Salam, Ya Ratu

advertisement
MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN
Mei 2017
: Maria, Bintang bagi Semua Bangsa
Lagu Pembukaan: Ave Maria
Engkau yang dipilih Allah Bapa di surga
Untuk melahirkan PutraNya yang kudus
Engkaulah Bunda Kristus
Bunda Sang Penebus s’gala dosa manusia
Bunda Maria p'rawan yang tiada ternoda
Hatimu bersinar suci tiada bercela
Engkau Bunda Almasih
Yang diangkat ke surga dengan kemuliaan
Ave Maria…Ave Maria
Terpujilah Bunda…
Terpuji namamu s’panjang s’gala masa
Ave Maria…Ave Maria
Syukur kepada-Nya…
Tuhan yang pengasih selama-lamanya
DIALOG:
Jenayah
Perang
Agama
Perubahan
Iklim
Masalah Dunia Sekarang
Menikmati dahulu
dan melupakan
semua masalah
Dunia yang tiada harapan
untuk melakukan apa-apa
1
Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi
dengan teman yang lain.
1. Apakah masalah yang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia?
2. Apakah kenyataan negatif yang anda sering dengar mengenai
dunia?
3. Pada pendapat anda, adakah masalah boleh diatasi? Mengapa ya/
Mengapa tidak?
4. Dalam cahaya iman, bagaimanakah kita masih boleh berharap dalam
menghadapi masalah ini?
PENDALAMAN:
Teks Alkitab: Lukas 1:39-55
1. Memohon kepada Roh Kudus
(Terbuka bertemu dan ditemui oleh Kristus…)
2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali
(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)
3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan
4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda?
(sila tuliskannya)
……………………………………………………………………………………………………………
5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?
(sila tuliskannya)
……………………………………………………………………………………………………………
6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5
2
TINDAKAN:
Pesanan umum Fatima memohon untuk
berdoa akan penebusan, taubat, pengorbanan dan pengampunan dosa.
‘Dosa-dosa dunia yang sangat besar… jika manusia memahami tentang hidup kekekalan, mereka
pasti akan berusaha mengubah kehidupan
mereka,
menjauhi
kekayaan dan kemewahan yang
keterlaluan, mencintai kemiskinan
dan keheningan, mempunyai kasih,
termasuk membantu orang yang
jahat.’
Dengan satu hati, mereka semua sentiasa bersama-sama bersatu dalam doa
dengan beberapa orang wanita termasuk Maria ibu Yesus dan dengan saudara-saudaranya (Kis 1:14)
ò Marilah
kita bertaubat untuk
semua tindakan yang menyebabkan
penderitaan orang lain dan penglibatan kita dalam dosa sosial.
ò Marilah kita berdoa tanpa henti
untuk semua orang di seluruh
dunia, yang sedang menderita kerana kelemahan manusia.
Melihat ibu yang dikasihi berdiri berdekatan, Yesus berkata, “Ibu, ini
anakmu.” (Yoh 19:26)
ò Marilah kita memohon bimbingan
Roh Kudus agar seperti Maria, kita
juga akan membawa penghiburan,
kata-kata semangat dan bantuan
kepada orang-orang yang berputus
asa.
3
Doa: Marilah kita berdoa
bersama-sama “Salam Ya
Ratu”
Salam, Ya Ratu
Salam, ya ratu, Bunda
yang berbelas kasih, hidup,
hiburan dan harapan kami.
Kami semua memanjatkan
permohonan, kami amat
susah, mengeluh, mengesah dalam lembah duka
ini.
Ya, Ibunda, ya pelindung
kami, limpahkanlah kasih
sayangmu yang besar
kepada kami. Dan Yesus,
Puteramu yang terpuji itu,
semoga kau tunjukkan
kepada kami. O Ratu, O Ibu,
O Maria Bunda Kristus.
Amen.
Lagu Penutup: Mengasih Maria
Mengasih Maria kerinduaanku,
berhamba padanya janjian teguh
Aku mau menambah kemuliaanmu,
kini dan selalu niatku sungguh
Maria pemurah dan Ratu besar,
terima kiranya citaku benar
Engkaulah Bondaku ,
aku anakmu yang suka dipandang harta milikmu
Mengingat selalu kebajikanmu
menirunya juga niat hatiku
Tak kita bercerai di medan perang,
sehingga bersama kita kan menang
4
MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN
Jun 2017
: Roh Kudus Menyatukan
Lagu Pembukaan: Roh Kudus Datanglah
Roh Kudus, datanglah
Jamahlah tiap hati jamahlah
Segarkanlah yang lelah
Kuatkanlah yang lemah
Roh Kudus, Roh Kudus, kuatkanlah
Roh Kudus, Hiburlah
Tiap Hati yang gentar hiburlah
Lewat lembah yang curam
Jalan licin yang terjal
Roh Kudus, Roh Kudus pimpinlah
DIALOG:
Pastoral Konvesyen Semanjung Malaysia (PMPC) IV membawa pengalaman yang dipenuhi semangat daripada Pentakosta baru. Uskup kita di
Semanjung Malaysia berkata bahawa kita mesti terbuka kepada dorongan Roh Kudus untuk memastikan adanya kesatuan kerohanian. Mereka
menekankan bahawa, “Roh Kudus telah meyakinkan kita bahawa setiap
kita, dan kita semua sebagai Gereja, adalah tubuh Kristus, yang di
panggil, dipilih dan diutus untuk misi.”
Paus Fransiskus menyatakan, “Gereja ini adalah seperti hospital dengan
alat pembedahan yang adalah belaskasih dan, gereja berfungsi dengan
satu matlamat di dalam minda, untuk mengintegrasikan semula mereka
yang terpinggir, orang-orang yang sedang menunggu kesiapsediaan kita,
semangat keluar dan mendekatkan diri kepada mereka yang memerlukan.”
Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi
dengan teman yang lain.
ò Apakah yang anda fikirkan, peranan anda untuk seruan Uskup dan
Paus Fransiskus?
5
PENDALAMAN:
Teks Alkitab: Kisah Para Rasul 2:1–8
1. Memohon kepada Roh Kudus
(Terbuka untuk ditemui dan diberi kuasa oleh Kristus…)
2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali
(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)
3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan
4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda?
(sila tuliskannya)
……………………………………………………………………………………………………………
5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?
(sila tuliskannya)
……………………………………………………………………………………………………………
6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5
TINDAKAN:
Pada PMPC IV baru – baru ini, Uskup kita menghuraikan, “Kita ingat
kembali bahawa kita diutus sebagai terang dunia; obor harapan; kita
perlu mengakui bahawa Yesus sumber penerang kita… bahawa kita
sebagai pembawa cahaya Kristus.”
“Jika kita tidak membina hubungan, kita tidak mempunyai apa-apa
untuk diberikan atau diwariskan. Membina hubungan dengan Pemberi
CAHAYA. Membina hubungan dengan Uskup. Membina hubungan dengan Paderi. Membina hubungan dengan umat lain. Membina hubungan
dengan orang yang berada di pinggiran. Membina hubungan dengan
semua orang yang berkeinginan baik.”
“Kita diutus dengan kata-kata: ‘Pergilah ke seluruh dunia dan beritakanlah khabar Baik. Janganlah takut; sebab Roh yang diberikan oleh
Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh
Allah melengkapi kita dengan Kuasa, Kasih dan kekuatan untuk mengawal diri.’ ”
ò Dari perkongsian di bahagian DIALOG, PENDALAMAN dan TINDAKAN, bagaimanakah kita menyatukan diri kita dalam Roh
Kudus dan mendekati saudara-saudari kita yang memerlukan?
6
Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa
penutup.
Lagu Penutup: Maju Bersama
Marilah saudara melangkah maju,
Tuhan serta kita
Sepanjang jalan penuh liku,
Tuhan serta kita
Maju bersama, bersatulah kita
Maju dalam cahaya…
Maju bersama satu harapan kita
Hidup Kristus jaya
Alleluia Alleluia
)
Hidup Kristus nan jaya
) 2X
7
MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN
Julai 2017
: Firman Yang Menerangi
Pengenalan: Membantu kita untuk memahami Sabda Allah dengan
meresap masuk ke dalam hidup kita, dan membawa cahaya dalam hati
kita.
“Ajaran-Mu memberikan cahaya, memberikan pengertian kepada orang
jahil.” (Mazmur 119: 130)
Lagu Pembukaan: Oh FirmanMu Tuhan
(Song of a Young Prophet)
Cho:
Oh FirmanMu Tuhan, dalam hatiku
Oh FirmanMu Tuhan, penuh jiwaku.
Sebelum engkau dikandung,
Aku tahu engkau, engkau milik Aku
Bila engkau dilahirkan,
Aku panggil engkau, itulah Aku
Aku tahu engkau kecil,
Aku pimpin engkau, engkau kenal Aku
Engkau ku suruh berjalan,
khabarkan firman–Ku, dengarkanlah
Di mana engkau berjalan,
kuasa-Ku denganmu, engkau tak sendiri
Dalam segala susahmu,
Aku pun melihat, itu firman–Ku.
DIALOG:
Santo Augustine, seorang lelaki muda digambarkan tidak mempunyai
tujuan dalam kehidupannya. Dia mencari jawapan untuk persoalan
dalam hidupnya. Pada tahun 386, Augustine menghabiskan masanya di
Milan, dia mendengar suara seorang anak menyanyikan lagu, lirik lagu
8
tersebut adalah “Ambillah dan Bacalah”. Pada mulanya dia berfikir
bahawa lagu itu ada berkaitan dengan beberapa jenis permainan kanakkanak, tetapi dia tidak dapat mengingati bahawa dia pernah mendengar
lagu itu sebelum ini. Kemudian, dia menyedari bahawa lagu ini mungkin
satu pesanan dari Allah untuk dia membuka dan membaca Kitab Suci,
lalu dia mengambilnya, membukanya dan membacanya. Petikan pertama yang dilihatnya adalah dari Surat Paulus kepada orang-orang
Roma. Augustine membaca:
“Kita harus berkelakuan baik seperti orang yang hidup dalam
terang dan bukan dalam kegelapan. Janganlah ikut pesta pora
atau kemabukan. Janganlah berkelakuan lucah atau tidak
senonoh. Janganlah berkelahi ataupun iri hati. Tetapi biarlah
Tuhan Yesus Kristus mejadi pelindung kamu. Janganlah turuti
tabiat manusia berdosa untuk memuaskan hawa nafsu. (Roma
13: 13-14)
Selepas membaca ayat tersebut, Augustine merasakan seolah-olah hatinya telah diterangi dengan cahaya. Dia berpaling sama sekali daripada
hidupnya yang berdosa. Dia telah dibaptiskan oleh Uskup Ambrose
semasa Malam Paskah pada 24 April, 387. Melalui pengalamannya, St.
Augustine telah menulis doa yang terkenal.
“Jiwaku hanya tenang bila beristirehat di dalam Tuhan.”
Kata-katanya ini kemudian menjadi pengaruh yang kuat ke atas kerohanian dan teologi Gereja Kristian.
Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi
dengan teman yang lain.
ò Bolehkah anda berkongsi pengalaman yang sama bagaimana Firman
Tuhan menerangi hidup anda dan memberikan anda harapan baru?
ò Kongsikan juga bagaimana anda membaca Alkitab dan mengongsikan
firman Tuhan kepada orang lain dalam kehidupan harian anda?
PENDALAMAN:
Teks Alkitab: Efesus 1:15-18
1. Memohon kepada Roh Kudus
(Terbuka untuk menerima kuasa dari Kristus dan diterangi oleh
Kristus…)
2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali
9
(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)
3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan
4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda?
(sila tuliskannya)
……………………………………………………………………………………………………………
5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?
(sila tuliskannya)
……………………………………………………………………………………………………………
6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5
TINDAKAN:
Sebagai individu, sebagai satu keluarga, satu komuniti dan satu
paroki, kita dipanggil untuk membaca, mengalami dan mengongsikan
sabda Tuhan yang menerangi kita.
ò Cadangkan cara yang praktikal
dan kreatif bagaimana kita
mampu mempraktikkan “hidup
yang menyelamatkan” dan
“hidup yang mengubah” yang
boleh menerangi dan mengubah kita untuk menjadi saksi
dan harapan yang efektif
kepada orang lain yang tinggal
berdekatan dengan kita.
10
Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa
penutup.
Lagu Penutup: FirmanMu Tuhan Pelita Hatiku
1. FirmanMu Tuhan pelita hidup,
Menerangi seluruh kehidupan
Terang bagi perjalanan ku
Korus: KuasaNya tiada tandingan
“Ia menyusuk amat dalam hidup,
Memisahkan jiwa dan roh”
2. FirmanMu Tuhan menyembuhkan,
Semua akan pulih dan kembali
Engkaulah harapan manusia
3. FirmanMu Tuhan menyelamatkan,
Tiada seorangpun akan tersesat
Dalam cintaMu akan s’lamat
11
MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN
Ogos 2017
: Ekaristi Menyuburkan Kita
Lagu Pembukaan: Imani Ekaristi
Mist’ri penyelamatanMu, Kami imani
Perjamuan kudus, kami rayakan
Mengenang pengorbananMu, Yang s’lamatkan kami
Bridge: Tubuh dan Darah Kristus
Menyatukan kami di dalamMu,
S’bagai gereja yang padu
Korus: Doa kami padamu Bapa,
Curahkan kuasa Roh Kudus
‘tuk teguhkan iman umatMu
Menyedari kehadiranMU, Dalam Ekaristi
DIALOG:
Renungan Tentang Seorang Guru Sekolah Katolik
“Saya bertemu dengan kawan saya di restoran, dan dia mempunyai sebotol wain di tangannya. Kami duduk dan mula bercakap tentang apa
yang berlaku dalam kehidupan kami. Sebaik sahaja makanan kami dihidangkan kami menikmatinya sambil mengongsikan apa yang benarbenar penting dalam kehidupan kami - tentang pencapaian, tentang
cinta, harapan dan aspirasi kami. Setelah selesai makan, kami beredar
pulang ke rumah masing-masing dengan penuh pengharapan dan semangat kerana merasa saling dikuatkan dalam perbualan dan perkongsian
akan realiti kehidupan yang kami lalui. Kemudian, saya mulai menyedari bahawa makan malam antara saya dengan kawan saya mempunyai persamaan dengan perayaan Ekaristi. Kita datang seperti apa
adanya kita, dengan segala kebimbangan dan ketakutan, serta kejayaan
dan kegagalan kita. Kita mendengar cerita dari orang-orang yang telah
berkongsi tentang keadaan mereka, dan yang telah mendapat kekuatan
12
baru dengan rahmat Allah. Dan kita juga berkongsi dalam Roti Kehidupan iaitu Tubuh dan Darah Yesus, yang membantu kita untuk
meneruskan kehidupan kita, dengan penuh semangat dan harapan.”
Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi
dengan teman yang lain.
ò Melalui pengalaman dari guru ini, apakah harapan anda setiap kali
mengambil bahagian dalam Perayaan Ekaristi?
PENDALAMAN:
Teks Alkitab: Lukas 24:13-33
1. Memohon kepada Roh Kudus
(Terbuka untuk diterangi oleh Kristus dan laksanakan penginjilan…)
2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali
(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)
3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan
4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda?
(sila tuliskannya)
……………………………………………………………………………………………………………
5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?
(sila tuliskannya)
……………………………………………………………………………………………………………
6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5
13
TINDAKAN:
Di tengah-tengah transformasi yang kita jalani dalam
menerima Ekaristi sebagai perubahan asas dalam cara
kita mendekati dunia. Ini bukanlah semata-mata hal
yang bersampingan dengan penerimaan kita terhadap
Ekaristi tetapi ia adalah yang terpenting di dalamnya.
Memetik kata-kata dari Paus Benedict dalam dokumen
pertamanya, Deus Caritas Est, yang bermaksud:
Misteri Ekaristi dengan itu menimbulkan pelayanan kebajikan kepada jiran, yang "terdiri dalam
fakta yang amat konkrit itu, dalam Allah dan dengan Allah, saya suka walaupun dengan orang yang
saya tidak sukai atau yang saya tidak kenali. Ini
hanya boleh berlaku dengan pertemuan yang
akrab atau intim dengan Tuhan, satu pertemuan
yang telah menjadi hubungan kehendak, yang
memberikan kesan juga pada perasaan saya. Kemudian saya belajar untuk melihat orang lain
tidak hanya dengan mata saya dan perasaan
saya, tetapi dari perspektif cara pandang Yesus
Kristus…" (# 88)
Bertindak dengan fikiran dan hati Kristus, individu itu
secara beransur-ansur menjadi agen pembaharuan Allah dalam masyarakat. Oleh itu, transformasi peribadi
dalam menerima Kristus dalam Ekaristi itu pada asasnya saling berkaitan dan membawa kepada perubahan
masyarakat; kehidupan individu yang diperbaharui dan
yang berorientasikan semula pada kehidupan.
Renungan perkongsian:
ò Dengan mengambil kira renungan Guru Katolik itu,
membaca Injil dan Dokumen Paus Benedict di atas,
bagaimana anda dapat melihat hubungan di antara
Ekaristi dan diri anda sebagai tanda harapan
kepada dunia?
14
Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa
penutup.
Lagu Penutup: Bersatu Dengan Tuhan Dalam Ekaristi
Kita s’bagai umat Kristus, T’rima makanlah tubuh-Nya
Yang menjadi korban kudus, Roti kehidupan kekal
T’rima minumlah darah-Nya, Darah perjanjian baru
Ditumpahkan bagi semua orang, Demi pengampunan dosa
Korus:
Kita berkumpul di atas nama-Nya,
Bersama berdoa menyembah, memuji
Mengenang-Nya dalam Ekaristi,
Bersatu kita dengan Tuhan
Bertaubat berdamai saling mengasihi,
Rendahkan hati saling mengampuni
Agar layak menerima-Nya, Dan bebas dari dosa
Syukur pada-Mu Tuhan, Atas cintakasih-Mu
Engkau santapan rohani, Sumber iman Gereja
Renung firman di Alkitab, Renung sekelilingmu
Apakah sumbanganmu, S’bagai umat Ekaristi
Salib lambang keseksaan, Namun jiwamu tak seksa
Berbahagialah umat, Yang percaya pasti selamat
15
16
Download