Lesson 10 for March 5, 2016 “Dan sesudah yang dapat binasa ini mengenakan yang tidak dapat binasa dan yang dapat mati ini mengenakan yang tidak dapat mati, maka akan genaplah firman Tuhan yang tertulis: "Maut telah ditelan dalam kemenangan”(1 Korintus 15:54). Paulus Menjelaskan babak pada Kontroversi besar di dalam surat tulisannya: “Sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, karena semua orang telah berbuat.” (Roma 5:12) Kontroversi di Bumi bermula dengan dosa Adam. Adam kedua (Yesus) telah datang untuk menebus kita dari dosa Adam pertama. Dalam Roma 5, Paulus menerangkan hasil dari pekerjaan Adam kedua: “Sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, karena semua orang telah berbuat dosa.” (Roma 5:12) • Ramai yang mati(ay.15) • Penghakiman tiba untuk penghukuman (ay.16) • Maut berkuasa (ay.17) • Penghukuman datang untuk semua manusia (ay.18) • Ramai yang dibuat menjadi orang berdosa (ay.19) • Doa berleluasa (ay.20) • Rahmat Tuhan dan pemberianNya berkelimpahan (ay.15) • Pemberian itu untuk pembenaran (ay.16) • Orang yang menerima Dia akan memerintah (ay.17) • Pembenaran bagi kehidupan untuk semua manusia (ay.18) • Ramai yang dibuat menjadi benar (ay.19) • Rahmat akan lebih berkelimpahan (ay.20) “Sama seperti dosa berkuasa dalam alam maut, demikian kasih karunia akan berkuasa oleh kebenaran untuk hidup yang kekal, oleh Yesus Kristus, Tuhan kita.” (Roma 5:21) “Karena kami adalah kawan sekerja Allah; kamu adalah ladang Allah, bangunan AllaH.” (1 Korintus 3:9) Bagaimanakah bangunan Gereja Yesus dibina? Ia seperti bercucuk tanam. Ada orang yang menanam benih (mengkhutbahkan Injil), yang lain menyiramnya (mengajar) dan Tuhan membuat ia bertumbuh (1 Kor. 3:6). Sebaik dasarnya diletakkan (Yesus dan para Rasul), setiap orang bekerja membangunkan Gereja di atasnya (1 Kor. 3:10-11). Setiap kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah tentang bagaimana kita membinanya (1 Kor. 3:13-15). Jika ada yang cuba merobohkan Gereja itu, Tuhan akan membinasakan dia (1Kor. 3:1617). “Kamu semua adalah tubuh Kristus dan kamu masing-masing adalah anggotanya.” (1 Korintus 12:27) Agar dapat menang atas Konflik, Roh Suci menempatkan kita di tempat yang betul di dalam Gereja dan membekalkan kita dengan pelbagai kurnia (1 Kor. 12:4-11). Paulus membandingkan kurnia itu dengan fungsi pada pelbagai organ dalam tubuh kita. Tidak ada tubuh manusia yang hanya terdiri daripada telinga atau tangan. Tubuh berfungsi harus memiliki pelbagai anggota untuk melakukan pelbagai fungsi dan masing-masing harus menunaikan tanggungjawabnya (1 Kor. 12:12-24). “supaya jangan terjadi perpecahan dalam tubuh, tetapi supaya anggotaanggota yang berbeda itu saling memperhatikan.” (1 Korintus 12:25) E.G.W. (This Day with God, September 10) “Adalah atas perintah Tuhan bahawa para hambaNya memiliki pelbagai kurnia. Adalah dalam rencanaNya bahawa manusia dengan pelbagai pengetahuan dibawa ke dalam gereja untuk menjadi rakan sekerja bersama dengan Dia. Kita berhadapan dengan pelbagai minda untuk ditangani dan pelbagai jenis kurnia diperlukan. Para hamba Tuhan harus bekerja seharmonis. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita tidak sama secara tepat, namun kita memiliki roh yang sama – roh yang diam di dalam Kristus.” “Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis.” (Efesus 6:11) Musuh kita di dalam Kontroversi Besar sangat berkuasa: Iblis,pemerintajh dunia, penguasa kejahatan; penghulu kegelapan, roh jahat di udara (Efesus 6:12). Kita perlu senjata yang kuat untuk melawan mereka: KEBENARAN KEADILAN INJIL IMAN KESELAMATAN FIRMAN Kita perlu memakai SELURUH kelengakapan senjata. Bagaimanakah kita dapat pastikan kita dilindungi oleh senjata ini? “Dan sesudah yang dapat binasa ini mengenakan yang tidak dapat binasa dan yang dapat mati ini mengenakan yang tidak dapat mati, maka akan genaplah firman Tuhan yang tertulis: "Maut telah ditelan dalam Kemenangan.’” (1 Korintus 15:54 NIV) Tidak akan ada kemenangan jika keduadua umat percaya dan tidak percaya sama-sama kekal di dalam kubur. Paulus mengajar bahawa kemenangan kita sudah dipastikan; kebangkitan Kristus adalah jaminan kita. Kita akan bangkit sama seperti Kristus telah bangkit (1 Kor. 15:20-22). Oleh itu pengharapan kita tidak ditetapkan di dunia ini tetapi dalam kehidupan kekal yang Yesus berikan pada kedatanganNya kedua kali. Barulah segala-galanya akan menjadi sama seperti yang Tuhan rencanakan untuk Adam. Disa dan kejahatan akan menjadi suatu gangguan dalam kisah rencana ini; satu kontroversi yang sudah berkahir dan dilupakan. “. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan..” 1 Tesalonika 4:17) “Rencana Keselamatan yang agung akan mengembalikan keadaan dunia ini sesuai dengan kehendak Allah. Semua yang hilang akibat dosa akan dipulihkan. Bukan manusia sahaja tetapi bumi akan ditebus kembali untuk menjadi tempat kediaman kekal umat yang setia. Selama enam ribu tahun Syaitan telah berjuang mengekalkan dunia sebagai miliknya. Kini rencana asal Tuhan dalam penciptaannya dicapai. ‘Orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi akan menerima pemerintahan, dan mereka akan memegang pemerintahan itu sampai selama-lamanya, bahkan kekal selamalamanya.’ Daniel 7:18” E.G.W. (Patriarchs and Prophets, cp. 29, pg. 342)