Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!

advertisement
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Panduan menulis tajuk iklan Facebook Ads
Amaran
• Ebook ini adalah hak cipta terpelihara Lubuk e-Book.
• Anda dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana dari ebook ini,
mengubah, menjual, mengedar atau sebagainya dengan takrifan
menyalahi etika penerbitan.
• Sebarang perbuatan yang menyalahi peraturan boleh dikenakan
tindakan undang-undang.
Penafian
E-book ini ditulis bertujuan untuk memberi maklumat tentang topik yang
diperkatakan dan dinyatakan sebagai pendedahan kepada mereka yang ingin
mempelajari buat duit di fb ads. E-book ini telah disiapkan dengan sebaik
mungkin bagi memberi kepuasan yang memuaskan kepada pembaca dan
pengguna agar ia dapat membantu mereka yang ingin mengetahui tentang
selok-belok perniagaan internet.
Namun begitu, e-book ini mungkin ada kesilapan dari segi taipan dan isi
kandungan. E-book ini juga boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan
tetapi ianya bukan sumber utama di dalam menyelesaikan masalah untuk
melakukan pemasaran di internet.
E-book ini bukan jaminan sepenuhnya bahawa e-book ianya merupakan ebook paling lengkap dan saya tidak bertanggungjawab di atas kerosakan,
kehilangan, sama ada secara langsung ataupun tidak dan juga saya tidak
bertangungjawab di atas sebarang kesilapan dan pengecualian.
Disediakan oleh:
Hafiz Osman
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Tajuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kempen
pengiklanan facebook kerana perkara pertama yang akan di baca oleh
pengguna facebook adalah tajuk iklan. Biasanya ramai pengguna facebook ads
akan memilih tajuk yang boleh menarik perhatian orang untuk klik iklan
mereka. Cara mereka betul kerana itulah konsep utama menulis tajuk iklan
facebook ads yang baik.
Namun, apabila di review kembali ramai pengguna facebook ads
memilih tajuk iklan yang menarik perhatian mereka untuk klik dan tidak pada
pengguna facebook. Teknik ini adalah silap kerana mereka fokus pada diri
sendiri, bukannya pada pengguna facebook. Kempen pengiklanan mereka pasti
tidak akan beri keputusan yang memberangsangkan.
Untuk pastikan tajuk iklan anda menarik pada pengguna facebook,
anda perlu pilih tajuk iklan yang ingin di baca pengguna facebook. Maksudnya
tajuk iklan facebook ads anda perlulah sesuatu yang ada kaitan dengan
pengguna facebook atau lebih tepat sesuatu yang seronok untuk di baca
pengguna facebook.
Biasanya pengguna facebook akan skip bahagian iklan di tepi dan terus
bermain facebook. Namun, apabila mereka terlihat ayat yang menarik di
bahagian iklan, mereka pasti akan terdetik untuk tahu lebih lanjut.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Berikut adalah beberapa tip untuk menulis tajuk iklan yang boleh
menarik perhatian pengguna facebook untuk klik iklan anda
 Kaitkan isu hangat atau isu semasa dengan tajuk iklan seperti isu PTPTN,
penemuan terbaru dan sebagainya.
 Gunakan perkataan yang boleh membuatkan seseorang teruja seperti
Terbaru ! , Terbaik !, Terbongkar rahsia! dan sebagainya.
 Gunakan ayat yang bercorak straight to the point. Contohnya, ‘Terknik
Jutawan’, Fotografi Murah dan Pizza Buat Sendiri.
 Gunakan tajuk iklan yang selari dengan gambar yang anda upload.
Biasanya mata pengguna facebook akan nampak gambar dan tajuk anda
serentak. Jika tajuk dan gambar tidak selari, mereka akan hilang mood
untuk klik iklan anda.
Jika anda lihat data klik anda agak kurang selepas beberapa hari, anda
perlu ubah tajuk anda dan fikirkan ayat yang lain. Apabila anda peroleh klik
yang konsisten, barulah anda kekalkan tajuk tersebut.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Teknik Menulis Badan (Ads Body) Iklan FB
Ads Yang Berkualiti Tinggi
Untuk bersosial melalui facebook, anda perlu menulis kepada satu
sama lain. Secara tidak langsung, setiap pengguna facebook akan membaca
apa yang tertera di paparan facebook mereka. Biasanya pengguna facebook
akan membaca secara scanning iaitu membaca laju – laju. Namun, apabila
mereka terlihat sesuatu itu menarik untuk di baca, mereka akan berhenti
scanning dan baca satu persatu.
Bagi iklan facebook pula, mereka akan akan berhenti scanning apabila
mereka baca tajuk iklan atau lihat gambar yang menarik. Ini kerana tajuk dan
gambar adalah dua perkara yang paling menonjol. Secara tidak langsung,
mereka akan scanning dua perkara ini dahulu.
Apabila mereka tertarik pada tajuk atau gambar iklan, mereka akan
berhenti scanning dan akan mula baca satu persatu ayat badan iklan. Jika ayat
di badan iklan anda adalah menarik bagi mereka, mereka pasti akan klik iklan
anda. Jika tidak menarik, mereka akan terus membaca perkara lain.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Sebab itulah anda perlu menuli ayat badan iklan yang berkualiti tinggi
kerana ia adalah antara faktor yang menyebabkan iklan anda akan di klik
pengguna facebook. Berikut adalah teknik untuk menulis badan (ad body) iklan
facebook yang berkualiti tinggi
 Pertama, anda perlu tahu bahawa anda hanya boleh gunakan ruang
sebanyak 135 karakter untuk menulis ayat badan iklan.
 Kedua, anda bahagikan ayat iklan pada dua bahagian iaitu ayat kelebihan
produk dan ayat tindakan.
 Ayat kelebihan produk bermaksud, ayat tersebut memberitahu kebaikan
bagi produk anda.
 Ayat tindakan pula bermaksud ayat yang berupaya memikat pembaca
iklan untuk melakukan tindakan iaitu klik iklan.
 Contoh bagi ayat iklan yang baik adalah:Tajuk iklan : Baju Murah
Badan iklan : Pelbagai fesyen, saiz dan berkualiti tinggi. Beli sekarang.
 Apabila anda run kempen pengiklanan anda dan lihat jika hanya sedikit
sahaja yang klik, anda perlu review kembali ayat iklan anda. Anda cuba
ubah dan lihat perkembangan klik untuk masa seterusnya.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Panduan Memilih Gambar Untuk Iklan
Facebook Anda
Selain tajuk iklan, gambar iklan juga memainkan peranan yang penting
untuk menonjolkan iklan facebook anda. Ini kerana gambar adalah komponen
pengiklanan yang di nilai pengguna facebook. Jika gambar yang anda upload
adalah tidak menarik, mereka tidak akan tertarik pada iklan anda walaupun
tajuk iklan anda agak menarik.
Gambar iklan juga memainkan peranan yang sangat penting di mana ia
boleh meningkatkan kredibiliti iklan anda. Iklan yang tiada gambar akan di
anggap iklan yang main – main manakala iklan yang di sertakan gambar yang
tidak berkualiti di anggap sebagai iklan yang menipu atau tidak serius.
Antara ciri – ciri gambar iklan yang boleh meningkatkan kredibiliti iklan
anda adalah: Gambar yang di pilih adalah berkaitan dengan tajuk iklan. Jika tajuk iklan
anda adalah ‘Kasut Bola’ , anda jangan pilih gambar kasut sekolah
sebagai gambar iklan. Gambar yang tiada kaitan dengan tajuk akan
merendahkan kredibiliti iklan anda. Anda perlu pikat pengguna facebook
supaya percaya bahawa iklan anda adalah iklan yang benar dan serius.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
 Gambar yang di pilih perlu ada kualiti iaitu jelas dan tidak samar – samar.
Anda perlu pilih gambar yang ada kualiti dari segi kejelasan dan terang.
Jika gambar yang anda pilih adalah tidak bermutu, pengguna facebook
akan abaikan gambar anda. Maksud gambar yang bermutu adalah
gambar itu boleh di fahami dengan sekali lihat sahaja. Apabila gambar
yang anda pilih adalah bermutu, pengguna facebook lebih mempercayai
iklan anda.
Apabila gambar yang anda pilih menepati kedua – dua perkara di atas,
gambar tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi. Selain itu, anda perlu
faham gambar yang anda pilih sebenarnya mewakili seluruh isi iklan anda. Jadi,
anda pilihlah gambar yang boleh menceritakan isi iklan anda. Gambar yang
paling bagus adalah apabila pengguna terlihat gambar tersebut, dia terus
faham apa yang anda iklankan. Ambil masa untuk pilih gambar anda. Fahami
apa yang anda ingin iklankan dan pilih gambar yang terang, jelas dan berkaitan
dengan iklan.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Panduan Mencipta Kempen Pengiklanan
Yang Berjaya
Langkah pertama : Tahu dengan jelas perkara yang anda ingin promosi
Tentukan dengan jelas apa yang anda ingin promosikan melalui
facebook Ads. Adakah anda ingin promosi laman web anda atau emel list anda
atau fanpage anda atau produk affiliate ? Anda perlu tahu dengan jelas perkara
yang anda ingin promosikan. Apabila anda tahu dengan jelas perkara yang
anda ingin promosikan, anda boleh tentukan strategi yang terbaik untuk
gunakan facebook Ads. Facebook ads bukan percuma.Jadi, anda perlu ada
strategi yang jelas.
Langkah kedua : Tentukan target pengiklanan anda
Di facebook ads, anda boleh tentukan siapa yang akan melihat iklan
anda. Secara tidak langsung, anda boleh iklankan sesuatu pada orang yang
tepat. Anda boleh tetapkan siapa yang akan lihat iklan anda berdasarkan: Lokasi, Jenis bahasa, tahap pelajaran dan kerja.
 Umur, jantina, hari jadi dan status perhubungan.
 Like dan Minat
Berdasarkan perkara yang anda ingin promosi, anda tentukan siapa
yang akan lihat iklan anda.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Langkah ketiga : Anda Reka Iklan yang menarik
Sekarang, anda reka iklan yang terbaik untuk anda gunakan di facebook
Ads. Caranya adalah: Anda tulis tajuk yang boleh perhatian untuk di klik.
 Anda tulis ayat yang bersifat memujuk di bahagian badan supaya mereka
yang ternampak iklan tersebut rasa rugi jika tidak klik iklan anda.
 Anda gunakan gambar atau imej yang sesuai dengan tajuk pengiklanan
anda. Anda wajib upload gambar supaya iklan anda kelihatan lebih
menarik.
Langkah keempat : Tentukan bajet pengiklanan anda
Di facebook anda boleh tentukan untuk guna jenis pengiklanan bersifat
cost per click atau cost per impression. Cost per click bermakna anda perlu
bayar setiap kali iklan anda di click manakala cost per impression bermakna
anda perlu bayar setiap 1000 kali iklan anda di paparkan. Anda bebas untuk
pilih jenis iklan yang anda suka. Kemudian, anda tentukan bajet harian. Bajet
harian penting untuk pastikan iklan anda tidak melepasi had yang sepatutnya.
Semasa biadaan bagi harga iklan,anda bida harga yang tinggi sedikit dari harga
cadangan. Dari semasa ke semasa, anda boleh periksa harga cadangan. Jika
harganya rendah, anda boleh rendahkan harga bidaan.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Langkah kelima : Review dan Perbaiki
Review prestasi pengiklanan anda dan perbaiki yang mana patut. Jika
prestasi pengiklanan anda adalah teruk, anda tidak boleh biarkan sahaja. Anda
perlu baiki dan gunakan kaedah lain.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Tip Hasilkan Iklan Facebook Yang
Berkualiti Tinggi
Berikut adalah beberapa tip untuk hasilkan iklan facebook yang
berkualiti tinggi.
 Pastikan iklan anda mematahui peraturan yang telah di tetapkan pihak
facebook seperti tidak boleh iklankan perkhidmatan seks, tidak gunakan
bahasa kasar, tidak gunakan bahasa bersifat perkauman atau bahasa
yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
 Tajuk iklan yang anda pilih mewakili apa yang anda ingin promosikan.
Jangan guna tajuk iklan yang berbentuk gimik kerana pengguna
facebook tidak sukakannya.
 Berikut adalah cara untuk tulis badan iklan yang berkualiti tinggi
 Masukkan ayat call to action atau ayat memujuk pada tindakan.
Contohnya, like sekarang, order di sini, tempah sekarang, beli
sekarang, cepat bertindak dan sebagainya.
 Highligt perkara utama yang anda ingin promosikan. Contohnya
anda ingin promosikan diskaun bagi produk anda, anda tulis
‘Diskaun sehingga 20 %’.
 Gunakan bahasa yang mudah di fahami, ringkas dan tepat.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
 Gunakan imej iklan yang mewakili iklan anda. Jangan gunakan logo
syarikat untuk promosikan produk syarikat anda kerana pengguna
facebook tidak faham apa yang anda cuba iklankan jika gambar tidak
selari dengan isi iklan.
 Pastikan destination url anda adalah ada kaitan dengan isi iklan anda.
 Berikut adalah tip menetapkan target audience.
 Pilih lokasi yang tepat untuk iklan anda.
 Fahami dan kenali pelanggan anda dan gunakan kemudahan
demographic untuk kecilkan saiz pengguna facebook yang akan
melihat iklan anda.
 Pilih perkara yang prospek anda mungkin minat bukannya perkara
yang mungkin di cari prospek.
 Gunakan maklumat di ads manager untuk baiki iklan anda dan
seterusnya menghasilkan iklan yang berkualiti tinggi. Iklan yang
berkualiti bermakna anda hanya perlu laburkan sedikit wang sahaja
untuk dapat hasil yang memberangsangkan.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
Ciri–Ciri Iklan Facebook Yang Baik
 Tajuk iklan adalah tepat ia mewakili apa yang anda iklankan. Maksudnya,
tajuk anda menyatakan dengan tepat apa yang anda promosikan.
Namun, jika anda promosi fanpage, tajuk bagi iklan anda adalah nama
bagi fanpage tersebut.
 Badan iklan anda mewakli apa yang anda tawarkan.
Contohnya ‘ Stok terbaru tudung 2012. Beli di sini’.
Maknanya, badan iklan anda perlu menyatakan dengan jelas apa yang
anda tawarkan. Kemudian ada ayat take action di situ. Berdasarkan
contoh yang saya beri, ayat ‘stok terbaru tudung 2012 ‘bermakna anda
menjual tudung dan ia adalah design terbaru. Ayat ‘ beli di ini ‘ pula
bermaksud, mengajak pengguna facebook untuk membeli tudung.
 Gambar iklan yang di gunakan adalah jelas, senang untuk di fahami dan
ada kaitan dengan iklan yang anda tawarkan. Senang cerita, gambar
yang di pilih membantu iklan anda untuk lebih menonjol bukannya
merosakkan iklan anda.
 Memilih audience setepat mungkin dan tidak terlalu umum. Untuk
pengetahuan anda, anda boleh cipta seberapa banyak kempen
pengiklanan yang anda mahu. Jadi, anda target audience setepat yang
mungkin dengan memilih demografik, lokasi dan interest dengan tepat.
@ Hak Cipta Terpelihara
Teknik Menulis Facebook Ads Berkualiti Tinggi!
 Iklan facebook anda mempunyai matlamat yang jelas. Anda perlu tahu
dengan jelas kenapa iklan facebook itu anda cipta. Apabila anda ada
matlamat,anda lebih senang untuk cipta iklan yang lebih berkualiti di
masa akan datang. Maksudnya apabila anda buat review tentang
prestasi pengiklanan anda, anda akan tahu apa yang hendak di perbaiki
berdasarkan matlamat yang anda telah tetapkan.
 Iklan anda nampak professional iaitu tidak meleret, tepat, jelas, senang
di fahami dan padat.
 Iklan anda mempunyai kadar nilai clik yang tinggi dan semakin hari
bilangan klik tersebut tetap konsisten dan meningkat.
 Perniagaan anda mula berkembang dengan baik hasil daripada pengiklan
di facebook.
 Keuntungan yang anda peroleh adalah lebih banyak dari modal yang
anda laburkn untuk pengiklanan facebook.
@ Hak Cipta Terpelihara
Download