BAB SATU PENDAHULUAN 1.1. Pendahuluan Dunia dakwah

advertisement
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1.
Pendahuluan
Dunia dakwah dalam era abad ke 21 ini merupakan satu cabaran baru kepada
segenap lapisan pendakwah. Fenomena kecelaruan masyarakat dalam mendekati Islam
dan menghayatinya berlaku di semua peringkat kehidupan manusia. Ini memerlukan
satu dimensi dan anjakan paradigma baru yang bersesuaian bagi menangani isu global
dan nasional dalam membentuk dan memperkasakan umat Islam dalam menjadi teras
pembangunan tamadun manusia selaras dengan kehendak Islam ke arah mengembalikan
semula kegemilangan tamadun umat Islam suatu ketika dahulu. Paradigma baru yang
dimaksudkan adalah uslub atau cara baru penyebaran dakwah Islamiah yang selari
dengan zaman serba canggih ini dan dengan menggunakan segala peluang yang
terbentang yang wujud dalam bidang apa sekalipun terutamanya bidang teknologi
maklumat yang berkaitan dengan media televisyen yang mendominasi saluran
maklumat masa kini.
1.2.
Latar Belakang Masalah Kajian
Kepesatan pembangunan dunia dengan teknologi maklumat hari ini telah
menjadikan bumi seperti sebuah perkampungan global di mana kemampuan untuk
mengawal kemasukan unsur-unsur negatif dari barat terhadap rantau ini menjadi begitu
sukar. Lihat sahaja kepada masyarakat pada hari ini hidup berlandaskan budaya barat,
malah „lebih barat dari orang barat‟ itu sendiri. Oleh itu, apa yang yang mampu
dilakukan ialah dengan memberi panduan dan ilmu bagi meningkatkan jati diri sebagai
1
umat Islam dan menanam nilai integriti yang mantap dalam diri setiap masyarakat serta
menyemai dan membajai penghayatan terhadap „Islam Is The Way Of Life‟. Ia haruslah
menghala ke arah pembentukan suatu identiti masyarakat Islam yang mempunyai satu
hala tuju bersama disamping memupuk nilai-nilai ihsan bagi melahirkan masyarakat
yang bertanggungjawab, berdisiplin dan disegani.
Media elektronik kini menjadi salah satu medium terbesar dalam melaksanakan
tanggungjawab membentuk masyarakat yang berintegriti tinggi daripada segenap
lapisan. Ia perlu digunakan sebaiknya dan semaksimum mungkin dalam menjalankan
tugasnya sebagai penyampai mesej-mesej baik kepada masyarakat. Oleh itu, semua
pihak harus mempunyai kesedaran bahawa mereka semua bertanggungjawab besar
dalam menyampaikan unsur-unsur Islam dan menyelesaikan masalah-masalah yang
menimpa umat Islam di Malaysia hari ini, terutamanya kepada pihak yang terlibat
dengan industri televisyen kerana mereka ini mempunyai peluang yang sangat besar
dalam menjalankan tanggungjawab ini dengan mengggunakan saluran rancangan di
televisyen sebagai medan berdakwah semaksimum mungkin. Televisyen menjadi
sasaran utama dalam menyampaikan sesuatu mesej pada masa kini kerana televisyen
merupakan media massa yang paling memberi peranan besar dalam komunikasi. Ia
mampu mengajak penonton kepada pelbagai subjek dan memikirkannya.1
Pada masa kini, dapat dilihat kesedaran sudah mula timbul dalam kalangan
masyarakat di Malaysia apabila terdapat banyak rancangan-rancangan berunsur Islam
yang ditayangkan setiap hari. Terutamanya rancangan berbentuk perbincangan ilmiah.
Namun apa yang ingin dibincangkan di dalam penyelidikan ini bukan tentang
Rohani Hashim (2003), “Filem Bukan Fiksyen: Kedudukan dan Masalah”, dalam Ramli Mohamed (ed.), Sinema dan Penontonan
di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 82.
1
2
rancangan-rancangan tersebut, tetapi penggunaan drama bersiri Melayu sebagai medan
khas menyampaikan unsur-unsur Islam kepada masyarakat keseluruhan.
Mengapa drama bersiri Melayu yang dipilih sebagai subjek kajian? Ini kerana
untuk membentuk sebuah masyarakat yang sempurna kehidupannya di dunia ini serta
terjamin kebahagiaannya di akhirat kelak bukanlah suatu perkara mudah untuk dicapai.
Namun ia juga bukanlah perkara yang mustahil untuk berlaku jika tepat dengan caranya.
Naluri seorang manusia secara fitrahnya sangat menyukai dan menyenangi
keindahan, kebaikan dan hiburan. Maka, untuk memenuhi fitrah semula jadi manusia
ini, keindahan, kebaikan dan hiburan digabungkan lantas terhasillah sesuatu yang
diistilahkan sebagai seni. Seni merupakan keindahan dan kenikmatan yang sentiasa
mendapat tempat di dalam jiwa manusia. Buktinya kehidupan manusia sentiasa
diwarnai dengan pelbagai jenis cabang kesenian yang sebenarnya merupakan balikan
daripada kehidupan manusia sendiri. Kita boleh melihat betapa manusia sangat
mencintai seni apabila hampir keseluruhan aspek kehidupan diterjemahkan kepada
pelbagai bentuk kesenian. Contohnya, hasil seni lukis merupakan manifestasi daripada
suatu emosi, pengalaman, dan idea yang digarap daripada persekitaran kehidupan.
Begitu juga dengan seni muzik dan lagu. Irama dan lirik yang terhasil adalah kerahan
idea yang melibatkan perasaan sang pencipta lagu ketika itu dengan gabungan
pengalaman yang dilalui dalam kehidupannya. Begitu juga dengan seni yang lain,
kesemuanya merupakan terjemahan daripada arus perjalanan manusia sejagat di bumi
ini.
Kesenian ditampilkan dalam pelbagai rupa antaranya ialah seni ukir, seni bina,
seni tulis, seni lukis, seni suara, seni bunyi, seni lakon, seni tari, seni pidato seni muzik
dan lain-lain. Dalam Islam, berasaskan kesyumulannya, seni mempunyai kedudukan
3
tersendiri yang istimewa. Ini kerana Allah S.W.T. Maha Mengetahui fitrah manusia,
maka Dia menjadikan seni sebahagian daripada intipati penting dalam Islam. Islam telah
menyatakan dengan jelas tentang konsep seni yang dapat memenuhi tuntutan fitrah
manusia tanpa wujud sebarang pengabaian ajaran Islam walau sedikitpun.
Melihat kepada sifat-sifat kesenian yang sangat berkait rapat dengan kehidupan
manusia dan dapat mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku manusia. Maka sifat ini
menjadi daya penarik utama untuk dijadikan seni sebagai salah satu medium dalam
membentuk masyarakat. Antara cabang seni yang mendapat tumpuan utama masyarakat
pada hari ini ialah drama.2
Seni drama merupakan hasil gabungan daripada beberapa bentuk seni. Bermula
dengan seni sastera dalam penulisan skrip bergabung dengan seni lakon, seni suara, seni
muzik, seni lukis,3 dan seni visual sehingga membawa kepada hampir kesemua seni
bersatu di dalam seni drama ini. Oleh kerana seni drama terhasil dengan pelbagai
gabungan seni yang lain, maka terhimpun pelbagai nilai estetika di dalamnya
menjadikan kesannya juga mendalam dalam jiwa masyarakat. Ia menjadi lebih mantap
apabila seni ini dapat menarik lebih banyak penggemar daripada pelbagai lapisan
masyarakat berbanding dengan kesenian yang lain.4 Apatah lagi dengan dunia kini yang
serba canggih dan moden, drama dapat ditayang melalui saluran media elektronik yang
kini akrab dengan manusia iaitu televisyen menjadikan seni drama sebagai satu medium
utama dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan cepat, berkesan dan
menyeluruh.
Siti Rugayah Tibek (1999), “Peranan Drama Dalam Dakwah: Kajian Drama Dakwah TV1 dan TV3” (Tesis PhD, Jabatan Dakwah
dan Pembangun Insan, Bahagian Pengajian Ususluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), hlm. 2.
3
Ibid.
4
Ibid.
2
4
Penyampaian unsur-unsur Islam ataupun teladan baik melalui drama bersiri kini
sudah menjadi salah satu daripada mekanisme penyampaian terpenting dan berkesan
kepada masyarakat. Ia memberi pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat kerana
setiap saluran menyediakan rancangan berbentuk drama bersiri tanpa henti. Segala jenis
drama ditayangkan dari masa ke semasa. Masyarakat sekarang dilihat sudah kembali
menyedari hakikat kesejahteraan Islam yang sebenar lantaran masalah-masalah yang
dihadapi oleh masyarakat sekarang. Oleh itu, drama bersiri seharusnya mampu
menyampaikan unsur-unsur Islam serta memberi kesedaran dan penghayatan kepada
masyarakat yang semakin celik ilmu dengan mengisi ruang kosong dalam jiwa manusia
yang mudah terleka dan dapat mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar mereka
yang telah dijanjikan oleh manusia di alam roh.
Para penggiat industri drama tanah air boleh dikatakan sangat bijak jika
mengambil peluang terbaik ini untuk menyebarkan unsur-unsur Islam melalui drama
arahan mereka yang berkonsepkan kepada Islam. Menyedari hakikat ini, disertasi ini
penulis hasilkan bagi membuat penyelidikan terhadap unsur-unsur Islam yang
dimuatkan di dalam drama bersiri Nur Kasih yang mempunyai 26 episod, yang
ditayangkan setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di TV3 melalui Slot Zehra pada tahun
2009.
Justeru itu, dalam konteks ini penulis melihat gabungan, perkongsian
dan
garapan pendapat yang ada dalam drama tersebut atau dengan erti kata yang lain
himpunan unsur-unsur Islam yang dipaparkan dalam mengembalikan manusia kepada
fitrah sebenar iaitu fitrah yang menginginkan kepada kebaikan dan kesejahteraan juga
dengan mengambil kira usaha untuk meningkatkan tahap integriti dan keimanan
masyarakat supaya menjadi masyarakat yang bertaqwa dan beramal dengan ajaran Islam
5
yang mana secara tidak langsung boleh menjamin kesejahteraan dan kedamaian negara
Malaysia itu sendiri perlu didedahkan.
Lantaran itu, diharapkan kajian ini dapat membuka kotak pemikiran masyarakat
khususnya para penggiat industri ini terhadap drama yang boleh menjadi medium
dakwah terbaik dan memberi rangsangan kepada mereka agar memperbanyakkan lagi
drama bersiri seperti ini di Malaysia. Disamping dapat menjelaskan sifat dinamik Islam
yang sebenar dan seterusnya mencetuskan kepentingan media televisyen sebagai
penyampai unsur-unsur Islam yang luas skopnya.
1.3.
Permasalahan Kajian
Drama sudah menjadi sebati dalam kehidupan seharian kita kerana lambakan di
dalam setiap stesen televisyen menayangkan drama daripada pelbagai negara seperti
Indonesia, Mexico, Korea, China dan sebagainya. Pengaruh dan kesan drama
melangkaui budaya, jantina, umur, status sosial dan lokasi. Pendek kata ia diminati dan
ditontoni oleh segenap lapisan masyarakat. Ia juga adalah sebahagian daripada cabang
seni yang menghimpunkan pelbagai skop seni di dalamnya. Drama menjadi antara
elemen hiburan masyarakat sejak dahulu hingga kini. Walau bagaimanapun, hal yang
sering menjadi perdebatan dalam industri ini ialah drama bagaimana yang dibenarkan
dalam Islam. Oleh yang demikian, timbul istilah drama berunsur Islam dan drama
Islam. Ia semakin diperkatakan mutakhir ini tambahan pula disokong dengan adanya
permintaan tinggi terhadap filem dan drama berunsur Islam dalam pasaran.5
Drama berunsur Islam baru sahaja dilihat mula hendak bertapak dalam industri
drama dan perfileman tanah air. Jika hendak dibandingkan dengan pasaran drama Islam
di Indonesia, Malaysia masih boleh dikira sebagai setahun jagung kerana Indonesia
5
Utusan Online, http://www.utusanonline.com.my, 22 Jun 2010.
6
sememangnya sudah lama terkenal drama-drama yang sarat dengan unsur Islam. Malah
dalam kebanyakkan siaran televisyen di Malaysia banyak menayangkan drama
Indonesia yang berunsur Islam. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia dilihat semakin
sedar dan mula menerima dan meminati drama-drama berunsur Islam dari masa ke
semasa. Namun adakah drama berunsur Islam dan drama Islam memegang konsep yang
sama atau wujud perbezaan antara keduanya?
Menurut pendapat Naim Ahmad, drama Islam dan drama berunsur Islam
merupakan dua konsep yang berbeza. Beliau menyatakan bahawa pokok pengertian
drama Islam adalah maksud Islam itu yang antara lainnya selamat, aman, tenteram,
patuh dan bersih daripada segala sesuatu. Oleh itu, drama Islam dan drama berunsur
Islam adalah dua ungkapan yang berbeza. Menurut beliau lagi, drama berunsur Islam
merujuk kepada drama yang antara paparannya mengandungi beberapa unsur yang
selaras dengan tuntutan Islam. Namun, tidak semestinya keseluruhan drama tersebut
„Islamik‟. Mungkin daripada aspek naratif, dramatik, sinematografi, semiotik, aplikasi,
teknikal dan kontektualnya. Beliau berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk
Drama/Filem Berunsur Islam pada Bengkel Fiqh Penyiaran di ILIM Bangi, Selangor
anjuran bersama JAKIM, TV Al-Hijrah dan FDAM yang di adakan pada 21 Jun 2010.6
Manakala asasnya sesebuah drama Islam adalah merangsang kepada
keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.
Ia juga menganjurkan keamanan,
ketenteraman, kedamaian dan kebersihan daripada segala yang negatif. Pendek kata
drama Islam membawa mesej penyerahan diri, tunduk, patuh dan bertauhid kepada
Allah S.W.T. Yang Maha Pencipta. Beliau juga mengulas bahawasanya hasil daripada
garapan inti-inti pembicaraan tentang seni dalam Islam, maka drama Islam diungkapkan
sebagai sebuah hasil seni, berbentuk „produk halal‟, pra dan pasca penerbitan dengan
pengisian dan garapan bersandarkan kod etika dan nilai Islam sehinggalah kepada
6
Ibid.
7
proses edaran, tayangan dan tontonan khalayak. Tujuannya pula adalah untuk
menyebarkan dakwah, menerap nilai murni dan menegakkan amar ma‟ruf nahi
mungkar.7
Berdasarkan penjelasan di atas maka penulis melihat kebanyakan drama di
Malaysia memegang konsep drama berunsur Islam dan bukanlah drama Islam. Kita
harus menerima kenyataan bahawa industri drama atau filem negara masih belum
mampu untuk menghasilkan sebuah karya yang membawa konsep sebenar drama Islam.
Oleh yang demikian usaha terhadap karya drama atau filem yang berunsurkan Islam
juga sudah cukup membanggakan dan merupakan suatu perubahan positif yang sangat
baik kepada industri drama di Malaysia.
Setelah filem dan drama menonjolkan diri dengan imej baru yang sudah mula
berjinak-jinak dalam industri hiburan negara, drama bersiri di kaca TV juga
memperlihatkan kemajuan yang memberangsangkan apabila stesen TV masing-masing
menayangkan drama bersiri yang berunsur Islam. Pihak penerbit juga merebut peluang
menerbitkan drama berunsur Islam yang telah mendapat tempat di hati masyarakat.
Pada tahun 2009 merupakan titik permulaan kepada kemuncak trend
menerbitkan drama bersiri berunsur Islam di Malaysia. Drama bersiri yang berunsur
Islam mula merebut siaran dalam televisyen dan mula mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat. Lebih ketara lagi minat masyarakat terhadap drama berunsur Islam ini
timbul apabila munculnya sebuah drama bersiri yang langsung tidak diduga dapat
mencetuskan revolusi dalam drama tanah air iaitu drama Nur Kasih. Pada tahun 2009 di
dada-dada akhbar bahagian hiburan sibuk menyatakan tentang drama bersiri Nur Kasih
yang telah mencetuskan fenomena tersendiri apabila ia mendapat sambutan yang luar
7
Ibid.
8
biasa. Melalui kajian dan sumber yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research,
drama Nur Kasih telah mengumpulkan lebih 3.908 juta atau 53.9% penonton di depan
kaca TV untuk menyaksikan drama tersebut.8 Drama arahan Kabir Bhatia itu, dengan
skrip ditulis oleh isterinya, Mira Mustaffa, juga menerima hampir sejuta klik pelayar
internet menerusi laman web TV3 setiap kali ia disiarkan. Selepas beberapa episod
ditayangkan, Nur Kasih menewaskan Buletin Utama dari segi rating mingguan program
televisyen yang paling ramai ditonton. Malah, siaran ulangan tanpa iklan selepas
Maghrib pada pukul 7.30 malam pada setiap Selasa hingga Jumaat juga mencatat
jumlah rekod tersendiri apabila mampu menarik hampir dua juta penonton setiap kali ia
ditayangkan. Pada masa yang sama, Nur Kasih mendapat perhatian di mana saja,
daripada diskusi melalui forum di laman web, radio, medium perantara seperti akhbar
dan majalah hingga ke laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Mypace dan Yahoo
Messenger.9
Bahkan, Nur Kasih setakat ini sudah tiga kali diulang tayang di TV3,10 dan kali
keempatnya di ulang tayang pada bulan Ramadhan 2010 yang lalu. Oleh kerana
populariti drama bersiri Nur Kasih ini luar biasa, maka terdapat permintaan tinggi
daripada peminat untuk mengeluarkan set Careka Video Digital (DVD) drama
tersebut.11 Nur Kasih, sebagai drama bersiri popular telah merangkul anugerah Drama
Rantaian Terbaik dalam Anugerah Skrin 2010.12 Pada 19 Mei 2011 sebuah filem
bertajuk Nur Kasih The Movie juga telah diterbitkan dan dipasarkan dipawagam
tempatan dan turut mencatat fenomena apabila mencatat kutipan RM3.5 juta dalam
tempoh seminggu sejak ditayangkan.
8
Utusan Online, http://www.utusanonline.com.my. 27 November 2009.
Berita Harian Online, Rencana Nur Kasih, http://www.bharian.com.my, 30 November 2009.
10
Kosmo! Online, Rencana Utama-Hiburan-Bukan Kreativiti Bollywood, http://www.kosmo.com.my, 3 November 2010.
11
Utusan Malaysia Online, Hiburan-Gelombang Kedua Nur Kasih, http://www.utusan.com.my, 12 Mei 2010.
12
Utusan Online, http://www.utusanonline.com.my, 24 Disember 2010.
9
9
Justeru itu, melihat kepada fenomena drama Nur Kasih yang berlaku di
Malaysia, timbul beberapa persoalan yang penulis ingin kaji. Daripada penyelidikan ini
persoalan kajian dapat dirungkaikan, antaranya :
i.
Drama bersiri Islamik mula menampakkan kemajuannya di dalam arena
drama bersiri di Malaysia pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, tahun
tersebut merupakan permulaan bagi negara ini berlumba menghasilkan
drama TV bersiri yang berunsurkan Islam apabila sebuah drama yang
langsung tidak dijangka menjadi fenomena hebat dalam masyarakat apabila
ia ditayangkan pada akhir 2009. Tahun 2010 pula menjadi saksi kepada
kemuncak drama genre ini mendapat perhatian masyarakat apabila banyak
drama seperti ini dipaparkan di kaca televisyen bagi setiap saluran. Oleh
yang demikian, penulis ingin mengetahui sejauhmana kemampuan drama
bersiri Nur Kasih yang hebat diperkatakan ini menjadi medium terbaik
menyampaikan
unsur-unsur
Islam
selain
menjadi
hiburan
kepada
masyarakat?
ii.
Luar biasanya sambutan masyarakat terhadap drama Nur Kasih ini benarbenar menjentik hati penulis untuk meneliti dan mengkaji dengan lebih
lanjut tentang aspek unsur-unsur Islam di dalamnya, yang mana salah satu
faktor tercetusnya fenomena Nur Kasih ini adalah kerana tema Islam yang
dibawa drama ini berjaya mencuri perhatian masyarakat. Oleh yang
demikian, penulis merasakan perlunya penulis menjalankan penyelidikan
untuk mengetahui adakah drama Nur Kasih boleh dikatakan sebagai drama
berunsur Islam dengan menepati ciri-ciri drama berunsur Islam?
iii.
Penyelidikan lebih menumpukan kepada unsur-unsur Islam maka penulis
harus meneliti dan menganalisis apakah unsur-unsur Islam yang terdapat
10
dalam drama bersiri Nur Kasih dan menelitian itu pula lebih menjurus
kepada adakah unsur-unsur Islam yang wujud di dalam drama ini
mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia?
1.4.
Objektif Kajian
Penulis telah menetapkan beberapa objektif kajian bagi memenuhi matlamat
penyelidikan ini iaitu :
i.
Mengenalpasti peranan drama bersiri bukan sebagai hiburan semata, bahkan
sebagai medium terbaik penyampaian dakwah.
ii.
Menganalisis unsur-unsur Islam yang dipaparkan dalam drama Nur Kasih.
iii.
Menjelaskan keistimewaan dan kelemahan drama Nur Kasih dari perspektif
dakwah Islam.
1.5.
Skop Kajian
Skop kajian perlu ditetapkan sebelum kajian dilakukan agar kajian tersebut tidak
terkeluar dari garis panduan dan lingkungan tajuk yang ingin dikaji. Ianya bagi
memudahkan penulis untuk menumpukan kajian terhadap skop yang ditetapkan, dan
sentiasa fokus kepada lingkungan kajian.
Ruang lingkup kajian ini adalah tentang drama bersiri Nur Kasih yang
merangkumi keseluruhan episod iaitu sebanyak 26 episod. Fokus utama penulis adalah
berkisar mengenai unsur-unsur Islam yang terdapat dalam drama bersiri Nur Kasih.
Penerapan unsur-unsur Islam yang dimuatkan dalam drama tersebut akan dikaji dan
11
dinilai untuk melihat adakah ia memaparkan skop yang menyeluruh terhadap kehidupan
manusia sejagat dalam menjadikan Islam sebagai „The Way of Life‟.
Antara aspek-aspek dalam penyelidikan ini yang ditumpukan ialah :
i. Konsep drama, definisi drama dan kaitan drama dengan Islam seperti
ciri-ciri drama Islam, drama dakwah dan sebagainya.
ii.
Unsur-Unsur Islam yang dipaparkan dalam drama bersiri tersebut serta
pembahagiannya kepada beberapa aspek penting dalam kehidupan
manusia.
iii. Penjelasan terhadap kelemahan dan keistimewaan drama tersebut supaya
perjalanan drama bersiri seperti ini terus kekal menjadi pembekal ilmu
pengetahuan khususnya ilmu Islam kepada masyarakat.
1.6.
Kepentingan Kajian
Penulis berpendapat kepentingan kajian ini menyumbang kepada beberapa
perkara iaitu:
1) Memberi galakan kepada para penggiat industri drama tanah air supaya dapat
memperbanyakkan lagi karya-karya sebegini dengan mengunakan televisyen
sebagai medium utama mereka untuk berdakwah.
2) Mengetahui kelompangan dan membantu dalam penambah-baikan kualiti drama
berunsur Islam dalam industri drama di Malaysia melalui penganalisaan
berhubung unsur-unsur Islam yang diterapkan.
3) Dapat melihat penggunaan unsur-unsur Islam dalam drama bersiri tersebut sama
ada ianya bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar dan bersesuaian dengan
peredaran zaman kini.
12
4) Menghuraikan tentang kesyumulan dan fleksibelnya Islam melalui pembahagian
unsur-unsur Islam kepada beberapa bahagian berhubung dengan skop kehidupan
manusia sejagat.
1.7.
Metodologi Kajian
Metodologi berasal dari kata dasar metode yang bermaksud melakukan sesuatu
atau sistem.13 Ia juga dinyatakan sebagai kaedah atau cara aturan membuat sesuatu.14
Dalam erti kata lain, metodologi ialah satu bentuk kaedah atau cara yang digunakan
untuk menjalankan suatu kajian atau penyelidikan. Untuk menghasilkan sesuatu,
khususnya disertasi ini, ia memerlukan kepada kaedah dan cara penulisan yang
sistematik dan tersusun. Justeru, penulis telah menggunakan metodologi yang relevan
agar terhasil sebuah kajian yang baik. Tanpa metode yang sesuai dan praktikal, sesuatu
kajian dan penelitian itu akan menghadapi pelbagai masalah yang boleh menjejaskan
ketepatan maklumat yang diperolehi. Metodologi yang menjadi pilihan penulis ialah:
i)
Pengumpulan Data
ii)
Analisis Data
Metode pengumpulan data sesuai digunakan untuk mengumpulkan maklumat
dan data-data yang berkaitan dengan subjek kajian. Manakala metode analisis data
diaplikasikan untuk menganalisis data-data penyelidikan secara sistematik dan
seterusnya bagi mencapai objektif penyelidikan yang telah digariskan.
13
14
Tenku Iskandar (2002), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 826.
Ibid.
13
1.7.1
Pengumpulan Data
Sesuai dengan penyelidikan ini yang menjurus kepada kajian terhadap unsurunsur Islam yang dimuatkan di dalam drama bersiri Nur Kasih, maka penulis memilih
dua metode yang dapat memastikan segala maklumat berkaitan dengan penyelidikan
dikumpulkan. Dalam proses ini, memerlukan kepada data-data yang relevan dan
bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.15 Maka dua metode tersebut digunakan:
i) Metode Penyelidikan Perpustakaan (Library Research)
ii) Metode Analisis Teks (Content Analysis)
i) Metode Penyelidikan Perpustakaan (Library Research)
Di dalam kajian ini, penulis menggunakan penyelidikan perpustakaan atau
library research sebagai mekanisme kedua terpenting penyelidikan disamping
penggunaan mekanisme lain.
Penyelidikan perpustakaan merupakan satu proses yang melibatkan usaha-usaha
mencari dan mengumpul data dan fakta yang berkaitan dengan masalah kajian. Ia
adalah teknik yang mana seorang pengkaji mendapatkan data, maklumat dan bukti yang
bertepatan subjek kajian melalui kajian terhadap dokumen dan rekod.16 Ia penting bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan landasan teori sebagai asas
menyempurnakan kajian ini. Bahan-bahan yang dikumpulkan berbentuk dokumentasi
yang merangkumi sumber primer dan sumber sekunder.17 Sumber primer adalah seperti
al-Quran dan kitab-kitab hadith, tafsir dan seumpamanya. Manakala sumber sekunder
seperti buku, kamus, majalah, jurnal, risalah, kertas kerja, tesis, disertasi, latihan ilmiah,
15
Mohd Shafie Abu Bakar (1991), Metodologi Penyelidikan Untuk Ekonomi Dan Bidang-Bidang Berkaitan. Bangi : Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 17.
16
Ibid., hlm. 41.
17
Neil J.Salkind (2006), Exploracing Research. New Jersey: Pearson Education International, hlm. 202 - 211.
14
manuskrip, laporan, kertas persidangan, akhbar, dokumen dan laman web. Disamping
itu juga, semua bahan-bahan tersebut terdiri daripada rujukan pelbagai bahasa iaitu
Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
Ia penting bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada bahan-bahan
yang berbentuk dokumentasi iaitu melalui buku, kamus, majalah, jurnal, risalah, kertas
kerja, tesis, disertasi, latihan ilmiah, manuskrip, laporan, kertas persidangan, akhbar,
dokumen dan apa-apa yang berkaitan dengan kajian. Disamping itu juga, bahan tersebut
merangkumi al-Quran, kitab-kitab hadith dan lain-lain lagi yang mana terdiri daripada
rujukan pelbagai bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
Penulis menggunakan metode ini bagi menentukan kesahihan maklumat yang
diperolehi dan maklumat yang berkait rapat dengan masalah kajian terutamanya dalam
mengenal pasti konsep drama berunsur Islam yang sebenar serta perbandingannya
dengan konsep drama Islam. Metode ini merupakan satu langkah bagi menyempurnakan
kajian ini. Setelah semua maklumat terkumpul, ia akan diolah, dianalisis, dibuat
perbandingan, ditentukan kesahihannya dan akhirnya akan dibuat beberapa kesimpulan.
Antara pusat sumber maklumat yang digunakan penulis dalam menjalankan
penyelidikan ini ialah:
1) Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.
2) Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universti Malaya.
3) Perpustakaan Peringatan Zaba, Universti Malaya.
4) Perpustakaan Awam Pusat Islam.
5) Perpustakaan Negara Malaysia.
6) Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
7) Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
15
Selain itu, penulis juga menggunakan sumber bahan rujukan daripada sumber
internet menerusi laman-laman web yang berkaitan untuk mencari maklumat tentang
berita-berita drama Nur Kasih.
ii) Metode Analisis teks (Content Analysis)
Merupakan salah satu daripada cabang kajian tesktual yang mana ia berasaskan
teks yang boleh dikategorikan kepada analisis teks, hermenutik, suntingan teks, alih
bahasa, perbandingan dan intertekstualiti.18 Justeru, untuk menyelaraskan metode
dengan penyelidikan yang penulis jalankan, penulis telah memilih analisis teks kerana ia
sangat bertepatan dengan klasifikasi yang penulis dasarkan dalam tajuk disertasi ini.
Analisis teks juga dikenali sebagai analisis kandungan teks yang boleh dilakukan
sama ada secara kuantitatif mahupun kualitatif. Berdasarkan teks yang ingin penulis kaji
maka penulis memilih analisis kandungan teks secara kualitatif. Dengan meneliti dan
menganalisis teks secara kualitatif ini, penulis mampu mengesan bentuk pemikiran serta
kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjelaskan atau menentukan sesuatu perkara.19
Teks yang di analisis penulis merupakan sebuah himpunan hasil penelitian
penulis terhadap dialog, watak-watak, sinematografi, tema cerita dan sebagainya yang
diperlukan dalam menghasilkan sebuah penyelidikan tentang drama. Hasil analisis teks
ini penulis hamparkan dalam bab empat dan daripada bab empat terhasilnya kesimpulan
dalam bab kelima yang juga merupakan hasil metode analisis teks ini.
18
19
Idris Awang (2009), Penyelidikan Ilmiah Amalan dalam Pengajian Islam. Selangor: Penerbit Kamil & Syakir Sdn. Bhd., hlm. 32.
Ibid., hlm. 33.
16
1.7.2. Analisis Data
Setelah segala maklumat dan data diperolehi dan terkumpul, penulis akan
memastikan terlebih dahulu keautoritian sumber semua data dan maklumat itu
diperolehi. Kemudian proses mengolah, menganalisis dan membuat kesimpulan
terhadap setiapnya dilakukan pula berdasarkan beberapa metode-metode di bawah:
i) Metode Induktif
Metode induktif ini adalah satu cara menganalisa data melalui pola berfikir yang
mencari pembuktian dari dalil-dalil yang bersifat khusus untuk mencari kesimpulan
yang bersifat umum. Penulis menggunakan metode ini dalam membuat kesimpulan
pada setiap bab terutamanya pada bab satu, dua dan tiga. Penulis juga menggunakan
kaedah ini untuk mendapatkan data menyeluruh mengenai subjek yang berkaitan
dengan tajuk penyelidikan ini.
ii) Metode Deduktif
Metode deduktif pula merupakan kaedah pembuktian yang digunakan
berdasarkan pola berfikir untuk menganalisis data dengan menghasilkan kesimpulan
dan rumusan yang khusus daripada data-data yang bersifat umum. Metode ini juga
berfungsi untuk menjelaskan sesuatu persoalan terhadap permasalahan-permasalahan
yang timbul dengan lebih terperinci. Berasaskan metode ini, penulis menganalisa,
menghurai dan membuat kesimpulan dengan lebih berhikmah berdasarkan contohcontoh dan data-data yang berbentuk umum dengan berpaksikan kepada kemampuan
akal yang ada terhadap konteks unsur-unsur Islam yang wujud dalam drama tersebut.
17
Metode ini digunakan sepenuhnya dalam bab empat dan lima supaya huraian yang
terhasil bermutu dan jelas.
iii) Metode Komparatif
Melalui
penggunaan
metode
komparatif
ini,
penulis
dapat
membuat
perbandingan antara sumber-sumber yang diperolehi bagi memastikan sumber manakah
yang lebih berautoriti dengan ketepatan dan kebenaran maklumatnya. Dengan itu,
perbandingan ini akan dinilai dengan lebih terperinci. Metode ini juga bertujuan untuk
melihat perbezaan dan kebenaran yang pasti dan kukuh. Penulis menggunakan metode
ini dalam pembahagian khusus kepada unsur-unsur Islam yang ditonjolkan dalam drama
yang terpilih ini. Ia bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas, terperinci dan
dapat membuka minda pembaca. Contohnya seperti unsur akhlak yang wujud dalam
drama ini terlalu banyak, maka penulis terpaksa menggunakan metode komparatif ini
dalam membuat perbandingan unsur manakah yang paling bertepatan dengan ukuran
pengertian akhlak yang penulis keluarkan dalam menganalisis drama ini.
1.8.
Sorotan Perpustakaan
Untuk memperkukuhkan lagi kajian ini, penulis telah menyoroti kajian-kajian
yang terdahulu serta mengenal pasti bahan-bahan yang mempunyai kaitan dengan skop
kajian penulis. Terdapat beberapa bahan-bahan yang merangkumi latihan ilmiah,
disertasi, tesis, artikel jurnal, buku, kertas kerja dan sebagainya yang membincangkan
tentang aspek-aspek tertentu berkaitan dengan apa itu drama, pengaruh dan kepentingan
drama, drama sebagai uslub dakwah dan drama-drama tempatan di TV, media
elektronik, komunikasi secara berkesan, nilai-nilai Islam dan drama sebagai medium
18
dakwah. Walau bagaimanapun, setelah penelitian dan rujukan dibuat, penulis mendapati
bahawa belum ada kajian khusus yang dijalankan dengan memfokuskan kepada unsurunsur Islam dalam drama bersiri Nur Kasih. Namun begitu, tidak dapat dinafikan
bahawa terdapat penulisan-penulisan terdahulu yang berkaitan rapat dengan
penyelidikan penulis.
Bagi memudahkan penulis membuat penyelidikan ini, penulis mengambil
inisiatif untuk membahagikan bahan-bahan kajian kepada beberapa skop kecil kajian
supaya penelitian juga mudah dilakukan.
Skop pertama ialah bidang komunikasi dan media yang mana menjadi salah satu
inti pati penting bagi permulaan kajian ini dan merupakan kronologi kepada sistematika
penulisan kajian ini terutamanya dalam bab satu. Antara bahan utama yang penulis
rujuk ialah J.L Martin; Sistem Media Massa, Mansur Ahmad Saman; Penulisan &
Media, Norbaya Normi, Habibul Izzah Ahmad & Razali Sulaiman; Wartawan dan
Cabaran, Rahman Hashim; Ilmu Komunikasi, Kaedah dan Teknik dalam Dakwah
Islamiah, Zulkiplie Abd. Ghani; Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, J. Vivan;
The Media of Mass Communication, Lenner, Daniel and Wilbur Schramm (eds.);
Communication and Change in Developing Countries, Wan Mohd Nor Wan Daud;
Pembangunan di Malaysia; Ke Arah Satu Kefahaman Baru yang Lebih Sempurna.
Mohd Nakhaie Ahmad; Ke Arah Membentuk Sebaran Am yang Bercorak Islami.
(Kertas Kerja Seminar Islam dan Sebaran Am), Zulkipli Abd. Ghani; Pendekatan
Dakwah di Era ICT : Cabaran dan Harapan. (Kertas Kerja Seminar Berdakwah
Menerusi ICT 2002). Semua bahan rujukan di atas menerangkan tentang perihal yang
berkaitan dengan komunikasi dan media, bagaimana perkembangnya, perubahan dan
keberkesanan yang dihasilkan melalui keduanya, kepentingan keduanya dalam interaksi
19
sesama manusia dan kegunaan keduanya sebagai mekanisme penyampai maklumat
yang berkesan dan mampu membentuk peribadi manusia melalui pengaruhnya.
Sementara ada sebuah disertasi yang dihasilkan oleh Zaini Husain yang berjudul Sikap
Orang Asli Terhadap Media banyak menerangkan tentang konsep komunikasi melalui
saluran media terutamanya media cetak. Beliau juga melihat kepentingan media cetak
dan media elektronik dalam menambah pengetahuan dan mengembangkan minda
sesebuah masyarakat. Disertasi ini dirujuk bagi mendapatkan maklumat dan memahami
kepentingan media massa sebagai medium terpenting menyebarkan sesuatu maklumat
atau fahaman serta keberkesanannya dalam membentuk sesebuah masyarakat.
Skop kedua yang digariskan penulis ialah seni. Penulis banyak menumpukn
pembacaan dan penelitian kepada buku Prosiding Seminar Serantau Dakwah dan Seni
yang dibuat di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian
Kesenian Kebudayaan dan Warisan. Buku prosiding ini lengkap segala maklumat yang
berkaitan seni Islam dan seni sebagai prospek dakwah. Di antara kertas kerja yang
banyak membantu penulis dalam memahami konsep seni Islam dan dakwah melalui
seni ialah Seni Membentuk Nilai Murni hasil kajian Siti Rugayah Tibek, Teorikal
Dakwah Kesenian, Sastera Muslim Menghadapi Peradaban Global oleh Fadlillah,
Keberkesanan Dakwah Melalui Hiburan Seni Muzik dan Lakon: Suatu Tinjauan
Perspektif Psikologi oleh Suhaina Mat Ludin. Dakwah Ke Arah Mengislamisasikan
Kesenian: Satu Pendekatan di Kelantan ditulis oleh Mohd Sabri Ismail, Syed
Abdurahman Syed Hussin & Salmiah Ismail. Kesenian dalam Berdakwah Ke Arah
Kecemerlangan Ummah oleh Asming @ Azmin Yusuf Yalawae, Seni Islam di Media:
Literalis vs Idealis oleh Zulkiple Abd Ghani, Kesenian dalam Islam: Suatu Sorotan
Daripada Perspektif Dakwah oleh Sulaiman Ibrahim, Dakwah dan Kesenian: Suatu
Sorotan Sejarah oleh Mohd Faizal Abdul Khir. Ini adalah antara kertas kerja yang
20
paling banyak memberi maklumat yang berkait rapat dengan kajian penulis dalam
menyelesaikan penyelidikan ini bagi bab satu, bab dua dan bab empat.
Manakala skop ketiga yang penulis gariskan ialah tentang drama dan filem.
Bahan-bahan yang penulis temui dan membuat penelitian ialah bahan-bahan yang
menceritakan tentang latar belakang dan konsep drama dan filem itu sendiri. Penulis
merujuk bahan yang mampu memberikan kefahaman yang jelas tentang konsep drama
dan filem dan jenis drama yang bagaimana boleh dikategorikan sebagai drama yang
bertemakan Islam. Melalui beberapa rujukan penulis dapat mengetahui kepentingan
drama dalam menjadi sumber utama menyebaran sesuatu ilmu kepada masyarakat serta
drama sebagai medium utama dalam berdakwah dan membentuk masyarakat lebih dekat
dengan ajaran Islam. Antara bahan yang menjadi rujukan utama penulis ialah satu tesis
hasil penyelidikan Siti Rugayah Tibek, dalam Tesis Ph.D yang bertajuk Peranan Drama
dalam Dakwah: Kajian Drama dakwah TV1 dan TV3. Penulisan ini lengkap
membincangkan tentang kedudukan drama dalam masyarakat dan Islam. Penulis tesis
ini menggarapkan drama sebagai medan dakwah dengan menghuraikan tentang
kepentingan, ciri-ciri, matlamat dan keistimewaan drama apabila dijadikan ia sebagai
uslub dakwah. Di dalam tesis ini juga terdapat beberapa contoh drama dan drama Islam
yang dikaji ringkas oleh penulisnya. Tesis ini lebih menekankan tentang peranan drama
dalam dakwah, analisis drama Islam yang ditayangkan di TV1 dan TV3 serta
penerimaan masyarakat terhadap drama berbentuk Islam. Tesis ini sangat banyak
membantu penulis dalam memahami peranan drama dalam menyampaikan mesej-mesej
Islam kepada masyarakat. Walau bagaimanapun kajian yang dibuat oleh penulis tesis ini
bukanlah terhadap drama bersiri. Kajian Tesis Ph.D, Dr Rahmah Bujang (1975) juga
membantu memberi banyak maklumat kepada penulis tentang sejarah perkembangan
drama khususnya drama bangsawan. Ia berjudul Sejarah Perkembangan Drama
21
Bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP). Walaupun tidak ada maklumat tentang drama bangsawan dimasukkan di dalam
penyelidikan ini, namun penulis dapat memahami sejarah drama dengan merujuk tesis
ini. Selain itu, penulis juga merujuk beberapa buah buku yang berkaitan dengan industri
perfileman dan rancangan televisyen di Malaysia. Antara judul buku yang diteliti ialah
Sinema dan Penontonan di Malaysia yang disunting oleh Ramli Mohamed, Bicara
Media 1 yang mana buku ini diterbitkan oleh KUIM atau kini dikenali sebagai USIM.
Selain itu buku berjudul Isu dan Cabaran Media di Malaysia terbitan USM,
menghuraikan isinya lebih menjurus ke arah kaitan dakwah dan filem. Buku ini sangat
padat isinya dengan segala maklumat yang penulis kehendaki seperti sejarah asal filem,
filem untuk pembangunan masyarakat, dakwah dalam filem dan kritikan umum
terhadap sistem tapisan filem di negara Malaysia. Penulis juga merujuk kepada artikel
dalam Jurnal Syariah (1996) yang ditulis oleh Prof. Dr Abd Aziz Mohd Zin pula
menghuraikan tentang drama yang berjudul Babak-babak dalam Drama Dakwah: Suatu
Penjelasan Ke Arah Penentuan Hukum. Falsafah dan Seni Kreatif Melayu (1986), dan
Drama Moden Malaysia Perkembangan dan Perubahan (1987), oleh Rahman Napiah
terbitan DBP. Drama Melayu Dalam Esei oleh Zakaria Ariffin yang menulis mengenai
drama Melayu, persoalan dan kritikan yang terdapat di dalamnya. Buku Edisi Khas
Sasterawan Negara Teater Fitrah dan Esei Pilihan oleh Noordin Hassan, di dalam buku
ini terhimpun pelbagai penulisan tentang seni drama dan beberapa drama pilihan. Kertas
kerja Mana Sikana dan Rahman Bujang juga turut ada di dalam buku ini. An Analysis of
Modern Malay Drama oleh Nur Nina Zuhra, Nadwah Ketaqwaan Melalui Kreativiti
oleh S. Jaafar Husin, Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 & 2 terbitan DBP juga
merupakan rujukan penulis. Selain itu, banyak juga kertas kerja persidangan yang
dibentangkan mengenai kesenian dan drama iaitu Penerapan Budaya Tinggi Melalui
Drama, oleh Abd Rahman Napiah, yang dibentangkan di Konvensyen Pendidikan
22
Bahasa Melayu ke-7, juga A. Wahab Hamzah, Penyelesaian Islam Dan Filem
Tempatan, yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pemikiran Kebudayaan dan
Islam di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, bagi skop drama, penulis paling banyak
merujuk dan meneliti buku penulisan Mana Sikana. Semua buku hasil penulisan beliau
menerangkan tentang drama daripada segala sudut. Sejarah, perkembangan, konsep
drama, komposisi drama, kritikan drama, pemikiran Islam dalam drama Melayu, jenisjenis drama, Drama Moden dan Drama Tradisional, skrip drama, proses penciptaan
drama, unsur-unsur Islam dalam drama dan sebagainya. Antara judul buku Mana Sikana
yang dirujuk penulis ialah Drama Penantian, Drama Hikmah, Esei Kritikan Drama,
Menulis Skrip Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden dan akhir sekali
buku Falsafah dan Seni Kreatif Melayu
Skop terakhir yang mempunyai kaitan dengan kajian penulis ialah dakwah.
Penulis memilih skop ini sebagai salah satu aspek penting kerana unsur-unsur Islam
yang cuba dihuraikan dalam disertasi ini merupakan sebahagian daripada cabang
dakwah. Maka untuk menghuraikan unsur-unsur Islam dalam drama, penulis harus
terlebih dahulu memahami tentang konsep dakwah. Sorotan perpustakaan bagi skop ini
banyak membantu penulis menyiapkan bab bab dua dan bab empat penyelidikan ini.
Demi memahami konsep dakwah, penulis banyak merujuk kepada buku hasil kajian
Prof. Dr Abdul Aziz Mohd Zin iaitu Pengantar Dakwah Islamiah, Dakwah Islam di
Malaysia, Metodologi Dakwah dan Psikologi Dakwah. Buku Abdullah Hassan
Berdakwah dengan Efektif dan Komunikasi untuk Pendakwah memberikan maklumat
mengenai bagaimana komunikasi boleh didominasi dengan dakwah dan strategi
berdakwah melalui saluran komunikasi yang efektif. Selain itu buku hasil terjemahan
Solehan Ayub Islam dan Dakwah oleh Abdul Karim Zaidan, Abu Urwah dengan buku
berjudul Asas-asas Kefahaman Islam, Petunjuk Berdakwah dengan Berkesan oleh Aidh
23
Abdullah al-Qarni. Buku hasil terbitan UKM yang diterbitkan hasil pengumpulan artikel
daripada seminar dan persidangan juga menarik minat penulis untuk meneliti buku-buku
tersebut memandangkan isinya yang berkait rapat dengan skop dakwah yang digariskan
ini. Antaranya Dakwah dan Pembangunan Masyarakat dan Dakwah Menjana
Masyarakat Madani. Sebuah Jurnal al-Hikmah jilid 7 yang padat dengan huraian
tentang dakwah juga penulis rujuk beberapa buah artikelnya iaitu Dakwah Kepada
Orang Asli Melalui Seni Hiburan Alternatif di Malaysia: Model Latihan Amali Dakwah
(LAD) oleh Abdul Ghafar Don & Ahmad Redzuwan, Dakwah Kepada Non-Muslim di
Malaysia: Konsep, Pendekatan dan Cabaran oleh Abdul Ghafar Don & Hailan
Salamon, Posisi Ilmu Dakwah dalam Keilmuan Lainnya oleh Salamadanis, Dakwah
Menerusi Media Kaset dan Video Cakera Padat (VCD) oleh Zulkiple Abd. Ghani dan
Dakwah Melalui Pemanfaatan Sumber Daya Alam dan Kehidupan Lingkungan oleh
Mohd Syukri Yeoh Abdullah. Dua buah jurnal yang juga menjadi rujukan penulis dalam
skop ini ialah Jurnal Islamiyat jilid 25 & 27. Antara artikel yang penulis rujuk melalui
Jurnal Islamiyat jilid 25 ialah Pendekatan Dakwah Kepada Orang Asli Suku Semai di
Kampung Sungai Ruai, Raub Pahang oleh Che Yusoff Che Mamat, Ahmad Redzuan
Mohd Yunus & Anuar Puteh dan artikel Islamic Value and Ethic in Communication
oleh Zulkiple Abd. Ghani & Mohd Safar Hasim. Manakala Jurnal Islamiyat jilid 27
penulis memilih artikel Nilai Akhlak dan Pengaruh Media Massa di Kalangan Remaja
Islam Luar Bandar oleh Abd Halim Tamuri & Zarin Ismail. Semua bahan ini telah
menjadi bahan bagi penulis melengkapkan lagi penyelidikan ini.
Di dalam proses menyediakan penyelidikan ini dengan sempurna, penulis juga
tidak ketinggalan merujuk dan meneliti penyelidikan lepas yang berupa Latihan Ilmiah
yang mempunyai subjek kajian yang sama dengan penulis iaitu drama Nur Kasih
sebagai subjek kajiannya. Setakat penelitian penulis setakat ini hanya dua kajian yang
24
baru dilakukan terhadap drama Nur Kasih ini iaitu Dakwah Maw‟izah Hasanah dalam
Drama Nur Kasih (2009) oleh Syahirah, Latihan Ilmiah Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Latihan Ilmiah ini
mengkaji tentang uslub dakwah melalui drama, sejarah drama Islam, konsep drama
Islam, mesej drama Islam, peranan drama Islam, hubungan drama dan dakwah, konsep,
ciri-ciri dan bentuk Maw‟izah Hasanah dan unsur Maw‟izah Hasanah yang terdapat
dalam drama Nur Kasih. Latihan Ilmiah yang kedua ialah Pengaruh Drama Nur Kasih
dalam Konteks Penyampaian Dakwah Pada Masyarakat Kajian Kes: Universiti
Kebangsaan Malaysia oleh Noor Hafizah Jujaji, Latihan Ilmiah Fakulti Pengajian
Islam, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2010).
Kajian ini berkenaan pengaruh unsur dakwah yang terdapat dalam drama Nur Kasih
terhadap pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis Latihan Ilmiah ini lebih
menumpukan tentang penyiaran Islam yang berkaitan dengan drama. Kandungannya
juga terdapat sejarah drama, konsep drama, konsep dakwah, dakwah dalam drama. Bagi
unsur-unsur drama, penulisnya menerangkan secara terperinci seperti watak, plot, latar
dan sebagainya. Selain itu, skop kajian utamanya iaitu unsur dakwah, unsur pengajaran,
unsur keistimewaan dan unsur pendidikan dijelaskan melalui penilaian hipotesis soal
silidik yang dijalankan oleh penulisnya. Kedua-dua kajian ini walaupun merupakan
kajian yang dilakukan untuk oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda, namun ia sangat penting
bagi penyelidikan penulis dan sangat membantu menambahkan maklumat dan
kefahaman serta mencari idea baru penulis dalam menjalankan penyelidikan dengan
lebih agresif dan inovatif
bagi menyelesaikan disertasi ini. Ini berikutan subjek
kajiannya adalah sama dan penulis perlu merujuk kedua-dua Latihan Ilmiah ini.
Secara keseluruhannya, semua bahan rujukan di atas merupakan rujukan utama
penulis dalam menyempurnakan penyelidikan ini. Bahkan masih banyak lagi rujukan
25
yang penulis baca dan teliti dalam menghasilkan sebuah kajian yang berkualiti dan
terperinci. Dan rujukan-rujukan lain yang tidak tersenarai di sini ada disertakan di
bahagian bibliografi bahagian akhir disertasi ini. Melihat kepada kajian-kajian lepas
yang berkait rapat dengan kajian penulis, maka penulis menjadikan kajian-kajian
tersebut sebagai inspirasi dalam penulis mencari idea-idea baru yang perlu dikeluarkan
oleh seorang penyelidik baru dalam penyempurnaan disertasi yang mantap.
1.9.
Sistematika Penulisan
Keseluruhan disertasi ini dibahagikan kepada lima bab yang mempunyai hubung
kait antara satu sama lain. Proses pembahagian sehingga lima bab ini dilakukan bagi
memudahkan penyelidikan dan menjelaskan dengan lebih tersusun dan terperinci
tentang isi kandungan disertasi ini. Setiap daripada bab-bab tersebut mempunyai tajuktajuk khusus yang akan membolehkan disertasi ini dilihat mempunyai kronologi kajian
yang sistematik dan mudah difahami.
Bab Pertama
Bab pertama kajian ini adalah bab pendahuluan yang menjadi akar tunjang
kepada kajian ini. Dalam erti kata yang lain, bab pertama ini merupakan bahagian yang
memberikan gambaran lengkap kepada keseluruhan masalah kajian dalam disertasi ini.
Bab ini mengandungi huraian tentang pengenalan subjek kajian, latar belakang masalah
kajian, hipotesis kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, dan
permasalahan kajian. Bagi metodologi penyelidikan pula, penulis menggunakan dua
kaedah iaitu metode pengumpulan data dan metode analisis data. Metode pengumpulan
data merangkumi penyelidikan perpustakaan dan analisis teks. Manakala metode
analisis data mengandungi metode induktif, deduktif dan komparatif. Dalam bab ini
26
juga penulis sertakan sorotan kajian lepas dan akhir sekali diselitkan sistematika
penulisan keseluruhan disertasi ini.
Bab Kedua
Bab kedua pula akan menumpukan kepada konsep drama iaitu di dalamnya
mengandungi huraian tentang konsep drama, definisi drama, definisi unsur-unsur Islam,
drama dakwah, Islam dan drama, ciri-ciri drama Islam, drama sebagai medium untuk
berdakwah kepada masyarakat, fungsi drama dalam arena dakwah, peranan drama
dalam membentuk masyarakat berilmu dan beramal dengan ajaran Islam. Dalam bab
inilah penulis menerangkan sedikit sebanyak tentang kepentingan drama yang
merupakan cabang daripada kelompok seni dalam menyampaikan dakwah. Terangkum
juga di dalam bab ini bagaimana kedudukan seni drama dalam Islam, pandangan Islam
terhadap kesenian, ciri-ciri drama berunsur Islam serta seni drama dalam
menyampaikan unsur-unsur Islam. Dalil pensyariatan dakwah yang terkandung di dalam
al-Quran dan as-Sunnah juga diketengahkan oleh penulis.
Bab Ketiga
Bab ketiga ini akan menghuraikan serba sedikit tentang drama Nur Kasih itu
sendiri. Beberapa aspek terpilih yang berkaitan dengan drama ini penulis huraikan
antaranya, sinopsis penuh, watak dan perwatakan utama, tema dan persoalan serta yang
terakhir adalah keistimewaan drama ini yang menjadi pilihan penulis untuk
menjadikannya sebagai subjek kajian dalam menyempurnakan disertasi ini.
Bab Keempat
Bab keempat merupakan intipati terpenting dan menjadi bab kemuncak kepada
permasalahan yang dikaji dalam disertasi ini. Bab ini memfokuskan kepada unsur-
27
unsur Islam yang boleh dijadikan pengajaran yang terdapat di dalam 26 episod drama
bersiri yang dipilih iaitu Nur Kasih. Seterusnya penulis juga menganalisis satu persatu
unsur-unsur Islam yang terdapat dalam drama ini bagi mendapatkan pembahagian
khusus dalam skop kehidupan manusia menurut syarak mengenai unsur-unsur Islam
yang dipaparkan. Penelitian yang dibuat berdasarkan kepada pelbagai kategori seperti
dialog, plot cerita, sinematografi, watak dan perwatakan, dan isi kandungan drama
tersebut. Perbincangan dalam bab ini juga adalah bagi mencapai objektif kajian yang
kedua dan ketiga.
Bab Kelima
Terakhir sekali ialah bab kelima yang merupakan bab penutup kepada
penyelidikan ini disamping membuat kesimpulan kepada segala perbincangan daripada
keseluruhan bab dalam penyelidikan ini. Kesimpulan yang penulis rumuskan adalah
berdasarkan kepada pengamatan dan penelitian yang telah dijalankan. Dalam bab ini
juga penulis mengemukakan kritikan-kritikan membina serta cadangan dan saranan
kepada pihak yang berkaitan dalam industri drama Malaysia khususnya para pengarah,
para penulis skrip, para penulis cerita dan para penerbit yang bakal menghasilkan lebih
banyak drama yang seumpamanya sebagai wasilah kepada memantapkan lagi mutu
drama yang diterbitkan serta perjalanan drama yang berlandaskan syariat Islam akan
tersebar luas di Malaysia bagi menjamin keberkesanan dakwah yang dibawa melalui
mekanisme seni drama.
28
BAB DUA
DRAMA SEBAGAI MEDIUM MENYAMPAIKAN UNSUR-UNSUR ISLAM
2.1.
Pendahuluan
ِ ‫ولْت ُكن ِم ْن ُكم أ َُّمةٌ ي ْدعُو َن إِلَى الْ َخي ِر ويأْمرو َن بِالْمعر‬
‫وف َويَ ْن َه ْو َن َع ِن ال ُْم ْن َك ِر‬
َ ْ
ْ ََ
ُْ َ
ُُ ََ ْ
‫ك ُى ُم ال ُْم ْف ِل ُحو َن‬
َ ِ‫َوأُولَئ‬
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan
mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.”
Surah Ali-Imran (3) : 104
Selari dengan perkembangan dunia kini yang memberangsangkan, seruan
dakwah juga perlu mengalir selari dengan arus perdana yang kian rancak meniti zaman
abad ke-21. Seruan dakwah perlu diperhebatkan dan diperluaskan menggunakan segala
teknologi yang ada dan melalui pelbagai media yang semakin canggih sebagai sumber
komunikasi utama bagi manusia untuk menyampai atau menerima sesuatu mesej, berita
dan apa sahaja maklumat. Dalam mesej itu pula mengandungi „isi-isi‟ yang ingin
disampaikan. Isi-isi inilah yang memberi nama dan bentuk kepada sesuatu mesej yang
ingin disampaikan. Ia mungkin bernama iklan, penerangan, pembujukan, nasihat,
dakwah, dan sebagainya. Daripada aspek ini, media diungkap sebagai apa sahaja bentuk
„alat‟ sama ada konkrit mahupun abstrak yang boleh dijadikan perantaraan dalam
menyampaikan sesuatu mesej.20 Media yang ingin dibincangkan disini ialah media
penyiaran atau visual bergerak dalam televisyen iaitu drama yang kini mempunyai
ungkapan baru iaitu seni skrin.21
20
21
Naim Ahmad (2006), Bicara Media 1. Negeri Sembilan: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), hlm. 1.
Ibid,, hlm. 3.
29
2.2.
Konsep Drama
Dialah aksi berseni atau lebih dikenali sebagai lakonan. Lakonan yang
dimaksudkan ialah aksi yang dicipta oleh manusia untuk berkomunikasi secara simbolik
dan aksi tersebut dilakukan dihadapan penonton. Komunikasi secara simbolik pula ialah
komunikasi melalui imej atau cerita imaginatif. Maka, drama ialah sejenis karya seni
yang menggunakan gerak, bahasa, pentas, kostum, bunyi dan cahaya. Dengan perkataan
lain drama merupakan sebuah lakonan yang dilakukan oleh pelakunya yang tertentu.
Kadang-kadang lakonan tersebut tidak memerlukan suara seperti mimos atau gerakan
seperti drama radio.22
Drama adalah perkataan barat, yang sekaligus menyatakan bahawa kegiatan
berdrama berasal dari barat. Bagaimanapun dalam kebudayaan Melayu sedia ada
budaya berdrama seperti Wayang Kulit, Makyong, Menora dan Bangsawan yang mana
semuanya dikategorikan sebagai drama atau teater tradisional. Sebelum perkataan
drama itu digunakan, teater tradisional itu dikenali dengan perkataan „main‟. Seperti
Main Wayang Kulit, Main Menora dan sebagainya. Apabila datangnya pengaruh barat,
seni lakon Melayu yang disebut „main‟ tersebut telah menerima perubahan daripada
pelbagai sudut terutamanya dari konsep penskripan, pengarahan dan teknik
pementasan.23
Drama sering dihubungkan dengan teater dan sering pula menimbulkan
kekeliruan makna. Pada dasarnya kedua-duanya adalah sinonim, cuma terdapat sedikit
perbezaan dari sudut penekanan fungsinya iaitu drama lebih menegaskan aspek skrip
22
23
Mana Sikana (2006), Drama Melayu, Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 3.
Mana Sikana (1995), Drama Melayu Moden. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlm. vii.
30
dan unsur-unsur kesusasteraan, sementara teater lebih kepada aspek teknik
pementasannya. Namun kedua-duanya berasaskan skrip.
Skrip sebenarnya ialah teras dan tunjang kepada penghasilan genre drama dan
posisi drama. Ia sama sahaja dengan genre sastera yang lain seperti novel, cerpen dan
puisi, cuma terdapat sedikit perbezaan dari segi komponen dan komposisinya. Aspek
yang membina drama ialah pemikiran atau tema, plot, watak, dialog dan latar.
Sedangkan dalam cereka yang lain mempunyai sudut pandangan. Ketiadaan sudut
pandangan di dalam drama disebabkan teknik berceritanya menggunakan dialog, dan
dialog itu pula merujuk pertuturan para wataknya. Dengan hal yang demikian, dialog
sebenarnya jantung kepada penulisan sesebuah skrip drama, selain daripada aksi dan
gerakan yang juga diistilahkan sebagai sebagai bahasa drama.24
Dengan kenyataan tersebut, menerangkan bahawa konsep drama sebenarnya
hasil karya kreatif yang istimewa berbanding dengan genre sastera yang lainnya kerana
di dalamnya mencakupi dua unsur sebati yang tidak dapat dipisahkan. Kegiatan
penulisan skrip mempunyai kaitan dengan pementasan dan penerbitannya. 25 Sebagai
hasilnya seni sastera drama mengandungi cerita, komponen dan komposisinya serta
dikategorikan sebagai karya cereka. Sebagai seni persembahan skrip yang terhasil
diterjemahkan di atas pentas, yang melibatkan kerja pengarah, pelakon, latar, kostum,
penataan cahaya, muzik dan sebagainya.26
24
Ibid., hlm. viii-ix.
Mana Sikana (1988), Menulis Skrip Drama. Selangor: Penerbit Karyawan, hlm. 20.
26
Mana Sikana (1995), op.cit., hlm. xi.
25
31
2.3.
Definisi Drama
Perkataan „drama‟ berasal daripada perkataan Yunani tua „dra‟ yang bermaksud
„gerak‟ atau sesuatu yang dilakukan. Gerak yang dimaksudkan di sini merujuk kepada
aksi yang mengandungi unsur-unsur kesenian yang dapat memberi keindahan dan
keseronokan.27
Drama juga membawa maksud sebagai gambaran hidup manusia yang dicipta
oleh pengarang melalui daya imaginasi, fantasi dan juga pengalaman hidupnya dalam
proses sosialisasinya dengan masyarakat.28
Drama sebenarnya genre sastera yang dihasilkan oleh seorang pengarang yang
disebut dramatis dalam suatu bentuk penulisan yang bertujuan untuk dipentaskan.
Dengan perkataan lain drama merupakan karya kreatif yang berbentuk skrip; berupa
satu komposisi penciptaan prosa atau puisi yang membawa pemikiran, prosa, tema dan
persoalan-persoalan dengan menggunakan dialog sebagai mekanisme penulisannya.
Unsur-unsur sejarah, pengalaman hidup sehari-hari, sikap terhadap masa hadapan dan
sebagainya menjadi bahan dramatis untuk mengolah dramanya. Dapat dirumuskan sifat
utama drama ialah pembinaan karya melalui dialog dengan gerakan dan aksi watakwataknya sebagai komposisi utamanya. Skrip yang dihasilkan itu bertujuan untuk
dipentaskan. Ini bererti penulisan skrip drama mengambil kira aspek-aspek teknikal
pementasan.29
Menurut Kamus Webster‟s New World Dictionary „drama‟ diertikan sebagai “a
literary composition that tell a story, usually of human conflict, by means of dialogue
27
Ibid., hlm. vii.
Mana Sikana (1995), op.cit., hlm. vii-viii.
29
Ibid., hlm. viii.
28
32
and action, to be performed by actors”, iaitu “suatu karangan yang mengisahkan
tentang suatu cerita yang mengandung konflik yang disajikan dalam bentuk dialog dan
lakonan dan dipersembahkan oleh para pelakon di atas pentas”.30
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula drama bererti karya yang
dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio atau televisyen. Ia juga diertikan sebagai
sandiwara, lakonan yang mengharukan, situasi dan urutan peristiwa penuh emosi, tragik
atau bergelora. 31
Menurut Wiyonto seorang penulis dari Indonesia menyatakan bahawa drama
merupakan sesuatu yang dapat didengar dan dilihat meskipun hanya sekadar gambar.
Drama televisyen pada dasarnya hampir sama dengan drama panggung hanya berbeza
apabila drama televisyen dapat ditayangkan secara langsung juga melalui rakaman
terlebih dahulu. 32
Drama, filem dan teater disinonimkan mempunyai makna yang hampir sama
walaupun pada zahirnya sama, namun ia tetap mempunyai perbezaan yang nyata antara
satu sama lain. Walau bagaimanapun, drama, filem dan teater ini dikatakan sama
maknanya kerana ketiga-tiganya memegang beberapa prinsip yang sama dalam
menghasilkan sesuatu karya seni skrin iaitu ketiga-tiganya merupakan salah satu
daripada cabang kesenian yang mana semua hasil seni wujud di dalam setiapnya. Selain
itu, ketiga-tiganya mempunyai proses pembikinan yang serupa seperti adanya penulis
skrip, pengarah, penerbit, pelakon, penonton, audio, visual, bunyi latar, emosi dan
sebagainya. Konflik dalam sebuah kisah yang dipersembahkan juga merupakan salah
satu aspek persamaan antara ketiganya dan setiap drama, teater dan filem pasti ada
Kamus Webster‟s New World Dictionary (1989), hlm. 413.
Tenku Iskandar (2002), op.cit., hlm. 315.
32
Wiyanto Asul (2002), Terampil Bermain Drama. Jakarta: PT Gramedia Widiasmara Indonesia, hlm. 10.
30
31
33
konflik yang dijadikan cerita untuk tontonan khalayak. Daya tarikan dan keseronokan
bagi sebuah drama, teater dan filem adalah bergantung kepada konflik yang dipaparkan.
Mengikut definisi-definisi yang dihuraikan, drama adalah sebuah layar lakon
yang menceritakan tentang kehidupan sebenar sesebuah masyarakat yang dilakonkan
serta mempunyai skrip atau dialog tersendiri dan dilayarkan di skrin televisyen pada
waktu dan hari tertentu. Drama mempunyai emosi tersendiri mengikut rentak cerita
yang dipaparkan sama ada berbaur kesedihan, kegembiraan, kelucuan, kemarahan dan
pelbagai emosi dimainkan dalam sesebuah drama. Drama yang baik ialah drama yang
berjaya membuatkan para penonton merasai sepenuhnya emosi yang dimainkan oleh
pelakon sehingga penonton merasakan mereka adalah sebahagian daripada cerita
tersebut.
2.4.
Drama dakwah
Seringkali drama-drama yang dikategorikan sebagai drama dakwah penuh
dengan lambang dan slogan33 yang diberikan mengikut citarasa masing-masing. Ini
merupakan satu kesilapan kerana Islam bukan tertegak atau tersebar berdasarkan
lambang atau slogan tertentu kerana Islam itu merupakan cara hidup maka konsepnya
terlalu menyeluruh namun tetap berpaksikan syariat Islam dan al-Quran serta asSunnah. Streotaip bahawa drama dakwah adalah drama yang menampilkan pelakon
yang bertudung litup atau tudung labuh bagi wanita, berpakaian jubah dan berserban
bagi lelaki dianggap sebagai simbol Islam adalah salah. Ini kerana Islam bukan hanya
menitikkan perkara kecil dan sempit, tetapi Islam itu adalah bersifat syumul dan
universal iaitu sifat Islam itu sempurna dan sesuai dengan semua masa, zaman, waktu
Dusuki Ahmad (2000), “Cabaran Dakwah dalam Memanfaatkan Industri Drama”, dalam Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim &
Ideris Endot (eds.), Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., hlm. 103.
33
34
dan manusia. Ia meliputi setiap inci kehidupan manusia termasuk pemikiran, tingkah
laku, perbualan, pemakaian dan imej-imej yang perlu diketengahkan. Islam bukanlah
sekadar agama yang perlu dianuti tetapi ia adalah sebuah jadual dan undang-undang
yang releven dalam kehidupan manusia seharian yang perlu dipatuhi tanpa
menyusahkan umatnya.
2.5.
Islam dan Drama
Drama merupakan salah satu daripada karya kreatif yang dipersembahkan.
Karya kreatif ialah salah satu cabang sastera yang mana sastera pula merupakan karya
seni. Seni itu sifatnya halus, indah, mempunyai idea dan ada pemikiran tersendiri sama
ada tersirat atau tersurat. Drama merupakan salah satu daripada wacana bagi seseorang
melontarkan idea dan pemikirannya kepada penonton berdasarkan kepada kehendak dan
kesesuaian masyarakat pada masa tersebut. Jika drama digunakan untuk kebaikan pasti
di dalamnya terdapat seribu satu macam ilmu yang dipersembahkan memandangkan
drama merupakan rakaman kehidupan manusia tanpa mengenal zaman. Ini secara tidak
langsung menjadikan drama sebagai salah satu medan terbaik dalam menyampaikan
dakwah kepada manusia. Drama yang berlatar belakangkan cara hidup budaya Melayu
dan berlandaskan agama Islam di Malaysia sudah pasti tidak lari daripada konsep
dakwah itu sendiri. Di dalamnya terkandung pelbagai kebaikan yang mana sesuai untuk
ditonton dan diteladani oleh khalayak masyarakat sama ada muslim atau bukan
muslim.34
Drama bukan hanya sekadar membawa naratif cerita tetapi mengekori
dibelakangnya adalah watak, gaya bahasa, plot, latar belakang, persoalan, pandangan
Samsiah Mohd Nor (2005), “Dakwah Menerusi Karya Kreatif,” dalam Siti Rugayah Tibek & Salasiah Hanin Hamzah (ed.)
Dakwah dan Pembangunan Masyarakat. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 117.
34
35
dan tidak terkecuali nilai dan pengajarannya. Watak-watak di dalam drama berperanan
membawa nilai dan pengajaran, dialog yang digunakan mengangkat ketinggian ilmu
pengetahuan, emosi yang dilakonkan memberi kesan kepada penonton dan semua ini
merupakan dakwah secara tidak langsung kepada para penonton. Inilah sepatutnya
peranan yang dimainkan oleh para produksi drama. Mereka bukan sahaja menjadi
penglipur lara tetapi turut memikul tanggungjawab menjana pemikiran dan membawa
renungan dalam karya drama meraka yang dihidangkan kepada masyarakat. Justeru itu,
mahu tidak mahu persoalan yang sering kali mengganggu neurosis para produksi drama
adalah memikirkan, memilih dan menentukan bahan yang ingin dipersembahkan. Ini
kerana mereka perlu mencari subjek, dimensi, jati diri, keunggulan di samping tidak
membelakangkan tanggungjawab sosial yang terpikul di bahu.35
Menurut Mana Sikana, drama ialah sebuah genre fiksyen yang dikembangkan
dari aspirasi dan inspirasi pengarang mengandungi komposisi pendramaan dan
mengaplikasikan unsur-unsur dramatik. Penerapan nilai-nilai Islam dalam drama dapat
disimpulkan sebagai mempergunakan atau memasukkan nilai-nilai atau norma atau
sistematika keIslaman dalam sebuah genre fiksyen.36 Drama Islam ialah drama yang
diterbitkan untuk menyampaikan mesej dakwah sama ada dalam berbentuk penulisan
ataupun dalam bentuk pementasan atau dirakam.
Proses menghasilkan sebuah drama Islam, jelas sekali memerlukan segala
komposisi, komponen dan mekanisme Islam. Walau bagaimanapun, drama Islam bukan
hanya berkisar tentang kisah hidup nabi, ibadat dan akidah semata-mata.37 Drama
berunsur Islam ialah karya yang cuba memasukkan atau menerapkan beberapa bahagian
35
Ibid., hlm. 117-118.
Mana Sikana (1988), op.cit., hlm. 99.
37
Ibid., hlm. 105.
36
36
atau aspek keislaman dalam sesebuah drama38 sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Misalnya, majlis akad nikah, bacaan doa makan, watak seorang ustaz dan
seumpamanya juga dianggap sebagai drama Islam.39
Pengertian drama Islam menurut Mana Sikana40 :
i.
Persoalan dan tema yang digarap adalah hal-hal yang tipikal, dominan dan
penting dalam pergolakan masyarakat Islam. Sama ada yang bersifat tradisional
atau kontemporari ia tetap merupakan budaya Islam yang menjadi teras kepada
kehidupan
orang-orang Islam.
ii.
Mempergunakan nilai-nilai Islam sebagai fokus dan motif karya.
iii.
Penyelesaian masalah secara Islam.
iv.
Memasukkan ayat-ayat suci al-Quran atau hadith nabi atau kata-kata hukama‟
pada mana-mana tempat yang sesuai. Cara memasukkannya dengan secara
langsung atau tidak secara langsung dan melihat kepada situasi serta konteks
drama.
v.
Menyelesaikan
masalah
yang
telah
dikusutkan
dengan
menggunakan
penyelesaian Islam.
2.6.
Ciri-ciri Drama Islam
Bagaimana sesebuah drama itu dapat diklasifikasikan sebagai drama dakwah
atau drama berunsur Islam? Apakah ukurannya? Tentulah ciri sebuah drama dakwah itu
tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Namun ini merupakan ciri secara umumnya. Apa
38
Ibid.
Ibid.
40
Ibid., hlm. 106.
39
37
yang ingin dibahaskan disini ialah ciri-ciri drama dakwah secara khusus supaya lebih
mudah difahami oleh khalayak tanpa khilaf.
Setakat ini masih belum ada suatu kajian khusus lagi yang menampilkan soal
ciri-ciri khusus bagi sesebuah drama berunsur Islam atau drama dakwah. Walau
bagaimanapun isu ini tetap juga dibahaskan serba sedikit dalam kajian-kajian tertentu
dan telah menghasilkan satu natijtah positif yang dapat dijadikan rujukan setelah
meneliti beberapa pendapat tokoh-tokoh terdahulu.
Memetik tesis Siti Rugayah Tibek yang bertajuk “Peranan Drama Dalam
Dakwah: Kajian Drama Dakwah TV1 dan TV3” menyebut bahawa drama dakwah
adalah drama yang disediakan dengan tujuan menyampaikan mesej dakwah.41 Menurut
beliau lagi, drama dakwah juga harus mematuhi batas-batas agama Islam malah ia
mengajak manusia kepada cara hidup bertaqwa, menekankan kebaikan amalan
bermasyarakat dan mesti berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.42 Tambah beliau lagi,
karya drama dakwah yang dihasilkan mestilah yang mampu membawa penonton
menghayati nilai-nilai dakwah yang disampaikan tanpa disedari, yang dapat
mewujudkan kesedaran dan sentuhan halus dari dalam hati. Setiap watak di dalamnya
juga memainkan peranan penting dan berupaya memberikan lebih banyak kesan baik
daripada kesan buruk. Skrip berunsurkan keagamaan dan pendekatan dakwah yang
halus tidak semestinya melalui watak orang warak tetapi ia boleh melalui sikap dan
nilai-nilai murni. 43
Menurut Mana Sikana, sebuah drama berunsurkan Islam tidak hanya terbatas
pada watak-watak yang bercakap mengenai hal-hal keagamaan tetapi membicarakan
41
Siti Rugayah Tibek (1999), op.cit., hlm. 72.
Ibid., hlm. 83.
43
Ibid., hlm. 84.
42
38
kehidupan secara umum dan terbuka, dan cara penyelesaian dalam drama itu diatasi
dengan hukum-hukum menurut pandangan Islam.44 Walau bagaimanapun Mana Sikana
telah mencirikan beberapa sifat-sifat drama yang diterima oleh Islam. Antaranya ialah:45
1. Drama yang tidak bertentangan dengan akidah, syariat dan prinsip hidup
Islam.
2. Drama yang menghargai hidup, mengajak manusia menilai diri dan
fungsinya mengarah manusia kepada kebaikan serta memancarkan sikap dan
nilai hidup Islam.
3. Drama yang harus menentang segala bentuk kezaliman dan penzaliman.
Dalam hal ini Islam meletakan yang hak pada tempatnya dan menghormati
sesama manusia.
4. Drama haruslah ditulis dengan berniat untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
dan untuk mendapat keredhaanNya.
5. Drama mestilah menggambarkan hubungan antara manusia dengan Allah
S.W.T. sebagai hubungan Ta‟abudiah dan hubungan antara manusia dengan
manusia sebagai hubungan Insaniah.
6. Drama yang perlu menggambarkan kisah manusia yang berjuang
menegakkan keadilan dan mencari kebenaran. Seperti suatu gambaran
masyarakat yang mencintai keamanan dan membenci segala bentuk anasir
yang boleh menyebabkan kepincangan masyarakat.
7. Drama yang boleh menggambarkan apa sahaja bentuk kehidupan manusia
dengan segala permasalahan dan konfliknya, tetapi haruslah diatasi dengan
pendekatan Islam. Tegasnya menyelesaikan masalah menurut kaca mata
Islam.
44
45
Mana Sikana (1996), Falsafah dan Seni Kreatif Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 229.
Mana Sikana (2006), op.cit., hlm. 147-148.
39
Dusuki Ahmad dalam penulisan artikel beliau yang bertajuk “Cabaran Dakwah
Dalam Memanfaatkan Industri Drama” menyatakan drama itu bersifat hiburan, maka
drama yang berkonsepkan dakwah seharusnya dilihat sebagai tumpuan yang
menghiburkan selaras dengan ajaran Islam dan selaras dengan persekitaran
masyarakat.46
Muhammad Walid al-Jadda menegaskan bahawa drama Islam ialah drama yang
mempertemukan syariat Islam dengan alam, kehidupan dan manusia. Pandangan ini
membawa pengertian bahawa drama yang berunsur dakwah ialah drama yang
menggambarkan pengajaran tentang syariat Islam. Drama-drama yang ditayangkan
hendaklah memberi banyak ilmu pengetahuan, tauladan, kasih sayang, dokumentari dan
apa jua paparan yang boleh memberi kebaikan kepada penonton. Ia bukannya drama
yang boleh mempengaruhi dan merosakkan moral, akhlak serta pemikiran mereka
seperti perkara-perkara maksiat dan jenayah.47
Mohd Yusof
Hussin di dalam artikelnya bertajuk “Peranan Media Massa
dalam Menyampaikan Risalah Islam” telah menerangkan bahawa media menurut
perspektif Islam hendaklah mematuhi syariat, akidah dan prinsip hidup Islam. Ia perlu
kepada seruan dan suruhan kepada yang makruf dan menegah perkara yang mungkar.
Bahkan, ia sepatutnya menyatakan sesuatu yang benar dan tidak memutar belitkan
kenyataan dan kebenaran untuk kepentingan diri sendiri atau pihak-pihak tertentu.
Beliau juga dalam artikel yang sama telah membincangkan secara langsung pandangan
yang diutarakan oleh pengkaji media massa di barat seperti Laswell, Schramm, Wright,
Lazarsfeld dan lain-lain terhadap lima peranan utama media seperti berikut:48
46
Dusuki Ahmad (2000), op.cit., hlm. 102.
Muhammad Walid al-Jadda (1989), Al-Mauqif Min Sinema Islamiyah. Kaherah: Dar al-Wafa‟ Li al-Tiba‟ah Wa Nasyr Wa
Tawzi‟, hlm. 23.
48
Zulkifli Abd. Ghani (2003), Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd., hlm. 30.
47
40
1. Pengawas kepada alam sekeliling
2. Membincang dan mencadangkan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan
dalam masyarakat.
3. Menyampaikan warisan ilmu, norma dan nilai kepada generasi baru.
4. Menafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat serta
memberi alternatif penyelesaian secara baik dan beretika
5. Menjadi watchdog (pengawas atau muhtasab) kepada kerajaan.
Hassan Abu Ghanimah juga meletakkan ciri yang sama ketika beliau
membahaskan drama Islam iaitu drama yang berasaskan kepada keimanan kepada Allah
S.W.T. Beliau mengatakan setiap yang lahir daripada drama tersebut mestilah
melambangkan Islam.49
Ahmad Mustafa menerangkan tentang ciri-ciri drama Islam iaitu drama yang
tidak bercampur aduk dengan maksiat. Apa yang dimaksudkan beliau dengan perkara
maksiat ialah perkara yang dilakonkan itu seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan, agenda minum arak, pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya tidak boleh
menjadi kenyataan, ianya haruslah hanya lakonan semata-mata. Selain itu, beliau
menegaskan lagi bahawa drama dakwah mestilah menjelaskan keburukan itu dilarang
oleh Islam serta menunjukkan balasan kepada keburukan yang dilakukan tersebut.50
Menurut Abdul Aziz Mohd Zin, drama Islam seharusnya dihasilkan untuk
memberi gambaran kepada manusia tentang kehidupan mereka, masalah serta konflik
yang dihadapi oleh mereka. Segala permasalahan yang timbul kemudiannya akan
49
50
Hassan Abu Ghanimah (1976), Al-Sinema Zawahir Dilalah. Jordan: Maktabah al-Hadithah, hlm. 56.
Ahmad Mustafa „Ali al-Qada‟ (1986), Al-Syariah al-Islamiyah Wa al-Funun. Beirut: Dar al-Jayl, hlm. 382.
41
diselesaikan mengikut kaedah Islam. Sekiranya dipaparkan adegan atau babak yang
berkaitan dengan keburukan hendaklah ditonjolkan balasan buruk yang diterima.51
Muhammad Qutb menjelaskan kesopanan merupakan antara ciri uslub qissah
dalam al-Quran iaitu dengan menggunakan kalimah yang baik dan tidak meruntun nafsu
yang jahat. Penjelasan beliau ini juga boleh dijadikan sebagai hujah kepada ciri-ciri
drama dakwah kerana ciri-ciri yang ditetapkan untuk drama dakwah adalah diambil
contoh daripada ciri-ciri drama yang terdapat dalam al-Quran yang semestinya
merupakan drama Islam yang tulen.52
Melihat kepada huraian dan pendapat-pendapat di atas, dapatlah penulis
rumuskan di sini beberapa ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap drama berunsur Islam
yang memegang prinsip dakwah dalam membawa haluan manusia kepada yang lebih
baik. Antara ciri-cirinya ialah :
1. Tujuan utama karya drama tersebut mestilah untuk menyampaikan mesej
dakwah kepada masyarakat.
2. Harus mematuhi syariat, akidah dan prinsip hidup Islam dan berlandaskan
al-Quran dan as-Sunnah.
3. Mengajak manusia kepada cara hidup Islam, iaitu menjadikan “ Islam Is The
Way Of Life.”
4. Mampu memberi kesedaran dan pengajaran kepada penonton.
5. Memberikan lebih banyak kesan baik daripada kesan buruk.
6. Menerapkan sikap dan nilai-nilai murni.
7. Penggunaan bahasa dan perkataan yang sopan dan baik dalam dialog.
51
52
Abdul Aziz Mohd Zin (1996), Dakwah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 268.
Muhammad Qutb (1983), Manhaj al-Fan al-Islami, Kaherah: Dar al- Syuruq, hlm. 161.
42
8. Tidak terbatas mengenai hal-hal keagamaan sahaja tetapi membicarakan
kehidupan secara umum dan terbuka supaya dapat memperlihatkan
kesyumulan Islam dan sifat universalnya.
9. Memberi alternatif dan cara penyelesaian terhadap sesuatu masalah diatasi
dengan hukum-hukum dan kaedah menurut pandangan Islam.
10. Mempunyai input yang banyak tentang ilmu pengetahuan dari segala sudut
kehidupan seperti hidup bermasyarakat, hubungan manusia dengan Allah
S.W.T., amanah, dan sebagainya.
11. Menonjolkan sifat mahmudah dalam watak-watak serta penerapan perlunya
menjauhi sifat mazmumah
12. Amar makruf nahi mungkar.
13. Menegakkan
kebenaran
dan
keadilan
serta
menentang
kezaliman,
ketidakadilan dan penindasan.
14. Tiada babak percampuran maksiat dan perkara yang boleh merosak akhlak,
akidah atau akal penonton.
15. Menjelaskan setiap keburukan itu dilarang oleh Islam serta menunjukkan
balasan kepada keburukan yang dilakukan tersebut.
2.7.
Definisi Unsur-unsur Islam Dalam Drama
Dalam mencari titik pengertian unsur-unsur Islam dalam drama ia memerlukan
kepada tiga asas utama yang menjadi sandaran iaitu pengertian dan konsep Islam itu
sendiri, keduanya ialah pengertian dan konsep unsur dan ketiganya pula ialah pengertian
dan konsep drama dalam perspektif Islam.
43
Islam ialah agama yang satu yang diperakui oleh Allah S.W.T. seperti dalam
firmanNya :
ِ
ِْ ‫ِّين ِع ْن َد اللَّ ِو‬
‫اْل ْس ََل ُم‬
َ ‫إ َّن الد‬
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai)
di sisi Allah ialah Islam.”
Surah Ali-Imran (3) : 19
Islam terbentuk daripada kata dasar sin- lam-mim - salam. Daripada kata salam
terbitlah perkataan Islam yang bererti selamat, sihat, sejahtera, aman, tenteram, damai,
menyerah, tunduk, patuh, taat dan bersih daripada sesuatu. Menurut Abdul Karim
Zaidan, Islam ditakrifkan berdasarkan pelbagai definisi. Antaranya ialah: Definisi
pertama; Pengertian Islam sebagaimana yang disebut dalam hadith berikut “(Jibril
berkata) Beritahulah saya tentang Islam? Jawab Baginda s.a.w. Islam itu ialah kamu
bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad
s.a.w. itu adalah utusan Allah- selawat dan salam keatasnya, kamu mendirikan solat,
kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa di bulan Ramadhan dan kamu menunaikan
haji jika berkemampuan.”53
Definisi kedua; Islam ialah ketundukan, penyerahan diri dan kepatuhan kepada
Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam. Ketundukan ini perlu berlaku dengan penuh
kesedaran dan kerelaan bukan terpaksa. Tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T.
merupakan fitrah semulajadi yang wujud dalam setiap makhluk ciptaanNya tanpa boleh
menafi atau menidakkannya. Semua makhluk hidup dengan sunnatullah secara terpaksa
kerana itu ketentuanNya. Berlainan dengan dengan ketundukan kepada Allah S.W.T.
dengan penuh kesedaran kerana ia perlu dibuktikan dengan menuruti segala perintah
53
Abdul Karim Zaidan (2002), Usul al-Dakwah, Solehan Ayub (terj.). Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., hlm. 11.
44
dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan inilah landasan hakikat dalam
Islam.54
Definisi ketiga; Islam ialah suatu sistem dan peraturan yang menyeluruh dan
lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia (The Way Of Life) dan
merupakan dasar kepasa sistem akhlak yang mulia yang dibawa Nabi s.a.w. untuk
disampaikan kepada seluruh umat manusia.55
Definisi keempat; Islam ialah sejumlah peraturan yang diturunkan oleh Allah
S.W.T. ke atas RasulNya Muhammad s.a.w. supaya disampaikan kepada manusia
berkaitan akidah, ibadah, akhlak, muamalat dan segala perkhabaran yang terkandung di
dalam al-Quran dan as-Sunnah.56
Definisi kelima; Islam ialah jawapan kepada persoalan yang tidak kunjung pergi
dan sentiasa berlegar dalam diri manusia iaitu dari mana kita datang/bagaimana manusia
dicipta? Apakah tujuan kita datang/apakah hakikat kehidupan manusia? Kemanakah
kita akan kembali/bagaimana nasib manusia sesudah mati? Kesemua persoalan ini
sudah terjawab di dalam al-Quran dan hadith.57
Definisi keenam; Islam ialah ruh sebenar kepeada manusia, cahaya petunjuk
dalam menjalani kehidupan, penawar bagi segala penyakit, penyelesaian kepada semua
masalah dan jalan yang lurus yang harus dikuti. Tidak akan sesat sesiapa yang berjalan
diatasnya. Segalanya telah tercatat di dalam al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.w.58
54
Ibid.
Ibid., hlm. 13.
56
Ibid.
57
Ibid., hlm. 14.
58
Ibid., hlm. 17.
55
45
Bagi maksud unsur pula, menurut Kamus Dewan, unsur bermaksud bahagian,
bahan, zat asal, anasir, bersifat, mengandungi dan berasaskan tentang sesuatu yang
berkaitan atau sesuatu yang dimaksudkan.59 Unsur mempunyai maksud yang lebih
umum yang mana di dalamnya mengandungi perkara seperti konsep, nilai, norma, etika
dan prinsip mengenai apa yang dianggap baik atau hendak menuju kepada kebaikan.60
Justeru itu, unsur-unsur Islam memberikan definisi bahawa apa sahaja bahagian, bahan,
zat asal, anasir, sifat, prinsip yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia
seperti akidah, syariah, ibadah, akhlak, muamalat dan sebagainya haruslah berasaskan
Islam sebagaimana yang disebutkan dalam enam definisi Islam di atas, maka segala
unsur tersebut perlu berkaitan secara langsung dengan Islam kerana cabang ceruk
kehidupan manusia terdapat dalam Islam.
Drama menurut perspektif Islam pula seperti yang sudah dibentangkan dengan
panjang lebar sebelum ini dapat disimpulkan bahawa segala dimensi yang berkaitan
dengan drama seperti plot, babak, dialog, watak, pelakon, audio, latar tempat dan
sebagainya harus disandarkan kepada Islam yang sebenar dan perlu mengandungi serta
merangsang kepada mesej-mesej berikut:
1. Ke arah pengabdian diri kepada Allah dengan akidah dan tauhid yang kukuh
2. Membawa kepada tunduk dan patuh kepada semua perintah Allah dalam
sedar
3. Membimbing ke jalan yang diredhai Allah iaitu jalan yang lurus
4. Menekankan kepada pengamalan cara hidup Islam
5. Menerapkan nilai-nilai Islam dan nilai murni sejagat
6. Mengimbangi kehidupan duniawi dan ukhrawi dalam keredhaan Ilahi
59
Tenku Iskandar (2002), op.cit., hlm. 1524.
Nanang Setia Budi (2005), “Nilai-Nilai Islam Dalam Sinetron Rahasia Ilahi 3 Karya Didi Ardiansyah.” (Disertasi Sarjana Fakulti
Bahasa Dan Seni, Universitas Negeri Semarang, Indonesia), hlm. 14.
60
46
7. Ingat-mengingatkan ke arah kebaikan dan ke arah tempat kembali iaitu
akhirat
8. Pemangkin kepada keselamatan dan kesejahteraan umah dan seluruh alam
9. Berpandu kepada al-Quran dan as-Sunnah61
Oleh yang demikian, unsur-unsur Islam dalam drama membawa pengertian
suatu usaha atau proses mensebatikan drama yang merupakan salah satu daripada media
yang memberi pengaruh besar kepada masyarakat dengan sesuatu nilai yang baik,
positif, berkualiti dan bermutu berpandukan syariat Islam dan berteraskan al-Quran dan
as-Sunnah dalam semua aspek yang ada dalam drama iaitu skrip, watak, plot, latar dan
sebagainya.62
2.8.
Drama Sebagai Medium Berdakwah Kepada Masyarakat
Islam tersebar luas kepada manusia atas usaha dakwah yang dilaksanakan
melalui pelbagai wasilah media yang ada pada masa kini. Salah satu daripada wasilah
media dakwah yang penting ialah drama. Drama berunsur Islam kini dilihat semakin
mendapat tempat dalam lapangan masyarakat yang semakin celik ilmu. Anggapan
bahawa drama berunsur Islam tidak akan mendapat sambutan sama sekali meleset
apabila kini siaran drama di televisyen masing-masing berusaha menayangkan drama
yang mempunyai elemen Islam yang semakin diminati masyarakat. Apatah lagi
semenjak kewujudan saluran Oasis dalam Stesen Televisyen Astro dan Stesen
Televisyen Al-Hijrah. Penangan drama Islam kini benar-benar sangat memberi
pengaruh besar kepada pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Tidak dinafikan selain
61
Naim Ahmad (2011), Filem Islam Satu Pembicaraan. Selangor: Uni-N Production Sdn. Bhd., hlm. 4.
Menurut Naim Ahmad, drama berunsur Islam merujuk kepada drama yang antara paparannya mengandungi beberapa unsur yang
selaras dengan tuntutan Islam. Namun, tidak semestinya keseluruhan drama tersebut „Islamik‟. Mungkin daripada aspek naratif,
dramatik, sinematografi, semiotik, aplikasi, teknikal dan kontektualnya. Naim Ahmad berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk
Drama/Filem Berunsur Islam pada Bengkel Fiqh Penyiaran di ILIM, Bangi, Selangor anjuran bersama JAKIM, TV Al-Hijrah dan
FDAM yang di adakan pada 21 Jun 2010. (Lihat Dalam Utusan Online, http://www.utusanonline.com.my, 22 Jun 2010)
62
47
pembacaan, melihat dan mendengar juga sangat penting dalam menjadi salah satu cara
untuk manusia mempelajari dan mengetahui tentang sesuatu perkara.
Drama
lebih bersifat fleksibel dalam usaha menyampaikan mesej Islam
berbanding rancangan lain seperti berita, dokumentasi, rancangan realiti dan sebagainya
kerana drama sesuai dengan semua golongan masyarakat. Ia diminati dan ditontoni oleh
segenap lapisan masyarakat malah, drama ditayangkan pada setiap masa kerana ia
merupakan rancangan yang paling dominan dalam televisyen.
Sifat drama yang menggunakan unsur audio dan visual sekaligus memberikan
kesan kepada penerimanya. Pengaruh drama telah diakui sejak zaman dahulu hingga
kini. Kamal al-Din Hussin menyatakan bahawa drama mempunyai kaitan yang kuat
dengan masalah masyarakat kerana ia adalah impak daripada kehidupan sebenar. Oleh
itu ia mampu mengubah pandangan masyarakat.63 Fawzi Fahmi menjelaskan juga
bahawa drama boleh mempengaruhi kerana penulis drama melahirkan hasil pemikiran
mereka daripada pengalaman hidup sebenar.64
Drama sesuai dijadikan sebagai medium utama penyebaran dakwah ialah kerana
sasaran dakwah bukan terdiri daripada satu golongan sahaja bahkan banyak golongan
yang perlu diberi perhatian dalam menyampaikan nilai Islam ini. Maka dengan itu
perlulah juga kepada kepelbagaian wasilah dalam menyampaikannya. Justeru itu, untuk
memperluaskan sasaran dakwah, drama dilihat dapat menarik ramai sasaran daripada
pelbagai golongan masyarakat terutamanya golongan yang enggan atau tidak suka
dengan cara dakwah yang meluas digunakan seperti khutbah, ceramah, wacana ilmiah,
program-program motivasi dan sebagainya. Jika penggunaan drama digunakan dengan
Kamal al-Din Husayn (1992), Al-Masrah Wa al-Taghayyur al-Ijtima‟i Fi Masr. Kaherah: Dar al-Massriyah al-Lubnaniyah, hlm.
15.
64
Fawzi Fahmi (1981), Muhadarat Fi Sosiolojiyah al-Masrah. Kaherah: Al-Ma‟had al-„Ali Li al-Naqd al-Fanni, hlm. 10.
63
48
cara yang bijaksana dan berhikmah, secara langsung atau tidak langsung dakwah pasti
dapat disampaikan dengan disedari masyarakat ataupun tanpa disedari mereka.
Konsep masyarakat majmuk yang wujud dalam negara Malaysia merupakan
salah satu daripada kelebihan umat Islam dalam menyampaikan dakwah. Ini kerana
setiap warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa atau suku kaum dia berasal, pasti
dia memahami dan boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan negara iaitu Bahasa
Melayu. Maka dengan ini peluang bagi golongan karyawan dalam meluaskan jajahan
dakwah mereka lebih terbuka besar. Drama bukan sahaja dapat digunakan untuk
berdakwah kepada umat Islam bahkan juga secara tidak langsung mampu sampai
kepada golongan bukan Islam yang menonton drama Melayu yang ada diterapkan unsur
Islam di dalamnya.
Oleh yang demikian drama sangat penting dalam menjadi salah satu daripada
mekanisme dalam menyebarkan Islam kepada masyarakat. Memandangkan setiap umat
Islam harus melaksanakan dakwah, maka para penggerak seni drama juga harus lebih
giat dalam memperbanyakkan drama berunsur Islam. Selain mendapat keuntungan
daripada pembikinan drama, para produksi drama juga boleh merebut peluang dalam
mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. hasil daripada usaha dakwah yang
lakukan.
2.9.
Kepentingan Drama dalam Menyebarkan Unsur Islam
Walaupun dakwah itu secara tradisinya membawa erti menyeru dan mengajak
tetapi ia juga meliputi aspek penerangan, pendidikan, alternatif dan propaganda. Sudah
49
tentu pengertian yang luas ini memerlukan media yang pelbagai sebagai pemangkin
kepada kejayaan dakwah yang optimum. 65
Penggunaan media telah menjadi satu daripada cara yang boleh mendatangkan
banyak faedah dan membantu dalam penyampaian maklumat pada era ini. Jika media
seperti drama di gunakan untuk mengajak manusia kepada Allah S.W.T. dan
mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w., maka ini adalah sesuatu yang amat berfaedah
kepada umat Islam khususnya. Cara ini akan memberi peluang kepada orang bukan
Islam untuk mengenali Islam dan membuka hati umat Islam untuk lebih memahami
Islam secara mendalam. Menjadi tugas manusia yang di amanahkan menyebarkan Islam
untuk menguasai pelbagai cara media masa kini supaya tidak ketinggalan dalam
perkembangan teknologi maklumat dalam menyampaikan mesej kebenaran. Mesej
kebenaran itu perlu disampaikan menerusi apa sahaja bentuk media yang terdapat pada
masa kini dan perlu diperluaskan dalam pelbagai bahasa masyarakat dunia. Semua
media perlu digunakan mengikut kemampuan kita dan kemudahan yang ada.
Penyampaian maklumat yang berkesan perlu menepati kemajuan teknologi media
semasa, sesuai dengan zaman semasa serta perlu disalurkan dengan cara yang paling
berhikmah. 66
ِ ‫ْح ْكم ِة والْمو ِعظَ ِة الْحسنَ ِة وج‬
ِ َ ِّ‫يل رب‬
ِ
‫ادل ُْه ْم بِالَّتِي‬
ََ َ َ
ْ َ َ َ ‫ك بِال‬
َ ِ ‫ا ْدعُ إِلَى َسب‬
ِ
‫ض َّل َع ْن َسبِ ِيل ِو َو ُى َو أَ ْعلَ ُم بِال ُْم ْهتَ ِدين‬
َ َّ‫س ُن إِ َّن َرب‬
َ ‫ك ُى َو أَ ْعلَ ُم بِ َم ْن‬
ْ ‫ى َي أ‬
َ ‫َح‬
Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang
baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan
itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangorang yang mendapat hidayah pertunjuk”.
Surah al-Nahl (16) : 125
65
Dusuki Ahmad (2000), op.cit., hlm. 96.
Noor Shakirah Mat Akhir (2006), “Dakwah dan Cabaran Teknologi Maklumat”, dalam Mohamad Md. Yusoff et al. (eds.), Isu
dan Cabaran Media di Malaysia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 2.
66
50
Drama merupakan salah satu daripada media terpenting yang dapat
mengabdikan pelbagai warna kehidupan masa lampau, sekarang dan akan datang
melalui rakaman penceritaan kisah sebenar kehidupan manusia ataupun kisah rekaan
semata-mata yang juga berkaitan dengan kehidupan manusia. Apatah lagi sekiranya
drama yang diabadikan itu mempunyai unsur-unsur Islam. Sememangnya drama
bercorak Islam mendapat pengiktirafan yang tinggi di sisi Allah S.W.T. dan juga dalam
kalangan manusia. Ini memandangkan drama adalah salah satu aspek yang dapat
mencernakan wahana dakwah secara berkesan kepada masyarakat. Ini dapat dibuktikan
kepada kita sebagaimana al-Quran yang menggunakan uslub penceritaan yang sama
seperti drama yang tiada tolok banding kejayaan cemerlangannya dalam membawa arus
kehidupan manusia ke arah jalan yang diredhaiNya. Kekuatan dakwah melalui drama
memang tidak dapat dinafikan dalam mengembangkan dan membuat fenomena
reformasi terhadap sesuatu tamadun apatah lagi dalam tamadun Islam.
Drama menjadi sangat penting dalam mengembangkan ajaran Islamiah bahkan
ianya merupakan satu wasilah yang digunakan untuk menyebarkan pelbagai corak
dakwah kepada masyarakat melalui susunan ceritanya, nilai-nilai baik yang ada di
dalamnya, unsur pengajaran, pembalasan, dialog, imej-imej, latar belakang, mesej dan
watak-watak yang berperanan. Namun begitu metodologi dakwah juga tidak dapat
diketepikan memandangkan ianya merupakan unsur yang sangat penting dalam
menentukan keberkesanan terhadap dakwah yang disampaikan. Oleh itu drama yang
terbaik ialah sebuah drama yang perlu dikombinasikan dengan uslub dakwah agar
sesuai dengan golongan sasaran dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang
sewajarnya.
51
Drama penulis melihat mampu menjadi uslub terbaik penyampaian dakwah
kepada sasaran tanpa dapat menjangkau golongan sasarannya apabila ia digunakan
secara berhikmah. Dakwah bererti menyeru kepada kebaikan, maka dakwah itu
bukanlah skopnya hanya menerangkan perihal solat, puasa, dalil al-Quran atau alHadith, tetapi apa sahaja nilai baik yang dibawa oleh drama merupakan dakwah. Lebih
realistik lagi drama dalam membawa mesej dakwah ialah apabila apa sahaja watak yang
dimainkan dalam drama juga mampu menyampaikan unsur-unsur Islam. Contohnya
seperti watak pemandu teksi, penyapu sampah bahkan watak GRO juga boleh diberi
peranan dakwah melalui arahan, tindakan dan mesej tertentu. Walaupun ia kelihatan
janggal atau luar biasa, namun ini merupakan salah satu keistimewaan drama dalam
menyampaikan sesuatu mesej yang hendak diketengahkan oleh produksi drama.
Penonton-penonton akan mendapat pelajaran dan pendidikan secara tidak langsung
daripada watak-watak tersebut disamping mendapat hiburan. Hal ini sudah tentu sangat
berkesan dalam usaha menjana pembangunan integriti masyarakat.67
Drama terhasil akibat didorong oleh faktor-faktor tertentu seperti menyebarkan
maklumat, menghibur, mendidik dan sebagainya. Namun bagi drama yang membawa
unsur dakwah, faktor-faktornya mestilah jauh lebih besar daripada semua itu. Dalam
drama dakwah seharusnya dipastikan hasil karya tersebut berlandaskan fakta yang benar
dan tepat, sah, berautoriti dan membawa manfaat yang besar kepada masyarakat
khususnya untuk kepentingan Islam. Selain itu harus juga dilihat kepada kesan drama
tersebut kepada masyarakat. Adakah ia membawa suatu bentuk perubahan yang akan
membawa kepada satu gerakan perubahan pemikiran dan mentaliti masyarakat atau
sebaliknya. Sekiranya drama itu membawa kesan yang positif, setakat mana
keberkesannya terhadap masyarakat perlu juga diteliti. Oleh yang demikian, dapatlah
dilihat bahawa drama dakwah bukan suatu karya yang boleh dilakukan dengan separuh
67
Dusuki Ahmad (2000), op.cit., hlm. 103.
52
hati, secara tidak bersungguh-sungguh atau untuk tujuan hiburan semata-mata kerana ia
membawa imej Islam kepada masyarakat.
Selain itu, drama dalam Islam juga mempunyai fungsi dan matlamat yang
menjangkaui ruang lingkup khalayak dengan lebih mendalam kerana ia bukan sahaja
menjadi hiburan untuk orang ramai tetapi memainkan peranan memulihkan dan
memperkembangkan ketamadunan masyarakat berlandaskan haluan agama Islam.
2.10.
Fungsi Drama dalam Arena Dakwah
Dakwah secara asasnya bermaksud menyeru, memanggil atau mengajak manusia
kepada jalan Allah S.W.T.68 dalam sebuah firman Allah S.W.T. berbunyi:
ِ ‫ولْت ُكن ِم ْن ُكم أ َُّمةٌ ي ْدعُو َن إِلَى الْ َخي ِر ويأْمرو َن بِالْمعر‬
‫وف َويَ ْن َه ْو َن َع ِن‬
َ ْ
ْ ََ
ُْ َ
ُُ ََ ْ
‫ك ُى ُم ال ُْم ْفلِ ُحو َن‬
َ ِ‫ال ُْم ْن َك ِر َوأُولَئ‬
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan
mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya.”
Surah Ali-Imran (3) : 104
Antara pengertian dakwah yang lain ialah usaha mengajak manusia dengan cara
bijaksana kepada jalan yang benar dan sesuai dengan perintah Allah S.W.T. untuk
kemaslahatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.69 Dengan kata lain, dakwah ialah
suatu usaha menyampai, mengajak dan menyeru manusia kepada mengenali Islam,
menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan
68
Ghazali Darusalam (1996), Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm.
6.
69
Ibid., hlm. 7.
53
tertentu.70 Sasarannya adalah menyeluruh sama ada umat Islam sendiri dan juga bukan
Islam. Matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup
sebagai manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak dengan memberi makna
kesempurnaan kehidupan kepada manusia agar mereka dapat menghayati peraturan dan
nilai-nilai hidup yang luhur yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dengan menjadi
hamba Allah S.W.T. yang mulia dan menjadi khalifah hebat di muka bumi ini. Caranya
pula ialah dengan bijaksana, hikmah dan nasihat yang baik dengan menggunakan
kepelbagaian kaedah, cara, saluran, wasilah, metode dan mekanisma yang ada pada
masa kini disamping penggunaan idea kreatif, kritis dan inovatif daripada pelbagai
pihak. Tanggungjawab berdakwah pula menjadi tugas utama setiap umat Islam yang
dikenali sebagai muslim tanpa mengira masa, tempat, waktu dan dalam apa jua keadaan
mereka berada. Semua umat Islam daripada pelbagai golongan wajib melaksanakan
perintah Allah S.W.T. dalam menjalankan tugas berdakwah. Ulama berdakwah dengan
ilmunya, ahli politik berdakwah dengan kuasanya, pegawai-pegawai jabatan berdakwah
dengan bidang dan peranan masing-masing, guru berdakwah melalui proses
pembelajarannya malah karyawan dan seniman juga tidak terlepas daripada tugas ini
iaitu mereka perlu berdakwah melalui hasil karya seni mereka.
Inilah konsep perlaksaan dakwah yang sebenarnya iaitu suatu konsep yang
bersepadu yang bertujuan untuk meramaikan bilangan umat yang berkualiti (khairummah) iaitu bilangan yang ramai tunduk kepada Allah S.W.T. sepenuh hati dan
seluruh tindakan hanya padaNya dan mempunyai daya juang dan daya saing yang tinggi
dalam menghadapi arus gelombang kehidupan di dunia ini, seterusnya menjadi ikutan
dan contoh utama dalam semua bidang lapangan yang ada di dunia ini terutamanya
ekonomi, politik, sosial, akhlak dan sebagainya. 71
70
71
Noor Shakirah Mat Akhir (2006), op.cit., hlm. 1.
Dusuki ahmad (2000), op.cit., hlm. 96.
54
Drama dalam media dakwah dianggap sebagai satu penggerak dalam proses
pembangunan masyarakat melalui maklumat-maklumat yang bersesuaian untuk
membina, memupuk, dan menyuburkan nilai-nilai murni insan dalam masyarakat.72
Allah S.W.T. telah menjelaskan dalam al-Quran mengenai tanggungjawab manusia
terhadap dakwah yang perlu disampaikan kepada seluruh umat manusia. Orang Islam
khususnya bertanggungjawab meninggikan martabat agama Islam di bumi ini sehingga
sampai ke tahap yang selayaknya.73 Cara bagaimana menyampaikan seruan Islam itu
terpulang
kepada
individu
atau
kumpulan
yang
menyampaikannya.
Walau
bagaimanapun mestilah mengikut uslub-uslub yang telah digariskan dalam Islam supaya
keberkesanan dakwah itu terjamin.
Antara salah satu metode dalam melaksanakan misi dakwah ialah melalui
drama. Penggunaan drama dalam konteks dakwah adalah sebahagian daripada usaha
menyeru manusia supaya mengikut ajaran Islam dan menghayatinya daripada segala
aspek dalam kehidupan seharian. Drama kini telah menjadi salah satu daripada
mekanisme terpenting dalam menyampaikan unsur-unsur Islam kepada manusia. Ini
berikutan fungsi drama itu sendiri terlalu banyak membawa kepentingan kepada
manusia, hanya manusia yang lambat menyedari kepelbagaian fungsi drama dalam
kehidupan manusia. Namun apa yang hendak dibicarakan di sini ialah bagaimana drama
berfungsi dalam arena dakwah kepada lapangan masyarakat. Fungsi drama dalam
kepompong dakwah dapat dijelaskan sebagaimana berikut:
i.
Memberi dan menghebahkan maklumat yang bermanfaat.
ii.
Mempengaruhi.
iii.
Hiburan dan lawak yang bermatlamat.
iv.
Penasihat yang baik.
72
Rahman Hashim (1998), Ilmu Komunikasi, Kaedah dan Teknik dalam Dakwah Islamiah. Bangi: Universiti Kebangsaaan
Malaysia, hlm. 141.
73
Abd. Aziz Mohd Zin (1991), Syahadah Ibadah Asabiah Dakwah. Petaling Jaya: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd., hlm.116.
55
v.
Teguran.
vi.
Qudwah hasanah atau contoh tauladan yang baik.
vii.
Taqarrub ilallah.
viii.
Hablum minannas.
ix.
Amar makruf nahi mungkar.
x.
Menyebarkan asas-asas ilmu Islam.
xi.
Mengkomersialkan penggunaan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith dalam
kehidupan.
xii.
Memberi kefahaman yang sebenar tentang Islam.
xiii.
Perkenalkan tokoh-tokoh dan individu dalam peradaban Islam.
Fungsi drama yang dipaparkan di atas adalah berdasarkan analisis yang di buat
ke atas drama Nur Kasih. Walau bagaimanapun, huraian fungsi ini akan dijelaskan
dengan lebih lanjut dan disertakan sekali dengan contoh dalam bab empat.
Media komunikasi melalui televisyen khususnya drama yang ditekankan di sini
memainkan peranan yang sangat besar dalam dakwah Islamiah. Hasil perkembangan
drama yang mempunyai elemen Islam yang semakin pesat kini perlu diambil peluang
oleh semua pihak menggunakan drama dalam usaha membentuk masyarakat yang
mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka sekaligus
menarik orang bukan Islam untuk mengenali Islam secara tidak langsung.
2.11.
Peranan Drama dalam Membentuk Masyarakat Berilmu dan Beramal
dengan Ajaran Islam
Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan sebaik-baik kejadian dan
dikurniakan akal fikiran yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Dengan
56
kesempurnaan yang Allah S.W.T. kurniakan kepada manusia ini, kita telah diberi
tanggungjawab dan amanah oleh Allah S.W.T. sebagai khalifah untuk mentadbir muka
bumi ini. Oleh yang demikian, sewajarnyalah manusia bertindak untuk meninggikan
martabat Islam di bumi Allah S.W.T. ini dan meningkatkan nilai-nilai keimanan dan
ketaqwaaan kepada penganutnya.
Kefahaman yang jelas kepada Islam perlu diperluaskan kepada seluruh
masyarakat terutamanya umat Islam sendiri yang masih lemah akar keimanannya.
Kemurniaan Islam tidak akan tertegak dengan laungan semata-mata, tetapi ia perlu
kepada strategi yang sistematik dan berkesan dalam membentuk sesebuah masyarakat
Islam yang unggul dan mampu memperjuangkan dan meletakkan Islam pada kedudukan
yang termulia.
Kefahaman yang sebenar terhadap Islam sangat penting kerana ia akan
membentuk keyakinan terhadap keunggulan Islam bahawa ia satu-satunya sistem yang
mempunyai keistimewaan yang datangnya daripada Allah S.W.T. dan mampu memberi
penyelesaian terhadap permasalahan umat serta memajukan tamadun dunia kini.
Kefahaman terhadap konsep asas Islam seperti akidah, syariah dan akhlak serta peranan
Islam dalam kehidupan masyarakat khususnya dalam kehidupan moden perlu
diperkemaskan kerana kini di kalangan umat Islam sendiri sangat kurang memahami
Islam sebagai satu cara hidup lantaran hebatnya kesan fahaman sekular dan liberal yang
melanda alam pemikiran umat manusia.74
Melihat kepada perkembangan pembangunan negara yang turut mempengaruhi
dunia penerbitan drama tanah air kebelakangan ini. Sejajar dengan ledakan teknologi
maklumat dan pencapaian negara khususnya dalam mempertingkatkan penguasaan
74
Rashid Muhammad (1993), Islam, Kefahaman dan Penghayatan, Cet. 1. Perak: Arena Ilmu Sdn. Bhd., hlm. 72-73.
57
ilmu, dunia perfileman dan drama yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat
tidak sepatutnya ketinggalan dalam mengggunakan peluang keemasan ini untuk
memainkan peranannya yang tersendiri.
Menyedari hakikat ini, drama sebagai salah satu penggerak penting dalam
perhubungan masyarakat boleh berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab fardhu
kifayah ini. Selaras dengan fungsinya sebagai penghibur, pendidik, pembentuk suatu
budaya dan sebagainya, maka ia boleh merubah dan menggerakkan masyarakat supaya
kembali memahami ajaran Islam sebenar.
2.12.
Kesimpulan
Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan
penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani,
pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara
keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu
syadid dan melampau dan tidak pula alpa dan sempit.75
Dalam proses untuk menyuburkan kefahaman dan penghayatan Islam ini, maka
dakwah Islamiah perlu diperhebatkan dengan apa jua cara. Juteru itu, media komunikasi
melalui televisyen khususnya drama berperanan sebagai salah satu saluran dakwah
dalam membantu meningkatkan kefahaman Islam sekaligus dapat meninggikan tingkat
tangga ketaqwaan dan keilmuan masyarakat demi membentuk masyarakat Islam
sebenar yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
75
Minda Madani Online, http://www.mindamadani.my, 23 Februari 2010.
58
BAB TIGA
DRAMA NUR KASIH
3.1.
Pendahuluan
Nur Kasih ialah sebuah drama bersiri Melayu yang mempunyai 26 episod yang
di tayangkan di saluran TV3 melalui Slot Zehra, setiap hari Jumaat pukul 9 malam
mulai 29 Mei hingga 27 November tahun 2009. Drama bersiri yang ditayangkan selama
satu jam setiap episod ini diarahkan oleh Kabir Bhatia dengan di bantu oleh Faisal
Ishak. Bagi skrip drama Nur Kasih ini telah dihasilkan oleh kerahan idea Mira Mustaffa
iaitu isteri kepada pengarah drama ini, Kabir Bhatia dengan dibantu oleh Mariana
Hashim dan Maizura Mohd Ederis. Drama bersiri terbitan Filmscape Sdn. Bhd. dan
Viden Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah Razak sebagai Nur Amina binti Abu
Bakar, Remy Ishak sebagai Adam bin Hassan, Fizz Fairuz sebagai Aidil bin Hassan,
Sharifah Sofia sebagai Katrina Anne Carlson, Ummi Nazeera memegang watak sebagai
Siti Sarah binti Abu Bakar dan Ayu Raudhah sebagai Aliya. Mereka ini merupakan
pelakon utama yang telah menjayakan drama Nur Kasih dengan memainkan watak yang
diamanahkan dengan baik disamping pelakon-pelakon pembantu yang lain. Drama ini
boleh ditonton di www.beritakini.net/watchmalaymoviefilm.htm.
3.2.
Sinopsis Penuh Drama Nur Kasih
Drama Nur Kasih mengisahkan tentang kehidupan Ustaz Hassan al-Basheer dan
Hajah Khadijah mempunyai dua orang anak lelaki yang berbeza perwatakan dan
pemikiran. Aidil merupakan abang kepada Adam mempunyai sifat yang lemah lembut,
penyabar, bersopan santun, taat dan menghormati ibu bapa, sangat menyayangi adiknya
59
serta mempunyai pegangan agama yang kuat. Aidil menyambung pengajiannya di
Universiti al-Azhar, Mesir dalam Jurusan Undang-undang Syariah dan bercita-cita
menjadi Peguam Syar‟ie. Adam yang mempunyai sifat berlawanan dengan abangnya
pula seorang yang bersifat kasar, ego, berdikari dan tegas dalam keputusan yang dibuat
dalam hidupnya, malah dia hidup dalam suasana eksotik di Sydney Australia.
Mengambil Jurusan Seni Bina di University of Sydney dan bercita-cita membuka firma
arkitek sendiri di Sydney. Aidil dan Adam diminta pulang oleh ibunya kerana ayah
mereka sedang tenat. Kedua-dua anak Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah ini sama-sama
berjaya dalam pelajaran, tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh
mereka iaitu Aidil. Sedari kecil Aidil sememangnya seorang yang sangat
bertanggungjawab dan akur kepada ibu bapanya.
Ustaz Hassan merupakan sahabat baik kepada imam kampung iaitu Imam Abu
Bakar yang mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Nur Amina dan Siti Sarah. Nur
Amina seorang anak yang taat dan lemah lembut. Dia juga merupakan seorang pelajar
terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti. Malangnya keluarga Nur Amina tidak mampu untuk menanggung
perbelanjaan pengajiannya, tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan
biasiswa bagi meneruskan niat murninya itu. Malangnya nasib tidak menyebelahinya
apabila datang kunjungan meminang daripada keluarga Ustaz Hassan untuk dirinya. Siti
Sarah pula bersifat manja dan kuat cemburu sehingga dia sanggup buat apa sahaja untuk
mendapatkan cintanya. Dia mencintai Aidil sejak kecil namun cintanya tidak berbalas
hingga akhirnya.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan
isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina
kerana keyakinannya terhadap Nur Amina mampu mendidik anak-anaknya nanti. Tetapi
keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan semua
60
kerana dia memutuskan Adam yang akan memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil.
Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba
untuk menolong Adam. Adam membantah keras tidak mahu berkahwin dengan gadis
yang tidak dicintainya. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa
memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat
serta tidak mensia-siakan isteri dan gadis baik seperti Nur Amina. Demi permintaan
terakhir ayahnya serta nasihat emak dan abangnya, Adam tetap berkahwin dengan Nur
Amina tanpa kerelaannya.
Tidak lama selepas perkahwinan Adam dan Nur Amina berlangsung, Ustaz
Hassan meninggal dunia. Bermulanya titik hitam dalam hidup Nur Amina apabila dia
berkahwin dengan Adam. Adam berterus terang bahawa dia tidak mencintai Nur Amina
dan meninggalkannya sejurus selepas ayahnya meninggal dunia. Adam kembali ke
Sydney menyambung pengajiannya yang tertangguh dan berkahwin dengan kekasihnya
Katrina. Nur Amina pula meneruskan hidup dalam penipuan kepada keluarganya yang
menyangka dia mengikut Adam ke Sydney. Walau bagaimanapun masalah
rumahtangganya tidak menjadi penghalang untuk dia berjaya. Dia menyambung
pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur dalam jurusan Seni Bina.
Kisah hitam rumahtangganya tiada siapa yang tahu kecuali Aidil dan Nabila sahabat
baiknya. Nur Amina hidup keseorangan dengan kesempitan wang sepanjang
pengajiannya. Nasibnya baik apabila Nabila banyak membantu. Hanya Nabila tempat
dia mengadu segala masalah.
Berbekasnya perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang
dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang Peguam di Mahkamah
Negeri dan menjaga serta menemani emaknya di kampung. Siti Sarah yang telah tamat
61
diploma dalam bidang komunikasi telah berkerja di tempat yang sama dengan Aidil.
Dia sengaja merapatkan diri dengan Aidil untuk mendapatkan cinta Aidil.
Aidil secara tidak sengaja telah berjumpa dengan Nur Amina semasa dia
dijemput memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa. Sejak pertemuan mereka
itu, Aidil dan Nur Amina selalu berhubung melalui email. Aidil banyak membantu Nur
Amina dalam memberikan semangat dan mendengar masalah Nur Amina. Aidil juga
turut hadir pada hari konvokesyen atas permintaan Nur Amina kerana selagi penipuan
membelengu hidupnya, dia tidak punya sesiapa kecuali Aidil. Aidil menasihatkan Nur
Amina bahawa masanya telah tiba untuk dia membuat keputusan demi kebaikan dirinya.
Dia harus berterus terang dengan keluarganya dan keluarga Adam tentang masalah
perkahwinannya. Aidil turut menasihatkan Nur Amina meminta fasakh bagi
perkahwinannya setelah empat tahun digantung tidak bertali. Aidil ketika itu masih
mempunyai perasaan pada Nur Amina apatah lagi perasaan itu semakin mendalam
setelah melihat apa yang dilalui oleh Nur Amina selama ditinggalkan Adam. Namun dia
memberi nasihat supaya Nur Amina menuntut fasakh bukanlah untuk kepentingan
dirinya tetapi untuk kebaikan Nur Amina juga. Dia tidak mahu Nur Amina hidup
menderita tanpa boleh berjumpa dengan keluarganya sendiri walaupun hidup
berdekatan.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah
dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Adam hidup bukan
seperti seorang muslim. Hidupnya menyimpang jauh dari Islam. Dia kini sudah berjaya
menjadi seorang arkitek yang berjaya di Sydney. Walau bagaimanapun Adam tetap
merasakan hidupnya kosong dan gersang walaupun dia kini mempunyai segalanya.
Apabila Katrina mengandung dia menyangka mungkin zuriatnya nanti akan
menghilangkan kegersangan hatinya. Malang tidak berbau apabila Adam dan Katrina
62
ditimpa kemalangan di saat-saat Katrina hampir bersalin. Anak dalam kandungan
Katrina tidak dapat diselamatkan dan Katrina menghadapi kerosakan rahim sehingga
menyebabkan dia tidak boleh mengandung lagi. Akibat daripada kemalangan ngeri itu,
Adam menemui keinsafan. Dia dipenjarakan selama tiga bulan akibat memandu dalam
keadaan mabuk. Di dalam penjara Adam banyak belajar tentang Islam dengan bantuan
seorang imam di Sydney. Setelah menyedari kesilapannya, dia membawa Katrina
pulang ke Malaysia.
Nur Amina kini telah menjadi seorang arkitek di sebuah syarikat antarabangsa di
Kuala Lumpur. Dia tinggal bersama Nabila. Nur Amina telah mengambil keputusan
untuk pulang ke kampung memberitahu keluarganya tentang status dirinya dan Adam.
Walau bagaimanapun baru sahaja sampai di kampung, Adam turut pulang pada waktu
yang sama. Peluang Nur Amina untuk memberitahu keluarganya terbantut apabila
Adam menyatakan dia ingin hidup sebagai suami isteri yang sebenar dengan Nur
Amina. Nur Amina sangat marah dengan Adam dan tidak mungkin menerima Adam
lagi setelah apa yang dilaluinya selama ini. Sementara itu, Adam terpaksa menyuruh
Katrina tinggal di hotel atas nasihat Aidil bahawa masanya belum sesuai untuk
memberitahu kewujudan Katrina.
Apabila mengetahui Hajah Khadijah mempunyai penyakit, Nur Amina
menangguhkan niatnya untuk memberitahu perkara sebenar. Adam agak terkejut dengan
tindakan Nur Amina tetapi memahaminya apabila mengetahui sebab sebenar Nur
Amina berbuat demikian. Adam pulang kali ini dengan satu perubahan besar dalam
dirinya. Dia kini bukan Adam yang dulu lagi. Semua orang sangat gembira dengan
perubahan Adam kecuali Nur Amina yang masih belum percaya sepenuhnya dengan
perubahan Adam.
63
Adam berkerja di syarikat yang sama dengan Nur Amina. Kebetulan pemilik
syarikat tersebut merupakan kawan baik Adam ketika belajar di Sydney dahulu.
Walaupun pada mulanya Nur Amina membantah Adam bekerja di syarikat yang sama,
tetapi setelah mengetahui kisah pahit Adam di Sydney dia tidak membantah lagi. Adam
tinggal bersama Katrina dan Nur Amina meneruskan kehidupan di rumah sewa bersama
Nabila. Apabila berkerja di tempat yang sama Adam mendapat banyak peluang untuk
berusaha pelbagai cara memenangi hati Nur Amina kembali. Nur Amina yang
menyedari perubahan besar dalam diri Adam mula sedikit demi sedikit menerima
Adam. Katrina yang masih kecewa atas kehilangan anaknya dan terhadap perubahan
Adam telah mengambil pil tidur secara berlebihan dan menyebabkan dia hilang
kewarasan. Adam dan Aidil terpaksa menghantar Katrina ke Hospital Sakit Jiwa untuk
menerima rawatan.
Siti Sarah yang datang ke Kuala Lumpur secara tiba-tiba telah mengetahui
masalah hubungan Nur Amina dengan Adam. Apabila dia mengetahui Aidil yang
banyak membantu Nur Amina selama ini, cemburunya membuak-buak dan dia telah
membuat rancangan melagakan Adam dan Aidil dengan menceritakan segala-galanya
kepada Adam. Dia menceritakan keperihatinan Aidil terhadap Nur Amina semasa
ketiadaan Adam dan kisah peminangan Nur Amina yang sepatutnya untuk Aidil. Sarah
yang berniat jahat itu juga turut menceritakan tentang nasihat Aidil supaya Nur Amina
menuntut fasakh untuk bercerai dengan Adam. Akibat daripada itu, Adam dan Aidil
bergaduh dan Nur Amina diberitahu Adam bahawa dia mempunyai isteri kedua. Nur
Amina sangat marah dan kecewa kerana merasakan Adam mempermainkan hatinya
sekali lagi. Hatinya bertambah hancur apabila Katrina menuduh dirinya merampas
Adam.
64
Kerana kekecewaan tersebut, Nur Amina membawa diri ke Mekah untuk
mencari ketenangan. Pada masa yang sama Katrina yang juga kecewa dengan Adam
setelah mengetahui cerita sebenar telah pergi meninggalkan Adam keseorangan.
Sepanjang peninggalan Nur Amina dan Katrina, Adam banyak muhasabah diri dan
beribadah sepenuh hati. Hidupnya banyak di habiskan di masjid untuk beribadah. Walau
bagaaimanapun atas nasihat Aidil, Adam tidak lagi hanya duduk di masjid tetapi banyak
membuat kerja amal untuk masyarakat di kampung.
Adam kemudian membawa Hajah Khadijah dan Aidil menunaikan Umrah.
Dengan keizinan Allah S.W.T., doa Adam untuk bertemu Nur Amina termakbul. Adam
dan Nur Amina akhirnya bertemu di Mekah. Adam memberitahu Nur Amina bahawa
seluruh keluarga telah mengetahui cerita sebenar kisah rumahtangga mereka. Adam
sangat berharap Nur Amina dapat pulang ke Malaysia bersamanya, tetapi Nur Amina
menolaknya. Dia masih belum bersedia untuk menerima Adam walaupun setelah
dinasihatkan beberapa kali oleh Hajah Khadijah dan Aidil supaya menerima Adam
kembali kerana Adam benar-benar sudah berubah dan perlu diberikan peluang kedua.
Hajah Khadijah berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil ditemukan jodoh. Dalam masa
yang sama Aidil ditakdirkan bertemu dengan seorang gadis bernama Aliya di sebuah
kedai buku di Mekah. Siapa tahu percaturan Allah S.W.T., sebuah buku telah
menyatukan dua hati iaitu Aidil dan Aliya.
Nur Amina yang tidak mengikut Adam pulang ke Malaysia meneruskan
hidupnya di Mekah. Namun hatinya tidak tenang dan resah. Setiap hari dia melakukan
Solat Istikharah memohon petunjuk untuk membuat keputusan tentang hubungannya
dengan Adam. Tetapi dia masih belum menemui jawapannya. Genap dua tahun Nur
Amina berada di Mekah dia akhirnya membuat keputusan untuk pulang kerana
merasakan dirinya sudah bersedia menerima Adam. Walau bagaimanapun kepulangan
65
disambut dengan berita buruk bahawa Adam hanyut di bawa arus akibat terjatuh semasa
bertugas dan kini Adam di rawat di hospital. Nur Amina sangat sedih melihat Adam
terlantar di hospital dan berjanji mereka tidak akan terpisah lagi. Nur Amina menjaga
Adam selama Adam sakit. Adam bahagia dan berterima kasih kepada Nur Amina
kerana sudi menerimanya kembali.
Aidil yang menolong Dato‟ dan Datin iaitu ibubapa kepada Aliya membuat kerja
amal bagi sebuah yayasan membela nasib wanita yang menjadi mangsa poligami yang
tidak adil telah menawan hati Dato‟ dan Datin untuk menjadikan Aidil menantu mereka.
Aidil dan Aliya yang sememangnya mempunyai perasaan anatara satu sama lain telah
bersetuju untuk berkahwin. Persiapan perkahwinan mereka banyak dibantu oleh Nur
Amina dan Adam. Siti Sarah sangat kecewa dengan berita perkahwinan Aidil yang
dicintainya dengan wanita lain itu mula memasang niat jahat untuk memusnahkan
rumahtangga mereka.
Kemunculan Katrina secara tiba-tiba ketika semua sedang sibuk dengan
persiapan perkahwinan Aidil dan Aliya telah mengejutkan semua. Tetapi dia tetap
disambut baik oleh keluarga tersebut. Katrina sudah banyak berubah. Langsung tidak
seperti Katrina dahulu. Dia sudah insaf dan bertaubat dengan hidupnya dahulu dan
datang berjumpa Adam dan Nur Amina untuk memohon maaf. Hajah Khadijah yang
baru mengetahui tentang Adam mempunyai seorang lagi isteri lagi terkejut dan marah
kerana tidak menyangka anak-anaknya masih mempunyai rahsia lain. Tetapi dia tetap
menerima baik Katrina sebagai menantunya. Adam resah dan keliru kerana dia perlu
membuat keputusan untuk kebahagiaan rumahtangganya. Dia sayangkan Nur Amina,
tetapi dia tidak sanggup melepaskan Katrina. Walau bagaimanapun, Nur Amina yang
sangat baik hati tidak sampai hati melihat Katrina yang sudah tidak punya sesiapa itu
ditinggalkan, dia telah menasihati Adam supaya tidak menceraikan Katrina dan mereka
66
akan hidup sebagai satu keluarga. Walaupun sedih terpaksa hidup bermadu, Nur Amina
tetap redha dan melayan Katrina dengan baik. Semua ahli keluarga menerima dengan
baik keputusan Adam untuk hidup bersama dengan dua orang isterinya. Katrina sangat
bersyukur dan berterima kasih dengan Nur Amina kerana membenarkannya menjadi
isteri Adam lagi.
Rumah Katrina dan Nur Amina di Kuala Lumpur berdekatan. Hubungan Katrina
dan Nur Amina sangat baik dan itu diluar jangkaan Adam. Adam sentiasa cuba sedaya
upaya untuk berlaku adil namun hatinya kini milik Nur Amina sepenuhnya. Dia kurang
memberi perhatian kepada Katrina. Namun Katrina yang menyedari bahawa dirinya
tidak lagi mempunyai tempat di hati Adam, tetap redha asalkan dia masih menjadi isteri
Adam. Adam sedar ketidak adilannya dalam soal hati dan perasaan. Dia meminta maaf
dengan Katrina kerana mengabaikan Katrina selama ini.
Katrina banyak menghabiskan masa membuat kerja amal sementara hayatnya
masih ada. Katrina yang sudah enam bulan menderita penyakit Barah Hati tanpa siapa
tahu akhirnya rebah ketika solat Subuh. Adam dan Nur Amina terkejut apabila
mengetahui keadaan penyakit Katrina yang kini sudah tidak punya masa yang banyak
untuk hidup. Adam menyesali pengabaiannya terhadap Katrina selama ini dan tidak
menyangka rupanya Katrina kembali kepadanya untuk menghabiskan sisa hidup
bersamanya. Katrina menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Nur Amina dan Adam.
Sementara itu di kampung, Sarah semakin rapat dengan Aliya dan dia berjaya
menghasut Aliya dengan pelbagai fitnah tentang Nur Amina. Aliya pula tanpa soal
selidik terus mempercayai semua kata-kata Sarah. Akibat daripada fitnah yang
dilemparkan Sarah, seluruh keluarga kucar kacir. Aidil menghadapi masalah dengan
Aliya sehingga Aliya membawa diri ke Kuala Lumpur seorang diri. Adam pula
menyangka dia telah merampas kebahagian abangnya dengan mengahwini Nur Amina.
67
Hajah Khadijah juga tidak terlepas daripada hasutan Sarah. Masalah keluarga itu begitu
rumit kerana masing-masing terpengaruh dengan fitnah Sarah. Hubungan Adam dan
Nur Amina semakin hambar. Adam cuba menjauhkan diri daripada Nur Amina. Melihat
perubahan Adam yang secara tiba-tiba itu membuatkan Nur Amina sangat sedih. Dia
meminta maaf berkali-kali jika dia ada membuat kesalahan terhadap Adam. Sepatutnya
Adam akan pergi bersama Nur Amina ke Mumbai untuk urusan kerja, tetapi Adam
membuat keputusan bahawa dia akan pergi seorang diri dan menghantar Nur Amina ke
kampung. Nur Amina sedih dan tidak memahami sikap suaminya yang semakin dingin.
Adam bertolak ke Mumbai dengan memasang niat untuk menyerahkan Nur Amina
kepada Aidil kerana ingin abangnya dan Nur Amina mendapat kebahagiaan. Namun,
tanpa disangka niat Adam hampir menjadi kenyataan apabila hotel yang didudukinya di
Mumbai diserang pengganas.
Nur Amina terkejut dan sangat sedih apabila mengetahui Adam di timpa
musibah di Mumbai tanpa khabar berita. Seluruh keluarga sangat berdukacita dengan
berita serangan pengganas di Mumbai yang melibatkan Adam. Mereka tidak tahu sama
ada Adam selamat atau tidak di Mumbai kerana Adam disahkan berada di dalam hotel
ketika serangan berlaku. Atas bantuan Dato Afendi‟, Aidil, Nur Amina dan Sarah
bercadang pergi ke Mumbai untuk mencari Adam. Namun penerbangan mereka di
batalkan kerana Lapangan Terbang di Mumbai juga di bom dan keadaan di sana huru
hara dan berbahaya untuk ke sana.
Aidil cuba memperbaiki hubungannya dengan Aliya. Aliya menceritakan segala
yang dia dengar dari Sarah dan apa yang dia lihat sendiri dengan matanya tentang
keakraban Aidil dengan Nur Amina. Sarah terdengar perbualan mereka dengan serta
merta meminta maaf dengan Nur Amina, Aidil dan Aliya kerana fitnah yang dibuat
tentang mereka dan menjelaskan dia melakukan semua itu kerana cintanya terhadap
68
Aidil yang tidak berbalas. Namun kemaafan yang dipinta bukanlah ikhlas dan dia masih
tidak insaf kerana hatinya masih dipenuhi dengan sifat cemburu yang melampau. Aidil
dan Aliya kembali bahagia dengan alam rumahtangga mereka.
Sudah setahun Adam hilang tanpa khabar berita. Tiada siapa yang tahu Adam
berada di mana, selamat atau tidak. Seluruh ahli keluarga menyangka Adam sudah
meninggal dunia kerana bangunan hotel yang diduduki Adam musnah keseluruhannya.
Tiada siapa dijangkakan hidup. Namun selama setahun itu, Nur Amina hidup dengan
penuh kepercayaan bahawa suaminya masih hidup. Dia tidak mahu mempercayai
suaminya itu telah meninggal selagi belum menjumpai mayatnya. Setiap hari Nur
Amina akan mengirim email kepada Adam seperti yang Adam pernah lakukan padanya
dahulu ketika dia membawa diri ke Mekah. Melihat Nur Amina yang hidup
kemurungan, selalu menangis dan tidak bermaya, seluruh ahli keluarga kerisauan.
Mereka selalu menasihati Nur Amina, namun dia tetap percaya Adam masih hidup dan
akan menunggu kepulangan Adam
seumur hidupnya. Aliya dan Hajah Khadijah
merasakan mungkin jika Nur Amina berkahwin dengan Aidil, maka Nur Amina akan
bahagia dan dapat melupakan Adam. Tetapi Nur Amina hanya mencintai Adam dan
menolak pinangan Aliya.
Sarah hanya benar-benar insaf selepas dia ditimpa musibah dihempap cermin
ketika hendak mengelak daripada dilanggar motor. Dia sedar itu semua balasan kerana
perbuatan jahatnya selama ini. Nur Amina yang menjaga Sarah ketika sakit. Sarah
menyesal dengan apa yang dilakukan selama ini kerana kakaknya begitu baik dan tidak
pernah berdendam dengannya walaupun pelbagai perkara jahat telah dia lakukan
terhadap kakaknya.
Adam diselamatkan oleh seorang India muslim dan disembunyikan disebuah
bilik tanpa diketahui oleh pengganas. Dia cedera parah akibat terkena serpihan bom,
69
manakala kakinya patah. Walaupun Adam dalam keadaan susah dan cedera, dia tidak
pernah meninggalkan solat dan ibadah lain. Apabila dia ditangkap dan dikurung di
dalam sebuah gua, Adam sentiasa berdoa semoga dia redha jika ini adalah balasan atas
dosa-dosanya dahulu. Adam terselamat apabila polis menjumpainya dan dia dibawa
pulang ke Malaysia.
Adam sampai di depan rumahnya dan terlihat kelibat isteri tercinta disebalik
daun pintu rumah. Namun langkahnya terhenti apabila dia terdengar orang kampung
bercerita tentang pinangan Aliya kepada Nur Amina untuk Aidil. Adam terus berpatah
balik membawa diri ke stesen keretapi. Sangkaannya Nur Amina telah menerima
pinangan Aidil kerana dirumahnya sedang berlangsung kenduri tanpa diketahui kenduri
itu sebenarnya adalah kenduri kesyukuran untuk Nur Amina yang akan pulang ke Kuala
Lumpur untuk meneruskan hidupnya. Dengan takdir Allah S.W.T., jodoh Nur Amina
dan Adam masih panjang. Di dalam keretapi Nur Amina dan Adam bertemu. Nur
Amina lantas mencium tangan dan memeluk suaminya yang tercinta. Tidak sia-sia
penantian dan doanya selama setahun lebih ini. Allah S.W.T. telah memakbulkan
doanya supaya suaminya pulang dengan selamat. Mereka kembali ke kampung, Hajah
Khadijah dan Aidil sangat gembira dan bersyukur atas kepulangan Adam. Akhirnya
seluruh keluarga hidup gembira dengan rahmatNya. Doa Hajah Khadijah di Jabal
Rahmah supaya kedua anaknya Aidil dan Adam gembira dengan pasangan masingmasing termakbul juga akhirnya.
3.3.
Tema dan Persoalan Utama
Drama Nur Kasih ini membawa empat tema yang menjadi tema utamanya iaitu
cinta, kasih sayang, kekeluargaan dan budaya Islam. Tema kasih sayang yang
ditonjolkan dalam siri ini bukan sahaja memaparkan kisah kasih sayang antara lelaki
dan wanita sahaja atau lebih tepat kisah percintaan antara pasangan kekasih yang
70
menjadi tema popular bagi drama dan filem di Malaysia kini, tetapi Nur Kasih
mempunyai keunikan tersendiri apabila ia berjaya mengangkat tema kasih sayang dari
pelbagai sudut kehidupan manusia. Malah bukan itu sahaja, kisah percintaan terlarang
dalam Islam hanya di paparkan sedikit sahaja iaitu sebelum Adam dan Katrina
berkahwin. Selebihnya kisah percintaan antara lelaki dan wanita yang dipaparkan
adalah kisah percintaan yang halal disisi Islam iaitu percintaan suami dan isteri. Kasih
sayang yang berjaya ditonjolkan dalam drama ini ialah kasih sayang antara ibubapa dan
anak, kasih sayang antara adik-beradik, kasih sayang antara mertua dan menantu, kasih
sayang antara biras, kasih sayang antara besan, kasih sayang antara sahabat dan kasih
sayang antara masyarakat kampung.
Tema kekeluargaan dalam drama ini sangat menyentuh hati khalayak penonton
kerana ia memaparkan kisah yang seakanberlaku di alam realiti. Semangat kekeluargaan
antara dua keluarga yang dipaparkan sangat menyeluruh dan mendalam. Apabila dua
keluarga bersatu, mereka seolah-olah menjadi sebuah keluarga besar yang sangat rapat.
Walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi yang terpaksa di lalui oleh setiap ahli keluarga
tersebut namun akhirnya mereka bersatu dalam kebahagian. Saling memahami,
memberi motivasi dan tolong menolong antara satu sama lain juga merupakan satu
unsur kekeluargaan yang penting yang seharusnya wujud dalam sistem keluarga
masyarakat di Malaysia. Kisah kekeluargaan yang ditonjolkan benar-benar memberi
impak besar kepada drama ini.
Budaya Islam juga antara tema utama drama bersiri ini yang menjadi tarikan
utama kerana drama di Malaysia begitu ketandusan dengan drama yang berkonsepkan
Islam. Pembudayaan Islam dalam drama ini berjaya di kekalkan hingga ke penghujung
cerita. Hampir keseluruhan drama ini memaparkan Islam sebagai budaya hidup yang
71
releven dengan semua masa, keadaan dan tempat. Dua buah keluarga yang merupakan
watak utama drama ini iaitu keluarga Ustaz Hassan dan keluarga Imam Abu Bakar
merupakan keluarga yang mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka dan disegani
oleh masyarakat kampung. Didikan Islam yang diberi kepada anak-anak mereka juga
membuatkan anak-anak mereka mempunyai identiti sebagai seorang muslim yang boleh
diteladani kecuali Adam, Sarah dan Katrina sebelum penghijrahan mereka menjadi baik.
Drama ini menonjolkan nilai siapa yang mengamalkan cara hidup Islam akan mendapat
pengiktirafan daripada manusia dan daripada Allah S.W.T. Buktinya Ustaz Hassan,
Imam Abu Bakar, Nur Amina dan Aidil, juga Adam dan Katrina setelah mendapat
hidayah. Walaupun pelbagai ujian melanda mereka namun mereka tetap cekal dan tabah
menghadapi hidup kerana mereka tahu bukti kasih sayang Allah S.W.T. pada
hambaNya ialah dengan diberikan ujian yang lebih banyak supaya hambaNya sentiasa
dekat denganNya. Namun akhirnya mereka semua mendapat kebahagian masingmasing. Selain itu, pembudayaan Islam yang lain ialah solat berjemaah, membaca alQuran, berzikir, berdoa, sikap terhadap ibubapa dan orang yang lebih tua, cara
pemakaian terutamanya bagi pelakon wanita telah memaparkan pakaian yang
berlandaskan syariat Islam dan sebagainya.
Oleh yang demikian, keempat-empat tema yang dipaparkan dalam drama ini
sangat bersesuai dan menepati kehendak masyarakat di Malaysia yang ketandusan
drama sebegini. Justeru itu melalui tema yang digarap inilah menjadikan drama Nur
Kasih sebagai drama yang paling di minati rakyat Malaysia.
72
3.4.
Watak dan Perwatakan Utama Drama Nur Kasih
Aidil bin Hassan (Fizz Fairuz)
Aidil merupakan seorang lelaki yang kaya dengan sifat lemah lembut, berhemah
dan sangat menghormati orang lain membuatkan Aidil sangat disenangi oleh semua
orang
disamping
Aidil
mempunyai
keperibadian
yang
tinggi
dan
sangat
bertanggungjawab. Aidil juga adalah seorang anak dan abang yang sangat
mengutamakan keluarga serta sanggup mengketepikan kebahagiaan diri sendiri demi
keluarganya. Anak sulung Ustaz Hassan ini bercita-cita untuk membela nasib mereka
yang tertindas dengan menjadi seorang peguam syariah. Mempunyai lulusan Ijazah
Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir. Aidil mempunyai pengetahuan
yang luas di dalam bidang agama juga seorang yang setia kepada wanita yang
dicintainya iaitu Nur Amina dan susah untuk terbuka hati kepada wanita lain. Aidil suka
bermain bola dengan rakan-rakan sekampung, aktif dengan segala aktiviti di masjid dan
gemar membaca buku. Walaupun Aidil mencintai Nur Amina, Aidil tetap merelakan
Adam untuk memperisterikan gadis itu. Pada Aidil, wasiat terakhir ayahnya lebih
penting daripada perasaannya terhadap Nur Amina kerana dia yakin ayahnya
menjodohkan Adam dan Nur Amina adalah untuk menyelamatkan Adam yang sudah
jauh dari agama. Pengorbanannya pada Adam sangat besar sehingga dia sanggup
melakukan apa sahaja untuk Adam. Walau bagaimanapun dia akhirnya bertemu dengan
kebahagiannya apabila gadis bernama Aliya hadir dalam hidupnya.
Adam bin Hassan (Remy Ishak)
Merupakan anak bongsu kepada pasangan Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah.
Sedari kecil merupakan seorang yang suka memberontak dan tidak mendengar kata
ibubapanya. Malah dia bersikap kasar terhadap abangnya dan selalu memberi masalah
73
kepada keluarga. Adam sentiasa menyangka bahawa ayahnya membenci dirinya.
Walaupun Adam nakal tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya.
Adam yang ingin membuka sebuah firma arkitek dan telah melanjutkan pelajaran di
University of Sydney, Australia. Walaupun Adam dibesarkan di dalam keluarga yang
kuat kepada pegangan agama, namun dia langsung terlalu jauh dari agama Islam. Hidup
di Sydney bersama Katrina teman wanitanya seperti bukan seorang Muslim. Arak dan
pergaulan bebas adalah sebahagian daripada hidup mereka. Adam juga merupakan
seorang yang panas baran, sombong dan bongkak. Dia tidak menghiraukan nasihat
daripada abang dan ibubapanya. Adam suka bertindak mengikut kata hatinya dan sangat
berdikari dalam menjalani kehidupan. Meminati seni bina yang unik, Adam sangat
berkeyakinan dan tiada siapa yang dapat menghalang cita-citanya. Walaupun Adam
tidak rapat dengan bapanya, Adam tetap menghormati ibu juga abangnya. Berkahwin
dengan Nur Amina atas desakan bapanya yang sedang nazak, namun dia berterus terang
tidak menyukai Nur Amina dan meninggalkan Nur Amina selama empat tahun dan
berkahwin dengan Katrina di Sydney. Satu kejadian besar berlaku dalam hidupnya
menyebabkan dia insaf akan dosa-dosanya dan pulang ke Malaysia demi menebus
kembali kesilapannya yang lalu terhadap isteri pertamanya Nur Amina, emak serta
abangnya. Adam akhirnya menjadi anak, suami, adik, masyarakat serta hamba Allah
S.W.T. yang baik setelah penghijrahannya.
Nur Amina binti Abu Bakar (Tiz Zaqyah Razak)
Anak sulung kepada Imam Abu Bakar. Merupakan seorang gadis yang lemah
lembut dan taat kepada ibu bapa. Selain itu Nur Amina bersifat sabar, mempunyai hati
yang baik, beragama dan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Dia juga
sentiasa redha dengan segala ujian dan tabah menghadapi ujian yang sering berkunjung
dalam hidupnya. Dia meminati lukisan sedari kecil dan mencintai Adam sejak di
74
bangku sekolah. Terpaksa berkahwin dengan Adam pada umur 18 tahun atas kehendak
ibubapa. Seorang yang cekal, tabah serta sangat menjaga maruah keluarganya.
Meneruskan kehidupan selepas ditinggalkan suami dalam keadaan susah untuk
meneruskan pengajian dalam bidang seni bina di Universiti Islam Antarabangsa.
Bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek wanita yang berjaya. Gadis yang suka
berahsia ini sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh apabila belajar dan berkerja,
di samping sifatnya yang baik hati, menghormati orang tua dan sabar dalam
menghadapi segala masalah telah menjadikan dia disenangi oleh sesiapa sahaja. Sikap
sanggup berkorban demi orang yang tersayang membuatkan Nur Amina menjadi anak
yang paling disayangi oleh pasangan Imam Abu Bakar dan Mak Ani. Nur Amina sangat
berpegang teguh kepada prinsip tiada kejayaan tanpa rintangan, tiada kebahagiaan tanpa
kesedihan. Namun dia tetap sukar membuat keputusan terhadap rumahtangganya
apabila Adam memadukannya tanpa diketahuinya. Walau bagaimanapun, dia akhirnya
menjadi isteri paling setia kerana sanggup menunggu kepulangan suaminya yang hilang
tanpa berita.
Katrina Anne Carlson (Sharifah Sofia)
Katrina membawa imej gadis yang suka berkunjung ke kelab malam dan
berparti. Gadis kelahiran Sydney, Australia yang berdarah campuran Melayu-Australia
ini melanjutkan pelajaran di University of Sydney, Australia di dalam bidang sastera.
Merupakan teman wanita Adam dan mencintai Adam sehingga sanggup melakukan apa
sahaja untuk Adam. Katrina sentiasa menjadi penasihat kepada Adam apabila Adam
menghadapi masalah. Sikap penggoda, romantik dan manja yang ada pada Katrina
membuatkan Adam tertarik kepadanya. Menjadi isteri Adam adalah sebuah kebahagiaan
baginya. Namun segala-galanya berubah apabila dia kehilangan anak dalam kandungan
kerana kemalangan jalan raya dan mengikut Adam pulang ke Malaysia. Perkara tersebut
75
menjadikan Katrina hilang kewarasan seketika sehingga perlu dirawat di hospital.
Namun, Katrina juga akhirnya menemui hidayah dengan dibantu oleh madu dan
suaminya. Namun hayatnya di dunia ini tidak lama apabila dia disahkan menghidap
penyakit Barah Hati. Dia meninggal dunia disamping suami tercinta dan madunya.
Siti Sarah binti Abu Bakar ( Ummi Nazeera)
Merupakan adik satu bapa berlainan emak dengan Nur Amina. Seorang yang
sangat manja dan kuat cemburu dengan segala hal terutama yang berkaitan dengan Nur
Amina. Menyukai Aidil semenjak kecil dan mempunyai impian untuk menjadi isteri
kepada Aidil. Mempunyai diploma dalam jurusan komunikasi. Bekerja di Syarikat Biro
Guaman bersama dengan Aidil. Sifat terlalu cemburunya bertukar menjadi hasad dengki
dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan cinta Aidil tanpa memikirkan
salah atau tidak tindakkannya itu. Fitnah disebarkan melata dalam kalangan keluarga
dan menjadi batu api disebabkan sifat cemburu butanya telah menyebabkan berlaku
pecah belah dalam rumahtangga Aidil dan Adam, malah meretakkan hubungan mertua
dan menantu. Walau bagaimanapun akhirnya Sarah insaf setelah ditimpa kemalangan.
Aliya binti Dato‟ Afendi (Ayu Raudhah)
Merupakan seorang graduan di salah sebuah universiti di Mekah dalam bidang
Syariah Undang-undang. Merupakan anak kepada seorang Dato‟ dan hidup sentiasa
dalam kemewahan. Pertama kali bertemu Aidil telah membuahkan cinta dalam hati
gadis tersebut. Keluarga Aliya juga menyukai Aidil dan mereka akhirnya berkahwin.
Kesetiaannya terhadap cinta pada suami sanggup melepaskan kemewahan dan tinggal
bersama suami di kampung. Oleh kerana sifatnya yang lurus dan cinta yang mendalam
terhadap Aidil, Aliya dengan mudah terpedaya dengan segala hasutan dan taburan fitnah
yang dilemparkan Sarah terhadap Nur Amina, ibu mertuanya bahkan suami sendiri
76
sehingga menyebabkan keretakan rumah tangganya. Namun perbincangan dengan
suami membuahkan hasil positif apabila segala masalah dapat diselesai dan menjadi
pengajaran yang cukup berharga buat Aliya dan semakin mencintai suaminya dan
menjadi seorang yang sangat baik hati sehingga sanggup berkorban sehingga
menawarkan suaminya sendiri buat Nur Amina yang disangka telah kehilangan Adam.
3.5.
Keistimewaan Drama Nur Kasih
Drama Nur Kasih ini dipilih untuk menjadi bahan kajian kerana beberapa
keistimewaan tertentu. Antaranya ialah :
Pertama ; Pengarah dan penulis skrip yang hebat –
“Mencuba nasib dalam bidang perfileman dan drama
Malaysia, siapa sangka sutradara dari New Delhi ini mampu
berdiri teguh seperti hari ini. Drama Nur Amina Kasih
mengangkat Kabir Bhatia ke satu lagi kelas tersendiri.”76
Drama ini diarahkan oleh seorang pengarah yang sangat berkredibiliti dalam
dunia pembikinan drama dan filem iaitu Kabir Bhatia.77 Beliau bukanlah anak kelahiran
76
Kosmo! Online- rencana utama-hiburan-bukan kreativiti bollywood. http://www.kosmo.com.my , 1 november 2010. 3:06pm.
Lelaki ini bukanlah anak kelahiran tempatan, namun dia telah membina reputasinya dengan menghasilkan karya drama dan filem
Melayu yang unik untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia. Ternyata pengalaman lebih 12 tahun dalam industri penerbitan di
negara ini dan tiga tahun di India berjaya menjadikannya pengarah dan penerbit kreatif, dan berjaya di angkat sebagai satu fenomena
baru kepada Industri Seni tanah air. Jika sesiapa menonton hasil drama-dramanya, Kabir Bhatia memberikan suntikan yang berbeza
dalam setiap karyanya. Selain mempunyai skrip dialog yang hebat, teknik visual dan sinematografi adalah signatur Kabir Bhatia
yang membuatkan penonton begitu asyik dengan penggambaran setiap babak. Namun bagi Kabir Bhatia kehebatannya di mata
umum sebenarnya disebabkan individu yang menjadi tulang belakangnya iaitu penulis skrip yang juga merupakan isterinya, Mira
Mustaffa. Kolaborasi pasangan suami isteri itu cukup menjadi dan tiada siapa menyangka kehadiran mereka berdua dalam dunia
seni lakonan telah membuka lembaran baru dalam penerbitan drama mahupun Filem Malaysia. Sutradara yang berasal dari New
Delhi, India itu sebenarnya memancing minat khalayak sejak filem Cinta dan Sepi memasuki industri perfileman Malaysia. Naskhah
itu membuatkan orang ramai membuka mata terhadap kredibiliti dan kehebatan mereka dalam berkarya. Lebih manis lagi,
kolaborasi dua anak seni ini telah membuahkan hasil yang membanggakan apabila Cinta dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam
Festival Filem Malaysia Ke-20 dan Anugerah Skrin (ASK) kesembilan pada tahun 2007. Kreativiti pasangan itu berkembang pula di
layar kaca menerusi drama bersiri, Kekasihku Seru yang ditayangkan tahun lalu menerusi slot Seram di TV3. Siapa sangka
percaturan Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa dalam genre seram telah mengubah pandangan sesetengah pihak terhadap mereka yang
beranggapan kekuatan Kabir Bhatia dan isterinya itu hanya setakat filem dan drama cinta. Kabir sekali lagi berada di pentas ASK
2009 apabila menerima Anugerah Drama Rantaian Terbaik bagi drama Kekasihku Seru. Akhirnya tiada siapa yang dapat menolak,
drama-drama arahan Kabir Bhatia seperti Idaman, Astana Idaman, Tower 13, Hartamas, Frontpage, Lebih Bisa Dari Jelatang,
Panggung, Jodoh dan Mastura pasti akan meniti di bibir penonton. Kini Kabir Bhatia adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi
dalam persada dunia seni tanah air kita. Pengarah muda ini walaupun bukan anak kelahiran tempatan, namun dia berjaya memahami
kehendak dan citarasa masyarakat Malaysia dengan menghasilkan karya drama dan filem Melayu yang unik untuk dipertontonkan
kepada rakyat Malaysia. Beliau telah banyak berjasa dan membuka jalan baru bagi industri seni drama dan filem di Malaysia.
Apabila disebut namanya pasti akan menerjah difikiran hasil karya-karyanya yang unik dan mempunyai nafas baru yang jelas
kelihatan pada setiap drama atau filem keluaran beliau. Kabir Bhatia yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda dalam Perdagangan
Di Universiti Bombay telah memulakan karier sebagai Eksekutif Akaun dalam sebuah syarikat pengiklanan di India. Kemudian
beliau menyertai pula sebuah syarikat pengiklanan, filem dan televisyen, UTV India sebagai Penerbit Eksekutif dan Pengarah.
Beliau menabur khidmat di ANtah-UTV (M) Sdn. Bhd. sehingga tahun 2001. Mengambil keputusan untuk bergerak sendiri dengan
menerbitkan dan mengarah beberapa buah iklan korporat dan rancangan televisyen dan video bagi syarikat di Singapura, Malaysia
77
77
tempatan, tetapi berasal daripada New Dheli, India. Pengalamannya yang luas dan lama
dalam bidang ini telah menjadikan beliau memahami kehendak dan citarasa masyarakat
terhadap drama dan filem. Beliau juga banyak menerima anugerah dalam drama dan
filem terbitannya. Pelbagai genre drama dan filem dihasilkannya termasuklah genre
seram. Lebih istimewa lagi apabila yang menjadi tulang belakang bagi kejayaan dan
kehebatannya ialah penulis skrip bagi hasil karyanya ialah isterinya sendiri iaitu Mira
Mustaffa dengan di bantu oleh Maizura Mohd Ederis dan Mariana Hashim. Gabungan
idea pasangan suami isteri ini benar-benar memberi kejutan dalam dunia seni tanah air.
Kedua ; Rating tinggi - Drama bersiri Nur Kasih ini telah mencetuskan
fenomena baru apabila berjaya mencatat rating penonton yang tertinggi. Sambutan
terhadap drama ini memang di luar dugaan dan di luar daripada kebiasaan. Bahkan, Nur
Kasih setakat ini sudah empat kali diulang tayang di TV3. Melalui kajian dan sumber
yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, drama Nur Kasih telah
mengumpulkan lebih 3.908 juta atau 53.9% penonton di depan kaca TV untuk
menyaksikan drama terbitan Filmscape & Juita Viden Sdn. Bhd. yang ditayangkan
setiap hari Jumaat pukul 9 malam itu.78 Drama arahan Kabir Bhatia itu, dengan skrip
ditulis oleh isterinya, Mira Mustaffa, juga menerima hampir sejuta klik pelayar internet
menerusi laman web TV3 setiap kali ia disiarkan. Selepas beberapa episod ditayangkan,
dan India. Beliau juga telah telah mengarahkan iklan komersial untuk Storm Mitsubishi, Pelancongan Sarawak, Air Mineral Bleu
dan beliau juga telah mengarah video korporat untuk Berjaya Resort dan Hotels di Pulau Langkawi, Redang dan Tioman. Bagi
rancangan televisyen di Malaysia, beliau telah menjadi pengarah dan penerbit eksekutif bagi program-program seperti Idaman 1 &
2(Astro), Bila Larut Malam (NTV7), Jodoh dan Mastura (NTV7) , Ah-Ha! (TV3), Panggung (TV2), Frontpage (8TV), Tower 13
(Astro), Telemovie Primadona (Pemenang Penerbitan Terbaik, Pemenang Sinematograf Terbaik dan Solekan Terbaik di Anugerah
PPPFM 2000, Filem Terbaik, Penerbitan Terbaik di Pesta Perdana Suria 2001), Talk About Love iaitu sebuah sitcom di TV2
(tercalon untuk Komedi Terbaik di Anugerah Televisyen Asian). Beliau juga diarahkan untuk RTM iaitu Telefilm „Bisa Lebih dari
Jelatang‟ (memenangi Telefilem Terbaik dan Sutradara Terbaik di anugerah Skrin 2006). Selain itu beliau turut membikin drama di
Singapura iaitu Spin, Pournami dan Reghai dan juga merupakan Line Producer bagi filem Bollywood „DON‟ yang dibintangi oleh
Shah Rukh Khan. Dengan kehebatan dan bakat semulajadi yang ada pada Kabir Bhatia, beliau juga merupakan Journalist Drama
bagi Star Newspaper. Pada tahun 2006 beliau telah mengarahkan Filem Cinta untuk Grand Briliiance Sdn. Bhd., pada tahun 2008
pula beliau mengarahkan Filem Sepi dan pada tahun 2009 untuk Filem Setem yang mana semuanya untuk terbitan Grand Brilliane
Sdn. Bhd. Tayangan Unggul „Sepi‟ yang telah ditayangkan pada June 2008 dan „Love‟ yang merupakan adaptasi daripada Cinta
yang telah memenangi beberapa anugerah penghargaan. „Stamp‟ yang telah ditayangkan pada Desember 2008 merupakan pakej
filem untuk Tayangan Unggul yang mana filem ini menggunakan genre yang berbeza. Pada tahun 2007, Kabir berjaya mengarahkan
telenovela pertama „Manjalara‟ untuk TV3 sebanyak 75 episod yang berjaya memukau 2.4 Juta penonton dan terbaru sebuah
drama berunsur cinta dan kekeluargaan bertemakan Islam bertajuk Nur Amina Kasih yang baru sahaja ditayangkan pada
pertengahan 2009 yang telah mendapat sambutan yang luar biasa. Hasil kerja beliau yang istimewa mula betul-betul disedari
masyarakat Malaysia ialah melalui drama terbaru beliau iaitu drama bersiri Nur Kasih. Drama ini merupakan hasil yang paling
menyerlahkan kehebatan sutradara prolifik ini. Drama ini mendapat sambutan yang sangat menabjubkan oleh rakyat Malaysia!
(Lihat dalam Kosmo! Online- rencana utama-hiburan-Bukan Kreativiti Bollywood. http://www.kosmo.com.my ),
78
Utusan Online, http://www.utusanonline.com.my, 27 November 2009.
78
Nur Kasih menewaskan Buletin Utama dari segi rating mingguan program televisyen
yang paling ramai ditonton. Malah, siaran ulangan tanpa iklan selepas Maghrib 7.30
malam pada setiap Selasa hingga Jumaat pada tahun tersebut juga mencatat jumlah
rekod tersendiri apabila mampu menarik hampir dua juta penonton setiap kali
ditayangkan. Pada masa yang sama, Nur Kasih mendapat perhatian di mana saja,
daripada diskusi melalui forum di laman web, radio, medium perantara seperti akhbar
dan majalah hingga ke laman web sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan
Yahoo Messenger.79 Bahkan virus Nur Kasih ini juga menular di Kota Singa
(Singapura) apatah lagi drama terbabit turut disiarkan serentak di saluran Sensasi di
sana80 pada tahun tersebut. Ini telah mengukuhkan lagi bukti bahawa drama Nur Kasih
memang membawa fenomena kepada industri seni tanah air di Malaysia dan merupakan
drama yang paling popular dan paling ramai ditonton pada ketika itu.
Ketiga ; Nur Kasih dibintangi oleh ramai pelakon baru. Hampir semua watak
utama Nur Kasih dilakonkan oleh pendatang baru, malah ada yang sudah lama berada di
persada ini tetapi hanya baru benar-benar dikenali melalui siri ini kecuali Dato‟
Jalaluddin Hassan dan Liza Othman serta beberapa pelakon pembantu, pelakon lain
boleh dianggap baru berjinak dalam dunia lakonan. Walaupun Nur Kasih dibintangi
ramai pelakon baru, secara umumnya lakonan mereka berbeza dengan apa yang sering
ditonton dalam kebanyakan drama atau filem Melayu. Kemampuan mereka
menyampaikan dialog secara natural, malah pelakon bijak menggunakan reaksi muka
dalam menghayati lakonan mereka untuk menggambarkan sesuatu emosi yang
dimainkan. Intonasi yang digunakan dalam setiap babak pula sangat tepat
penggunaannya untuk plot tersebut. Apatah lagi ditambah dengan skrip yang baik serta
menggunakan bahasa mudah percakapan harian dalam realiti yang digunakan
79
80
Berita Harian Online, op.cit., 30 November 2009.
Berita Harian, http://www.sinemamalaysia.com.my, 20 Oktober 2009.
79
masyarakat di Malaysia telah menarik penonton yang selama ini menganggap lakonan
drama Melayu over-acting.81 Selain itu, outfit ataupun kostum yang dikenakan oleh
para pelakon dekat dengan penonton kerana ianya sangat sederhana dan tidak melampau
atau dengan erti kata lain pakaian yang itu logik menjadi pakaian harian masyarakat
kampung di Malaysia. Bertambah menarik apabila make-up yg digunakan sangat
sederhana serta sesuai dengan setiap pelakon.
Keempat ; Watak-Watak yang wujud dalam drama ini berpijak di bumi nyata
iaitu watak-watak yang sederhana melakonkan watak sebagai orang kampung. Watak
Hajah Khadijah lakonan Liza Othman sebagai ibu, mertua dan isteri yang tabah
menghadapi kerenah anak, suami dan menantu. Kelembutan dalam ketegasan bagi
watak Nur Amina yang di lakonkan oleh Tiz Zaqyah, ketabahan dan pengorbanan Aidil
lakonan Fizz Fairus sebagai anak, abang dan suami. Kesungguhan Adam lakonan
Remy Ishak untuk berubah menjadi hamba Allah S.W.T., suami dan anak yang baik.
Umi Nazeera pula sebagai Siti Sarah yang memegang watak jahat dalam siri ini tidak
keterlauan kejahatannya dan releven kejahatan itu sesuai dengan wataknya sebagai adik
Nur Amina yang kurang matang dan manja. Bahkan, semua watak yang wujud dalam
drama ini sama ada watak utama atau watak sampingan semuanya seolah serasi dan
sebati dengan pelakonnya dan sesuai pada semua plot kisah Nur Kasih ini. Maka,
perkara tersebut menjadi bonus kepada siri ini untuk menarik perhatian penonton.
Kelima ; Tema cerita ini juga merupakan keistimewaan yang ketara bagi drama
bersiri ini. Menurut Mira Mustaffa (seperti yang ditulis di dalam blog Maizura)
menyatakan tema utama yang dipegang drama ini ialah keluarga, cinta.82 Menurut
Kabir Bhatia pula “Drama ini telah membawa elemen Islam dengan gaya hidup
81
Berita Harian Online, op.cit.
Blog Maizura Mohd Ederis (Pembantu Penulis Skrip Mira Mustaffa), http://[email protected], 29 Mei
2009.
82
80
moden”.83 Maka drama ini mengangkat tiga tema serentak iaitu keluarga, cinta dan
elemen Islam. Ketiga-tiga unsur ini digarap dengan penuh berhikmah dan teliti bagi
menggambarkan tentang kehidupan kekeluargaan yang penuh kecintaan terhadap insan
tersayang, Tuhan pencipta alam dan Islam agama yang benar. Selain itu, nilai
pengajaran yang memanipulasi drama ini juga merupakan satu keistimewaan yang tiada
tolok bandingnya. Balasan dan pengajarannya sesuai dengan perbuatan jahat yang
dilakukan dan tidak keterlaluan. Lebih menarik apabila beberapa kali pengajaran
menimpa watak pelakon tetap enggan bertaubat. Ini menunjukkan sifat sebenar manusia
yang sentiasa ego mengakui kesilapan sehingga mendapat balasan yang berat barulah
mereka melihat cahaya keinsafan. Unsur keinsafannya juga sangat menarik kerana ia
menyusuli selepas unsur pengajaran diterapkan.
Keenam ; Jalan cerita bagi drama ini bukan sahaja mengisah tentang cinta
antara Adam dan Hawa, tetapi juga cinta keluarga, instisuti masyarakat dan cinta kepada
Islam. Dalam drama ini juga tidak terlalu banyak watak penting dan watak sampingan.
Namun setiap watak yang berperanan mempunyai kepentingan dan kekuatan masingmasing dalam menjayakan drama ini. Ini memudahkan penonton untuk menghayati
setiap watak yang wujud dalam drama tersebut tanpa merasa rimas terhadap watak yang
terlalu banyak dalam sesebuah drama seperti drama Indonesia yang terlalu banyak
watak utama dan sampingan sehingga mengakibatkan cerita menjadi meleret kerana
mahu melengkap kisah hidup bagi setiap watak yang wujud. Jalan cerita drama yang
mempunyai 26 jumlah episod semuanya ini penuh dengan nilai moral, nilai keislaman
dan nilai pengajaran sepanjang perjalanan kisahnya. Setiap episod pasti ada kisah dan
konflik yang menyemarakkan emosi khalayak penonton dan secara tidak langsung
menaikkan jumlah rating penonton. Selain itu, jalan cerita ini sedikit sebanyak memberi
pengajaran dan kenyataan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawa kita sudah jauh
83
http://mforum2.cari.com.my, 11 Mac 2010.
81
perbezaan cara hidup dan pegangan Islam yang sebenar. Cerita yang dipaparkan dalam
drama ini mempunyai kekuatan yang sangat mantap kerana jalan ceritanya berkisarkan
realiti kehidupan kebanyakan masyarakat di Malaysia. Ini menyebabkan penonton
merasa dekat dengan kisah yang dibawa drama ini serta memudahkan pemahaman dan
penghayatan penonton. Walaupun kisah tersebut diinterpretasi dalam bentuk drama,
ianya lengkap dengan sifat asas manusia yang mempunyai perasaan dan pelbagai emosi
dan bagaimana ajaran Islam direalisasikan dalam setiap emosi dan konflik yang dibawa.
Jalan cerita dalam drama ini bukan sahaja dapat menunjukkan yang tersurat tetapi juga
jelas melibatkan unsur tersirat disebalik ciptaan Allah S.W.T. tambahan pula dengan
pengakhiran cerita yang gembira atau lebih popular dipanggil „happy ending‟ berjaya
membuatkan penonton berpuas hati setelah pelbagai cabaran dan dugaan berlaku kepada
semua watak dalam drama tersebut.
Ketujuh ; Tidak hanya mencatat sejarah tersendiri sebagai drama Melayu paling
popular dengan jumlah rating lima juta penonton, panahan populariti drama bersiri Nur
Kasih arahan Kabir Bhatia juga menyaksikan tiga pelakon utamanya, Fiz Fairuz, Tiz
Zaqyah dan Remy Ishak berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 5 Anugerah
Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009).84
Fizz Fairuz yang memegang watak Aidil dan Remy sebagai (Adam), berentap
merebut gelaran Pelakon TV Lelaki Popular disamping tiga lagi calon lain, Aaron Aziz,
Fizo Omar dan Fahrin Ahmad. Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina yang menjadi gadis
dicintai Adam dan Aidil, dicalonkan untuk Pelakon TV Wanita Popular bersama Fasha
Sandha, Noorkhiriyah, Rozita Che Wan dan Scha Alyahya. Tiz Zaqyah juga dicalonkan
untuk Artis Baru Wanita Popular bersaing dengan naib juara Anugerah Juara Lagu ke-
84
Metro Online, Panahan Nur Kasih, http://www.hmetro.com.my, 22 Januari 2010.
82
24, Yuna, Putri Mardiana serta pengacara dan pelakon Dira Abdul Zahar serta Isma
AF7.85
Kelapan ; DVD dan Filem – Oleh kerana populariti drama bersiri Nur Kasih ini
terlalu luar biasa, maka terdapat permintaan tinggi daripada peminat untuk
mengeluarkan set Careka Video Digital (DVD) drama Nur Kasih. Set DVD drama Nur
Kasih telah dilancarkan di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur86 serentak dengan
waktu tayangan episod terakhir drama tersebut iaitu pada 27 November 2009. Set DVD
drama Nur Kasih boleh didapati di semua cawangan Speedy Video seluruh Malaysia
dengan harga RM 99.00 bermula 1 April 2010 lalu.87 Bukan setakat DVD sahaja, malah
mengambil kesempatan dan peluang atas kejayaan dan aura populariti drama Nur Kasih,
pengarahnya Kabir Bhatia telah menyambung perjalanan kisah berunsur kekeluargaan,
percintaan dan Islamik itu dalam bentuk filem. Menurut Frank yang ditemui pada majlis
ramah mesra bersama produksi Nur Kasih minggu lalu menjelaskan, idea untuk
menghasilkan filem Nur Kasih apabila melihat sambutan luar biasa yang diterima drama
tersebut.88 Dengan kerjasama daripada penerbit eksekutif produksi Filmscape Sdn Bhd,
Frank Lewis yang menerbitkan drama bersiri tersebut serta dengan kerjasama pihak
Grand Brilliance Sdn. Bhd.89 maka dengan itu filem Nur Kasih The Movie telah
ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 19 Mei 2011.
Kesembilan ; Pemilihan latar tempat dan sinematografi yang unik - Suasana
latar tempat dalam drama tersebut telah mengangkat suasana kampung dengan
keindahan semulajadi seperti sungai ditepi pencawang elektrik, sawah padi yang tunduk
ditiup angin, samaran waktu senja membawa ke malam, rumah kayu di tepi sawah padi
yang terbentang dan sebagainya menjadikan drama ini tidak jemu di tonton. Suasana
85
Ibid.
Utusan Malaysia Online, Gelombang Kedua Nur Kasih, http://www.utusan.com.my, 12 Mei 2010.
87
Kosmo! Online, Nur Kasih Versi Filem, http://www.kosmo.com.my, 1 November 2010.
88
Ibid.
89
Ibid.
86
83
masyarakat kampung juga ditonjolkan dalam drama ini seperti gotong royong untuk
kenduri perkahwinan, gosip-gosip masyarakat kampung, gotong royong membersihkan
kawasan masjid dan sebagainya.
Sentuhan Kabir Bhatia ini menggunakan sinematografi daripada teknik yang
sama dengan pembikinan filem. Ia juga melibatkan lokasi luar negara seperti Sydney,
Australia, Kaherah, Mesir dan Jeddah, Arab Saudi.90 Syot-syot yang dilakukan di luar
negara juga hanya memaparkan bahagian kawasan yang menarik dan menyeluruh untuk
menggambarkan keindahan negara-negara tersebut. Hasil kreatif Kabir Bhatia yang unik
dan menarik itu sangat dikagumi dan ia menandingi seperti filem negara luar. Selain itu,
Kabir Bhatia juga ada memilih beberapa lokasi menarik yang menjadi land mark dalam
memainkan konflik dalam drama ini iaitu sepohon pokok ditepi tali air yang menjadi
tempat kesukaan Adam dan Nur Amina, sawah padi yang terbentang di tepi rumah
Ustaz Hassan yang selalu menjadi tempat perbualan antara dua insan. Di kawasan tanah
perkuburan yang beberapa kali dijadikan tempat berlakunya sesuatu yang bermakna
dalam drama ini, kawasan sungai yang pelbagai seperti sungai di Sydney, sungai di
kampung dan sungai di Kuantan yang menjadi lokasi Adam bekerja out-station.
Kawasan sungai dipilih menjadi tempat yang mencipta pelbagai sejarah hitam dalam
drama ini. Pada pendapat penulis, perkara pemilihan tempat yang menjadi trade mark
bagi sesuatu konflik dalam cerita ini sangat menarik dan jarang didapati digunakan oleh
pengarah Malaysia yang lain.
Kesepuluh ; Keistimewaan lain ialah runut bunyi asal (original sound track)
digubah khas oleh komposer terkenal Yasin yang bertajuk Nur Kasih. Muzik dan lirik
lagu tema Nur Kasih ini benar-benar bertepatan dengan kisah yang dipaparkan dalam
drama ini iaitu memberi maksud perjalanan hidup manusia di dunia ini ditentukan oleh
90
Blog Maizura Mohd Ederis, op.cit.
84
Allah S.W.T. namun kita sebagai manusia harus mencari jalan merencana kehidupan
kita kepada yang lebih baik dengan berlandaskan cahaya Ilahi iaitu tawakal, redha,
berusaha dan sentiasa berfikiran positif terhadap lumrah ujian semasa merentasi
jambatan kehidupan yang hanya sementara ini. Intipati lagu yang memiliki keunikan
alunan muzik dan lirik ini mampu memukau para penonton menghayati setiap bait
liriknya dengan baik. Selain itu, muzik latar yang pelbagai yang dimainkan sepanjang
cerita ini juga sangat bersesuaian dengan setiap plotnya. Contoh seperti apabila Aidil
masih di Cairo, juga ketika Nur Amina di Mekah. Muzik yang digunakan adalah muzik
berlatarkan alunan muzik Arab. Begitu juga muzik latar lain yang digunakan. Tidak
seperti drama lain yang hanya mengangkat lagu daripada mana-mana artis dan muzik
latar dari mana-mana drama lain seperti muzik latar drama Korea yang paling popular
contohnya yang paling banyak muzik latar yang digunakan drama di Malaysia ialah
muzik latar dari drama Stair Way to Heaven, Winter Sonata, Autum in My Heart, Love
in Harvad dan sebagainya. Lagu tema pula kebiasaannya hanya menggunakan lagu-lagu
kepunyaan penyanyi Malaysia dan bukan dicipta khusus buat drama tersebut. Maka
tiada keunikan dan usaha yang lebih ditonjolkan. Walaupun lagu tema dan muzik latar
bukanlah sebagai salah satu unsur yang terlalu penting bagi sesebuah drama namun
apabila wujud satu usaha baru di situ pasti akan ada yang menghargai dan menilainya
sebagai sesuatu yang baru. Jika kita lihat di negara lain seperti India, Taiwan dan Korea,
setiap drama yang dihasilkan pasti akan mempunyai tema lagu tersendiri yang dicipta
khusus bagi menepati intipati kisah dan alunan rentak kisah yang dipaparkan dalam
drama tersebut. Namun di Malaysia masih belum ramai pengarah yang mencuba hasil
kerja sebegini.
Kesebelas ; Mengangkat nilai-nilai yang pelbagai dan mencakupi dan sesuai
dengan seluruh aspek kehidupan yang hanya sementara mendiami dunia pinjaman ini.
85
Antara nilai-nilai utama yang diangkat ialah nilai Islam dan nilai pembudayaan Islam,
kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan, cinta antara suami dan isteri, hubungan
antara sesama manusia dan nilai antara hamba dan Tuhan, akhlak, moral, jangan putus
asa, berusaha bersungguh-sungguh, menyimpan cita-cita tinggi, kemiskinan bukan
penghalang kejayaan, setiap perbuatan jahat akan dibalas, setiap masalah pasti ada
penyelesaiannya, hanya Islam yang dapat memberi ketenangan dalam hidup, pengajaran
baik di balas baik dan jahat di balas jahat, keyakinan tinggi terhadap hikmah disebalik
setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk dan pelbagai nilai lain yang
tersurat dan tersirat wujud dalam drama ini. Justeru itu, drama ini bukanlah suatu drama
biasa yang hanya disasarkan menjadi hiburan semata-mata, tetapi drama yang dapat
mendidik masyarakat dengan pelbagai nilai yang wujud di dalamnya. Oleh itu, tidak
hairan drama ini menjadi drama kegemaran rakyat Malaysia yang sudah lama
dahagakan drama yang mempunyai nilai yang tinggi daripada pelbagai aspek
kehidupan.
3.6.
Rating dan Sambutan
Drama Nur Kasih terbukti sebagai salah sebuah drama Melayu yang paling
popular dan paling diminati ramai pada tahun 2009, boleh dikatakan juga sepanjang
zaman, kerana dilaporkan mencapai 3.9 juta penonton (53.9 peratus penonton Malaysia)
sepanjang tayangannya di TV391, apatah lagi ditonton lebih 28 juta kali di kemudahan
Catch-Up TV di laman web TV3.92 Episod terakhirnya mencatat menerima kadar
penontonan (berpandukan kepada penonton berumur 4 tahun ke atas) sebanyak lebih 4.1
juta (19 TVR) atau 59% dari peratusan penonton yang menonton pada 27 November,
2009, Jumaat dari jam 9.00 hingga 10.00 malam, hasil kajian AGB Nielsen Media
91
92
Utusan Malaysia Online, 5 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Nur Kasih, http://www.utusan.com.my, 27 November 2009.
Penangan Nur Kasih, http://www.gua.com.my, 26 November 2009.
86
Research.93 Atas sambutan luar biasa yang diterima oleh drama ini, TV3 mengambil
langkah mengulang tayang siri ini tanpa iklan, pada 7.25 malam Selasa hingga Jumaat
mulai 3 November hingga 16 Disember 2010 (slot 35 minit), walaupun tayangan
pertamanya belum berkesudahan, tayangan ulangan ini juga berupaya mencecah hampir
2 juta penonton.94 Drama ini juga telah diulang tayang pada sebelah paginya iaitu pada
hari Khamis, Jumaat dan Sabtu jam 5.00 pagi. Selain itu juga ia turut ditayangkan di
negara jiran iaitu di Singapura.
Menarik lagi, siri Nur Kasih terdapat dalam bentuk set DVD edaran Juita Viden
yang boleh ditempah oleh para peminat dengan menghantar borang pesanan yang
terdapat dalam akhbar Harian Metro,95 atau di laman web rasmi Nur Kasih96 untuk masa
yang terhad.97 Mengikut tinjauan Gua Paling Hangat 2009, drama Nur Kasih mendapat
70% undian pengunjung untuk mengungguli kategori "Drama Paling Top".98
Pencapaian cemerlang drama Nur Kasih telah mencetuskan niat pengarahnya Kabir
Bhatia untuk menyambung jalan ceritanya dalam bentuk filem pawagam99 dan niat itu
terlaksana dengan sempurna apabila Nur Kasih The Movie memasuki pawagam tanah
air pada 19 Mei 2010 yang lalu.
3.7.
Kesimpulan
Drama Nur Kasih penulis simpulkan tidak sama dengan drama bersiri yang lain.
Ia memiliki nafas dan idea baru yang tersendiri. Sistem pembudayaan Islam dan tema
kekeluargaan dan kasih sayang antara manusia dengan manusia dan kasih sayang antara
93
mStar Online, Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang, http://www.mStar.com.my, 1 Disember 2009.
Ibid.
95
Dapatkan Set DVD Nur Kasih, http://www.gua.com.my, 30 November 2009.
96
Set DVD Nur Kasih, Ibid.
97
Ibid., “Borang Pesanan Set DVD Nur Kasih".
98
www.gua.com.my, 9 Februari 2010.
99
mStar Online, Khabir Akan Filemkan Sekuel Drama Nur Kasih, http://www.mStar.com.my, 2 November 2009.
94
87
manusia dengan Pencipta yang diterapkan dalam drama ini berjaya menjadikan drama
ini sebagai drama pilihan masyarakat sekarang yang sudah bosan menonton drama yang
bertemakan korporat, seram, cinta remaja dan golongan elit yang kaya raya. Sentuhan
sinematografi yang cantik dan unik serta garapan jalan cerita dan skrip yang berhikmah
dan bertepatan dengan cara kehidupan kebanyakkan masyarakat Melayu di Malaysia
mampu untuk menyentuh jiwa masyarakat untuk menonton siri ini setiap kali ia
ditayangkan. Kabir Bhatia sememangnya bijak mencari idea dan membidik pemikiran
penonton dengan ideanya yang realistik sesuai dengan realiti kehidupan kebanyakkan
masyarakat Melayu di Malaysia. Beliau juga pandai bermain dengan alam dan
persekitaran yang menjadikan sinematografi drama ini ternyata memberi impak yang
berkesan kepada karyanya. Pujian juga harus diberikan kepada insan-insan di belakang
tabir drama ini iaitu Faizal Ishak, Mira Mustaffa, Maizura Mohd Ederis, Mariana
Hashim dan team produksi atas kejayaan dalam menghasilkan sebuah drama yang
cukup mantap dan bisa menyentuh hati penonton sehingga meletakkan drama Nur Kasih
ini sebagai drama yang paling popular dan paling ramai ditonton pada tahun 2009.
88
BAB EMPAT
ANALISIS UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM DRAMA NUR KASIH
4.1.
Pendahuluan
Islam adalah ad-deen yang kamil dan syamil. Ia merupakan agama yang paling
lengkap dan paling sempurna. Allah S.W.T. telah berfirman:
ِ ‫ت َعلَْي ُكم نِ ْعمتِي ور‬
ِْ ‫يت لَ ُك ُم‬
‫اْل ْس ََل َم‬
ُ ‫ض‬
ُ ‫ْت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأَتْ َم ْم‬
ُ ‫الْيَ ْو َم أَ ْك َمل‬
ََ َ ْ
ِ ‫ف ِِْلثْ ٍم فَِإ َّن اللَّو غَ ُف‬
ِ ْ ‫ِدينًا فَم ِن ا‬
ٍ ِ‫ص ٍة غَْي ر متَجان‬
‫يم‬
ٌ َ
َ ُ َ َ ‫ضطَُّر في َم ْخ َم‬
ٌ ‫ور َرح‬
َ
Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu
agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu,
dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”
Surah al-Maidah (5) : 3
Kesyumulan ini merupakan sifat asli Islam yang sesekali tidak dapat dipisahkan
daripada Islam. Islam telah pun mengatur dengan teliti semua sudut kehidupan dan
perbuatan manusia. Sifat ini menjadi ciri khusus Islam sehingga menjadikannya berbeza
dengan sistem atau agama lain yang hanya mengatur sebahagian atau sesuatu sudut
tertentu sahaja dalam kehidupan manusia.100 Kesyumulan ini merangkumi seluruh
kegiatan utama dalam kehidupan manusia sehingga tiada satu aspek pun dalam
kehidupan manusia yang tercicir tanpa mendapat petunjuk dan bimbingan daripada
Islam.101
Allah S.W.T. juga berfirman dalam menerangkan bahawa tiada satu pun urusan
hambaNya yang diabaikan dibawah kesyumulan peraturan-peraturan Islam.
100
101
Abu Urwah (2003), Asas-asas kefahaman Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., hlm. 11.
Ibid.
89
ِ ‫ما فَ َّرطْنَا فِي ال‬
ِ َ‫ْكت‬
‫اب ِم ْن َش ْي ٍء‬
َ
Maksudnya: “Tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam
Kitab al-Quran ini.”
Surah al-An‟am (6) : 38
Dengan kata-kata Hassan al-Banna yang mengungkapkan kesyumulan Islam
sebagai;
“Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya
mengatur segenap sudut hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan
dunia dan akhirat.”102
Hassan al-Banna juga ada menyebut;
“Islam sebagai satu peraturan yang mencakupi semua urusan kehidupan. Ia
adalah pemerintah dan negara atau kerajaan dan ummah, akhlak dan kekuatan atau
rahmah dan keadilan, pengetahuan dan peraturan atau ilmu dan hukuman, benda dan
khazanah atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan pemikiran, ia
juga mengandungi akidah yang benar dan ibadah.”103
Islam mampu mengatur segenap sudut kehidupan manusia kerana ruang lingkup
ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali. Mulai dari
sekecil-kecil urusan sehinggalah kepada sebesar-besar urusan. Mulai dari urusan dan
peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan hubungan antarabangsa. Demikian juga
dalam bidang akidah, syariah, akhlak, muamalat, jenayah, ekonomi dan lainnya. 104
Kesyumulan Islam dalam setiap persoalan duniawi dan ukhrawi adalah
berteraskan kepada dasar-dasar rabbani yang jelas dan sepadu, tidak membahagikan
kehidupan manusia kepada juzuk-juzuk yang terpisah-pisah, tidak menolak pentingnya
daya keyakinan hati yang dikuatkan dengan kemampuan akal. Islam sentiasa
Muhammad Yusuf al-Qardawi (2003), “Islam Dakwah Yang Syumul”, dalam Abu urwah, Asas-asas kefahaman Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., hlm. 12. Lihat juga Mohd Nasir Omar (2005), Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm. 99.
103
Mohd Sabri Ismail & Salmiah Ismail (2007), “Dakwah dan Pembangunan Sukan di Malaysia: Satu Realiti,” (Kertas Kerja
Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Belia 2007 di Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti
Kebangsaan Malaysia), hlm. 246.
104
Abu Urwah (2003), op.cit., hlm. 13.
102
90
mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan manusia bagi kebaikan mereka di dunia
mahupun di akhirat kelak.105
Merujuk kepada kesyumulan Islam tersebut, maka secara tidak langsung
terbentuklah unsur-unsur yang berakar umbikan Islam dalam setiap penjuru ruang
kehidupan manusia yang memainkan peranan sebagai pembimbing manusia ke arah
jalan yang lurus sepanjang melayari bahtera kehidupan mereka di dunia ini, bahkan
membantu mengecapi kehidupan sejahtera di akhirat kelak. Oleh yang demikian, unsurunsur Islam yang wujud perlu di ketengahkan kepada masyarakat supaya mereka tahu
dan sedar akan kewujudan Islam dalam dimensi kehidupan di alam nyata ini.
Unsur-unsur Islam tersebut tidak mempunyai nilai batasan keluasannya dalam
menerajui takhta di hati dan akal manusia kerana ianya boleh disampaikan kepada
manusia melalui apa sahaja cara sekalipun selagi cara itu dibenarkan di sisi syarak. Oleh
yang demikian penulis memilih dimensi drama sebagai medan mengketengahkan
kesyumulan Islam melalui unsur-unsur Islam yang wujud di dalamnya. Ini kerana drama
mempunyai nilai estetika tertentu yang mampu memberi impak besar kepada manusia
yang semakin lalai dan alpa dengan nikmat dunia. Justeru itu, unsur-unsur Islam yang
dimuatkan dalam drama Nur Kasih ini penulis kenalpasti dan mengadaptasikannya ke
dalam kajian penulis ini supaya ruang lingkup penyebaran kesyumulan Islam itu dapat
dilihat dan dinilai oleh masyarakat sendiri. justeru itu, setiap unsur-unsur Islam yang
dikaji adalah berorientasikan keseluruhan urusan hidup manusia.
Menurut kajian penulis, begitu banyak unsur-unsur Islam yang wujud di dalam
drama Nur Kasih ini. Maka dengan demikian, penulis hanya akan memilih beberapa
105
Ibid.
91
unsur-unsur Islam yang dilihat paling ketara dan paling banyak cuba ditonjolkan dalam
drama ini.
4.2.
Unsur-unsur Islam dalam Drama Nur Kasih
Dalam bab ini penulis membahagikan unsur-unsur Islam yang terkandung dalam
drama Nur Kasih kepada tiga aspek besar iaitu aspek pengisian, aspek uslub atau gaya
persembahan dan aspek sinematografi. Tiga aspek ini penulis pecahkan pula kepada
beberapa bahagian kecil lain supaya penulisan ini nampak lebih sistematik dan halus
pengkajiannya serta mudah difahami kerana mempunyai kronologi yang tersendiri.
4.2.1. Aspek Pengisian
Aspek ini penulis membahagikan kepada tiga bahagian kecil yang lain mengikut
asas keutamaan dalam Islam atau tunjang kepada ilmu Islam iaitu
i)
Skop akidah
ii)
Skop syariah
iii)
Skop akhlak
Ketiga-tiga skop tersebut merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan
antara satu sama lain kerana ia merupakan antara rantaian intipati terpenting dalam
Islam yang merangkumi semua perkara. Akidah digambarkan sebagai akar yang
menjadi tunjang kukuh kepada sepohon pokok yang tertegak diatas permukaan bumi ini.
Sedangkan syariah pula merupakan batang pokok yang berdiri tegak di atas tujangan
akar yang kukuh. Manakala akhlak pula diibaratkan seperti buah yang dihasilkan
daripada proses kelangsungan akar dan batang pokok.
92
4.2.1.1.
Skop Akidah
Akidah dari sudut bahasa berasal daripada Bahasa Arab iaitu ikatan, kata putus,
tetap, percaya, kukuh, pegangan, melekat dan keyakinan.106 Dari sudut istilah pula,
akidah ialah perkara-perkara yang wajib diyakini dengan hati, jiwa menjadi tenang
dengannya sehingga terjadi keyakinan yang utuh yang tidak bercampur dengan
keraguan dan kesangsian.107
Akidah sangat penting dalam kehidupan manusia kerana akidah merupakan akar
dan tunjang kepada kehidupan manusia dalam memastikan manusia hidup dalam penuh
ketaqwaan kepada Allah S.W.T. dan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Tanpa
akidah Islam manusia tidak dikira muslim dan tanpa akidah yang kukuh juga manusia
sangat mudah terpesong dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang selamanya
menjadi musuh ketat manusia. Sepertimana firman Allah S.W.T. :
ِ َّ ِ
ٍ ‫ضو‬
َّ ‫ان َخ ْي ٌر أ َْم َم ْن أ‬
َّ ‫أَفَ َم ْن أ‬
ُ‫س بُ ْن يَانَو‬
َ ْ ‫س بُ ْن يَانَوُ َعلَى تَ ْق َوى م َن اللو َوِر‬
َ ‫َس‬
َ ‫َس‬
ٍ
ِ ِِ
‫َّم َواللَّوُ ََل يَ ْه ِدي الْ َق ْو َم‬
َ ‫َعلَى َش َفا ُج ُرف َىا ٍر فَانْ َه َار بو في نَا ِر َج َهن‬
ِ ِ َّ
‫ين‬
َ ‫الظالم‬
Maksudnya: “Maka apakah orang-orang yang mendirikan
masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaan(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan
bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu
jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam.
Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang
yang zalim.”
Surah at-Taubah (9) : 109
Drama Nur kasih tidak terlepas pandang dalam membuktikan kepentingan akidah
kepada masyarakat. Di sini penulis membentangkan beberapa contoh penting dan jelas
Che Zarina Sa‟ari & Joni Tamkin Borhan (2006), “Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam,” dalam Jurnal
Usuluddin, Bil 23-24, hlm. 41.
107
Ibid.
106
93
sebagai pembuktian kepada kepentingan dan keutamaan akidah yang cuba disampaikan
dalam drama ini.
Contoh 1 :
Adam : Look, I have everything that I have ever wanted.
Kat, job, money. But I dont know, I…
Dave : Hey, I know how right up inside. You feel empty.
Adam : There‟s something missing in me, but i don‟t know
what it is…
Dave : You don‟t know what it is. I know exactly what it
is108
Ketika mana Adam sudah berjaya di Sydney dan mempunyai segalanya namun
hati masih terasa kosong dan seolah-olah ada sesuatu dia tidak ada lagi. Perkara yang
Adam tidak ada itu sebenarnya adalah akidah tauhid. Adam selama hidupnya dia
meninggalkan Islam. Hidupnya langsung tidak seperti seorang muslim dan terbukti itu
bukan fitrahnya kerana manusia perlu hidup dengan fitrah Islamnya untuk memiliki
hidup yang bahagia. Oleh itu, Adam tidak mendapat kebahagiaan hakiki kerana dia
tidak mengikut fitrahnya yang sebenar iaitu hidup dalam panduan Islam. Plot ini berlaku
apabila Adam sedang berpesta bersama kawan-kawan sepejabat meraikan kenaikan
pangkatnya dengan arak. Di sinilah Adam mula merasa kekosongan dalam jiwanya.
Contoh 2 :
Aidil : Dia takda asas Dam. Dia tak faham apa yang
Adam nak buat. Sudah tentu dia membencinya. Sebab
Adam nak merubahkan dia tanpa kerelaan dia. Cuba
Adam fikir Adam dulu macam mana bila dipaksa.
Adam : Habis tu Adam nak buat macam mana?
Aidil : Adam kena bimbing dia. Takda masalah yang kita
nak selesaikan sekelip mata Dam. Dia perlu mendalami
Islam. Mungkin Adam boleh bawa dia pergi PERKIM
Adam : Kalau dia taknak?
Aidil : Adam kena usaha. Dia isteri Adam.
Tanggungjawab ni di atas bahu Adam. Ni cabaran yang
harus Adam terima.109
Aidil : Abang rasa sebelum kita bina akidah dia, kita kena
kembalikan diri dia ke sini. Tempat ni, waktu ni. Kerana
dia masih terperangkap lagi di Sydney satu tahun dulu.110
108
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:06:14
Lihat dalam episod 12 pada minit 00:20:59.
110
Lihat dalam episod 12 pada minit 00:28:02.
109
94
Dialog di atas menunjukkan bagaimana Adam dan Aidil berusaha untuk
membawa Katrina kembali ke pangkal jalan dengan cuba untuk membina asas akidah
dalam diri Katrina yang selama ini terlalu jauh dari mengenali Islam. Boleh dilihat di
sini perkara yang ingin dilakukan oleh Aidil dan Adam adalah membina akidah Katrina
sebelum dia mempelajari lebih lanjut tentang Islam. Namun pembinaan akidah itu
haruslah dalam keadaan yang betul iaitu Katrina perlu sihat mentalnya supaya
pembinaan akidah yang dilakukan itu terpahat kukuh dalam jiwa dan pemikiran yang
waras. Ini membuktikan bahawa akidah adalah akar terpenting dalam diri manusia
untuk menjadi muslim sejati.
Begitu juga terdapat satu lagi bukti dalam drama ini yang menjelaskan bahawa
hanya dengan Islam dan akidah yang benar manusia akan dapat selesaikan masalah dan
mencapai ketenangan sebenar iaitu apabila Katrina meninggalkan Adam setelah dia
mengetahui bahawa dia merupakan isteri kedua Adam. Katrina cuba melupakan
tekanannya dengan berdisko, minum arak dan mengambil pil tidur, namun lamakelamaan dia menyedari bahawa itu bukan penyelesaian sebenar kepada masalah
tersebut kerana hidupnya menjadi tidak tentu arah dan hatinya masih gundah gulana.
Kemudian dia mendapati kebahagiaan itu menjadi miliknya apabila dia menemui Islam
yang sebenar dan beramal dengan ajaran Islam yang suci itu. Hidupnya mula teratur dan
hatinya mencapai ketenangan yang dia cari. Rupanya Islam adalah ketenangan tersebut.
Plot ini berlaku ketika mana Katrina datang ke rumah secara mengejutkan ketika
masing-masing sedang sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan Aidil dan Aliya.
Katrina telah menceritakan bagaimana dia menemui Islam dan mendapat ketenangan.
Plot pada masa ini ialah plot imbas kembali bagaimana Katrina mula mengenali dan
belajar tentang Islam iaitu dia dijumpai dalam keadaan tidak terurus oleh seorang wanita
lantas membantunya dengan membawa Katrina ke pondok pengajian Islam dan di situ
95
bermula segalanya. Katrina mula belajar mengaji ayat suci al-Quran dan belajar
bagaimana berpakaian secara Islam serta bagaimana hidup sebagai seorang muslim
sejati. Pondok itulah Katrina belajar segalanya tentang Islam.
Contoh 3 :
Adam : Mana you pergi selama ni Katrina?
Katrina : Saya pergi mencari kebahagiaan. Dan lamalama saya dapat lebih daripada itu. Saya dapat keinsafan.
Semuanya sementara tak dapat mengubat kekecewaan.
Jalan termudah melupakan segalanya. Hingga hidup ini
sudah tidak ada makna. (ketika Katrina cuba melupakan
masalahnya dengan arak, pil tidur dan menghabiskan
masa dengan clubbing) Sedikit demi sedikit saya mula
mencapai ketenangan. Saya dapat kebahagiaan yang
diredhai Allah.111
Plot ini telah mengangkat martabat Islam di tempat yang tertinggi dengan
membuktikan hanya dengan Islam manusia dapat kecapi kebahagiaan dan ketenangan
zahir dan batin.
a. Redha dengan ketentuan Allah S.W.T.
Meredhai segala apa yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T. adalah merupakan sifat
yang wajib ada pada semua manusia kerana tanpa sifat redha manusia akan
mempertikaikan segala apa yang terjadi dan berlaku ke atas diri mereka khususnya
apabila berlaku perkara buruk. Ujian yang menimpa diri sangat berat dan adalah
menjadi kewajiban untuk manusia redha dan berdoa kepada Allah S.W.T. meminta
pertolongan. Untuk melahirkan sifat redha yang tinggi dalam diri manusia perlu kepada
tingkat iman dan taqwa tinggi dan mantap. Tanpa iman dan taqwa yang mantap susah
untuk manusia menerima sesuatu kenyataan buruk yang berlaku ke atas dirinya. Kerana
tanpa sifat redha dalam diri juga boleh menyebabkan manusia menjadi gila dan putus
asa terhadap Allah S.W.T. Maka sifat redha perlu di pupuk dalam diri setiap individu
111
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:03:54.
96
muslim supaya ia menjadi sifat penting dan utama dalam diri manusia. Hamba yang
disayangi Allah S.W.T. ialah hamba yang selalu ditimpa atasnya ujian supaya dia
sentiasa mengingati Allah S.W.T. dan tidak mudah terleka.
Dalam drama Nur Kasih ini terdapat banyak dialog yang menyatakan tentang
keredhaan dengan ujian Allah S.W.T. walau sehebat mana ujian itu. Konsep sifat redha
telah ditanam dalam diri watak-watak yang berperanan dalam drama ini. Masyarakat
yang menonton harus mengambil contoh akan ketinggian sifat redha yang wujud di
kalangan watak dalam drama ini. Antara contoh sifat redha tersebut ialah:
Contoh 1 :
Ustaz Hassan : Alhamdulillah.. balik juga si Adam tu.
Tapi macam dulu jugak. Takda satu pun yang berubah.
Hajah Khadijah : Puas dah Jah berdoa. Bertahun-tahun.
Orang kata doa ibu tu makbul, tapi Jah?
Ustaz Hassan : Jangan cuba nak pertikai apa-apa dengan
Tuhan Jah. Dah Dia bagi, kita terima. Ni ujian Jah..
Mungkin juga balasan...112
Contoh ini berlaku ketika Adam juga pulang bersama dengan Aidil setelah
sekian lama Adam tidak pulang. Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah bersyukur dengan
kepulangan Adam namun mereka juga sedih melihat keadaan Adam yang masih sama
seperti dahulu, masih jauh hidupnya dari Islam. Boleh dilihat di sini bahawa Ustaz
Hassan menegur isterinya yang seolah pertikaikan doanya tidak dimakbulkan Allah
S.W.T. Teguran Ustaz Hassan itu mengajar isterinya supaya menganggap Adam sebagai
dugaan buat mereka dan mereka sepatutnya redha dan tidak berputus asa dalam
berusaha lagi untuk mengubah Adam.
Contoh 2 :
112
Adam : Katrina I know you hurting, I faham,
tapi segala cabaran yang Allah berikan
kepada kita adalah ujian. Ujian supaya kita
menjadi yang lebih baik
Katrina :What happened to you?
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:12:06.
97
Adam : I found a way to understand my pain
and I let it go
Katrina:Congratulation!
Adam: I can help you..113
Adam yang telah menemui keinsafan selepas tragedi ngeri yang menimpanya
redha dengan takdir yang menimpanya dan menganggap perkara tersebut sebagai ujian
buat dirinya dan isterinya. Kematian anak dalam kandungan telah menyebabkan Katrina
terlalu tertekan akibat tidak dapat menerima kenyataan tersebut ditambah pula apabila
Katrina disahkan tidak dapat mengandung lagi buat selamanya kerana mengalami
kerosakan rahim. Adam cuba memberitahu Katrina supaya redha dengan ujian Allah
S.W.T. dan cuba untuk menolong Katrina mencari keredhaan tersebut namun Katrina
telah menolaknya ketika itu.
Contoh 3 :
Doktor : Katrina. Awak menghidap Siderosis Hati. Ianya
dalam kritikal.
Katrina : Berapa lama?
Doktor : Enam bulan mungkin satu tahun.
Katrina : Saya rasa bertuah Doktor. Orang lain tak tahu
bila ajal akan temui dia. Tapi saya tahu, dan saya akan
manfaatkan setiap saat dalam hidup saya, dan saya akan
habiskan hari-hari terakhir saya di samping orang yang
saya sayangi.114
Dialog di atas menggambarkan betapa Katrina redha dengan ketentuan Allah
S.W.T. bahawa hidup dia sudah tidak lama di muka bumi ini kerana menghidap
penyakit Siderosis Hati tahap kritikal. Dengan riak wajah yang tenang Katrina berbicara
tentang keredhaannya. Dia juga berfikiran optimis terhadap nasib yang menimpanya.
Dua sifat baik ini menunjukkan bahawa Katrina selepas keinsafannya benar-benar
berubah bukan sahaja daripada aspek luaran dan perlakuan malah perubahan drastik
juga berlaku kepada pemikirannya berbanding sebelum dia mengenali Islam secara
113
114
Lihat dalam episod 10 pada minit 00:06:25.
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:32:51.
98
mendalam, iaitu ketika mana dia kematian anak dalam kandungan kerana kemalangan115
yang memberi kesan sehingga menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital
sakit jiwa untuk menerima rawatan kerana hampir hilang kewarasan.116 Puncanya
kerana dia tidak redha dengan kehilangan anak tersebut dan menyalahkan Adam atas
kematian anaknya. Plot ini telah menunjukkan perbezaan ketara antara sebelum dan
selepas Katrina mengenali Islam. Secara tidak langsung plot ini mengangkat darjat
Islam sebagai sebuah agama yang mampu membentuk individu yang mempunyai
ketahanan dalaman yang utuh tempias daripada sifat redha yang dianjurkan Islam.
b. Tawakal kepada Allah S.W.T.
ِ
ِ
َّ
‫ص ُرُك ْم ِم ْن‬
ُ ‫ب لَ ُك ْم َوإِ ْن يَ ْخ ُذلْ ُك ْم فَ َم ْن ذَا الَّذي يَ ْن‬
ُ ‫إِ ْن يَ ْن‬
َ ‫ص ْرُك ُم اللوُ فَ ََل غَال‬
‫بَ ْع ِد ِه َو َعلَى اللَّ ِو فَ لْيَتَ َوَّك ِل ال ُْم ْؤِمنُو َن‬
Maksudnya: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan
maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan
kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang
akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang
demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang Yang beriman itu berserah diri.”
Surah ali-Imran (3): 160
Tawakal kepada Allah S.W.T. juga merupakan sifat yang wajib ada dalam setiap
diri manusia. Namun dalam tawakal perlu ada usaha supaya apa yang diminta itu
diperkenankan oleh Allah S.W.T. Manusia tidak boleh hanya bertawakal kepada Allah
S.W.T. tentang sesuatu tanpa ada usaha yang datang daripada diri manusia. Perlu
berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati serta berdoa dan kemudian tawakal
dengan ketentuan Allah S.W.T. Dalam drama Nur Kasih begitu banyak plot yang
menggambarkan bahawa manusia perlu tawakal kepada Allah S.W.T. untuk semua
115
116
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:23:24.
Lihat dalam episod 12 pada minit 00:01:35.
99
perkara dan pasti sifat tawakal tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. Antara
contoh keyakinan terhadap Allah S.W.T. ialah :
Contoh 1 :
Mak Ani : Nur tu keputusan dia bagus. Tapi kami ni
tak mampu nak hantar dia belajar tinggi-tinggi.
Hajah Khadijah : Jangan putus asalah Ani.
Mesti banyak lagi peluang untuk dia. Insyallahkan?
Mak Ani : Yalahkan, insyallahkan?117
Contoh di atas merupakan dialog antara Mak Ani dan Hajah Khadijah yang
merupakan kawan baik di kampung. Mak Ani datang menziarahi Hajah Khadijah untuk
bertanya tentang berita tentang anak-anak Hajah Khadijah. Mak Ani memuji nasib
Hajah Khadijah yang bertuah kerana kedua-dua anaknya pandai dan melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang tinggi. Kemudian dia meluahkan sedikit kekesalan kerana
kemiskinannya dia tidak mampu menghantar anaknya Nur Amina untuk menyambung
pengajian. Mendengar kekesalan Mak Ani, Hajah Khadijah meyakinkan Mak Ani
tentang pasti ada jalan terbaik buat Nur cuma jangan berputus asa. Dialog ini
menggambarkan kepada masyarakat bahawa pasti ada peluang untuk setiap manusia
yang berusaha dan keyakinan terhadap Allah S.W.T. tidak akan mensia-siakan umatnya
yang berusaha cuba ditonjolkan.
Contoh 2 :
Nur Amina : Nabila, Aisyah akan kahwin tak lama lagi.
Seorang lagi teman seperjuangan kita yang terpaksa
tunduk dengan kemiskinan. Aku sendiri tak tahu macam
mana nasib aku nanti. Seperti kau atau seperti Aisyah.
Cita-cita aku menggunung Nabila. Semoga doa aku akan
dimakbulkan Nabila. Insyallah.118
Ini merupakan isi kandungan surat Nur Amina yang ingin dikirimkan kepada
Nabila. Skrip ini jelas menunjukkan pengharapan dan tawakal Nur Amina terhadap
doanya kepada Allah S.W.T. Dia sudah berusaha dan sekarang masanya dia bertawakal
dengan penuh pengharapan moga doanya dimakbulkan.
117
118
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:26:27.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:34:30.
100
Contoh 3 :
Adam : Bila Adam boleh jumpa dia bang?
Aidil : Doktor cakap dalam masa tiga hari ni jangan ada
sesiapa jumpa dia. Insyallah semua ok.119
Dialog ini berlaku setelah Adam dan Aidil menghantar Katrina ke hospital sakit
jiwa untuk mengubati Katrina yang tertekan akibat kematian anaknya. Kata-kata yang
diucapkan Aidil kepada Adam menunjukkan bahawa mereka perlu bertawakal kepada
Allah S.W.T. dengan mengharapakan segalanya berjalan dengan baik setelah berusaha
bersungguh-sungguh. Maka natijahnya Katrina sememangnya sembuh daripada tekanan
jiwanya dan sudah menjadi seorang yang normal kembali.120
c. Hidayah hanya dari Allah S.W.T.
Hidayah merupakan satu daripada perkara yang wajib di percayai oleh umat Islam
kerana hidayah merupakan petunjuk daripada Allah S.W.T. kepada manusia menuju ke
arah kebaikan di dunia dan akhirat. Hidayah adalah satu perkara ghaib yang tidak
mempunyai zatnya namun manusia boleh melihat bukti kewujudan hidayah melalui
perkara-perkara yang berlaku. Pelbagai wasilah hidayah Allah S.W.T. sampaikan
kepada manusia. Ada yang melalui mimpi, ada yang melalui pengajaran buruk dalam
hidup dan sebagainya. Dengan hidayah terbukti sifat agung Allah S.W.T. yang Maha
Pengampun dan Maha Penyayang dan mengukuhkan lagi keimanan dan ketaqwaan
manusia kepada Allah S.W.T. Terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang
menjelaskan dan menceritakan tentang hidayah Allah S.W.T. antaranya ialah :
119
120
Lihat dalam episod 12 pada minit 00:06:25.
Lihat dalam episod 14 pada minit 00:31:48.
101
ِ َّ
‫اى ْم‬
َ ‫ين ْاىتَ َد ْوا َز‬
ُ ‫اى ْم تَ ْق َو‬
ُ َ‫اد ُى ْم ُى ًدى َوَآت‬
َ ‫َوالذ‬
Maksudnya: “Dan orang-orang yang mahu menerima petunjuk,
Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan
balasan ketaqwaannya.”
Surah Muhammad (47) : 17
Terdapat tiga plot penting dalam drama ini yang menjadi salah satu konflik utama
drama ini yang menerangkan tentang hidayah Allah S.W.T. Wasilah hidayah dalam
drama ini digambarkan dengan pengajaran buruk dalam hidup yang menyebabkan
manusia kembali kepada Allah S.W.T. dengan menjadi insan yang soleh.
Contoh pertama dalam episod 9 dan episod 13. Adam mendapat hidayah apabila
dia ditimpa kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk dan telah menyebabkan
kematian anaknya yang masih di dalam kandungan. Kejadian ngeri ini benar-benar
menjadi satu pengajaran dan iktibar buat diri Adam. Adam di penjarakan selama tiga
bulan atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. Dengan takdir Allah S.W.T.
Adam bertemu dengan seorang imam iaitu Imam Ali Solahuddin di sebuah masjid di
Sydney yang membawa Adam mengenali Islam. Adam menemui keinsafan dan mula
belajar tentang Islam melalui pertolongan Imam tersebut.
Contoh 1
Episod 9 :
121
Imam Ali Solahuddin: Can I help you?
Adam: My son is dead.
Imam Ali Solahuddin: Innalillahi wa inna
ilaihi raaji‟un.
Adam : And I don‟t know what to do?
Imam Ali Solahuddin: Well, you came to the
right place.
Adam: But I leave Islam for the very long
time.
Imam Ali Solahuddin : But Islam never leave
you, come with me my son.121
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:29:11.
102
Episod 13 :
Nur Amina : Alif ada bagitahu saya awak
masuk penjara?
Adam : Ya. Di situ saya kenal keinsafan.
Kawan baik saya Ustaz Ali ada mengajar dan
membimbing saya ke jalan yang pernah saya
tinggal dulu.122
Dialog di atas jelas menunjukkan bahawa Adam adalah antara insan yang
terpilih untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T. dan wasilahnya adalah melalui
pengajaran buruk dan Imam Ali Solahuddin yang membantunya. Selain itu, Adam juga
berusaha untuk berubah seiring dengan mendapat hidayah dari Allah S.W.T. Tanpa
usaha dari diri sendiri hidayah daripada Allah S.W.T. akan disia-siakan kerana manusia
perlu berusaha merubah diri sendiri kepada kebaikan selain mendapat hidayah daripada
Allah S.W.T..
Contoh 2 :
Adam : Mana you pergi selama ni Katrina?
Katrina : Saya pergi mencari kebahagiaan. Dan lamalama saya dapat lebih daripada itu. Saya dapat keinsafan.
Semuanya sementara tak dapat mengubat kekecewaan.
Jalan termudah melupakan segalanya. Hingga hidup ini
sudah tidak ada makna. Sedikit demi sedikit saya mula
mencapai ketenangan. Saya dapat kebahagiaan yang
diredhai Allah.123
Contoh kedua ini menceritakan bagaimana Katrina mendapat hidayah setelah dia
dikecewakan oleh Adam dengan mengetahui bahawa dia merupakan isteri kedua Adam.
Hidayahnya didapati apabila dia cuba mencari ketenangan hati dan cuba melupakan
masalahnya dengan pelbagai cara seperti pergi ke disko, memabukkan diri dan
mengambil pil tidur. Namun jiwanya semakin kacau jauh sekali dari ketenangan. Dia
mula sedar itu bukan caranya untuk menyelesaikan masalah hatinya yang tidak tenang.
Dia mula menyedari sesuatu yang memberi ketenangan kepadanya apabila dia bertemu
dengan sebuah jemaah Islam yang mengajarnya tentang Islam dan beramal dengannya.
Semenjak itu Katrina mula insaf dan menjadi seorang muslim yang solehah.
122
123
Lihat dalam episod 13 pada minit 00:10:14.
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:03:53.
103
Contoh 3 :
Sarah : Terima kasih kak, jaga Sarah.
Nur Amina : Sarahkan adik kakak.
Sarah : Sarah dah buat macam-macam tak elok kat akak
selama ni.
Nur Amina : Akak tahu Sarah dah berubah.124
Sarah yang selama ini sentiasa berhasad dengki telah membuat pelbagai perkara
buruk seperti menabur fitnah besar di sana sini terhadap Aidil, Nur Amina, Adam, dan
ramai lagi sehingga menyebabkan keretakan rumahtangga Aidil serta Adam akibat
perasaan cemburunya pada Nur Amina juga kerana cintanya tidak berbalas terhadap
Aidil. Kejahatannya di balas dengan musibah yang menimpanya iaitu dia dihempap
sebuah cermin untuk mengelak daripada dilanggar motor. Sejak peristiwa itu, Nur
Amina yang selama ini diperlaku dengan jahat telah menjaga Sarah dengan baik dan
memaafkan segala perbuatannya menyebabkan Sarah menyedari bahawa selama ini dia
bersalah dan insaf akan kesalahannya. Sarah mula menjadi seorang individu yang baik
selepas peristiwa tersebut. Dalam contoh tiga ini memberitahu kita bahawa Sarah juga
mendapat hidayah Allah S.W.T. setelah menerima balasan atas perbuatan jahatnya dan
kerana kebaikkan Nur Amina yang memaafkannya dan menjaganya selama dia sakit
telah menyedarkan Sarah betapa dia banyak melakukan kejahatan selama ini.
Ketiga-tiga contoh di atas telah menerangkan bahawa hidayah daripada Allah
S.W.T. datang dengan pelbagai cara dan wasilah, namun manusia sendiri juga harus
berusaha ke arah mendapatkan hidayah tersebut dengan menginsafi kesalahan dan
menjadi manusia yang baik.
124
Lihat dalam episod 26 pada minit 00:16:54.
104
d. Berbaik sangka dengan Allah s.w.t.
Husnuzhan (berbaik sangka) terhadap Allah S.W.T. merupakan sifat yang perlu
ada dalam jiwa setiap muslim. Telah diriwayatkan oleh al-Bukhari125dan Muslim126dari
Abu Hurairah, dalam apa yang diriwayatkan oleh Nabi s.a.w.:
‫ال اللَّوُ أَنَا ِع ْن َد ظَ ِّن َع ْب ِدي بِي‬
َ َ‫ق‬
Maksudnya: “Aku adalah menurut persangkaan hambaKu
terhadapKu.”
Yakni: Allah S.W.T. berbuat terhadap manusia menurut persangkaan manusia
terhadapNya. Apabila manusia menyangka bahawa Allah S.W.T. akan memaafkannya,
maka Allah S.W.T. akan mewujudkan maaf itu baginya. Begitu juga apabila manusia
menyangka bahawa Allah S.W.T. akan berada dalam salah satu dari urusan-urusannya,
maka Allah S.W.T. pun tidak akan meninggalkannya.127
Abu Dawud meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
ِ
ِ
‫ادةِ اللَّ ِو‬
َ َ‫إِ َّن ُح ْس َن الظَّ ِّن بِاللَّ ِو م ْن ُح ْس ِن عب‬
Maksudnya: “Sesungguhnya baik sangka itu termasuk „ibadah
yang baik.”128
Dalam drama Nur Kasih ini mengandungi banyak nasihat supaya manusia sentiasa
bersangka baik dengan Allah S.W.T. terhadap sesuatu perkara buruk yang menimpa
manusia. Drama ini juga menerapkan supaya manusia bersangka baik dengan Allah
S.W.T. tanpa mempertikaikan segala perkara buruk yang terjadi dan mempercayai
bahawa setiap perkara buruk yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Konsep
Abu Abdullah Muhammad bin Ismail (2008), Sahih Al-Bukhari dalam Kitab al-Tawhid, Bab Qawli Allahi Ta‟ala “ Yuriduna
„an Yubaddilu Kalam Allah, no. Hadith: 7505, hlm. 625.
126
Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Naysabury (2008), Sahih Muslim dalam Kitab al-Zikri wa al-Du‟a, Bab fi Fadl al-Zikri
wa al-Du‟a, no. Hadith: 6829, hlm. 1145.
127
Sayid Sabiq (1994), Islam Kita. Mudzakkir (terj.). Indonesia: Penerbit Pustaka, hlm. 121.
128
Dawud Sulayman bin al-Ash‟ath al-Azdi al-Sajastani (2008), Sunan Abi Dawud dalam Kitab al-Adab, Bab fi Husni al-Zanni‟,
no. Hadis: 4993, hlm. 1588.
125
105
berbaik sangka yang diterapkan dalam drama ini merupakan suatu perkara yang sangat
baik dan dapat menambahkan tingkat keimanan dan ketaqwaan manusia kepada
Khaliqnya serta mencegah sifat berputus asa dengan Allah S.W.T. yang sangat bahaya
kepada umat Islam. Antara contoh berbaik sangka dengan Allah S.W.T. ialah:
Contoh 1 :
Adam : Katrina I know you hurting, I faham,
tapi segala cabaran yang Allah berikan
kepada kita adalah ujian. Ujian supaya kita
menjadi yang lebih baik.129
Contoh yang berlaku di atas ini menunjukkan bahawa Adam berbaik sangka
dengan Allah S.W.T. dengan menyatakan hikmah ujian itu ialah untuk mereka menjadi
baik. Dan dalam masa yang sama Adam menasihati Katrina supaya berbaik sangka
dengan Allah S.W.T. yang memberikan ujian pasti ada tujuan lain di sebalik ujian
tersebut.
Contoh 2 :
Nur Amina : Tapikan, kenapa sejak baru-baru ni, Nur,
apa saja Nur buat semua tak jadi. Semua tak betul.
Ummu Majid : Itu namanya Tuhan nak menguji. Biasanya
kalau Tuhan nak bagi sesuatu yang baik itu, dia akan uji
kita dengan sesuatu benda yang agak payah. Yalah dia
nak tengok sejauh mana kesabaran kita. Kadang-kadang
tu kita pun ada buat salah juga. Tuhan nak menegur.130
Nur Amina kini berada di Jeddah membawa diri kerana mendapat tahu bahawa
dia bermadu. Nur Amina bekerja bersama Ummu Majid dalam agensi yang
menawarkan pakej Haji dan Umrah. Lihat bagaimana dialog ini Ummu Majid
menasihati Nur Amina yang mudah keliru itu supaya berbaik sangka dengan ujian Allah
S.W.T. dan menerangkan bahawa setiap yang buruk berlaku pasti ada hikmah di
sebaliknya. Kata-kata Ummu Majid ini sangat baik dan berhikmah dalam menerangkan
hal itu kepada Nur Amina.
129
130
Lihat dalam episod 10 pada minit 00:07:25.
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:05:13.
106
Contoh 3 :
Adam : Adam nak bawa mak pergi Umrah bang.
Hajah Khadijah : Kita pergi Adam. Niat kerana Allah.
Tapi insyallah dengan keikhlasan Adam, Allah balas pula
dapat jumpa dengan Nur.131
Kenyataannya, Allah S.W.T. mengizinkan Adam bertemu dengan Nur Amina di
Mekah. Hajah Khadijah juga menanamkan sifat berbaik sangka terhadap Allah S.W.T.
dalam diri Adam. Plot ini telah menerangkan dan membuktikan keterangan sebuah
hadith di atas iaitu hadith yang bermaksud “Aku adalah menurut persangkaan
hambaKu terhadapKu.” Jika manusia sentiasa berbaik sangka dengan Allah S.W.T.
tanpa putus asa pasti Allah S.W.T. membalasnya dengan apa yang diharapkan oleh
manusia.
Kesimpulannya yang dapat dijelaskan di sini dengan melihat kepada contoh di
atas telah menunjukkan betapa kuatnya unsur-unsur akidah yang ditonjolkan dalam
drama bersiri Nur Kasih ini. Hampir dalam setiap siri episodnya mempunyai unsur
akidah yang jelas dan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan akidah dan
sifat mulia yang berkait dengan akidah di mana dengan wujudnya sifat-sifat tersebut
pasti tingkat keutuhan akidah kita sangat tinggi sebagai seorang muslim.
4.2.1.2.
Skop Syariah
ِ
ِ
ِ
ِ
‫اجا‬
ً ‫ل ُك ٍّل َج َعلْنَا م ْن ُك ْم ش ْر َع ًة َوم ْن َه‬
Maksudnya: “Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami
berikan aturan (syir‟ah) dan jalan yang terang (minhaji).”
Surah al-Maidah (5) : 48
131
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:27:56.
107
ِ َّ ‫اك َعلَى َش ِريع ٍة ِمن ْاْلَم ِر فَاتَّبِعها وََل تَتَّبِع أ َْىو‬
‫ين ََل يَ ْعلَ ُمو َن‬
َ َ‫ثُ َّم َج َعلْن‬
ْ َ َ
َ َْ
َ ‫اء الذ‬
ََ ْ
Maksudnya: “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas
suatu syariat (peraturan) dari urusan (ad-deen) itu, maka
ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orangorang yang tidak mengetahui.”
Surah al-Jathiah (45) : 18
Syariah boleh diertikan sebagai ad-deen yang bermaksud satu cara hidup,
penyerahan dan ketundukan serta kepatuhan kepada suatu jalan yang terang. Oleh itu,
syariah merangkumi kedua-dua aspek iaitu aspek iman dan amal. Syariah meliputi
ibadah, sikap dan tindakan seseorang individu, peraturan-peraturan kemasyarakatan dan
undang-undang, sama ada ia bersangkut-paut dengan urusan politik, ekonomi,
kekeluargaan, jenayah ataupun sivil. Syariah Islam sebenarnya adalah peraturan dan
undang-undang yang bersumberkan daripada Allah S.W.T. bagi mengatur seluruh
kehidupan manusia. Sebagai membuktikan penerimaan sebenar manusia terhadap
akidah Islam, umat Islam mestilah mengikuti haluan yang ditetapkan oleh syariah Islam
sepenuhnya sebagai satu cara hidup. Meninggalkan salah satu aspek syariah Islam,
bermaksud telah melucutkan akidah Islam yang terpahat dihati itu.132
Dalam skop syariah ini, penulis hanya membentangkan dua aspek, kerana dua
aspek ini yang paling jelas dan nyata ditonjolkan oleh drama Nur Kasih sepanjang
sirinya berlangsung. Dua aspek tersebut ialah:
a) Aspek ibadah
b) Aspek sosial.
132
Abu Urwah (2003), op.cit., hlm, 25.
108
a) Aspek Ibadah
ِ ‫اْلنْس إََِّل لِي ْعب ُد‬
ِ ُ ‫وما َخلَ ْق‬
‫ون‬
ُ َ َ ِْ ‫ت الْج َّن َو‬
ََ
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu.”
Surah al-Dzariyat (51) : 56
Ibadah dalam Islam berperanan dalam mengatur hubungan individu dengan
Tuhannya disamping sebagai satu cara menampilkan ubudiyyah kepada Allah S.W.T.
secara zahir dan batin. Selain itu juga ibadah dapat merapatkan hubungan silaturahim
sesama umat Islam di seluruh dunia ini. Oleh itu ibadah adalah hak Allah S.W.T. yang
perlu dilaksanakan oleh semua hamba-hambaNya yang mengucapkan kalimah La Ilaha
Illallah. Kesemua jenis ibadah perlu dipelihara dan dimantapkan. Ia tidak boleh sama
sekali dipandang ringan atau dibuat sambil lewa kerana ibadah memainkan peranan
dalam mempertingkat dan memantapkan keimanan dan ketaqwaan. Tanpa ibadah akan
mengakibatkan hati dan jiwa mereka mati dan apabila hati dan jiwa manusia sudah mati,
maka akan rosaklah dunia ini dibinasakan oleh manusia.
Ibadah yang dilakukan dengan sempurna sebenarnya akan memberi kesan yang
sangat ketara kepada tingkahlaku manusia kerana ibadah-ibadah ini berperanan
membersihkan jiwa dan menjadikan manusia lebih peka bersama Allah S.W.T. sama
ada dalam keadaan bersendirian ataupun di khalayak ramai. Ibadah-ibadah yang dituntut
dalam Islam ini juga berupaya melahirkan individu yang takutkan Allah S.W.T. Ini
sekali gus menghalang mereka untuk melakukan maksiat atau sesuatu yang
memudaratkan orang lain. Malah manusia akan sentiasa berlumba-lumba untuk
melakukan kebaikan. Sudah tentu masyarakat akan bertambah harmoni apabila semakin
ramai individu yang menjadi golongan yang baik dan takutkan Allah S.W.T. Elemenelemen baik di dalam masyarakat ini akan bertambah dan elemen-elemen buruk pula
109
akan berkurangan. Atas dasar ini manusia perlu mengakui bahawa ibadah dalam Islam
mampu melahirkan individu dan masyarakat yang baik di samping mampu membawa
kebaikan kepada individu dan masyarakat133 di dunia dan di akhirat kelak. Ibadah dalam
Islam bukanlah hanya tertakluk kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja seperti yang
termaktub dalam rukun Islam. tetapi ibadah ialah apa sahaja perbuatan baik yang
diniatkan dan dilakukan kerana Allah S.W.T.
Berdasarkan analisis yang dibuat, penulis mendapati drama Nur Kasih banyak
menerapkan amalan ibadah dalam kandungan ceritanya. Pembudayaan terhadap
amalan-amalan ibadah seperti zikir, solat malam, solat sunat dan ibadah lain ditonjolkan
dengan sangat jelas. Selain itu, drama ini juga dilihat cuba untuk menyampaikan kepada
masyarakat tentang konsep ibadah yang sebenar selain daripada solat, membaca alQuran dan zikir. Berikut merupakan contoh bagi unsur-unsur ibadah yang paling
menonjol dalam drama ini:
i. Kepentingan solat
Dalam solat jelas tergambar ibadah lisan dengan ayat-ayat al-Quran, takbir,
tasbih dan doa. Demikian juga dengan ibadah tubuh badan sepeti berdiri, duduk, rukuk
dan sujud. Terdapat juga di dalamnya ibadah akal seperti berfikir dan merenung makna
ayat-ayat al-Quran dan di sebalik bacaan-bacaan yang dibaca di dalam solat. Juga
terdapat di dalamnya ibadah hati seperti ikhlas, khusyuk mencintai Allah S.W.T. dan
merasakan Dia sentiasa memperhatikan dan mengamati hambaNya.134
133
Abdul Karim Zaidan (2002), ibid., hlm. 53.
134
Abu Urwah (2003), op.cit., hlm. 18.
110
Solat juga menjadikan seseorang itu benar-benar menyedari kedudukannya
sebagai hamba Allah S.W.T. Setiap kali bertakbir, ia mengingatkan tentang kebesaran
Allah S.W.T. dan merasa terlalu kerdil diri ini dan rendah kedudukannya di hadapan
Allah S.W.T. Keadaan ini akan menjadikan manusia sentiasa sedar tanggungjawabnya
kepada Allah S.W.T. Sekiranya manusia berhati-hati dalam tindak lakunya dalam solat
kerana merasakan Allah S.W.T. melihatnya, sudah semestinya juga dia akan terus
berhati-hati dalam seluruh tingkah lakunya dalam kehidupan seharian. Rasa takut dan
berharap terhadap Allah S.W.T. yang ditanamkan oleh ibadah solat ini akan memimpin
seluruh kehidupan manusia hinggakan seluruh tindak tanduknya dipengaruhi oleh sifatsifat yang terkandung dalam solat tersebut. Sepertimana dalam sebuah firman Allah
S.W.T.:135
ِ ِ
ِ
ِ ِ ‫إِنَّما ي عمر م‬
‫الص ََل َة َوَآتَى‬
َّ ‫ام‬
َ َ‫ساج َد اللَّو َم ْن آ ََم َن بِاللَّو َوالْيَ ْوم ْاْلَخ ِر َوأَق‬
َ َ ُُ َْ َ
ِ
ِ
َّ ِ َ ‫الزَكاةَ َولَ ْم يَ ْخ‬
َّ
‫ين‬
َ ِ‫سى أُولَئ‬
َ ‫ك أَ ْن يَ ُكونُوا م َن ال ُْم ْهتَد‬
َ ‫ش إ ََّل الل َو فَ َع‬
Maksudnya: “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah
ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan
tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka
merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan
orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Surah at-Taubah (9) : 18
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
‫ يغتسل منو كل يوم خمس مرات ىل‬, ‫أرأيتم لو ان نهرا بباب أحدكم‬
‫ فذلك مثل‬: ‫ قال‬.‫ َل يبقى من درنو شئ‬: ‫يبقى من درنو شئ؟ قالوا‬
‫ يمحو اهلل بهن الخطايا‬, ‫الصلوات الخمس‬
Maksudnya: “Bagaimana pendapatmu jika sebuah sungai ada
di depan pintu rumah seorang daripada kamu, di mana dia
mandi di sungai itu setiap hari lima kali, adakah masih bersisa
sedikit kotorannya?” Mereka menjawab “tidak bersisa lagi
sedikit pun dari kotoran.” Beliau berkata “demikianlah
135
Ibid., hlm,18-19.
111
perumpamaan bagi solat lima waktu. Allah menghapuskan
dosa-dosanya”.136
Terdapat banyak plot dalam drama Nur Kasih ini yang menunjukkan watak-watak
yang berperanan sedang menunaikan solat sama ada solat secara bersendirian atau solat
secara berjemaah ia termasuk solat sunat mahupun solat fardhu. Ada sesetengah plot
solat tersebut didengarkan sekali bacaannya dan sesetengahnya hanya menunjukkan
perbuatan solat tersebut, manakala sebahagian yang lain hanya disebut di dalam dialog.
Apabila terdapat banyak plot solat yang ditunjukkan, maka penulis menganggap
bahawa drama ini cuba menyampaikan kepada penonton tentang kewajipan bersolat
khususnya solat fardhu. Begitu juga dengan solat sunat dan solat malam yang juga
terdapat beberapa plot tentangnya di dalam drama ini, maka ia menunjukkan bahawa
solat sunat dan solat malam dalam Islam adalah dituntut dan digalakan untuk
dilaksanakan oleh seorang muslim. Selain daripada itu, dalam drama ini juga terdapat
beberapa plot yang menunjukkan dengan bersolat seseorang akan mencapai ketenangan.
Diperkukuhkan lagi tentang kepentingan solat yang ditekankan dalam drama ini ialah
apabila wujud dialog-dialog tentang peringatan untuk menunaikan solat dan dialog
peringatan tentang waktu solat. Dengan demikian, jelas bahawa drama Nur Kasih sangat
menitik beratkan perihal solat dan cuba menyampaikan kepada masyarakat yang kini
yang semakin kurang mengambil perhatian tentang perihal solat sedangkan solat adalah
sesuatu aktiviti wajib yang harus dilakukan dalam kehidupan seharian seorang muslim
tanpa boleh dilengahkan jauh sekali untuk meninggalkannya.
Contoh 1 :
Aidil kecil : Adam dah sembahyang ke belum?
Adam kecil : Ayah mana?
Aidil kecil : Kenapa kau ni? Mengaji tak, sembahyang
terlepas.137
Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Naysabury (2008), Sahih Muslim dalam ibid., Kitab al-Masajid wa Mawadi‟i al-Solah,
Babal-Masyi Ila al-Solati Tumha bihi al-Khataya, no. Hadith: 1522, hlm. 782.
137
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:13:26.
136
112
Contoh 2 :
Budak-budak kecil geng Bola Sepak Aidil : Terima kasih
bang.
Aidil : Sama-sama.. Dah semua boleh balik jangan lupa
sembahyang maghrib ya.138
Contoh 3 :
Imam Abu Bakar : Nur, walau apa pun terjadi, cuma satu
saja ayah minta, jangan tinggal solat ya.139
Contoh-contoh di atas ialah di antara sebahagian daripada dialog-dialog dalam
drama ini yang memperingatkan tentang solat. Selain daripada tiga contoh yang
diberikan masih terdapat banyak lagi contoh-contoh lain yang terdapat dalam hampir
setiap episod drama ini yang menyeru manusia menunaikan solat. Sememangnya
dialog-dialog berkenaan secara zahirnya ditujukan untuk watak-watak dalam drama
tersebut, namun disebaliknya adalah untuk peringatan masyarakat juga sebenarnya.
ii. Pembudayaan solat berjemaah
Drama Nur Kasih yang memang sedia maklum sarat dengan unsur-unsur Islam
ketinggalan dalam menerangkan kepada masyarakat tentang kepentingan solat
berjemaah. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
ِ
ِ ‫ضل ِمن‬
ِ َ ‫ص ََلةُ الْجم‬
ِ
ً‫ين َد َر َجة‬
َ ْ ُ َ ْ‫اعة أَف‬
َ
ََ
َ ‫س ْب ٍع َوع ْش ِر‬
َ ‫ص ََلة الْ َف ِّذ ب‬
Maksudnya: “Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari
mendirikan sembahyang secara secara sendirian sebanyak dua
puluh tujuh kali ganda.”140
Drama Nur Kasih menerangkan keutamaan solat berjemaah ini melalui pelbagai
cara seperti penggunaan dialog, plot-plot yang menunjukkan perihal solat jemaah
138
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:18:24.
Lihat dalam episod 6 pada minit 00:31:56.
140
Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Naysabury (2008), Sahih Muslim dalam Kitab al-Masajid wa Mawadi‟i al-Solah, Bab
Fadli Solati al-Jama‟ati, no. Hadith: 1477, hlm. 779.
139
113
termasuk solat berjemaah di masjid juga solat berjemaah di rumah bersama keluarga.
Berikut merupakan lima contoh plot dan dialog tentang solat berjemaah:
Contoh solat berjemaah di masjid:
Contoh 1 :
Di sebuah masjid di Kaherah, lapan orang makmum
sedang mendirikan solat secara berjemaah termasuk Aidil
dan dua sahabatnya. Mereka mengikut setiap gerak laku
imam. Takbir, rukuk dan sujud serentak sejurus selepas
imam.141
Contoh solat berjemaah di rumah bersama keluarga :
Contoh 2 :
Ketika Adam sudah insaf, dia mengqamatkan solat
Maghrib berjemaah mereka sekeluarga. Semua terkejut
dengan perubahan Adam kerana sebelum ini jika mereka
sekeluarga solat berjemaah Adam tidak pernah turut
serta. Aidil menjadi imam ketika itu dan makmum
perempuannya adalah Nur Amina dan Hajah Khadijah.
Solat berjemaah itu diakhiri dengan doa.142
Contoh solat berjemaah sesama wanita :
Contoh 3 :
Di Jeddah, Nur Amina dan Ummu Majid selesai solat
Isyak berjemaah bersama di rumah. Nur Amina
menyalami Ummu Majid sejurus selepas selesai doa.143
Contoh solat berjemaah antara suami isteri :
Contoh 4 :
Adam dan Nur Amina solat Subuh bersama suaminya buat
pertama kali setelah enam tahun bergelar suami isteri.
Tidak ditunjuk babak solat tersebut tetapi ditunjukkan
Adam membacakan doa dan Nur Amina di belakang
sebagai makmum mengaminkan doa Adam. Solat mereka
diakhiri dengan Nur Amina menyalami dan mencium
tangan Adam.144
Contoh perkataan solat berjemaah digunakan di dalam dialog :
Contoh 5 :
Dato‟ Afendi : Dil bila balik?
Aidil : Petang esok.
Dato‟ Afendi : Oklah, malam ni walid belanja makan
lepas Isyak. Macam mana? Baiklah Dil, malam ni kita
berjemaah bersama.
Aidil : Yalah.145
141
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:04:25.
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:01:47.
143
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:09:04.
144
Lihat dalam episod 18 pada minit 00:27:53.
145
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:12:28.
142
114
Menurut penelitian penulis, drama Nur Kasih sangat memberatkan perihal solat
secara berjemaah sama ada di rumah atau di masjid. Drama ini berjaya membudayakan
solat berjemaah melalui watak-watak orang warak seperti Imam Abu Bakar yang
sewajibnya sentiasa berjemaah di masjid untuk setiap waktu kerana dia merupakan
imam di kampung. Watak Ustaz Hassan sebagai seorang ilmuan yang disegani
masyarakat kampung juga sentiasa bersolat secara berjemaah sama ada di rumah
bersama keluarga atau pun di masjid. Ustaz Hassan ditunjukkan solat secara berjemaah
di masjid ketika waktu asar dan zohor sahaja ketika sakitnya. Selebihnya dia hanya solat
di rumah berjemaah bersama isteri dan anak menantu. Namun ketika mudanya dan
masih sihat dia ditunjukkan solat berjemaah di masjid pada setiap waktu. Selain itu
watak Aidil seorang anak muda berilmu tinggi juga digambarkan bahawa sedari kecil
setiap waktu solatnya pasti di masjid termasuklah subuh. Hanya sesekali dia
ditunjukkan bersolat berjemaah bersama keluarga di rumah apatah lagi ketika ayahnya
sakit. Adam juga membawa tabiat mulia ini iaitu menunjukkan pembudayaan solat
berjemaah di masjid dan di rumah bersama isteri atau bersama keluarga. Ini berlaku
selepas Adam menemui hidayah dalam dirinya.
Bagi watak wanita, Nur Amina dan Hajah Khadijah paling banyak ditunjukkan
solat secara berjemaah bersama keluarga terutamanya watak Nur Amina seorang gadis
kampung yang kuat pegangan agamanya. Terdapat beberapa plot yang menunjukkan
Nur Amina solat berjemaah di masjid dan beberapa plot dia bersolat bersama suaminya
dan berjemaah bersama Ummu Majid ketika di Jeddah. Maka dengan ini jelas, Nur
Kasih cuba menerapkan kepada khalayak penonton tentang kepentingan pembudayaan
solat secara berjemaah sama ada di rumah mahupun di masjid. Penekanan terhadap solat
berjemaah di terangkan melalui watak-watak yang berperanan yang membudayakan
solat berjemaah dalam hidup mereka. Ini seharusnya menjadi contoh tauladan kepada
115
masyarakat supaya mengikut amalan mulia yang dituntut dalam Islam dengan pahala
berganda ini.
iii. Pembudayaan solat malam
Islam sangat menggalakan umatnya untuk bangun di tengah malam dan
menunaikan solat sunat walau hanya dua rakaat. Kepentingan solat malam adalah
selepas solat fardhu seperti yang diterang oleh hadith di bawah:
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Termidzi daripada Abu Hurairah r.a.
bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda:
‫أفضل الصَلة بعد الفريضة صَلة الليل‬
Maksudnya: “Sebaik-baik sembahyang sesudah sembahyang
fardhu iaitu senbahyang di waktu malam”146
At-Tirmidzi juga telah meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. daripada
Rasulullah s.a.w. bahawasanya Baginda telah bersabda:
‫وإن قيام الليل قربة الى‬, ‫ فإنو دأب الصالحين‬, ‫عليكم بقيام الليل‬
‫ومنهاة عن اْلثم وتكفيرة للسيئات ومطردة للداء عن الجسد‬,‫اهلل‬
Maksudnya: “Hendaklah kamu membiasakan diri bangun di
tengah malam, kerana yang demikian itu adalah amalan yang
dibiasakan oleh orang-orang soleh, dan dia juga adalah
pendekatan diri kepada Tuhan kamu, dia juga menebus segala
kesalahan dan mencegah diri daripada dosa.”147
Abu Isa Muhammad bin „Isa bin Surah al-Tirmizi (2008), Jami‟ Al-Tirmizi dalam ibid., Abwab al-Solah, Bab Ma Ja‟a fi Fadli
al-Solati al-Layli, no. Hadith: 438, hlm. 1686. Hadis ini Hasan Sahih menurut al-Tirmizi.
147
Abu Isa Muhammad bin „Isa bin Surah al-Tirmizi (2008), Jami‟ Al-Tirmizi dalam ibid., Abwab al-Da‟awat „An Rasulillah, Man
Fataha Lahu minkum bab al-Dua‟i, no. Hadith: 3549, hlm. 2017. Hadis ini Gharib menurut al-Tirmizi.
146
116
Solat malam merupakan salah satu daripada unsur Islam yang ketara di paparkan
di dalam drama ini. Terdapat beberapa plot dalam drama ini yang menggambarkan
bahawa wataknya sedang menunaikan solat di tengah malam.
Contoh 1 :
Ianya dilakukan oleh Adam ketika dia mendapat tahu Aidil
pernah mencintai Nur Amina dan pernah ingin
mengahwini Nur Amina. Adam menenangkan dirinya yang
begitu tertekan akan berita tersebut dengan solat dan
berzikir sepanjang malam di dalam masjid.148 Plot ini
berlaku tanpa dialog.
Contoh 2 :
Ketika di Mekah. Adam, Aidil dan Hajah Khadijah
menunaikan ibadah Umrah dan tinggal di Mekah selama
beberapa hari setelah selesai Umrah. Adam bangun untuk
solat malam dan ketika itu juga Aidil masih berjaga
membaca buku yang dipinjam daripada Aliya.149
Contoh 3 :
Nur Amina : Nur, Nur belum tidur lagi?
Ummu Majid : Umi, Nur dah buat solat Istikharah tapi tak
mimpi apa pun?150
Dialog dalam contoh 3 di atas membuktikan Nur Amina bangun di tengah
malam untuk menunaikan solat Istikharah meminta petunjuk tentang keputusan yang
perlu dia buat apabila Adam yang datang ke Mekah untuk menunaikan Umrah
mengajaknya pulang bersama ke Malaysia. Ini adalah di kala Nur Amina pergi
membawa diri ke Mekah untuk mencari ketenangan apabila dia mendapat tahu Adam
mempunyai isteri kedua.
Contoh 4 :
Hajah Khadijah : Ya Allah, di manakah Adam? kalau dia
masih hidup, kembalikanlah dia ke pangkuan kami. Tapi
kalau dia dah takda, rahmatilah roh dia.
Aidil : Mak..
Hajah Khadijah : Eh, mak solat Hajat. Minta Allah
lapangkan sikit kesulitan kita ni.
Aidil : Siapa yang bawa mak turun bawah ambil wudhuk?
Hajah Khadijah : Liya tadi dia bawakan air sebekas tu.
Dia takut mak jatuh kalau turun bawah sorang-sorang
Aidil : Kuat mak bangun malam-malam.
148
Lihat dalam episod 14 pada minit 00:22:40.
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:25:22.
150
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:25:46.
149
117
Hajah Khadijah : Nak ikutkan dah tak larat. Tapi kenalah
gagahkan.151
Hajah Khadijah yang bangun bersolat di tengah malam untuk memohon Allah
S.W.T. memudahkan kesulitan mereka sekeluarga kerana ketika itu Adam di timpa
bencana diserang pengganas di Mumbai. Adam diberitakan hilang tanpa dapat dikesan.
Aidil yang tersedar dari tidur menegur Hajah Khadijah yang sedang bersolat walaupun
dalam keadaan tidak sihat.
Keempat contoh di atas merupakan pembuktian kepada pembudayaan solat
malam dalam drama ini. Sebanyak empat kali aktiviti solat malam ditunjukkan dalam
drama ini dengan dilaksanakan oleh watak yang berbeza menunjukkan solat di tengah
malam telah menjadi budaya mereka sekeluarga bukan hanya individu.
iv. Solat-solat sunat (Solat Terawih, Solat Istikharah, Solat Hajat)
Dalam drama ini banyak memaparkan tentang solat-solat sunat yang penting
dilakukan dalam hidup sebagai seorang muslim. Masyarakat yang kurang mengetahui
tentang ibadah solat sunat mungkin dapat mengenalinya dan mengetahui serba sedikit
tentang solat tersebut. Antaranya solat sunat yang diperkenalkan ialah:
Solat terawih telah dipaparkan pada episod pertama drama ini. Walau
bagaimanapun plot solat ini tidaklah ditunjukkan. Ianya hanya diutarakan dalam dialog
yang pendek berupa suruhan menunaikan solat Terawih. Lagipun sudah tentu
masyarakat Islam di malaysia bahkan juga bangsa dan agama lain pasti tahu tentang
solat ini yang hanya dilaksanakan pada bulan Ramadhan sahaja.
151
Lihat dalam episod 25 pada minit 00:09:01.
118
Contoh 1 :
Ustaz Hassan : Harap-harap ramailah jemaah kita
malam ni ya imam ya.
Imam Abu Bakar : Hah, Adam. Kenapa semalam Adam
tak datang Terawih?
Aidil : Adam ada projek sekolah semalam. Kan Dam?
Kena hantar hari ni.
Imam Abu Bakar : Takpalah, tapi malam ni mesti datang
tau. ya?152
Solat Istikharah di khabarkan sebanyak lima kali dalam drama ini iaitu ketika
Adam baru pulang dari Sydney dan meminta untuk menjadi suami sebenar Nur Amina
kerana dia telah meninggalkan Nur Amina selama empat tahun dan dalam tempoh itu
mereka menipu keluarga mereka bahawa hidup sebagai suami isteri, namun hakikatnya
tidak. Ketika Nur Amina melakukan solat tersebut Adam memerhatikannya penuh teliti.
Selesai solat adam cuba berbual dengan Nur Amina. Dialog ini menjadi bukti Nur
Amina menunaikan solat Istikharah di siang hari untuk meminta petunjuk Allah S.W.T.
sejurus selepas Adam memintanya untuk hidup bersamanya sebagai suami isteri.
Contoh 1 :
Adam : Solat Istikharah? Saya baru belajar benda ni.
Maksud saya baru belajar semula sebab yang dulu-dulu
saya dah tak ingat dah.
Nur Amina : Kalau niat awak baik insyallah Allah
permudahkan.153
Contoh 2 :
Nur Amina : Umi, Nur dah buat solat Istikharah tapi tak
mimpi apa pun?
Ummu Majid : Nur, Nur, tak semestinya mimpi. Kadangkadang petunjuk Allah tu Dia beri macam-macam cara.
Biasanya gerak hati yang menentukan
Nur Amina : Gerak hati?
Ummu Majid : Tapi Nur tak boleh bergantung sangat
pada mimpi. Istikharah tu sebenarnya satu ikhtiar. Sama
ada cepat ataupun tepat, hanya Allah sahaja yang
menentukan.
Nur Amina : Maknanya Nur kena ikut gerak hati Nurlah?
Tapi gerak hati Nur ni selalu bertukar-tukar.
Ummu Majid : Tak semestinya kita buat Istikharah hari
ini, esok kita mendapat gerak hati yang tepat. kadangkadang tu lambat. Jadi Nur jangan lupa buat Istikharah
ya. Jangan tinggalkan.154
152
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:27:33.
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:07:54.
154
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:22:55.
153
119
Solat Istikharah juga dilakukan oleh Nur Amina ketika meminta petunjuk
apabila Adam datang ke Mekah untuk menunaikan Umrah memintanya kembali
bersama ke Malaysia. Dalam plot ini mempunyai sedikit kelebihan yang menarik iaitu
maklumat penerangan ringkas namun mampu difahami sebagai asas mengenai petunjuk
bagi Solat Istikharah yang dilakukan.
Solat ini turut dilakukan oleh Aidil atas urusan pemilihan jodoh apabila Dato‟
Afendi dan Datin Munah iaitu walid dan umi kepada Aliya ingin mengahwinkan Aliya
dengannya. Maka Aidil meminta petunjuk Allah S.W.T. dalam membuat keputusan
tersebut. Walaupun tidak dinyatakan bahawa Aidil sedang solat Istikharah namun dalam
skrip doanya sudah memberitahu penonton secara tidak langsung bahawa Aidil
melakukan solat Istikharah.
Contoh 3 :
Doa Aidil : Ya Allah, kau ciptakan wanita untuk lelaki,
dan lelaki untuk wanita agar kedua-duanya mendapat
kasih sayang dan hidup dengan tenteram. Cuma aku
memohon petunjukMu dalam memilih yang terbaik
untukku.155
Melihat kepada tiga contoh plot solat Istikharah yang ditunjukkan dalam drama
ini telah membuktikan bahawa solat istikharah itu penting ketika manusia perlu
membuat keputusan dalam hidupnya dengan meminta petunjuk yang terbaik dari Allah
S.W.T. supaya keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan pentunjuk darinNya Yang
Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Walaupun solat Istikharah ini
digalakkan di dalam Islam bukanlah hanya dilakukan ketika mana manusia perlu
membuat keputusan besar dalamnya, bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk
melakukan solat Istikharah ini setiap hari supaya rutin harian yang dilalui oleh manusia
adalah dalam petunjukNya. Bukankah itu lebih baik dan selayaknya bagi umat Islam
melakukan demikian.
155
Lihat dalam episod 17 pada minit 00:35:16.
120
Sementara Solat Hajat juga turut tidak ketinggalan dalam siri drama ini.
Sebanyak dua plot mengenai solat Hajat ini telah dikemukakan dalam drama ini. Keduaduanya hampir ke penghujung cerita ketika mana Adam diberitakan terlibat dengan kes
pengeboman di Mumbai. Solat Hajat pertama berlaku ialah dalam pengakhiran drama
ini iaitu sebaik sahaja mereka menerima berita musibah itu, malamnya Imam Abu
Bakar, Aidil dan orang kampung beramai-ramai melakukan solat Hajat di masjid. Plot
sedang melakukan solat ini ditunjukkan sedikit iaitu ketika imam mengangkat takbir
dan diikuti serentak oleh makmum.
Contoh 1 :
Imam Abu Bakar : Aidil, malam ni kita buat solat Hajat
ramai-ramai di masjid. Ini pun satu ikhtiar juga. Mudahmudahan Adam tak apa-apa. Ya?156
Solat hajat kedua dilakukan oleh Hajah Khadijah yang sanggup bangun di
tengah malam semata-mata untuk melakukan Solat Hajat supaya Allah S.W.T
permudahkan kesulitan mereka sekeluarga. Sebagaimana yang diketahui bahawa doa di
waktu dingin malam ketika manusia lain sedang lena tidur lebih mustajab doanya
kerana usaha untuk bangun malam untuk melakukan solat bukan perkara mudah untuk
dilakukan oleh seorang muslim kerana dikala itu enaknya adalah waktu tidur. Namun
plot ini menggambarkan betapa bernilainya solat malam apabila Hajah Khadijah yang
sakit itu tetap bangun untuk melakukan solat Hajat dan berdoa untuk permudahkan
kesulitan yang di alami keluarganya. Bukankah plot ini menunjukkan betapa pentingnya
solat malam jika kita ingin memohon sesuatu daripada Allah S.W.T.
Contoh 2 :
156
Hajah Khadijah : Ya Allah, di manakah Adam? kalau dia
masih hidup, kembalikanlah dia ke pangkuan kami. Tapi
kalau dia dah takda, rahmatilah roh dia.
Aidil : Mak..
Hajah Khadijah : Eh, Mak solat Hajat. Minta Allah
lapangkan sikit kesulitan kita ni.
Aidil : Siapa yang bawa mak turun bawah ambil wudhuk?
Lihat dalam episod 24 pada minit 00:09:29.
121
Hajah Khadijah : Liya tadi dia bawakan air sebekas tu.
Dia takut mak jatuh kalau turun bawah sorang-sorang.
Aidil : Kuat mak bangun malam-malam.
Hajah Khadijah : Nak ikutkan dah tak larat. Tapi kenalah
gagahkan.157
Dengan pembuktian melalui analisis yang dilakukan penulis telah menunjukkan
bahawa drama Nur Kasih ini sangat menitik beratkan perihal solat sunat tanpa mengira
waktu. Pembudayaan solat sunat oleh seorang muslim cuba diterapkan melalui watakwatak dalam drama ini.
v. Pembudayaan zikir
Zikir itu maknanya mengingati diri tentang keagungan Allah S.W.T. dalam
segala hal ehwal yang berhubung rapat dengan diri seorang mukmin. Sama ada
peringatan itu di dalam fikiran, atau di dalam hati, atau di dalam diri, pada lisan atau
pada perbuatan. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekali
pun kecuali di dalam tandas. Ia boleh dilakukan dalam keadaan berdiri, duduk, baring,
berjalan dan berusaha di atas muka bumi. Ataupun ketika meneliti dan memahami ayatayat al-Quran. Ataupun ketika mengerjakan sesuatu amal yang diharapkan mendapat
keredhaan Allah S.W.T. atau sebagainya.158 Islam sangat menekankan tentang zikir ini
kerana zikir adalah sebagai lambang bahawa manusia itu mengingati Allah S.W.T.
untuk setiap waktunya. Zikir juga mempunyai pelbagai kelebihan untuk kebaikan
manusia di dunia dan di akhirat. Kepentingan zikir banyak disebut di dalam al-Quran
dan hadith Nabi s.a.w. Antaranya firman Allah S.W.T. ialah :
157
Lihat dalam episode 25 pada minit 00:29:02.
Abdullah Nasih Ulwan (2008), Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, Jil 2, Syed Ahmad Semait (terj.). Singapore: Pustaka
Nasional Pte. Ltd., hlm. 389.
158
122
ِ
ِ
ِ
ِ َّ
ِ ِ
ِ
‫وب‬
ُ ُ‫ين آ ََمنُوا َوتَط َْمئ ُّن قُلُوبُ ُه ْم بِذ ْك ِر اللَّو أ َََل بِذ ْك ِر اللَّو تَط َْمئ ُّن الْ ُقل‬
َ ‫الذ‬
Maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan yang akan
menjadi tenang hati mereka dengan mengingati Allah. Ingatlah,
bahawasanya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi
tenang”
Surah ar-Ra‟du (13) : 28
Selain itu terdapat pelbagai hadith Nabi s.a.w. yang menyebut tentang zikir.
Antaranya ialah:
‫ أنا مع عبدي إذا ىو ذكرني وتحركت بي شفتاه‬: ‫إن اهلل عز وجل يقول‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah bersabda: Aku
sentiasa bersama dengan hambaKu, selama dia sentiasa
mengingatiKu, dan bergerak-gerak kedua bibirnya (menyebut
namaKu).”159
Berzikir kepada Allah S.W.T. tidak semestinya hanya selepas solat atau selepas
membaca al-Quran. Begitu juga berzikir tidak dikhususkan perlu memegang tasbih baru
boleh berzikir. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekali pun
seperti yang diterangkan di atas. Walau bagaimanapun, di dalam drama Nur Kasih ini
penulis menyimpulkan bahawa ia telah membawa telah dua versi cara pelaksanaan zikir
iaitu berzikir versi pertama ialah „berzikir secara formal‟ iaitu selepas solat dan berzikir
dengan memegang tasbih. Versi kedua ialah „berzikir secara tidak formal‟ iaitu melalui
sebutan di mulut dalam perbualan harian dan pada bila-bila masa dan dalam keadaan
apa sekalipun. Pada pendapat penulis Nur Kasih cuba menyampaikan sifat fleksibel
zikir dilakukan kepada masyarakat supaya masyarakat membuangkan anggapan bahawa
berzikir hanya berlaku ketika selepas solat dan perlu memegang tasbih. Berikut
merupakan contoh „berzikir secara formal‟ yang diterapkan di dalam Nur Kasih.
Contoh 1 :
Katrina yang selesai solat Isyak berteleku di atas sejadah
menghadap qiblat sambil berzikir memegang tasbih. Dia
masih memakai telekung. Penuh penghayatan Katrina
Abu „Abdullah Muhammad Yazid al-Rabi‟i Ibn Majah al-Qazwiny (2008), ibid., Kitab al-Adab, Bab Fadli al-Zikri, no.
Hadis:3796, hlm. 2702.
159
123
berzikir boleh dilihat melalui riak wajahnya yang
tekun.160
Contoh 2 :
Adam : Astaufighullahalazim allazi la ilaha illa
huwaihayyul qayyum wa atubuilaih. Adam yang
mengimamkan solat subuh kepada dua orang isterinya
serta maknya tenang dan khusyuk melafazkan zikir
selepas solat. Bait-bait zikir jelas diperdengarkan walau
hanya seketika.161
Contoh 3 :
Adam : Allahuakbar. Allahuakbar..
Adam ketika di tawan di dalam sebuah gua oleh
pengganas di Mumbai baru sahaja selesai solat sedang
duduk bezikir di atas batu di dalam gua itu. Khusyuk dia
berzikir sehingga badannya juga turut bergerak mengikut
rentak alunan zikirnya.162
Berikut pula merupakan contoh budaya amalan berzikir yang diterapkan di
dalam Nur Kasih melalui perbualan harian watak-watak yang berperanan. Antara zikir
yang di amalkan ialah lafaz alhamdulillah, lailahaillallah, Allahuakbar, insyallah,
nauzubillah, innalillah, sebutan nama Allah dan istighfar.
‫ وَلالو اَل‬, ‫ والحمد هلل‬, ‫ سبحان اهلل‬: ‫احب الكَلم الى اهلل تعالى اربع‬
‫ َل يضرك بايهن بدات‬, ‫ واهلل اكبر‬, ‫اهلل‬
Maksudnya: “Kalam yang paling disukai oleh Allah ada empat;
„Maha Suci Allah‟, Segala Puji Bagi Allah‟, Tiada Tuhan Selain
Allah‟, dan „Allah Maha Besar‟. Dan tidak berbahaya bagimu
dari mana sahaja engkau memulainya.”163
1. Lafaz Alhamdulillah.
Terdapat sebanyak 84 perkataan alhamdulillah yang di sebut dalam keseluruhan
26 episod drama ini. Ia disebut oleh semua watak penting dalam drama ini untuk
menunjukkan reaksi kesyukuran dan kegembiraan bagi perkara-perkara baik yang
160
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:23:08.
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:32:05.
162
Lihat dalam episod 26 pada minit 00:23:29.
163
Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Naysabury (2008), Sahih Muslim dalam Kitab al-Adab, Bab Karahah Tasmiyah bi alAsama‟i al-Qabihati, no. Hadith: 5601, hlm. 1059.
161
124
berlaku kepada mereka. Di sini penulis membawa tiga contoh situasi perkataan
alhamdulillah dilafazkan.
Contoh 1 :
Aidil : Duduklah, takda orang..
Adam : Abang tahu Adam suka duduk tepi tingkapkan?
Tepilah sikit..
Aidil : Alhamdulillah..164
Plot ini berlaku di dalam keretapi ketika Aidil hendak pulang ke kampung
halamannya kerana ayahnya sakit. Ketika keretapi masih belum bertolak, Aidil telah
meyimpan sebuah tempat duduk disebelahnya khas buat adiknya Adam, namun kelibat
Adam belum kelihatan setelah lama menunggu. Adam telah menyatakan kepadanya
bahawa dia
tidak akan pulang ke kampung bersama Aidil. Namun Aidil nekad
mempercayai bahawa adiknya akan pulang bersamanya. Akhirnya setelah hampir
berputus asa menunggu, Adam muncul akhirnya. Aidil kelu tidak tahu berkata apa-apa
kecuali lafaz alhamdulillah sahaja yang keluar dari bibirnya disertai pelukan erat buat
Adam. Lafaz alhamdulillah yang diucap oleh Aidil merupakan lafaz kesyukuran atas
kepulangan Adam pada saat akhir.
Contoh 2 :
Adam : Dulu Adam ingat Islam ni terlalu konstraktif.
Mengongkong. Sebab tu Adam keluar mencari kebebasan.
Nur Amina : Sekarang?
Adam : Sekarang alhamdulillah. Baru Adam sedar yang
Islam itu luas. Terlalu luas. Dan sekarang Adam belajar
untuk semuanya
Nur Amina : Alhamdulillah165
Dialog ini berkisar mengenai keindahan Islam. Adam dan Nur Amina buat
pertama kali dalam hidup sebagai suami isteri keluar makan berdua selepas kepulangan
Adam dengan dirinya yang baru setelah dia menemui hidayah dalam hidupnya yang
jahil sebelum ini. Adam melahirkan rasa syukur dia diberi peluang menikmati hidayah
Allah S.W.T. dan berubah menjadi baik. Manakala Nur Amina melahirkan rasa syukur
164
165
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:25:10.
Lihat dalam episod 14 pada minit 00:04:45.
125
melihat perubahan lelaki yang pernah meninggalkannya selama empat tahun selepas
perkahwinan mereka dahulu.
Contoh 3 :
Sarah : Assalamualaikum. Siapa ni? Kejap ya. Ayah!
Ayah! Abang Adam telefon yah!
Imam Abu Bakar : Assalamualaikum
Adam : Waalaikumsalam. Mak dengan ayah sihat?
Imam Abu Bakar : Alhamdulillah. Adam semua sihat?
Hajah sihat?
Adam : Alhamdulillah sihat ayah.
Imam Abu Bakar : Ha Dam, ni program yang kita
rancang hari tu alhamdulillah. Dapat sambutan. Ramai
anak muda datang ke masjid dah.
Adam : Ya ka? Alhamdulillah166
Dialog di atas berlaku ketika Adam menelefon keluarga mertuanya dari Mekah.
Jika dilihat terdapat empat sebutan kalimah alhamdulillah sekaligus dalam dialog di
atas. Dua daripadanya adalah sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T. atas kurniaan
kesihatan yang baik kepada diri mereka. Manakal dua lagi dilafazkan sebagai tanda
syukur dan gembira dengan kejayaan program masjid yang dirancang oleh mereka
sebelum Adam pergi menunaikan Umrah.
Pengamalan sebutan kalimah ini begitu ketara dan paling banyak digunakan
adalah ketika ditanyakan sahaja soal kesihatan pasti jawapannya akan dimulai atau
akhiri dengan alhamdulillah. Walau bagaimanapun penulis berpendapat kalimah ini
masih belum cukup banyak diamalkan jika melihat kepada amalan sebenar kehidupan
seorang muslim yang setiap hela nafasnya harus diucapkan alhamdulillah.
2. Lafaz Lailahaillallah.
Sekali sahaja perkataan lailahaillallah diguna pakai sebagai dialog dalam drama
ini iaitu ketika Adam dan Aidil berbalah mengenai jodoh Aidil dengan Aliya yang
166
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:15:50.
126
sudah diagak oleh Adam sejak mula pertemuan Aidil dan Aliya. Perkataan ini
digunakan Adam apabila Aidil menafikan dakwaannya ketika di Mekah dahulu.
Contoh 1 :
Hajah Khadijah : Diorang bertemu masa kita orang pergi
Umrah hari tu.
Adam : Adam dah agak dah mak. Pertama kali Adam
tengok abang Aidil pandang si Aliya tu Adam dah agak
dah. Memang tulah jodoh dia.
Aidil : Emm, pandailah kau Dam.
Adam : Lailahaillallah. Pandai apanya. Bang, abang
ingat tak apa Adam cakap pada abang?
Aidil : Mak dia tak cakap apa-apa dia tipu.167
Sekali sahaja penggunaan kalimah lailahaillallah dalam 26 episod drama ini
sememangnya tidak patut kerana kalimah agung ni harus menjadi amalan sebutan lazim
bagi umat Islam apatah lagi bagi watak Nur Amina dan Aidil yang digambarkan sebagai
role-model muslim sejati dalam dalam drama ini.
3. Lafaz Allahuakbar.
Terdapat sejumlah enam kali kalimah Allahuakbar disebut dalam drama ini.
Jumlah yang sikit pada pendapat penulis bagi drama berunsur Islam seperti ini. Namun
berbanding tiada enam mungkin sudah mencukupi bagi drama yang baru mula berjinak
menjejak ke arah nilai Islamik. Antaranya ialah seperti contoh yang diberikan di bawah:
Contoh 1 :
Ustaz Hassan : Dil.. Pandai-pandailah kau ambil hati si
Zizul tu. Walaupun cara fikir dia tak sama dengan cara
fikir kita.
Ustaz Hassan : Allahuakbar..
Aidil : Yalah yah168
Dialog di atas berlaku di dalam masjid selepas selesai solat Aidil memimpin
ayahnya ke tiang masjid untuk duduk berehat selepas solat. Sambil itu Ustaz Hassan
menasihati Aidil tentang sesuatu perkara. Lafaz Allahuakbar didengari disebut oleh
167
168
Lihat dalam episod 18 pada minit 00:16:17.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00: 23:11.
127
Ustaz Hassan ketika dia kurang sihat cuba untuk duduk. Kesusahan untuk dirinya yang
sudah tua itu duduk tetapi akhirnya dapat juga dia duduk menyebabkan sebutan
Allahuakbar terkeluar dari bibirnya.
Contoh 2 :
Adam : Allahuakbar. Adam menyebut kalimah ini sebelum
merebahkan diri di atas katil untuk tidur.169
Dialog ini melambangkan bahawa kalimah Allahuakbar sebati dalam diri apabila
ia begitu mudah dilafazkan dalam keadaan apa sekali hingga merebahkan diri ke katil
juga disebut kalimah mulia ini.
Contoh 3 :
Hajah Khadijah : Adam, Adam. Adam. Ya Allah Adam
Adam : Mak, Adam minta maaf mak.
Hajah Khadijah : Allahuakbar, Allahuakbar
Adam : Adam banyak salah dengan mak.
Hajah Khadijah : Allahuakbar170
Plot ini berlaku apabila Adam tiba-tiba pulang bersama Nur Amina setelah
Adam dianggap telah meninggal dunia setahun setengah yang lalu di Mumbai akibat
letupan. Hajah Khadijah tidak tahu berkata apa-apa kecuali memuji kebesaran Allah
S.W.T. dengan berkali-kali menyebut kalimah agung Allahuakbar.
4. Lafaz Insyallah.
Perkataan ini kebanyakkan digunakan untuk menunjukkan seseorang berjanji
tentang sesuatu dan keyakinan dengan perkara baik yang akan datang dari Allah S.W.T.
Contoh 1 :
169
170
Mak Ani : Kak Jah ni bertuahkan? Dapat anak pandaipandai. Tengoklah siapa mak ngan bapak dia..
Hajah Khadijah : Lebih-lebih pulak puji dia. Nur tu apa
kurang? Kita bersyukur jelah Ani.. Alhamdulillahkan?
Mak Ani : Nur tu keputusan dia bagus. Tapi kami ni tak
mampu nak hantar dia belajar tinggi-tinggi.
Hajah Khadijah : Jangan putus asalah Ani. Mesti banyak
lagi peluang untuk dia. Insyallahkan?
Mak Ani : Yalahkan, insyallahkan?171
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:31:54.
Lihat dalam episod 26 pada minit 00:29:56.
128
Dialog di atas berlaku ketika Mak Ani datang menziarahi Hajah Khadijah yang
sedang menanti kepulangan dua orang anak lelakinya. Mak Ani memuji kehebatan
kedua anak lelaki Hajah Khadijah yang berjaya dalam pelajaran sehingga melanjutkan
pengajian di luar negara. Namun Hajah Khadijah merendah diri dan membuka fikiran
Mak Ani supaya berfikiran positif bahawa kemiskinan bukan penghalang kejayaan dan
yakin dengan rezeki Allah S.W.T. yang datang untuk orang-orang yang baik. Dialog ini
juga dibuktikan dalam drama ini bahawa Nur Amina juga akhirnya berjaya dalam
pengajiannya dan kerjayanya.
Contoh 2 :
Hajah Khadijah : Aidil
Aidil : Ya mak.
Hajah Khadijah : Adam mana? Tak balik-balik lagi?
Aidil : Dekat masjid kot. Biarlah mak. Tadi Dia cakap kat
Aidil dia nak qadha mana-mana solat yang tertinggal.
Mana yang termampu.
Hajah Khadijah : Alhamdulillah. Minta-minta kekallah
berubahan dia kali ini. Jangan pulak balik ke perangai
lama.
Aidil : Insyallah tak. Janji dengan syarat kita jangan
terlepas pandang. Banyak berdoa untuk dia.172
Plot dia atas berlaku di Mekah ketika Adam, Aidil dan Hajah Khadijah pergi
menunaikan Umrah bersama. Penggunaan insyallah yang dilafazkan oleh Aidil
membawa pengertian mendalam iaitu kita sebagai manusia bukan sahaja perlu yakin
dengan kebaikan yang Allah S.W.T. beri tetapi juga perlu berusaha untuk mendapatkan
dan mengekalkan serta mengharap sesuatu kebaikan akan berterusan daripada Allah
SW.T.
Contoh 3 :
171
172
Aidil : Ada sesuatu abang nak tanya Liya.
Aliya : Itu..(Aliya melihat kepada alat pregnant test yang
dipegang oleh Aidil)
Aidil : Liya mengandung?
Aliya : Aliya menggeleng perlahan sambil menundukkan
wajahnya.
Aidil : Insyallah. Adalah rezeki tu nanti.
Aliya : Insyallah bang.173
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:26:14.
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:11:55.
129
Dialog di atas ini juga memberitahu penonton supaya jangan berputus asa
dengan rezeki Allah S.W.T. Apabila Aliya disahkan tidak mengandung dia agak sedih
dan kecewa namun Aidil menenangkannya dan menyuruhnya yakin pasti ada rezeki
(anak) buat mereka suatu hari nanti.
5. Lafaz Allah.
Nama Allah disebut berulang kali di dalam perbualan harian watak-watak
berperanan dalam drama ini. Sebanyak 29 kali nama Allah diulang sebut dalam dialogdialog drama ini dengan pelbagai situasi yang berbeza namun dalam lingkungan zikir
mengingati Yang Maha Esa. Ia terkecuali nama Allah yang disebut dalam doa-doa dan
Allah yang disebut sebagai Tuhan umat Islam. Justeru itu, penulis berpendapat 29 kali
kalimah ini disebut dalam rutin harian sangat tidak mencukupi kerana keseluruhan 26
episod ini terlalu banyak jika dibandingkan dengan hanya 29 kali kalimah Allah disebut.
Namun pujian juga harus diberikan atas usaha mencipta dialog sebutan Allah sejumlah
itu dengan cubaan pertama kali ia agak memberangsangkan. Antaranya contoh dialog
harian yang disebut nama Allah ialah :
Contoh 1:
Hajah Khadijah : Allah.. Abang! Ya Allah abang! Ya
Allah..
Ustaz Hassan : Allah.
Hajah Khadijah : Ya Allah..174
Berkali-kali perkataan Allah disebut dalam dialog di atas kerana Ustaz Hassan
terjatuh daripada tangga akibat ingin menghalang Adam daripada meninggalkan rumah
kerana tidak mahu berkahwin dengan Nur Amina. Makanya perkataan Allah di atas
disebut kerana terkejutnya mereka dengan kejadian yang menimpa Ustaz Hassan yang
sememangnya sudah sakit ketika itu.
173
174
Lihat dalam episod 25 pada minit 00:11:14.
Lihat dalam episod 3 pada minit 00:09:07.
130
Contoh 2:
Nur Amina : Sarah, kakak nak bagitahu tapi..
Sarah : Tapi akak tak cakap. Akak tahu dia nak kahwin
dengan orang lain tapi akak tak bagitahu Sarah
Nur Amina : Kakak takda niat Sarah..
Sarah : Akak suka tengok Sarah macam ni? Suka?
Nur Amina : Ya Allah takkanlah kakak nak buat macam tu
kat adik sendiri?
Sarah : Akak cemburukan Sarah. Akak cemburu Sarah
dengan abang Aidil bahagiakan? Sebab akak sukakan
dia!
Nur Amina : Sarah!175
Nama Allah disebut dalam dialog yang diucap oleh Nur Amina berikutan
terkejut mendengar soalan yang diajukan Sarah kepadanya. Dia yang tidak menyangka
Sarah akan menuduhnya begitu hanya kerana dia tidak memberitahu bahawa Aidil akan
berkahwin dengan Aliya dan bukannya Sarah.
Contoh 3 :
Nur Amina : Betul mak, Katrina tu isteri abang Adam.
Adam : Mak, Adam kahwin dengan dia masa kat Sydney
dulu mak.
Hajah Khadijah : Kenapa tak bagitahu ngan mak?
Adam : Dia hilang, Adam tak tahu mana dia pergi.
Hajah Khadijah : Adam dah janji takkan berahsia dengan
mak. Ingat?! Kenapa tak bagitahu mak, Adam ada isteri
seorang lagi?! Nur! Aidil! Pun tak cakap dengan mak!
Katrina : Ini semua salah saya. Saya tak patut ada kat
sini. Saya dah menyusahkan semua orang
Hajah Khadijah : Ya Allah, ya Allah176
Hajah Khadijah menyebut nama Allah sebanyak dua kali sambil melabuhkan
punggung di atas tangga. Dia menyebut nama Allah demi menenangkan dirinya yang
terkejut mengetahui Adam mempunyai isteri lain selain Nur Amina dan isterinya itu
ialah Katrina yang disangka kawan kepada Nur Amina. Justeru itu, plot di atas
menunjukkan kepada kita bahawa perkataan Allah yang digunakan adalah untuk
menenangkan diri supaya tidak terlalu marah dan terkejut apabila mendengar berita
yang mengejutkan.
175
176
Lihat dalam episod 19 pada minit 00:04:44.
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:15:48.
131
6. Lafaz Innalillah inna ilaihi raji‟un.
Lafaz ini disebut sebanyak tiga kali sahaja dalam drama bersiri ini. Seperti yang
sedia maklum, perkataan ini digunakan ketika mana berlakunya kematian. Maka lafaz
ini digunakan dengan betul dalam drama ini. Cuma terlalu sedikit jumlah kalimah ini
digunakan kerana seharusnya kalimah Innalillah inna ilaihi raji‟un bukan sahaja
digunakan ketika berlakunya kematian, tetapi apa sahaja musibah yang menimpa
manusia. Melihat kepada tragedi yang banyak berlaku dalam drama ini sepatutnya
kalimah ini perlu ditambah lagi jumlah penggunaannya. Berikut contoh dialog lafaz ini
digunakan :
Contoh 1 :
Imam Solahuddin : Assalamualaikum
Adam : Waalaikumsalam.
Imam Solahuddin : Can I help you?
Adam : Yes
Imam Solahuddin : What can I do for you?
Adam : My son is dead.
Imam Solahuddin : Innalillahi wa inna ilaihi raji‟un..177
Dialog ini berlaku dalam perkarangan masjid antara Adam dan seorang imam
masjid tersebut. Adam yang baru kematian anaknya yang masih dalam kandungan
duduk bersedih di perkarangan masjid tersebut dan imam yang menyedari kesedihan
Adam terus menegur dan cuba membantu Adam.
Contoh 2:
177
178
Adam : Dah lama ayah sampai?
Imam Abu Bakar : Baru aja. Ni ayah kena uruskan ni.
Pengkebumian Pak Deris. Dia meninggal Subuh tadi.
Adam : Pak Deris?
Imam Abu Bakar : Pak Deris dah lupa dah? Pak Deris
ladang kelapa tu.
Adam : Owh.. Innalillahi wa inna ilaihi raji‟un..178
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:27:45.
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:15:26.
132
Contoh 3:
Hajah Khadijah : Lama Adam kat kubur?
Adam : Adam tolong ayah uruskan jenazah Pak Deris tadi
mak.
Hajah Khadijah : Innalillahi wa inna ilaihi raji‟un..
Takda siapa pun nak bagitahu mak!
Adam : Pak Deris pun meninggal mengejut. Dah selamat
kebumi pun mak.179
Kedua dialog di atas berlaku untuk kejadian yang sama iaitu kematian salah
seorang ahli kampung tersebut. Dialog di atas menunjukkan bahawa pengamalan
sebutan Innalillahi wa inna ilaihi raji‟un telah sebati dengan watak-watak berkenaan
kerana apabila mendengar berita kematian sahaja dengan pantas sebutan itu lancar
keluar dari lidah mereka. Walaupun ia adalah satu pengamalan yang kini mungkin
masih ramai yang tahu dan mengamalkannya, namun drama Nur Kasih ini cuba
mengangkat lagi kepentingan menggunakan istilah-istilah mulia seperti ini dalam
kalangan masyarakat supaya kepada yang tidak tahu mereka akan tahu dan kepada yang
sudah tahu ia menjadi peringatan buat mereka.
7. Lafaz Astaufighullahalazim
Terdapat sebanyak 40 kali kalimah astaufighullahalazim disebut dalam drama
ini. Kebanyakkannya disebut sebagai reaksi kepada terkejut tentang sesuatu perkara.
Manakala sebahagiannya disebut kerana menyesali sesuatu perbuatan yang tidak berapa
baik. Penggunaan jumlah kalimah ini harus dipuji kerana agak mencukupi bagi
keseluruhan 26 episod drama ini ditambah dengan penggunaannya yang meluas.
Contoh 1:
Nur Amina : Astaufighullahalazim.. Ya Allah ya
Tuhanku.180 Nur terjaga daripada tidurnya akibat mimpi
buruk.
Plot ini berlaku ketika Nur Amina terjaga dari tidurnya akibat terkejut dengan
mimpi yang tidak baik antara dia dengan bakal suaminya Adam. Nur Amina beristighfar
179
180
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:20:19.
Lihat dalam episod 3 pada minit 00:30:48.
133
ketakutan. Plot ini seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat apabila menghadapi
situasi yang sama seperti Nur Amina iaitu mendapat mimpi buruk ketika tidur maka
apabila terjaga dia beristighfar dan menyebut nama Allah kerana itu dapat akan
menenangkan hati yang ketakutan.
Contoh 2:
Nur Amina : Astaufighullahalazim. Terkejut Nur bang.
Adam : Meh abang tolong. Abang Aidil cakap apa dengan
Nur?
Nur Amina : Dia risau pasal majlis dia nanti. Nur
cakaplah kita akan buat terbaik untuk dia.181
Dialog ini berlaku ketika Nur Amina sedang mengangkat baju di ampaian dan
terkejut dengan kehadiran suaminya secara tiba-tiba. Sebutan astaufighullahalazim
dalam dialog ini digunakan bagi melambang reaksi terkejut .
Contoh 3:
Aidil : Apa salah abang pada Liya?
Aliya : Kenapa abang tak nak mengaku lagi?
Aidil : Abang tak faham apa yang Liya cakap ni.
Aliya : Pasal Nur. Liya cakap pasal Nur, cinta sejati
abang!
Aidil : Astaufighullahalazim. (Aidil terkejut. Dia duduk di
atas kerusi)182
Dialog ini berlaku ketika Aidil mahukan penjelasan mengapa Aliya menjauhkan
diri daripadanya secara tiba-tiba. Rumahtangga yang baru dibina itu hampir musnah
gara-gara Aliya yang tidak mahu berterus terang dengannya. Apabila Aliya
menerangkan sebabnya Aidil menjadi kelu. Tidak menyangka isterinya sanggup berfikir
seperti itu. Maka lafaz astaufighullahalazim dalam dialog ini disebut kerana Aidil
terkejut mendengar tuduhan tidak berasas Aliya terhadap dirinya dan Nur Amina. Aidil
sehingga terduduk terkejut mendengar tuduhan melulu isterinya yang telah
menyebabkan rumahtangganya bergolak.
181
182
Lihat dalam episod 18 pada minit 00:17:52.
Lihat dalam episod 24 pada minit 00:31:54.
134
8. Lafaz Nauzubillah.
Hanya sekali kalimah ini digunakan dalam drama ini iaitu dalam episod 14.
Sudah tentu ianya agak mencacatkan kesempurnaan drama ini kerana jumlah kalimah
ini digunakan hanya sekali.
Contoh 1 :
Nabila : Akak apasal ha tadi tu?
Jiran : JAIS datang serang rumah si Lina tu.
Nabila : Kenapa?
Jiran : Akak pun tak fahamlah. Si Lina dengan si Rahim
tu kan suami isteri yang sah. Akak sendiri pergi kenduri
kahwin diaorang tahun lepas. Akak rasa ada orang buat
panggilan palsulah. Ei, teruk betul diaorang ni kan?
Dengki ja. Hei, nauzubillahlah. Takpalah Ila aku balik
dulu ah.183
Dialog di atas berlaku ketika Nabila merasa hairan melihat sekumpulan lelaki
berpakaian seperti pegawai agama pergi ke rumah jiran sebelahnya. Kebetulan lalu
seorang jiran yang dikenali, Nabila terus menegur bertanyakan hal tersebut. Lafaz
nauzubillah yang digunakan adalah suatu doa mengharapkan hal-hal yang tidak baik
yang dilihat menimpa orang lain tidak menimpa diri sendiri dan orang lain. Menurut
dialog di atas hal tidak baik itu ialah pegawai agama mengesyaki jiran sebelah
berkhalwat antara lelaki dan wanita secara berdua-duaan sedangkan mereka sudah
berkahwin. Maka wujud nilai fitnah disitu tanpa siapa tahu siapa yang menelefon
memberitahu pegawai JAIS.
9. Lafaz Masyallah.
Lafaz ini juga hanya sekali disebut di dalam drama ini iaitu dalam episod 17,
ketika mana Adam membawa Hajah Khadijah melihat syarikat miliknya yang baru
dibuka dan ditunjukkan kepada emaknya projek pertama yang bakal dibuat oleh
syarikatnya itu.
183
Lihat dalam episod 14 pada minit 00:06:56.
135
Contoh 1 :
Adam : Mak sini mak. Mak inilah projek pertama syarikat
Adam mak.
Hajah Khadijah : Masyallah hebatnya masjid ni.184
Perkataan masyallah yang dilafazkan oleh Hajah Khadijah memuji kebesaran
Allah S.W.T. apabila dia melihat kecantikan dekorasi replika masjid yang menjadi
projek pertama bagi syarikat anaknya itu. Penulis berpendapat pemahaman team
produksi terhadap kalimah ini sangat sedikit kerana kalimah agung ini tidak berjaya
digunapakai dalam pelbagai situasi.
Drama Nur Kasih pada pendapat penulis telah berjaya menyerlah pembudayaan
sebutan zikir di dalam percakapan harian para wataknya. Sebutan nama Allah,
alhamdulillah, insyalllah, Allahuakbar, nauzubillah, lailahaillah dan innalillah begitu
banyak di amalkan dalam dialog-dialog drama ini. Perkara ini adalah termasuk di dalam
kategori zikir kepada Allah S.W.T. Ini menunjukkan manusia perlu sentiasa mengingati
Allah S.W.T. di dalam rutin harian mereka sehingga zikir memuji Allah S.W.T. menjadi
sebutan lazim dalam kehidupan seharian. Hal ini seharusnya menjadi contoh kepada
masyarakat sekarang yang mana sebutan zikir sukar dilafazkan dan jarang digunakan
dalam perbualan harian khususnya muda mudi yang lidah mereka sudah terlalu keras
untuk menyebut kalimah-kalimah mulia seperti ini kerana tidak dibiasakan sedari kecil.
Maka Nur Kasih cuba membawa budaya ini kepada masyarakat supaya sedar akan
kepentingan menyebut kalimah-kalimah agung memuji Allah S.W.T. ini kerana
natijahnya bukan sahaja manusia akan mendapat pahala berzikir, malah hati manusia
juga boleh menjadi tenang dengan zikir-zikir tersebut. Namun berjaya yang penulis
maksudkan bukanlah kejayaan besar tetapi berbaloi untuk sebuah drama berunsur Islam
yang baru menjejak dan mendapat tempat dalam masyarakat. Oleh itu harus dipuji
184
Lihat dalam episod 17 pada minit 00:21:46.
136
usaha dan kegigihan mengolah sebutan-sebutan zikir supaya wujud di dalam skrip
drama ini.
vi. Kepentingan doa
Banyak plot sedang berdoa yang ditunjukkan dalam drama ini. Ada
sebahagiannya diakhiri doa dengan doa dalam Bahasa Arab dan setengahnya
keseluruhan doa dalam Bahasa Melayu. Selain itu juga ditunjukkan perbuatan berdoa
sambil ditunjukkan dengan gerakan bibir sedang membaca doa tanpa mendengar butir
bicara doa yang diminta185 dan terdapat juga dialog-dialog yang mempunyai perkataan
doa dan dialog yang menunjukkan kepentingan berdoa seperti minta di doakan dan
berdoa untuk orang lain.
Hadith lain ada menyebut tentang hebatnya doa ini sehingga menjadi senjata bagi
orang mukmin:
‫الدعاء سَلح المؤمن و عماد الدين و نور السماوات و اْلرض‬
Maksudnya: “Doa itu senjata mukmin, tiang agama dan cahaya
langit dan bumi.”186
Berikut merupakan contoh-contoh doa mengikut kategori tertentu. Setiapnya
penulis hanya sertakan satu contoh sebagai bukti.
Contoh doa dalam Bahasa Arab :
Contoh 1:
Adam : Wasalallahu ala khairal qalqihi saiyidina
muhammadin wa ala alihi wasahbihi wassalam. Subhana
rabbika rabbil izzati amma yasifun. Wassalamun alal
mursalina
walhamdulillahi
rabbil
alamin.
Taqabbalallahuminkum.187
185
Lihat episod 12 pada minit 00:16:20. (Adam berdoa selepas solat Isyak)
Muhammad bin Abdullah al-Hakim al-Naysaburi, Al-Mustadrak „Ala al-Sahihayn, Kitab al-Du‟ai wa al-Takbir wa al-Tahlil wa
al-Zikri
187
Lihat dalam episod 18 pada minit 00:26:21.
186
137
Contoh doa dalam Bahasa Melayu :
Contoh 2 :
Adam : Ya Allah ya Tuhanku. Ampunilah segala dosadosa hambaMu. Aku memohon kepadaMu kau ampunilah
segala dosa-dosaku. Aku berdosa kepada isteriku
Katrina. Aku berdosa kepada anakku. Aku berdosa pada
abangku, dan aku berdosa pada ayah dan ibuku.
Lindungilah mereka ya Allah. Sesungguhnya mereka tidak
bersalah. Mereka tidak bersalah ya Allah..188
Contoh doa Bahasa Melayu dan dicampur dengan Bahasa Arab :
Contoh 3 :
Ustaz Hassan : Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh
yang berbakti kepada orang tuanya, bangsa dan kepada
agamanya ya Allah..wasalallahu ala saidina
muhammadin wa ala alihi wasalam. Walhamdulillahi
rabbil alamin.. taqaballahuminkum.189
Contoh mendoakan orang dan minta didoakan.
Contoh 4 :
Contoh 5 :
Nur Amina : Takyah risau pasal aku. Tu ha kau dengan
Ikram apa cerita?
Nabila : Tulah aku balik ni, rombongan dia datang lusa
Nur Amina : Ila! Tahniah Ila kau dengan Ikram.
Aku doakan kau bahagia.
Nabila : Aku yang doakan kau bahagia190
Mak Ani : Nampak sihat sikit. Ni, adik saya kirim salam.
Dia minta maaf dia tak dapat datang sebab dia sibuk
uruskan perkahwinan Aisyah. Dia ada jemput ustaz
sekeluarga pergi kenduri dia nanti.
Ustaz Hassan : Waalaikumsalam..Tapi aku ni sakit.
Rasanya tak dapat datanglah Ani.
Mak Ani : Takpalah Ustaz..yang penting doa ustaz untuk
Aisyah ya.
Ustaz Hassan : Insyallah..191
Contoh kepentingan berdoa :
Contoh 6 :
Hajah Khadijah : Alhamdulillah. Minta-minta kekallah
berubahan dia kali ini. Jangan pulak balik ke perangai
lama.
Aidil : Insyallah tak. Janji dengan syarat kita jangan
terlepas pandang. Banyak berdoa untuk dia.192
188
Lihat dalam episod 10 pada minit 00:03:57.
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:10:36.
190
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:14:07.
191
Lihat dalam episod 2 pada minit 00: 32:37.
192
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:12:11.
189
138
vii. Pembudayaan Membaca al-Quran
ِ ‫ك ِمن ال‬
ِ ِ
ِ َ‫ْكت‬
‫اب‬
َ َ ‫اتْ ُل َما أُوح َي إلَْي‬
Maksudnya: “Bacalah kitab (al-Quran yang telah diwahyukan
kepada kamu (Muhammad).”
Surah al-Ankabut (29) : 45
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim193:
‫اق َْرءُوا الْ ُق ْرآ َن فَِإنَّوُ يَأْتِي يَ ْو َم الْ ِقيَ َام ِة َش ِف ًيعا‬
Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya alQuran itu nanti pada hari kiamat akan datang untuk memberi
syafaat kepada orang yang membacanya.”
Ibnu Khaldun telah menegaskan di dalam bukunya al-Muqaddimah tentang
pembelajaran al-Quran al-Karim kepada anak-anak dan menghafalnya. Dia menekankan
lagi bahawa pengajaran al-Quran al-Karim itu adalah asas pengajaran yang utama dalam
semua dasar-dasar pembelajaran di rantauan negara-negara Islam, sebab dia itu adalah
suatu syiar dari syiar-syiar agama yang akan menetapkan aqidah dan mengukuhkan
iman.194
Ibnu Sina pula telah menasihatkan kita di dalam buku Siyasah supaya
memulakan anak dengan pengajaran al-Quran al-Karim dari sejak terketara kesediannya
dalam segi jasmani dan mentalnya untuk belajar, agar dia dapat mengenal dari sejak
kecil lagi akan pentingnya Bahasa Arab yang asal dan fasih, kelak akan tertanam dalam
jiwanya segala liku-liku keimanan.195
Abi al-Husayn Muslim al-Hajjaj al-Naysabury (2008), Sahih Muslim dalam ibid., KitabFada‟il al-Quran wa ma Yata‟allaqu bihi,
Bab Fadli Qira‟ati al-Quran wa Surah al-Baqarah, no. Hadith: 1874, hlm. 804.
194
Abdullah Nasih Ulwan (2008), Jil. 2. Op.cit., hlm. 381.
195
Ibid.
193
139
Imam al-Ghazali juga tidak ketinggalan mewasiatkan dalam Ihya Ulumuddinnya
supaya mengajarkan anak al-Quran al-Karim.196
Antara contoh-contoh plot yang dapat membuktikan kepentingan pembudayaan
membaca al-Quran yang diangkat drama yang pernah mencetuskan fenomena ini ialah
seperti berikut:
Contoh 1 :
Adam kecil sedang berlari pulang ke rumah dengan
tergesa-gesa. Dia mendapati kanak-kanak lain sudah pun
mula membaca al-Quran dengan abang dan maknya.
Lantas Adam kecil mengambil wudhuk di paip luar
rumahnya dan masuk ke dalam rumah mencapai iqra‟
dan rehal terus duduk di sisi maknya untuk mengaji.197
Plot ini menerangkan kepada masyarakat bahawa amalan membaca al-Quran
dalam kalangan kanak-kanak harus dititik beratkan. Plot ini juga memperdengar surah
an-Nas yang dibacakan secara beramai-ramai oleh kanak-kanak tersebut. Juga tidak
ketinggalan drama ini memberitahu masyarakat sebelum mengaji wajib untuk kita
mengambil wudhu‟ terlebih dahulu sepertimana yang dilakukan oleh Adam kecil.
Contoh 2 :
Ustaz Hassan yang sedang sakit duduk di atas katil
sambil memegang senaskah Yasin. Jelas dan lancar
alunan bait ayat-ayat al-Quran itu keluar daripada mulut
Ustaz Hassan. Raut wajah Ustaz Hassan tenang
mengalunkan ayat suci al-Quran. 198
Plot ini pula menjelaskan kepada penonton walau tidak sihat atau sakitnya
seseorang haruslah dia tidak melupakan amalan membaca al-Quran apatah lagi jika
sakit menghampirkan diri kepada kematian. Walaupun sakit Ustaz Hassan.
menggagahkan diri untuk mengaji juga. Dalam keadaan duduk di atas katil Ustaz
Hassan tetap mengalunkan bacaan Yasin dengan lancar dan syahdu. Ini menerangkan
196
Ibid.
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:12:13.
198
Lihat dalam episod 5 pada minit 00:12:42.
197
140
bahawa membaca al-Quran bagi yang sakit boleh dilakukan dalam apa jua keadaan
sekalipun sepertimana yang dilakukan oleh Ustaz Hassan.
Contoh 3 :
Nur Amina : Mak. Nur temankan mak tidur ea malam ni?
Hajah Khadijah : Tak payahlah Nur..
Nur Amina : Nanti mak tak boleh tidur kang.
Hajah Khadijah : Adam?
Nur Amina : Abang Adam benarkan.
Nur Amina terus duduk ditepi katil lantas membuka dan
mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Nur Amina
memulakan bacaan dengan membaca surah al-Fatihah.
Bacaannya didengarkan sehingga ke ayat terakhir surah
itu.199
Dialog di atas berlaku pada malam pertama kematian arwah Ustaz Hassan. Nur
Amina menemani Hajah Khadijah yang masih dalam kesedihan dengan pemergian
suaminya itu dengan membaca al-Quran sehingga Hajah Khadijah tertidur. Plot ini
menerangkan kepada masyarakat apabila berlaku kematian, seharusnya dibacakan ayatayat suci al-Quran di dalam rumah supaya insan-insan yang kehilangan ini lebih tenang
apabila mendengar kalam Allah S.W.T. Selain itu, untuk memulakan bacaan surah
dalam al-Quran kita disunatkan membaca surah al-Fatihah yang sedia maklum sebagai
surah pertama dalam al-Quran.
viii.
Pembudayaan amal jariah
Ibadah merangkumi semua percakapan, perbuatan, sifat yang zahir mahupun
batin yang disukai oleh Allah S.W.T.200 Skop ibadah yang amat luas ini menuntut
supaya setiap muslim memastikan supaya setiap percakapan, perbuatan, tindakan dan
hubungan dengan orang lain adalah berlandaskan syariat Islam.201 Firman Allah S.W.T.:
199
Lihat dalam episod 6 pada minit 00:19:11.
Mukhtasar Fatwa Ibnu Taimiyyah, dalam Abdul Karim Zaidan(2002), Usul al-Dakwah, ibid., hlm. 160.
201
Ibid.
200
141
ِ ِ
ِ
ِ َّ ‫اد‬
ِ ِِ
َّ ‫يموا‬
ً‫اى ْم ِس ِّرا َو َع ََلنِيَة‬
ُ َ‫الص ََلةَ َويُْنف ُقوا م َّما َرَزقْن‬
ُ ‫ين آ ََمنُوا يُق‬
َ ‫ي الذ‬
َ َ‫قُ ْل لعب‬
Maksudnya: “Katakanlah (Muhammad) kepada hambahambaKu yang telah beriman, hendaklah mereka mendirikan
sembahyang dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan sama ada secara rahsia atau terang-terangan.”
Surah Ibrahim (14) : 31
Nur Kasih pada pendapat penulis banyak membawakan kepada khalayak
penonton mengenai mesej amal jariah dalam erti kata sebenar. Watak-watak dalam
drama ini telah memainkan peranan sebagai individu contoh yang suka membuat kerja
amal tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pelbagai skop kerja yang dibentangkan
kepada masyarakat dalam drama ini. Antaranya ialah :
Contoh 1 :
Aidil mengambil beberapa buah kitab lama yang agak
usang di dalam koleksi perpustakaan masjid. Dia
menggelang sambil membersihkan kitab-kitab tersebut.
Dia kemudian terus pergi ke kedai buku mencari bukubuku baru untuk digantikan dengan buku-buku lama. Aidil
mengemas rak perpustakaan di masjid. Dia menyimpan
semua kitab-kitab lama dan menggantikan dengan kitabkitab yang baru dibeli tadi.202
Plot di atas menunjukkan bahawa Aidil telah melakukan suatu perkara yang baik
dengan ikhlas hati apabila dia dengan sendirinya mengemas dan menyusun buku-buku
di rak perpustakaan masjid dan membeli buku-buku baru bagi menambah koleksi
perpustakaan tersebut. Ini merupakan satu amalan yang sangat baik dan ikhlas kerana
semua yang Aidil lakukan adalah dengan rela hati dan atas kesedaran diri sendiri tanpa
disuruh oleh sesiapa.
Contoh 2 :
202
Imam Abu Bakar : Alhamdulillah. Semenjak ada program
anak muda ni, barulah ramai budak-budak datang ke
masjid.
Ahli masjid : Dulu susah kita nak cari anak muda tu.
Mereka ingat masjid ni tempat orang senja seperti kita
aja ni.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:15:40.
142
Imam Abu Bakar : Itulah budak-budak sekarang ni. Kalau
diajak sembahyang mereka lari jauh-jauh. Ha kalau ada
macam ni ha barulah mereka nak datang.
Ahli masjid : Selama ni cara kita pun tak kena Pak Imam.
Tak menarik. Macam mana nak panggil mereka datang?
Imam Abu Bakar : Nasib baiklah ada Aidil. Ni semua
cadangan Aidillah. Nasib baik juga si Adam bagi
sumbangan. Kalau ada cadangan takda duitnya, payah
juga kita nak bergerak.
Ahli masjid : Beruntung arwah Ustaz Hassan ya.
Menjadi betul anak mereka.203
Plot ini ternyata ingin memberitahu penonton bahawa Adam dan Aidil samasama menabur jasa dan membuat amal jariah melalui cara masing-masing iaitu Aidil
memberikan idea-idea bernas untuk mengimarahkan masjid dengan menarik muda-mudi
datang melakukan apa sahaja aktivi berfaedah di masjid. Manakala bagi Adam pula
yang mungkin sedikit berduit menyumbangkan bakti melalui kewangan supaya segala
idea bernas Aidil dapat dilaksanakan dengan lancar dan mudah. Dialog ini juga
membuktikan bahawa apabila manusia membuat aml jariah bukan saha dia mendapat
pahala di sisi Allah S.W.T., malah mereka di sanjung tinggi oleh masyarakat walau
tanpa dipinta.
Contoh 3 :
Adam : Adam tak mau balik abang. Selagi Adam tak yakin
doa Adam diterima.
Aidil : Allah akan terima kalau kena dengan syaratnya.
Adam kena betul-betul baik.
Adam : Adam tahu Adam tak cukup baik
Aidil : Ada cara lain. Untuk jadi baik tak semestinya
terperap ja kat masjid. Dengan sesama manusia pun kena
jaga juga.
Adam : Adam dah lama tinggalkan kampung bang. Adam
tak kenal sapa-sapa pun kat sini.
Aidil : Nak buat baik dengan orang tak perlu kita kenal.
Adam mula kenal erti sebenar Islam. Sehari demi sehari
Adam berubah. Tapi penghijrahannya belum lengkap.
Serentak dengan dialog di atas ditayangkan plot Adam
dan Aidil sedang bergotong royong dengan masyarakat
203
Dialog di atas berlatar belakangkan seorang budak remaja lelaki dan seorang budak remaja perempuan sedang mengemas
perpustakaan mini di masjid. Mereka menyusun buku-buku di rak perpustakaan tersebut. Selain itu, seorang perempuan muda
sedang mengajar dua kanak-kecil belajar di sebuah meja di koridor masjid. Juga terdapat tiga remaja sedang bermain Sepak Takrow
di halaman masjid. (Lihat dalam episod 16 pada minit 00:12:50).
143
kampung membersihkan kampung. Aidil dan Adam
gembira bekerjasama dengan orang kampung bergotong
royong. Aidil dan Adam membuat amal jariah juga
memberi bantuan kepada fakir miskin di kampung.
Mereka pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah fakir
miskin untuk memberikan sumbangan. Adam juga
mengajar tuisyen kepada budak-budak tentang pelajaran.
Adam dan Aidil bersama remaja-remaja kampung
bermain Bola Sepak.204
Dialog di atas berlaku ketika Adam di tinggalkan Nur Amina dan Katrina
serentak. Dia benar-benar insaf dan mula bertaubat sepenuh hati. Hari-harinya
dihabiskan di masjid untuk beribadah. Namun Aidil datang memberitahu apa makna
Islam yang sebenar. Dialog dan plot yang berlangsung di atas menerangkan kepada
khalayak penonton bahawa Islam bukanlah hanya duduk beribadah di dalam masjid
tanpa mencampuri usrusan dunia, tetapi perlu membuat kerja amal yang lain dalam
konteks ibadah dan sosial.
Berdasarkan huraian dan contoh yang diberikan di atas, penulis menyimpulkan
bahawa tidak syak lagi pembawaan drama Nur Kasih dalam usaha membudayakan
amalan ibadah secara keseluruhan dalam kehidupan seharian umat Islam patut mendapat
pujian dan sokongan daripada masyarakat malaysia. Kerana drama ini benar-benar
menitik beratkan soal ibadah dalam kehidupan dan cara penyampaian mesej
membudayakan ibadah yang dipersembahkan mudah difahami oleh semua golongan
masyarakat.
b) Aspek Sosial
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan sebagaimana yang dinyatakan oleh
Ibnu Khaldun di dalam bukunya, al-Mukaddimah bahawa kehidupan bermasyarakat
204
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:27:56.
144
adalah suatu keperluan asasi bagi manusia.205 Ini disokong oleh teori bahawa manusia
ini secara tabi‟inya adalah bermasyarakat. Ini bermakna hidup bermasyarakat
merupakan suatu keperluan yang wajib bagi manusia memenuhi kehidupan di dunia ini.
Manusia tidak mungkin mampu untuk hidup berseorangan. Teori ini disokong oleh
realiti kerana manusia dilahirkan di dalam suatu masyarakat, dia membesar dan mati di
dalam masyarakat ini.206 Sepertimana firman Allah S.W.T. yang menerangkan konsep
kemasyarakatan:
‫َّاس إِنَّا َخلَ ْقنَا ُك ْم ِم ْن ذَ َك ٍر َوأُنْثَى َو َج َعلْنَا ُك ْم ُشعُوبًا َوقَبَائِ َل لِتَ َع َارفُوا‬
ُ ‫يَا أَيُّ َها الن‬
‫أَ ْك َرَم ُك ْم ِع ْن َد اللَّ ِو أَتْ َقا ُك ْم‬
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.”
Surah al-Hujurat (49) :13
Melalui firman di atas dapat difahami bahawa Allah S.W.T. menyeru manusia
supaya hidup bermasyarakat dengan bergaul dan mengenali sesama sendiri dengan
perbezaan yang pelbagai. Ayat ini juga menerangkan bahawasanya manusia walaupun
berlainan warna kulit, bahasa, budaya, bangsa dan segalanya berlainan, namun Allah
S.W.T. langsung tidak memandang kepada perkara tersebut, apa yang menjadi ukuran
di sisi Allah S.W.T. ialah tingkat taqwa seseorang individu. Justeru itu, di sisi Allah
S.W.T manusia semuanya adalah sama walaupun dari segi zahirnya terlalu banyak
perbezaannya namun Allah S.W.T. hanya memandang siapa yang paling tinggi nilai
ketaqwaan kepadaNya.
205
Abd Rahman Muhammad Khaldun al-Hadrami (2006), Mukadimah Ibn Khaldun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 1-5.
206
Abdul Karim Zaidan (2002), op.cit., hlm. 121.
145
Berbincang soal kehidupan masyarakat, drama Nur Kasih juga tidak terlepas
dalam menonjolkan kehidupan bermasyarakat kepada penonton. Tidak mengira bangsa
dan agama, manusia semua saling memerlukan antara satu sama lain dan demi
keharmonian negara serta saranan daripada Islam, manusia perlu hidup secara baik dan
saling mengenali sebagai satu masyarakat. Terdapat beberapa plot yang dipaparkan
dalam drama ini yang dapat menunjukkan keperluan hidup bermasyarakat dan betapa
harmoninya kehidupan secara bermasyarakat tanpa mengira bangsa, agama, budaya
mahupun peringkat umur. Juga tidak lupa drama ini membawa konsep bahawa manusia
haruslah hidup secara bermasyarakat walau di mana pun kita berada.
Contoh 1 :
Suatu petang Aidil bermain bola sepak bersama dengan
beberapa orang kanak-kanak kecil di halaman rumahnya.
Apabila selesai bermain, Aidil menasihati kanak-kanak
tersebut supaya jangan lupa untuk menunaikan solat
Maghrib.207
Contoh di atas memberitahu bahawa hidup bermasyarakat tidak terbatas kepada
peringkat umur. Daripada bayi sehingga ke warga emas perlu berkomunikasi dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Apatah lagi Aidil sebagai salah seorang anggota
masyarakat di kampung tersebut telah menjalankan tanggungjawabnya dengan
mengingatkan kanak-kanak tersebut supaya jangan lupa menunaikan solat. Jika hanya di
antara kanak-kanak yang bermain mungkin mereka akan leka dan lalai bermain
sehingga tertinggal solat. Maka di sini kita boleh melihat kepentingan pergaulan dalam
masyarakat tanpa mengira peringkat umur.
Contoh 2 :
Ustaz Hassan : Dil.. Pandai-pandailah kau ambil hati si
Zizul tu. Walaupun cara fikir dia tak sama dengan cara
fikir kita.208
Dialog ini memberikan mesej nasihat tentang menjaga hubungan kita dengan
individu dalam masyarakat. Walau hanya seorang individu namun dia tetap merupakan
207
208
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:17:51.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:23:11.
146
salah satu anggota masyarakat dalam kampung tersebut. Bukankah masyarakat
terbentuk daripada individu. Maka apabila manusia menjaga hubungan antara setiap
individu maka hubungan dalam masyarakat akan menjadi baik. Janganlah kita
memandang enteng tentang hubungan antara individu. Maka dialog ini merupakan
nasihat paling asas dan sangat penting dalam pembentukan masyarakat yang harmoni
kerana ini memulakan hubungan baik antara individu dalam masyarakat.
Contoh 3 :
Mamak Kedai Runcit : Hai Nur, lama takdak jumpa. Ada
sihat? Eh Imam Bakar ada sihat?
Nur Amina : Sihat, alhamdulillah.
Mamak Kedai Runcit : Eh Nur, saya dengar awak sudah
mahu kahwin sama itu Ustaz Hassan punya anak ada
betul ka? Hehe baguslah. Itu Ustaz Hassan punya anak
ah, dua-dua handsome tau. Banyak pandai. Itu Aidil ah,
banyak baik punya budak. Tapi itu Adam ah,
aiyoo..banyak macam hantu tau. Tu kecik punya masa
selalu sini mari, guli semua dia curi.
Nur Amina : Owh yaka..
Mamak Kedai Runcit : Banyak nakal. Eh Nur, saya sikit
tanya boleh?
Nur Amina : Apadia?
Mamak Kedai Runcit : Itu mana satu budak lu mau
kahwin?
Nur Amina : Yang suka curi guli tu. Terima kasih ya
mamak.
Mamak Kedai Runcit : Aa sama. Curi guli punya budak.
Itu kecil-kecil curi guli sudah besar mahu curi hati anak
perempuan orang ah. Hmp! Aiyo.209.
Melalui dialog di atas dengan jelasnya terlihat hubungan yang rapat antara
mamak kedai runcit dengan keluarga Imam Abu Bakar dan keluarga Ustaz Hassan
kerana mamak kedai runcit itu juga menggunakan panggilan yang sama terhadap Imam
Abu Bakar dan Ustaz Hassan seperti mana masyarakat Islam kampung panggil. Dia
juga bertanyakan khabar Imam Abu Bakar daripada Nur Amina. Malah mamak kedai
runcit juga mendapat berita bahawa Nur Amina akan berkahwin dengan anak Ustaz
Hassan yang keduanya sangat dikenali perangai ketika kecil. Melalui dialog di dalam
plot ini memberitahu kepada khalayak penonton bahawa walaupun berlainan agama dan
209
Lihat dalam episod 3 pada minit 00:39: 23.
147
bangsa namun hubungan masyarakat yang baik tetap wujud dan perlu saling
menghormati seperti mamak kedai runcit itu menghormati Imam Abu Bakar dan
keluarga Ustaz Hassan melalui cara panggilannya.
Contoh 4 :
Para tetamu yang datang masing-masing memberikan
nasihat kepada Adam dan Nur Amina tentang hidup
berumahtangga. Walaupun tiada dialog yang lengkap
tentang nasihat-nasihat tersebut kerana ia diberikan oleh
ramai tetamu yang hadir, namun tetap juga didengarkan
walau sedikit nasihat-nasihat tersebut kepada penonton.
Adam dan Nur Amina juga digambarkan mendengar
nasihat dengan tekun dan berterima kasih kepada yang
memberi nasihat.210
Kehidupan bermasyarakat dalam Islam wujud dalam drama Nur Kasih ini ketika
mana majlis perkahwinan Adam dan Nur Amina berlangsung. Melalui plot ini telah
melambangkan bahawa masyarakat Islam harus hidup saling nasihat menasihati bagi
menjamin keharmonian masyarakat. Jika setiap daripada individu muslim dalam
masyarakat Malaysia mempunyai sifat nasihat-menasihati ini dan orang yang menerima
nasihat pun mengamalkan nasihat tersebut pasti negara akan mempunyai rakyat yang
baik dan berakhlak tanpa wujud golongan bermasalah yang menimbulkan gejala sosial.
Contoh 5 :
Suasana kesibukan dan keriuhan ketika kenduri kahwin
Aidil dan Aliya211 juga ketika kenduri kesyukuran yang
dibuat keluarga Imam Abu Bakar kerana Nur Amina
ingin kembali kepada kehidupan asal kerana selama
setahun lebih menunggu kepulangan Adam yang hilang di
Mumbai dan dipercayai sudah meninggal dunia.212 Semua
sanak saudara berkumpul termasuk orang kampung
bertungkus-lumus memasak, memotong, mengemas dan
membuat kerja-kerja lain yang diperlukan semasa kenduri
dilaksanakan. Juga suasana masyarakat kampung
bersama-sama mengerah keringat bergotong-royong
mengemaskan kawasan kampung.213 Ada yang mencabut
rumput, mengutip sampah, membersihkan longkang,
meracun rumput dan sebagainya. Suasana gotong-royong
membersihkan kawasan masjid juga dipaparkan dengan
jelas seperti mengecat baner, menyusun buku di
210
Lihat dalam episod 4 pada minit 00:14:42.
Lihat dalam episod 19 pada minit 00:31:33.
212
Lihat dalam episod 26 pada minit 00:24:23.
213
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:27:27.
211
148
perpustakaan dan mengumpulkan buku-buku terpakai
yang boleh dimanfaatkan. 214
Aktiviti masyarakat yang bergotong-royong dan saling tolong menolong antara
satu sama lain jelas digambarkan pada plot-plot tersebut telah menunjukkan dengan
jelas kehidupan bermasyarakat sangat diperlukan dan harus dihidupkan sehingga ke
akhir zaman. Aktiviti-aktivi seperti yang dipaparkan di atas kini semakin ketandusan.
Anak muda semakin suka dan senang membuat perihal sendiri tanpa mempedulikan
kehidupan orang lain. Kehidupan yang berkonsepkan individualistik semakin jelas
ketara dalam masyarakat sekarang terutamanya masyarakat bandar. Maka pada
pendapat penulis, drama ini cuba mengetengahkan kembali cara yang seharusnya wujud
dalam kehidupan bermasyarakat yang di anjurkan dalam Islam.
Aktiviti sosial yang dipaparkan dalam drama Nur Kasih ini merupakan satu
usaha yang murni dalam menunjukkan dan menyeru kepada masyarakat bagaimana cara
hidup bermasyarakat yang di maksudkan dalam Islam sama ada kepada masyarakat
muslim atau bukan muslim. Alangkah harmoninya negara Malaysia jika setiap individu
dalam masyarakat kita mengamalkan cara hidup bermasyarakat seperti ini iaitu saling
nasihat-menasihati, tolong menolong dan saling hormat-menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
4.1.2.3.
Skop Akhlak
Akhlak merupakan sesuatu yang amat penting kerana peranannya yang besar
dalam mengatur semua tingkahlaku manusia. Mungkin kita boleh katakan bahawa
semua tingkah laku manusia adalah selari dengan nilai atau sifat yang sebati di dalam
diri. Tepat sekali kata-kata Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya‟ Ulum Ad-Din:
214
Lihat dalam episod 26 pada minit 00:30:42.
149
“Setiap sifat yang tersemat di dalam hati akan tercerna kesannya pada anggota badan
malah anggota ini sudah tentu akan hanya bergerak menurut sifat ini.” Jadi semua
tingkah laku manusia berkait rapat dengan nilai dan sifat yang ada dalam diri seseorang.
Ibarat pokok yang akarnya di dalam bumi. Ini bermakna, tingkah laku yang baik
bergantung kepada akhlak yang baik sama seperti pokok yang bergantung kepada
akarnya. Jika baik akarnya maka baiklah pokok itu, dan jika rosak akarnya maka
rosaklah pokok itu.215
Al-Ghazali dan al-Tusi pada dasarnya juga bersetuju dengan Miskawayh bahawa
akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui latihan dan
pendidikan yang sesuai. Al-Ghazali misalnya, merumuskan bahawa fungsi utama agama
Islam adalah untuk mereformasikan akhlak manusia.216 Ini sangat bertepatan dengan
sabda Rasulullah s.a.w.:
‫انما بعثت ْلتمم مكارم اْلخَلق‬
Maksud: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak manusia.”217
Akhlak akan memandu seseorang memilih kebaikan dan kemudiannya
menterjemahkan kebaikan-kebaikan tersebut dengan perbuatan-perbuatan lahiriah yang
baik dan bertepatan dengan penilaian akal dan kehendak syariah.218
Dengan demikian, akhlak mempunyai kedudukan dan kepentingan yang sangat
primer dan dominan dengan Islam. Akhlak menjadi wasilah bagi seseorang muslim
215
Abdul Karim Zaidan (2002), op.cit., hlm. 91.
Mohd Nasir Omar ( 2005), Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlm.
23.
217
Abu Bakr Ahmad Al-Husayn al-Bayhaqi (t.t), Sunan al-Kubra, Dar al-Fikr, J.10, Kitab al-Shahadat, Bab Bayan Makarim alAkhlaq wa Ma‟aliha, no. hadis:3. hlm. 192. Hadis ini da‟if menurut al-Albani (Al-Silsilah al-Da‟ifah, Jil. 5, no. hadis: 2087)
218
Mohd Nasir Omar ( 2005), op.cit., hlm. 36.
216
150
untuk mencapai kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan sekaligus kehidupan di
akhirat kelak.219
Selain itu, akhlak juga boleh menjadi kriteria penentu status seseorang manusia.
Manusia boleh menjadi lebih mulia atau sebaliknya iaitu menjadi lebih hina daripada
makhluk lain disebabkan oleh faktor akhlak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaskud:
ِِ
‫سنُ ُه ْم ُخلُ ًقا‬
ْ ‫يمانًا أ‬
َ ِ‫ين إ‬
َ ‫أَ ْك َم ُل ال ُْم ْؤمن‬
َ ‫َح‬
Maksudnya: “Kalangan orang yang beriman yang paling tinggi
darjat keimanan mereka adalah orang yang paling baik akhlak
mereka.”
Akhlak memainkan peranan yang sangat penting dan dominan dalam menjana
pembentukan sahsiah diri manusia, masyarakat dan negara. Individu yang berakhlak
sudah tentu akan membentuk keluarga yang berakhlak, sementara keluarga yang
berakhlak pula akan menjamin masyarakat yang beradab, dan seterusnya sama-sama
akan membina negara yang bertamadun, bermoral, baik dan adil serta aman.
Akhlak menurut perspektif al-Quran merupakan faktor utama yang dapat
menjamin kekuatan sesuatu umat dan tamadunnya, dan akhlak juga boleh menjadi
penyebab kepada kelemahan dan keruntuhan sesuatu umat manusia dan tamadun.220
‫ك لَ َعلى ُخلُ ٍق َع ِظ ٍيم‬
َ َّ‫َوإِن‬
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai
akhlak yang sangat-sangat mulia.”
Surah al-Qalam (68) : 4
219
220
Ibid. hlm. 39.
Mohd Nasir Omar ( 2005), op.cit., hlm. 41-42.
151
Melihat kepada masyarakat hari ini yang berada di ambang bahaya kerana tahap
akhlak yang sangat membimbangkan, maka drama Nur Kasih membuka langkah dalam
mencerna akhlak mulia melalui watak-watak yang berperanan dalam drama tersebut
supaya sifat mahmudah yang ditonjolkan dapat mendominasi diri setiap individu yang
menontonnya. Melalui contoh yang dibawakan di bawah ini dapat membuktikan
bahawa drama Nur Kasih berjasa dalam menyumbang usaha dengan memuatkan unsurunsur akhlak Islam dengan harapan ia dapat membantu dalam membentuk akhlak
masyarakat Malaysia sedikit demi sedikit.
Untuk menyempurnakan huraian dalam skop akhlak ini dan menjadikan ia lebih
mudah difahami, penulis membahagikan skop akhlak ini kepada tiga bahagian kecil
iaitu:
a. Aspek sifat mahmudah.
b. Aspek personaliti dan imej.
c. Aspek pembudayaan nilai-nilai Islam.
a. Aspek Sifat Mahmudah
Dalam huraian dan contoh berikut, penulis hanya membentangkan sifat
mahmudah paling ketara yang ditonjolkan dalam drama ini dan ia masih belum
dibawakan di dalam mana-mana aspek lain kerana terdapat beberapa sifat mahmudah
yang sudah diterangkan di dalam aspek lain seperti sifat pemaaf dihuraikan di dalam
aspek budaya, manakala sifat redha dan tawakal diterangkan dalam aspek akidah.
Antara sifat-sifat mahmudah yang diterap dan ditonjolkan dalam drama ini
melalui watak-watak yang berjaya memainkan peranan masing-masing ialah:
152
i. Rendah diri
Merupakan salah satu sifat terpuji dalam lingkungan akhlak Islam. Allah S.W.T.
juga Rasulullah s.a.w. menyeru manusia supaya menghiasi diri dengan akhlak rendah
diri ini.
Muslim,221 Abu Dawud222 dan Ibnu Majah223 meriwayatkan dari „Iyadh r.a.,
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
, ‫ حتى َل يفخر احد على احد‬, ‫ان اهلل اوحى الي ان تواضعوا‬
‫وَل يبغى احد على احد‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku
agar bertawadhu‟ sehingga seseorang tidak akan
membanggakan diri atas yang lain dan tidak pula derhaka
kepada yang lain.”
Allah S.W.T. juga berfirman dalam al-Quran:
ِ ‫ش فِي ْاْل َْر‬
ِ ‫َّاس َوََل تَ ْم‬
ِ ‫ص ِّع ْر َخ َّد َك لِلن‬
‫ب ُك َّل‬
ُّ ‫ض َم َر ًحا إِ َّن اللَّوَ ََل يُ ِح‬
َ ُ‫َوََل ت‬
ٍ َ‫ُم ْخت‬
‫ال فَ ُخوٍر‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari
manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di
atas muka bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri.”
Surah Luqman (31) : 18
Antara contoh-contoh yang dipaparkan adalah seperti berikut:
Contoh 1 :
Penumpang Keretapi : Ustaz ke?
Aidil : Tak, saya bukan Ustaz. saya bukan tok guru, Saya
cuma penuntut ilmu Allah. Kenapa?
Abi al-Husayn Muslim al-Hajjaj al-Naysabury (2008), Sahih Muslim dalam Syeikh Salih bin „Abd al-„Aziz bin Muhammad bin
Ibrahim, Mawsu‟ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Riyadh: Dar al-Salam, Cet. 4, Kitab al-Jannah wa Sifati Na‟imiha wa
Ahliha, Bab al-Sifat Allati Yu‟raf Biha fi al-Dunya Ahlu al-Jannati wa Ahlu al-Nar, no. Hadith: 7210, hlm. 1175.
222
Abu Dawud Sulayman al-Ash‟ath al-Azdi al-Sajastani (2008), Sunan Abi Dawud dalam ibid., Kitab al-Adab, Bab fi al-Tawadu‟,
no. Hadis: 4895, hlm. 1582.
223
Abu „Abdullah Muhammad Yazid al-Rabi‟i Ibn Majah al-Qazwiny (2008), Sunan Ibnu Majah dalam ibid., Kitab al-Zuhd, Bab alBaghyi, no. Hadis: 4214, hlm. 2733.
221
153
Penumpang Keretapi : Tolong tengokkan anak saya
boleh?
Aidil kemudian menolong saudara itu mendiamkan
anaknya yang tidak berhenti menangis dengan membaca
ayat suci al-Quran.
Aidil : Alhamdulillah..Diam dah baik dah.
Penumpang Keretapi : Terima kasih Ustaz..
Aidil : Saya Cuma baca ayat suci ja.. Semua orang boleh
buat.224
Plot di atas berlaku di dalam keretapi ketika Aidil dan Adam mahu pulang ke
kampung kerana ayah mereka sakit. Seorang lelaki yang melihat penampilan Aidil
seperti seorang ustaz iaitu memakai Baju Melayu dan berkopiah telah meminta tolong
Aidil supaya melihat anaknya yang asyik menangis tanpa henti. Aidil mempunyai sifat
merendah diri jika dilihat kepada dialog yang digunakannya. Namun dia tidak
mengecewakan lelaki yang meminta tolong tersebut. Akhirnya setelah dibacakan
beberapa ayat suci al-Quran, bayi tersebut pun berhenti menangis. Di sini sebenarnya
telah membuktikan kehebatan ilmu agama Aidil kerana bayi tersebut terus diam. Namun
sehingga akhirnya Aidil tetap merendah diri.
Contoh 2 :
Imam Abu Bakar : Akhirnya bersuara juga si Nur tu.
Mak Ani : Alhamdulillahlah bang.
Imam Abu Bakar : Tak sangka pulak kedudukan saya ni
menjadi punca mereka berahsia.
Mak Ani : Dah tentulah bang. Nanti apa kata orang kalau
anak Tok Imam bercerai berai?
Imam Abu Bakar : Abang ni Cuma imamkan solat ja. Tak
semestinya sempurna dalam semua hal. Sampai tak boleh
ada cacat cela.
Mak Ani : Dah lumrah bang. Kalau orang lain buat silap
takpa. Jangan imam buat silap benda kecik pun jadi aib
besar tau.
Imam Abu Bakar : Mereka tu terlalu sanjungkan abang
sangat. Sedangkan ilmu dalam badan abang masih belum
sempurna.225
Dialog di atas adalah berkenaan dengan masalah rumahtangga Nur Amina dan
Adam yang selama ini disembunyikan tanpa siapa pun yang mengetahuinya kecuali
224
225
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:33:22.
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:08:17.
154
Aidil. Namun akhirnya ia terbongkar apabila Adam sendiri menceritakan segalanya
kepada keluarga mertuanya setelah Nur Amina membawa diri ke Jeddah selama dua
tahun. Berdasarkan dialog di atas jelas menunjukkan bahawa Imam Abu Bakar kecewa
dengan apa yang berlaku kerana disebabkan statusnya sebagai imam di dalam
masyarakat telah menyebabkan anaknya berahsia perkara yang besar seperti itu. Katakata Imam Abu Bakar telah menunjukkan bahawa dia seorang yang merendah diri.
Masakan imam seorang yang langsung tidak boleh ada cacat celanya sedangkan dia juga
merupakan insan biasa yang punya kelemahan juga. Maka masyarakat harus
memandang tinggi kepada imam kerana sememangnya darjatnya dalam Islam itu tinggi,
namun janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan daripada seorang imam apatah
lagi ahli keluarganya yang lain kerana iman itu tidak diwarisi.
Contoh 3 :
Dato‟ Afendi : Saya dan datin dah lama kenal dengan
awak ni Aidil. Lebih-lebih lagi Datin. Lebih awal dari
saya.
Aidil : Lebih awal?
Dato‟ Afendi : Iya. Datin suka baca pandangan dan
ceramah awak dalam internet.
Aidil : Owh.. Tulisan dan ceramah tu adalah pandangan
biasa ja dato‟. Yang baik tu daripada Allah sebenarnya.
Dato‟ Afendi : Aidil, sepanjang yang saya kenal awak.
Awak adalah insan yang suka merendah diri. Sebenarnya
saya dan datin ada bincang satu perkara penting.226
Plot di atas berlaku ketika Dato‟ Afendi dan Aidil bersendirian untuk
membicarakan tentang hajat Dato‟ Afendi yang ingin mengambil Aidil sebagai
menantunya. Rupanya selama ini Datin Munah dan Dato‟ Afendi telah mengenal Aidil
terlebih dahulu melalui artikel-artikel yang ditulisnya dalam internet. Dialog di atas juga
wujud dua situasi iaitu yang mana Aidil sendiri yang merendah diri dan Dato‟ Afendi
yang mengakui bahawa Aidil adalah seorang yang merendah diri. Maka dialog di atas
membuktikan Aidil adalah seorang yang memiliki sifat rendah diri dengan sesiapa
226
Lihat dalam episod 17 pada minit 00:31:53.
155
sahaja walaupun sebenarnya dirinya adalah seorang yang hebat dalam kedudukan
masyarakat.
ii. Sentiasa bersyukur
Bersyukur kepada Allah S.W.T. merupakan sebuah penyaksian terhadap nikmat
dan kurniaan Allah S.W.T. kepada manusia dan tanda sanjungan dan kecintaan manusia
kepada pemberi nikmat dan penciptaNya. Rasa syukur terbukti apabila manusia
menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada sesuatu yang
bermanfaat bagi diri sendiri dan juga orang lain.227 Kesihatan, harta, kejayaan, anakanak, kebahagiaan, pancaindera dan segalanya dari sekecil-kecil perkara sehingga ke
sebesar-besar perkara merupakan nikmat Allah S.W.T. yang perlu disyukuri dan
digunakan dengan cara yang berfaedah. Allah S.W.T. telah berfirman:
ِ ُ‫واللَّوُ أَ ْخرج ُكم ِمن بط‬
‫الس ْم َع‬
َّ ‫ون أ َُّم َهاتِ ُك ْم ََل تَ ْعلَ ُمو َن َش ْيئًا َو َج َع َل لَ ُك ُم‬
ُ ْ ْ ََ
َ
‫ص َار َو ْاْلَفْئِ َد َة لَ َعلَّ ُك ْم تَ ْش ُك ُرو َن‬
َ ْ‫َو ْاْلَب‬
Maksudnya: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu
dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi
kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
Surah al-Nahl (16) : 78
Allah S.W.T. tidak memperolehi sebarang manfaat daripada kesyukuran tersebut
dan tidak pula mendapat mudharat jika manusia tidak bersyukur. Sebaliknya faedah dan
manfaat bersyukur itu akan kembali kepada manusia begitu juga jika manusia tidak
bersyukur kerugian adalah dtitanggung oleh manusia sendiri.228
227
228
Sayid Sabiq (1994), Islam Kita, Mudzakkir (terj.), Indonesia: Penerbit Pustaka, hlm. 76.
Ibid., hlm. 79.
156
Syukur dapat membersihkan jiwa seseorang, mendekatkan diri kepada Tuhannya
dan dapat mencenderungkan manusia untuk memanfaatkan segala nikmat ke jalan yang
benar dan di redhaiNya.
Contoh 1 :
Ustaz Hassan : Esok-esok tolong bagikan pada Adam,
Aidil ya Jah. Abang takda apa nak bagi pada Jah.
Hajah Khadijah : Jah taknak apa-apa bang.
Ustaz Hassan : Selalu cakap macam tu. Jah, orang lain
ada intan berlian.. Jah abang?
Hajah Khadijah : Jah abang ada abang.229
Plot di atas berlaku tidak berapa lama sebelum Ustaz Hassan meninggal dunia.
Ustaz Hassan telah mewasiatkan kepada isterinya supaya memberikan dua buah
bungkusan kepada kedua anak mereka Aidil dan Adam selepas pemergiannya nanti.
Dalam dialog di atas Ustaz Hassan menyuarakan kekesalannya tidak dapat memberikan
apa-apa harta peninggalan kepada isterinya. Namun Hajah Khadijah sudah cukup
bersyukur selama ini walaupun dia tidak dapat memiliki harta dan kemewahan, namun
dengan memiliki suami seperti Ustaz Hassan, dia sudah merasa cukup dan sangat
bersyukur.
Contoh 2 :
Hajah Khadijah : Ibadah kita dah selesai. Tapi mak rasa
macam tak nak balik lagi.
Adam : Adam pun mak. Rasa nak duk lagi lama lagi.
Aidil : Abang bersyukur sampai juga akhir di tanah suci.
Tapi tanggungjawab pada kerja tu ibadah juga mak. Aidil
tak boleh lama. Ramai lagi yang perlukan bantuan Aidil.
Hajah Khadijah : Tapi kita duk sini dua tiga hari lagi tak
boleh? Aidil masuk kerja minggu depankan?230
Plot di atas pula berlaku ketika Hajah Khadijah, Aidil dan Adam menunaikan
Umrah di Mekah. Masing-masing meluahkan rasa tidak puas tinggal di sana dan berniat
mahu tinggal lebih lama sedikit sementara masih ada masa. Dialog Aidil di atas telah
membuktikan penerangan tentang konsep syukur di atas iaitu melahirkan rasa syukur
dengan berbakti kepada manusia lain dengan kelebihan yang ada. Seperti Aidil
229
230
Lihat dalam episod 4 pada minit 00:32:14.
Lihat dalam episod 16. Pada minit 00:02:29.
157
pekerjaannya menuntut dia menolong orang lain yang berada dalam kesusahan dan dia
tidak boleh meninggalkan kerjanya semata-mata untuk memuaskan diri untuk tinggal
lama di Mekah sedangkan ibadah Umrahnya telah selesai.
Contoh 3 :
Imam Abu Bakar : Syukurlah Dam. Ayah tengok Adam
dah banyak berubah. Alhamdulillah..
Adam : Adam cuba jadi lebih baik ayah.231
Walaupun contoh dialog di atas pendek, namun cukup untuk menerangkan
kepada penonton bahawa Imam Abu Bakar selaku bapa mertua kepada Adam merasa
sangat bersyukur dengan perubahan Adam ke arah kebaikan. Manakala Adam pula
melahirkan rasa syukur dengan perubahan dirinya sendiri apabila dia nekad dan mahu
menjadi lebih baik daripada dirinya sekarang yang sememangnya sudah baik. Ini
bertepatan dengan kehendak Islam iaitu apabila seseorang manusia itu bersyukur maka
haruslah dia lebih berusaha mencapai sesuatu kebaikan sebagai bukti kesyukurannya
dan bukannya duduk di takuk yang sama menanti sesuatu yang baik datang sekali lagi.
iii. Sabar
Kesabaran dengan keimanan ibarat kepala dengan jasad. Seorang mukmin perlu
bersabar mentaati Allah S.W.T. dan sabar menerima ketentuan Allah S.W.T. supaya ia
termasuk di kalangan orang-orang yang baik kerana rahmat Allah S.W.T. amat hampir
dengan orang-orang yang baik. Oleh kerana itu Islam memerintahkan supaya umatnya
bersabar.232
Sifat sabar merupakan sifat yang sangat dituntut dalam Islam kerana ia adalah
sifat yang mulia dan penting dalam keperibadian seorang muslim. Ini terbukti apabila
al-Quran menyebut tentang sifat ini lebih daripada 70 kali. Bersifat dengan kesabaran
231
232
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:14:52.
Abdul Karim Zaidan (2002), op.cit., hlm. 97.
158
juga menjadi salah satu daripada nasihat terpenting Luqman al-Hakim kepada anaknya
sehingga nasihat ini dirakamkan di dalam al-Quran dalam surah Luqman. Firman Allah
S.W.T.:
‫ك ِم ْن َع ْزِم ْاْل ُُموِر‬
َ ِ‫ك إِ َّن َذل‬
َ َ‫َصاب‬
ْ ‫َو‬
َ ‫اصبِ ْر َعلَى َما أ‬
Maksudnya: “Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang
menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang
memerlukan keazaman (yang kuat).”
Surah Luqman (31) : 17
Sumber sifat kesabaran adalah iman dan taufiq daripada Allah S.W.T. Ia tidak
mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata.233 Semakin tinggi
darjat keimanan dan ketaqwaan seseorang, maka semakin tinggilah nilai sifat kesabaran
dalam diri seseorang. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah
S.W.T. dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik. Firman Allah S.W.T.:
ِ َّ ‫إِنَّما يُوفَّى‬
ٍ ‫َجرُى ْم بِغَْي ِر ِحس‬
‫اب‬
َ َ
َ
َ ْ ‫الصاب ُرو َن أ‬
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang
bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
Surah az-Zumar (39) : 10
Dalam drama Nur Kasih ini juga tidak terkecuali dalam mengangkat sifat sabar
ini. Ini dilakukan melalui beberapa nasihat yang menyuruh watak-watak tertentu supaya
bersabar dalam menghadapi dugaan hidup. Nasihat supaya bersabar ini secara tidak
langsung juga turut disampaikan secara tidak langsung kepada masyarakat yang
menonton supaya bersabar dalam apa jua situasi kehidupan.
Contoh 1 :
Mak Ani : Bang, dia terjun ke bang?
Mak ani cemas apabila ternampak selipar anaknya di
jambatan gantung kampung.
Azman Yusof & Anisah Bahyah Ahmad (2007), “Unsur Dakwah Dalam Pantun dan Peribahasa Melayu: Sumbangannya Ke Arah
Melahirkan Belia Berintegriti, (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Belia 2007 di Bangi: Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia), hlm. 107.
233
159
Imam Abu Bakar : Sabar sabar sabar sabar ea. Kita
jangan fikir yang bukan-bukan. Kita tak tahu apa
sebenarnya dah berlaku.
Imam memaut bahu isterinya dari tepi, cuba
menenangkan isterinya yang cemas kerana Sarah hilang
sejak dari pagi dan dia meninggalkan nota „Jangan cari
Sarah‟ kepada keluarganya. Seluruh keluarga cemas dan
mencari Sarah seluruh kampung tetapi tidak berjumpa.234
Plot di atas berlaku di atas sebuah jambatan gantung di kampung. Mak Ani
terjumpa selipar yang sama seperti selipar Sarah di atas jambatan gantung itu terus
menangis cemas. Pada fikirannya Sarah sudah terjun ke dalam sungai di bawah
jambatan tersebut. Namun Imam Abu Bakar menenangkan Mak Ani yang cemas itu.
Sarah melarikan diri kerana terkejut apabila mendapati bakal isteri Aidil bukan dirinya
tetapi orang lain. Dia menjadi sangat kecewa kerana sangkaannya dia adalah calonnya
apabila mereka semua sibuk berbicara tentang peminangan Aidil. Sarah yang sudah
mencintai Sidil semenjak dia bangku sekolah lagi terlalu kecewa dan membawa diri ke
Kuala Lumpur bertemu sendiri dengan bakal isteri Aidil iaitu Aliya. Kehilangan Sarah
benar-benar mengejutkan Mak Ani apatah lagi apabila dia terjumpa selipar yang seakan
selipar Sarah di jambatan gantung tersebut. Namun dalam situasi begitu hanya sabar
yang boleh membantu kita berfikiran positif dan tidak memikirkan perkara yang tidak
baik. Maka nasihat sabar yang diberikan Imam Abu Bakar sangat kena pada tempat dan
suasana ketika itu.
Contoh 2 :
Datin Munah : Liya gembira tinggal kat sana bang.
Dato‟ Afendi : Kan saya dah kata.
Datin Munah : Liya tu kena banyak bersabar.
Dato‟ Afendi : Bukan dia ja..
Datin Munah : Yalah Munah pun kena banyak
bersabar.235
Dialog di atas mungkin kedengaran lucu apabila Datin Munah menyedari dirinya
juga perlu bersabar apabila anak perempuan tunggal mereka berkahwin dan terpaksa
234
235
Lihat dalam episod 19 pada minit 00:09:15.
Lihat dalam episod 21 pada minit 00:34:35.
160
berpisah dengan mereka. Dato‟ Afendi berkata sedemikian kerana sejak Aliya
berkahwin, setiap hari isterinya akan menelefon bertanya keadaan anak mereka. Datin
Munah yang juga sedar dengan kelakuan dirinya tahu dia juga perlu menasihatkan
dirinya supaya bersabar supaya dia boleh berfikir dengan tenang dan menerima bahawa
anaknya selamat dan selesa di rumah mertuanya. Dialog di atas menyampaikan kepada
khalayak penonton bahawa nasihat supaya bersabar bukan sahaja perlu diucapkan
kepada orang lain, bahkan nasihatkan juga kepada diri sendiri supaya bersabar dalam
apa jua keadaan yang menguji diri.
Contoh 3 :
Imam Abu Bakar dan Mak Ani segera datang ke rumah
Hajah Khadijah selepas mendengar berita tentang Adam
yang terlibat dalam kes pengeboman hotel di Mumbai.
(Nur menangis teresak-esak di sebelah Mak Ani)
Mak Ani : Sabarlah Nur236
Plot di atas merupakan dugaan terbesar dalam drama ini kerana ia melibatkan
antara hidup dan mati. Adam disahkan berada di dalam hotel yang dibom di Mumbai.
Adam pergi ke Mumbai atas urusan kerja tanpa siapa sangka pemergiannya
menyebabkan Nur Amina kehilangan suami selama dua tahun. Nur Amina terduduk
apabila mendengar berita yang menimpa Adam. Dia yang baru seketika hidup bahagia
bersama Adam diduga lagi dengan ujian yang semakin hebat. Nur Amina tidak dapat
mengawal perasaannya lantas menangis teresak-esak di pangkuan maknya. Dia terlalu
mencintai Adam untuk kehilangan lelaki itu. Namun nasihat Mak Ani supaya bersabar
mengembalikan Nur Amina ke dunia sebenar. Dengan menangis tidak mendatangkan
keuntungan apa-apa. Nur Amina bersemangat kembali untuk mencari suaminya dan
dengan berkat kesabaran dirinya dia percaya dan yakin suaminya masih hidup walaupun
dunia menyatakan Adam sudah meninggal dunia. Natijah hasil kesabarannya yang
tinggi Adam kembali kepangkuannya juga di saat akhir.
236
Lihat dalam episod 24 pada minit 00:09:11.
161
iv. Sifat kesederhanaan
Islam menuntut kesederhanaan dalam kehidupan bagi umatnya kerana kesederhanaan
itulah yang di amalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan merupakan sifat yang terbaik
daripada terkurang ataupun terlebih dalam apa jua perkara dalam kehidupan. Bukti
Islam menyarankan umatnya bersederhana ialah sepertimana Allah S.W.T. berfirman:
ِ َّ
‫ك قَ َو ًاما‬
َ ِ‫ين إِذَا أَنْ َف ُقوا لَ ْم يُ ْس ِرفُوا َولَ ْم يَ ْقتُ ُروا َوَكا َن بَ ْي َن ذَل‬
َ ‫َوالذ‬
Maksudnya: “Dan mereka itu apabila membelanjakan (harta)
tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir tetapi pertengahan
antara keduanya.”
Surah al-Furqan (25) : 67
Rasulullah juga bersabda :
‫ازىد في الدنيا يحبك اهلل وازىد في ما في ايدي الناس يحبك الناس‬
Maksudnya: “Berzuhudlah terhadap dunia, pasti Allah akan
mencintaimu. Dan berzuhudlah terhadap apa yang ada
ditangan manusia, pasti manusia akan mencintaimu.” 237
Drama yang padat dengan akhlak mulia yang boleh di contohi ini telah
mengangkat sifat wasathiah atau kesederhanaan dalam kehidupan. Sifat sederhana
yang sangat menonjol dalam drama ini menjadikan drama ini semakin lengkap dengan
unsur-unsur Islam yang pelbagai dan sangat indah untuk menontonnya berulang kali.
Tidak hairanlah mengapa rating penontonan drama ini tetap tinggi walaupun untuk
siaran ulangannya. Berikut merupakan sifat sederhana yang dipilih penulis untuk
dibuktikan kewujudan sifat ketara ini dalam drama bersiri Nur Kasih.
Abu „Abdullah Muhammad Yazid al-Rabi‟i Ibn Majah al-Qazwiny (2008), Kitab al-Zuhd, Bab al-Zuhdi fi al-Dunya, no. Hadis:
4102, hlm. 2726. Hadis ini hasan menurut Al-Nawawi dalam Kitab Syarh al-Arba‟in al-Nawawiyah, Mansurah: Dar al-Ghaddi alJadid, Cet. 1, no. Hadis: 31, hlm. 246.
237
162
Contoh 1 :
Mak Andam : Haa..yang ni cantik Ani.
Mak Ani : Kami ni buat kenduri kecil-kecilan ja Mak
Andam. Takda ka yang sederhana sikit?
Mak Andam : Ish, sekarang ni semua orang nak yang
glamour.
Mak Ani : Anak saya tak macam tu. Dia taknak semua
ni.238
Mak Andam menunjukkan beberapa album pakaian pengantin kepada Mak Ani
berikutan Nur Amina yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Namun
semua pakaian pengantin yang ditunjukkan Mak Andam kurang berkenan di hati Mak
Ani kerana terlalu glamour. Mak Ani yang memahami sikap anaknya yang hanya
mahukan perkahwinan yang sederhana apatah lagi dengan situasi keluarga mereka yang
hidup serba sederhana. Dialog di atas menunjukkan kepada khalayak penonton sikap
Nur Amina dan keluarganya yang sederhana walaupun untuk majlis perkahwinan yang
hanya sekali seumur hidup ini.
Contoh 2 :
Aliya mengajak Nur Amina keluar ke pekan untuk
membeli-belah bersamanya. Pada mulanya Nur Amina
menolak tapi setelah tiada alasan untuk Nur Amina tolak,
dia akhirnya akur. Mereka berdua keluar membeli-belah
di pekan kecil di kampung tersebut. 239
Plot di atas ditunjukkan Nur Amina dan Aliya hanya membeli-belah di kedaikedai biasa dalam bangunan tepi jalan dan bukannya di dalam sebuah shopping mall
yang berhawa dingin dan mewah. Ini telah memperlihatkan kesederhanaan Aliya
walaupun hidup sebagai anak dato‟ dan Nur Amina yang suaminya memiliki syarikat
sendiri tetapi mereka membeli-belah di tempat biasa sahaja walaupun sebenarnya
mampu untuk ke tempat yang lebih berstatus tinggi.
Contoh 3 :
238
239
Aliya : Abang ni kan rumah Liya, ada walid ada umi.
Tentulah Liya gembira. Tapi, rumah abang pun Liya rasa
macam rumah Liya juga.
Lihat dalam episod 3 pada minit 00:18:42.
Lihat dalam episod 26 pada minit 00:10:57.
163
Aidil : Yalah lagipun kat sini lengkap serba serbi. Rumah
abang?
Aliya : Abang, Kita jangan cakap pasal benda ni boleh
tak?
Aidil : Liya nak pembantu rumah ea?
Aliya : Ha? Tak. Liya tak nak..
Aidil : Liya, cuba terus terang dengan abang.
Aliya : Abang Liya tak pernah terfikir pun pasal benda tu.
Apa yang kita ada selama ni pun dah cukup. Cuma tadi
umi cakap kalau boleh dia nak bagi kereta baru kat kita.
Aidil : Eh, kereta arwah tu masih elok lagi. Tak rosak
pun.
Aliya : Liya dah cakap dengan umi. Takkan abang..
Takpa, nanti Liya cakap dengan umi ya.240
Dialog di atas berlaku apabila Aidil terlalu merendah diri apabila berkahwin
dengan Aliya yang berbeza latar belakang dengannya. Aliya sudah biasa hidup senang
dengan kemewahan ibubapanya. Namun apabila Aliya berkahwin dengan Aidil, Aliya
terpaksa duduk di kampung yang serba serbi kurang itu. Walau bagaimanapun itu
hanyalah dalam fikiran Aidil, tidak pada Aliya yang telah menerima Aidil seadanya dan
tidak kisah hidup secara sederhana dengan suaminya. Dialog di atas sudah menunjukkan
kepada kita bahawa Aidil dan Aliya mempunyai sifat yang sama iaitu sifat bersederhana
di dalam diri mereka.
v. Tidak berputus asa
Putus asa bukanlah suatu sifat yang dipuji Islam, malah Islam sentiasa menyuruh
umatnya bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja pekerjaan dan jangan
sesekali berputus asa kerana sifat mudah berputus asa hanya akan menunjukkan
kelemahan dan tidak menjamin kemajuan dalam kehidupan. Drama Nur Kasih telah
memperlihatkan kepada khalayak penonton supaya jangan sesekali berputus asa dalam
apa jua perkara. Berazam kuat dan berwawasan tinggi harus menjadi sifat dominan
240
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:13:21.
164
dalam diri supaya sifat mudah putus asa ini terkubur dalam diri. Berikut merupakan
contoh semangat jangan berputus asa yang di tunjukkan dalam drama bersiri ini:
Contoh 1:
Nur Amina : Habis kau ni tak pergi sambung belajar ka?
Aisyah : Aku dah fikir masak-masak Nur. Keluarga aku
susah. Kalau.. kalau aku takda siapa yang nak bantu
diaorang.
Nur Amina : Aisyah aku pun susah Aisyah.. PTPTN kan
ada.. Aku dah tanya dah semua tu. Kalau kau minta
insyallah boleh dapat.
Aisyah : Memanglah dapat Nur..tapi kalau belajar kat
universiti berapa tahun? Tiga, empat tahun? Dalam masa
tu sapa nak bantu diaorang?
Nur Amina : Aisyah..Aisyah..mesti ada cara lain..kalau
niat kita baik, insyallah semua berjalan lancar.
Aisyah : Jangan risau Nur, kalau aku tak belajar kat
universiti pun, aku taklah teruk sangat. Aku ada tawaran
jadi cikgu sementara. Lagipun bakal suami aku pun
mengajar kat tempat yang sama.241
Contoh 2:
Nur Amina : Nah duit kau.
Nabila : Eh, apa kau ni. Kan tadi aku janji nak bayarkan
untuk kau. Tak yah ah.
Nur Amina : Ila.. Aku dah banyak dah hutang dengan kau
Nabila : Hai Nur, masalahnya akukan tadi yang paksa
kau. Takpalah kau simpan duit tu. Lagipun aku tahu, kau
nak harapkan biasiswa tu banyak mana sangat. Nak
bayar lebih-lebih memang tak bolehlah kan. So, aku cuba
faham, aku cuba tolong selagi aku mampu ea?
Nur Amina : Tapi sampai bila Ila?
Nabila : Ha? Kau nak kerja part time tak? Ajar orang
mengaji fardhu ain? 242
Contoh 3:
Adam selepas keinsafannya, dia cuba memperbetulkan
hubungannya dengan Nur Amina, isteri yang pernah
ditinggalkan selama empat tahun tanpa berita.243 Untuk
memikat hati Nur Amina kembali bukanlah sesuatu yang
mudah apatah lagi sebanyak dua kali hati Nur Amina
dikecewakannya. Iaitu ketika dia meninggalkan Nur
Amina selepas mereka berkahwin244 dan kemudiannya
Adam mempunyai seorang lagi isteri selain Nur Amina.245
Nur Amina yang terlalu kecewa membawa diri dengan
izin Adam ke Jeddah.246 Adam tidak berputus asa
241
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:14:10.
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:27:57.
243
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:01:43.
244
Lihat dalam episod 6 pada minit 00:37:39.
245
Lihat dalam epsiod 14 pada minit 00:26:10.
246
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:35:44.
242
165
terhadap Nur Amina, dia sentiasa berdoa dan mencari
isterinya hingga ke Jeddah.247 Namun Nur Amina masih
belum bersedia menerimanya dan tidak mahu pulang ke
Malaysia lagi.248 Adam masih meneruskan usahanya.
Selepas pulang ke Malaysia setiap hari dia menghantar
email meluahkan rasa kepada Nur Amina walaupun tiada
satu email pun yang dibalas.249 Namun usaha keras Adam
membuahkan hasil apabila Nur Amina akhirnya kembali
ke sisinya.250
Ketiga-tiga contoh yang diberikan di atas menunjukkan suatu perkara yang
sangat bermakna iaitu jangan mudah berputus asa dengan mencari sebanyak mungkin
jalan penyelesaian kepada segala masalah yang dihadapi dan berusaha keras untuk
mendapatkan apa yang diingini dalam hidup ini.
vi. Penyesalan dan keinsafan
Dosa-dosa besar tidak diampuni kecuali dengan taubat Nasuha iaitu taubat yang
bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut. Allah S.W.T.
memerintahkan manusia bertaubat dengan firmanNya:
ِ
ِ َّ
‫وحا‬
ُ َ‫ين آ ََمنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّو تَ ْوبَةً ن‬
ً ‫ص‬
َ ‫يَا أَيُّ َها الذ‬
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah
kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurnimurninya)."
Surah at-Tahrim (66) : 8
Taubat Nasuha harus disertai dengan keinsafan dan penyesalan terhadap apa yang
telah dilakukan dahulu, dan bertekad tidak akan sesekali mengulanginya dan
memulakan hidup baru sebagai hamba Allah S.W.T. yang soleh pada masa akan datang.
247
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:13:22.
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:29:11 .
249
Lihat dalam episod 17 pada minit 00:13:38.
250
Lihat dalam episod 18 pada minit 00:10:43.
248
166
Taubat Nasuha dalam drama Nur Kasih ini diberitakan secara teori dan
praktikalnya melalui Adam, Katrina dan Siti Sarah kerana mereka merupakan watak
utama yang memainkan peranan sebagai manusia yang jauh daripada agama dan berhati
busuk pada mulanya. Namun di pertengahan kisah drama ini telah berlaku konflik yang
menyebabkan keinsafan hadir dalam hidup mereka. Berikut merupakan contoh
pembuktian taubat Nasuha yang wujud dalam drama ini:
Contoh 1 :
Adam membaca terjemahan al-Quran: “Setelah itu, maka
syaitan menggelincirkan mereka berdua daripada syurga
itu. (syot imbasan- Adam dan Katrina berpesta dengan
arak dan sebagainya dan mereka kemalangan kerana
Adam memandu dalam keadaan mabuk).
Sambungan Adam membaca terjemahan al-Quran:
“Kemudian Nabi Adam menerima beberapa kalimah
daripada Tuhannya.. (syot imbasan- Adam terkejut
melihat mayat anak lelakinya yang meninggal akibat
kemalangan yang disebabkan olehnya. Kemudian syot
Adam di dalam penjara menunjukkan kekesalan)
Sambungan Adam membaca terjemahan al-Quran:
“Kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya. Lalu
Allah menerima taubatnya.
Adam : Ya Allah, terimalah taubatku. (Adam bersolat di
atas sebuah batu besar di tengah padang pasir dan
berdoa).251
Terjemahan ayat al-Quran yang dibaca oleh Adam dalam plot di atas ialah dalam
surah al-Baqarah ayat 36 dan 37 iaitu menceritakan bagaimana Nabi Allah Adam a.s.
diturunkan ke bumi dan Nabi Allah Adam a.s. bertaubat sehingga Allah S.W.T.
menerima taubatnya. Adam terkesan membaca terjemahan tersebut lantas dia segera
menunaikan solat Taubat di situ juga iaitu di atas batu besar di tengah tanah gersang
yang dikelilingi padang pasir. Sedangkan sebenarnya Adam sudah bertaubat dengan
taubat Nasuha sebelum ini namun dia masih melakukan solat Taubat apabila dia
membaca maksud surah al-Baqarah tersebut. Plot di atas menjelaskan bahawa jika
seseorang mahu bertaubat, buatlah dengan bersungguh-sunguh sepertimana yang
dilakukan oleh Adam dalam drama ini. Kesan taubat Nasuha yang dilakukan oleh Adam
251
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:06:48.
167
dapat dilihat dengan jelas dalam perwatakan Adam yang terus berubah hampir secara
keseluruhannya.
Contoh 2 :
Katrina : Saya minta maaf, saya minta maaf atas kesemua
yang saya lakukan dulu. Saya harap awak berdua
maafkan saya.
Nur Amina : Awak masih isteri abang Adam dan awak
berhak datang bila-bila saja.
Adam : Mana you pergi selama ni Katrina?
Katrina : Saya pergi mencari kebahagiaan. Dan lamalama saya dapat lebih daripada itu. Saya dapat keinsafan.
Sedikit demi sedikit saya mula mencapai ketenangan.
Saya dapat kebahagiaan yang diredhai Allah.
Adam : Jadi?
Katrina : Saya datang sini hanya untuk minta maaf. Itu
saja.252
Sepertimana yang berlaku kepada Adam, itu juga yang berlaku kepada Katrina.
Katrina menemui hidayah setelah hampir berputus asa dengan kehidupan selepas
meninggalkan Adam yang memadukannya. Katrina selepas keinsafannya dia menjadi
insan yang baru sangat berbeza dengan dirinya ketika jahil dahulu. Sehingga dia yang
suatu ketika dahulu meninggalkan Adam dan pernah menghina Nur Amina datang
sendiri ke kampung demi untuk meminta maaf atas kesalahannya dahulu. Malah Katrina
kini sudah berpakaian menutup aurat dan dapat menerima hakikat dia adalah isteri
kedua kepada Adam dan menerima dengan redha umurnya tidak panjang akibat
penyakit yang dihadapinya. Katrina juga banyak menghabiskan masanya dengan
beribadah kepada Allah S.W.T.
Contoh 3 :
252
Sarah : Terima kasih kak, jaga Sarah.
Nur Amina : Sarahkan adik kakak.
Sarah : Sarah dah buat macam-macam tak elok kat akak
selama ni.
Nur Amina : Akak tahu Sarah dah berubah. Sarah nak
lauk lagi akak pergi ambil?
Sarah : Kak., Bila akak nak berubah akak?
Nur Amina : Apadia?
Sarah : Abang Adam dah takda dah kak.
Nur Amina : Jangan cakap pasal ni Sarah.
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:03:37.
168
Sarah : Semua orang dah terima kenyataan. Akak sorang
aja. Sarah cakap macam ni sebab Sarah sayangkan akak.
Nur Amina : Kalau Sarah sayangkan akak, Sarah jangan
cakap pasal ni lagi.
Sarah : Akak terima jelah apa yang kak Liya cadangkan.
Sarah rasa memang jodoh akak dengan abang Aidil. Itu
yang tertulis. Itu yang sepatutnya yang terjadi sejak umur
akak 18 tahun lagi. Walau bermacam halangan. Akhirnya
sampai ke sini juga akak. Nur Amina dan Aidil. Aidil dan
Nur Amina.253
Plot di atas berlaku dalam episod terakhir drama ini. Akhirnya Sarah yang
sentiasa berniat jahat selama ini menemui keinsafan selepas tragedi malang menimpa
dirinya. Perubahan yang ketara juga berlaku kepada Sarah selepas dia insaf sepertimana
yang berlaku kepada Adam dan Katrina dalam contoh yang diberikan di atas. Sarah
yang selama ini terlalu mencintai Aidil sehingga segala perbuatan jahat yang
dilakukannya selama ini adalah berpunca daripada cintanya kepada Aidil, akhirnya
Sarah sendiri mengeluarkan kata-kata menyuruh kakaknya menerima Aidil sebagai
suami setelah pemergiaan Adam yang disangka tidak akan kembali itu. Sarah akhirnya
menerima hakikat bahawa dia tidak berjodoh dengan Aidil walau pelbagai usaha sudah
dilakukan termasuk usaha jahat. Dia redha dengan semua itu, malah membenarkan
kakaknya untuk mengahwini Aidil sedangkan suatu masa dahulu bermati-matian dia
menghalang Aidil dengan Nur Amina walaupun untuk mereka rapat antara satu sama
lain.
Melihat tiga contoh yang diberikan, ternyata drama Nur Kasih sangat menekan
soal keinsafan dan penyesalan apabila natijah taubat yang dipapar membuahkan hasil
yang indah dan baik. Hakikat dalam kehidupan sebenarnya adalah begitu jika seseorang
itu menyesal dan insaf dengan perbuatannya setelah bertaubat maka dia seakan lahir
semula menjadi manusia yang baru dengan sifat dan sikap yang baik.
253
Lihat dalam episod 26 pada minit 00:16:54.
169
Berdasarkan contoh dan huraian yang telah diberikan di atas, penulis mendapati
drama ini telah melahirkan watak-watak yang jiwa mereka kaya dengan akhlak mulia.
Kedudukan drama ini sebagai drama yang sarat dengan unsur Islam telah melahirkan
satu suasana kehidupan dalam masyarakat Islam yang dilihat sangat harmoni apabila
sifat mahmudah menjadi benteng utama dalam diri mereka. Walau bagaimanapun tidak
dinafikan kewujudan sifat-sifat yang tidak baik dalam diri setiap watak yang ada.
Namun ia akhirnya terhakis apabila akhlak mulia mendominasi diri mereka. Contoh
yang dibentangkan di atas sebenarnya merupakan sebahagian sahaja daripada akhlak
mulia yang dipaparkan dalam drama ini. Pemilihan sifat-sifat mulia di atas adalah
berdasarkan kepada majoriti dan ketaranya sifat tersebut ditonjolkan dalam sepanjang
26 episod perjalanan drama ini.
b) Aspek Personaliti dan Imej
Allah S.W.T. menegaskan bahawa kejadian insan adalah sebaik dan seindah
kejadian. Keindahan yang dikehendaki ialah keindahan dalam kedua-dua unsurnya iaitu
jasmani dan rohani. Bentuk lahiriah atau jasmaninya memang telah indah dan
sempurna. Tetapi keindahan dalam bentuk lahirnya „al-khalaq‟ belum menepati
keindahan dan kesempurnaan insan seperti yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.
Keindahan dan kesempurnaan insan memerlukan juga kepada pembentukan keindahan
rohani yang disitilahkan al-Quran dengan al-khuluq. Tanpa keindahan al-khuluq dan
keindahan rohani, maka manusia akan jatuh kepada taraf yang paling rendah daripada
segala yang rendah.254
Untuk mendapatkan keindahan rohani, maka usaha itu diserahkan kepada
manusia supaya membentuk diri kerohaniannya atau keperibadiannya itu mengikut
254
Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (2006), Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 13.
170
acuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. supaya personaliti manusia yang
terbentuk bertepatan dengan sifat fitrah manusia yang indah. Islam melihat personaliti
seseorang bukan hanya daripada rupa luaran tetapi juga dalamannya iaitu akhlak
individu tersebut. Jika baik akhlaknya pasti personalitinya menarik dan di terima oleh
semua manusia.
Personaliti255 ini merujuk kepada bagaimana ia dilihat oleh orang lain dan apa
yang ada di dalam diri individu yang merangkumi pelbagai aspek seperti pandangan
individu, kemahiran sosial dan sifat fizikal serta peribadi seseorang. Seseorang yang
mempunyai personaliti yang menarik sentiasa mendapat perhatian orang lain
berbanding dengan orang yang kurang menarik personalitinya. Personaliti merupakan
suatu sifat yang berbeza bagi setiap individu yang ada di antara aspeknya yang boleh
dibentuk dan ada yang semulajadi sebahagian daripada diri individu tersebut.
Peribadi atau personaliti muslim adalah peribadi tersendiri yang terbentuk
daripada latihan-latihan melalui ibadah. Keikhlasan adalah satu sifat yang amat
dikehendaki dalam Islam. Keikhlasan dalam menyembah Allah S.W.T. akan melahirkan
peribadi yang teguh dan lurus. Dengan perlaksanaan semua ini pasti akan terbentuk
individu dengan personaliti yang unggul dan dihormati oleh masyarakat.
Drama Nur Kasih harus dipuji dalam aspek mengketengahkan personaliti
muslim ini. Kebanyakkan daripada watak utamanya diberikan sebuah imej dan
255
Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin persona atau personalitas. Maksud persona ialah topeng yang merujuk
kepada rupa luaran yang ada pada seseorang. Walau bagaimanapun maksud ini tidak kekal kerana perkataan persona kemudiannya
memberi beberapa pengertian antaranya termasuklah ciri-ciri dan kualiti dalaman seseorang dan juga rupa luaran. Lihat Habibah
Elias & Noran Fauziah Yaakub (2006), ibid. hlm. 2. Allport (1961) yang telah membahagikan personaliti kepada tiga bahagian;
kesan luaran, struktur dalaman dan pandangan positif. Kesan luaran adalah merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada
seseorang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu kesan seseorang kepada orang lain. Ia juga merujuk kepada
kemahiran sosial. Ianya tidak mengambil kira ciri-ciri dalaman yang terdapat pada seseorang. Struktur dalaman pula merangkumi
struktur psikologi atau psikofizikal. Ia melihat personaliti sebagai sistem, trait atau ciri. Manakala pandangan positif merujuk kepada
operasi sebenar seperti skor yang diperolehi dalam ujian personaliti. Ia lebih kepada diri dalaman dan luaran individu itu sendiri
berdasarkan kepada aspek apa ia terbentuk. Lihat Ibid., hlm. 4.
171
personaliti unggul sebagai seorang muslim. Alangkah indahnya jika di alam realiti
kehidupan manusia wujud personaliti yang dimiliki watak-watak seperti dalam drama
ini. Antara watak yang menonjol dan konsisten dengan imej dan personaliti Islam ialah
Aidil dan Nur Amina. Selain mereka berdua juga terdapat watak lain yang juga kuat
menonjolkan personaliti Islam seperti Datin Munah, Dato‟ Afendi, Ustaz Hassan, Imam
Abu Bakar, Aliya dan juga Adam dan Katrina selepas keinsafan mereka. Drama ini juga
cuba menyampaikan kepada masyarakat bagaimana personaliti Islam ini adalah suatu
yang unggul dan mendapat perhatian manusia lain.
Kebaikan dan keistimewaan memiliki personaliti unggul ini diketengahkan
kepada penonton melalui cara tersendiri dan lebih penting drama ini memberitahu
kepada penonton bahawa untuk wujudnya personaliti unggul dalam diri seseorang itu
haruslah wujud penghayatan Islam sebagai cara hidup dan berakhlak dengan akhlak
Islam. Dengan demikian akan terbentuklah personaliti dan imej yang unggul dan
disegani serta disenangi manusia.
Berikut penulis mengeluarkan beberapa contoh yang menunjukkan keunggulan
beberapa watak penting dalam drama Nur Kasih ini.
Contoh 1 :
Watak Aidil: Aidil sedari kecil merupakan seorang anak
yang taat dan berperibadi mulia. Dia sentiasa mengikut segala ajaran
ayahnya dengan taat dan menjalankan suruhan agama Islam seperti
membaca al-Quran,256 solat257 dan berpuasa.258 Ibubapa Aidil juga
menyedari kebaikan Aidil dari kecil259. Keperibadian Aidil yang berakhlak
mulia itu semakin unggul apabila dia dewasa, apatah lagi dia melanjutkan
pelajaran di Universiti al-Azhar Mesir, malah di sana gurunya juga memuji
keperibadian Aidil.260 Aidil juga sangat mementingkan keluarganya dan
terlalu menyayangi adiknya Adam walaupun adam selalu memarahinya.
Ketika perjalanan pulang ke kampung di atas keretapi, kerana aura
personaliti unggul yang wujud dalam diri Aidil apatah lagi dengan imej
256
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:12:19.
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:27:4.
258
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:10:36.
259
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:30:48.
260
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:07:08.
257
172
Islamik yang jelas boleh dilihat melalui pemakaiannya orang yang tidak
dikenali telah meminta bantuannya untuk mengubati anak kecil yang
sentiasa menangis.261 Aidil juga merupakan seorang yang istiqamah
solatnya di masjid sedari kecil hingga dewasa.262 Hampir setiap waktu dia
menunaikan solat di masjid. Kerana personaliti unggul itu telah
menyebabkan orang kampung263 bahkan orang kampung yang berbangsa
lain juga mengakui kebaikan akhlak Aidil.264 Dia sanggup berkorban apa
sahaja demi kebahagiaan keluarganya termasuk cintanya terhadap Nur
Amina yang diyakini boleh menjadi isteri dan ibu solehah. Nur Amina
dikahwinkan dengan Adam dan Aidil redha dengan takdir tersebut dan
mendoakan mereka berdua bahagia.265 Ketika Adam meninggalkan Nur
Amina dengan status gantung tidak bertali, perasaan cinta Aidil berputik
kembali namun dia segera membuang jauh perasaan itu dengan cara
mengelak daripada berhubung rapat dengan Nur Amina melalui email.266
Aidil juga telah menangguhkan kerjayanya demi menjaga ayahnya yang
sedang sakit tenat.267 Apabila Ustaz Hassan meninggal dunia, Aidil
mengambil alih menjaga dan menemani emaknya sehingga selepas dia
berkahwin juga dia masih tinggal bersama emaknya demi menjaganya.268
Aidil sangat tegas dalam sifat menghormati orang tua dan selalu
menasihati Adam dari kecil269 hingga besar supaya sentiasa memikirkan
emak dan jangan membenci ayah.270 Dengan keperibadian tersebut, ramai
gadis yang menyukai Aidil seperti Sarah, Wani dan Aliya. Namun Aidil
diberikan jodoh terbaik yang solehah yang sesuai dengan dirinya yang
soleh iaitu Aliya. Selain memiliki ketinggian akhlak dan peribadi, Aidil juga
mempunyai ilmu pengetahuan agama yang tinggi dan sangat mencintai ilmu
sehingga dia sentiasa dijadikan rujukan oleh Adam, Aliya dan Nur Amina.
Terdapat banyak dialog-dialog Aidil yang menunjukkan ketinggian ilmu
agama yang dimilikinya khususnya dalam bidang syariah. Selain di masjid,
kemahiran sosial Aidil juga tinggi kerana dia selalu menghabiskan masa
bermain bola sepak bersama kanak-kanak kecil271 dan remaja272. Selain itu
juga banyak memberi sumbangan idea dalam mengimarahkan masjid untuk
golongan remaja273. Aidil yang sememangnya berbudi pekerti itu sentiasa
menjaga aib orang lain seperti menjaga aib Adam tanpa menceritaka kisah
rumahtangga Adam dengan Nur Amina dan juga menjaga aib Sarah dengan
merahsiakan segala fitnah yang ditabur Sarah terhadapnya. Selain itu sifat
rendah diri, pemaaf dan wasatiah yang wujud dalam diri Aidil juga sangat
mengkagumkan. Sepanjang perjalanan cerita dalam drama Nur Kasih ini,
pertuturan dan nada suara Aidil ketika bercakap sangat lembut dan
berhemah, hanya sekali dua Aidil meninggikan suaranya iaitu ketika Adam
membuat kesalahan besar. Kata-kata yang keluar daripada mulut Aidil
selalunya penuh dengan nasihat, motivasi dan perasaan rendah diri.
Dengan personaliti unggul yang dimiliknya itulah yang menyebabkan dia
disayangi oleh Dato‟ Afendi dan Datin Munah dan akhirnya dia menjadi
261
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:33:22.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:06:47.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:08 :05 .
264
Lihat dalam episod 3 pada minit 00:39:41.
265
Lihat dalam episod 3 pada minit 00:33:20.
266
Lihat dalam episod 8 pada minit 00:31:42.
267
Lihat dalam episod 5 pada minit 00:04:16.
268
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:27:44
269
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:13:32.
270
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:32:56.
271
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:17:51.
272
Lihat dalam episod 5 pada minit 00:04:39.
273
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:13:28.
262
263
173
menantu mereka. Aidil juga banyak menolong menyelesaikan masalah
rumahtangga Adam, Nur Amina dan Katrina dan membantu Adam dalam
memulihkan Katrina daripada hilang kewarasan.274 Cara penyelesaian
Aidil terhadap sesuatu masalah juga sangat berhikmah dan berlandaskan
Islam terutamanya ketika dia menghadapi kemelut rumahtangga dengan
Aliya, Aidil sangat tenang dalam menyelesaikan masalah mereka.275
Melihat kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa Aidil mempunyai
satu personaliti yang unggul dari aspek luaran dan dalaman dirinya. Keunggulan
personaliti dan imejnya jelas lagi nyata dan diperakui oleh semua watak dalam drama
tersebut walaupun masih juga terdapat kekurangan dalam dirinya namun kebaikan dan
kemulian akhlaknya telah menutup segala kekurangan yang wujud dalam dirinya.
Melihat dirinya secara zahir sahaja sudah menambat hati apatah lagi drama ini
menonjolkan segala sifat mulianya. Watak Aidil ini seharusnya dijadikan icon kepada
masyarakat untuk dicontohi. Walaupun
tidak banyak sifat yang dapat dicontohi,
sedikitpun sudah memadai dalam merubah diri individu menjadi insan yang mempunyai
personaliti unggul dalam hidup.
Contoh 2 :
Watak Nur Amina: Seorang gadis kampung yang lemah
lembut, rajin dan taat kepada ibubapanya. Status sebagai anak imam
mempengaruhi Nur Amina menjadi seorang muslimah yang solehah. Nur
Amina selalu mengikuti ayahnya pergi solat berjemaah di masjid
kampung.276 Dia juga merupakan anak kesayangan Imam Abu Bakar dan
Mak Ani. Nur Amina seorang pelajar yang pandai dan bercita-cita tinggi.
Dia selalu berkunjung ke perpustakaan di masjid untuk membaca dan
meminjam buku.277 Nur Amina ketika remajanya, dia mengajar kanak-kanak
membaca al-Quran di masjid,278 bahkan ketika di universiti juga Nur Amina
turut membuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan bagi
menampung pengajiannya dengan mengajar al-Quran.279 Ketika menunggu
kepulangan Adam yang tak kunjung tiba, Nur Amina juga membuat amal
jariah dengan mengajar anak-anak di kampung membaca al-Quran di
masjid.280 Kesolehan Nur Amina tidak dapat dipertikaikan lagi apabila
Nur Amina selalu melakukan solat sunat dan solat malam. Dia juga selalu
membaca al-Quran dan berzikir. Nur Amina juga digambar sudah
bertudung sejak di tingkatan satu lagi.281 Apabila Nur Amina terpaksa
274
Lihat dalam episod 12 pada minit 00:28:02.
Lihat dalam episod 25 pada minit 00:04:47.
276
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:09:31.
277
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:07:16 dan pada minit 00:15:26.
278
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:06:59.
279
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:30:42 .
280
Lihat dalam episod 25 pada minit 00:16:52.
281
Lihat dalam episod 4 pada minit 00:25:08.
275
174
berkahwin dengan Adam, dia tetap cuba menjadi isteri yang baik dengan
melayan dan bercakap lembut dengan suaminya walaupun Adam selalu
berkasar dengannya dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang suami.282 Apabila Adam meninggalkannya dengan status gantung
tidak bertali, Nur Amina redha dan tetap meneruskan kehidupannya dengan
baik. Segala keresahan hati dia mengadu kepada Allah S.W.T. dalam setiap
doanya.283 Begitu juga ketika dia pergi membawa diri ke Jeddah dengan
izin Adam kerana mendapat tahu dia bermadu. Nur Amina juga sentiasa
qiamullail dan solat sunat Istikharah meminta petunjuk Allah S.W.T. dalam
hal rumahtangganya.284 Apabila dia pulang ke Malaysia dia dapat
menerima Katrina dengan redha dan dia sendiri yang mahu mereka bertiga
hidup bersama tanpa berlaku penceraian.285 Hidup bermadu bukanlah
semudah yang disangka, Nur Amina sentiasa mengingatkan suaminya
supaya berlaku adil antara dirinya dan Katrina.286 Ketika di alam
pekerjaan Nur Amina juga disayangi oleh majikannya kerana kerjanya yang
bersungguh dan amanah sehingga dia mendapat kepercayaan dan
kehormatan yang tinggi daripada majikannya. Baik ketika dia bekerja di
syarikat kontraktor287 mahupun di Agenci Haji dan Umrah di Jeddah.288
Watak Nur Amina sejak dari awal episod sehingga ke akhirnya adalah
seorang yang sangat bertawakal kepada Allah S.W.T dan mengharap
sepenuhnya daripada Allah S.W.T.
Nur Amina boleh disimpulkan sebagai seorang anak, isteri, pekerja, kawan,
individu dan hamba Allah S.W.T. yang solehah. Peribadinya yang bukan sahaja cantik
pada luaran bahkan dalamannya juga cantik berhias akhlak yang mulia. Ini menjadikan
Nur Amina sebagai seorang wanita yang berpesonaliti unggul dan harus dicontohi
wanita lain.
Contoh 3 :
Watak Adam: Ketika kecil watak ini sangat nakal, kurang
adab dan suka melawan cakap ibubapa289 serta abangnya.290 Dia juga
seorang budak yang tidak suka membaca al-Quran,291 solat292 dan puasa.293
Walaupun wujud sifat tidak baik dalam dirinya, namun ada satu perkara
yang harus dicontohi iaitu kesungguhannya dalam pelajaran dan mengejar
cita-citanya. Adam seorang budak yang pandai, suka duduk di
perpustakaan294 dan mendapat nombor satu dalam peperiksaan.295 Apabila
sudah dewasa juga Adam masih dengan sikapnya semasa kecil malah lebih
282
Lihat dalam episod 5 pada minit 00:25:32.
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:08:30.
284
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:25:42
285
Lihat dalam episod 20pada minit 00:38:21.
286
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:21:48.
287
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:14:49.
288
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:04:14.
289
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:28:17.
290
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:22:23.
291
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:17:46.
292
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:27:44.
293
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:11:29.
294
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:17:17.
295
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:28:02.
283
175
teruk lagi. Hidupnya sentiasa bergelumang dengan dosa dan terpesong jauh
dari Islam.296 Tetapi apabila Adam telah menemui keinsafan, dia bertaubat
dengan taubat Nasuha,297 maka peribadi Adam mula berubah secara
mendadak sejak itu. Perubahan ketara itu berlaku pada dirinya dari segi
zahir dan batin. Dia mula ingin belajar menjadi muslim yang baik,
menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dengan membaca al-Quran,
bersolat dan meninggalkan segala perbuatan terkutuk yang pernah
dilakukan dahulu. Adam benar-benar berubah dan dia juga ingin
membimbing Katrina berubah bersamanya.298 Apabila pulang ke Malaysia,
dia cuba memulakan semula hubungannya dengan Nur Amina yang masih
isterinya. Adam memohon maaf dengan semua orang dan mula bersikap
baik dan lembut serta menghormati sesiapa sahaja. Adam juga sudah tahu
bagaimana solat secara berjemaah.299 Perubahan yang ketara itu telah
mengejutkan semua orang dan membuatkan Nur Amina bersedia
menerimanya kembali.300 Selepas Nur Amina dan Katrina pergi
meninggalkannya seorang,301 Adam telah menjadi seorang yang lebih baik
sebagai hamba Allah S.W.T. dan individu serta masyarakat iaitu dia mula
menjinakkan diri dengan masjid sentiasa mengqadakan solat yang
ditingalkan dahulu,302 membaca al-Quran,303 berdoa304 dan mula membaca
buku-buku agama305 serta memahami tafsir al-Quran,306 malah dia juga
selalu bertanyakan Aidil tentang Islam.307 Adam mula belajar hidup secara
bermasyarakat dengan membuat amal kebajikan menolong orang
kampung,308 mengajar tuisyen kepada pelajar-pelajar sekolah menengah,309
bermain bola bersama kawan-kawan di kampung310 dan memberi bantuan
kewangan untuk aktiviti masjid,311 malah dia juga membawa Hajah
Khadijah untuk menunaikan umrah.312 Ketika di Mekah, Adam banyak
menghabiskan masanya di masjid dan tempat-tempat sunyi untuk beribadah
dan memahami al-Quran.313 Adam membeli banyak buku agama sebagai
bahan untuk dia menambah ilmu agamanya.314 Selain itu Adam juga
mempunyai sikap bersungguh-sungguh dalam pekerjaan sehingga berjaya
membuka sebuah syarikat architecture sendiri dengan projek pertamanya
adalah membina sebuah masjid.315 Apabila Adam ditimpa musibah di
Mumbai dan mengalami kecederaan, Adam tetap menjalankan
tanggungjawabnya terhadap haq Allah S.W.T. iaitu bersolat, berzikir dan
berdoa.316 Setelah setahun ditawan, Adam tetap redha dengan dugaan yang
menimpanya dan tidak pernah putus asa berdoa kepada Allah S.W.T. dan
296
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:06:15.
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:21:22.
298
Lihat dalam episod 10 pada minit 00:08:58.
299
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:02:47.
300
Lihat dalam episod 14 pada minit 00:07:58.
301
Lihat dalam episod 14 pada minit 00:34:23.
302
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:25:22.
303
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:25:17.
304
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:25:30.
305
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:29:41.
306
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:05:37.
307
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:32:16.
308
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:27:28.
309
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:27:57.
310
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:28:14.
311
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:12:37.
312
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:28:40.
313
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:05:33.
314
Lihat dalam episod 17 pada minit 00:10:08.
315
Lihat dalam episod 17 pada minit 00:21:52.
316
Lihat dalam episod 25 pada minit 00:12:15.
297
176
doanya yang bersungguh tanpa kenal erti putus asa itu dimakbulkan juga
akhirnya.317
Melihat contoh bagi watak Adam ini telah menunjukkan kepada masyarakat
personaliti unggul terbentuk dengan wujudnya penghayatan agama Islam yang sebenar
dalam diri seseorang sebagaimana Adam. Lihat ketika dia masih kecil dan ketika dia
berada di Sydney yang hidup tanpa berpandukan Islam bagaimana sikap dan
peribadinya. Seorang yang panas baran, kurang adab, peminum arak, anak yang tidak
hormat ibu bapa dan pelbagai sikap buruk lain ada dalam dirinya. Namun apabila Adam
mula mengenali dan menghayati Islam, dia mula berubah kepada seorang yang
berperibadi baik dalaman dan luaran. Semua sikap buruknya terhapus sama sekali dan
dia mula disayangai dan dihormati insan lain. Contoh ini sangat jelas bahawa untuk
memiliki peribadi dan imej yang baik hanya dengan menjadikan Islam sebagai cara
hidup.
Di sini penulis hanya membawakan tiga contoh personaliti dan imej unggul yang
paling ketara dalam drama Nur Kasih ini. Walau bagaimanapun, dalam hakikat sebenar
banyak lagi watak-watak lain yang juga berpersonaliti unggul seperti dalam tiga watak
contoh yang penulis bawakan di atas seperti Hajah Khadijah, Imam Abu Bakar, Aliya,
Katrina, Datin Munah, Dato‟ Afendi, dan Ummu Majid. Justeru itu, penulis
menyimpulkan hampir keseluruhan watak-watak yang wujud dalam drama ini
berpersonaliti menarik dan unggul. Penulis mengkagumi pembawaan watak-watak
tersebut kerana keunggulan peribadi yang ada di antara watak-watak tersebut
melengkapkan sifat keseluruhan sebenar dengan apa yang dikatakan personaliti dan
imej yang baik.
317
Lihat dalam episod 26 pada minit 00:24:01.
177
c) Aspek Pembudayaan318 nilai-nilai Islam
Drama Nur Kasih yang telah menjadi subjek kajian penulis telah dapat
mengangkat martabat nilai Islam dalam penceritaannya yang mampu memberi
pemahaman yang sebenar kepada penonton tentang etika dan moral yang perlu
diamalkan dalam kelakuan seharian supaya ia menjadi cerminan peribadi, akhlak dan
budi pekerti seseorang yang bergelar muslim.
Justeru itu, pembudayaan nilai-nilai Islam dalam kehidupan yang dibawa dalam
drama membawa pengertian suatu usaha atau proses mensebatikan drama yang
merupakan salah satu daripada media yang memberi pengaruh besar kepada masyarakat
dengan sesuatu yang nilai baik, positif, berkualiti dan bermutu berpandukan syariat
Islam dan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dalam semua aspek yang ada dalam
drama iaitu dialog, watak, plot dan sebagainya. Antara nilai-nilai Islam yang diterapkan
dalam drama ini ialah:
318
Perkataan pembudayaan adalah berasal daripada perkataan budaya yang bermaksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan
akal budi seperti cara berfikir dan berkelakuan. Lihat Tenku Iskandar (2002), op.cit., hlm. 180. Perkataan budaya berasal daripada
perkataan Latin iaitu cultura. Ia juga berasal daripada dua perkataan iaitu budi dan daya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan
dipandang sempurna menyenangkan dan dimuliakan. Manakala Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan
sebagainya. Oleh yang demikian perkataan budaya boleh difahami sebagai segala hasil daripada akal dan pemikiran manusia yang
asli bukan tiruan. Taylor pula mendefinasikan culture sebagai sesuatu yang kompleks merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni,
moral, peraturan, adat dan apa jua kebolehan dan perlakuan seseorang dalam sesebuah masyarakat. Lihat Salasiah Hanin Hamjah &
Razaleigh Muhamat (2003), “Pembudayaan Nilai-Nilai Islam dalam Perlancongan,” dalam (Kertas Kerja Seminar Kebangsaan
Islam dan Perlancongan di Hotel Equatorial Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2-3 September 2003), hlm. 1. Justeru itu, sesuatu kebudayaan melambangkan keseluruhan cara hidup yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan dan
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi. Pembudayaan pula membawa pengertian suatu proses
atau cara membudayakan sesuatu melalui usaha mengajar, mendidik seseorang atau masyarakat supaya berbudaya atau
membiasakan dan melazimkan sesuatu perilaku yang baik supaya berbudaya dan beradab. Sementara itu, perkataan nilai pula
merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ia juga menggambarkan ketinggian dalam aspek-aspek tertentu seperti pemikiran,
agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Lihat Tenku iskandar (2002), op.cit., hlm. 930. Nilai merupakan komponen penting bagi
setiap aspek budaya dalam sesuatu masyarakat. Nilai adalah idea yang dikongsi bersama berkenaan sesuatu yang penting dan
berguna. Ia juga merupakan suatu pembentukan mental yang dihasilkan oleh tingkah laku manusia berdasarkan asas yang ditetapkan
syariat. Nilai merupakan satu prinsip anggota masyarakat untuk bertindak dan nilai adalah anggapan yang mustahak, baik dan
dikongsi. Sumber-sumber nilai dapat diperolehi dan dihayati daripada keluarga, sekolah dan agama. Justeru itu, nilai-nilai Islam
merupakan suatu yang berkualiti, bermutu sekaligus menggambarkan ketinggiannya yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.
Salasiah Hanin Hamjah & Razaleigh Muhamat (2003), op.cit., hlm. 81.
178
i. Pembudayaan memberi dan menjawab Salam
Islam mensyariatkan umatnya memberi dan menjawab salam ketika bertemu dan
berpisah sebagai satu fenomena dari peradaban yang benar, kerana salam itu adalah
sebagai tanda penghormatan yang dapat menjinakkan hati, memperkukuhkan hubungan
dan mengikat manusia sesama saudaranya.319
Ath-Thabrani320 dan al-Baihaqi321 meriwayatkan dari Abu Umamah, bahawa Nabi
s.a.w. telah bersabda:
‫ وامانا َلىل ذمتنا‬,‫ان اهلل جعل السَلم تحية َلمتنا‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan salam
sebagai penghormatan bagi umat kami dan keamanan bagi ahli
Dzimmah322 kami.
Sesungguhnya penghormatan kaum muslimin ditunjukkan dengan cara memberi
dan menjawab salam ini adalah untuk menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama
keselamatan dan keamanan dan bahawa umatnya adalah pendukung perdamaian dan
pencinta keselamatan. Selain itu, salam juga adalah satu bentuk penghormatan yang
paling sempurna kerana di dalamnya terkandung banyak pahala meskipun hanya dengan
lafaz „assalamu„alaikum wa rahmatullah‟ atau „assalamu„alaikum‟ sahaja.323 Apatah
lagi jika dipanjangkan lagi dengan „wa barakatuh‟ pasti pahalanya berganda. Ini
dibuktikan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud324 dan at-Termidzi325
dengan sanad hasan, dari „Imran Ibnu Hushain r.a. dia berkata :
319
Sayid Sabiq (1994), op.cit., hlm. 292.
Al-Mu‟jam al-Kabir, Bab al-Sad. Hadis ini da‟if menurut Al-Albani (Silsilah al-Da‟ifah)
321
Abu Bakr Ahmad al-Baayhaqi (2000), Syu‟ub al-Iman, Lubnan: Dar al-Kutub al-ilmiyyah, Cet. 1, Jil. 6, no. Hadis: 8798, hlm.
436.
322
Ahli Dzimmah adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani dan orang-orang yang tinggal bersama kaum muslimin dalam satu
negara.
323
Sayid Sabiq (1994), op.cit., hlm. 295.
324
Abu Dawud Sulayman al-Ash‟ath al-Azdi al-Sajastani (2008), Sunan Abi Dawud dalam ibid., Kitab al-Adab, Bab Kaifa alSalam, no. Hadis: 5195, hlm. 1603.
325
Abu Isa Muhammad „Isa Surah al-Tirmizi (2008), Jami‟ Al-Tirmizi dalam ibid., Abwab al-Isti‟zan wa al-Adab, Bab Ma Zukira fi
Fadli al-Salam, no. Hadith: 2689, h. 1923. Hadis ini Hasan Sahih menurut al-Termidzi.
320
179
‫ فرد‬,‫ السَلم عليكم‬: ‫ فقال‬,‫جاء رجل الى النبي صل اهلل عليو وسلم‬
‫ عشر ثم جاء اخر‬: ‫ ثم جلس فقال النبي صل اهلل عليو وسَلم‬.‫عليو‬
‫ ثم‬.‫ عشرون‬: ‫فقال‬.‫ ثم جلس‬.‫ فردعليو‬, ‫السَلم عليكم ورحمة اهلل‬: ‫فقال‬
‫ فجلس‬, ‫ فرد عليو‬.‫السَلم عليكم ورحمة اهلل وبركاتو‬: ‫ فقال‬, ‫جاء اخر‬
‫ ثَلثون‬: ‫ فقال‬.
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu
berkata: “assalamu „alaikum.” Baginda menjawab salamnya
kemudian orang itu duduk. Lalu baginda berkata: “sepuluh
kebaikan.” Kemudian datanglah lelaki lain lalu berkata:
“assalamu alaikum wa rahmatullah.” Baginda menjawab
salamnya dan kemudian orang itupun duduk. Baginda berkata:
“dua puluh kebaikan.” Kemudian datang pula orang yang lain,
lalu berkata: “assalamu „alaikum wa rahmatullah wa
barakatuh.” Dan Baginda menjawab salam orang itu lalu orang
itu duduk. Maka kata Baginda: “tiga puluh kebaikan.”
Memberi salam itu hukumnya sunat, manakala menjawab salam adalah hukumnya
wajib.326 Iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu as-Sunni daripada Nabi s.a.w.
katanya:
‫فمن أجاب السَلم كان لو ومن لم يجب فَل شيء لو‬
Maksudnya: “Maka siapa yang menjawab salam, maka dia
mendapat pahalanya. Dan siapa yang tidak menjawab, maka
dia bukan dari golongan kami.”327
Melihat kepada dalil-dalil berkenaan dengan memberi dan menjawab salam
sudah membuktikan kepada umat Islam bahawa betapa Islam sangat mementingkan
budaya salam dalam kehidupan seharian. Budaya ini dituntut antara saudara seislam
tanpa mengira bangsa, keturunan, darjat dan sebagai. Sesiapa sahaja yang bergelar
muslim harus mengamalkan budaya mulia ini dalam kehidupan mereka.
326
Abdullah Nasih Ulwan (2008), Jil 1. Op.cit., hlm 528.
Ahmad Hanbal (1998), op.cit, Musnad Abd al-Rahman bin Syubul, J. 5, no. hadis: 15751-15754, h. 375. Hadis ini sahih menurut
al-Albani dalam Al-Albani (2004) op.cit, Bab al-Adab wa al-Isti‟zan, no. Hadis: 469, hlm. 89.
327
180
Drama Nur Kasih telah mengangkat pengamalan mulia ini apabila terdapat
sejumlah 252 amalan memberi dan menjawab salam dalam drama ini merangkumi
salam ketika bertemu dan salam ketika bercakap melalui telefon. Nur Kasih berjaya
membudayakan amalan mulia ini dalam kehidupan harian setiap watak yang berperanan
sehingga di antara ahli keluarga sendiri apabila bertemu di dalam rumah sekalipun tetap
memberi salam antara satu sama lain.
Contoh 1 :
Aidil : Assalamualaikum mak.
Hajah Khadijah : Waalaikumsalam.
Aidil : Ayah dah bangun?
Hajah Khadijah : Lepas Subuh tadi dia tidur balik. Lena
dia. Alhamdulillah. Ni semua pasal Nurlah.328
Dialog di atas berlaku pada awal pagi ketika mana Nur Amina dan Hajah Khadijah
sedang menyediakan sarapan pagi sambil berbual dan Aidil muncul dari pintu belakang
rumah kerana baru pulang dari masjid.
Contoh 2 :
Datin Munah : Assalamualaikum hajah.
Hajah Khadijah : Waalaikumsalam datin.
Datin Munah : Saya nak ajak hajah datang makan tengah
hari kat rumah saya hari ni.
Hajah Khadijah : Hari ni? Tapi..
Datin Munah : Nanti saya hantar kereta saya datang
jemput hajah ya. Dalam sejam lagi. Datang ya hajah. Tak
sabar saya nak jumpa mak Aidil.
Hajah Khadijah : Ha yalah. Baiklah.
Datin Munah : Assalamualaikum.
Hajah Khadijah : Waalaikumsalam.329
Dialog di atas menunjukkan kepada penonton bahawa apabila bercakap di dalam
telefon juga harus dimulai dan diakhiri dengan salam seperti yang dituntut dalam Islam.
Budaya memberi salam apabila berbual di telefon semakin terhakis dalam masyarakat
sekarang kerana ia lebih dimonopoli oleh penggunaan bahasa dari barat seperti hello, hi
dan sebagainya. Oleh yang demikian, drama Nur Kasih menurut penulis berjaya
328
329
Lihat dalam episod 4 pada minit 00:29:57.
Lihat dalam episod 17 pada minit 00: 27:01.
181
memartabatkan kembali konsep memberi dan menjawab salam di dalam telefon ini
kerana hampir keseluruhan plot perbualan di dalam telefon mempunyai skrip salam ini.
Contoh 3 :
Dato‟ Afendi : Walid kena pergi hospital, ada emergency
case sikit.
Aidil : Sekarang?
Dato‟ Afendi : Ha, Sekarang. Er, Nur maaflah ya. Ada
tetamu datang, walid kena keluar pulak. Macam nilah
kerja walid.
Nur Amina : Takpa, saya faham dato‟.
Dato‟ Afendi : Jemputlah makan. Jangan segan-segan.
Walid pergi sekarang. Assalamualaikum.
Aidil : Waalaikumsalam.330
Dialog di atas berlaku di dalam rumah Dato‟ Afendi apabila Nur Amina, Sarah
dan Aidil datang menumpang di situ sementara menunggu penerbangan ke Mumbai
untuk mencari Adam yang hilang ditimpa musibah. Melihat kepada dialog di atas
menyatakan kepada penonton sebelum keluar bekerja haruslah memberi salam kepada
ahli keluarga yang masih berada di dalam rumah.
Amalan memberi salam sebelum keluar dari rumah sangat dititik beratkan oleh
drama ini. Setiap plot yang melibatkan watak-watak yang berperanan keluar dari rumah
pasti terdengar salam dilafazkan. Bahkan masuk ke dalam rumah atau berkunjung ke
rumah sesiapa sahaja, lafaz salam akan kedengaran di dalam drama ini.
Kesimpulan yang dapat penulis buat ialah budaya memberi dan menjawab
salam tanpa mengira masa, tempat dan suasana telah diterapkan dengan baik dan
konsisten oleh drama Nur Kasih ini dan membuktikan pembudayaan lafaz salam
dalam drama ini berjaya.
330
Lihat dalam episod 24 pada minit 00:28:07.
182
ii. Pembudayaan meminta dan memberi maaf
Ia merupakan perasaan rohani yang mulia, yang berdiri di atasnya semangat
toleransi dan sifat mengalah daripada hak sendiri.331 Namun sifat ini mestilah
berpaksikan asas yang benar. Meletakkan sifat ini di tempat yang betul, bukannya
sembarangan untuk meminta maaf dan memaafkan atas sesuatu yang tidak sepatutnya.
Seperti seseorang yang menghina Islam dengan mudah dimaafkan sedangkan
kemudiannya orang itu akan mengulangi lagi. Jika itu yang berlaku maka jadilah sifat
ini satu sifat yang rendah dan hina. Kemaafan yang mengandungi pengertian ini dan
syarat-syarat yang disebut di atas barulah merupakan sifat yang tinggi mutunya, yang
menunjukkan kepada iman yang teguh dan adab Islam yang tinggi. Tidak hairanlah
mengapa al-Quran memerintahkan dan menggalakan sifat ini ada dalam diri manusia.
Firman Allah S.W.T.:
ِ
ِِ
ِِ
ِ ‫ين َع ِن الن‬
‫ين‬
َ ‫ين الْغَْي‬
ُّ ‫َّاس َواللَّوُ يُ ِح‬
َ ‫ب ال ُْم ْحسن‬
َ ‫ظ َوال َْعاف‬
َ ‫َوالْ َكاظم‬
Maksudnya: “Dan mereka yang menahan marah dan
memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang-orang yang
berbuat baik.”
Surah Ali-Imran (3) : 134
Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada Asyaj bin Abdul Qais:
‫ الحلم واَلناة‬: ‫ان فيك خصلتين يحبهما اهلل‬
Maksudnya: “Sesungguhnya pada dirimu itu ada dua perkara
yang sangat dikasihi oleh Allah, iaitu: memaafkan dan
merendah diri.”332
Oleh yang demikian, Islam telah menggalakan manusia bersifat dengan sifat
yang suka memaafkan dan merendah diri dengan meminta maaf. Dengan ini jelas
bahawa sifat ini merupakan antara sifat-sifat utama dari segi moral dan rohani, yang
331
Abdullah nasih ulwan, (2008), Jil 1. Op.cit., hlm. 439.
Abu Isa Muhammad „Isa Surah al-Tirmizi (2008), Jami‟ Al-Tirmizi dalam op.cit., Abwab al-Birru wa al-Silah „An Rasulillah,
Bab Ma Ja‟a fi al-Taanni wa al-„Ajlati, no. Hadith: 2011, hlm. 1853. Hadis ini Hasan Sahih Gharib menurut al-Tirmizi.
332
183
akan meletakkan manusia di kemuncak adab dan kesempurnaan serta tingkat yang
tinggi daripada sifat budi pekerti.333
Dalam drama Nur Kasih terdapat sebanyak 155 sebutan maaf yang merangkumi
perbuatan meminta dan memberi maaf dalam sepanjang 26 episod drama ini. Jumlah ini
jelas menunjukkan bahawa drama ini telah berjaya membudayakan sifat meminta dan
memberi maaf dalam watak-watak yang berperanan.
Contoh 1 :
Aidil kecil : Adam, kenapa tak balik makan?
Adam kecil : Tak lapar.
Aidil kecil : Huhh..Mak dah tunggu lama kat rumah tu.
Adam kecil : Cakap kat mak, nanti balik Adam
makanlah...
Aidil kecil : Apa yang kau marahkan sangat ni Dam?
Ok, sekarang ni siapa yang salah? Ayah ka abang?
Ok ok ok abang minta maaf ea? Ok dah jom balik.
Adam kecil : Buat apa abang minta maaf? Abang tak buat
papalah.
Aidil kecil : Abang nak kau balik..!
Adam kecil : Hmm.. Orang lain buat salah, orang lain
yang minta maaf
Aidil Kecil : Dah dah dahlah tu..
Cepat ar, mak dah risau kat rumah tu 334
Dialog di atas berlaku di antara Adam dan Aidil ketika mereka masih kecil.
Adam yang sememangnya nakal sedari kecil seringkali memberi masalah kepada
abangnya yang baik hati. Aidil selaku seorang abang seringkali mengalah kepada
adiknya. Di dalam dialog di atas menyatakan Aidil telah meminta maaf dengan Adam
untuk sesuatu kesalahan yang dia tidak lakukan. Namun Aidil tetap meminta maaf
kerana difikirkan Adam mungkin marah dengan dirinya kerana telah melakukan sesuatu
yang membuatkan Adam marah. Maka, ini merupakan sifat mulia iaitu meminta maaf
juga kepada sesiapa yang mungkin kita merasa ada melakukan kesalahan kepadanya
333
334
Abdullah Nasih Ulwan (2008), Jil. 1. Op.cit., hlm. 346.
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:21:46.
184
walaupun kemungkinan tiada kesalahan yang kita lakukan. Ini menunjukkan sifat
rendah diri yang wujud dalam diri Aidil walaupun ketika dia belum dewasa.
Contoh 2 :
Ustaz Hassan : Semua yang ayah buat, adalah untuk
kebahagian Adam dunia akhirat. Tapi mungkin cara
ayah, Adam tak boleh terima. Kalau ayah buat silap ayah
minta maaf atas semuanya.
Adam : Adam mohon ampun Adam menyusahkan ayah.
Adam tahu ayah malu ada anak macam Adam.
Ustaz Hassan : Tak pernah malu.
Adam : Adam cuba jadi semua yang ayah nakkan. Tapi
Adam tak boleh. Adam tak boleh yah..
Ustaz Hassan : Tak apa Dam takpa.. jadi insan yang
terbaik yang termampu335
Dialog di atas berlaku antara Adam dengan ayahnya selepas Adam berkahwin
dengan Nur Amina tanpa keikhlasan kerana dipaksa oleh ayahnya. Dalam dialog ini
jelas bahawa Ustaz Hassan sebagai ayah yang memulakan ucapan meminta maaf
kepada anaknya atas satu kesalahan yang dia lakukan. Sedangkan Adam bukanlah
seorang anak yang baik ketika itu. Ini penulis merasakan merupakan suatu tamparan
besar kepada penonton sebagai iktibar kerana seorang ayah sanggup merendahkan
dirinya meminta maaf kepada seorang anak yang tidak menyukai dirinya. Dengan
ucapan minta maaf itu juga, dialog di atas jelas menunjukkan kesan secara langsung
apabila Adam pula yang meminta maaf selepas itu. Ini menunjukkan betapa hebatnya
kesan meminta maaf sehingga mampu mencairkan hati Adam yang berdendam dengan
ayahnya selama ini dan ego yang memuncak untuk meminta maaf dengan ayahnya
walau disuruh berkali-kali oleh mak dan abangnya.
Contoh 3:
335
Katrina : Saya tak pernah lipat baju Adam.
Nur Amina : Tak semestinya lipat baju boleh jadi isteri
yang baik.
Katrina : Nur mesti selalukan?
Nur Amina : Kan Nur cakap tu bukan ukuran kita untuk
jadi seorang isteri. Banyak lagi tanggungjawab kita.
Yalah lagipun Nur baru ja menjadi seorang isteri dalam
Lihat dalam episod 5 pada minit 00: 20:48.
185
erti kata sebenar. Sebelum ni Nur ngan Adam dah lama
terpisah.
Katrina : Sebab I.
Nur Amina : Tak.
Katrina : Nur maafkan I. Please forgive me.
Nur Amina : Kita lupakan semua yang dulu. Kita mula
hidup baru ya?
Katrina : Nur terlalu baik.
Nur Amina : Katrina pun sama336
Dialog di atas menunjukkan kepada penonton bahawa Nur Amina seorang yang
baik begitu juga dengan Katrina. Masing-masing mempunyai sifat mulia iaitu mudah
meminta maaf dan mudah memaafkan orang lain. Plot ini menerangkan bahawa Nur
Amina sudah memaafkan Katrina dan menerima Katrina sebagai madunya dan Katrina
masih merasa bersalah dan tetap meminta maaf berulang kali. Dalam hal yang besar ini
iaitu kisah bermadu, drama ini cuba menyampaikan kepada masyarakat bahawa sebesar
manapun kesalahan atau sesuatu perkara menimpa manusia, manusia haruslah redha dan
merendah diri dengan meminta maaf dan memaafkan orang lain.
Hikmah sifat mulia yang dituntut Islam ini dijelaskan dengan baik dalam drama
ini dalam setiap plotnya, yang mana seharusnya dapat memberi kesan yang besar
kepada penonton untuk mengaplikasikan sifat tersebut dalam kehidupan. Buanglah
segala ego dan tinggi diri yang ada dalam diri dan tanamlah sifat rendah diri dengan
mudah meminta dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja selagi ia tidak bertentangan
dengan Islam.
iii. Pembudayaan berjabat tangan
Disunatkan untuk berjabat tangan ketika bertemu dengan sesiapa sahaja kerana
demikian akan menambahkan rasa kasih dan cinta.337 Tetapi haruslah diingat bahawa
336
337
Lihat dalam episod 21 pada minit 00:21:58.
Sayid Sabiq (1994), op.cit., hlm.302.
186
berjabat tangan hanya dengan sesama jantina dan muhrim sahaja. Selainnya adalah
menjadi haram hukumnya kerana Islam telah meletakkan batas tertentu dalam aspek
sentuhan antara lelaki dan wanita.
Abu Daud338 dan al-Tirmizi339 meriwayatkan dari al-Bara, Rasulullah s.a.w. bersabda:
‫ اَلغفرلهما قبل ان يفترقا‬, ‫ فيتصافحان‬, ‫ما من مسلمين يلتقيان‬
Maksudnya: “Tidak berjumpa dua orang muslim lalu keduanya
berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni keduanya
sebelum mereka berpisah.”
Imam Malik telah mengeluarkan sebuah hadith di dalam kitab al-Mutawathta‟nya
yang berbunyi:
‫تصافحوا يذىب الغل‬
Maksudnya: “Berjabat
menghapuskan dengki.”340
tanganlah,
kerana
itu
akan
Merujuk kepada semua hadith di atas memperlihatkan kepada umat Islam akan
kepentingan dan hikmah mengapa Islam menggalakkan umatnya berjabat tangan
sesama saudaranya. Selain mengeratkan kasih sayang sesama umat Islam, ia juga untuk
menghindarkan sifat mazmumah seperti hasad dengki, iri hati dan sebagainya.
Nur Kasih telah mengketengahkan budaya berjabat tangan ini dalam dua bentuk
iaitu berjabat tangan dengan sambil mencium tangan orang berkenaan yang lazimnya
dilakukan terhadap orang yang lebih tua dan berjabat tangan tanpa mencium tangan
Abu Dawud Sulayman al-Ash‟ath al-Azdi al-Sajastani (2008), Sunan Abi Dawud dalam ibid., Kitab al-Adab, Bab al-Musafahah,
no. Hadis: 5212, h. 1604. Hadth ini sahih menurut al-Albani dalam Al-Albani (2004) op.cit, Bab al-Adab wa al-Isti‟zan, no. Hadis:
399, hlm. 80.
339
Abu Isa Muhammad „Isa Surah al-Tirmizi (2008), Jami‟ Al-Tirmizi dalam ibid., Abwab al-Isti‟zan wa al-Adab, Bab Ma Ja‟a fi
al-Musafahah, no. Hadis: 2727, h. 1926. Hadis ini Hasan Sahih Gharib menurut al-Tirmizi.
340
Malik Anas (t.t), al-Muwatta‟, Lubnan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Cet.1, Jil.1, Kitab Husnu al-Khulqi, Bab Ma Ja‟a fi alMuhajarah, no. Hadis: 16, hlm. 570-571. Hadis ini da‟if menurut al-Albani (al-Silsilah al-Ahadith al-Da‟ifah wa al-Mawdu‟ah, no.
Hadis: 1766, Jil. 4).
338
187
yang biasanya dilakukan dikalangan orang yang sebaya atau tidak berapa jauh jarak
umurnya.
Terdapat sejumlah 103 plot berjabat tangan tanpa disertai ciuman di tangan dan
sebanyak 120 jumlah plot berjabat tangan disertai dengan ciuman di tangan. Melihat
kepada jumlah yang besar itu telah menunjukkan bahawa drama Nur Kasih sangat
menitik beratkan soal budaya berjabat tangan ini. Malah dibahagikan pula kepada dua
jenis salam supaya masyarakat nampak jelas perbezaan bagaimana untuk bersosial
dengan masyarakat yang lebih tua dan masyarakat yang lebih kurang sebaya. Drama ini
juga memperluaskan skop berjabat tangan bukan hanya untuk sesetengah keadaan,
bahkan semua keadaan, suasana dan tempat. Antaranya ketika keluar dari rumah
sendiri341 atau dari rumah orang lain,342 pulang ke rumah,343 menziarahi rumah orang
lain,344 berjumpa di masjid,345 berjumpa di dalam majlis perkahwinan346 dan majlis
tahlil,347 berjabat tangan apabila meminta maaf,348 berjabat tangan mengucapkan terima
kasih349 berjabat tangan selepas selesai solat berjemaah350 dan berjabat tangan apabila di
dalam pejabat.351 Lihatlah betapa besar dan luasnya skop budaya berjabat tangan yang
dikemukan oleh drama ini yang seharusnya menjadi ikutan kepada masyarakat untuk
membudayakan budaya berjabat tangan ini.
iv. Pembudayaan berkirim salam
Budaya saling mengirim salam adalah budaya yang harus di amalkan dalam
kehidupan seharian kerana dengannya dapat merapatkan lagi hubungan sesama manusia
341
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:17:37.
Lihat dalam episod 3 pada minit 00:27:01.
343
Lihat dalam episod 25 pada minit 00:17:56.
344
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:25:39.
345
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:09:24.
346
Lihat dalam episod 4 pada minit 00:15:19.
347
Lihat dalam episod 6 pada minit 00:16:55.
348
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:03:35.
349
Lihat dalam episod 4 pada minit 00:05:42.
350
Lihat dalam episod 4 pada minit 00:24:06.
351
Lihat dalam episod 10 pada minit 00:13:51.
342
188
yang jarang dapat bertemu dan sebagai tanda peringatan buat mereka. Walaupun tiada
dalam mana-mana dalil menyuruh kita berkirim salam, namun perbuatan ini telah
menjadi suatu budaya dalam kehidupan kita sebagai umat Islam khususnya di Malaysia.
Drama Nur Kasih yang sememangnya kaya dengan aspek pembudayaan unsur
Islam ini turut sama memaparkan budaya berkirim salam sesama saudara seislam.
Daripada serapat-rapat hubungan sehingga serenggang-renggan hubungan Nur Kasih
mendekat hubungan lagi dengan budaya kirim salam ini. Terdapat sejumlah 153 ucapan
berkirim salam dalam drama bersiri ini yang membuktikan bahawa pembudayan kirim
salam ini berjaya dilaksanakan dalam kehidupan watak-watak dalam drama ini.
Contoh 1 :
Khairuddin : Eh, Adam mana? Tak nampak pun. Lama
aku tak jumpa dia.
Aidil : Dia.. Ada kat belakang
Khairuddin : Kau kirim salam kat dia ya.
Assalamualaikum.
Aidil : Waalaikumsalam.352
Dialog di atas berlaku ketika majlis Tahlil pada hari pertama untuk arwah Ustaz
Hassan berakhir. Khairuddin yang mengenali keluarga Aidil sepenuhnya hairan melihat
Adam tidak turut serta dalam majlis Tahlil yang baru selesai itu. Aidil terpaksa menipu
demi menutup aib Adam yang dia sendiri tidak tahu di mana Adam berada ketika itu.
Oleh kerana mengenali Adam, Khairuddin mengirimkan salam buat Adam yang
sekaligus menyatakan takziahnya dengan memberitahu bahawa dia juga hadir dalam
majlis tersebut.
Contoh 2 :
352
353
Nur Amina : Tak sabar pulak Nur rasa nak balik rumah.
Ummu Majid : Ha, kalau balik nanti jangan lupa
sampaikan salam umi pada kedua orang tua ya.
Nur Amina : Insyallah.353
Lihat dalam episod 6 pada minit 00:01:59.
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:10:49.
189
Dialog ini pula berlaku di Mekah, ketika Nur Amina membawa diri ke Mekah
kerana masalah rumahtangga yang rumit. Nur Amina telah diberi cuti oleh Ummu
Majid untuk pulang ke Malaysia. Ummu Majid tidak mengenali keluarga Nur Amina,
namun dia tetap mengirimkan salamnya buat keluarga Nur Amina. Ini jelas
menunjukkan keeratan hubungan boleh dipupuk melalui kiriman salam.
Contoh 3 :
Aliya : Ah, tadi umi ada telefon. Dia kirim salam abang.
Aidil : Waalaikumsalam.
Aliya : Dia tanya bila kita nak balik sana?
Aidil : Liya nak balik ka?
Aliya : Umi rindukan Liya sangat.
Aidil : Kalau macam tu hujung minngu ni kita balik Kuala
Lumpur.354
Keakraban mertua dan menantu juga boleh dibajai dengan kiriman salam antara
satu sama lain. Bukan hanya kenalan dan kawan sahaja yang harus mengirimkan salam
bahkan sesama ahli keluarga yang kerap bertemu juga harus berkirim salam antara satu
sama lain.
v. Pembudayaan berterima kasih
Ucapan terima kasih adalah satu perkataan mudah yang seringkali diucapkan
setiap hari kepada sesama manusia seperti berjumpa dengan sahabat, keluarga, saudara
mara, kawan karib, atau sesiapa sahaja yang baru kita kenali. Namun dalam tidak sedar
perkataan ini sebenar amat besar maknanya apabila ia diaplikasikan oleh setiap individu
dalam mendidik masyarakat supaya tahu erti bersyukur dan berterima kasih di atas
pertolongan, perkongsian, bantuan, senyuman, pertanyaan dan sebagainya. Manusia
bukan sahaja perlu berterima kasih kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat bahkan
dengan manusia juga Islam menyuruh kita berterima kasih demi menjaga kemaslahatan
dan adab sopan dalam kehidupan bermasyarakat. Setiap pertolongan dan rasa puas hati
354
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:08:26.
190
dalam kendiri secara automatik akan lahirlah ucapan terima kasih tanpa dirancang dan
diduga. Kadang kala ucapan ini disertai dengan salaman sebagai tanda keikhlasan dalam
hati.
Drama Nur Kasih juga telah membuktikan ucapan terima kasih sebagai salah
satu budaya penting yang tidak asing lagi dalam masyarakat di Malaysia. Ucapan terima
kasih dalam setiap perkara yang selayaknya diberi ucapan itu dipaparkan dengan
banyaknya di dalam drama bersiri ini. Terdapat sebanyak 143 perkataan terima kasih
dalam keseluruhan 26 episod drama ini. Watak-watak yang berperanan dalam drama ini
telah membudayakan ucapan ini dalam kehidupan mereka di dalam drama ini. Ucapan
ini begitu mudah diucapkan walaupun hanya untuk perkara yang kecil. Ini menunjukkan
ketinggian akhlak yang wujud dalam diri setiap watak yang ada di dalam drama ini. Di
sini penulis sertakan tiga contoh ucapan terima kasih yang ada di dalam drama bersiri
ini.
Contoh 1 :
Khairuddin : Hmm, apa-apa Dil, aku ucapkan selamat
bekerja dan selamat datang. Kerja kat sini memang penat
sikit. Paperwork berlambak. Jangan pening kepala
sudahlahkan. Tapi berbaloi. Hazihi, wajibati..?
Aidil : Alhikmah (Aidil menyambung kata-kata hikmah
arab tersebut)
Khairuddin : Ok, aku keluar dulu.
Aidil : Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum.355
Dialog diatas adalah di antara dua orang sahabat baik. Aidil dan Khairuddin
merupakan sahabat baik sedari kecil. Khairuddin banyak membantu Aidil selama ini
seperti semasa proses memohon kerja dan penangguhan kemasukkan kerja kerana ayah
Aidil sakit ketika itu. Dengan pertolongan tersebut Aidil sangat berterima kasih kepada
Khairuddin yang banyak membantunya selama ini.
355
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:22:10.
191
Contoh 2 :
Aidil : Owh kalau macam tu senanglah sikit. Macam ni
cik, saya perlukan buku jurnal tu. Saya Cuma nak pinjam
satu jilid ja, jilid 20.
Aliya : Penting sangat ka?
Aidil : Aah, penting. Saya kena presentation bulan depan.
Dekat sini dua bulan lagi baru sampai. Sama juga kat
Malaysia, dua bulan juga baru sampai. Kalau cik tak
percaya. Ini kad saya. Peguam Biro Bantuan Guaman.
Aliya : Erm, macam ni. Diorang janji esok pagi diorang
hantar kat rumah saya. Tapi esok saya ada kuliah. Paling
cepat pun saya boleh bagi pinjam dalam pukul 3.
Aidil : Pukul 3 dekat mana?
Aliya : Kat sini.
Aidil : Terima kasih.
Aliya : Sama-sama.356
Dialog di atas berlaku di dalam sebuah kedai buku di Mekah ketika Aidil
membuat Umrah bersama mak dan adiknya. Aidil memerlukan sebuah kitab berbahasa
Arab untuk pembentangan kertas kerjanya namun buku tersebut sudah kehabisan stok.
Kebetulan Aliya adalah seorang pelanggan yang menempah stok terakhir kitab tersebut
dan Aidil terpaksa meminjamnya daripada Aliya. Oleh kerana mereka sama-sama
merupakan rakyat Malaysia lebih mudah urusan pinjaman dibuat. Aliya membenarkan,
maka Aidil berterima kasih dengan kebaikan dan kepercayaan yang Aliya berikan
kepadanya. Dialog dan situasi di atas menerangkan bahawa Aidil dan Aliya yang baru
pertama kali bertemu dan langsung tidak mengenali antara satu sama lain telah
membuat perjanjian kerana faktor kebaikan dan kepercayaan yang ada dalam diri Aliya
terhadap Aidil. Maka Aidil yang merasa sungguh berbesar hati dengan pertolongan
Aliya yang sangat besar makna buatnya itu mengucapkan terima kasih.
Contoh 3 :
356
357
Nur Amina, Aliya dan Katrina : Assalamualaikum mak.
Hajah Khadijah : Waalaikumsalam.
Aliya : Ehm, mak nak kopi?
Nur Amina : Teh (Nur bersuara perlahan memberitahu
Aliya minuman kebiasaan mak mertua mereka)
Aliya : Owh teh?
Hajah Khadijah : Terima kasih.357
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:19:11.
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:35:01.
192
Dialog di atas nampak begitu ringkas dan mudah. Namun terselit sesuatu yang
besar makna di dalamnya iaitu ucapan terima kasih untuk sesuatu perkara yang kecil
iaitu seorang menantu menuangkan segelas teh buat emak mertuanya dan ucapan terima
kasih dengan mudah diberikan. Perkara ini menjadi sesuatu yang besar kerana mereka
semua adalah ahli keluarga yang hidup sebumbung dan setiap hari berjumpa, namun
dalam kehidupan sebagai ahli keluarga juga ucapan terima kasih untuk perkara sekecil
itu perlu diberikan kerana manusia memerlukan penghargaan dalam kehidupan
walaupun kecil sebagai tanda apa yang dilakukannya itu diterima dengan baik dan
dihargai.
vi. Pembudayaan mengimarahkan masjid
Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan Islam pada peringkat awal
adalah bermula dengan institusi masjid. Pada zaman Rasulullah s.a.w., Masjid Quba358
adalah masjid awam pertama yang berperanan bukan sahaja sebagai tempat menunaikan
solat tetapi turut menjadi pusat perkembangan ilmu, pusat kemajuan ekonomi, pusat
pertemuan komuniti, pusat penyebaran maklumat, tempat kegiatan sosial seterusnya
sebagai tempat penyatuan ummah.359 Melalui masjid Rasulullah s.a.w. telah berjaya
membina generasi para sahabat yang kuat serta mempunyai kemantapan peribadi,
keimanan yang teguh serta ilmu pengetahuan yang baik. Justeru masjid sentiasa
dipandang oleh umat Islam sebagai tempat suci serta menjadi lambang kepada
keagungan Islam itu sendiri.360
Oleh yang demikian, fungsi dan peranan masjid hendaklah di manfaatkan
sepenuhnya bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadatan dan kebajikan
358
Dikenali juga sebagai Masjid al-Qiblatayn iaitu masjid dengan dua kiblat kerana pada 17 hijrah, Rasulullah s.a.w. telah menukar
arah kiblat dari Bayt al-Maqdis ke Makkah al-Mukarramah. Lihat Yusmini Md. Yusoff & Mohd Anwarulhaq Sulaiman (2004),
“Maklum Balas Masyarakat Terhadap Aktiviti Masjid-Masjid Negeri Di Semenanjung Malaysia,” dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 20.
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 201.
359
Ibid.
360
Ibid., hlm. 202.
193
masyarakat. Masjid merupakan tempat untuk melaksanakan pendidikan rohani dan
jasmani masyarakat Islam dalam usaha memperkukuhkan akidah dan keimanan mereka.
Sebarang aktiviti dan kegiatan yang bercorak keagamaan atau kegiatan sosial yang
mendatangkan kebaikan kepada masyarakat sepatutnya dijalankan di masjid atau
kawasan sekitarnya. Dengan itu, masjid boleh berfungsi sebagai one-stop centre dalam
hal-hal yang berkait rapat dengan kegiatan komuniti Islam.361
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Abu Said alKhudri r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawasanya Baginda telah bersabda :
‫إذا رأيتم الرجل يعتاد المساجد فاشهدوا لو بااْليمان‬
Maksudnya: “Jika kamu lihat seseorang itu selalu pergi ke
masjid, maka saksikanlah keimanan baginya.”362
Hadith ini dibuktikan oleh drama Nur Kasih apabila kita dapat melihat
bagaimana peribadi Aidil yang merupakan seorang „kaki masjid‟ terbentuk sebagai
seorang pemuda yang berakhlak mulia dan mempunyai peribadi yang tinggi. Dalam satu
firman Allah S.W.T.:
ِ ِ
ِ
ِ ِ ‫إِنَّما ي عمر م‬
‫الص ََل َة َوَآتَى‬
َّ ‫ام‬
َ َ‫ساج َد اللَّو َم ْن آ ََم َن بِاللَّو َوالْيَ ْوم ْاْلَخ ِر َوأَق‬
َ َ ُُ َْ َ
ِ
ِ
َّ ِ َ ‫الزَكاةَ َولَ ْم يَ ْخ‬
َّ
‫ين‬
َ ِ‫سى أُولَئ‬
َ ‫ك أَ ْن يَ ُكونُوا م َن ال ُْم ْهتَد‬
َ ‫ش إ ََّل اللوَ فَ َع‬
Maksudnya: “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah
ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan
tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka
merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan
orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Surah at-Taubah (9) : 18
361
Ibid., hlm, 201.
Abu Isa Muhammad „Isa Surah al-Tirmizi (2008), Jami‟ Al-Tirmizi dalam ibid., Abwab al-Iman „An Rasulillah, Bab Ma Ja‟a fi
Hurmati al-Salah, no. Hadith: 2617, hlm. 1915. Hadis ini Hasan Sahih Gharib menurut al-Tirmizi.
362
194
Drama ini hakikatnya telah berjaya mengketengahkan masjid sebagai suatu
pusat komuniti penting yang menjalankan pelbagai aktiviti di kampung. Pada awal
perjalanan drama ini, masjid dilihat kurang berkepentingan selain berfungsi sebagai
tempat untuk solat. Namun tetap juga ditonjolkan fungsi lain masjid apabila wujud
perpustakaan363 di masjid dan aktiviti mengajar mengaji oleh Nur Amina kepada kanakkanak.364 Kepentingan lain masjid juga ditonjol apabila setelah kematian Ustaz Hassan,
pakaian arwah yang ingin disedekahkan di salurkan melalui perantaraan masjid.365
Walau bagaimanapun kemuncak mengoptimumkan penggunaan masjid ialah apabila
Adam sudah menemui keinsafan. Aidil mencadangkan idea aktiviti dan Adam menjadi
tunas kewangannya bagi menjalankan aktiviti bagi mengimarahkan lagi fungsi masjid.
Sejak itu pemuda-pemudi di kampung mula datang ke masjid untuk membaca buku di
perpustakaan dan mengemas buku di rak perpustakaan, belajar tuisyen, bermain sepak
takrow,366 dan membuat kerja amal lain di dalam kawasan masjid.367
Selain itu, drama ini juga menonjolkan pembudayaan solat berjemaah di masjid
secara konsisten daripada episod pertama sehingga episod akhir. Aspek ini dibawa
melalui perwatakan Imam Abu Bakar dan Ustaz Hassan. Watak Aidil juga digambarkan
sebagai seorang yang tinggi pendidikan agamanya sentiasa mengimarahkan masjid
dengan solat berjemaah. Tidak ketinggalan juga watak Nur Amina sebagai anak imam
yang datang juga untuk bersolat di masjid dan mengisi masa lapangnya dengan
mengajar kanak-kanak mengaji di masjid.
Ditekankan lagi tentang pembudayaan masjid apabila Adam telah mendapat
hidayah pergi ke masjid untuk mencari keinsafan dan selepas itu dia selalu beriktikaf di
363
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:07:16.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:06:51.
Lihat dalam episod 6 pada minit 00:12:36..
366
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:11:56.
367
Lihat dalam episod 18 pada minit 00:30:43. Kerja amal lain itu ialah membersihkan masjid, mencari buku-buku terpakai
daripada orang kampung untuk dijadikan koleksi di perpustakaan masjid dan mengecat baner untuk program-program yang akan
diadakan oleh masjid.
364
365
195
masjid apabila sudah insaf sepenuhnya kerana mengqadakan solatnya yang ditinggalkan
sepanjang kehidupan jahiliyahnya.
vii. Pembudayaan tolong-menolong
ِ ‫اْلثْ ِم والْع ْدو‬
ِ
‫ان َواتَّ ُقوا اللَّ َو إِ َّن‬
َ ُ َ ِْ ‫َوتَ َع َاونُوا َعلَى الْب ِّر َوالتَّ ْق َوى َوََل تَ َع َاونُوا َعلَى‬
ِ ‫اللَّوَ َش ِدي ُد ال ِْع َق‬
‫اب‬
Maksudnya: “Dan
tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolongmenolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan
bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
berat siksa-Nya.
Surah al-Maidah (5) : 2
Drama Nur Kasih membudayakan sifat tolong menolong ini tanpa mengira
tempat, waktu dan siapa yang hendak ditolong. Pertolongan sentiasa terbuka pada bilabila masa, di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.
Berikut adalah contoh yang dibawakan penulis dalam membuktikan pembudayaan
tolong-menolong dalam drama ini:
Contoh 1 :
Penumpang : Ustaz ke?
Aidil : Tak, saya bukan ustaz. Saya buka tok guru, Saya
cuma penuntut ilmu Allah. Kenapa?
Penumpang : Tolong tengokkan anak saya boleh?
Aidil : Kenapa?
Penumpang : Kena sampuk agaknya. Dah dua hari tak
berhenti menangis.
Aidil : Kenapa tak bawa pergi hospital ja?
Penumpang : Tolong tengokkan ustaz.
Aidil : Alhamdulillah.. Diam dah baik dah.
Penumpang : Terima kasih ustaz.
Aidil : Saya Cuma baca ayat suci ja, semua orang boleh
buat.
Penumpang : Tapi ustaz. dah dua hari dah
Aidil : Mungkin anak ni ada masalah ni. Bawa pergi
hospitallah.
Penumpang: Baiklah ustaz. Terima kasih banyak-banyak
Ustaz.
196
Aidil : Sama-sama. Assalamualaikum.
Penumpang : Walaikumsalam.368
Dialog di atas berlaku ketika Aidil dan Adam hendak pulang ke kampung
setelah mendapat panggilan bahawa ayah mereka sedang sakit tenat. Namun sementara
di dalam kereta api tersebut terdapat seorang bayi yang menangis tanpa henti-henti.
Melihat kepada imej pakaian yang ditunjukkan Aidil, maka penumpang itu menyangka
bahawa Aidil adalah seorang ustaz lantas meminta pertolongan Aidil supaya melihat
bagaimana keadaan bayi tersebut. Aidil tanpa fikir panjang terus menolong.
Contoh 2 :
Imam Ali Solahuddin : Assalamualaikum.
Adam : Waalaikumsalam.
Imam Ali Solahuddin : Can I help you?
Adam : Yes.
Imam Ali Solahuddin : What can I do for you?
Adam : My son is dead.
Imam Ali Solahuddin : Innalillahi wainna ilaihirajiun
Adam : And I dont know what to do?
Imam Ali Solahuddin : Well you came to the right place.
Adam : But, I leave Islam for the very long time.
Imam Ali Solahuddin : But Islam will never leave u. Came
with me my son.369
Dialog ini berlaku apabila Adam kematian anaknya dalam sebuah kemalangan
kereta kerana pandu semasa mabuk. Adam duduk di luar masjid tanpa tahu apa yang
perlu dilakukannya sehinggalah seorang imam muncul dan membantu Adam menuju ke
jalan yang benar. Keinsafan Adam banyak dibantu oleh imam tersebut. Bantuan imam
tersebut kepada Adam berterusan sehingga ketika di dalam penjara juga imam telah
menghadiahkan sebuah al-Quran Tafsir kepada Adam dan mengirimkan surat kepada
Adam. Adam banyak mengetahui tentang Islam melalui Imam Ali Solahuddin yang
tidak putus asa memberi tunjuk ajar.
368
369
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:33:22.
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:27:45.
197
Contoh 3 :
Ketika Adam pergi ke Mumbai atas urusan kerja, suatu
musibah yang tidak disangka telah menimpa Adam. Hotel
yang diduduki Adam di serang pengganas dan Adam
cedera parah. Namun seorang lelaki berbangsa India
telah menolong Adam menyembunyikan diri.370
Plot ini juga memperlihatkan kepada masyarakat perkara yang sama dengan
contoh di atas bahawa kita perlu saling tolong menolong orang yang berada di dalam
kesusahan tanpa mengira saling mengenali ataupun tidak, bangsa, agama dan
sebagainya.
viii.
Pembudayaan bersukan
Budaya bersukan merupakan suatu perkara yang baik bagi melahir dan
membentuk generasi yang sihat dan cergas.371 Sukan sebagaimana yang dimaklumi
umum merupakan satu aktiviti bagi meningkatkan dan menjaga kesihatan masyarakat
daripada pelbagai bentuk gejala, sama ada gejala penyakit dalaman manusia atau
penyakit sosial seperti lepak, membuat perkara yang tidak berfaedah dan sebagainya.
Sukan sebagai satu aktiviti yang boleh membentuk mental dan fizikal. Melalui sukan
setiap individu akan mendapat manfaatnya tersendiri.372
Dalam Islam, aktiviti bersukan bukanlah satu aktiviti yang dilarang, malah Islam
amat menggalakkan umatnya bersukan sehingga ada disebut dalam sebuah hadith. AthThabrani telah meriwayatkan dengan sanad yang bagus, daripada Rasulullah s.a.w.,
bahawasanya Baginda telah bersabda:
370
Lihat dalam episod 24 pada minit 00:09:48.
Mohd Sabri Ismail & Salmiah Ismail (2007), op.cit., hlm. 253 .
372
Ibid., 255.
371
198
‫ مشي‬: ‫كل شيء ليس من ذكر اهلل فهو لهو او سهو اَل اربع خصال‬
‫ وتعليمو‬, ‫ ومَلعبتو اىلو‬, ‫ وتأدبو فرسو‬, )‫الرجل بين الغرضين (للرمي‬
‫السباحة‬
Maksudnya: “Tiap-Tiap sesuatu yang tiada kaitannya dengan
zikir Allah (mengingati Allah) dikira lahwun (sia-sia) atau lupa
Allah, kecuali empat perkara: iaitu kepergian manusia antara
dua matlamat (iaitu bermain panah), mengajar kudanya,
bermain-main dengan isterinya dan belajar berenang.”373
Hakikat sukan dalam Islam adalah suatu aktiviti yang diharuskan, apatah lagi
sesuatu aktiviti itu mendatangkan manfaat kepada Islam dan penganutnya. Islam amat
menitik beratkan aktiviti yang dilaksanakan oleh masyarakat Islam bertepatan dengan
nilai-nilai dan naluri ajaran Islam. Islam membenarkan bersukan dengan menjaga
pelbagai aspek yang di ambil kira sebagai satu langkah mengawal masyarakatnya
daripada terkeluar daripada landasan yang sebenarnya. Aktiviti bersukan menurut Islam
perlu kepada pengawalan aspek masa, pakaian, pergaulan dan cara penyertaan dalam
sesuatu acara sukan. Aspek ini diterjemahkan secara baik dan tepat kepada masyarakat
dalam melaksanakan aktiviti sukan supaya segala aktiviti sukan itu terangkum dalam
peruntukan-peruntukan dan tuntutan ajaran Islam. Pengawalan perkara ini akan
melahirkan masyarakat yang mempunyai perkembangan fizikal dan mental berserta
rohani dan jasmani yang yang sihat.374
Aspek-aspek ini perlu ditekankan supaya sukan dapat dilaksanakan secara
berterusan menurut kehendak Islam. Islam tidak menafikan sukan, malah meletakan
sukan sebagai salah satu pendekatan mengembalikan kedudukan Islam yang sebenar
dalam landasan sukan yang kini dilaksanakan tanpa mengikut landasan Islam sekaligus
menjadikan ajaran Islam sebagai penanda aras tentang kebolehan sesuatu perkara hatta
373
Sulayman Daud al-Tayalisi (1999), Musnad al-Tayalisi, Mesir: Hajr, Cet. 1, Jil.2, no. Hadis: 1100, hlm. 347. Hadis ini sahih
menurut al-Albani dalam dalam Al-Albani (2004), op.cit, Kitab Fada‟il al-Quran wa al-Ad‟iyah wa al-Azkar wa al-Ruqya, no.
Hadis: 2914, hlm. 532.
374
Mohd Sabri Ismail & Salmiah Ismail (2007), op.cit., 255-256.
199
dalam sukan sekalipun.375 Sukan bukan sahaja menyihatkan badan malah mencerdaskan
akal. Bukankah akal yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.
Menurut pengamatan penulis, drama Nur Kasih berusaha menerapkan budaya
bersukan yang dituntut dalam Islam melalui beberapa plot bermain sukan seperti bola
sepak, futsal dan sepak takrow ditunjukkan. Golongan yang bermain sukan-sukan ini
terdiri daripada kanak-kanak, remaja, wanita dan orang dewasa. Pembudayaan sukan
dalam drama ini bukan sahaja hendak diterapkan kepada golongan remaja, bahkan
kanak-kanak, wanita dan golongan dewasa.
Contoh 1:
Kanak-kanak : Terima kasih bang.
Aidil : Sama-sama.. Dah semua boleh balik jangan lupa
sembahyang Maghrib ea.
Kanak-kanak : Bang, ustaz cakap kalau kita tak
sembahyang kita ditukar menjadi babi.
Kanak-kanak : Bukan babilah..khinzirlah..
Kanak-kanak : Babi ngan khinzir tu samalah.
Aidil : Dah semua tak betul. Dah semua boleh balik dulu.
esok datang lagi main bola, ea.
Adam : Wah..dahsyat ar bang. Skill tetap tak berubah.
Maintain ea.
Aidil : Biasalah..abangkan kapten universiti.
Adam : Iya ka bang?
Aidil : Apa, Adam ingat abang ni duk kat masjid ja ka
24jam. Tengok kaki ar.. Dahlah, naik dululah. Nak
sembahyang.376
Dialog ini berlaku setelah Aidil berhenti bermain bola sepak bersama dengan
sekumpulan kanak-kanak kerana hampir masuk waktu Maghrib. Di sini dapat dilihat
bagaimana pengawalan dalam sukan yang cuba disampaikan iaitu berhenti bermain
demi menyahut tuntutan yang lebih berat iaitu solat. Juga dalam dialog di atas
menunjukkan kepada penonton komunikasi yang berlaku antara Aidil dan kanak-kanak
tersebut adalah suatu yang baik dan ilmiah hasil daripada bermain Bola Sepak
membawa kepada berhenti bermain dan perbualan seketika sebelum kanak-kanak itu
375
376
Ibid., hlm. 258.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:18:25.
200
pulang. Implikasi sukan yang dibentangkan sangat besar kesannya kepada kanak-kanak
tersebut.
Contoh 2:
Nabila : Hoi, jom..
Nur Amina : Ha?
Nabila : Futsal.
Nur Amina : Futsal? Tak nak ar aku tak reti main ar..
Nabila : Jomlah.....
Nur Amina : Banyaklah kerja aku nak buat ni
Nabila : Ala...jomlah..
Nur Amina : Ila!
Nabila : Takda kau kena ikut aku juga
Nur Amina : Taknak..!
Nabila : Takda kau kena ikut aku. Ok kita lawan kat
Futsal kita tengok sapa lagi hebat?
Nur Amina : Hah, boleh.
Nabila : Ok fine. Cepatlah siap
Nur Amina : Tunggulah aku tukar baju..!377(mereka
bermain bersama sekumpulan wanita di dalam sebuah
gelanggang)
Dialog di atas memperlihatkan yang Nur Amina pada mulanya tidak mahu
bersukan, namun setelah dipaksa oleh Nabila akhirnya akur juga. Perkara penting dalam
plot ini ialah pakaian sukan yang dipakai Nur Amina dan Nabila menutup aurat. Selain
itu mereka bermain sesama kaum wanita sahaja tanpa ada pencampuran lelaki dan
perempuan. Pakaian ahli pasukan yang bermain juga semua sopan walaupun ada yang
tidak memakai tudung namun tidak ada yang berpakaian menjolok mata.
Contoh 3 :
377
Nur Amina : Assalamualaikum..
Nabila : Waalaikumsalam..lambat balik?
Nur Amina : Banyak kerjalah Ila.
Nabila : Orang lain pun kerja juga..yang kau ni overachiever sangat ni kenapa?
Nur Amina : Kau nak keluar ka?
Nabila : Haah futsal. Jom.
Nur Amina : Takpalah, dah tak laratlah.
Nabila : Ala..jomlah..kau kena cergaskan badan. Lagipun
esok bukannya kerja.
Nur Amina : Takpalah..
Nabila : Lagipun Ikram ada. Kesian kat dia. Dia kan
kawan kita.
Nur Amina : Apakata kau sorang ja pergi?
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:25:23.
201
Nabila : La..takkanlah aku nak pergi dua orang dengan
dia? Nur please teman aku. Kesian kat dia. Dia belum
lagi dapat kerja. Kau ni..kesian dia.
Nur Amina : Yalah-yalah. Kau ni selalu buat aku rasa
bersalah tau.378
Dialog di atas menerangkan kepada khalayak penonton bahawa walaupun
manusia sibuk dengan berkerja, senaman seharusnya perlu dilakukan sekali-sekala
untuk mendapat tubuh yang sihat dan tidak lesu jika dengan hanya ulang alik ke pejabat
yang berhawa dingin. Selain itu mesej lain dalam plot ini ialah dalam bersukan juga
perlu dijaga batasan antara lelaki dan perempuan walau dengan kawan baik sekalipun
sepertimana yang dilakukan oleh Nabila yang meminta Nur Amina menemaninya
kerana dia tidak boleh pergi berdua sahaja dengan Ikram memandang mereka bukan
muhrim.
ix. Budaya menuntut ilmu
Ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek terpenting yang amat berkesan
dalam kehidupan manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ilmu
pengetahuan sangat luas sehingga tidak terjangkau untuk manusia memiliki keseluruhan
ilmu tersebut dengan jangka masa usia yang Allah S.W.T. berikan. Namun itu bukanlah
alasan untuk manusia berputus asa daripada berusaha sedaya upaya untuk mencari dan
menuntut ilmu selagi termampu kerana ilmu yang didapati tidak ada satu pun yang akan
merugikan manusia. Itulah sebabnya Islam sangat menitik beratkan umatnya menuntut
segala ilmu yang ada di alam ini tidak kira walau ilmu apa sekalipun selagi ia baik dan
dapat memberi manfaat kepada manusia di dunia dan akhirat.
378
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:17:21.
202
ِ َّ
ِ َّ
‫ين ََل يَ ْعلَ ُمو َن‬
َ ‫ين يَ ْعلَ ُمو َن َوالذ‬
َ ‫قُ ْل َى ْل يَ ْستَ ِوي الذ‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): tiada sama
orang yang mengetahui dengan orang yang tiada mengetahui.”
Surah az-Zumar (39) : 9
Manakala hadith yang menerangkan tentang kepentingan menuntut ilmu:
‫من سلك طريقا يلتمس فيو علما سهل اهلل لو طريقا الى الجنة‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang menuju suatu jalan untuk
mencari sesuatu ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya
suatu jalan menuju ke syurga.”379
Drama Nur Kasih adalah sebuah drama yang dilihat sangat mementingkan aspek
menuntut ilmu sedari kecil sehingga dewasa. Ini terbukti dalam drama ini dengan
contoh-contoh berikut:
Contoh 1 :
Watak-watak dalam drama ini sentiasa mencintai ilmu
dan belajar sehingga ke menara gading seperti Aidil yang
melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah di Universiti
al-Azhar Mesir380 dan Aliya menyambung di salah satu
universiti di Mekah dalam bidang Industri of Low.381
Adam pula melanjutkan pelajaran dalam bidang
architecture di Sydney382, Nur Amina pula menyambung
pengajian dalam bidang Seni Bina di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia383 begitu juga dengan Nabila
yang melanjutkan pelajaran di universiti384 yang sama
dengan Nur Amina. Selepas itu masing-masing dalam
bidang yang tersendiri di tunjukkan berjaya dalam hidup
oleh kerana kesungguhan menuntut ilmu. Aidil sebagai
Peguam Syariah385, Nur Amina sebagai arkitek386 begitu
juga Adam yang mempunyai syarikat architecture
sendiri387 dan Nabila sebagai pegawai di Bank Islam388.
Abu Isa Muhammad „Isa bin Surah al-Tirmizi (2008), Jami‟ Al-Tirmizi dalam ibid., Abwab al-Ilmi „An Rasulillah, Bab Fadli
Talabi al-„Ilmi no. Hadith: 2646, hlm. 1918. Hadis ini Hasan menurut al-Tirmizi.
380
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:04:24.
381
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:19:10.
382
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:09:17.
383
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:14:18.
384
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:03:26.
385
Lihat dalam episod 8 pada minit 00:22:24.
386
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:16:27.
387
Lihat dalam episod 17 pada minit 00:21:05.
388
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:03:55.
379
203
Contoh di atas menjadi bukti yang menunjukkan orang yang menuntut ilmu pasti
berjaya mencapai cita-cita dan menjadi orang berguna di dunia ini.
Contoh 2 :
Aidil kecil : Adam pergi mana tadi?
Adam kecil : Pergi pustakaanlah. Kenapa?
Aidil kecil : Kenapa balik lambat sangat?
Lain kali jangan buat lagi ea?389
Dialog di atas berlaku apabila Adam ketika kecilnya digambarkan sebagai
seorang yang mencintai pelajarannya dan bercita-cita tinggi. Ini menunjukkan galakan
kepada penonton untuk menanam minat dalam pelajaran dan bercita-cita tinggi sedari
usia muda untuk berjaya di dunia.
Contoh 3 :
Nur Amina : Habis kau ni tak pergi sambung belajar ke?
Aisyah : Aku dah fikir masak-masak Nur. keluarga aku
susah. Kalau.. kalau aku takda sapa yang nak bantu
diorang.
Nur Amina : Aisyah aku pun susah Aisyah..PTPTN kan
ada..aku dah tanya dah semua tu. Kalau kau minta
insyallah boleh dapat.
Aisyah : Memanglah dapat Nur.. Tapi kalau belajar kat
universiti berapa tahun? Tiga, empat tahun? Dalam masa
tu sapa nak bantu diorang?
Nur Amina: Aisyah..Aisyah.. Mesti ada cara lain, kalau
niat kita baik, insyallah semua berjalan lancar.
Aisyah : Jangan risau Nur, kalau aku tak belajar kat
universiti pun, aku taklah teruk sangat. Aku ada tawaran
jadi cikgu sementara. Lagipun bakal suami aku pun
mengajar kat tempat yang sama.
Nur Amina: Aisyah, Aisyah. Kau ni nama je Aisyahkan?
Aisyah : Kenapa dengan nama aku?
Nur Amina: Kau tak tahu ke? Aisyah tu isteri nabi.
Seorang cendiakawan. Kau tahu tak zaman sekarang ni
tahap dia tu apa? Profesor tau. Aisyah yang ni setakat
apa, STPM ja..390
Melalui dialog tersebut ditunjukkan betapa Nur Amina sangat mencintai ilmu
dan ingin belajar lebih tinggi. Dia juga cuba meyakinkan dan menaikkan semangat
sahabatnya supaya menyambung pengajian dengan keyakinan bahawa apabila hendak
389
390
Lihat dalam episod 1pada minit 00:17:14.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:14:12.
204
menuntut ilmu pasti Allah S.W.T. permudahkan urusan mulia tersebut. Contoh ini
seharusnya dapat menjadi penggalak dan pendorong kepada mana-mana khalayak
penonton yang baru selesai SPM atau STPM untuk terus mara ke hadapan dengan
menyambung pengajian dan menjadi seperti isteri Nabi iaitu Saidatina Aisyah r.a.
Juga ketika Adam, Nabila dan Nur Amina masih bergelar pelajar, banyak plot
yang memaparkan bahawa mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa
melakukan tugasan assignment dengan baik dan seringkali mengulangkaji pelajaran. Ini
boleh di lihat dalam episod tujuh dan lapan yang memaparkan kisah ketika mereka
masih di alam pelajar.
Kini melihat pula kepada budaya menuntut ilmu ukhrawi iaitu bagaimana
penekanan yang dipaparkan dalam drama Nur Kasih terhadap aspek mempelajari ilmu
ukhrawi. Antara contoh-contohnya ialah kepentingan dan tanggungjawab membaca alQuran oleh seorang muslim sedari kecil sehingga besar di terapkan dengan jayanya
dalam drama ini. Plot-plot yang memaparkan pembelajaran al-Quran harus dilakukan
sedari kecil boleh dilihat pada episod pertama dan kedua drama ini.
Contoh 1 :
Kanak-kanak belajar mengaji al-Quran dengan Aidil dan
Hajah Khadijah yang mengajar mengaji di rumah
mereka.391 Juga Nur Amina yang mengajar kanak-kanak
kecil membaca al-Quran di masjid.392 Kepentingannya
ditekankan lagi apabila Ustaz Hassan sanggup merotan
Adam kecil berkali-kali kerana tidak mahu membaca alQuran.393
Juga sebuah contoh Aidil kecil yang menasihatkan Adam betapa pentingnya
mempelajari dan membaca al-Quran untuk kebahagiaan di akhirat kelak.
391
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:12:17.
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:06:51.
393
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:14:32.
392
205
Contoh 2 :
Adam kecil : Bang, Adam tak suka ngajilah!
Dah belit-belit lidah Adam ni tau sebut benda tu.
Bang, dah besar nanti kita kena buat benda tu ke bang?
Lebih baik Adam baca bukulah bang. bila temu duga
nanti dia suruh kita mengaji ke bang? Takda kan?!
Aidil kecil : Nanti bila temuduga dengan Allah macam
mana?
Adam kecil : Dosa Adamlah bang, Adam boleh tanggung.
Nape orang lain nak susahkan pasal Adam?
Aidil kecil : Orang susah sebab orang sayangkan kau
Adam. Sayangkan kau!394
Aspek menuntut ilmu ukhrawi juga dapat di lihat dalam beberapa episod drama
ini. Antaranya ketika Adam sudah insaf menjadi baik, dia berusaha menuntut ilmu Islam
dengan belajar membaca al-Quran kembali,395 membaca tafsir al-Quran,396 mempelajari
secara praktikal seperti menguruskan jenazah397 membaca buku-buku agama398 serta
bertanya kepada Aidil jika dia ingin tahu sesuatu.399 Begitu juga halnya dengan Katrina
ketika sudah mengenal erti keinsafan dia mula mendekati Islam dengan mempelajari
ajarannya seperti membaca al-Quran, menutup aurat dan sebagainya.400
Contoh 3 :
Aidil : Baru balik masjid ka?
Adam : Haah. Abang tak tido lagi ka?
Aidil : Baca buku sikit.
Adam : Kalau abang bukan baca sikit namanya.
Membaca banyak. Adam pun ada beli macam-macam
buku juga bang. Bagus-bagus semuanya. Tapi takda masa
nak baca. Asyik qada sembahyang ja.
Aidil : Hm, Dam. Adam dah buat taubat Nasuha. Adam
dah bersih daripada dosa. Qadha solat ikut pada
kemampuan. Itu usaha kita dah. Cuma abang nak pesan
cuba seimbangkan qadha solat dengan amalan-amalan
yang lain. Banyakkan sedekah. Cari ilmu yang
bermanfaat.
Adam : Insyallah bang.401
394
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:17:45.
Lihat dalam episod 9 pada minit 00:32:00.
396
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:05:33.
397
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:15:11.
398
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:29:41.
399
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:33:06.
400
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:07:21.
401
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:22:41.
395
206
Dialog di atas berlaku ketika Aidil dan Adam berada di Mekah kerana
menunaikan Umrah. Adam pada ketika itu dari masjid baru pulang ke hotel melihat
Aidil yang sedang tekun membaca sebuah buku. Adam mengeluh menyatakan bahawa
dia juga membeli banyak buku namun tiada masa membaca buku-buku tersebut kerana
sibuk mengqadhakan solat. Aidil menasihatkan Adam supaya mencari ilmu yang
bermanfaat yang juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada ibadah. Melalui
dialog ini penonton akan sedar bahawa sebenarnya apa sahaja ilmu asalkan ia memberi
manfaat kepada manusia adalah perlu dipelajari dan di cari kerana ia juga sebahagian
daripada ibadah.
Contoh-contoh di atas telah menunjukkan bahawa watak-watak dalam drama ini
sangat mencintai ilmu Ini harus dijadikan contoh supaya masyarakat juga perlu
memiliki sifat dan semangat cintakan ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi seperti yang
dimiliki watak-watak dalam drama hebat ini.
x. Budaya membaca
Penekanan terhadap ilmu pengetahuan menjadi tunjang dalam membentuk
masyarakat yang berilmu. Apabila sesebuah masyarakat itu berilmu maka keseluruhan
perjalanan kehidupannya akan bermanfaat dan bermakna tanpa berlaku perkara yang
tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri. Ini kerana individu yang berilmu akan dapat
berfikir dengan sempurna baik dan buruk sesuatu perkara dengan teliti. Oleh yang
demikian, Islam menuntut penganutnya melengkapkan ilmu pengetahuan merangkumi
ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah supaya berlaku kesimbangan hidup antara dunia dan
akhirat. Salah satu daripada cara untuk menambah ilmu ialah dengan membaca. Bahan
bacaan yang ada di dalam dunia ini terlalu banyak sehingga tidak mampu dibaca oleh
manusia sepanjang hayatnya. Ini menunjukkan betapa terlalu banyak dan luasnya ilmu
207
yang ada di dunia ini. Apabila manusia sentiasa berlumba untuk mencari ilmu dengan
membaca pasti masyarakat tidak akan mengalami masalah seperti keruntuhan akhlak,
budaya melepak, merempit dan sebagainya kerana setiap insan yang ada sibuk membaca
buku di masa lapangnya dan mengetahui bahawa membazirkan masa dengan perkara
yang tidak berfaedah adalah merugikan. Maka mereka tidak akan menghabiskan masa
dengan perkara yang tidak berfaedah. Ia juga selaras dengan kehendak kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat berilmu atau k-society.402 Juga dapat merealisasikan kempen
„Mari Membaca‟ yang dititik beratkan oleh semua pihak.
Drama Nur Kasih ini telah berjaya menerapkan budaya membaca kepada semua
watak yang ada di dalamnya sama ada muda atau tua. Membaca bukanlah hanya
tertumpu kepada buku pelajaran,403 tetapi buku agama,404 surat khabar,405 majalah,406
bahkan yang paling hebat dalam drama ini ialah pembudayaan membaca tafsir al-Quran
yang dibawa oleh watak Adam sangat dikagumi penulis.
Selain itu, kewujudan perpustakaan di masjid kampung telah mewujudkan satu
amalan membaca kepada masyarakat kampung. Terdapat banyak plot yang
menunjukkan bagaimana perpustakaan masjid tersebut menjadi tumpuan Nur Amina,407
Aidil408 dan penduduk kampung lain409 untuk membaca buku-buku yang terdapat di
perpustakaan tersebut.
402
Majalah al-Islam, September 2001, hlm. 17.
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:06:37 (Adam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada keesokan harinya) , lihat juga
dalam episod 7 pada minit 00:03:31 (Nabila sedang mengulangkaji pelajaran semasa Nur Amina datang ke biliknya) dan lihat juga
dalam episod 8 pada minit 00:10:37 (Nur Amina sedang mengulangkaji pelajaran sambil makan roti)
404
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:22:44 (Hajah Khadijah membaca buku agama di ruang tamu), lihat juga dalam episod 4 pada
minit 00:20:49 (Aidil membaca buku sementara menunggu Adam yang belum pulang sejak petang keluar di malam hari
perkahwinannya), lihat juga dalam episod 16 pada minit 00:22:32 (Adam sedang tekun membaca buku sementara menunggu Aliya
datang menghantar buku di sebuah kedai buku di Mecca Mall), lihat juga dalam episod 26 pada minit 00: 19:13 (Aliya sedang
membaca buku agama untuk mengetahui lebih lanjut tentang poligami).
405
Lihat dalam episod 21 pada minit 30:18 (Aidil membaca surat khabar sambil berbual dengan maknya) lihat juga dalam episod 25
pada minit 00:18:35 ( Imam Abu Bakar sedang membaca surat khabar sambil berbincang hal keluarga dengan Nur Amina dan Mak
Ani) dan lihat juga dalam episod 26 pada minit 00:10:39 (Nur Amina membaca surat khabar di ruang tamu).
406
Lihat dalam episod 5 pada minit 00:02:14 (Sarah sedang membaca majalah di tangga) dan lihat juga dalam episod 18 pada minit
00:12:31 (Adam yang sakit kerana kemalangan di tempat kerja mengisi masa lapang di atas katil dengan membaca majala-majalah)
407
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:15:25.
408
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:16:51.
409
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:11: 56.
403
208
Berikut merupakan contoh yang penulis bawakan sebagai bukti budaya
membaca yang wujud dalam kalangan watak-watak dalam drama hebat ini.
Adam : “Setiap manusia adalah fakir. Namun, dalam
kefakiran itulah tuhan memberikan petunjuk. Inilah
yang disebut nur.”410
Contoh 1 :
Skrip di atas merupakan petikan kandungan daripada sebuah buku agama yang
dibaca oleh Adam ketika di dalam bilik hotel di Mekah. Adam ketika itu pergi ke
Mekah bersama Hajah Khadijah dan Aidil untuk menunaikan Umrah.
Adam : “Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat,
tunduklah kepada Nabi Adam. lalu mereka sekaliannya
tunduk memberi hormat melainkan iblis. Setelah itu,
maka syaitan menggelincirkan mereka berdua
daripada syurga itu. Kemudian Nabi Adam menerima
daripada tuhannya beberapa kalimah. kata-kata
pengakuan taubat yang diamalkannya. Lalu Allah
menerima taubatnya.411
Contoh 2:
Adam sedang duduk seorang diri di sebuah batu di tengah padang pasir sambil
membaca maksud sebuah ayat al-Quran daripada tafsir al-Quran. Ketika ini Adam
berada di Mekah untuk menunaikan Umrah. Selesai Umrah mereka tinggal beberapa
hari di sana sebelum pulang ke Malaysia. Dalam masa itu Adam banyak menuntut ilmu
Islam dengan membaca tafsir al-Quran dan pelbagai buku ilmiah yang lain.
Contoh 3:
Adam : Ha. Abang tak tido lagi ka?
Aidil : Baca buku sikit.
Adam : Kalau abang bukan baca sikit namanya.
Membaca banyak.412
Dialog ini berlaku di dalam bilik hotel apabila Adam yang baru pulang
daripada masjid mendapati Aidil masih belum tidur kerana membaca buku. Dialog
410
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:30:30.
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:06:26.
412
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:22:02.
411
209
Adam menerangkan bahawa Aidil seorang yang suka membaca buku dan apabila dia
membaca maka setiap inci buku akan dibacanya.
Melalui contoh-contoh di atas dapat dilihat melalui analisis di atas bahawa
drama Nur Kasih sememangnya hebat dalam memperlihatkan dan membentangkan
unsur-unsur pendidikan di dalam jalan ceritanya melalui pembudayaan menuntut ilmu
dan pembudayaan membaca. Sebagaimana yang diketahui umum aspek pendidikan
sangat penting kepada manusia kerana dengan pendidikan akan terbentuk sebuah
masyarakat yang berilmu dan berjaya di dunia bahkan dengan pendidikan juga dapat
terbentuk masyarakat yang tahu nilai dan etika kemanusiaan. Apabila masyarakat yang
terbentuk bependidikan maka negara yang terbentuk juga berpontensi menjadi sebuah
negara yang maju dan harmoni. Maka sewajarnya masyarakat yang menonton unsurunsur pendidikan yang wujud dalam drama ini haruslah mengambil panduan dan
semangat untuk terus maju di dalam hidup dengan menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi
seperti yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam drama ini yang sangat mencintai
ilmu.
4.2.2. Aspek Uslub / Gaya Persembahan
Gaya persembahan isi bererti uslub dengan makna khas iaitu cara tentang isi
atau mesej dipersembahkan atau disampaikan kepada khalayak sasaran tanpa
menyentuh sudut-sudut lain. Asas kepada gaya persembahan isi ialah kepelbagaian
persembahan dan bentuk isi yang dikemukakan kepada khalayak sasaran. Ia
dipersembahkan dalam bentuk yang menarik, tiada kejemuan, diminati dan disukai oleh
semua orang.413 Isi dakwah yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak boleh
413
Abdul Aziz Mohd Zin (2005), Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 136.
210
dipaparkan kepada sasaran dengan pelbagai gaya persembahan. 414 Kepelbagaian ini
dapat dilihat dengan jelas apabila dikaji al-Quran dan hadith yang mana kedua-duanya
berjaya mempersembahkan isi kandungan masing-masing dengan gaya yang berbezabeza, walaupun daripada segi mesej atau maksud disebaliknya sama. 415 Al-Quran
berjaya mempengaruhi manusia disebabkan keindahan bahasanya yang menakjubkan
sehingga merupakan suatu mukjizat kerana ia tidak dapat diadakan seumpama itu oleh
sesiapapun. Persembahan isi kandungan al-Quran dengan pelbagai bentuk dan gaya
serta keadaan membuatkan ia sangat indah, menarik dan senang mempengaruhi
sasarannya.416
Penulis telahpun menganalisis dan membahagikan gaya persembahan isi
kandungan yang terdapat dalam drama bersiri Nur Kasih ini berdasarkan metode
penyampaian dakwah namun dalam skop drama. Bentuk yang akan diterangkan penulis
ialah bil hal, bil lisan dan sinematografi.
4.2.2.1.
a.
Bil Hal (Uslub/ Gaya Persembahan Dalam Bentuk
Perbuatan)
Bentuk contoh teladan yang baik (Qudwah Hasanah)
Cara ini adalah dengan mempersembahkan kepada khalayak penonton contoh
teladan yang baik supaya dapat dilihat kualiti Islam yang sebenar. Maka keadaannya
yang baik itu menjadi contoh teladan kepada orang lain. Cara ini tidak melibatkan
teguran dan arahan secara langsung. Maka cara ini sesuai untuk menyampaikan unsur-
414
Ibid., hlm. 135.
Ibid., hlm. 136.
416
Abdul Aziz Mohd Zin (2005),op.cit., hlm. 137.
415
211
unsur Islam yang mengandungi suruhan, larangan, galakan dan sebagainya kerana ia
lebih selesa diterima oleh semua lapisan masyarakat. Sikap manusia yang tidak suka
ditegur dan diarah secara terang, akan lebih mudah dipengaruhi melalui gaya
persembahan ini.417
Dakwah Islam bukan setakat melalui perkataan, tetapi yang lebih penting ialah
perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh seseorang, sebagai contoh teladan terhadap
penghayatan agama yang benar dan mulia. Melalui contoh teladan yang baik lebih
mudah bagi khalayak penonton atau masyarakat melihat dan mengikuti sesuatu amalan
dan perbuatan tersebut. Dr „Abd al-Latif Hamzah (1978:74) menjelaskan Nabi s.a.w.
menyebarkan dakwah dan mengharungi liku-likunya dengan menggunakan senjata
akhlak sebelum digunakan senjata peralatan peperangan. Kalaulah tidak kerana
kemulian akhlak, maka pulangan dan hasil dakwah tidak akan diterima sebanyak itu.
Banyak yang didengari bahawa orang bukan Islam memeluk Islam disebabkan kepuasan
hati mereka terhadap kemuliaan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dengan itu
contoh teladan yang baik merupakan uslub yang paling berjaya dalam hubungan sesama
manusia. 418
Berhubung dengan drama Nur Kasih ini, gaya persembahan unsur-unsur Islam
melalui gaya persembahan ini dapat dilihat melalui watak-watak yang berperanan dalam
drama ini. Qudwah hasanah yang telah diterap dalam watak-wataknya ditonjolkan
dalam menyampaikan mesej kepada khalayak penonton. Apabila dikatakan dengan
qudwah hasanah pasti akan dikaitkan dengan akhlak. Apatah lagi apabila isi kandungan
yang cuba disampaikan adalah unsur-unsur yang terdapat dalam Islam itu sendiri. Maka
pastinya unsur-unsur Islam yang cuba disampaikan oleh drama Nur Kasih melalui gaya
persembahan qudwah hasanah ini ialah akhlak yang baik.
417
418
Ibid., hlm. 179.
Ibid., hlm. 164-165.
212
Oleh yang demikian, penulis akan menghuraikan beberapa watak yang
menunjukkan qudwah hasanah kepada khalayak penonton yang boleh dijadikan teladan
dalam kalangan masyarakat daripada segenap lapisan. Penulis tidak akan menghurai
skop akhlak itu sendiri kerana skop akhlak telah pun penulis huraikan dalam bahagian
pengisian bagi unsur-unsur Islam daripada aspek akhlak.
Watak Adam : Adam yang dahulunya hidup jauh terpesong daripada
landasan Islam kini sudah berubah menjadi insan yang baik dan soleh
selepas suatu tragedi ngeri yang menimpanya. Adam sudah mula mengenali
Islam. Jika duhulunya tidak tahu membaca al-Quran kini sudah fasih, yang
dahulunya tidak mahu bersolat kini sudah boleh mengimamkan solat. Jika
dahulunya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, adik
dan suami yang baik kini dia memulihkan semua keadaan itu menjadi
seorang yang bertanggungjawab. Dahulu sikapnya panas baran dan
pentingkan diri, kini sudah bertukar menjadi seorang yang lemah lembut
dan memikirkan orang lain dahulu sebelum dirinya. Adam selepas menemui
hidayah dalam hidupnya dia benar-benar insaf dan nekad mengubah diri
dan cara hidup. Dia sedikit demi sedikit belajar mengenai Islam. Dia kerap
membaca tafsir al-Quran untuk memahami ajaran Islam. Dia juga
membaca buku-buku agama dan selalu bertanya persoalan agama kepada
Aidil yang lebih mengetahui sebagai menambah ilmu pengetahuannya
tentang Islam. Adam sentiasa mengqadakan solatnya yang tertinggal
dahulu dan bangun solat di tengah malam. Adam berkali-kali memohon
maaf atas segala kesalahannya dahulu kepada semua orang walaupun dia
sudah dimaafkan. Selain itu, Adam juga membuat banyak kerja amal seperti
menolong orang kampung, menyumbangkan duit bagi kegunaan masjid dan
membantu apa sahaja aktiviti di masjid. Bahkan Adam selepas keinsafannya
telah membawa emak dan abangnya pergi menunaikan Umrah.
Tanggungjawabnya sebagai suami kepada dua orang isteri cuba
dilaksanakan dengan penuh keadilan walau kadang-kadang terpaksa
diingatkan oleh isteri pertamanya Nur Amina akan giliran bermalam di
rumah isteri kedua iaitu Katrina. Adam juga berusaha menjadi anak yang
baik kepada emak serta kedua mertuanya. Perubahannya disedari dan
disyukuri oleh semua orang. Kebaikannya terserlah selepas hidayah sampai
kepadanya. Wajahnya juga berubah kepada jernih dan tenang berbanding
sebelumnya yang kelihatan keruh dan bermasalah sahaja. Segala sifat
negatifnya dahulu terhapus sama sekali. Adam bagai dilahirkan semula
menjadi insan yang baru.
Watak Nur Amina : Satu watak yang dikagumi oleh semua orang kerana
hampir sempurna daripada segala sudut. Nur Amina memegang watak
wanita solehah contoh dalam drama ini. Dia merupakan anak yang baik
dan sangat taat kepada ibu bapanya, juga merupakan isteri solehah kepada
suaminya, menantu yang baik kepada mertuanya, kakak yang baik kepada
adiknya serta ipar yang baik buat iparnya. Nur Amina dilahirkan sebagai
213
anak imam di kampung berperwatakan sesuai dengan gelarannya anak
kepada seorang imam. Sifat lemah lembut, penyayang, penyabar,
bertanggungjawab, taat kepada agama memang menarik orang supaya
menyayanginya. Nur Amina ke mana sahaja dia pergi pasti disenangi dan
sayangi sesiapa jua. Buktinya apabila dia lebih disayangi dan dipercayai
ibubapanya berbanding adiknya Siti Sarah. Nur Amina juga menjadi
menantu kesayangan mertuanya berbanding Aliya dan Katrina. Selain itu
Nur Amina ketika bekerja juga mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh
majikan untuk menguruskan projek, begitu juga halnya apabila dia berada
di Mekkah bekerja dengan Ummu Majid yang sangat menyayangi dan
mempercayai dirinya. Hubungan Nur Amina dengan Allah S.W.T. pula
digambarkan sangat baik apabila Nur Amina berpegang teguh dengan
ajaran Islam. Sedari kecil lagi Nur Amina sudah bertudung menutup
auratnya. Dia juga selalu solat berjemaah di masjid bersama ayahnya dan
sering melakukan qiamullail. Ketika muda remajanya, Nur Amina sudah
membuat amal kebajikan dengan mengajar kanak-kanak di kampung
mengaji al-Quran di masjid. Sifat Nur Amina yang matang dalam menjalani
kehidupan menyebabkan Nur Amina seorang yang tabah dan redha dengan
segala ujian. Walau sepayah mana sekalipun dugaan yang bertandang Nur
Amina cekal menghadapinya dan sangat berdikari tanpa menyusahkan
orang lain. Nur Amina sangat menjaga peribadi dirinya supaya dihiasi
dengan akhlak mulia dan menjauhi segala perkara yang tidak baik seperti
mengumpat, hasad dengki dan berburuk sangka terhadap orang lain.
Tatkala menjadi isteri yang bermadu juga Nur Amina menjalankan
tanggungjawab sebaiknya dengan sentiasa mengingatkan suaminya agar
berlaku adil. Sifat mengalah dan berkorban demi kebahagian orang lain
menjadikan Nur Amina sangat dicintai Adam. Semakin hebat dugaan
melintasi hidupnya semakin dekat Nur Amina dengan Sang Pencipta.
Keredhaan dan tawakal kepada Yang Esa menjadi banteng terkuat dirinya
menjadi manusia yang baik dan hamba Allah S.W.T. yang solehah.
Watak Aidil : Suatu watak yang memiliki ciri-ciri lelaki idaman semua
wanita. Watak yang sempurna. Aidil adalah sebuah nama bagi seorang
lelaki yang baik sebagai hamba, anak, abang, ipar, suami, menantu dan
masyarakat yang baik. Memiliki pendidikan tinggi dalam bidang agama
mencerminkan bagaimana Aidil memainkan wataknya sebagai seorang
hamba Allah S.W.T. dan sebagai seorang manusia yang perlu menjaga
hubungan sesama manusia lain. Aidil berpesonaliti lemah lembut, sopan
dan mudah disenangi semua orang. Tangunggjawab sebagai hamba Allah
S.W.T. dijalankan dengan penuh amanah. Solatnya sentiasa dipastikan
dalam keadaan berjemaah di masjid. Juga mengimamkan solat bagi
keluarganya. Bagi Aidil masjid bukanlah sekadar tempat untuk beribadah
bahkan lebih daripada itu. Aidil sering menambah ilmu diperpustakaan
mini di masjid dan memberikan idea untuk memajukan masjid sebagai pusat
komuniti utama masyarakat kampung tersebut. Tanggungjawab sebagai
masyarakat juga tidak pernah terabai. Aidil dikenali penduduk kampung
kerana dia suka bersosial dengan sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat
umur. Apabila ada masa lapang diwaktu petang dia akan bermain bola
bersama budak-budak dikampung. Apabila gotong royong dilaksanakan
pasti Aidil melibatkan diri. Tidak terlepas juga kerja amal lain iaitu Aidil
214
menabur bakti kepada sebuah yayasan yang membela wanita teraniaya
akibat poligami dan menulis artikel-artikel ilmiah di internet.
Tanggungjawab terbesar sebagai anak tidak pernah diabaikan walau jauh
belajar di perantauan Aidil sering menghubungi ibu bapanya dan akan
pulang ke tanah air apabila musim cuti tiba. Semenjak kecil merupakan
seorang anak yang taat kepada ibubapa dan sanggup berkorban demi
menjaga hati kedua orang tuanya. Apabila dewasa dia memikul
tanggungjawab menjaga ibubapanya sehingga sanggup mengketepikan diri
sendiri demi kebahagian ibubapanya. Redha dengan segala keputusan sang
ayah apabila Nur Amina gadis yang diimpi menjadi teman hidupnya
dikahwinkan dengan adiknya Adam. Selain menjadi anak yang baik, Aidil
juga berperanan sebagai abang yang baik kepada adiknya. Sebagaimana
besar pengorbanan yang dilakukan untuk ibubapanya begitu jugalah
besarnya pengorbanan yang Aidil sanggup lakukan buat adik kesayangan.
Tidak pernah mengambil hati dengan segala kekasaran Adam terhadap
dirinya dan juga langsung tidak wujud iri hati atau dendam kepada Adam
atau sesiapa jua. Sifat rendah diri dan tawadhu‟ dalam kehidupan di dunia
menjadikan Aidil seorang yang dikagumi masyarakat. Kesabaran dan
redhaan menanti jodohnya yang lambat kunjung tiba akhirnya membuahkan
hasil lumayan apabila dia mendapat isteri yang layak buat dirinya.
Keyakinannya pada takdir Allah S.W.T. dan sifat baik sangka yang tegar
dalam diri terhadap Ilahi menjadikan Aidil hidup dalam ketenangan walau
banyak onak duri berliku dalam perjalanan hidup di pentas dunia ini. Sifat
bertanggungjawab yang sebati dalam dirinya menjadikan Aidil memikul
segala masalah yang melanda keluarganya. Sedaya mungkin dia memerah
buah fikiran meemikirkan penyelesai kepada setiap masalah dan berusaha
semampu mungkin.
Ilmu pengetahuan agama yang tinggi juga
menyebabkan Aidil sentiasa menjadi sandaran dan sumber rujukan bagi
Nur Amina, Adam, Aliya dan Siti Sarah. Perit getir ujian kehidupan Aidil
akhirnya Aidil mendapat ganjaran kebahagian buat diri dan keluarganya.
Watak Ummu Majid : Walau seketika watak ini berperanan dalam drama
ini, namun ia memberi kesan yang sangat besar kepada isi kandungan
drama yang bertemakan Islam ini. Ummu Majid seorang wanita berkerjaya
yang telah membuka syarikat agensi Haji dan Umrah sendiri di tanah
Mekah al-Mukarramah. Merupakan majikan Nur Amina selama dua tahun
di sana. Ummu Majid bukanlah sembarangan majikan, tetapi dia
merupakan teman, kawan dan sahabat kepada Nur Amina sepanjang Nur
Amina di Mekah. Dia sentiasa terbuka hati mendengar segala luahan
masalah Nur Amina dan tidak lokek dalam memberi pelbagai nasihat yang
baik dan berguna kepada Nur Amina. Ummu Majid juga merupakan tempat
rujuk Nur Amina sekiranya dia mempunyai apa-apa kemushkilan dalam hal
agama walhal urusan kehidupan peribadi juga. Segala kata-kata yang
keluar dari bibir Ummu Majid merupakan penawar kepada keresahan hati
Nur Amina. Nasihat yang tidak jemu diberikan kepada Nur Amina
membuatkan Ummu Majid disayangi oleh Nur Amina. Di sebalik
penampilan Ummu Majid yang sentiasa berniqab dan berjubah hitam
adalah kelembutan seorang ibu yang tidak dapat ditandingi. Pertuturannya
sangat halus bisa melembutkan semua hati yang mendengar apatah lagi
perkataan-perkataan yang keluar semuanya berunsur nasihat yang ilmiah.
215
Kerana jasa Ummu Majid menjaga Nur Amina dan sentiasa memberi
nasihat akhirnya Nur Amina pulang ke tanah air ke sisi suami dan
keluarganya yang tercinta.
Watak Mak Ani : Merupakan antara watak yang terpenting dalam drama
ini. Mak Ani adalah mak tiri kepada Nur Amina dan mak kandung kepada
Siti Sarah. Walaupun hanya mak tiri namun Mak Ani sangat menyayangi
Nur Amina seperti anak kandungnya sendiri. Langsung tidak membezakan
antara Siti Sarah dan Nur Amina. Peranannya sebagai ibu yang
bertanggungjawab dan sentiasa cuba untuk memahami anak-anaknya
sangat mengkagumkan. Walaupun dia bukan seorang emak yang sangat
lemah lembut namun hatinya sebagai ibu sangat baik dan bertimbangrasa
terhadap anak-anaknya. Walau bagaimanapun, Mak Ani bukan setakat ibu
yang baik kepada dua orang anak bahkan juga merupakan isteri yang
solehah buat suaminya. Kehidupan rumahtangga yang harmoni dan
romantik bersama suaminya boleh dilihat dalam drama ini. Kemunikasi
antara Mak Ani dan suaminya sangat baik dan mereka seolah sudah sangat
terlalu memahami isi hati masing-masing tanpa perlu menggunakan
komunikasi lisan. Wujud empati antara Mak Ani dan suaminya. Mak ani
sangat menghormati suaminya sebagai ketua dan pemimpin keluarga.
Segala keputusan yang hendak dilakukan akan ditanya terlebih dahulu
kepada suaminya. Oleh kerana dirinya yang sedemikian Mak Ani sangat
dicintai oleh suaminya dan disayangi kedua anak serta menantunya.
Watak Imam Abu Bakar : Seorang imam yang disegani di kampung.
Apabila di sebut imam pasti solatnya sentiasa di masjid kerana perlu
mengimamkan solat lima waktu. Imej yang ditampilkan sebagai imam
sangat menyerlah hanya melalui pemakaiannya. Apatah lagi tingkah laku
dan budi bicaranya yang lembut. Walau bagaimanapun Imam Abu Bakar
juga merupakan seorang suami dan ketua bagi keluarganya. Wataknya
sebagai seorang suami juga sangat istimewa kerana walaupun dalam usia
tua namun panggilannya kepada isterinya masih romantik iaitu „yang‟.
Imam Abu Bakar menjadi suami yang dikagumi kerana sentiasa menasihati
dan mengingatkan isteri dan anak-anaknya dengan nasihat yang ilmiah dan
peringatan yang memberansangkan. Ini menunjukkan bahawa Imam Abu
Bakar mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tidak kurang juga
tingginya. Sebagai bapa pula Imam Abu Bakar digambar sebagai seorang
yang tegas dan ditakuti oleh kedua anaknya. Namun ketegasannya adalah
dalam hikmah sehingga anak-anak dan isteri akan akur akan segala
ketegasan yang digunakan. Imam Abu Bakar sepanjang perjalanan cerita
hanya sekali dilihat meninggikan suara. Selebihnya dia hanya akan
menasihati dengan cara yang baik jika anak dan isterinya membuat
kesalahan. Selain itu sifat mulia Imam Abu Bakar juga ialah merendah diri.
Walau dirinya adalah seorang imam, dia sering merasa masih banyak
kekurangan dalam dirinya yang perlu diperbaiki dan dia tidak suka
masyarakat kampung memandangnya sebagai insan sempurna yang
langsung tidak boleh melakukan kesalahan walaupun sedikit. Imam Abu
Bakar sangat kesal dengan pemikiran masyarakat kampung tersebut dan
berusaha mengubahnya.
216
Watak Ustaz Hassan : Walau untuk beberapa episod sahaja
kemunculannya di dalam drama ini namun tetap memberikan impak positif
kepada keseluruhan drama. Ustaz Hassan merupakan seorang ilmuan di
dalam kampung tersebut. Dirinya dikenali dan disegani oleh penduduk
kampung. Solatnya sentiasa berjemaah di masjid walaupun ketika dirinya
sakit digagahi juga melaksanakan solat di masjid. Di kala subuh pula Ustaz
Hassan solat berjemaah bersama isterinya di rumah. Watak sebagai
seorang ayah kepada dua anak lelaki dan watak sebagai seorang suami di
mainkan Ustaz Hassan dengan perbezaan ketara. Apabila bersama dengan
isteri Ustaz Hassan menjadi seorang suami yang lemah lembut dan sering
mengadu masalahnya kepada isterinya. Berlainan apabila dia berdepan
dengan anak lelakinya terutama Adam ketika kecilnya, Ustaz Hassan sangat
tegas dan garang apabila berkait dengan perihal agama iaitu solat,
membaca al-Quran dan puasa. Ustaz Hassan akan merotan anaknya Adam
yang tidak mahu bersolat, membaca al-Quran dan puasa. Tindakan Ustaz
Hassan mungkin kelihatan sangat tegas dan tidak sepatutnya, namun untuk
anak seperti Adam yang sangat degil dan tidak mahu menjalankan suruhan
agama walaupun sudah berusia 10 tahun lebih adalah selayaknya. Bahkan
Nabi Muhammad sendiri ada menyuruh merotan anak yang tidak mahu
bersolat setelah berumur 10 tahun. Berbeza pula apabila anak-anak sudah
meningkat dewasa, Ustaz Hassan berusaha menjadi sahabat kepada anakanaknya. Ustaz Hassan mengketepikan segala egonya sebagai bapa demi
menjadi bapa yang baik. Apabila dia merasa dia bersalah kepada anakanaknya, Ustaz Hassan segera meminta maaf atas kesalahannya. Ustaz
Hassan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anaknya, kerana
itulah dia disayangi oleh kedua anaknya tanpa berbelah bahagi. Begitu
juga dengan Hajah Khadijah isterinya sangat setia dan taat kepada suami.
Susah dan senang, suka dan duka semua dikongsi bersama suaminya. Si
isteri sentiasa memberi sokongan penuh kepada segala keputusan yang di
buat Ustaz Hassan kerana kepercayaan dan keyakinan isteri bahawa setiap
keputusan yang dibuat Ustaz Hassan pasti mempunyai sebab dan alasan
tersendiri yang kukuh. Selaku hamba Allah S.W.T. yang berpengetahuan
agama, Ustaz Hassan tidak terlepas dengan ujian yang seringkali melanda
hidupnya. Namun Ustaz Hassan meredahi ujian tersebut dengan redha
serta nilai tawakal yang tinggi terutamanya apabila Ustaz Hassan
menghidapi penyakit yang menyebabkan hayatnya tidak lama di dunia ini.
Kerana ketenangan yang dimiliki Ustaz Hassan, isterinya juga begitu
tenang menghadapi segala dugaan. Sifat-sifat baik yang dimiliki suami
menjadi tempias kepada isteri untuk bersikap baik seperti suaminya. Begitu
juga kepada anak-anaknya turut memiliki sifat mulia yang dimiliki sang
bapa iaitu Ustaz Hassan.
Watak Hajah Khadijah : Merupakan salah satu watak terpenting dalam
menjayakan drama ini. Banyak mesej Islamik yang disampaikan dalam
drama ini melalui watak Hajah Khadijah. Seorang isteri, ibu dan mertua
yang penyayang. Sebagai seorang isteri, padanya suami merupakan
keutamaan dalam hidup. Patuh dan taat selagi ia tidak melanggari syarak.
Kesusahan hidup dilalui bersama suami dianggap kenangan terindah hidup.
Bijak dalam menangani kelemahan suami dengan nasihat yang berhikmah.
Suami adalah pemberian Allah S.W.T. yang paling bernilai padanya
217
walaupun hidup dalam keadaan sederhana tanpa pernah mengecap
kemewahan. Redha dan tenang apabila mengetahui sang suami sudah tidak
punya banyak masa bersamanya lagi. Ketenangannya itu juga menjadi
penawar dan ubat kekuatan bagi suami menghadapi hari-hari terakhirnya.
Layanan istimewa buat suami tercinta daripada segala aspek kehidupan.
Sebagai ibu pula, mendidik dengan penuh kelembutan dan ketegasan dalam
menghadapi kerenah anak-anak. Anak-anak adalah permata hidupnya.
Kasih sayang yang tidak ternilai kepada dua anaknya menjadikan anakanak menghormati dan menyayanginya seperti mana dia menyayangi dan
mengasihani anak-anaknya. Bahkan hati Adam yang keras itu juga mampu
dilenturkan oleh Hajah Khadijah. Itulah keajaiban seorang ibu. Menjadi
menantu Hajah Khadijah juga merupakan satu tuah kepada Nur Amina,
Aliya dan Katrina. Kasih sayang dan layanan yang baik sangat sukar
ditemui. Sebagai orang tua, Hajah Khadijah bijak menjadi ibu mertua
dalam masa yang sama sahabat yang sangat akrab dengan menantumenantunya. Ketenangan wajah dan kata-kata lembut berbaur nasihat yang
lahir dari bibir Hajah Khadijah bagaikan keramat yang menjadi inspirasi
buat anak dan menantu-menantunya. Ketabahannya dalam menghadapi
ujian juga menjadikan orang sekelilingnya juga mampu tabah sepertinya.
Keperihatinan yang ada dalam dirinya menjadikan Hajah Khadijah sebagai
seorang insan yang istimewa dan harus menjadi teladan buat insan lain.
Watak Aliya : Pasangan yang secocok buat Aidil. Watak yang muncul
setelah hampir separuh perjalanan kisah ini berlalu namun merupakan satu
watak penting dalam memainkan peranan tertentu. Merupakan anak
seorang Dato‟ dan mempunyai kehidupan yang mewah. Walaupun begitu
kekayaan bukan menjadi matlamat hidupnya dengan bukti apabila dia
memilih Aidil sebagai teman hidupnya. Kesediaannya menghadapi
kehidupan sederhana selepas berkahwin sangat tegar sehingga Aliya
berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Sifatnya yang
lemah lembut menjadi penarik untuk orang menyayangi dirinya. Aliya
dilahirkan dalam suasana keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dalam
kehidupan. Dia juga memilih jurusan undang-undang Islam sebagai major
pengajiannya diperingkat ijazah sarjana muda dengan menyambung
pengajian di sebuah negara Islam di Timur Tengah. Memiliki akhlak yang
mulia dan berani dalam membuat keputusan bagi dirinya. Sifat yang sedikit
manja dengan kedua ibubapanya kerana dia merupakan anak tunggal tidak
pernah menghalang Aliya untuk menjadi anak yang solehah dan berdikari.
Setelah berkahwin dan tinggal di kampung bersama suami, Aliya tidak
pernah lupa untuk selalu menghubungi ibubapanya dan pulang ke rumah
menziarahi mereka. Namun begitu setiap manusia mempunyai kelemahan
tersendiri. Aliya termakan dengan hasutan fitnah jahat Siti Sarah dan
mengalami krisis rumahtangga sehingga menyebabkan dia menjauhi
suaminya demi mencari ketenangan. Namun perkara tersebut hanya
seketika apabila mengetahui perkara sebenar Aliya nekad menebus kembali
segala kesalahannya terhadap suaminya, Nur Amina dan mertuanya.
Menganggap ujian sebagai hikmah Allah S.W.T. mengasihani hambaNya
menjadikan Aliya lebih matang dan tabah dalam segala kemungkinan yang
berlaku dalam kehidupan sehingga dia sendiri menawarkan suaminya
menjadi suami kepada Nur Amina apabila Nur Amina kehilangan Adam.
218
Aliya belajar daripada kesilapan lalu dan menjadi lebih baik daripada
sebelumnya.
Semua watak yang dibawa penulis di atas merupakan watak penting yang
menjadi contoh kepada gaya persembahan bil hal atau qudwah hasanah. Penulis hanya
memberi gambaran secara ringkas tanpa menceritakan dengan terperinci pembuktian
qudwah hasanah mereka kerana qudwah hasanah lebih menjurus ke arah akhlak maka
dengan itu penulis telah terlebih dahulu menjelaskan dengan sedikit terperinci
berkenaan akhlak beberapa watak di atas pada bahagian unsur-unsur Islam dalam aspek
akhlak. Walau bagaimanapun semua manusia tidak dapat lari dari memiliki kelemahan
dan membuat kesilapan. Begitu juga halnya dengan semua watak di atas yang masih
banyak kekurangannya. Namun jika diperhati dan diambil pada sudut positifnya kita
akan menjumpai qudwah hasanah yang wajar dijadikan role model dan kepada segala
kelemahan dan keburukan watak-watak tersebut kita jadikan iktibar dan pedoman serta
berusaha menjauhi segala kekurangan dan keburukan tersebut.
b. Bentuk perbandingan sifat antara sifat mahmudah dan sifat mazmumah
antara watak-watak.
Bentuk perbandingan adalah suatu bentuk penyampaian isi yang menyenangkan
sasaran untuk memahami mesej atau maksud yang terdapat dalam isi yang disampaikan
itu.419 Oleh sebab itu, sejak dahulu, manusia suka dan tertarik kepada perbandingan
kerana ia boleh memberikan kefahaman yang jelas terhadap sesuatu mesej atau ajaran
yang disampaikan.420 Dengan itu, perbandingan merupakan kecantikan gaya
persembahan yang digemari oleh jiwa manusia.421 (Muhammad Khair Ramadan,
1414H: 92-93). Nabi s.a.w. banyak membawa mesej dakwah baginda melalui bentuk
419
Ibid., hlm. 50.
Ibid., hlm. 154.
421
Ibid., hlm. 154-155.
420
219
perbandingan supaya ia disukai.422 Al-Quran dan hadith juga banyak menggunakan
perbandingan untuk menarik pengaruh kepada sesuatu yang dikemukakan.
Berikut merupakan perbandingan yang terdapat dalam drama Nur Kasih ini. Ia
lebih memberatkan perbandingan antara watak baik dan watak jahat supaya khalayak
masyarakat mengambil iktibar bahawa watak jahat tidak membawa keuntungan kepada
sesiapapun malah merugikan diri sendiri dan hidup tidak mencapai kebahagiaan
sehingga akhirnya selagi mana seseorang itu masih berpegang dengan sifat mazmumah.
Contoh 1 : Watak Aidil dan Adam.
Watak Aidil
Lemah lembut
Sabar
Penyayang
Rajin solat berjemaah di masjid, puasa
dan membaca al-Quran sedari kecil
sehingga dewasa
Tidak pentingkan diri dan banyak
berkorban dalam diam
Disayangi dan dipercayai ibubapa
Menjaga ibubapa
Taat ibubapa
Bertanggungjawab
Hidup di jalan lurus (mengamalkan
Islam dalam hidup)
Watak Adam
Kasar
Panas baran
Pendendam
Tidak mahu solat, puasa dan membaca
al-Quran dari kecil hingga dewasa
Pentingkan diri dan merasakan diri
sudah terlalu banyak berkorban untuk
orang lain
Selalu dimarahi dan dirotan oleh
ibubapa
Mengabaikan ibubapa
Melawan ibubapa
Tidak bertanggungjawab
Hidup penuh dengan noda (pergaulan
bebas, arak dan meninggalkan Islam
sepenuhnya ketika di Sydney)
Perbandingan watak-watak ini adalah sebelum Adam berubah menjadi baik
setelah mendapat hidayah. Drama ini menyampaikan mesej unsur-unsur Islam melalui
perbandingan watak Aidil dan Adam yang mempunyai jurang perbezaan yang besar.
Tiada satu persamaan pun dalam diri dua beradik yang dikandungkan oleh rahim ibu
yang sama dan dibesarkan oleh didikan daripada ibubapa yang sama. Kisah perjalanan
drama ini sebelum episod kesepuluh iaitu episod Adam mula berubah menjadi baik,
422
Ibid., hlm. 50.
220
drama ini memaparkan bagaimana kehidupan Adam yang tidak tenang dan penuh
dengan noda. Dia seringkali resah dan sentiasa teringatkan kenangan pahit dengan
keluarganya. Kehidupannya dirasakan kosong walhal dia sudah mempunyai segalanya.
Akhirnya segala nodanya itu mendapat balasan apabila dia dan Katrina terlibat dalam
kemalangan jalan raya akibat mabuk sehingga menyebabkan mereka kehilangan anak
dalam kandungan Katrina. Berbanding dengan Aidil yang kelihatan tenang dan redha
dengan perjalanan hidupnya sebagai seorang muslim sejati. Dia tetap sabar dengan
segala ujian yang hadir dan dapat menjalankan kehidupan dengan mudah atas redha
kedua orang tuanya. Perbandingan yang ketara antara kehidupan tenang sebagai seorang
muslim dan kehidupan yang tidak tenang apabila manusia jauh dari Allah S.W.T. ini
berjaya disampaikan dengan baik oleh drama ini melalui watak Adam dan Aidil.
Contoh 2 : Watak Nur Amina dan Siti Sarah
Watak Nur Amina
Lemah lembut
Rajin
Taat ibubapa
Bertanggungjawab
Rela berkorban demi orang lain
Sabar
Redha
Rendah diri
Baik hati
Watak Siti Sarah
Kasar
Pemalas
Melawan ibubapa
Tidak bertanggungjawab
Pentingkan diri
Panas baran
Dendam
Suka menyalahkan orang lain
Busuk hati
Perbandingan yang sama dipaparkan bagi watak Nur Amina dan Siti Sarah iaitu
seorang watak baik hati dan seorang lagi watak busuk hati. Walau bagaimanapun,
kedua-dua watak ini masih menjalankan kehidupan sebagai seorang muslim namun
pengamalan Islam dalam kehidupan dibezakan. Nur Amina digambarkan seorang yang
memahami sifat sebagai seorang muslim harus melawan hawa nafsu dan hasutan
syaitan. Namun Siti Sarah digambarkan tidak dapat melawan hasutan halus dari hawa
nafsu dan syaitan durjana tersebut. Kerana hasad dengki dan dendam menguasai diri,
Siti Sarah berfikir dan bertindak di luar rasional sebagai seorang muslim. Pemikiran dan
221
perlakuannya dipenuhi perkara jahat. Hidupnya resah dan tidak tenang. Kerana tidak
redha dengan ketentuan Allah S.W.T., dia sentiasa mencuba untuk merosakkan
hubungan sesama mereka walau kakaknya sendiri kerana kepentingan diri. Namun
segalanya berakhir dengan tragedi ngeri yang menimpa dirinya menjadi balasan kepada
segala kejahatan yang dilakukannya selama ini. Berbeza dengan watak Nur Amina yang
hidupnya tidak pernah sunyi daripada ujian-ujian hebat. Namun ketabahan dirinya hadir
apabila dia redha dan pasrah dengan ketentuan Allah S.W.T. buat dirinya. Dia juga
berusaha ke arah kebaikan untuk meneruskan hidupnya walaupun dalam keadaan yang
sukar. Setimpal dengan kebaikan dirinya Nur Amina akhirnya mencapai kebahagiaan
setelah onak duri dilalui dengan tabah dan yakin dengan Allah S.W.T. Melalui
perbandingan dua watak ini penulis mendapati unsur Islam yang dibawanya ialah
bagaimana kentalnya jiwa manusia apabila hidupnya disandarkan penuh kepada Yang
Maha Esa selain berusaha ke arah kebaikan berbanding manusia yang tidak yakin dan
redha dengan ketentuan Allah S.W.T. dan berusaha juga mendapatkan sesuatu yang
bukan milik mereka. Kekuatan dalaman dan luaran sangat penting dalam menjalankan
kehidupan sebagai seorang muslim kerana sememangnya janji Allah S.W.T. kehidupan
seorang muslim tidak akan kering dari ujian namun apabila manusia tegar redha dengan
ujian tersebut pasti balasannya setimpal dengan keredhaan tersebut.
Contoh 3 : Watak Adam dan Katrina sebelum dan selepas mendapat hidayah
Allah S.W.T.
Sebelum: Watak Selepas:
Watak
Adam
Adam
Tidak solat
Solat fardhu, solat
sunat,
malah
qiamullail juga
Tidak mahu dan Pandai dan selalu
tidak
pandai membaca
almembaca al-Quran Quran,
malah
memahami
alQuran
dengan
Sebelum: Watak
Katrina
Tidak
menutup
aurat
Selepas: Watak
Katrina
Menutup aurat
sempurna
malah berniqab
Tidak
tahu Memahami dan
langsung tentang mengamalkan
Islam
Hidup Islam
dalam jahilliah
222
Kasar
Tidak
bertanggungjawab
membaca tafsirnya
Lemah lembut
Bertanggungjawab
Tidak menghormati Menghormati
ibubapa
ibubapa
Tidak
bergaul
dengan masyarakat
Panas baran
Tidak hormat pada
abang (Aidil)
Pentingkan
diri
sendiri
Hidup tidak tenang
dan dan tidak
redha
dengan
ketentuan
Allah
S.W.T.
Hidup
penuh
dengan dosa dan
noda (tidak peduli
halal haram, arak,
tidak solat, tidak
puasa,
tidak
mengaji, pergaulan
bebas)
Tidak
redha
dengan ketentuan
Allah
sehingga
gila
(anak
meninggal
dan
bermadu)
Tenangkan diri
dengan arak dan
pil tidur apabila
bermasalah
Selalu
menghabiskan
masa dengan siasia (lepak dengan
kawan,
minum
arak dan pergi
disko)
Redha dengan
segala
ketentuan Allah
(sakit
barah
dan bermadu)
Tenangkan diri
dengan berzikir
dan solat
Banyak
menghabiskan
masa membuat
amal
jariah
(membantu
mengajar dan
menjaga kanakkanak
di
Pondok
Penyayang
Raudhah)
Bergaul
dengan Tidak taat kepada Sangat
taat
masyarakat
suami dalam hal kepada suami
agama
(tetap
minum
arak
walaupun Adam
menghalangnya)
Bersabar
Panas
baran Penyabar (lebih
(kerap bergaduh banyak
dengan
Adam mengalah dan
walau
untuk toleransi
perkara kecil)
dengan Adam
dan
sesiapa
sahaja)
Hormat
pada
abang (Aidil)
Memikirkan orang
lain dahulu
Hidup tenang dan
redha
dengan
setiap
ketentuan
Allah S.W.T.
Hidup
dengan
ibadah
kebajikan
penuh
amal
dan
223
Selain membentangkan perbandingan antara sifat mahmudah dan sifat
mazmumah melalui watak Aidil dengan Adam dan watak Nur Amina dengan Siti Sarah,
drama Nur Kasih juga mempunyai satu lagi unsur hebat yang dilakukan menggunakan
uslub penyampaian isi melalui aspek perbandingan ini iaitu perbandingan bagaimana
kehidupan dan sifat seseorang sebelum dan selepas mendapat hidayah Allah S.W.T.
Perbezaan yang ketara dibentangkan kepada khalayak penonton supaya dapat dilihat
bagaimana kedamaian hidup sebagai muslim sejati dan kekacauan jiwa apabila hidup
dalam keadaan jahil tentang Islam. Segala onak duri kehidupan dapat dihadapi dalam
suasana dan perasaan yang berbeza. Maka, ternyata Nur Kasih membuktikan kedamaian
dan kesejahteraan akan diperolehi oleh manusia yang mengamalkan Islam dalam
kehidupan mereka.
4.2.2.2.
a.
Bil Lisan (Uslub/ Gaya Persembahan Dalam Bentuk
Perkataan)
Bentuk cerita
Cerita mempunyai keistimewaan yang tinggi kerana ia memberi pengetahuan
kepada kepada khalayak penonton tentang kehidupan manusia dengan gaya dan bentuk
yang disukai secara semula jadi (Muhammad Khair Ramadan, 1414H: 87). Berdasarkan
sejarah, kesukaan manusia kepada cerita tidak mengira peringkat umur, masa, kumpulan
dan bangsa tetapi ia disukai oleh seluruh lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, cerita
merupakan salah satu gaya persembahan yang penting423 dalam menyampaikan unsurunsur Islam kepada masyarakat. Persembahan
isi melalui cerita berjaya menarik
perhatian sasaran sepanjang masa kerana ia disukai oleh masyarakat. 424 Al-Quran dan
hadith juga sangat banyak mengemukan isi dalam bentuk cerita. Contohnya dalam
423
424
Abdul Aziz Mohd Zin (2005), op.cit., hlm. 146.
Ibid., hlm. 50.
224
firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah (2) : 258, yang menceritakan tentang
perbahasan yang berlaku antara Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud bin Ka‟an tentang
kewujudan Allah S.W.T. Namrud menafikan kewujudan Allah S.W.T. dan
kekuasanNya.
Sehubungan dengan itu, cerita yang disampaikan dalam drama Nur Kasih
semuanya adalah berkisarkan tentang sirah para nabi, rasul dan ahli keluarga Baginda.
Contoh 1 :
Adam anak murid Nur Amina : Cerita dia macam mana?
Nur Amina : Cerita advanture. Cerita paling hebat!
Adam anak murid Nur Amina : Nak dengar..
Dania anak murid Nur Amina : Dania pun nak dengar
juga
Nur Amina : Nak dengar juga? Ha, Hm, tapi dengar satu
syarat. Lepas dengar cerita tu janji dengan akak kita
habis ngaji?
Nur Amina : Ok. Nabi Muhammad dilahirkan pada 12
Rabiul Awal Tahun Gajah. Pada tahun tu juga Abrahah
menyerang Kota Mekah untuk menghancurkan Kaabah.
Tetapi, Allah S.W.T telah menyelamatkan Kota Mekah
dan membinasakan tentera Abrahah.425
Contoh 2 :
Adam (membaca terjemahan al-Quran): “Dan ketika
Kami berfirman kepada malaikat, tunduklah kepada Nabi
Adam. lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat
melainkan
iblis.
Setelah
itu,
maka
syaitan
menggelincirkan mereka berdua daripada syurga itu.
Kemudian Nabi Adam menerima daripada Tuhannya
beberapa kalimah. Kata-kata pengakuan taubat yang
diamalkannya. Lalu Allah menerima taubatnya.”426
Contoh 3 :
Katrina (membaca cerita kepada kanak-kanak di Rumah
Penyayang Raudhah): Nabi Zakaria cames from
distandence of Nabi Sulaiman. And he was avery religious
man. There was one day Nabi Zakariya was praying that
he would get one of the most religious and nicest and the
smartest child ever.427
425
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:31:08.
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:05:36.
427
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:15:31.
426
225
Berdasarkan kepada contoh yang dikeluarkan di atas, satu keistimewaan yang
terdapat dalam uslub cerita ini bagi drama Nur Kasih ialah secara tidak langsung drama
ini telah menyebarkan kisah para nabi dan rasul kepada golongan masyarakat yang tidak
tahu tentang kisah tersebut dan ia menjadi peringatan kepada golongan masyarakat yang
sudah tahu tentang kisah tersebut. Ini memberikan satu kelebihan kepada drama ini
untuk disukai oleh khalayak penonton.
b. Bentuk menyebut nama tokoh-tokoh unggul dalam sirah Islam
Selain mengenali para nabi, rasul dan malaikat, umat Islam juga seharusnya
mengetahui tentang tokoh-tokoh unggul Islam yang wujud pada zaman Rasulullah
s.a.w. dan zaman sebelumnya. Ini kerana tokoh-tokoh unggul Islam ini semuanya sangat
berjasa dalam perjuangan menegakkan kegemilangan Islam pada zaman tersebut dan
kerana mereka juga Islam dapat sampai kepada umat masa kini dengan jayanya.
Ketandusan ilmu sirah Islam dalam kalangan masyarakat kini semakin ketara. Tidak
semua masyarakat mengingati dan ingin mengetahui tentang sirah Islam, maka sudah
tentu tokoh-tokoh unggul ini tidak diketahui oleh masyarakat. apatah lagi masyarakat
kini lebih cenderung kepada mengagungkan para penyanyi dan pelakon dalam dan luar
negara khususnya yang datang dari negara Barat.
Oleh yang demikian, kesedaran
tentang ketandusan pengenalan tokoh-tokoh unggul Islam dalam kalangan masyarakat,
maka drama Nur Kasih boleh dikatakan berusaha dalam mengangkat kembali namanama agung tokoh-tokoh Islam yang kini semakin dilupai umat. Walaupun hanya
beberapa tokoh yang disebut namun ia tetap merupakan sumbangan besar berbanding
tiada. Berikut contoh-contoh yang penulis bawakan:
Contoh 1 :
Aisyah : Jangan risau Nur, kalau aku tak belajar kat
universiti pun, aku taklah teruk sangat. Aku ada tawaran
jadi cikgu sementara. Lagipun bakal suami aku pun
mengajar kat tempat yang sama.
Nur Amina : Aisyah, Aisyah. Kau ni nama ja Aisyahkan?
226
Aisyah : Kenapa dengan nama aku?
Nur Amina : Kau tak tahu ke? Aisyah tu isteri nabi.
Seorang cendiakawan. Kau tahu tak zaman sekarang ni
tahap dia tu apa? Profesor tau. Aisyah yang ni setakat
apa, STPM ja..428
Contoh 2 :
Ustaz Hassan : Apa yang ayah buat bersebab. Ayah
pinang dia untuk Adam. Untuk selamatkan Adam. Aidil
ayah dah tak perlu risau dah. Tapi Adam ayah takut dia
semakin hanyut. Dia perlukan bimbingan seorang isteri.
Seorang isteri seperti Siti Khadijah. Ayah perlu
selesaikan masalah ini sebelum ayah pergi.429
Contoh 3 :
Imam Abu Bakar : Kakak, tolong buatkan air kopi ya.
Nur Amina : Baik ayah.
Sarah : kenapa ayah selalu suruh kakak ah?
Imam Abu Bakar : Kan kakak buat kopi sedap..
Sarah : Elleh..ayah memang lebih sayangkan kakak..
Imam Abu Bakar : Sarah, Sarah pernah dengar tak kisah
Nabi Yusuf? Kenapa Nabi Yaakob lebih sayangkan Nabi
Yusuf daripada abang-abangnya?
Sarah : Yusuf baik..abang-abang dia jahat.430
c. Bentuk penggunaan hadith dan ayat al-Quran/ terjemahan ayat al-Quran
Salah satu bentuk terpenting dalam gaya persembahan unsur–unsur Islam ialah
menyelitkan ayat al-Quran, azan, hadith, tafsir al-Quran dan bacaan zikir, bacaan doa
dalam Bahasa Arab dan perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab itu sendiri ke dalam
dialog atau dalam muzik latar belakang. Drama Nur Kasih telah berjaya dalam
membawa gaya persembahan ini dalam mengkormesialkan penggunaan semua
perkataan tersebut ke dalam isi kandungan dramaini.
Contoh 1
Penggunaan
Hadith :
“Bila Malaikat Maut datang menjemput, terputuslah
amalan anak Adam, kecuali ilmu bermanfaat, sedekah
jariah dan doa anak yang soleh.”431
428
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:14:50.
Lihat dalam episod 3 pada minit 00:15:22.
430
Lihat dalam episod 2pada minit 00:19:24.
431
Abu Isa Muhammad bin „Isa bin Surah al-Tirmizi (2008), Jami‟ Al-Tirmizi dalam ibid., Abwab al-Ahkam „An Rasulillah, Bab
Ma Ja‟a fi al-Waqfi, no. Hadith: 1376, hlm. 1791. Hadis ini Hasan Sahih menurut al-Tirmizi.
429
227
Terjemahan hadith di atas telah digunakan sebanyak tiga kali dalam drama ini
iaitu sekali sebagai plot pembukaan,432 kali kedua pula ketika Adam hampir berhadapan
dengan maut433 dan kali ketiga sebagai plot penutupan perjalanan kisah dalam dalam
drama ini iaitu penghujung episod 26.434
Contoh 2
Penggunaan
Bahasa Arab :
Aidil : Assalamualaikum.
Jurujual Arab : Waalaikumsalamwarahmatullah.
Aidil : Mumkin antum ela al-nuskah al jadidah
min jadidad al-syak al-aswad al-qanun Islam.
Jurujual Arab : Ela asif ya akhi, laqad istarasyta
li ukhti karuh.
Aidil : Syukran.
Jurujual Arab : Afwan.435
Plot ini berlaku dalam sebuah kedai buku di Mecca Mall, Mekah. Aidil bertanya
kepada jurujual kedai itu yang merupakan seorang lelaki berbangsa Arab. Aidil yang
merupakan pelajar al-Azhar sudah pasti tahu menutur Bahasa Arab maka dia
menggunakan Bahasa Arab untuk berkomunikasi dengan jurujual tersebut. Aidil
menanyakan tentang sebuah buku undang-undang syariah.
Contoh 3
Qamat :
Adam : Allahu Akbar , Allahu Akbar
Asyhadu alla ilaha illallah
Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah
Hayya alas solah
Hayya alal falah
Qadqa mathis solati qadqamathis solah
Allahu akbar, Allahu akbar
la Ilaha illallah436
Pertama kali Adam solat bersama bersama keluarganya dan dia dengan sendiri
memulakan qamat. Semua terkejut mendengar Adam qamat. Plot ini berlaku selepas
Adam pulang ke kampung dengan dirinya yang baru.
432
Lihat dalam awal episod 1 pada minit 00:01:23
Lihat dalam episod 24 pada minit 00:11:36.
434
Lihat dalam akhir episod 26 pada minit 00:35:39.
435
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:17:22.
436
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:02:50.
433
228
Contoh 4
Bacaan Doa
Bahasa Arab :
Wasalallahu ala khairal qalqihi saiyidina
muhammadin wa ala alihi wasahbihi wassalam.
Subhana rabbika rabbi izzati amma yasifun.
Wassalamu alal mursalina walhamdulillahi rabbil
alamin. Taqabbalallahumingkum.437
Babak ini berlaku pada subuh hari ketika Adam dan Nur Amina solat subuh
berjemaah. Adam membaca doa dan Nur Amina mengaminkan setiap bait doa yang
dibaca oleh Adam.
Contoh 5
Azan :
Allahu akbar 4x
Ashadu alla ilaha illallah 2x
Ashadu anna muhamadar rasulullah 2x
Hayya alas solah 2x
Hayya alal falah 2x
Allahu akbar 2x
Azan tersebut menjadi muzik latar ketika plot Adam dan Aidil sedang
menggunting rambut di Masjidil Haram. Aidil dan Adam menunaikan solat di hadapan
Kaabah memakai Ihram. Mereka menunaikan Umrah.438
Contoh 6
Terjemahan
Ayat al-Quran :
Adam : Ya. Disitu saya kenal keinsafan. Kawan
baik saya Ustaz Ali ada mengajar dan
membimbing saya ke jalan yang pernah saya
tinggal dulu. “Maka barang siapa yang bertaubat
sesudah melakukan kejahatan dan memperbaiki
dirinya. Maka Allah menerima taubatnya.
Nur Amina menyambung : Sesungguhnya Allah itu
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah
al-Maidah ayat 39.439
Plot di atas berlaku ketika Adam dan Nur Amina makan malam di balkoni bilik
hotel masing-masing namun menghadap antara satu sama lain. Adam menceritakan
serba sedikit kisah bagaimana dirinya menemui keinsafan dan dia membacakan
437
Lihat dalam episod 18 pada minit 00:27:52.
Lihat dalam epsiod 15 pada minit 00:12:47.
439
Lihat dalam episod 13 pada minit 00:10:24.
438
229
terjemahan sebuah surah dan disambung oleh Nur Amina sehingga habis. Nur Amina
juga menyatakan nama surah dan ayat keberapa bagi terjemahan yang mereka katakan
itu.
Contoh 7
Bacaan Zikir :
Astaufighullahalazim allazi lailaha illa huwal
hayyul qayyum waatubu ilaih.
Adam mengimamkan solat subuh bersama dua isterinya dan emaknya. Mereka
selesai solat subuh berjemaah. Adam berzikir lepas solat. Awal zikir diperdengarkan..440
Contoh 8
Bacaan
Ayat al-Quran :
Nur Amina menemani Hajah Khadijah tidur pada
malam pertama kematian arwah Ustaz Hassan.
Dengan memakai telekung Nur Amina duduk di
atas lantai berdekatan katil mertuanya dan
memulakan bacaannya dengan surah al-Fatihah
diikuti surah an-Nas. Bacaan Nur Amina untuk
dua surah tersebut diperdengarkan sehingga
habis. Kemudian kedengaran Nur Amina
membaca Surah An-Nas pula.
d. Bentuk nasihat yang baik
Walaupun nasihat yang baik lebih senang untuk difahami pengertiannya kerana
selalu dilakukan oleh orang ramai, namun ia juga mengandungi pelbagai bentuk dan
keadaan.441
Pada asasnya, orang tidak suka dinasihati kerana dia dianggap lemah. Sedangkan
manusia tidak sukakan kelemahan. Oleh yang demikian, nasihat untuk tujuan menyeru
kepada kebaikan hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan teliti supaya sasaran
dapat memahami adanya kejujuran penasihat, dia sendiri memerlukan nasihat dan akan
mengalami kerugian jika menolak nasihat tersebut.442
440
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:32:05.
Abdul Aziz Mohd Zin (2005), op.cit., hlm. 10.
442
Ibid.
441
230
Nasihat yang baik bererti kata-kata yang dilakukan secara halus, lembut, tenang,
boleh menyejukan kepanasan hati, jauh sekali daripada menyinggung dan terpancar
daripada hati yang ikhlas. Nasihat seperti ini memerlukan kefahaman orang yang
dinasihati bahawa tujuan daripada nasihat tersebut adalah untuk kebaikan dan sematamata untuk menjaga kepentingan mereka pada masa hadapan di dunia dan akhirat.
(Rauf Shalabi, 1982:266-267)443
Al-Bayanuni (1993:259) menyenaraikan beberapa bentuk kata-kata yang
termasuk ke dalam nasihat yang baik, penulis juga membawakan sekali bersama contoh
dalam drama bagi setiap senarainya, iaitu;
1) Kata-kata yang berterus terang tetapi dengan lembut dan halus
Adam : Adam nak minta tolong abang ni.
Aidil : Pasal Nur?
Adam : Bukan Nur. Ni pasal Katrina.
Aidil : Kenapa dengan dia?
Adam : Adam dah tak tahu macam mana lagi nak cakap dengan
dia bang. Adam tak tahu sama ada dia tak faham atau sengaja
tak faham
Aidil : Pasal apa ni?
Adam : Pasal semua! Adam tak tahu apa yang dia nak. Adam
cuba berubah jadi lebih baik bang. Tapi dia tak pernah..
Aidil : Dia takda asas Dam. Dia tak faham apa yang Adam nak
buat. Sudah tentu dia membencinya. Sebab Adam nak
merubahkan dia tanpa kerelaan dia. Cuba Adam fikir Adam dulu
macam mana bila di paksa?
Adam : Habis tu Adam nak buat macam mana?
Aidil : Adam kena bimbing dia. Takda masalah yang kita nak
selesaikan sekelip mata Dam. Dia perlu mendalami Islam.
Mungkin Adam boleh bawa dia pergi PERKIM.
Adam : Kalau dia taknak?
Aidil : Adam kena usaha. Dia isteri Adam. Tanggungjawab ni di
atas bahu Adam. Ni cabaran yang harus Adam terima.444
2) Suatu penjelasan yang lembut dan difahami
Adam kecil : Bang, Adam tak suka ngajilah! Dah belit-belit lidah
Adam ni tau sebut benda tu. Bang, dah besar nanti kita kena buat
benda tu ke bang? Lebih baik Adam baca bukulah bang. Bila
temu duga nanti dia suruh kita mengaji ke bang? Takda kan?!
443
444
Ibid.
Lihat dalam episod 12 pada minit 00:20:35.
231
Aidil kecil : Nanti bila temuduga dengan Allah macam mana?
Adam kecil : Dosa Adamlah bang.. Adam boleh tanggung.
Kenapa orang lain nak susahkan pasal Adam?
Aidil kecil : Orang susah sebab orang sayangkan kau Adam.
Sayangkan kau!445
3) Suatu kiasan yang beradab
Ustaz Hassan : Setahu abang, abang bagi semuanya sama rata.
Apa yang abang bagi pada Aidil, abang bagi pada Adam.
Hajah Khadijah : Mungkin kat situ salah kita. Aidil dan Adam
tak sama. Kalau kita bagi air kat pokok ni, berbunga. Kalau kita
bagi air yang sama banyak kat pokok tu pulak, tak berbunga,
malah layu pulak. Sebab dia perlukan tanah kering untuk subur.
Dia nakkan matahari, kita bagi air..446
4) Bentuk cerita
Adam : Berdosa ke Adam bang? Fikiran berselang seli dengan
hal-hal dunia. Sepatutnya sekarang ni Adam tumpukan perhatian
pada Tuhan.
Aidil : Fikir pasal apa? pasal kerja?
Adam : Nur.
Aidil : Cinta pada isteri tak salah. Nabi-nabi kita pun cinta pada
isteri mereka. Tapi jangan melebihi cinta pada Tuhan dahlah.
Tuhan pernah berfirman Dia jadikan isteri untuk lelaki supaya
lelaki berasa tenteram.
Adam : Jadi tak salahlah pada saat-saat macam ni Adam
mengharapkan dia?
Aidil : Tak salah. Kalau cinta pada isteri Adam sandarkan untuk
mendapat kasih sayang Allah, lagi mulialah cinta Adam.
Percayalah.447
5) Bentuk jenaka
Khairuddin : Kau ni Dil, selesaikan hal rumah angga orang
bukan main banyak. Aku bukan apalahkan, aku takut nanti kau
kahwin ngan mak janda. Hati-hati.
Aidil : Apa salahnya. Nabi kita pun kahwin ngan janda juga.448
6) Mengingati nikmat-nikmat yang boleh membawa kepada kesyukuran
Adam : Islam menggalakkan umatnya menikmati yang enakenak belaka Nur.
Nur Amina : Menghargai estatika..
445
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:17:45.
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:31:32.
447
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:32:16.
448
Lihat dalam episod 17 pada minit 00:11:43.
446
232
Adam : Ya, termasuk architecture. Dulu Adam ingat Islam ni
terlalu konstraktif. Mengongkong. Sebab tu Adam keluar mencari
kebebasan.
Nur Amina : Sekarang?
Adam : Sekarang alhamdulillah. Baru Adam sedar yang Islam
itu luas. Terlalu luas. Dan sekarang Adam belajar untuk
semuanya.
Nur Amina : Alhamdulillah.449
7) Penjelasan tentang pujian daripada Allah S.W.T.
Aidil : Adam dah buat taubat Nasuha. Adam dah bersih
daripada dosa. Qadha solat ikut pada kemampuan. Itu usaha kita
dah. Cuma abang nak pesan cuba seimbangkan qadha solat
dengan amalan-amalan yang lain. Banyakkan sedekah. Cari ilmu
yang bermanfaat.450
8) Penjelasan tentang celaan daripada Allah S.W.T. dan janji-janji buruk
dariNya yang menakutkan
Aidil : Sarah, abang nak Sarah terus terang. Sarah tahu tak dosa
memfitnah lagi besar daripada membunuh? Kenapa Sarah buat
macam ni?451
9) Rangsangan yang baik daripada Allah S.W.T.
Adam : Solat Istikharah? Saya baru belajar benda ni. Maksud
saya baru belajar semula sebab yang dulu-dulu saya dah tak
ingat dah.
Nur Amina : Kalau niat awak baik insyallah Allah
permudahkan.452
10) Penjelasan tentang janji-janji Allah S.W.T. dengan kemenangan dan
kekuatan
Ummu Majid : Umi bukannya ustazah dan tak pandai dalam bab
hukum hakam ni. Tapi satu umi nak pesan keredhaan Allah tu
datangnya atas keredhaan kedua orang tua kita Nur. Baliklah.
Kalau Nur nak balik, malam ni juga umi luluskan cuti Nur tu.453
449
Lihat dalam episod 14 pada minit 00:02:50.
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:21:29.
451
Lihat dalam episod 25 pada minit 00:07:33.
452
Lihat dalam episod 11 pada minit 00:08:57.
453
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:09:07
450
233
11) Penerangan supaya tahan diuji dan sabar454
Nur Amina : Tapikan, kenapa sejak baru-baru ni. Nur, apa saja
Nur buat semua tak jadi. Semua tak betul.
Ummu Majid : Itu namanya Tuhan nak menguji. Biasanya kalau
Tuhan nak bagi sesuatu yang baik itu, Dia akan uji kita dengan
sesuatu benda yang agak payah. Yelah Dia nak tengok sejauh
mana kesabaran kita. kadang-kadang tu kita pun ada buat salah
juga. Tuhan nak menegur.455
Penulis menyimpulkan bahawa aspek uslub atau gaya persembahan yang diguna
pakai dalam drama Nur Kasih ini menepati cita rasa masyarakat Malaysia kerana ia
dapat menarik minat begitu ramai masyarakat untuk menonton drama ini. Penyusunan
isi kandungan menggunakan uslub tertentu di dalam drama ini sangat mengkagumkan
dan ia menepati metodologi dalam menyampaikan dakwah kepada manusia. Walaupun
mungkin team produser tidak menyedari bahawa dalam drama ini wujud uslub begini,
namun ia merupakan satu usaha keras yang harus dipuji dan dijadikan contoh dalam
menghasilkan lebih banyak drama seperti ini pada masa akan datang kerana kita
mengharapkan drama dapat menjadi medan utama dalam usaha mengubah pemikiran,
tingkah laku dan rohani masyarakat di Malaysia untuk menjadi satu komuniti yang
berintegriti tinggi.
4.2.3. Aspek Sinematografi
Sinematografi atau videografi merujuk kepada seni pengambaraan yang
memperlihatkan keupayaan dan kemahiran seseorang juru kamera drama atau video
melalui arah pengarahnya merakamkan syot-syot gambar yang berkualiti daripada aspek
teknikal dan bernilai daripada aspek seni fotografi sesuai dengan cerita yang ingin
dipaparkan. Syot-syot gambar yang dirakamkan bukan sahaja bernilai malah
454
455
Abdul Aziz Mohd Zin (2005), op.cit., hlm. 11.
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:04:36.
234
mempunyai makna dan erti secara tersurat dan tersirat serta mengikut kehendak „nahu
dan bahasa drama yang baik‟.456
Aspek sinematografi ini juga saling berkaitan dengan „aspek seni penyuntingan‟.
Kalau sinematografi merujuk kepada bagaimana gambar-gambar „ditangkap‟ atau
dirakamkan untuk mendapatkan syot-syot yang terbaik dan bermutu, seni penyuntingan
pula adalah kaedah bagaimana membuang, mengadun, menyambung dan menyatukan
visual atau syot-syot yang berlainan kepada suatu urutan gambar yang baik dan sesuai
dengan mutu kesinambungan, mempunyai mutu seni, bermakna dan berkesan kepada
tontonan khalayak mengikut pendekatan atau teori-teori penyuntingan yang tertentu.
Seni penyuntingan yang baik dan sistematik bukan sahaja dapat menghidupkan suasana
yang ingin disampaikan oleh sesebuah drama malah dapat memberikan kesan dan
makna kepada khalayak yang menontonnya.457 Sebuah drama yang baik adalah drama
yang dapat memberikan paparan visual yang sopan selaras dengan nilai budaya dan
agama dan menepati konsep seni yang sebenar.458
Pada pendapat penulis, drama Nur Kasih berjaya memainkan peranan
sinematografi
dengan
baik
walaupun
bukan
secara
keseluruhannya.
Aspek
sinematografi yang dipaparkan sangat menepati nahu dan bahasa drama ini dengan baik.
Ianya selaras dari semua aspek terutamanya dari aspek naratif.459
456
Naim Ahmad ( 2011), Filem Islam Satu Pembicaraan. Kuala Lumpur: Penerbit Uni-N Production Sdn. Bhd., hlm. 84.
Ibid., hlm. 84-85.
458
Ibid., hlm. 85.
459
Biasanya berkaitan dengan cerita termasuk idea, tema dan persoalan. Aspek inilah yang menjadi kunci dan fokus dalam
memperkatakan sesebuah filem/drama. Lihat Naim Ahmad ( 2011), ibid., hlm. 70.
457
235
i)
Visual suasana latar belakang yang dipilih
Menurut analisis yang dilakukan penulis, drama Nur Kasih ini telah
memaparkan beberapa syot visual terhadap sesuatu plot yang mempunyai unsur-unsur
Islam yang membawa mesej tertentu yang sesuai dengan naratif yang dibawanya.
Antaranya ialah:
1. Seorang lelaki separa umurnya berpakaian jubah serba putih dari atas ke bawah,
memakai kopiah di kepalanya serta kain serban putih yang melilit mengelilingi
lehernya. Sambil memegang tasbih berdiri di suatu kawasan gersang di tengah
padang pasir. Tangannya bergerak berzikir satu persatu melalui butiran biji
tasbih yang dipegangnya. Melihat kepada dua orang anak lelakinya seorang
berpakai serba putih berjalan mendahului seorang lagi yang berpakaian serba
hitam sedang menuju ke arahnya. Anak lelakinya yang berpakaian hitam tanpa
songkok atau kopiah tiba-tiba kaki kirinnya terbenam ke dalam pasir dan tidak
boleh mara kehadapan. Dia berusaha menarik kakinya namun gagal. Anak lelaki
yang berbaju putih dan bapa hanya mampu melihat tanpa mampu menolong.460
2. Kaherah, syot menara masjid dan awan yang berarak. Di koridor masjid, Aidil
dan seorang syeikh sedang berborak sambil berjalan. Berlatar belakang beberapa
orang lain yang sedang berbual dan berjalan dengan semua memakai jubah. Ada
yang berkopiah dan ada yang tidak.461
3. Syot dari kamar Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah sedang berbicara tentang
Adam membawa ke sebuah bingkai gambar berukir Masjidil Haram dengan ayat
460
461
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:01:21.
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:06:55.
236
suci al-Quran bertintakan emas tergantung di dinding rumah mereka di bahagian
ruang tamu.462
4. Nur Amina merenung keronsang yang diberi kepadanya tadi oleh Hajah
Khadijah yang baru bergelar emak mertuanya. Dia pergi kehadapan cermin dan
memadankan keronsang itu dibajunya. Teringat kembali kata-kata Adam pada
malam pertamanya. Sedih memikirkan tentang Adam, Nur Amina terus dia
membuka laci almari solek dan meletakkan keronsang tersebut di dalam laci
tersebut. Di dalam laci yang dibuka Nur Amina untuk menyimpan keronsang itu
terdapat satu kopiah putih yang berlipat dua di dalamnya.463
5. Sementara menunggu Adam sedang bercakap telefon dengan Nur Amina, Aidil
memerhatikan sekeliling rumah Adam. Dia tersenyum melihat bingkai Allah
S.W.T. dan Muhammad s.a.w. serta bingkai besar ayat suci al-Quran yang
tergantung di dinding rumah Adam. Aidil tersenyum sendiri. Dia kemudian
bangun bergerak menuju ke rak TV yang mana di situ terdapat pula empat buah
buku tentang agama. Aidil mengambil buku tersebut dan membeleknya seketika.
Judul buku-buku tersebut ialah The Soul, Kenikmatan Syurga Dan
Kesengsaraan Neraka, Ibnu Taimim, Tawassul dan Wasilat dan Riwayat Hidup
Rasulullah s.a.w. Aidil tersenyum bangga dengan perubahan Adam yang ketara.
464
6. Ketika Sarah membawa Aliya berjalan-jalan melihat kampung. Suasana budakbudak pulang dari sekolah rendah agama. Semuanya berpakaian seragam
sekolah agama iaitu baju putih bersampinkan hijau atau merah serta bersongkok
hitam bagi pelajar lelaki. Bagi pelajar perempuan pula memakai baju kurung dan
tudung berwarna putih atau pink dan berkain hijau serta merah. Berpusu-pusu
462
Lihat dalam episod 2 pada minit 00:14:02.
Lihat dalam episod 5 pada minit 00:05:02.
464
Lihat dalam episod 13 pada minit 00:26:53.
463
237
pelajar-pelajar sekolah rendah agama berjalan beramai-ramai pulang ke rumah
masing-masing.465 Memilih sekolah agama menjadi simbol bahawa ilmu Islam
perlu di pelajari daripada kecil.
ii)
Visual latar tempat/lokasi yang dipilih
Tempat atau lokasi yang menjadi pilihan bagi pengambaraan drama ini lebih
menjurus ke arah tempat-tempat yang mempunyai nilai Islamik yang tersendiri yang
mana ianya bersesuaian dan menepati naratif drama ini dalam menyampaikan unsurunsur Islam kepada khalayak penonton. Drama ini membawa penonton menikmati view
Islamic di tempat-tempat yang terpilih bagi plot-plot tertentu. Antara tempat-tempat
yang menjadi lokasi pilihan drama ini ialah:
1. Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Merupakan tempat di mana Nur Amina, Nabila dan Ikram menyambung
pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.466 Juga merupakan tempat Aidil
dijemput memberi ceramah mengenai mengenai undang-undang perkahwinan
dalam Islam.467
2. Universiti Al-Azhar, Mesir.
Merupakan tempat pengajian Aidil di dalam bidang syariah bagi peringkat
Ijazah Sarjana Muda.468
465
Lihat dalam episod 21 pada minit 00:12:30.
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:16:25.
467
Lihat dalam episod 8 pada minit 00:25:17.
468
Lihat dalam episod 1 pada minit 00:04:24.
466
238
3. Arab Saudi, Jeddah.
Merupakan tempat di mana Nur Amina membawa diri yang kecewa setelah
mengetahui dia dimadukan oleh Adam.469 Nur Amina bekerja di sana selama
dua tahun.470 Juga merupakan tempat Aidil, Adam dan Hajah Khadijah
menunaikan umrah.471 Adam dan Nur Amina juga bertemu di situ setelah
setahun berpisah.472 Selain itu merupakan tempat Aidil dan Aliya bertemu buat
pertama kalinya.473
4. Masjid.
Tempat paling penting dan paling banyak babak menggunakan latar tempat di
masjid. Sama ada masjid di Malaysia, Kaherah, Sydney dan di Mekah.
5. Pondok Penyayang Raudhah.
Merupakan tempat di mana Katrina menemui hidayah Islam dan mempelajari
segala ilmu Islam serta tempat yang berjaya merubah dia menjadi seorang
hamba Allah S.W.T. yang solehah.474 Juga merupakan tempat Katrina membuat
kerja amal.475
6. Pejabat Biro Bantuan Guaman.
Merupakan tempat kerja bagi Aidil dan Khairuddin476 juga merupakan tempat
kerja Sarah.477
469
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:01: 25.
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:05:17.
471
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:12:04.
472
Lihat dalam episod 15 pada minit 00:14:04.
473
Lihat dalam episod 16 pada minit 00:18:41.
474
Lihat dalam episod 20 pada minit 00:06:46.
475
Lihat dalam episod 22 pada minit 00:15:34.
476
Lihat dalam episod 7 pada minit 00:21:16.
477
Lihat dalam episod 12 pada minit 00:05:50.
470
239
Semua tempat tersebut merupakan tempat yang mempunyai nilai Islam yang
tersendiri yang mana dapat melambangkan dengan jelas unsur-unsur Islam yang cuba
dibawa oleh drama Nur Kasih melalui aspek sinematografi. Sinematografi yang dibawa
oleh drama ini senada dengan aspek naratif cerita tanpa terpesong sedikit pun bermula
dari episod awal sehingga ke akhirnya. Sifat konsisten aspek sinematografinya menjadi
drama ini istimewa dan sesuai dengan kehendak masyarakat Malaysia kini.
Justeru itu kesimpulannya, gaya persembahan isi membincangkan tentang
bentuk yang bagaimana isi kandungan tersebut disampaikan kepada khalayak sasaran.
Dalam hal ini, bagaimana sekalipun bentuk yang disampaikan tujuannya tidak lain ialah
untuk membangkitkan minat dan pengaruh kepada sasaran terhadap mesej atau maksud
daripada isi kandungan yang disampaikan. Setiap bentuk gaya persembahan tersebut
mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik minat khalayak masyarakat.
Melalui pendedahan ini, dapat dilihat betapa pentingnya sesuatu mesej atau isi
kandungan itu disampaikan dengan gaya persembahan yang selaras dengan minat dan
kegemaran khalayak sasaran untuk mempengaruhi mereka.478
Oleh yang demikian, perkara gaya persembahan isi bagi sesebuah drama juga
haruslah dalam bentuk yang pelbagai bagi menarik minat khalayak penonton dan untuk
mempengaruhi mereka dengan mesej yang disampaikan. Bagi drama Nur Kasih
khususnya, penulis telah mengikut metode gaya persembahan isi kandungan drama ini
seperti mana yang terdapat dalam metode penyampaian dakwah. Hal ini adalah kerana
penulis mengkaji unsur- unsur Islam yang terdapat dalam drama ini, makanya ia tidak
dapat lari daripada kaitan dengan dakwah kepada manusia.
478
Abdul Aziz Mohd Zin (2005), op.cit., hlm. 135.
240
4.3. Kesimpulan
Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas tentang unsur-unsur
Islam yang wujud di dalam drama bersiri Nur Kasih ini, penulis menyimpulkan bahawa
konsep drama Nur Kasih sebagai drama berunsur Islam sudah terbukti walaupun ia
bukan merupakan drama Islam namun boleh dikategorikan sebagai drama berunsur
Islam kerana isi kandungannya yang sarat dengan unsur Islam. Bahkan unsur-unsur
Islam yang diketengahkan dalam drama ini mencakupi seluruh ruang lingkup kehidupan
seorang muslim. Walaupun bukan setiap watak yang berperanan itu sempurna sebagai
seorang muslim namun apabila digabungkan sifat watak-watak tersebut dan dinilai
melalui metode yang penulis gunakan, ia sebenarnya saling lengkap melengkapi untuk
menghasilkan sebuah drama bertemakan Islam. Unsur-unsur yang dipaparkan
merupakan balikan asal kehidupan masyarakat Islam sebenar di Malaysia ini dan ia
bertujuan sebagai panduan iktibar kepada khalayak penonton supaya memuhasabah diri
kembali dengan melihat, menilai dan memerhati setiap watak baik dan jahat yang
dipaparkan dan merealisasikan segala unsur Islam yang dibentangkan ke dalam
kehidupan seharian.
241
BAB LIMA
KESIMPULAN DAN PENUTUP
5.1
Pendahuluan
Bab ini merupakan bab terakhir bagi kajian penulis dalam menyelidik unsurunsur Islam dalam drama bersiri Nur Kasih. Di dalam bab ini penulis akan
mengemukakan kesimpulan bagi keseluruhan bab-bab yang telah pun dibincangkan di
sebelum ini. Di samping itu, penulis juga akan cuba mengemukakan kritikan-kritikan
yang membina serta cadangan-cadangan yang mungkin sedikit sebanyak dapat
membantu pihak tertentu sebagai satu usaha untuk meningkatkan lagi prestasi dan
kualiti pembikinan drama bersiri seumpama ini pada masa akan datang. Walaupun pada
hakikatnya, pembikinan drama-drama bersiri di Malaysia pada sebelumnya juga baik,
berkualiti dan tersusun, namun kritikan-kritikan serta cadangan-cadangan ini bertujuan
tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk lebih memantapkan lagi pengisian kandungan
drama bersiri serta dapat mempertingkatkan lagi kualiti sesebuah penyampaian ajaran
Islam tersebut dan juga menjadikan drama bersiri seperti ini sebagai drama pilihan
nombor satu bagi masyarakat di Malaysia dan sebagai sumber utama yang memberi
manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua lapisan masyarakat di negara ini pada
masa akan datang. Selain menjadi pendidik secara tidak langsung dalam pembentukan
masyarakat berintegriti yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan
mereka serta membentuk keharmonian di dalam masyarakat majmuk yang wujud di
negara kita. Penilaian yang dibuat adalah didasarkan kepada pemerhatian dan juga
kajian yang telah dijalankan dengan melihat dari beberapa aspek yang penting seperti
jalan cerita, watak dan perwatakan, penyusunan plot cerita, penggunaan bahasa dan ayat
242
dalam dialog, gaya persembahan, latar belakang audio dan visual, fakta-fakta yang
ditampilkan, serta unsur-unsur Islam yang dimuatkan dalam drama tersebut.
Adalah menjadi hasrat penulis untuk menampilkan sesuatu yang bukan sahaja
bersifat akademik dan ilmiah, tetapi juga bersifat real iaitu berpijak dibumi nyata dalam
dunia penyampaian dakwah Islamiah supaya kekurangan yang ada dapat diatasi, paling
tidak dapat diminimumkan kelemahannya. Biarpun begitu, pengamatan ini tidaklah
dianggap mutlak sehingga memperkecilkan usaha dan kualiti drama-drama bersiri di
Malaysia yang telah diterbitkan dan jauh sekali daripada mempertikaikannya. Akan
tetapi ianya hanyalah sekadar cetusan minda dari seorang hamba Allah S.W.T. yang
serba lemah ini berdasarkan kepada sedikit pengkajian dan pengamatan terhadapnya.
Diharapkan segala penilaian dan rumusan yang disarankan dapat diterima oleh semua
pihak dengan berlapang dada sebagai menganggap ini adalah sebahagian daripada usaha
untuk mengoptimumkan kualiti dan kuantiti yang terbaik dalam penghasilan drama
bersiri yang dapat memberi impak besar dalam menjana masyarakat berilmu, berakhlak
dan cemerlang bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak.
5.2
Penilaian Dan Rumusan
Melihat kepada situasi kini dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan
negara yang dikecapi, perkembangan kecanggihan teknologi yang semakin maju dengan
pantasnya telah banyak mencetuskan kebaikan disamping keburukan yang juga melata
dengan kemajuan yang sedia ada. Itu masih belum di ambil kira pencapaian akan datang
yang pasti semakin tinggi tahap kemajuan yang bakal dikecapi. Namun tanpa disedari
manusia yang sibuk mengejar kemajuan itu, sehingga terlupa akan pembangunan insani
yang sepatutnya seiring dengan kemajuan dunia hari ini. Justeru apabila aspek kemajuan
243
dan pembangunan insani ini diabai dan dipinggirkan, maka keseimbangan dalam
pembangunan tidak wujud. Kita hanya dapat melihat negara dan dunia semakin maju
dengan cemerlang dan gemilang, namun dalam masa yang sama keruntuhan nilai insani
juga merudum dengan pantasnya ditelan arus pembangunan kemajuan yang digilai
manusia.
Kembali kepada realiti masyarakat di Malaysia, apabila negara semakin
mencapai kemajuan, maka semakin hilang dan terhakis nilai insani yang seharusnya
berkembang seiring perkembangan negara. Namun hanya kehampaan yang dikecapi
apabila meneliti realiti masyarakat sekarang sudah terlalu jauh daripada nilai insani
tersebut akibat terhakis oleh pembangunan yang menjadi idaman. Nilai insani yang
sepatutnya menjadi hiasan terunggul masyarakat negara Malaysia kini hanya dimiliki
oleh segelintir sahaja dalam kalangan masyarakat kita. Khususnya muda mudi sekarang
yang terlalu kurang penghayatan dalam aspek kemanusiaan apatah lagi dalam aspek
agama. Apa yang ada di dalam fikiran hanya hiburan dan keseronokan semata apabila
dilimpahi dengan kemewahan hasil tungkus lumus ibubapa yang tidak menyedari usaha
mereka itu sebenarnya memakan diri sendiri.
Justeru itu, seharusnya ada pihak yang menyedari hakikat keruntuhan nilai
Islami dan insani ini. Maka, perlu ada usaha untuk menangani dan menghalang hakisan
tersebut daripada terus berlaku dan cuba untuk membina kembali nilai tersebut dan
seterusnya membawa nilai tersebut ke tempat yang seharusnya ia diletakkan. Dalam
melaksanakan usaha tersebut dan menjamin keberkesanannya, perlulah dilihat kepada
kecenderungan masyarakat kini di mana melalui kecanggihan teknologi yang ada, maka
ia perlu digunakan sebagai salah satu daripada wasilah dalam melaksanakan misi
membaikpulih masyarakat. Kecenderungan masyarakat sekarang adalah media hiburan,
244
maka jadikan media hiburan tersebut sebagai senjata utama misi ini. Media hiburan
dijadikan bukan sahaja sebagai medan hiburan semata-mata, tetapi jadikan ia sebagai
sekolah pendidikan secara tidak langsung tanpa disedari masyarakat. Maka, di sini
wasilah yang terpilih ialah drama bersiri sebagai medan pembinaan dan pembangunan
insani melalui penerapan unsur-unsur Islam dan garapan idea kreatif yang mampu
menarik masyarakat dalam menghayati unsur-unsur Islam yang ada di dalamnya.
Seperti yang dibincangkan dalam bab dua, betapa hebatnya pengaruh drama kepada
masyarakat, maka drama juga memainkan peranan penting dalam menanjak
keintelektualan serta ketaqwaan umat Islam dalam era globalisasi kini. Ia telah menjadi
satu mekanisme penting untuk mengungkapkan pelbagai isu yang bersangkut paut
dengan
manusia, masyarakat, agama dan negara. Pada masa kini drama harus
berhadapan dengan tugas yang sangat berat untuk mendidik masyarakat dalam
menghayati hakikat Islam yang sebenarnya kerana hanya dengan Islam terbentuknya
sebuah integriti insani yang unggul dalam kalangan manusia, lebih khusus lagi bagi
drama yang memegang konsep Islam sebagai tema utama.
Apabila ada pihak yang memulakan strategi menjadikan drama sebagai lapangan
pendidikan dan pentarbiyahan masyarakat ke arah sesuatu yang baik, malah mendapat
sambutan yang menggalakan daripada masyarakat yang mungkin sudah jemu dengan
versi sama dalam kebanyakan drama, maka ia kini dilihat menjadi satu fenomena baru
dalam industri drama untuk pihak produksi drama membikin drama yang mempunyai
elemen Islam. Masing-masing bersaing menghasilkan drama mahupun filem yang sarat
dengan kandungan unsur Islam. Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan harus
dipuji. Walau bagaimanapun, diharap usaha murni yang dilakukan ini bukanlah kerana
untuk mendapatkan nilai komersial semata-mata tetapi juga mengharapkan perubahan
positif daripada masyarakat hasil kesan daripada drama yang ditayangkan. Jika ini yang
245
berlaku maka pasti suatu hari nanti kemajuan yang dikecapi negara kita bukan sahaja
daripada aspek pembangunan material bahkan pembangunan integriti masyarakat yang
mantap dan kukuh.
Menyedari hakikat yang sedemikian, maka releven dinyatakan dan dibahaskan
fungsi serta kepentingan drama dalam mendidik masyarakat, meneguhkan jati diri dan
meningkatkan tahap integriti manusia sebagai umat Islam di samping membuka minda
masyarakat supaya menjadi umat yang intelek dan memahat paku taqwa yang kukuh
dalam diri setiap individu muslim. Justeru itu, penulisan ini yang bertajuk Unsur-Unsur
Islam Dalam Drama TV Brsiri: Kajian Terhadap Drama Nur Kasih merupakan satu
usaha ilmiah yang membuat penelitian serta penganalisisan terhadap usaha dakwah
yang murni dalam pembentukan masyarakat oleh drama Nur Kasih. Pemilihan drama ini
kerana keistimewaan yang telah di jelas dalam bab sebelum ini antaranya ialah drama
ini sarat dengan unsur-unsur Islam dengan idea yang tersendiri yang realistik dalam
membawa masyarakat supaya menghayati Islam dalam kehidupan. Pelbagai unsur-unsur
Islam yang terhimpun dalam drama ini dianalisis oleh penulis bagi menghasilkan
disertasi ini.
Sehubungan itu, hasil daripada pengkajian dan pengamatan yang dilakukan,
dapatlah dirumuskan bahawa, drama bersiri merupakan sebuah pentas yang dapat
memainkan peranan penting dalam memberi didikan dan contoh tauladan kepada
masyarakat di Malaysia supaya menjadi masyarakat yang berilmu dan sekaligus
bertaqwa dan beramal
dengan ilmu tersebut. Kewujudan drama-drama yang sarat
dengan ilmu Islam seperti ini amatlah diperlukan oleh masyarakat Islam sekarang yang
hidup di dalam era langit terbuka, khususnya masyarakat Islam di Malaysia.
246
Penulis berani menyatakan dengan tegas tentang keperluan masyarakat Islam di
Malaysia terhadap drama seumpama ini kerana boleh dilihat sendiri bagaimana
kejahilan umat yang telah menyebabkan kehancuran yang bukan sahaja kepada diri,
masyarakat dan negara, bahkan yang paling teruk ialah terhadap agama itu sendiri yang
mana pengamalan ajaran agama semakin berkurangan, kini gejala murtad mulai
berleluasa dan penghinaan terhadap agama Islam juga semakin ramai yang berani
lakukan tanpa rasa bersalah. Maka, drama Nur Kasih yang bukan sekadar sebuah drama
bersiri yang dihasilkan untuk menjadi hiburan di masa lapang semata-mata tetapi
peranannya lebih daripada itu, iaitu memartabatkan Islam dengan mendidik dan
mentarbiyah masyarakat ke arah penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam dari
segenap penjuru kehidupan serta menjadikan masyarakat Islam sebagai sebuah umat
yang mempunyai integriti unggul dan boleh dicontohi sebagai hamba dan khalifah Allah
S.W.T. di muka bumi ini.
Selain itu, melalui drama Nur Kasih ini juga yang padat dengan konsep amar
ma‟ruf nahi mungkar menjadi salah satu penggerak dan pendorong kepada manusia
untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan. Nilai pembentukan akhlak mulia
yang diterapkan dalam drama ini jika dihayati pasti mampu untuk membentuk sebuah
masyarakat yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi kerana gabungan yang
sebati antara akhlak dalam Islam dan tatasusila masyarakat setempat dihasilkan dengan
baik dan serasi dengan masyarakat Malaysia.
Kesimpulannya yang dapat penulis katakan di sini ialah drama Nur Kasih ini,
jika watak dan perwatakan serta isi kandungannya dihayati dan diamalkan, masyarakat
Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang aktif mindanya serta luas
pengetahuannya tentang ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Berikutan dengan hal ini,
247
perubahan yang besar ke arah kebaikan bukan sahaja akan berlaku terhadap diri setiap
individu dalam masyarakat malah kemajuan dalam segala sudut akan dapat dikecapi
hasil momentum perubahan yang dibawa oleh usaha keras team producer dalam
pembikinan drama Nur Kasih ini.
Walau bagaimanapun, tidak ada sesuatupun dalam dunia ini yang bersifat
sempurna. Pasti ada juga kelemahannya, paling tidak sedikit. Walaupun mungkin
kelemahan tersebut tidak mencacatkan prestasi drama tersebut, namun apa yang perlu
kita tanamkan dalam jiwa muslim kita adalah inginkan yang terbaik serta cuba
meminimumkan kelemahan dan kekurangan sedaya mungkin. Begitu juga dengan
drama Nur Kasih ini tidak dapat lari dari sifat kekurangan dan kelemahan. Berdasarkan
kepada penelitian penulis, di dapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang ketara
dalam drama ini. Walaupun kelemahan tersebut adalah untuk mencipta konflik dan
kemuncak kisah ini namun pada anggapan penulis ianya kurang sesuai digunakan
apabila konflik yang cuba dicipta dikaitkan dengan agama Islam.
Contohnya seperti watak Aidil yang digambarkan daripada mula sehingga ke
penghujungnya adalah seorang insan alim yang cukup banyak ilmunya, seorang yang
warak yang beramal dengan ajaran Islam dalam keseluruhan hidupnya, juga seorang
Peguam Syar‟ie yang berjaya malah akhlak mulia mendampinginya sehingga semua
orang menghormati dan mengkaguminya. Akan tetapi terdapat beberapa dialog yang
digunakan dalam drama ini yang seolah mengecam dan mempertikai orang-orang yang
seperti Aidil apabila berlaku salah faham. Penulis merasakan ini tidak sepatutnya
berlaku dalam drama di Malaysia kerana wujud unsur streotaip dalam hal ini walaupun
ia cuba dikaburkan dengan salah faham dan kemudian kembali kepada kedudukan asal
Aidil.
248
Selain itu berkait juga dengan watak Aidil yang dikenalkan kepada penonton
sebagai seorang yang bermotivasi tinggi serta sering memberi motivasi kepada orang
lain. Namun ketika mana Adam, Nur Amina dan Katrina cuba untuk hidup bersama
secara poligami, Aidil mengeluarkan suatu ayat negatif yang seolah ingin melemahkan
semangat dan keyakinan Adam yang sedang berusaha untuk hidup secara adil antara
dua isterinya. Pada pendapat penulis dialog seperti ini tidak seharusnya diberikan
kepada Aidil kerana ia merosakkan sedikit pandangan penulis dan mungkin juga
padangan sebahagian daripada khalayak penonton terhadap watak Aidil.
Selain itu kelemahan lain yang dilihat kurang sesuai menjadi konflik drama ini
yang juga berkait dengan agama ialah di bahagian hampir penghujung drama ini ketika
mana soal poligami ditimbulkan untuk Aidil mengahwini Nur Amina atas permintaan
Aliya. Di dalam episod antara 25 dan 26 ini di gambarkan melalui dialog, riak wajah
dan perbuatan seolah-olah cuba menyampaikan poligami itu sesuatu yang tidak baik dan
tidak akan bahagia jika berpoligami. Perkara ini sangat jelas diperlakukan dalam drama
ini apatah lagi Nur Amina menekankan kenyataan bahawa dia perit menanggung hidup
berpoligami walau untuk seketika ketika bersama Katrina dahulu dan Aidil juga
mengkuatkan lagi bahawa poligami bukan jalan terbaik untuk membahagiakan orang.
Pada pendapat penulis wujud unsur anti-poligami yang cuba disampaikan dalam drama
ini sedangkan poligami itu wujud di dalam sisitem Islam dan mustahil Islam
mempunyai sistem yang membawa kesengsaraan kepada umatnya.
Seterusnya, terdapat kelemahan lain yang juga ketara dilihat iaitu ketika majlis
tahlil Ustaz Hassan yang digambarkan wataknya disegani penduduk kampung hanya
lapan hingga sepuluh orang sahaja yang datang untuk membacakan tahlil kepada
seorang ustaz yang disegani di kampung. Bukankah itu sesuatu yang sangat tidak logik.
249
Usaha untuk memperlihatkan amalan tahlil itu pada penulis agak kurang berjaya dan
tidak di ambil berat sedangkan ianya satu budaya penting dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Selain itu, penggunaan Bahasa Arab Aidil dalam bertutur dengan jurujual
berbangsa Arab ketika di kedai buku di Mekah pada pendapat penulis adalah sangat
teruk bagi seorang graduan Universiti al-Azhar, Mesir yang paling kurang belajar
selama empat hingga lima tahun di sana. Penulis berani mengatakan begini kerana
penulis berpengalaman pergi ke Mesir selama tiga bulan dan mengenali ramai pelajar
Malaysia yang belajar di sana apatah lagi dalam bidang agama walaupun hanya setahun
berada di sana percakapan Bahasa Arab mereka fasih. Penulis berpendapat seharusnya
Fizz Fairus yang melakonkan watak Aidil harus banyak berlatih dan bertanya kepada
orang yang berpengetahuan tentang Bahasa Arab. Begitu juga dengan Khairuddin rakan
sekerja Aidil di Pejabat Biro Guaman yang juga belajar di Mesir dalam jurusan syariah
gagal mempamerkan sebutan Bahasa Arab yang seharusnya dimiliki graduan Mesir.
Beliau juga harus banyak belajar dan mengkaji cara sebutan Bahasa Arab yang sebenar.
Penulis juga merasakan satu kelemahan besar apabila Aidil menyimpan kitabkitab lama dan menyatakan bahawa kandungan kitab itu sudah tidak berkesan untuk
didikan pada masa kini. Walaupun Ustaz Hassan ada membaiki kenyataan Aidil namun
pada pendapat penulis plot ini tidak perlu ada malah jika tidak ada, ia tidak akan
menjejaskan perjalanan drama ini kerana kenyataan Aidil seolah-olah memperlekehkan
dan mempertikaikan usaha dan cara menyampaikan Islam pada zaman dahulu. Isi
kandungan kitab jika menceritakan tentang Islam pastilah sama isi kandungannya
dengan buku sekarang yang juga menceritakan tentang Islam. Cuma mungkin
penggunaan ayat dan uslub penyampaiannya berlainan. Namun kitab-kitab lama
250
sebenarnya mempamerkan isi kandungan yang asli dan perlu jadi rujukan kepada bukubuku zaman sekarang yang cantik kulit dari isinya. Kenyataan Aidil juga menyatakan
bahawa jika digunakan kitab-kitab lama tersebut untuk berdakwah kepada masyarakat
maka akan melahirkan lebih ramai insan seperti Adam yang langsung meninggalkan
agama dan hidup dalam kejahilan. Pada pendapat penulis kenyataan Aidil sesungguhnya
sangat tidak adil dan terlalu keras untuk menilai kitab-kitab lama sehingga begitu
sedangkan watak dia bukanlah sebagai seorang ulama sehingga berani mengeluarkan
kenyataan seperti itu. Plot ini tidak seharusnya wujud dalam mana-mana drama pun di
Malaysia.
Kesimpulannya, segala butiran di atas merupakan kelemahan paling ketara yang
penulis keluarkan melalui analisis dan penilaian menurut pendapat penulis. Diharapkan
kelemahan-kelemahan tersebut tidak lagi muncul di dalam mana-mana drama yang
membawa mesej Islam. Walau bagaimanapun, kelemahan-kelemahan tersebut tidak
merosakkan kualiti drama Nur Kasih yang sarat dengan unsur-unsur Islam ini dan
drama ini masih berada di dalam kategori drama yang baik dan harus ditonton oleh
rakyat Malaysia kerana kandungannya yang sangat ilmiah dan menjadi pengajaran buat
semua rakyat Malaysia untuk mencontohi pembudayaan cara hidup watak-watak yang
wujud dalam drama tersebut.
Pengamatan yang terbaik cuba dilakukan oleh penulis, dan penulis mendapati
drama Nur Kasih berjaya menarik ramai penonton apabila jalan cerita yang berlaku
tidak terlalu keterlaluan sehingga tidak logik terjadi dalam realiti kehidupan. Jalan
ceritanya yang walaupun sederhana namun sarat dengan pelbagai mesej yang baik untuk
disampaikan kepada penonton seperti nilai kasih sayang, nilai budi pekerti, nilai adab
Islam, nilai kemanusian dan sebagainya. Kesederhanaan drama ini dipaparkan hampir
251
dalam setiap sudut seperti make-up yang sederhana, kostum yang sederhana, sifat
sederhana dalam watak dan perwatakan dan lain-lain lagi. Drama ini juga jelas cuba
mengangkat beberapa isu penting kepada masyarakat iaitu isu anjing bolehkah disentuh
oleh muslim, isu halal haram arak, isu peminangan wanita kepada lelaki, isu Solat
Istikharah, isu penceraian dan isu poligami. Ilmu-ilmu Islam ini diterangkan didalam
drama ini walaupun sidikit namun ada asasnya. Ini suatu usaha yang harus dikagumi.
Pendek kata, menurut pendapat penulis, drama Nur Kasih merupakan sebuah
drama yang sepatutnya ditonton oleh segenap lapisan masyarakat kerana kehalusan
unsur-unsur yang diterapkan sangat mengkagumkan dan seharusnya dicontohi oleh
pihak produksi drama lain kerana unsur-unsur Islam yang dipaparkan serta dihuraikan
sangat memenuhi tuntutan keperluan asas ilmu Islam manusia sejagat kerana unsurunsurnya berinovasi, kreatif, kritis, dinamik, releven, fleksibel dan dapat membuka
pekung pemikiran masyarakat supaya mengetahui bahawa Islam adalah sebuah agama
yang cukup sempurna dan fleksibel daripada segala aspek dan sangat serasi dengan
manusia. Bukan itu sahaja, bahkan setiap kupasan unsur-unsurnya mengandungi nilai
didikan rohani dan mental supaya selaras dengan kehendak Islam serta dapat
melahirkan masyarakat yang berilmu tinggi dan berakhlak unggul yang mana kita dapat
lihat Allah S.W.T. sangat memuliakan orang berilmu sehingga terdapat banyak ayat di
dalam al-Quran yang menyebut tentang orang-orang yang berilmu. Selain itu golongan
orang yang berilmu di panggil dengan berbagai-bagai nama dalam al-Quran seperti;
orang yang berilmu; „qaum ya qilun‟, orang yang berfikir ; „qaum yatafakkarun‟, „qaum
yafqanuan‟, „ulul ilmi‟, „ulul albab‟, orang yang mempunyai visi ; „ululabsar‟. 479 Allah
S.W.T. juga memuji hambaNya yang berakhlak dengan akhlak mulia seperti mana
Allah S.W.T. memuji ketinggian akhlak Rasulullah s.a.w. dalam firmanNya surah al-
479
Mohd Yusuf Hasan (200), Pemikiran Saintifik. Selangor : Pearson Education Malaysia Sdn Bhd., hlm. 39
252
Qalam, ayat 4 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya benar-benar seorang yang
berakhlak agung.”
5.3
Cadangan dan Saranan
Antara cadangan dan saranan dalam proses mengoptimumkan kualiti dan kuatiti
drama seumpama ini adalah seperti berikut:
1. Kepada para penulis cerita, penulis skrip, pengarah dan penerbit
drama supaya memperkayakan lagi penghasilan drama yang
berkualiti dan sarat dengan unsur, nilai, mesej dan elemen Islam
seumpama ini namun dalam garapan idea yang berlainan dan cetusan
kreatif yang mampu menarik jumlah majoriti penontonnya. Walau
bagaimanapun, sebelum itu mereka harus terlebih dahulu memahami
dan mengkaji kandungan Islam yang ingin disampaikan dengan
mengetahui metode terbaik menyampaikannya agar nilai Islam yang
ingin disulam di dalam hati dan pemikiran penonton itu adalah
nilaian sebenar Islam dan bukan nilai yang sudah terasimilasi oleh
ideologi lain dan supaya ia tersulam kemas dan kukuh di dasar hati.
2. Kepada badan-badan yang berkaitan dengan industri filem dan drama
seperti FINAS, FDM, SWAM, PTVM, PFM , PPPFM dan
sebagainya hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam
menyokong drama seumpama ini seperti mengadakan seminar,
kursus dan program kepada para team produksi industri filem dan
drama
dalam
memberi
kesedaran
disamping
menggalakan
253
penghasilan drama sebegini pada masa akan datang kerana keperluan
membimbing masyarakat sekarang juga merupakan tanggungjawab
mereka semua. Juga mewujudkan garis panduan terhadap konsep dan
isi kandungan kepada drama-drama yang bertemakan Islam supaya
ianya tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya dan tidak
wujud unsur penghinaan dan memperlekehkan aspek agama.
3. Kepada pihak stesen televisyen sama ada swasta mahupun kerajaan
serta pihak penaja seharusnya menyokong dan membantu karyakarya murni seperti ini. Jangan hanya memikirkan nilai kormesial dan
mengaut keuntungan dengan memilih drama-drama yang dijangka
meletup kerana pelakon-pelakon hebat membintanginya sedangkan
ceritanya hanya berkonsep hiburan semata-mata. Pihak-pihak ini
harus memikirkan soal masyarakat dan bukan poket sendiri sahaja
dengan menayangkan dan menaja drama bertemakan Islam ini
sebanyak mungkin di saluran televisyen masing-masing. Sudah pasti
mereka tahu akan kehendak dan keperluan masyarakat sekarang
sudah berbeza, cita rasa sudah bertukar kepada drama yang
mempunyai nilai yang boleh membina masyarakat ke arah kebaikan.
Buat permintaan yang banyak terhadap drama sebegini kepada para
pengarah dan penerbit supaya ia dapat ditayangkan setiap masa dan
bukan hanya pada perayaan-perayaan tertentu seperti Hari Raya
Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Maulidur Rasul, Awal Muharram dan
sebagainya.
4. Kepada para pelakon yang berlakon dalam drama bertemakan Islam
haruslah menjaga peribadi dan tingkah laku masing-masing di luar
254
lokasi supaya selaras dengan apa yang dilakonkan dalam drama dan
mengambil pengajaran dengan watak-watak baik yang dilakonkan
serta menjiwai unsur-unsur murni yang ada dalam drama dengan
mengambilnya menjadi sikap kekal dalam diri. Ini adalah kerana para
pelakon mendapat perhatian yang tinggi pada mata masyarakat dan
mereka seharusnya menjadi role-model dalam kehidupan sebenar
kepada masyarakat supaya unsur-unsur kebaikan yang ada dalam
drama bukanlah hanya berlaku di lensa kamera tetapi juga berlaku di
dalam dunia realiti.
5. Kepada para ulama dan intelektual Islam haruslah mengambil
peranan juga dalam hal ini dengan mengambil bahagian dalam team
producer sesebuah drama atau mungkin boleh menjadi penasihat
kepada drama bertema Islam yang bakal diterbitkan kerana drama
kini menjadi salah satu daripada medan terpenting dan berpengaruh
dalam melaksanakan dakwah. Maka para ulama dan intelektual Islam
perlu aktif dalam bidang ini dengan menjadi pemantau kepada isi
kandungan drama Islam yang bakal diterbitkan. Dengan penglibatan
ulama dalam hal ini pasti risiko kesilapan dari segi isi kandungan itu
tipis dan masyarakat dapat menerima input yang tepat tanpa ragu.
6. Pengiktirafan terhadap drama-drama berunsur Islam dan sarat dengan
pengajaran ini juga merupakan satu usaha yang perlu diteruskan dan
diperkembangkan lagi dengan mewujudkan satu anugerah khas
kepada drama berunsur Islam supaya boleh menjadi pendorong
kepada para produksi drama untuk berlumba menghasilkan drama
sebegini yang berkualiti.
255
7. Kepada pihak kerajaan juga perlu membabitkan diri dalam bidang ini
dengan menyokong penghasilan drama bertemakan Islam dan
mengurangkan jumlah drama dari luar yang kini dilihat membanjiri
siaran televisyen di Malaysia seperti drama daripada Indonesia,
China, Korea, Mexico dan negara-negara lain. Hanya memilih drama
yang bercorak pendidikan sahaja dan mengurang drama yang
bercorak hiburan semata kerana pengaruh negatifnya sudah pasti
berbalik kepada negara juga.
8. Kepada golongan masyarakat iaitu ibubapa, para guru, anak-anak
kecil, muda mudi dan semua golongan lain juga ada peranan yang
boleh dimainkan iaitu dengan memilih drama yang sarat dengan
unsur pendidikan, unsur Islam, unsur akhlak, unsur kemanusia dan
unsur ilmiah sebagai pilihan utama dalam berhibur. Namun begitu,
masyarakat juga harus membuat penilaian dan mengkaji semula
setiap apa yang ditonton dan di dengar daripada drama tertentu dan
bukan hanya menerima bulat-bulat tentang apa sahaaj yang
diperkatakan kerana mungkin ada berlaku kesilapan dari pihak
prosuksi drama tersebut. Maka salah satu caranya ialah membaca
sesuatu isu tertentu daripada beberapa bahan bacaan atau bertanya
kepada ilmuan untuk kepastian kebenaran dan kesahihan isu yang
dikupas. Masyarakat juga selain itu harus memberi pandangan dan
komentar tidak kiralah ianya kritikan yang baik ataupun buruk
kepada pihak penerbitan drama supaya pembaikan dan pembaharuan
dapat dilakukan dari masa ke semasa. Selain itu, pihak penerbitan
juga dapat menilai kehendak dan keperluan bagaimana yang
256
masyarakat perlukan supaya isu-isu yang dipaparkan betul-betul
bertepatan dengan suasana keperluan masyarakat untuk setiap masa.
Bagi mereka yang ada kepakaran dalam sesuatu bidang atau
mempunyai
pengalaman
yang
boleh
dijadikan
teladan
dan
perkongsian ataupun kepada mereka yang mempunyai idea yang
bernas serta ilmu yang tinggi, janganlah semua ilmu itu hanya
berlegar di ruangan minda anda seorang, tetapi sebarkanlah ia melalui
penulisan skrip atau draf cerita dan diserahkan kepada pihak-pihak
tertentu agar dapat dikongsi bersama ilmu tersebut serta manfaatnya
dengan saudara seislam kita yang lain khususnya dan rakyat Malaysia
sekalian umumnya.
5.4
Kesimpulan
Kesimpulannya melalui kajian ini dapat difahamkan bahawa drama bersiri dapat
memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan Islam, memberi gambaran
Islam yang sebenar-benarnya dan perkembangan ilmu Islam dalam seluruh cabang kasar
dan halus kehidupan terutamanya dalam menjadikan masyarakat Malaysia sebagai
masyarakat yang berilmu dan bertaqwa. Keperluan terhadap drama berunsur Islam
sebegini sangat diperlukan oleh masyarakat sekarang yang semakin hanyut dan
tenggelam dengan nikmat dunia sehingga mengabaikan akhirat.
Islam sama sekali tidak mengasingkan di antara kehidupan di dunia dan akhirat.
Namun dalam menjalani kehidupan seharian, setiap individu tidak seharusnya
melupakan hakikat bahawa kita sebagai hamba Allah S.W.T. perlu sentiasa mempunyai
hubungan dengan Pencipta kita dan Pencipta alam semesta ini dalam mencari erti
257
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat dengan mendapat keredhaan
Allah S.W.T. Ini kerana kunci kebahagian adalah terletak dalam hati setiap insan yang
sentiasa mengingatiNya480 dalam apa jua situasi dan tempat, sebagaimana firman Allah
S.W.T.:
ِِ
ِ ‫اضي ًة مر‬
ِ ِ
ِ
* ً‫ضيَّة‬
ْ َ َ ‫س ال ُْمط َْمئنَّةُ * ْارجعي إِلَى َربِّك َر‬
ُ ‫يَا أَيَّتُ َها النَّ ْف‬
ِ ‫فَا ْد ُخلِي فِي ِعب‬
*‫ادي* َوا ْد ُخلِي َجنَّتِي‬
َ
Maksudnya: “(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang
tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orangorang yang beriman dan beramal saleh akan disambut dengan
kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa
tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas
hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di
sisi Tuhanmu)! “Serta masuklah engkau dalam kumpulan
hamba-hambaKu yang berbahagia. “Dan masuklah ke dalam
syurgaKu!”
Surah al-Fajar (89) : 27-30
Islam adalah agama yang sangat lengkap. Ia mencantumkan kehidupan spritual
dengan kehidupan material, tidak memisahkan dunia daripada akhirat. 481 Kepada setiap
daripada individu muslim sebenarnya memegang suatu amanah untuk menyebarkan
Islam kepada umat manusia melalui cara dan bidang masing-masing. Apabila semua
tanggungjawab dilaksanakan dengan sempurna maka keindahan itu akan terserlah dan
semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang dapat merasai nikmat Islam
tersebut semasa di dunia lagi bahkan di akhirat kelak juga dapat merasainya.
Akhir sekali daripada penulis, disertasi ini bukanlah sesuatu yang mutlak dan
masih mempunyai banyak kekurangan dan kelemahannya. Ianya hanya sebuah
penulisan yang terhasil daripada pengkajian dan penyelidikan penulis selama dua tahun.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Hussain (2006), “Pendekatan Kaunseling Dalam Dakwah Bagi Kesejahteraan
Insan dan Peradaban Ummah,” dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 23-24. Ibid, hlm. 200.
481
Mohd Rumaizuddin Ghazali (2004), Sains Politik Islam. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distrubutors Sdn. Bhd., hlm. 3.
480
258
Maka segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari diri penulis sendiri dan segala
yang baik di dalam disertasi ini merupakan ilham pemberian Ilahi kepada penulis dalam
menyempurnakan penulisan ini. Diharapkan ianya dapat menjadi sumber rujukan dan
memberi sedikit manfaat kepada masyarakat dan bakal-bakal penulis akan datang.
259
BIBLIOGRAFI
AL-QURAN & TAFSIR
BUKU
A. Hasjmy (1994), Dustur Dakwah Menurut al-Quran. Jakarta: PT Bulan Bintang.
Abdul Aziz Mohd Zain (2003), Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
_____________________ (1991), Syahadah Ibadah Asabiah Dakwah. Petaling Jaya:
Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd.
_____________________ (1996), Dakwah Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
_____________________ (1999), Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
_____________________ (2006), Dakwah Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
__________________ et al, (2006), Perkembangan Dakwah Di Malaysia, Dakwah
Islam Di Malaysia, Bil. 2, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abdul Karim Zaidan (1984), Dasar-Dasar Ilmu Dakwah. Jil. 2, H.M. Asywadi Syukur
(terj.), Kuala Lumpur: Pustaka al-Ameen.
_________________ (2002), Islam Dan Dakwah. Solehan Ayub (terj.). Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdul Qadir Abdul Muthalib al-Indonesia al-Mandili (2007), Penawar Bagi Hati.
Johor: Perniagaan Jahabersa.
Abd Rahman Muhammad Khaldun al-Hadrami (2006), Mukadimah Ibn Khaldun, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Napiah (1987), Drama Moden Malaysia, Perkembangan Dan
Perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Rukaini (2001), Tauhid Penyelamat Ummah. Selangor: Synermate Sdn.
Bhd.
Abdul Wahab Hamzah (2003), “Audien: Sikap Dan Harapan Audien Filem Malaysia,”
dalam Ramli Mohamed (ed.), Sinema dan Penontonan di Malaysia. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 83.
260
Abdullah Hassan (2007), Berdakwah dengan Efektif. Selangor: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Nasih Ulwah (2008), Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Syed Ahmad
Semait (terj.). Jil. 1. Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd.
___________________ (2008), Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Syed Ahmad
Semait (terj.). Jil. 2. Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Abu Urwah (2003), Asas-Asas Kefahaman Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.
Bhd.
Ahmad Mustafa, „Ali Al-Qada‟ (1986), Al-Syariah Al-Islamiyah Wa Al-Funun. Beirut:
Dar Al-Jayl.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003), Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam, Punca
Dan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Y. Al-Hassan & Donald R. Hill (1986), Islamic Technology An Illustrated
History. New York: Cambridge University Press.
Aidh Abdullah al-Qarni (2007), Petunjuk Berdakwah Dengan Berkesan. Kuala Lumpur:
Jasmin Enterprise.
Akmar Hayati Ahmad Ahmad Ghazali et al. (eds.) (2008), Cabaran Komunikasi Masa
Kini. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Al-Ansari (1984), Ma‟alim Al-Dakwah. Kaherah: Dar Al-Kitabah Al-Muhammadiyyah.
Al-Attas Syed Muhammad Naquib (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan
Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alias Othman (2003), “Apakah Ciri-Ciri Khusus Islam,” dalam Abu Urwah, Asas-Asas
Kefahaman Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., hlm. 13.
Ann Wan Seng (2006), Respon, Intelek Muslim & Isu-Isu Semasa. Kuala Lumpur:
Jabatan Penerangan dan Penyelidikan Parti Islam Semalaysia.
Asar Abdul Karim (2008), Kecemerlangan Tamadun Islam Masa Kini. Pahang:
Penerbit Universiti Malaysia Pahang.
Dusuki Ahmad (2000), “Cabaran Dakwah Dalam Memanfaatkan Industri Drama.”
dalam Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot (eds.), Dakwah Dan
Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.,
hlm. 103.
Endang Saifuddin Anshari (1982), Sains, Falsafah Dan Agama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Fariza Md. Sham, Sulaiman Ibrahim & Ideris Endot (eds.) (2000), Dakwah Dan
Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
261
Fathi Yakan (2004), Strategi Hidup Secara Islam, Mengajak Umat Ke Jalan Allah.
Megat Ahmad Supian (terj.). Kuala Lumpur: Crescent News (K.L) Sdn. Bhd.
Fawzi Fahmi (1981), Muhadarat Fi Sosiolojiyah Al-Masrah. Kaherah: Al-Ma‟had al„Ali Li al-Naqd al-Fanni.
Ghazali Darussalam (1996), Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur:
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
H.M Tuah Iskandar (1989), Kewartawanan Islam Dicabar, Tercabar, Mencabar. Kuala
Lumpur: Karya Media Publisher.
Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (2006), Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamid Algar et al. (1995), Nadwah Ketaqwaan Melalui Kreativiti. S. Jaafar Husin
(ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hanafi Mohamed (1999), Tegakkan Amar Ma‟ruf Nahi Mungkar. Kuala lumpur: AlHidayah Publishers.
Haron Din (2002), Manusia Dan Islam, Jil 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
________ (2002), Manusia Dan Islam, Jil 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
________ (2002), Manusia Dan Islam, Jil 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hashim Yassin et al. (2009), Drama Pilihan Abad 20, Jil 2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hassan Abu Ghanimah (1976), Al-Sinema Zawahir Dilalah. Jordan: Maktabah AlHadithah.
Ismail Hamid (1994), Kesusasteraan Melayu Lama Dari Warisan Peradaban Islam.
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ismail R. al-Faruqi & Lois Lamya‟ al-Faruqi (1992), Atlas Budaya Islam, Mohd
Ridzuan Othman, Mohd Sidin Ishak & Khairuddin Harun (terj). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
J.L Martin (1997), Sistem Media Massa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
K. Bertens (2006), Etika Dan Moral. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Kamal al-Din Husayn (1992), Al-Masrah Wa al-Taghayyur al-Ijtima‟i Fi Masr.
Kaherah: Dar al-Massriyah Al-Lubnaniyah.
262
Mana Sikana & Zakariya Ariffin (ed.) (1990), Drama Hikmah. Selangor: Pustaka
Karyawan.
Mana Sikana (1983), Esei & Kritikan Drama. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
___________ (1988), Menulis Skrip Drama, Selangor: Penerbit Karyawan.
___________ (1995), Drama Melayu Moden, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
___________ (1996), Falsafah Dan Seni Kreatif Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
___________ (2006), Drama Melayu Tradisional, Moden Dan Pascamoden, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana, Syed Alwi el-Hady, Shahrom Hussain et al. (eds.) (1988), Drama
Penantian. Selangor: Penerbit Karyawan.
Mansur Ahmad Saman (1995), Penulisan & Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Misran Rokimin (2006), Isu Pendidikan & Pembangunan Insan Menerusi Novel.
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Azhar Abd Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif. Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Nakhaie Ahmad (2001), Pendakwah Dan Pembentukan Masyarakat Bertamadun.
Kuala Lumpur: Terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Mohd Nasir Omar (2005), Akhlak Dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Romaizuddin Ghazali (2011), Membangun Pemikiran Islam Dalam Menghadapi
Cabaran Zaman. Selangor: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Mohd Rumaizuddin Ghazali (2004), Sains Politik Islam. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.
Muhammad Hatta Muhammad Tabut (2003), “Kandungan Dan Teknik: Unsur-Unsur
Yang Mempengaruhi Filem Tempatan,” dalam Ramli Mohamed (ed.), Sinema
dan Penontonan di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia,
hlm. 26.
Muhammad Qutb (1983), Manhaj Al-Fan Al-Islami. Kaherah: Dar Al- Syuruq.
Muhammad Walid Al-Jadda (1989), Al-Mauqif Min Sinema Islamiyah. Kaherah: Dar alWafa‟ Li al-Tiba‟ah Wa Nasyr Wa Tawzi‟.
263
Muhammad Yusuf Al-Qardawi (2003), Islam Dakwah Yang Syumul. dalam Abu Urwah,
Asas-Asas Kefahaman Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Muhammad Yusuf Khalid et al. (2005), Isu Dakwah Dan Kemanusiaan Dalam Era
Globalisasi. Selangor: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia.
Muhamad Zaki Mustafa, Ainurliza Mat Rahim, Zainol Abidin Ahmad et al. (eds.)
(2011), Representasi Islam Dalam Media. Negeri Sembilan: Penerbit Fakulti
Kepimpinan Dan Pengurusan Universiti Islam Sains Malaysia.
Musthafa Muhammad Tahhan (2001), Muslim Ideal Masa Kini. Jakarta: CV Cendiaka
Sentra Muslim.
Naim Ahmad (2011), Filem Islam Satu Pembicaraan. Selangor: Uni-N Production Sdn
Bhd.
Naim Ahmad, Siti Suriani Othman & Nor Adzrah Ramle (eds.) (2006), Bicara Media 1.
Negeri Sembilan: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia.
Noor Shakirah Mat Akhir (2006), “Dakwah Dan Cabaran Teknologi Maklumat,” dalam
Mohamad Md. Yusoff et al. (eds.), Isu Dan Cabaran Media Di Malaysia. Pulau
Pinang: Penerbit Universiri Sains Malaysia, hlm. 2.
Noordin Hassan (ed.) (2006), Teater Fitrah Dan Esei Pilihan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Raudah Siren, Yusmini Mohd Yusoff & Mahmudah Nawawi (2006), Dakwah
Islam Semasa, Konsep Dan Perlaksanaan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Norbaya Normi, Habibul Izzah Ahmad & Razali Sulaiman (1997), Wartawan Dan
Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.
Nur Nina Zuhra (1992), An Analysis Of Modern Malay Drama. Selangor: Mara Institute
of Technology.
Rahman Bujang (1975), Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan Di Tanah Melayu
Dan Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahman Hashim (1998), Ilmu Komunikasi, Kaedah Dan Teknik Dalam Dakwah
Islamiah. Bangi: Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Ramle Mohamed (2003), Sinema Dan Penontonan Di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Rashid Muhammad (1993), Islam, Kefahaman Dan Penghayatan. Perak: Arena Ilmu
Sdn. Bhd.
Rasid Muhamad (2010), Menjejaki Keindahan Islam. Selangor: Pusat Penerbit
Universiti (UPENA), UiTM.
264
Rohani Hashim (2003), “Filem Bukan Fiksyen: Kedudukan dan Masalah”, dalam
Ramli Mohamed (ed.), Sinema dan Penontonan di Malaysia. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 82.
Samsiah Mohd Nor ( 2005), “Dakwah Menerusi Karya Kreatif,” dalam Siti Rugayah
Tibek & Salasiah Hanin Hamzah (ed.) Dakwah Dan Pembangunan Masyarakat.
Bangi: Terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 117.
Sayid Sabiq (1994), Islam Kita, Mudzakkir, (terj.). Indonesia: Penerbit Pustaka.
Shuhairimi Abdullah (2009), Dinamisme Nilai-Nilai Murni Menurut Persepktif Islam.
Perlis: Penerbit Universiti Malaysia Perlis.
Som Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli ( 1998), Kemahiran Berfikir Secara Kritis &
Kreatif. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Sufian Hussain et al. (2006), Sejarah Kesusateraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Syamsul Bahri Andi Galigo (2007), Beberapa Isu Dalam Pemikiran Islam. Selangor:
Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Pembangunan Di Malaysia; Ke Arah Satu
Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna. Kuala Lumpur: Terbitan Jabatan Akidah
dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Wiyanto Asul (2002), Terampil Bermain Drama. Jakarta: Pt Gramedia Widiasmara
Indonesia.
Yusoff Zaki Yacob, Abdul Ghani Ismail, Muhammad Uthman el-Muhammady et al.
(1984), Sastera Dan Agama. Ismail Hussein (ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zaheril Zainudin (2006), Pengaruh Dan Kesan Filem Terhadap Remaja, dalam Naim
Ahmad, Siti Suriani Othman & Nor Adzrah Ramle (eds.) Bicara Media 1. Negeri
Sembilan: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia, hlm. 34.
Zakaria Stapa (1995), Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala lumpur: Berita Publishing Sdn
Bhd.
Zulkifli Abd. Ghani (2003), Islam, Komunikasi Dan Teknologi Maklumat. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
265
JURNAL
Ab. Aziz Mohd Zin & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2006), “Pendekatan Dakwah
Masyarakat Orang Asli Di Negeri Pahang”, dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 23-24.
Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, hlm. 163.
Ab. Aziz Mohd Zin et al. (2008), “Perasaan Orang Bukan Islam Terhadap Laungan
Suara, Bacaan Dan Aktiviti Masjid Di Negeri Selangor Darul Ehsan”, dalam
Jurnal Usuluddin, Bil. 27. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Pengajian
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 111.
Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail (2005), “Nilai Akhlak Dan Pengaruh Media Massa
Di Kalangan Remaja Islam Luar Bandar”, dalam Jurnal Islamiyyat, Jil. 27, Bil. 2.
Selangor: Terbitan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm. 57.
Abdul Ghafar Don & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2009), “Dakwah Kepada Orang
Asli Melalui Seni Hiburan Alternatif Di Malaysia: Model Latihan Amali Dakwah
(LAD)”, dalam Jurnal Al-Hikmah, Jil. 1. Selangor: Terbitan Jabatan Dakwah Dan
Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 3.
Abdul Ghafar Don & Hailan Salamon (2009), “Dakwah Kepada Non-Muslim Di
Malaysia: Konsep, Pendekatan Dan Cabaran”, dalam Jurnal Al-Hikmah, Jil. 1.
Selangor: Terbitan Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 39.
Ahmad Tarmizi Abdul Rahman et al. (2008), “Persepsi Belia Tentang Metode Dan
Pendekatan Dakwah Yang Digunakan Di Wilayah Persekutuan Labuan”, dalam
Jurnal Usuluddin, Bil. 28. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Pengajian
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 106.
Asming Yalawae & Ahmad Farid Ibrahim (2007), “Akhlak Warisan Rasulullah s.a.w.
Membawa Kemuliaan Umat”, dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 26. Kuala Lumpur:
Terbitan Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, hlm. 71.
Che Yusoff Che Mamat et al. (2004), “Pendekatan Dakwah Kepada Orang Asli Suku
Semai Di Kampung Sungai Ruai, Raub Pahang”, dalam Jurnal Islamiyyat, Jil. 25.
Selangor: Terbitan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm. 33.
Che Zarina Sa‟ari & Joni Tamkin Borhan (2006), “Peranan Wanita Dalam Pengukuhan
Akidah Umat Islam”, Jurnal Usuluddin, Bil 23-24. Kuala Lumpur: Terbitan
Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
hlm. 35.
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled (2008), “Toleransi
Beragama Dan Amalannya Di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan Malaysia”, dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 27. Kuala
Lumpur: Terbitan Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, hlm. 83.
266
Mohamad Zain Musa (2004), “Islam As Understood And Practiced By The Muslims In
Indochina”, dalam Jurnal Islamiyyat, Jil. 25. Selangor: Terbitan Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 45.
Nor „Azzah Kamri (2009), “Application Of Akhlak Education In Implementing Code
Of Ethics In An Organization: An Empirical Case”, dalam Jurnal Usuluddin, Bil.
29. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, hlm. 171.
Roziah Sidik @ Mat Sidek (2009), “Tamadun Islam Dan Penguasaan Ilmu”, dalam
Jurnal Usuluddin, Bil. 30. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Pengajian
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 209.
Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman & Che Zarrina Sa‟ari (2008), “Kesan
Kefahaman Konsep Takdir Terhadap Pembangunan Modal Insan”, dalam Jurnal
Usuluddin, Bil. 27. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Pengajian Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 2.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Che Hussain (2006), “Pendekatan
Kaunseling Dalam Dakwah Bagi Kesejahteraan Insan Dan Peradaban Ummah”,
dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 23-24. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Pengajian
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 199.
Yusmini Md. Yusoff & Mohd Anwarulhaq Sulaiman (2004), “Kajian Tentang Maklum
Balas Masyarakat Terhadap Aktiviti Masjid-Masjid Negeri Di Semenanjung
Malaysia”, dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 20. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian
Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 201.
Zulkiple Abd. Ghani & Mohd Safar Hasim (2004), “Islamic Values And Ethic In
Communication”, dalam Jurnal Islamiyyat, Jil. 25. Selangor: Terbitan Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 61.
Zulkiple Abd. Ghani (2004), “Kepentingan Golongan Tekno-Daie Dalam Penyebaran
Dakwah”, dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 19. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian
Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hlm. 171.
_________________ (2006), “Kerjaya Wanita Islam Dalam Bidang Penyiaran: Cabaran
Dan Prospek”, dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 23-24. Kuala Lumpur: Terbitan
Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
hlm.185.
TESIS / KERTAS KERJA PERSIDANGAN / SEMINAR
Abd. Razak Mohaideen & Ibrahim Jamaludin (2005), “Dunia Seni Perfileman: Cabaran
Dan Kenyataan,” (Kertas Kerja Seminar Warisan Seni Bangsa: Bicara Warisan
Khazanah Jiwa Di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, 9 April 2005).
Azman Yusof & Anisah Bahyah Ahmad (2007), “Unsur Dakwah Dalam Pantun Dan
Peribahasa Melayu: Sumbangannya Ke Arah Melahirkan Belia Berintegriti”
267
(Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah Dan Pembangunan Belia 2007 di
Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan
Malaysia).
Jins Shamsudin (2005), “Peranan Seni Budaya Dalam Bidang Perfileman,” (Kertas
Kerja Seminar Warisan Seni Bangsa: Bicara Warisan Khazanah Jiwa Di Hotel
Grand Bluewave, Shah Alam, 9 April 2005).
Junaidi (2009), “Media Massa Sebagai Pembangun Masyarakat Multikaltural”
(Disertasi Sarjana, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial,
Universiti Malaya).
Mohamad Saari (1998), “Peranan Media Cetak Dalam Dakwah Di Malaysia. Kajian
Khusus Tentang Penerbitan Media Cetak JAKIM” (Disertasi Sarjana, Bahagian
Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).
Mohd Nakhaie Ahmad (1978), “Ke Arah Membentuk Sebaran Am Yang Bercorak
Islami” (Kertas Kerja Seminar Islam Dan Sebaran Am, Gerakan Bulan Dakwah
Wilayah Persekutuan. 26-27 Disember di Balai Seminar Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur).
Mohd Sabri Ismail & Salmiah Ismail (2007), “Dakwah Dan Pembangunan Sukan Di
Malaysia: Satu Realiti” (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Dakwah Dan
Pembangunan Belia 2007 di Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan
Universiti Kebangsaan Malaysia).
Mohd Sarim Mustajab (1988), “Dakwah Menerusi Media Penyiaran. Seminar Ahkbar
Dan Majalah” (Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia).
Muhammad Uthman el-Muhammady (1978), “Peranan Sebaran Am Dalam Membentuk
Pendapat Umum Dan Kesannya Terhadap Kepentingan Islam” (Kertas Kerja
Seminar Islam Dan Sebaran Am, di Balai Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 26-27 Disember 1978).
Nanang Setia Budi (2005), “Nilai-Nilai Islam Dalam Sinetron Rahasia Ilahi 3 Karya
Didi Ardiansyah.” (Disertasi Sarjana Fakulti Bahasa dan Seni, Universitas Negeri
Semarang, Indonesia),
Noor Hafizah Jujaji (2010), “Pengaruh Drama Nur Kasih Dalam Konteks Penyampaian
Dakwah Pada Masyarakat Kajian Kes: Universiti Kebangsaan Malaysia” (Latihan
Ilmiah, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia).
Saraswathy Chinnasamy (2003), “Media Komunikasi: Saluran TV RTM Sebagai Media
Pembangunan Negara” (Disertasi Sarjana, Jabatan Media Fakulti Sastera Dan
Sains Sosial, Universiti Malaya).
Siti Rugayah Tibek (1999), “Peranan Drama Dalam Dakwah: Kajian Drama Dakwah
TV1 Dan TV3” (Tesis PhD, Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Bahagian
Pengajian Usuluddin, Universiti Malaya).
268
Sobir Sulaiman (1987), “Qimat al-Islam Allati Yantadhammanaha al-Musalsal al-Arabi
Fi al-Telefiziyun” (Tesis Dukturah, Kulliah al-I‟lam, Qismi al-Iza‟ah, Jamiah alQaherah, Mesir).
Syahirah Jabaruddin (2010), “Dakwah Maw‟izah Hasanah Dalam Nur Kasih” (Latihan
Ilmiah, Akademi Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan,
Universiti Malaya).
Zaini Husain (2002), “Sikap Orang Asli Tehadap Media” (Disertasi Sarjana, Pengajian
Media, Universiti Malaya).
Zulkipli Abd. Ghani (2002), “Pendekatan Dakwah Di Era ICT : Cabaran Dan Harapan”
(Kertas Kerja Seminar Berdakwah Menerusi ICT Anjuran Kerajaan Negeri
Melaka Dan Jabatan Mufti Negeri Melaka di Golden Legacy Hotel Melaka, 9
hingga 10 September 2002).
KAMUS
____________ Kamus Webster‟s New World Dictionary (1989). Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Tenku Iskandar (2002), Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
AKHBAR / MAJALAH / LAMAN WEB
Majalah Al-Islam, September 2001.
Berita Harian Online, http://www.bharian.com.my, 30 November, 2009.
Berita Harian, http://www.sinemamalaysia.com.my, 20 Oktober 2009.
Blog Maizura Mohd Ederis. Pembantu penulis skrip Nur Kasih Mira Mustaffa,
http://[email protected], 29 Mei 2009.
Blog Maizura Mohd Ederis. Pembantu penulis skrip Nur Kasih Mira Mustaffa,
http://[email protected], 30 November 2009.
Harian Metro,
http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Filem_Nur_Kasih_kuti
p_RM3.5j_5020, 26 Mei 2011.
http://mforum2.cari.com.my, 11 Mac 2010.
http://www.gua.com.my, 26 November 2009.
http://www.gua.com.my, 30 November 2009.
269
Kosmo! Online, http://www.kosmo.com.my, 1 November 2010.
Kosmo! Online, http://www.kosmo.com.my, 3 November 2010.
Kosmo! Online, http://www.sinemamalaysia.com.my, 13 Mei 2011.
Metro Online, http://www.hmetro.com.my, 22 Januari 2010.
Utusan Online, http://www.sinemamalaysia.com.my, 6 Jun 2009.
Minda Madani Online, http://www.mindamadani.my , 23 Februari, 2010.
mStar Online, http://www.mStar.com.my, 1 Disember 2009.
mStar Online, http://www.mStar.com.my, 2 November 2009.
Utusan Malaysia Online, http://www.utusan.com.my, 12 Mei 2010.
Utusan Online, http://www.utusanonline.com.my, 24 Disember 2010.
Utusan online, http://www.utusanonline.com.my, 27 November 2009.
Utusan Online. http://www.utusanonline.com.my, 22 Jun 2010.
270
Download