RAUDHATUL SAKINAH (KUBUR DALAM TAMAN) DAN SISTEM E-PUSARA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 1. PENGENALAN Raudhatul Sakinah merupakan satu projek inovasi pembangunan baru bagi mengindahkan lagi tanah perkuburan yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sebagai permulaan, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara telah dijadikan projek rintis kerana dua (2) tanah perkuburan ini, telahpun mempunyai sistem lot kubur dan nombor rujukan tersendiri secara teratur dan sistematik. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Jika dilihat, Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dengan keluasan 55 ekar dan merupakan tanah perkuburan yang terbesar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan menerima hampir 50 hingga 60 jenazah sebulan samada yang berwaris atau tidak berwaris. 2.2 Jika sebelum ini persepsi orang ramai berkenaan tanah perkuburan adalah menakutkan dan suram, maka dengan projek ini diharapkan pandangan berkenaan dapat dihapuskan dan membolehkan tanah perkuburan ini menerima kunjungan waris-waris dengan hati yang tenang dan damai. 2.3 Projek Raudhatul Sakinah dan sistem e-pusara ini telah dibuat perasmiannya pada 20 Julai 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan merupakan projek pertama seumpamanya di Malaysia dan diharapkan ia dapat menjadi perintis kepada tanah perkuburan lain. 2.4 Konsep 5S telah menjadi garis panduan dalam menghadapi cabaran bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenalpasti di Tanah Perkuburan Islam KL-Karak dan bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan JAWI dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Antara perkara yang telah dilaksanakan ialah: i) Pembersihan Kawasan; ii) Penambahbaikan kemudahan Awam; 1 iii) Pembaikkan kerosakkan; iv) Pencegahan pencerobohan; v) Perlaksanaan peraturan kepungan kuburan yang seragam; dan vi) Mengawal selia susun atur pengkebumian jenazah. 3. TUJUAN PROJEK INOVASI RAUDHATUL SAKINAH SISTEM E-PUSARA DAN KOMPONEN 3.1 Projek ini bertujuan bagi memberikan keselesaan dan keindahan kepada Tanah Perkuburan Islam KL- Karak yang sebelum ini agak tidak sesuai dari segi kondisi tanah dan memberi perspektif positif kepada orang ramai tentang tanah perkuburan. 3.2 Pelaksanaan projek Raudhatul Sakinah ini merangkumi beberapa fasa dalam tempoh masa tiga (3) tahun sebagaimana berikut: 3.3 Bil Fasa Keluasan Tempoh 1. Fasa 1 20 ekar 12 bulan 2. Fasa 2 20 ekar 12 bulan 3. Fasa 3 15 ekar 10 bulan Tiga (3) Konsep utama di dalam pelan pembangunan Tanah Kubur ini meliputi 80% tapak pengkebumian, 6% tapak kemudahan infrastruktur dan pengurusan, manakala 14% sebagai rangkaian pejalan kaki. 3.4 Tapak pengkebumian ini dibahagikan mengikut blok-blok berukuran 120 kaki x 160 kaki yang dipisahkan dengan siar kaki dan dihiasi dengan pokok-pokok renek. Manakala lampu hanya disediakan di jalan utama yang dipremix. Keindahan landskap pula dari pokok-pokok yang kurang penyelenggaraan, berbau harum, daun berwarna dan rendang seperti Cempaka Hutan, Melor, Bunga China, Cempaka Putih, Kemboja, Craton dan pokok-pokok lain yang difikirkan sesuai. 2 3.5 Sebagai pelengkap kepada projek pengindahan tanah perkuburan, maka JAWI juga muncul dengan idea mewujudkan laman sesawang epusara bagi memudahkan waris mengenalpasti kedudukan sebenar kubur si mati. Jika sebelum ini waris sentiasa berdepan dengan masalah mencari lokasi kubur si mati, maka diharapkan dengan adanya sistem ini ia dapat memudahkan waris. 3.6 Kewujudan laman sesawang e-pusara ini adalah satu bukti iltizam JAWI untuk sentiasa menjadi peneraju kepada kemodenan pengurusan Islam di Malaysia, sesuai dengan motonya ‘Sentiasa Dicontohi’. 3.7 Laman web ini menyalurkan maklumat berkenaan Tanah Perkuburan Islam di seluruh Wilayah Persekutuan, informasi ilmiah berkaitan pengurusan jenazah Islam dan yang paling menarik, ia berfungsi sebagai laman carian kepada pusara yang terdapat di Tanah Perkuburan Islam Kiara dan Tanah Perkuburan Islam KL-Karak. Justeru kemudahan ini akan membantu waris mengenalpasti lot pusara yang ingin diziarahi dengan hanya memasukkan maklumat tertentu dan menekan butang cari. 3.8 Sistem yang dicadangkan adalah aplikasi yang berasaskan web dan boleh dicapai melalui link yang akan diwujudkan dan boleh dicapai melalui laman web JAWI dan meliputi tiga (3) komponen utama iaitu: i) Laman Web Sistem e-pusara; ii) Sistem Pengurusan Tanah Perkuburan; dan iii) Sistem Pentadbiran Laman Web. 3.8.1 Laman Web Sistem e-pusara 3 Bil Fungsi Capaian dan Tindakan 1. Capaian maklumat berkenaan lokasi tanah Waris si mati perkuburan, lot kubur serta maklumat si mati seperti: i) Nama si mati; ii) Nama ibu si mati; iii) Nama waris-waris; iv) Alamat terakhir si mati; v) Tarikh meninggal dunia; vi) Tarikh Lahir si mati; vii) Sebab- sebab kematian mengikut catatan dalam permit menguburkan; dan viii) No telefon dan e-mel waris terdekat. 2. Paparan maklumat tambahan berkenaan Semua pengurusan jenazah dan hal- ehwal Tanah Perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan 3. Penerimaan maklum balas secara atas talian dari Penyelaras orang awam Zon 3.8.2 Sistem Pengurusan Tanah Perkuburan 4 Bil Fungsi Capaian dan Tindakan 1. Penyimpanan,pengemaskinian, penyelenggaraan dan pengurusan tanah perkuburan serta pengubahsuaian lokasi kubur diuruskan oleh pegawai yang dilantik oleh pihak JAWI dengan menggunakan fungsi pemetaan interaktif. Pegawai Penyelia/ Penyelaras Zon 2. Penjanaan laporan dan statistik jumlah kematian Pegawai mengikut hari, minggu, bulan dan tahun bagi Penyelia/ makluman pengurusan atasan. Penyelaras Zon 3. Statistik penggunaan tanah perkuburan Ibu Pejabat memudahkan pihak pengurusan JAWI membuat JAWI perancangan penggunaan tanah perkuburan pada masa hadapan. 3.8.3 Sistem Pentadbiran dan Pemantauan Laman Web Bil Fungsi Capaian dan Tindakan 1. Memastikan maklumat yang dipaparkan di laman Penyelia web adalah maklumat terkini. Laman Web 2. Menjana laporan dan statistik seperti pengunjung Penyelia laman web dan taburannya. Laman Web 5 3.9 Sistem e-pusara ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti: a) Auto Log out apabila pengguna tidak membuat sebarang aktiviti dalam sela waktu tertentu; b) Tahap capaian ditentukan oleh bidang kuasa/ tanggungjawab; c) Setiap pengguna diberikan kata nama dan kata laluan bagi capaian pada sistem; d) Mempunyai fail log capaian bagi setiap transaksi atau proses kemasukan dan pengemaskinian maklumat; dan e) Tidak membenarkan lebih dari satu sesi login untuk setiap pengenalan pengguna. 4. SEBELUM PROJEK INOVASI DILAKSANAKAN 4.1 Sebelum ini Tanah Perkuburan Islam KL- Karak ini tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan pengkebumian kerana masalah tanah yang tidak bersesuaian dan adanya unsur-unsur yang menghalang seperti dijadikan tempat pembuangan sampah (di salah satu pintu masuk tanah perkuburan KL –Karak), projek SMART yang melintang di pertengahan perkuburan, tanah perkuburan yang tidak sesuai sehingga menyebabkan pengkebumian yang tidak sekata dan berkelompok serta kubur semak samun dan tidak menarik dilihat. Kepungan tanah kubur yang berbeza mengikut saiz dan kehendak waris juga mencacatkan pemandangan dan tidak cantik dilihat. 4.2. Dari segi kedudukan kubur pula selalunya waris si mati sentiasa menghadapi kesukaran untuk mencari lokasi sebenar tanah kubur berikutan sentiasa ada penambahan kubur-kubur baru yang akan mengelirukan waris. Maka dengan adanya juga sistem e-pusara ini akan memudahkan waris sekaligus tampak lebih moden dan terurus. 5. SELEPAS PROJEK INOVASI DILAKSANAKAN 5.1 Sejurus persetujuan dan kertas cadangan disokong oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan JAWI, maka satu gotong royong perdana telah dibuat dan projek pengindahan tanah perkuburan ini bermula. Antara perkara yang dibuat ialah: 6 i) Membuang timbunan sampah sarap yang menghalang jalan masuk di salah satu pintu tanah perkuburan Kuala LumpurKarak; ii) Meratakan tanah perkuburan yang tidak sekata; iii) Menanam pokok-pokok yang sesuai di antara tanah perkuburan bagi mengindahkan lagi suasana; iv) Membina pejabat bagi pengurusan pentadbiran yang lebih baik; v) Membina wakaf-wakaf bagi tujuan perlindungan di kala hujan; vi) Membuat penanda dan nombor plot bagi setiap perkuburan yang tidak bernombor dan mengikut zon; dan vii) Menyempurnakan majlis pecah tanah kioks e-pusara. tanah 6. IMPAK SELEPAS INOVASI PROJEK Impak inovasi bagi projek Raudahtul Sakinah (Kubur dalam taman) serta epusara dapat dilihat dari aspek berikut: 6.1 Jabatan – (JAWI) i) Projek Inovasi Raudahatul Sakinah ( kubur dalam taman) dan epusara merupakan projek rintis dan satu-satunya tanah perkuburan Islam di Malaysia yang berkonsepkan sebegini dan secara tidak langsung menjadi contoh kepada negeri lain untuk melakukan projek ini; ii) Memudahkan pihak pengurusan JAWI membuat perancangan penggunaan tanah perkuburan bagi jangka masa panjang; iii) Statistik yang dihasilkan dapat membantu pihak pengurusan JAWI membuat pemantauan bagi mengenal pasti tanah perkuburan yang aktif dan juga tidak aktif; iv) JAWI dapat mengenalpasti bilangan lot tanah perkuburan yang telah dan belum digunakan untuk membuat pengisian pada masa hadapan; 7 6.2 v) Pihak kerajaan dapat menguruskan tanah perkuburan dengan lebih teratur; dan vi) Memberikan imej dan pentadbiran yang bersistematik serta membuka pandangan orang ramai tentang pengurusan tanah perkuburan yang lebih baik, menarik dan efisyen. Orang Awam i) Dapat memberi gambaran positif kepada orang terutamanya waris si mati mengenai tanah perkuburan; ii) Suasana tanah perkuburan yang menarik dengan lampu jalan yang dipasang bagi kemudahan pengkebumian pada waktu malam dan dihias indah membantu menarik minat waris untuk sentiasa berkunjung menziarahi si mati; iii) Orang awam boleh mencari lokasi tanah perkuburan dengan lebih cepat menerusi laman web yang boleh dicapai di mana jua dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa; iv) Pihak waris dapat mencari lokasi tanah perkuburan dan dapat mengenal pasti lot kubur si mati secara atas talian; v) Orang awam dapat mengetahui hal ehwal pengurusan jenazah melalui maklumat yang dipaparkan dalam laman web e-pusara sekaligus melancarkan proses pengurusan jenazah; dan vi) Semua pihak yang terlibat dengan pengurusan jenazah dapat memperolehi maklumat dengan lebih cepat melalui sistem epusara berbanding sistem manual yang sedia ada. vii) Mewujudkan suasana yang damai dan tenang dengan bacaan alunan ayat suci Al-Quran yang sentiasa dipasang di kawasan perkuburan. 8 ramai 7. PENUTUP 7.1 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Budaya inovatif dan kreatif menjadi agenda utama JAWI bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan 7.2 Projek Inovasi Raudhatul Sakinah (kubur dalam taman) KL- Karak dan juga sistem e-pusara ini diharapkan menjadi rintis kepada tanah perkuburan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan khususnya dan negeri lainnya amnya untuk dicontohi serta mengangkat imej tanah perkuburan islam dan syiar islam jua. 7.3 Bersesuaian dengan moto JAWI ‘Sentiasa Dicontohi’ dan merupakan sebuah Jabatan Agama Islam, maka keperluan fardhu kifayah ini seharusnya dibuat dalam usaha memberi sumbangan kepada warga Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dibantu dengan pemantauan yang berterusan dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI di Tanah Perkuburan Islam. Disediakan oleh: Nama: Unit: Jabatan: Tel: Faks: E-Mel: Khatijah Binti Jusoh Inovasi dan Kualiti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 03- 2274 9333 03- 2273 1575 [email protected] AIN2012/ Unit Inovasi JAWI/ 14082012/JAWI.T100-17/5 9 10 SEBELUM SELEPAS KEPUNGAN KUBUR KESELESAAN WARIS PINTU MASUK 11 SEBELUM SELEPAS 12