PANDANGAN ISLAM, FATWA SERTA ENAKMEN SYARIAH BERHUBUNG LGBT DI MALAYSIA Seminar Kajian LGBT Dalam Perspektif Islam 29 Mac 2017 Fakultas Kedokteran dan Ilmu Kesehatan, Universitas Muhammadiyyah Yogyakarta Indonesia Oleh: Prof. Madya Dr. Irwan bin Mohd Subri Pengarah, Institut Pengurusan & Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia 1 PENDAHULUAN ➢ Lesbian merujuk kepada wanita yang mempunyai daya tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya atau disebut juga perempuan homoseksual. ➢ Gay ditakrifkan sebagai lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya dan dikenali juga dengan istilah lelaki homoseksual. ➢ Biseksual pula ialah seseorang yang cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita serta bukan orang. 2 Sambungan… ➢ Transeksual atau mukhannath ialah seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan. 3 PANDANGAN FIQH BERKAITAN LGBT Zina ً س ِّب يل َ ان فَا ِّح َ الزنَا ِّإنَّهُ َك َ سا َء َ شةً َو ِّ َو ََل ت َ ْق َربُوا (al-Quran. Al-Isra’: 32). َّ َلَ يَ ْز ِّنى ين يَ ْز ِّني َو ُه َو ُُْْ ُِّن َ الزا ِّني ِّح (Hadis. Muslim). 4 …Sambungan Ibnu Hajar al-Haytamiyy (Tuhfat al-Muhtaj Fi Sharh al-Minhaj): َوأ َ ْج َُعَ ْ ع ِّظ ِّيم ت َ ْح ِّري ُِّ ِّه َو ُِّ ْن ث َ َّم َك َ ان أ َ ْكبَ َر ْال َكبَا ِّئ ِّر بَ ْعدَ علَى َ ت ْال ُِّلَ ُل َ ْ َ ْ ح َو ِّقي َل ُه َو أ َ ْع َ َ ْ َ ب َعلَ ْي ِّه ُِّ ْن ص اْل ى ل ع ل ت ق ال ظ ُم ُِّ ْن ْالقَتْ ِّل ؛ ِّْلَنَّهُ يَت َ َرت َّ ُ َ ِّ َ ِّ ب َو ْ علَى ْالقَتْ ِّل اخ ِّت َل ِّط َها َُا ََل يَت َ َرت َّ ُ سا ِّ ب َ َار ْاْل َ ْن َ َُفَا ِّس ِّد ا ْن ِّتش ِّ 5 …Sambungan Liwat وج ِّه ْم َحافِّ ُ اج ِّه ْم أ َ ْو َُا َُلَ َك ْ ت ظ َ َوالَّ ِّذ َ علَى أ َ ْز َو ِّ ين ُه ْم ِّلفُ ُر ِّ ون ِّإَلَّ َ ين فَ َُ ِّن ا ْبتَغَى َو َراء ذَ ِّل َك فَأُولَ ِّئ َك ُه ُم وُ َ أ َ ْي َُانُ ُه ْم فَإِّنَّ ُه ْم َغي ُْر َُلُ ِّ ُون ْالعَاد َ (al-Quran. Al-Mu’minun: 5-7). ون َُا َخلَقَ لَ ُك ْم َرب ُك ْم ُ ْن ين َوت َذَ ُر َ ان ُِّ َن ْالعَالَ ُِّ َ ون الذ ْك َر َ أَتَأْت ُ َ ُون عاد َ أ َ ْز َو ِّ اج ُك ْم بَ ْل أَنت ُ ْم قَ ْوم َ (al-Quran. Al-Shucara’: 165-166). 6 …Sambungan ع َُ َل قَ ْو ِّم لُوط ع ُِّ َل َ َُ ْلعُون َُ ْن َ (Hadis. Ahmad). al-Nawawiyy (Rawdat al-Talibin Wa Umdat alMuftin): قولنا إيلج الفرج في الفرج يدخل فيه اللواط وهو ُن الفواحش الكبائر 7 …Sambungan السحاق بين النساء زنا ً بينهن Lesbian (Hadis. Al-Tabraniyy). َل تباشر الُرأة الُرأة إَل وهُا زانيان (Hadis. Al-Tabraniyy). al-Mawardiyy (al-Hawiyy al-Kabir): ان ْال َُ ْرأَةِّ ْال َُ ْرأَة َ فَ ُه َو َُ ْح ُ الس َح ُ اق تعريفهَ :و ُه َو ِّإتْيَ ُ الزنَا، فَأ َ َُّا ِّ ظور َك ِّ َو ِّإ ْن خَالَفَهُ ِّفي َح ِّد ِّه 8 …Sambungan Menyerupai Jantina Lain اء اء َو ْال ُُتَش َِّب َها ِّ اّللُ ْال ُُتَش َِّب ِّه َ لَعَ َن َّ س ِّ س ِّ ت ُِّ ْن النِّ َ الر َجا ِّل ِّبالنِّ َ ين ُِّ ْن ِّ الر َجا ِّل ِّب ِّ (Hadis. Ahmad). al-Nawawiyy (Rawdat al-Talibin Wa Umdat alMuftin): الصواب أن تشبه النساء بالرجال وعكسه حرام للحديث الصحيح 9 FATWA LGBT DI MALAYSIA Keputusan Pertama Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-4 pada 13 hingga 14 April 1982 telah membincangkan Pertukaran Jantina dari Lelaki Kepada Perempuan dan memutuskan bahawa: - Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syarak. 10 Sambungan… - Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan. - Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun ia Berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan. - Seseorang yang dilahirkan ‘khunsa musykil’ iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan, diharuskan melakukan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dan dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai. 11 Sambungan… Keterangan fatwa: - Perbuatan menukar jantina sama ada dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya akan melibatkan implikasi hukum dari segi syarak berkaitan perkahwinan, perwalian, ibadat, kematian dan halhal berkaitan, kerana perbuatan menukar jantina tersebut adalah jelas dilarang dan diharamkan oleh agama Islam. - Lelaki atau perempuan yang tidak nyata alat kelamin (Khunsa Musykil) mereka sama ada lelaki atau perempuan adalah diharuskan melakukan pembedahan. 12 Sambungan… Keputusan Kedua Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Dis 1989 telah membincangkan Kedudukan Mak Nyah Dalam Islam. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: - Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak, dan 13 Sambungan… - Seseorang yang dilahirkan khunsa musykil iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai. 14 Sambungan… Keputusan Ketiga Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke -76 yang bersidang pada 21 hingga 23 November 2006 telah membincangkan Isu Kekeliruan Jantina Congenital Adrenal Hyperplasia Dan Testicular Feminization Syndrome. Keputusan muzakarah adalah seperti berikut: - Bagi kes Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) pembedahan jantina untuk kembali kepada genetik asal iaitu perempuan adalah diharuskan oleh Islam kerana ia boleh dilakukan dengan rawatan hormon dan pembedahan. 15 Sambungan… - Manakala bagi kes Testicular Feminization Syndrome (TSF), untuk kembali kepada genetik asal (lelaki) secara pembedahan atau rawatan hormon adalah sukar. Sekiranya individu berkenaan bercadang untuk melakukan pembedahan, ia adalah diharuskan selagimana perbuatan tersebut tidak mendatangkan kemudharatan samada dari aspek psikologi atau biologi kepada individu tersebut. 16 Sambungan… - Bagi kes Testicular Feminization Syndrome yang dikesan ketika dewasa, individu tersebut boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan jantina mereka diiktiraf berdasarkan fizikal dan genitalia zahir mereka. Pembedahan untuk mengeluarkan testes (sekiranya ada) adalah harus untuk mengelakkan risiko penyakit seperti mendapat kanser. Perkahwinan dengan pasangan mengalami Testicular Feminization Syndrome tidak perlu dipisahkan. 17 Sambungan… - Pakar-pakar perubatan perlu memberi penjelasan, bimbingan dan menasihati ibubapa serta individu-individu Muslim yang terlibat dengan kes-kes Congenital Adrenal Hyperplasia dan Testicular Feminization Syndrome supaya menjalani rawatan bagi mengelakkan permasalahan hukum agama di kalangan umat Islam. 18 Sambungan… Keputusan Keempat Keputusan Persidangan Majlis Ulama Kelantan (18 Oktober 1975): - Perbuatan pembedahan ke atas lelaki atau perempuan untuk ditukar anggota jantinanya adalah bertentangan dengan hukum Islam. - Orang lelaki yang tukar jantinanya adalah dipanggil majbub yang dipotong zakarnya, bukan perempuan. - Dengan ini perkahwinan mereka ini adalah tidak sah. - Lelaki atau perempuan yang tidak nyata keanggotaan lelaki atau perempuan seperti rahim dan sebagainya adalah diharuskan melakukan pertukaran jantina dan harus berkahwin dengannya. 19 Sambungan… - Kemahuan perasaan jantina yang cenderung kepada orang lelaki tidak harus dijadikan alasan untuk membolehkan pembedahan dan mengharuskan perkahwinan. - Seseorang yang pada lahirnya mempunyai lubang sebagai faraj tetapi diyakinkan di dalamnya terdapat anggota zakar yang tertutup dengan daging harus dilakukan pembedahan dan harus dikahwinkan. 20 LGBT DALAM UNDANGUNDANG ISLAM DI MALAYSIA Kesalahan Liwat Seksyen 25. Liwat. Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997). 21 Sambungan… Kesalahan Musahaqah/Lesbian Seksyen 26. Musahaqah. Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997). 22 Sambungan… Kesalahan Transeksual/Transgender Seksyen 92. Lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya. Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan atau sebaliknya di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 Sabah). 23 Sambungan… Kesalahan Persetubuhan Luar Tabii Seksyen 28. Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii. Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan manamana lelaki, perempuan atau binatang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu (Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995). 24 Sambungan… Kesalahan Persetubuhan Haram Seksyen 60. Persetubuhan haram. Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan haram adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya (Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992). 25 PENUTUP ➢ LGBT adalah barah yang telah, sedang dan akan membusung dalam kalangan masyarakat dunia. Yang lebih parah lagi, ia berlaku dalam kalangan masyarakat Islam yang tidak asing dengan panduan al-Quran dan hadis serta hukum hakam. ➢ Negara-negara umat Islam seperti Malaysia wajib berperanan dalam mengekang kegiatan LGBT daripada terus merosakkan generasi demi generasi. 26 Sambungan… ➢ Kertas kerja ini bukanlah bertujuan untuk menghukum mereka yang terlibat dengan masalah LGBT. ➢ Ia sekadar menyampaikan ketetapan hukum dan hukuman yang ada dalam al-Quran, hadis dan undang-undang Islam di Malaysia. ➢ Untuk mendekati dan berdakwah kepada golongan ini perlu kepada cara yang berhikmah. ➢ Jika tidak, golongan ini akan berasa tidak selesa dengan golongan pendaie dan akan semakin jauh menyimpang. 27