Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [155] Jantina Roh Kudus [155] (Edisi 2.0 19960310-19991008) Satu daripada topik Kekristianan yang paling kontroversi adalah Roh Kudus. Semua orang setuju bahawa ianya wujud tetapi terdapat banyak idea tentang apakah ia sebenarnya. Beberapa orang menggunakan Kitab Yunani yang mereka dakwa ianya merujuk kepada Roh Kudus sebagai berjantina “lelaki” dan menyimpulkan bahawa Roh Kudus sememangnya adalah satu makluk. Dalam karya tulis, tulisan-tulisan Kitab akan diteliti dan dianalisa dan kesimpulan tentang jantina Roh Kudus akan diambil. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1996, 1999 Wade Cox) (Tr. 2006) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Jantina Roh Kudus Jantina Roh Kudus [155] Baru-baru ini satu surat telah diterima oleh Jemaat yang mengajukan soalan tentang jantina Roh Kudus. Surat ini adalah penting kerana ianya berlandaskan satu dasar yang salah yang seolah-olah mempunyai peredaran dalam duni orang yang berbahasa Inggeris, dan dengan aktif digalakkan oleh golongan Trinitarian kerana ia menyokong kesalahan mereka. Sebahagian surat ini telah diterbitkan semula untuk membantu orang lain untuk mengenal pasti masalah tersebut. Saya telah diberitahu bahawa jemaat kamu mengajar bahawa Roh Kudus bukan satu makluk dalam Ketuhanan, tetapi semata-matakuasa Allah yang bekerja dalam diri orang Kristian. Saya percaya perkara ini sejak bertahun dulu tetapi beberapa minggu lalu saya mendapati bahawa Roh Kudus yang disebut sebagai Roh Kebenaran dalam Yohanes 16:13 dirujuk sebagai jantina lelaki. Saya menyedari bahawa banyak dalam Perjanjian Baru dimana Roh Kudus dirujuk sebagai jantina lelaki, tetapi dalam semua contoh ini kecuali tiga, perkataan Yunani bagi lelaki sebenarnya bukan dalam bahasa Yunani. Biasanya orang Yunani meninggalkan kataganti subjek dan, dalam rujukan kepada Roh Kudus ini, ia diaplikasikan oleh katakerja akhiran bahawa subjeknya adalah dia (lelaki), dia (Perempuan) atau ia. Semua terjemahan yang pernah saya nampak menggunakan jantina lelaki. Jantina perempuan atau ia sepatutnya boleh digunakan. Dalam bahasa Yunani, seperti dalam bahasa Latin, Slavic, dan kebanyakan bahasa Jerman, setiap katanama diberikan satu jantina oleh penyata akhirnya. Ini dipanggil jantina tatabahawa dan tidak boleh diubah. Ini tidak semestinya berhubungan dengan jantina semulajadinya. Perkataan bagi lelaki adalah bersifat maskulin secara tatabahasanya yang mana sesuai kerana lelaki adalah bersifat maskulin, tetapi perkataan bagi matahari juga adalah maskulin dan ini bertentangan dengan erti sifat netralnya. Tatabahawa Yunani membutuhkan bahawa apabila satu perkataan itu dirujuk semula oleh kataganti, kataganti tersebut harus mempunyai jantina tatabahasa yang sama seperti katanama yang dirujuk. Pengecualian hanya dibuat oleh penulis apabila dia menekankan jantina semulajadi. Roh adalah bersifat netral secara tatabahasanya, jadi jantina lelaki ini merujuk kepada Roh kerana Roh adalah makluk yang hidup. Dalam tiga ayat yakni, Yohanes 14:26, 15:26 & 16:13, perkataan Yunani bagi lelaki (ie [ekeinos]}sebenarnya digunakan. Dalam dua contoh yang pertama ini, sekiranya tatabahasa ini dibentang secara keterlaluan, seseorang mungkin mengatakan bahawa [ekeinos] merujuk kepada penghibur (ho parakletos) atau bapa (patros) yang mana kedua-duanya adalah bersifat maskulin dan oleh kerana itu memerlukan lelaki dan bukan ia. Bagaimana pun, dalam Yohanes 16:13 tidak ada perkataan lain dalam ayat ini yang jantina lelaki (ekeinos) boleh dirujuk kecuali perkataan Roh (pneuma) dalam frasa Roh Kebenaran. Perkataan Yunani bagi Roh [penuma] adalah bersifat netral secara tatabahasanya dan membutuhkan katganti nama ia [ekeino], tetapi Yohanes telah dengan sengaja memilih untuk menggunakan jantina lelaki [ekeinos], oleh kerana itu Roh Kudus harus adalah seorang makluk dalam oknum Ketuhanan. Lebih lanjut lagi, perkataan Yunani bagi penghibur [parakletos] adalah adjektif lisan yang digunakan sebagai kata nama. Perkataan ini adalah adjektif yang mana boleh digunakan dalam jantina (parakletos) yang sama (yakni maskulin atau feminin) atau dalam jantina yang netral [parakleton]. Penghibur digunakan dalam Perjanjian Baru dalam jantina yang biasa, yakni [parakletos]. Sekiranya Roh Kudus adalah hanya kuasa Allah, bagaimana kamu menyatakan dua fakta ini? Jawapan kepada masalah ini terdapat dalam tanggapan salah yang paling asas, dalam hal ini, perkataan ekeinos yang bererti jantina lelaki. Ini seolah-olah telah dinyatakan oleh seseorang untuk mendemonstrasikan satu fakta dan kemudian fakta itu tidak dicabar. Perkataan dia (lelaki) dalam Yohanes 16:13 diambil dari tatabahasa dan diselitkan dalam bahasa Inggeris, seperti ianya berlaku dimana juga. Dalam bahasa Inggeris, masalah jantina dan jenis kelamin adalah sesuatu yang sukar kerana dalam bahasa ini, jenis kelamin menentukan jantina. Dalam banyak bahasa, jenis kelamin dalah menjadi kelaziman dalam tatabahasa. Ianya tidak dihubungkan Jantina Roh Kudus langsung dengan jantina seperti ianya dalam bahasa Inggeris. Kesilapan disini adalah cuba untuk membuat deduksi dari bahasa asing dengan menggunakan proses dasar fikiran Inggeris. Ia mungkin mengajukan bahawa ianya merbahaya sesungguhnya untuk membentuk teologi dari ketiadaan perkataan atau adanya perkataan Yunani sigma dalam Yohanes 16:13 (yang diterjemahkan Ia; lihat juga 16:14), dengan memberikan pemalsuan yang diketahui dalam Timotius 3:16, dalam Kodeks Aleph, melibatkan juga perkataan sigma dan theta yang membentuk Theos dimana tidak wujud. Ini mengakibatkan kesalahan dalam teks KJV. Juga 1 Yohanes 5:7 adalah pemalsuan yang diselitkan dalam Reseptus, yang sekali lagi mempengaruhi KJV. Biarlah ianya sedemikian, kami akan menerima ekeinos sebagai yang tepat kerana ianya tidak kritikal dalam fakta ini. Mukasurat 3 digunakan kerana ia bercakap tentang Bapa dan keberibadian atau kuasaNya. Marshall’s Interlinear menunjukkan bagaimana masalah ini dinyatakan dari terjemahan. Bahasa Yunanai telah dijadikan bahasa Roma untuk memudahkan pembacaan. otan de elthe ekeinos, to pneuma tes aletheias tetapi apabila Kebenaran, Ia datang, yaitu Roh odegesei umas eis ten aletheian pasan dia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; ou gar lalesei aph eautou, all osa Ekeinos diterjemahkan Ia dan bukan dia (dalam janina lelaki) pada setiap situasi ia digunakan dalam perhubungan dengan Roh kudus dalam teks teks ini. New Thayer’s Greek English Lexicon (ms. 194) menunjukkan bahawa ekeinos tidak bererti dia (jantina lelaki). Ianya berasal dari proposisi ia. Ia adalah kataganti yang bererti Orang itu, perempuan atau benda. Ianya digunakan untuk menekankan. Oleh itu, ia diberikan akhiran os untuk menggambarkan struktur tatabahasa ditempat dimana ia terjadi. Pengakhiran juga boleh menunjukkan kes, os menunjukkan kes dominatif, n atau on menunjukkan akusatif (dengan ini theos (theo kita atau elohim) dan ton theon (Allah) dalam Yohanes 1:1). Perkataan dia (jantina lelaki) dalam Yohanes 16:13 diterjemahkan dari perkataan-perkataan yang tidak menyampaikan maksud itu kecuali secara abstrak dari kontruksinya. Marshall’s Interlinear menunjukkan bahawa Roh menerima secara literal dari saya dan mengumumkan atau menyampaikannya kepada saudara-saudara. Roh ini adalah dari Bapa, kerana Kristus mengatakan dalam ayat yang seterusnya bahawa Semua perkara yang Bapa punyai, adalah aku punya (lihat Marshall’s Yohanes 16:13-15). Teks Interlinear menyokong konsep bahawa Roh adalah kuasa Allah. Struktur tatabahasa sebab dia tidak akan berkata-kata dari diriNya sendiri, tetapi segala sesuatu yang akouei lalesei, kai ta erchomena didengar-Nya itulah yang akan dikatakanNya dan hal-hal yang akan datang. anaggelei umin sebab dia akan memberitakan kepadamu. Perhatikan bahawa perkataan dia dihubungkan dengan struktur perkataannya. Perkataan dia boleh juga dihubungkan dalam keadaan berikut seperti yang Marshall sebutkan dalam Pengenalan. Artikel pasti harus kadang-kadang diterjemahkan oleh satu kataganti atau adjektif milik. Ianya demikian khususnya bila bahagian badan tersebut ditandakan; sebagai contoh, Matius bab 8, ay 3. Kadang-kadang ianya digunakan sebagai ‘kataganti’ – yakni, ianya harus diterjemahkan ‘dia’ (ataupun menurut kepada jantinanya) atau ‘mereka’; lihat Markus bab 10, ay 4. Marshall meneruskan dengan menangani masalah jantina dalam mukasurat xi. Dalam bahasa Yunani jantina dipunyai oleh perkataan itu dan tidak semestinya kepada apa Mukasurat 4 yang ditandakan oleh perkataan tersebut; manakala tentu saja dalam bahasa Inggeris kita menyimpan idea-idea sifat maskulin, feminin dan netral kepada lelaki dan perempuan, dan bendabenda yang mati. (Inggeris, dalam cara itu, adalah satu-satunya bahasa moderen yang melakukan ini) Peruntukan harus dibuat untuk ini dalam terjemahan: kadang-kadang ianya tidak mustahil untuk memberikan idea dari satu bahasa kepada bahasa yan lain, tetapi tidak selalu. Catatan kepada Wahyu bab 13, ay 1, mungkin boleh diperiksa. Catatan kepada Wahyu 13:1 berguna kerana ia juga menangani gagasan tentang jantina dari tatabahasa dan muncul dalam yohanes 16:13 dan terjemahan kepada perkataan ini adalah dirinya sendiri. [auto], tentu sahaja dalah netral atau maskulin – “darinya” atau “dari dia”. [drakon] adalah sifat maskulin (= Setan), kita menetapkannya dalam sifat maskulin. Tetapi [therion] adalah netral. Namun sekiranya ia adalah untuk orang, seperti [arnion], ia juga harus dianggap sebagai kataganti, sebagai satu sifat maskulin. Justru itu, dirinya sendiri terjemahan dari perkataan yang mana boleh menjadi netral ataupun maskulin. Terjemahan dirinya sendiri adalah menurut kepada perhubungan dengan sifat keperibadian Allah. Terjemahan ini digabungkan dengan fakta bahawa ianya sesuai untuk menterjemahkan teks ini dalam cara ini. Marshall juga membuat catatan terhadap penggunaan partisipel dengan artikel pasti (Peng., ms. xiv). Partisipel mungkin digunakan, bersama dengan artikel pasti yang menyebut “satu” telah difahami, dimana kita harus menggunakan katanama atau frasa yang berkaitan; cth., sering, [ho pisteuon] = yang mempercayai atau dia yang percaya. Disini partisipelnya adalah berterusan; dalam Lukas bab 1 ay. 45, ia adalah bersifat sementara (dan, semulajadi, bersifat feminin dalam jantina seperti merujuk kepada iman Maria dalam Anunsiasi). Sekiranya dua partisipel digunakan tetapi dengan satu artikel pasti, seperti dalam Yohanes bab 5, ay. 24, maksudnya adalah bahawa satu benarbenara digambarkan, bukan dua orang yang melakukan dua perkara. Ciri-ciri ini telah dipelihara dalam terjemahan kita. Yohanes adalah Ibrani yang menggunakan bahasa Aramaik sebagai bahasa ibundanya Jantina Roh Kudus yang menghubungkan konsep Ibrani dan teologi Ibrani. Malah terdapat beberapa kekeliruan sama ada injil-injil telah ditulis secara asalnya dalam bahasa Yunani. Untuk meneliti aspek Roh Kudus kita harus kembali kepada konteks dimana Roh Kudus diungkap dan dinubuatkan. Yaknim Perjanjian Lama. Seharusnya terdapat harmoni di antara Perjanjian Lama dan Baru. Alkitab tidak berselisih dalam hal spiritual. Roh Kuds dirujuk dalam Perjanjian Lama dalam banyak keadaan. Roh dihubungkan dengan Allah sebagai Roh Tuhan. Perkataan yang digunakan adalah ruach (lihat SHD 7307). Ia adalah roh tetapi dari makluk rasional (lihat karya Strong). Istilah ini tidak memiliki masalah yang sama kerana struktur tatabahasa Ibrani dititikberatkan dalam cara yang sama seperti dalam bahasa Yunanai. Bahasa Inggeris semata-mata menggabungkan masalah bahasa ini. Brown-Driver-Briggs-Gesenius Hebrew English Lexicon dalam mukasurat 924-925 menunjukkan roh dalam manusia adalah anugerah dan ciptaan Allah (merujuk kepada Zak. 12:1; Ayub. 27:3 pet. Yes 42:6). Allah mengekalkannya (Ayub 10:12; Pet. 12:10; Bil. 16:22; 27:16; Ams 16:2). Lexicon ini menyimpulkan bahawa Roh Allah (Kej 6:3) akan pergi sewaktu kematian (Yes 38:16; Ayub 17:1; 34:14; Yes 57:16; Peng 8:8). Zakariah 7:12 Mereka membuat hati mereka keras seperti batu amril, supaya jangan mendengar pengajaran dan firman yang disampaikan TUHAN semesta alam melalui rohNya dengan perantaraan para nabi yang dahulu. Oleh sebab itu datang murka yang hebat dari pada TUHAN. Nehemiah 9:30 Namun bertahun-tahun lamanya Engkau melanjutkan sabar-Mu terhadap mereka. Dengan Roh-Mu Engkau memperingatkan mereka, yakni dengan perantaraan para nabi-Mu, tetapi mereka tidak menghiraukannya, sehingga Engkau menyerahkan mereka ke tangan bangsabangsa segala negeri. Ayat-ayat ini membuat ia jelas bahawa Roh Kudus adalah kemilikan Allah Semesta yang mengutus Roh KudusNya kepada para nabi. Jantina Roh Kudus Yesaya 11:2 menunjukkan bahawa Roh ini diam didalam Mesiah. Roh Allah dipercayai memberikan kuasa seperti peperangan dan menghasilkan serta mengatur kuasa kepada Israel kuno (Hak 3:10; 11:29; Pet 6:34; 13:25; 14:6,19; 15:14; 1Sam. 11:6; 16:13,14 dan juga Yes 32:15). Ianya dilihat diam pada raja Mesiah (Yes 11:2). Ianya dilihat menganugerahkan manusia kepada pelbagai anugerah, cth., kepakaran teknikal (Kel 31:3; 35:31), pemahaman (Ayub 32:8), yang dicurahkan oleh rahmat keilahian (Ams 1:23). Ianya dilihat sebagai kuasa dalam kehidupan (Kelj 1:2), dan sebagai satu kuasa vital (Yes 231:3) (dan didalam kereta tempur dalam Yehezkiel 1:12 pet ay. 20-21). Lexicon meletakkan Roh dalam kategori akhir sebagai Malaikat Hadir kuno pada kemudian Shekina (Yes 63:10-11; juga dalam konsep dalam Neh 9:20). Justru itu, Roh telah diwujudkan kepada Israel pertama kalinya dalam Malaikat Hadir, yang kemudiannya menjadi Mesiah. Justru itu Mesiah bergabung dengan Roh sebagai kuasa Allah. Kemudian ia menjadi jelas sebagai Shekina. Lexicon percaya bahawa nubuatannubuatan restorasi mengamdungi Roh sebagai berdiri ditengah-tengah Israel dan hampir memenuhi semua janji-janji ilahi (Hag 2:5; Zak 4:6). Konsep ini memuncak dalam kehadiran ilahi dan dengan ini [Allah] bersifat sentiasa hadir (lihat ms. 926). Justru itu, Roh adalah Kuasa Allah. Ianya bukan hanya semata-mata kuasa Allah. Tidak ada konsep tentang Roh Kudus sebagai orang-ketiga dalam Triniti yang boleh memegang sifat yang sentiasa ada dan semua semua sifat keperibadian Allah yang dipastikan dalam proses Allah menjadi satu dalam semua. (1Kor 12:6; 15:28 KJV; Ef 4:6). Kuasa umat pilihan akan menjadi kuasa Mukasurat 5 Allaj dalam Roh Kudus dan mereka akan menjadi seperti Elohim (Zak 12:8) dengan Malaikat Yehovah sebagai kepala mereka, yakni Mesiah. Mereka akan menjadi Israel dan mereka akan memerintah seperti Allah. Secara sejarah, ianya penting untuk memahami perkembangan doktrin tentang Triniti. Ianya tidak dicadangkan bahawa Roh Kudus adalah makluk mahupun ia dianggap demikian sehingga Persidangan Constantinople pada 381 CE. Roh Kudus sama sekali tidak tetap dalam doktrin dalam Persidangan Nicea (325). Ia gagal untuk mendapatkan olahan pada Constantinople (381). Hanya pada Persidangan Chalcedon pada 451 doktrin ini diolah. Tidak ada bukti bahawa para rasul atau ahli apologis awal melihat Kristus selain sebagai ciptaan dan melihat Roh selain dari kuasa Allah sehingga akhir kurun yang ketiga, kecuali golongan Modalis dan Gnostik. Kumpulan-kumpulan inilah yang akhirnya muncul sebagai golongan Trinitarian dibawah Theodosius pada 381 dan dengan paksaan memperkenalkan bidaah mereka ini. Triniti harus mengurangkan aktiviti-aktiviti Roh Kudus demi untuk menyangkal ketakdiran Israel dan umat pilihan. Etika serta falsafah orang Yunani mempercayai epistemologi ini demi untuk menyingkirkan tuntutan lojikal dalam hukum alkitabiah seperti yang diberikan di Sinai. Pernyataan Dia dan jantina maskulin adalah hanya sebahagian daripada proses dalam pernyataan tentang personaliti kepada sifat keperibadian Allah ditempat dimana umat pilihan dikuatkan. Mukasurat 6 Jantina Roh Kudus