Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [144z] Ringkasan: Kerajaan Abadi Tuhan (Edisi 2.1 19951124-20001021) Karya ini membincangkan hasil akhir dan objektif rencana keselamatan. Pergerakan Tuhan ke sistem planet ini memerlukan penyusunan semula struktur pentadbiran alam semesta. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1995, 1999, 2000 Wade Cox) (Ringkasan diedit oleh Wade Cox) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Ringkasan: Kerajaan Abadi Tuhan Ringkasan: Kerajaan Abadi Tuhan [144z] Tujuan Kerajaan Tuhan adalah untuk mengembalikan dunia ini dan alam semesta kepada keadaan sebelum penderhakaan angkatan malaikat. Kita berada di hujung 6,000 tahun kuasa Iblis. Fasa berikutnya ialah 1,000 tahun milenium. Struktur milenium merupakan satu waktu perhentian yang khusus, iaitu suatu proses pekerjaan berterusan untuk keimamatan. Milenium bukan satu perhentian dalam mana pekerjaan berhenti. Itulah waktunya pekerjaan kita bermula. Perhentian Sabat bukan perhentian daripada aktiviti. Ia perhentian daripada kerja. Lebih banyak kerja dilakukan oleh para imam pada Sabat, daripada bila-bila masa dalam minggu. Sewaktu milenium keimamatan menyediakan planet untuk ibadah Tuhan. Yesus Kristus akan membinasakan semua yang bertentangan dengan kehendak Tuhan. Waktu ini ialah seribu tahun pemerintahan adil. Dia kemudiannya menyerahkannya kembali kepada Tuhan (1 Korintus 15:2425). Maut tidak akan wujud lagi (1 Korintus 15:26). Kita dianugerahkan hidup kekal (keabadian) daripada Tuhan yang memberi semua hidup. Kita semua akan hidup sebagai roh-roh dan mempunyai kewujudan yang berterusan. Umat pilihan menerima hidup ini daripada Kebangkitan Pertama namun seluruh umat manusia menerimanya daripada Kebangkitan Kedua. Tuhan meletakkan segala sesuatu di bawah Kristus. Itu tidak bererti Dia. Tuhan tidak meletakkan Kristus atas diriNya tetapi atas segala ciptaan (1 Korintus 15:27). Anak tunduk kepada Bapa, jadi Kristus tidak setara dengan Bapa (1 Korintus 15:28). Roh Kudus ialah cara dengan apa Kristus mencapai kuasa dan wewenang dan adalah satu dengan Tuhan. Kristus tidak mencipta Roh Kudus. Kita waris bersama dengan Yesus Kristus kepada kuasa Tuhan. Roh Kudus hanya berasal daripada Bapa dan memberi kuasa kepada semua anak Tuhan. Apabila Kerajaan diserahkan kepada Tuhan Dia akan datang ke sini dan memindahkan pentadbiran alam semesta ke sini. Akhirnya seluruh bumi akan dipenuhi kemuliaanNya (Yesaya 6:3). Tuhan dan Anak Domba itu akan menjadi cahaya sistem ini (Wahyu 21:23). Struktur pentadbiran itu akan mentadbir daripada Yerusalem, namun akan ada langit baru dan bumi baru (Yesaya 65:17-18). Dua kemusnahan planet ini akan berlaku oleh sebab aktiviti manusia. Kemusnahan pertama akan belaku pada akhir zaman ini sebelum permulaan Milenium. Perang dan kemusnahan berikutnya selepas itu akan berlaku pada akhir sistem Milenium. Dalam penciptaan semula di bawah Yerusalem Baru semua laut akan ditiadakan (Wahyu 21:1). Ciptaan akan dimusnahkan oleh api dan setiap kesan pendudukan manusia akan dilenyapkan. Bulan Baru, Sabat dan Hari Raya kekal sebagai waktu-waktu ibadah yang diperintahkan sepanjang seluruh struktur itu (Yesaya 66:22-23). Angkatan-angkatan syurgawi dan duniawi bersatu. Kota Tuhan turun dari langit dan kita menjadikan bait itu, yang duduk di dalam kota Tuhan (Wahyu 21:2-5). Seluruh Kota Tuhan merupakan sebuah bangunan rohaniah. Ia tempat di mana Tuhan tinggal dalam kita dan kita yang di dalam Kota Tuhan dikelilingi oleh dan setara dengan para malaikat. Kita semua menjadi batu bata Kota Tuhan (lihat karya Kota Tuhan (No. 180)). Tuhan ada dalam setiap kita dan kita akan menjadi seperti elohim (Zakharia 12:8). Ringkasan: Kerajaan Abadi Tuhan Roh mengalir keluar seperti sungai ke kota itu dan seluruh kota itu diairkan daripada bait, iaitu Tuhan. Kita semua disediakan untuk mengahwini Yesus Kristus untuk membawa kita ke dalam sistem itu. Kita semua akan menjadi pengantin Kristus dan anak-anak Tuhan. Yesus Kristus akan membuat peraturan-peraturan baru dan wewenang baru. Seluruh umat manusia akan berada di bawah sistem itu. Kita akan menjadi sedarjat dengan angkatan rohaniah. Kita akan dapat menyingkap sejarah manusia dan segala rahsia Tuhan, yang kita akan fahami. Tuhan sama sekali melenyapkan segala derita dan kesakitan. Seluruh konsep kematian dan kelemahan dilenyapkan sama sekali (Wahyu 21:4). Semua akan sihat secara mental dan jasmaniah. Tuhan tidak merencana supaya planet ini dimusnahkan. Tuhan ialah Alfa dan Omega (Wahyu 21:6). Tiada Tuhan sebelumNya dan tiada Tuhan selepasNya. Dia sendirian Allah Maha Esa daripada Yohanes 17:3. Kita semua akan menjadi anak-anak Tuhan yang berkuasa daripada kebangkitan kita dari antara orang mati (Wahyu 21:7). Dengan cara yang sama Yesus Kristus menjadi Anak Tuhan yang berkuasa, daripada kebangkitannya dari antara orang mati (Roma 1:4). Tuhan menjadikan Yesus Kristus sebagai permulaan ciptaan dan pengakhirannya dan hasil akhirnya (Kolose 1:16). Tuhan ialah permulaan (Alfa) dan Dia mencipta Kristus dan elohim dan Angkatan Malaikat dan semua yang lain. Dengan kehendakNya segala sesuatu wujud dan tercipta (Wahyu 4:11). Dia juga ialah Omega dari segi bahawa melalui Roh Kudus Dia akan menjadi semua dalam semua. Jika kita tidak mengatasi dosa dalam kebangkitan pertama dan kedua kita menghadapi kematian kedua (Wahyu 21:8). Mukasurat 3 Dua belas pintu gerbang ialah nama-nama dua belas suku Israel dan hakim-hakim dua belas suku ialah dasar kota itu (Wahyu 21:12-14). Hakim-hakim ini tidak diletakkan di atas tetapi di bawah para rasul, agar mereka dapat berdiri atas mereka. Israel berdiri atas dua belas rasul itu sebagai dasardasar. Manusia menggantikan angkatan derhaka dan mengambil kedudukan-kedudukan ini dalam kota ini. Kita membentuk sebahagian daripada kota itu dan angkatan Syurgawi membentuk selebihnya. Kita membentuk bait itu sebagai bangunan rohaniah, jadi tiada bait di dalam kota itu. Kita kemudian berhenti menjadi bait dalaman, tetapi menjadi kota Yerusalem Baru. Ia menjadi semua anak Tuhan. Tuhan dan Kristus menjadi pusatnya. Roh Kudus bekerja dalam semua di seluruh kota itu. Daripada menjadi bangunan berasingan dalam kota itu, para pemimpin seluruh kota itu sebenarnya tempat penyimpanan untuk Roh Tuhan. Kita beralih daripada menjadi bait kepada menjadi kota itu dan diintegrasikan ke dalam struktur yang lebih besar. Tuhan memenuhi kekosongan dan mengambil semua dan menjadi semua dalam semua. Justeru kita berkesudahan dengan proses satu pusat dalaman yang mengikat seluruh kota itu bersama. Tuhan ialah kota itu sebab Dia ada dalam kita melalui Roh Kudus. Bangsa-bangsa dijadikan rohaniah dan dibawa ke dalam kota. Bangsa-bangsa mewarisi Kerajaan Tuhan melalui Yerusalem Baru. Pintu-pintu gerbang kota itu ialah mutiara-mutiara hikmat injil Kerajaan Tuhan sebagaimana yang dilaksanakan melalui dua belas rasul. Ini bukan mutiara jasmaniah, ia rohaniah sepenuhnya (Wahyu 21:24-27). Tuhan didamaikan kepada kita dan umat pilihan bersama-sama melaksanakan pentadbiran. Kristus duduk di dalam kamar takhta dan kita mengambil bahagian dalam takhta, tanggungjawab dan wewenang itu (Wahyu 22:1-21). Mukasurat 4 Kita duduk di atas takhta Yesus Kristus sementara dia duduk di atas takhta Tuhan, justeru Tuhan menjadi semua dan kita semua mengambil bahagian dalam tanggungjawab pentadbiran itu (Wahyu 3:21-22). Semua kepala malaikat akan diintegrasikan dengan para rasul yang sendirinya akan menjadi kepala malaikat. Kita akan memiliki tanggungjawab dalam milenium, dalam kebangkitan, dan kemudian apabila kita akhirnya didamaikan dalam Angkatan Syurgawi. Terdapat tiga peringkat sebagai makhluk rohani. Itu kemudiannya berterusan ke dalam alam semesta. Milenium ialah waktu apabila kita membetulkan umat manusia dan menghakimi Angkatan derhaka. Ia waktu Hari Tuhan. Hari Tuhan berlangsung selama seribu tahun. Petrus mengatakan satu hari sama seperti seribu tahun bagi Tuhan (2 Petrus 3:8). Ia berakhir dengan kebangkitan orang mati, yang berlangsung selama seratus tahun. Hari Tuhan meliputi pendirian Kerajaan, pemerintahan Milenium, kebangkitan orang mati dan kemudian pendamaian. Ia meliputi seribu tahun pemerintahan adil. Seribu tahun itu hanya satu alat mengajar. Takdir kita Ringkasan: Kerajaan Abadi Tuhan adalah untuk memerintah bintang-bintang dan membentuk semula struktur pentadbiran dan berurusan dengan alam semesta dalam satu susunan baru. Konsepnya adalah bumi, segala usaha tangan Tuhan, diletakkan di bawah umat manusia (Mazmur 8:6-9) (lihat karya Hari Tuhan dan Zaman Akhir (No. 192)). Ini ialah sekolah latihan. Kita sedang dilatih untuk sesuatu. Apabila kita memandang Tuhan muka bertentang muka kita akan mula mengerti apa yang kita harus lakukan. Seluruh fungsi ini diringkaskan dalam Wahyu 22:6-15. Seorang malaikat menyampaikan satu pesan kepada kita dalam zaman akhir segera sebelum kedatangan Mesias (Wahyu 22:6). Kata-kata ini tidak dimeteraikan dalam kitab ini sebab waktunya sudah hampir. Ia dimaksudkan untuk difahami (Wahyu 22:1011). Yesus Kristus mengenal pasti dirinya sebagai malaikat yang menyampaikan pesan itu (Wahyu 22:16-20).