Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [042] Berbahagialah Mereka Yang Dijemput (Edition 1.0 20020914-20020914) Kejadian pasal 24 adalah cerita mengenai Abraham mencari isteri untuk anaknya Ishak melalui hambanya. Cerita ini kaya dengan simbolisme. Kita melihat bahawa tujuan utamanya telah dimainkan dalam cerita Ishak mencari isteri. Ia mempunyai perhubungan langsung kepada Allah mencari pengantin perempuan untuk AnakNya, Yesus Kristus. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 2002 Wade Cox) (tr. 2005) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Mari kita lihat Kejadian pasal 24. Kejadian 24:1-4 Adapun Abraham telah tua dan lanjut umurnya, serta diberkati Tuhan dalam segala hal. 2 Berkatalah Abraham kepada hambanya yang paling tua dalam rumahnya, yang menjadi kuasa atas segala kepunyaannya, katanya: “Baiklah letakkan tanganmu di bawah pangkal pahaku, 3 supaya aku mengambil sumpahmu demi Tuhan, Allah yang empunya langit dan yang empunya bumi, bahwa engkau tidak akan mengambil untuk anakku seorang isteri dari antara perempuan Kanaan yang di antaranya aku diam. 4 Tetapi engkau harus pergi ke negeriku dan kepada sanak saudaraku untuk mengambil seorang isteri bagi Ishak, anakku.” Abraham sudahpun berumur 100 tahun apabila Ishak dilahirkan (Kej. 17:17). Abraham berumur kira-kira 140 tahun apabila ia menyuruh hambanya untuk mencari seorang isteri untuk anaknya. Ishak sudahpun berumur 40 tahun pada masa ini. Jika kita mengambil jubili (50 tahun) untuk setiap tahun bagi umur Ishak, dari tarikh ia dilahirkan sehingga ia berjumpa dan mengawini isterinya, kita akan mendapat 2000 tahun. Terdapat persamaan yang menarik mengenai kehidupan Kristus dengan kehidupan Ishak. Kristus telah dilahirkan hampir 40 jubili atau 2000 tahun yang lalu. Rebekah melambangkan Jemaat. Ishak sudahpun berumur empat puluh tahun apabila ia mengawini Rebekah. Kristus, dari tarikh ia dilahirkan, telah menunggu 40 jubili (2000 tahun) untuk bergabung dengan pengantinnya, Jemaat. Apabila kita membaca ayat yang berkaitan dengan jubili, ia melambangkan pengistiharan kebebasan seluruh bumi apabila Kristus datang (Ima. 25:10). Pada 40 tahun umur, Ishak sudahpun berupaya untuk memilih isterinya sendiri, tetapi Abraham telah menghantar hambanya ke Haran untuk mencari seorang isteri untuk Ishak. Abraham sendiri, melalui hambanya, yang mencari seorang isteri untuk anaknya. Begitu juga dengan Kristus. Allah Bapa, (digambarkan oleh Abraham), dengan kuasa Roh Suci (digambarkan oleh hamba) mencari orang, yang menjadi satu badan atau pengantin Kristus (Yoh. 6:44). Hamba yang paling tua yang dipanggil kemungkinan Eliezer. Abraham menghantar hamba ini sebab ia juga menyembah Allah (Kej. 24:26, 52). Jika ia adalah Eliezer, maka ketaatannya adalah sesuatu yang kita harus pertimbangkan. Ia mencari seorang isteri untuk anaknya yang telah menggantikannya daripada menjadi waris kepada harta Abraham (Kej. 15:2). Pengantin perempuan mestilah bukan orang Kanaan. Orang-orang Kanaan telahpun dikutukkan (Kej. 5:8-15). Abraham telah memberitahu hambanya untuk mencari seorang isteri untuk anaknya dari kalangan orang-orang yang menyembah Allah yang sama. Kejadian 24:5-6 Lalu berkatalah hambanya itu kepadanya: “Mungkin perempuan itu tidak suka mengikuti aku ke negeri ini; haruskah aku membawa anakmu itu kembali ke negeri dari mana tuanku keluar?” 6 Tetapi Abraham berkata kepadanya; “Awas, jangan kau bawa anakku itu kembali ke sana. Eliezer berkemungkinan menerangkan pasangan yang tidak percaya. Kita tidak boleh membiarkan pasangan yang tidak percaya untuk menahan kita meninggalkan Egypt atau memujuk kita kembali ke sana. Kita telah dipanggil keluar dari kegelapan kepada terang Allah yang ajaib (1Pet. 2:9) Kejadian 24:7 Tuhan, Allah yang empunya langit, yang telah memanggil aku dari rumah ayahku serta dari negeri sanak saudaraku, dan yang telah berfirman kepadaku, serta yang bersumpah kepadaku, demikian: kepada keturunanmulah aku Kuberi negeri ini – Dialah juga akan mengutus malaikatNya berjalan di depanmu, sehingga engkau dapat mengambil seorang isteri dari sana untuk anakku. Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Allah Bapalah yang telah mengeluarkan kita daripada rumah perhambaan. Semua kita yang melaksanakan kehendak Allah yang Benar dilihat sebagai keturunan Abraham yang rohani. Disini, Abraham mengenal Kristus sebagai Malaikat Allah. Kejadian 24:8 Tetapi jika perempuan itu tidak mau mengikuti engkau, maka lepaslah engau dari sumpahmu kepadaku ini; hanya saja, janganlah anakku itu kau bawa kemali ke sana.” Perempuan ini menggambarkan mereka yang dipanggil tetapi tidak terpilih. Roh Allah, akan bekerja dengan seseorang individu dan memimpin dia untuk pembaptisan. Eliezer telah dilepaskan daripada sumpah jika perempuan tersebut tidak mau mengikutinya. Begitu juga dengan Roh Allah. Eliezer disini, bersaksi tentang Roh Allah, dimana menunjukkan kepada kita bahawa jika seseorang tidak mahu mengikuti, Roh Suci telah “dilepaskan” daripada orang tersebut. Kejadian 24:9 Lalu hamba itu meletakkan tangannya di bawah pangkal paha Abraham, tuannya, dan bersumpah kepadanya tentang hal itu. Dari pembaptisan kita, kita telah diserahkan kepada Kristus. Kristus hidup di dalam kita (Gal. 2:20). Kita telah masuk dalam perjanjian untuk menuruti Allah. Kita tidak boleh kembali ke jalan kita yang lama apabila kita telah pernah mati dalam pelanggaran (Ef. 2:5) untuk membawa Kristus kembali kepada keadaan asal kita (Gal. 5:1). Kejadian 24:10 Kemudian hamba itu mengambil sepuluh ekor dari unta tuannya dan pergi dengan membawa berbagai-bagai barang berharga kepunyaan tuannya; demikianlah ia berangkat menuju Aram-Mesopotamia ke kota Nanor. Nombor sepuluh menunjukkan kelengkapan urutan dan satu permulaan baru sebagai 1 dalam siri-siri baru. Unta-unta melambangkan bangsa orangorang kafir. Dalam perkataan lain, merke mewaliki semua bangsa. Unta dianggap sebagai haram mengikut hokum (Ima. 11:4). Mukasurat 3 Manusia dianggap haram sebab ia tidak memelihara hukum. Semua barang-barang kepunyaan tuan berada di dalam tangan hambanya. Ini termasuk semua janji rohani. Melalui Abraham semua bangsa akan diberkati. Eliezer menunjukkan bahawa keselamatan seluruh bangsa berada dibawah tanggungjawabnya. Kejadian 24:11 Di sana disuruhnyalah unta itu berhenti di luar kota dekat suatu sumur, pada waktu petang hari, waktu perempuan-perempuan keluar untuk menimba air. Kemudian dia membuat unta-untanya berlutut. Eliezer menggambarkan Roh Suci dibawah arahan Kristus disini. Kristus akan membuat bangsa-bangsanya (unta) berlutu, di luar Yerusalem baru. Bagi semua bangsa yang dipunyai Allah (Maz. 82:8). Semua kuasa dan autoriti telahpun diberikan kepada Kristus. Hanya kepada mereka yang telah mencucikan jubah dibenarkan masuk melalui pintu ke Kota (Wah. 22:14). Hanya mereka yang telah mengatasi akan menjadi tiang pada kaabah Allah. Terdapat satu kota untuk kita, Yerusalem baru (Wah. 3:12). Manusiamanusia yang lain akan mendapatkan tempat mereka diluar kota. Perigi air adalah air (roh) yang diberikan oleh Kristus, dimana akan memberikan kehidupan kekal (Yoh. 4:14). Perempuanperempuan yang mengambil air melambangakan Jemaat. Pada zaman purba, adalah tugas perempuan untuk mengambil air dari perigi untuk keluarganya. Dalam zaman millennium, Jemaat akan berkongsi tanggungjawab untuk mendapatkan air kebenaran dan kehidupan untuk diberikan kepada semua bangsa. Kita, sebagai Jemaat yang mengambil sekarang, telah dipenuhi dengan Roh Suci (Kisah 2:4, 13:52). Ini terjadi pada waktu petang, dimana ia mempunyai erti yang penting. Pekerjaan berhenti (Rut 2:17); pekerja-pekerja dibayar (Ula. 24:15); korban-korban petang telah dilaksanakan (Kel. 29:38-42, Bil. 28:3-8); upacara kekotoran berakhir (Ima 11:24-28). Ishak keluar dan melayangkan pandangannya (Kej. 24:63). Kristus keluar untuk berdoa Mukasurat 4 (Mat. 14:23). Kita akan mendapat beberapa persamaan dari ayat-ayat ini. Orang dari bangsa-bangsa akan dibawa kepada perigi, pekerjaan mereka yang membebankan sebagai hamba berakhir (Gal. 5:1). Mereka boleh mengambil bahagian didalam pengorbanan Yesus Kristus; zaman upacara kekotoran mereka akan berakhir. Mereka akan datang dan mempelajari firma Allah, dengan doa yang disediakan dihadapan Allah, pengangkatan tangan sebagai korban waktu petang (Maz. 141:2) yang terdiri daripada belaskasihan dan pengetahuan Allah (Hos. 6:6). Kejadian 24:12 Lalu berkatalah ia: “Tuhan, Allah tuanku Abraham, buatlah kiranya tercapai tujuanku pada hri ini, tunjukkanlah kasih setiaMu kepada tuanku Abraham. Eliezer berdoa kepada Satu Allah yang Benar. Dia juga mengenali Eloah, Allah yang Maha Tinggi, sebagai Allah Abraham. Abraham menyembah Satu Allah yang Benar. Kepada Allah inilah kita berdoa, dan tiada lain. Kita memohon didalam nama Anaknya, tetapi kita tidak berdoa kepadaNya. Kita diberitahu dalam Alkitab bagaimana kita berdoa (Mat. 6:9-13). Apabila kita berdoa untuk keprehatinan orang lain, lebih dari kita, Bapa akan memberikan semua keperluan kita. Ini merujukkan pencarian Kerajaan terlebih dahulu, dan yang selebihnya akan diberikan kepada kita (Mat. 6:33). Ia adalah satu sikap pengorbanan diri. Inilah ada pada Kristus. Dia memberikan nyawanya untuk kita. Ini lah jenis roh yang kita mesti ada. Kejadian 24:13-14 Di sini aku berdiri di dekat mata air, dan anak-anak perempuan penduduk kota ini datang keluar untuk menimba air. 14 Kiranya terjadilah begini: anak gadis, kepada siapa aku berkata: Tolong miringkan buyungmu, supaya aku minum, dan yang menjawab: Minumlah, dan unta-untamu juga akan kuberi minum – dialah kiranya yang Kautentukan bagi hamba-mu, Ishak; maka dengan begitu akan kuketahui, bahwa Engau telah menunjukkan kasih setia-Mu kepada tuanku itu.” Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Konsep dimana Eliezer berdiri dekat perigi merujukkan kepada Jemaat-Jemaat yang datang dan mengambil air dari perigi kehidupan. Tetapi roh (hamba) membuat perbezaan di antara Jemaat-Jemaat (women). Jemaat bukan saja mempunyai kesaksian, tetapi mesti mempunyai buah Roh (Mat. 7:20). Perempuan yang akan berkata: minumlah, dan unta-untamu juga akan kuberi minum, mempunyai kesaksian. Kerajaan Allah dibina dari orang-orang yang rela melayan, bukan yang mahu dilayan. Itulah apa Allah mahu (Mat. 20:28). Kejadian 24:15 Sebelum ia selesai berkata, maka datanglah Ribka, yang lahir bagi Betuel, anak laki-laki Milka, isteri Nahor, saudara Abraham; buyungnya dibawanya di atas bahunya. Allah Bapa mengetahui apa yang kita perlu sebelum kita meminta (Mat. 6:8). Keturunan Rebekah menunjukkan bahawa dia adalah keluarga Abraham, tetapi yang lebih penting, dia menyembah Satu Allah yang Benar, sebagai keturunan rohani. Dia keluar. Ini merujuk kepada tindakannya yang keluar dari keluarga dan dunia ini. Dia datang kepada tugasnya. Dia keluar untuk mendapatkan air dari perigi, dimana merupakan imannya. Membawa baldi menunjukkan bahawa dia mempunyai alat dan tenaga untuk mendapatkan air untuknya, dan tidak bergantung kepada orang lain. Tubuh duniawi kita dilambangkan sebagai kapal yang diperbuat daripada tanah (Yes. 64:8). Tanah, dalam keadaan semulajadinya, tidak begitu sesuai untuk membuat pasu. Kita sebagai manusia dalam keadaan semulajadi tidaklah sesuai untuk mendapatkan Kerajaan Allah (1Kor. 15:50). Tanah dicampur dengan air, dan kemudiannya di ayak untuk mengeluarkan batu-batu dan benda-benda yang besar. Dengan peralatan Roh Suci kita boleh dibentuk dan diubah, hati kita akan dibersihkan daripada kejahatan dan tubuh kita dibasuh dengan air yang murni. Tanah boleh dibentuk dan akan tetap dalam keadaannya, dan ia akan menjadi keras apabila didedahkan kepada suhu yang tinggi. Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Suhu yang tinggi adalah proses permurnian yang kita harus lalui. Kita menderita dengan banyak pencobaan supaya keaslian iman kita boleh di uji dalam api. Hasil terakhir adalah pujian dan kemuliaan dan kehormatan apabila Kristus kembali (1Pet. 1:7). Apabila kita ditaruhkan didalam api dan dimurnikan, komposisi rohani kita akan berubah. Kita kemudianya disesuaikan kepada imej saudara kita, Yesus Kristus (Roma 8:29) yang mana dia sendiri telah diuji oleh kesengsaraan dan berupaya untuk membantu kita (Ibr. 2:18) yang mencapai kesempurnaan (Ibr. 5:9) Kejadian 24:16 Anak gadis itu sangat cantik parasnya, seorang perawan, belum pernah bersetubuh dengan laki-laki; ia turun ke mata air itu dan mengisi buyungnya, lalu kembali naik. Ayat ini merujukkan kepada keadaan rohani seseorang sebelum pembaptisan. Sebelum pembaptisan, kita mesti menghasilkan buahbuah yang baik untuk pertobatan (Mat. 3:8). Ayat berkenaan ini menunjukkan batas pemisah dalam seseorang. Perempuan menggambarkan individu yang telah di ambil oleh Allah, dan sedia diberikan kepada Kristus. Sekarang, anak gadis itu sangat cantik parasnya. Secara fizikal, Rebekah mempunyai kecantikan luaran. Tetapi kita ingin melihat kepada tujuan rohani: Minda dalaman. Perkataan sekarang, merujukkankan kepada keadaannya. Jika kita mengasihi Allah dengan hati yang tulus dan mengasihi jiran kita, kita sekarang dianggap sebagai cantik. Apabila kita pertobatan, dan hukum Allah, sebenarnya, kita dimata Tuhan. (Yak.1:25) menunjukkan buah-buah mula memelihara hukummengenali siapa Allah dianggap sangat berharga Kita bernilai seperti emas Belum bersetubuh dengan laki-laki. Kita yang menyembah Satu Allah yang Benar dilihat seperti perawan dalam kerohanian (Wah. 14:4). Kita yang mengasihi dan menurut Allah Bapa, menyembah Dia melalui AnakNya Yesus Kristus. Jika kita terus setia, kita akan tetap perawan murni. Mukasurat 5 Dalam konteks upacara pembaptisan, kita pergi ke perigi atau tempat air yang dalam. Kita mesti menyelam sepenuhnya. Apabila kita timbul dari air, kita diberi Roh Suci (Kisah 8:39). Dengan ini, dia melihat keperluannya untuk mengisi buyungnya dengan air dari perigi, iaitu Roh Suci. Dalam Matius, kita membaca cerita mengenai Roh Allah yang turun seperti burung merpati dan hinggap pada Kristus (Mat. 3:16). Ini menunjukkan bahawa Kristus berada disini dalam daging dan telah menerima Roh Suci dalam keadaan tersebut. Kejadian 24:17 Kemudian berlarilah hamba itu mendapatkannya serta berkata: “Tolong beri aku minum air sedikit dari buyungmu itu.” Dan hamba itu berlari untuk berjumpa dengannya – ini adalah sambungan. Selepas saja kita timbul dari air, kita disegarkan, atau berjumpa dengan Roh. Roh membawa kit kepada pembaptisan. Sebelum pembaptisan ia bekerja dengan kita, tetapi diluar kita. Selepas pembaptisan dengan pencelupan dan dengan ‘meletakkan tangan’ Roh datang dan menjadi sebahagian daripada kita. Kristus keluar daripada air dan Roh Allah turun kepada dia. Rebekah “keluar” dan hamba (Roh Allah) berlari dan berjumpa dengannya. Perkataan berlari menunjukkan kepantasan bagaimana ia dilakukan. Ia cepat, dan serta merta. Kita diberi Roh Suci dan diberikan kepada Kristus yang hidup dialam kita (Gal. 2:20). “Tolong beri aku minum air sedikit dari buyungmu itu” (ayat 17). Kita mestilah selalu berada dalam keadaan rohani dimana kita selalu bersedia untuk membantu orang lain dengan keajaiban Allah. Kita tidak seharusnya berjalan kosong. Buyung kita mestilah selalu penuh dengan roh Allah. Rebekah penuhkan buyung dan meletakkan pada bahunya. Dia melakukan kerjanya dengan setia, efektif dan efesien. Kita telah diberi kerja untuk dilaksanakan dan kita tidak semestinya membiarkan diri kita diganggu daripada panggilan dan dari tugas Mukasurat 6 yang telah diberikan kepada kita. Kita mesti berpegang teguh dengan apa yang kita ada supaya tiada seorangpun yang boleh mengambil mahkota kita (Wah. 3:11). Pada mulanya Rebekah tidak memberikan hamba minuman. Dia memenuhkan buyungnya kemudian pulang ke rumah. Kita semestinya berhati-hati dengan kepada siapa kita beri minum dari buyung kita. Kita tidak seharusnya membuang mutiara kepada babi (Mat. 7:6). Jika seseorang dehaga dengan firman Allah, dia akan meminta minum, dan kita akan memuaskan kehausan mereka. Bukan semua ingin minum dari perigi kehidupan. Tetapi jika “seseorang haus”, maka kita mestilah menolong mereka dan memuaskan kehausan mereka kepada kebenaran. Hamba melihat Rebekah semasa dia mengisi buyungnya, jadi dia mengetahui bahawa buyungnya penuh dengan air. Semua disekeliling kita haruslah mengetahui bahawa kita dipenuhi dengan roh yang berbeza, iaitu roh kebenaran. Dia melihat dan memerhati dia melakukan pekerjaan setiap hari dan mendapati bahawa dia adalah seorang yang kuat bekerja dengan tugasnya. Begitu juga kita, apabila orang memerhati kehidupan kita, mereka akan tertarik kepada kita, mahu minum air dari perigi dimana kita telah mendapatkan air tersebut. Kejadian 24:18 Jawabnya: “minumlah, tuan,” maka segeralah diturunkannya buyungnya itu ke tangannya , serta diberiknya dia minum. Dia dengan segera berkata minumlah, tuan. Kita tidak harus menolak sesiapa sahaja yang mahu bertanya tentang Tuhan. Rebekah memperlihatkan sikap Jemaat. Kita mestilah sedia memberikan pertolongan dalam ketakutan dan kegementaran (Wah. 22:17). Rebekah menghormati hamba Abraham lebih daripada dirinya sendiri. Dengan memanggilnya tuan, dia telah merendahkan dirinya kepada kedudukan hamba. Kita haruslah membantu dan melayan satu sama lain didalam kasih (Gal. 5:13). Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Kita juga boleh melihat bahawa dia merendahkan buyungnya ke tangannya. Apabila kita melayani orang lain, kita semestinya boleh menolong mereka dengan tangan atau keupayaan kita sendiri. Rebekah tidak melayan Eliezer dengan memberikan buyung kepadanya. Tidak menuangkan air keluar. Ada orang yang tidak mampu atau segan untuk mencari firman Tuhan. Kita mestilah boleh mengenal pasti mereka dan cuba membantu dimana kita boleh (Kisah 20:32). Kristus Tuhan dan tuan kita, tetapi dia membasuh kaki murid-muridnya, yang mana kita lakukannya setiap tahun pada hari perjamuan suci, untuk peringatan (Yoh. 13:14). Dia kemudian memberikan nyawanya kepada kita. Inilah sikap yang diingini oleh Bapa supaya ada pada kita (1Yoh. 3:16). Kristus boleh melihat bahawa bukan sahaja mereka yang dipanggil oleh Bapa yang dahaga dengan air kehidupan, tetapi dia boleh melihat bangsa-bangsa (unta-unta) juga memerlukan minuman dari perigi kehidupan. Dia tahu bahawa dia akan mengorbankan hidupnya untuk kita menerima Roh Suci dari Bapa, sama ada kita orang Yahudi atau Yunani. Kejadian 24:19 Setelah ia selesai memberi hamba itu minum, berkatalah ia: “Baiklah untuk untauntamu juga kutimba air, sampai semuanya puas minum.” Disini Rebekah telah menunjukkan bahawa dia juga mengambil kita keperluan unta-unta yang dahaga. Ini adalah lebih daripada perbuatan kebaikan. Amsal 12:10 Orang benar memperhatikan hidup haiwannya, tetapi belas kasihan orang fasik itu kejam. Kita dipanggil untuk menjadi benar dan perlu prehatin dengan kehidupan atau kebajikan orang lain. Secara sempurna, ia bermakna “kasihilah jiranmu seperti diri sendiri.” (Ulang. 6:4). Kristus tidak mati untuk satu bangsa orang tertentu. Dia mati untuk semua bangsa manusia. Kita mesti Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] melayan baik semua orang dan bukan memilih. Kita juga diberitahu untuk mengasihi musuh (Mat. 5:44). Dengan kasih yang ditunjukkan oleh Rebekah kepada orang asing ini dan binatangnya, dia sebenarnya memelihara hartanya. Jemaat (Rebekah) sedang memelihara hartanya (bangsa-bangsa). Dengan mengasihi jiran kita sekarang, sebenarnya kita memelihara mereka yang akan menjadi dibawah tanggungjawab kita (Wah. 2:26-27). Kejadian 24:20 Kemudian segeralah dituangnya air yang di buyungnya itu ke dalam palungan, lalu berlarilah ia sekali lagi ke sumur untuk menimba air dan ditimbanyalah untuk semua unta orang itu. Rebekah segeralah menuangkan air ke dalam palungan. Kita mestilah selalu mengambil peluang untuk menolong orang lain. Kita tidak biarkan mereka yang mencari panduan rohani untuk mati ke hausan. Kita mestilah bertindak segera. Allah telah memanggil orang dari segala bangsa, dan kita mestilah melakukan yang terbaik untuk memastikan agar semua akan mendapat air yang memberikan kehidupan yang disediakan oleh Allah melalui AnakNya Yesus Kristus (1Kor. 12:13). Kita boleh melihat bahawa tiada perbezaan antara yang halal dan yang haram. Unta-unta Eliezer telah menerima air dari perigi yang sama. Kita telah diberikan Roh yang sama, tetapi dengan keupayaan dan talenta yang berlainan. Rebekah telah penuhkan dan menuangnya beberapa kali. Ada orang yang memberikan roh mereka dalam pelayanan orang lain, dan sukar sekali mendapat kembali roh tersebut. Tetapi kita tidak semestinya merasa penat dalam pelayanan orang lain. Kita mestilah mampu menuangkan roh belas kasihan dan kasih kepada orang lain. Kejadian 24:21 Dan orang itu mengamatinya dengan berdiam diri untuk mengetahui apakah Tuhan membuat perjalanannya berhasil atau tidak. Mukasurat 7 Kita boleh mengambil dari ayat ini bahawa orang tadi melambangkan Kristus, sebagaimana kita sekarang diserahkan kepada dia. Kita telah dibaptiskan didaalam tubuh Kristus. Ini menunjukkan kepada kita bahawa hanya Bapa sahaja yang maha mengetahui segala perkara. Kristus tidak tahu hasil bagi semua perkara. Hanya Bapa di syurga sahaja yang mengetahui semua (Mat. 24:36). Kejadian 24:22 Setelah unta-unta itu puas minum, maka orang itu mengambil anting-anting emas yang setengah syikal beratnya, dan sepasang gelang tangan yang sepuluh syikal emas beratnya, 23 serta berkata: “Anak siapakah engkau? Baiklah katakan kepadaku, Adakah di rumah ayahmu tempat bermalam bagi kami?” Perletakan dua gelang di tangannya dan “cincin hidung” atau lebih tepat disebut permata yang diletakkan di dahi; cf. Keasalan kepada Pemakaian Anting-anting dan Barangan Permata pada Masa Kuno (No. 197), menunjukkan pembelian terhadap sepenuh diri orang yang berkenaan dan diberi untuk didamaikan. Kita didefinisikan oleh tindakan kita, yang melibatkan tangan, melambangkan seluruh minda (Maz. 24:4, Kisah 2:23). Tangan boleh melambangkan kumpulan; “tangan musuhku,” (Maz. 31:15); bangsa; “tangan orang Mesir,” (Kel. 3:8); dan digunakan untuk menerangkan zaman, “Bertobatlah, sebab kerajaan syurga sudah dekat,” (Mat. 3:2, Mat. 4:17). Tangan juga menerangkan cara Kristus menyembuh: “Segera Yesus menghulurkan tanganNya dan memegang dia” (Mat. 14:31); “Anakku perempuan baru saja meninggal, tetapi datanglah dan letakkanlah tanganMu atasnya, maka ia akan hidup.” (Mat. 9:18). Kita juga menggunakan tangan kita apabila berdoa (Kej. 14:22). Tangan mengumpamakan kelemahan dan juga kekuatan dan digunakan untuk memberkati (Kej. 48:14,17); dan dalam penyembahan (Ima. 14:26,27). Kedua gelang melambangkan tangan kiri dan kanan, menggambarkan kelemahan fizikal (kiri) dan kekuatan rohani (kanan). Mukasurat 8 Perempuan dan lelaki orang-orang Ibrani memakai gelang. Jemaat terdiri daripada lelaki dan perempuan dan kita adalah orang Yahudi rohani (orang Ibrani) (Rom. 2:29). Gelang adalah tanda status yang tinggi atau kedudukan diraja (2Sam. 1:10). Kita telah dipilih menjadi imamat rajani (1Pet. 2:9) didalam rumah Daud. Gelang diperbuat daripada material yang berharga. Kita adalah sangat bernilai dalam pandangan Tuhan (Maz. 116:15; Maz. 35:17). Gelang diperbuat daripada emas. Yang Maha Kuasa adalah emas kita, kaya dalam iman (Ayub 22:25). Pada zaman purba, gelang, yang menggambarkan kepentingan dipakai pada tangan. Gelang perempuan biasa dipakai pada pergelangan tangan, sebagaimana ia dipakai sekarang. Rebekah diberi gelang untuk pergelangan tangannya seperti mana dipakai oleh perempuan biasa. Tetapi ini adalah untuk menunjukkan bahawa Allah menggunakan yang lemah dan yang biasa untuk menyedarkan yang pintar dan kuat (1Kor.1:27). Gelang yang beratnya sepuluh Syikal, adalah bersamaan dengan harga seorang mesti bayar untuk seorang perempuan di antara umur lima dan dua puluh tahun (Ima. 27:1-5). Kristus membayar harga untuk kita, apabila dia korbankan nyawanya. Gelang dan permata kepala juga berkaitan dengan upacara penebusan dosa (Bil. 31:49-50). Kejadian 24:24-25 Lalu jawabnya kepadanya: “Ayahku Betuel, anak Milka, yang melahirkannya bagi Nahor.” 25 Lagi kata gadis itu: “Baik jerami, baik makanan unta banyak pada kami, tempat bermalampun ada.” Eliezer dan Rebekah adalah dalam iman yang sama. Kita yang mempunyai iman yang sama tidak sepatutnya mempunyai beban yang tidak sama. Kita juga mesti memelihara jamuan Tuhan bersama-sama dimana saja ia boleh dilaksanakan. Kejadian 24:26-27 “Lalu berlututlah orang itu dan sujud menyembah Tuhan. 27 Serta berkata: “Terpujilah Tuhan, Allah tuanku Abraham, yang tidak menarik kembali kasihNya dan setiaNya Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] dari tuanku itu; dan Tuhan telah menuntun aku di jalan ke rumah saudara-saudara tuanku ini.” Disini hamba memberikan syukur kepada Allah. Ternyata bahawa hamba ini melihat bahawa perkara ini telah belaku bukanlah secara kebetulan, dan bahawa Allah Bapa adalah yang bertanggungjawab dalam semua proses. Dia memberikan apa yang diperlukan dan dikehendaki oleh sesiapa yang memohon. Kita juga mesti memberi syukur dalam segala perkara. Hamba yang ‘dalam perjalanan’, menunjukkan bahawa dia adalah dalam perjalanan iman. Dia beradalah dalam jalan keselamatan. Apabila kita menyerahkan jalan kita kepada Tuhan, dia akan membentukan minda kita (Ams. 16:3). Kristus memimpin semua yang dipunyainya. Kejadian 24:28 Berlarilah gadis itu pergi menceritakan kejadian itu ke rumah ibunya. Jemaat memelihara kebenaran yang telah diberikan kepadanya oleh Roh Suci yang tinggal didalam kita (2Tim. 1:14). Kita mempunyai misi untuk mengistiharkan jalan kepada keselamatan (Kisah 16:17). Jemaat membawa kesaksian Yesus Kristus kepada Israel fizikal dan Irael rohani. Kejadian 24:29-31 Rebekah mempunyai saudara laki-laki, namanya Laban. Laban berlari ke luar mendapatkan orang itu, ke mata air tadi. 30sesudah dilihatnya anting-anting itu dan gelang pada tangan saudaranya, dan sesudah didenganya perkataan Rebekah, saudaranya, yang bunyinya: “Begitulah dikatakan orang itu kepadaku.” Ia mendapatkan orang itu, yang masih berdiri di samping unta-untanya di dekat mata air itu. 31 dan berkata: “Marilah engkau yang diberikati Tuhan, mengapa engkau berdiri di luar, padahal telah kusediakan rumah bagimu, dan juga tempat untuk unta-untamu.” Israel fizikal mahu melihat kekayaan Allah secara fizikal, sebelum mereka membenarkan Dia masuk kedalam hati mereka (rumah). Laban tiada bezanya. Dia tidak peduli tentang kepentingan hukum, keadilan dan belas kasihan dan iman (Mat. 23:25). Dia lebih suka melihat melihat kekayaan didunia ini daripada menyimpan harga syurgawi (Mat. 6:20). Israel purba Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] tahu siapa Allah Bapa sebenarnya, sebab mereka diberikan hukum dari Adam. Laban, mengenali janji-janji Allah melalui kata-kata Rebekah. “Dan orang itu berkata kepadaku,” boleh dirujukkan kepada hukum Allah yang dinyatakan, yang telah diperturunkan. Saudarinya Rebekah, dalam contoh ini merujukkan kepada orang-orang seperti Enock dan Noah, dimana roah Allah pernah berfirman melalui MalaikatNya, yang kemudiannya menjadi manusia, Yesus Kristus (Kisah 3:18-21). Kita boleh membuat perumpamaan ringkas dari cerita ini dan bagaimana ia berkait dengan upacara paskah. Kristus memberitahu murid-muridnya untuk pergi ke kota. Eliezer berada dekat perigi dimana perempuan kota itu datang (Kej. 24:15). Kristus berkata: “seorang lelaki akan berjumpa dengan kamu dan membawa air dalam buyung; ikutlah dia ke rumah yang dia masuk.” (Luk. 22:10). Eliezer, iaitu hamba telah berjumpa dengan seorang perempuan yang membawa air dalam buyung (Kej. 24:15) dia ikut pulang ke rumahnya. Murid-murid Kristus bertanya tentang bermalam disana dan juga mengenai tempat tetamu (Luk. 22:11). Eliezer bertanya kalau ada tempat (tempat tetamu) untuk dia dan orang-orangnya (murid-murid). Kejadian 24:32 Masuklah orang itu ke dalam rumah. Ditanggalkanlah pelana unta-unta, diberikan jerami dan makanan kepada unta-unta itu, lalu dibawa air pembasuh kaki untuk orang itu dan orang-orang yang bersama-sama dengan dia. Kristus digambarkan sebagai manusia. Dia adalah suami kepada Jemaat yang rohani. Tetapi dia menjadi hamba. Kristus, melalui roh Suci, tahu dimana hendak dituju. Kristus datang ke rumah dimana murid-muridnya berada diwaktu petang. (Mar. 14:17). Inilah masa dimana Eliezer berjumpa dengan Rebekah dan kemudiannya pergi ke rumahnya. Jerami dan makanan yang disediakan untuk unta-untanya boleh melambangkan makanan asas, seperti roti dan minuman, symbol yang Mukasurat 9 kita guna untuk Perjamuan Tuhan. Untaunta menunjukkan kepada kita bahawa kita adalah kotor sebelum pengorbanan Yesus Kristus. Kita boleh melihat perumpamaan yang sama digunakan oleh nabi Jeremiah yang menerangkan orang-orang yang tidak setia kepada Allah Satu yang Benar (Jer. 2:20-24). Air disediakan untuk menbasuh kaki orangorang yang berada dengan dia. Kristus, pada malam sebelum upacara Paskah, membasuh kaki murid-muridnya, orangorang yang bersama dengannya (Yoh. 13:5). Jika kita lihat ayat ini pada aspek rohani, kita boleh melihat bahawa unta-unta menggambarkan murid-murid dan juga sebagai ketua suku kaum dan kemudiannya bangsa-bangsa didalam keadaan yang kotor. Hanya mereka yang telah dibaptiskan boleh mengambil bahagian dalam upacara membasuh kaki. Yang mengambil bahagian dalam upacara memakan roti tidak perlu dibaptiskan. Ini telah diambil dari menyediakan jerami dan makanan untuk unta-unta. Kita diperlihatkan dengan jelas bahawa kita dianggap bersih secara rohani apabila kita dibaptiskan dan mengambil bahagian dalam acara membasuh kaki (1Pet. 2:10; Kisah 11:9). Kejadian 24:33-34 Tetapi ketika dihidangkan makanan didepannya, berkata orang itu: “aku tidak akan makan sebelum ku sampaikan pesan yang ku bawa ini.” Jawab Laban, “silakan.” 34 Lalu berkatalah ia: “Aku ini hamba Abraham.” Ini menggambarkan Kristus pada jamuan yang terakhir. Kristus tahu dia tidak boleh memakan makanan Paskah dengan muridmuridnya sebab dia sendiri domba Paskah, di sembelih sebelum dasar bumi ini (1Pet. 1:20; Luk. 22:14-16). Kristus berkata bahawa dia akan makannya bersama dengan mereka apabila semuanya digenapi. Begitu juga Eliezer tidak makan makanan itu sebelum misinya untuk mencari seorang isteri untuk Ishak digenapi. Eliezer mengumumkan bahawa dia datang dalam nama tuannya, Abraham. Ini Mukasurat 10 menggambarkna Kristus yang dihantar oleh Allah Bapa. Hamba tidak melebihi tuan (Mat. 10:24). Eliezer, seperti Kristus, datang dalam nama tuannya. Dia tidak bercakap dari autoritinya, atau kehendaknya. Dia melaksanakan kehendaknya yang menghantar dia (Yoh. 6:38). Seperti Kristus, Eliezer yang melambangkan Roh Suci, mengajar khabar baik mengenai Kerajaan Allah, apabila dia menerangkannya kepada tuan rumah apa tujuan penghantarannya itu. Dia juga memberikan keterangan bagaimana ia berjumpa dengan Rebekah secara terperinci dalam kejadian 24:35-49. Disini terdapat persamaan nada mengenai murid-murid dan kehidupan mereka dengan Kristus dalam injil-injil Perjanjian Baru. Kristus menyatakan injil kepada rumah Laban. Ini memberitahu kita bahawa bangsa-bangsa mengetahui rencana penyelamatan. Mereka selalu dihantar untuk menyatakan kehendak Allah. Kejadian 24: 50-51 Lalu Laban dan Bethuel menjawab dan berkata: “Semuanya ini datangnya dari Tuhan; kami tidak dapat mengatakan kepadamu baiknya atau buruknya. 51 Lihat, Rebekah ada didepanmu, bawalah dia dan pergilah, supaya ia menjadi isteri anak tuanmu, seperti yang difirmankan Tuhan.” Kristus membuktikan dirinya sendiri bahawa dia adalah Anak Allah. Dia telah menggenapi tugasnya sementara ia hidup di dunia. Dia menggenapi seluruh alkitab. Semuanya telah dilaksanakan dengan tepat sebagaimana Allah beritahu melalui nabinabinya. Kejadian 24:52-53 Ketika hamba Abraham itu mendengar perkataan mereka, sujudlah ia sampai ke tanah menyembah Tuhan. 53 Kemudian hamba itu mengeluarkan perhiasan emas dan perak serta pakaian kebesaran, dan memberikan semua itu kepada Rebekah; juga kepada saudaranya dan kepada ibunya diberikannya pemberian yang indah-indah. Rebekah kemudianya bertunang dengan Ishak. Kita bertunang dengan Kristus. Kita dihiasi seperti pengantin. Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Kejadian 24:54 Sesudah itu makan dan minumlah mereka, ia dan orang-orang yang bersama-sama dengan dia, dan mereka bermalam disitu. Paginya sesudah mereka bangun, berkatalah hamba itu: “lepaskanlah aku pulang kepada tuanku. Kita boleh membuat spekulasi dan menyatakan bahawa orang-orang yang makan bersama dengan dia adalah yang telah mengambil bahagian dalam upacara Perjamuan Suci Tuhan. Dalam erti yang sama murid-murid telah bersama dengan Kristus sepanjang malam untuk menunjukkan bahawa Perjamuan Suci Tuhan adalah sebahagian daripada pesta Paskah. Kita harus memperingati malam ini pada 14th bulan Pertama. Mereka semua berkumpul bersama-sama seperti mana kita lakukan pada hari suci ibadat. Kristus bangkit dari kematian pada hari Sabtu petang, selepas tiga hari dan tiga malam didalam kuburan. Kita boleh membuat spekulasi seperti berikut: Kemudian mereka bangkit pada awal pagi – Kristus bangkit ke syurga pada awal hari Ahad. “Hantarkanlah aku kepada tuanku” – Kristus yang dibangkitkan dalam keadaan fizikalnya, telah bersedia untuk kembali kepada Bapanya. Kristus mahu kembali kepada Allahnya. Dia telahpun dibangkitkan, dan sekarang akan diserahkan sebagai Unjukan Berkas, diwaktu pagi. Dia akan mewakili buah pertama daripada buahbuah pertama. Kejadian 24:55 Tetapi saudara Rebekah berkata serta ibunya juga, “biarkanlah anak gadis itu tinggal pada kami barang sepuluh hari lagi, kemudian bolehlah engkau pergi.” “Biarkah perempuan muda tinggal bersama dengan kami untuk beberapa hari” melibatkan urutan masa. Kita tahu bahawa sehari adalah bersamaan dengan dengan seribu tahun kepada Tuhan dan sebaliknya (2Pet. 3:8). Pengambilan seorang isteri dari keluarga Abraham adalah kira-kira 4000 tahun yang lalu. Sesiapa yang akan menjadi pengantin, yang terpilih oleh Allah, bermula sebahagian besarnya dari Abraham, (tetapi ada juga yang lain sebelum dia). Pengantin adalah dalam Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] pertumbuhannya. Dia muda, jadi, lebih panjang masa yang perlu diperhatikan. Ini menunjukkan bahawa Jemaat akan tinggal di bumi untuk beberapa hari, yang mana bersamaan dengan empat ribu tahun. Jemaat mempunyai dua ribu tahun persediaan dan dua ribu tahun dalam pemanggilan. Sekurang-kurangnya sepuluh; selepas itu dia boleh pergi memberitahu kita bahawa Jemaat akan tinggal disini sehingga semuanya selesai (10), sehingga mereka yang terpilih boleh dikeluarkan. Selepas itu dia boleh keluar. Selepas semua yang terpilih dimeteraikan, kemudian kita boleh pergi, sebagai manusia-manusia yang dibangkitkan, untuk berkahwin dengan Kristus secara simbol. Kejadian 24:56 Dan dia berkata kepada mereka, “Janganlah tahan aku, sedang Tuhan telah membuat perjalananku berhasil; lepaslah aku, supaya aku pulang kepada tuanku.” Tuhan telah memberikan hasil yang baik kepada hamba, jadi dia sangat ghairah sekali untuk kembali kepada Abraham. Kristus mahu kembali kepada Allah. Dia telahpun dibangkitkan, dan sekarang dia akan naik ke syurga untuk mengambil warisannya sebagai pertama daripada buah-buah pertama. Kejadian 24:57 Kata mereka, “Baiklah kita panggil anak gadis itu dan menanyakan kepadanya sendiri.” 58 Lalu mereka memanggil Rebekah dan berkata kepadanya, “mau kah engkau pergi berserta orang ini?” dan jawabnya “mau”. Persoalan telah diberikan kepada Rebekah sama ada dia mahu mengawini Ishak. Mereka memanggil dia, menunjukkan kepada kita bahawa Allah Bapa memanggil kita secara peribadi dan bertanya sama ada kita mahu mengikuti Kristus. Ia adalah keputusan peribadi. Dunia mempunyai penggilannya sendiri. Rebekah mengetahui bahawa ia akan masuk perjanjian seumur hidup. Apabila kita dipanggil, kita diberi peluang untuk masuk dalam perjanjian kasih dengan Allah dan Kristus. Orang-orang Kristian tidak dipaksa untuk mengikuti Kristus. Kita diberi pilihan. Mukasurat 11 Allah mengingini jenis orang tersebut yang mana rela untuk menyerah segalanya kepada Dia, dan bergabung dengan AnakNya, Yesus Kristus. Kejadian 24:59-60 Maka Rebekah, saudara mereka itu, dan inang pengasuhnya beserta hamba Abraham dan orang-orangnya dibiarkan mereka pergi. 60 Dan mereka memberkati Rebekah, kata mereka kepadanya: “Saudara kami, moga-moga engkau menjadi beribu-ribu laksa, dan moga-moga keturunanmu menduduki kota-kota musuhnya.” 61 Lalu berkemaslah Rebekah beserta hambahambanya perempuan, dan mereka naik unta mengikuti orang itu. Demikianlah hamba itu membwa Rebekah lalu berjalan pulang. Then Rebekah and her maids arose. We were considered once dead spiritually (Eph. 2:5; Col. 3:3). From our baptism, we are given the Holy Spirit, through Christ. The Feast of Pentecost pictures this fact. We are now sanctified. Rebekah telah diberkati sebagai ibu kepada banyak keturunan dan telah menduduki kotakota musuh mereka. Berkat ini akan diperturunkan sampai kepada bangsa-bangsa keturunan dari dia. Kemudian dalam benihnya, ketua suku kaum akan memimpin segalam bangsa-bangsa di dunia untuk masuk ke Jemaat sebagai pengantinpengantin Kristus dalam Roh Suci dalam Kebangkitan yang Mati. Kita kemudiannya membaca bahawa Rebekah menaiki unta-unta (bangsa-bangsa) dan mengikuti orang yang melambangkan Roh Suci dan pergi kepada Ishak yang melambangkan Kristus yang dibangkitkan. Sebelum kita dilahirkan, kita telah disucikan. (Yer. 1:5). Walaupun kita hidup di dunia, kita bukanlah sebahagian daripadanya. Itulah sebabkan kita akan menaiki unta-unta tersebut. Kita telah terpisah, suci. Kita telah dihantar kepada bangsa-bangsa, untuk memimpin mereka kepada Allah melalui Mukasurat 12 Kristus. Kita mesti memimpin mereka kepada kasih penyelamatan dalam Kristus. Perkara dimana hamba Rebekah berdiri dengan dia, boleh menunjukkan kepada kita bahawa orang asing juga dibenarkan untuk menghadiri pesta tersebut (Yoh. 12:20); Kisah 2:5-11). Kita dibenarkan untuk mendapatkan anggota-anggota yang belum dibaptiskan menghadiri pesta tersebut. Rujukan hamba-hamba memberitahu kita bahawa perempuan-perempuan akan menghadiri pesta (1Sam. 1:3,9; Lk. 2:41-42). Adalah difahami oleh Israel purba bahawa lelaki, perempuan dan orang asing yang tinggal dalam kawasan mereka harus menghadiri pesta. Melalui definisi ini termasuk yang terpilih sebagai Israel Rohani. Hanya kaum lelaki sahaja yang di arah untuk menghadiri mengikut Hukum. Kaum perempuan boleh diberi kelonggaran atas sebab fizikal, tetapi mereka juga dijangka menghadiri. Kita sedang dipimpin keluar. Ini menggambarkan keluaran yang kedua, yang mana akan terjadi. Rebekah yang melambangkan Jemaat yang rohani, dan hamba-hambanya digambarkan sebagai bangsa fizikal Israel. Mereka menaiki untaunta, menunjukkan bahawa dengan melalui bangsa-bangsa, kita akan kembali kepada tanah air kita, dimana kita telah berjauhan. Kita mengikuti Kristus. Oleh itu hamba mengambil Rebekah. Perkataan mengambil berasal dari SHD 3947. Ia mempunyai beberapa maksud, yang mana mungkin berkait dengan gambaran keseluruhan bangsa manusia. Kita dikeluarkan daripada sistem yang salah, dibeli dengan harga, untuk Kristus, yang bersedia untuk perkahwinan. Kita telah dipilih, generasi yang dipilih, yang akan berkahwin. Dari perkataan mengambil, kita boleh melihat konsep yang sama dalam cerita penciptaan, di Taman Eden, apabila Tuhan mengambil tulang rusuk dari Adam. Perkataan yang sama digunakan, dalam ayat Kejadian 24:61 “Oleh itu hamba mengambil Rebekah.” Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Kejadian 2:21 Lalu Tuhan Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, Tuhan Allah mengambil salah satu rusuk daripadanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. 22Dan dari rusuk yang diambil Tuhan Allah dari manusia itu, dibangunNyalah seorang perempuan, lalu dibawaNya kepada manusia itu. Allah menyebabkan Adam tidur dengan nyenyak supaya ia boleh memberikannya seorang isteri. Dia mengambil satu daripada tulang rusuknya dan membuat seorang perempuan. Dari sini kita boleh bezakan pengeluaran Jemaat. Jemaat dikeluarkan daripada manusia sementara mereka tidur secara rohani. Kita tahu bahawa Adam pertama gagal, jadi, Kristus datang sebagai Adam kedua. Seperti mana Allah mengambil satu tulang rusuk, begitu juga kita dikeluarkan dari dunia ini. Kita akan menjadi anggota-anggota badan Kristus (1Kor. 12:27). Perkataan tulang rusuk adalah dari SHD 6763 tsela dan mempunyai aplikasi yang pelbagai. Versi yang sah menterjemahkannya sebagai 1.sisi, tulang rusuk, tiang sorotan. 1A tulang rusuk (manusia) 1C. bilik sisi atau kamar (dalam struktur kaabah). Kita adalah kaabah Allah (1 Kor 3:17). Kejadian 24:62 Adapun Ishak telah datang dari arah sumur Lahai-Roi; ia tinggal di Tanah Negeb. Kristus datang, adalah dia telah diciptakan dan telah diutus, dengan cara, adalah Bapa yang merupakan “sumber kehidupan dan visi” (Lahai Roi). Kerana Eloah adalah sumber kehidupan, yang berkekalan (1 Tim 6:16) yang sentiasa melihat umatnya yang benar, ingin kita melihat dia juga, apabila Kristus datang kembali (Kisah 22:14). Kejadian 24:63 Menjelang senja Ishak sedang keluar untuk berjalan-jalan di padang. Ia melayangkan pandangnya, maka dilihatnyalah ada unta-unta datang. Isyak keluar untuk meditasi pada waktu senjakala. Kita boleh mendapat pemahaman yang lebih besar dari ururan ini, apabila kita pecahkan ayat-ayat ini, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Memahami istilah Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] yang menyatakan keluar, akan menjelaskan ayat ini. (SHD 3318) keluar, pergi. Pergi keluar (di suatu tempat), berjalan pergi (menuju sesuatu). 1a4 datang atau pergi (dengan tujuan atau bagi akibat). Keluar, memimpin keluar. 1b2 membawa keluar. 1b3 membawa keluar dari. 1b4 membebaskan. Untuk dibawah keluar. Strong J. (1996) Enhanced Strong’s Lexicon (H3318), Ontario: Woodside Bible Fellowship. Kristus datang dari Bapa. Dia pergi dari Sorga dan pergi ke (tempat), bumi. Kristus kemudiannya terus menjadi domba kepada penyembelih. Dari kebangkitannya, dia telah menjadi buah pertama dari buah-buah pertama, (menuju sesuatu) pergi kepada Bapa untuk menjadi kaedah untuk keselamatan (dengan tujuan atau untuk akibat) bagi semua umat manusia. Kristus sekarang mempunyai tanggung jawab untuk membawa umat manusia keluar, dan membawa mereka keluar dari dunia ini, untuk membawa mereka keluar dari kegelapan, dan untuk memimpin mereka bebas dari perhambaan, untuk membebaskan mereka, untuk menjadikan satu bangsa yang kudus. Isyak keluar untuk meditasi pada waktu senjakala. Kita harus melihat apa kah maksud meditasi ini. Ianya datang dari perkataan SHD 7742 suwach. Ia diterjemahkan sebagai “meditasi”. Untuk meditasi, bertafakur, berkumpul, berbicara, mengeluh (Strong J. (1996). Enhanced Strong's Lexicon (H7742). Ontario: Woodside Bible Fellowship.) Apabila kita perluaskan setiap perkataan yang mengembangkan maksud mediatasi, kita akan melihat gambaran yang berkembang. 1. Bertafakur = berfikir, refleks, befikir dengan tenang, mempertimbangkan, merenungkan dengan hati-hati 2. Berkumpul = Masyarakat, berhubung, berbicara, Masyarakat tani. Mukasurat 13 3. Bercakap = berbicara, bersembang, memberitahu bercakap, 4. Mengeluh = memprotes, mengkritik, mencari kesalahan kita melihat kepada rentetannya. Apa yang boleh kita simpulkan adalah masa serta tujuan kedatangan Kristus. Kristus hanya berfikir untuk melaksanakan kehendak Bapa. Dia menggambarkan imejNya. Dia kembali kepada komuniti di tempat di mana dia pernah berdiam, masyarakat tani menjadi umat manusia, kita boleh katakan. Pada masa ini dia bercakap kepada seluruh umat manusia, tetapi apabila dia bercakap, ianya adalah dengan pedang yang bermata dua. Kristus datang untuk menyelamatkan planet ini. Dia datang dalam bentuk satu protes, bagi keadaan kita yang tidak menurut. Kerana bagi pandangan dalam kehidupan kita, dia adalah satu kesilapan. Padang ini adalah jauh dari gangguan. Apabila kita bertafakur dan berbakti bersama pada hari kebaktian, kita mampu untuk berfikir, memberi refleks kepada firman Alah dan berbicara dengan satu dengan yang lain, dari keadaan tempat yang jauh dari gangguan serta pengaruh dunia. Kita tahu bahawa apabila Kristus datang kembali, dia akan kembali ke Yerusalem. Unta-unta yang datang, kita tahu sekarang bahawa ia adalah bangsa-bangsa yang berkumpul di Yerusalem untuk mengadakan peperangan menentangnya (Wah 16:12). Terdapat beberapa peristiwa yang akan terjadi kepada dunia ini. Kejadian 24:64 Ribka juga melayangkan pandangnya dan ketika dilihatnya Ishak, turunlah ia dari untanya. Kita melihat bangsa-bangsa ini pergi ke Yerusalem. Sama seperti dengan pohon ara, kita boleh melihat peristiwa ini terjadi. Kita yang setia kepada Allah, dan menjadi sebahagian daripada tubuh Kristus, akan melihat. Tidak ada lagi orang lain yang disebut. Tidak kepada pelayannya, ataupun kepada hamba-hamba yang lain. Ini Mukasurat 14 dihubungkan secara langsung kepada jemaat (Luk 21:27-28). Ia adalah pembebasan kita bukan untuk bangsa-bangsa. Kristus datang untuk menyelamatkan umat pilihan (Mat 24:22). Sekarang kita melihat satu lagi aspek dari peristiwa yang terjadi pada waktu kedatangan Kristus. Apabila kita melihta Kristus, kita akan turun dari tunggangan, atau deskripsi yang lebih sesuai untuk ini ialah kita akan dibangkitkan dari bangsabangsa. Unta yang kita tunggang adalah negara di tempat kita tinggal, yang hanya Rebekah seorang yang turun; tidak ada orang lain. Kita lihat bahawa kita telah dibangkitkan dari setiap dari bangsa kita. Kita lihat bahawa Rebekah turun dari untanya. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai individu adalah berada di dalam bangsa kita sendiri. Inilah maksud di sini. Kita tidak semua dikumpulkan bersama di atas satu unta. Kita disebarkan di kalangan bangsa-bangsa. Tidak ada tempat yang selamat. Kalau tidak, dia sepatutnya duduk di atas belakang unta bersama yang lain. Apabila Rebekah mengangkat matanya, ia memberitahu kita sesuatu. Dia tahu bahawa dia akan berkahwin dengan warisan yang paling kaya, tetapi dia tetap merendahkan dirinya. Dalam perjalanan kita, kita tidak sepatutnya menjadi sombong dan angkuh, tetapi dengan penuh kerendahan hati (Yes 2:11). Ingat, Rebekah tidak pernah melihat Isyak. Tetapi apabila dia melihat dia di padang, dia turun dari untanya. Dia tidak turun dari untanya semata-mata untuk orang lain kerana dia telah bertanya kepada hamba itu “siapkah lelaki ini?” Dia (jemaat) mengetahui bahawa dia adalah Isyak (Kristus). Kejadian 24:65 Katanya kepada hamba itu: "Siapakah laki-laki itu yang berjalan di padang ke arah kita?" Jawab hamba itu: "Dialah tuanku itu." Lalu Ribka mengambil telekungnya dan bertelekunglah ia. Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Cerita di dalam Yohanes 6:15-20 menjelaskan bagaimana Kristus datang kepada kita, pada ketika kita dalam kesusahan. Apabila kita berada di tengahtengah kesukaran, dengan tiada harapan, dia berjalan di atas air, untuk mendapatkan kita. Dia mengadakan mukzijat. Apabila dia datang kepada kita pada ketika kita berada dalam kesusahan, kita akan terus di bawah ke darat, iaitu tempat yang selamat. Sama seperti Isyak berjalan melalui padang untuk berjumpa dengan Rebekah, Kristus berjalan di atas air kepada kita. Para muridnya merasa takut. Tiada perkara yang harus kita takut. Kristus dengan rela menerima kita. Hidup kita yang sukar akan berakhir. Mereka langsung di bawah ke darat, di tempat di mana mereka pergi. Kita akan di bawa kepada kediaman rohani kita, Yerusalem. Itulah tempat yang kita tuju. Kejadian 24:65 Katanya kepada hamba itu: "Siapakah laki-laki itu yang berjalan di padang ke arah kita?" Jawab hamba itu: "Dialah tuanku itu." Lalu Ribka mengambil telekungnya dan bertelekunglah ia. Perkataan ibrani bagi telekung (SHD 6809), dari kata maksud dasar “untuk menyelubungi.” Ianya difahami sebagai menyelubungi atau menutup. Versi American Standard mengatakan dia mengambil telekungnya. Lalu dia mengambil telekungnya dan menutup dirinya. Jemaat digambarkan sebagai seorang wanita, dan kita adalah sebahagian daripada Jemaat Allah. Seperti yang kita telahbaca, kita adalah perawan-perawan rohani. Dia menggambarkan satu kerendahan hati untuk berjumpa dengan suaminya. Apabila Kristus datang, kita akan dibangkitkan, dan mengambil telekung untuk bertukar kepada makluk roh inilah telekung yang kita akan pakai. Tubuh kita yang lama akan hilang, dan kita akan bertukar kepada anak-anak rohani Allah. Inilah selubung jubah kita yang baru. Kita bukan lagi dalam bentuk darah dan daging, tetapi dalam bentuk roh. Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042] Mazmur 140:7 Tuhan Allahku, kekuatan bagi keselamatanku, Kamu telah menutupi kepalaku pada waktu peperangan. Hari ini digambarkan sebagai hari peperangan. Ianya apabila Kristus datang kembali untuk mengambil apa yang benar bagi dia. Dia akan mengambilnya dengan paksa. Iblis tidak akan memberikannya kepada dia. Kita mendapat penghiburan kerana Allah akan menutupi kepala kita, apabila Kristus datang kembali. Kepala kita melambangkan fikiran kita dan perwujudan tubuh kita. Kejadian 24:66 Kemudian menceritakan kepada Ishak dilakukannya. hamba itu segala yang Melalui Roh Bapa lah semua perkara akan didedahkan (1 Kor 2:10). Bapa berada di dalam Kristus, dan Kristus berada di dalam Dia (Yoh 10:38). Kejadian 24:67 Lalu Ishak membawa Ribka ke dalam kemah Sara, ibunya, dan mengambil dia menjadi isterinya. Ishak mencintainya. Isyak memabawah Rebekah ke dalam kemah ibunya, sama seperti Kristus membawa kita ke Yerusalem, yakni ibu kepada kita semua. Mukasurat 15 Konsep tinggal di dalam kemah menekankan keadaan kepergantungan Israel kepada Allah, sementara mereka menjadi pelarian di padang belantara. (ayat 67)…dan demikian ia dihiburkan setelah ibunya meninggal. Ibu mewakili bangsa fizikal Israel. Kristus keluar dari suku kaum Yudah (Mat 2:1). Wanita di dalam Wahyu melambangkan Israel fizikal dan (spiritual) (Wah 12:13). Israel kuno tidak menerima keselamatan seluruhnya.hanya beberapa orang yang tertentu yang akan menerimanya. Kita boleh panggil era ini sudah mati. Jemaat menyenangkan Kristus. Tetapi ini kita boleh katakan bahawa Kristus telah dihiburkan selepas kematian ibunya. Yerusalem telah dimusnahkan dan Yerusalem baru akan datang kepada kita sebagi Kota Allah (lihat Kota Allah (No. 180)). Hari besar yang berakhir mewakili penghakiman dalam kebenaran terhadap dunia dan pembinasaan akhir bagi dosa. Ia mewakili kedatangan Allah ke bumi dan Kota Allah akan bergabung pada waktu pemulihan akhir. Pemuilihan akhir ini adalah hasil akhir kepada rencana Allah. Mukasurat 16 Berbahagialah Mereka Yang Dijemput [042]