interaksi antara tamadun di asia : kebaikan dan

advertisement
INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA
(KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)
MAKSUD INTERAKSI
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga,
interaksi bermaksud tindakan atau
perhubungan aktif antara satu sama lain.
 Interaksi juga bermaksud tindak balas
antara dua atau beberapa pihak.

KESAN INTERAKSI
ANTARA TAMADUN
Positif
Negatif
Kesan Positif :
(Tamadun Islam,Yahudi,Kristian)



Beberapa kesan positif telah dikesan semasa
zaman kemunculan Islam di Tanah Arab
Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah
Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad
saw,di Madinah hak-hak orang Kristian dan
Yahudi serta penganut-penganut agama lain
telah diberi perlindungan.
Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis
dan ahli intelektual daripada kalangan individuindividu Yahudi dan Kristian.
Kesan Positif : (India, Cina)





Agama Buddha disebarkan ke Negara China
melalui interaksi ini.
Astronomi India turut diperkembangkan di
Negara China oleh ahli-ahli astronomi India
Terdapat kemahiran teknologi membuat gula
daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang China.
Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas,
bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas
dan lain-lain.
Selain itu, usaha-usaha penterjemahan bukubuku koleksi astronomi India telah
diterjemahkan ke dalam bahasa China.
Kesan Positif :
(Islam, China)






Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan
penting dalam interaksi ini
Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur antara
pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama
Islam di negara China yang akhirnya mewujudkan
komuniti Islam tempatan Cina
Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan,
teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas.
Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan
tembikar
Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan
farmasi
Kesan Positif :
(Islam, Melayu)





Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu
telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui
perdagangan.
Kesan positif yang penting ialah tersebarnya agama Islam di
Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam
tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani,
Sulu, Banten, Demak, Tuban dan Mataram.
Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orangorang Melayu.
Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting
dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.
Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan,
kesenian,material seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah
Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Kesan Positif :
(China, Melayu)





Melahirkan kesan positif dalam kemahiran dan
teknologi serta kebendaan.
Tamadun China membawa teknologi membuat gula
daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan
sutera, pembuatan tembikar serta pertukangan
logam.
Interaksi antara tamadun China dengan tamadun
Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman
dan secara konflik peperangan.
Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti
perdagangan, imigrasi dan hubungan diplomatik.
Contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara
China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman
Kesultanan Melaka.
Kesan Positif :
(China, Jepun)





Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan
tulisan.
Agama Buddha dari Negara China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan
dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto
Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun.
Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak
semasa zaman Nara dan Heian.





Di samping agama, tulisan adalah satu lagi
kesan penting yang dibawa oleh Tamadun
China ke Jepun
Tulisan Cina telah menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun
Ajaran falsafah Konfusianisme dari China
turut diasimilasikan dalam tamadun Jepun.
Ajaran Konfusianisme yang memberi
penekanan kepada institusi keluarga telah
memantapkan lagi institusi kekeluargaan
Jepun.
Interaksi antara tamadun China dengan Jepun
telah berlaku secara aman dan penerapan
tamadun China dalam Tamadun Jepun telah
memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.
Kesan Negatif :
(Yahudi, Kristian, Islam)







Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan
Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal.
Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan orang Yahudi
secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi.
Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama,
ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.
Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman pertengahan di
Eropah.
Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak
melancarkan beberapa siri ke atas orang-orang Islam yang dikenali
sebagai peperangan Perang Salib
Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan
Yahudi.
Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama,
ekonomi dan politik
Kesan Negatif :
(India, Islam)





Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang
Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh rajaraja India yang beragama Hindu
Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganutpenganut agama Hindu dan kuil Hindu yang
dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam
Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah
mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan
beberapa upacara keagamaan Hindu.
Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak
keras terhadap penganut-penganut Hindu.
Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang
baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai
Jamuna, mengharamkan upacara sati dan sebagainya.
Kesan Negatif :
(India, China)
Tamadun India dengan tamadun China juga
berlaku konflik terutama semasa agama
Buddha mula diperkenalkan ke dalam
masyarakat Cina pada zaman pemerintahan
Dinasti Han Timur
 Kemasukan agama tersebut telah mendapat
tentangan cendekiawan Konfusianisme yang
amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti
Han.
 Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil
Buddha dimusnahkan untuk menghalang
perkembangan agama tersebut

Kesan Negatif :
(Islam, China)






Berlaku interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China
pada tahun 751 masihi.
Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah
mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao
Hsien-chih
Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai
hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin
Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga
dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian
ekonomi pihak yang bertentangan.
Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara China
telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati dengan
kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti
perdagangan.
Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton
menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI ANTARA
TAMADUN
Toleransi kepimpinan
 Nilai
 Pemikiran
 Keinsanan
 Geografi
 Institusi

Interaksi Tamadun China
dan India





Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum
masihi
Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan
Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada
interaksi antara tamadun China dan India.
Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka
China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya
masyarakat India.
Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan,
kesenian, muzik dan sebagainya.
Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku
penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut
kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang
telah pun meresap dalam falsafah-falsafah warga tempatan China
terutama falsafah Konfusianisme.






Agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses
penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsipprinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.
Kesan interaksi positif antara tamadun China dengan
India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India
diasimilasikan dalam tamadun China.
Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular
di istana dan di kalangan bangsawan China.
Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula
dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China.
Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima
oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan
teknologi orang China yang telah berkembang di dalam
masyarakat India.
China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan
India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang
telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang.
Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem
kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727
masihi
 Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga
turut menerima kesan interaksi antara tamadun
China dan India.
 Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng,
kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan
Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China.
 Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa
Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut
berlaku.
 Contoh yang paling ketara ialah kemunculan
pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan
perhubungan tamadun China dan India.
 Selepas abad ke-10 masihi, perkembangan ini agak
merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik
dan perdagangan.

Interaksi Tamadun Islam dan
China
Berlaku pada awal abad ke-3 masihi dan telah adanya
utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei.
 Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting
untuk ke China iaitu :

Laluan Sutera iaitu jalan darat yang merentasi
Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking
Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 masihi
merentasi laut Arab ke Benua Kecil India dan Kepulauan
Melayu hingga ke Canton di tenggara China.

Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad
ke-5 masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk
Parsi





Pada pertengahan abad ke-7 masihi,ramai pedagang
Arab telah menetap di daerah tenggara China
seperti Kwang Cho (Canton),Chang Chow dan
Chuan Cow.
Hubungan perdagangan antara Arab dan China
menjadi semakin rancak pada abad ke-8 dan
mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan
Guangzhou dan Guanzhou.
Selepas beberapa abad kemudian,munculnya
beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang
Daiyu (1550-1658), Ma Zhu (1640-1711),Liu Zhi
(1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874).
Penglibatan tokoh–tokoh ini turut mempengaruhi
hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas
mereka.
Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China
Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah
diterbitkan pada tahun 1642.








Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia
ada dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam
kepada masyarakat tempatan.
Terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme dengan ajaran
Islam seperti xiao (penghormatan kepada ibu bapa),zhong
(kesetiaan),shu (altruisme) yang telah banyak membantu penulispenulis China muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada
mayarakat China.
Pada zaman Dinasti Tang (618-907),seorang sarjana China Muslim
yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku
bertajuk Materia Medica : Seberang Laut sebanyak 6 jilid.
Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab.
Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi iaitu Jamaluddin
telah memberi sumbangan penting penciptaan kalendar baru
untuk Kublai Khan pada tahun 1267 masihi
Abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika
pemerintahan Dinasti Yuan.
Kesan interaksi tamadun China,Tamadun Islam turut juga
menyumbang dalam aspek senibina.
Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang
(Sinkiang ).
Interaksi Antara Tamadun
China dan Jepun









Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku melalui perantaraan
semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah
Korea.
Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 masihi lagi.
Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan
puak utara pada kurun ke-2 masihi.
Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah
menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam budaya
Korea telah meresapi budaya Jepun.
Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan.
Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun.
Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial
dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa
kepada perkembangan intelektual.
Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitosmitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun.
Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah menunjukkan gabungan
antara tulisan China dan tulisan Jepun.








Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Man’yoshu pada tahun 760 masihi
turut memperlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata
pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata Jepun.
Kesan interaksi ini dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Contohnya
dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan
Bandar Chang’an iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.
Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut
menerima kesan serta perubahan.
Konsep “ mandat dari syurga “ yang telah digunakan dalam
memperkukuhkan institusi raja.
Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan agama
asal orang-orang Jepun iaitu Shinto.
Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu
dewa-dewa luar dan dewa tempatan.
Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasihsayang,moral dan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting
kepada orang-orang Jepun.
Pada abad ke-10 masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yang
mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambang penyembahan
penting.
Interaksi Antara Tamadun
India dengan Asia Tenggara






Secara teologi, interaksi ini telah memberi peluang kepada
perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat
Asia Tenggara.
Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam
kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di
Funan,Angkor,Majapahit,Kedah Tua dan lain-lain.
Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara
ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan Brahmanisme.
Agama Hindu turut mempengaruhi sistem pentadbiran dan
politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “devaraja”.
Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan
dewa.
Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di Asia Tenggara
ialah mazhab Mahayana dan Hinayana (agama Buddha
Theravada).






Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang
dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan kaum India.
Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan perkembangan
ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporkan oleh I-Tsing
seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah
singgah di Srivijaya pada abad ke-7 masihi.
Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di
Thailand,Myanmar,Burma dan Laos menerima agama dari
Mazhab Buddha Hinayana
Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia
Tenggara adalah kesan interaksi tamadun ini.
Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di
istana.
Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana
menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara.







Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah
dilakukan selapas wujudnya interaksi antara Asia Tenggara
dengan tamadun Islam.
Perkara ini kerana kitab-kitab diterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi.
Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan
kata masyarakat Asia Tenggara.
Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam
kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interaksi ini.
Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia
Tenggara secara amnya telah menyebabkan berlakunya
perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan
interaksi antara tamadun ini.
Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi sistem
perundangan Asia Tenggara. Contohnya kaedah dalam undangundang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan
Perundangan Majapahit.
Interaksi Antara Tamadun
Islam dengan Asia Tenggara





Perkembangan Agama Islam telah memberi sumbangan yang
besar kepada perkembangan dan penerimaan tamadun Islam di
kawasan Asia Tenggara.
Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam
sejak abad pertama hijrah.
Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya dari Yaman
iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat penting dalam
perdagangan.
Snouck Hurgronje merupakan cendekiawan yang mengatakan
bahawa Islam di Asia Tenggara datangnya dari India.
Pendapat beliau telah mendapat sokongan daripada beberapa
tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt,Vlekke,
Mouqutte,B.Harrison dan Bousquet dan masing-masing
mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.
Interaksi Antara Tamadun
Islam dengan Eropah






Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika
Utara,Sepanyol dan Sicily.
Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah
merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan
kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah.
Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan
peperangan.
Proses cara aman berlaku melalui perdagangan.
Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang
Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik.
Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini.Antaranya ialah:
Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian kepada
penganut Islam
Ketidakseimbangan ekonomi
Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk
berperang dengan orang-orang Islam







Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku
adalah kesan interaksi positif yang berlaku.
Penterjemahan buku falsafah Greek telah
menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun
Greek (Yunani).
Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan
dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah.
Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidangbidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah
dikembangkan oleh cendekiawan Islam.
Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku secara
aman pada awalnya,diikuti konflik apabila tercetusnya
perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad
ke-12 masihi hingga 14 masihi).
Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap
(abad ke-4 hingga ke-14 masihi)
Pada ketika itu, orang Islam telah mencapai kemajuan
dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7.






Kemuncak perkembangan tamadun Islam berlaku
pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi.
Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu
pengetahuan Islam di Eropah.
Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville,
Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian
terpenting kepada pelajar Kristian.
Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah,
matematik, astronomi dan seni muzik yang
berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi
pemikiran orang-orang Eropah.
Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang
karya-karya penting dalam bidang seni muzik.
Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah
diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi
peluang kepada masyarakat Eropah mempelajari seni
ini.
KESIMPULAN






Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan bagaimana orang-orang
terdahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi
pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun.
Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil pertembungan antara tamadun.
Antaranya ialah :
Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara
dengan penuh keadilan dan kesaksamaan
Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba
mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung
kepada semangat keinsanan.
Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan.
Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun
akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pula
seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki tamadun yang
berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi,
sosial dan politik.
Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih lama terbina akan mempengaruhi
tamadun yang baru dan lebih bersifat receptive (penerima).
Hasilnya sesuatu tamadun dapat mengasimiliasikan pengaruh luar seterusnya
akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan
penting.
RUJUKAN
Internet :
 http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6-interaksi-antaratamadun-dan.html
 http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/web/malindia.pdf
 http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf




Buku :
Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur,Universiti Malaya, 2001.
Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah
Alam,Selangor Darul Ehsan, 2001.
Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004.
Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini Sulaiman,Mahadi Abu
Hassan,Ali Hafizar Mohamad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia,McGrawHill (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,2007
Download