Contoh Karangan Ekspositori Cara-cara menggalakkan para pelajar

advertisement
Contoh Karangan Ekspositori
Cara-cara menggalakkan para pelajar menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Pada zaman sekarang, banyak pelajar Melayu telah melupakan bahasa Ibunda mereka.
Mereka lebih suka menggunakan Bahasa Inggeris. Oleh itu, pemerintah menggalakan agar
pihak sekolah serta ibu bapa membantu pelajar-pelajar menguasai bahasa Melayu dengan
baik.
Beberapa cara yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah ialah pihak sekolah dapat
mengadakan bengkel atau perkhemahan untuk pelajar-pelajar Melayu. Tambahan pula, ini
dapat mengeratkan hubungan antar pelajar-pelajar Melayu. Melalui bengkel, para pelajar
akan berinteraksi dengan satu sama lain menggunakan bahasa Melayu. Dengan ini, para
pelajar dapat membiasakan diri bertutur dalam bahasa Melayu. Bengkel juga berfokus pada
budaya atau bahasa Melayu. Aktiviti yang dijalankan haruslah menarik dan lain daripada
pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru, para pelajar pasti akan tertarik untuk menguasai
bahasa Melayu.
Guru juga berperanan penting dalam membantu para pelajar menguasai Bahasa
Melayu dengan baik. Guru merupakan sumber pengetahuan pelajar-pelajar. Tanpa seorang
guru, pelajar-pelajar juga tidak akan dapat memahami serta menguasai bahasa Melayu
dengan baik. Sebagai contoh, guru dapat membuat pelajarannya menarik dengan
menggunakan ICT, seperti perisian Powerpoint atau Photostory. Selain daripada itu,
pembelajaran juga dapat sesekali dilaksanakan di luar darjah, seperti di makmal komputer
untuk pembelajaran ICT. Pembelajaran juga dapat dijalankan di kantin atau taman sekolah.
Dengan cara ini, para pelajar akan tertarik pada pembelajaran bahasa Melayu dan
pembelajaran lebih berpusatkan pelajar. Dalam pembelajaran, hanya bahasa Melayu sahaja
yang boleh digunakan. Oleh itu, dengan pembelajaran yang menarik, para pelajar akan dapat
digalakkan untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik.
Natijahnya, pendekatan pembelajaran yang berbeza dapat mempertingkatkan minat
para pelajar untuk belajar bahasa Melayu. Pelajar-pelajar juga akan lebih cepat memahami
apa yang diajarkan oleh gurunya, seperti peribahasa garam jatuh ke air. Hubungan antara
guru dengan pelajarnya juga akan menjadi lebih akrab. Apabila perhubungan guru dan para
pelajarnya lebih baik, lebih senang menjalankan pelajaran bahasa Melayu. Para pelajar juga
akan berasa lebih selesa dalam pelajaran bahasa Melayu. Dengan ini, para pelajar akan
terdorong untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Selain daripada pihak sekolah, ibu bapa juga berperanan penting dalam menggalakkan
anak-anak mereka menguasai bahasa Melayu. Tiada guna kalau pelajar hanya menggunakan
bahasa Melayu dalam kelas Melayu sahaja. Sebagai orang tua, ibu bapa haruslah memberikan
contoh yang baik kepada anak-anaknya. Ibu bapa haruslah menggunakan bahasa Melayu
yang baik semasa berbual dengan anak-anak mereka. Mereka juga dapat mengisi waktu luang
mereka dengan bermain permainan yang menggunakan bahasa Melayu seperti Sahibba atau
permainan piramid dalam bahasa Melayu. Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak
mereka membaca bahan-bahan Melayu seperti majalah atau akhbar Melayu, Berita Harian.
Dengan pertolongan daripada ibu bapa, pelajar-pelajar akan lebih terdorong untuk lebih
sering menggunakan bahasa Ibundanya itu.
4E5N_Contoh_ Karangan_Ekspositori _1
Meskipun begitu, pelajar sendirilah yang berperanan utama dalam pembelajaran
mereka. Kalau diri pelajar sendiri tidak ada keinginan untuk meneroka, maka adanya bantuan
guru serta ibu bapa juga tidak ada gunanya. Seorang pelajar haruslah aktif dalam
menggunakan bahasa Melayu dan mendisiplinkan diri untuk menggunakan bahasa Melayu
semasa bertutur dengan rakan Melayu. Pelajar juga harus berani bertanya akan sesuatu yang
tidak kita fahami. Selain itu kita harus bertanggung jawab dalam menyelesaikan tugasantugasan bahasa Melayu dengan baik. Sikap ini akan mendorong pelajar untuk lebih
bersemangat dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.
Tambahan pula, pelajar yang lebih baik dapat membantu rakan-rakannya yang kurang
mahir dan memberi sokongan kepada mereka. Dengan sokongan rakan-rakan, pasti seorang
pelajar yang lemah akan mula berasa yakin dan tidak takut-takut untuk menggunakan bahasa
Melayu. Pelajar-pelajar ini juga harus diberi banyak peluang untuk bertutur dalam kelas
ataupun di luar kelas bersama rakan-rakan. Dengan adanya minat daripada pelajar, maka
penguasaan bahasa Melayu akan menjadi mudah dan lebih efektif. Kalau diri kita sendiri
mahu belajar dengan baik, pasti sesuatu pelajaran itu akan menjadi sangat mudah. Apabila
seorang pelajar sudah dapat menerima pelajaran, pastilah dia akan terdorong untuk
mengetahui lebih lanjut dan terus menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Kesimpulannya, para pelajar hendaklah menanam minat untuk terus mempelajari
bahasa Melayu. Dengan dorongan dan sokongan pihak sekolah dan ibu bapa, pasti pelajarpelajar dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Justeru itu, para pelajar akan terdorong
mencintai bahasa ibunda dan terus menggunakannya. Sebagai pelajar yang menjadi penerus
generasi akan datang, kita tidak boleh membiarkan bahasa ibunda kita terkubur begitu sahaja.
Kita mesti memperjuangkan bahasa Melayu dan mengekalkan bahasa ini supaya generasi
akan datang dapat menikmati keindahannya.
Siti Nuriryani (4C TSS)
4E5N_Contoh_ Karangan_Ekspositori _1
Download