dakwah saudara baru orang asli dari perspektif maqasid al

advertisement
Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014; Dakwah & Etnik: Perspektif Multi-disiplin
Disunting oleh: Anuar Puteh & Ahmad Irdha Mokhtar.
© Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, UKM, Bangi, Selangor.
DAKWAH SAUDARA BARU ORANG ASLI DARI PERSPEKTIF
MAQASID AL-SYARIAH
Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Johaibi Bin Johan, Abu Dardaa Mohamad, Anuar Puteh
PENDAHULUAN
Dakwah Islam perlu disampaiakn kerpada seluruh masyarakat dengan cara yang terbaik.
Penyampaiaan dakwah kepada masyarakat yang pelbagai mestilah dengan cara berhikmah
supaya apa yang disampaikan dapat difahami dan dapat dilaksanakan dalam kehidupan.
Pelaksanaan dakwah kepada mereka yang dah lama mengenali islam ada caranya, begitu juga
dengan masyarakat yang baru mengenali islam dalam kehidupan mereka ada caranya.
Masyarakat asli merupakan masyarakat yang baru mengenali Islam dan memerlukan
bantuan dan tunjuk ajar daripada masyarakat Islam lain yang memahami ajaran Islam.
Pendekatan yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan masyarakat mereka dengan
memberi penekanan kepada perkara yang penting dalam memahamkan mereka tentang islam.
Antara pendekatan dakwah kepada masyarakat Asli ialah dengan memahamkan mereka
tentanga maqasid al-syariah. Dengan arti kata lain penyampaian mestilah melihat kewajipan,
keperluan dan penambahbaikan yang perlu dalam membangunkan masyarakat dengan islam
yang sempurna.
Secara umumnya memahamkan mereka tentang maqasid al-syariah. Kefahaman tentang
maqasid boleh menyebabkan mereka boleh meneruskan kehidupan mereka sesuai dengan
tuntutan islam. Persepktif ini dikira sesuai dan relevan dalam konteks dakwah Orang Asli kerana
melihat dakwah dari sudut lima prinsip keperluan asas yang dharuri (paling minima) dalam
kehidupan manusia berdasarkan syarak.
SAUDARA BARU ORANG ASLI
Saudara Baru
Saudara baru atau lebih dikenalai sebagai muallaf merupakan sebahagian masyarakat muslim
yang perlu diberikan perhatian dalam memahamkan mereka tentang agama Islam. Mereka yang
bertukar pegangan agama dan kepercayaan kepada agama islam ditaklifkan kepada mereka
hukum syarak. Namun begitu, panggilan yang mesra tehadap orang yang baru memeluk agama
islam adalah saudara kita.
Maksud kepada saudara baru yang disepakati oleh para ulama’ ialah orang yang baru
masuk Islam. Al-Imam Az-Zuhri pernah ditanya tentang siapakah yang dimaksudkan dengan
muallaf. Beliau menjawab bahwa muallaf adalah orang-orang yahudi atau nasrani yang masuk
Islam. Ketika ditanya lagi, apakah yang kaya juga termasuk? Beliau pun mengiyakan. Al-Hasan
Al-Bashri ketika ditanyakan tentang siapakah yang dimaksudkan dengan muallaf, beliau
menjawab bahwa muallaf adalah orang-orang yang baru saja masuk Islam.
Orang Asli
Perkataan ‘asli’, berasal daripada bahasa Arab iaitu asliyyun, bermakna ‘yang asal’. Kata dasar
kepada (asliyyun) ialah (asula). Kamus Dewan (1993: 62), asli membawa maksud pribumi, yang
berasal dari sesebuah negeri, bawaan sejak lahir, tulen, yang semula dan asal.
2
Kamus Besar Bahasa Indonesia (1995, ed. Ke-2: 61) pula, perkataan asli bermaksud
tidaak ada campuran, bukan salinan, yang dibawa sejak lahir, asal, baik-baik (tidak diragukan
asal-usulnya) dan bukan peranakan (orang pribumi).
Carey (1976: 3-4) menyatakan bahawa istilah ‘Orang Asli’ diperkenalkan oleh kerajaan
Malaysia bagi menggantikan perkataan ‘aborigines’ yang dipakai oleh kerajaan Inggeris untuk
merujuk kepada berbagai suku kaum dalam kumpulan Negrito, Senoi dan Melayu Asli.
Orang Asli dalam pandangan kerajaan British menurut Winstedt (1980: 21) ialah satu
masyarakat primitif dan eksotik yang perlu dilindungi dari sebarang pengaruh masyarakat luar
(Hassan Mat Nor, 1991 : 106-107).
Bagaimanapun, Hood Salleh (1989) pula berpandangan penggunaan istilah ‘Orang Asli’
juga kurang tepat kerana apabila segolongan manusia ada yang asli, sudah tentu ada golongan
lain yang tidak asli. Pembahagian seperti ini dianggap tidak tepat (Padzal, 1997: 3).
Istilah Orang Asli mula diperkenalkan selepas Akta 134 iaitu Akta Orang Asli
diperkenalkan. Mengikut Undang-undang Malaysia, Akta 134 (Akta Orang Asli 1954, semakan
1974) telah mendefinisikan tentang Orang Asli seperti berikut (Undang-undang Malaysia, Akta
134 t.th:3-4):
(a) Mana-mana orang yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan rumpun bangsa Orang Asli,
yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan
kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki itu;
(b) Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa
budak oleh Orang Asli, dan yang telah besar sebagai Orang Asli sebagai Orang Asli,
lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan ialah
ahli daripada sesuatu masyarakat Orang Asli; atau
(c) Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang
lelaki dari siatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli,
lazimnya mengikut hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi
menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.
Dalam akta tersebut juga dijelaskan bahawa Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada
kepercayaan Orang Asli, masih lagi digolongkan sebagai Orang Asli walaupun mereka telah
meenganut sebarang agama, tetapi masih mengekalkan budaya dan adat Orang Asli.
Akta tersebut menerangkan; mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada
kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apaapa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau
bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli sematamata oleh sebab ia mengamalkan agama itu. (4-5)
Kesimpulan yang dibuat oleh Padzal (1997),‘Orang Asli’ menurut takrif yang terdapat
dalam Akta 134 (Akta Orang Asli 1954 : Disemak -1974) ialah orang yang mewarisi serta
mengekalkan kehidupannya dalam lingkungan sistem budaya atau tradisi masyarakat Orang Asli.
Ahmad Redzuan (2008: 5) menyimpulkan daripada Akta 134 bahawa Orang Asli ialah
seseorang yang terdiri daripada mereka yang bercakap dalam bahasa Orang Asli, lazim
mengamalkan cara hidup Orang Asli sama ada dari sudut adat dan kepercayaan.
Inilah takrif yang diguna pakai di Malaysia untuk menunjukkan golongan tersebut. Namun
begitu, siapakah Orang Asli sebenarnya akan diputuskan oleh menteri.
Saudara Baru Asli
3
Saudara Baru Asli ialah Orang Asli yang berjinak-jinak dengan Islam ataupun Orang Asli yang
baru memeluk agama Islam. Mereka sangat memerlukan tunjuk ajar dalam memahami agama
Islam secara bijaksana. Cara yang berkesan ialah dengan menitik beratkan pelaksanaan secara
berperingkat dengan penekanan maqasid al-syariah dalam penyampaian dakwah.
MAQASID AL-SYARIAH
Pelbagai pentakrifan ulama’ usul fiqh tentang istilah maqasid. Ulamak islam terdahulu telah
mengambil berat terhdap maqasid al-Syariah dalam karya-karya mereka. Apa yang pasti ialah
nilai-nilai maqasid syara’ itu terkandung di dalam setiap ijtihad dan hukum-hukum yang
dikeluarkan oleh mereka. Ini kerana nilai-nilai maqasid syara’ itu sendiri memang telah
terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Pelbagai pandangan mereka terhadap maqasid al-syariah antaranya:
1. Maqasid ialah maslahah itu sendiri, samada menarik maslahah atau menolak mafsadah. Ibn
al-Qayyim menegaskan bahawa syariah itu berasaskan kepada hikmah-hikmah dan maslahahmaslahah untuk manusia samada di dunia atau di akhirat. Perubahan hukum yang berlaku
berdasarkan perubahan zaman dan tempat adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan
kemaslahatan kepada manusia.
2. Maqasid sebagai mengelakkan kemudaratan. Al-Qadi I'yad telah berkata “berhukum untuk
mengelakkan kemudaratan adalah wajib”. Ada juga yang menyifatkan maqasid sebagai
mengelakkan kesusahan atau masyaqqah.
3. Maqasid sebagai lima prinsip islam yang asas iaitu menjaga agama, jiwa, akal , keturunan dan
harta.
4. Ilmu maqasid tidak pernah mengemukakan definisi yang spesifik untuk istilah maqasid. Ini
mungkin disebabkan sangkaan bahawa umum sudah memahaminya.
Secara umumnya maqasid adalah matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat
demi kepentingan umat manusia. Ini bertepatan dengan pandangan Ahmad Al-Raisuni
mendefinisikan maqasid sebagai “matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi
kepentingan umat manusia”.
Pembagian Maqasid
Penerapan Maqasid al-Syariah dalam penyampaian dakwah amat diperlukan bagi memahamkan
sasran dakwah terhadap islam secara menyeluruh. Maqasid merupakan matlamat yang ingin
dicapai dalam melakukan sesuatu. Maqasid al-Syariah dari sudut keperluan telah dibahagikan
kepada tiga bahagian juga, iaitu:i) Al-Dharuriyyat: Iaitu segala apa yang paling penting dalam kehidupan manusia samada bagi
tujuan kebaikan agama dan hidup di dunia. Segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan
dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia. Dalam erti kata lain, Kehidupan
manusia akan menjadi rosak samada di dunia atau di akhirat jika kepentingan asas ini tidak
ada atau tidak dipenuhi.
Maslahah asasi itu ialah, agama, jiwa, akal, keturunan (kehormatan) dan harta benda.
Segala urusan agama dan keduniaan dibina di atas maslahah-maslahah ini dan hanya dengan
memelihara kesejahteraannya sahaja kehidupan individu dan masyarakat akan berjalan dengan
baik. Contohnya, seorang individu perlu mempunyai harta untuk meneruskan kehidupan.
Justru, Allah SWT menurunkan syariat yang berkaitan dengan persoalan memiliki harta,
menggunakan dan membelajakan nya.
4
ii) Al-Hajiyat: Ia merupakan keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia dan
akhirat. Sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindari kesempitan dan menolak
kesulitan. Yang mana jika ia tidak ada maka manusia akan mengalami kesulitan dan
kesempitan, akan tetapi ia tidak sampai merosakkan kehidupan.
iii) Al-Tahsiniyat: Iaitu keperluan yang tidak sampai ke tahap kedua di atas. Hal-hal yang
menjadi tuntutan dari martabat diri dan akhlak yang mulia untuk mendapat kehidupan yang
baik. boleh dikatakan bahawa perkara tahsiniyat ini ialah perkara pelengkap untuk
mempunyai kehidupan yang lebih selesa. Ianya hanya untuk tujuan keselesaan dan
kecantikan. Contohnya: adat, akhlak dan etika. Maslahah ini terkandung di dalam perkaraperkara sunat seperti mandi jumaat, memakai wangian untuk kemasjid, di dalam muamalat
ialah larangan meminang di atas pinangan orang lain dan di dalam adat seperti adab-adab
makan, adab berjiran, bertamu dan sebagainya.
Kepentingan Maqasil Al-Syariyah Kepada Masyarakat Asli
Islam adalah agama yang diredhoi Allah SWT. Segala suruhan Allah adalah untuk manfaat
manusia manakala larangan Alah SWT terdapat kemudharatan padanya. Para nabi dan para rasul
telah melaksanakan tugas mereka menyampaikan islam kepada manusia. Umat islam kini perlu
menerukan tugas mulai ini demi melihat masyarakat hidup dalam keamanan. Dalam
penyampaian dakwah kepada Orang Asli hendaklah menekankan soal kebaikan dan keburukan.
Dengan istilah lain menekankan maqasil al-Syariah dalam penyampaian dakwah. Maqasid amat
penting dalam memahamkan masyarakat asli tentang kebenaran Islam. Antara kepentingan
maqasid al-syariah kepada masyarakat Asli ialah:
1. Pemahaman Islam secara betul. Maqasid al-syariah amat penting supaya mereka dapat
memahami islam secara betul, apakah tujuan syarait islam dan bagaimana mengamalkan
islam dalam kehidupan. Penekanan pelaksanaan islam berperingkat juga perlu difahami oleh
mereka supaya islam yang mereka yakini menjadi amalan harian dalam kehidupan seharian.
2. Maslahat dan tolak mafsadah. Agama islam adalah agama yang amamt mementingkan
kebaikan dalam semua aspek kehidupan. Kebaikan tersebut untuk semua manusia dengan
menerima islam sebagai panduan dalam melayarai bahtera kehidupan. Dengan itu, mafsadah
akan terhindar dengan menjadikan islam sebagai panduan hidup.
3. Penerimaan dakawah lebih mudah. Faham terlebih dahulu tentang ajaran islam akan
menyebbakan islam mudah difahami. Dengan erti kata lain, mengamalkan islam dalam
kehidupan lebih mudah.
4. Penghayatan islam dalam kehidupan. Islam yang difahami akan menjadi reality dalam
kehidupan. Pergaulan harian, akhlak dan yang lainnya akan terpancar kebaikannya dengan
penuh penghayatan dan amalan.
5. Pelaksanaan dakwah dilakukan secara berterusan. Dakwah islamiah akan sentiasa disebarkan
walaupun berhadapan dengan cabaran yang pelbagai. Tujuan utama dakwah ialah membina
masyarakat yang aman dan sejahtera mengikut acuan Islam. Selagi mana kehidupan di dunia
ini tidak aman selagi itulah dakwah islamiah terus menerus disebarkan. Apabila keamanan
sudah dicapai, keamaan tersebut perlu dikekalkan dan diperkukuhkan dengan saling
mengingati antara satu sama lain. Dengan itu pelakasanaan dakwah berterusan demi menjaga
keamaan.
5
DAKWAH SAUDARA BARU ORANG ASLI DARI PERSPEKTIF MAQASID ALSYARIAH
Syariah Islam didatangkan oleh Allah SWT tanpa mempunyai apa-apa tujuan selain untuk
menghasilkan maslahah iaitu menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia.
Apabila manusia menjadikan syariat Islam sebagai pegangan utama dalam kehidupan mereka,
sudah pasti tujuan utama atau maqasid syariah ini akan dapat direalisasikan. Kebaikan dan
penghindaran daripada kemudharatan dapat dilihat dan dimanifestasikan dalam sekurangkurangnya lima maqasid syariah iaitu:1) Memelihara agama (Hifzu ad-Deen)
2) Memelihara nyawa (Hifzu al-Hayah)
3) Memelihara akal (Hifzu al-Aqli)
4) Memelihara keturunan (Hifzu an-Nasab)
5) Memelihara harta (Hifzu al-Mal)
Dakwah islamiyah kepada masyarakat Orang Asli semakain berkembang. Ini diikuti
dengan peranan yang dimainkan oleh para pendakwah, badan kerajaan, NGO islam dan
sebagainya dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat Orang Asli.
Pendekatan yang digunakan pada masa kini pelbagai, ada yang menumpukan persoalan akidah,
ada yang menumpukan persoalan syariah dan ada juga yang menumpukan soal pembangunan
manusia sesuai dengan kehendak Alah SWT.
Namun begitu, perlu dilihat bahawa pendekatan yang digunakan dari perspektif maqasid
al-syariah supaya penyampaian dakwah lebih mudah difahami dan lebih kukuh dalam
masyarakat Orang Asli. Antara pendekatan dakwah dari perspektif maqasil al-syariah ialah:
Pertama: Menjaga dan memelihara agama.
Usaha untuk menggerakkan kesedaran beragama di kalangan saudara baru Orang Asli perlu
diperkemaskan. Apabila setiap individu sedar kepentingan beragama, maka usaha membentuk
masyarakat islam menjadi lebih mudah kerana ia selari dengan tuntutan dan saranan Allah
S.W.T.
Para pendakwah perlu menghuraikan tentang keperluan manusia untuk beragama dalam
konteks negara. Percaya kepada Tuhan adalah salah satu rukun negara. Percaya kepada tuhan
adalah satu akidah asasi dalam semua agama kerana tiada agama yang tidak percaya wujudnya
Tuhan. Banyak kesulitan yang bakal dihadapi oleh oleh orang yang tidak mempunyai agama
antaranya ialah tiada sambutan perayaan agama dan pengkebumian mayat. Tiga etnik terbesar
Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India masing-masing mempunyai agama yang berbeza iaitu
Islam, Budha dan Hindu(Othman: 1995: 11-12).
Kesedaran beragama dalam kalangan msyarakat Orang Asli masih ditahap sederhana.
Menurut Padzal (1997 : 21) menyatakan sebilangan kecil Orang Asli menganut agama Islam,
Kristian, Bahai dan Buddha, sementara sebahagian besarnya masih berpegang kepada ‘agama’
atau kepercayaan tradisi mereka iaitu Animisme.
Daripada jumlah besar seramai 92 529 orang, didapati kira-kira 73 395 orang berpegang
kepada kepercayaan Animisme, 12 437 Islam, 5 570 Kristian, 1 034 Bahai dan bilangan paling
kecil sekali beragama Buddha iaitu seramai 93 orang seperti Jadual 1.
Jadual 1 Kedudukan Status Agama Dan Kepercayaan Di Kalangan Masyarakat Orang Asli
Mengikut Kumpulan Kaum
6
Bil.
1.
Negrito
(%)
1 708
(57.5%)
2.
3.
Senoi
Melayu Asli
Kumpulan Kaum
(%)
(%)
5 799
4 930
Islam
(11.8%)
(12.2%)
4 755
815
Kristian
(5.6%)
(2%)
998
36
Bahai
(2%)
(0.2%)
60
33
Buddha
(0.1%)
(0.1%)
1 264
37 828
34 303
Animisme
(42.5%)
(76.5%)
(85.5%)
Jumlah
2 972
49 440
40 117
Sumber : JHEOA/ICU/BAHEIS (1994) dalam Padzal (1997 : 22)
Jumlah
(%)
12 437
(13.5%)
5 570
(5%)
1 034
(1.1%)
93
(0.1%)
73 395
(79.3%)
92 529
Jadual 2 Status Agama Bagi Orang Asli Mengikut Negeri Bagi Tahun 1994
Negeri
Agama
Buddha
Islam
4 380
(16.6%)
Kristian
3 332
(12.6%)
Bahai
1 010
(3.8%)
Kedah
13
(7.2%)
-
-
-
167
(92.8%)
180
Kelantan
727
(10.7%)
-
24
(0.3%)
-
6 043
(89%)
6 794
Terengganu
408
(80.6%)
-
-
-
98
(19.4%)
596
Selangor
702
(6.7%)
267
(2.5%)
-
16
(0.2%)
9 487
(90.6%)
10 472
Pahang
2 325
(6.9%)
1 447
(4.3%)
-
-
29 969
(88.8%)
33 741
N. Sembilan
358
(5.8%)
405
(6.5%)
-
-
5 425
(87.7%)
6 188
Melaka
54
(6.5%)
33
(4%)
-
-
744
(89.5%)
831
Johor
3 470
(36.4%)
86
(1.3%)
-
77
(1.1%)
3, 746
(50.8%)
7 379
Jumlah
12 437
(13.5%)
5 570
(6%)
1 034
(1.1%)
93
(0.1%)
73 395
(79.3%)
92 529
(100%)
Perak
-
Animisme
17 716
(67%)
Jumlah
26 438
Sumber diperolehi dari Banci PPRT olh UPP dan JHEOA tahun 1993 dalam Padzal (1997 : 36)
Sesungguhnya agama di dunia banyak dan berbeza antara satu dengan lain. Akan tetapi
agama yang benar cuma satu jua kerana Tuhan tidak mungkin mengadakan dua atau tiga agama
melainkan satu sahaja untuk dianuti oleh manusia dalam satu zaman (Othman, 1995: 20).
1. Animisme
7
Orang-Orang Asli, menurut Padzal (1997: 23), pada dasarnya mempercayai kewujudan
dua alam; alam nyata dan alam ‘supernatural’. Antara nama watak-watak terpenting yang
dikaitkan dengan ‘supernatural’ ini ialah tuhan, malaikat, hantu, orang hidup, dewa, hala ‘asal’
dan nenek.
Watak-watak ini dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu dan mampu bertindak
mendatangkan kesusahan atau kesenangan kepada kehidupan manusia. Oleh tiu, kesemua watakwatak ini ditakuti dan sekali gus disanjungi.
Dalam hubungan inilah Orang Asli menggariskan pantang larang bagi mengelak daripada
ditimpa bencana di samping melakukan amalan pemujaan bagi mendapatkan pandangan baik
daripada watak-watak berkenaan. Daripada pantang larang ini terbina nilai-nilai moral yang
berperanan sebagai kawalan sosial.
Bagaimanapun dari segi yang lain, Orang Asli didapati tidak mempunyai sumber rujukan
yang seragam dalam menggambarkan rupa bentuk kepercayaan mereka. Setiap kumpulan utama
mempunyai tanggapan tersendiri dan berlainan dengan gambaran kumpulan lain tentang aspekaspek penting dalam kepercayaan mereka. Malahan perbezaan ini juga wujud di kalangan sukusuku kaum yang berada dalam kumpulan yang sama (Padzal, 1997: 24).
Padzal (1997 : 33) menyimpulkan bahawa Orang Asli percaya kepada alam ghaib sebagai
suatu realiti yang tidak terpisah dari dunia nyata. Di dalam alam ghaib ini wujud berbagai-bagai
jenis makhluk yang bertindak balas mengikut bidang kuasa masing-masing terhadap kehidupan
dunia khususnya terhadap manusia.Terdapat kelainan deskripsi tentang konsep, rupa bentuk atau
jenis roh, alam ghaib, makhluk supernatural dan juga peranan yang dimainkan oleh setiap watak
berkenaan.
Bagi kaum Asli yang masih berpegang kepada Animisme, menganut mana-mana agama
adalah suatu perkara yang asing, baik agama Islam atau lainnya. Ini adalah kerana dalam
Animisme yang dinauti oleh mereka, tidak ada ibadat-ibadat khusus yang perlu dilaksanakan
oleh mereka.
Walau bagaimanapun, mereka mempunyai hukum-hukum tertentu mengenai pantang
larang yang mesti dipatuhi oleh semua orang. Hukum tersebut diperturunkan dari satu generasi
kepada satu generasi secara lisan, bukan menerusi catatan buku dan sebagainya. Meskipun
kehidupan mereka kelihatan ringkas dan bersahaja, namun peraturan yang dipusakai dari nenek
moyang mereka bertapak teguh dalam hati nurani mereka (Othman, 1995: 96).
Berpandukan perkembangan yang ada sekarang, fahaman animisme yang dianuti oleh
kaum Asli di negara ini semakin tidak sesuai lagi, lebih-lebih lagi mereka kini sedikit demi
sedikit sedang meninggalkan cara hidup lama dan menuju era pembangunan.
Dengan itu, kepercayaan kepada animisme amat berlawanan dengan kehidupan moden.
Sebagai pilihan, mereka perlu menganuti agama yang sesuai, serasi dan selari dengan keadaan
diri mereka kerana animisme bukan merupakan suatu agama (Othman. 1997: 16).
2. Dakwah Dan Dakyah
Pengaruh kepercayaan Orang Asli telah bersebati dengan begitu kukuh dan sukar dilupakan
dengan begitu mudah untuk diganti dengan fahaman baru yang asing bagi mereka, lebih-lebih
lagi kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dikesan dengan pancaindera
yang lima. Walaupun mereka menerima ajaran agama, namun unsur-unsur kepercayaan lama
tetap mempengaruhi kehidupan mereka seharian (Othman, 1995: 97).
8
Padzal (1997: 42) menyatakan bahawa umum mengetahui bahawa Islam telah mula
sampai ke kawasan Asia Tenggara selewat-lewatnya pada abad ke 10M dan terus berkembang
hingga sekarang.
Di Semenanjung, agama ini telah menjadi anutan seluruh penduduk peribumi (Wan
Hussein Azmi, 1990: 156) melainkan sebahagian lapisan masyarakat yang dipanggil ‘Orang
Asli’. Dalam pada itu, tidak dinafikan ada di kalangan kaum ini yang telah memeluk Islam hasil
hubungan mereka dengan masyarakat Melayu (G. Benjamin, 1996: 5-6), tetapi keadaan ini
jarang berlaku dan juga bukanlah melibatkan penyertaan ramai. Catatan Evan (1915) dalam
Padzal (1997: 285) menyebut tentang enam orang keturunan Negrito di Besut telah didapati
menerima Islam pada masa itu.
Penyertaan dalam bentuk kumpulan sebelum zaman Merdeka, sejauh yang dapat dikesan,
hanya berlaku paling awal pada tahun 1933 di negeri Perak iaitu kira-kira 100 Orang Asli
kumpulan Senoi di kawasan Redang Punggur dan Hulu Kroh, Kampar dilaporkan telah
menerima Islam hasil gerakan dakwah secara sukarela yang dijalankan oleh Muhamad Salim bin
Ahmad al-Badawi dan beberapa orang sahabatnya. Kemudian di negeri Pahang pada tahun 1951
dan dalam tahun 1953 di negeri Terengganu (Padzal, 1997: 44).
Sebaliknya, Padzal (1997: 35) menyatakan pengaruh agama Kristian telah bertapak di
Semenanjung Malaysia sebaik sahaja Kerajaan Melayu Melaka dijajah oleh Portugis pada
pertengahan abad ke-16M (Muda@Ismail Abd. Rahman, 1991: 1). Bagaimanapun, penyebaran
agama Kristian di kalangan Orang Asli bermula pada pertengahan abad ke 19M (Ghazali Basri,
1994: 68). Kumpulan Orang Asli yang terlebih dahulu mendapat perhatian mubaligh Kristian
ialah mereka yang tinggal di Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.
Masyarakat Orang Asli di negeri Perak, menjadi sasaran utama mubaligh Kristian
menerusi berbagai-bagai pertubuhan sama ada dalam mazhab Katholik mahupun Protestant,
khususnya mereka yang berpengalaman di kalangan Masyarakat Terasing, Indonesia dan
kumpulan etnik tertentu di Sarawak. Mubaligh-mubaligh ini terdiri daripada orang-orang Barat
dan juga berketurunan Batak, Iban atau Kenyah (Padzal, 1997: 35).
Menurut Ghazali (1994: 68) mencatatkan bahawa pada tahun 1841 seorang Paderi
Katholik berketurunan Perancis bernama M. Borie dari sebuah badan Missionari yang dikenali
sebagai Society of Foreign Missions od Paris, telah menjalankan aktivitinya di kalangan orang
Mantra (suku Temuan) Ayer Salak, pinggir bandar Melaka. Daripada Melaka gerakan ini
berkembang ke Negeri Sembilan.
3. Islam
Othman (1995: 85) mencadangkan agar mengajukan persoalan tentang pandangan Orang Asli
terhadap Islam yang menyatakan Tuhan Cuma satu sahaja dan Dia bukan dari jenis alamiah atau
benda, tetapi suatu zat yang Maha Berkuasa dan Maha Agong.
Dalam menyampaikan pelajaran agama di peringkat asas, subjek pertama perlu disentuh
ialah Rukun Iman, Rukun Islam, cara bersuci (mengangkat hadas kecil dan besar), cara solat
(bacaan yang mustahak dihafal ialah fatihah dan tahiyat), sedikit mengenai ibadat puasa, sedikit
mengenai ibadat haji (sepintas lalu).
Pelajaran tersebut perlu disampaikan berulang kali supaya saudara baru Asli dapat
memahami dan mengamalkan sedikit demi sedikit. Perlu diambil perhatian, bahawa satu-satu
pelajaran yang disampaikan janganlah terlalu banyak, bahkan jika boleh jangan melebihi tiga
perkara sahaja, kerana mereka sukar mengingati perkara-perkara yang disampaikan melebihi
angka tersebut. Keadaan ini lazimnya berlaku di kalangan golongan dewasa atau belia-belia yang
9
tidak tahu membaca dan menulis. Di samping itu, hukum yang kecil seperti amalan-amalan sunat
yang banyak terdapat dalam ibadat khusus eloklah diketepikan dahulu, supaya tidak
menimbulkan kecelaruan (Othman, 1995: 88).
Kesulitan untuk memberi bimbingan agama kepada anak-anak Orang Asli menjadi
masalah kepada mereka kerana ketiadaan orang yang mampu mengajar agama, baik mukaddam
(mengaji al-Quran) mahupun fardu ain. Keadaan ini menyebabkan anak-anak terbiar begitu
sahaja tanpa bimbingan dan akhirnya membesar dalam keadaan jahil agama. Gejala ini akan
melahirkan generasi baru Orang Asli Islam yang buta agama dan ekoran dari itu mereka akan
berinteraksi dan kembali kepada keadaan asal sebelum memeluk Islam (Othman, 1995: 102103).
Padzal (1997: 277) menyatakan kesanggupan Orang Asli menerima Islam pada peringkat
awalnya lebih kuat dipengaruhi oleh gesaan pihak luar berbanding dengan kesedaran dalaman
mereka sendiri. Sungguhpun selepas Islam mereka diberi bimbingan dan pendedahan sedikit
sebanyak tentang asas ajaran Islam, tetapi tanggapan mereka terhadap Islam pada
keseluruhannya belum jelas. Gambaran yang keliru tentang imej-imej Islam pada umumnya
masih membayangi pemikiran Orang Asli. Bahkan kadangkala kekeliruan ini dipertebalkan lagi
dengan prasangka yang diwarisi turun temurun terutama di kalangan mereka yang baru memeluk
Islam.
Padzal (1997: 278) melaporkan pada pandangan Orang Asli, Islam adalah agama payah
serta menakutkan. Kewajipan menunaikan ibadat yang terdapat dalam Islam antaranya solat dan
puasa adalah satu bebanan yang berat dan sukar dilakukan. Dari segi larangan dan peraturan,
Islam menegah makan haiwan-haiwan tertentu. Apa yang lebih dibimbangkan ialah tentang
kemestian berkhatan.
Islam juga dikatakan adalah agama orang Melayu. Masuk Islam serupa dengan masuk
Melayu. Orang Melayu didapati lebih ramai yang sombong dari yang baik. Sebahagian mereka
bersikap kasar, berkelakuan buruk, menindas, menipu dan mencabul kawasan hutan yang
dirizabkan untuk Orang Asli.
Selain itu, terdapat orang Melayu yang tidak berpuasa dan menunaikan solat. Dan jika
berpuasa serta solat sekalipun masih tidak jujur, mungkir janji serta berkelakuan tidak sopan.
Oleh itu, lebih baik tidak Islam. Dengan tidak Islam pun, masih boleh hidup juga.
Tanggapan bahawa orang Melayu tidak semuanya berbudi mulia dan Islam bukanlah satu
agama yang mudah, ternyata merupakan suatu hakikat yang lumrah terdapat dalam fikiran dan
imaginasi Orang Asli. Mereka terkeliru antara imej yang ditonjolkan oleh orang Islam dengan
hakikat ajaran Islam yang sebenar (Padzal, 1997: 279).
Hakikat dan sifat Islam sebagai agama yang mudah, sederhana, praktikal dan sesuai bagi
seluruh umat manusia, sukar difahami dan diterima dengan memuaskan oleh Orang Asli ekoran
daripada sikap dan tindak tanduk negatif yang ditunjukkan oleh masyarakat orang Melayu
sendiri (Padzal, 1997: 293).
Mesej dakwah mestilah disampaikan dalam bentuk yang mudah dan dielakkan sama
sekali daripada menyebut perkara-perkara yang menekan perasaan dan fikiran mereka.
Firman Allah dalam Surah al-Haj 22 : 78,
10
78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah
memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.
(Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang
muslim dari dahulu ([Maksudnya: dalam kitab-kitab yang Telah diturunkan kepada nabi-nabi
sebelum nabi Muhammad s.a.w.), dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu
menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka
Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah
Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.
Iaitu dalam Syariat Islam tidak diwajibkan sesuatu yang menyusahkan malah diberi berbagaibagai kemudahan dan kelonggaran.
Menurut Imam Izzudin Abdul Salam (1980: jld. 2 hlm. 8-9) ialah dengan cara digugurkan
(tidak diwajibkan) seperti digugurkan solat Jumaat, puasa, haji dan umrah dengan sebab-sebab
tertentu. Kemudahan dengan cara dikurangkan rukuk dan sujud kepada orang sakit mengikut
kemampuannya yang dapat dilakukannya. Kemudahan dengan cara digantikan seperti digantikan
berdiri dalam solat dengan duduk; menggantikan membebaskan hamba dengan puasa dan
menggantikan beberapa perkara wajib haji dan umrah dengan membayar kafarah kerana
keuzuran tertentu. Kemudahan dengan cara mendahulukan seperti mendahulukan solat Asar
dengan mengerjakannya dalam waktu Zuhur, begitu juga mendahulukan solat Isyak dalam waktu
maghrib iaitu semasa dalam perjalanan dan juga boleh dilakukan pada musim hujan. Kemudahan
dengan cara penangguhan seperti melewatkan solat Zuhur dalam waktu Asar. Puasa Ramadan
ditunaikan setelah berlalunya bulan tersebut. Dan akhirnya kemudahan dengan cara diberi
kelonggaran seperti solat dengan hanya bertayamum, begitu juga dibenarkan menyebut
perkataan kufur ketika dipaksa melakukannya.
Padzal (1997: 295-296) turut mengutarakan, mesej dakwah juga perlu disampaikan
dengan mendahului aspek akidah dari aspek-aspek syariah dan akhlak. Abdullah Muhammad Zin
(1992) dalam satu ulasannya tentang Islam sebagai agama sederhana, mudah dan praktikal
merumuskan di antara ciri keunikan dan keunggulan Islam, adanya galakan dan dorongan supaya
umat Islam berusaha sedapat mungkin bagi mencapai ke satu taraf atau tingkat yang tertinggi
iaitu suatu yang ideal. Tetapi walaupun begitu, Islam sangat meraikan realiti tabiat semula jadi
manusia dan kemampuan majoriti mereka yang terbatas. Oleh itu, Islam menganjurkan
kesederhanaan. Selain daripada sederhana dan mudah dilaksanakan Islam juga telah memberi
beberapa pengecualian dan kelonggaran supaya syariatnya tidak membeban dan menyusahkan
orang ramai.
Jelas bahawa ajaran Islam adalah mudah, sederhana, praktikal, dan meraikan realiti
kehidupan manusia dalam setiap persekitaran yang didapatinya. Hakikat ini harus dapat
diterjemahkan dengan bijaksana dalam setiap urusan dakwah khususnya di kalangan masyarakat
Orang Asli (Padzal, 1997 : 297).
Ahmad Redzuan (2008: 100) mendapati bahawa dakwah telah berjaya mengislamkan
sebahagian masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang, dan ini telah menyebabkan terdapatnya
peningkatan jumlah mereka yang telah memeluk Islam. Ini terbukti di mana pada tahun 1990
hanya terdapat seramai 1180 Orang Asli telah berjaya diIslamkan (Jabatan Agama Pahang,
11
1998:1). Jumlah tersebut meningkat di mana sehingga tahun 2003, daripada jumlah 54 293
Orang Asli di Pahang, 5 660 adalah Islam.
Namun begitu, jika dibandingkan dengan jumlah mereka, ternyata kalangan mereka yang
memeluk Islam dengan yang masih belum Islam adalah kecil. Oleh itu, segala tenaga dan usaha
perlu ditumpu dan diteruskan untuk berdakwah kepada masyarakat Orang Asli, agar nantinya
agama Islam merupakan agama yang utama menjadi anutan di dalam masyarakat Orang Asli
(Ahmad Redzuan, 2008: iii).
Kedua : Menjaga dan memelihara jiwa.
Pelaksanaan dakwah dalam menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran perlu
diperhebatkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Pendekatan tersebut perlu memfokuskan
pada dimensi jatidiri manusia secara holistik iaitu meliputi dimensi rohani, akal, emosi dan
jasmani. Dalam masa yang sama, unsur-unsur kemudaratan perlu dicegah dari menjangkiti umat
dari semua jenis dan sudut. Dengan cara ini, jiwa masyarakat Orang Asli lebih mudah untuk
menerima islam sebagai panduan hidup.
Othman (1995: 68) menyatakan sewaktu berada di pedalaman risiko menghadapi
penyakit demam malaria adalah tinggi kerana di kebanyakan kawasan, ramai kaum Asli
menghidap penyakit tersebut dan tidak kurang pula yang mati kerana itu terutama kanak-kanak.
Bahkan ada juga yang didapati sebagai pembawa kuman malaria. Oleh itu mengambil ubat
malaria mustahak dilakukan oleh pendakwah sebagai langkah pencegahan, terutama bagi mereka
yang sering berulang alik ke kawasan pendalaman.
Padzal (1997: 279) apabila membuat perbandingan dengan masyarakat Melayu,
menyatakan taraf sosio-ekonomi Orang Asli adalah dalam keadaaan lebih rendah dan
terkebelakang. Padzal (1997: 281) mencatatkan keadaan kesihatan mereka kurang mendapat
rawatan dan terbiar. Ada antara di antara orang dewasa yang mengidap penyakit batuk, demam
malaria dan panau. Sementara kanak-kanak juga ramai mengidap penyakit cacing dan selesema.
Usaha-usaha khidmat rawatan penyakit yang dilakukan oleh pihak Jabatan kesihatan sering kali
gagal kerana jadual rawatan jarang berkebetulan dengan masa Orang Asli berada di kampung.
Othman (1995: 102) menyatakan kematian menjadi masalah besar kepada Orang Asli
kerana mereka tidak tahu mengurus jenazah menurut cara Islam dan kedudukan kampung Orang
Melayu begitu jauh untuk mendapatkan pertolongan bagi menguruskan jenazah. Perjalanannya
amat sukar dan mereka tidak mempunyai kenderaan untuk pergi menjemput tukang pentajhiz.
Adat Orang Asli pula pantang menyimpan mayat dengan lama tanpa dikebumikan. Sebab itu,
menurut kelaziman adat Orang Asli, mayat segera dibawa ke tempat pengkebumian kerana takut
semangatnya akan mengacau mereka dan rumah kepunyaan si mati itu akan dibakar jika
diperbuat daripada buluh, atau ditinggal begitu sahaja jika diperbuat daripada perkakas kayu
yang kukuh.
Kawasan perkuburan mesti letaknya di seberang sungai untuk mengelakkan daripada
gangguan semangat si mati. Dengan berbuat demikian semangat orang mati tidak dapat balik
semula kerana tidak dapat menyeberang sungai.
Ada juga sesetengah suku kaum menyimpan mayat atas pokok besar di tengah hutan
supaya mayat tidak dimakan binatang buas termasuk mayat orang Islam jika tidak ada orang
Islam yang menguruskannya mengikut yang dikehendaki oleh agama.
Kesukaran menyampaikan dakwahh kepada orang asli juga tertumpu kepada soal maruah
bagi sangkaan mereka. Ada dikalangan Orang Asli yang tak mahu memeluk agama Islam dengan
alas an kalulah mereka masuk Islam maka tak wujud lagi orang Asli. Sangkaan sepatutnya perlu
12
diperjelaskan bahawa seseorang yang masuk agama Islam tidak mengubah bangsanya, yang
berubah adalah agama. Mana-mana adat atau buday yang tidak bercanggah dengan Islam boleh
diteruskan dalm kehidupan mereka.
Ketiga : Menjaga dan memelihara akal.
Pemerkasaan akal sangat penting dalam usaha untuk membina kefahaman secara menyeluruh
tentang kehidupan. Penggunaan pelbagai saluran media perlu dimanfaatkan sebaik mungkin
termasuk meneroka saluran media kreatif. Pembentukan pemikiran positif penting walau ia
mengambil masa yang lama untuk mencetus satu gelombang pemikiran umat yang akan
menentukan masa depan yang akan dicorakkan. Mentaliti umat perlu diarahkan untuk
menyuburkan syiar Islam dan merapatkan ukhuwwah umat.
Othman (1995: 105) mendapati dari sudut keupayaan akal, kaum Asli mengalami
kesukaran untuk berfikir sesuatu yang dianggap baru mengenai agama, apatah lagi untuk diajak
berfikir tentang maklumat agama seperti alam akhirat, dosa, pahala dan hukum halal haram. Ini
bermakna, akal mereka adalah lemah dan berat untuk menerima maklumat-maklumat yang sukar
difahami.
Dalam mencari agama yang benar, kaum Asli bahkan sesiapa sahaja, perlu menggunakan
kebijaksanaan akal untuk memikir, merenung, menggali dan menyelidik perkara-perkara pokok
yang perlu ada pada agama. Perkara pokok yang dimaksudkan itu ialah soal ketuhanan, soal
pembawa agama itu sendiri, kitab suci yang di dalamnya mengandungi ajaran agama dan isi atau
kandungan ajaran agama berkenaan.
Tuhan adalah suatu zat yang Maha Berkuasa mengatasi segala kekuatan lain yang wujud
di alam ini. Tuhan sudah tentu berlainan dengan makhluk sama ada yang dapat dilihat oleh mata
manusia seperti batu, kayu, gunung dan lain-lain atau yang tidak dapat dilihat sepeti angin,
hantu, syaitan, gelombang udara, oksigen dan lain-lain lagi. Jika Tuhan sama dengan makhluk,
itu bukan Tuhan yang hakiki, tetapi Tuhan ciptaan dan dia akan rosak atau musnah sepeti
makhluk, sedangkan Tuhan yang sebenarnya tidak mungkin rosak sampai bila-bila (Othman,
1995: 17).
Othman (1995: 82) menyarankan pendakwah membuat perbandingan terutama dari
aspek akidah ketuhanan dengan menyemai dalam pemikiran Orang Asli penyembahan objek
beku dan kaku seperti berhala, patung atau sesuatu yang bersifat alamiah yang lain seperti api,
pokok, gunung-ganang, haiwan dan sebagai, atau Tuhan itu banyak lebih dari satu adalah sangat
bertentangan dengan logik akal dan tidak rasional. Perbandingan mudah terhadap kesan alam
jika mempunyai banyak Tuhan dengan sebuah negeri jika diperintah oleh ramai Raja.
Padzal (1997: 280) kemudiannya pula mendapati dalam bidang pelajaran Orang Asli
khususnya di negeri Terengganu, sebahagian kaum remaja dan semua orang dewasa tidak dapat
membaca daan menulis apatah lagi mengira. Anak-anak mereka sebahagian besarnya juga tidak
mendapat pendidikan sama ada di peringkat menengah mahupun peringkat rendah.
Walaupun begitu, Ahmad Redzuan (2008: 102) pula kemudiannya menyatakan kejayaan dakwah
dari sudut pendidikan juga tidak dinafikan dalam usaha dakwah yang dilakukan oleh JAIP,
PERKIM Bahagian Pahang, JHEOA Negeri Pahang dan PETAMA dalam usaha dakwah
masyarakat Orang Asli di negeri Pahang.
Keempat : Menjaga dan memelihara keturunan.
Pemahaman kepentingan menjaga dan memelihara keturunan amat perlu diperhebatkan lagi
dengan penerapan akhlak mulia dan kawalan diri berlandaskan syariat Islam. Tugasan menjaga
13
dan memelihara keturunan ini juga perlu dilihat dalam skop yang turut mencakupi hal akhlak
hubungan sesama manusia. Elemen penyakit hati seperti hasad, fitnah, mencela, mengadu domba
dan lain-lain lagi antara puak-puak tertentu perlu dihentikan kerana ia tidak mencerminkan
ajaran Islam bahkan amat dilarang oleh Allah S.W.T.
Othman (1995: 68) turut menyatakan selain dari cabaran-cabaran yang tersebut di atas,
pendakwah juga menghadapi cabaran dalam melaksanakan dakwah itu sendiri. Pendakwah yang
tidak pernah mengunjungi perkampungan Orang Asli tentunya merasai sukar untuk berdakwah,
bahkan mereka mungkin mengalami kebuntuan apabila berdepan dengan suasana kehidupan
Orang Asli, keadaan rumah dan persekitaran kampungnya yang jauh berbeza jika dibandingkan
dengan Kampung Orang Melayu. Bagi mereka yang jijik dengan anjing-anjing mungkin akan
menghadapi masalah besar kerana ia menjadi binatang peliharaan penting bagi kaum Orang Asli
untuk menjaga keselamatan kampung halaman dan tanaman mereka. Waktu malam biasanya
binatang kesayangan mereka itu tidur dalam rumah bersama-sama mereka.
Selain dari itu, Othman (1995: 69) turut menyatakan walaupun terdapat rumah-rumah
Orang Asli yang bersih dan dijaga dengan baik, baik di dalam mahupun di luar rumah;
kebanyakan Orang Asli tidak begitu memberi berat kepada kebersihan dalam rumah. Mereka
masuk ke rumah tanpa membasuh kaki walaupun kaki dalam keadaan kotor , dan ini
menyebabkan lantai rumah yang diperbuat daripada buluh kelihatan kotor dan berdebu. Di
tengah ruang rumah biasanya ditempatkan unggun api di mana di situlah tempat mereka
memasak dan memanaskan badan di waktu malam. Biasanya abu dari kayu yang dibakar
berselerak di setiap ruang. Keadaan ini menjadikan rumah mereka kelihatan kotor.
Bagi pendakwah yang tidak biasa dengan suasana seperti itu, mereka mungkin akan
menunjukkan reaksi yang negatif untuk mengunjungi rumah penduduk Asli, apatah lagi jika tuan
rumah mempelawa mereka minum atau menjamah makanan yang dihidangkan sebagai
menyambut dan meraikan kedatangan tetamu. Orang Asli mudah tersinggung jika tetamu
keberatan menjamah makanan yang disediakan itu, kerana mereka sedar orang lain menganggap
mereka pengotor.
Pertimbangan dan kesudian pendakwah menjamah makanan yang dihidangkan walaupun
seketul ubi bakar yang telah dikupas kulit atau mungkin ubi yang dimasak dalam buluh seperti
lemang sambil melafazkan sedikit pujian dapat menggembirakan perasaan tuan rumah.
Menurut Othman (1995: 97-99) masalah kesukaran mencari jodoh juga amat ketara
berlaku di kalangan belia-belia Asli Islam Hal ini terjadi kerana bilangan kaum Asli yang Islam
di sesuatu kawasan tidak ramai dan tidak seimbang. Kaum Asli umumnya berkahwin dalam usia
yang masih muda iaitu purata empat belas tahun bagi gadis dan dua puluh tahun bagi teruna. Ada
mencari pasangan yang bukan Islam dan perkahwinan itu dijalankan mengikut adat Asli.
Antara langkah yang sewajarnya diambil oleh pendakwah ialah mengadakan pertemuan
hati ke hati bagi memujuk pasangan yang belum Islam itu memeluk agama Islam dengan
menerangkan sudut kebaikan diri mereka dan juga zuriat mereka kelak. Usaha ini mesti
dilakukan bersungguh-sungguh dan berterusan sambil berdoa semoga Allah memberi hidayah
kepada mereka.
Sementara itu, ibu bapa atau keluarga kepada pasangan yang Islam mestilah diberi jalan
supaya mereka turut mengambil inisiatif ke arah menyelesaikan kes yang berbangkit dengan rasa
tanggungjawab. Mereka mestilah difahamkan bahawa masalah yang berlaku kepada anak-anak
mereka adalah menyentuh maruah keluarga dan agama. Oleh itu, mereka patut berikhtiar dengan
menggunakan saluran dan cara yang diamalkan oleh kaum mereka bagi menyelesaikan kes
tersebut.
14
Cara yang paling baik ialah dengan mengadakan rundingan dua pihak antara keluarga
pasangan lelaki dan pasangan perempuan dengan penghulu bertindak sebagai orang tngah, jika
perlu.
Jika langkah ini gagal, maka pujukan dengan menjanjikan hadiah wang dan sebagainya
boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa langkah ini bukan bertujuan untuk
membeli seseorang itu supaya memeluk agama Islam, tetapi sebagai usaha untuk memastikan
pasangan yang baru berkahwin itu selamat dari dosa yang berpunca dari perkahwinan yang tidak
sah kerana berlainan agama.
Kelima : Menjaga dan memelihara harta.
Pengurusan harta hendaklah secara adil dan telus bagi mengelakkan pertelingkahan. Islam
menjamin pengagihan nikmat harta yang dikurniakan Allah kepada manusia. Pengurusan harta
yang bijaksana dapat melahirkan masyarakt yang harmoni. Sumber kewangan yang kukuh untuk
membolehkan gerak kerja berjalan dengan lancar terutamanya dalam proses penyampaian islam
dalam kalangan mayarakt Orang Asli. Faktor dana dan wang ringgit turut perlu diberi perhatian
dalam menjana kefahaman mereka terhadap agama Islam.
Sementara itu, Padzal (1997 : 282) melaporkan keadaan ekonomi Orang Asli juga tidak
kukuh dan lemah. Purata pendapatan setiap keluarga hanya sekitar RM200 hingga RM300
sebulan. Dengan kadar jumlah ini, mereka tidak berkemampuan untuk mendapat barang-barang
keperluan harian secukupnya. Orang Asli, selain bergantung pada pendapatan yang tidak tetap,
mereka juga belum biasa mengurus perbelanjaan dengan baik. Ketika mendapat hasil dari
sumber-sumber tertentu seperti hasil jualan rotan dan candan, mereka segera berbelanja membeli
barang keperluan dan barang lain yang digemari seperti pakaian khasnya bagi golongan remaja
dan rokok bagi semua golongan. Satu kebiasaan lain ialah mereka mengamalkan konsep ‘hidup
senang dan susah bersama’. Seseorang yang ada wang pada ketika tertentu akan membantu
mereka yang terputus belanja.
Othman (1995: 105-107) menyatakan kesempitan hidup, tanpa harta dan tanah milik
sendiri meletakkan Orang Asli dalam suasana resah dan rasa rendah diri, terutama ketika
berdepan dengan kaum lain yang dianggap lebih maju dan lebih bernasib baik. Contohnya
mereka merasa hina diri ketika berdepan dengan orang Melayu, sekalipun sama-sama menganuti
agama yang sama iaitu Islam, padahal mereka telah diberitahu awal-awal lagi bahawa semua
penganut Islam adalah bersaudara dan mempunyai taraf yang sama di sisi Islam tanpa mengira
kaum. Perasaan sedemikian tentunya sukar dihapuskan dengan serta merta.
Maka adalah mejadi kewajipan pendakwah menghulurkan bantuan ikhlas terhadap
golongan tersebut sama ada berupa sedekah wajib iaitu zakat harta atau fitrah, atau sedekah sunat
atau apa-apa pemberian biasa sseperti pakaian terpakai, bahan makanan dan alat-alat untuk
kegunaan harian mereka. Pertolongan seperti ini akan memberi kesan yang besar kepada mereka
dan akan membantu mengukuhkan lagi tali silaturahim antara sesama Islam.
Ahmad Redzuan (2008: 101) menyatakan dakwah dengan harta ini turut berjaya
membantu meningkatkan ekonomi Orang Asli sepertimana yang telah dilaksanakan oleh JHEOA
melaui program usahawan dan penubuhan koperasi.
15
PENUTUP
Maqasid al-syariah sangat penting dalam pelaksanaan dakwah kepada masyarakat Asli demi
memastikan kefahaman islam yang jelas dan teratur dalam meneruskan liku-liku hidup sebagai
seorang muslim. Pendekatan ini boleh menyebabkan mereka lebih memahami tentang Islam dan
menghayatinya dalam kehidupan seharian.
Para pendakwah juga perlu memainkan peranan dalam menyampaikan Islam kepada
mereka secara tersusun demi meastikan mereka tidak memahami Islam secara salah. Pendekatan
yang digunakan menerusi penekanan perkara utama dengan menjaga agama, jiwa, akal,
keturunan dan harta.
Permasalahn yang berlaku dalam kalangan mereka dapat diatasi dengan memahami
konsep maqasid dan diterapkan dalam kehidupan mereka. Dengan itu dapat membina masyarakat
Asli kearah kefahaman Islam secara menyeluruh dan dapat membawa kesejahteraan dan
keamanan. Akhirnya islam dapat difahami dengan betul.
RUJUKAN
Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2009. Dakwah Kepada Orang Asli
Melalui Seni Hiburan Alternatif Di Malaysia : Model Latihan Amali Dakwah (LAD). AlHikmah Jilid 1. Bangi : Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2008. Dakwah Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang. Shah
Alam : Karisma Publications Sdn Bhd.
Othman Haji Ibrahim. 1995. Mekanisme Dakwah Pendekatan Kepada Masyarakat Pendalaman,
Kota Bharu : Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Padzal Haji Mokhtar. 1997. Dakwah Di Kalangan Masyarakat Orang
\ Asli Negeri Terengganu. Bangi : Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syeikh Muhammad Tohir Bin ‘Asyur. Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah. 1998. al- Bashair.
Download