Perjanjian Baru Panduan Pembelajaran Pelajar Khotbah di atas Bukit, oleh Carl Bloch Digunakan atas kebenaran Muzium Sejarah Negara Frederiksborg © 1997 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara Dicetak di Amerika Syarikat Kelulusan Bahasa Inggeris: 8/96 Kelulusan Penterjemahan: 8/96 Penterjemahan New Testament: Class Member Study Guide Malay Diterbitkan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir Salt Lake City, Utah Pengenalan Yesus berkata, “Belajarlah padaKu” (Matius 11:29). Belajar mengenai Juruselamat dan kebenaranNya merupakan bahagian yang penting dalam mematuhi injilNya. Usaha anda untuk menyelidiki tulisan suci setiap hari akan membantu anda mendekatkan diri kepadaNya, kerana “telah dicatat, supaya kamu percaya, bahawa Yesuslah Mesias, Anak Allah, dan supaya kamu oleh imanmu memperoleh hidup dalam namaNya” (Yohanes 20:31). Panduan pembelajaran ini telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang bernombor yang merujuk kepada pelajaran-pelajaran yang terdapat di dalam Buku Doktrin Injil Perjanjian Baru ini. Setiap bahagian menyediakan tugas bacaan dan soalan mingguan untuk memperkayakan pembelajaran anda. Anda boleh menggunakan soalan-soalan tersebut untuk memajukan aplikasi tulisan-tulisan suci dalam kehidupan peribadi anda, untuk mencetus tajuk-tajuk perbincangan injil sesama keluarga anda, dan untuk menyediakan sumbangan idea yang bermakna untuk perbincangan di dalam kelas. Panduan pembelajaran ini adalah sumber yang amat berharga untuk para keluarga. Setiap bahagian mengandungi satu cadangan tentang sebuah aktiviti atau perbincangan untuk menambah minat dan kepelbagaian dalam pembelajaran injil di rumah. Juga dimasukkan di dalam setiap bahagian adalah rantaian tulisan suci — sebuah senarai ayat-ayat suci yang berkaitan dengan tugasan pembacaan. Anda boleh menulis senarai ini di belakang kitab-kitab suci anda. Anda juga boleh membuat senarai tulisantulisan suci anda sendiri dengan memilih ayat-ayat tersebut dari Panduan Tajuk dan maklumat yang terdapat di dalam Kamus Alkitab. Untuk menandakan satu rantaian tulisan suci di dalam kitab-kitab suci anda, tandakan perenggan ayat yang pertama di dalam kitab suci seperti yang terdapat di dalam senarai tersebut. Di sebelah perenggan itu, tandakan juga rujukan untuk perenggan ayat yang kedua di dalam senarai itu. Buka perenggan ayat yang kedua itu, tandakan, dan tulis rujukan untuk perenggan ayat yang ketiga pula. Teruskan sehingga anda telah menandakan perenggan ayat yang terakhir di dalam senarai tersebut, dan lengkapkan rantaian itu dengan menulis rujukan yang merujuk kepada perenggan ayat yang pertama tadi, di sebelah perenggan ayat yang terakhir itu. Anda akan dapat menggunakan rantaian tulisan suci ini untuk mencari perenggan ayatayat suci mengenai sesuatu asas injil yang diberikan dengan pantas. Terdapat sebuah bahagian tambahan pada penghujung panduan pembelajaran ini yang mengandungi penyataanpenyataan daripada para nabi zaman akhir mengenai berkat-berkat pembelajaran kitab suci. Anda berkongsi tanggungjawab dengan Pengajar Doktrin Injil anda dalam membantu menjayakan kelas anda. Tuhan telah mengatakan bahawa pengajar perlu “mengkhotbahkan… dalam Roh” dan bahawa mereka yang menerima “firman kebenaran” hendaknya “menerimanya melalui Roh Kebenaran” (A&P 50:17, 19). 1 Datanglah ke kelas dengan persediaan untuk menyumbangkan pandangan, mengajukan pertanyaan, berkongsikan pengalaman, memberikan kesaksian, dan mendengarkan dengan penuh perhatian kepada pengajar dan anggota kelas yang lain. Setelah anda mempelajari tugas bacaan dan merenungkan pertanyaan-pertanyaan dalam panduan pembelajaran ini, anda akan lebih bersedia untuk menikmati penggenapan dari perkataan Tuhan ketika Dia berkata, “Dia yang berkhotbah dan dia yang menerima, saling memahami dan keduanya diteguhkan dan bersukacita bersama” (A&P 50:22). “Supaya Kamu Percaya Bahawa Yesus ialah Kristus” Yesaya 61:1-3; Terjemahan Joseph Smith, Lukas 3:4-11; Yohanes 1:1-14; 20:31 • Apakah yang dapat anda pelajari tentang Yesus Kristus dari Yohanes 1:1-3, 14? (Perhatikan bahawa “Firman” dalam Yohanes 1:1, 14 merujuk kepada Juruselamat. Gunakan Terjemahan Joseph Smith untuk ayat-ayat ini jika ada.) • Rasul Yohanes berkata bahawa “dalam [Yesus] ada hidup” (Yohanes 1:4). Dia juga bersaksi bahawa Yesus adalah “terang yang sesungguhnya, yang menerangi setiap orang, sedang datang ke dalam dunia” (Yohanes 1:9). Bagaimanakah Juruselamat telah memberi anda hidup dan terang? • Kisah atau ajaran apakah dalam Perjanjian Baru yang secara khusus telah mengilhami atau membantu anda? Bagaimana mempelajari Perjanjian Baru tahun ini dapat “Jiwaku Memuliakan Tuhan” Lukas 1; Matius 1 • Apakah yang anda pelajari tentang Maria daripada percakapannya dengan malaikat ·Gabriel dan dengan Elisabet? (Lihat Lukas 1:26-38, 45-49; lihat juga Alma 7:10.) Apakah yang 2 1 membantu menguatkan kesaksian anda tentang Yesus Kristus? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah Yohanes 1:1-3 atau Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–3. Jelaskan bahawa Yesus (“Firman” dalam Yohanes 1:1-3) menciptakan bumi di bawah petunjuk Bapa Syurgawi. Berjalan-jalanlah dengan keluarga, dan memberikan perhatian yang besar terhadap keindahan penciptaan yang tak terkira. Rantai Tulisan suci: Misi Yesus Kristus yang Telah Ditahbiskan Sebelumnya Yohanes 1:1-5 Yohanes 1:9-17 Abraham 3:22-27 Mosia 3:5-10 Yesaya 61:1-2 Lukas 4:16-21 2 dapat anda lakukan untuk mengikuti teladannya? • Bagaimanakah teladan Elisabet, Zakharia, Yohanes Pembaptis, Maria, dan Yusuf membantu anda melihat kebesaran Juruselamat dan meningkatkan iman anda kepadaNya? Bagaimanakah anda dapat membantu orang lain meningkatkan iman mereka kepada Yesus Kristus? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah Lukas 1:16, dan bincangkan kepentingan membantu orang lain “berbalik kepada Tuhan” dengan berkongsikan injil dengan mereka. Buatlah sebuah senarai nama anggota keluarga atau rakan yang bukan anggota Gereja atau merupakan anggota Gereja yang kurang aktif. Berdoalah sebagai keluarga untuk memohon bimbingan dalam memutuskan dengan siapa anda dapat berkongsikan injil dan bagaimana untuk melakukannya. Rantai Tulisan suci: Nubuat tentang Yohanes Pembaptis Yesaya 40:3 1 Nefi 10:7-10 Lukas 1:13-17 Lukas 1:67, 76-79 “Telah Lahir Bagimu… seorang Juruselamat” Lukas 2; Matius 2 • Bagaimanakah keadaan persekitaran kelahiran Yesus? (Lihat Lukas 2:7.) Dalam cara apakah manusia pada hari ini menolak untuk menyediakan tempat bagi Juruselamat dalam kehidupan mereka? Apakah yang dapat anda lakukan untuk menyediakan tempat bagiNya di dalam kehidupan anda? • Mengapakah Yesus datang ke bumi? (Lihat 3 Nefi 27:13-16.) • Apakah yang telah dilakukan oleh “orang-orang majus dari Timur” sewaktu mereka menemukan bayi Yesus? (Lihat Matius 2:11.) Persembahan apakah yang dapat anda persembahkan kepada Tuhan? • Semasa seorang remaja, Yesus “bertambah hikmatNya dan besarNya, dan makin dikasihi oleh Allah dan manusia” (Lukas 2:52). Dengan perkataan lain, Dia berkembang maju dalam kecerdasan, jasmani, rohani, 3 dan pergaulan sosial. Apakah beberapa hal tertentu yang dapat anda lakukan untuk berkembang maju dalam kecerdasan, jasmani, rohani, dan pergaulan sosial? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Baca baris-baris dari beberapa nyanyian rohani atau lagu Pratama mengenai kelahiran Yesus, dan undanglah anggota keluarga untuk meneka nama nyanyian atau lagu itu. Nyanyikan salah satu nyanyian atau lagu itu bersama keluarga, dan bincangkan kepentingan untuk mengingati kelahiran Yesus sepanjang tahun dan bukan hanya semasa Hari Krismas. Rantai Tulisan suci: Kelahiran Yesus Yesaya 9:6 Helaman 14:1-8 1 Nefi 11:13-21 Lukas 2:7-14 3 “Sediakanlah Jalan Tuhan” 4 Matius 3-4; Yohanes 1:35-51 • Pesanan apakah yang dikhotbahkan oleh Yohanes untuk mempersiapkan manusia bagi kedatangan Juruselamat? (Lihat Matius 3:1-2.) Apa ertinya bertaubat? (Lihat II Korintus 7:9-10; Lukas 19:8; Mosia 7:33; A&P 1:31-32; 58:42-43.) • Sewaktu anda membaca tentang pertemuan Juruselamat dengan Syaitan di padang belantara, apakah yang dapat anda pelajari tentang mengatasi godaan syaitan? (Lihat Matius 4:1-11. Lihat juga nota kaki untuk Matius 4:1- -2, 5- -6, 8- -9, dan 11, yang mengandungi terjemahan Joseph Smith bagi ayat-ayat ini.) • Setelah menerima kesaksian bahawa Yesus adalah Mesias, bagaimanakah Filipus menjawab keraguan Natanael? (Lihat Yohanes 1:43-46.) Apakah yang dapat anda lakukan untuk mengundang orang lain untuk “mari dan lihatlah” sang Juruselamat? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Sediakan sebuah pelajaran untuk membantu anggota keluarga yang sedia mempersiapkan diri bagi pembaptisan atau untuk bincangkan caracara untuk membantu anggota baru yang akan segera dibaptiskan. Bincangkan mengapa Yesus memerlukan pembaptisan (Matius 3:13-15; 2 Nefi 31:6-9) dan mengapa kita memerlukan pembaptisan (2 Nefi 31:5, 10-12; A&P 20:71-73; 49:13-14). Undanglah anggota keluarga yang telah dibaptiskan untuk menceritakan tentang saat mereka dibaptiskan dan menyatakan perasaan mereka tentang berkat-berkat yang telah mereka terima kerana mereka telah dibaptiskan. Rantai Tulisan suci: Pertaubatan Lukas 15:3-10 2 Korintus 7:9-10 Alma 34:31-34 I Yohanes 1:8-9 Matius 3:1-2 A&P 58:42-43 “Dilahirkan Kembali” 5 Yohanes 3-4 • Yesus memberitahu Nikodemus bahawa “jika seseorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat kerajaan Allah” (Yohanes 3:3). Apakah ertinya dilahirkan kembali? (Lihat rantai tulisan suci di bahagian ini.) • Baca dan renungkan Alma 5:14-31 seolah-olah Alma sedang bercakap kepada anda. Apakah yang perlu anda lakukan secara peribadi agar 4 “secara rohani… dilahirkan dari Tuhan”? (Alma 5:14). • Yesus memberitahu wanita dari Samaria itu bahawa Dia dapat memberinya “air kehidupan” (Yohanes 4:10). Menurut anda apakah ertinya “air kehidupan”? (Lihat 1 Nefi 11:5; A&P 63:23.) Bagaimanakah kita boleh mendapatkan air kehidupan? Bagaimanakah air kehidupan ini telah memberkati anda? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Berikan setiap anggota keluarga sebuah gelas. Tuangkan air ke dalam setiap gelas, dan ajaklah anggota keluarga untuk meminum air tersebut. Tanyakan kepada anggota keluarga jika mereka fikir mereka akan memerlukan satu lagi minuman air. Kemudian bacakan Yohanes 4:1-15, dan bincangkan soalansoalan dalam perenggan ketiga baha- gian ini. Bersaksilah bahawa apabila kita datang kepada Kristus dan mematuhi injilNya, kita akan menerima “hidup yang kekal” (Yohanes 4:14). Rantai Tulisan suci: “Dilahirkan Kembali” Yohanes 3:3-5 Yohanes 3:16-17 Mosia 5:1-7 Mosia 27:25-26 Alma 5:14-16 Alma 22:15-18 “Mereka pun Segera Meninggalkan Jala Mereka” Lukas 4:14-32; 5; 6:12-16; Matius 10 • Mengapakah penting bagi Yesus untuk memanggil para Rasul? (Lihat Matius 9:36-38; 16:19; Markus 3:14-15; Yohanes 20:19-21, 23; Efesus 4:11-15.) Mengapakah ia penting bahawa Tuhan Yesus telah memanggil para Rasul pada masa kini? • Apakah yang anda pelajari mengenai kuasa dan tanggungjawab para Rasul daripada ajaran Yesus dalam Matius 10? Bagaimanakah anda telah melihat para Rasul zaman akhir memenuhi tanggungjawab ini? • Bagaimanakah anda telah diberkati dengan mengikuti bimbingan daripada seorang Rasul? 6 Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Tunjukkan carta organisasi para Pembesar Umum dari isu majalah persidangan umum Gereja yang terbaru di daerah anda. Bantulah para anggota keluarga mengenali dan mempelajari nama-nama anggota Presidensi Utama serta Kuorum Dua Belas Para Rasul. Kongsikan perasaan anda mengenai berkat untuk dipimpin oleh para nabi dan rasul. Rantai Tulisan suci: Pemanggilan seorang Rasul Lukas 6:13 Matius 10:5-8 Efesus 4:11-15 A&P 107:23 A&P 107:33, 35 A&P 112:14 A&P 112:19-22 “[Dia] yang telah Memikul segala Kelemahan dan Menanggung segala Penyakit Kita” 7 Markus 1–2; 4:35–41; 5; Lukas 7:11–17 • Mukjizat adalah sebuah peristiwa luar biasa yang disebabkan oleh kuasa ilahi atau kuasa rohani (Bible Dictionary, “Miracles,” 732–33). Mengapakah Yesus melakukan banyak mukjizat semasa pelayananNya di bumi? (Lihat Matius 9:27-30; Markus 1:27; 2:10-11; 5:19 untuk beberapa jawapan bagi soalan ini.) 5 • Menurut anda mengapa iman harus mendahului mukjizat? Mengapakah mukjizat sahaja tidak dapat menyediakan landasan yang kukuh bagi iman? • Mengapakah mukjizat-mukjizat yang telah Yesus lakukan dalam kehidupan fanaNya penting kepada anda? Mengapakah pentingnya untuk mengetahui bahawa Dia masih melakukan mukjizat pada masa kini? Apakah contoh-contoh mukjizat yang berlaku pada zaman moden ini? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Undanglah anggota keluarga untuk memberitahu tentang mukjizat-mukjizat yang telah terjadi dalam kehidupan mereka atau kehidupan orang yang mereka kenali. Rantai Tulisan suci: Mukjizat dan Iman kepada Yesus Kristus 2 Nefi 27:23 Markus 1:34 3 Nefi 17:5-10 Eter 12:12 Mormon 9:15-21 Khotbah di atas Bukit: “Jalan Yang Lebih Utama Lagi” 8 Matius 5 • Bagaimanakah para Orang Suci Zaman Akhir dapat menjadi “terang dunia”? (Matius 5:14; lihat juga ayat 16). • Bagaimanakah ajaran-ajaran Juruselamat dalam Matius 5:22-24, 28, 34-37, 39-40 dan 44-48 merupakan hukum yang lebih tinggi daripada yang disebutkan dalam Matius 5:21, 27, 33, 38, dan 43? • Bagaimanakah ajaran-ajaran dalam Khotbah di atas Bukit membantu kita “datang kepada Kristus, dan menjadi sempurna di dalam Dia”? (Moroni 10:32). Cadangan Untuk Perbincangan Keluarga Di atas papan tulis, papan poster, atau sehelai kertas, tuliskan penyataan berikut (atau penyataan lain yang mungkin lebih sesuai untuk anggota keluarga): Ajaran-ajaran dalam Khotbah di atas Bukit dapat membantu saya di sekolah. Mintalah para anggota keluarga untuk membaca beberapa perenggan dalam Matius 5 dan bincangkan bagaimana perengganperengan tersebut berkaitan dengan penyataan yang telah anda tuliskan. Rantai Tulisan suci: Kesempurnaan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus Matius 5:48 Eter 12:27 6 Moroni 10:32-33 A&P 76:68-70 “Carilah Dahulu Kerajaan Tuhan” Matius 6-7 • Apakah ganjaran bagi orang-orang yang melakukan hal-hal yang baik untuk dilihat oleh orang lain? (Lihat Matius 6:2, 5, 16.) Apakah hal-hal yang mungkin kita lakukan untuk dilihat oleh orang lain daripada untuk menyenangkan Tuhan? Bagaimanakah kita dapat memurnikan motif kita untuk melayani dan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik? • Ajaran di dalam Matius 7:12 sering disebut Hukum Emas. Pengalamanpengalaman apakah yang telah menunjukkan kepada anda nilai asas injil ini? Bagaimanakah dengan mengikuti Hukum Emas ini dapat menjadikan kita para pengikut Yesus Kristus yang lebih baik? • Yesus menjanjikan bahawa jika kita “mencari… dahulu Kerajaan Tuhan,” kita akan diberikan semua hal lain yang kita perlukan (Matius 6:33). Apakah pengalamanpengalaman yang telah membantu anda mendapatkan suatu kesaksian tentang janji ini? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga 1. Tunjukkan seketul batu dan selonggok pasir. Tanyakan kepada anggota 9 keluarga bahan yang manakah akan mereka gunakan sebagai dasar sebuah rumah. Baca Matius 7:24-27, dan bincangkan bagaimana membina kehidupan kita berdasarkan ajaran Juruselamat adalah seperti membina sebuah rumah pada dasar batu yang kukuh. 2. Tunjukkan sebuah peta. Tanyakan kepada anggota keluarga bagaimana sebuah peta dapat membantu mereka merancang sebuah perjalanan. Jika baru-baru ini keluarga anda telah melakukan sebuah perjalanan jauh atau akan melakukannya dalam waktu terdekat, bincangkanlah bagaimana sebuah peta telah atau akan digunakan dalam perjalanan itu. Jelaskan bahawa dalam perjalanan kita menuju kehidupan kekal, tulisan suci dan ajaran-ajaran daripada para nabi adalah bagaikan sebuah peta, membantu kita mengetahui cara untuk kembali kepada Bapa Surgawi kita. Rantai Tulisan suci: Hidup sebagai Pengikut Kristus Matius 16:24-25 Matius 7:21 Yohanes 8:31 “Pikullah Kuk yang Kupasang dan Belajarlah PadaKu” Yohanes 13:35 2 Nefi 31:10-13 Moroni 7:48 10 Matius 11:28-30; 12:1-13; Lukas 7:36-50; 13:10-17 • Apakah contoh-contoh beban yang kita tanggung dalam kehidupan ini? Bagaimanakah Tuhan dapat “memberi [kita] kelegaan” dari beban-beban ini? (Lihat Matius 11:28-30.) Apakah ertinya untuk mengambil kuk Kristus ke atas diri anda? (Lihat rantai tulisan suci dalam bahagian ini.) 7 • Wanita yang memasuki rumah Simon si orang Farisi membawa beban dosa (Lukas 7:37). Apakah yang telah dilakukan oleh wanita itu yang membuatkan Yesus mengambil bebannya? (Lihat Lukas 7:38, 44-50.) Apakah yang dapat kita lakukan agar Juruselamat menyingkirkan beban dosa dari hidup kita? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Mintalah seorang anggota keluarga memegang sebuah bekas yang terbuka dan kosong, seperti sebuah bag atau kotak. Mintalah anggota keluarga yang lain untuk memasukkan bendabenda ke dalam bekas itu, satu per satu. Apabila bekas itu menjadi berat, ajaklah seorang anggota keluarga yang lain untuk membantu mengangkatnya. Jelaskan bahawa benda-benda itu melambangkan beban yang kita bawa, seperti kesengsaraan dan kesedihan. Bantuan daripada anggota keluarga yang kedua melambangkan kelegaan yang Juruselamat tawarkan kepada kita sewaktu kita datang kepadaNya semasa kita “letih lesu dan berbeban berat” (Matius 11:28). Bacalah Matius 11:28-30 dan Mosia 24:8-15, dan bantulah anggota keluarga memahami bahawa apabila kita mengikuti Juruselamat, Dia akan memudahkan beban kita dan menjadikannya ringan. Rantai Tulisan suci: “Pikullah Kuk Yang Kupasang,… dan Jiwamu Akan Mendapat Ketenangan” Matius 11:28-30 Mosia 24:8-15 Alma 12:33-35 A&P 54:10 A&P 59:23 “Ia Mengucapkan Banyak Hal Dalam Perumpamaan Kepada Mereka” 11 Matius 13 • Apakah erti perumpamaan tentang penabur? (Lihat Matius 13:3-8, 18-23.) Menurut anda mengapakah perumpamaan tentang seorang penabur itu lebih ditumpukan pada tanah daripada si penabur atau benihnya? • Apakah jemputan yang Yesus hulurkan setelah Dia memberikan perumpamaan tentang seorang penabur itu? (Lihat Matius 13:9.) Menurut anda apakah erti kata mendengar dalam jemputan ini? Apakah ertinya melihat namun tidak melihat, dan mendengar namun tidak mendengar? (Lihat Matius 13:13-15.) • Nabi Joseph Smith mengajarkan bahwa perumpamaan biji sesawi 8 dan ragi itu adalah mengenai Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir Ajaran-Ajaran Nabi Joseph Smith, diseleksi oleh Joseph Fielding Smith [1976], 98-100). Bagaimanakah anda telah melihat pekerjaan Tuhan berkembang seperti yang telah digambarkan oleh perumpamaan-perumpamaan ini? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Dapatkan 14 keping cebisan kertas. Pada setiap cebisan kertas tuliskan satu di antara ungkapan-ungkapan berikut, yang berkaitan dengan perumpamaan tentang gandum dan lalang: (1) si penabur, (2) Tuhan Yesus dan para RasulNya, (3) benih yang baik, (4) anggota Gereja yang benar, (5) ladang, (6) dunia, (7) lalang, (8) yang jahat, (9) musuh, (10) iblis, (11) masa menuai, (12) akhir dunia, (13) para penuai, dan (14) para malaikat. Untuk mengulang kaji perumpamaan gandum dan lalang itu, campur adukkan cebisan-cebisan kertas itu. Suruhlah anggota keluarga memadankan orang, benda, dan perbuatan dalam perumpamaan itu dengan maksudnya. Anda mungkin ingin membaca Matius 13:24-30, 36-43 dan A&P 86:1-7 sewaktu anda mengadakan perbincangan ini. Rantai Tulisan suci: “Telinga untuk Mendengar” Matius 13:9-16 Mosia 2:9 Alma 10:2-6 Alma 12:9-11 “Akulah Roti Kehidupan” 12 Yohanes 5-6; Markus 6: 30-44; Matius 14:22-33 • Yesus mencabar para pemimpin Yahudi untuk “menyelidiki tulisan suci” (Yohanes 5:39). Apakah perbezaan antara menyelidiki tulisan suci dan membacanya? Bagaimanakah anda telah membuat pembelajaran tulisan suci peribadi dan keluarga anda menjadi lebih bermakna? Bagaimanakah anda telah diberkati sewaktu anda menyelidiki tulisan suci? • Mengapakah iman Petrus goyah sewaktu dia berjalan di atas air? (Lihat Matius 14:30.) Bagaimanakah kita kadang kalanya membuat kesilapan yang sama semasa kesulitan berlaku? • Bagaimanakah “roti kehidupan” merupakan gambaran yang sesuai bagi Juruselamat dan berkat-berkat yang ditawarkanNya kepada kita? (Lihat Yohanes 6:35, 47-51.) Bagaimanakah kita dapat mengambil sebahagian dari “roti kehidupan” itu? (Lihat Yohanes 6:47, 51-54; Matius 26:26-28; Alma 5:33-35; A&P 20:77.) Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Baca Matius 14:22-32. Tegaskan bahawa Petrus memperlihatkan iman yang besar ketika dia berjalan di atas air, tetapi dia mulai tenggelam ketika dia menjadi takut. Tunjukkan gambar Yesus Kristus, dan yakinkan para anggota keluarga bahawa meskipun kadang kalanya akan ada kesulitan di sekeliling mereka, mereka dapat mengatasi rasa takut dengan mengingati Juruselamat dan mengikutiNya. Mintalah para anggota keluarga untuk menceritakan tentang saat-saat ketika mereka mengatasi rasa takut dengan mengingati Yesus Kristus dan ajaran-ajaranNya. Rantai Tulisan suci: Tulisan Suci Bersaksi tentang Kristus Yohanes 5:39 Yohanes 20:31 Kisah para Rasul 18:28 2 Nefi 25:26 9 “Kepadamu akan Kuberikan Kunci Kerajaan Syurga” 13 Matius 15:21-17:9 • Yesus berkata kepada Petrus, “Di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaatKu” (Matius 16:18). Nabi Joseph Smith mengajarkan bahwa batu karang yang dimaksudkan Yesus adalah wahyu (Ajaran-Ajaran Nabi Joseph Smith, diseleksi oleh Joseph Fielding Smith [1976], 274). Dalam cara apakah wahyu merupakan dasar Gereja Tuhan? • Penatua David B. Haight mengajarkan bahawa Permuliaan Yesus “bertujuan untuk memberikan penerangan rohaniah kepada kita seperti juga kepada mereka yang merupakan saksi-saksi peribadi” (dalam Conference Report, April 1977, 8; atau Ensign, Mei 1977, 7). Apakah yang dapat anda pelajari dari Permuliaan Yesus untuk membantu anda ketika anda memerlukan kekuatan rohani? (Lihat Matius 17:1-5.) Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah Matius 16:13-17. Jelaskan bahawa Petrus telah mendapat kesaksian tentang Yesus Kristus melalui wahyu dan kita dapat memperoleh kesaksian tentang Juruselamat melalui cara yang sama. Beritahu para anggota keluarga mengenai bagaimana anda telah menerima kesaksian tentang Yesus Kristus dan apa yang anda terus lakukan untuk menguatkan kesaksian anda. Seperti yang sepatutnya, mintalah anggota keluarga untuk berkongsikan kesaksian mereka. Doronglah mereka untuk menguatkan kesaksian mereka melalui doa setiap hari, belajar tulisan suci, dan ketaatan terhadap perintah-perintah Tuhan. Rantai Tulisan suci: Wahyu Amsal 29:18 Amos 3:7 I Korintus 2:9-12 Moroni 10:5 “Siapakah Sesamaku Manusia?” Matius 18; Lukas 10 • Apakah nasihat Yesus kepada mereka yang berhasrat untuk mencapai kebesaran sejati dalam kerajaanNya? (Lihat Matius 18:2-4; Markus 9:35.) Bagaimanakah kita dapat menjadi lebih seperti anak kecil dan lebih tunduk kepada kehendak Bapa kita di Syurga? • Dalam mengajarkan perumpamaan tentang hamba yang tidak berbelas 10 Galatia 1:11-12 II Petrus 1:20-21 Alma 5:46 14 kasihan, Yesus menekankan kepentingan untuk mengampuni orang lain (Matius 18:23-35). Bagaimanakah kita menyerupai hamba raja tersebut dalam hutang kita kepada Tuhan? Apakah yang anda boleh pelajari dari teladan raja dalam mengampuni orang lain? Apakah bahaya yang mendatang jika tidak mengampuni orang lain? (Lihat Matius 18:34-35.) • Apakah yang dapat anda pelajari dari perumpamaan orang Samaria yang baik? (Lihat Lukas 10:25-37.) Bagaimanakah anda telah diberkati melalui “orang Samaria yang baik”? Bagaimana anda dapat menjadi “orang Samaria yang baik”? (Lihat Mosia 4:26.) Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah perumpamaan tentang orang Samaria yang baik (Lukas 10:25-37). Berikan perhatian khusus terhadap ajakan Juruselamat untuk “pergilah, dan berbuatlah demikian” (Lukas 10:37). Kemudian buat sebuah senarai nama kawan-kawan, sanak saudara, dan kenalan lain, dengan menanyakan setiap anggota keluarga untuk memberikan sekurang-kurangnya satu nama untuk senarai tersebut. Buatlah rancangan untuk melayani satu atau dua orang di dalam senarai tersebut pada minggu yang akan datang. Sebagai sebahagian dari perbincangan keluarga ini, anda mungkin ingin menyanyikan bersama “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?”. (Nyanyian Rohani, no. 101). Rantai Tulisan suci: “Kasihilah Sesamamu” Lukas 10:25-37 Imamat 19:18 Matius 22:35-40 Yohanes 13:34-35 Mosia 2:17 A&P 38:24-25 “Akulah Terang Dunia” 15 Yohanes 7-8 • Apakah yang diarahkan oleh Yesus kepada orang ramai yang perlu mereka lakukan bagi mendapatkan sebuah kesaksian tentang ajaranajaranNya? (Lihat Yohanes 7:17.) Bagaimanakah anda dapat mengaplikasikan arahan ini dalam kehidupan anda? • Apakah ertinya bahawa Yesus adalah terang dunia? (Lihat rantai tulisan suci di bahagian ini.) Bagaimanakah anda dapat membantu orang lain melihat terang yang ditawarkan oleh Kristus? (Lihat Matius 5:16; 28:18-20; Filipi 2;14-15.) • Apakah yang telah Yesus janjikan kepada mereka yang akan terus mengikutiNya? (Lihat Yohanes 8:3132.) Kebenaran membebaskan kita dari apa? (Lihat Yohanes 8:33-34.) Bagaimana melakukan dosa menempatkan kita di dalam perhambaan? (Lihat Alma 12:11; 34:35.) Bagaimanakah dengan mengetahui kebenaran telah membuat anda bebas? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Padamkan lampu di dalam bilik, dan tutupkan tirai atau langsir. Mintalah seorang anggota keluarga untuk melakukan sesuatu tugasan mudah yang memerlukan penglihatan, seperti membaca tulisan suci atau menggambarkan sebuah gambar. Kemudian hidupkan lampu, bukakan tirai atau langsir, dan mintalah anggota keluarga itu untuk melakukannya sekali lagi. Bincangkan mengapa lebih mudah untuk melakukannya dengan lampu yang menyala. Bacalah Yohanes 8:12, dan mintalah para anggota keluarga untuk membincangkan cara-cara bahawa Yesus Kristus adalah terang dunia. 11 Rantai Tulisan suci: Yesus Kristus— “Terang Dunia” Yohanes 8:12 Mazmur 27:1 Yesaya 2:5 Alma 38:9 3 Nefi 15:9 A&P 88:6-13 “Aku Tadinya Buta, dan Sekarang Aku Dapat Melihat” 16 Yohanes 9-10 • Yesus telah menyembuhkan seorang lelaki yang telah dilahirkan buta (Yohanes 9:1-7). Bagaimanakah kesaksian lelaki yang telah disembuhkan ini berkembang semasa dia terus berkongsikannya? (Lihat Yohanes 9:11, 17, 33, 38.) Bagaimanakah kesaksian anda berkembang sewaktu anda berkongsikannya? • Bagaimanakah tindak balas ibu bapa lelaki yang buta itu apabila ditanya oleh orang-orang Farisi mengenai mukjizat tersebut? (Lihat Yohanes 9:18-23.) Mengapakah ibu bapa lelaki buta tersebut memberi tindak balas sedemikian? (Lihat Yohanes 9:22.) Bagaimanakah kita kadang kalanya seperti ibu bapa kepada lelaki buta tersebut? Bagaimanakah anda dapat menjadi lebih teguh dalam kesaksian anda? • Dalam perbincangan Yesus mengenai gembala dan kambing biri-biriNya, siapakah yang dilambangkan sebagai kambing biri-biri? (Lihat Yohanes 10:4, 27.) Siapakah gembala itu? (Lihat Yohanes 10:11.) Apakah sifatsifat seorang gembala yang baik? (Lihat Yohanes 10:3-4, 7, 9-15.) Bagaimanakah Yesus menjadi contoh yang sempurna sebagai seorang gembala? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah Yohanes 9:1-38, sambil meminta para anggota keluarga untuk mencari cara-cara Juruselamat membantu orang buta itu melihat kembali secara jasmani dan rohani. Bincangkan bagaimana penglihatan rohani dan penglihatan jasmani adalah serupa dan berbeza. Mintalah anggota keluarga untuk membincangkan cara-cara bagi meningkatkan kemampuan mereka untuk “melihat” kebenaran-kebenaran injil. Rantai Tulisan suci: Yesus Kristus— “Gembala yang Baik” Mazmur 23:1-6 Yesaya 40:11 Yehezkiel 34:11-12 “Apa yang Harus Kuperbuat untuk Memperoleh Hidup yang Kekal?” Yohanes 10:11 Mosia 26:21 Alma 5:60 17 Markus 10:17-30; 12:41-44; Lukas 12:13-21; 14; 16 • Apakah berkat-berkat yang lebih penting daripada harta benda? 12 (Lihat Lukas 12:31-34; A&P 6:7 untuk beberapa contoh.) • Mengapakah banyak orang menambatkan hati mereka terhadap kekayaan duniawi meskipun mereka mengetahui semuanya hanyalah sementara? Bagaimanakah kita dapat menentukan sama ada kita terlalu mementingkan harta benda? • Apakah yang Tuhan telah minta anda korbankan? Bagaimanakah anda telah diberkati kerana membuat pengorbanan tersebut? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Letakkan satu set kitab suci di bahagian hujung bilik dan sekeping wang kertas di hujung yang satu lagi. Undanglah seorang anggota keluarga untuk cuba berjalan dalam garisan lurus menuju kitab suci itu sambil melihat ke arah wang tersebut. Jika anggota keluarga mengalami kesukaran mencapai kitab suci itu, tanyakan mengapa ianya sukar. Jika dia mampu mencapai kitab suci itu, tanyakan sejauh manakah dia mampu melakukannya tanpa menyimpang dari garis lurus tersebut. Baca Markus 10:17-24, dan jelaskan bahawa kita tidak dapat memasuki kerajaan Tuhan (dilambangkan oleh kitab suci) jika kita menumpukan perhatian kita terhadap harta benda duniawi (dilambangkan oleh wang). Bincangkan bagaimana untuk mengembangkan dan menjaga sikap yang sesuai mengenai harta benda. Rantai Tulisan suci: Mencari Kerajaan Allah Matius 6:19-21 Matius 6:33 Markus 10:28-30 “Ia Telah Hilang dan Ditemui Kembali” Lukas 15; 17 • Apakah yang dapat anda pelajari daripada perbuatan gembala dalam perumpamaan tentang kambing biri-biri yang hilang dan wanita dalam perumpamaan tentang sekeping wang perak itu? (Lihat A&P 18:10-13.) Bagaimanakah seseorang itu dianggap “sesat”? Apakah tanggungjawab kita terhadap mereka yang sesat itu? (Lihat Lukas 15:4-5, 8; Alma 31:34-35.) • Dalam perumpamaan tentang anak lelaki yang boros, apakah yang dilakukan oleh si ayah ketika dia melihat anaknya kembali? (Lihat Lukas 15:20.) Bagaimanakah si ayah itu bertindak balas terhadap pengakuan dosa anaknya? (Lihat Lukas 15:21-24.) Bagaimanakah tidak balas si ayah itu serupa dengan tindak balas Tuhan Yakub 2:18-19 A&P 6:6-7 18 apabila kita bertaubat? (Lihat Lukas 15:7; Mosia 26:30; A&P 58:42.) Cadangan Untuk Perbincangan Keluarga Tinjau kembali kisah tentang Yesus menyembuhkan sepuluh orang pesakit kusta (Lukas 17:11-19). Bincangkan beberapa sebab mengapa kita, seperti sembilan pesakit kusta itu, tidak selalu menyatakan rasa kesyukuran kita kepada Tuhan. Berbincanglah tentang hal-hal yang dapat kita lakukan untuk menyatakan rasa kesyukuran kita kepada Tuhan dengan lebih baik setiap hari. Sebagai sebahagian dari perbincangan keluarga ini, anda mungkin ingin menyanyikan bersama-sama lagu “Ku Berdiri Kagum” (Nyanyian Rohani, no. 82). 13 Rantai Tulisan suci: Bersukacita bersama Tuhan mengenai Mereka yang Bertaubat Lukas 15:4-10 Lukas 15:11-24 Alma 26:11-16 A&P 18:10-16 “Imanmu Telah Menyelamatkan Kamu 19 Lukas 18:1-8, 35-43; 19:1-10; Yohanes 11 • Bagaimanakah orang buta yang dekat dengan Yerikho menunjukkan bahawa dia beriman kepada Tuhan? (Lihat Lukas 18:38-42.) Bagaimanakah anda telah diberkati sewaktu anda beriman kepada Yesus Kristus? • Bagaimanakah Zakheus menunjukkan hasrat besarnya untuk melihat Yesus? (Lihat Lukas 19:3-4.) Apakah yang Yesus katakan kepada Zakheus setelah melihatnya di atas pokok? (Lihat Lukas 19:5.) Bagaimanakah Zakheus membalas perkataan Yesus? (Lihat Lukas 19:6.) Apakah yang dapat kita lakukan untuk menerima Juruselamat dengan penuh sukacita ke dalam rumah kita? • Apakah yang mengagumkan anda mengenai kesaksian Marta yang tercatat di dalam Yohanes 11:21-27? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah Yohanes 11:1-46. Tanyakan kepada para anggota keluarga bagaimana perasaan mereka terhadap Juruselamat ekoran daripada kisah tersebut. Tinjau kembali ayat-ayat di dalam bahagian yang memperlihatkan iman Maria dan Marta kepada Yesus Kristus. Mintalah para anggota keluarga untuk memilih satu perkara yang dapat mereka lakukan untuk memperlihatkan iman yang lebih kuat kepada Juruselamat. Rantai Tulisan suci: Iman yang Tak Tergoyahkan Matius 8:5-10, 13 Markus 10:46-52 “Celakalah Kamu,… Orang-orang Munafik” Matius 21-23; Yohanes 12:1-8 • Apakah yang mengagumkan anda mengenai kisah Yesus yang menunggang keldai dengan rendah hati namun penuh kemenangan memasuki Yerusalem? (Lihat Matius 21:111.) Bagaimanakah perasaan anda seandainya anda hadir di sana pada hari itu? • Mengapa anda fikir perintah-perintah dalam Matius 22:37-40 begitu 14 II Timotius 4:7 Eter 3:3-13 20 penting? Apakah yang dapat anda lakukan untuk lebih mematuhi perintah-perintah ini? • Juruselamat telah berulang kali menyatakan kutukan terhadap para ahli Taurat dan orang Farisi kerana mereka adalah orang-orang yang munafik. Mereka menumpukan perhatian besar terhadap tatacara dan tindakan luaran yang membuatkan mereka kelihatan benar, tetapi mereka tidak peduli untuk menjadi benar di dalam hati mereka (Matius 23:13-33). Apakah yang dapat anda lakukan untuk menghindari kemunafikan? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Lukiskan pada sekeping kertas gambar sebatang pokok dengan daun-daun tetapi tanpa buah. Pada halaman belakang kertas itu, lukiskan sebatang pokok dengan daun-daun dan buah. Tunjukkan kepada para anggota keluarga gambar pokok tanpa buah, dan mintalah seorang anggota keluarga untuk membaca Matius 21:17-20. Jelaskan bahawa ketika kita berpura-pura menjadi benar tetapi tidak hidup benar, kita adalah seperti pokok buah yang berdaun banyak tetapi tanpa buah. Tunjukkan kepada para anggota keluarga gambar pokok yang berbuah, dan doronglah mereka untuk hidup dengan benar—untuk melakukan lebih daripada sekadar memberikan penampilan yang benar. Rantai Tulisan suci: Komitmen yang Tulus Matius 22:37 Yosua 24:15 1 Nefi 3:7 Omni 1:26 A&P 4:1-2 A&P 20:37 “Apakah Tanda KedatanganMu?” 21 Joseph Smith—Matius (Matius 24) • Apakah tanda Kedatangan Kedua Juruselamat yang digambarkan di dalam Joseph Smith 1:22? Apakah bukti yang anda lihat bahawa wahyu ini sedang digenapi? Bagaimanakah kita dapat mengelak dari ditipu oleh nabi-nabi palsu? (Lihat Matius 7:15-20; A&P 45:57; 46:7-8.) • Tuhan telah mengajarkan bahawa kita seharusnya “tidak menjadi risau” kerana peperangan dan desasdesus tentang peperangan ( Joseph Smith—Matius 1:23). Bagaimanakah kita dapat mencari kedamaian dalam keadaan yang huru-hara ini? (Lihat I Yohanes 4:16-18; A&P 6:34-36; 45:34-35; 59:23.) • Tuhan telah memberitahu para pengikutNya di Yerusalem untuk “berdiri di tempat kudus” ( Joseph Smith—Matius 1:12), dan Dia telah memberikan nasihat yang sama pada zaman kita (A&P 87:8; 101:22). Di manakah tempat-tempat kudus yang seharusnya kita berdiri? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bincangkan beberapa tanda yang mendahului Kedatangan Kedua, seperti yang digariskan dalam rantai tulisan suci dalam bahagian ini. Berikan surat khabar dan majalah Gereja yang terbaru. Suruhlah para anggota keluarga bekerja secara individu atau berpasangan untuk mencari di dalam surat khabar dan majalah tentang tandatanda Kedatangan Kedua. Semasa mereka berkongsikan tentang apa yang telah mereka temui, bincangkan bagaimana untuk mempersiapkan diri untuk Kedatangan Kedua tersebut. Rantai Tulisan suci: Tanda-tanda Kedatangan Kedua Yesaya 2:2-3 Joseph Smith— Matius 1:21-37 Daniel 2:44 A&P 45:16-35 15 “Warisilah Kerajaan yang telah Disediakan Bagimu” 22 Matius 25 • Perumpamaan tentang sepuluh perawan (Matius 25:1-13) adalah melambangkan tentang Kedatangan Kedua. Pengantin lelaki melambangkan Juruselamat, sepuluh perawan melambangkan para anggota gereja, dan minyak dalam pelita melambangkan persiapan bagi Kedatangan Kedua. Apakah yang dapat kita lakukan untuk menambahkan “minyak” ke dalam “pelita” kita? • Dalam Matius 25:14-30, wang emas melambangkan kurniaan dari Tuhan. Setiap orang telah diberikan sekurang-kurangnya satu kurniaan dari Tuhan (A&P 46:11-12), tetapi beberapa kurniaan adalah lebih mudah untuk dikenali berbanding kurniaan yang lain. Apakah kurniaan-kurniaan yang mungkin sukar untuk dikenal pasti tetapi boleh digunakan untuk melayani orang lain dan memuliakan Tuhan? • Menurut anda apakah maksud Juruselamat ketika Dia mengatakan, “Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudaraKu yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku”? (Matius 25:40; lihat juga Mosia 2:17). Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah perumpamaan tentang wang emas (Matius 25:14-30), dan jelaskan bahawa wang emas itu melambangkan kurniaan-kurniaan dari Tuhan. Mintalah setiap anggota keluarga untuk berbicara mengenai satu atau dua bakat atau kurniaan yang telah diberkatkan kepadanya. Kemudian suruhlah setiap anggota keluarga berbicara tentang bakat atau kurniaan yang telah diberkatkan kepada setiap anggota keluarga yang lain. Bincangkan cara-cara para anggota keluarga dapat menggunakan kurniaan-kurniaan ini untuk membantu membangunkan kerajaan Tuhan di bumi. Rantai Tulisan suci: Mempersiapkan Diri untuk Kedatangan Kedua Matius 25:1-13 A&P 38:29-30 A&P 45:36-39 A&P 88:123-26 “Sama Seperti Aku Mengasihi Kamu, Demikian Pula Kamu harus Saling Mengasihi” 23 Lukas 22:1-38; Yohanes 13-15 • Ketika Yesus dan para RasulNya bertemu untuk menyantap hidangan Paskah, Yesus memperkenalkan tatacara sakramen (Lukas 22:19-20). Mengapakah penting untuk mengambil sakramen setiap minggu? Bagaimanakah anda dapat 16 mempersiapkan diri secara rohani sebelum mengambil sakramen? • Apakah yang Yesus telah katakan kepada para Rasul tentang sebab Dia mencuci kaki mereka? (Lihat Yohanes 13: 12-17.) Bagaimanakah pelayanan kepada orang lain telah mendatangkan kebahagiaan bagi diri anda? • Yesus berkata, “Dengan demikian semua orang akan tahu, bahawa kamu adalah murid-muridKu, yaitu jikalau kamu saling mengasihi” (Yohanes 13:35). Adakah cara anda melayan orang lain menunjukkan bahawa anda adalah seorang murid, atau pengikut Kristus? Apakah halhal tertentu yang dapat anda lakukan untuk mengikuti teladan kasih sayang Kristus? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Mintalah seorang anggota keluarga untuk membacakan A&P 20:77. Bincangkan maksud roti sakramen. Mintalah seorang lagi anggota keluarga untuk membacakan A&P 20:79. Bincangkan maksud air sakramen, dengan menyatakan bahawa pada hari ini kita menggunakan air dan bukan wain. Jelaskan bahawa ketika kita mengambil sakramen, kita berjanji untuk selalu mengingati Yesus. Bicarakan tentang hal-hal yang dapat dilakukan oleh para anggota keluarga yang akan membantu mereka mengingati Yesus. Sebagai sebahagian dari perbincangan keluarga ini, anda mungkin ingin menyanyikan bersama-sama sebuah nyanyian sakramen atau lagu Pratama “Memikirkan tentang Yesus” Buku Nyanyian Anak-Anak, 71). Rantai Tulisan suci: Sakramen Matius 26:26-28 Lukas 22:19-20 3 Nefi 18:5-12 A&P 20:77, 79 “Inilah Hidup yang Kekal” 24 Yohanes 16-17 • Apakah misi Roh Kudus? (Lihat Yohanes 14:26; 15:26; 16:7-14.) Bagaimanakah kita dapat mengenali pengaruh dari Roh Kudus? (Lihat Galatia 5:22-23; A&P 6:15, 23; 11:13.) Bagaimanakah penerimaan kurniaan Roh Kudus telah membantu anda? • Yesus berkata kepada para RasulNya, “Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu, Aku telah mengalahkan dunia” (Yohanes 16:33). Bagaimanakah pengetahuan tentang Yesus telah mengalahkan dunia dapat membantu menguatkan hati kita ketika berhadapan dengan penderitaan? Mengapakah penting untuk menguatkan hati? • Di dalam doaNya, Juruselamat berkata, “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahawa mereka mengenal Engkau satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus” (Yohanes 17:3). Bagaimanakah mengenali Bapa Surgawi dan Yesus Kristus berbeza daripada sekadar mengetahui tentang mereka? Bagaimanakah kita dapat mengenali mereka? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Dalam sebuah kotak, letakkan secebis kertas yang bertuliskan Kurniaan Roh Kudus. Dalam kotak yang kedua, letakkan secebis kertas yang bertuliskan Hidup yang Kekal. Bungkuskan kotakkotak ini untuk kelihatan seperti hadiah. Jelaskan bahawa dalam Yohanes 16-17, Yesus menyebutkan dua kurniaan 17 terbesar yang dapat kita terima. Mintalah seorang anggota keluarga untuk membuka kotak pertama dan membaca tulisan di dalamnya. Bacalah Yohanes 16:13, dan jelaskan bahawa di dalam ayat ini “Roh Kebenaran” merujuk kepada Roh Kudus. Mintalah anggota keluarga yang lain untuk membuka kotak kedua dan membaca tulisan di dalamnya. Bacalah Yohanes 17:1-3. Nyatakan rasa kesyukuran anda terhadap kurniaan Roh Kudus dan peluang untuk menerima hidup yang kekal. Rantai Tulisan suci: “Jadilah Satu, Sama Seperti Kita Adalah Satu” Yohanes 17:20-26 Filipi 1:27 Mosia 18:21 4 Nefi 1:15-17 A&P 35:2 A&P 38:24-27 “Bukanlah KehendakKu, Melainkan KehendakMulah yang Terjadi” 25 Matius 26:36-46; Markus 14:32-42; Lukas 22:39-46 • Mengapakah Yesus bersedia untuk tunduk pada penderitaan besar yang Dia tahu akan dialamiNya di Taman Getsemani? (Lihat Matius 26:39, 42, 44.) Apakah yang dapat anda pelajari dari doa Juruselamat di Getsemani? Bagaimanakah anda telah diberkati sewaktu anda tunduk kepada kehendak Bapa Syurgawi? • Apakah yang dialami oleh Juruselamat di Getsemani? (Lihat A&P 19:16-19; Lukas 22:44; Mosia 3:7; Alma 7:11-13.) • Mengapakah kita memerlukan Korban Tebusan Yesus Kristus? (Lihat 1 Nefi 10:21; 2 Nefi 2:5-9; Alma 34:9; Musa 6:48.) Berkat-berkat apakah yang tersedia bagi kita disebabkan oleh korban tebusan Juruselamat? (Lihat Mosia 16:7-8; Alma 7:11-13; A&P 19:23.) Bagaimanakah kita dapat menerima berkat-berkat ini? (Lihat Alma 7:14; Pasal-pasal Kepercayaan 1:3.) Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Tunjukkan gambar Yesus Berdoa di Getsemani (Kit Gambar Lukisan Injil 227). Bacakan catatan Yesus di Getsemani, seperti yang terdapat dalam Matius 26:36-46, Lukas 22:39-46, atau A&P 19:16-19. Undanglah setiap anggota keluarga untuk berkongsikan perasaan mereka terhadap Korban Tebusan Yesus Kristus. Rantai Tulisan suci: Korban Tebusan Yesus Kristus Lukas 22:39-44 A&P 19:15-19 Mosia 3:7, 9 “Untuk Akhir Inilah Aku Dilahirkan” Matius 26:47-27:66; Markus 14:43-15:39; Lukas 22:47-23:56; Yohanes 18-19 • Apakah yang Petrus lakukan ketika orang-orang di luar istana Kayafas 18 2 Nefi 9:5-8 Alma 7:11-14 Pasal-pasal Kepercayaan 1:3 26 mengatakan bahawa dia mengenal Yesus? (Lihat Matius 26:69-75; lihat juga ayat 34.) Bagaimana segelintir daripada kita, seperti Petrus, kadang kalanya menyangkal iman kita? Apakah yang dapat kita pelajari dari kehidupan Petrus setelah dia menyangkal Tuhan? • Bagaimanakah perasaan anda ketika anda merenungkan penderitaan Juruselamat bagi pihak anda? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan rasa kesyukuran anda terhadap Korban Tebusan? (Sewaktu anda merenungkan pertanyaan-pertanyaan ini, anda mungkin ingin mencatat buah fikiran anda di dalam buku harian anda.) Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bincangkan tentang orang-orang berikut yang disebutkan di dalam catatan tulisan suci mengenai kematian dan pengebumian Yesus. Tanyakan kepada para anggota keluarga apakah yang mereka ingat tentang setiap orang atau kumpulan orang tersebut. Yesus Kristus Pilatus Simon dari Kirene Dua pencuri Pencemuh Yohanes yang Terkasih Askar-Askar Kepala pasukan Yusuf dari Arimatea Maria, ibu Yesus Rantai Tulisan suci: “Tidak Ada Kasih Yang Lebih Besar” Lukas 23:33- -46 Yohanes 15:13 1 Nefi 19:9- -10 A&P 34:1- -4 “Ia Tidak Ada Di Sini, Sebab Ia Telah Bangkit” Matius 28; Lukas 24; Yohanes 20-21 • Mengapakah penting untuk mengetahui bahawa Yesus telah bangkit dari kematian? Apakah kesan yang diberikan oleh khabar ini kepada umat manusia? Apakah kesannya ke atas anda? • Tuhan yang telah bangkit memperlihatkan diriNya kepada tujuh orang RasulNya semasa mereka mencari ikan dan dengan ajaibnya memberikan mereka ikan dalam jumlah yang banyak (Yohanes 21:4-7). Setelah mereka makan, apakah yang Yesus minta agar dilakukan oleh Petrus dan para Rasul? (Lihat Yohanes 21:15-17.) Bagaimanakah kita dapat memelihara domba-domba Tuhan? • Apakah sebab Yohanes untuk menuliskan beberapa hal yang dikatakan dan dilakukan oleh Yesus yang telah bangkit? (Lihat Yohanes 20:30-31.) 27 Bagaimanakah anda telah menerima manfaat dari mempelajari catatan tulisan suci mengenai Kebangkitan Yesus? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Suruhlah seorang anggota keluarga memakai sarung tangan pada tangannya dan menggerak-gerakkan jari-jemarinya. Jelaskan bahawa sarung tangan itu melambangkan tubuh kita dan tangan melambangkan roh kita. Roh bergabung dengan tubuh lalu membentuk manusia yang hidup. Suruhlah anggota keluarga itu menanggalkan sarung tangannya. Jelaskan bahawa apabila kita mati, roh kita akan berpisah daripada tubuh kita. Kemudian tubuh kita akan mati, tetapi roh kita akan tetap hidup. Suruhlah anggota 19 keluarga itu memakai kembali sarung tangannya. Jelaskan bahawa kebangkitan adalah penyatuan kembali roh dengan tubuh. Apabila kita dibangkitkan, kita tidak akan pernah mati atau terkena penyakit lagi. Bersaksilah bahawa kerana Kebangkitan Yesus Kristus, semua orang akan dibangkitkan. (Pelajaran dengan contoh objek ini diadaptasikan dari pembentangan oleh Penatua Boyd K. Packer [dalam Conference Report, April 1973, 79-80; atau Ensign, Julai 1973, 51, 53].) Sebagai sebahagian dari perbincangan keluarga ini, anda mungkin ingin menyanyikan bersama-sama “Dia Bangkit!” (Nyanyian Rohani, no. 85) atau “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” (Buku Nyanyian Anak-anak, 49). Rantai Tulisan suci: Penampakan Diri Tuhan yang Telah Bangkit Yohanes 20:11-29 Lukas 24:36-51 I Korintus 15:3-5 Kisah para Rasul 9:1-6 3 Nefi 11:1-14 Joseph Smith 1:11-17 “Kami Adalah Para Saksi” 28 Kisah para Rasul 1-5 • Bagaimanakah kurniaan Roh Kudus membantu para Rasul dalam tanggungjawab mereka untuk menjadi saksi-saksi bagi Yesus Kristus? (Lihat Yohanes 15:26-27; I Korintus 12:3.) Apakah peranan Roh Kudus dalam usaha kita untuk mengajarkan Injil? (Lihat 2 Nefi 33:1; A&P 42:14.) • Bagaimanakah tindak balas Petrus kepada mereka yang mencemuh para Rasul kerana berbicara dalam bahasa roh? (Lihat Kisah Para Rasul 2:14-24, 36.) Apakah yang mengagumkan anda terhadap tindak balas Petrus? Mengapakah penting untuk memiliki kesaksian tentang Yesus Kristus serta misi ilahiNya? Bagaimanakah Roh Kudus dapat membantu kita berkongsikan kesaksian kita? • Petrus menggunakan mukjizat sebagai peluang untuk bersaksi tentang Yesus Kristus (Kisah para Rasul 3:1226; 4:5-12). Peluang apakah yang anda miliki untuk bersaksi tentang Kristus? Bagaimanakah anda telah diberkati sewaktu anda menjadi saksi 20 (atau telah mendengar orang lain menjadi saksi) bagi Yesus Kristus? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Baca Mosia 18:8–9, dengan memberikan perhatian pada arahan untuk “berdiri sebagai para saksi Allah setiap saat dan dalam segala hal, dan di segala tempat.” Tanyakan kepada para anggota keluarga bagaimana mereka dapat mengikuti arahan ini. Suruhlah seorang anggota keluarga menceritakan pengalaman yang dimilikinya dalam menjadi saksi bagi Yesus Kristus dan injilNya. Doronglah anggota keluarga untuk menjadi saksi bagi Juruselamat dalam segala yang mereka katakan dan lakukan dalam minggu yang akan datang. Rantai Tulisan suci: Para Rasul— Saksi Khusus Kristus Kisah para Rasul 1:1-8 Kisah para Rasul 4:33 A&P 27:12 A&P 107:23 “Jumlah Murid Makin Bertambah” 29 Kisah para Rasul 6-9 • Ketika Gereja pada zaman awalnya sedang berkembang, kumpulankumpulan di dalamnya kadang-kala memiliki percanggahan antara satu sama lain (Kisah para Rasul 6:1). Bagaimanakah kita sebagai para anggota Gereja dapat mengatasi perselisihan dan perpecahan di antara kita? Mengapakah penting untuk kita melakukan ini? • Bagaimanakah Filipus bertemu dengan sida-sida Etiopia itu? (Lihat Kisah para Rasul 8:25-29.) Berkat apakah yang datang kepada Filipus dan orang Etiopia itu kerana Filipus telah mengikuti Roh Kudus? (Lihat Kisah para Rasul 8:30-38.) Berkat apakah yang telah datang kepada anda (atau seseorang yang anda kenali) kerana anda telah mengikuti Roh Kudus? • Saulus telah berubah daripada seorang penganiaya Orang Suci menjadi seorang hamba Tuhan yang hebat setelah dia mendengar suara Tuhan (Kisah para Rasul 9:1-9, 17). Bagaimanakah kita dapat mendengar suara Tuhan? (Lihat A&P 1:38; 6:23; 8:2; 18:34-36.) Bagaimanakah dengan mendengarkan suaraNya dapat membantu kita menjadi dipertobatkan? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Setelah membaca dan menandakan rantai tulisan suci di bahagian ini sebagai keluarga, tanyakan soalan-soalan berikut: • Mengapakah penting untuk menjadi anggota sebuah lingkungan (atau cawangan) gereja? Siapakah para pemimpin dan pengajar di dalam lingkungan gereja kita? Apakah yang mereka lakukan untuk membantu dan menyokong kita? Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu dan menyokong mereka? Rantai Tulisan suci: Bekerja Bersama di dalam Kerajaan Tuhan Keluaran 18:13-26 Kisah Para Rasul 6:1-3 A&P 64:33-34 “Allah Tidak Membezakan Orang” Kisah Para Rasul 10-14; 15:1-35 • Bagaimana reaksi para anggota Gereja ketika mereka mendengar bahawa Petrus telah mengajarkan injil kepada bangsa bukan Yahudi? (Lihat Kisah Para Rasul 11:1-3.) Apakah yang harus kita lakukan apabila kita menerima arahan baru daripada para pemimpin Gereja kita, walaupun kita pada awalnya tidak A&P 107:99 I Korintus 12:12-21 Efesus 4:11-16 30 menyukai arahan itu atau menganggapnya sukar untuk difahami? (Lihat Yohanes 7:17; 2 Nefi 28:30; A&P 6:11, 14-15.) • Apakah yang diperlihatkan oleh pemanggilan Saulus dan Barnabas terhadap cara para anggota Gereja dipanggil ke dalam pelayanan Tuhan? (Lihat Kisah Para Rasul 21 13:1-3.) Pengalaman apakah yang telah membantu anda mengetahui bahawa panggilan pelayanan di Gereja diinspirasikan oleh Roh Kudus? • Paulus dan Barnabas kembali ke kota-kota di mana mereka telah mendirikan cabang-cabang Gereja untuk membantu para Orang Suci “menerus di dalam iman” (Kisah para Rasul 14:22; lihat juga ayat-ayat 21 dan 23). Apakah yang dapat anda lakukan untuk menyokong para anggota baru di dalam lingkungan atau cawangan anda? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bincangkan pengalaman Saulus dan Barnabas sebagai para penginjil (Kisah Para Rasul 13-14). Kongsikan pengalaman yang telah anda perolehi sebagai penginjil sepenuh masa, atau undanglah seorang penginjil yang telah kembali untuk berkongsikan pengalaman misinya. Bincangkan bagaimana pengalaman Saulus dan Barnabas adalah serupa dengan pengalaman para penginjil pada hari ini. Sebagai keluarga, tuliskan sepucuk surat kepada seorang penginjil. Sebagai sebahagian dari doa keluarga anda, mintalah kepada Bapa Syurgawi untuk memberkati dan melindungi para penginjil. Rantai Tulisan suci: “Tuhan Tidak Membezakan Orang” Kisah Para Rasul 10:34-35 Kisah Para Rasul 15:7-11 Roma 2:9-11 2 Nefi 26:33 “Demikianlah Jemaat-Jemaat Ditubuhkan Dalam Iman” 31 Kisah Para Rasul 15:36-18:22; I dan II Tesalonika • Bagaimanakah orang-orang di rumah ibadat di Berea menerima ajaran-ajaran Paulus? (Lihat Kisah Para Rasul 17:10-12.) Bagaimanakah anda dapat membina suatu “persediaan fikiran” untuk mempelajari injil? • Apakah yang Paulus telah ajarkan kepada para orang Atena mengenai Tuhan? (Lihat Kisah Para Rasul 17:22–31; lihat juga Terjemahan Joseph Smith bagi Kisah Para Rasul 17:27 dalam nota kaki 27b.) Mengapakah penting untuk mengetahui bahawa “kita ini dari keturunan Allah”? (Kisah Para Rasul 17:28). Bagaimanakah pemahaman terhadap sifat sejati Tuhan dan perananNya sebagai Bapa kita membantu kita mengasihi dan memujaNya? 22 • Apakah yang Paulus ajarkan di dalam I Tesalonika 1:5 dan 2:2–12 mengenai cara mengajarkan injil kepada orang lain? Bagaimanakah dengan mengikuti asas-asas ini telah membantu anda mengajarkan injil? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Buatlah rancangan untuk mengundang para penginjil sepenuh masa di kawasan anda datang ke rumah anda untuk makan malam. Mintalah mereka untuk berkongsikan perasaan mereka mengenai kepentingan pekerjaan misi dan untuk berbicara tentang bagaimana mereka mempersiapkan diri untuk melayani sebagai para penginjil sepenuh masa. Sebagai sebahagian dari perbincangan ini, anda mungkin ingin menyanyikan bersama “Kita Dipanggil ‘Tuk Melayani” (Nyanyian Rohani, no. 118; Buku Nyanyian Anak-anak, 100) atau “Kuingin Menjalankan Misi” (Buku Nyanyian Anak-anak, 97). Rantai Tulisan suci: Sifat-sifat para Penginjil yang Berjaya I Tesalonika 2:1-12 II Korintus 4:5 A&P 4:1-7 A&P 38:41 A&P 88:81 A&P 123:12-14 “Hidup di dalam Roh” 32 Kisah Para Rasul 18:23-20:38; Galatia • Paulus mengakhiri ajarannya kepada para saudara di Efesus dengan mengingatkan mereka pada ajaran Tuhan bahawa “adalah lebih berbahagia memberi daripada menerima” (Kisah para Rasul 20:35). Bagaimanakah anda telah mendapati bahawa hal ini adalah benar di dalam kehidupan anda? • Paulus mendorong para penduduk Galatia untuk mencari buah hasil, atau kesan, hidup dengan Roh Kudus (Galatia 5:16, 25). Apakah contoh beberapa buah hasil ini? (Lihat rantai tulisan suci di bahagian ini.) Bagaimanakah buah-buah hasil ini telah dinyatakan di dalam kehidupan anda? Apakah yang harus kita lakukan apabila kita merasakan buah-buah hasil ini tidak hadir di dalam kehidupan kita? • Apakah maksud “apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya”? (Lihat Galatia 6:7-9.) Bagaimanakah asas injil ini boleh diaplikasikan dalam kemampuan kita untuk mendengar dan mengikuti dorongan Roh Kudus? Bagaimanakah asas injil ini boleh diaplikasikan di dalam hubungan kita dengan orang lain dan juga situasi lain di dalam kehidupan kita? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Tanyakan kepada para anggota keluarga bagaimana mereka dapat mengenali pengaruh Roh Kudus di dalam rumah mereka. Bincangkan halhal yang dapat anda lakukan sebagai keluarga untuk mengundang Roh Kudus. Tentukan matlamat sebagai sebuah keluarga untuk mengundang Roh Kudus ke dalam rumah anda dalam minggu yang akan datang. Rantai Tulisan suci: Buah-buah dari Roh Galatia 5:22-23 Yohanes 14:26 Yohanes 15:26 “Kamu adalah Bait Suci Tuhan” I Korintus 1-6 • Apakah masalah yang Paulus bicarakan di dalam I Korintus 1:10-13? Bagaimanakah perpecahan dan Moroni 8:26 Moroni 10:3-5 A&P 6:22-23 33 pertikaian mempengaruhi pergaulan kita sebagai pengikut Kristus? (Lihat Mosia 18:21-22; 3 Nefi 23 11:29-30; A&P 38:27.) Apakah yang Paulus ajarkan kepada para Orang Suci yang perlu mereka lakukan agar lebih bersatu? (Lihat I Korintus 1:10.) • Paulus mengajarkan bahawa kebijaksanaan Tuhan akan "memperbdohkan kebijaksanaan dunia (I Korintus 1:18-21). Bagaimanakah kebijaksanaan Tuhan berbeza dengan kebijaksanaan dunia? (Lihat Yesaya 55:8-9; A&P 38:1-2.) Apakah contoh-contoh kebijaksanaan Tuhan yang memperbodohkan kebijaksanaan duniawi? Bagaimanakah kita dapat mengetahui “segala sesuatu tentang Tuhan”? (Lihat I Korintus 2:10-13.) • Paulus telah membandingkan tubuh kita dengan apa? (Lihat I Korintus 3:16-17; 6:19-20.) Apakah yang boleh kita lakukan untuk melayan tubuh kita sebagai bait suci? Apakah berkat-berkat menjadi seorang yang berakhlak bersih? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Jelaskan bahawa Paulus sering berkomunikasi dengan para anggota Gereja dengan mengirimkan warkah, atau surat. Bincangkan beberapa cara para nabi, rasul, dan pemimpin Gereja yang lain berkomunikasi dengan kita pada hari ini. Sebagai keluarga, bacalah satu pesanan dari persidangan umum dari Liahona atau majalah terbitan Gereja yang lain. Bincangkan bagaimana anda dapat mengaplikasikan pesanan tersebut. Rantai Tulisan suci: Kebersihan Moral I Korintus 3:16-17 I Korintus 6:19-20 Galatia 5:16 “Patuhi Tatacara-Tatacara, yang Kusampaikan Kepadamu” 3 Nefi 12:27-30 A&P 42:22 A&P 46:33 34 I Korintus 11-16 • Apakah maksud “dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa lelaki dan tidak ada lelaki tanpa perempuan”? (I Korintus 11:11). Mengapakah hubungan suami dan isteri sangat penting di dalam kerajaan Tuhan? Apakah yang telah diajarkan kepada kita mengenai bagaimana para suami dan isteri harus melayani antara satu sama lain? • Menurut Paulus, apakah tujuan sakramen? (Lihat I Korintus 11:23-26; lihat juga Lukas 22:19-20.) Mengapakah penilaian terhadap kelayakan diri kita merupakan suatu bahagian yang penting dalam sakramen? 24 • Tulisan-tulisan suci menasihatkan kita untuk mencari kurniaan-kurniaan rohani (I Korintus 12:31; A&P 46:8). Apakah sebab-sebab yang seharusnya kita ada untuk mencari kurniaan-kurniaan rohani? (Lihat I Korintus 14:12; A&P 46:9.) • Apakah yang telah diajarkan oleh Paulus mengenai kerajaan-kerajaan kemuliaan? (Lihat I Korintus 15:3544; lihat juga A&P 88:27-32.) Bagaimanakah pengetahuan anda tentang Kebangkitan dan kerajaankerajaan kemuliaan dapat mempengaruhi cara hidup anda? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah beberapa perenggan dalam rantai tulisan suci di bahagian ini. Kemudian bincangkan soalan-soalan dalam perenggan ketiga pada bahagian ini. Suruhlah para anggota keluarga memberikan komen tentang kurniaankurniaan rohani yang mereka lihat di dalam diri satu sama lain yang telah membantu menguatkan keluarga mereka secara keseluruhannya. Bantulah setiap anggota keluarga untuk mengetahui bahawa dia adalah sebahagian daripada keluarga yang penting. Rantai Tulisan suci: Karunia-karunia Roh I Korintus 12:1-11 I Korintus 12:31 Yakobus 1:17 3 Nefi 29:5-6 Moroni 10:8-19 A&P 46:8-26 “Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan” II Korintus • Mengapakah Paulus dan Timotius mampu menghindari kekecewaan meskipun sentiasa bermasalah, bingung, dianiaya, dan merasa tertekan? (Lihat II Korintus 1:3-5; 4:5-15.) Bagaimanakah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus telah membantu anda pada masa-masa kesusahan? • Paulus mengingatkan para Orang Suci untuk saling mengampuni (II Korintus 2:5-8). Mengapakah penting bagi kita untuk mengampuni orang lain? (Lihat Matius 6:14-15; II Korintus 2:7-8; A&P 64:9-10.) Apakah yang dapat kita lakukan untuk menjadi lebih mengampuni? • Apakah maksudnya untuk memiliki “dukacita menurut kehendak Tuhan” bagi dosa-dosa kita? (II Korintus 7:910). Mengapakah dukacita menurut kehendak Tuhan merupakan suatu bahagian yang penting dalam pertaubatan? 35 Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah II Korintus 1:3–4, dengan memberikan perhatian yang khusus terhadap usaha Paulus untuk melegakan orang lain “dengan penghiburan yang kami terima sendiri dari Tuhan.” Aturkan untuk mengunjungi hospital di kawasan anda, tempat perlindungan, atau rumah-rumah kebajikan sosial. Bantulah menyajikan makanan, menghiburkan para penduduk di situ, atau menyumbangkan makanan, pakaian, atau barangan lain yang diperlukan. Sebagai sebahagian dari perbincangan keluarga ini, anda mungkin ingin menyanyikan bersama “Kar’na Kudib’ri Banyak” (Nyanyian Rohani, no. 99). Rantai Tulisan suci: Sifat-sifat Murid Kristus II Korintus 1:3-5 II Korintus 1:11 II Korintus 2:5-8 II Korintus 4:5-10 II Korintus 5:17-21 II Korintus 7:9-10 25 “Yang Dikasihi Allah, Yang Dipanggil sebagai Orang-orang Kudus” 36 Roma • Kita dibela ketika kita didamaikan dengan Tuhan, diampuni dari hukuman dosa, serta diisytiharkan benar dan tanpa noda. Mengapakah kita perlu dibela? (Lihat Roma 3:10-12, 23; lihat juga Alma 7:21.) Apakah yang diajarkan oleh Paulus mengenai cara kita dibela? (Lihat Roma 3:24, 28; 5:1-2; lihat juga 2 Nefi 2:6.) • Bagaimanakah pembaptisan melambangkan kematian, pengebumian, dan kebangkitan (kelahiran baru)? (Lihat Roma 6:3-4; A&P 76:50-52.) Bagaimanakah pembaptisan merupakan suatu kelahiran baru bagi anda? • Bagaimanakah anda telah melihat “segala sesuatu mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Tuhan”? (Roma 8:28). • Apakah ciri-ciri Orang Suci sejati yang disenaraikan di dalam Roma 12:9–21? Yang manakah di antara ciri-ciri ini merupakan yang paling sukar untuk anda kembangkan? Apakah yang dapat anda lakukan dalam minggu ini untuk terus mengembangkan ciri –ciri ini? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacakan perenggan-perenggan dalam rantai tulisan suci ini, dan mintalah para anggota keluarga mengenal pasti anggota-anggota cabang atau lingkungan yang memiliki beberapa ciri seperti yang tertera pada perengganperenggan tersebut. Cabarlah setiap anggota keluarga untuk melakukan sesuatu pada minggu yang akan datang untuk mengikuti teladan orang-orang tersebut. Rantai Tulisan suci: Sifat-sifat Orang Suci Roma 1:7-8 Roma 12:9-21 Efesus 4:1-3 Yesus Kristus: “Yang Memimpin Kita dalam Iman dan Yang Membawa Iman Kita Itu kepada Kesempurnaan” Mosia 3:19 A&P 4:5-6 A&P 88:74-77, 81 37 Ibrani • Apaka yang anda pelajari mengenai Yesus Kristus dari Ibrani 1? • Mengapakah seorang pemegang imamat haruslah “dipanggil untuk itu oleh Tuhan” daripada “mengambil kehormatan itu bagi dirinya sendiri”? (Ibrani 5:4). 26 • Paulus telah memberi banyak contoh orang-orang yang mencapai halhal yang besar melalui iman kepada Yesus Kristus. Siapakah yang disebutkannya? (Lihat Ibrani 11:4-12, 17-34.) • Paulus mengatakan bahawa iman dapat membantu kita pada masa-masa kesengsaraan atau penentangan (Ibrani 11:32-38). Bagaimanakah iman telah membantu anda menangani kesengsaraan? Apakah berkat-berkat lain yang telah anda (atau seseorang yang anda kenali) terima dengan beriman kepada Yesus Kristus? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Tanamlah sebiji benih. Bacalah Ibrani 11:1 dan Alma 32:21, dan tanyakan bagaimana menanam sebiji benih merupakan suatu tindakan iman. Kemudian bacalah Yakobus 2:17. Tanyakan apakah yang perlu dilakukan untuk membantu benih tumbuh. Dalam minggu-minggu yang akan datang, peliharalah benih yang telah anda tanami dan periksalah benih itu selalu untuk melihat bagaimana iman dan perbuatan anda telah membantunya untuk tumbuh. Sebagai sebahagian dari perbincangan keluarga, anda mungkin ingin menyanyikan bersama “Iman” (Buku Nyanyian Rohani, 58). Rantai Tulisan suci: Iman Ibrani 11:1-6 Yakobus 2:14-18 1 Nefi 7:12 Alma 32:21 Eter 12:6 A&P 63:10-11 “Engkau Telah Bersaksi Tentang Aku” 38 Kisah para Rasul 21-28 • Paulus telah memperlihatkan keberanian besar dengan menceritakan kepada kumpulan orang yang marah di Yerusalem kisah tentang pertobatannya dan penglihatannya tentang Yesus Kristus (Kisah para Rasul 21:27-22:21). Bilakah anda telah memberikan kesaksian anda dalam suatu keadaan yang memerlukan keberanian? Bagaimanakah anda mendapatkan keberanian untuk melakukannya? Bagaimanakah dengan mempelajari tindakan Paulus dapat membantu anda memiliki lebih banyak keberanian untuk berkongsikan kesaksian anda kepada orang lain? • Apakah yang terjadi ketika tuan kapal itu menolak peringatan Paulus bahawa terlalu berbahaya untuk berlayar dari Pelabuhan Indah? (Lihat Kisah para Rasul 27:7-20.) Apakah yang mendorong perwira itu untuk tidak mempedulikan nasihat Paulus? ((Lihat Kisah para Rasul 27:11-12.) Mengapakah ada di antara kita kadang kalanya tidak mempedulikan nasihat para pemimpin Gereja? Bagaimanakah anda telah mempelajari kepentingan untuk mengikuti nasihat para pemimpin Gereja? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Mintalah para anggota keluarga untuk memikirkan tentang seseorang yang teladannya telah mengilhami mereka atau memberi mereka keberanian. Suruhlah mereka memberitahu tentang orang-orang yang mereka fikirkan dan mengapa mereka memilih orangorang tersebut. Rantai Tulisan suci: Berdiri sebagai Saksi Allah Kisah para Rasul 26:22-23 Kisah para Rasul 28:30-31 Roma 1:16 A&P 18:10-16 A&P 33:7-11 27 “Untuk Memperlengkapi Orang-orang Kudus” Efesus • Apakah yang Paulus ajarkan di dalam Efesus 2:20 dan 4:11-14 mengenai kepentingan para rasul dan nabi? Mengapakah para rasul dan nabi yang hidup amat penting bagi Gereja yang benar? Apakah ajaran-ajaran daripada para rasul dan nabi zaman akhir yang membantu kita untuk maju menuju kesempurnaan dan kesatuan? • Bagaimanakah ajaran Paulus dalam Efesus 6:1-4 membantu menguatkan hubungan kekeluargaan dan mempertahankan kesatuan di dalam rumah? Nasihat apakah yang telah diberikan oleh para rasul dan nabi zaman akhir kepada kita mengenai keluarga? • Apakah bahagian-bahagian berbeza yang Paulus sebutkan sebagai kelengkapan perisai Tuhan? Apakah yang dilambangkan oleh setiap bahagian? (Lihat Efesus 6:13-18; A&P 27:15-18.) Bagaimanakah setiap bahagian kelengkapan perisai Tuhan itu dapat melindungi kita daripada pengaruh Syaitan? Apakah yang dapat kita 39 lakukan untuk memakai kelengkapan perisai ini setiap hari? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Berikan setiap anggota keluarga sekeping kertas. Mintalah setiap orang untuk mengoyakkan kertasnya. Kemudian berikan seorang anggota keluarga sebuah buku tebal dan mintalah dia untuk mengoyakkan kertas-kertasnya sekaligus. Jelaskan bahawa sama seperti lembaran-lembaran kertas di dalam buku adalah lebih kuat ketika dikumpulkan, kita juga adalah lebih kuat apabila bersatu di dalam keluarga kita dan sebagai Gereja. Bincangkan apakah yang dapat anda lakukan sebagai keluarga untuk meningkatkan kesatuan di dalam rumah anda serta di dalam lingkungan atau cabang anda. Rantai Tulisan suci: Kesatuan Mazmur 133:1 I Korintus 1:10 Efesus 4:11-16 “Segala Perkara Dapat Kutanggung Di Dalam Dia” 2 Nefi 1:21 Musa 7:18 40 Filipi; Kolose; Filemon • Bagaimanakah kita dapat mengaplikasikan ajaran Paulus dalam Filipi 4:8? (Lihat juga Pasal-pasal Kepercayaan 1:13.) Bagaimanakah kita diberkati apabila mengikuti nasihat ini? • Apa ertinya “tetap teguh dan tidak bergoncang” dalam injil? (Lihat Kolose 1:23.) Apakah yang 28 menyebabkan sesetengah orang “beralih dari pengharapan Injil”? (Kolose 1:23). Apakah yang boleh anda lakukan untuk menguatkan kesaksian anda? • Paulus berulang kali menekankan kepentingan untuk bersikap syukur (Kolose 2:7; 3:15, 17). Mengapakah bersyukur itu penting? Bagaimanakah anda dapat menunjukkan rasa syukur kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Tuliskan pasal kepercayaan yang ketiga belas pada papan tulis, kad poster, atau sehelai kertas. Suruhlah keluarga membacanya bersama beberapa kali. Setiap kali ayat itu dibacakan, tutup atau padamkan satu kata kunci. Suruhlah anggota keluarga untuk terus mengulangi ayat itu sehingga mereka telah menghafalnya. Sebagai sebahagian dari perbincangan keluarga, anda mungkin ingin menyayikan bersama “Pasal-Pasal Kepercayaan yang Ketiga Belas” (Nyanyian Kanakkanak). Rantai Tulisan suci: “Nasihat Paulus” Filipi 4:8 Pasal-pasal Kepercayaan 1:13 Dengan menggunkan Panduan Tajuk, masukkan ke dalam rantai tulisan suci dengan mencari satu ayat suci bagi perkataan-perkataan berikut: Kebenaran, kejujuran, kemurnian akhlak, kebaikan, dan kesucian “Aku Telah Mencapai Garis Akhir” I dan II Timotius; Titus • Mengapakah sesetengah orang “selalu ingin diajar, namun tidak pernah dapat mengenal kebenaran”? (II Timotius 3:7). Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa pembelajaran kita mendatangkan pengetahuan tentang kebenaran? Bagaimanakah pembelajaran ajaran injil yang benar telah memberkati kehidupan anda? • Apakah ertinya menjadi “teladan bagi orang-orang percaya”? (I Timotius 4:12). Bagaimanakah anda dapat menjadi teladan dalam setiap hal yang disebutkan dalam I Timotius 4:12? Bagaimanakah anda telah dipengaruhi oleh seseorang yang merupakan “teladan bagi orang-orang percaya”? • Dalam hal apakah cinta terhadap wang merupakan “akar segala kejahatan”? (Lihat I Timotius 6:7-10.) Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa kita tidak terlalu mementingkan perhatian kita terhadap wang 41 dan kekayaan harta? (Lihat I Timotius 6:17-19; Yakub 2:18-19.) Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Tunjukkan beberapa gambar, seperti gambar-gambar dari Kit Gambar Lukisan Injil atau majalah gereja, yang menggambarkan kisah-kisah tulisan suci yang dikenali. Kemudian nyanyikan beberapa nyanyian rohani atau lagu Pratama. Setelah melihat setiap gambar dan menyanyikan setiap nyanyian rohani atau lagu, mintalah anggota keluarga untuk mencadangkan ajaran-ajaran apakah yang dapat dipersembahkan dengan menggunakan gambar, nyanyian, atau lagu tersebut. Rantai Tulisan suci: Kuasa Ajaran yang Benar I Timotius 4:16 3 Nefi 11:31-41 II Timotius 3:16-17 A&P 88:77-78 Yohanes 8:31-32 29 “Ibadah yang Murni” 42 Yakobus • Apakah nasihat yang diberikan oleh Yakobus kepada mereka yang “kekurangan hikmat”? (Lihat Yakobus 1:5-6.) Bagaimanakah Nabi Joseph Smith telah dipengaruhi oleh nasihat dalam Yakobus 1:5? (Lihat Joseph Smith 2:11-13.) Pengalaman apakah yang anda miliki tentang penerimaan jawapan ke atas doa? • Yakobus telah mengajarkan bahawa kita seharusnya “cepat untuk mendengar, tetapi lambat untuk berkatakata” (Yakobus 1:19). Pengalaman apakah di dalam hidup anda yang telah mengesahkan kebijaksanaan yang terkandung dalam nasihat ini? • Apakah yang ditekankan oleh Yakobus untuk kita lakukan supaya kita hidup menurut ibadah yang murni? (Lihat Yakobus 1:27.) Mengapakah dengan mengunjungi dan menolong orang-orang yang memerlukan merupakan sebahagian dari ibadah yang murni? Apakah yang dapat anda lakukan untuk sentiasa “tidak dicemarkan oleh dunia”? “Bangsa yang Terpilih” I dan II Petrus, Yudas • Apakah yang dapat kita lakukan untuk mengikuti teladan Juru Selamat dalam menghadapi ujian dan penganiayaan? (Lihat I Petrus 2:19-23.) Teladan apakah telah anda lihat daripada orang-orang yang bersikap seperti Kristus dalam mengharungi ujian? Bagaimanakah kita diberkati apabila kita mengikuti teladan Juru Selamat dalam menghadapi ujian? 30 Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Yakobus mengatakan bahawa sebahagian dari melakukan “ibadah yang murni” adalah menjaga diri kita agar “tidak dicemarkan oleh dunia” (Yakobus 1:27). Bincangkan bagaimana ajaran ini dapat mempengaruhi keputusan kita setiap hari. Dalam perbincangan anda, anda mungkin ingin merujuk pada buku Untuk Memperkuat Remaja (34285), yang mengandungi bimbingan daripada Presidensi Utama mengenai cara menjaga diri kita supaya “tidak tercemarkan oleh dunia.” Rantai Tulisan suci: Menerima Jawaban atas Doa Yakobus 1:5-6 Matius 21:22 Alma 37:37 3 Nefi 18:20-21 A&P 112:10 Joseph Smith 2:11-19 43 • Sifat-sifat apakah yang digambarkan Petrus sebagai sebahagian daripada ciri-ciri ilahi? (Lihat II Petrus 1:4-7.) Mengapakah penting bagi kita untuk mengembangkan ciri-ciri ini? (Lihat II Petrus 1:8.) Bagaimanakah anda telah melihat ciri-ciri ini ditunjukkan oleh orang lain? • Petrus dan Yudas memperingatkan bahawa akan ada pengajar-pengajar palsu di antara para anggota Gereja. Apakah yang mereka katakan mengenai ciri-ciri para pengajar palsu tersebut? (Lihat II Petrus 2:1-3, 10, 12-19; Yudas 1:4, 8, 10-13, 16, 18-19.) Apakah nasihat yang diberikan oleh Paulus dan Yudas yang dapat membantu kita menghindari ajaran palsu dan setia semasa kita mempersiapkan diri bagi Kedatangan Kedua? (Lihat II Petrus 3:11-14, 17-18; Yudas 1:3, 20-21; lihat juga Moroni 7:12-17; A&P 45:57; 46:7-8.) Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Sewaktu anggota keluarga mengikuti resepi itu, bincangkan kepentingan untuk menggunakan semua bahan dalam resepi. Apabila selesai, bacalah II Petrus 1:4-8. Bincangkan mengapa setiap ciri-ciri ilahi ini penting supaya kita dapat menjadi seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Rantai Tulisan suci: “Waspadalah Terhadap Nabi-nabi Palsu” II Petrus 2:1-3 Matius 7:15-20 Matius 24:24 2 Nefi 28:7-9 A&P 45:57 Pilihlah sebuah resepi hidangan kecil untuk disiapkan bersama-sama. “Tuhan adalah kasih” 44 I, II, dan III Yohanes • Apakah perkatan yang digunakan oleh Yohanes untuk menggambarkan Bapa Syurgawi dalam I Yohanes 4:8, 16? Mengapakah perkataan ini paling sesuai? • Bacalah I Yohanes 4:9-10. Apakah penyataan kasih Tuhan yang disebutkan oleh Yohanes dalam ayatayat ini? (Lihat juga Yohanes 3;16; I Yohanes 5:11; 2 Nefi 9:10.) Bagaimanakah dengan mengutus PuteraNya untuk menebus dosadosa kita menunjukkan kasih Bapa Syurgawi kepada kita? • Yohanes telah mengajarkan bahawa Bapa Syurgawi akan menjawab doadoa kita apabila kita meminta sesuai dengan kehendakNya (I Yohanes 5:14-15). Bagaimanakah doa telah membantu anda merasakan kasih Bapa Syurgawi? • Bagaimanakah Yohanes menggambarkan mereka yang mengaku mengasihi Tuhan tetapi “membenci saudaranya”? (Lihat I Yohanes 2:9, 11; 3:14-15, 17; 4:20.) Mengapakah kasih kita kepada orang lain merupakan ukuran kasih kita kepada Tuhan? • Mengapakah para ibu bapa menerima kegembiraan yang besar apabila mereka “mendengar, bahawa anak-anak [mereka] hidup dalam kebenaran”? (3 Yohanes 1:4). Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Katakan kepada keluarga bahawa anda akan pergi meneroka bersama. Kemudian pergilah keluar berjalan atau berkenderaan, carilah hal-hal yang dapat membantu para anggota keluarga melihat bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mengasihi mereka. Apabila seorang anggota keluarga menemukan sesuatu yang menunjukkan kasih sayang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, tuliskan penemuannya 31 itu. Setelah selesai meneroka, bacalah senarai yang telah anda buat bersama. Sebagai sebahagian dari perbincangan keluarga ini, anda mungkin ingin menyanyikan bersama “Di Mana Kasih Berada” (Buku Nyanyian Anak-anak, 76). Rantai Tulisan suci: “Barangsiapa Mengasihi Saudaranya, Ia Tetap Berada Di Dalam Terang” I Yohanes 2:10-11 I Yohanes 3:16-19 I Yohanes 4:7-11 I Yohanes 4:20-21 Yohanes 21:15-17 Moroni 7:45-48 “Barangsiapa Menang, Ia Akan Memperoleh Semuanya Ini” 45 Wahyu 1-3; 12 Bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam untuk pasal-pasal ini, sila rujuk nota kaki dan Terjemahan Joseph Smith, Wahyu 1:1–8; 2:26–27; 12:1–17. • Apakah yang keluar dari mulut Juru Selamat dalam penglihatan Yohanes? (Lihat Wahyu 1:16.) Apakah yang dilambangkan oleh pedang tersebut? (Lihat A&P 6:2.) Bagaimanakah firman Tuhan adalah bagaikan pedang? (Lihat Ibrani 4:12; Helaman 3:29.) • Dalam penglihatan Yohanes, apakah yang Tuhan janjikan kepada mereka yang mengatasi ujian dan godaan kefanaan? (Lihat rantai tulisan suci dalam bahagian ini.) • Bagaimanakah Gereja dan kerajaan Tuhan akhirnya mengalahkan Syaitan? (Lihat Wahyu 12:11.) Bagaimanakah Korban Tebusan Kristus dan kesaksian anda mengenainya dapat membantu anda dalam pertarungan anda menentang Syaitan? 32 Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah Wahyu 6:12-14 dan 16:18-21, dan jelaskan bahawa perengganperenggan ayat ini menggambarkan hal-hal yang dilihat oleh Yohanes dalam penglihatannya mengenai akhir zaman. Kemudian jelaskan bahawa meskipun beberapa wahyu dalam kitab Wahyu adalah menakutkan, wahyu yang lain dalam kitab Wahyu juga dapat memberi kita harapan dan membantu kita menjadi berani dalam masa-masa kesusahan. Bacalah beberapa perenggan ayat dari rantai tulisan suci di bahagian ini untuk mendapatkan beberapa pesanan yang penuh harapan tersebut. Rantai Tulisan suci: Janji bagi Mereka yang Mengatasi Wahyu 2:7 Wahyu 2:11 Wahyu 2:17 Wahyu 3:5 Wahyu 3:12 Wahyu 3:21 “Ia Akan Diam Bersama-sama Dengan Mereka. Mereka Akan Menjadi UmatNya” 46 Wahyu 5-6; 19-22 • Satu hal yang kita pelajari dari Wahyu pasal 6 adalah bahawa Syaitan telah menentang orangorang yang benar sepanjang sejarah di bumi. Menurut Wahyu 6:4-11, apakah cara-cara yang dia telah lakukan dalam hal ini? Apakah taktik-taktik yang digunakan oleh Syaitan pada hari ini untuk berusaha mengalahkan orang-orang yang benar? Bagaimanakah kita dapat mempertahankan harapan dan pandangan yang positif sewaktu kita berperang melawan Syaitan? • Kedatangan Kedua Yesus Kristus akan mendatang Milenium, suatu masa 1000 tahun ketika Kristus sendiri akan memerintah di atas bumi. Apakah yang akan terjadi kepada Syaitan semasa Milenium? (Lihat Wahyu 20:1-3.) Bagaimanakah keadaan kehidupan ini ketika Syaitan diikat? (Lihat 1 Nefi 22:26; A&P 45:55, 58.) Bagaimanakah kita dapat membataskan kekuatan Syaitan dalam kehidupan kita sekarang? Cadangan untuk Perbincangan Keluarga Bacalah Wahyu 20:1-3, yang memperlihatkan bahawa Syaitan akan diikat semasa Milenium. Kemudian berikan para anggota keluarga senaskah surat khabar atau majalah terbaru. Suruhlah mereka memeriksa surat khabar atau majalah itu dan tentukan artikel manakah yang akan ada atau tidak akan ada di dalam surat khabar atau majalah semasa Milenium. Rantai Tulisan suci: Perkataan Pengharapan dan Penghiburan dalam Kitab Wahyu Wahyu 3:20 Wahyu 7:13-17 Wahyu 21:3-7 Ajaran-ajaran Para Nabi Zaman Akhir mengenai Berkat-berkat dari Pembelajaran Tulisan Suci “Selidikilah tulisan suci—selidikilah wahyu-wahyu yang kami terbitkan, dan memohonlah kepada Bapa Syurgawi anda di dalam nama PuteraNya Yesus Kristus, untuk menyatakan kebenaran kepada anda dan apabila anda melakukannya dengan pandangan yang hanya tertumpu kepada kemuliaanNya tanpa ragu-ragu, Dia akan menjawab anda melalui kuasa Roh KudusNya. Anda kemudiannya akan mengetahui bagi diri anda sendiri dan bukan bagi orang lain. Wahyu 22:1-7 Wahyu 22:17 47 Anda kemudiannya tidak akan bergantung kepada orang lain mengenai pengetahuan tentang Tuhan; juga tidak akan ada ruang untuk sebarang spekulasi. Tidak; kerana ketika manusia menerima petunjuk mereka daripada Dia yang telah menciptakan mereka, mereka tahu bagaimana Dia akan menyelamatkan mereka” ( Joseph Smith, Teachings of the Prophet Joseph Smith, diseleksi oleh Joseph Fielding Smith [1976], 11-12). 33 “Saya bersyukur akan penekanan terhadap pembacaan tulisan suci. Saya berharap bahawa bagi anda ini akan menjadi sesuatu yang jauh lebih menyenangkan daripada suatu kewajipan; bahawa, ini akan menjadi suatu jalinan kasih dengan firman Tuhan. Saya menjanjikan kepada anda bahawa sewaktu anda membacanya, fikiran anda akan diterangi dan roh anda akan diangkat. Pada mulanya mungkin akan terasa membosankan, tetapi itu akan berubah menjadi pengalaman yang menakjubkan dengan pemikiran dan perkataan mengenai hal-hal yang ilahi” (Gordon B. Hinckley, “The Light within You,” Ensign, Mei 1995, 99). “Sewaktu anda membaca mengenai kehidupan dan ajaran Tuhan Yesus Kristus, anda akan menjadi lebih dekat kepada Dia yang merupakan perancang keselamatan kita” (Gordon B. Hinckley, “Rise to the Stature of the Divine within You,” Ensign, November 1989, 97). “Apabila kita mengikuti nasihat daripada para pemimpin kita untuk membaca dan mempelajari tulisan suci, manfaat dan berkat yang bermacam jenis akan datang kepada kita. Ini merupakan hal yang paling bermanfaat di dalam segala pembelajaran yang dapat kita libatkan diri” (Howard W. Hunter, dalam Conference Report, Oktober 1979, 91; atau Ensign, November 1979, 64). “Apabila para individu dan kaum keluarga membenamkan diri mereka sendiri di dalam tulisan suci selalu dan secara konsisten,… kegiatan-kegiatan yang lain akan datang dengan sendirinya. Kesaksian akan berkembang. Komitmen akan dikuatkan. Keluarga akan diteguhkan. Wahyu peribadi akan mengalir” (Ezra Taft Benson, “The Power of the Word,” Ensign, Mei 1986, 81). 34 “Janganlah kita menganggap remeh hal-hal besar yang telah kita terima daripada tangan Tuhan! FirmanNya merupakan salah satu kurniaan yang paling bernilai yang telah diberikanNya kepada kita. Saya mendorong anda untuk mendorong diri anda kembali terhadap pembelajaran tulisan suci. Benamkan diri anda sendiri di dalamnya setiap hari agar anda dapat memiliki kuasa Roh Kudus untuk menemani anda dalam panggilan-panggilan anda. Bacalah tulisan suci di dalam keluarga anda dan ajarkanlah anak-anak anda untuk mengasihi dan menghargainya” (Ezra Taft Benson, “The Power of the Word,” Ensign, Mei 1986, 82). “Saya mendapati bahawa ketika saya menjadi sambil lewa di dalam hubungan saya dengan tuhan dan ketika nampaknya tidak ada telinga ilahi yang mendengarkan dan tidak ada suara ilahi yang berbicara, saya berasa amat, amat jauh. Jika saya membenamkan diri di dalam tulisan suci jurang itu mengecil dan kerohanian pun kembali. Saya mendapati bahawa diri saya mengasihi dengan lebih sungguh-sungguh terhadap mereka yang harus saya kasihi dengan segenap hati dan jiwa serta kekuatan saya, dan lebih mengasihi mereka, saya mendapati bahawa lebih mudah untuk menuruti nasihat mereka” (Spencer W. Kimball, The Teachings of Spencer W. Kimball, diedit oleh Edward L. Kimball [1982], 135). “Saya yakin bahawa setiap daripada kita, sekurang-kurangnya pada suatu ketika dalam kehidupan kita, harus meneroka tulisan suci bagi diri kita sendiri—dan bukan sekadar menerokanya sekali, tetapi menerokanya lagi dan lagi” (Spencer W. Kimball, “How Rare a Possession—the Scriptures!” Ensign, September 1976, 4). “Saya berfikir bahawa mereka yang mempelajari tulisan suci akan mendapatkan suatu dimensi baru dalam kehidupan mereka yang tidak diperolehi orang lain dan yang tidak dapat diperolehi dengan cara lain kecuali melalui mempelajari tulisan suci. Terdapat peningkatan dalam iman dan suatu keinginan untuk melakukan apa yang benar serta suatu inspirasi dan pemahaman yang datang kepada orang-orang yang mempelajari injil—merujuk kepada Standard Kitab-Kitab Suci kita — dan yang merenungkan asas-asas injil, yang tidak dapat datang dengan cara yang lain ” (Bruce R. McConkie, dalam Church News, 24 Januari 1976, 4). “Saya mencabar setiap Orang Suci Zaman Akhir untuk datang kepada suatu pengetahuan dan suatu pemahaman akan tulisan suci. Kitab-kitab yang kudus ini merupakan benteng pertahanan kita terhadap musuh yang licik” (Marvin J. Ashton, dalam Conference Report, Oktober 1977, 110; atau Ensign, Nopember 1977, 73). “Saya menjanjikan kepada anda bahawa doa dan pembelajaran tulisan suci keluarga setiap hari akan membina keselamatan di dalam ruang rumah anda dan suatu ikatan yang akan menyemarakkan hidup anda serta mempersiapkan keluarga anda untuk menghadapi cabaran pada masa kini dan kekekalan yang akan datang” (L. Tom Perry, dalam Conference Report, April 1993, 113; atau Ensign, Mei 1993, 92). 35