Nasab Anak Luar Nikah

advertisement
NASAB ANAK LUAR NIKAH:
UNDANG-UNDANG DI
MALAYSIA
DR AZIZAH MOHD
JABATAN UNDANG-UNDANG ISLAM
AIKOL, UIAM
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM)
LOCATION:
– Main Campus: Gombak, Selangor (283 hectares)
– Centre for Foundation Studies Campus: Petaling Jaya &
Nilai
– Kuantan Campus: Bandar Indera Mahkota (404 hectares)
– International Institute of Islamic Thought &
Civilization (ISTAC) Campus: Kuala Lumpur (8 hectares)
POPULATION

STUDENTS:
• Undergraduate: 15,807 Students
(Malaysian: 14,003, Internationals: 1,804)
•
•

(As of June 2007)
Postgraduate: 3,008 Students
International students come from over 90 countries
STAFF:
 Academic Staff: 1,633 Lecturers
 Administrative Staff: 1,489 Staff
(As of Feb 2007)
LANGUAGE

Medium of instruction:
• ENGLISH
• ARABIC (for faculty of Laws & Islamic Revealed
Knowledge)
FACULTY

No. of faculties: 15 (Some of them include; Laws, Economics & Management
Sciences, Engineering, Architecture, Medicine, Allied Health Sciences, Dentistry
and Pharmacy)
Pendahuluan
• Anak merupakan aset sesebuah keluarga.
• penyambung generasi dan keturunan
• penyambung misi sesebuah masyarakat
dan bakal mengganti pucuk pimpinan
Negara.
• Demi menjamin satu masa depan yang
gemilang, Islam mensyariatkan supaya ia
dilahirkan di dalam satu ikatan yang suci
murni iaitu ikatan perkahwinan
Pendahuluan Samb…
• Ikatan perkahwinan: satu permulaan
yang mulia
• menjanjikan satu kehidupan yang penuh
bermakna bagi anak-anak,
• mereka terhasil melalui jalan yang syar’I
penuh dengan kehormatan.
• memberikan anak-anak satu nasab
keturunan yang sah yang bakal
menjanjikan pula perlindungan hak-hak
Pendahuluan Samb…
• Nasab adalah juga merupakan satu hak
kanak-kanak yang utama wajib ditunaikan
oleh ibu bapa,
• kerana sekiranya adanya nasab,
kehormatan mereka terpelihara dan dalam
masa yang sama hak-hak dan keperluan
mereka tidak terabai dan dilindungi.
Latar Belakang
• Malangnya, dewasa ini, sealiran dengan
perkembangan teknologi, Ramai kanakkanak yang dilahirkan di luar pernikahan
yang sah, yang mana ini bakal menafikan
hak mereka ke atas nasab.
• kehormatan mereka juga tercalar akibat
dari perbuatan ibu bapa mereka yang
tidak bertanggungjawab
Latar Belakang Samb…
• Di Malaysia kelahiran anak di luar perkahwinan
yang sah (anak luar nikah) amat ketara dan
berleluasa.
• laporan resmi dari Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) bahwa sekitar 257.000 angka kelahiran
didaftarkan tanpa catatan nama bapanya sejak
tahun 2000 hingga bulan Julai 2008.
• Berdasarkan statistic kelahiran anak luar nikah,
ada kemungkinan yang kelahiran kanak-kanak di
luar nikah di Malaysia akan sentiasa meningkat
tahun demi tahun.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara
Sumber: Hasyim (berita harian
21/03/2010)
Sumber: Berita harian (21 Mac 2010)
Fenomena Buang Bayi
Samb…
Buang bayi di lantai flet
Posted on February 4, 2009 by
pemudasarawak
Bayi ditemui dalam lubang tandas
14/12/2008 dalam keadaan
sedang menghisap jari.
Selamat Bayi.jpg
Sumber: Polisi Diraja Malaysia (PDRM)
Pengertian Nasab
• Nasab adalah perkataan dari Bahasa Arab
dari segi bahasanya yang bermaksud
• keturunan atau asal usul seseorang
• Dari segi istilah pula ia merujuk kepada
hubungan darah yang menghubungkan
manusia dengan ibu bapa serta datuk
neneknya, anak-anak dan keturunannya
dan juga kaum kerabatnya
Pengertian Anak Luar Nikah
• Seorang anak yang dilahirkan di luar
pernikahan yang sah atau pernikahan
syubhah
Nasab Anak Luar Nikah:
Peruntukan Undang-undang di
Malaysia
Pengenalan kepada sistem
perundangan Malaysia
• masyarakat Malaysia terdiri dari dua
kumpulan masyarakat yang beragama
Islam dan yang bukan Islam.
• Bagi menepati penduduknya yang
berbilang bangsa dan berlainan agama,
Malaysia mempraktikkan sistem
perundangan dualisma; Undang-undang
Sivil dan Undang-undang Islam
Perundangan Msia samb…
• Penggubalan Undang-undang Islam
diletakkan di bawah kuasa kerajaan
Negeri.
• Walau bagaimanapun, bidangkuasa Badan
Perundangan Negeri dalam menggubal
perkara-perkara mengenai undangundang Islam adalah terhad
Butiran 1 Senarai II (Senarai
Negeri) Perlembagaan
• “Hukum Syarak dan undang-undang diri
dan keluarga bagi orang yang menganut
agama Islam, termasuk Hukum Syarak
berhubung dengan mewarisi harta
berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan,
perkahwinan, perceraian, maskahwin,
nafkah, pengambilan anak angkat, taraf
anak, penjagaan anak, pemberian,,
pembahagian harta dan amanah bukan
khairat….”
Samb…
• Nasab anak adalah satu perkara di bawah
undang-undang diri dan keluarga
• Di bawah bidangkuasa kerajaan negeri
Samb…
• Kuasa Badan Perundangan Negeri
termasuklah menubuhkan mahkamah
yang mempunyai bidangkuasa ke atas
orang Islam (Mahkamah Syariah)
• Perkara 121 (1A): Mahkamah Tinggi Sivil
dan mahkamah di bawahnya tidak
mempunyai bidang kuasa di dalam manamana perkara yang termasuk di bawah
bidang kuasa Mahkamah Syariah
Nasab dan Anak Luar Nikah di bawah
Akta Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984
• nasab ditakrifkan sebagai keturunan yang
berasaskan pertalian darah yang sah
• Terma Anak luar nikah di Malaysia adalah
‘anak tak sahtaraf’
• “ tak sahtaraf berhubungan dengan
seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar
nikah dan bukan anak dari persetubuhan
syubhah” seksyen 2
Peruntukan Berkenaan
Kesahtarafan Seorang Anak
• “Jika seseorang perempuan yang berkahwin
dengan seseorang lelaki melahirkan seorang
anak lebih daripada enam bulan qamariah dari
tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa
empat tahun qamariah selepas perkahwinannya
itu dibubarkan sama ada oleh sebab perceraian,
dan perempuan itu pula tidak bekahwin semula,
maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai
bapa anak itu....” AUKI s. 110
• Peruntukan yang sama terdapat dalam Enakmen Negerinegeri
Peruntukan Lain
• sekiranya seorang anak dilahirkan selepas
empat tahun pembubaran perkahwinan,
bekas suami tidak boleh dianggap sebagai
bapa kepada anak tersebut kecuali si bapa
atau warisnya mengaku anak tersebut
adalah anak kepada lelaki itu – s. 111
Kes-kes Yang Telah
Diputuskan
• Salim lwn Masiah
• Masiah telah menuntut nafkah untuk
anaknya Maimon.
• Pernikahan pada 6 Oktober 1968 dan
telah melahirkan seorang anak pada 2 Jun
1969. Si suami mendakwa beliau telah
mengandung terlebih dulu sebelum
bernikah dengannya. Mahkamah telah
memutuskan bahawa anak tersebut
adalah sah tarafnya.
Hj Ghazali lwn Asmah
• rayuan di atas keputusan Kadhi yang telah
menghukumkan pihak perayu untuk membayar
nafkah anak.
• Perayu mendakwa bahawa anak itu bukan
anaknya kerana isterinya telah mengandung
terlebih dahulu sebelum mereka berkahwin.
Responden telah berkahwin dengan perayu pada
7 November 1974 dan melahirkan anak pada 11
Ogos 1975. Mahkamah memutuskan bahawa
anak yang dilahirkan selepas perkahwinan yang
sah adalah sah tarafnya.
Ismail lwn Kalam
• Pihak menuntut telah menceraikan
isterinya pada 28 September 1985.
Seorang anak telah dilahirkan pada 23
September 1989.
• Oleh kerana jarak perceraian dengan
tarikh anak itu dilahirkan adalah lebih dari
empat tahun, Mahkamah memutuskan
bahawa anak tersebut tidak boleh
dinasabkan kepada bekas suami ibu anak
tersebut.
Fatimah binti Abdullah dan
Seorang lagi v Mat Zin bin Kassim
• berkahwin dengan defendan pada 1 November
1976 dan bercerai pada 11 Disember 1976. Pada
26 November, plaintif pertama telah melahirkan
seorang anak selepas setahun bercerai
• ada berlakunya persetubuhan di antara plaintif
petama dan defendan selama 5 kali, dan anak
itu telah dilahirkan lebih enam bulan dari tarikh
persetubuhan tersebut.
• Diputuskan sabit nasab
Norzaini binti Alias lwn Mohamad
Sharif bin Mohamad Taib
• pernikahan pada 10/4/1987.
• bercerai pada 21/8/1989.
• Anak dilahirkan pada 27/2/1988, iaitu
selepas kandungan berusia 9 bulan
• Sabit nasab
Maryam Nurisa binti Othman
lwn Huzairin bin Basir
• pihak-pihak telah berkahwin pada 22 Ogos
2008.
• Anak perempuan telah lahir pada 25 September
2008.
• Plaintiff (ibu kanak-kanak) dalam keterangannya
telah menyatakan bahawa dia telah
mengandung dahulu sebelum berkahwin. Ini
juga telah diakui oleh Defendan (bapa biologi
anak tersebut.
• Mahkamah: tak sahtaraf dan tak sabit nasab
Peruntukan Berkenaan
Persetubuhan Syubhah
• “Jika seorang lelaki melakukan
persetubuhan syubhah dengan seorang
perempuan dan kemudiannya perempuan
itu melahirkan seorang anak dalam
tempoh di antara enam bulan qamariah
hingga empat tahun qamariah selepas
persetubuhan itu, maka lelaki itu
hendaklah disifatkan sebagai bapa anak
itu” s. 113
Contoh kes persetubuhan
syubhah
• kes Ismail lwn Aris Fadilah dan Seorang
lagi
• Hussin lwn Saayah dan seorang lagi
Pensabitan Nasab
• “ Jika seseorang lelaki mengaku seorang
lain, sama ada dengan nyata atau dengan
tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki
itu hendaklah disifatkan sebagai bapa
anak itu” s. 114
Syarat2 Pengakuan
• anak itu tidak berbapa
• umur keduanya dalam keadaan yang
munasabah bahawa wujud pertalian bapa
dan anak
• Anak bersetuju dengan pengakuan yang
dibuat sekiranya pada masa pengakuan
itu dibuat, dia telah dewasa.
• ibu kepada anak boleh disatukan dalam
perkahwinan yang sah ketika pembenihan
anak itu.
Syarat2 Pengakuan samb…
• Pengakuan itu juga haruslah mengakui
anak itu sebagai anak sahtaraf
• Tujuan pengakuan dibuat untuk memberi
kesahtarafan anak itu juga diambil kira
dan pengakuan itu mestilah jelas
maksudnya dan anak itu diakui sebagai
anak kandungnya
Peruntukan lain
• Nafkah ATST – s. 80(1)
– Kes Roslan lwn Zulkifli
• Penjagaan (Hadanah) Anak Tak Sahtaraf
– S. 85 – kes Maryam Nurisa binti Othman lwn
Huzairin bin Basir
• Wali - Umum- Wali Raja
– Sharifah Yuliana bt Syed Ali Hanafiah v
Muhammad Munif bin Osman
Keputusan Fatwa Kebangsaan
• “ Perempuan yang sedang mengandung anak
luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak
boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat
pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram
kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi
walinya”.
• “Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak
sahtaraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan
kedua pasangan ibu bapanya atau tidak
hendaklah dibin atau dibintikan kepada
Abdullah”.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan (MKI) pada tahun 2004
• Anak yang dilahirkan di luar nikah sama
ada akibat zina atau rogol dan dia bukan
daripada persetubuhan syubhah atau
bukan daripada anak perhambaan;
• Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2
lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah
daripada tarikh tamkin (setubuh);
• Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2
lahzah (saat) mengikut takwim qamariah
daripada waktu tamkin (setubuh) selepas akad
yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa
anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui
iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan
(suami dan isteri atau salah seorang
daripadanya), atau 4 orang saksi yang
memenuhi syarat-syarat mengikuti Hukum
Syarak.
Fatwa Berkenaan Bank Air Mani
dan Bayi Tabung Uji
i
- Mengadakan Bank air mani adalah haram dalam Islam.
ii- Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka
kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya.
iii- Permanian berhadas yang dilakukan kepada manusia
adalah haram kecuali jika air mani daripada suami
didapati secara muhtaram (diluluskan oleh syarak)
dibenarkan oleh Islam.
• iv – Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak
yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram
Fatwa Bayi Tabung Uji
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan Kali ke-5 dan ke-6, 16-17
November 1982 & 10 Oktober 1983
• Bayi tabung uji dari benih suami isteri
yang dicantumkan secara “terhormat”
adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih
yang diambil dari bukan suami isteri yang
sah bayi tabung uji itu adalah tidak sah.
Fatwa Bayi Tabung Uji
• Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu
boleh menjadi wali dan berhaj menerima
harta pusaka dari keluarga yang berhak
• Sekiranya benih dari suami atau isteri
yang dikeluarkan dengan cara yang tidak
bertentangan dengan Islam, maka ianya
dikira sebagai cara terhormat
Perbandingan Negara Islam
(Syria)
• Di Syria, Qanun al-Ahwal al-Shakhsiyyah 1953,
• S. 128 memperuntukkan; masa terpendek hamil ialah
180 hari, dan masa maksima hamil ialah setahun.
• Seterusnya, s. 29 meletakkan dua syarat bagi nasab
perkahwinan yang sah;
• Kelahirannya melepasi masa terpendek hamil
• Tidak sabit bahawa kedua suami isteri tidak dapat
berjumpa dalam bentuk yang boleh dibuktikan oleh 5
pancaindera
• Sekiranya salah satu dari syarat di atas tidak dipenuhi,
maka tidak sabit nasab anak kecuali apabila ayahnya
beriqrar atau mengakui bahawa anak itu adalah
anaknya. (s 129 (2)
Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah alKuwaiti no. 51, 1983
• Peruntukan yang sama terdapat di
Kuwait,, yang memperuntukkan masa
terpendek hamil ialah enam bulan
qamariah dan masa terpanjang hamil ialah
365 hari (s. 166).
• Dua syarat yang sama dikenakan untuk
kesahtarafan (s. 169 (1)). Sekiranya
syarat tidak mencukupi, tidak sabit nasab
anak kecuali dengan iqrar dari suami
Penutup
• Salah satu daripada maqasid syar’iyyah adalah untuk
memelihara nasab keturunan manusia.
• Perkahwinan disyariatkan demi menjaga kesucian nasab
dan memelihara manusia dari perbuatan tidak bermoral
seterusnya melindungi hak anak2 secara bermaruah
• Perkahwinan ini juga adalah titik tolak untuk
mengelakkan dari lahirnya anak yang tidak berdosa
• Agama Islam mengharamkan perzinaan dan
mengenakan sekeras-keras hukuman pada orang yang
berzina yang bertujuan untuk menghalang dari lahirnya
anak-anak di luar pernikahan
Terima Kasih
Download