S20 Selebriti A ssa la mua la i k u m dan salam ceria buat semua pembaca setia Nota Neelofa. Pertama sekali, Lofa mahu mengajak pembaca memanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana keadaan jerebu hampir sebulan kini sudah bertambah baik. Rasanya macam lama sangat kita tidak dapat menghayati keindahan biru langit dan kepulan awan yang penuh mempesonakan. Walaupun keadaan sudah bertambah baik, Lofa tetap mahu mengingatkan semua agar mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Jangan mudah lupa dan leka. Seperti kelaziman, setiap minggu pasti ada saja cerita yang Lofa mahu kongsikan. Minggu ini Lofa gunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk menjelaskan isu yang berlegar-legar di laman sosial, kononnya Lofa bertindak tidak adil kepada stokis Naelofar Hijab. Sebelum Lofa pergi lebih lanjut, mengulas dan mem- 1 NOVEMBER 2015 ISU STOKIS dan NAELOFAR HIJAB perbetulkan apa yang Lofa rasakan salah. Lofa hendak tegaskan awal-awal yang ini hanyalah penjelasan Lofa. Tiada niat Lofa menghentam atau menunding jari siapa yang salah atau pun betul. Diharapkan dengan penjelasan Lofa ini, sedikit sebanyak mampu menjernihkan keadaan dan persoalan yang bermain di pemikiran peminat dan penggemar Naelofar Hijab. Mula-mula Lofa dapat tahu akan hal ini, memang Lofa sedikit kecewa dan marah. Bukan marah dengan si pengadu. Lofa terlebih dulu marah dengan kakitangan Naelofar Hijab. Bagaimana perkara sebegini boleh timbul? Bagi Lofa, jika ada aduan pasti ada kelompongan di mana-mana. Tapi marah Lofa tidaklah sampai mengamuk atau bertindak di luar batasan. Lofa ambil pendekatan untuk siasat dan selidik sendiri akan dakwaan yang timbul. Betul ke apa yang dilaporkan si pengadu? Bagaimana perkara sedemikian boleh terlepas dari pandangan Lofa? Itu antara persoalan yang asyik bermain di ļ¬kiran Lofa. Tanpa membuang masa, Lofa terus tanya dan siasat sendiri. Nak dipendekkan cerita, dakwaan yang dilemparkan si pengadu ternyata tidak berasas sama sekali. Memang benar individu tersebut merupakan stokis bertauliah Naelofar Hijab. Tetapi selepas dibuat siasatan, stokis tersebut memang mempunyai masalah dalaman yang hanya mereka sendiri tahu. Pesan Lofa kepada mereka yang hendak berurusan dengan pihak ketiga atau mana-mana stokis untuk apa-apa produk sekali pun, agar jangan mudah terpedaya dan termakan janji manis Lofa tidak mahu jelaskan apa masalah stokis tersebut kerana takut ia akan mengeruhkan lagi keadaan, cuma pesan Lofa kepada mereka yang hendak berurusan dengan pihak ketiga atau mana-mana stokis untuk apa-apa produk sekali pun, agar jangan mudah terpedaya dan termakan janji manis. Cara terbaik, andai anda berasakan si penjual tidak bersikap profesional dan melaksanakan perniagaan mereka di luar daripada kebiasaan, segera batalkan urusan pembelian anda. Kerana kesilapan dan tembelang hampir pecah, si pengadu mengambil langkah mudah dengan meletakkan kesalahan di atas bahu Naelofar Hijab. Ini semestinya satu perkara yang tidak adil bagi pihak Naelofar Hijab. Untuk pengetahuan pembaca untuk menjadi stokis Naelofar Hijab bukanlah mudah. Mereka yang berhajat perlulah memenuhi pelbagai syarat yang sudah ditetapkan pihak Naelofar Hijab sendiri. Alhamdulillah! kini Naelofar Hijab mempunyai lebih 700 stokis berdaftar dan bertauliah. Walaupun proses pemilihan dan pelantikan stokis rasmi agak ketat, namun ada ketika kita terlepas pandang perkara kecil. Dan inilah apa yang berlaku kepada Naelofar Hijab. Bayangkan, dengan 700 stokis yang ada pastinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk pihak Naelofar Hijab uruskan. Apabila ia membabitkan 700 stokis bermakna 700 ragam yang perlu kami ikuti rentak mereka setiap hari. Tetapi alhamdulillah, sehingga kini tiada sebarang masalah besar timbul. Kalau ada pun hanyalah masalah komunikasi yang pantas diselesaikan pihak Naelofar Hijab. Tambahan pula di syarikat yang Lofa tubuhkan ini kami percaya, stokis adalah nadi utama dan jantung kepada kejayaan kami pada hari ini. Sekiranya perniagaan lain menitik beratkan strategi pemasaran dengan melaburkan ratusan ribu ringgit untuk tujuan publisiti secara besar-besaran di dada akhbar mahupun televisyen, di Naelofar Hijab boleh dikatakan kami amat bergantung kepada konsistensi dan keupayaan stokis kami. Pemasaran kami lebih bersifat bersahaja dan mesra. Jadi sangatlah mustahil untuk kami mensia-siakan usaha dan kerja keras para stokis kami. Tanpa stokis, tidaklah Naelofar Hijab berada hingga ke tahap hari ini. Terkilan memang terkilan. Tapi Lofa tidak boleh jadikan ini sebagai satu alasan yang boleh mematahkan semangat. Lofa harus ingat akan sebab utama Lofa jalankan Lofa percaya akan konsep, rezeki di bumi Allah SWT ini ialah rezeki bersama dan perlu dikongsikan. Lofa nak berkongsi rezeki Lofa bersama mereka yang lain, terutamanya kaum wanita perniagaan ini dan mewujudkan sistem stokis. Lofa percaya akan konsep, rezeki di bumi Allah SWT ini ialah rezeki bersama dan perlu dikongsikan. Lofa nak berkongsi rezeki Lofa bersama mereka yang lain, terutamanya kaum wanita. Alhamdulillah! Hingga kini banyak maklum balas positif yang sudah Lofa terima. Ada yang dahulunya hanyalah seorang suri rumah yang bergantung kepada pendapatan suami semata-mata, kini sudah mampu memiliki butik sendiri. Tidak kurang juga yang menjadikan stokis sebagai sumber pendapatan kedua mereka. Perkembangan ini sememangnya sangat menggembirakan Lofa. Sekurangkurangnya Lofa mampu menyumbangkan sesuatu kepada mereka. Berjaya atau tidak, itu terpulang kepada individu itu tersendiri. Lofa hanya mampu menyediakan platformnya sahaja. Perkara sebegini sememangnya boleh dikatakan antara mimpi ngeri yang Lofa hendak hindari. Jika diperhatikan, budaya jatuh menjatuhkan antara satu sama lain memang sangat menebal dalam diri kita orang Melayu. Sayang seribu kali sayang. Sikap negatif sebegini sangat merugikan kita semua. Ambil contoh bangsa Cina. Tengok sendiri bagaimana bersatu padunya mereka dan tiada unsur iri hati dalam menjalankan perniagaan. Harapan Lofa, agar kita semua mampu mengikis perasaan sebegini dalam diri. Macam Lofa katakan di awal tadi, Nota Neelofa pada minggu ini bukanlah bertujuan untuk menghentam. Ianya hanya medan untuk Lofa memjelaskan apa yang termampu. Lofa hargai kritikan yang diberikan. Berita yang sudah menjadi viral ini semestinya ada sisi positif dan negatifnya. Sudut negatif, ia membuatkan Lofa mengenali siapa yang lebih ikhlas dalam bekerja ataupun tidak. Positifnya pula, sekurang-kurangnya, ia telah membuka mata Lofa dan mengajar Lofa untuk lebih berhati-hati dan cekap dalam menguruskan perniagaan. Sehingga bertemu lagi, assalamualaikum.