenaikan pangkat yang biasanya dilakukan tidak
secara eksplisit (terbuka). Dua contoh tersebut merupakan tingkah laku gangguan seksual
3
yang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan gangguan seksual yang berkaitan
dengan penyalahgunaan hubungan antara jantina. Elemen-elemen ugutan jelas didapati
dalam gangguan seksual yang berbentuk penyalahgunaan kuasa yang sering dilakukan ke
atas pekerja wanita.
Selanjutnya Gutek (1985) menyatakan terdapat perkaitan gangguan seksual dengan
demogarfik mangsa seperti umur, tempoh perkhidmatan, pendidikan, dan taraf
perkahwinan, dan jawatan mangsa. Di samping itu, Tangri et al., (1982) Terpestra dan
Cook (1985), Hogbacka et al., (1987), Zaiton Nasir (1990), Schneider (1991), Ng et. al.,
(2003), memperlihatkan golongan pekerja lebih berkemungkinan terdedah kepada
gangguan seksual adalah mereka yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, wanita
bujang, wanita berusia muda, mempunyai tahap pendidikan yang rendah, pengalaman
kerja yang masih baru, belum berkahwin, pekerja kumpulan sokongan seperti kerani
berbanding pekerja yang lebih berusia, berpendidikan tinggi dan berjawatan pada
peringkat pengurusan atau profesional.
Kajian Literatur
Keputusan kajian lepas menunjukkan ramai wanita yang menjadi mangsa gangguan
seksual tidak melaporkan gangguan seksual bahkan tidak mengetahui bahawa mereka
telah menjadi mangsa gangguan seksual (Tong, Sterba dan Kourany, 1999; Sabitha,
1999, 2005a, 2006) di samping terhadnya kajian gangguan seksual yang mebabitkan
responden yang besar sehingga laporan dan data yang berkaitan dengan isu gangguan
seksual sukar diperolehi. Kebanyakan kajian hanya tertumpu pada sektor swasta seperti
di kilang-kilang, syarikat swasta dan organisasi (Ishak dan Lai Lee Ching 2001; Sabitha
2002; Yahaya dan Zulaiha 2002; Arifin dan Mimi Azlina 2003; Hishamudin et al., 2003;
Ahmad Syukran 2004; Ishak et al., 2004; Rohani 2005; Mohd Nazri Ismail et al., 2007).
Namun begitu, kes gangguan seksual di institusi pengajian tinggi atau universiti tidak
banyak dijalankan dan berdasarkan kajian lepas jelas menunjukkan bahawa masalah
gangguan seksual juga berlaku di dalam dunia akademik seperti di sekolah, kolej dan
universiti (Dziech et al., 1998; Gerdes, 1999; Weis dan Lalonde, 2001; Matchen dan De
Souza, 2000). Seperti yang dilaporkan kes gangguan seksual yang berlaku di salah
4
sebuah institusi pengajian tinggi seorang pensyarah wanita di institusi pengajian tinggi di
Shah Alam, Selangor yang membuat aduan kepada pihak polis berhubung dakwaannya
dicabul oleh seorang dekan sebuah jabatan. Sumber-sumber lain juga menyebut pelaku
pernah melakukan perbuatan yang sama ke atas pensyarah lain tetapi tidak membuat
aduan. Kes ini berakhir begitu sahaja olehkerana kekurangan bukti yang kukuh (Harian
Metro, 22 Oktober 1993).
Berdasarkan data gangguan seksual yang telah diterima oleh Kesatuan Sekerja
Malaysia didapati hanya 19 kes gangguan seksual dan 116 kes diskriminasi seksual yang
dilaporkan di Pejabat Kesatuan Sekerja Malaysia bermula dari 1992 sehingga 1996. Pada
tahun 1997, angka kes meningkat menjadi 98 kes, kemudian tahun 1998 kes turun
menjadi 61 kes. Antara Ogos 1999 hingga Ogos 2000 terdapat 51 kes dilaporkan di
Jabatan Kesatuan Sekerja dan terdapat 15 kes terdahulu dan 36 kes tahun berikutnya.
Pada tahun 2001 sebanyak 86 kes dan tahun 2002 sebanyak 84 kes dan merupakan tahun
tertinggi aduan di Jabatan Kesatuan Sekerja Malaysia. Namun begitu, terdapat penurunan
angka kes gangguan seksual pada tahun 2003 iaitu hanya sebanyak 25 kes (Rohani,
2005). Walaupun begitu,terdapat peningkatan jumlah kes gangguan seksual iaitu
sebanyak 276 kes yang dilaporkan pada tahun 2008 hingga 2009 (BERNAMA, 2009).
Keseluruhan kes yang dilaporkan daripada sektor swasta dan tiga kes daripada badanbadan yang ditetapkan undang-undang. Jumlah kes gangguan seksual adalah seperti di
Jadual 1.
Jadual 1
Jumlah Angka Gangguan Seksual yang dilaporkan di Jabatan Kesatuan Sekerja dan
Kementerian Sumber Manusia dari tahun 1997 hingga Pertengahan 2010
Tahun
Jumlah
Kes
1997
98
1998
1999
2000
61
29
43
2001
2002
2003
2008-2010
86
84
25
276
Sumber : (http://www.bernama.com.my).
Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan, statistik, pendapat dan keputusan kajian-kajian
lepas di Malaysia mahupun luar negara, maka perlunya melakukan kajian gangguan
seksual di tempat kerja khususnya pekerja wanita di instistusi pengajian tinggi.
5
Metodologi
Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah sebanyak 1423 orang pekerja wanita
yang bekerja di pejabat fakulti (kerani, tutor, pensyarah mahupun professor di tiga
Institusi Pengajian Tinggi Awam di Kawasan Lembah Klang iaitu UKM, UPM, dan
UiTM. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal
selidik dan teknik persampelan adalah persampelan rawak mudah. Pengukuran gangguan
seksual diukur menggunakan borang soal selidik Sex And The Workplace Questionnaire
daripada Gutek (1985), kepuasan kerja diukur menggunakan borang soal selidik
Occupational Stress Indicator Questionnaire (OSI) daripada Cooper, Sloan dan Williams
(1988) manakala tekanan kerja diukur dengan menggunakan borang soal selidik Job
Stress Survey daripada Charles D Spielberger dan Peter R. Vagg (1992). Instrumeninstrumen yang digunakan dalam kajian telah dijalankan kajian rintis dan didapati
mempunyai kesahan dan keboleh percayaan yang tinggi iaitu sebesar 0.816 hingga 0.966.
Hasil Kajian
Jumlah keseluruhan pekerja wanita yang terlibat adalah sebanyak 1423 orang. Dari segi
umur sebanyak (70.1%) responden berumur antara 26 hingga 39 tahun, sementara dari
segi jawatan sebanyak (63.9%) berada pada jawatan sokongan, (43.9%) responden telah
berkhidmat kurang daripada 5 tahun. Dari segi status perkahwinan pula, sebanyak
(64.8%) responden telah berkahwin. Sedangkan tahap kelulusan akademik, sebanyak
(38%) responden mempunyai tahap pendidikan di peringkat SPM. Analisis demografi
responden diterangkan dalam Jadual 2.
Jadual 2.
Demografi Responden
Pemboleh Ubah
Umur
< 25 tahun
26 hingga 39 tahun
40 tahun >
Peratusan
24.8
70.1
5.1
6
Jawatan
Tempoh perkhidmatan
Taraf perkahwinan
Akademik
Bukan-Profesional
Profesional
<5 tahun
6 hingga 10 tahun
11 tahun >
Single
Berkahwin
Ibu tunggal
SPM
Diploma
Sarjana Muda
Sarjana
Doktor Falsafah
63.9
36.1
43.9
20.9
35.2
33.8
64.8
1.4
38.1
26.2
18.3
11.5
5.9
Keputusan kajian menunjukkan sebanyak 750 orang pekerja wanita mengalami tahap
pengalaman gangguan seksual pada tahap sederhana(52%) dan 305 orang tahap rendah
(21.4%). Keputusan lengkap dapat dilihat dalam Jadual 3.
Jadual 3.
Tahap Pengalaman Gangguan Seksual
___________________________________________
Tahap
Kekerapan
%
___________________________________________
Tinggi
368
25.9
Sederhana
750
52.7
Rendah
305
21.4
___________________________________________
Jumlah
1423
100
___________________________________________
Analisis Regresi telah diguna pakai dalam mengkaji pemboleh ubah gangguan seksual
yang berfungsi sebagai peramal ke atas kepuasan kerja dan tekanan kerja. Keputusan
analisis Regresi menunjukkan bahawa pemboleh ubah pengalaman gangguan seksual
telah menjadi peramal ke atas penurunan kepuasan kerja dan tekanan kerja
{F(2,1420)=6.201, p<.01)}. Sumbangan gangguan seksual ke atas kepuasan kerja adalah
sebanyak (R² = 33%) dan peningkatan tekanan kerja sebanyak ((R² = 17%). Berdasarkan
keputusan ini dapat disimpulkan bahawa sekiranya pengalaman gangguan seksual kerap
berlaku maka yang paling kuat kesannya adalah kepuasan kerja berbanding tekanan kerja.
Namun begitu, keseluruhan sumbangan pengaruh pengalaman gangguan seksual ke atas
7
kepuasan kerja dan tekanan kerja adalah sebanyak 50 peratus.
Keputusan ini juga
menunjukkan bahawa gangguan seksual telah berfungsi sebagai peramal ke atas kepuasan
kerja dan tekanan kerja. Maklumat lengkap keputusan analisis Regresi dapat dijelaskan
dalam Jadual 3 dan Jadual 4.
Jadual 4
Gangguan Seksual Ke Atas Kepuasan Kerja
Pengalaman Gangguan Seksual
Kepuasan Kerja
Standardized coefficients
- 0.013
Sum of Squares
Regresion
8577.280
Residual
253317.893
Jumlah
261895.172
R = 0.181*
R² = 0.33
Adjusted R² = 0.031
a. Peramal: Pengalaman Gangguan Seksual
b. Pemboleh ubah bersandar: Kepuasan Kerja
t
-4.415
F
24.040*
Jadual 5.
Ganguan Seksual ke atas Tekanan kerja
Pengalaman Gangguan Seksual
Tekanan Kerja
Standardized coefficients
5.808
Sum of Squares
255484.494
2761026.220
3016510.714
Regresion
Residual
Total
R = 0.291*
R² = 0.17
Adjusted R² = 0.081
a. Peramal: Pengalaman Gangguan Seksual
b. Pemboleh Ubah Bersandar : Tekanan Kerja
t
3.288
F
26.224*
8
Perbincangan
Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 1188 orang pekerja wanita pernah
mengalami gangguan seksual pada tahap sederhana dan tinggi, dengan dapatan ini sangat
membimbangkan banyak pihak. Menurut Sabitha (2002) gangguan seksual sepatutnya
tidak boleh berlaku khususnya di pusat pengajian tinggi, kerana pusat pengajian
merupakan satu tempat seseorang untuk menuntut ilmu pengetahuan dan seharusnya
menjadi contoh yang baik sebagai tempat kerja yang selamat. Keadaan ini berlaku
disebabkan di Malaysia lebih ramai wanita yang bekerja university dan golongan atasan
atau
pihak
pengurusan
tertinggi
masih
didominasi
oleh
pekerja
lelaki.
Ketidakseimbangan gender dan seksualiti di tempat kerja boleh menyumbang kepada
gangguan seksual. Golongan pentabir tertinggi yang diwaklili pihak lelaki mempunyai
kuasa yang lebih kuat berbanding dengan pekerja wanita lebih tunduk dan patuh di
bawah pentabiran lelaki. Ini disebabkan pekerja wanita yang menjadi pilihan dianggap
sebagai objek seks yang menarik dalam perhubungan antara rakan sekerja lelaki di
samping golongan pentabir yang didominasi oleh golongan lelaki (Franke, 1997; Schultz,
1998; Abdul Rahim, 1997). Keputusan kajian ini juga selaras dengan beberapa keputusan
kajian sebelum ini seperti yang diperolehi oleh Metha dan Nigg (2002); Brooks dan Perot
(2001); Fitzgerald et.al (1999); Cummings (1999) dan Barak et.al (1992) iaitu mendapati
pekerja mengalami gangguan seksual dan tahap gangguan seksual di universiti berada
pada tahap sederhana.
Sementara itu, dari segi profil mangsa, pengalaman gangguan seksual berlaku pada
pekerja yang berusia antara 26 hingga 39, pada tahap jawatan bukan professional, tempoh
perkhidmatan kurang dari 5 tahun, telah berkahwin dan tahap pendidikan pula berada
pada tahap SPM. Menurut Levinson (2002) pula, ciri-ciri profil pekerja wanita di atas
adalah pekerja yang sedang membina kerjaya, meneroka dan beriltizam untuk mencapai
kejayaan dalam hidup dan keluarga serta dari segi fizikal masih memiliki susuk tubuh
yang menarik. Golongan wanita ini
mudah dimanipulasi oleh kaum lelaki tanpa
mengkira kelas atau rakan sekerja lelaki dengan melakukan gangguan seksual di tempat
kerja. Keputusan kajian ini turut disokong dengan dapatan kajian sebelumnya seperti
kajian Rotlheiner (1995), Marque (1995), O’Connell dan Korabi (2000), Yahaya
9
Mahmood dan Zulaika (2002), Utusan Malaysia (2003). Rohani (2004) turut menyatakan
bahawa pekerja wanita yang berusia muda dan pertengahan sering mengalami gangguan
seksual berbanding pekerja wanita yang tua. Mereka sering menjadi mangsa gangguan
seksual daripada kaum lelaki disebabkan oleh faktor fizikal dan psikologikal yang ada
pada diri mereka.
Selanjutnya keputusan analisis Regresi menunjukkan gangguan seksual boleh
menjadi peramal ke atas kepuasan kerja dan tekanan kerja. Penjelasan daripada keputusan
ini adalah apabila pekerja wanita mengalami gangguan seksual maka boleh menurunkan
kepuasan dalam bekerja atau lebih kerap seseorang itu mengalami gangguan seksual di
tempat kerja, maka lebih rendah tahap kepuasan kerjanya. Dari segi tekanan kerja pula
boleh meningkatkan rasa tertekan di tempat. Keputusan kajian ini disokong dapatan
kajian U.S. Merit Sistem Protection Board (1995) juga menunjukkan perolehan yang
hampir sama iaitu sebanyak 55 peratus mangsa gangguan seksual dilaporkan bahawa
perasaan mereka terhadap pekerjaan menjadi teruk, kepuasan kerja menurun dan keadaan
emosi serta fizikal juga turut terjejas. Manakala 8 hingga 15 peratus mangsa melaporkan
berlakunya pengurangan keupayaan bekerja, masa dan kehadiran kerja, kuantiti dan
kualiti kerja mereka. Keadaan ini boleh menyekat keupayaan mangsa untuk berkembang
dan memajukan diri dalam pekerjaan.
Keputusan kajian ini juga selaras dengan kajian sebelumnya iaitu Kissman (2000),
Paludi (2000), Schneider (2001), dan Kapeller (2004). Dapatan kajian mereka antara lain
menyatakan apabila seseorang individu yang terganggu dengan tingkah laku tidak
bermoral seperti gangguan seksual maka biasanya individu tersebut akan mengalami
kemerosotan dari segi kepuasan kerja dan penurunan prestasi kerja di kalangan pekerja
wanita dalam kategori pekerja sokongan mahupun profesional. Seterusnya
secara
langsung akan menjejaskan keupayaan bekerja pekerja wanita. Organisasi yang
membiarkan gangguan seksual berlaku akan mengalami situasi ramai pekerja wanitanya
silih berganti menukar tempat kerja. Kemalangan di tempat kerja juga meningkat.
Masalah ini akan menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi tersebut.
Kajian ini membuktikan bahawa gangguan seksual tidak sepatutnya berlaku dimanamana situasi tempat kerja khususnya institusi pengajian tinggi kerana tiada nilai positif
yang boleh diambil daripada gangguan seksual. Gangguan seksual hanya memberi kesan
10
negatif kepada kepuasan kerja mangsa dan seterusnya boleh menjejaskan prestasi kerja
mereka. Jika keadaan ini dibiarkan boleh menjejaskan imej institusi pengajian tersebut.
Oleh sebab itu secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati seseorang pekerja
wanita yang mengalami gangguan seksual akan merasa tidak puas dengan pekerjaannya.
Ini membuktikan gangguan seksual merupakan satu gejala buruk di tempat kerja yang
sememangnya tidak disukai oleh kaum wanita.
Isu gangguan seksual ini perlu dipandang serius oleh semua pihak. Usaha
berterusan untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah ini perlu dilakukan. Antara
usaha yang boleh dilakukan ialah melalui pendedahan media massa, ceramah kesedaran
mengenai gangguan seksual, seminar perlu diperbanyak lagi. Selain itu, talian hot-line
yang berfungsi 24 jam perlu diwujudkan supaya mangsa boleh berkomunikasi secara
langsung dan tindakan yang segera dapat diambil. Pusat-pusat pengaduan masalah ini
seharusnya diperbanyakkan lagi. Di negara ini terdapat persatuan-persatuan yang aktif
bagi membincangkan dan menangani gangguan seksual. Antaranya ialah Persatuan
Pergerakan Wanita (AWAM), Persatuan Sahabat Wanita dan Pusat Krisis Wanita.
Namun begitu, persatuan bukan kerajaan ini masih tidak mencukupi dan perlu lebih
banyak lagi persatuan-persatuan kerajaan dan bukan kerajaan dalam membincangkan dan
menangani isu ganggan seksual di kalangan pekerja wanita.
Rujukan
Ahmad Syukran Zainuddin. 2004. Gangguan seksual di tempat kerja : Hubungannya
dengan tekanan dan kepuasan kerja serta kecenderungan untuk berhenti kerja.
Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Arifin Hj.Zainal & Mimi Azlina binti Naim.2003. Gangguan Seksual dan Hubungannya
dengan Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja: Satu Kajian Kes di Sektor
Perkilangan. Kertas Kerja, Jabatan Psikologi. Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia.Renzetti, C.M. dan Curan, D.J. 1999. Women, Men and Society (4th ed).
Boston: Allyn & Bacon.
Barak, A. 1992. A cognitive behavioral education workshop to combat sexual harassment
in the workplace. Journal Counselling and Development, 72, 595.
11
Beauvais, K. 1986. Workshop to Combat Sexual Harassment: A Case Study of Changing
Attitudes, Signs, 12(1), pp.130-145
BERNAMA. 2009. Kes Gangguan Seksual Di tempat kerja. Kenyataan Timbalan
Menteri Sumber Manusia ( di http: //www.bernama.com.my)
Brooks, L & Perot, A.R. Reporting Sexual Harassment. 2001. Psychology of Women
Quarterly, 15, 31-47.
Charles, S.D. dan Peter, V.R. 1992. Job Stress Survey.
Cooper, C.L., Sloan S.J. & Williams, S. 1988. Occupational Stress Indicator:
Management guide. Windsor: NFER-Nelson.
Crocker, D., & Kalemba, V. 1999. The incidence and impact of women’s experiences of
sexual harassment in Canadian workplaces. Canadian Review of Sociology and
Antrhropology, November (4), 541-552.
Cummings, 1999. Academic harassment: sex and denial in scholarly garb. Psychology of
Women Quarterly, 12, 329-340
Dansky, B.S., & Kilpatrick, D.G. 1997. Effects of sexual harassment. In W. O’Donohue
(ed). Sexual harassment: Theory, research, and treatment. Boston: Allyn &
Bacon European Commission, Directorate-General for Employment, Industrial
Relations and Social affai U.S. Merit Systems Protections Board. 1988. Sexual
Harassment in The Federal Workplace. Washington DC.
Dziech, B.W. & Hawkins, M.W. 1998. Sexual Harassment in Higher Education
Reflections and New Perspectives: Garland Publishing,Inc.
European Commission, Directorate-General for Employment, Industrial Relations and
Social affairs. 1988. Sexual Harassment in the workplace in the European Union.
Fitzgerald,L.F., Drasgow,F., Hulin, C.L., Gelfand, M.J., & Magley, V. 1997. The
antecedents and consequences of sexal harassment in organizations, Journal of
Applied Psychology, 82, 578-589.
Fitzgerald, L.F., Drasgrow, F., & Magley, VJ. ( 1999 ). Sexual Harassment in the armed
forces: A test of integrated model. Military Psychology, 11, 329-343.
Franke, J.R. 1997. How to design and evaluate research in education. Ed. Ke-2. New
York: McGraw Hill Inc.
Gerdes,L. (Ed). 1999. Sexual harassment. San Diego: CA Greenhaven Press.
12
Gutek, B.A. 1985. Sex and Workplace:Impact of sexual behaviour and harassement
women, men, and organisation: San Francisco: Jossey-Bass.
Hishamuddin Md Som, Lekha Laxman, Maisrah Moh Saa, dan Low Hock Heng. 2003.
A Study on sexual harassment in small and medium enterprises of Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia.
Hogbacka, R.I. Kandolin, E. Haavio-Manilla, K. Kauppinen-Toropainen. 1987.
Sukupuolinen ahdistelu ja hairinta tyopaikoilla: Suomea koskevia tuloksia. (dlm
European Commision, Directorate-General for Employment, Industrial Relations
and Social Affairs, Unit V/D.5 Manuscript Completed 1998).
Howard, S. 1991. Organizational resources for addressin sexual harassment. Journal of
Counselling and Development. Journal of Social Issues, 38(4), pp. 121-136.
Ishak Mad Shah dan Lai Lee Ching. 2001. Gangguan seksual di tempat kerja dan
hubungannya dengan tekanan kerja dan kepuasan kerja. Jurnal Teknologi,34:5464. Universiti Teknologi Malaysia.
Ishak Mad Shah, Hamidah Abdul Rahman, Hapriza, Aminah Mohd. Khalid, Hamdan
Abdul Kadir. 2004. Gangguan seksual di tempat kerja: Kajian ke atas mangsa dan
pelaku di sekitar Johor Bahru, Johor. Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi
Malaysia.
Kapeller, M.D. dan E. Scambor. 2004. Die Zufriedenheit von Frauen am Arbeitsplatz I
Raum, Frauenreferat der Stadt Graz, Graz.
Kementerian Sumber Manusia. 1999. Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi
Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Malaysia: Kuala Lumpur.
Kissman, K, 2000. Women in blue collar occupations. An exploration of constrains and
facilitator. Journal of Sociology and Social Welfare, 17(3):139-149.
Levinson, J.A. 2002. Responses to sexual harassment on the job: Legal, organizational,
and individual action. Journal of Social Issues, 38, pp. 5-22.
Matchen, J. dan DeSouza, E. 2000. The Sexual harassment of faculty members by
student, Sex Roles, 42, 295-306.
Margue, C. 1995. Sexual harassment, A day-to-day reality at the workplace in
Luxembourg, ILRes S.A., Luxembourg.
13
Meths, A., dan Nigg, J. 2002. Sexual harassment on campus: An institutional response.
Journal of the National Association of Women Deans, Administrators, and
Counselors, 46, pp.9-15.
Mohd Nazari Ismail, Lee Kum Chee dan Chan Foong Bee. 2007. Factors influencing
sexual harassment in the Malaysia workplace. Asian Academy of Management
Journal, Vol. 12, 2, 15-31.
Munson, L.J., Hulin, C., dan Drasgow, F. 2000. Longitudinal analysis of dispositional
influences and sexual harassment: Effects on job and psychological outcomes.
Personnel Psychology, 53(1), 21-46.
Ng. C., Zanariah Mohd, Nor & Maria Chin Abdullah. 2003. A Pioneering Step Sexual
Harassment & The Code of Practice in Malaysia. Kuala Lumpur : Vinlin Press
Sdn.Bhd O’Connell, C.E. dan Korabi, K. 2000. Sexual harassment: The
Relationship of personal vulnerability work context, perpetrators status, and types
of
harassment of outcomes, Journal of Vocational Behaviour, 58(3),299-
329Matchen, J. dan DeSouza, E. 2000. The Sexual harassment of faculty
members by student, Sex Roles, 42, 295-306.
Paludi, M.A. (ed).2000. Ivory Power: Sexual Harassment on Campus. New York: State
University of New York Press.
Persekutuan Majikan Malaysia. 1999. Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi
Gangguan Seksual DI tempat Kerja. Malaysia; Malaysian Employers Federation
(MEF).
Ragins. B.R. dan Scandura, T.A. 1995. Antecedent and work related correlates of
reported sexual harassment: an empirical investigation of competing hypotheses.
Sex Roles: 32. 429-455.
Rayburn, C.A. 1986. Women and stress, some implication for therapy: The dynamics of
feminist therapy. Women and Therapy,5(2-3): 230-247.
Renzetti, C.M. dan Curan, D.J. 1999. Women, Men and Society (4th ed). Boston: Allyn &
Bacon.
Rohani Abdul Rahin (2004a). Kefahaman Teoritikal dan Implikasi Perundangan Dalam
Fenomena Gangguan Seksual, Paper presented at 5th National Conference of the
Southeast Asian Association for Gender Studies-Rethingking Gender and Human
14
Development: Security for the future, organized by Faculty of Law Publication
Committee and Research Development and Planning Committee, UKM-Bangi.
Rohani Abdul Rahim (2004b). Understanding Sexual harassment at workplace and Legal
Demands in Malaysia: An Analysis . Paper presented at The 4th International
malaysia Studies Conference (MSC4) organized by the Malaysian Social Science
Association (PSSM), IIKMAS, FSKK, ATMA,UUM dan SAMA di UKM-Bangi.
Rohani Abdul Rahim (2005). Sexual harassment of women clerical workers in the
workplace. Thesis Doktor Falsahah (tidak diterbitkan). Universiti Putra MalaysiaSerdang.
Roethleiner, C. 1995. Untersuchung zur sexuellen Belastigung von Frauen am Arbeitsplatz und ihre Auswirkungen, unter Berucksichtigung der Arbeitszufriedenheit,
Diplom Arbeit, Salzburg Universitat. (dlm European Commision, DirectorateGeneral for Employment, Industrial Relations and Social Affairs, Unit V/D.5
Manuscript Completed 1998).
Sabitha, M.1999. The Perception and incidences of towards sexual harassment among
public sector administrators. Laporan Kajian Universiti Utara Malaysia.
Sabitha, M. 2002. Sikap Terhadap Wanita dan Kesannya Keatas Persepsi Gangguan
Seksual di Tempat Kerja. Jurnal Psikologi Malaysia,16, 101-104.
Sabitha, M. 2005a. Sejauhmana bilangan lelaki dan wanita boleh mempengaruhi persepsi
gangguan seksual di tempat kerja. Jurnal Akademik, 1. 99-112.
Sabitha, M. dan Mohd. Na’eim, A. 2006. Improving Delivery System in Organization
through Training: A Case of Sexual Harassment. Proceedings of the International
Conference on Local Government: Enhancing Service Delivery by Local
Authorities, 22nd . 23 Ogos, Sabah.
Salisbury, J., Ginorio, A. B., Remick, H. & Stringer, D.M. 1986. Counseling victims of
sexual harassment. Psychoterapy, 23, 316-324.
Schneider, B.E. 2001. Put up and shut u. Workplace sexual harassment, Gender and
Society, 5(4):533-546.
Tangri, S.S., Burt, M.R. & Johnson, L.B. 1982. “Sexual harassment at work: Three
explanatory models”, Journal of Social Issues, 38,4, 33-54.
15
Terpstra, D.E. & Cooks, S.E. 1985. Complainant Characteristics and Reported Behaviors
and Consequences with Formal Sexual Harassment Charges. Personnel Journal.
38, 559-574.
Tong, R., Sterba, J., dan Kournay, J. 1992. Feminist Philosophies-Problems. Theories
and Applications. New York: Prentice Hall Inc.
U.S. Merit Protection Board. 1995. Sexual harassment in the federal government: An
Update Washinghton D.C. : U.S. Government Printing Office.
Weis, D.S. & Lalonde, R.N. 2001. Responses of Female Undergraduates to Senarios of
Sexual Harassment by Male Professors and Teaching Assistants, Canadian
Journal of Behavioral Science, 33:3,148-163.
Yahaya Mahamood dan Zulaiha Mohamad Besar. 2002. Gangguan Seksual: Satu Kajian
Psiko Kesihatan di Kalangan Pekerja Kolar Biru Wanita di Sebuah Bandar. Jurnal
Psikologi Malaysia. 16,14-23.
Zaiton Nasir. 1998. Ancaman Seks di Pejabat. Dewan Masyarakat. 7,38.
Download