Tema PMPT untuk 2014 KEMURIDAN : DIPANGGIL, DIPILIH

advertisement
Tema PMPT untuk 2014
KEMURIDAN : DIPANGGIL, DIPILIH, DIUTUS
Teks sabda agung untuk tahun 2014 adalah berdasarkan Lukas 10:1 – Kemudian Yesus memilih
tujuh puluh dua orang pengikut pula. Dia mengutus mereka berdua-dua, dan pergi
mendahului Dia ke tiap-tiap kota dan tempat yang akan dikunjungi-Nya.
Fokus tahun ini adalah untuk membantu komuniti-komuniti kita memahami bahawa iman harus
menggerakkan kita untuk menjangkau orang lain:
“Semangat misioner adalah tanda nyata kedewasaan komuniti gerejani”. (Benedictus XVI,
Anjuran ApostolikVerbum Domini, 95)
Setiap komuniti adalah “dewasa” apabila mengakui imannya dengan bangga, merayakannya
dengan penuh sukacita dalam liturgi, mewujudkan kasih dan mewartakan Sabda Allah dengan
tak henti-hentinya sambil keluar dari lingkungan hidupnya sendiri untuk dibawa ke “masyarakat
pinggiran”, terutama kepada mereka yang belum sempat mengenal Kristus.
Kekuatan iman di peringkat peribadi dan komuniti diukur juga dari kemampuan berbagi iman itu
dengan sesama, disebarluaskan, dijelmakan menjadi kasih, menyaksikan Kristus kepada orang
yang dijumpai dan kepada mereka yang mengambil bahagian dalam perjalanan hidup bersama
dengan kita. (Paus Francis, Mesej untuk Hari Ahad Misi Sedunia 2013).
Tema Kemuridan dikekalkan sebagai kesinambungan proses yang telah bermula sejak PMPC
3. Yesus telah memilih 12 orang rasul sebagai milik-Nya yang memulai perjalanan mereka
dengan Yesus sebagai murid dan berakhir sebagai rasul. Ke-12 rasul yang dipilih Yesus
merupakan orang biasa yang mempunyai pekerjaan mereka sendiri. Yesus memanggil para
rasul meskipun mereka tidak sempurna namun Dia melihat potensi di dalam peribadi mereka.
Ini kerana mereka pun mungkin sedang mencari makna kehidupan yang lebih mendalam melalui
respon spontan mereka terhadap panggilan Yesus untuk mengikuti-Nya.
Perjalanan daripada menjadi murid (Ibrani: mathetes = murid) kepada menjadi rasul (Ibrani:
apostolos = untuk diutus) ditandai dengan tiga saat yang penting: panggilan oleh Allah, dipilih
daripada orang ramai, dan diutus untuk mewartakan.
Tema keseluruhan akan berfokus pada setiap dimensi kemuridan untuk empat bulan dalam tahun
ini: Dipanggil (Januari – April), Dipilih (Mei – Ogos), Diutus (September – Disember). Untuk
setiap bulan dalam tahun ini, dimensi-dimensi kemuridan ini akan dibahagikan untuk lebih
membantu komuniti-komuniti kita merenungi dan memahami dengan lebih baik.
Download