KATA PENEGAS 1 2 Kata penegas, yang juga disebut partikel, ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagianbahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas seperti yang berikut: Kata Penegas yang menegaskan frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya dan frasa predikat atau bahagiannya contohnya juga, jua, sahaja, hanya, pun, lagi, dan memang yang hanya menegaskan frasa predikat atau bahagiannya contohnya -kah, -lah, dan -tah Kata Penegas yang menegaskan frasa predikat atau bahagiannya 1 2 3 Kehadiran -kah, -lah, dan -tah hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagiannya yang ditegaskan itu dikedepankan dalam ayat. Ketiga-tiga kata penegas ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya. Perhatikan penggunaan kata penegas tersebut dalam ayat. Kata Penegas -kah -lah -tah Contoh Penggunaan dalam Ayat 1 2 3 1 2 3 1 2 3 Berapakah usia kamu sekarang, Devi? Adakah dia masih belajar di kolej itu? Siapakah guru Bahasa Malaysia kamu? Bangunan itulah yang paling tinggi di bandar ini. Itulah kasut baharu yang saya beli semalam. Dialah yang mendermakan wang kepada mangsa banjir itu. Manatah barang-barang lain yang dibeli itu? Bilatah nasib mereka akan berubah? Apatah daya kita yang daif ini. Kata Penegas yang menegaskan frasa subjek atau frasa predikat 1 2 Kata penegas ini bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat, sama ada dalam subjek atau predikat. Perhatikan penggunaan kata penegas tersebut dalam ayat. Kata Penegas pun juga hanya memang lagi Contoh Penggunaan dalam Ayat 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 Murid-murid perempuan pun mengambil bahagian dalam acara itu. Borang penyertaan yang tidak lengkap pun diterima oleh pihak penganjur. Adik saya juga ingin mengikut saya ke perpustakaan. Murid itu ingin juga menyertai Persatuan Bahasa Inggeris. Pertunjukan itu hanya diadakan pada waktu malam. Hanya warganegara Malaysia berhak menyertai peraduan itu. Kanak-kanak memang suka makan aiskrim. Memang Encik Lim akan menjadi pengurus syarikat. Kereta api dari Singapura belum tiba lagi. Hujan turun lagi pada sebelah malam. © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009 1 Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3 PERINGATAN Terdapat beberapa perkataan yang dieja bercantum dengan kata penegas pun. Perkataan-perkataan itu disebut kata majmuk dan dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Senarai perkataan itu diberikan dalam kotak di bawah ini. adapun kalaupun sungguhpun andaipun kendatipun sekalipun ataupun lagipun walaupun bagaimanapun mahupun biarpun meskipun INFO BAHASA Dalam binaan atau penulisan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penegas seperti di bawah ini: 1 Kesalahan menulis kata penegas pun serangkai dengan perkataan yang mendahuluinya. Contoh: (a) Siapa-siapapun boleh menyertai pertandingan itu. (X) (b) Siapa-siapa pun boleh menyertai pertandingan itu. (√) 2 Kesalahan tidak meletakkan kata penegas -kah pada kata tanya yang diletakkan di awal ayat tanya. Contoh: (a) Siapa pemuda yang berbadan sasa itu? (X) * Siapakah pemuda yang berbadan sasa itu? (√) (b) Berapa harga kereta yang kamu beli itu? (X) * Berapakah harga kereta yang kamu beli itu? (√) 3 Kesalahan meletakkan kata penegas -kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh: (a) Ayah kamu sakitkah? (X) * Ayah kamu sakit? (√) (b) Hidung budak itu berdarahkah? (X) * Hidung budak itu berdarah? (√) 4 Kesalahan meletakkan kata penegas -kah di hujung ayat tanya dengan kata tanya yang terletak di hujung ayat. Contoh: (a) Nama kamu siapakah? (X) * Nama kamu siapa? (√) (b) Kapal terbang itu tiba bilakah? (X) * Kapal terbang itu tiba bila? (√) © Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009 2 Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3