SIRAH NABAWIYAH HUBUNGAN DENGAN MEKKAH DAN NEGARANEGARA LAIN OBJEKTIF Memahami kepentingan Perjanjian Hudaibiyah dalam dakwah Islam & bagaimana perjanjian tersebut membawa kepada Fathul Mekkah. PERJANJIAN HUDAIBIYYAH Terjadi pada bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijriyah. Rasulullah s.a.w beserta para sahabatnya seramai 1400-1500 orang berangkat ke Mekkah untuk menunaikan umrah dengan membawa 70 ekor unta untuk korban. Namun kaum Musyrikin menghalangi kaum Muslimin dari memasuki Masjidil Haram. Rasulullah s.a.w mengirim Uthman bin Affan untuk berunding namun Uthman ditahan oleh kaum Musyrikin. Tersebar berita bahawa Uthman telah dibunuh. Rasulullah s.a.w mengadakan Baiat al-Ridwaan (perjanjian taat setia) untuk berseida berperang membela Uthman. Kaum Musyrikin ketakutan dan mengutus Suhail bin Amr untuk mengadakan perdamaian. http://www.youtube.com/watch?v=yBerZwmLGrQ& feature=relmfu APAKAH ISI PERJANJIAN TERSEBUT?? ANTARA PERJANJIAN 1. 2. Orang Islam tidak dibenarkan memasuki Mekkah tetapi mereka berhak datang, menunaikan umrah pada tahun hadapan dan hanya dibenarkan berada di Mekkah 3 hari sahaja. Tidak berlaku peperangan antara orang Islam dan Musyrikin Quraisy dalam tempoh 10 tahun. [rujuk buku teks m/s:39] BERDAKWAH KEPADA RAJA-RAJA Rasulullah s.a.w dapat bergerak bebas dengan perdamaian tersebut. Rasulullah s.a.w menulis surat kepada raja-raja sekitar Jazirah Arabiyah untuk diajak masuk Islam. BERDAKWAH KEPADA RAJA-RAJA Raja Najasyi(Raja Habsyi): dengan ramah dan budi pekerti yang luhur menyatakan masuk Islam. Raja Muqouqis( Raja Qibthi) di Mesir: menerima dengan sopan namun belum menyatakan masuk Islam. Raja Parsi(Kisra): merasa marah ketika membaca surat tersebut dan mengoyakkannya dan mengusir utusan Rasul dengan nada sombong. BERDAKWAH KEPADA RAJA-RAJA Hiraklius( Kaisar Rum): membaca dengan penuh perhatian dan tertarik menerimanya namun belum menyatakan masuk Islam dan mengirim hadiah kepada Rasulullah s.a.w. Mundhir Raja Bahrain: menerima dengan baik dan sopan dan menyatakan masuk Islam [rujuk buku teks m/s: 40-42] Terjadi pada bulan Muharam tahun 7 Hijriyah. Sebab: membersihkan kaum Yahudi yang selau menghasut kabilah-kabilah Arab yang memusuhi kaum Muslimin. Panglima tertinggi kaum Muslimin dipegang oleh Rasulullah s.a.w dan bendera diserahkan kepada Ali bin Abi Tholib. Percubaan meracuni Rasulullah s.a.w oleh Zainah bin al-Haris gagal kerana baginda telah diberitahu oleh tukang kambing. PEMBUKAAN KOTA MEKKAH Terjadi pada 17 Ramadan tahun 8 Hijriyah. Fathul Mekkah(pembukaan Kota Mekkah) merupakan kemenangan yang sangat besar, sebagai kemulian dari Allah untuk agamaNya, RasulNya dan tentera-tenteraNya. Rasulullah s.a.w memasuki kota Mekkah dengan menghancurkan berhala-berhala di sekitarnya. Kemudian berbondong-bondonglah manusia masuk ke agama Islam. “ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu melihat manusia masuk ke agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat” [al-Nasr:1-3] http://www.youtube.com/watch?v=81fWJQkZi_Q &feature=relmfu