amalan kesantunan berbahasa di sekolah zuraini ramli dahlia janan

advertisement
AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA DI SEKOLAH
ZURAINI RAMLI
DAHLIA JANAN
HUSNA FAREDZA MOHAMED REDZWAN
KHAIRUL AZAM BAHARI
KOD PENYELIDIKAN : 01-02-37-05
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009
1
PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Zuraini
Ramli, Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan dan Khairul Azam
Bahari kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan
sumbernya.
73.2009
Tanda tangan
(Ketua Penyelidik)
ii
PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana
memberikan kami keizinan dan kekuatan untuk menyiapkan penyelidikan ini dengan
jayanya.
Atas kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti
Pendidikan Sultan Idris, khususnya Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Fakulti Bahasa
yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah, yang telah
memberikan kelulusan dan melancarkan urusan kami untuk menjalankan penyelidikan di
sekolah-sekolah yang terlibat
Rakaman terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pengetua,
guru-guru, kakitangan, dan pelajar-pelajar di semua sekolah yang terlibat sebagai
populasi kajian dalam kajian ini. Tanpa kerjasama mereka, pasti penyelidikan ini tidak
dapat dijalankan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kami kepada
Puan Siti Zubaidah Salleh dan Puan Zuniza Mohamed Hanapiah yang membantu
mentranskripsi data kami.
Akhir sekali, terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat
sama ada secara langsung mahupun tidak, yang membantu kami menjayakan
penyelidikan ini. Semoga segala kebaikan yang diberikan itu mendapat ganjaran daripada
Allah SWT hendaknya.
Penyelidik:
ZURAINI RAMLI
DAHLIA JANAN
HUSNA FAREDZA MOHAMED REDZWAN
KHAIRUL AZAM BAHARI
9 Mac 2009/ 12 Rabiul Awal 1430
iii
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenali bentuk dan
amalan kesantunan berbahasa di sekolah. Dalam kajian ini, bentuk dan
amalan kesantunan berbahasa di sekolah dilihat dari tiga aspek, iaitu aspek
sosiolinguistik, pragmatik dan bahan bertulis, iaitu dokumen dan surat
menyurat. Sebanyak enam buah sekolah di sekitar negeri Perak dipilih
untuk mendapatkan data yang berbentuk rakaman, pemerhatian, temu bual
dan dokumen. Data-data yang dikutip melibatkan semua golongan yang
berada di sekolah, iaitu pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan. Hasil
dapatan kajian ini menyenaraikan bentuk amalan kesantunan berbahasa
yang menjadi amalan di sekolah. Selain itu, dapatan kajian ini juga
menunjukkan bahawa kesantunan berbahasa masih menjadi amalan di
sekolah namun ia berada pada tahap yang sederhana dan masih boleh
diperbaiki dari masa ke masa. Oleh itu, dicadangkan agar kajian susulan
dilakukan untuk mencari atau membina strategi atau kaedah yang dapat
mempertingkatkan amalan kesantunan berbahasa di sekolah.
IV
ABSTRACT
This research has been carried out to identify the style of linguistic
politeness that is being practiced in schools. Sociolinguistics and
Pragmatics aspects were studied as well as written communication such as
in letters and other related documents to better understand the practice of
linguistics politeness in schools. Sixth schools located in Perak have been
chosen to be part of the research. Data were collected in manner of video
recording, observation, interviews and written documents. Participants for
the research were among teachers, students and those from the supporting
staffs. The finding of the research shows the various styles of linguistics
politeness that is being practice in schools. In addition, the results also
show that the practice of linguistics politeness in schools is average and
can be improved. Thus, it is recommended that further investigation
should be carried out to find ways or strategies that can be used to improve
the practice of linguistics politeness among school staffs and school
attendees.
KANDUNGAN
Muka surat
Pengakuan
Penghargaan
ii
Abstrak
iii
Abstract
iv
BAB1
BAB 2
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
1
1.2
Latar Belakang Kajian
2
1.3
Pernyataan Masalah
3
1.4
Objektif Kajian
4
1.5
Kepentingan Kajian
5
KESANTUNAN MELAYU
2.1
Pendahuluan
2.2
Kesantunan bahasa mengikut perspektif pengkaji
di Malaysia
2.3
8
Kesantunan bahasa mengikut perspektif sarjana
barat
BAB 3
7
11
KESANTUNAN BAHASA DARI ASPEK SOSIOLINGUISTIK
3.1
Menghindari kata-kata tabu
13
3.2
Penggunaan Eufemisme dan Sirkumlokusi
14
3.3
Penggunaan atau pemilihan kata yang honorifik
14
3.4
Mematuhi peraturan sosiolinguistik
18
3.5
Penggunaan penanda santun
18
3.6
Penggunaan basa basi dan mengamalkan
tegur sapa
BAB 4
19
KESANTUNAN BAHASA DARI ASPEK PRAGMATIK
4.1
Pendahuluan
20
4.2
Maksim Kebijaksanaan
21
4.3
Maksim Kedermawanan
21
4.4
Maksim Penghargaan
22
4.5
Maksim Kesederhanaan
22
4.6
Maksim Permuafakatan
22
4.7
Maksim Simpati
22
BAB 5
KERANGKA TEORI
BAB 6
METODOLOGIKAJIAN
25
6.1
Tujuan Kajian
26
6.2
Soalan Kajian
26
6.3
Batasan Kajian
27
6.4
Reka bentuk Kajian
27
6.4.1
Kaedah pemerhatian
27
6.4.2
Kaedah analisis dokumen
28
6.5
Populasi Kajian
29
6.6
Instrumen Kajian
30
6.7
Pengumpulan Data
30
6.8
Prosedur Penganalisisan Data
31
6.9
Hasil yang dijangkakan
32
6.10
Menulis Laporan Akhir
32
6.11
Jadual Kerja
33
BAB 7
ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
7.1
Analisis Kesantunan Bahasa dari Aspek
Sosiolinguistik
34
7.1.1
Menghindari kata-kata tabu
34
7.1.2
Penggunaan Eufemisme dan Sirkumlokusi
36
7.1.3
Penggunaan atau pemilihan kata yang
honorifik
39
7.1.4
Penggunaan penanda santun
41
7.1.5
Penggunaan basa basi dan mengamalkan
tegur sapa
7.2
7.3
BAB 8
RUJUKAN
LAMPIRAN
42
Analisis Data dan Dapatan Kajian Dari Aspek
Pragmatik
42
7.2.1
Maksim Kebijaksanaan
43
7.2.2
Maksim Kedermawanan
44
7.2.3
Maksim Penghargaan
45
7.2.4
Maksim Kesederhanaan
47
7.2.5
Maksim Permuafakatan
48
7.2.6
Maksim Simpati
49
Analisis Data Berdasarkan Surat dan Dokumen
49
7.3.1
Penggunaan Kata Panggilan Hormat
52
7.3.2
Ekspresi Permulaan Surat
54
7.3.3
Ekspresi Pengakhiran Surat
55
7.3.4
Corak Komunikasi
55
7.3.4.1 Komunikasi dari Atas ke Bawah
56
7.3.4.2 Komunikasi dari Bawah ke Atas
58
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
61
71
BAB1
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Penyelidikan dalam aspek kesantunan mendapat perhatian yang serius terhadap fenomena
linguistik mahupun bukan linguistik. Kesantunan telah menjadi satu bidang kajian yang
mendapat tempat dalam kalangan pengkaji sejak dua dekad kebelakangan ini. Hubung kait
kesantunan dengan
bidang
lain seperti
sosiolinguistik,
sosiopragmatik,
etnografi
komunikasi, pengajaran bahasa kedua, psikologi, perniagaan, antropologi sosial, budaya,
sosiologi dan gender telah menyumbang kepada berkembangnya minat terhadap pelbagai
aspek kesantunan sebagai satu bidang kajian. Minat terhadap bidang ini terbukti dengan
tertubuhnya inter-university Linguistic Politeness Research Group pada tahun 1999.
Bahasa yang santun bukanlah ciri tambahan pada gaya yang baik. la adalah inti
gaya. Gaya yang baik menunjukkan kita mementingkan diri, perasaan dan kedudukan
orang yang kita ajak berkomunikasi dengan kita. Gaya melambangkan budi bahasa dan
akhlak yang baik. la terbit daripada niat ikhlas ingin memahami orang lain, baik dengan
menggunakan fikiran mahupun perasaan kita. Jelasnya, kesantunan berbahasa datang
daripada peribadi yang bersopan santun (Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad, 1994:
306, 308). Setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas
diterima sebagai perlakuan yang santun (Noriati A. Rashid, 2005:113).
2
Lackoff (1975:64) menginterptetasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi Fraser dan Nolan (1981:96),
kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar
sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang
konflik. Leech (1983:104) pula menyatakan bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang
mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Brown dan
Levinson (1987:62) pula mengaitkan kesantunan sebagai usaha untuk mengurangkan
Tindakan Ancaman Muka kepada pendengar
1.2
Latar Belakang Kajian
Kesantunan merangkumi pelbagai fenomena. Terdapat tiga dimensi dalam mengenal pasti
makna perkataan santun itu sendiri, iaitu: (1) santun sebagai sivil atau betul di sisi
masyarakat; (2) santun sebagai mesra; (3) santun sebagai diplomatik. Terdapat beberapa
pendapat pengkaji yang melihat santun mengikut pandangan masing-masing. Menurut
Leech (1983), "Being polite involves making the hearer to feel good1 (polite as friendly);
Brown and Levinson (1987) pula berpendapat bahawa "being polite means making him not
feel bad' (polite as diplomatic); Fraser (1990) upolite is the expected state" (polite as
socially correct).
Pengkaji akan melihat hubungan tersebut berdasarkan aspek kesantunan berbahasa
yang merangkumi tiga peraturan bahasa yang disebut oleh Asmah Omar (2002: 9) sebagai
peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik.
Peraturan
linguistik ialah peraturan yang memastikan keteraturan sebutan dan nahu dalam
penggunaan bahasa. Manakala peraturan sosiolinguistik pula, merujuk kepada peraturan
yang mengawal ketertiban sosial antara orang-orang yang berinteraksi antara satu sama
lain. Akhir sekali, ialah peraturan pragmatik yang membicarakan hal-hal berkaitan tujuantujuan penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kajian kesantunan
berbahasa akan melibatkan kajian dari aspek linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik.
3
1.3
Pernyataan Masalah
Pada 11 Januari 2005 yang lain, Y.A.B Perdana Menteri telah melancarkan Kempen Budi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni pada peringkat kebangsaan. Bersempena dengan pelancaran
kempen tersebut, masyarakat hari ini digesa untuk menghidupkan kembali amalan nilainilai murni dalam kehidupan seharian.
Tokoh akademik, Awang Had Salleh setelah dianugerahkan Ijazah Kehormat
Doktor Persuratan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 1999 daripada
Canselor UM, Sultan Azlan Shah berkata, penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris dalam
kalangan pelajar sekolah dan universiti masih pada tahap yang tidak memuaskan. Menurut
beliau lagi, pendidikan bahasa bukan sahaja perlu ditekankan dari aspek mekanisme tetapi
juga keberkesanannya, iaitu dari segi kepersisan, kewajaran, kesantunan dan keestetikaan
bahasa. Penguasaan ke atas keempat-empat aspek ini menjanjikan kebijaksanaan
berbahasa, mengungkap bicara dan mengukir idea berbanding sekadar mampu berbahasa
(Husna Faredza Mohamed Redzwan, 2006:100).
Jelasnya, kajian ini bertujuan untuk
melihat bentuk "amalan kesantunan yang berlaku di sekolah serta aspek-aspek yang
mempengaruhi kesantunan berbahasa di kalangan pelajar dan kakitangannya.
Penguasaan bahasa juga dianggap tidak sempurna sekiranya bahasa yang
digunakan oleh seseorang itu hanya betul dari segi tatabahasanya sahaja tetapi tidak
mengendahkan
aspek
kesantunan
semasa
berbahasa.
Sebagai
contoh,
kesilapan
menggunakan kata panggilan hormat seperti encik, tuan, abang, kakak secaxa berleluasa
dalam komunikasi menunjukkan tahap penguasaan santun bahasa yang masih lemah di
kalangan penutur bahasa Melayu. Contoh yang lain pula adalah dari segi kesilapan dan
penggunaan kata ganti diri orang kedua seperti 'kamu,' kepada guru masih lagi berlaku
terutama dalam kalangan pelajar berbangsa Cina. Menurut Abdullah Hassan (2005:3)
apabila kita mengajarkan bahasa Melayu, lazimnya kita hanya mengajarkan rumusan
tatabahasa. Di sekolah kita hanya belajar mengeja, menulis, menyebut huruf-huruf,
4
mendengar dan membaca. Kita belajar membina perkataan menjadi frasa, frasa menjadi
ayat, ayat menjadi perenggan dan perenggan menjadi karangan. Kita juga belajar
tatabahasa, iaitu mekanik sesuatu bahasa. Selepas selesai belajar mekanik bahasa ini, kita
sudah dianggap sudah mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Sedangkan ada
peraturan-peraturan yang menuntut kita menggunakan sopan dan santun bahasa yang
dipanggil sebagai tatabahasa sosial. Menurut beliau lagi, walaupun sesuatu ujaran betul
binaan ayatnya, namun adakalanya timbul rasa lucu, tersinggung, tidak dihormati, marah
atau kurang selesa dalam sesebuah komunikasi. Lebih buruk lagi, seseorang itu boleh
dikategorikan sebagai tidak beradab apabila ujarannya tidak mengikuti peraturan
kesantunan berbahasa tersebut.
Terhakisnya amalan nilai-nilai mumi menyebabkan kebanyakan generasi muda
masa kini kian hilang rasa hormat dan santun semasa berkomunikasi dalam komuniti.
Lebih membimbangkan golongan remaja ini terdiri daripada golongan yang masih di
bangku persekolahan.
Lebih penting lagi, guru pula sewajarnya menjadi model kepada
para murid semasa mereka berada di sekolah.
Berikutan itu, amalan kesantunan perlu
bermula dalam kalangan guru juga. Ini kerana masa yang diluangkan oleh murid sekolah
ini misalnya adalah sekurang-kurangnya enam jam sehari di sekolah. Selain terdedah
dengan persekitaran dan iklim di sekolah, mereka turut terdedah dengan pengaruh media
yang pelbagai, kesan daripada globalisasi yang melanda negara.
Oleh yang demikian,
kajian ini akan mengesan dan mengenal pasti aspek kesantunan berbahasa yang menjadi
amalan di sekolah.
1.4
Objektif Kajian
Objektif kajian tentang Kesantunan Berbahasa di Sekolah adalah untuk melihat sejauh
mana kesantunan berbahasa diamalkan di sekolah seperti berikut:
(1)
Mengenal pasti bentuk dan amalan kesantunan bahasa di sekolah dari aspek
sosiolinguistik
5
(2)
Mengenal pasti bentuk dan amalan kesantunan berbahasa di sekolah dari
aspek pragmatik
(3)
Mengenal pasti bentuk dan amalan kesantunan berbahasa dalam dokumen dan
surat-menyurat
1.5
Kepentingan Kajian
Kesantunan bahasa penting dan sering dibincangkan oleh ahli linguistik kebelakangan ini.
Dalam berkomunikasi, kesantunan berbahasa amat diperlukan kerana, (1) kesopanan
seseorang pada umumnya dinilai melalui bahasanya yang santun, (2) bahasa yang santun
akan lebih melancarkan penyampaian mesej dalam komunikasi, (3) bahasa yang kurang
santun sering menyakitkan perasaan-perasaan orang lain sehingga menjadi sumber konflik,
dan (4) sejarah membuktikan masyarakat Melayu dianggap sebagai orang yang sopan
santun dan baik budi bahasanya sehingga hal ini penting dipertahankan ( Robert Sibarani,
2004:215-216).
Sebaliknya berlaku apabila terpapar kenyataan daripada sebuah akhbar tempatan
yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak sopan mengikut penyelidikan mereka.
Keadaan ini perlu dibuktikan kesahihannya. Apakah sebenarnya makna santun? Apakah
sebenarnya ukuran dan nilai kesantunan kerana takrif santun bagi masyarakat kita mungkin
mendatangkan anggapan yang lain pula bagi masyarakat lain. Setiap masyarakat
mengutamakan aspek santun dalam perlakuan sebagai nilai yang menjadi penentu
kemuliaan peribadi seseorang. Kesantunan sering kali dikaitkan dengan perlakuan bahasa
(verbal) dan perlakuan bukan bahasa (non verbal).
Kesantunan boleh dipancarkan melalui tingkah laku dan cara berbahasa. Tingkah
laku yang biadab akan menyebabkan seseorang itu dianggap kurang ajar. Sementara cara
berbahasa yang tidak sopan dikatakan sebagai tidak tahu bahasa (Mohamad Fadzeli Jaafar,
1997:292). Kesantunan bahasa juga dikaitkan dengan budi bahasa. Nilainya tidak dapat
disamakan dengan sesuatu yang bersifat kebendaan..01eh sebab penggunaan bahasa yang
6
baik dan betul adalah penting untuk menyerlahkan kesantunan dan kebudibahasaan sesuatu
bangsa, kajian tentang kesantunan bahasa perlu dijalankan.
Kajian ini akan mendedahkan ciri-ciri amalan kesantunan berbahasa guru dari
aspek linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik. Oleh yang demikian, data berkaitan amalan
kesantunan bahasa sebenar perlu disediakan sebagai panduan guru-guru umumnya dan
pelajar-pelajar UPSI, iaitu bakal guru khususnya.
Adalah diharapkan dapatan-dapatan kajian yang diperoleh akan meletakkan UPSI
sebagai
sumber rujukan berkaitan amalan kesantunan bahasa. Kajian ini juga dapat
menyumbang ke arah menyemarakkan kempen Berbudi Bahasa yang disarankan oleh
Y.A.B Perdana Menteri.
7
BAB 2
KESANTUNAN MELAYU
2.1
Pendahuluan
Kesantunan sama dengan budi pekerti atau etiket, iaitu tatacara, adat atau kebiasaan yang
berlaku dalam suatu masyarakat beradab untuk memelihara hubungan baik antara sesama
manusia. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama
oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekali gus menjadi syarat yang
disepakati dalam perilaku sosial Robert (2004:217).
Apabila dilihat pengertiannya, kesantunan dapat dilihat daripada berbagai-bagai
segi dalam pergaulan sehari-hari. Pertama, kesantunan memperlihatkan sikap yang
mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari. Kedua,
kesantunan sangat kontekstual, yakni berlaku dalam suatu masyarakat, tempat atau situasi
tertentu, tetapi belum tentu berlaku bagi masyarakat, tempat atau situasi lain. Ketiga,
kesantunan selalu dwikutub, yakni memiliki hubungan dua kutub seperti antara anak
dengan orang tua, antara orang yang lebih muda dengan orang yang lebih tua, antara tuan
rumah dengan tetamu, antara lelaki dengan wanita, antara individu dengan individu lain.
Keempat, kesantunan tercermin dalam cara berbahasa, bertindak dan berpakaian (Robert
Sibarani, 2004:218).
Menurut beliau lagi, kesantunan perbuatan memerlukan berbagai-bagai tatacara
seperti pada waktu makan bersama, memerlukan kesantunan dari segi cara berpakaian, cara
8
duduk, cara mengunyah, dan Iain-lain. Tidak santun sekiranya kita berwajah murung ketika
menerima tetamu, atau menyilang kaki ketika bertamu ke rumah orang, duduk di atas meja
ketika mendengar kuliah daripada pensyarah, mencungkil gigi tanpa menutup mulut ketika
makan di tempat awam.
Za'ba (1950) turut membincangkan aspek kesantunan perbuatan. Beliau
mengatakan bahawa budi bahasa bukan sekadar penggunaan bahasa semata-mata.
Perlakuan dan tingkah laku seseorang, seperti amalan berjabat tangan, menunjukkan muka
yang manis, cara duduk yang tertib dan disenangi, melayan tetamu dengan menghidangkan
juadah, membongkokkan badan ketika melintas di hadapan atau di belakang orang lain,
serta menggunakan ibu jari, bukan jari telunjuk, apabila mahu menunjukkan sesuatu perlu
dititikberatkan juga. Penggunaan bahasa yang santun tidak akan lengkap tanpa disertai oleh
perlakuan yang mulia itu.
Dalam kesantunan berpakaian, ada dua hal yang perlu diperhatikan. Pertama,
berpakaian dengan sopan di tempat umum, iaitu dengan menghindari pakaian yang boleh
merangsang orang lain. Kedua, berpakaian rapi dan sesuai dengan keadaan, yakni
berpakaian rasmi dalam acara rasmi atau berpakaian santai dalam situasi santai.
Kesantunan bahasa pula tercermin dalam tatacara berkomunikasi. Ketika
berkomunikasi, kita harus tunduk kepada norma-norma budaya yang hidup dalam
masyarakat Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-noma
budaya, maka dia dituduh sebagai orang yang aneh, egois, sombong, tidak beradat atau
tidak berbudaya.
2.2
Kesantunan bahasa mengikut perspektif pengkaji di Malaysia
Asmah Haji Omar (2000:88) menginterpretasikan kesantunan menurut perspektif Melayu
dengan mengatakan bahawa kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari
9
yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pihak
pendengar.
Mustafa Hj. Daud (1995:4) memberikan pengertian berbudi bahasa sebagai
percakapan yang baik, elok dalam tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi
budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab, bersopan-santun, bertatatertib, berbudi
pekerti mulia, tingkah laku yang baik dan akhlak yang baik.
Asmah Haji Omar dalam Ab. Razak Ab. Karim (2000:1306) pula membahagikan
kesopanan kepada dua jenis, iaitu kesopanan asas dan kesopanan berkendala. Kesopanan
asas ialah kesopanan yang sedia ada dan dijadikan panduan oleh ahli masyarakat untuk
berhubungan antara satu sama lain. Kesopanan berkendala pula ialah kesopanan yang
menggambarkan usaha yang dilakukan oleh ahli masyarakat ketika berhubungan antara
satu sama lain dengan memberikan perhatian kepada kendala tertentu. Menurutnya lagi,
strategi komunikasi yang menandai kesopanan melibatkan perkara berikut: (1) perkaitan
peranan, (2) perbezaan taraf sosial, (3) kewujudan kuasa, (4) menjaga air muka, (5)
kepatuhan pada tajuk atau bidang dan (6) kepatuhan pada peraturan.
Menurut Teo Kok Seong (1996:40), kesopanan berbahasa ditakrifkan sebagai
bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku sopan kepada orang
yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping memperlihatkan kehemahan
pada orang yang bercakap itu agar ia dianggap sebagai berbudi bahasa.
Bagi S. Nathesan (2005:30) pula, kesantunan berbahasa merujuk kepada budi
bahasa yang tergambar dalam amalan tegur sapa yang digunakan dalam satu-satu
masyarakat bahasa. Amalan ini umumnya ditentukan secara konvensi, iaitu persetujuan
secara sebulat suara oleh masyarakat berkenaan.
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad (1994:306-307) pula, untuk
mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kesantunan berbahasa, cara mudah ialah dengan
10
mengetahui apa yang sebaliknya, iaitu kebiadaban berbahasa. Bentuk kebiadaban
berbahasa adalah seperti berikut:
(1)
memo, surat, notis dan laporan yang terlalu singkat dan tidak kena pada
tempatnya
(2)
ungkapan yang ada nada sindiran, kepura-puraan, marah, curiga, penghinaan,
tuduhan,
mengajar-ngajar,
kemesraan yang tidak diingini
dan yang
mengandungi sangkaan tertentu
(3)
bentuk bahasa yang mencerminkan budi bahasa yang palsu dan niat yang
tidak ikhlas (terlalu merendah-rendahkan diri, pujian yang menjulang,
melebih-lebihkan pengiktirafan, ayat yang berbelit-belit).
Menurut mereka lagi, kesantunan berbahasa ialah timbang rasa yang kita berikan
kepada orang yang membaca karya kita atau mendengar kita bercakap. Kesantunan bahasa
juga ialah sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan seseorang tanpa
mengecilkan hatinya.
Menurut Abd Wahid Jais dan Faezah Kassim (2006:68), orang Melayu
memandang tinggi budi bahasa. Orang yang berbudi bahasa, berbudi mulia dan sopan
dalam berbahasa diberi nilai yang sangat tinggi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan
bercakap dengan cara yang tidak sopan dianggap berperangai rendah, tidak berbudi dan
dikatakan biadab.
Pengetahuan komponen komunikasi, antaranya boleh mewujudkan kesesuaian
bahasa (misalnya kesopanan) semasa berkomunikasi daxi beberapa segi: (i) penggunaan
ganti nama yang sesuai mengikut angkubah sosial tertentu, misalnya usia, pangkat, dan
jantina, (ii) penguasaan ciri prosodi seperti nada suara yang lantang dan intonasi tertentu
untuk menyata dan menyampaikan sesuatu sikap, (iii) pengamalan cara bahasa tertentu
untuk menyata dan menyampaikan sesuatu sikap, (iii) pengamalan cara berbahasa tertentu,
misalnya merendah diri semasa menerima pujian sebagai mematuhi sesuatu resam
berbahasa, dan (iv) pengetahuan perlakuan bukan verbal seperti aksi badan tertentu dalam
11
bentuk penggunaan tangan kanan yang dikaitkan dengan nilai sosial atau budaya tertentu
(Teo Kok Seong, 2002:9).
Penyampaian sesuatu komunikasi secara berkesan itu, hendaklah mengambil kira
bukan sahaja peraturan nahu tetapi juga peraturan penggunaan bahasa yang terletak pada
aspek sosiolinguistik dan aspek pragmatik (Asmah Hj Omar, 2002:114).
2.3
Kesantunan Bahasa mengikut perspektif sarjana Barat
Menurut Lakoff (1975), kesantunan adalah suatu proses komunikasi yang wujud bertujuan
untuk mengurangkan pergeseran dalam perhubungan antara individu. Menurutnya lagi,
kesantunan bermula dengan memahami dan mengujarkan sesuatu yang dianggap baik dari
sudut peraturan sosial.
Selain itu, lakoff turut menerangkan bahawa terdapat pelbagai
tingkah laku yang boleh dianggap santun sama ada dalam bentuk linguistik dan juga bukan
berbentuk linguistik.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Ide (1989:225), beliau
mendefmisikan kesantunan linguistik sebagai suatu yang berkaitan dengan kelancaran
komunikasi yang berhubung kait dengan penggunaan bahasa yang betul dengan strategi
intensional.
Tujuannya adalah untuk memastikan agar mesej yang disampaikan dapat
diterima dengan jelas dan baik. Pada kebiasaannya, kelancaran berkomunikasi ditunjukkan
dengan ekspresi penutur yang bersesuaian bagi menepati kehendak dan jangkaan penerima
mesej seperti yang terkandung dalam norma hubungan dalam sesebuah masyarakat.
Antara sarjana lain yang mengkaji fenomena kesantunan linguistik ialah Brown
and Levinson (1978). Mereka membincangkan fenomena kesantunan dari sudut 'muka'.
Mengikut Brown and Levinson (1978: 70) berdasarkan ciri muka, terdapat kesantunan
positif dan kesantunan negatif. Kesantunan positif melibatkan kehendak muka positif
(positif face wants) orang yang disapa manakala kesantunan negatif melibatkan kesedaran
dan rasa hormat penutur terhadap kehendak muka negatif (negative face wants) penerima
dengan tidak mengganggu kebebasan penerima dalam melakukan sesuatu (ibid).
12
Bayraktaroglu (1997:5) berpendapat bahawa kesantunan merupakan perlakuan
yang diamalkan untuk membina persefahaman bagi mengelakkan ancaman dan ketegangan
yang boleh menyebabkan hubungan mereka yang terbabit dalam perbualan menjadi
renggang.
Kesimpulannya terdapat kepelbagaian ciri kesantunan yang diutarakan oleh
sarjana yang mengkaji bidang ini secara mendalam. Kepelbagaian ini dapat dilihat melalui
kajian yang dilakukan oleh pengkaji tempatan dan pengkaji barat. Berdasarkan
kepelbagaian ini, kajian ini bertujuan melihat amalan kesantunan di sekolah dan melihat
sama ada ciri-ciri yang disenaraikan tergolong dalam mana-mana ciri kesantunan pengkaji
tempatan mahupun barat.
14
Bahasa yang berlapik ini memancarkan bahasa yang bersifat halus atau dikenali sebagai
bahasa halus. Bahasa halus ini dianggap sebagai lebih sopan dan mencerminkan budi
bahasa masyarakat Melayu (Teo Kok Seong, 2003:15).
3.2
Penggunaan Eufemisme dan Sirkumlokusi
Sehubungan dengan penghindaran kata-kata yang tabu itu, penggunaan eufemisme
(ungkapan yang halus sebagai pengganti segala yang tabu) perlu dilakukan agar bahasa kita
terjaga dan sopan. Namun, bahasa itu akan menjadi tidak santun apabila menggunakan
eufemisme yang berlebihan atau apabila bahasa itu terlalu eufemistik (Robert Sibarani,
2004:221).
Penggunaan eufemisme adalah sebagai pengganti kata tabu. Eufemisme ialah
ungkapan yang lebih halus dan manis yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang
dianggap kasar dan tidak menyenangkan. Eufemisme disebut juga sebagai ucapan atau
ungkapan lembut Pemakaian suatu ungkapan yang lembut atau samar harus digunakan
untuk menggantikan ungkapan yang terang atau kasar dengan memberi pertimbangan nilai
rasa walaupun ia mendukung makna yang sama. Contoh eufemisme ialah 'buang air besar'
menggantikan 'berak', 'buang air
kecil
menggantikan 'kencing\ 'kurang upaya'
menggantikan 'cacat, 'suami' menggantikan 'laki', 'isteri' menggantikan 'bini'
'bersalin'
menggantikan 'beranak',
'buang angin'
menggantikan
'kentut',
dan
'najis'
menggantikan 'tahi', 'datang bulan' menggantikan 'datang haid'.
3.3
Penggunaan atau pemilihan kata yang honorifik
Peraturan yang menuntut kita menggunakan sopan dan santun bahasa dipanggil tatabahasa
sosial Bahasa yang santun mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Padanya terdapat
kata-kata yang dapat mencerminkan ketinggian budi orang yang bercakap dan kedudukan
orang yang dilawan bercakap atau orang yang disapa. Kita dapat melihat santun bahasa
dalam penggunaan panggilan hormat dalam urusan rasmi dan tidak rasmi, penggunaan
15
rujukan kehormat, penggunaan ganti nama, serta penggunaan gelaran dengan mengikut
sistem yang betul sesuai dengan konteks keadaan (Husna Faredza Mohamed Redzwan,
2006). Kata panggilan, sapaan dan gelaran berserta contoh dapat ditunjukkan dalam jadual
berikut:
Jadual 3.1
Senarai Kata Panggilan Sapaan Dan Gelaran
Bil.
1
Kata panggilan sapaan dan gelaran
Contoh
Panggilan hormat dalam urusan
Tun, Datuk, Doktor, Ustazah,
rasmi
Tuan Haji, Encik, Cik, saudara,
saudari
2
3
Panggilan hormat dalam urusan tidak
Pak Cik, Mak Cik, Abang,
rasmi
Kakak, Adik dll.
Rujukan kehormat
Yang Mulia, Yang Berbahagia,
Yang Arif, Yang Berhormat,
Yang Setia, Sahibus Samahah,
Sahibul Fadilah, Sahibus Saadah
4
Ganti nama
saya, awak, kamu, engkau, aku,
anda, dll.
5
Penggelaran
a. gelaran warisan
Raja, Tengku, Tengku, Megat,
Wan, Abang, Raden, Daeng, dll.
b. gelaran kuraiaan
Tun, Dato', Pendeta, Bapa
Kemerdekaan, Profesor
Emeritus, Dr., Haji, Hajah,
Cikgu, dll.
16
Menumt Abdullah Hassan (2005), antara jenis kesalahan tatabahasa sosial yang sering
dilakukan dan perlu dielakkan adalah seperti yang berikut:
•
menggunakan ganti nama yang merendahkan, seperti menggunakan ganti nama
kamu kepada orang yang lebih tinggi tarafnya.
•
menggunakan panggilan mesra sebagai panggilan hormat, seperti menggunakan
bentuk panggilan keluarga, iaitu makcik, pakcik, kakak dalam suasana rasmi,
•
menggunakan panggilan intim seperti abang, adik kepada orang yang bukan
intim sebagai panggilan hormat
•
menggunakan gelaran sendaan seperti Bos sebagai panggilan hormat
•
menggunakan panggilan hormat seperti Sir dan Mem kepada orang Inggeris tetapi
tidak pula menggunakan Tuan dan Puan apabila memanggil orang Melayu
•
menggunakan bahasa rendah (percampuran kod) seperti yu-ol, dei-ol, ai, yu, wiol, diorang dalam majlis rasmi
•
menyebut nama batang tubuh orang bertaraf tinggi
Kesantunan juga dapat dicapai dengan menggunakan pilihan kata yang honorifik,
iaitu ungkapan hormat untuk berbicara dan menyapa orang lain. Meskipun kata engkau,
anda, saudara secara denotatif sama maknanya, tetapi kesan kesantunannya
berbeza
(Robert Sibarani, 2004:222).
Menumt Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad (1994:303), neka sopan
digunakan dalam bahasa tulisan dan lisan. Neka sopan yang paling jelas ialah dalam
pemilihan kata ganti nama orang pertama, kedua dan ketiga, serta penukaran ketiga-tiga
ganti nama itu dengan bentuk panggilan lain. Bentuk panggilan itu berfungsi sebagai kata
ganti nama.
Menurut mereka lagi, neka sopan digunakan apabila seseorang bercakap atau
menulis kepada orang yang tinggi tarafnya. Dalam keadaan ini, kata ganti nama orang
17
pertama yang mesti digunakan ialah 'saya' sama ada dalam bahasa tulisan atau lisan.
Dalam tulisan, kata ganti orang kedua ialah 'tuan5, 'puan\ 'saudara' atau 'saudari'. Adalah
menjadi kebiasaan di dalam masyarakat Melayu, kata ganti orang kedua diganti dengan
panggilan khas seperti 'pakcik', 'kakak', 'tuan haji' 'cikgu', 'Datuk', 'Tan Sri', 'Yang
Berhormat, atau huruf singkatan sahaja (Y.B, Y.A.B) dan seumpamanya.
Menurut Teo Kok Seong (2003:15), dalam penulisannya bertajuk Kesantunan
Berbahasa Kes Bahasa Melayu, kesantunan berbahasa atau kesopanan bahasa ditakrifkan
sebagai bentuk bahasa (misalnya kata, frasa/rangkai kata atau ayat) dan/atau penggunaan
bahasa (misalnya cakap secara berkias/berlapik atau bercakap bagi tujuan menghormatinya,
di samping memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang bercakap agar dia dianggap
sebagai berbudi bahasa. Kesantunan bahasa ini dilihat dari aspek kata ganti nama yang
diterima sebagai sopan dalam kalangan masyarakat Melayu. Seperti juga dalam penulisan
pengkaji lain, kata ganti nama tetap menjadi keutamaan dan diberi penekanan dalam
menunjukkan kesantunan bahasa.
Setiap bahasa mempunyai sistem panggilan (ganti nama, pronominal, pangkat
kekeluargaan dan gelaran) yang tersendiri yang disertai dengan nahu sosial tentang
penggunaannya. Penggunaan kata ganti nama yang tidak sesuai dengan sesuatu konteks
komunikasi boleh menimbulkan masalah. Pengetahuan dan penguasaan yang baik tentang
sistem panggilan bahasa Melayu bukan sahaja melambangkan seseorang itu berbudi bahasa
dan berhemah tinggi, tetapi yang lebih penting lagi adalah dapat memperlihatkan bahawa
seseorang itu memahami dan menguasai pengendalian pelbagai kategori sosial dalam
struktur masyarakat Melayu (Teo Kok Seong, 2002:10-11). Ini kerana dalam bahasa
Melayu ragam persuratan/ baku, seseorang itu hams mempertimbangkan beberapa
angkubah sosial, antaranya adalah umur, generasi, pangkat, gelaran, status, dan jarak sosial
orang yang diajak bercakap apabila sistem panggilan hendak digunakan supaya santun
bahasa itu dapat dikekalkan.
Download