kita juga ingin tahu bagaimanakah budaya itu terjad

advertisement
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Bab 2
Dari Mana Budaya Melayu
Sebenarnya apabila kita memperkatakan tentang budaya bagi
sesuatu bangsa, kita juga ingin tahu bagaimanakah budaya itu
terjadi, dan apakah amalan-amalan dalam budaya itu.
Persoalan disini ialah, apakah budaya bangsa Melayu? Dari
manakah asalnya budaya Melayu ini?
Sejarah Nusantara telah dapat memaparkan budaya penduduk pribumi yang meliputi
seluruh kepulauan Melayu (Indonesia dan Filipina), Tanah Besar (Thailand, Burma, Indocina
termasuk Kamboja) dan Semenanjung Tanah Melayu. Kepercayaan dan budaya di seluruh
Tenggara Asia ini atau Nusantara ini dapat dilihat telah melalui tiga peringkat perkembangan
mengikut zaman-zaman yang telah dilalui oleh bangsa pribumi di Nusantara ini. Ia bermula
dari zaman Neolitik iaitu 2000-1500 tahun sebelum masihi dengan amalan animismanya,
kemudian diikuti oleh kedatangan pengaruh Hindu-Budha dan kemudian diikuti dengan
kedatangan Islam dan pengaruh penjajahan Barat yang beragama Nasrani.
Animisma
Penduduk di Nusantara termasuk di Semenanjung Tanah Melayu, budaya dan agama asal
mereka adalah “animisma”. Hidup mereka cukup primitif. Mereka yang tinggal di persisiran
pantai, hidup mereka agak tersusun dengan pertanian dan ternakan. Mereka juga pandai
belayar. Kepercayaan mereka kepada makhluk-makhluk halus dan roh-roh orang mati
merupakan suatu yang meluas. Ini diikuti dengan kepercayaan kepada roh-roh nenek moyang
dan kemudian berkembang kepada pemujaan dan penyembahan nenek moyang.1 Dalam the
History of South East Asia, D.G.E.Hall menjelaskan; Sejarah lampau Tanah Melayu
menunjukkan bahwa penghuni Semenanjung Tanah Melayu ini tinggal di persisiran pantai dan
juga di pendalaman. Ada yang mengerjakan sawah padi, menternak dan menggunakan logam
(walaupun sangat asas) dan mereka juga mahir dalam pelayaran. Dari segi kemasyarakatan,
mereka sangat memberi kepentingan kepada wanita dan keturunan. Agama mereka adalah
“animisma”; iaitu menyembah tok nenek, dan tuhan bumi. Tempat-tempat sembahan mereka
terletak di tanah-tanah tinggi. Apabila mati mereka dikuburkan di dalam pasu-pasu. Mereka
juga mempercayai kuasa-kuasa kosmologi; gunung dan laut; makhluk bersayap dengan
makhluk laut dan manusia bukit dengan manusia pantai.2 Kemudiannya mereka terbahgi
kepada bangsa-bangsa seperti Batak di Sumatra, Dyaks di Borneo, Alfus di Silibis dan Moluku
dan Melayu di persisiran pantai seperti di Sumatra, Java, Madura dan Bali. Di sebelah Utara
terdapat bangsa Champ di Annam, Khmer di Lembah Mekong dan Kambodia dan Melayu di
Semenanjung.3
1
2
3
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm. 27.
D.G.E.Hall, History of South East Asia, jlm.9.
Ibid, hlm.10
Ikan Busuk Dari Kepala
|1
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Kepercayaan kepada nenek moyang ini juga melibatkan kepercayaan kepada kuasa nenek
moyang dalam menghukum mereka yang telah melakukan kesalahan. Dipercayai pemujaan
nenek moyang ini bermula semenjak zaman Paleolitik lagi. Ini diketahui melalui penemuan
akiologi. Kepercayaan ini berkembang sampai kepada zaman Mesolitik, khususnya di
kalangan mereka yang mengerjakan pertanian. Roh orang mati dianggap sebagai pelindung
yang kuat dan dapat memberikan pertolongan dalam setiap perkara kepada keluarganya.
Mereka mencipta upacara-upacara memanggil roh4 nenek moyang pada waktu malam dan
yang menjalankan upacara ini adalah ketua-ketua keluarga. Lama kelamaan tugas ini
kemudiannya diberi kepada seseorang yang bertindak sebagai perantara, yang kononnya
memiliki sifat dan kebolehan yang khusus, yang digelar sebagai “dalang”. Dari amalan ini juga
timbulnya “dalang” di dalam pertunjukan wayang bagi masyarakat tradisional. Dikatakan ia
telahpun wujud semenjak zaman Neolitik lagi (iaitu antara 2000-1500 sebelum masihi).5
Juga sebagai warisan asli dari zaman yang awal ini, ialah peranan “bomoh” yang
merupakan suatu amalan yang terpenting di Asia Tenggara atau di Nusantara ini. Ia sering
dikenali dengan nama “bomoh”, “dukun” atau “pawang”. Ia juga merupa satu sistem perubatan
Melayu Asli yang berkait rapat dengan alam “supernatural” atau alam roh. Sistem ini
melibatkan penjelasan tentang sesuatu musibah atau penyakit termasuk cara mengubatinya
yang berkait rapat dengan alam roh atau “supernatural”. Ini termasuklah sebab-sebab
berlakunya penyakit; “pantang larang” yang umum atau yang khusus bagi setiap jantina (lelaki
dan perempuan); juga pantang larang bagi kanak-kanak. Antara pantang-larang ini adalah
menegur benda-benda yang ganjil, buang air besar atau kecil ditempat-tempat tertentu dan
sebagainya. Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit
juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua ini akan melibatkan peranan bomoh, dukun atau
pawang.
Peranan bomoh ini kemudiannya berkembang sehingga merupakan tokoh terpenting
dalam masyarakat Melayu tradisional, dan ia sentiasa dirujuk untuk menyelesaikan berbagai
masalah manusia. Kedudukannya bukan sahaja sebagai pemimpin yang disegani, tetapi dia
juga memainkan peranan sebagai pemimpin politik dan juga agama (kepercayaan), khususnya
kerana ilmu pengetahuannya mengenai alam roh. Tetapi ada juga bomoh yang mengamalkan
“ilmu hitam” atau “sihir”, seperti mengamalkan amalan “santau” atau “memukau”. Tugas bomoh
ini juga merupakan warisan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Tetapi
ada juga yang memperolehinya melalui ilham atau mimpi dan ada kalanya melalui pertapaan.
4
5
Di sini saya ingin menjelaskan sedikit tentang perkataan “roh”, kerana umat Melayu-Islam
hari ini telah tersalah erti perkataan ini. “Roh” adalah perkataan Arab ( ٌ‫ ( ;)ٌ َﺭ ْﻭﺡ‬madhi = ‫ﺭﺍﺡ‬
dan jama’ = ٌ‫) ﹶﺃ ْﺭﻭَﺍﺡ‬. Perkataan asalnya “Roh” apabila banyak dikatakan “arwah” ( ‫) ﺃﺭﻭﺍﺡ‬, iaitu
“roh-roh” atau “banyak roh”. Jadi apabila kita mengatakan “Majlis Kenduri Arwah” atau
“Tahlil Arwah” bererti “Majlis Kenduri Roh-roh” atau “Tahlil Roh-roh”. Ini adalah amalan
orang Melayu pada zaman animisma yang diteruskan sehingga hari ini. Tetapi ia ditambah
dengan bacaan “Yaasin” dan selawat maka dikatakan ia ajaran Islam. Padahal Nabi (saw)
tidak pernah melakukannya dan juga tiada seorang pun diantara para sahabat (rah) yang
melakukannya. Amalan ini berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur'an dan juga
sunnah Nabi (saw). Ia adalah kesinambungan kepercayaan “animisma” pada zaman Neolitik.
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm.28
Ikan Busuk Dari Kepala
|2
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Semua ini berkait rapat dengan agama primitif.6
Satu lagi aspek dalam kepercayaan Melayu Tradisional ini adalah cerita-cerita “dogeng”
atau “mitos”. Terdapat banyak kisah-kisah pendewaan terhadap benda-benda yang luar biasa
dan menakjubkan. Di Nusantara ini, mitos-mitos yang tersebar dan berkembang adalah
mengenai asal usul alam semesta, seperti asal usul manusia, binatang, tumbuhan dan
sebagainya. Antara cerita yang terkenal seperti kenapa ular sawa tidak berbisa; kenapa
harimau mempunyai belang; juga kenapa itik pandai berenang; buaya yang pada asalnya
dikatakan seorang nakhoda kapal tetapi telah ditusuk oleh isterinya dan berbagai kisah lagi.
Dalam kisah mengenai tumbuh-tumbuhan pula terdapat bagaimana puncanya tanaman padi
dan semangat padi. Dan dalam kejadian alam pula terdapat kisah-kisah berlakunya gempa
bumi; gerhana bulan dan gerhana matahari dan lain-lain.
Apabila diselidiki mitos-mitos ini semua, akan terdapat pula padanya peranan raksasa
seperti “gedembai” atau “kelembai” yang dapat meyumpah sesuatu sehingga menjadi batu,
penjelmaan atau perubahan rupa daripada manusia kepada binatang dan lain-lain. Walaupun
pada zaman kita ini, cerita-cerita ini semua kelihatan tidak saintifik dan dikira sebagai cerita
dogeng, tetapi pada masa dahulu ia merupakan kebenaran dan keyakinan masyarakat Melayu
Tradisional.7 Kisah-kisah seperti ini sebenarnya telah kekal di kalangan masyarakat Melayu walaupun kini masyarakat Melayu telah memasuki kurun ke-21, tetapi kita masih lagi
mendapati kisah-kisah ganjil yang masih mendapat perhatian di akhbar-akhbar Melayu hari ini.
Walaupun orang Melayu hari ini telah menerima agama Islam, tetapi kepercayaan kepada
alam roh dan terhadap kisah-kisah ganjil masih kuat pengaruhnya. Cuba kita lihat antara jampi
mentera yang diamalkan dalam kepercayaan “animisma” Melayu kuno dahulu;8
Hai hantu, hantu jembalang
datang di bukit balik ke bukit
datang di pusu balik ke pusu
datang di pohon balik ke pohon
datang di gunung balik ke gunung
sekarang kau pulang ke tempat asalmu
Begitulah kuatnya sesuatu budaya yang telah berakar-umbi dalam sesuatu masyarakat
sehingga ia sangat sukar dihapuskan, walaupun ia telah menerima suatu agama seperti Islam
yang sangat menentang “syirik”.
Pengaruh Hindu-Budha
Agama Hindu dipengaruhi oleh kefahaman Brahmanisma (Brahman) bersamaan dengan
bahasa Sanskritnya. Ia dibawa oleh bangsa Aryan disekitar 200 sebelum masihi di Lembah
Indus. Mereka inilah yang memperkenalkan ajaran Veda dengan karya-karya sasteranya. Ini
diikuti dengan zaman lepasan-Veda dengan kayra sasteranya seperti, Vedanga, Darshana,
6
7
8
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm. 30-32
Ibid, hlm. 35.
Ibid, 370
Ikan Busuk Dari Kepala
|3
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Purana, Upaveda, Agama, dan Itihasa.9 Kitab Itihasa ini mengandungi dua buah epik yang
terkenal, iaitu Ramayana dan Mahabharata. Juga terdapat kitab Bhagavad Gita. Ritual dalam
agama Hindu ini bercorak syirik (politisma) dan dikatakan dewa-dewa dalam agama Hindu
mencecah 330,000,000 dewa.10 Dan dewa-dewa ini disembah dalam bentuk patung. Selain
dari itu, monotisma dalam agama Hindu pula berasal dari Brahman.
Agama Budha pula terbahgi kepada dua aliran; Aliran Theravada dan Aliran Mahayana. Ia
bermula dengan Siddharta Guatama (dari kasta Ksyatriya) yang kemudiannya menjadi Budha.
Ia sebenarnya wujud dari golongan elit Brahmin dan ia juga mengikuti beberapa konsep
Brahminisma dengan beberapa pengubahsuaian. Ajaran asasnya ialah Dhamma.11 Agama ini
berkembang ke Burma dan Siam (Thailand). Tetapi agama Budha yang sampai ke Siam
datangnya dari negeri Cina melalui Laos, Khmer dan Cempa.
Walaupun di Utara Tanah Besar ini, agama Budha lebih berpengaruh tetapi lain pula di
bahgian selatan iaitu di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Jawa; agama Hindu yang
lebih berpengaruh. Mereka menyembah tiga dewa, iaitu Brahma, Vishnu dan Siva.12
Kemudian mereka berjaya mewujudkan kerajaan-kerajaan yang bersistem. seperti
Langkasuka, Sri Vijaya dan Majapahit. Kerajaan-kerajaan ini mula bertapak semenjak 600M
sehinggalah kebangkitan Kerajaan Melaka pada tahun 1400M. Pengaruh Hindu ini
berkembang ke Sumatera termasuk Padang, Jambi dan Palembang.
Pembinaan Candi dalam agama Hindu, berkait rapat dengan kematian dan boleh dikatakan
ia adalah makam atau kubur. Candi Borobodur yang dibina oleh raja-raja Sailendra
sebenarnya beragama Budha Mahayana. Pembinaan candi itu sendiri merupakan
kepercayaan yang berkaitan dengan kosmologi. Ada kisah menceritakan kononnya Pulau
Jawa itu tidak “stabil”, maka atas arahan Batara Guru dipotong bahgian atas Gunung Kosmos
(Mahameru) dari Jambu-dvipa (India) dan dibawa ke Jawa, barulah Pulau Jawa menjadi
stabil.13
Dalam agama Hindu, dikenali satu konsep yang dikatakan Dewaraja. Dewaraja adalah
gabungan agama Hindu dengan Budha. Dewa terdapat dalam ajaran Hindu tetapi tiada dalam
agama Budha. Dalam agama Budha wujud satu konsep yang dikatakan “avatar” (kelahiran
semula). Oleh itu orang yang baik bila mati akan dilahirkan sebagai raja yang suci dan
berkuasa. Dengan itu di Asia Tenggara, raja akan dipandang sebagai “avatar” (dewa) Siva
atau Vishnu. Begitulah Raja Jayavarman II (memerintah 770-834 Masihi) di Kemboja,
dianggap sebagai jelmaan Dewa Siva. Begitulah juga dengan Raja Airlangga dimakamkan
sebagai Batara Guru dan jelmaan Dewa Vishnu di atas Garuda. Dengan cara ini, rakyat
menjadi yakin bahwa raja mempunyai kesaktian yang luarbiasa dan dengan itu mempu
mempertahankan rakyatnya. Seterusnya akan wujudlah satu taat setia membuta tuli terhadap
raja yang kemudiannya mereka dianggap sebagai penaungan ke atas rakyat dan sesiapa yang
9
10
11
12
13
Ibid, hlm. 149
Ibid, hlm. 149
Ibid, hlm. 153-154.
Ibid, hlm. 166-167.
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm.173.
Ikan Busuk Dari Kepala
|4
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
menentang raja (penaung) adalah durhaka dan boleh membawa mudharat kepada rakyat.14
Sistem sosial dalam ajaran Hindu-Budha ini berdasarkan “kasta”. Pada asasnya manusia
dibahagikan kepada empat kasta: “Brahmin”, “Ksyatriya”, “Vaisya” dan “Sudra”. Dan Sudra
yang paling rendah ini ada lagi pembahgianya. Walaupun sistem kasta ini tidak wujud di Asia
Tenggara, tetapi semangatnya tetap ada. Antaranya ruang yang luas antara golongan
bawahan dengan elit/raja atau golongan istana. Di Bali pengamalan kasta ini lebih nyata
walaupun tidak sampai ke tahap seperti di India. Sistem ini mewujudkan diskriminasi dalam
menghukum pesalah-pesalah. Mereka yang dari kasta rendah akan dihukum lebih berat dan
boleh sampai ke tahap bunuh walaupun kesalahannya sangat kecil berbanding dengan
mereka yang kasta tinggi.
Nampaknya agama Hindu-Budha ini terbatas kepada kawasan istana sahaja. Ini kerana
kepercayaan penduduk tempatan yang merupakan golongan petani, mereka terus-menerus
dengan kepercayaan animisma mereka seperti yang telah disebut di atas. Dalam perdagangan
antara negeri-negeri seperti India, Arab dan Cina terdapat juga dagangan dalam bentuk
patung-patung dan kayu gaharu. Ini dapat dilihat dari hasil-hasil seni membuat patung dari
Bali.15 Walaupun demikian, apa yang telah dipegang dengan kuatnya oleh pihak istana, juga
turun kepada rakyat jelata. Hanya rakyat yang masih berkepercayaan animisma, mencampuradukkan kepercayaan dan amalan ritual Hindu-Budha dengan animisma mereka. Lalu
berlakulah penggabungan dan penyatuan kepercayaan dan berkembanglah amalan animisma
bersama agama Hindu-Budha.
Dalam penulisan sejarah oleh seorang pengembara Cina kurun ke-7, Liang-shu ada
menyebut “Lang-ya-hsiu” yang kononnya tertubuh pada kurun ke-2 di Semenanjung. Ini
dikenali sebagai “Langkasuka” dalam catatan Sejarah Melayu-Java.16 Hasil kajian ekskavasi di
dapati di Ceruk Tokun dekat Pulau Pinang, kesan-kesan tulisan sanskrit yang dijangkakan
pada kurun ke-4. Kemudian didapati pula di daerah Bukit Meriam di Kedah. Dijangka tempat
itu adalah tempat tinggal sami buddha. Dan di Kuala Selingsing di Perak pula terdapat sebuah
cokmar dengan nama “Sri Vishnuvarman”. Di Utara Seberang Perai, Pulau Pinang, terdapat
satu lagi sekeping slab terletak di atas stupa dengan tulisan ayat-ayat dari agama Buddha
yang digunakan sebagai doa untuk keluar belayar. Juga terdapat kesan-kesan dalam tulisan
“Pallava” yang menunjukkan bahwa “Mahayana-Buddha” telahpun wujud di Malaya pada masa
itu yang sudah pasti telah dibawa ke situ dari selatan India.17
Dalam Sejarah Liang, pada 515M, di catatkan bahwa Raja Langkasuka adalah bernama
Bhagadatta. Rakyatnya pula membiarkan rambut mererka terurai, pakaian tanpa lengan yang
dibuat dari benang kapas. Rajanya menunggang gajah dengan dipayung dan diiringi dengan
bunyi gendang dan bendera. Pengawalnya kelihatan sangat bengis.18 Catatan-catatan sejarah
ini menunjukkan keadaan pendudukan Tanah Melayu sebelum dan selepas didatangi oleh
agama Hindu dan kemudian Buddha. Mereka telah membentuk Kerajaan Langkasuka dan
14
15
16
17
18
hlm. 180.
hlm. 186.
Ibid, hlm.30
Ibid, hlm.36-37
Ibid, hlm.37.
Ikan Busuk Dari Kepala
|5
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
bertapak selama lebih 500 tahun.
Selain kesan Hindu-Buddha, catatan-catatan sejarah juga menunjukkan terdapat kesankesan pengaruh Parsi dalam kerajaan awal Khmer. Ini dibuktikan apabila Khmer menakluki
Funan, ia telah menukar namanya kepada Kamboja (nama ini seakan-akan nama sebuah
kapal Parsi bernama Kambojas). Sebuah patung kaum Sassanide19 yang dijumpai di Oc Eo
menunjukkan bahwa perhubungannya dengan Parsi sangat jelas. Walaupun kerajaan Khmer
ini jauh di Utara, tetapi pada zaman itu pengaruh sesuatu daerah akan sampai juga ke daerah
lain dengan mudah melalui perdagangan.
Kajian tentang negara-negara Islam sebelum kedatangan Islam sangat perlu dalam
Pengajian Islam supaya kita akan dapat memahami perkembangan dan “pengamalan” Islam di
negara-negara tersebut dengan lebih holistik. Dengan itu juga dapat membantu kita
memisahkan mana amalan yang berpunca dari Islam yang sebenar dan mana yang terhasil
dari campuran dan gabungan dengan budaya setempat yang bukan Islamik.
Kedatangan sesuatu “pengaruh baru” (seperti Hindu-Budha) tidak semestinya
menghapuskan amalan dan pengaruh yang sedia ada (amalan animisma). Kedatangan
pengaruh Hindu-Budha ini telah bercampur dengan kepercayaan animisma lalu terbentuklah
amalan yang baru. Ini dapatlah kita lihat kata-kata dalam jampi-mentera yang menggambarkan
pengaruh tersebut;20
Hai Om Kon
Hai Panah Arjuna
Panah di bumi, bumi tembus
Panah di langit, langit tembus
Panah di gunung, gunung runtuh
Panah di padang, padang terbakar
Panah di laut, laut kering
Panah hati perut (si anu)
Bawa mari kepada aku
Hampir seribu tahun penduduk Nusantara beragama Hindu-Buddha disamping berbagai
agama lain yang juga diamalkan oleh penduduk tempatan. Sebelum itu, mereka berpegang
kepada kepercayaan animisma. Maka dengan kedatangan agama Hindu-Budha lalu
bercampur dan diserapkan satu lagi pengaruh dalam budaya Melayu. Maka terdapatlah
amalan-amalan “animisma” bercampur dengan kepercayaan Hindu-Budha.
Perkembangan Islam Di Nusantara
Perhubungan antara negara Arab-Parsi dengan Kepulauan Melayu bermula semenjak
sebelum kelahiran Nabi Muhammad (saw) lagi. Khususnya wilayah selatan tanah Arab, iaitu
Yaman, Hadramaut dan Parsi. Mereka merupakan pedagang-pedagang yang belayar ke India
dan kepulauan Melayu. Perhubungan ini bermula semenjak 2000 tahun sbelum Masihi. Dan
19
20
Kerajaan Sassanid (Parsi) diwujudkan oleh Ardashir (226-241M). Beliau dipercayai adalah
keturunan dari Dewa Anahita. Empair Sassanid ini wujud antara 225-651M. Empair Sassanid
ini juga mempengaruhi Penduduk Nusantara dalam perdagangan mereka dengan daerah ini.
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm.372
Ikan Busuk Dari Kepala
|6
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
hasil dagangan ini dibawa oleh pedagang-pedagang Arab-Parsi ini sampai ke Rom. Dikatakan
bahan wangi-wangian dan kulit kayu manis dari Timur melalui Kepulauan Melayu ini digunakan
oleh Julius Ceaser dan Cleopetra. Boleh dikatakan Arab-Parsilah yang menguasai
perdagangan laut ini. Malah ada antara mereka yang sampai ke negeri Cina. Apabila Kerajaan
Yaman jatuh ke tangan Hasbsyah, tinggal hanya Parsi menguasai perdagangan ke India,
Nusantara dan Cina. Perhubungan Parsi dengan Nusantara dan Cina ini terus berkembang
kerana kedudukan Parsi yang berdekatan dengan Pakistan dan India. Dan perhubungan India
dengan Nusantara merupakan kesinambungan pengaruh Hindu-Budha yang telah berlalu
berkurun-kurun lamanya. Perdagangan mereka bukan sahaja melalui jalan laut tetapi juga
jalan darat – antaranya laluan sutera. Perhubungan Arab-Parsi dengan Nusantara dan Cina
bermula dengan mewujudkan perkampungan dan penempatan-penempatan di Gujerat India,
dan dari situ mereka teruskan ke Sumatera dan ke Kepulauan Melayu.
Pada ketika itu, orang Arab telahpun berjaya mewujudkan pertempatan-pertempatan di
sepanjang perjalanan perdagangan di antara Laut Merah dengan Cina. Setelah perkembangan
Islam, perdagangan ini masih berterusan dan masih dikuasai oleh Arab-Parsi. Jika dahulu
Arab-Parsi bukan Islam membawa bersama agama mereka, tetapi setelah kedatangan Islam,
mereka membawa bersama-sama mereka ajaran Islam pula. Semangat jihad juga telah
memberi dorongan yang baru kepada perlayaran mereka. Kedatangan Islam ke Nusantara ini
bermula dari peringkat persinggahan yang merupakan kesinambungan zaman sebelum Islam
diteruskan semasa Nabi Muhammad (saw) dan zaman Khalifah Ar-Rashidin.
Pada masa pemerintahan Muawiyyah, Kerajaan yang berkuasa di Nusantara ialah
Kerajaan Srivijaya dengan rajanya bernama Lokitavarman, sementara pada masa Umar bin
Abdul Aziz rajanya ialah Sri Indravarman yang kemudiannya dikhabarnya telah memeluk Islam
seperti yang tercatat pada suratnya kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 717M.21
Seperti sebelum ini, dalam persinggahan mereka, mereka juga bercampur-gaul dengan
penduduk-penduduk tempatan. Dari peringkat persinggahaan, ia kemudian diikuti dengan
peringkat mewujudkan penempatan-penempatan. Interaksi dengan penduduk tempatan telah
menyebabkan ada di antara pedagang-pedagang Arab-Islam yang berkahwin dengan rakyat
tempatan dan seterusnya mendidrikan penempatan tetap.
Perhubungan dengan Cina pula dikatakan telah sampai semenjak zaman Khalifah Uthman
bin Affan (644-656M). Contohnya terdapat bukti perhubungan diplomatik antara Kerajaan Tang
dengan Khalifah Uthman dalam tahun-tahun 651M(30H) dan 655M. Pada zaman Dinasti Tang
inilah dikatakan terbina sebuah masjid di Kanton (Guangzhou) yang diberi nama Masjid
Huaishengsi (bererti kerinduan kepada Nabi). Kononnya masjid ini dibina oleh seorang
sahabat yang telah sampai ke situ, iaitu Saad bin Abi Waqqas r.a.22
21
22
Keadaan ini berlansung sejak zaman Bani Umayyah (661-750M/41-132H) sehingga zaman
Bani Abbasiyyah (750-1258M/132-656H). Perkembangan Islam pada peringkat ini
mewujudkan penempatan para pedagang Arab-Islam di Nusantara khususnya di Sumatera
pada 674M/54H (iaitu semasa pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan - 661-680M/41-60H)
dan juga semasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720M/98-101H). Abdur Rahman
Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Utusan Publication, 2000, hlm.221
Abdur Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Utusan Publication, 2000,
hlm.220
Ikan Busuk Dari Kepala
|7
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Sehingga pada abad ke-8M, bilangan Arab-Islam telah cukup ramai khususnya di selatan
Cina hingga membolehkan mereka melanggar Kanton (758M/141H). Pada abad ke-9M,
terdapat kumpulan-kumpulan kecil kaum pedagang Islam tinggal di beberapa pelabuhan di
sepanjang perjalanan ke China. Pada abad ke-11, mereka dikatakan sudah beberapa lama
tinggal di Campa. Mereka mengahwini perempuan tempatan tapi mereka mengasingkan diri
dari orang-orang bukan Islam. Tapi di kepulauan Indonesia tidak ada didapati yang mereka itu
ada mendirikan penempatan-penempatan yang penting. Ini ialah kerana kebanyakan pulaupulau Indonesia termasuklah Jawa dan Pulau-pulau Rempah terletak jauh dari perjalanan
perdagangan, ke China.23
Pada tahun 1292M/691H keluarga Marco Polo dalam perjalanan mereka pulang dari China
telah melawat Sumatera. Ferlec, pelabuhan pertama yang mereka singgahi, adalah dikenali
sebagai Perlak. Mengikut cerita Marco begitu ramai pedagang-pedagang Islam datang ke
Perlak sehingga mereka telah mengislamkan penduduk-penduduk tempatan. Laporannya
adalah bukti yang tertua berkenaan aktiviti-aktiviti pengislaman di Asia Tenggara.
Ibn Batuta, yang singgah dua kali di Samudera semada dalam perjalanannya pergi dan
pulang dari China di antara tahun-tahun 1345M dan 1346M/747H, menceritakan yang Sultan
Samudera mengikut Mazhab Shafii, iaitu mazhab yang dipegang oleh semua penganutpenganut Islam di Indonesia dan Malaysia sekarang ini. Mengikutnya juga negeri-negeri di
sekeliling Samudera masih belum lagi memeluk agama Islam. Di seberang sungai bandar
Samudera difikirkan terletaknya bandar Pase yang disebut di dalam Sejarah Melayu sebagai
Pasai. Bandar ini dilawati oleh Diogo Lopes de Sequiera pada tahun 1509M.
Syiah Di Nusantara
Harus diingat bahwa walaupun Islam di Nusantara kini bermazhab Syafiyyah, tetapi pada
awalnya ia dipengaruhi oleh fahaman Syiah. Kedatangan Syiah ke Asia Tenggara bermula
semasa gabenor Bani Umayyah yang kejam, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (695-705M/76-86H)
berkuasa. Masa itu ramai golongan Syiah Alawiyyin ini telah melarikan diri dan ada yang
datang ke Nusantara dan mereka menuju ke Campa,24 kemudian ke pulauan Sulu, Sulawesi
dan Kalimantan.
Penghijrahan seterusnya pada tahun 744M/126H apabila tercetusnya pemberontakan
Syiah Alawiyyah di Parsi yang dipimpin oleh Abdullah bin Muawiyyah. Setelah dikalahkan oleh
tentera Marwan bin Muhammad (744-750M) mereka melarikan diri hingga ke Timur Jauh di
samping menetap di pinggir Laut Cina, iaitu Campa. Maka sebenarnya asal usul Islam di
Campa adalah dari pelarian golongan Syiah yang berlaku pada abad ke-8M.
Pada zaman Khalifah al-Makmum (813-833M/197-217H), sekali lagi berlakunya
pemberontakan Syiah yang dipimpin oleh Muhammad bin Jaafar al-Siddiq. Apabila tewas
dalam pemberontakan tersebut, mereka melarikan diri ke Timur menuju Sumatera. Hasilnya
mereka berjaya menubuhkan kerajaan Syiah di Perlak pada tahun 840M/225H.25
23
24
25
Ibid, hlm. 252
Yang merupakan penempatan awal orang-orang Parsi. Lihat hlm.6.
Abdur Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Utusan Publication, 2000,
Ikan Busuk Dari Kepala
|8
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Pada sekitar abad ke-9M dan ke-12M, golongan Syiah mencapai kekuatan politik di Timur
Tengah, lalu kedatangan mereka ke Asia Tenggara bertukar corak dari pelarian kepada politik.
lalu Mereka menyebarkan dakwah Syiah di dunia Islam khususnya di Nusantara. Fahaman
Syiah yang diperkenalkan adalah Syiah Ismailiyyah yang memerintah Kerajaan Fatimiyyah di
Mesir antara 909-1171M/296-566H. Pada abad ke-10M pula berlaku penghijrahan kaum
Muslimin Parsi ke Nusantara seperti antaranya keluarga Lor (dari wilayah Lor di Parsi) ke Jawa
Timur. Mereka mendirikan perkampungan Lorin di Gresik dan keluarga Jawani di Pasai dan
keluarga Syiah di Sumatera Timur. Maka boleh dikatakan bahwa sepanjang abad ke-11M dan
ke-12M, Indonesia dan Nusantara dipengaruhi oleh aliran Syiah. Ini bererti, sebelum
kedatangan mazhab Sunnah, yang dominan di Nusantara ini adalah mazhab Syi'ah dan ia
telah mempengaruhi masyarakat dan kerajaan Islam di Nusantara ini.26
--Pada tahun 878M/264H, berlakunya pemberontakan oleh Hwang Chao di Canton yang
menyebabkan hampir 100,000 orang asing (kebanyakannya Arab-Islam) terbunuh. Ramai
yang melarikan diri ke Semenanjung khususnya ke Kedah. Dan pada akhir zaman Dinasti
Tang, sekali lagi berlakunya pemberontakan yang dipimpin oleh Tien Sheng Kong di wilayah
Yang Chow, dan lebih 5000 rakyat asing terbunuh. Mereka yang terselamat meninggalkan
Cina dan berhijrah ke Nusantara. Selain dari Cina terdapat juga penghijrahan golongan Syiah
Alawiyyah dari Cempa ke Pulauan Melayu termasuk Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Semua
ini terdapat pada batu-batu nisan di mana terdapatnya kubur-kubur orang Islam.27
Budaya Penyerapan Berterusan
Budaya penduduk setempat yang seringkali menyerap dan menggabungkan amalanamalan mereka yang dahulu dengan yang terkemudian, diteruskan pula dengan menyerap
Islam mazhab Syiah dalam budaya dan adat mereka. Amalan Syi'ah yang penuh dengan ritual
(khususnya yang berkaitan dengan kematian), sangat rapat dan sesuai dengan budaya dan
adat penduduk setempat dalam ritual-ritual memuja tok-tok nenek dahulu. Maka kita dapati
amalan mendirikan kuburan, membesarkan orang alim dan wali-wali yang sudah mati serta
memperingati hari kematian atau “hari haul” diterima dan diamalkan dengan penuh ketaatan
sebagai ajaran Islam. Begitulah juga dengan bacaan-bacaan seperti Berzanji merupakan
kesinambungan jampi-mentera atau nyanyian-nyanyian yang pernah diamalkan oleh tok-tok
nenek mereka dahulu; tetapi kini ia berubah wajah dengan memasukkan “Bissmillah. . . “ dan
“selawat kepada Nabi (saw)” dengan bahasa Arab/Parsinya.
Dalam jampi mentera juga dapat kesan-kesan Syiah ini;
Poo kanan, Poo kiri
26
27
hlm.222
Abdur Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Utusan Publication, 2000,
hlm.222.
Ibid, hlm.224
Ikan Busuk Dari Kepala
|9
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Berkat doa Saidina Ali.
Atau campuran amalan animisma, Hindu-Budha dan Islam, seperti;28
Bismillahirramannirrahim
Hai panah Ranjuna
aku panah gunung, gunung runtuh
aku panah laut, laut kering
aku panah batu, batu tembus
aku panah matahari, matahari tembus
bukan aku yang panah
Sang Betara Guru yang panah
sah sidi pengajaran guruku
sidi kepada aku
dengan berkat doa
Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah
Jampi-jampi seperti ini masih di amalkan di kalangan umat Melayu-Islam hari ini dan
mereka mengatakan ia agama kerana terdapat ucapan Bismillah . . . dan sebutan Sahahadah.
Apabila kemudiannya mazhab Syafiyyah menjadi dominan di Nusantara ini, amalan-amalan
Syi'ah ini tetap diteruskan sebagai amalan agama yang tidak boleh ditinggalkan, jauh sekali
ditentang.
Perkembangan Islam di Semenanjung
Berkenaan Semenanjung Tanah Melayu pula dokumen Islam yang paling awal ialah
sebuah prasasti di Trengganu yang tarikhnya amat kabur. Tarikh itu diagakkan di antara tahun
1303M/702H dengan tahun 1387M/789H. Blagden, seorang sarjana yang dihormati,
berpendapat tarikh prasasti itu ialah tahun 1303. Batu itu boleh jadi menandakan sempadan di
antara daerah Islam dengan daerah yang bukan Islam dan kata-katanya menunjukkan yang
ugama baru itu belum diterima oleh orang tempatan. Mengikut Nagarakertagama yang ditulis
pada tahun 1365M itu mengatakan daerah ini adalah sebuah jajahan Majapahit. Sebenarnya
tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Islam telah merebak ke Semenanjung Tanah
Melayu sebelum abad kelima belas Masihi.
Kebangkitan Melakalah yang memberi dorongan kepada pengislaman Semenanjung
Tanah Melayu. Ahli-ahli Sejarah tidak sependapat tentang tarikh pembukaan bandar itu
(Melaka). Setengahnya berpendapat bahwa Melaka dibuka sebelum tahun 1400M/802H,
Marco Polo yang belayar melalui Selat Melaka pada tahun 1292M/691H tidak ada menyebut
tentangnya; begitu juga Odoric dari Pordenone yang melalui jalan yang sama pada tahun
1323M/723H; Ibn Batuta pada tahun 1345-6; dan Prapanca yang mengarang
Nagarakertagama pada tahun 1365M/766H.29
Pembuka bandar Melaka itu yang namanya bermakna “Suami Permaisuri” adalah suami
kepada seorang putri Majapahit. Mengikut sejarah lisan Sumatera, dia adalah seorang putra
28
29
Ibid, hlm.372
D.G.E.Hall, Sejarah Asia Tenggara, hlm. 253-255
Ikan Busuk Dari Kepala
| 10
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
raja Sailendra dari Palembang. Semasa berlakunya peperangan pemisahan di antara Virabumi
dari Jawa Timur dengan Raja Vikramavarddhana dari Majapahit pada tahun 1401 dia
melarikan diri ke Tumasik (Singapura) yang pada masa itu di bawah seorang pembesar yang
mempunyai taat setia kepada Siam. Parameswara membunuh pembesar itu dan merampas
bandar Tumasik. Pada tahun 1402 dia dihalau keluar oleh Raja Pahang atau Petani yang juga
taat setia kepada Siam dan mengikut satu catatan adalah adik beradik dengan pembesar yang
dibunuh oleh Parameswara itu. Selepas mengembara beberapa lama dia menetap di Melaka
yang pada masa itu adalah sebuah kampung yang kecil dan didiami oleh lanun-lanun dan
nelayan-nelayan. Nama yang serupa terdapat dalam satu sumber Siam kira-kira pada tahun
1360. Tome Pires yang berada di Melaka dari tahun 1512 hingga 1515 dalam bukunya Suma
Oriental yang baru dijumpai pada tahun 1937 menceritakan dengan panjang lebarnya
mengenai Melaka yang tidak terdapat dalam sumber-sumber lain. Dia mengatakan
Parameswara sampai ke Melaka kira-kira pada tahun 1400. Anak lelaki D'Albuquerque yang
menulis Commentarisnya pada tahun 1557 juga menceritakan cerita yang sama. Begitu juga
halnya de Barros dalam bukunya Decada II, tapi mengikutnya pembukaan Melaka berlaku 250
tahun sebelum kedatangan Portugis.30
Dengan dibantu oleh lanun-lanun dan dengan pertolongan orang Melayu yang datang dari
Palembang untuk menyertainya, Parameswara dapat dengan cepatnya mendirikan
penempatan yang besar. Pada mulanya ia menjadi pasar barang-barang rampasan, iaitu
sebagai pusat lanun. Selepas itu dengan memaksa semua kapal-kapal yang melalui Selat
Melaka supaya singgah berlabuh untuk mendapatkan surat-surat kebenaran. Melaka
berkembang dengan merugikan Samudera dan Singapura. Siam dan Majapahit kedua-duanya
mendakwa mempunyai kuasa ke atas Semenanjung Tanah Melayu tetapi cuma Siam sahaja
yang dapat memaksakan kuasanya. Oleh itu apabila pada tahun 1403 Melaka dilawati oleh
seorang utusan dari China, seorang sida yang bernama Yin-King, Parameswara mengambil
peluang ini untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Maharaja Ming dan pertolongan untuk
menentang Siam.
Pada tahun 1405 dia menghantar satu utusan ke China dan dengan ini dia mendapat
pengiktirafan dengan segera. Dasar dinasti Ming sebagaimana yang kita ketahui ialah
bertujuan untuk memulihkan kembali kuasa China ke atas negeri-negeri di Asia Tenggara.
Duta-duta China dihantar ke tiap-tiap pelabuhan untuk menerangkan dasar China dan mereka
ini dituruti oleh satu angkatan laut untuk memaksa negeri-negeri yang menentang dasar itu.
Utusan yang sampai di Melaka pada tahun 1403 itu dihantar oleh Maharaja Ming yang ketiga
bernama Cheng-tsu (Yung-lo). Utusan inilah yang dihantar ke Jawa dan mendapati dua orang
raja memerintah di sana. Utusan ini diikuti oleh sebuah angkatan perang tentera laut di bawah
pimpinan Cheng Ho yang perlayarannya bermula pada tahun 1405. Parameswara memelihara
perhubungan serapat yang baik dengan China. Pada tahun 1409 Cheng Ho melawat Melaka
dan pada tahun 1411 Parameswara membalas lawatan ini dengan dia sendiri pergi ke China
untuk memberi penghormatan kepada Maharaja China.
Pada tahun 1414 anak Parameswara bernama Mohammed Iskandar Shah pergi ke China
30
Ibid, hlm. 256
Ikan Busuk Dari Kepala
| 11
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
untuk memberitahu tentang kematian bapanya. Ini kelihatan seolah-olah seperti satu
kesilapan, yang mengikut Sir Richard Winstedt adalah disebabkan orang China tidak
mengetahui bahwa Parameswara sudah memeluk agama Islam dan menukar namanya
kepada Megat Iskandar Shah. Pengislamannya adalah hasil daripada perkahwinannya dengan
seorang anak perempuan Sultan Pasai, yang baru sahaja memeluk Islam. Parameswara
melawat China sekali lagi pada tahun 1419 untuk meminta pertolongan melawan Siam.31
Angkatan tentera Melaka terdiri dari orang Jawa, dan kebanyakan tukang-tukang kapalnya
juga dari orang Jawa. Terdapat keluarga-keluarga bangsawan Jawa yang terkenal yang
menjalankan perdagangan antara Indonesia Timur dengan Melaka dengan wakil mereka di
Melaka. Seorang putra pedagang Jawa dikatakan mempunyai angkatan tentera sendiri yang
terdiri daripada 6,000 orang hamba abdi. Dengan jalan inilah Islam diperkenalkan di kawasankawasan pantai Jawa. Jawa pada masa itu sedang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan
dari empayar Majapahit yang sedang merosot itu. Mereka membina kekuatan untuk
menentang kekuasaan pusat yang beragama Hindu—Budha itu. Mengikut Tome Pires putraputra pedagang itu bukanlah orang Jawa jati tapi adalah berketurunan daripada orang China,
Parsi dan Tamil yang telah menetap di Jawa lebih kurang tujuh puluh tahun dahulu.
Ahli-ahli sosioloji menganggap unsur-unsur kebudayaan Jawa hari ini sebagai hasil proses
evolusi yang terus-menerus. Berg menggulungkan pendapat ahli-ahli sosioloji ini dengan
menafikan bahawa Jawa pernah diIslamkan: apa yang sebenarnya berlaku ialah kebudayaan
Jawa menyerap unsur-unsur kebudayaan Islam sebagaimana dahulunya ia telah menyerap
unsur-unsur kebudayaan Hindu dan Budha dan kemudiannya pula unsur-unsur tamaddun
Eropah. Ini bererti orang Melayu telah menerima Islam dan menyerapnya dengan budaya
mereka yang sedia ada (iaitu kepercayaan animisma, agama Hindu dan Buddha). Perkara ini
bukanlah suatu yang luar biasa kerana keadaan yang serupa juga berlaku di Timur Tengah
apabila Islam berkembang dan meliputi daerah-daerah luar Mekkah dan Madinah seperti Turki,
Mesir, India, Parsi dan lain-lain. Penduduk-penduduk setempat telahpun mempunyai budaya
dan adat mereka tersendiri lalu dengan kedatangan Islam, mereka hanya menyerap amalan
Islam dengan budaya dan adat setempat. Dengan cara inilah banyak berlakunya amalan
bid’ah dan kurafat dari kalangan umat Islam.
Perkembangan Islam dari segi politik adalah sangat perlahan. Dr. H. J. de Graaf
menggambarkan empayar Majapahit beransur-ansur pecah kerana negeri-negeri takluknya
telah memeluk agama Islam dan mengistiharkan kemerdekaan mereka. Raja Demak, dengan
mengepalai satu perikatan ketua-ketua Islam di kawasan-kawasan pesisir Jawa - boleh jadi
pada tahun 1514 telah musnahkan empair Majapahit.
Pada tahun 1597 kebanyakan kawasan-kawasan perdalaman masih lagi “kafir”. Di Jawa
Timur negeri yang beragama Hindu-Budha mengekalkan kemerdekaannya hingga tahun 1614.
Balambangan yang terletak di bahagian paling timur Pulau Jawa dengan jayanya dapat
menentang peperangan jihad yang dilancarkan terhadapnya oleh Sultan Agung dari Mataram
31
Ibid, hlm. 257-8
Ikan Busuk Dari Kepala
| 12
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
pada tahun 1639, dan, akhirnya hanya memeluk agama Islam lewat pada abad ke-18. Negeri
kafir Pajajaran di Jawa Barat dengan ibukotanya di Pakuan dekat Bogor sekarang tetap kekal
sehingga tahun-tahun 1570an, walaupun jalan lautnya telah terpotong dengan tertawannya
pelabuhan Sunda Kalapa oleh Bantam yang beragama Islam, setengah abad terdahulu
daripada ini. la jatuh bila Penambahan Yusup, Sultan Bantam Kedua, menawan Pakuan. Apa
yang kita lihat pada masa itu ialah pada hakikatnya beberapa perubahan politik yang berlaku
dalam jangka waktu yang panjang; dan seperti yang ditekankan oleh Van Leur, apa yang
berlaku adalah terutamanya peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja dan kaum aristokrat.
Pengislaman secara besar-besaran tidak mungkin berlaku kerana pada waktu itu usaha
mubaligh-mubaligh Islam tidak ditujukan kepada rakyat jelata.32
Seperti yang telah dijelaskan di atas, orang-orang Arab yang datang ke Pulauan Melayu ini
untuk berdagang walaupun pada awalnya tidak beragama Islam. Tetapi setelah kedatangan
Islam, terdapat pedagang-pedagang Arab Islam yang datang pada tahun 9H. Ini bererti
semasa Nabi Muhammad salallahu alaihi wassallam masih hidup, orang Arab-Islam telahpun
sampai ke Pulauan Melayu dalam perjalanan perdagangan mereka ke Cina. Sebenarnya Cina
menerima Islam lebih dahulu dari Tanah Melayu yang pada ketika itu masih berada dalam
amalan animisma dan Hindu-Budha.
Berikut ini ringkasan sejarah tersebut;

Ada tanda-tanda penduduk setempat telah menerima Islam seperti yang dilaporkan
oleh Ibn Batuta, yang singgah dua kali di Samudera dalam perjalanannya pergi dan
pulang dari Cina di antara tahun-tahun 1345 dan 1346, menceritakan yang Sultan
Samudera mengikut Mazhab Shafii. Tetapi perkembangan Islam secara besarbesaran hanya berlaku setelah Parameswara, Sultan Melaka memeluk Islam pada
tahun 1411M.

Walaupun Melaka merupakan pusat penyebaran Islam, tetapi Islam yang diamalkan
itu masih lemah. Antaranya dicerita bahwa “Sultan Mahmud sendiri hanya boneka
saja. Mengikut sumber Portugis, dia adalah seorang penghisap candu. Minatnya
yang utama adalah terhadap agama dan mistik”. Ini menunjukkan bahwa Islam
yang sampai ke Tanah Melayu ini telah bercampur-aduk. Ia bukan lagi agama yang
suci dari kurafat dan bid’ah.

Satu perubahan besar dalam kebudayaan Jawa melalui penggantian kebudayaan
Hindu-Jawa dengan kebudayaan Islam. Tetapi terdapat pembesar-pembesar yang
menentang perkembangan Islam ini di seluruh Indonesia – antaranya Pulau Bali
sehingga hari ini masih beragama Hindu.

Pada umumnya sarjana-sarjana sejarah bersetuju bahawa pedagang-pedaganglah
yang merupakan mubaligh-mubaligh Islam yang terpenting. Dan setelah negerinegeri itu memeluk Islam, pedagang-pedagang inilah yang memengang jawatanjawatan penting seperti Syahbandar. Golongan ini memperkenalkan intelek dan
32
ibid, hlm. 264-5
Ikan Busuk Dari Kepala
| 13
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
ulama-ulama Islam untuk memperkuatkan lagi pegangan raja-raja itu dan untuk
menubuhkan pusat-pusat penyebaran agama Islam.

Istana-istana menjadi pusat pengajian Islam dan mengeluarkan banyak juga hasilhasil sastera yang sebahagian besarnya masih lagi terdapat pada hari ini.

Pusat-pusat tempatan bagi wali-wali ditubuhkan guna menentang pengaruh
pertapaan yang sejak beberapa abad merupakan guru dan kawan kepada rakyat
jelata. Amalan ini jelas merupakan amalan Budha. Tetapi nampaknya dengan
penubuhan tempat-tempat untuk wali-wali ini adalah merupakan kesinambungan
dari ajaran Buddha. Iaitu dari pertapaan oleh sami-sami Buddha kepada pertapaan
oleh wali-wali Islam. Pemerintah Islam pada ketika ini tidak memberi penegasan
kepada larangan-larangan Nabi (saw), khususnya terhadap menyerupai kaum kafir
dalam bentuk beribadah. Kepentingan terhadap Tawhid tidak diberi penekanan. Dan
budaya ini diteruskan sebagai budaya Melayu.
Asimilasi Amalan
Seperti yang tercatat di atas, sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha, penduduk
Tanah Melayu beragama “Animisma”. Kedatangan Hindu dan Buddha ini sangat mudah
diterima oleh penduduk setempat yang mengamalkan animisma, kerana ajaran Hindu dan
Buddha ini tidak begitu jauh dari apa yang mereka sedang amalkan dalam ritual-ritual
animisma. Oleh itu berlakulah asimilasi amalan penduduk setempat dengan agama baru itu
Ritual-ritual dalam agama Hindu dan Buddha yang lebih sistematik dari animisma akhirnya
dapat mempengaruhi budaya hidup penduduk setempat. Ini tidak bererti amalan animisma
yang mereka telah amalkan begitu lama, dibuang atau ditinggalkan. Kerapkali kedua-dua ritual
ini berjalan seiringan dan kadang-kadang ia bergabung dalam satu amalan. Begitu juaglah
apabila Islam datang. Amalan-amalan syirik dan kurafat (dalam agama Hindu-Budha dan
animisma) ini tidak terus dihapuskan, tetapi diadoptasikan dengan diberi roh keislaman seperti
memasukkan doa-doa dalam bahasa Arab yang kadang-kadang merupakan seruan-seruan
yang berunsur “syirik”.
Pada masa yang sama, rakyat jelata bukan kesemuanya memeluk agama Islam, dan
mereka yang beragama Islam pula, masih mengamalkan budaya tok-tok nenek mereka yang
masih terikat kuat dengan “animisma” dan “penyembahan berhala”; Inilah apa yang dikatakan
berlakunya “asimilasi budaya”. Amalan seperti inilah apabila dibiarkan berterusan,
kemudiannya menjadi “amalan tok-tok nenek” - yang ulama kita pada hari ini sangat bangga
dengan kata-kata “Islam Nusantara” dalam mengamalkan “budaya kita?”. Semasa Marco Polo
sampai di sebuah negara di Pantai Barat Sumatera bernama Fansur iaitu Baros
sekarang. Catatannya menyebut ada raja dan penduduknya menyembah berhala. Dari
Fansur ini ia terus belayar menuju ke India menerusi Kepulauan Nicobar.
Patut diingati bahawa Marco Polo tidak bermaksud membuat kajian tentang agama
Islam di kawasan-kawasan itu, ia hanya memberikan keterangan dari -pandangan
sepintas lalunya. Apa yang dianggap oleh Marco Polo sebagai penyembah-penyembah
berhala itu, sebahagiannya mungkin orang-orang Islam yang masih berada dalam zaman
Ikan Busuk Dari Kepala
| 14
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
transisi kebudayaan. Meskipun mereka telah memeluk Islam, warisan kebudayaan asal
mereka masih wujud dengan banyaknya Mereka masih membuat patung-patung, tetapi
telah berubah fungsinya. Patung-patung itu tidak disembah atau dipuja, malah dijadikan
lambang-lambang untuk memahami ilmu ketuhanan. Barangkali melihatkan wujudnya
patung-patung ini, Marco Polo menggambarkan mereka sebagai penyembah-penyembah
berhala. Pada tempat yang tiada begitu ketara patung-patung itu dan secara kebetulan
dilihatnya orang-orang bersembahyang menurut cara Islam umpamanya, Marco Polo
menggambarkan mereka sebagai pemeluk-pemeluk Islam seperti yang dilihatnya di Parlak.33
Islam Di Pulau Sulu
Sejak permulaan abad ini, Islam mulai sampai di Kepulauan Filipina. Di Pulau Sulu
terdapat makam seorang Islam bernama Tuhan Maqbalu (Tuan Maqbalu) yang meninggal
dalam tahun 1310M/710H. Kira-kira dalam tahun 1380M seorang yang datang dari
Semenanjung bernama Sharif Karim Al-Makhdum telah berjaya mengislamkan ramai
penduduk Bwansa, ibukota pulau Sulu. Sepuluh tahun kemudian, kira-kira dalam tahun 1390M
datang seorang yang berasal dari Minangkabau bergelar Raja Baginda di ibukota Sulu itu,
kemudian ia diangkat menjadi raja. Seperti yang telah dicatatkan di atas, kepulauan Sulu,
Sulawesi dan Kalimantan juga telah dibanjiri oleh Islam Syiah.
Dalam abad ke-15M ini, datang pula suatu gelombang penyiar Islam ke Filipina. Pada
tahun 1450M tiba di Pulau Sulu seorang penyiar Islam bernama Syarif Abu Bakar. la telah
menyebarkan Islam di Melaka, Palembang dan Brunei sebelum sampai di Sulu. Di Bwansa,
ibu kota Sulu ia mendirikan masjid dan sekolah untuk melatih pendakwah-pendakwah Islam
yang akan membantunya meneruskan penyebaran Islam ke pulau-pulau lain. Kerana jasanya
ini dia dikahwinkan oleh Raja Baginda dengan puterinya. Setelah Raja Baginda mangkat, ia
diangkat menjadi Raja Sulu. la meninggal dalam tahun 1480M.34
Bahasa Parsi
Satu aspek yang umat Islam di Malaysia tidak sedar adalah kesan bahasa dan budaya
Parsi ke atas amalan dan budaya Melayu-Islam. Bahasa Parsi merupakan bahasa kedua
selepas Arab yang berkembang dan mempengaruhi kawasan seluruh Iraq, Syria, Pakistan,
Afghanistan, Tajikistan. Malah buat selama seribu tahun ia merupakan bahasa rasmi di Asia.
Di Cina tafsir al-Quran ditulis dalam bahasa Parsi. Di Albania sebelum kemasukan pengaruh
komunis, buku-buku dalam bahasa Parsi masih dicetak. Ilmu bahasa Parsi telah membantu
mengembangkan budaya dan sejarah Hindu dan Islam di sebelah Asia dan kemudian diikuti
dengan perkembangan pemikiran Islam.35
Catatan tersebut menunjukkan bahwa pengaruh Parsi di Nusantara sememangnya
33
34
35
Buku Cenderamata Pamiran Hasil Sumbangan Islam, hlm.21, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan, 1980, hlm.24.
Ibid, hlm.25.
Muslims and Islamization in North America: Problems & Prospects, Amana Publications and
A.S. Noordeen, Kuala Lumpur, 1999. p.262.
Ikan Busuk Dari Kepala
| 15
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
berkesan sehingga hari ini. Kemungkinan besarnya pegaruh ini telah meresap ke dalam
budaya Melayu sebelum kedatangan Islam lagi. Setelah kedatangan Islam yang juga datang
dari India dan Hadramaut, yang juga menerima pengaruh Parsi, maka tidak hairanlah ia akan
mengukuhkan amalan Syiah sebelum kedatangan aliran Sunni yang bermazhab Syafii. Pada
peringkat awalnya penduduk setempat menerima Islam bersamaan dengan pengaruh
pembawanya. Penduduk setempat yang pernah menerima agama Hindu-Budha tanpa
persoalan, tidaklah merasai pelik menerima pula Islam (Syiah) sebagai Islam yang tulin tanpa
persoalan.
Perkembangan Di Timur Tengah
Kita tidak dapat menafikan fakta sejarah yang mencatatkan perkembangan-perkembangan
dalam kerajaan-kerajaan yang telah wujud setelah kewafatan Nabi Muhammad (saw) dan
setelah tamatnya zaman Khulafa Ar-Rashidin. Ia bermula dengan Kerajaan Umaiyyah diikuti
dengan Kerajaan Abbasiyah dan diakhiri dengan Kerajaan Othmaniyah. Termasuk banyak lagi
kerajaan dalam kerajaan yang wujud seperti – Kerajaan Rustamid, Kerajaan Fatimiyyah
(Mesir), Kerajaan Seljuk, Kerajaan Ayubid, Sassanid dan lain-lain. Kemudian diikuti dengan
penjajahan Eropah - British, Perancis dan Rusia melalui tipu helah mereka (seperti yang
berlaku dalam perjanjian Hussein-McMahon [1915-16] dan Perjanjian Syke-Picot [1915])36
telah memecahkan wilayah Islam kepada wilayah-wilayah kecil dengan penguasa masingmasing. Seterusnya apabila Perhimpunan Agong Kebangsaan Turki membubarkan Kerajaan
Othmaniyyah pada 3 Mac 1924, Sharif Hussein, yang menguasai Mekkah, mengistiharkan
dirinya sebagai Khalifah (Jawatan yang dia cita-cita begitu lama). Tidak lama selepas itu
Mekkah telah jatuh ke tangan Ibnu Saud. Akhirnya wujudlah negeri-negeri Jordan, Syria, Iraq,
Arab Saudi, Palestine dan lain-lain.
Budaya Setempat
Perkembangan Islam ke seluruh wilayah Timur Tengah, Afrika Utara, Parsi, India dan
Daerah Balkan, sehinggalah ke Pulauan Melayu dan Cina, sudah pasti akan menerima
pengaruh dan akibat dari apa yang berlakunya di Timur Tengah. Perkembangan dan
perluasan daerah Islam sehingga meliputi kaum-kaum yang bukan Arab menyebabkan
berlakunya asimilasi budaya setempat sebelum kedatangan Islam dengan Islam yang baru
datang. Ketulinan Islam semasa (300 tahun pertama) wujudnya di tanah Arab, diterima oleh
orang-orang Arab dalam bahasa mereka sendiri, kemudiannya berkembang ke daerah-daerah
bukan Arab. Islam yang diterima oleh penduduk-penduduk dari luar tanah Arab, sudah pasti
36
Perutusan Hussein-McMahon merupakan rangkaian surat-menyurat antara Syariff
Hussein bin Ali Penguasa Mekkah dengan Komisioner British di Mesir yang bernama Sir
Henry McMahon. Persetujuan ini terkandung dalam surat-surat yang diutus antara mereka
berdua di antara 14 Julai 1915 sehingga 30 Januari 1916. Gambaran yang diberikan melalui
perutusan itu kepada Syarif Hussein adalah beliau akan berkuasa ke atas wilayah Arab
sekiranya beliau membantu menjatuhan Kerajaan Othmaniyah.
Perjanjian Syke-Picot (16 Mei 1916) adalah satu perjanjian sulit antara British dengan
Perancis dan juga Rusia dalam menentukan kawasan yang mereka akan kuasai setelah
kejatuhan Kerajaan Othmaniyah. Perjanjian Syke-Picot (Sir Mark Syke dari Britain dan
Francios Georges-Picot dari Perancis) ini bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui
dalam perutusan Hussein-McMahon. Syarif Hussein telah ditipu oleh British.
Perjanjian Balfour 1917 juga merupakan pengkianatan British terhadap Arab.
Ikan Busuk Dari Kepala
| 16
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
akan berlaku asimilasi budaya-budaya hidup setempat dengan Islam.. Walaupun ahli-ahlinya
memeluk Islam, tetapi pengaruh dan budaya “tok-tok nenek” tetap kekal. Hanya bentuk-bentuk
penyembahan yang sangat ketara seperti penyembahan berhala ditinggalkan tetapi amalanamalan lain yang diubahsuai dalam bentuk-bentuk penyembahan wali-wali, tok-tok nenek
masih di teruskan. Budaya-budaya dalam perkahwinan, perayaan-perayaan asli mereka tetap
mereka teruskan tetapi dengan pengubahsuaian supaya memasukan unsur-unsur Islam tetapi
masih ada yang amalan-amalan dan ritual-ritual lama yang dikekalkan dalam bentuk
keasliannya.
Politik
Kerajaan-kerajaan yang wujud pula bukannya atas dasar Islam tetapi atas dasar
perkauman dan kepuakan. Maka dengan itu kita dapati wujud pula kerajaan dalam kerajaan.
Walaupun pada umumnya terdapat tiga kerajaan besar, Kerajaan Umaiyyah, kerajaan
Abbasiyyah dan Kerajaan Othmaniyyah, tetapi dalam kerajaan-kerajaan itu terdapat banyak
lagi kerajaan-kerajaan kecil, yang wujud atas dasar perkauman. Contohnya semasa Kerajaan
Abbasiyyah, terdapat Kerajaan Umaiyyah (di Andalusia/Spanyol), Kerajaan Seljuk, Kerajaan
Fatimiyyah (Syiah/Bataniyah di Mesir), Kerajaan Ghaznawiyah (di Afghanistan), Kerajaan
Hamdaniyyah (di Syam), Kerajaan Sassanid (Syiah), Kerajaan Buwayhid (Baghdad).
Perpecahan yang berlaku ini bukan sahaja dalam konteks politik, tetapi sebenarnya ia
berasal dari kewujudan golongan-golongan yang taksub kepada sesuatu ketua atau tokoh.
Akhirnya wujud berbagai fahaman yang kita kenali sebagai Jahmiyah, Khawarij, Mu’tazilah,
Syiah dan lain-lain. Antaranya golongan Syiah inilah yang paling berpegaruh dan ia juga
berpecah lagi kepada beberapa firqah seperti Fatimiyyah, Ismailiyyah, Zaidiyyah dan lain-lain.
Perkembangan Fiqh
Pada kurun ke-2H dan ke-3H, masih terdapat perkembangan ilmiyah dalam bidang fiqh
dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Imam al-Zuhri (w.124H), Imam Abu Yusuf (w.182H), Imam
Abu Hanifah (w.190H), Imam Malik bin Anas (w.197H), Imam Asy-Syafii (w. 204H), Imam
Ahmad bin Hanbal (w.241H), Imam Muzani (w.264H), Abu Hasan Asya’ari (w.324H) dan lainlain.
Ini diikuti dengan imam-imam Hadits seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu
Dawud, an-Nasai, At-Tirmidhi.
Orang-orang Arab yang menerima al-Qur'an tidak pernah meragui kesahihannya dan juga
pemahaman bahasa al-Qur'an. Mereka mendengar ayat-ayat al-Qur'an dan mereka terus
faham apakah yang dimaksud dengan ayat-ayat tersebut. Sebab al-Qur'an diturunkan dalam
bahasa mereka sendiri, maka bangsa Quraisy tahu dan faham setiap kali Nabi (saw) membaca
ayat-ayat al-Qur'an kepada mereka tanpa perlu diperjelaskan. Sebab itu mereka sangat kagum
dengan keindahan al-Qur'an walaupun mereka engkar dengan kandungannya.
Tetapi apabila Islam berkembang dan meliputi bangsa-bangsa yang bukan Arab, maka
ayat-ayat al-Qur'an perlu diterjemahkan supaya kandungannya difahami. Maka dalam peroses
memahamkan kandungan al-Qur'an kepada mereka yang bukan Arab, banyak amalan
dimasukkan untuk menjelaskan maksud dan erti ayat-ayat al-Qur'an. Lama-kelamaan,
Ikan Busuk Dari Kepala
| 17
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
penerangan yang digunakan untuk menjelaskan al-Qur'an itu menjadi pokok dalam ajaran alQur'an, lalu ayat-ayatnya mendapat makna yang lain dari yang asalnya. Keadaan ini boleh
berlaku kepada mereka yang bukan berbahasa Arab. Akibatnya pemahaman kandungan alQur'an boleh terpesong dari maksud yang sebenar. Ini ditambahkan pula dengan kekurangan
kitab-kitab hadis untuk menjelaskan amalan Sunnah Nabi (saw) pada peringkat perkembangan
awal Islam. Maka dalam keadaan sebegitu, tok-tok guru merupakan tonggak kebenaran. Dan
lama-kelamaan kitab-kitab karangan tok-tok guru menjadi rujukan bukan lagi al-Qur'an dan
Sunnah Nabi (saw). Ini kerana kitab-kitab tok-tok guru ini ditulis dalam bahasa mereka sendiri.
Seterusnya ilmu itu diturunkan kepada anak murid dan anak murid kepada anak muridnya pula
dan seterusnya tanpa sebarang semakan oleh mereka yang datang kemudian.
Ada juga anak-anak murid ini yang menghuraikan kitab-kitab tok-tok guru mereka, lalu
terdapatlah kitab yang baru dengan huraian anak-muridnya yang baru. Dan kitab anak-murid
ini pula kemudiannya menjadi bahan rujukan. Keadaaan sebegini terus berlaku sehingga
terdapat ajaran asal tok-tok guru telah hilang dan timbullah ajaran-ajaran yang baru yang tidak
pernah terdapat pada ajaran-ajaran dari al-Qur'an dan Sunnah mahupun dari tok-tok guru yang
pertama. Begitulah bagaimana amalan-amalan dalam agama boleh berubah sehingga boleh
hilang ajaran yang asal dan berlakunya amalan bid'ah dan kurafat.
Ilmu Dari Luar Islam
Pada masa yang sama, perkembangan dalam bidang keilmuan turut berkembang dengan
pesatnya. Tetapi dalam keghairahan mencari ilmu, kemasukan ilmu-ilmu dari luar Islam telah
membuka pintu-pintu asimilasi budaya setempat dengan Islam. Semangat persaingan dalam
dunia ilmiyah berlakunya diluar wilayah Madinah dan Mekkah. Dari falsafah Greek masuknya
aliran pemikiran falsafah dan “ilmu kalam”. Dari pengaruh Kristian masuknya pemikiran
“Batiniyyah/Sufisme”. Dari Parsi pula kesan dari tinggalan agama Marjusi masih dirasai. Pada
zaman yang dikatakan “Kegemilangan Islam”, kita melihat perkembangan dalam bidang sains,
matematik dan kedoktoran sangat menonjol. Tetapi di samping itu, berlaku juga kemasukan
pemikiran mantiq Greek dan falsafah Yunani yang kemudiannya melahirnya “Ilmu Kalam” dan
“Ilmu Mantiq” dikalangan ulama-ulama Islam. ‘Akal dan logik mula diberi tempat dalam ilmu
tafsir dan kemudiannya hukum-hukum ditafsirkan mengikut ‘akal dan logik. Kaedah ini
mendapat tempat dan berkembang sehingga berjaya mempengaruhi pemikiran umat Islam.
Bandar-bandar seperti Baghdad, Kufah dan Mesir dibanjiri oleh tokoh-tokoh pemikir dari
berbagai aliran dan fahaman. Ajaran Islam yang pada asasnya bersumber dari al-Quran dan
Sunnah Nabi (saw) telah mula menampakkan kemasukan sumber-sumber lain seperti ‘akal
serta amalan budaya setempat. Qias yang ulama meletakkan pada peringkat yang paling akhir
sekali dalam penentuan hukum, kerana kesukaran dalam aplikasinya, kemudian menjadi
utama apabila digabungkan dengan ilmu mantiq. Hasil dari itu banyak amalan yang tidak
pernah terdapat dalam sunnah Nabi (saw) menjadi amalan yang mutawattir, hasil dari qiasan
akal. Ini kemudiannya mempengaruhi amalan-amalan dalam ibadah. Islam yang pada asalnya
“mudah”, kemudiannya telah diperkenalkan oleh golongan ini dalam bentuk yang “sukar” dan
“mistik”. Tauhid sifat dua-puluh adalah antara yang terhasil dari perkembangan ini. Semua ini
dapat kita fahami apabila kita meneliti golongan-golongan Mu’tazillah, Syiah, Asy’ariyah,
Sufiyah dan tarikat batiniyyah yang wujud dan berkembang. Perkembangan ini juga
Ikan Busuk Dari Kepala
| 18
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
merupakan permulaan kelemahan umat Islam dalam menghadapi hidup yang semakin
mencabar. Amalan-amalan bidah dan kurafat telah sedikit demi sedikit mengambalikan umat
Islam ke zaman jahilliyyah.
Dalam usaha meningkatkan semangat keilmuan, Kerajaan Abbasiyyah telah
memperkenalkan majlis perdebatan agama dengan ganjaran yang lumayan bagi mereka yang
menang. Usaha ini telah menimbulkan kesan buruk bagi generasi terkemudian apabila mereka
yang terlibat dalam debat ini sangat bersungguh untuk berjaya. Debat ini kemudiannya
melibatkan berbagai mazhab. Dalam debat sebegini, pengaruh dan maruah mazhab menjadi
pertaruhan dan merupakan sesuatu yang sangat dipelihara oleh pengikutnya. Mereka
bersungguh dalam mempertahankan fahaman mazhab mereka kerana maruah dan pengaruh
juga menjadi pertaruhan.37 Inilah bermulanya taksub mazhab. Oleh kerana kekalahan boleh
menjatuhkan maruah sesuatu mazhab, maka mempertahan mazhab merupakan sesuatu yang
“mesti”, tidak kira apa cara sekalipun. Dalam usaha ke arah itu tidak hairanlah sekiranya wujud
hadits-hadits maudhu’ dan mungkar serta juga yang tidak diketahui asalnya. Ini boleh berlaku
kerana yang mereka mencari adalah “kemenangan” bukan kebenaran.
Pengaruh Syiah dalam Amalan Ahlus-Sunnah Muttaakhirin
Seperti yang tersebut di atas, Kerajaan Fatimiyyah di Mesir (909M-1171M) juga tidak
ketinggalan dalam usaha meningkatkan keilmuan. Masjid Jami’ al-Azhar yang dibangunkan
pada tahun 361H, telah menjadi pusat aktiviti kaum Batiniyyah di bawah guru mazhab Syiah
dan kaum falsafah. Dari sini lahir para sarjana dan daii yang kemudian menyebarkan fahaman
Syiah dalam masyarakat Mesir dan sekitarnya yang bermazhab Ahlus-Sunnah. Perkembangan
aliran Fatimiyyah (Ismailiyah) ini sangat dibimbangi oleh Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad.
Antara ulama Ahlus-Sunnah yang berusaha menentang fahaman Syiah ini, adalah Abu Bakr
Al-Baqillani (w.403H). Beliau berusaha mendedahkan kerosakan yang mereka lakukan
terhadap dasar-dasar Islam yang dibawa oleh Nabi (saw) dan para sahabat baginda. Syiah
Fatimiyyah juga bergiat menerbitkan tulisan-tulisan dan menubuhkan perpustakaanperpustakaan. Para pendakwah mereka dikerahkan untuk menyebarluaskan ajaran-ajaran
kebatinan Syiah ke masjid-masjid, tempat-tempat perkumpulan dan rumah-rumah. Mereka
juga mendesak para penulis buku-buku guna mendukung dan memperkuatkan kedudukan
mereka.38 Mereka juga telah memperkenalkan amalan Maulid. Pada mulanya mereka
memperkenalkan enam maulid; iaitu Maulidur Rasul, Maulid Ali, Maulid Fatimah, Maulid
Hasan, Maulid Husin dan Maulid Raja yang memerintah. Mereka berjaya menyebarkan
perayaan ini. Pada hari ini perayaan Maulidur Rasul bukan sahaja disambut oleh golongan
Syiah tetapi ia rayakan oleh golongan Ahlus-Sunnah, malah mereka dari golongan AhlusSunnah yang mengamalkan Maulid ini, tolong mempertahankan dan memperomosikan amalan
Syiah ini. Sebagai contoh bagaimana perayaan maulidur rasul ini dirayakan di Mesir, dalam
menyambut Maulidur-Rasul dicatatkan seperti berikut;
Ketua pemerintah (Commander-in-Chief) merayakan Malidur Rasul di Sheikh E-
37
38
Dr Abu Ameena Bilal Philips, The Evolution of Fiqh, Islamic Law & the Mazhab, hlm.58.
Abdullah Mustofa Al-Maraghi, Pakar-pakar Fiqh, Sepanjang Sejarah, hlm.140.
Ikan Busuk Dari Kepala
| 19
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Bekir. la bermula dengan bacaan (berzanji) riwayat hidup Nabi dari kelahirannya
sehingga Baginda wafat. Seratus orang Sheikh duduk bersila dalam bulatan
atas karpet, membaca kesemua ayat-ayat sambil menggoyang-goyangkan
badan dengan kuat kehadapan dan kebelakang, kesemuanya dalam satu
nada.39
Di jalan-jalan raya pula, mereka semua berdiri dalam barisan dua puluh hingga
seratus orang dan serentak mereka membaca doa dan (berzanji) riwayat hidup
Nabi dengan pergerakan yang perlahan-lahan kemudan menjadi lebih kuat
sehingga mereka kelihatan lupa diri dan ada yang pengsan. kerana
kepenatan.40
Dalam buku Napoleon and Islam41, terdapat catatan seperti berikut;
Agama Muhammad (Muhammadan) mempunyai banyak perayaan keagamaan
dan begitu banyaknya bilangan masjid di mana orang-orang yang beriman pergi
bersembahyang beberapa kali sehari. Perayaan (Festivals) disambut dengan
penuh bercahaya di tempat ibadah (temple) dan di jalan-jalan dan kadangkadang dengan tembakan bunga api.
Mereka juga ada perayaan (festivals) untuk kelahiran, perkahwinan dan
berkhatan anak-anak mereka; yang terakhir ini mereka sambut dengan penuh
bersemangat. Kesemua perayaan ini disambut dengan manifestasi luaran yang
lebih hebat dari kita (orang-orang Kristian),
Upacara kematian cukup “majestik” dan kubur-kubur mereka adalah satu hasil
seni bina yang indah dan mengkagumkan.
Seorang lagi orientalis Philip Hitti mencatatkan amalan-amalan orang-orang Islam pada
ketika itu.42
Selain memperkenalkan biara dengan cara amalan dalamnya, golongan sufi
juga telah membuat lain-lain “sumbangan” ke dalam Islam. Mereka terbukti
bertanggungjawab kemasukan subhah (biji tasbih) di kalangan orang-orang
Islam. Hari ini hanya golongan Wahhabi yang tulin menolak subhah dan
menganggapnya bid’ah. Ia (subhah) adalah berasal dari Hindu. Kemungkinan ia
dipinjam oleh golongan Sufi dari orang-orang Gereja Kristian Timur dan bukan
secara terus dari India. Semasa Perang Salib, subhah ini telah masuk ke
golongan Roman Katolik di Barat. Lagi pula golongan Sufilah yang mengasas
dan mempopularkan keagungan orang-orang alim (wali). Penghormatan ke atas
orang-orang alim tidak dibenarkan dalam al-Quran. Ia mula wujud setelah
mengikuti amalan orang-orang Kristian. Amalan ini bertujuan menyambut
39
40
41
42
Napoleon and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari
Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999.
hlm 280.
Napoleon and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari
Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999,
hlm 281.
Napoleon and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari
Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999,
hlm 279
Contoh yang dikemukakan oleh Hitti berkaitan dengan bid’ah dan amalan-amalan syirik yang
berkembang pesat di kalangan orang-orang Islam disebabkan ajaran mistik. Petikan dari
Muhammad ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hlm. 22
Ikan Busuk Dari Kepala
| 20
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
panggilan mistik dan memenuhi keperluan menyambung hubungan antara
manusia dengan Tuhan. Akhirnya, ajaran asal dikalangan golongan Sunni dan
Syiah bahwa memuja orang-orang alim adalah syirik, menjadi cair.
Antara amalan Syiah yang lain yang juga dilakukan oleh golongan Ahlus-Sunnah adalah
amalan “membangunkan kubur”. Golongan Syiah berkeyakinan bahwa sesiapa saja yang
menziarahi atau ikut bersama membangunkan kubur imam, maka dia akan mendapat pahala
yang tidak berhenti-henti sepanjang masa dan mereka juga akan mendapatkan syafaat
Rasulullah (saw). Para penziarah tersebut mendapat pahala bagaikan pahala mengerjakan
tujuh puluh haji yang menghapuskan semua dosa. Ayatullah Khomeini mengungkapkan hal itu
dalam kitabnya “Kasyful Asraar”, yang menurut pendapat-pendapatnya itu bersumber daripada
Jafar Ash-Shadiq” (Kasyful Asrar).43 Sehubungan dengan itu Khomeini juga mempunyai
pandangan tersendiri mengenai Karbala, di mana terdapat kuburan Husain bin Ali bin Abi
Talib. Dia mengatakan, “Sesungguhnya tanah ini dapat membakar tujuh lapis tabir lebih tinggi
daripada tujuh lapis bumi, yang mempunyai kekhususan melebihi kubur Rasulullah” (Tahrir
Al-Wasillah, Juz.1, hlm.141).44 Penganut Syiah mempunyai tradisi yang cukup terkenal, iaitu
menyelenggarakan hari perkabungan pada bulan Muharram setiap tahun, yang kemudian
disebut “haul”. Khomeini menjadikan adat kebiasaan itu sebagai ajaran pokok yang tidak boleh
ditinggalkan. Dalam hal ini Khomeini berkata, “Tradisi mengadakan perayaan “haul”
dilaksanakan Syiah di mana-mana. Tidak ada kekurangan apa pun dalam pelaksanaan
tersebarnya ajaran dan akhlak, memuliakan teladan keutamaan dan keluhuran budi pekerti
serta Dinullah”. Seterusnya Khomeini terus mengutarakan tentang keutamaan melaksanakan
“haul” tersebut, sambil menyebut bahwa Ahlus-Sunnah adalah Mazhab batil. “Kalau bukan
kerana “haul” tentu Syiah lenyap daripada peredaran. Dan kalau bukan kerana upacara yang
agung itu, pastilah tidak ada lagi dibumi ini ajaran agama yang benar seperti yang dipraktikkan
dalam mazhab Syiah”. Seterusnya Khomeini berkata berhubung dengan menziarah kubur,
“Sesungguhnya pahala yang akan diperolehi adalah pahala seribu nabi dan syahid”.45
Parayaan hari “haul” ini turut diamalkan di Malaysia oleh mereka yang mengaku Ahli Sunnah
wal-Jamaah.
Pengaruh Mu tazillah
Golongan Mu’tazilah ini bermula dari fahaman “takwilan” dalam bidang agama. Mereka
tidak wujud atas perjuangan politik seperti Syiah dan Khawarij. Mereka terpengaruh dengan
falsafah Yunani dan dapat diperhatikan dalam perdebatan-perdebatan mereka. Mereka
menggunakan ‘akal fikiran seratus peratus. Tetapi dengan perkembangan masa, mereka juga
akhirnya terjerumus dalam pergolakan politik. Mereka berjaya mempengaruhi dua orang
Khalifah Abbassiyyah, Al-Ma’mum (w.833M) dan Al-Mu’tashim (m. 833-42M). Fahaman ini
dimulai oleh Washil bin Atho Al-Ghozzal (w.131H), seorang murid Hasan al-Basri. Dia
meninggalkan gurunya dan terus membuka pengajiannya sendiri. Fahaman ini berkembang
sehingga sampai ke kurun ke-4H, terdapat seorang tokoh yang terkenal, Abu Al-Hassan Al-
43
44
45
Dr Mustofa Muhammad Asy-Syak’ah, Islam Tidak Bermazhab, hlm.209.
Ibid, hlm. 210
Ibid, hlm.211.
Ikan Busuk Dari Kepala
| 21
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Asy’ari (w.324H). Beliau pada mulanya seorang yang berfahaman Mu’tazilah selama 40 tahun
tetapi akhirnya beliau keluar dari fahaman tersebut untuk kembali berpegang kepada fahaman
Ahlus-Sunnah Salafiyah.
Fahaman Mu’tazilah berkembang sehingga berjaya mempengaruhi Khalifah Umaiyyah
yang terakhir. Mereka cuba mempengaruhi Khalifah Harun Ar-Rashid tetapi tidak berjaya.
Akhirnya mereka berjaya mempengaruhi Khalifah Al-Ma’mun dan Khalifah Al-Mu’tashim untuk
menganut fahaman dan aqidah mereka. Antara fahaman mereka, yang menjadi pokok
pegangan dan melibatkan orang-orang awam, adalah bahwa “Al-Quran itu Makhluk”. Aqidah
ini dipegang dan diamalkan oleh Kerajaan Abbassiyyah pada ketika itu. Pihak pemerintah telah
memaksa semua rakyatnya supaya mengamalkan aqidah ini. Imam Ahmad bin Hanbal pada
ketika itu merupakan antara penentang fahaman ini. Fahaman ini berterusan semasa Khalifah
Mu’tashim dan anaknya Al-Watsiq. Hanya setelah Khalifah Al-Mutawakkil, barulah beliau
hapuskan fahaman ini dan menyinkirkan golongan Mu’tazilah dari istana Khalifah.46
Fahaman Mu’tazilah ini kemudiannya di tentang oleh pengikutnya sendiri, iaitu Abu Hasan
Asya’ari (w. 324H). Beliau yang bermula sebagai seorang yang berfahaman Mu’tazilah dan
berguru dengan Abu Hashim Al-Jubai Al-Mu’tazili, selama 40 tahun, akhirnya meninggalkan
fahaman tersebut dan berguru pula dengan Abdullah bin Sa’id bin Kullab al-Qaththan (w.340H)
dan dikenali dengan fahaman “Kullabiyyah”. Bersama dengan Ibnu Kullab, Abu Hasan
Asy’ariyyah memperkenalkan beberapa sifat Allah dalam tawhidnya yang kemudiannya
dikembangkan oleh pengikutnya menjadi “dua puluh”. Sehingga hari ini tawhid “sifat duapuluh” ini dipegang oleh golongan Asy’ariyyah termasuk yang di Malaysia.
Abu Hasan Asy’ariyyah akhirnya meninggalkan fahaman “Kullabiyyah” ini dan kembali
kepada fahaman Salafiyyah. Beliau telah meninggalkan semua ajaran-ajarannya yang
terdahulu. Abu Hasan Asy’ari telah merakamkan fahaman salafiyahnya dalam Kitab al-Ibanah,
Risalah ila Ahli Tsaghar dan Maqalat Islamiyyi. Tetapi golongan Asy’ariyyah enggan
menerima bahwa buku-buku tersebut ditulis oleh Abu Hassan Asy’ariyyah sebaliknya menuduh
golongan Salafiyyah yang mengarangnya dan meletakkan atas nama Abu Hasan Asy’ari.
Malangnya, mereka yang berpegang kepada fahaman Asy’ariyyah ini masih kekal dalam
fahaman fasa keduanya. Ini dapat dilihat dari kalangan Asy’ariyyah dan golongan tua yang
masih mempelajari sifat dua puluh sebagai pelajaran utama dalam aqidah tawhid mereka
walaupun disekolah-sekolah dan di Universiti-universiti dalam dan luar negeri, mereka telah
mempelajari Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma was-Sifat.
Golongan Asy’ariyyah ini berpegang dengan kata-kata; “Fiqh kami fiqh Syafi'i, aqidah kami
aqidah Asy'ariyah, tarekat kami tarekat Naqsyabandiyah”. Di Malaysia fahaman ini masih kuat
dan diterajui oleh mereka yang memengang tumpuk kepimpinan dalam agama. Mereka sangat
memusuhi golongan sunnah/salafi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang
perkembangan aliran sunnah/salafi ini dengan memberi label-label seperti “Wahhabi” dan
dikaitkan pula dengan kesesatan dan keganasan.
Budaya Melayu dan Islam
46
Dr Mustofa Muhammad Asy-Syak’ah, Islam Tidak Bermazhab, hlm.407-422.
Ikan Busuk Dari Kepala
| 22
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Sejak sekian lama, (amalan-amalan) umat Islam di Malaysia ini mengatakan mereka
bermazhab Syafiiyah. Dan pegangan kepada mazhab ini sangat kuat sehingga ada kata-kata
bahwa seseorang yang berpegang kepada sesuatu mazhab tidak boleh menukar mazhab
dengan berbagai tafsiran diberi berhubungan perkara ini. Ada yang mengharamkan tukar
mazhab, ada yang membolehkan dalam hal-hal tertentu seperti semasa mengerjakan ibadah
haji di Mekkah. Tetapi pada umumnya umat Islam di Malaysia dan di Nusantara adalah
bermazhab Syafiiyah.
Mazhab Syafiiyah di Malaysia juga dikaitkan dengan beberapa amalan yang telah menjadi
amalan turun-temurun umat Islam di Malaysia, antaranya adalah amalan-amalan yang
berhubungan dengan kematian, solat dan puasa, amalan-amalan haji, amalan-amalan dalam
perkahwinan dan kelahiran dan lain-lain yang telah menjadi kepercayaan dan dikatakan
budaya umat Melayu-Islam di Malaysia. Begitulah juga dalam amalan-amalan yang berkaitan
dengan mencari nafkah hidup. Apabila hendak pergi kelaut untuk menangkap ikan, ada
amalannya dan seruannya. Apabila hendak memulakan sawah bendang, ada amalan dan
seruannya. Lalu budaya Melayu kuno (animisma) yang telah bercampur dengan pengaruh
Hindu-Budha dan kemudian bercampur dengan Islam Syiah dan Islam Sunni maka jadilah ia
Islam Nusantara yang mereka pada hari ini sangat banggakan dan mempertahankan
bersungguh-sungguh.
Dalam budaya makan, umat Islam di Malaysia sangat sensitif dengan budaya selain
Melayu. Jadi memakan dengan chopstick (sepit) merupakan memakan cara “kafir”, tetapi
memakan dengan sudu dan garfu pula diterima dan tidak dikatakan cara kafir. Dalam
berpakaian pula, mesti memakai pakaian Melayu bila menghadiri majlis-majlis berkaitan
dengan agama Islam sehingga apabila seseorang yang bukan Islam memeluk Islam, dia
dikatakan telah “masuk Melayu”. Kemudian dia dikehendaki memakai baju Melayu dan
meninggalkan semua budayanya yang dahulu termasuk pakaiannya dan perhubungannya
dengan ahli keluarganya yang bukan Islam sehingga ia menjadi renggang. Mereka yang
memeluk Islam pula diberi gelaran “mat aloh” dan kini sebagai “saudara baru”. Keadaan
sebegini berterusan cukup lama sehingga ia merupakan amalan-amalan dan kepercayaan
agama yang tidak boleh ditinggalkan.
Apabila Islam di kaitkan dengan bangsa Melayu, maka segala budaya dan amalan orangorang Melayu sebelum Islam menjadi amalan dalam Islam. Tetapi amalan-amalan tersebut
telah melalui asimilasi budaya setempat (yang bukan Islamik) dengan Islam. Inilah yang
dikatakan “Islamisasi” yang berlaku semasa zaman Kesultanan Melaka dahulu. Islam yang
datang ke Nusantara bukan mengubah orang Melayu dari amalan-amalan Melayu kepada
amalan-amalan Islam, tetapi ia hanya mengambil wajah-wajah Islam secara luaran sahaja.
Tetapi roh dan semangat Melayu masih kekal. Itulah pada masa pemerintahan Islam di
Melaka, undang-undang Islam hanya pada namanya sahaja. Pelaksanaannya sangat jauh dari
praktikalnya. Yang praktikalnya masih budaya dan adat-adat Melayu kuno. Jadi apa yang
berlaku adalah Melayu telah menguasai Islam bukan Islam yang menguasa Melayu. Ini dapat
kita lihat sehingga hari ini, apabila undang-undang Islam diletakkan di bawah “Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu”.
Bila kita memperkatakan adat-istiadat Melayu atau budaya Melayu, apakah budaya dan
Ikan Busuk Dari Kepala
| 23
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
adat Melayu itu? Pernahkah kita merenung kembali sejarah Semenanjung Tanah Melayu dan
Nusantara kita ini? Islam mula berkembang di Tanah Melayu hanya pada sekitar tahun 1400M.
Ini bererti Islam di Tanah Melayu baru berumur 600 tahun. Sebelum itu, orang Melayu
beragama Hindu dan Buddha dan sebelum itu pula beragama animisma dengan berbagai
kepercayaan hantu-jembalang termasuklah memuja “pohon-pohon” serta berbagai
kepercayaan yang berkaitan dengan mencari nafkah hidup seperti semangat padi, penunggu
gua-gua dan hutan-hutan, puja pantai dan sebagainya. Kepercayaan ini masih kekal sehingga
hari ini dalam bentuk “hantu”, “toyol”. Sudah pasti kepercayaan animisma ini adalah syirik. Jika
ini merupakan budaya Melayu, maka ini adalah budaya syirik. Kemudian datang pula agama
Hindu dan Buddha. Kedua-dua agama ini juga agama syirik. Orang Melayu kemudian
menyerap agama Hindu-Budha dengan kepercayaan animisma mereka. Kedua-dua agama ini
telah bergabung dengan agama animisma dan mempengaruhi corak hidup orang-orang
Melayu di “Semenanjung Tanah Melayu” sehingga terbentuk sebuah budaya Melayu yang
merangkumi amalan-amalan agama Hindu, Buddha dan animisma. Selepas hampir 500 tahun
kemudian barulah datangnya agama Islam, iaitu agama yang terkemudian sekali sampai ke
Tanah Melayu.
Jika amalan Melayu dahulu menyeru kepada roh-roh yang ghaib dengan bacaan-bacaan
Melayunya, kini masih terdapat amalan yang sama tetapi diberi wajah Islam dengan menyeru
kepada wali-wali, penghuni-penghuni kubur-kubur orang alim dengan bacaannya dalam
bahasa Arab. Kitab-kitab Arab menjadi bacaan umat Islam walaupun mereka tidak memahami
bahasa Arab, asalkan bunyinya Arab ia sudah Islam. Maka kitab-kitab seperti kitab “Barzanji”,
kisah-kisah “Nur Muhammad” menjadi kitab yang wajib dalam mana-mana majlis keramaian
seperti perkahwinan, kelahiran, berkhatan dan sebagainya. Oleh kerana amalan-amalan ini
dibawa oleh tok-tok guru, maka orang awam hanya menerimanya sebagai amalan dalam
Islam. Apa yang tok-tok guru kata, mestinya benar dan ia merupakan ajaran yang benar.
Lebih-lebih lagi jika dikatakan tok-tok guru tertentu telah menetap di Mekkah atau Madinah
berpuluh tahun. Oleh itu orang awam yang tidak tahu apa-apa menerima semua itu sebagai
ajaran Islam yang benar.
Kita harus ingat bahwa yang membawa agama Islam ke Tanah Melayu bukan sahaja terdiri
dari peniaga-peniaga Arab (mereka tidak mempunyai budaya Melayu, mahupun budaya Hindu
dan lain-lain), tetapi peniaga-peniaga dari Gujerat India dan China. Peniaga-peniaga ini juga
telah memeluk Islam setelah Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Ini bererti
pedagang-pedagang dari India yang beragama Islam, sebenarnya Islam mereka juga telah
melalui asimilasi dengan budaya setempat mereka. Kemudian Islam yang telah diasimilasikan
dengan budaya setempat inilah yang sampai pula ke Tanah Melayu dan bergabung dan
bercampur pula dengan budaya setempat. Kita boleh bayangkan berapa banyaknya peringkat
asimilasi yang telah dilalui oleh Islam untuk sampai ke Nusantara ini.
Di Semenanjung Tanah Melayu pula orang-orang Melayu memasukkan budaya setempat
ke dalam agama Islam setelah mereka memeluk Islam tetapi mereka masih mengekalkan
budaya setempat mereka. Kita hanya boleh merumuskan bahwa budaya itulah yang
mempengaruhi Melayu pada ketika kedatangan Islam. Iaitu berlakunya asimilasi antara
amalan animisma, budaya Hindu dan budaya Budha dengan Islam lalu terhasillah “Islam
Nusantara” yang sangat dibanggakan oleh golongan Syafiiyah, Asya’iyyah dan Tariqat di
Ikan Busuk Dari Kepala
| 24
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
Malaysia.
Rumusan
Kebanyakan umat Islam di Nusantara ini tidak pernah memberi perhatian terhadap sejarah
bangsa dan agamanya. Dia tidak pernah mempersoalkan dari manakah amalan-amalan yang
dia amalkan sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Dan adakah Islam
yang dia amalkan itu benar-benar Islam yang telah disampaikan oleh Nabi (saw) dan seperti
mana diikuti pula oleh para sahabat baginda. Sebaliknya ramai umat Melayu-Islam menerima
Islam dengan bertaklid secara keseluruhannya, lalu apa yang disampaikan oleh tok-tok
gurunya akan diterimanya sebagai benar. Malah tok-tok gurunya juga telah menerima ilmu
Islam itu dari tok-tok gurunya pula. Maka Islam sedemikian inilah yang di turunkan dari satu
generasi ke satu generasi dan diikuti secara taklid buta. Itulah Islam yang telah diwarisi oleh
umat Melayu. Amalan sedemikian juga sedang diteruskan oleh generasi hari ini.
Sebenarnya, penerimaan Islam secara taklid dari tok-tok guru semasa Islam baru
berkembang di Tanah Melayu tidak dapat dielakkan. Pada ketika itu, itulah sahaja ilmu Islam
yang sampai kepada orang Melayu yang rata-rata tidak begitu pandai membaca dan menulis.
Segelintir yang boleh membaca dan menulis akan menjadi guru kepada masyarakat yang
umumnya buta huruf. Oleh itu apa yang mereka terima dan sampaikan pula kepada generasi
seterusnya itulah yang benar dan mereka lakukan dengan penuh keikhlasan. Dengan itu kita
percaya bahwa Allah yang MahaAdil akan menilai amalan mereka itu dengan penuh keadilan.
Pada hari ini keadaan telah berubah. Ramai golongan Melayu-Islam yang telah pergi ke
luar negara untuk menerima Islam. Mereka mampu meneliti kitab-kitab asal yang ditulis
semenjak zaman para sahabat lagi dan zaman tabiin dan tabiut-tabiiin. Mereka telah mampu
menilai semula semua yang sedang di amalkan oleh generasi hari ini yang telah mewarisi dari
generasi terdahulu. Bukan itu sahaja, malah kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama yang
terdahulu juga telah ditahqiq semula oleh ulama-ulama yang terkemudian. Mereka telah
melakukan penapisan dan membuat catatan-catatan khususnya tentang hadits-hadits yang
dimuatkan di dalam kitab-kitab yang terhadulu. Usaha mereka ini sangat baik dan harus
disanjung.
Sebenarnya meneliti dan mengkaji amalan-amalan, khususnya yang berkait dengan tawhid
dan ibadah perlu dilakukan dari masa ke semasa. Itulah sebabnya Nabi (saw) pernah
bersabda yang bermaksud bahwa setiap seratus tahun Allah akan utuskan seorang hambaNya yang akan membantu membaharui atau membetulkan amalan agama Islam ini47 dari
sebarang penyelewengan, bid’ah dan kurafat yang boleh membawa kepada syirik. Kerana
Allah lebih mengetahui bahwa manusia akan melakukan perkara tersebut; secara sedar
mahupun tidak sedar. Itulah sebabnya pada zaman sebelum Nabi Muhammad (saw), Allah
mengutuskan para nabi dan rasul seorang demi seorang. Semata-mata untuk membetulkan
akidah manusia yang telah terseleweng dari ajaran para nabi dan rasul yang terdahulu. Maka
47
“Pada setiap akhir seratus tahun, Allah akan mengutus seorang bagi ummah-Nya yang akan
membaharui (atau reformasi) bagi perkara-perkara berkenaan agama-Nya.” Hadits riwayat
Abu Dawud (3740). Hadis ini disahkan oleh al-Albani dalam Silsilat al-Albani as-Sahihah
(599)
Ikan Busuk Dari Kepala
| 25
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
setelah sampai kepada Nabi Muhammad (saw) yang merupakan Nabi yang terakhir dan tiada
lagi nabi atau pun rasul selepasnya, bagaimanakah penyelewengan dalam agama akan
diperbetulkan? Maka disinilah Allah mengutuskan orang-orang tertentu setiap seratus tahun
sebagai mujaddid, yang akan membetul dan mengembalikan agama Islam kepada landasan
asalnya dari mana ia telah diselewengkan; iaitu dengan kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah
sepertimana difahami oleh para sahabat (rah).
Penyelewengan ini biasanya berlaku akibat dari adaptasi (hasil dari qiasan) dan asimilasi
budaya setempat dengan ajaran Islam. Dalam bab ini, ulama berbeza pendapat sejauh
manakah budaya dan adat setempat ini,48 boleh diterima sebagai sumber tambahan dalam
hukum Islam. Ada yang menolaknya terus dan ada yang menerimanya tetapi dengan bersyarat
yang antaranya ia tidak bertentangan dengan dalil syarak, tidak menghalalkan yang haram dan
tidak membatalkan yang wajib. Oleh itu boleh dikatakan Islam telah menetapkan bahwa ada
perkara-perkara yang qat’i iaitu tetap dan tidak boleh berubah, khususnya hal-hal yang
berkaitan dengan Aqidah, Ibadah dan Akhlak dan ada perkara-perkara yang zanni, iaitu yang
boleh berubah seperti ekonomi dan politik tetapi masih tetap tertakluk kepada syarat bahwa ia
tidak bertentangan dengan apa yang telah dihalalkan atau yang telah diharamkan oleh Allah.
Dengan itu bolehlah kita meneliti apa yang kita sebut sebagai “budaya Melayu” yang kita telah
warisi dari generasi terdahulu itu.
Umat Melayu-Islam hari ini juga harus menerima hakikat bahwa agama Islam hari ini lebih
luas penjelasannya berbanding zaman awal kurun ke-19 dan ke-20 yang lepas. Pada ketika itu
Islam yang sampai ke Tanah Melayu masih lagi berdasarkan ajaran-ajaran tok-tok guru yang
balik dari Timur Tengah dan mendirikan pondok-pondok dengan membawa balik ajaran yang
mereka terima semasa mereka berada di Mekkah mahupun di Tanah Arab.
Harus diketahui bahwa pada ketika itu pemahaman mazhab sangat kuat. Sehingga tahun
1920an, Masjidil Haram masih solat fardhu dilakukan dengan menggunakan empat imam. Iaitu
setiap mazhab tidak akan solat di belakang imam mazhab lain. Ia akan hanya solat dibelakang
imam mazhabnya sahaja.49 Keadaan ini berlaku di Masjidil Haram, Mekkah. Taksub mazhab
ini menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam yang berterusan sehingga hari ini.
Hanya pada tahun 1924 barulah kerajaan Arab Saudi (hari ini)50 yang berkuasa membatalkan
amalan tersebut dan semua jemaah solat hanya dibelakang satu imam. Walaupun demikian
masih terdapat sebahgian umat Melayu-Islam hari ini yang mengerjakan umrah atau haji yang
tidak solat di Masjidil Haram kerana perbezaan mazhab dengan mereka. Begitulah apabila
berlakunya taksub mazhab. Perpaduan dan persuadara di dalam Islam boleh diketepikan.
Walaupun kini di Arab Saudi telah terdapat pusat-pusat pengajian rasmi seperti Universiti
Madinah, Universiti Ibnu Saud, Universiti Umul Qura, Universiti Riyadh dan lain-lain tetapi
48
49
50
Begitulah juga ia berlaku kepada semua masyarakat di dalam dunia ini; iaitu penggabungan
pengaruh baru dengan amalan sedia ada – samada dalam bidang agama atau sosialisma.
Dr Ameena Bilal Philip, The Evolution of Fiqh, hlm.
Harus diingat sebelum 1924, Mekkah dikuasai oleh Syarif Hussein, iaitu keturunan raja
Jordan sekarang, bukan dikuasai oleh keluarga Saud. Faisal hanya menakluk Mekkah pada
tahun 1924 setelah Syarif Hussein memberontak terhadap kerajaan Othmaniyyah dan
kemudian beliau mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah setelah kejatuhan Kerajaan
Othmaniyyah.
Ikan Busuk Dari Kepala
| 26
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
masih terdapat lagi tempat-tempat ajaran “tarikat” yang tidak rasmi di sekitar Mekkah dan ada
juga umat Islam yang belajar dari guru-guru tarikat tersebut. Mereka kembali dengan ijazah
bahwa mereka telah tinggal di Mekkah beberapa tahun dan belajar dengan tok-tok guru secara
talaqqi. Orang Melayu-Islam apabila mendengar bahwa orang ini pernah tinggal di Mekkah,
sudah cukup itu sebagai ijazah untuk digelar sebagai ustaz atau sheikh yang hebat. Apa yang
diajar oleh ustaz atau sheikh tersebut tidak akan di soal atau disemak samada bertepatan
dengan nas al-Qur'an dan Sunnah Nabi (saw), sebaliknya akan diterima bulat-bulat sebagai
ajaran yang benar.
Pemikiran sebegini harus dibuang. Ia bukanlah kaedah yang baik dalam mencari ilmu
agama. Mencari ilmu hendaklah secara berinteraksi. Mesti berlaku soaljawab antara guru dan
murid. Di samping itu, seorang murid hendaklah menuntut supaya apa yang dia dengar itu
disertai dengan nas atau bukti dari al-Quran dan hadits yang sahih dan dari amalan para
sahabat. Membaca kitab-kitab yang ditulis oleh ulama sangat baik tetapi kandungan kitab itu
sendiri hendaklah disahkan betul berdasarkan nas yang sahih. Hanya dengan cara sebegini
baru umat Islam dapat membersihkan ajaran Islam dari sebarang campuran atau asimilasi dari
“budaya Melayu” yang bertentangan dengan Syarak.
Mungkin ada yang akan mengatakan untuk melakukan sebegitu adalah sesuatu yang
sukar bagi kita orang awam. Tetapi adakah orang yang mampu memperolehi ijazah dalam
bidang sains, ekonomi, kedoktoran, undang-undang tidak mempu mempelajari agamanya
yang akan menyelamatkannya di dunia dan di akhirat? Apakah orang awam yang berkelulusan
SPM juga tidak mampu mempelajari agamanya? Sudah semestinya bagi setiap manusia yang
sudah akhir-baligh, yang mampu untuk berdikari dan mendirikan rumah tangga, sudah pasti
dia mampu mengetahui agamanya. Dia mampu bertanya dan mencari yang benar dan yang
sahih. Sekiranya usahanya itu dilakukan dengan penuh keikhlasan mencari kebenaran dalam
agama, lalu dia meninggal dunia, maka Allah akan menilainya sekadar kemampuannya itu.
Sebaliknya jika dia mempunyai masa untuk mencari nafkah hidup dan ada yang
mempunyai banyak masa untuk berhibur, bererti dia sememangnya mempunyai masa untuk
mempelajari agamanya. Tetapi dalam hal agamanya dia hanya bertaqlid buta kepada amalan
orang ramai atau kepada tok-tok guru tertentu tanpa mahu bersungguh dalam mencari
kebenaran dalam agamanya. Dia melihat dirinya sudahpun Islam dan setahunya ibu-bapanya
juga Islam. Jadi apa yang dilakukan dan diamalakan oleh ibu-bapanya itulah yang benar. Maka
dengan itu tidak perlulah mencari atau mempelajari lagi kerana yang ada pada dia itu adalah
yang benar.
Jika dalam kes-kes tertentu seseorang itu akan bertanya perkara-perkara yang dia tidak
tahu, kenapa pula dalam hal-hal agama dia tidak mahu bertanya? Kononnya kita orang awam,
turut sahaja tok-tok guru atau ustaz-ustaz kerana kononnya kita tidak mampu memahami halhal agama. Kenyataan seperti ini sangat lemah dan menggambarkan sikap tidak kisah dalam
hal agama. Padahal di Universiti kita di ajar supaya mengkaji dan menganalisa sesuatu
kenyataan secara ilmiah supaya kita menjadi orang yang benar-benar mengetahui apa yang
kita lakukan nanti. Di universiti kita dilatih supaya menjadi kritikal tetapi dalam hal agama dia
menjadi seorang yang cukup pasif dan penakut. Islam yang Allah sampaikan kepada manusia
bukanlah sesuatu yang di luar kemampuan manusia untuk berfikir, memahami dan
Ikan Busuk Dari Kepala
| 27
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
mengamalkan. Allah tidak akan membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu
pikul (al-Baqarah 2:286; 23:62). Hanya manusialah yang membebankan dirinya apabila
mengikuti sesuatu ajaran yang menyusahkan secara bertaqlid, walaupun dia sedar bahwa ada
yang tidak kena dengan ajaran gurunya itu tetapi dia tetap bertaqlid. Sebenarnya apa-apa
yang meragukan ‘akal, ia mesti dipersoalkan dan berhati-hati dengannya. Kerapkali ia bukan
dari ajaran agama Islam.
Jika manusia hari ini mempunyai piawaian dalam kerja harian mereka, tetapi Islam telah
lama mempunyai piawaiannya. Allah telah sebut piawaian-Nya dalam banyak ayat-ayat-Nya
yang antaranya: “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya),
dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,
Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benarbenar beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian itu lebih utama (bagimu)
dan lebih baik akibatnya”. (surah an-Nisa 4:59); juga dalam ayat “. . . yang akan membaca
ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Qur'an) dan al-Hikmah
(sunnah) serta mensucikan mereka. . .” (al-Baqarah 2:129); “. . . Marilah mengikuti apa yang
diturunkan Allah dan mengikuti Rasul”. . .” (al-Maidah, 5:104). Dan di dalam beberapa hadis
yang antaranya Nabi (saw) telah telah meletakkan piawaiannya:
“Inilah jalan Allah yang lurus, lalu beliau membuat garis-garis di samping kanan
dan kirinya kemudian bersabda, “Inilah jalan-jalan yang sesat, tak satu pun dari
jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya,
kemudian beliau membaca firman Allah: ‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan)
ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti
jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa”.
(surah al-An’am:153) – Hadis sahih riwayat Ahmad dan an-Nasai.51
Dan di dalam hadis lain;
Dari Hudzaifah bin Al Yaman, beliau berkata: orang-orang bertanya kepaada
Rasulullah (saw) tentang kebaikan sedangkan aku bertanya kepadanya tentang
keburukan kerana takut jangan-jangan menimpaku, Maka aku bertanya wahai
Rasulullah kami dahulu berada di zaman jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah
memberikan kami kebaikan ini, apakah setelah kebaikan ini ada keburukan?
Beliau menjawab; Ya. Aku bertanya dan apakah setelah keburukan itu ada
kebaikan? Beliau menjawab; Ya. Dan ada padanya kabut (dakhon), aku
bertanya lagi, apa kabut (dakhon)nya tersebut, beliau menjawab: satu kaum
yang mengikuti contoh teladan selain sunnahku, dan mengambil petunjuk selain
petunjukku, kamu menganggap baik dari mereka dan kamu pun
mengengkarinya, aku bertanya lagi; apakah setelah kebaikan itu ada keburukan
lagi, beliau menjawab; Ya. Para dai yng mengajak ke pintu-pintu neraka
(jahannam), barangsiapa yang menerima ajakan mereka, nescaya mereka
terjerumus ke dalam neraka. Aku bertanya lagi; wahai Rasulullah berilah tahu
kami sift-sifat mereka? Beliau menjawab: Mereka dari kaum kita dan berbicara
dengan bahasa kita, aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah apa yang engkau
51
Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah, Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, Pustaka alKautsar, 1415H. hlm.vii. hlm.35.
Ikan Busuk Dari Kepala
| 28
www.rajaebookgratis.com
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita
perintahkan kepadaku jika aku menemuinya? Beliau menjawab: Berpegang
teguhlah pada jemaah Muslimin dan Imamnya. Aku bertanya lagi: bagaimana
jika tidak ada jamaah maupun imam? Beliau menjawab : hindarilah semua
kelompok-kelompok itu, walaupun dengan menggigit pohon pokok hingga
kematian menjemputmu dalam keadaan seperti itu. - HR Bukhari.
Juga di dalam Hadis Abu Daud;
“Maka kewajipan kamu adalah memengang teguh sunnahku dan sunnah
Khulafa’ Arrasyidin yang terbimbing. Peganglah erat-erat sunnah-sunnah itu
dan hindarilah olehmu segala hal yang baru. Sebab setiap hal yang baru adalah
bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap yang sesat di dalam neraka”. HR Abu Daud.52
Islam yang Allah sampaikan melalui Nabi-Nya adalah untuk membetulkan akhlaq manusia
berasaskan al-Quran dan Sunnah. Kemudian bagaimana pula al-Qur'an dan Sunnah itu
ditafsirkan mestilah mengikuti amalan para sahabat radhiallahu anhum. Oleh itu al-Quran dan
Sunnah dan amalan para sahabat seharusnya merupakan standard atau “benchmark” atau
kayu pengukur untuk menilai dan menentukan supaya setiap amalan yang diamalkan oleh
umat Islam sentiasa berada pada landasan yang betul (jalan yang lurus). Ia merupakan satu
“ISO” yang setiap umat Islam sentiasa merujuk.
;
52
Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah, Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, Pustaka alKautsar, 1415H. hlm.vii.
Ikan Busuk Dari Kepala
| 29
Download