PUNCA, KESAN DAN LANGKAH UNTUK MENANGANI TINGKAH LAKU SEKSUAL PELAJAR MENGIKUT PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM. Roslee Ahmad Mohamed Sharif Mustaffa Sulaiman Shakib Mohd Noor Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Jazimin Jusoh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip Universiti Perguruan Sultan Idris Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan konsep pemikiran punca-punca, kesan dan langkah menangani tingkah laku seksual di kalangan remaja Melayu beragama Islam mengikut Pendekatan Kaunseling Islam. Model Al Ghazali (Tunku Sarah, 1997; Yatimah, 2005) yang berkait dengan hati dibincangkan dengan mendalam untuk melihat berleluasanya pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks tanpa nikah berpunca dari hati manusia yang kotor dan rosak. Akibatnya, manusia bertindak mengikut hawa nafsu melibatkan anggota tubuh seperti mata, telinga, mulut, tangan, kemaluan, kaki, badan dan pakaian. Di samping itu, penulis turut membincangkan punca-punca manusia melakukan tingkah laku seksual dan kesan yang dialami dalam konteks Islam. Pendekatan Kaunseling Islam dalam konteks Amar Makruf Nahi Mungkar turut dibincangkan untuk menangani masalah tingkah laku seksual dikalangan pelajar. 1.0 Pengenalan Sejak akhir-akhir ini kes yang melibatkan masalah tingkah laku seksual remaja semakin membimbangkan khususnya dikalangan remaja muslim/muslimah. Pergaulan sosial yang bebas dan hubungan sek tanpa nikah semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia. (Roslee Ahmad dan rakan-rakan, 2008) Apa yang menyedihkan adalah fenomena ini terjadi adalah dikalangan bangsa Melayu dan beragama Islam. Penularan gaya hidup Barat ini menjadi ikutan dan kebanggaan generasi muda alaf baru. Apa tidaknya, hampir setiap hari di dadaKertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. dada akhbar seperti Harian Metro, Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia dan sebagainya, kisah-kisah seperti ‘ritual seks di pantai’, ‘pesta minum arak’, ‘gadis Top Up’, ‘pengakuan gadis hilang dara’, ‘peristiwa ditangkap basah’, dan sebagainya menjadi paparan umum masyarakat. Golongan muda mudi kini tidak lagi segan silu mendedahkan tubuh sehingga berani memaparkan aksi dalam video klip di internet. Bukan setakat itu sahaja, perkhidmatan seks kini turut mudah didapati yang ditawarkan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan di sebalik ruangan chat, blog porno dan sebagainya. Kegemparan kes Sufiah Yusof (Shilpa Lee) pada 31 Mac 2008, budak genius yang menawarkan khidmat seks untuk hidup mewah di Britain menandakan kepintaran (IQ) tanpa pembangunan akhlak dan iman (EQ) yang mantap memudahkan manusia terjerumus ke lembah maksiat. Paling mengejutkan penulis, apabila rancangan di NTV9 pada 15 Mei 2008 dalam slot ‘gugur janin’ memaparkan pengakuan jujur dan berani gadis Melayu Islam yang beberapa kali menggugurkan kandungan dan akhirnya insaf mahu melahirkan anak luar nikah. Persoalannya, apakah remaja dan muda mudi Islam di Malaysia kini menganggap bahawa perbuatan terlanjur atau perzinaan sehingga 2 hingga 3 kali mengandung merupakan suatu budaya biasa dan ibu bapa perlu berfikiran terbuka untuk menerimanya? Maka benarlah, pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks tanpa nikah ini yang dahulunya menjadi ‘pantang larang’ mengikut nilai tradisi dan pegangan adat Melayu yang utuh, kini telah hilang dek ditelan arus modenisasi dan kecanggihan teknologi. Seperti kata Hafiz Firdaus (2007) semua ini terjadi kemungkinan terdapat segelintir masyarakat Melayu Islam Malaysia yang berpegang kepada Islam Moden, Islam Pembaharuan, Islam Bebas atau Islam liberal. Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Justeru itu, jika penularan budaya Barat ini terus menular dari generasi ke generasi, maka ia menjadi suatu ancaman sosial dan cabaran kepada pihak kerajaan untuk merealisasikan agenda Wawasan 2020. Ini kerana pembangunan negara yang makmur pada masa akan datang terletak dibahu golongan muda mudi seperti kata pepatah Melayu ‘pemudi harapan banga, pemuda tiang negara’. Justeru itu, penulis cuba mengupas, punca-punca, kesan dan langkah menangani masalah tingkah laku seksual pelajar mengikut Pendekatan Kaunseling Islam. Artikel ini mengupas apakah yang dimaksudkan perbuatan zina, punca-punca, kesan dan Pendekatan Kaunseling Islam untuk menangani tingkah laku seksual. Oleh itu, Model Al Ghazali yang disarankan oleh Tunku Sarah (1997) dan Yatimah (2005) dijadikan garis panduan perbincangan penulis. 2.0 Definisi Perbuatan Menghampiri Zina Perbuatan menghampiri zina yang dimaksudkan bermula dengan pandangan (mata) yang membangkitkan nafsu syahwat sehingga ke hati. Islam menggariskan tingkah laku membawa perzinaan yang dicetuskan pancaindera adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Anggota- pegang,raba, dedah,sentuh,jalan Mulut- kucup, cakap, pujuk, goda Mata- intai, lihat & kenyit Telinga- dengar, intip Hidung- cium Riwayat Bukhari dan Muslim menegaskan pandangan secara tiba-tiba (tanpa sengaja) pada pasangan bukan muhrim tanpa tujuan merupakan pandangan pertama, tetapi pandangan kedua, hukumnya berdosa. Rumusan : Pelajar yang bertingkah laku menghampiri zina adalah mereka yang melihat, bersentuhan (pegang, raba), bercakap dengan berahi, mendengar, bercium sehingga membangkitkan nafsu syahwat dan meresap di hati. Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Contoh fenomena perbuatan pelajar menghampiri zina (maksiat) i. ii. iii. iv. v. vi. Memandang pelajar lelaki/perempuan dengan berahi (nafsu syahwat) Menonton dan memiliki vcd atau bahan-bahan lucah, internet lucah, sms lucah dsbnya. Berdating antara lelaki-perempuan, pasangan gay atau pasangan lesbian. Bercakap, goda, pujuk antara pasangan dengan kata-kata bernafsu syahwat. Mendengar antara pasangan kata-kata lucah dan bernafsu syahwat. Bercium antara pasangan dengan bernafsu syahwat. Allah swt memerintahkan Daulah Islamiah kepada sesiapa yang berzina dijatuhkan hukuman 100 kali sebatan. Perempuan-perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah keduanya didera, masing-masing 100 kali sebatan. Janganlah sayang keduanya dalam mengerjakan perintah Allah dan jika kamu beriman kepada Allah swt. (An Nur: 2) 3.0 Mengapa Berlakunya Zina 3.1 Hati yang Kotor dan Rosak Menurut Model Al Ghazali Rasulullah saw pernah bersabda bahwa di dalam tubuh kamu ada segumpal darah, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh manusia itu jika dia buruk maka manusia itupun menjadi buruk pula, maka ketahuilah ia ialah hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Model Al Ghazali dalam Tunku Sarah (1997) dan Yatimah (2005) menjelaskan hati atau Qolbu adalah bahagian penting dalam diri manusia yang tetap berfungsi sejak hidup di dunia hingga ke hari akhirat. Fungsi hati atau Qalbu tidak berhenti atau putus akibat datangnya kematian. Bahagian tubuh lain seperti mata, telinga, otak dan seluruh tubuh tidak berfungsi lagi setelah datangnya Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. kematian. Namun hati akan tetap berperanan dialam barzakh, dihari berbangkit sampai dihari berhisab kelak. Hati yang jernih dan bersih akan membawa kita pada penghidupan yang sejahtera dan kekal selamanya di sisi Allah baik di dunia mahu pun di akhirat. Hati yang kotor, busuk dan penuh penyakit akan membawa manusia melakukan perkara-perkara mazmumah seperti khianat, bermusuhmusuhan, mengadu domba, melakukan tabiat zina, angkuh, bakhil dan sebagainya. Dalam konteks ini, pelajar yang mempunyai hati yang kotor, rosak, keras membatu dan akhirnya tertutup hatinya untuk menerima petunjuk dan hidayah Allah swt, sebaliknya gemar melakukan sifat-sifat tercela melibatkan pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks tanpa perkahwinan. Ini jelas daripada Al Ghazali (1977) dalam Tunku Sarah (1997), hati mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri manusia kerana ia mampu menarik manusia kepada keselamatan atau kebinasaan dunia dan akhirat. Ini bermaksud manusia yang bertindak mengikut hati sehingga menurut hawa nafsu mampu membinasakan manusia akibat perbuatannya yang merugikan itu. 10- Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta (Surah Al Baqarah, Ayat 10) Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. 7- Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. (Surah Al Baqarah, Ayat 7) 108- Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai. (SurahAn Nahl,Ayat 108) 3.2 Manusia Yang Bertindak Mengikut Hawa Nafsu Al Ghazali (1977), Jaafar (1996) dan Ibnu Jauzi (2000) menyatakan setiap manusia memiliki hawa nafsu. Hawa nafsu bertindak mengikut kata hati. Syaitan mendorongnya untuk memenuhi tuntutan nafsu dan memperlihatkan keindahan dan kebaikan daripada sifat-sifatnya yang tercela itu. Disini, mereka berasa seperti orang yang benar dan mendapat petunjuk, tetapi tahukah bahawa syaitan telah menipu tanpa mereka sedari. Firman Allah swt; 36- Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. 37- Dan sesungguhnya setan-setan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. (Surah Az Zukhruf, Ayat 36-37) Manusia yang bertindak mengikut hawa nafsu sanggup merendahkan martabatnya sebagai seorang khalifah bagi memenuhinya dengan pelbagai cara dan bertindak rakus seperti memuaskan nafsu seksual, memuaskan nafsu makan, memuaskan nafsu mengumpul harta, suka dengan pujian, dan sebagainya. Penghidupannya hanya tunduk dan mengabdikan diri kepada runtunan nafsu. Tambah menyedihkan, mereka tidak peduli dengan hukum halal dan haram yang ditetapkan Allah swt, bahkan memenuhi tuntutan hawa nafsu merupakan perkara yang lebih penting. Dalam konteks ini, ahli tasawuf menjelaskan bahawa nafsu manusia yang cenderung melakukan perbuatan keji dan mungkar seperti perzinaan, khianat, mengadu domba, tamak haloba, rakus dan sebagainya adalah golongan yang memiliki nafsu amarah. Nafsu amarah berada pada tingkat yang paling rendah. Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Yusuf, Ayat 53) Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. 16- Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan (sahabat-sahabat Nabi): “Apakah yang dikatakannya tadi?” Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. ( Muhammad 16) Hawa nafsu sebagai musuh utama manusia harus dilawan, tetapi melawan hawa nafsu bukan perkara mudah. Oleh itu, jihad memerangi hawa nafsu lebih utama berbanding jihad yang lain. Imam Al-Ghazali membahagikan terdapat 3 jenis jihad. i. Pertama - Jihad melawan orang-orang kafir - Dalam bentuk peperangan menentang kaum kafir. ii. Kedua - Jihad melawan orang-orang yang batil – Di lakukan dengan pengetahuan dan hujah yang kuat. iii. Ketiga - Jihad melawan hawa nafsu. - Jihad spiritual dan merupakan jihad yang paling utama. Jihad memerangi hawa nafsu adalah kekuatan yang lebih penting berbanding memerangi orang-rang kafir. Sukarnya memerangi hawa nafsu sendiri diakui sendiri oleh para sahabat. Ini dijelaskan daripada kisah para sahabat ketika pulang dari perang melawan orang-orang kafir. Bahkan Nabi Sulaiman pernah bersabda, “Sungguh sukar menewaskan hawa nafsu berbanding menakluki sebuah kota sendirian” [Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 15]. Maka jelas, bahawa hawa nafsu selalu mengajak kepada perkara-perkara yang menuju kebatilan, manusia yang terpedaya dengan pujukan syaitan, perlahanlahan akan menuju kebinasaan. Dengan kata lain, manusia yang menuruti hawa nafsu akan menuju ke neraka. Rumusnya, hawa nafsu yang mengikut kata hati merupakan sumber bencana dan muara kejahatan menuju ke neraka (Imam AlGhazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 14-15). Justeru itu, jelas manusia mempunyai dua iaitu mengabdikan diri kepada hawa nafsu atau mengabdikan diri kepada Pencipta (Allah swt). Manusia yang mengabdikan diri kepada hawa nafsu akan lupa kepada Allah, sebaliknya orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan bersedia mengorbankan tuntutan hawa nafsu. 3.3 Perbuatan Anggota Badan Manusia Yang Menurut Nafsu Seksual Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Syaikh Asad Muhammad (2004), Ali Ibn Muhammad (2005), dan Amran Kasimin (2008) mengariskan anggota badan manusia yang menurut nafsu seksual 1. Mata – Merenung perempuan dengan berahi, memandang perempuan berpakaian seksi (baju ketat, singkat dan jarang), terpesona memandang perempuan untuk kali kedua. 2. Muka - Bersolek hingga meningkatkan syahwat lelaki 3. Tangan – Melancap, Menyentuh tubuh pasangan lelaki/perempuan. 4. Mulut - Bercium dengan perempuan, berbual hingga menaikkan syahwat 5. Kemaluan – Memasukkan zakar ke dalam faraj perempuan (berzina) 6. Kaki - Berjalan ke tempat membeli vcd lucah, berjalan ke pub/ disko 7.Anggota tubuh - Sengaja mempamerkan bentuk tubuh spt buah dada, paha, betis, punggung untuk kelihatan seksi, memakai minyak wangi hingga meningkatkan shahwat lelaki/perempuan, membonceng motorsikal teman lelaki 8. Pakaian - Sengaja mempamerkan pakaian ketat, singkat, dan jarang untuk kelihatan seksi dan menggoda 4.0 Punca-Punca Yang Mendorong Tingkah laku Seksual Remaja Jamlus Aziz dalam Mohd Nur Asnawi Daud dan Amir Abd Hamid (2008) dan Amran Kasimin (1996) menjelaskan terdapat beberapa punca-punca yang melibatkan perbuatan seks bebas dikalangan gadis Melayu seperti kurang didikan agama dan dengan tujuan untuk diperdagangkan. Di samping itu, puncapunca lain yang dikenalpasti berlakunya tingkah laku seks dikalangan remaja adalah seperti berikut: No Punca-punca 1 Diri sendiri Alasan/ Rasional Suka hidup berfoyafoya Tabiat semulajadi Tekanan sebagai Akibat Melancap Zina Melacurkan diri Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. 2 3 4 5 6 7 pelajar Rakan Sebaya Terpengaruh dengan rakan sebaya Teman Mengajak perbuatan lelaki/perempuan maksiat Pakaian yang berahi Pujukan yang berahi Pandangan yang berahi Sentuhan yang berahi Ibu bapa Sibuk bekerja Tidak menekankan pendidikan agama Tidak mementingkan batas pergaualan Tidak mementingkan aurat Kurang Didikan Agama Kurang didikan agama Kurang faham agama Tidak menitikberatkan amalan agama Suka melanggar agama Ustaz/Golongan Agama Suka mengkritik/tidak membantu Dakwah yang tidak sampai Media Massa Rancangan TV yang tidak positif 8 Telifon bimbit 9 Internet 10 Persekitaran 5.0 Mudah muat turun gambar lucah Mudah sms perkataan lucah Mudah akses gambar lucah Mudah VCD lucah di pasaran Zina Melacurkan diri Melancap Zina Melacurkan diri Melancap Zina Melacurkan diri Melancap Zina Melacurkan diri Melancap Zina Melacurkan diri Melancap Zina Melacurkan diri Melancap Zina Melacurkan diri Melancap Zina Melacurkan diri Melancap Zina Melacurkan diri Kesan Perbuatan Tingkah laku Seksual Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Ahmad Amin (1995), Mochamad (1999), dan Hatta Sidi dan rakan-rakan (2006) menjelaskan beberapa kesan perbuatan tingkah laku seksual seperti : i. Melancap – (Dengan tangan, bantal, selimut, timun, karot, dsb) – Boleh mengakibatkan individu menjadi pelupa, lemah tenaga syahwat dan boleh bertindak menjadi perogol sekiranya kehendak diluar batasan. ii. Seks rambang – Mengakibatkan hamil anak luar nikah, penyakit HIV, sifilis dan gonorea. iii. Sumbang mahram – Hamil anak luar nikah, malu kepada kaum keluarga, dan generasi yang porak peranda dan masyarakat dalam negara yang rosak akhlak. 6.0 Menangani Tingkah laku Seksual Mengikut Pendekatan Kaunseling Islam Menurut Hassan Langgulung (1990) kaunseling islam adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang pakar dalam psikologi kaunseling atau kaunselor dengan seorang lain yang ditujukan kaunseling itu atau klien. Teknik dan kaedah teknikal secara profesional digunakan bertujuan menolong klien untuk memahami diri, memahami kebolehan dan mendorong menerima takdir berteraskan syariat islam bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Menurut Ali Yacob (1995) dan Mohamed Sharif (1998) kaunseling islam merujuk kepada suatu proses pertolongan yang diberi untuk menolong meredakan sebarang permasalahan yang berkaitan psikologi yang wujud oleh tekanan perasaan seperti takut, sedih, dan marah disamping mengenalpasti dan memperkembangkan potensi diri kea rah mengubah sikap dan tingkah laku yang lebih sesuai, dan mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat dengan banyak bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah. Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Dalam konteks ini, pendekatan kaunseling Islam adalah pertolongan kaunselor menolong klien mengikut syara Islam melalui cara bermuhasabah diri, bertaubat (Nasuha), dan merenung kegerunan siksaan dan azab alam kubur dan alam neraka. Klien dinasihatkan dengan melakukan perbuatan amar makruf nahi mungkar dalam usaha proses pemulihan. 6.1 Perbuatan Amar Makruf Merawat dan Memelihara Hati Al Ghazali Darusalam (1997) menjelaskan manusia menyedari hati merupakan unsur paling penting dalam kehidupan yang tetap berfungsi sampai akhir zaman. Oleh itu, kita harus merawat dan memeliharanya dengan baik agar tidak rosak dan dipenuhi penyakit yang dapat memberi kesengsaraan kepada diri manusia. Hati yang bersih dan jernih adalah hati yang selalu ingat kepada Allah swt, setiap saat melakukan komunikasi dengan Allah, sehingga selalu berada dalam bimbingan dan hidayah-Nya. Mata, hati dan tubuh manusia sentiasa dibimbing oleh hati untuk selalu memandang, mendengar dan menerima nasihat dan petunjuk dari Allah dengan hati yang terbuka. Beberapa cara untuk menjaga dan merawat hati supaya bersih adalah: 1. Selalu ingat pada Allah dimanapun kita berada 2. Selalu memuji kebesaranNya 3. Mengambil wuduk jika mengalami tuntutan nafsu 4. Segera memohon keampunan atas kesilapan dan dosa yang lepas 5. Selalu berzikir untuk mensucikanNya 6. Selalu memohon perlindungan dari godaaan syaitan dan tipu daya dunia yang melalaikan 7. Selalu mohon bimbingan dan tutunan Allah dalam menjalani kehidupan 8. Selalu membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al -Qur’an dan mentadabburinya setiap hari Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. 9. Melatih hati dengan sifat-sifat mahmudah untuk menjadi insan bertaqwa seperti tawakkal, sabar, ikhlas, jujur, amanah,ridha,kasih sayang menahan amarah, menahan nafsu, dan sebagainya 10. Bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah seperti sombong, takabbur, riya, dengki, dendam, khianat, kikir, tamak haloba, memperturutkan hawa nafsu dan sebagainya 6.2 Perbuatan Nahi Mungkar Mohd Ismail Thambi (2003) mengariskan beberapa langkah mengelakkan perbuatan seksual seperti: 1. Diri Sendiri a. Elakkan hidup suka berfoya-foya b. Elakkan bersendirian kerana boleh mendorong seseorang berkhayal c. Elakkan membaca novel romantis atau menghairahkan d. Elakkan menerima wang saku yang banyak daripada ibu bapa kerana dikhuatiri digunakan untuk menonton wayang, gambar lucah dan sebagainya. 2. Rakan Sebaya – Elakkan berkawan dengan rakan yang rosak akhlak dan gemar melakukan perbuatan yang merugikan atau sia-sia. 3. Teman lelaki/wanita – Hentikan semua perbuatan maksiat seperti berdating (berdua-duaan) 4. Teknologi (Azhar, 2000) a. Telifon bimbit – Hentikan menghantar dan muat turun sms dan gambar lucah b. Internet – Hentikan menghantar, berchating, menonton, muat turun gambar dan perkara-perkara lucah Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. c. TV dan Radio – Hentikan menonton rancangan hiburan, dan lagu berunsur menghairahkan 5. Persekitaran a. Pub/ Disko – Hentikan mengunjungi pub/disko bertujuan hiburan dan hilang tekanan b. Pasaraya/pasar malam – Hentikan membeli VCD/DVD lucah 7.0 Kesimpulan Hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela. Pelajar yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah Tuhan diabaikan sebaliknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Justeru itu, dengan menularnya isu dan masalah pergaulan bebas dan hubungan seks antara muda mudi masa kini, sudah tiba masanya suatu Modul Pendekatan Kaunseling Islam untuk merawat dan memulih pelajar yang menghadapi tingkah laku seksual (maksiat) adalah perlu khususnya di alaf baru yang penuh mencabar. Semoga remaja Islam tidak terus hanyut dan menjadi pelapis negara yang dapat membangunkan negara menjelang tahun 2020. Rujukan Ahmad Amin Mohd Sulaiman. 1995. Seksualiti dan kaunseling. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Al Ghazali Darusalam. 1997. Dinamika ilmu akhlak islamiah. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ali Ibn Muhammad ad-Dihami. 2005. Mengendalikan hawa nafsu : upaya meraih ridha Allah. Jakarta : Qisthi Press. Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Ali Yacob. 1995. Perkhidmatan kaunseling. Kes di tanah suci. Kajang. Makruf Publisher & Distributors Sdn Bhd. Amran Kasimin. 1996, Oktober 24. Antara punca sosial tiada pendidikan agama. Mingguan Malaysia. Amran Kasimin. 2006, Jun 11. Menangani Godaan. Utusan Malaysia. Azhar Mohd Zain dalam Najibah Hassan. 2003, Mei 25. Bahan lucah sumber ketagihan seks. Utusan Malaysia. Bahaya Seks Rambang.2006. Harian Metro. Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar aliran islam liberal. Kempas, Johor: Penerbit Jahabersa. Hassan Langgulung. 1990. Kaunseling dalam masyarakat islam. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Kaunseling dalam masyarakat islam, YADIM, Kuala Lumpur. Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom dan Ramli Hassan. 2006. Seksualiti manusia, keharmonian jalinan antara jantina. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibnu Jauzi. 2000. Belenggu nafsu : membebaskan diri dari syahwat. Jakarta, Indonesia : Pustaka Azzam. Jaafar Salleh. 1996. Tingkatan-tingkatan nafsu dan kemuliaan martabat insan. Kuala Lumpur : Penerbit Era Ilmu Sdn Bhd. Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Mochamad Widjanarko. 1999. Seksualitas remaja. Indonesia. Universitas Gadja Mada. Mohamed Sharif Mustaffa. 1998. Kaunseling islam. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UTM, 4, (1). 19-30. Mohd Ismail Mohd Tambi. 2003, Oktober 21. Bahaya Amalan Onani. Utusan Malaysia. Mohd Nur Asnawi Daud dan Amir Abd Hamid. 4,000 klip tersebar. Harian Metro. 14 Mei 2008. ms 1. Najibah Hassan. 2003, Oktober 7. Amalan beronani memudaratkan?. Utusan Malaysia. Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa, Sulaiman Shakib Mohd Noor dan Ahmad Jazimin Jusoh. Pendekatan kaunseling islam untuk menangani masalah tingkah laku seksual pelajar. Suatu konsep pemikiran. Kertas kerja ini dibentangkan di International Seminar On Islamic Science And Technology (INSIST’ 08) di PWTC, Kuala Lumpur dianjurkan PPIPS dan SPACE UTM pada 18-19 Mac 2008. Syaikh As'ad Muhammad Sa'id Ash-Shaghirji. 2004. Memelihara mata dan nafsu seks. Terjemahan Amir Hamzah Fachrudin. Kuala Lumpur : Penerbit Al-Hidayah. Tragedi hidup Sufiah. 2008, Mac 31. Utusan Malaysia. Tunku Sarah Tunku Mhd Jiwa. 1997. Pembinaan model penerapan nilai di dalam pengajaran di Institusi Pengajian Tinggi. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Yatimah Sarmani. 2005. Pendekatan Kaunseling Islam. Satu analisis kualititatif model kaunseling berasaskan sifat-sifat manusia oleh imam Al-Ghazali. Tesis Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008. Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Kertas kerja ini dibentangkan di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 di Dewan SITC, UPSI, Tanjung Malim, Perak dianjurkan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pada 2-4 Jun 2008.