15tip bahagia buat susu badan anda meriah - Al

advertisement
15 TIP BAHAGIA
BUAT SUSU BADAN ANDA MERIAH
Suntingan
NORHAIZA’IMA HAMZAH
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
PENGENALAN
Assalamualaikum para ibu hebat di luar sana.
Berapa ramai ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan akibat tekanan
(stress) dan gaya hidup masa kini yang kian mencabar. Berapa ramai juga ibu-ibu yang
berperasaan tidak tenang, resah, murung dan sedih akibat tidak mampu memenuhi
kehendak serta kepuasan bayi yang menyusu badan.
Akhirnya, ramai di kalangan kita yang berputus asa lantas mencari alternatif lain dengan
menambah atau memberikan sepenuhnya susu formula untuk si kecil.
Oleh itu, idea e-book 15 Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah ini ditulis khas
buat anda yang tercari-cari jalan untuk menambah atau melancarkan penghasilan susu
badan buat si comel anda. Dengan itu saya kongsikan sedikit tip atau panduan, jenis-jenis
makanan penggalak susu (milk booster) serta beberapa tip penting penyusuan ibu
sepanjang Ramadhan sebagai bonus untuk anda.
Suntingan
Norhaiza’ima Hamzah
1
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
MASALAH 1 : Susu Badan Merudum?
Pengeluaran Susu Kurang? Apa Puncanya?
Memang ada di antara ibu-ibu di luar sana yang mengeluh kerana masalah ‘production’
atau pengeluaran susu badan yang kurang dan tidak lancar. Hal ini disebabkan oleh
beberapa kemungkinan seperti;
► Corak pemakanan yang tidak seimbang
► Kurangnya pengambilan air kosong (disarankan pengambilan 3 liter air kosong setiap
hari)
► Ibu berada dalam kondisi tidak sihat
► Keadaan badan ibu yang sentiasa penat dan letih akibat aktiviti atau kerja seharian
► Fikiran bercelaru dan emosi yang tidak stabil serta sentiasa berfikiran negatif seperti
merasakan diri tidak dapat memenuhi kehendak bayi
MASALAH 2 : Kenapa Susu Badan Cair...Adakah
ia Kurang Berkhasiat Untuk Bayi Saya?
Antara persoalan lazim yang sering diajukan…susu saya agak cair. Adakah itu petanda
susu saya kurang berkhasiat? Kebanyakan ibu pasti ragu-ragu dengan kualiti susu
sendiri sehingga timbul rasa risau memikirkan anak tidak kenyang atau tidak puas
menikmati susu ibu. Akhirnya, jalan penyelesaian terakhir dengan mencampurkan atau
memberikan bayi susu formula sepenuhnya.
Hakikatnya, susu ibu yang normal memang lebih cair berbanding dengan susu formula
yang lebih pekat dan kekuningan warnanya. Hal ini kerana atas kebergantungan beberapa
faktor seperti faktor cuaca dan corak pemakanan ibu.
2
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
Info Ringkas :



● Ketika cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa bagi
membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan
rasa dahaga serta mengelakkan badan dari penghidaratan.
● Ketika cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi
lebih banyak lemak dari biasa bagi membolehkan bayi mendapat
tenaga dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.
● Sekiranya anda demam, suhu dalaman badan akan panas dan ini
juga akan menyebabkan susu ibu lebih cair.
Tetapi cairnya susu ibu adalah proses biologi tubuh menandakan ibu perlu teliti semua
rutin ibu kebelakangan ini dan atasi masalah tersebut.
Antara faktor utama susu menjadi cair adalah :
(a) Kesilapan ibu dalam menjalankan rutin mengepam susu. 2 kesilapan utama
adalah:
1. Mengurangkan sesi pump
2. Tidak mengosongkan payudara setiap kali pump
(b) Faktor pemakanan ibu itu sendiri – Jika ibu berdiet atau menghadkan pemakanan
kepada makanan tertentu, maka penghasilan susu ibu yang terhasil tidak mengandungi
kesemua zat yang diperlukan termasuklah susu menjadi cair. Oleh itu pemakanan ibu
mestilah seimbang dan lengkap dengan khasiat penting untuk menghasilkan susu.
Justeru, bagi membantu ibu menghasilkan susu yang lebih pekat, ibu mestilah :
► Pump dengan kerap dan jangan skip sesi pump
► Kosongkan payudara sepenuhnya setiap kali sesi penyusuan/pump
► Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
3
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
Namun, bagi suri rumah yang tidak pump, pastikan sesi penyusuan anda selepas ini lebih
kerap dan lama. Namin, jika perlu, anda masih boleh pump selepas bayi habis menyusu
untuk pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya. Jika hasil perahan sikit, usahlah risau
kerana anda ibu suri rumah tentulah bukan nak kumpul stok susu tetapi hanya sekadar
mahu mengosongkan payudara supaya penghasilan susu berikutnya akan menjadi lebih
pekat dan banyak.
TIPS BAHAGIA
BUAT SUSU BADAN ANDA MERIAH
1. KERAP BERIKAN SUSU PADA BAYI SEJAK MULA DILAHIRKAN
Menyusukan bayi sekurang-kurangnya setiap dua jam pada siang hari untuk membantu
meningkatkan bekalan susu. Jika bayi kita telah tidur melebihi dua jam, bangunkan dia
untuk diberi susu.
Di waktu malam, berikan susu sekurang-kurangnya sekali di tengah malam, terutama jika
bayi kita telah tidur lebih daripada 4 atau 5 jam pada waktu malam.
2. SUSUKAN BAYI WALAUPUN PAYUDARA RASA KOSONG
Sebenarnya susu dalam payudara tetap ada walaupun mungkin kita berasa ia telah tiada
susu, selepas menyusukan bayi.
Untuk mengembalikan susu yang banyak, pastika minum sekurang-kurangnya 500ml
selepas menyusukan, kerana kita akan menyusukan anak semula selepas 2-3 jam. Ini
sebagai persediaan untuk pengeluaran susu
Ada kajian menunjukkan bahawa tahap kandungan lemak dalam susu adalah lebih tinggi
jika tempoh antara penyusuan lebih pendek. Ini bermakna, apabila kita menyusukan anak
semula, kandungan lemak sebenarnya sangat tinggi dan ini akan membantu
menambahkan berat badan bayi kita.
3. PENYUSUAN YANG KERAP
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi sedang tidur,
kejutkan bayi setiap 2-3 jam untuk diberikan susu.
Penyusuan yang kerap akan memperbanyakkan pengeluaran susu, meningkatkan kasih
sayang dan menyebabkan bayi tidur dengan lebih tenang.
4
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
4. MEMBERIKAN SUSU DENGAN MASA YANG LEBIH LAMA
Salah satu cara untuk meningkatkan bekalan susu ialah dengan tidak menghadkan
tempoh penyusuan bayi kita. Maknanya kita akan berikan susu selama bayi
menghendakinya.
Jika dalam tempuh itu, susu sudah tiada lagi dan bayi masih mengisapnya, biarkan dulu.
Ini Isapanpada puting akan merangsangkan otak kita mengeluarkan hormon oxytocin,
untuk memberitahu bahawa payudara yang kosong harus diisi semula.
Selain itu susu yang keluar di akhir penyusuan itu selalunya mengandungi lemak yang
banyak, berbanding dengan susu yang dikeluarkan pada peringkat permulaan. Pada
peringkat permulaan, susu badan mengandungi lelbih banyak air dan kurang lemak,
berbanding dengan susu yang dikeluarkan pada peringkat akhir yang banyak lemak, lebih
pekat dan kurang air.
Susu yang banyak air akan membuatkan bayi berasa kenyang tetapi susu yang banyak
lemak akan membuatkan bayi cepat membesar.
Jadi berikan susu pada sebelah payudara sehingga ia benar-benar kosong sebelum
beralih ke sebelah yang lain.
5. BERTUKAR-TUKAR BELAH PAYUDARA
Bagi bayi yang menghisap susu dengan kadar yang perlahan, secara santai sehingga
tertidur, teknik mengmbiarkan bayi menghisap sehingga habis, mungkin tidak sesuai. Ini
kerana bayi mungkin tertidur ketika sedang menghisap susu.
Cara terbaik untuk bayi seperti ini ialah dengan membiarkan bayi kita menghisap susu
sehingga kadar hisapannya berkurangan, kemudian cuba pegang bayi dalam posisi berdiri
atau duduk, sebelum bertukar pada payudara yang sebelah lagi.
Selain itu cuba tepuk belakang bayi agar dapat bersedawa atau menukar lampin, sebelum
memberikan susu pada belah payudara yang satu lagi. Ini akan menggalakkan bayi tidak
tidur dan lebih segar.
Bertukar belah payudara akan menggalakkan bayi menghisap dengan kadar yang lebih
baik. Apabila bayi kembali menghisap dengan kadar yang perlahan, tukarkan semula
pada belah yang sebelumnya. Ia bertujuan menggalakkan bayi kita menghisap susu pada
peringkat terakhir (yang mempunyai banyak kandungan lemak).
6. TEKNIK SUSUAN BERGANDA
Teknik ini sebenarnya adalah cara lain menggalakkan penyusuan bayi yang menghisap
dengan kadar yang agak lambat dan mudah tertidur. Setelah memberikan susu dan
mendapati hisapan bayi mulai perlahan, letakkan bayi kita dalam keadaan posisi berdiri di
bahu kita.
Tepuk atau gosok perlahan-lahan belakang bayi selama 10-20 minit, agar dia dapat
sedawa. Ini akan memberikan lebih banyak ruang dalam perut bayi untuk diisikan dengan
susu.Kemudian berikan semula susu pada bayi sehingga dia betul-betul puas.
5
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
Memberikan susu dengan lebih kerap dan lama akan refeksi pengeluaran susu,
meningkatkan bekalan susu dan memastikan bayi menghisap susu yang berkalori tinggi.
7. JANGAN TUNGGU PAYUDARA PENUH
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa
bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi
susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak
susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila
tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat.
8. BOGELKAN BAYI SEWAKTU MENYUSU
Bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar
daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang
mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula,
selimutkan dia ketika menyusu.
9. PENYUSUAN MALAM
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang
peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu
membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut
merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih
banyak susu.
10. PENYUSUAN ‘BABY SLING’
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh
merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu
penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati
dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.
11. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Fikir Bayi, Fikir Susu Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai
grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di
antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang
menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk
mengeluarkan lebih banyak susu.
12. URUTAN
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.
Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu,
anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam.
6
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
13. MINUM AIR MENCUKUPI
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan
susu. Anda digalakkan minum 3 liter air atau bersamaan 13 cawan setiap hari bagi
mengelakkan tubuh anda dehidrasi.
14. PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG DAN BERKHASIAT
Ambil makanan yang bersifat penggalak susu yg mmbntu mndorong pnghsln susu. Amalkan
halba, oats, alfalfa, lobak putih, longan kering, kurma, air soya, sawi dan sebagainya.
Namun keberkesananya berbeza mengikut individu.
Susu lebih banyak dihasilkan ketika anda kenyang berbanding ketika lapar. Jangan
tinggalkan sarapan pagi. Jika anda sedang menurunkan berat badan, makan dalam
jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya badan anda mendapat kalori yang diperlukan
untuk menghasilkan susu.
15. PENGAMBILAN SUPPLEMENT
Ramai ibu yang gagal mengamalkan diet seimbang. Kekurangan nutrisi penting boleh
mengganggu penyusuan. Apatah lagi ramai yang berdiet, ambil perancang dan
sebagainya.
AWAS!!!!
Dehidrasi bukan sahaja menjejaskan penghasilan susu ibu, malahan boleh menyebabkan
rasa haus yang melampau, letih, pening, loya, menggigil dan tekanan darah rendah. Oleh
itu, pastikn anda minum air secukupnya ketika sahur dan berbuka puasa.
7
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
JENIS-JENIS MAKANAN ‘MILK BOOSTER’
√ Kumpulan kekacang seperti kacang merah, kacang hijau, dal dan lain-lain
√ Jambu batu
√ Habbatussauda/jintan hitam
√ Sayuran seperti sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda, kucai,
taugeh, lobak putih, petola, kentang, daun turi
√ Ulam-ulaman seperti pucuk meranti, pucuk manis, pegaga, jantung pisang
√ Nasi, gandum, oat, Nestum
√ Madu
√ Barli
√ Coklat/minuman berperia coklat
√ Air horlicks, soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
√ Susu / produk tenusu termasuk keju, mentega, susu kambing
√ Teh hijau Jepun
√ Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
√ Bawang putih
√ Ikan yu, ikan sardin, tuna, salmon
√ Kurma
√ Longan kering / air mata kucing
√ Halba
√ Jus buah-buahan
√ Rebusan buah pala
Vitamin Tambahan
Omega 3
Obimim
Kalsium/Magnesium
Vitamin C
Red Raspberry Leaves
Spirulina
Ubat Homeopati
8
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
BONUS
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
TIP PENTING PENYUSUAN
IBU SEPANJANG
RAMADHAN
Pastikan anda bersahur setiap hari. Tiap kali sahur atau berbuka, pastikan anda
makan makanan berserat dan berprotein seperti nasi, ayam, ikan ataupun daging,
sayur serta buah-buahan.
Ketika telah hampir waktu imsak, bacalah surah Al-Khauthar dan minumlah seteguk
air kosong sambil berdoa agar dikurangkan dahaga sepanjang waktu berpuasa.
Mengambil makanan yang lambat hadam seperti nasi dan oat ketika bersahur
sebenarnya dapat membantu mengelakkan cepat lapar.
Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran seperti sayur sawi dan lobak
putih. Tetapi sekiranya anda dalam fasa berpantang, elakkan mengambil buahbuahan dan sayuran yang bersifat 'sejuk' seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang,
paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air soya.
Ambil pemakanan berbentuk milk booster (untuk menambahkan susu) seperti
halba, kurma merah dan lobak putih, soya, longan kering, barli, kucai, pegaga,
pucuk betik dan jantung pisang.
Jika perlu ambillah vitamin & makanan tambahan (suplemen) untuk mendapatkan
tenaga sepanjang hari.
Bersahur dan berbukalah dengan kurma untuk membekalkan tenaga kepada ibu
yang keletihan sepanjang hari. Sunnah mengambil kurma dengan jumlah yang
ganjil sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Niatkan di dalam hati agar
terus dikekalkan penghasilan susu.
Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan mengandungi banyak minyak
kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.
Kurangkan (kalau boleh elakkan) pengambilan berais dan minuman yang
mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat dan minuman berkafein seperti
teh, kopi, atau nescafe kerana kafein akan menyingkirkan zat yang sepatutnya
diperlukan oleh tubuh. Minuman-minuman ini juga boleh mengurangkan lagi
produksi susu anda.
Ketika berpuasa, jumlah lemak di dalam susu badan akan berkurangan. Jadi, ambil
diet makanan yang mengandungi lemak sihat berbentuk produk tenusu seperti
minuman bercoklat, keju, mentega, susu, soya dan seumpamanya dalam kadar
yang mencukupi
Madu amat digalakkan untuk mengambilnya setiap hari kerana selain menambah
stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga
sumber tenaga yang hebat dan semulajadi.
Banyak minum air ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi
yang menyebabkan susu ibu kurang pada siang hari. Kerapkan pengambilan air
masak. Sediakan 2 liter air kosong dalam botol air dan minum sedikit demi sedikit
bermula dari waktu berbuka sehingga waktu sahur.
9
E-Book
Tip Bahagia Buat Susu Badan Anda Meriah
13.
14.
15.
16.
17.
18.
Tambahkan dalam rutin anda untuk mengepam selama 20 minit sebelum masuk
tidur dan 20 minit sebelum atau selepas sahur.
Pastikan waktu atau jadual mengepam ketika siang berlangsung seperti biasa (23 jam sekali). Sediakan stock (simpanan susu) lebih awal sekurang-kurangnya 2
minggu sebelum puasa.
Jika mampu susukan bayi sebanyak mungkin sepanjang malam kerana ia mampu
untuk mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari.
Sekiranya ibu menyusu mengabaikan diet di atas berkemungkinan besar mereka
akan mengalami waktu yang sukar untuk mengembalikan produksi susu ibu.
Jangan terlalu penat atau beremosi sehingga menganggu penghasilan susu badan
anda.
Perbaharui dan pasangkan niat untuk menyusui anak kerana Allah SWT.
Para ibu usah bimbang. Berpuasa sebenarnya TIDAK akan mengurangkan jumlah
penghasilan susu badan seseorang ibu kerana komposisi susu ibu itu terhasil mengikut
mengikut nutrien dan makanan yang diambil semasa ibu itu berpuasa. Maka, secara
automatiknya badan seseorang ibu itu akan membuat perubahan terhadap metabolic
adaptions hariannya untuk memastikan produksi susu untuk bayinya tidak terganggu.
Oleh yang demikian, anda sebagai ibu-ibu yang menyususkan bayi anda tetap perlu
mengikuti diet dan beberapa tips penyusuan agar anda dapat menjalani fasa Ramadhan
dengan jayanya.
Selamat mencuba!!!!!
====================================================================
SUMBER
Dr Zubaidi Hj Ahmad; Doktor Perubatan Senior di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd (KPP).
Puan Hjh Rusniwati Abazie; Kelahiran & Membentuk Minda Bayi Cemerlang
10
OK. Anda Hampir Complete!
Anda Seorang Bakal Ibu Yang Punyai Masalah Di Bawah?
-Paras HB rendah sampai kena marah dengan nurse?
-Badan terasa LETIH LESU sentiasa?
-SUSU BADAN tak cukup untuk baby?
-TEKANAN DARAH naik turun sampai nurse pun pening?
-Berisiko melahirkan baby dalam keadaan demam KUNING @ Jaundice?
-Masalah MUAL & LOYA berlarutan sampai badan lembik?
-Paras GULA DALAM DARAH tinggi?
Kami Ada Penyelesaiannya!!!
Memperkenalkan
PreNatal La Mamma
PreNatal La Mamma ialah supplemen lengkap untuk ibu hamil
Ianya juga membantu
- Meningkatkan paras HB
-Mengelakkan LETIH LESU
-Meningkatkan SUSU BADAN
-Membekal TENAGA SEGERA
-Menjadikan kulit bayi BERSIH
-Menstabilkan TEKANAN DARAH
-Meningkatkan IMUNISASI TUBUH
-Mengelakkan KUNING @ Jaundice
-Mengurangkan masalah MUAL & LOYA
-Menstabilkan paras GULA DLM DARAH
-Sebagai pelincir untuk MEMUDAHKAN BERSALIN
Hanya amalkan 2 sudu sehari untuk kesan terbaik pada ibu hamil
Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang PreNatal La Mamma?
Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut
Sesungguhnya pengambilan makanan Sunnah dapat
memberi kesihatan yang baik kepada kita sekeluarga.
SIHAT DENGAN
MAKANAN
SUNNAH
Download