Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [036_2] Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman (Edisi 1.0 20110206-20110206) Peristiwa-peristiwa sekarang ini di Mesir seharusnya tidak menghairankan bagi seorang pelajar nubuatan Alkitab sebab urutan itu adalah sebahagian skala waktu yang bermula dari orang Asyur dan orang Babel di Pertempuran Karkemis pada 605 BCE di mana Mesir dikalahkan dan tamat dari akhir Zaman Bangsa-bangsa atau Bukan Yahudi serta mulanya tiga puluh tahun akhir zaman dari 1997 sampai 2027. Naskah ini menguraikan hal-hal penting dan fasa terkemudian. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 2011 Wade Cox) (tr 2011) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman Sepanjang minggu sebelum Hari Bulan Baru Adar (1/12/33/120 atau 3 Februari 2011) perhatian ditumpukan kepada rusuhan di Mesir. Mesir ialah sebuah negara yang sangat penting dalam sejarah Alkitab dan tempatnya dalam nubuatan amat signifikan, dan ia sesungguhnya sangat penting kepada urutan akhir zaman. Sesiapa yang menguasai Mesir secara efeknya merupakan Raja Selatan dalam Daniel dan kedudukannya sangat penting kepada rangka waktu Alkitab. Nubuatannubuatan dalam Yehezkiel saling berhubungan dengan nubuatan-nubuatan Daniel untuk menjelaskan sistem Babel dan waktu tujuh kali masa hingga hujung Zaman Bangsa-bangsa dan Peperangan Akhir Zaman sampai Hari Tuhan (lihat naskah Hari Tuhan dan Zaman Akhir (No. 192)). Urutan nubuatan-nubuatan Yehezkiel dan saling kait dengan Daniel diterangkan kesemuanya dalam naskah Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan-lengan Patah Firaun (No. 036). Naskah ini sudah berada di web selama 15 tahun dan ditulis pada 1994. Pada Februari 2011 beribu-ribu salinan dalam banyak bahasa telah dimuat turun disebabkan keinginan untuk mengerti apa sebenarnya berlaku. Orang ramai kini mula menyedari bahawa ini merupakan satu titik perubahan dalam sejarah. Titik ini ialah organisasi kembali Raja Selatan dan desakan kepada Raja Utara yang akan meningkatkan peristiwa-peristiwa Perang Dunia III dari Afghanistan dan Iraq yang bermula dari 2001 menjadi peperangan menyeluruh yang akan timbul daripada republik-republik Islam di utara dan timur Yerusalem. Peningkatan ini akan menyaksikan kemusnahan besar-besaran banyak orang dan negara. Nubuatan-nubuatan terakhir akan diselesaikan dan Mesias akan mengambil alih dunia. Supaya kita mengerti apa yang sedang terjadi kita akan menguraikan rangka waktu nubuatan Kejatuhan Mesir. Perpindahan-perpindahan kuasa tidak akan terjadi hingga waktu-waktu itu. Justeru perangperang mendapat kesudahannya supaya nubuatan dan Kitab Suci tidak dibatalkan. Bagaimanapun, kesudahan-kesudahan perang itu dipergunakan begitu sekali bagi menyediakan planet untuk impak maksimum bila waktu-waktu nubuatan digenapi. Mari kita perhatikan beberapa urutannya dari 1914. Sejak pembunuhan Archduke Ferdinand dari Austria pada 28 Jun 1914 di Sarajevo dan deklarasi Perang atas Serbia pada 28 Julai 1914 keadaan terus merosot dan dunia terjun ke dalam perang. Pada 1 Ogos Jerman mengumumkan perang atas Rusia dan Perancis dan menyerang Belgium. Pada 4 Ogos 1914 Britain mengumumkan perang atas Jerman atas pencerobohan Belgium itu. Pada 5 Ogos 1914 Austria mengumumkan perang atas Rusia. Rusia, Britain dan Perancis mengumumkan perang atas Turki. Pada 26-28 Ogos 1914 Jerman mengakibatkan kekalahan besar pada orang Rusia di pertempuran Tannenburg. Orang Jerman juga menyerang Perancis dan kemaraan mereka pada Paris dihentikan di pertempuran Marne. Britain memasuki Perancis dan Pertempuran Ypres diperangi sepanjang Oktober-November 1914. Ini memulakan perang parit di barisan barat. Jadi kita saksikan satu titik perubahan utama dalam sejarah peperangan dan dunia pada 1914 sebagaimana waktu yang membawa kepada pertempuran Karkemis pada 605 BCE kira-kira 2,520 tahun atau tujuh masa sebelumnya. Perhatikan bahawa penamatan tepat 2520 tahun dari Karkemis pada 605 BCE adalah pada 1916. Jadi dua tahun terakhir hubungan pertama adalah dari 1914 hingga 1916. Dalam naskah Kejatuhan Mesir (No. 036) ada dinyatakan: “Satu lagi faktor, yang bakal memasuki hal-ehwal dunia walaupun kenampakan kecil, adalah Bank England Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman diperkuasakan untuk mengeluarkan wang kertas melebihi had yang ditentukan undangundang. Tindakan ini memperkenalkan proses ketidakstabilan kewangan, yang akan mencapai konsekuensi lengkapnya dalam keberhutangan dan perhambaan kewangan bangsa-bangsa berbahasa Inggeris. Semua konsekuensi Ulangan 28 (lihat naskah Berkat dan Tulah (No. 75)) akan hanya dilihat pada waktu itu.” Seperti yang kita tahu sekarang ini timbul daripada ketidakcekapan politik orang Amerika dalam Akta Simpanan Persekutuan Disember 1913 yang mencipta satu korporasi bank-bank swasta yang mengambil kuasa atas rakyat Amerika. Sepanjang tempoh dari 1914 hingga 1996 Bank Simpanan Persekutuan merampas kekayaan dan seluruh simpanan-simpanan emas Amerika Syarikat (AS). Menjelang 2008 mereka secara efektifnya telah memufliskan AS dan pelbagai bank dunia untuk mencipta Pakatan atau Orde Dunia Baru di bawah satu sistem Satu Dunia di bawah kuasa Bank Dunia. Pada 2009-10 mereka cuba mengambil alih sistem-sistem kewangan dunia di bawah satu sistem tidak terpilih, yang kononnya dikuasai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB juga menggunakan sains berunsur penipuan berkenaan Pemanasan Global untuk menakutkan seluruh dunia hingga menyerahkan kuasanya kepada Binatang. Peristiwa itu akan terjadi sebagaimana Wahyu mengatakan ini akan terjadi. Ingat, naskah mengenai “Kejatuhan Mesir” telah ditulis pada 1994 dan dengan itu perangperang kesudahan ada di masa depan. Segala pernyataan naskah itu menunjukkan apa yang bakal terjadi dan ternyata memang terjadi dan sedang terus terjadi. “Perang Dunia I memperkembangkan konsepkonsep dan metode-metode peperangan moden. Semua ini tidak seperti orang-orang gagah perkasa dahulukala yang turun ke Gelanggang dengan pedang dan perisai mereka. Satu ringkasan pendek sejarah akan menerangkannya. 18 Febuari 1915. Dalam pembalasan untuk sekatan laut terhadap Jerman oleh Britain, Jerman membalas dengan sekatan terhadap kapal selam Britain. Mukasurat 3 22 April -25 Mei 1915. Perang Ypres yang kedua dengan penggunaan racun gas oleh orang-orang Jerman pada kali pertama.” Perang Saudara Amerika merupakan permulaan peperangan moden dengan penggunaan senjata-senjata automatik dan muatan belakang (breech-loading). Penganut Satanis, mempergunakan sistem Masuni Amerika di bawah Albert Pike, merencanakan tiga perang dunia dari 1871. Perang Dunia I menjadi lapangan ujian bagi senjata-senjata kemusnahan besar-besaran dan yang jauh lebih mengerikan. Negara-negara Semit tengah diorganisasi kembali. Israel lahir kembali daripada Deklarasi Balfour 1917 (Terdapat dua Deklarasi Balfour 1917, satu berkenaan tanah air Yahudi dan kedua adalah untuk dasar perundangan bagi pendirian negara Australia.) Peperangan Semit/Mesir/Aryan telah bermula sekali lagi. 25 April 1915. Tentera bersekutu mendarat di semenanjung Gallipoli tetapi gagal mengendalikan Selat Dardanelle. ANZAC telah dilahirkan. Itali menyertai perang di pihak bersekutu. Britain membentuk kerajaan bersekutu di bawah Asquith. Serangan British-Perancis telah gagal. Pada 6 September 1915 Bulgaria menyertai kuasa-kuasa pusat. Tempoh 2520 tahun telah tamat dan perangperang kesudahan zaman bermula dengan bersungguh-sungguh. Daripada naskah mengenai Kejatuhan Mesir: “21 Februari sehingga 16 Disember 1916. Perang Verdun memperlihatkan serangan Jerman di bahagian barat utama dengan kekalahan yang mengerikan di kedua-dua pihak. 20 Mac 1916. Perjanjian rahsia AngloPerancis atau Sykes-Picot telah menyerang pembahagi Empayar Turki sehingga peperangan ini melibatkan Filistin. Mesir adalah sebahagian daripada sistem empayar ini. 24 April memperlihatkan perayaan paskah hari minggu muncul di Ireland menandakan pertukaran kuasa di kepulauan British sendiri. Mukasurat 4 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman 31 Mei sehingga 1 Jun 1916. Peperangan Jutland, satu-satunya perang laut yang utama di antara British dan konvoi Jerman memperlihatkan British mengalami kekalahan yang lebih besar daripada kekalahan Jerman. Serangan Brusilov Rusia telah gagal. 1 Julai 1916. Peperangan Somme memperlihatkan penggunaan kereta kebal oleh Britain buat pertama kali. Melebihi satu juta telah terkorban. 27 Ogos 1916. Romania dan Portugal menyertai perang terhadap Jerman. USA, yang mungkin mendapat keuntungan dari perang itu, telah membeli pulai Virgin. Ia mendaratkan pasukan tentera di Santo Domingo, Republik Dominican dan menetap di sana sehingga 1924. Februari 1917 memperlihatkan revolusi di Rusia dan penurunan takhta Tsar Nicholas. 11 Mac 1917. orang British telah menawan Baghdad dari Turki. Golongan Ghuz di Turki, yang dinamakan bagi silsilah Seljuk, telah menetap di Baghdad sejak kurun ke-12 dan telah mengalahkan tentera Byzantine barat di dalam perang Myrio-cephalum pada 1176. ini telah mengakhiri kebangkitan golongan Byzantine yang bermula sejak kekalahan di tangan Seljuk Rum dalam perang salib yang pertama di Nicea dan Dorylæum. Kemenangan ini telah membolehkan para pejuang perang salib berarak maju melalui Siria dan mengambil Edessa dan Antioch pada 1098 dan Yerusalem pada 1099.” “Penentuan kesudahan fasa ini dimulakan pada 1917. 6 April 1917. USA mengisytiharkan perang ke atas Jerman. 31 Julai sehingga 10 November 1917. Perolehan dari Perang Passchendale, serangan tentera British yang utama, telah diimbangi oleh serangan balas Jerman. 24 Oktober 1917. Perang Caporetto memperlihatkan kekalahan teruk Itali. Revolusi Oktober memperlihatkan Bolshevik menggulingkan kerajaan sementara. Lenin menjadi ketua perutusan dan Trotsky menjadi perutusan bagi hal-ehwal luar negara. Kemenangan-kemenangan Komanwel British di Timur Tengah memperlihatkan Palestin memperoleh semula Israel. Sumur oath (sumpah), Bersyeba, telah direbut oleh Penunggang Berkuda Australia dalam serangan berkuda besar-besaran terakhir orang berbahasa Inggeris. Dari sini Deklarasi Balfour (yang Pertama) dibuat untuk menyokong keadaan orang Yahudi di Palestin. 9 Disember 1917. Tentera Komanwel British telah menawan Yerusalem. Sekali lagi kota ini berada dalam tangan orang Israel selepas 1,847 tahun. Ini ialah faktor kunci dan kemuncak perang itu dari sudut pandangan nubuatan. Lebihan perang itu berfokus pada poin-poin kunci berikut. 3 Mac 1918. Perjanjian Brest-Litovsk diantara Rusia dan Jerman memperlihatkan Rusia berundur dari perang. 15 Julai sehingga 2 Ogos 1918 memperlihatkan serangan utama Jerman yang terakhir gagal di dalam perang Marne. 16 Julai 1918 memperlihatkan penganiayaan mantan Tsar Nicholas II dan keluarga. 18 Julai 1918 memperlihatkan serangan dari pihak bersekutu bermula. Jerman dipaksa untuk menyerah. Orang-orang Itali telah meraih kemenangan dari Vittoria Veneto dan Austria-Hungary telah menyerah. 9 November 1918 memperlihatkan revolusi di Jerman dan penurunan takhta Wilhelm II. Republik itu diisytiharkan. 11 November 1918. Jerman bersetuju dengan gencatan senjata dan Perang Dunia I telah berakhir. Perang Sivil di Ireland telah bermula. Lenin menumpukan kuasa kerajaan Bolshevik dan perang sivil berlarutan sehingga 1920. Hal-hal ini menggambarkan bagaimana titik yang sangat penting dalam sejarah ini membabitkan bangsa-bangsa yang disebutkan dalam nubuatan dan banyak lagi. Perkara jelas daripada senarai itu adalah kita sedang saksikan satu sistem peperangan baru terhasil yang berlainan daripada semua sistem sebelumnya. Lebih khusus lagi urutan ini dalam zaman akhir akan memulakan pembukaan perang-perang kesudahan zaman dan pendirian Kerajaan Tuhan. Sistem-sistem kewangan yang menyokong perang-perang ini juga dimiliki dan dikendalikan oleh para bankir Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman [yang sedang muncul] yang akan bakal menjadi Orde Dunia Baru dan sistem Binatang Zaman Akhir. Mereka menggunakan konflik-konflik ini sejak 1914 untuk menambahkan kuasa yang telah salah diberikan kepada mereka pada Disember 1913 oleh Kongres AS dalam peristiwa yang merupakan perbuatan khianat terbesar pernah dilihat dalam sejarah dunia. “Urutan sejarahnya disimpulkan seperti berikut: 750 BCE. Nubia digabungkan di Mesir di bawah kekuasaan golongan Nubia. 732 BCE. orang Asyur di bawah Tiglat Pileser III menggabungkan Damsyik dan menjadikan Israel dan Yudea sebagai tanah jajahan. 729 BCE. Tiglat Pileser menggabungkan Babel. 724-721 BCE. Salmaneser V menggabungkan Israel. Penggantinya Sargon II mengasingkan sepuluh suku kaum. Pengasingan ini melewati Araxes ke padang-padang rumput. 710 BCE. orang Cimmeria menceroboh Urartu dan Frigia yang musnah. Sargon terbunuh sewaktu melawan dengan orang Cimmeria pada 705 BCE dan telah digantikan oleh Sennacherib/Sanherib. 696 BCE. orang Asyur menggeledah Tarsus. 687 BCE. Takhta Lidia di Anatolia barat telah dirampas oleh Gyges. Asyur kini sedia untuk menakluki Mesir dan menjadi kerajaan tertinggi Asia barat. 669-663 BCE. Orang Asyur mencerobohi Mesir dan menetapkan subordinasi Mesir. Maka lengan Mesir telah patah dalam pengertian pendahuluan. 605 BCE. Nebukadnezar mengalahkan Necho, yang telah membantu Asyur dalam peperangan Karkemis. Tentera Mesir telah dikejar sampai ke sempadan Mesir tetapi Nebukadnezar tidak memasukinya mahupun kerajaan Yudea (2 Rajah 24:7). Skala waktu tujuh masa bermula. Orang-orang Mesir berjaya untuk menawan semula Gaza selepas perang 601 BCE dan oleh kerana ini pengaruh mereka telah bertambah di Yerusalem walaupun amaranamaran telah diberikan oleh Yeremia. Mukasurat 5 Pada 599 BCE. Nebukadnezar telah menawan orang-orang Arab di timur Aram/Syria dan Palestin. Pada 598 BCE dia telah mengepung Yerusalem dan menaklukinya pada 15-16 Mac 597 BCE. Dia sekali lagi mengepung dan memusnahkan Yerusalem pada 586 BCE. Sekitar 567 BCE. Mesir cuba menegakkan kembali kedudukannya dan Firaun-nya Amasis, pengganti kepada Hophra, diperangi oleh Nebukadnezar pada tahunnya yang ketiga puluh tujuh (567 BCE). 525 BCE Cambyses mencerobohi Mesir dan mematahkan lenganny yang satu lagi. Akhir fasa pertama menyaksikan perpindahan kuasa daripada orang Semit kepada orang Aryan yang diwakili oleh orang Medo-Persia. Dua kumpulan itu merupakan gabungangabungan kuasa, yang menjadi perubahanperubahan dalam penguasaan. Mesir ditunduki oleh kedua-dua kumpulan. Akhir tempoh konsolidasi dua jangka waktu empat puluh tahun adalah pada 525 BCE dengan pencerobohan Cambyses. Peredaran tujuh masa diterapkan kepada tarikh terminal ini memberikan tahun 1995/6 sebagai akhir Fasa 2. 1996/7 ialah tahun Rahmat Kelima daripada peredaran Sabat dan tahun ke 2520 dari Pencerobohan Mesir oleh Cambyses pada 525 BCE. Tahun ini ialah penamat Waktu Bangsa Lain. 1997 ialah tahun tuaian dua kali lipat untuk tahun Sabat dan Pembacaan Hukum pertama iaitu 1998. Proses peringatan dimulakan. Sistem terakhir Orde Dunia Baru sudah bertempat pada 1995 dan menjelang 1997 Waktu Bangsa Lain secara efektifnya tamat dan Orde Dunia Baru mula berkuasa. Antara 1997 dan 2001 sistem didirikan untuk Perang Dunia. Iraq telah dicerobohi oleh AS di bawah Operasi Desert Storm dalam Perang Iraq Pertama. Kawalan-kawalan kewangan mula dilaksanakan untuk menawan dunia secara kewangan menjelang 2009. Memang bermakna bahawa milenium kedua dari kelahiran Kristus berakhir pada 1996. Kristus tidak mungkin telah lahir lebih lambat daripada 4 BCE (memandangkan kematian Mukasurat 6 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman Herodes diketahui antara 1 dan 13 Abib 4 BCE). Dengan itu dia semestinya telah lahir 5 BCE atau lebih awal. Lihat naskah Signifikans Tahun 2000 (No. 286) dan Umur Kristus pada Pembaptisan dan Tempoh Pelayanannya (No. 19). bulan kedua tahun-tahun penindasan. Mereka telah mengubahsuai pendekatan mereka untuk menghasilkan daya tarik lebih luas dan mereka kelihatan lebih pro-demokrasi dan sekular. Betapa benarkah itu? Kita akan segera mengetahuinya. Raja Selatan secara efektifnya ialah Britain dan selepas itu, diiringi oleh AS, menyusul dan menjadi lengan-lengan perang Raja Utara berikutan pembentukan NATO selepas kekalahan kuasa Paksi. Mesir diduduki oleh Britain dan tahun 2520 penaklukan Pertama selesai. Peristiwa-peristiwa terus terjadi di belakang tabir dan pentas disediakan untuk perang-perang kesudahan zaman. AS secara efektifnya telah menguasai dan menyokong Mesir di bawah Mubarak dan sebenarnya memperlengkapi Mesir dengan dana-dana bantuan dan akan terus berusaha untuk mengawal Mesir dengan dana-dana sebanyak 1.5 hingga 2 bilion dalam perlengkapan militer tiap tahun. Mesir Moden Yobel ke 118 adalah pada 1927 dan tahun Pertama Yobel ke 119 adalah pada 1928. Pada 1928 Persaudaraan Muslim Mesir (Muslim Brotherhood of Egypt) dibentuk. Ketika tempoh mulai waktu itu sampai 1953, Mesir menyediakan perjuangan kemerdekaannya. Persaudaraan Muslim ini telah ditindas di Mesir sejak 1952 dan kemunculan pergerakan kemerdekaan sekular. Pada 1953 Mesir mengumumkan kemerdekaannya di bawah Gamal Abdel Nasser dan pada 1956 Mesir merampas Terusan Suez daripada Britain. Ini ialah akhir 40 tahun Lengan Pertama dan merupakan 2520 tahun atau tujuh masa dari penerimaan kemerdekaannya daripada Kerajaan-kerajaan Utara sekitar 565 BCE. Mesir bakal mengalami beberapa kekalahan pada tangan Israel mulai 1967 dan seterusnya. Pada 1981 ia diletakkan di bawah diktatur efektif dengan Presiden Hosni Mubarak. Sepanjang 30 tahun rejim Mubarak, Mesir menindas diri sendiri. Ia negara Islam tetapi bukan tidak begitu fundamentalis sebagaimana Persaudaraan Muslim mengingininya dan mereka tidak pernah berposisi untuk menguasainya. Golongan Copt/Koptik Mesir, iaitu 10% daripada Mesir, terpaksa berpaling kepada Kekristianan Eropah dan menyokong sesiapa saja yang bertentangan dengan Persaudaraan Muslim yang sendirinya mempunyai sokongan 20% Mesir. Secara efektifnya Persaudaraan Muslim berada dalam Segala pemberontakan seluruh Afrika Utara mulai dari Tunisia mempergunakan ketidakpuasan besar dalam semua diktatur Arab ini dengan korupsi menyeluruh dalam negara-negara ini. Peningkatan 220% dalam harga makanan balik kepada tahun-tahun krisis 2007/8 memarakkan ketidakpuasan ini. Penindasan dan ketidakadilan di Tunisia dan Mesir membangkitkan revolusi dan ini harus terjadi sebagaimana ia terjadi. AS menyokong Mubarak dan sekarang sistem PBB cuba mendapatkan seorang moderat pro-PBB di situ dalam bentuk Dr. Mohamed El Baradei. Masalahnya ialah El Baradei tidak mempunyai apa-apa sokongan nyata dalam Mesir. Dia telah berada di luar Mesir selama berdekad-dekad dan gagal teruk bilamana dia pernah cuba mengadakan parti pembangkang. Faktanya adalah, tiada tentangan penting kerana mereka telah ditangkap dan disiksa dan dihapuskan oleh rejim Mubarak itu. Satu kini dikumpulkan bersama termasuk Persaudaraan Muslim ini. Hakikatnya adalah Persaudaraan Muslim menolak keganasan yang dahulu dan mengambil sikap laissez faire (tidak campur tangan) terhadap negara sekular untuk mengeratkannya dengan rakyat Mesir dan meningkatkan kepopulerannya. Ia terikat kepada kesatuan-kesatuan profesional, kampuskampus universiti, dan program-program kebajikan sosial Mesir. Ia secara terbuka menyokong demokrasi tetapi juga mengkritik polisi luar AS. AS tidak menyukai kritikan dan dengan itu terdapat berbagai-bagai pendapat mengenai apakah tujuannya. Pihak agama Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman sayap kanan AS memikirkan pemberian hak suara kepada Persaudaraan Muslim sebagai keadaan terburuk. Kelompok tidak berkompromi AS akan mewujudkan musuh mereka sendiri dalam orang-orang ini. Ia berkuasa dalam pemberontakannya tetapi diam-diam dalam tindakannya. Ia mencela satu serangan pengganas baru-baru ini sebagai perbuatan pengecut. Ia sangat berhati-hati untuk meningkatkan kedudukannya sebagai parti pembangkang dengan menggunakan golongan muda sebagai daya pendorong pemberontakan itu. Terdapat komiti-komiti bersepuluh mengatur pemberontakan itu dan Persaudaraan Islam diwakili Komiti-komiti itu. Will Englund dalam The Washington Post berkata: kumpulan-kumpulan yang menjalankan demonstrasi-demonstrasi itu telah mengadakan satu komiti 10 untuk menangani kerajaan; termasuk Persaudaraan Muslim. Apabila lapan pemimpin daerahnya ditahan minggu lalu, ia memilih untuk tidak bertindak untuk membela mereka agar tidak mengganggu tujuan utama—pemergian Mubarak. Ia akan cuba mengasingkan para jihadi ganas untuk menarik undi golongan Islam sederhana. Itu dilakukannya. Bagaimanapun, ia bersahabat dengan Hamas dan orang Iran melihat ini sebagai satu peluang untuk memisahkan elemen-elemen pro-Barat di Mesir dan memisahkan Israel dan pihak Barat, yang akan berkesudahan dengan perang. Oleh kerana semua sebab di atas, terdapat banyak dan berbagai pendapat mengenainya. Pendapatpendapat ini terbentang dari pandangan bahawa tujuan tunggalnya adalah untuk mengusir Mubarak dan membawakan keamanan kepada Mesir, hingga pandangan bahawa mereka akan mengambil alih Mesir dan mewujudkan sebuah Negara anti-Amerika. Bagaimanapun, sejarah menunjukkan bahawa mereka akan diambil alih oleh sistem Utara ini pada Zaman Akhir, sesudah konflik besar. Rejim Mubarak mempergunakan tentangan Islam ini untuk membenarkan pemerintahan otoriternya. Ia menggunakan tawanan-tawanan untuk menindas bantahan-bantahan ini dengan kekerasan. Tekniknya adalah dengan Mukasurat 7 melepaskan tawanan-tawanan atas sebab mereka akan secara jasmani menyerang dan merampok para pembantah untuk mendiskreditkan bantahan-bantahan itu dan sebarang tentangan. Pihak polis juga ikut serta dalam aktiviti ini. Bersama-sama dengan hakikat bahawa serangan-serangan atas stesenstesen polis oleh golongan tidak puas hati juga menyaksikan tawanan-tawanan dibebaskan dan parti pembangkang juga didiskredit dalam masalah tiga penjuru itu. Warga rakyat kini melaksanakan rondaan dan sekatan daearahdaerah mereka sendiri untuk menghadkan penjarahan. Persaudaraan Muslim ini dilarang Mubarak daripada mengambil bahagian dalam pemilihan politik. Namun ia mengkonsolidasi dirinya sebagai kumpulan pembangkang terbesar di Mesir dan meskipun adanya larangan pemilihan mempunyai 17 wakil dalam parlimen Mesir yang menyokongnya. Ia menyokong (biarpun secara nominal) langkah El Baradei untuk memanfaatkan pembangkang untuk penyingkiran Mubarak. Masalah sebenarnya ialah tiadanya pemimpin nyata dalam pihak pembangkang dan tentera terpaksa mengambil kuasa. Tentera menyatakan bahawa ia tidak akan bertindak terhadap pemberontakan itu dan Mubarak harus pergi. Faktanya ialah El Baradei tidak mempunyai sokongan dan Persaudaraan itu akan mengikuti puncak ini menjadi pimpinan de facto teratur. Musuh sebenar kemajuan demokrasi ialah fakta bahawa AS merupakan kepala Orde Dunia Baru dan kuasa Utara akan mendesak susunan kembali struktur-struktur Timur Tengah. Israel takut bahawa Mesir yang dipimpin Persaudaraan Muslim bukan saja akan bermakna suatu kuasa Islam lebih kuat di Gaza tetapi juga suatu kuasa di Tebing Barat yang sekarang ini dijalankan oleh Autoriti Palestin yang dikuasai Fatah. Israel akan berasa terancam. Ia sedia menyerang Iran sekarang juga dan sedang menunggu dorongan pencetus. Pimpinan sebegitu dari Mesir juga akan memberanikan Hamas dan Hezbollah dan mengubah keseimbangan kuasa berhubungan Fatah. Hezbollah sudah dalam kedudukan sedia untuk melancarkan roket-roket Iran dari Lubnan/Lebanon bukan saja terhadap Israel Mukasurat 8 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman tetapi juga terhadap Eropah. Keadaan begitu membuatkan Iran yang berkuasa nuklear amat berbahaya sekali bagi ibukota-ibukota Eropah. Tekanan daripada pemberontakan di Tunisia dan Mesir sudahpun dirasai di Syria dan itu akan tersebar ke Saudi Arabia dan tempat lain. AS berbicara demokrasi tetapi menyokong rejim-rejim diktatur atas sebab-sebab kuasa. Kebimbangan terbesar adalah bahawa Persaudaraan Muslim ini akan menterbalikkan perjanjian Israel/Mesir 1979 yang dicapai di bawah Anwar Sadat. Juga bahawa ia akan merosakkan operasi Terusan Suez. Juga dikhuatiri bahawa mereka akan merosakkan operasi-operasi menentang keganasan/terorisme di serata dunia. Persahabatan mereka dengan Hamas dilihat mempertunjukkan bahawa segala pernyataan demokratis mereka tidak jujur. Situasi sama terjadi di Iran dan rakyat tidak dapat mengambil balik kuasa yang dirampas angkatan Islam. Mesir akan mengalami nasib sama. Kekejaman terjal rejim-rejim Islam dan angkatan bersenjata teras mereka dalam pengawal-pengawal Revolusioner harus jangan dipandang rendah. Soviet lama dan seterus ke dalam Iraq, dan selepas itu membabitkan Timur Tengah secara umumnya. Semua yang disebutkan dalam karya itu setakat ini terbukti 100% tepat. Kita akan teruskan dengan analisis situasi di Afrika Utara dan Timur Tengah. Seperti yang kita lihat rangka waktu itu akan mendorong negara Mesir ke dalam perang-perang kesudahan zaman dengan berakhirnya baris waktu pada akhir 2520 tahun sejak pencerobohan Mesir oleh Cambyses pada 525 BCE, iaitu pada 1996/7. Urutan-urutan ini diringkaskan dalam naskah Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan-lengan Patah Firaun (No. 036). Gerakan Islam akan memanfaatkan tentangan terhadap sistem Utara dan akan menggulingkan perserikatan-perserikatan pro-AS. Tindakan itu akan bertindak memberi alasan campur tangan ketenteraan di Timur Tengah secara menyeluruh menduduki tempat-tempat dari Yerusalem. Sistem Binatang akan menduduki daerah dari Gaza ke Yerusalem sepanjang 42 bulan akhir zaman dan waktu dua Saksi itu (lihat naskah Saksi-saksi (termasuk Dua Saksi) (No. 135)). Lihat juga karya 2012 dan Antikristus (No. 299D) untuk rangka-rangka waktu berkenaan. Waktu dua lengan yang mana salah satu telah patah dua kali terjadi pada tarikh sangat penting pertempuran Karkemis pada 605 BCE. 2520 tahun dari 605 BCE berakhir pada 1916. Tarikh itu menyaksikan konflik-konflik penting Perang Dunia I bermula dan operasi-operasi berhubungan kedua-dua Eropah dan Timur Tengah. Sistem kewangan dunia juga telah ditempatkan dalam pemilikan tersendiri sejak Disember 1913 dan dari 1914 hingga 1916 seluruh dunia dipersiapkan untuk “Peperangan Hari-hari Akhir” dan perang-perang itu dirancang untuk berlanjutan melalui tiga fasa membabitkan Perang Dunia I, II dan III. Urutan itu direncanakan oleh para Satanis dengan menggunakan persatuan-persatuan Rahsia di bawah pimpinan Albert Pike. Aspek-aspek itu dihuraikan dalam karya 2012 dan Antikristus (No. 299D). Tujuan sebenar rencana itu bukan hanya untuk mendirikan satu badan penguasa dunia di bawah Iblis sebagai tuhan, iaitu apa yang diberitahu kepada para Satanis, tetapi untuk menghapuskan manusia, iaitu tujuan sebenar si penuduh orang beriman itu. Urutan Perang-perang Kesudahan Zaman diliputi dalam karya-karya Tiga Puluh Tahun Akhir: Perjuangan Terakhir (No. 219) dan Perang Hamon-Gog (No. 294). Karya-karya ini mencakupi nubuatan-nubuatan tempoh dari 1997 hingga 2027 iaitu tahun yobel ke 120. Dalam karya itu, permulaan peperangan diterangkan dari 2001 bilamana semuanya mula membabitkan gerakan ke dalam Afghanistan dan negeri-negeri “Stan” sistem Tahun 1996/7 menyaksikan berakhirnya Waktu Bangsa-bangsa menurut Nubuatan Alkitab dan bermulanya waktu tiga puluh tahun kesudahan zaman, atau, “Ratapan bagi Musa” yang dilambangkan oleh tiga puluh hari terakhir sebelum Isrel memasuki Tanah Perjanjian. Pada tahun itu perjanjian-perjanjian dicapai untuk menyerahkan semua kuasa nasional kepada satu sistem pusat di bawah kawalan kerajaan dunia. Komanwel British dan AS Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman Mukasurat 9 telah mempermudahkan sistem ini sejak perjanjian-perjanjian 1997 dan sedang meniadakan konstitusi/perlembagaan mereka sendiri dengan Akta-akta yang menggantung dan meniadakan peruntukan-peruntukan konstitusi dan raja. Ini khianat dan membantu serta bersekongkol khianat. Pengaturan kembali struktur dunia juga direncanakan daripada Kelab Rom pada 1956. Itu adalah waktu empat puluh tahun dari hujung tujuh masa atau 2520 tahun dari Pertempuran Karkemis dan pendirian sistem Babel sebagai “Kepala Emas” di bawah Nebukadnezar. Banyak peristiwa terbabit adalah dalam golongan tiga puluh tahun dari tarikh-tarikh penting ini. Dari 1916, pada akhir tujuh masa dari Karkemis pada 605 BCE, kita lihat bahagian akhir usaha pembasmian Yehuda dan tiga puluh tahun itu tamat pada 1946 dan diikuti oleh pembentukan negara Israel. Sepanjang waktu sama kita juga perhatikan pergumulan di Mesir. Perjuangan kemerdekaan dimulakan dari 1951 dan Hosni Mubarak mentarikhkan pelayanan umumnya dari waktu ini di bawah Muhammad Naguib presiden pertama Republik dan Gamal Abdel Nasser (presiden kedua pada 1956). Pada 1952 Persaudaraan Islam ditindas di Mesir. Ini teladan yang diikuti oleh semua pemimpin di seluruh Afrika Utara dan Timur Tengah atas hasutan pihak Barat dan sekutu-sekutu mereka. Tindakan ini menemui kejayaan dalam banyak negara sehinggalah revolusi di Iran pada 1979. Demonstrasi-demonstrasi bermula pada Januari 1978. Pada Februari 1979 Shah meninggalkan negara sebagai buangan dan Republik Islam dibentuk di bawah Ayatollah Khomeini pada hujung tahun itu. Ini adalah enam puluh tiga tahun atau dua lot tiga puluh dari 1916 campur tiga. 1976 merupakan Sabat dan 1977 ialah tahun Yobel ke 119 (dari Pendamaian 1976 ke Pendamaian 1977). 1978 ialah tahun pertama Yobel ke 120 iaitu yobel terakhir pemerintahan Iblis. Revolusi Islam di Iran diizinkan untuk mendirikan pangkalan kuasa Islam Fundamentalis untuk perang-perang kesudahan zaman dan kemusnahan serta perbudakan Timur Tengah. Shah Iran (Persia) pada hakikatnya menyebabkan kebangkitan golongan revolusioner dengan polisinya yang memerintahkan para peserta apa-apa pemberontakan ditembak. Ini mempunyai kesan memarakkan kembali keteguhan hati golongan revolusioner setiap empat puluh hari selepas waktu berkabung bagi mereka yang telah ditembak pada tindasan sebelumnya. Pada 1956 telah dipersetujui bahawa Orde Dunia Baru akan didirikan di bawah sepuluh blok perdagangan berasingan. Blok-blok ini akan membentuk sepuluh sistem supranasional di bawah pemimpin-pemimpin tidak terpilih dan sistem ekonomi baru. Sepuluh blok ini akan menjadi Sepuluh Tanduk Orde Dunia Baru iaitu kerajaan terakhir “Sepuluh Jari Kaki Besi dan Tanah Liat Kotor.” Ini bakal menjadi Kerajaan Binatang dan Iblis memberi kuasanya kepada kerajaan itu. Ia berpaling dan membinasakan sistem Agama Trinitarian dan juga Islam dan Yudaisme Zionis. Kerajaan penghabisan atau terakhir sistem Babel ini akan dimusnahkan oleh Kristus pada kedatangannya. Sistem milenium di bawah Kristus dan orangorang kudus akan dilaksanakan dari Yerusalem. Sebelum kedatangan Mesias (lihat naskah Kedatangan Mesias: Bahagian 1 (No. 210A) terdapat beberapa perkara yang harus berlaku (lihat karya-karya Tujuh Meterai (No. 140), Tujuh Sangkakala (No. 141), Peringatan Zaman Akhir (No. 044)). Tuhan tidak berbuat apa-apa melainkan Dia mengingatkan manusia melalui hamba-hambaNya para nabi. Atas sebab itu juga dunia diperingatkan oleh keduadua Jemaat Tuhan dan Saksi-saksi. Tuntutan itu juga ditunjukkan dalam naskah Saksi-saksi (termasuk Dua Saksi) ) (No. 135). Tuhan juga mengatur dalam barisan pendirian Jemaat Tuhan yang terakhir yang membawa ke dalamnya setiap orang yang bertaubat dalam zaman akhir dan berpaling kepada Tuhan dan dibaptiskan. Urutan itu diterangkan dalam naskah Api Dari Langit (No. 28). Alkitab spesifik bahawa Pelacur Beragama Babel dan Kultus-kultus Rahsia harus dibinasakan oleh Binatang itu sendiri. Urutan ini dijelaskan dalam naskah-naskah Perang Dunia III Bahagian I: Kerajaan Binatang (No. Mukasurat 10 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman 299A) dan Perang Dunia III Bahagian II: Pelacur dan Binatang (No. 299B). Jelas juga daripada Daniel 11:40-45 bahawa Perang-perang kesudahan zaman haruslah dengan negara-negara di timur dan utara Yerusalem dan Raja Utara bergerak maju untuk membinasakan banyak negara sama sekali. Dalam konflagrasi itu lebih satu pertiga manusia dihapuskan dan satu perempat mati daripada sampar sesudah itu sampai waktu Mesias dan Cawan-cawan kemurkaan Tuhan. Selepas konflik itu Raja Utara, iaitu kuasa militer terkuat di bumi pada Zaman Akhir, kembali ke markas besarnya yang akan menduduki daerah dari pantai Genting Gaza ke Yerusalem di mana para pemimpinnya berada dalam pendudukan itu. Ia akan menduduki Yerusalem selama 1263.5 hari atau 42 bulan. Dalam waktu itu ia akan diberi kesaksian oleh dua Saksi yang merupakan nabi-nabi Tuhan. Pada akhir 1260 hari dua Saksi itu diatasi oleh angkatan Binatang. Dunia bersukacita dan akan menghalang mereka dikuburkan. Pada akhir tiga setengah hari mereka dibangkitkan oleh panggilan atau sangkakala penghulu malaikat dan Kedatangan Mesias. Mesias, Kristus, yang dipanggil Isa oleh Quran, kembali untuk menawan dunia di bawah hukum-hukum Tuhan. Bagaimanapun negara-negara Timur Tengah harus ditakluki oleh Raja Utara lama sebelum ini terjadi. Sebab itu negara-negara Muslim harus diorganisasi kembali dan dihasut untuk menyerang Raja Utara seperti diramalkan oleh Daniel , di bawah dorongan Mesir dan negaranegara lain Timur Tengah. Mesir adalah sentral kepada nubuatan itu. Hasutan ini telah berterusan selama bertahun-tahun. Perang terakhir ini, yang secara efektifnya bermula pada 2001, akan dipercepatkan oleh negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara dalam mencuba untuk membinasakan sistem Raja Utara yang beroperasi dari Eropah. Sistem Babel ini dilambangkan oleh kota tujuh bukit, iaitu Babel moden, menyusuli daripada Kerajaan-kerajaan Rom dan Rom Suci dalam Daniel bab 2. Ini ialah kesatuan ekonomi dan politik yang dibentuk secara simbolik daripada Perjanjian Rom 1956 dengan Sepuluh Kepala atau wilayah ekonominya. Untuk itu kita sekarang melihat ketidakpuasan dan pemberontakan terjadi dari Maghribi (Morocco) ke Yemen dan digalakkan oleh Iran dan umat Muslim fundamentalis di semua tempat. Ini telah dilahirkan oleh korupsi dan tindakan bodoh yang sama sekali bertentangan Alkitab dan Koran (Qur’an). Ini mencerminkan segala hal tidak jujur dan korup yang terabadi dalam PBB serta sistem politik Eropah. Sekejap lagi seluruh bumi akan diperhambakan dalam Kerajaan Binatang ini. Untuk itu juga orang-orang kudus Yang Mahatinggi bumi sedang diatasi melalui tindakan bodoh, bidaah, korupsi dan ketamakan. Kuasa mereka sedang hancur dalam banyak elemen. Berikut adalah situasinya sekarang dengan negara-negara di Afrika Utara dan Timur Tengah siap sedia untuk perjuangan akhir ini sebelum mereka ditawan dan Mesias datang untuk menangani mereka. Maghribi Di bawah Raja Mohammed VI Maghribi, seperti Jordan, ialah satu kerajaan (monarki) yang mempunyai sokongan kuat di kalangan rakyat tetapi monarki dijalankan dengan buruk oleh korupsi orang-orang yang rapat dengan raja tetapi ia memang mempunyai kebebasan bersuara yang terbatas. Tunisia dan Algeria Bantahan-bantahan jalanan populer telah melanda di serata Algeria seperti mana terjadi lebih penting lagi di Mesir, beberapa hari saja selepas bantahan serupa menyaksikan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, presiden Tunisia, meninggalkan negaranya. Ketegasan lazim pengawalan autokratik telah menyebabkan ketidakpuasan bertambah di kalangan penduduk. Ini telah diperburukkan oleh harga makanan yang meningkat. Ini juga digalakkan oleh Barat dan gaya hidup lebih bertaraf tinggi dan pendedahan bertambah generasi lebih muda. Seluruh dunia Muslim Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman jauh lebih muda daripada Barat dan mereka masih berkembang biak manakala Barat semakin banyak menggugurkan anak belum lahirnya. Apa yang sering tidak disedari adalah suatu keadaan darurat telahpun wujud di Algeria sejak 1992. Demonstrasi-demonstrasi umum di ibu kota dilarang. Bantahan-bantahan secara tetap berlaku di tempat lain dalam negara itu. Bagaimanapun, bantahan-bantahan meletus serentak di seluruh Algeria untuk pertama kalinya, termasuk ibu kota, Algiers. Bantahanbantahan ini tidak meningkat sebagaimana terjadi di Tunisia. Mungkin respon yang agak tenang daripada pasukan keamanan, serta campur tangan kerajaan untuk menghadkan kenaikan harga memelihara keadaan lebih tenang. Kerajaan Algeria memiliki kekayaan besar daripada eksport minyak dan gas. Ini memberinya akses kepada dana yang sesetengah negara lain tidak punyai. Ia sedang cuba menyelesaikan aduan-aduan sosial dan ekonomi dengan program perbelanjaan umum yang besar sekali. Namun begitu, aduan-aduan terus ada tentang pengangguran, korupsi, birokrasi, dan tiadanya pembaharuan politik. Sejarah Algeria kebelakangan ini yang dicabuli peperangan berbeza sama sekali dengan keadaan Tunisia. Dalam tahun-tahun 1990an politik Algeria didominasi pergelutan yang membabitkan tentera dan militan Islam. Pada 1992 pilihanraya umum yang dimenangi oleh sebuah parti Islam telah dimansuhkan. Itu memulakan perang saudara berdarah dalam mana lebih 150,000 orang terbunuh. Dengan itu majoriti Islam hanya dicegah oleh campur tangan militer. Penindasan ini sedang mencapai tahap-tahap ketidakpuasan yang serius. Bidaah agama Islam fundamentalis tidak membantu keadaan ini dan begitu juga struktur agama Barat khususnya struktur AS dengan sistem bidaah Tuhan Triune/Tritunggal. Keamanan mustahil antara dua sistem itu sebab keduaduanya sesat dan tidak boleh didamaikan kembali. Mukasurat 11 Kolonel Gaddaffi ialah pemimpin autokratik negara yang amat muda yang mana umur puratanya adalah bawah 25. Umur-umur purata negara-negara terbabit merentang dari 29.7 di Tunisia ke 17.89 di Yemen. Ini ialah negaranegara muda dan mudah berubah pendirian. Libya hanya mempunyai 6.5 juta berlawanan Mesir dengan 84.5 juta. Bagaimanapun Mesir hanya mempunyai umur purata 24 yang kurang lagi daripada Lybia (lihat bawah). Jadi kemampuan mereka untuk mengerahkan angkatan tentera amat besar. Libya dengan ketat melarang sebarang jenis bantahan. Bagaimanapun, laporan telah sampai tentang kerusuhan di negeri al-Bayda. Kegelisahan tentang perumahan telah mendorong kerajaan untuk mengumumkan perbelanjaan yang meningkat atas perumahan umum. Perhatikan nubuatan dalam Daniel 11 menyatakan bahawa pada waktu akhir zaman Lybia akan berada di tangga kuasa terorganisasi yang memperhambakan Mesir (lihat bawah). Begitu juga nanti dengan Etiopia. Itu boleh dianggap bermakna bahawa kuasa dunia sistem Utara itu akan mencakupi Lybia dan Etiopia dan memperhambakan Mesir. Nahum 3:9 menunjukkan mereka membantu Mesir dan Soncino menyatakan “pada tangganya” bererti sama ada menyertai tenteranya atau tunduk kepada perintahnya. Pada waktu nubuatan itu “Lybia” bermakna tanah di barat Mesir sampai pantai Atlantik di mana sekarangnya ialah Maghribi. Begitu juga, Etiopia ialah daerah lanjutan yang meliputi tanah di selatan Mesir. Sungai-sungai Etiopia ialah Nil Putih dan Biru. Put ialah tempat di kedua-dua sisi Laut Teberau/Merah di Yemen dan di Somalia dan Eritrea. Justeru kita boleh menjangkakan angkatan Muslim juga akan ditarik dari tempat-tempat di selatan Mesir dan sampai Yemen. Disebabkan pembabitan mereka, mereka akan takluk di bawah kuasa sistem Binatang daripada peperangan. Kumpulan-kumpulan suku ini diperiksa juga dalam naskah Keturunan Ham: Bahagian IV: Put (No. 45D). Libya Peranan Mesir dalam peperangan Mukasurat 12 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman Seperti kata nubuatan kepada kita Mesir akan diserap dan diperbudakkan oleh sistem ini yang dikuasai Orde Dunia Baru/PBB dan diurus Utara. Seluruh sistem kewangan Mesir akan berada di bawah kawalan ODB seperti kita lihat dalam Daniel 11:42-43. Apa-apa buatan pemilihan bebas dan adil adalah palsu. Bagaimanakah ini dikerjakan? Peristiwa-peristiwa terjadi seperti berikut. Pada 25 Januari 2011 para pembantah menyerukan hari pemberontakan mereka yang menarik ribuan pembantah ke Cairo sentral dan kota-kota lain di serata Mesir dari Alexandria (Iskandariah) ke Suez dan sampai jauh ke selatan. Pada 9 Feb. 2011 rusuhan-rusuhan di selatan dalam sebuah kota oasis menyaksikan konflik itu meningkat apabila peluru betul digunakan. Para perusuh bereaksi dan menyerang balas membakar tujuh bangunan utama termasuk dua stesen polis. Tentera menutup jalan dari Cairo ke selatan. Para pembantah di Cairo bertambah sekali lagi dan hakikatnya menjadi dua kali lipat. Bilangan sedemikian tidak dilihat sejak rusuhan roti 1970 malah melebihinya. Penindasan polis pada mulanya yang menggunakan meriam air dan peluru getah melantun balik dan tentera terpaksa dipanggil. Penembakan peluru betul kemudian memberinya impak negatif sama seperti yang dilihat di Iran di bawah penindasan Shah. Bagaimanapun, Tentera menolak seruan untuk menindas secara kejam rusuhan-rusuhan di Cairo. Kesudahannya pihak berkuasa terpaksa mempergunakan taktik biasa mereka menggunakan kumpulan penjahat dan membebaskan mereka dari penjara dengan persefahaman mereka akan menyerang para perusuh itu. Mereka berbuat demikian dan memperhebatkan lagi keganasan itu. Beratus-ratus orang mati dalam dua minggu pertama rusuhan-rusuhan itu. Beribu-ribu orang cedera. Rusuhan dirancang untuk diteruskan sehingga Mubarak menyerahkan dan pemilihan bebas diadakan segera. Konstitusi baru merupakan satu elemen kunci gerakan itu. Itu bagaimanapun dirancang untuk diorganisasikan bagi membolehkan Orde Dunia Baru mengambil alih sistem itu, sebagaimana ini diorganisasi dengan diam-diam dan pengkhianatan di negara-negara lain dunia termasuk Britain, Australia, AS dan Kanada serta KE (Kesatuan Eropah) secara keseluruhannya. Kata-kata hambar yang diucap-ucapkan dari AS merupakan penulisan kembali polisi luar negara mereka dari hari ke hari. Hilary Clinton menyokong Mubarak dan selepas itu Senator Kelly selaku ketua Komiti Hubungan Luar mengatakan dia patut meletak jawatan dan kemudiannya dia diberitahu oleh bekas Duta bagi pihak Presiden Obama bahawa dia harus pergi segera. Senator McCain juga mengatakan bahawa mereka memerlukan pemilihan bebas namun secara dasarnya tidak memilih Persaudaraan Muslim. Pihak Barat menyuarakan mantra serupa Mubarak, iaitu tanpa dia kekacauan berikutnya akan menyaksikan Persaudaraan Muslim merebut kuasa dan Islam bersenjata akan muncul. Itu sebenarnya telah menjadi rencana persatuan-persatuan rahsia sejak 1871 di bawah rencana Pike seperti kami tunjukkan dalam naskah 2012 dan Antikristus (No. 299D). Mesir berada dalam keadaan gempar selama dua minggu lebih. Industri pelancongan terhenti. Pada 10 Februari 2011 sesuatu yang tidak lebih daripada pancingan sengaja para pembantah telah dilakukan oleh Mubarak, dan rejim itu, dengan mengeluarkan satu siri pengumuman yang menunjukkan bahawa Mubarak akan membuat satu pengumuman pada hari itu untuk menyelesaikan isu tersebut. Ini didahului oleh pengumuman Sidang Militer Tertinggi bahawa ia berada pada pihak rakyat Mesir dan bahawa Presiden akan membuat pengumuman pada hari itu. Rakyat dituntun menjangka dia akan meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Timbalan Presiden. Dia muncul dalam televisi dan melakukan betul-betul sebaliknya. Dia menyatakan hasratnya untuk kekal dalam jawatan sehingga pemilihan pada September tetapi dia sendiri tidak akan bertanding. Kesudahan ini memberangkan para pembantah. Lebih sejuta pembantah turun ke jalan Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman menuntutnya meletak jawatan. Junta militer kemudian mengambil alih dan Mubarak menyerahkan pada 11 Februari 2011. Organisasi kembali dimulakan. Pertembungan sengit nampaknya merupakan rencana jangka panjang agar perjuangan Islam dapat dipertingkatkan untuk memberi alasan bagi perang habis-habisan oleh Angkatan Utara. Apa yang Junta lakukan akan menentukan peningkatan itu. Angkatan Islam bersukacita di serata Timur Tengah. Tuhan telah menyatakan semua yang akan terjadi dan Dia juga menyatakan apa yang akan berlaku kepada Kerajaan terakhir Raja Utara dan sistem Keiblisan yang telah memberi kuasanya kepadanya. Kejatuhan Mesir diatur dari 1997 sebagaimana keruntuhan lengkap sistem-sistem dunia ke dalam Orde Dunia Baru ini di bawah daerah-daerah itu dan kekuasaan mutlak yang membuatkan kedaulatan nasional lapuk. Mubarak didirikan pada 1981 dengan sokongan AS sebagai sebahagian rencana itu. Nubuatan berhubung Mesir dan kesudahannya selepas 2520 tahun atau tujuh masa dari pencerobohan Cambyses pada 525 BCE menyaksikan Mesir direncanakan untuk dan dikonsolidasi serta digabungkan ke dalam salah satu daripada sepuluh blok ODB dan bila tiba waktunya untuk mengaktifkan perubahan terakhir, dalang di sebalik tabir menggerakkan rusuhan-rusuhan itu di bawah keadaan sosial yang semakin buruk yang membolehkan rusuhan-rusuhan ini terjadi. Seperti di negara-negara lain golongan Islam akan mengatur susun dan sama ada memenangi kerajaan seperti yang mereka lakukan di Iran pada 1979 dari mulanya yobel ke 120 atau dipaksa ke dalam perjuangan bersenjata yang bertujuan bagi mereka menggulingkan sesiapa saja yang memerintah. Korupsi dan kebodohan degil para pemimpin Afrika Utara dan Timur Tengah akan menyaksikan situasi tersebut berlaku. Masalah-masalah yang timbul di Afrika Utara seperti yang kita lihat di atas juga tersebar ke Timur Tengah. Jordan Mukasurat 13 Masalah sedang dialami di Jordan disebabkan korupsi di kalangan mereka yang rapat kepada Raja Abdullah dan di seluruh pentadbiran. Bantahan besar di serata Jordan pada 1 Februari memaksa raja membubarkan kerajaan dan melantik Tuan Maroof Bakhit sebagai Perdana Menteri baru dengan arahan untuk melaksanakan pembaharuan politik. Rasa marah diarahkan pada kemiskinan, pengangguran dan juga pada perlantikan langsung semua Perdana Menteri dan bukan dengan pemilihan langsung. Jordan mempunyai gerakan pembangkang Islam kuat – Islamist Action Front (IAF) – yang telah menyatakan bahawa ia tidak berniat untuk mengusir Raja Abdullah, yang mempunyai sokongan kuat dan tidak dikritik secara langsung dalam rusuhanrusuhan itu. Bagaimanapun, ia menyatakan bahawa ia tidak menerima perlantikan Tuan Bakhit. Teks Alkitab menyatakan bahawa negaranegara ini akan melepaskan diri daripada tangannya: Edom dan Moab dan bani Amon. Bangsa-bangsa ini dan negara-negara mereka ialah orang Jordan sekarang ini dan juga sebahagian Israel di Palestin, kedua-dua orang Yahudi dan orang Palestin. Edom dikalahkan dan digabungkan ke dalam Yehuda oleh John Hyrcanus dan kelompok Maccabee sekitar 160 BCE. Kita akan bincangkan aspek ini di bawah. Syria/Aram Syria menganggap dirinya stabil, tetapi ia mempunyai kaki tanah liat. Presiden Syria, Basher al-Assad, mewarisi kuasa daripada bapanya pada 2000. Bapanya, Hafez al-Assad, telah memerintah Syria selama tiga dekad. Pada Januari dia menyatakan kepada Wall Street Journal bahawa Syria lebih stabil daripada Tunisia dan Mesir dan tidak mungkin adanya pergolakan politik. Itu nampaknya impian saja. Para aktivis Syria menyerukan satu hari kemarahan tetapi tidak membangkitkan revolusi yang dijangkakan dan Syria ialah penyokong Iran dan perluasan Islam. Para pembantah di situ menggunakan Facebook untuk mempromosikan bantahanbantahan itu tetapi situs itu secara rasminya disekat walau entah apa manfaatnya. Para Mukasurat 14 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman aktivis itu membantah terhadap apa yang mereka nampak sebagai, sebetulnya, suatu monarki dan korupsi serta kelalimannya. Kedua-dua Syria dan Mesir telah diperintah melalui undang-undang darurat dan keduaduanya menderita pengangguran dan kemiskinan tinggi. Walaupun ekonomi telah membuka sejak dia menyandang jawatan, kebebasan politik dan peribadi dibatasi dengan berat. Suasana revolusi berlegar-legar di udara. Kumpulan-kumpulan pembangkang utama dilarang dan terdapat beribu-ribu tawanan politik dalam penjara. Parti Baath telah memerintah hampir setengah abad, sejak rampasan kuasa 1963 di Syria dan ia sama sekali korup, hatta rusuhan-rusuhan itu. Parti itu dibentuk pada 1947 dan beroperasi dalam kedua-dua Syria dan Iraq sehingga ia berpecah kepada dua kumpulan bermusuhan. Ia Sosialis Arab, berlawanan dengan struktur Komunis atau Sosialis Eropah. Bagaimanapun, bagaimana ia bereaksi kepada Orde Dunia Baru masih harus dilihat. Yemen Yemen ialah negara termiskin dunia Arab. Hampir separuh rakyatnya menampung hidup dengan kurang daripada $2 sehari. Rusuhan di Tunisia mengakibatkan rusuhan di Mesir, Jordan dan di Yemen. Pada 27 Januari 2011 berpuluh-puluh ribu orang Yemen menunjuk perasaan di ibu kota Sanaa menyeru presiden meletak jawatan. Presiden telah cuba menghadang rusuhan ini dengan memerintahkan potongan harga 50% dalam pajak/cukai pendapatan dan kawalan harga komoditi. Walaupun dia menangkap beberapa pembantah, dia membebaskan 36 dari penjara termasuk aktivis hak asasi manusia Tawakul Karman. Untuk memastikan kesetiaan, pada waktu sama dia menaikkan gaji pekerja kerajaan dan personel angkatan bersenjata. Sesudah beberapa hari bantahan Presiden Ali Abdullah Saleh mengumumkan kepada parlimen pada 2 Februari 2011 (selepas tiga dekad memegang kuasa seperti ramai yang lain) bahawa dia tidak akan meminta satu lagi penggal dalam jawatan dan anaknya juga tidak akan mencari kuasa atau diserahkan kepadanya. Pengumuman itu dibuat untuk menghadang rapat umum pembangkang besar-besaran di serata negara itu esoknya. Para aktivis pembangkang menolak rayuannya dan menyatakan mereka akan meneruskan apa yang dipanggil hari kemarahan itu. Urutannya Daniel memberitahu kita bahawa: Tetapi pada akhir zaman raja negeri Selatan akan berperang dengan dia, dan raja negeri Utara itu akan menyerbunya dengan kereta dan orang-orang berkuda dan dengan banyak kapal; dan ia akan memasuki negeri-negeri, dan menggenangi dan meliputi semuanya seperti air bah. Juga Tanah Permai akan dimasukinya, dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari bani Amon. Ia akan menjangkau negerinegeri, dan negeri Mesir tidak akan terluput. Ia akan menguasai harta benda emas dan perak dan segala barang berharga negeri Mesir, dan orang Libia serta orang Etiopia akan mengikuti dia (Dan. 11:40-43). Seperti tercatat di atas, Nahum 3:9 menunjukkan orang Libia membantu Mesir dan Soncino berpendapat bahawa ungkapan Ibrani untuk “mengikuti dia” bermakna sama ada menyertai tenteranya atau tunduk kepada setiap perintahnya. Justeru nanti adanya penyatuan umum di sekitar Mesir dan dunia Islam yang tidak termasuk Jordan dan Israel dan orang Palestin. Kesatuan Arab ini akan menyerang (menolak) Raja Utara. Istilah “Menolak” ini secara literal ialah “saling bertukar tusukan” dan bererti “menyerang” atau “berperang dengan.” Ini akan membabitkan serangan ke atas sistem Utara. Wahyu memberitahu kita bahawa ini akan membabitkan kemusnahan kota struktur Babel terakhir yang duduk atas tujuh bukit. Itu ialah Rom, and pertukaran-pertukaran itu akan mempengaruhi ibukota-ibukota Eropah dan pemberontakan Islam akan menyaksikan banyak kerosakan kepada mereka. Raja Utara atau persekutuan NATO akan memimpin seluruh angkatan persekutuan Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman NATO dan lengan perang Kuasa Binatang dan menyerang serta menakluk Timur Tengah. Dalam pendudukan itu angkatan Islam di Timur dan Utara akan bergerak melawan Raja Utara atau persekutuan NATO ini. Daniel 11:44 meneruskan: Tetapi kabar-kabar dari sebelah timur dan dari sebelah utara akan mengejutkan hatinya, sehingga ia akan keluar dengan kegeraman yang besar untuk memusnahkan dan membinasakan banyak orang. Soncino cuba menghadkan teks-teks ini kepada masa lalu dengan menggunakan tafsiran Bevan. Bagaimanapun, itu tidak mungkin betul sebab teks ini jelas mengenal pasti Zaman Akhir. Mereka menghadapi hakikat terpaksa mengakui bahawa Daniel bab 12 mengisahkan masa depan yang jauh namun bab 11 tidak menghubungkan celah itu. Bagaimanapun mereka mengaku bahawa, jika tafsiran Bevan yang mengenalpastinya sebagai memandang Yerusalem dari Mesir adalah salah, maka ini mungkin bererti Babel dan Partia. Partia menjangkau Palestin sekalipun pada kemuncak kerajaannya dan sampai ke dalam Caucasus dan timur ke Indus dan termasuk Persia dan sememangnya berasal dari Persia. Tempat terbabit ialah seluruh dunia Islam dari Iraq dan Iran ke Yemen ke Kazakhstan dan Afghanistan dan Pakistan dan sampai Tanduk Afrika. Sementara pencerobohan Timur Tengah berlaku angkatan di Utara dan Timur bergabung melawan sistem NATO dan konflik ini berubah menjadi nuklear dan meningkat sampai fasa paling intensif Perang Dunia III. Persekutuan NATO daripada Kuasa Binatang memenangi konflik ini, dengan kerosakan besar, dan kembali untuk mendiami markas besarnya di Palestin. Nampaknya Hamas akan menyaksikan kebinasaan bangsanya sendiri dan pendudukan oleh markas besar NATO. Daniel 11:45 menyatakan: Ia akan mendirikan kemah kebesarannya di antara laut dan gunung Permai yang kudus itu, tetapi kemudian ia akan menemui ajalnya dan tidak ada seorangpun yang menolongnya. Mukasurat 15 Wilayah terbabit di sini adalah dari pantai laut di Gaza sampai Gunung Sion. Soncino berpendapat bahawa ini ialah kumpulan kemahkemah yang membentuk markas besar raja. Kata nama appëden (istana) berasal dari Persia dan hanya muncul di sini. Justeru apa yang kita lihat di sini ialah pendudukan terakhir Antikristus dan Kuasa Binatang ODB sejurus sebelum kedatangan Mesias dan kemusnahan sistem-sistem dunia di bawah kuasa itu. Konflik itu diperincikan dalam naskah Peperangan Hamon-Gog (No. 294). Sebab dia telah menimbulkan begitu banyak kemusnahan Raja-raja Timur tidak akan membantunya dan akan menunggu sehingga mereka sendiri diseret ke Megido untuk ditangani mengikut gilirannya. Mereka tidak akan menerima Mesias dan pemerintahan umat pilihan dari Yerusalem. Perang-perang Zaman Akhir ini sudah menjelang pada kita. Sistem Orde Dunia Baru akan dimusnahkan dan struktur kewangan itu juga akan dibinasakan. Untuk mengerti kemusnahan orde kewangan ini dan impaknya Wahyu 18 harus dibaca sehubungan dengan teks ini. Daniel bab 12:1 segera meneruskan dengan: Pada waktu itu juga akan muncul Mikhael, pemimpin besar itu, yang akan mendampingi anak-anak bangsamu; dan akan ada suatu waktu kesesakan yang besar, seperti yang belum pernah terjadi sejak ada bangsa-bangsa sampai pada waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu akan terluput, yakni barangsiapa yang didapati namanya tertulis dalam Kitab itu. Ayat 2 kemudian terus kepada Kebangkitan-kebangkitan. Tidak mungkin ada sebarang kesangsian lagi bahawa kita berada dalam Zaman Akhir pada waktu berakhirnya pemerintahan Iblis dan pada permulaan pemerintahan milenium Kristus dari Yerusalem. Perang-perang ini sedang berkembang seperti dinubuatkan hampir dua ribu enam ratus tahun lalu. Untuk memahami urutan Yobel terakhir atau ke 120, mari kita periksa yobel sehubungan dengan perhitungan Omer ke Pentakosta Mukasurat 16 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman dengan menggunakan penamaan minggu daripada Kalendar Samaria. Menamakan Perhitungan Omer minggu- minggu-minggu Urutan penamaan minggu-minggu Perhitungan Omer sebagaimana dikenal pasti dalam kalendar Samaria boleh diaplikasikan kepada Yobel terakhir atau ke 120 seperti berikut. 1. 1978-1984 “Minggu penyeberangan Laut (Teberau)” (Keluaran 14:26-15:21); 2. 1985-1991 “Minggu pertukaran air mara” [kepahitan] (Keluaran 15:22-26); 3. 1992-1998 “Minggu elim, di mana mereka menemui dua belas mata air dan tujuh puluh pohon korma” (Keluaran 15:27-16:3); 4. 1999-2005 “Minggu manna, yang turun pada mereka dari langit di padang gurun” (Keluaran 16:4-36); 5. 2006-2012 “Minggu keluarnya air daripada batu” (Keluaran 17:1-7); 6. 2013-2019 “Minggu perang-perang melawan ‘Amaleq” (Keluaran 17:8-17); 7. 2020-2026 “Minggu berdiri di Gunung Sinai” (Keluaran 1:1 dst.). (rujuk Sylvia Powels, The Samaritans, diedit oleh Alan Crown). Teks di atas dikutip daripada naskah Perhitungan Omer ke Pentakosta (No. 173). Hari/tahun ke 50 ialah tahun Yobel 2027 seperti dicerminkan oleh Pentakosta yang mana Pentakosta mewakili tahun Yobel. 1. 1978-1984 “Minggu penyeberangan Laut Teberau” Daripada tahun Pertama Yobel, dan teladan penyeberangan Laut Teberau, kita mula melihat identifikasi dan panggilan keluar umat Tuhan dari dunia dalam persiapan untuk fasa terakhir Jemaat-jemaat Tuhan ini. Sistem Sabat menyatakan dirinya Trinitarian dalam cabang utamanya mulai tahun pertama ini. Ia telah dimasuki oleh sistem Tuhan Tritunggal di Rom selama berdekad-dekad dari 1931 hingga 1978. Begitu juga jabatan pendeta Jemaat-jemaat Tuhan yang lain telah dimasuki oleh unsurunsur sesat ini. 2. 1985-1991 “Minggu pertukaran Air Kepahitan atau Mara” Pembersihan Air Mara menyaksikan Jemaatjemaat Tuhan bertukar tangan dan jabatan pendeta mereka menjadi kacau-bilau. Menjelang 1987 kita melihat Jemaat sedia diukur dan itu bermula pada tahun ketiga peredaran pada 1987. Menjelang 1991 jemaat telah mencapai titik akhirnya dan jabatan pendeta telah gagal. Saudara-saudara bakal diadili dan dihamburkan sepanjang fasa berikutnya, dan ramai dirobek-robek begitu saja oleh jabatan pendeta yang gagal itu. 3. 1992-1998 “Minggu elim” Minggu ini menandakan pemisahan kepimpinan jemaat dan sidang elohim. Kaki dian diambil daripada sistem Jemaat Sardis. Akhir dan pembatasan sistem Sardis dikenal pasti oleh kependetaan mereka sendiri dalam memilih nama “Hidup” untuk mengidentifikasi jemaat akhir sistem itu dan dan jabatan pendetanya (lihat Wahyu 3:1). Demikian juga sistem Laodikia ditangani dan sistem mereka mula dihapuskan. 1995 menyaksikan perantara bertukar kepada Internet. penginjilan Pada 1998 Pembacaan Hukum Tuhan dalam Tahun Sabat telah dibacakan buat pertama kalinya setelah berabad-abad sebab kalendar Tuhan dan sistem Yobel telah dipulihkan dalam Jemaat-jemaat Tuhan secara rasminya dari 1994. 4. 1999-2005 “Minggu manna” 1999-2005. Dari Pembacaan Hukum itu, Tuhan mula menghasilkan roti syurga kepada jemaat dengan banyaknya dan memisahkan mereka dalam Jemaat-jemaat Tuhan berdasarkan cara mereka menggunakannya dan berperilaku. Pada 2005 Hukum Tuhan dibacakan sekali lagi untuk kali keduanya setelah berabad-abad. Kesaksian dibawakan ke Afrika dengan lebih sistematik dan Tuhan mula menanganinya dengan kuatnya. 5. 2006-2012 “Minggu keluarnya air daripada batu” Tahun ini menyaksikan pencurahan besarbesaran Roh Kudus dengan cara-cara yang belum pernah lagi dilihat dalam Jemaat Tuhan dalam sejarah. Peningkatan dalam pemahaman nubuatan tersebar ke serata dunia. Dari tahun Ketiga, seperti biasa, segala perubahan dan Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman pertumbuhan terpancang dan hasil tahun Ketiga dimohon dalam doa dan diterima. Dari tahun Keempat pertumbuhan bermula dari Selatan dan Afrika menjadi pusat besar-besaran Jemaat-jemaat Tuhan. Konsolidasi daripada semua Jemaat-jemaat Tuhan dilakukan serta seluruh sistem pemelihara-Sabat. Panggilan banyak bangsa kemudian dilakukan. Pada tahun 2011 pergolakan-pergolakan besar berterusan dan bertambah dan 2012 akan merupakan Pembacaan Ketiga Hukum dan tahun sangat penting dalam konflik-konflik itu. 6. 2013-2019 “Minggu perang-perang melawan ‘Amaleq” Tahun ini akan menyaksikan perang-perang Amalek berkembang sepenuhnya dan Jemaatjemaat Tuhan serta umat Pilihan akan sibuk dalam konflik dan pertempuran hebat, secara rohani dan jasmani, dengan mereka yang ingin menghapuskan mereka. Dalam waktu ini kita menjangka akan melihat Saksi Tuhan dan kepulangan Mesias untuk Pembacaan Keempat Hukum dan pertempuran-pertempuran besar terakhir Harmagedon atau Megido dan pencurahan cawan-cawan kemurkaan Tuhan. Iblis dikurung dalam Jurang Maut Tartaros. Sistem agamanya akan dimusnahkan. 7. 2020-2026 “Minggu berdiri di Gunung Sinai” Minggu ini ialah waktu terakhir konsolidasi orang-orang kudus yang melayani Mesias, sebagaimana mereka lakukan di Sinai bilamana mereka berbicara dengannya berhadapan muka dan para pemimpin mereka ditentukan atas suku-suku dan Sidang Penatua Israel ditetapkan. Mereka diberikan hukum secara progresif dan para pemimpin mereka dididik selama enam bulan dari Abib sampai Elul, yang mana Musa menaiki gunung itu enam kali untuk berbicara dengan Kristus (lihat naskah Pendakian-pendakian Musa (No. 70)). Pada bulan Ketujuh mereka memelihara hari raya, dan dalam Tahun ketujuh ini Sangkakala ditiupkan untuk pendamaian tahun Sabat. Tahun Yobel bermula, dan pemulihan segala sesuatu diselesaikan. Mukasurat 17 Pada 2028 Milenium bermula dan semua orang telah kembali dalam pusaka mereka dan dunia dipimpin oleh Kristus dan Orang-orang Kudus dari Yerusalem selama 1000 tahun seterusnya. Yesaya mengatakan bahawa Mesir akan dipukul dan selepas itu dipulihkan di bawah Mesias. Mereka akan dituntun kepada pengetahuan akan iman dan Hukum Tuhan oleh Kristus. Nubuatan ini ditemui juga dalam Yesaya bab 19. Tuhan menubuatkan bahawa Dia akan menangani Mesir. Yesaya 19:1-10 mengisahkan pematahan gaya fikiran orang Mesir. Firman atau nubuatan ini menjangkau 2500 tahun dan lebih kurang sama dengan nubuatan-nubuatan dalam Yehezkiel dan Daniel. Mereka dipatahkan dan diduduki. Yesaya 19:1-10 [1] Ucapan ilahi terhadap Mesir. Lihat, TUHAN mengendarai awan yang cepat dan datang ke Mesir, maka berhala-berhala Mesir gemetar di hadapan-Nya, dan hati orang Mesir, merana hancur dalam diri mereka. [2] Aku akan menggerakkan orang Mesir melawan orang Mesir, supaya mereka berperang, setiap orang melawan saudaranya, dan setiap orang melawan temannya, kota melawan kota, kerajaan melawan kerajaan; [3] semangat orang Mesir menjadi hilang, dan rancangannya akan Kukacaukan; maka mereka akan meminta petunjuk kepada berhala-berhala dan kepada tukang-tukang jampi, kepada arwah dan kepada roh-roh peramal. Pematahan ini terjadi, membolehkan pendudukan dari orang Asyur hingga orang Babel dan orang Medo-Persia kemudian orang Yunani dan orang Rom. [4] Aku akan menyerahkan orang Mesir ke dalam tangan seorang tuan yang kejam, dan seorang raja yang bengis akan memerintah mereka; demikianlah firman Tuhan, TUHAN semesta alam. [5] Air dari sungai Nil akan habis, dan sungai itu akan menjadi tohor dan kering, [6] sehingga terusan-terusan akan berbau busuk, dan anak-anak sungai Nil akan menjadi dangkal dan tohor, gelagah dan teberau akan mati rebah. [7] Rumput di tepi sungai Nil dan seluruh tanah pesemaian pada sungai Nil akan menjadi kering ditiup angin dan tidak ada lagi. [8] Para nelayan akan mengaduh dan berkabung, yaitu semua orang yang memancing di sungai Nil; semua orang yang menjala di situ akan merana juga. [9] Orang-orang yang mengolah lenan akan mendapat malu, demikian juga tukang-tukang tenun kain putih. [10] Mereka yang menenun akan Mukasurat 18 Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman remuk hatinya, segala pekerja upahan akan bersedih hati. Bahagian ini belum digenapi sepenuhnya maka ini masih berterusan. Perhatikan bahawa penggenapan akhir nubuatan itu menyatakan air Nil akan kering. Bencana sebegitu belum pernah terjadi. Walaupun sudah banyak kemarau di Mesir dan banyak masalah, hanya selepas pembinaan Empangan Tinggi Aswan barulah ini mungkin. Penyebab kebanyakan masalah itu ialah kebodohan kepimpinan Mesir dan itu tidak berubah. [11] Para pembesar Zoan adalah orang-orang bodoh belaka; para penasihat Firaun yang paling bijaksana memberi nasihat yang dungu. Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada Firaun: "Aku ini anak orangorang bijaksana, anak raja-raja zaman purbakala?" [12] Di manakah orang-orang bijaksanamu? Biarlah mereka mengumumkan kepadamu serta memberitahukan apa yang diputuskan TUHAN semesta alam tentang Mesir. [13] Para pembesar Zoan bertindak tolol, para pembesar Memfis sudah teperdaya; para pemuka sukusuku mereka telah memusingkan Mesir. Penyebab ini ialah kebingungan yang diletakkan pada Mesir atas keberhalaan mereka dan kegagalan mereka mentaati Hukum-hukum Tuhan. [14] TUHAN telah mencurahkan di antara mereka suatu roh kekacauan, dan mereka memusingkan Mesir dalam segala usahanya, sehingga seperti seorang mabuk yang pusing waktu muntah-muntah. [15] Dan tidak ada usaha Mesir yang akan berhasil yang dilakukan oleh pemimpin dan pengikut, oleh pemuka dan orang biasa. [16] Pada waktu itu orang-orang Mesir akan seperti orang-orang perempuan; mereka akan gemetar dan terkejut terhadap tangan TUHAN semesta alam yang diacungkan-Nya kepada mereka. Waktu ini menyaksikan tanah Yehuda sebagai kegemparan bagi orang Mesir dan itu tidak terjadi sehinggalah waktu kebelakangan ini justeru rangka waktu itu diperpanjangkan seperti yang akan kita lihat sekarang. [17] Maka tanah Yehuda akan menimbulkan kegemparan di antara orang Mesir, dan siapapun yang teringat kepadanya akan terkejut mendengar keputusan TUHAN semesta alam yang diambil-Nya mengenai mereka. Nubuatan ini kemudiannya beralih kepada tanah Gosyen iaitu tempat yang didiami oleh Israel sebelum Keluaran. Nubuatan ini merujuk kepada lima kota yang berdasarkan Heliopolis atau Kota Matahari. [18] Pada waktu itu akan ada lima kota di tanah Mesir yang berbicara bahasa Kanaan dan yang bersumpah demi TUHAN semesta alam. Satu di antaranya akan disebutkan Ir-Heres (Kota Matahari). Tempat ini diduduki kembali oleh orang Yahudi. Mereka dibawa ke situ oleh Ptolemy dan mendirikan satu koloni utama di Mesir walaupun mereka pernah berada di situ sebelumnya. Nubuatan ini kemudiannya beralih kepada abad kedua BCE bila Imam Besar Onias IV mendirikan Bait Tuhan di Heliopolis. [19] Pada waktu itu akan ada mezbah bagi TUHAN di tengah-tengah tanah Mesir dan tugu peringatan bagi TUHAN pada perbatasannya. Ke bait inilah Kristus dibawa oleh Yusuf dan Mariam (Miriam) pada 5 BCE untuk perlindungan daripada Herodes dan dia tinggal di situ hingga selepas kematian Herodes antara 1 dan 13 Abib 4 BCE. Maka tergenaplah seperti yang diucapkan oleh para nabi yang mana Tuhan berfirman: “Dari Mesir Kupanggil Anak-Ku.” [20] Itu akan menjadi tanda kesaksian bagi TUHAN semesta alam di tanah Mesir: apabila mereka berseru kepada TUHAN oleh karena orang-orang penindas, maka Ia akan mengirim seorang juruselamat kepada mereka, yang akan berjuang dan akan melepaskan mereka. Kristus mati untuk menjadi juruselamat bangsabangsa dan dia akan sekali lagi diutus untuk menawan Mesir dan melepaskan mereka daripada maut. [21] TUHAN akan menyatakan diri kepada orang Mesir, dan orang Mesir akan mengenal TUHAN pada waktu itu; mereka akan beribadah dengan korban sembelihan dan korban sajian, dan mereka akan bernazar kepada TUHAN serta membayar nazar itu. Teks-teks menunjukkan bahawa Mesias akan menyatakan dirinya kepada orang Mesir dan mereka akan menjadi mualaf kepada iman ini. Memang benar bahawa Bait di Heliopolis mempersembah korban sehingga ia ditutup pada 71 CE mengikut perintah Vespasian. Bagaimanapun, sistem itu bercakap tentang pemualafan kemudian di bawah orang-orang kudus dan Mesias. Untuk melakukan ini mereka harus dipatahkan dan dipulihkan. Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman [22] TUHAN akan menghajar orang Mesir, akan menghajar dan menyembuhkan; dan mereka akan berbalik kepada TUHAN dan Ia akan mengabulkan doa mereka serta menyembuhkan mereka. Ini hanya mungkin terjadi pada Zaman Akhir pada kedatangan Mesias. [23] Pada waktu itu akan ada jalan raya dari Mesir ke Asyur, sehingga orang Asyur dapat masuk ke Mesir dan orang Mesir ke Asyur, dan Mesir akan beribadah bersama-sama Asyur. [24] Pada waktu itu Israel akan menjadi yang ketiga di samping Mesir dan di samping Asyur, suatu berkat di atas bumi, [25] yang diberkati oleh TUHAN semesta alam dengan berfirman: "Diberkatilah Mesir, umat-Ku, dan Asyur, buatan tangan-Ku, dan Israel, milik pusaka-Ku." Mukasurat 19 daripada umat Tuhan di bawah Mesias, dalam Eden baru. Wilayah ini dari Nil sampai Sungai-sungai Utara dan dari pantai Mediterranean sampai tempat yang kini ialah Gurun Arab merupakan luas asal Eden. Nubuatan mengenai Mesir dan juga Asyur ini membentangi lebih 2200 tahun, dari pembangunan Bait di Heliopolis oleh Onias IV hingga tempat kudus Mesias pada 5 BCE, sampai pemulihan dari 2011-2025. Asyur dan Israel akan berjalan beriringan tangan keluar dari Utara ke dalam Asyur (kini Iraq) dan Israel untuk pemulihan milenium. Selepas Perang-perang Kesudahan Zaman satu jalan raya akan merentang dari Mesir ke Asyur, yang juga akan didirikan kembali bersama mereka dan Israel sebagai pertiga-pertiga setara Lampiran Indikator sosial Timur Tengah Negara pop. (juta) umur median menganggur (%) bawah garis pengguna kemiskinan (%) internet (juta) SUMBER: CIA WORLD FACTBOOK/UN Algeria 35.4 27.1 9.9 23 4.7 Mesir 84.5 24 9.6 20 20 Jordan 6.5 21.8 13.4 14.2 1.6 Libanon 4.09 29.4 Na 28 1 Libya 6.5 24.2 30 33 0.35 Maghribi 32.3 26.5 9.8 15 13.2 Saudi Arabia 25.7 24.9 10.8 Na 9.6 Syria 22.1 21.5 8.3 11.9 4.4 Tunisia 10.5 29.7 14 3.8 3.5 Tebing Barat & Gaza 2.5 20.9 16.5 46 1.3 Yemen 24.3 17.89