KERTAS REFLEKSI BEC UNTUK MEI 2017 TEMA UTAMA: MENJADI MURID-MURID HARAPAN SUB TEMA Mei –Harapan : Maria, Bintang bagi Semua Bangsa. Matlamat : Bersama Bonda Maria, marilah kita membawa harapan kepada orang-orang yang putus asa. Lagu Pembukaan – BONDA PERDAMAIAN Salam Maria, kami ucapkan…. Terpujilah , engkau di syurga. Seorang insan biasa , tlah di pilih oleh Allah Dari antara wanita….merelakan diri Kepada Allah…. Menjadi hamba-Nya…….Oh Maria. Rendahkanlah hati semua…. Menerima, Bonda Perdamaian. Maria dipilih, hidup dalam Roh Kudus Melalui Yesus Puteranya Kelahiran ……..Juruselamat Sumber pengampunan # Ketika Yesus disalibkan Penderitaan yang disaksikan Bagaikan pedang menusuk hari Maria Kerendahannya , kehendak Allah Bapa Dengan kuasa Roh Kudus Maria telah diangkat Menemani Yesus Kristus di syurga Meringankan beban dosa dunia. Bonda Sucikanlah diriku Mendekati Yesus Kristus Engkau Bonda Perdamaian Dengarkanlah kami bernyanyi Untuk ….. kemuliaanmu Kepadamu, kami berdoa, pinta kasih dirimu Penawar kedosaan…. Doa Pembukaan – Hendaklah Seorang daripada kita menjemput Kristus ke tengah-tengah kita pada masa kebersamaan kita petang ini . 1 Dialog Pelampau Agama Menikmati terlebih dahulu dan melupakan semua masalah Jenayah Perang Masalah Dunia Semasa Perubahan Iklim Di Dunia tiada apaapa harapan boleh dilakukan Pertanyaan –Pertanyaan yang dikongsikan : 1. Apakah masalah yang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia ? 2. Apakah ada kenyataan negatif yang anda sering dengar mengenai dunia ini ? 3. Adakah anda berfikir bahawa semua masalah yang terjadi boleh diatasi? Mengapa / Kenapa tidak? 4. Dalam cahaya iman kita , bagaimana kita boleh tetap berharap dalam menghadapi semua masalah ini? Pendalaman Lukas 1:39-55 Tidak lama kemudian , Maria segera berangkat ke sebuah kota di Yudea, di kawasan pegunungan . Dia pergi ke rumah Zakharia lalu memberikan salam kepada Elisabet. Ketika Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak. Elisabet di kuasai oleh Roh Allah, lalu berseru, “ Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu! Mengapakah penghormatan yang sebesar ini diberikan kepadaku, sehingga ibu Tuhanku datang melawat aku? Sebaik sahaja aku mendengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak kerana bersukacita. Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang di katakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!” Maria berkata , Hatiku menyanjung Tuhan; jiwaku bersukacita kerana Allah , Penyelamatku, Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina! Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia, kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku. Sucilah nama-Nya. Dia merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan. Dengan tangan-Nya yang berkuasa Dia menceraiberaikan mereka yang sombong dan mengacaukan rancangan mereka. Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik, tetapi orang kaya di usir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan . Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita; Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya. Dia tidak lupa merahmati Abraham dan keturuannya selama-lamanya!” 2 Renungan : 1. Dalam kesunyian marilah kita merenungkan Sabda Tuhan. 2. Sabda Tuhan atau ayat mana yang masuk ke dalam minda anda ? Mengapa ? 3. Bagaimanakah Bonda Maria menjadi Bintang bagi semua Bangsa ? Tindakan Pesan umum Fatima ; membuat permohonan doa, penebusan , pertobatan, pengorbanan dan meninggalkan dosa: 'Dosa-dosa dunia sangat besar ... Jika orang hanya tahu apa itu keabadian, mereka akan melakukan segala daya mereka untuk mengubah hidup mereka. " "Meninggalkan kekayaan dan kemewahan; mencintai kemiskinan dan kesunyian ; Memiliki kasih amal, bahkan untuk orang jahat" Dengan sehati mereka sering berkumpul dan berdoa bersama-sama wanita-wanita termasuk Maria ibu Yesus, dan saudara-saudara Yesus (Kis 1:14) . 1. Marilah kita menyesali semua tindakan kita yang mengakibatkan penderitaan sesama dan keterlibatan kita di dalam dosa-dosa sosial . 2. Marilah kita berdoa tanpa henti bagi semua orang di seluruh dunia yang sedang menderita kerana kelemahan manusia. Yesus Nampak ibu-Nya dan pengikut yang di kasihi-Nya berdiri di situ. Oleh itu Yesus berkata kepada ibu-Nya , “Puan , dia anak puan.” ( Yoh 19:26). 3. Marilah kita mohon bimbingan Roh Kudus seperti Maria, kita akan membawa harapan kepada semua orang yang putus asa dengan sokongan kata – kata atau dengan mengulurkan tangan dan memberi bantuan. Doa Penutup : Marilah kita berdoa bersama-sama : SALAM YA RATU.. Salam, ya Ratu, Bonda yang berbelas kasih, hidup , hiburan dan harapan kami. Kami semua memanjatkan permohonan , Kami amat susah, mengeluh, mengesah dalam lembah duka ini. Ya, Ibonda , ya pelindung kami, limpahkanlah kasih sayangmu yang besar kepada kami. Dan Yesus, Puteramu yang terpuji itu, semoga kau tunjukkan kepada kami. O Ratu, O Ibu, O Maria, Bonda Kristus. + Doakanlah kami , ya Santa Bonda Allah - Supaya kami dapat menikmati janji Kristus. Lagu Penutup : SALAM MARIA Salam Maria rahmat Tuhan sertamu Bonda Yesus Kristus Doakanlah kami Salam Maria Engkau Bonda Gereja. Lindungilah kami Doakanlah Putera-Mu Salam Maria ratu syurga dan bumi Terpujilah engkau di sepanjang masa. 3